The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 9786297569888
Price: WM: RM5.90/ EM : RM6.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-10-03 02:06:50

KM UASA BM Tahun 4

ISBN: 9786297569888
Price: WM: RM5.90/ EM : RM6.90

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 1-1 TERHAD Nama Kelas 1 jam 15 minit Kertas Model 1 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Bahasa Melayu (011) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tahun 4 KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 1 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-2 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Dalam kejadian kebakaran itu, buah rumah kedai hangus dijilat api. A segala B semua C setengah D beberapa 2 “Jarak perjalanan dari rumah saya ke kira-kira 100 kilometer,” kata Anuar kepada Lim. A ini B sini C situ D sana Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Yusri singgah ke kedai Pak Cik Maniam untuk membeli sekotak pensel. B Syamil bercita-cita mahu menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. C “Jika ada apa soalan, tanyalah saya,” kata Cikgu Azlan kepada murid-muridnya. D Pertengkaran itu berpunca daripada sikap mereka yang tidak mahu bertolak ansur. Bahagian A [10 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 2 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1-3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada petang itu, Nazli menyiapkan kerja sekolahnya lebih awal daripada biasa. Dia mahu cepat pergi ke dusun Pak Mail kerana sudah berjanji untuk membantu Pak Mail mengait buah rambutan. Ketika dia mula mengayuh basikalnya, dia mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Rupa-rupanya, tayar basikalnya bocor. Nazli tidak mati akal. Dia tahu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dia mengeluarkan tayar dan tiub daripada rim dengan menggunakan pengumpil tayar. Setelah mengenal pasti kebocoran pada tayar tersebut, dia melekatkan getah penampal pada bahagian yang bocor. Selepas itu, dia memasukkan semula tiub ke dalam tayar lalu mengepamkan udara dengan menggunakan pam basikal. Dalam masa tidak sampai setengah jam, kerja menukar tiub basikal yang bocor itu selesai. Nazli pun meneruskan perjalanannya ke dusun Pak Mail. 4 Apakah tujuan Nazli mahu ke dusun Pak Mail? A Mengait buah rambutan B Mengutip buah rambutan C Membaiki tayar basikalnya D Meminta bantuan Pak Mail 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Nazli mahu membantu Pak Mail selepas menyiapkan kerja sekolahnya. B Nazli meminta pertolongan Pak Mail untuk menyelesaikan masalahnya. C Nazli mengambil masa setengah jam untuk menukar tiub basikal yang bocor. D Nazli menggunakan pengepam udara untuk mengeluarkan tayar basikalnya. 6 Berikut ialah alat yang digunakan oleh Nazli untuk menyelesaikan masalahnya, kecuali A tiub basikal. B pam basikal. C getah penampal. D pengumpil tayar. KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 3 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-4 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Israf : Pada bulan Jun nanti, sekolah saya akan mengadakan Hari Kantin. Saya dan rakan-rakan sekelas mahu membuka gerai menjual air jagung. Encik Afiq : Wah, bagus rancangan kamu itu, Israf! Ayah menyokong usaha yang kamu lakukan itu. Walau bagaimanapun, kamu perlu ingat bahawa tugas itu bukanlah mudah. Israf : Ya, ayah. Itulah sebabnya saya dan rakan-rakan akan melakukan kerja tersebut secara berpasukan. Kami sedar bahawa kerja secara berpasukan akan meningkatkan prestasi, kreativiti dan produktiviti. Kerja Berpasukan, Tinggi Pulangan Kebaikan Kerja Secara Berpasukan Mengurangkan tekanan Meningkatkan prestasi Mengalakkan kreativiti Memupuk semangat bekerjasama Meningkatkan produktiviti KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 4 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1-5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 7 Israf dan rakan-rakannya ingin membuka gerai A pakaian. B alat tulis. C makanan. D minuman. Saya dan rakan-rakan sekelas mahu membuka gerai menjual air jagung. 8 Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A ulas. B buah. C gugus. D tongkol. 9 Perkataan prestasi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A penemuan. B pencapaian. C pendapatan. D pembangunan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Kerja secara berpasukan tidak akan meningkatkan produktiviti. B Israf dan rakan-rakannya merancang untuk menjual bubur jagung. C Hari Kantin sekolah Israf akan diadakan pada bulan Jun akan datang. D Encik Afiq tidak bersetuju dengan rancangan anaknya untuk berniaga. KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 5 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 4 KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 6 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1-7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. “Udin, Udin, Udin!” jerit Jalil sekuat-kuat hatinya. Namun begitu, Udin yang sedang leka bermain papan selaju itu tidak mendengar panggilan abangnya. Dia terus bermain di tepi jalan raya itu tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Dia tidak sedar bahawa tindakannya itu boleh mengundang padah. “Udin, jangan bermain di tepi jalan raya,” tegur Jalil sambil menarik lengan adiknya itu. Walaupun Udin cuba membantah, namun Jalil tidak memberi muka kepadanya. Jalil tidak boleh membiarkan adiknya terus bermain di kawasan itu kerana bimbang akan keselamatannya. Kemalangan boleh berlaku kerana malang tidak berbau. 1 (a) Udin tidak mendengar panggilan abangnya kerana dia sedang leka bermain [1 markah] (b) Mengapakah Jalil melarang Udin bermain papan selaju di kawasan itu? [2 markah] (c) Garis satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Jalil tidak boleh membiarkan adiknya terus bermain di kawasan itu kerana bimbang akan keselamatannya. [1 markah] Bahagian B [10 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 7 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-8 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Udin, jangan bermain di tepi jalan raya,” kata Jalil sambil menarik lengan adiknya itu. Jalil melarang Udin bermain di tepi jalan raya sambil menarik lengan adiknya itu. Jalil meminta Udin supaya tidak bermain di tepi jalan raya sebelum menarik lengan adiknya itu. [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Kamu mempunyai beberapa orang rakan sebaya. Pada suatu hari, rakan-rakan kamu itu mengajak kamu ponteng sekolah. Mereka mengajak kamu melakukan aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti memancing ikan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 8 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1-9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Grafik di bawah menunjukkan anggota pasukan keselamatan negara. Tulis pendapat kamu tentang kepentingan pasukan keselamatan negara. Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. PASUKAN KESELAMATAN NEGARA Bahagian C [10 markah] [10 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 9 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 KM 1-10 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PROGRAM SAHABAT ALAM Bahagian D [20 markah] Menanam pokok Mengitar semula barang terpakai Membuat baja kompos KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 10 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1-11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 11 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 KM 1-12 [20 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM1_3rd.indd 12 8/21/23 5:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 2-1 TERHAD Nama Kelas 1 jam 15 minit Kertas Model 2 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Bahasa Melayu (011) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tahun 4 KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 1 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-2 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Encik Halil membuat tentang masalah anjing liar kepada pihak berkuasa tempatan. A aduan B pengadu C mengadu D pengaduan 2 Jalan menuju ke rumah Azura agak sukar dan . A bersesat-barat B berbolak-balik C berlekak-lekuk D bersimpang-siur Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Hulu keris itu mempunyai seni bina yang menarik. B Banyak pepohon-pepohon di tepi jalan itu sudah ditebang. C Jam tangan yang dipakai oleh Puan Zanariah sangat cantik. D Encik Zainal akan minum segelas oren jus pada setiap pagi. Bahagian A [10 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 2 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2-3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada suatu petang, Hilal dan ayahnya pergi ke Sungai Lembing. Mereka pergi ke sana dengan menaiki sebuah motosikal. Sungai Lembing terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka. Sebelum pergi ke sana, Hilal dan ayahnya menyediakan peralatan memancing yang perlu dibawa seperti joran, tali pancing dan mata kail. Mereka juga turun ke paya untuk mencari umpan seperti cacing dan anak katak. Mereka teruja kerana sudah lama tidak memancing ikan bersama-sama. Dalam perjalanan ke sungai itu, Hilal dan ayahnya melalui jalan kampung yang sempit. Jalan itu tidak berturap serta berlekuk-lekak. Jalan itu rosak teruk kerana digunakan oleh kenderaan berat. Keadaan itu menyusahkan penduduk Kampung Paya yang menggunakan jalan itu setiap hari. Ayah Hilal bercadang untuk membuat laporan tentang kerosakan jalan itu kepada pihak berkuasa. 4 Apakah tujuan Hilal dan ayahnya turun ke paya? A Memancing ikan B Mencari cacing dan anak katak C Menyediakan joran dan mata kail D Melihat keadaan jalan yang rosak 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Sungai Lembing terletak kira-kira lima meter dari rumah Hilal. B Hilal dan ayahnya pergi ke Sungai Lembing dengan menaiki kereta. C Penduduk Kampung Paya menghadapi masalah akibat keadaan jalan yang rosak. D Ayah Hilal tidak peduli tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Paya. 6 Berikut ialah barang-barang yang dibawa oleh Hilal dan ayahnya ke sungai, kecuali A joran. B mata kail. C anak ikan. D tali pancing. KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 3 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-4 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Haris dan keluarganya bertolak dari Kuala Lumpur ke jeti Kuala Perlis pada pukul 10:00 pagi. Setelah tiba di jeti, mereka pun menaiki feri ke jeti Pulau Langkawi. Setelah hampir dua jam berada di dalam feri, akhirnya mereka tiba di Pulau Langkawi. Mereka merancang untuk bercuti selama tiga hari di pulau peranginan itu. Pada hari pertama di sana, mereka melawat ke Makam Mahsuri. Selepas meluangkan masa kira-kira sejam di tempat yang bersejarah itu, mereka berkunjung ke Gunung Mat Cincang. Di sana, mereka menaiki kereta kabel yang disediakan. Mereka berasa sungguh gayat apabila kereta kabel itu bergerak makin lama makin tinggi. Walau bagaimanapun, mereka sungguh gembira kerana dapat menyaksikan pemandangan yang indah dan menikmati pengalaman yang menakjubkan. Pada harihari seterusnya di pulau tersebut, mereka melawat ke pelbagai destinasi yang menarik seperti Taman Buaya, Pantai Cenang dan Pulau Payar. Pulau Langkawi ialah destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Pulau ini terkenal oleh keindahan alam semula jadinya dan kisah legenda masa silam. Pulau ini terletak di negeri Kedah dan terdiri daripada gugusan 100 buah pulau. Makam Mahsuri Gunung Mat Cincang Pantai Cenang Taman Buaya Langkawi KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 4 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2-5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 7 Destinasi pertama yang dilawati oleh Haris dan keluarganya di Pulau Langkawi ialah A Taman Buaya. B Pantai Cenang. C Makam Mahsuri. D Gunung Mat Cincang. Di sana, mereka menaiki kereta kabel yang disediakan. 8 Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji B buah C batang D bentuk 9 Perkataan destinasi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A tempat. B budaya. C makanan. D pemandangan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Pulau Langkawi terletak dalam negeri Perlis. B Pelancong boleh pergi ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri. C Haris dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi selama seminggu. D Haris dan keluarganya tiba di jeti Kuala Perlis pada pukul 10:00 pagi. KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 5 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 4 KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 6 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2-7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Media sosial merupakan medium komunikasi yang sangat popular pada hari ini. Media ini menjadi kegilaan masyarakat khususnya golongan remaja. Facebook, Instagram, Twitter, dan TikTok merupakan antara beberapa nama yang sering menjadi teman setia pengguna media ini. Menerusi jaringan sosial ini, pengguna dapat berkomunikasi secara maya, berkongsi gambar, video dan kandungan multimedia dengan mudahnya. “Kamu perlu menggunakan media sosial secara bijak, Mira” pesan Puan Dahlia kepada anak gadisnya itu. Puan Dahlia sentiasa mengingatkan Mira supaya menjadi pengguna media sosial yang beretika. Dia tidak mahu Mira menyalahgunakan media sosial kerana kesannya amat buruk. 1 (a) Medium komunikasi yang sangat popular pada masa kini ialah [1 markah] (b) Mengapakah masyarakat pada hari ini gemar menggunakan media sosial? [2 markah] (c) Garis satu kata berimbuhan awalan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Puan Dahlia sentiasa mengingatkan anak gadisnya itu supaya menjadi pengguna media sosial yang beretika. [1 markah] Bahagian B [10 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 7 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-8 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Kamu perlu menggunakan media sosial secara bijak, Mira,” pesan Puan Dahlia kepada anak gadisnya itu. Puan Dahlia memberitahu anak gadisnya bahawa Mira perlu menggunakan media sosial secara bijak. Puan Dahlia mengingatkan anak gadisnya, Mira agar menggunakan media sosial secara bijak. [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Tenaga elektrik sangat penting kepada kita. Tenaga ini memudahkan kehidupan harian kita. Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan tenaga elektrik secara jimat. Apakah yang kamu lakukan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah? [5 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 8 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2-9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Grafik di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti tersebut. Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Bahagian C [10 markah] [10 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 9 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 KM 2-10 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. BERGOTONG-ROYONG MENCEGAH AEDES Bahagian D [20 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 10 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2-11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 11 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 4 KM 2-12 [20 markah] KM_UASA_BM_TH4_KM2_3rd.indd 12 8/21/23 5:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 4: Jawapan J1 Kertas Model 1 Bahagian A 1 D 2 D 3 D 4 A 5 A 6 A 7 D 8 D 9 B 10 C Bahagian B 1 (a) papan selaju (b) Jalil melarang Udin bermain di kawasan itu kerana bimbang adiknya itu akan ditimpa kemalangan jalan raya. (c) Jalil tidak boleh membiarkan adiknya terus bermain di kawasan itu kerana bimbang akan keselamatannya. (Pilih satu jawapan sahaja) (d) Jalil melarang Udin bermain di tepi jalan raya sambil menarik lengan adiknya itu. ✓ Jalil meminta Udin supaya tidak bermain di tepi jalan raya sebelum menarik lengan adiknya itu. 2 Saya tidak akan menerima ajakan tersebut. Walaupun mereka rakan baik saya, namun saya tidak akan mudah terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang negatif. Saya akan berusaha menasihati mereka agar tidak melakukan perkara tersebut. Bahagian C Pada pendapat saya, pasukan keselamatan amat penting kepada kita. Dengan adanya pasukan ini, keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipelihara. Kita dapat hidup dalam suasana yang aman harmoni kerana pasukan keselamatan akan melindungi kita daripada ancaman musuh. Apabila negara aman dan stabil, pelbagai kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan pesatnya. Sebagai hasilnya, negara kita akan makmur dan maju. Bahagian D Karangan Berformat Laporan Program Sahabat Alam Pada 18 Julai 20__, Sekolah Kebangsaan Desa Indah (SKDI) telah menjalankan Program Sahabat Alam. Program itu bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid. Semasa program itu berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya termasuklah aktiviti menanam pokok, mengitar semula barang terpakai dan bengkel mempelajari cara membuat baja kompos. Peserta yang terlibat memberikan kerjasama yang baik. Semua aktiviti berjalan dengan lancarnya kerana para peserta saling membantu dan bekerjasama. Mereka bekerja dengan penuh semangat kerana mahu memastikan alam sekitar terpelihara. Program itu berakhir pada pukul 1:00 tengah hari. Guru Besar SKDI mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Disediakan oleh, 23 JULAI 20__ Rozalil (ROZALIL BIN AMIR) Setiausaha, Kelab Sahabat Alam, Sekolah Kebangsaan Desa Indah. Karangan Tidak Berformat Pada 18 Julai 20__, Sekolah Kebangsaan Desa Indah (SKDI) telah menjalankan Program Sahabat Alam. Program itu bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid. Semasa program itu berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya termasuklah aktiviti menanam pokok, mengitar semula barang terpakai dan bengkel mempelajari cara membuat baja kompos. Peserta yang terlibat memberikan kerjasama yang baik. Semua aktiviti berjalan dengan lancarnya kerana para peserta saling membantu dan bekerjasama. Mereka bekerja dengan penuh semangat kerana mahu memastikan alam sekitar terpelihara. Program itu berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Guru Besar SKDI mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Beliau berharap agar program seperti itu akan diadakan lagi nanti dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Kertas Model 2 Bahagian A 1 A 2 D 3 C 4 B 5 C 6 C 7 C 8 B 9 A 10 B Bahagian B 1 (a) media sosial (b) Masyarakat pada hari ini gemar menggunakan media sosial kerana medium itu membolehkan pengguna berkomunikasi secara maya dan berkongsi gambar, video serta kandungan multimedia dengan mudahnya. (c) Puan Dahlia sentiasa mengingatkan anak gadisnya itu supaya menjadi pengguna media sosial yang beretika. (Pilih satu jawapan sahaja) Jawapan KM_UASA_BM_TH4_JAWP_3rd.indd 1 23/8/2023 11:18:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J2 (d) Puan Dahlia memberitahu anak gadisnya bahawa Mira perlu menggunakan media sosial secara bijak. Puan Dahlia mengingatkan anak gadisnya, Mira agar menggunakan media sosial secara bijak. ✓ 2 Untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah, saya akan menutup semua suis elektrik jika tidak menggunakannya. Selain itu, saya akan mengurangkan penggunaan pendingin hawa. Jika berasa panas, saya akan memasang kipas angin atau membuka tingkap bagi mengurangkan kepanasan. Bahagian C Pada pendapat saya, aktiviti fizikal seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas amat berfaedah kepada kita. Dengan melakukan aktiviti tersebut, badan kita akan mengeluarkan peluh sekali gus dapat menyihatkan dan mencergaskan badan kita. Kita dapat mengelakkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Selain itu, aktiviti tersebut juga amat baik untuk kesihatan mental. Aktiviti tersebut dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan masalah stres kita. Bahagian D Karangan Berformat Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Perkara : Bergotong-royong Menghapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Apa khabar, Rashdan? Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk menceritakan aktiviti yang saya lakukan bersama-sama dengan keluarga saya pada minggu lepas. Kami bergotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah. Seperti yang kita maklum, nyamuk aedes amat berbahaya kerana membawa penyakit seperti demam denggi. Kami menjalankan aktiviti tersebut pada waktu pagi. Sebelum aktiviti itu dijalankan, ayah saya telah membahagibahagikan tugas yang perlu kami lakukan. Saya telah ditugaskan untuk mengutip dan membuang bekas yang boleh menakung air seperti botol dan bekas makanan plastik. Ayah saya pula memeriksa setiap saluran dan longkang agar tidak tersumbat dan menakung air. Kakak saya menyemburkan racun serangga di sekitar kawasan rumah. Tugas memeriksa pasu bunga dan kolah dilakukan oleh ibu dan adik perempuan saya. Mereka membuang air yang bertakung di dalam alas pasu bunga dan membubuh racun jentik-jentik ke dalam kolah. Aktiviti tersebut amat bermanfaat kepada kami. Seluruh kawasan rumah kami menjadi bersih. Kami berharap agar terhindar daripada wabak denggi. Setakat ini dahulu buat kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Zamri Karangan Tidak Berformat Pada minggu lepas, saya dan keluarga saya telah bergotongroyong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah. Kami melakukan aktiviti tersebut kerana mahu menghapuskan nyamuk aedes. Nyamuk aedes amat berbahaya kerana membawa penyakit seperti demam denggi. Kami menjalankan aktiviti tersebut pada waktu pagi. Sebelum aktiviti itu dijalankan, ayah saya telah membahagibahagikan tugas yang perlu kami lakukan. Saya telah ditugaskan untuk mengutip dan membuang bekas yang boleh menakung air seperti botol dan bekas makanan plastik. Bekas-bekas itu ditimbus di dalam lubang yang telah digali oleh abang saya. Ayah saya pula memeriksa setiap saluran dan longkang agar tidak tersumbat dan menakung air. Longkang yang tersumbat akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kakak saya menyemburkan racun serangga di sekitar kawasan rumah. Tugas memeriksa pasu bunga dan kolah dilakukan oleh ibu dan adik perempuan saya. Mereka membuang air yang bertakung di dalam alas pasu bunga dan membersihkannya. Selepas itu mereka membubuh racun jentik-jentik ke dalam kolah. Aktiviti tersebut amat bermanfaat kepada kami. Selain persekitaran rumah kami menjadi bersih, kami juga berharap agar terhindar daripada wabak denggi. Kertas Model 3 Bahagian A 1 D 2 C 3 C 4 B 5 C 6 D 7 B 8 D 9 D 10 D Bahagian B 1 (a) Pesta Batik (b) Orang ramai berduyun-duyun mengunjungi pesta itu kerana mahu membeli pelbagai produk batik yang dijual pada harga istimewa. (c) Kebanyakan batik yang dijual oleh Encik Rosman datangnya dari Kelantan dan Terengganu. (Pilih satu jawapan sahaja) (d) Seorang pemuda berbangsa Cina terkejut kerana kemeja batik yang cantik itu murah harganya. Seorang pemuda berbangsa Cina memuji kemeja batik itu kerana cantik dan murah. ✓ 2 Saya akan mengajak adik saya berjumpa dengan jiran kami. Saya akan memberitahu jiran kami tentang perkara yang berlaku. Saya dan adik saya akan memohon maaf atas kesilapan tersebut dan memintanya memulangkan bola kami. Kami juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Bahagian C Pada pendapat saya, Internet banyak membawa kebaikan kepada murid-murid. Dengan adanya Internet, murid-murid dapat membuat rujukan dengan mudahnya. Mereka dapat mencari maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan tugasan dan projek sekolah. Selain itu, Internet juga memudahkan mereka untuk berbincang dengan rakan dan guru secara dalam talian. Jika guru tidak dapat mengadakan kelas secara bersemuka, guru boleh mengajar murid secara dalam talian. KM_UASA_BM_TH4_JAWP_3rd.indd 2 23/8/2023 11:18:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 4: Jawapan J3 Bahagian D Karangan Berformat No. 56, Jalan Nuri 12/20, Taman Malinja, 34600 Taiping, Perak. 24 Januari 2023 Menemui sahabatku, Asraf di Teluk Intan, Perak. Semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan hobi saya sekeluarga. Kami mempunyai hobi yang berbeza. Jika saya mempunyai masa terluang, saya suka membaca buku. Biasanya, saya akan pergi ke perpustakaan untuk membaca bahan bacaan yang menarik. Saya suka membaca buku cerita kanak-kanak. Ayah saya pula gemar berkebun. Setiap petang, ayah saya akan menghabiskan masa di kebun mini di belakang rumah kami. Ayah saya menanam cili, terung, sawi dan macam-macam lagi. Ibu saya lebih suka membuat gubahan bunga. Gubahan bunga yang dibuat oleh ibu saya sangat cantik dan menarik. Ibu meletakkan gubahan itu di ruang tamu rumah kami. Abang saya pula mempunyai hobi yang agak unik. Dia suka membaiki peralatan elektrik yang rosak seperti radio, lampu dan kipas angin. Hobi kami ini sangat berfaedah. Kami dapat mengisi masa lapang dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan hati kami. Selain dapat menjimatkan wang, kami juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah. Setakat ini dulu coretan saya. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudara di sana. Sekian. Terima kasih. Sahabatmu, Imran Karangan Tidak Berformat Saya dan keluarga mempunyai hobi yang berbeza. Kami melakukan hobi tersebut pada masa lapang. Hobi tersebut memberikan kegembiraan dan faedah kepada kami. Jika saya mempunyai masa terluang, saya suka membaca buku. Biasanya, saya akan pergi ke perpustakaan untuk membaca bahan bacaan yang menarik. Saya suka membaca buku cerita kanak-kanak. Ayah saya pula gemar berkebun. Setiap petang, ayah saya akan menghabiskan masa di kebun mini di belakang rumah kami. Ayah saya menanam cili, terung, sawi dan macam-macam lagi. Ibu saya lebih suka membuat gubahan bunga. Gubahan bunga yang dibuat oleh ibu saya sangat cantik dan menarik. Ibu meletakkan gubahan itu di ruang tamu rumah kami. Abang saya pula mempunyai hobi yang agak unik. Dia suka membaiki peralatan elektrik yang rosak seperti radio, lampu dan kipas angin. Hobi kami ini sangat berfaedah. Kami dapat mengisi masa lapang dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan hati kami. Selain dapat menjimatkan wang, kami juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah. Kertas Model 4 Bahagian A 1 B 2 D 3 A 4 C 5 D 6 A 7 D 8 B 9 B 10 D Bahagian B 1 (a) Cikgu Mariam (b) Azira dan rakan-rakannya berasa sayu kerana Cikgu Mariam akan meninggalkan mereka untuk mengajar di sekolah yang baharu. (c) Azira dan rakan-rakannya berasa sayu apabila mengenangkan Cikgu Mariam bakal meninggalkan mereka kerana berpindah ke sekolah baharu. (Pilih satu jawapan sahaja) (d) Azira mengingatkan Cikgu Mariam agar menyayanginya. Azira memberitahu Cikgu Mariam bahawa dia menyayangi gurunya itu. ✓ 2 Untuk menjaga kebersihan kantin, saya tidak akan membuang sampah di merata-rata. Saya akan membuang sisa-sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Selain itu, saya tidak akan meninggalkan pinggan dan gelas kotor di atas meja. Sebaliknya, saya akan memasukkan pinggan dan gelas itu ke dalam bekas yang disediakan. Bahagian C Pada pendapat saya, aktiviti mengunjungi pameran sains amat berfaedah kepada kita. Menerusi aktiviti ini, kita dapat memperoleh banyak maklumat tentang ilmu sains. Selain itu, kita dapat memahami sesuatu topik sains yang dipelajari di sekolah secara lebih jelas. Seterusnya, minat kita terhadap bidang sains akan bertambah kerana dapat menyaksikan sendiri model dan demonstrasi sains yang menarik di pameran itu. Bahagian D Karangan Berformat Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana serta hadirin sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Faedah Amalan Menabung”. Hadirin sekalian, Amalan menabung sangat berfaedah kepada kita. Amalan ini mendidik diri kita supaya bijak berbelanja dan berjimat cermat. Kita akan sentiasa beringat ketika berbelanja dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Apabila kita menabung, kita akan mempunyai wang simpanan. Wang simpanan tersebut akan kita simpan di tempat yang selamat, contohnya di bank. Apabila kita menyimpan wang di bank, kita akan menerima dividen. Jadi, wang simpanan kita akan bertambah. Wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan yang penting seperti pendidikan. Selain itu, wang tersebut juga dapat digunakan pada saatsaat kecemasan. Kata orang, malang tidak berbau. Apabila kita sakit atau ditimpa sesuatu musibah, kita dapat menggunakan wang tersebut tanpa perlu meminjam daripada orang lain. Wang KM_UASA_BM_TH4_JAWP_3rd.indd 3 23/8/2023 11:18:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J4 tersebut dapat menjadi penyelamat ketika kita menghadapi kesusahan. Kesimpulannya, amalan menabung banyak manfaatnya. Bak kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Oleh itu, marilah kita membudayakan amalan menabung dari sekarang. Sekian, terima kasih. Karangan Tidak Berformat Amalan menabung sangat berfaedah kepada kita. Amalan ini mendidik diri kita supaya bijak berbelanja dan berjimat cermat. Kita akan sentiasa beringat ketika berbelanja dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Apabila kita menabung, kita akan mempunyai wang simpanan. Wang simpanan tersebut akan kita simpan di tempat yang selamat, contohnya di bank. Apabila kita menyimpan wang di bank, kita akan menerima dividen. Jadi, wang simpanan kita akan bertambah. Wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan yang penting seperti pendidikan. Selain itu, wang tersebut juga dapat digunakan pada saatsaat kecemasan. Kata orang, malang tidak berbau. Apabila kita sakit atau ditimpa sesuatu musibah, kita dapat menggunakan wang tersebut tanpa perlu meminjam daripada orang lain. Wang tersebut dapat menjadi penyelamat ketika kita menghadapi kesusahan. Kesimpulannya, amalan menabung banyak manfaatnya. Bak kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Oleh itu, marilah kita membudayakan amalan menabung dari sekarang. Kertas Model 5 Bahagian A 1 B 2 C 3 C 4 B 5 A 6 D 7 C 8 D 9 B 10 D Bahagian B 1 (a) transit aliran massa atau MRT (b) Ibu saudara Shahmi membeli beg sekolah baharu untuk Shahmi kerana beg sekolah lama Shahmi telah koyak. (c) Beberapa hari yang lalu, Shahmi mengikut ibu saudaranya pergi ke sebuah gedung beli-belah terkemuka di ibu kota. (Pilih satu jawapan sahaja) (d) Shahmi mengucapkan terima kasih kepada ibu saudaranya kerana membelikannya beg sekolah itu. ✓ Shahmi berterima kasih kepada ibu dan saudaranya kerana membeli beg sekolah itu untuknya. 2 Saya akan memberitahu ayah saya tentang kejadian tersebut secepat mungkin. Ayah saya akan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan agar masalah itu dapat diatasi dengan segera. Perkara itu tidak boleh dilengah-lengahkan kerana dapat mengakibatkan masalah yang lebih buruk. Bahagian C Pada pendapat saya, aktiviti kokurikulum banyak membawa faedah kepada murid-murid. Aktiviti ini baik untuk kesihatan mental dan fizikal murid-murid. Menerusi aktiviti ini, muridmurid dapat memperoleh pelbagai kemahiran yang berguna. Selain itu, nilai seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Seterusnya, murid-murid dapat membina hubungan yang baik dengan rakan dan guru menerusi pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Bahagian D Karangan Berformat Khamis, 16 Mac 20__ 8:00 pagi Kami berhimpun di sekolah. Hari ini, aku dan rakan-rakan akan mengikuti lawatan sekolah ke Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tempat tersebut terletak di Kuala Lumpur. 8:30 pagi Kami bertolak ke Angkasapuri, RTM dengan menaiki bas. Aku dan rakan-rakan sungguh teruja. Kami tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki di bangunan Angkasapuri yang terkenal itu. 9:30 pagi Kami sampai di destinasi. Kami disambut oleh petugas RTM dengan mesra. Kami dibawa ke sebuah bilik untuk mendengar taklimat. 10:00 pagi Kami dibawa ke Wisma TV. Di sana, kami dapat melihat set studio rancangan televisyen yang tidak asing lagi, iaitu “Selamat Pagi Malaysia”. Seterusnya, kami dibawa ke Wisma Radio. Di tempat itu pula, kami dapat melihat gelagat penyampai radio yang sedang bertugas di konti. 12:00 tengah hari Kami bertolak pulang. Kami amat gembira kerana dapat memperoleh pengalaman yang bermakna. Karangan Tidak Berformat Pada minggu lalu, saya dan rakan-rakan telah berpeluang melawat ke Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tempat tersebut terletak di Kuala Lumpur. Sebelum pergi ke sana, kami berhimpun di sekolah. Kirakira pukul 8:30 pagi, kami bertolak ke RTM Angkasapuri dengan menaiki bas. Kami sungguh teruja kerana mahu menjejakkan kaki di bangunan Angkasapuri yang terkenal itu. Kami sampai di destinasi pada pukul 9:30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh petugas RTM dengan mesranya. Kami dibawa ke sebuah bilik untuk mendengar taklimat. Seterusnya, kami dibawa ke Wisma TV. Di sana, kami dapat melihat set studio rancangan televisyen yang tidak asing lagi, iaitu “Selamat Pagi Malaysia”. Seterusnya, kami dibawa ke Wisma Radio. Di tempat itu pula, kami dapat melihat gelagat penyampai radio yang sedang bertugas di konti. Kami bertolak pulang kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Kami amat gembira kerana dapat memperoleh pengalaman yang bermakna. KM_UASA_BM_TH4_JAWP_3rd.indd 4 23/8/2023 11:18:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version