PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
ii PB Jadual Analisis Soalan STPM Pengajian Am Semester 1 (2022 – 2023) iii Ulasan Soalan STPM Pengajian Am Semester 1 (2023) vi Teknik Menjawab Bahagian A x Teknik Menjawab Bahagian B xi Teknik Menjawab Bahagian C xiii Teknik Memahami Maksud Fokus Soalan xv BAB Kemahiran Belajar 1 1 BAB Negara Berdaulat 2 12 BAB Perlembagaan Persekutuan 3 21 BAB Tadbir Urus Negara 4 67 BAB Kedaulatan Malaysia 5 57 Kertas Model STPM (Kertas 1) 124 Jawapan 147 Skim Pentaksiran STPM Pengajian Am 159 Kandungan N&L STPM P1(PA)kand.indd 2 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 1 Kemahiran Mencari Maklumat Pengenalan 1 Kemahiran belajar merupakan suatu kemahiran asas bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. 2 Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. 3 Kemahiran ini bermula daripada aspek menentukan bahan yang optimum hingga pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat. 4 Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. 5 Bahan yang diperoleh harus diproses supaya pelajar mudah memahaminya. 6 Hal ini dapat dilakukan menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu. Definisi 1 Kemahiran mencari maklumat didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk mencari maklumat, mengumpul, mengurus, mengolah dan membekalkan maklumat untuk memenuhi keperluan tertentu. 2 Maklumat dapat ditakrifkan sebagai: (a) Pengetahuan (b) Data (c) Keterangan (d) Butiran dan data (e) Cerita dan penerangan tentang seseorang 3 Kemahiran mencari maklumat bergantung kepada keadaan, keperluan, tempat dan kedudukan ekonomi. 4 Perolehan maklumat yang samar-samar atau tidak sah akan mempengaruhi sesuatu keputusan dan mengakibatkan kesan buruk. Sumber-sumber Maklumat 1 Melalui manusia. 2 Melalui bahan audio visual. 3 Bahan artifak. 4 Internet, iaitu melalui ‘enjin pencari’: www. google.com, www.yahoo.com, www.bing.com dan lain-lain. 5 Semua jenis media (cetak dan elektronik), seperti tesis, jurnal, laporan, almanak, bibliografi dan sebagainya. Ciri-ciri Kemahiran Mencari Maklumat 1 Mengenal pasti masalah dan maklumat yang diperlukan: (a) Mengetahui tugasan atau kerja yang diberikan. (b) Membaca dan memahami soalan yang diberikan. (c) Mengenal pasti maklumat yang diperlukan. (d) Menggunakan pelbagai sumber untuk menjawab soalan yang dikemukakan. (e) Membuat sumbang saran. 2 Menilai dan mengumpul maklumat. 3 Mengetahui bidang maklumat seperti politik, ekonomi dan sosial. 4 Membuat analisis, tafsir dan bentang. Kemahiran yang Perlu Ada pada Murid 1 Mengenal pasti keperluan maklumat. 2 Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai. 3 Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain. 4 Mempersembahkan maklumat. NOTA Ekspres BAB 1 Kemahiran Belajar N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 1 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 PB Proses Mencari Maklumat 1 Mengetahui dorongan atau sebab mencari maklumat Setiap orang mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula semasa berdepan dengan maklumat. 2 Objektif mencari maklumat Mengenal pasti sama ada maklumat yang diperoleh adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menjalankan sesuatu kajian. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain. 3 Mengenal pasti bentuk sumber yang dicari Mikrofiche, mikrofilem, bahan audio visual, artifek, Internet (komputer), semua jenis media (cetak dan elektronik), jurnal, buku, almanak dan lain-lain. 4 Membuat analisis Memahami konsep asas maklumat, membanding, menyusun, merancang dan menggunakan maklumat yang diperoleh. 5 Menilai Menilai kesesuaian maklumat dengan keperluan kajian. Mencari maklumat tambahan jika perlu. 6 Aplikasi Menggunakan maklumat untuk mencapai tujuan. Perpustakaan Berkomunikasi Kemahiran hidup Pembelajaran Sumber bercetak dan bukan bercetak Internet Bertulis Lisan Menyusun maklumat urutan peristiwa Menyusun maklumat ikut kepentingan Menyusun maklumat berdasarkan kategori Kemahiran mendapatkan maklumat Kemahiran menyampaikan maklumat Kemahiran memproses maklumat Kemahiran Mencari Maklumat Rajah 1.1 Kemahiran mencari maklumat i-THINK Peta Pokok Kemahiran Menyoal Pengenalan 1 Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2 Kemahiran menyoal digunakan untuk menolong pelajar mengingat semula ilmu pengetahuan yang lepas atau sedia ada. 3 Pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam pembelajarannya. Objektif Kemahiran Menyoal Mengaktifkan Set Induksi Pembelajaran 1 Menyoal dapat mengembalikan pengetahuan dan ingatan sedia ada pelajar agar dapat mengaitkan dengan topik yang diajar. 2 Proses menyoal membolehkan pelajar menjadi proaktif sepanjang masa. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 2 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 3 Merangsang Pemikiran Pelajar 1 Menggunakan teknik penyoalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis membolehkan guru merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab. 2 Guru juga boleh menarik minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan. Membimbing Pelajar Kemahiran menyoal dapat membantu pelajar mengatasi kelemahan pembelajaran. Soalan yang dikemukakan oleh guru akan membolehkan pelajar mencari jawapan yang tepat. Membimbing dengan teknik menyoal yang relevan mengurangkan kesilapan mereka dalam menjawab soalan dan cuba membetulkan kesalahan itu. Menilai Pelajar Dari Segi Kefahaman Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan membolehkan guru mengukur tahap kefahaman pelajar. Sesi soal jawab membantu pelajar mendapat latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan. Menggalakkan Pemikiran Tahap Tinggi Setiap soalan yang dibuat mestilah mempunyai aspek menganalisis, penggabungan atau sintesis dan penilaian. Menarik Perhatian Murid Pembimbing dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Jika guru mendapati pelajar tidak memberi perhatian atau leka, kemahiran menyoal boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatian mereka tanpa memarahi atau mengherdik pelajar terbabit. Perhubungan Guru–Pelajar yang Erat Menggalakkan hubungan dua hala yang mengeratkan hubungan guru dengan murid. Model Interaksi dan Komunikasi (Anderson, 2003), membuktikan hubungan antara rakan sebaya dan guru dengan pelajar bertambah apabila kaedah penyoalan menarik perhatian pelajar. Ganjaran seperti pujian dan kata semangat meningkat proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik. Malah suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Menyelesaikan Masalah Kemahiran menyoal membolehkan seseorang pelajar mencari maklumat yang membolehkannya menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah. Soalan yang sesuai memberi panduan untuk menyelesaikan masalah tanpa sebarang kemusykilan. Aras-aras Penyoalan Berdasarkan Teori Taksonomi Bloom, soalan yang dikemukakan dibahagikan kepada beberapa peringkat. Menguji kebolehan calon mengingat kembali, istilah, erti, hukum, fakta asas, tempat, definisi, tarikh dan nama yang telah dipelajari. Soalan biasanya dimulakan dengan terangkan, siapa, apa, mana, bila, berikan dan senaraikan. Contoh: Berikan maksud kemahiran belajar. 1 Pengetahuan Mengenal pasti kebolehan pelajar untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasikan sesuatu fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari dan lain-lain. Soalan: mengapa, terangkan, tulis, huraikan. Contoh: Mengapakah kadar jenayah dalam kalangan belia meningkat? 2 Kefahaman N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 3 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 Prinsip-prinsip Kemahiran Penyoalan 1 Aras soalan yang diberikan mestilah sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. 2 Guru perlu merancang soalan-soalan yang relevan dengan mata pelajaran. 3 Penggunaan bahasa, perkataan, istilah mestilah mudah dan dapat difahami oleh pelajar. 4 Bagi menarik perhatian pelajar, guru perlu sediakan soalan yang berbeza-beza serta dapat merangsang pemikiran pelajar. Teknik Mengemukakan Soalan 1 Guru mengemukakan soalan dahulu supaya pelajar dapat faham, berfikir dan membuat keputusan menjawab soalan guru (berhenti sekejap) kemudian panggil nama pelajar jika tiada respon. 2 Soalan yang dikemukakan harus ditujukan kepada seluruh kelas, kecuali mengawal disiplin dengan memanggil nama pelajar tertentu dan kemudian mengemukakan soalan. Menguji kebolehan pelajar untuk memberi pendapat, memberi kritikan, mengemukakan penghujahan, memberi bukti, mengesahkan, mengkritik dan menilai sesuatu pernyataan, karya, ciptaan, prinsip dan teori. Soalan: nilaikan, buktikan, berikan kesimpulan dan kemukakan hujah. Contoh: Nilaikan pencapaian kerajaan dalam mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI). 6 Penilaian Menguji kebolehan pelajar membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor yang membuktikan persamaan, perbezaan dan hubung kait antara satu dengan yang lain. Soalan: analisiskan, bahagikan, bandingkan, bezakan, cerakinkan. Contoh: Bezakan peranan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Tempatan. 4 Analisis Menguji kebolehan pelajar menggabung, mengintegrasi atau mencantum idea, mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Soalan: kesimpulan, keputusan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan. Contoh: Simpulkan sebab kegagalan Sultan Melaka menawan semula Melaka. 5 Sintesis Menguji kebolehan pelajar menggunakan sesuatu prinsip, fakta asas, konsep dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Soalan: bagaimana, selesaikan, carikan, huraikan dan simpulkan. Contoh: Bagaimanakah kemelesetan ekonomi negara dapat diatasi? 3 Aplikasi N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 4 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 Penerimaan Jawapan Pelajar 1 Memberi pujian kepada pelajar yang dapat menjawab soalan guru. 2 Elak kritikan terbuka terhadap pelajar. 3 Guru boleh meminta rakan sebaya membantu membetulkan jawapan yang salah. Komponen Kemahiran Penyoalan 1 Cara membentuk soalan. 2 Pengfokusan soalan. 3 Pelbagai hala fokus soalan. 4 Sebaran soalan secara serata. 5 Hentian selepas kemukakan soalan. 6 Melayan jawapan. 7 Memberi nasihat. 8 Mencungkil jawapan. Kemahiran Menganalisis Maklumat Pengenalan 1 Kemahiran menganalisis maklumat merupakan kebolehan pelajar dalam memerhati, menerangkan idea, menyelesaikan masalah perolehan, menerima konsep, mengkategorikan, membanding, mentafsir dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh. 2 Kemahiran ini sangat penting kepada pelajar memandangkan setiap maklumat dan data perolehan perlu dinilai dan ditafsirkan. 3 Kemahiran ini dibahagikan kepada dua aspek, iaitu kemahiran menerangkan hujah dan menganalisis idea dan data. 4 Menganalisis maklumat adalah penting dalam penyelidikan, analisis dokumen dan kertas projek yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Tujuan 1 Dapat memahami konsep asas maklumat. 2 Berkebolehan untuk membuat perbandingan. 3 Menjelaskan idea tentang maklumat yang diperoleh. 4 Membuktikan aplikasi pemikiran logik. 5 Merangka dan menguji masalah bagi mencari penyelesaian. 6 Menyusun dan merancang penyelesaian sesuatu masalah. Rajah 1.2 Kaedah menganalisis maklumat Temu bual dengan responden menggunakan satu set borang kaji selidik untuk mengumpul data Maklumat berangkai atau data yang diperoleh daripada temu bual itu dimasukkan ke dalam komputer dan dianalisis menggunakan teknik statistik yang sesuai Mentafsir data yang diperoleh Apakah tujuan analisis? Di manakah analisis dibuat? Bilakah analisis tersebut perlu disiapkan? Mengapakah analisis ini dianggap penting? Bagaimanakah analisis akan dibuat (peralatan pentafsir data seperti SPSS)? Mencari persamaan idea dan hujah Mengenal pasti perbezaan idea dan hujah Perbandingan dibuat bagi satu kumpulan antara subjek dengan dua atau lebih kumpulan antara subjek (data nominal dan ordinal) Memilih sampel dihuraikan daripada populasi Mengemukakan jenis sampel Saiz sampel (bergantung kepada varian dan toleransi) Menggunakan instrumen yang sesuai untuk mengumpul data Menggunakan statistik deskriptif (Analysis Univariate dan Analysis Bivariate) Menggunakan statistik inferens (pengujian hipotesis, ujian statistik) Temu bual Kaedah 5Ws1H Pengumpulan data Kaedah perbandingan Kaedah Menganalisis Maklumat Kaedah Menganalisis Maklumat i-THINK Peta Pokok N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 5 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 PB Rajah 1.3 Pemprosesan analisis maklumat • Memahami konsep asas maklumat • Membuktikan aplikasi pemikiran logik Menyusun dan merancang penyelesaian sesuatu masalah Aplikasi Masalah Pembelajaran Analisis kualitatif berdasarkan persekitaran dan peribadi Analisis secara kuantitatif berdasarkan kepada perolehan data atau maklumat kasar Proses Analisis Maklumat Kemahiran Berfikir Secara Kritis Pendahuluan 1 Berfikir secara kritis merujuk kecekapan seseorang pelajar menggunakan minda untuk menilai kelogikan, meneliti kebernasan dan kewajaran sesuatu idea, mengenal pasti kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar menggunakan alasan dan bukti. 2 Kemahiran ini memerlukan kemahiran menganalisis data atau maklumat. 3 Merupakan kemahiran berfikir aras tinggi. Objektif Kemahiran 1 Membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan. 2 Menyesuaikan diri dengan persekitaran. 3 Menggunakan proses kognitif untuk menyelesaikan masalah. 4 Memberi ilmu, maklumat, pengalaman dan pertukaran pandangan. i-THINK Peta Dakap Prinsip Pemikiran Kritis • Membuat kategori • Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan • Menerangkan sebab • Membuat sekuen/urutan • Menentukan sumber yang dipercayai • Membuat ramalan • Mengusul periksa andaian • Membuat inferens • Membanding dan membeza Prinsip Pemikiran Kritis Rajah 1.4 Prinsip pemikiran kritis N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 6 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 7 Kemahiran Menyelesaikan Masalah Pendahuluan 1 Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu proses kognitif yang menggunakan maklumat sebagai usaha mencari alternatif atau cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat. 2 Matlamat utama seseorang guru ialah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. 3 Penyelesaian masalah dilakukan secara lisan atau tulisan. 4 Satu kemahiran yang sangat penting dalam penyelidikan. 5 Seseorang pelajar mudah mengetahui sama ada sesuatu penyelesaian itu betul atau tidak dengan melihat kepada kaedah penyelesaian yang spesifik. 6 Bagi menyelesaikan masalah yang rumit, penaakulan dan analisis yang logik diperlukan. Langkah-langkah Penyelesaian Masalah 1 Menganalisis masalah. 2 Mengenal pasti masalah. 3 Mencari strategi penyelesaian masalah. 4 Membuat strategi tindakan. 5 Melaksana penyelesaian masalah. 6 Menilai semula keberkesanan tindakan anda. Pendekatan Penyelidikan dalam Menyelesaikan Masalah 1 Perkataan kuantitatif dan kualitatif biasanya digunakan dalam penyelidikan sama ada untuk penyelidikan asas atau gunaan. 2 Kuantitatif dan kualitatif merupakan pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan tersebut. Kuantitatif 1 Penyelidikan dibuat bagi mendapatkan gambaran umum tentang permasalahan. 2 Memberi tumpuan kepada sekumpulan sampel daripada populasi bukannya individu. 3 Menekankan persoalan “apa” dan bukan “mengapa”. 4 Rumusan sesuatu kajian atas sesuatu fenomena ditafsirkan oleh penyelidik dan bukannya oleh subjek atau bahan yang dikaji. 5 Menggunakan pendekatan sesuatu teori untuk menyokong kajian. 6 Data yang diperoleh dianggap bukti empirik. 7 Pemaparan angka atau nombor yang diperoleh, ditafsir untuk dibuat pengukuran dan pengujian hipotesis. 8 Pada amnya, penyelidik sesuatu kajian mengandaikan bukti sebelum data dikumpulkan. Langkah Penyelesaian Masalah Kuantitatif 1 Mengenal pasti masalah yang hendak dikaji dengan mencari bukti berdasarkan sampel dan lokasi. 2 Mengandaikan bukti kuantitatif daripada sampel populasi yang dikaji. 3 Mencari peluang untuk mendapatkan bukti daripada semua ahIi populasi yang akan dikaji. 4 Menyenaraikan pemboleh ubah bebas dan bersandar serta aras ukuran yang sesuai sebelum soal selidik dijalankan. 5 Merancang bentuk soal selidik sama ada berstruktur atau jadual cerapan bagi tujuan mengumpul data. 6 Merancang dan mentafsir bukti sesuatu populasi selepas memperoleh data daripada sampel. 7 Menilai pengujian hipotesis untuk memastikan kajian kuantitatif yang dibuat menunjukkan hasil kajian yang berkesan. Kualitatif 1 Kajian berbentuk memerhati, menguji dan bersifat kemanusiaan. 2 Melibatkan sikap dan tingkah laku. 3 Memberi penekanan kepada persoalan “mengapa” dan “bagaimana” sesuatu keadaan itu berlaku, misalnya “kesan penggunaan laman sesawang sosial terhadap pelajaran”. 4 Menjelaskan dan menerangkan sesuatu peristiwa dengan mendalam. 5 Pendekatan kualitatif membolehkan sesuatu pengkaji memahami fenomena manusia melalui tafsiran dan cerapan. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 7 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 PB 6 Kajian dilakukan berasaskan kepercayaan di mana data tidak diterjemahkan dalam bentuk nombor. 7 Kajian berbentuk kualitatif membuat hipotesis dan mengujinya kerana tidak menggunakan banyak sampel rawak. Langkah Mengatasi Masalah Kualitatif 1 Membentuk banyak konsep dan teori melalui pencerapan dan pemahaman. 2 Meminta kerjasama subjek semasa kajian kualitatif dibuat. 3 Menerangkan hasil kajian dalam ruang lingkup yang telah disediakan. 4 Merancang bentuk soal jawab dan jangka masa pemerhatian. 5 Membuat strategi bila dan bagaimana kajian tersebut boleh dibuat. Kegunaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah 1 Dapat memahami masalah. 2 Mencari alternatif baharu untuk menyelesaikan masalah. 3 Mengaplikasikan teori atau kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dalam pelajaran atau kajian. 4 Menilai maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah. Seandainya maklumat tersebut berkesan untuk mengatasi sesuatu masalah, maka maklumat tersebut boleh digunakan. 5 Seandainya maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah tidak sesuai, maka penambahbaikan perlu dilakukan. Kaedah Penyelesaian Masalah Rajah 1.5 Kaedah penyelesaian masalah i-THINK Peta Bulatan Kaedah perbincangan Buku rujukan Guru Majalah Televisyen Kaedah Penyelesaian Masalah Kaedah koperatif Kaedah inkuiri Keadah sumbangsaran dalam pelajaran Kaedah kolaboratif N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 8 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 9 Kemahiran Komunikasi Berkesan Pengenalan 1 Satu proses perpindahan maklumat, idea, perasaan dan pemikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. 2 Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara dua pihak atau lebih. 3 Komunikasi boleh dilakukan dengan cara melihat, bahasa isyarat, sentuhan, penulisan dan gerakan badan. 4 Kemahiran komunikasi adalah penting dalam perhubungan kendiri, guru dan pelajar serta tujuan perniagaan. 5 Proses komunikasi yang dinamik adalah antara dua individu yang berinteraksi antara satu dengan yang lain. 6 Proses interaksi ini merupakan usaha bersama. Bentuk Komunikasi bagi Menyampaikan Maklumat Komunikasi Secara Kelompok atau Kumpulan 1 Sekumpulan manusia yang mempunyai matlamat yang sama, berinteraksi antara satu dengan yang lain untuk mencapai tujuan bersama. 2 Komunikasi yang membolehkan ahli kumpulan mengenali anggota kumpulan dengan baik. 3 Komunikasi ini dijalankan apabila ada sesuatu projek atau perancangan strategik. 4 Komunikasi sedemikian membolehkan maklumat disampaikan tepat pada masa dan menjimatkan kos. 5 Menyelesaikan masalah secara koperatif. Komunikasi Intrapersonal 1 Melibatkan komunikasi kendiri. 2 Meliputi perhubungan minda dengan fizikal seseorang dalam konteks disiplin komunikasi. 3 Membuat persepsi, analisis, penilaian, aplikasi dan apresiasi dalam diri dan meluahkannya sebagai ekspresi diri. 4 Keberkesanan komunikasi diri dengan orang lain bergantung pada keefektifan komunikasi personel. Komunikasi Interpersonal 1 Komunikasi antara seseorang dengan orang lain. Komunikasi ini menjelaskan bahawa seseorang mempunyai pelbagai kecerdasan untuk berhubung dengan orang lain. 2 Penyampaian maklumat adalah secara lisan atau tulisan. 3 Melibatkan komunikasi diadik, iaitu perhubungan dengan orang kedua bagi menyampaikan mesej, idea dan menyelesaikan masalah tanpa ragu-ragu. 4 Melibatkan perhubungan dengan orang lain menggunakan media perantaraan seperti surat, e-mel, sms, telekonferens dan lain-lain media yang dapat membantu menyampaikan maklumat. Komunikasi Media Massa 1 Proses pengurus media mengendalikan dan menterjemah perolehan maklumat agar dapat menyampaikan produksi dan maklumat kepada orang awam 2 Proses maklumat itu dicari, digunakan, difahami dan dipengaruhi oleh audien. 3 Contoh, surat khabar, makalah, majalah atau media elektronik, radio, televisyen dan Internet. 4 Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan tepat. Komunikasi Organisasi 1 Berlaku apabila pengurus dan pekerja terlibat dalam kelompok merancang sesuatu projek atau kajian dan meningkatkan prestasi organisasi. 2 Melibatkan pembahasan tentang struktur dan fungsi organisasi antara penyampai maklumat dengan penerima maklumat dalam proses pengorganisasian serta budaya organisasi. 3 Komunikasi ini tertumpu kepada suatu jaringan perhubungan saling bergantung antara satu dengan yang lain meliputi arus komunikasi ke atas, mendatar dan ke bawah. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 9 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 PB Komunikasi ke Bawah Komunikasi ke Atas Komunikasi Setara (Horizontal) Komunikasi Organisasi • Memberi atau menyampaikan arahan kerja. • Memberi penjelasan daripada pihak atasan tentang suatu tugas perlu dilaksanakan. • Penyampaian maklumat tentang peraturan-peraturan yang berlaku. • Menggalakkan dan memberikan motivasi kepada ahli untuk menjayakan projek atau kerja. • Memberi penerangan kepada kakitangan atau pekerja tentang tugas yang sudah dilaksanakan. • Menyampaikan maklumat tentang persoalan-persoalan berkaitan tugas yang tidak dapat diselesaikan oleh pekerja peringkat bawahan. • Menyampaikan pandangan yang rasional daripada pekerja peringkat bawahan. • Menyampaikan maklumat tentang masalah dan keperluan pekerja peringkat bawahan. • Menambahbaikan corak pekerjaan. • Mengatasi masalah secara berkala. • Komunikasi untuk meningkatkan produktiviti. • Mengelak salah faham antara rakan. • Kerjasama. Rajah 1.7 Komunikasi organisasi Rajah 1.6 Bentuk komunikasi bagi menyampaikan maklumat i-THINK Peta Dakap Penggunaan Laras Bahasa yang Betul dan Berkesan 1 Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. 2 Komunikasi menggunakan laras bahasa akan mewujudkan situasi sosial yang harmoni. 3 Dalam sistem pendidikan, bahasa yang baik dan berkesan menjadi alat komunikasi untuk meningkatkan perpaduan pelbagai kaum di negara Malaysia. 4 Laras bahasa yang baik menjadi alat komunikasi penting bagi memudahkan seseorang mendapat maklumat dengan segera dan tepat. 5 Laras bahasa merujuk penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Komunikasi Kelompok atau Kumpulan Komunikasi Interpersonal Komunikasi Intrapersonal Komunikasi Media Massa Komunikasi Organisasi Bentuk Komunikasi bagi Menyampaikan Maklumat N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 10 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 11 Keberkesanan Komunikasi Menggunakan Laras Bahasa 1 Mendapat maklumat menggunakan bahasa yang betul. 2 Mengetahui laras bahasa rasmi dan tidak rasmi. 3 Menggunakan kaedah komunikasi berlainan bagi bahasa akademik, perniagaan, bahasa undang-undang, bahasa media, bahasa sastera dan bahasa agama. 4 Menggunakan struktur, pemilihan kata, perlambangan yang sesuai semasa berkomunikasi. 5 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan seperti penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata yang sangat berkesan. 6 Menggunakan kemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan kepada tajuk dengan cepat. 7 Kebolehan menyampaikan idea secara lisan dan tulisan. 8 Kemampuan berinteraksi dengan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya. 9 Kebolehan seseorang membuat rumusan secara bertulis dan lisan dengan padat, tepat dan mantap. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 11 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 PB Di akhir pembelajaran pelajar dapat: 1 Menyatakan definisi dan konsep negara berdaulat. 2 Membandingkan antara beberapa jenis kerajaan. 3 Menilai ciri-ciri Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini. 4 Memahami amalan konsep Doktrin Pengasingan Kuasa dalam negara. 5 Menjelaskan sejarah pembentukan Malaysia. Info Grafik Negara Wilayah dengan sempadan tetap, didiami oleh sekumpulan rakyat yang tetap dan ditadbir oleh sebuah kerajaan. • Sempadan/wilayah yang diiktiraf • Penduduk yang tetap • Mempunyai kerajaan sah • Sistem yang pentadbiran teratur • Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar Konsep Ciri-ciri Merdeka Berkuasa Sendiri Wibawa Identiti Bebas daripada sebarang bentuk penjajahan Mampu membuat keputusan dan pendirian sendiri Mampu menguasai dan mempengaruhi rakyat Mempunyai lambang-lambang negara Negara Berdaulat BAB 2 Negara Berdaulat N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 12 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 13 Kerajaan Badan yang bertanggungjawab melaksanakan pemerintahan dan pengurusan negara • Badan Perundangan • Badan Eksekutif • Badan Kehakiman Definisi Komponen • Menjalankan pentadbiran negara • Menyediakan kemudahan asas/infrastruktur • Menjaga kemakmuran dan kesejahteraan negara • Menjamin perlindungan alam sekitar • Menyediakan keperluan asas rakyat • Memelihara keselamatan negara Peranan Ciri-ciri Kerajaan Malaysia Persekutuan Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang membahagikan kuasa pemerintahan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Raja Berperlembagaan Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang kedaulatan negara yang melaksanakan fungsinya seperti peruntukan dalam Perlembagaan. Demokrasi Berparlimen Parlimen merupakan institusi perundangan yang menempatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Dua dewan Parlimen Malaysia mempunyai dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang berperanan menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Ketertinggian Perlembagaan Konsep perlembagaan negara dan merupakan undang-undang tertinggi serta menjadi sumber rujukan kepada undang-undang di Malaysia. Doktrin Pengasingan Kuasa Eksekutif Perundangan Kehakiman YDPA Konsep Maksud Pengasingan atau pemisahan kuasa pemerintahan antara tiga badan iaitu, eksekutif, perundangan dan kehakiman. Tujuan • Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana badan. • Memberikan kebebasan kepada Parlimen dalam mentadbir kerajaan. • Mengimbangi kuasa (check and balance) antara badan. • Melicinkan pentadbiran negara. • Mengelakkan pertindihan kuasa pentadbiran. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 13 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 15 Fungsi Badan Perundangan (menggubal undang-undang) • Diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (Kerajaan Pusat) dan Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri (Kerajaan Negeri). • Parlimen merupakan badan penggubal undang-undang Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri merupakan badan penggubal undang-undang Negeri. Badan Eksekutif (melaksanakan undang-undang) • Diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (Kerajaan Pusat) Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri (Kerajaan Negeri) • Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri/ Menteri Besar/Ketua Menteri atau Jemaah Menteri/ Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. • Dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana dan Majlis-majlis Penyelarasan yang ditubuhkan. Badan Kehakiman (menangani masalah pelanggaran undang-undang) • Diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong. • Badan kehakiman merujuk kepada mahkamahmahkamah awam, mahkamah khas dan tribunal pengadilan. 2.1 Konsep dan Ciri Maksud Negara Negara merupakan satu wilayah yang mempunyai sempadan, mempunyai penduduk dan ditadbir oleh satu kerajaan yang baik dan teratur. Ciri-ciri Negara Berdaulat 1 Mempunyai kewibawaan. 2 Bebas daripada penjajahan asing. 3 Merupakan sebuah negara merdeka. 4 Dihormati dan diiktiraf oleh negara lain. 5 Mempunyai perlembagaan dan berkuasa sendiri. 6 Berkeupayaan mentadbir negara tanpa gangguan negara lain. 7 Mempunyai ideologi tersendiri, mempunyai identiti dan demokrasi, bendera dan prinsip. 8 Mempunyai kerajaan yang progresif untuk membangunkan negara. Ciri-ciri Sebuah Negara 1 Mempunyai sempadan. 2 Mempunyai kedaulatan. 3 Mempunyai ideologi sendiri. 4 Mempunyai penduduk tetap. 5 Mempunyai kerajaan teratur. 6 Mempunyai sistem pemerintahan yang ditentukan sendiri. Malaysia sebagai Sebuah Negara 1 Mempunyai sempadan. 2 Bebas daripada pemerintahan asing. 3 Mempunyai pemerintahan demokrasi. 4 Mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 5 Mempunyai kedaulatan, raja dan pemerintah yang berdedikasi. 6 Mempunyai ciri kenegaraan seperti perlembagaan, agama, bahasa dan kebudayaan tersendiri. Sistem Kerajaan Definisi Kerajaan 1 Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. 2 Kerajaan mempunyai tiga komponen utama yang terdiri daripada eksekutif, kehakiman dan perundangan (doktrin pengasingan kuasa). N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 14 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 15 Kerajaan Konfederasi 1 Kuasa pemerintahan di bawah penguasaan kerajaan negeri. 2 Kerajaan negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi. 3 Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad. 4 Perikatan Jerman Utara dipercayai mengamalkan sistem ini pada tahun 1867- 1871. Kerajaan Persekutuan 1 Kerajaan negeri dan kerajaan pusat bergabung melaksanakan pemerintahan. 2 Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan sendiri. 3 Setiap peringkat kerajaan (negeri dan pusat) menjalankan bidang kuasa mereka tanpa gangguan peringkat lain tapi masih dipantau oleh Kerajaan Persekutuan dalam beberapa hal seperti kesihatan, pendidikan, kewangan, pelaburan, ekonomi tempatan dan perhubungan dengan negara luar. 4 Malaysia, Australia, Amerika dan Perancis adalah antara contoh kerajaan yang mengamalkan sistem persekutuan. Kerajaan Kesatuan 1 Kerajaan pusat mempunyai kuasa dominan. 2 Boleh membatalkan sebarangan perundangan yang diluluskan oleh mana-mana peringkat kerajaan dalam sebuah negara. 3 Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dan bergantung kepada Kerajaan Pusat untuk menggubal undang-undang. 4 Contohnya, New Zealand dan Indonesia. Peranan Kerajaan 1 Memastikan keperluan kesihatan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. 2 Menyediakan keperluan pendidikan. 3 Menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih. 4 Menjaga keamanan negara supaya tidak diancam musuh. 5 Menyediakan infrastruktur yang cukup untuk masyarakat. 6 Mengatasi masalah ekonomi dan merangka rancangan memajukan ekonomi negara. Jenis-jenis Kerajaan Monarki 1 Kuasa penuh terletak di tangan raja. 2 Raja mempunyai kuasa dan membuat keputusan sendiri. 3 Raja mempunyai kata putus. 4 Contoh: Brunei Darussalam. Autokrasi 1 Diperintah oleh individu atau badan politik. 2 Penduduk diperintah secara paksa. 3 Dihukum jika tidak mengikut perintah. 4 Contoh: pemerintahan komunis. Totalitarianisme 1 Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya. 2 Mempunyai banyak tanah jajahan. 3 Arahan tidak boleh ditentang. 4 Mempunyai kuasa mutlak. 5 Menguasai rangkaian komunikasi. Sosialis 1 Bersifat kemasyarakatan (mengutamakan orang miskin). 2 Tidak mementingkan hak perseorangan; milik negara. 3 Kegiatan ekonomi terhad mengikut kehendak pemerintah. 4 Contoh: Algeria dan Laos. Republik 1 Mempunyai presiden (dilantik dalam kalangan rakyat biasa). 2 Tiada raja memerintah negara. 3 Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa. 4 Perdana Menteri dilantik untuk mentadbir negara seperti di India dan Singapura. Komunis 1 Semua anggota masyarakat adalah sama daripada aspek sosial. 2 Tidak percaya kepada Tuhan. 3 Kekerasan dihalalkan untuk mencapai tujuan. 4 Ekonomi dimiliknegarakan. Demokrasi Berparlimen 1 Pemimpin dipilih melalui pilihan raya oleh rakyat yang layak mengundi. 2 Parti yang menang majoriti akan memerintah negara. 3 Parti yang menang minoriti tidak diabaikan dalam Parlimen. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 15 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 4 Setiap rakyat mempunyai persamaan hak dalam semua perkara, kecuali jika diperuntukkan oleh undang-undang sebalik. 5 Kerajaan yang dipilih ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. 6 Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan ketua negara. 7 Terdapat negara yang mempunyai ketua eksekutif yang bergelar Presiden. Doktrin Pengasingan Kuasa 1 Dikenali juga sebagai Pembahagian Kuasa. 2 Pembahagian kuasa pemerintahan antara perundangan, pentadbiran (eksekutif) dan kehakiman. 3 Badan eksekutif di peringkat Persekutuan diketuai YDPA. Manakala di peringkat negeri oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri. 4 Badan perundangan diberi kuasa oleh Parlimen kepada Peguam Negara yang mempengaruhi kebebasan bidang kehakiman dalam hal-hal perundangan. 5 Badan Kehakiman berfungsi melalui Peguam Negara untuk menasihat Jemaah Menteri atau menteri-menteri berkenaan soal undang-undang. 6 Tidak ada mana-mana satu badan sahaja yang bertanggungjawab untuk membentuk, melaksana dan mengadili sesuatu undangundang. 7 Bertujuan mengelakkan pemusatan kuasa dan penyalahgunaan kuasa. 2.2 Pembentukan Negara Malaysia 1 Penubuhan negara Malaysia berlaku selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 2 Tunku Abdul Rahman telah membentuk Parti Perikatan, sekali gus membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu melaksanakan pentadbiran sendiri. 3 Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang kemudiannya memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 4 Bantahan Indonesia dan Filipina telah membantutkan pembentukan persekutuan baharu ini yang dirancang pada 1 Jun 1963. 5 Penangguhan itu membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. 7 Persekutuan Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. 8 Pada awal penubuhan Malaysia, banyak peristiwa berlaku seperti cubaan Indonesia menakluk Malaysia dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. 9 Pada tahun 1965, atas sebab-sebab tertentu Singapura berpisah dengan Malaysia. Memajukan sektor pertanian secara komersial seperti getah dan rempah. Menggalakkan kemasukan pelabur. Meningkatkan pendapatan negara. Menyeimbangkan penduduk mengikut kaum, terutama penduduk Melayu dan bukan Melayu. Meningkatkan perkongsian warisan budaya. Membela kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Menyatukan Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengelakkan pengaruh komunis terutama di Singapura. Menjaga keselamatan negara. Mempercepatkan kemerdekaan Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ekonomi Politik Sosial Tujuan Pembentukan Malaysia Rajah 2.1 Tujuan pembentukan Malaysia i-THINK Peta Pokok N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 16 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 Proses Pembentukan Malaysia Jadual 2.1 Proses pembentukan Malaysia mengikut kronologi Tarikh Peristiwa 27 Mei 1961 Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah mengemukakan idea diwujudkan suatu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak ke dalam suatu bentuk kerjasama politik. 23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen. Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah. 18-20 Disember 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak. 6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur. 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negerinegeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli, iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha. 3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia. 21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Julai 1962 Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. 9 Julai 1963 Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 16 September 1963 Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih kurang 30 000 orang rakyat Malaysia. N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 17 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 PB ● Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966. ● Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakuinya. Perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok. Penentangan terhadap Gagasan Malaysia 3 ● Mengemukakan syor-syor perlembagaan. ● Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang Malaysia. ● Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. ● Menyediakan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan. seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Tugas Suruhanjaya Cobbold 2 ● Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia. ● Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan. ● Agama Islam merupakan agama persekutuan tetapi rakyat bebas beragama. ● Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan. ● Hak istimewa orang Melayu diberi kepada rakyat peribumi Sabah dan Sarawak. ● Sabah dan Sarawak berhak mengawal hal-ehwal imigresennya sendiri. ● Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan. Kandungan Memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold 1 N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 18 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 19 1 Yang manakah ciri-ciri yang perlu ada bagi sebuah negara? I Mempunyai kedaulatan II Mempunyai ekonomi kukuh III Mempunyai sempadan yang tertentu IV Mempunyai masyarakat bekerjasama A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 2 Yang manakah boleh mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara? I Mempunyai ideologi II Mempunyai negara jajahan III Mempunyai banyak bahan mentah IV Mempunyai penduduk pelbagai kaum A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3 Pernyataan yang manakah yang benar tentang tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa? I Mengelak pemusatan kuasa II Menggalakkan pembahagian kuasa III Menggalakkan pemusatan kuasa IV Mengekalkan pemerintahan secara campur tangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4 Yang manakah yang menunjukkan konsep kerajaan kesatuan? A Kerajaan pusat mempunyai kuasa dominan B Kerajaan negeri mempunyai kuasa dominan C Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad D Kerajaan negeri mempunyai kuasa yang sama dengan kerajaan pusat 5 Yang manakah yang menunjukkan kerajaan sosialis? A Kerajaan ini bersifat kemasyarakatan B Kerajaan ini diperintah oleh individu C Kerajaan ini dipilih melalui pilihan raya D Kerajaan ini mempunyai banyak tanah jajahan 6 Kerajaan Monarki Ciri-ciri X Pilih ciri X yang berkaitan dengan kerajaan monarki. I Mempunyai raja yang sangat berkuasa II Mempunyai ekonomi yang dimiliknegarakan III Mempunyai kuasa membuat keputusan sendiri IV Tidak mempunyai kepentingan hak perseorangan A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV 7 X Eksekutif Perundangan Pembahagian Kuasa Pemerintahan X dalam rajah di atas merujuk A Sosialis C Kehakiman B Parlimen D Pengasingan kuasa Bahagian A Soalan Aneka Pilihan Jawab semua soalan. Latihan Pengukuhan STPM KLON N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 19 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 PB 8 Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan Kerajaan Republik? I Pemerintah merupakan seorang presiden II Mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa III Mempunyai seorang raja untuk mentadbir IV Semua masyarakat diminta membayar cukai A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 9 Yang manakah menerangkan Demokrasi Berparlimen? I Setiap rakyat yang layak mengundi mempunyai persamaan hak II Setiap rakyat mempunyai persamaan hak dalam semua perkara III Setiap rakyat boleh mengambil tindakan sendiri IV Setiap rakyat boleh memerintah sendiri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10 Siapakah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bidang perundangan? A Hakim Negara C Agensi kerajaan B Peguam Negara D Perdana Menteri Bahagian B Soalan Struktur Jawab semua soalan. 1 Nyatakan empat ciri yang melengkapkan konsep sesebuah negara. [4] (a) (b) (c) (d) 2 Nyatakan empat elemen penting bagi ciri-ciri negara berdaulat. [4] (a) (b) (c) (d) 3 Nyatakan empat peranan kerajaan dalam sesebuah negara. [4] (a) (b) (c) (d) 4 Terangkan dua ciri yang menjelaskan tentang negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. [4] (a) (b) N&L STPM P1(PA)B1-2.indd 20 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 21 Di akhir pembelajaran pelajar dapat: 1 Menjelaskan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan dan konsep ketertinggian perlembagaan. 2 Mengenal pasti kandungan Perlembagaan Persekutuan. 3 Merumus kepentingan perlembagaan terhadap keamanan dan keharmonian negara. 4 Mentafsir beberapa perkara yang terkandung dalam perlembagaan. 5 Menjelaskan sistem dan struktur pemerintahan negara: (a) Badan eksekutif (b) Badan perundangan (c) Badan kehakiman 6 Menjelaskan konsep demokrasi dan pilihan raya. 7 Memahami proses dan prosedur pilihan raya. Info Grafik Kandungan Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian dengan 183 Perkara. Fungsi • Menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. • Menjadi garis panduan terhadap sebarang pemasalahan negara. • Mengawal pentadbiran kerajaan. • Menjamin hak kebebasan rakyat. • Melancarkan pentadbiran kerajaan. Konsep Ketertinggian Perlembagaan • Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber rujukan segala undangundang. • Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat mana yang bercanggahan. • Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas atau kuasa-kuasanya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. • Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi. Perlembagaan Persekutuan BAB 3 Perlembagaan Persekutuan N&L STPM P1(PA)B3A.indd 21 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 23 Hak-hak Asasi Warganegara Malaysia (Bahagian 2: Perkara 5 – 13; Perlembagaan Persekutuan) Perkara Maklumat Perkara 5: Kebebasan diri • Tidak boleh diambil nyawanya atau dilucut kebebasannya kecuali mengikut undang-undang. • Tempoh penahanan tidak lebih 24 jam. • Dibenarkan berunding dengan pengamal undang-undang. • Diberitahu sebab ditahan. • Boleh memohon habeas corpus. Perkara 6: Pengabdian dan kerja paksa Tidak boleh dipaksa kerja atau dijadikan hamba kecuali pesalah yang menjalani hukuman dan kerahan tenaga oleh negara. Perkara 7: Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang • Dihukum atas kesalahan melanggar undang-undang negara. • Dilindungi daripada dibicarakan semula atas kesalahan yang sama. • Namun dibicarakan semula sekiranya rayuan pendakwa diterima. Perkara 8: Kesamarataan Layanan sama rata tanpa mengira agama, kaum, jantina dan warna kulit. Perkara 9: Kebebasan bergerak Membenarkan rakyat bergerak ke seluruh Persekutuan tetapi boleh disekat untuk: • Memelihara kesihatan awam • Memelihara keselamatan awam dan negara • Memelihara ketenteraman awam Perkara 10: Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan Bebas memberikan pendapat dan idea serta pandangan mereka di samping berhak untuk berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dengan kebenaran. Perkara 11: Kebebasan beragama Berhak menganut, mengamal dan menguruskan hal ehwal agama masing-masing. Perkara 12: Hak terhadap pendidikan Semua rakyat berhak mendapat pendidikan yang sama. Perkara 13: Hak terhadap harta • Berhak memiliki harta. • Pampasan atau ganti rugi yang dipersetujui jika harta diambil untuk tujuan pembangunan. Kebebasan mutlak Kebebasan bersyarat Kuat kuasa undang-undang Percantuman wilayah Kebebasan Asasi Pemerolehan Kewarganegaraan Pendaftaran Naturalisasi N&L STPM P1(PA)B3A.indd 22 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 23 Secara sukarela/ penolakan/ pelepasan Secara pelucutan • Berumur 21 tahun ke atas. • Sempurna akal. • Telah menjadi warganegara negara lain • Negara tidak berada dalam keadaan darurat • Telah memperoleh kewarganegaraan asing. • Menunjukkan tidak taat setia kepada Persekutuan sama ada melalui perbuatan atau lisan. • Mengambil bahagian, berniaga atau berhubungan dengan negara musuh. • Kegagalan mendaftar diri secara berterusan selama lima tahun di pejabat konsul. • Dihukum penjara setahun atau lebih atau didenda RM5000.00 atau lebih dalam tempoh lima tahun dari tarikh mendapat kewarganegaraan tanpa pengampunan. Penamatan Kewarganegaraan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Tujuan pindaan • Menjaga keselamatan negara. • Menyesuaikan dengan keperluan negara. • Memelihara keharmonian masyarakat. • Melicinkan urusan pentadbiran. • Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang sentiasa relevan. Kaedah pindaan • Mendapat sokongan dengan lebih suara 2 3 dalam kedua-dua dewan dan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. • Mendapat sokongan lebih suara 2 3 ahli kedua-dua dewan dan persetujuan daripada Yang DiPertua Negeri Sabah dan Sarawak. • Memperoleh persetujuan lebih suara 2 3 kedua-dua ahli majlis Parlimen. • Memperoleh persetujuan lebih suara atau majoriti mudah ahli yang hadir. Perkara-perkara yang tidak boleh dipinda • Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan. • Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. • Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. • Soal berkaitan dengan kerakyatan. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 23 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 Perlembagaan Negeri Peruntukan negeri mengandungi: Raja/Yang Dipertua Negeri Pihak Berkuasa Perundangan Negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dewan Undangan Negeri Sistem Kehakiman Malaysia Ketua Hakim Negara (Mahkamah Persekutuan) Yang di-Pertuan Agong Presiden (Mahkamah Rayuan) Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Malaya (Hakim Besar Malaya) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Kelas 1 Mahkamah Majistret Kelas 1 Mahkamah Majistret Kelas 2 Mahkamah Majistret Kelas 2 Mahkamah Penghulu N&L STPM P1(PA)B3A.indd 24 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 Peruntukan Perlembagaan Persekutuan 3.1 Perkembangan Perlembagaan Malaysia Prasejarah 1 Pada mulanya, Malaysia telah mengamalkan undang-undang tradisional yang menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha. 2 Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem pemerintahan negara mula menerima pengaruh agama Islam dalam sistem perundangan. 3 Perkembangan agama Islam juga mengubah undang-undang di mana Undang-Undang Laut Melaka dan Undang-Undang 99 Perak digunakan untuk mengadili pesalah. 4 Sistem pemerintahan tempatan mengalami gangguan apabila Portugis, Belanda dan Inggeris menjajah Tanah Melayu. 5 Pemerintah Tanah Melayu terpaksa mengikut arahan kuasa Barat dalam sistem pemerintahan mereka. 6 British telah melaksanakan Sistem Residen menyebabkan kuasa raja telah berkurangan. 7 Raja hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu. 8 Pihak British telah memisahkan cara pemerintahan tempatan dengan membentuk: (a) Negeri-negeri Melayu Bersekutu – negeri yang dijajah mengikut Sistem Residen. (b) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu – mendapat nasihat daripada penasihat British. 9 Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu (1941- 1945) diharap dapat mengatasi masalah pemerintahan pemimpin tempatan. Namun, Jepun bertindak lebih ganas. Cogan kata “Asia untuk Orang Asia” sebenarnya bermaksud hasil bumi negara-negara Asia hanya boleh dinikmati oleh orang Asia. 10 Selepas Amerika Syarikat mengebom Hiroshima dan Nagasaki, British kembali ke Tanah Melayu dan membentuk Malayan Union (1946). 11 Penentangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) terhadap Malayan Union akibat kebebasan kewarganegaraan dan pemilikan harta di Tanah Melayu menyebabkan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu (1948). 12 Semasa pemerintahan British, gangguan komunis juga telah memberi dorongan kepada pihak pentadbir tempatan untuk mengendalikan sebarang kemusykilan dan ancaman keselamatan yang dihadapi. 13 Perkembangan parti politik yang membentuk Parti Perikatan berjaya membangunkan masyarakat tempatan dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. 14 Selepas itu, perlembagaan bertulis diperkenalkan apabila pemimpin negara cuba mengambil semula Tanah Melayu. 15 Ini menamatkan amalan prinsip jus soli. Prakemerdekaan 1 Bagi memastikan penduduk di negara ini dapat hidup dengan harmoni, Suruhanjaya Reid telah mendraf perlembagaan. 2 Draf Suruhanjaya Reid meliputi kedudukan dan keistimewaan kaum bumiputera dan raja Melayu. 3 Isu agama dan bahasa rasmi dijadikan wadah perpaduan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. 4 Penduduk asing tidak akan mendapat kewarnegaraan secara terbuka mengikut prinsip jus soli. Hak setiap warganegara termasuk bukan Melayu akan dijaga agar negara yang dibentuk adalah harmoni. 5 Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 6 Selepas merdeka, Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957 dilaksanakan. Pasca Kemerdekaan 1 Pada 16 September 1963, Malaysia telah dibentuk. 2 Malaysia meliputi negeri Sabah dan Sarawak. 3 Perlembagaan dipinda mengikut urutan dan keperluan semasa. Perlembagaan Malaysia 1 Perlembagaan Negara Malaysia ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada undang-undang lain yang ada di negara ini. NOTA Ekspres N&L STPM P1(PA)B3A.indd 25 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 27 2 Dianggap undang-undang tertinggi kerana: (a) menjadi satu faktor utama Parlimen mendapat kuasa, (b) mempunyai kuasa membatalkan mengikut bahagian mana-mana undang-undang bercanggah dengan perlembagaan, (c) YDPA tertakluk dengan perlembagaan, (d) dihormati dan dan dijadikan rujukan utama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. 3 YDPA merupakan ketua negara untuk melaksanakan perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan. 4 Perlembagaan di Malaysia dibentuk berasaskan nasihat Suruhanjaya Reid pada bulan Februari 1956. 5 Perlembagaan negara kita dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. 6 Perlembagaan Malaysia telah dikanunkan namun boleh dipinda. 7 Berdasarkan perjanjian “kontrak sosial”, iaitu perjanjian yang dibuat pemimpin pelbagai kaum. 8 Menerima undang-undang yang wujud di Sabah. Pindaan Perlembagaan 1 Melalui deklarasi darurat: keganasan atau persengketaan. 2 Jika mendapat sokongan majoriti dan suara dua per tiga Majlis Parlimen. 3 Mendapat keizinan Majlis Raja-Raja. 4 Persetujuan Yang di-Pertua Negeri (Sarawak dan Sabah). Kepentingan Perlembagaan 1 Menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir. 2 Mengekalkan kestabilan politik. 3 Mempunyai peraturan dan prinsip asas pentadbiran negara. 4 Menjamin hak rakyat. 5 Membolehkan rakyat hidup aman dan harmoni. Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri 1 Diiktiraf sebagai undang-undang tertinggi dan perlu diikuti oleh penduduk negara ini. 2 Mewujudkan dan menentukan sistem pemerintahan yang adil dan teratur. 3 Undang-undang Persekutuan perlu dirujuk sebelum membuat undang-undang negeri agar tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 75). 4 Perlembagaan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. 5 Bertindak mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh badan pentadbir. 6 Terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat (Parlimen). 7 Merangkumi 183 perkara dan 1-14 bahagian (menjelaskan tentang YDPA, Majlis RajaRaja, Badan Perundangan Persekutuan, negeri-negeri dan kerajaan tempatan). Jenis Perlembagaan Jadual 3.1 Jenis-jenis perlembagaan BERTULIS TIDAK BERTULIS 1 Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis melalui Parlimen. 2 Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan untuk menggubal, membincang dan memindah undang-undang. 3 Menjadi rujukan apabila berlaku perbezaan undang-undang antara negeri dengan persekutuan. 4 Mengatasi kesangsian antara persekutuan dengan negeri berkenaan undang-undang. 1 Telah diamalkan di negara Britain. 2 Mengutamakan sistem pentadbiran tradisional negara. 3 Dikenali sebagai “Common Law” di mana undangundang boleh digubal dan dipinda dengan mudah. Terdapat dua jenis perlembagaan di Malaysia, iaitu Perlembagaan Persekutuan yang diamalkan kerajaan pusat dan negeri serta Perlembagaan Negeri. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 26 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 27 Jadual 3.2 Kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian Perkara Kandungan 1 Perkara 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang 2 Perkara 5-13 Kebebasan Asasi 3 Perkara 14-31 Kewarganegaraan: Perolehan kewarganegaraan, Penamatan Warganegara,Tambahan 4 Perkara 32-68 Raja, Majlis Raja-Raja, Pemerintah, Badan Perundangan Perkara 69 Keupayaan terhadap Harta, Kontrak dan Guaman 5 Perkara 70-72 Negeri-negeri 6 Perkara 73-95E Hubungan antara Persekutuan dengan negeri, tanah, pembangunan, Majlis Negara 7 Perkara 96-112E Peruntukan Kewangan 8 Perkara 113-120 Pilihan Raya 9 Perkara 121-131A Kehakiman 10 Perkara 132-148 Perkhidmatan Awam 11 Perkara 149-151 Tentangan terhadap Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat 11 Perkara 152-153 Bahasa Kebangsaan 12A Perkara 161-161A Sabah dan Sarawak 14 Perkara 181 Raja hanya Didakwa di Mahkamah Khas 15 Perkara 182 Perihal Mahkamah Khas 15 Perkara 183 Tindakan ke Atas Raja-raja Kecuali dengan Izin Peguam Negara Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri Perlembagaan • Mempunyai 183 perkara dan 15 bahagian dan bab 1-7 • Mengamalkan Perlembagaan Bertulis • Undang-undang negeri yang digubal tidak boleh bertentangan dengan undang-undang persekutuan • Jika ada undang-undang yang bercanggah, undang-undang tersebut terbatal secara automatik • Berasaskan negeri • Menjelaskan: – fungsi Dewan Undangan Negeri, (DUN) – kedudukan Sultan dan Yang Dipertua Negeri – peranan kuasa eksekutif dan fungsi Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) • Melantik Ketua Menteri dan Menteri Besar • Agama Islam agama rasmi negeri • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri • Membuat pindaan jika terdapat sokongan undi 2/3 ADUN di Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan Sultan atau Yang Dipertua Negeri • Perlembagaan Negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya Rajah 3.1 Jenis-jenis Perlembagaan i-THINK Peta Dakap N&L STPM P1(PA)B3A.indd 27 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 29 Keamanan Perkara 149: Perundangan menentang perbuatan subversif, menjejaskan ketenteraman awam dan sebagainya. 1 Menggunakan Akta Parlimen untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan yang membuat ancaman seperti berikut: (a) merancang keganasan terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu, (b) membangkitkan perasaan tidak setia terhadap YDPA atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan, (c) menghasut dengan niat jahat supaya berlaku permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang boleh menyebabkan keganasan, (d) melakukan perubahan dalam negara secara tidak sah, (e) menggunakan satu cara penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan yang boleh membahayakan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, (f) mengganggu ketenteraman atau keselamatan awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Perkara 150: Proklamasi darurat YDPA mengisytiharkan darurat jika berpuas hati bahawa keselamatan, keadaan ekonomi dan ketenteraman awam tergugat. Perkara 151: Sekatan ke atas tahanan 1 Pihak berkuasa harus memaklumkan dengan segera sebab seseorang ditahan dan memberi peluang untuk membela diri. 2 Menggunakan mahkamah seperti Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, Mahkamah Khas dan Mahkamah Rendah untuk membela diri. Perpaduan Perkara 3: Agama bagi Persekutuan 1 Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. 2 Di semua negeri, kecuali negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu. 3 Bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, YDPA merupakan Ketua negeri tersebut. 4 YDPA juga merupakan ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Perkara 4: Undang-undang utama Persekutuan 1 Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan. 2 Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa: (a) undang-undang itu mengenakan sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu; atau Jadual 3.3 Penjelasan akta dan kandungannya Akta Perkara Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) Tindakan mengelak seseorang melakukan rasuah melibatkan dua pihak atau lebih yang boleh menggugat sosioekonomi negara. Akta Universiti dan Kolej Universiti Bertujuan mengelak pelajar universiti dan kolej universiti melibatkan diri dalam politik, gejala sosial dan aktiviti subversif. Akta Hasutan 1948 (Akta 15) Peraturan yang menghalang seseorang daripada menghasut orang lain untuk melakukan perbuatan yang berbahaya seperti fitnah, melakukan rusuhan dan menyentuh isu keistimewaan peribumi, sensitiviti agama dan bahasa. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) Peraturan yang menghalang kakitangan kerajaan daripada membocorkan rahsia kerajaan. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 28 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 29 (b) undang-undang itu mengenakan manamana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam perkara itu. Sosial Hak Asasi Bahagian 2 Perkara 5: Kebebasan diri 1 Setiap seseorang mempunyai hak untuk hidup dengan aman. 2 Tidak boleh diambil nyawa mana-mana insan kecuali menyalahi undang-undang yang memaktubkan hukuman gantung sampai mati seperti memilik senjata api atau mengedar dadah. 3 Setiap orang yang ditangkap berhak mengetahui sebab penangkapan dan hak mendapatkan khidmat peguam. 4 Pesalah perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam. 5 Pesalah yang melibatkan tindakan imigresen perlu dibawa ke Mahkamah Sesyen atau Majistret dalam tempoh 14 hari. 6 Bebas melakukan apa sahaja perkara yang tidak menyalahi undang-undang. Perkara 6: Keabdian dan kerja paksa dilarang 1 Tidak boleh sesiapa pun penduduk negara ini dijadikan hamba abdi. 2 Hukuman penjara di bawah kawalan pihak berkuasa keselamatan tidak ditakrifkan sebagai kerja paksa. 3 Dalam hal kepentingan negara tertentu, Parlimen mempunyai kuasa untuk mengerah tenaga rakyat yang tidak boleh didakwa. Perkara 7: Perlindungan daripada undangundang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang 1 Boleh dijatuhkan hukuman atas kesalahan melanggar undang-undang negara ini. 2 Mahkamah boleh mendakwa seseorang yang dibebaskan atas kesalahan lain. Perkara 8: Sama rata 1 Semua penduduk di negara ini mendapat faedah yang sama tanpa mengira negeri kelahirannya. 2 Tidak boleh membezakan seseorang disebabkan perbezaan kaum, agama, keturunan, tempat lahir atau jantina. 3 Semua warga adalah sama walaupun berbeza kedudukan ekonomi, politik dan sosial. Perkara 9, Fasal 3: Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak Setiap warga boleh bergerak bebas di mana-mana negeri dan Wilayah Persekutuan atau bermastautin di mana-mana negeri atau Wilayah Persekutuan. Perkara 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan Berkaitan dengan fasal (2),(3) dan (4): 1 Dibenarkan berhimpun secara aman walaupun lebih 5 orang dengan kebenaran atau dengan adanya permit polis. 2 Warganegara bebas memberi pendapat tentang apa jua perkara, kecuali isu sensitif. 3 Parlimen boleh membuat sekatan terhadap kebebasan warga negara jika bersikap melampaui batas dan menjejaskan keselamatan negara. Perkara 11: tertakluk kepada fasal (4): Kebebasan agama 1 Setiap orang bebas untuk menganut dan mengurus hal agama sendiri. 2 Setiap orang boleh memegang harta tanah dan bangunan tempat beribadat mengikut undang-undang sah. 3 Seseorang individu berumur 21 tahun atau ke atas bebas memilih agama yang disukainya. 4 Dibenarkan menyelenggara yayasan yang berkaitan dengan agama. 5 Mengikut Pindaan Akta A1095: mana-mana individu atau institusi tidak boleh menyebarkan agama kepada orang Islam atau memaksa mereka untuk menganutinya. 6 Agama sesat dianggap menggugat akhlak, ketenteraman awam, kepercayaan dan kesihatan awam. Perkara 12: Hak berkenaan dengan pelajaran 1 Setiap warganegara berhak mendapat pendidikan. 2 Ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah dianggap menyalahi undang-undang negara dan boleh didenda. 3 Sesiapa yang layak dan berkemampuan boleh mengendalikan institusi Islam. Perkara 13: Hak terhadap harta 1 Harta seseorang adalah hak miliknya. 2 Tidak boleh merampas harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. 3 Seseorang boleh dilucutkan status pemilikan harta jika diperuntukkan melalui undangundang. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 29 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 31 Kuat Kuasa Undang-undang Jadual 3.4 Syarat-syarat kelayakan kewarganegaraan sebelum dan selepas Hari Merdeka Keadaan Syarat Dilahirkan sebelum Hari Malaysia (1963) di Persekutuan atau di luar persekutuan • Ibu bapa ialah permastautin tetap. • Ibu bapa didapati bukan menjadi warganegara negara lain. • Ibu atau bapa berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan. Dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia (1963) Lahir dalam negara: • Ibu atau bapa merupakan warganegara atau permastautin tetap. Lahir luar negara: • Ibu atau bapa seorang warganegara yang merupakan kakitangan kerajaan. • Mendaftar anak yang dilahirkan di Pejabat Konsul dalam tempoh setahun selepas kelahiran. • Mendaftar di negara jika dilahirkan dalam pengangkutan udara atau air yang didaftarkan di negara Malaysia. Pendaftaran Jadual 3.5 Syarat-syarat kelayakan kewarganegaraan sebelum dan selepas Hari Merdeka Keadaan Syarat (Perkara 18): Isteri dan anak warganegara • Suami ialah warganegara pada permulaan Oktober 1962. • Telah bermastautin di Persekutuan sepanjang dua tahun. • Berniat bermastautin tetap di Persekutuan. • Berkelakuan baik. Seseorang berumur kurang 21 tahun • Ibu- bapa atau penjaga merupakan warganegara (walaupun pada ketika kematiannya). • Dilahirkan sebelum permulaan bulan Oktober, 1962. • Kerajaan Persekutuan puas hati dengan maklumat peribadi. • Berkelakuan baik. (Perkara 15A): Melibatkan kanakkanak • Perlu didaftar di pejabat pendaftaran. • Ibu bapa telah berhasrat menjadikan anak-anak mereka sebagai warganegara. Remaja berumur 18 tahun atau lebih yang lahir sebelum 31 Ogos 1957 • Terbukti telah bermastautin lima tahun sebelum tarikh permohonan. • Mempunyai niat untuk bermastautin tetap. • Berkelakuan baik. • Mempunyai asas pengetahuan bahasa Melayu. 4 Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil harta secara paksa atau pampasan tanpa kebenaran empunya harta sama ada secara wasiat atau pemberitahuan. Warganegara 1 Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. 2 Warganegara merupakan penduduk yang menetap dan memberi taat setia kepada negara tersebut di mana jua mereka berada. 3 Bukan warganegara ialah penduduk asing yang tinggal di negara ini untuk tujuan pelajaran, melancong atau bekerja. 4 Perbincangan warganegara di bawah Perkara 14-22, manakala perlucutan warganegara dibincangkan di bawah Perkara 23-28A Perlembagaan Persekutuan. 5 Warganegara berhak mendapat perlindungan dan pertolongan daripada kerajaan negaranya. 6 Setiap rakyat di negara ini, tanpa umur dan agama, bebas mengumpul harta tanpa melanggar undang-undang negara. 7 Cara memperoleh taraf kewarganegaran: (a) kuat kuasa undang-undang, (b) pendaftaran, (c) masukan (naturalisasi), (d) percantuman wilayah. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 30 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 31 Naturalisasi (Kemasukan) Perkara 19 (Fasal 9) 1 Berkelakuan baik. 2 Berumur 21 atau lebih dan bukan warganegara. 3 Mempunyai niat untuk bermastautin di negara ini. 4 Ada pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu. 5 Telah bermastautin di Persekutuan mengikut tempoh yang diizinkan. 6 Mempunyai kelayakan bahasa Melayu berdasarkan ujian bahasa oleh Lembaga Bahasa. 7 Mengangkat sumpah taat setia kepada YDPA negara ini dan bersetuju mengikut peraturan negara. Percantuman Wilayah (Perkara 2) 1 Melibatkan wilayah Sabah, Sarawak dan Singapura. 2 Menentukan tarikh mereka mula menjadi warganegara. 3 Penduduk yang menjadi warganegara melalui percantuman ialah warganegara Singapura, pemastautin tetap Sabah, Sarawak serta warganegara United Kingdom dan tanah jajahannya. 4 Parlimen menentukan siapa yang boleh menjadi warganegara. Warganegara Komanwel 1 Berdasarkan undang-undang Komanwel. 2 Warganegara Persekutuan boleh mendapat taraf warganegara Komanwel. 3 Undang-undang yang ada boleh digunakan terhadap seseorang warganegara Republik Ireland yang juga bukan seorang warganegara Komanwel sebagaimana undang-undang itu dipakai terhadap seseorang warganegara Komanwel melainkan diperuntukkan oleh Parlimen. Kepentingan Menjadi Warganegara Malaysia 1 Mendapat faedah dalam negara seperti kesihatan, pelajaran, peluang pekerjaan dan kebajikan masyarakat. 2 Berhak memegang jawatan-jawatan yang penting di negara ini. 3 Boleh mengundi jika berumur 21 tahun dan ke atas dalam pilihan raya negara. 4 Boleh menjadi anggota pasukan keselamatan negara. Penamatan Warganegara Seseorang boleh menamatkan kewarganegaraannya melalui dua cara: 1 Secara sukarela (a) Membuat akuan yang didaftar oleh Kerajaan Persekutuan. (b) Berumur 21 tahun dan ke atas serta menjadi warganegara lain. (c) Seseorang yang waras pemikiran dan mengetahui perkara yang dilakukan. 2 (Perkara 24-26B): Melucut (a) Tidak setia dalam tindakan dan pertuturan. (b) Membuat kenyataan palsu tentang kedudukan warganegara. (c) Telah menderhaka kepada raja dan negara. (d) Seseorang yang tinggal di luar negara lebih dari 5 tahun. (e) Bagi warganegara secara pendaftaran: i. telah dipenjarakan kurang atau setahun, ii. didenda tidak kurang daripada RM5 ribu, iii. tidak mendapat pengampunan atas kesalahannya. Kepentingan Perlembagaan 1 Perlembagaan Malaysia merupakan undangundang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini. 2 Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan YDPA, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. 3 Kepatuhan kepada perlembagaan memudahkan perjalanan jentera pentadbiran di samping dapat menjamin keamanan, perpaduan dan kestabilan politik dan sosial. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 31 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 PB Keamanan Perpaduan Kestabilan Politik dan Sosial Kepentingan Perlembagaan • Memberikan jaminan kepada rakyat sebuah negara aman dan stabil dengan memberikan hak yang sama. • Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dalam bercakap, beragama dan pemilikan harta. • Memperkukuh kedudukannya mengikut perkembangan zaman dan keperluan semasa. • Mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman. • Menegakkan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum utama. • Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum. • Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. • Melindungi kepentingan semua kaum. • Menjamin keadilan sosial antara kaum serta memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara. • Menentukan arah politik negara tersebut. • Menjamin kestabilan politik sesebuah negara. • Menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara demokrasi. • Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan pentadbiran dalam pemerintahan kerajaan. • Menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. Rajah 3.2 Kepentingan perlembagaan i-THINK Peta Dakap Sistem dan Struktur Pemerintahan 3.2 Sistem Pemerintahan 1 Pemerintahan Malaysia didukung oleh dua konsep penting, iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. 2 Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan, iaitu YDPA sebagai Ketua Negara. 3 YDPA ialah ketua negara yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Raja Berperlembagaan 1 Raja berperlembagaan di Malaysia bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. 2 YDPA bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara mengikut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet). 3 Raja atau sultan sesebuah negeri bertindak berdasarkan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). 4 YDPA ialah Ketua Negara Malaysia. 5 Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. 6 Raja ialah Ketua Negeri di peringkat negeri. 7 Menteri Besar (di negeri yang ada raja) atau Ketua Menteri (negeri yang tidak mempunyai raja) ialah ketua kerajaan di negeri masingmasing. Kedudukan Raja Perlembagaan 1 Baginda merupakan ketua negara atau kepala utama negara (Bahagian 4). 2 Merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera Persekutuan (Perkara 41). 3 Baginda menjadi ketua agama di Persekutuan dan negeri sendiri serta negeri yang tidak mempunyai raja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 4 Baginda mempunyai kuasa pemerintahan Persekutuan dengan dibantu Jemaah Menteri. 5 Baginda boleh mengeluarkan Pengisytiharan Darurat mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 6 YDPA mempunyai kuasa pengampunan terhadap hukuman yang dijatuhkan di mahkamah. N&L STPM P1(PA)B3A.indd 32 09/05/2023 11:33 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 33 7 Tidak ada tindakan sivil atau jenayah yang boleh diambil berdasarkan sifat peribadinya di mana-mana mahkamah, selain Mahkamah Khas dengan keizinan Peguam Negara di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). 8 Baginda mempunyai peranan penting sebagai ketua negara bagi tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Demokrasi Berparlimen 1 Berparlimen bermaksud perancangan, penggubalan dan pelaksanaan yang dibuat melalui dua dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 2 Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan, iaitu pemilihan pemimpin dan kerajaan dilakukan melalui pilihan raya. 3 Kerajaan akan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih berdasarkan parti yang berjaya membentuk kerajaan. 4 Salah satu syarat demokrasi berparlimen ialah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian dalam pemerintahan, iaitu Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Pentadbiran atau Eksekutif. Badan Perundangan Badan Pentadbiran(Eksekutif) Badan Kehakiman Menggubal undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa kepada manamana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain. Menjalankan bidang kuasa eksekutif dan tidak boleh terlibat dalam bidang perundangan dan kehakiman. Menjalankan penghakiman dan tidak boleh menggubal undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) 1 Yang di Pertuan Agong (YDPA) merupakan raja berperlembagaan dan ketua negara. 2 Baginda dipilih dalam kalangan rakyat berketurunan raja. 3 Sebelum menjadi YDPA, baginda perlu memerintah negeri masing-masing. 4 YDPA menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk memerintah negeri masing-masing. 5 YDPA mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. 6 YDPA merupakan lambang kedaulatan negara. 7 Jawatan YDPA diwujudkan sejak kemerdekaan dan bukan diwarisi secara turun-temurun. Pelantikan YDPA 1 YDPA hanya dilantik daripada keturunan raja. 2 Baginda akan dipilih mengikut undian Majlis Raja-Raja antara sembilan orang raja Melayu mengikut aturan yang terdapat dalam Jadual Ketiga, Perlembagaan Malaysia. 3 Mendapat sokongan daripada sekurangkurangnya lima orang raja yang menghadiri mesyuarat pelantikan Majlis Raja-Raja. Mesti beragama Islam Cukup umur dan matang Waras pemikiran Ciri-ciri YDPA 4 Tempoh menjadi YDPA ialah selama lima tahun. 5 Mendapat pertabalan secara dokumen bertulis yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja selaku Setiausaha Majlis Raja-Raja (MRR). 6 Tidak boleh dilantik dua kali berturut-turut sehingga semua raja dari setiap negeri (sembilan negeri) telah ditabalkan sebagai YDPA. N&L STPM P1(PA)B3B.indd 33 09/05/2023 11:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 35 Pembatalan Pelantikan YDPA 1 Baginda didapati tidak waras: mungkin disebabkan usia lanjut atau penyakit. 2 Keputusan sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja menolak pelantikan raja yang dianggap tidak layak atau tidak sesuai untuk memerintah. 3 Raja yang dilantik mengaku sendiri kepada Penyimpan Mohor bahawa baginda tidak mahu dipilih mungkin disebabkan sakit atau tidak mempunyai keyakinan diri untuk memerintah atau mahukan masa yang panjang untuk bersedia menjadi pemerintah. 4 Baginda masih mentah atau belum cukup umur. Budi Bicara dan Kuasa YDPA (Perkara 39–42) 1 Melantik Perdana Menteri. 2 Meminta Majlis Raja-Raja berbincang tentang kedudukan raja. 3 Tidak memperkenan pembubaran parlimen. 4 Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk bincang tentang kedudukan, keistimewaan dan sikap raja-raja serta mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat tersebut. 5 Mendapatkan nasihat Peguam Negara (Perkara 40(2)) tentang pelaksanaan kewajipan. 6 Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri. 7 Menentukan tanah rizab orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. 8 Mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada mana-mana warganegara dan bukan warganegara yang dicadangkan serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena Hari Keputeraan baginda. 9 Melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima kunjungan diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka. 10 Mencemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara. 11 Mempunyai kuasa melantik jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan Badan-badan Berkanun. Fungsi YDPA dalam Bidang Kehakiman 1 Baginda bertanggungjawab melantik: (a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, (b) Presiden Mahkamah Rayuan, (c) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, (d) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, (e) Hakim-hakim Mahkamah Agung, (f) Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, (g) Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja, (h) melantik sesiapa sahaja yang dianggap layak sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara. 2 Baginda boleh lanjutkan tempoh perkhidmatan seorang hakim melebihi umur 65 tahun atau 66 tahun (dicadangkan pada tahun 2005) tapi bagi tempoh masa 6 bulan. 3 Baginda menerima surat peletakan jawatan seorang hakim Mahkamah Persekutuan dan mempersetujui perletakan jawatan tersebut mengikut budi bicara baginda. 4 YDPA atas nasihat Perdana Menteri yang telah berunding dengan Ketua Hakim Negara boleh menyingkir seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan berkelakuan tidak senonoh atau mempunyai masalah kesihatan atau tidak waras atau lainlain alasan yang munasabah seperti menyebarkan rahsia kerajaan. 5 Baginda melantik tribunal untuk memberi cadangan tentang prestasi seorang hakim Mahkamah Persekutuan sebelum menyingkirkannya. 6 YDPA berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan hukuman-hukuman bagi semua kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera (fasal 10). 7 Baginda juga boleh mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 8 Mengampun, menangguh atau mengurangkan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah awam, tentera, syariah di negeri tidak beraja, serta Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. N&L STPM P1(PA)B3B.indd 34 09/05/2023 11:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 35 9 Baginda melaksanakan kuasa pengampunan dengan nasihat Jemaah Pengampunan atas nasihat Peguam Negara Persekutuan. Fungsi YDPA dalam Bidang Eksekutif 1 YDPA melantik Perdana Menteri. 2 Baginda mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen. 3 Baginda menjalankan tugas mengikut nasihat kabinet, atas nasihat kabinet atau selepas menimbang nasihat kabinet (Perdana Menteri). 4 YDPA mempunyai kuasa untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. 5 YDPA juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang dari Wilayah Persekutuan Putrajaya dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. 6 Baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator dari semua negeri yang kebanyakannya merupakan tokoh dalam bidang ikhtisas seperti dalam perdagangan, pertanian, memberi sumbangan kebajikan, tokoh kegiatan kebudayaan, tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli dan tokoh yang memainkan peranan penting dalam industri dan perniagaan. 7 Oleh kerana YDPA merupakan sebahagian daripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa untuk: (a) memanggil mesyuarat Parlimen dari semasa ke semasa, (b) memberhenti dan membubarkan parlimen, (c) memperkenankan rang undang-undang. 8 Baginda memberi ucapan dalam Majlis Parlimen bagi kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 9 YDPA mengakui dan mengisytiharkan undang-undang dikenali Ordinan. 10 Mengisytiharkan darurat demi keamanan negara atas nasihat kabinet atau atas budi bicara YDPA. Fungsi YDPA dalam Bidang Perundangan 1 Baginda mempunyai kuasa untuk mendengar perbicaraan pembentukan rang undang-undang bagi bacaan pertama, kedua, jawatankuasa dan bacaan ketiga. 2 Baginda memperkenan rang undangundang yang diluluskan dalam parlimen dalam tempoh 30 hari (Perkara 66(4)). 3 Jika baginda tidak memperkenan rang undang-undang dalam tempoh 30 hari, rang undang-undang tersebut tetap dijadikan undang-undang. 4 Rang undang-undang yang telah diperkenankan YDPA akan diwartakan dalam Warta Kerajaan dan dicopkan dengan Mohor Besar. Had Kuasa YDPA 1 Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas. 2 Tidak berkuasa untuk membenarkan permaisuri mempunyai kuasa seperti raja. 3 Tidak mempunyai kuasa untuk mengampunkan anak dan isteri baginda sendiri. 4 Tidak boleh melakukan kesalahan seperti mana yang dicatatkan dalam kanun keseksaan atas sifat peribadi baginda. 5 Tidak dibenarkan berniaga, memegang jawatan bergaji, melibatkan diri dalam politik atau menyokong parti politik. 6 Tidak boleh meninggalkan negara lebih 15 hari tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja (Fasal 5), kecuali atas lawatan dari negara ke suatu negara lain. 7 Tidak boleh menjalankan tugas sebagai raja negerinya, kecuali tugas-tugasnya sebagai ketua agama Islam. 8 Tidak boleh meminda perlembagaan negerinya. 9 Tidak boleh melantik seorang pemangku raja atau ahli jemaah pemangku raja sebagai ganti seseorang pemangku raja atau ahli, mengikut mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya. Meletak Jawatan 1 Boleh meletak jawatan pada bila-bila masa tetapi secara bertulis kepada Majlis RajaRaja. 2 Perletakan jawatan oleh YDPA tidak perlu wartakan kepada Parlimen. N&L STPM P1(PA)B3B.indd 35 09/05/2023 11:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 37 1 Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja (Sultan) dengan Raja Perlis. 2 Yang Dipertua Besar Negeri Sembilan. 3 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. 4 Penyimpan Mohor Besar Raja sebagai setiausaha Majlis Raja-Raja (dilantik bawah Seksyen 3). Keahlian Majlis Raja-Raja Pemecatan 1 Pemecatan YDPA dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dengan sokongan 5 daripada 9 orang raja. 2 Selepas mendapat persetujuan Majlis RajaRaja melalui undi sulit, YDPA boleh dipecat pada bila-bila masa. 3 Seandainya baginda tidak waras, baginda boleh dipecat segera. 4 Baginda juga boleh dipecat sekiranya tidak mempunyai tingkah laku yang baik. Majlis Raja-Raja 1 Mesyuarat Pertama Majlis Raja Melayu dari Negeri Melayu Bersekutu atau Mesyuarat DURBAR diadakan 13-17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. 2 Selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, mesyuarat pertama diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar. 3 Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka ialah pada 30 dan 31 Oktober 1957. 4 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan dipengerusikan mengikut giliran dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. 5 Penyimpan Mohor Besar Raja bertindak sebagai setiausaha. 6 YDPA akan diiringi Perdana Menteri. 7 Raja-raja, Gabenor dan Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. 8 Wakil raja menggantikan raja yang tidak dapat hadir. 9 Majlis Raja-Raja akan bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. 10 Majlis Raja-Raja membincangkan isu berkaitan pelantikan YDPA, keagamaan, hak istimewa orang Melayu, tingkah laku raja, lawatan raja, peranan dalam menjalankan pemerintahan. Pembentukan Majlis Raja-Raja 1 Terdapat 9 orang raja dan 4 orang Yang Dipertua Negeri dalam pembentukan Majlis Raja-Raja. 2 Berkumpul untuk membincangkan hal-ehwal raja-raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri. 3 Majlis Raja-Raja sebulat suara membicarakan urusan peruntukan kerajaan. 4 Pembentukan Majlis Raja-Raja telah dinyatakan dalam Perkara 38, Bab 2 Perlembagaan Persekutuan. 5 Majlis Raja-Raja merupakan satu komponen penting kerajaan demokrasi berparlimen. 6 Tujuan penubuhan Majlis Raja-Raja adalah untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama dengan penjajah Inggeris yang sememangnya telah menguasai pentadbiran negeri Melayu. Peranan Majlis Raja-Raja Tugas (Berdasarkan Jadual Ketiga) dan Budi Bicara Majlis Raja-Raja 1 Majlis Raja-Raja akan memilih atau memecat YDPA dan memilih Timbalan YDPA di peringkat Persekutuan. 2 Memastikan semua raja dalam negara telah mengikut giliran menjadi YDPA dan Timbalan YDPA. 3 Menyetujui atau tidak mana-mana pelantikan yang memerlukan persetujuan Majlis RajaRaja. 4 Merunding pelantikan anggota: (a) Mahkamah Khas (dinyatakan di bawah Fasal (1), Perkara 182 Pindaan (Akta A848) atas nasihat Perdana Menteri seperti: i. Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan N&L STPM P1(PA)B3B.indd 36 09/05/2023 11:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 37 ii. Yang Dipertua Mahkamah Rayuan iii. Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Tanah Melayu iv. Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak v. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan vi. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan vii. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi viii. Melantik dua orang hakim Mahkamah Khas yang diwujudkan berdasarkan Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan ix. K e t u a A u d i t ( B e l i a u bertanggungjawab mengaudit akaun Persekutuan dan akaun negerinegeri) (b) Melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Suruhanjaya bagi perkhidmatan awam. (c) Melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Suruhanjaya Pelajaran. (d) Majlis Raja-Raja mesti dirujuk dalam hal pelantikan pengerusi dan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya. 5 Dalam Fasal (3) Perkara 137 Perlembagaan, Majlis Raja-Raja melantik seorang anggota menduduki Majlis Angkatan Tentera untuk mewakili mereka. 6 Memberi ampun, menangguh atau membatalkan, reprief, respit atau meremit hukuman. 7 Menggantung atau meringankan hukuman (Fasal 12 Perkara 42). 8 Menimbang dasar negara (contoh: dasar imigresen). 9 Menyetujui atau tidak berkenaan undangundang: (a) Menyentuh keistimewaan orang Melayu. (b) Kedudukan orang Melayu daripada aspek ekonomi. (c) Perubahan sempadan. (d) Kebesaran raja. (e) Upacara agama sebelum membuat perubahan berkenaan dasar tentang tindakan pentadbiran dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak (Perkara 153). 10 Memberi kebenaran kepada YDPA untuk membuat lawatan rasmi ke luar negara atau meninggalkan Persekutuan untuk tujuan yang membawa faedah kepada negara. 11 Mengatasi sebarang kesulitan yang timbul antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Penyimpan Mohor Besar Raja 1 Majlis Raja-Raja perlu mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja, yang disimpan dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh majlis itu. 2 Penyimpan Mohor Besar Raja merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja yang mencatatkan minit mesyuarat. 3 Penyimpan Mohor Besar Raja dilantik di bawah Seksyen 3 (Jadual 5). 4 Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai setiausaha Majlis Raja-Raja serta memegang jawatannya selama diperkenankan oleh majlis itu. Peranan Penyimpan Mohor Besar Raja 1 Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh YDPA atau tidak kurang daripda tiga orang anggota Majlis Raja-Raja. 2 Memanggil mesyuarat tidak lewat daripada empat minggu sebelum tamat tempoh jawatan YDPA dan semasa berlaku kekosongan dalam jawatan tersebut atau dalam jawatan Timbalan YDPA. 3 Bukti cap mohor daripada Penyimpan Mohor Besar Raja menunjukkan pelantikan atau nasihat Majlis Raja-Raja diterima. 4 Mengisytiharkan anak bulan syawal sebelum berpuasa dan menentukan tarikh hari raya puasa. 5 Menyimpan minit mesyuarat Majlis RajaRaja. 6 Menandatangani dan menurunkan cap Mohor Besar bagi setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja seperti: (a) Surat lantikan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak (b) Surat lantikan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan (c) Surat lantikan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan (d) Surat lantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak (e) Surat lantikan Ketua Audit Negara (f) Surat lantikan pengerusi dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam N&L STPM P1(PA)B3B.indd 37 09/05/2023 11:34 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
142 PB (Masa: Dua jam) Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan. 1 Sebuah negara itu perlu mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematik kerana A mudah untuk mengawal pergerakan rakyatnya B dapat menguruskan perjalanan pilihan raya umum C dapat memastikan sumber kekayaan negara dieksploitasi D boleh menjamin kekuasaan negara dapat kekal dipelihara 2 Yang manakah berkaitan dengan kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan? A Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain B Setiap orang boleh menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan bagi agama orang lain C Setiap orang boleh membayar cukai untuk menguruskan dan membiayai hal ehwal agamanya D Setiap orang boleh mengutip sumbangan untuk membangunkan institusi agama untuk penganut agama lain 3 Encik X tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri dalam tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan situasi di atas, apakah yang bakal dihadapi oleh Encik X? A Didenda sebanyak RM2 000 B Hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya C Hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri D Tidak boleh bertanding semula di kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya yang akan datang 4 Yang manakah berkaitan dengan Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan? Senarai Persekutuan Senarai Bersama A Penerbitan majalah Aktiviti pertanian B Kerja-kerja air Muzium sejarah C Kesihatan awam Penghasilan ubat-ubatan D Perkapalan di laut Penjaja beredar KERTAS MODEL STPM Kertas 1 N&L STPM P1(PA)KM.indd 142 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 143 5 Yang manakah pernyataan yang mencerminkan keistimewaan seorang Ahli Dewan Rakyat? I Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dipilih untuk menganggotai Kabinet II Ahli Dewan Rakyat sahaja yang berhak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri III Ahli Dewan Rakyat sahaja yang mempunyai kata pemutus terhadap rang undang-undang kewangan IV Ahli Dewan Rakyat sahaja tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan semasa prosiding di dalam Parlimen A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6 Seorang Menteri Besar yang baharu boleh dilantik tanpa perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan syarat A seorang wakil rakyat itu mempunyai sifat kepimpinan dan keperibadian yang boleh dicontohi B seorang wakil rakyat itu pada hemat Ketua Negeri mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri C seorang wakil rakyat itu telah menawarkan dirinya kepada Ketua Negeri untuk dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu D seorang wakil rakyat itu menasihati Ketua Negeri untuk melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar yang baharu 7 Puan Asmah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Korea dan telah menetap di Seoul, Korea Selatan hampir tujuh tahun. Puan Asmah juga mempunyai seorang anak lelaki yang berusia lima tahun. Sekiranya Puan Asmah ingin mendaftarkan kewarganegaraan Malaysia untuk anaknya, apakah syarat yang perlu dipenuhinya? I Kanak-kanak itu biasa bermastautin di Malaysia II Usia kanak-kanak itu belum mencapai umur 21 tahun III Kanak-kanak itu mesti berpengetahuan asas bahasa Melayu IV Keluarga kanak-kanak itu perlu mempunyai rekod berkelakuan baik A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 8 Yang manakah merupakan bidang kuasa Dewan Negara terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat? A Menangguhkan kelulusan sesuatu rang undang-undang B Menolak sesuatu rang undang-undang untuk dibahaskan C Mengesahkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan D Mewartakan sesuatu rang undang-undang yang telah dibahaskan sebagai Warta Kerajaan 9 Apakah inisiatif kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi? A Memantapkan semua agensi pusat dan negeri B Memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional C Meningkatkan bayaran bonus kepada penjawat awam D Menyatukan program latihan dan kemahiran bagi sektor awam dan swasta N&L STPM P1(PA)KM.indd 143 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
144 145 10 Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan tugas sebagai raja di negeri baginda dan A mengampunkan banduan di Mahkamah Awam negeri B mempersetujui pindaan terhadap undang-undang negeri C melantik anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri D mempertimbangkan pelaksanaan sesuatu dasar Kerajaan Negeri 11 Yang manakah merupakan perkara yang perlu dirujuk terlebih dahulu oleh Kerajaan Tempatan kepada Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan? I Melantik ahli-ahli majlis dalam organisasi Kerajaan Tempatan II Mengeluarkan lesen terhadap premis-premis perdagangan atau perniagaan III Memperkenalkan dasar-dasar baharu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan IV Menentukan jumlah nilai kutipan cukai yang perlu dikenakan kepada penduduk di sesebuah Kerajaan Tempatan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 12 Yang manakah keadaan yang boleh menjejaskan daya saing negara? A Pelanggan yang berurusan di kaunter kerajaan perlu beratur menunggu giliran B Pegawai perkhidmatan awam perlu menghadiri kursus latihan dan kemahiran C Pemberhentian kerja pegawai-pegawai lantikan kontrak oleh pihak kerajaan D Pengambilan graduan baharu bagi memenuhi jawatan perkhidmatan awam 13 Hasil Kerajaan Persekutuan akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan untuk tujuan I membayar tuntutan yang dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan di mana-mana mahkamah II membayar cukai hartanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan III membayar cukai eksport produk-produk tempatan ke luar negara IV membayar pencen penjawat awam yang telah bersara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14 Yang manakah pernyataan yang tepat berkaitan bidang kuasa rayuan dalam sesebuah mahkamah? A Mahkamah Persekutuan membicarakan kes-kes rayuan sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi B Kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen boleh diulang bicara oleh pihak defendan di Mahkamah Rayuan C Mahkamah Tinggi berkuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret D Kes jenayah yang melibatkan hukuman mati dibenarkan untuk ulang bicara di Mahkamah Persekutuan sebelum ia diputuskan N&L STPM P1(PA)KM.indd 144 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
144 145 15 Seorang pegawai kewangan di sebuah jabatan kerajaan telah memalsukan laporan kewangan jabatannya daripada pengetahuan ketua jabatan. Berdasarkan situasi di atas, pegawai tersebut telah melanggar prinsip tadbir urus A integriti B amanah C ketelusan D akauntabiliti Bahagian B [15 markah] Jawab semua soalan. 16 Huraikan dua usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan sempadan negara tidak diceroboh kuasa luar. [4] (a) (b) 17 Berikan empat sebab terlucutnya taraf kewarganegaraan seseorang isteri yang suaminya merupakan warganegara Malaysia. [4] (a) (b) (c) (d) 18 Senaraikan empat perkara yang menyebabkan seseorang itu perlu membuat akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. [4] (a) (b) (c) (d) N&L STPM P1(PA)KM.indd 145 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
146 PB 19 Encik Hairi mendapati kadar lantik henti di syarikatnya agak membimbangkan. Setelah melakukan siasatan dalaman, beliau mendapati salah satu punca permasalahan tersebut ialah kelemahan pengurusan. Bincangkan dua ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh Encik Hairi bagi memastikan masalah di syarikatnya dapat diatasi. [4] (a) (b) Bahagian C [50 markah] Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan. 20 Prinsip tadbir urus yang baik mensejahterakan rakyat. Bincangkan. [25] 21 Pandemik Covid-19 yang melanda negara ini telah merancakkan perniagaan digital kerana kelebihannya boleh membantu para peniaga. Namun begitu, terdapat kesukaran yang dihadapi oleh para peniaga untuk memulihkan perniagaan mereka. Bincangkan. [25] 22 Sokongan padu peminat sukan tanpa batasan telah menjadi salah satu penyumbang besar terhadap perpaduan di negara ini. Oleh itu, kerajaan perlu sentiasa mengambil inisiatif mantap untuk membangunkan bidang sukan. Bincangkan. [25] N&L STPM P1(PA)KM.indd 146 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 147 BAB 2 Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 B 2 B 3 A 4 A 5 A 6 A 7 C 8 B 9 A 10 B Bahagian B 1 (a) Setiap negara mestilah mempunyai sempadan yang jelas (b) Setiap negara mestilah mempunyai kedaulatan (c) Setiap negara mempunyai penduduk yang tetap (d) Setiap negara mestilah mempunyai sistem pemerintahan sendiri untuk mentadbir negara 2 (a) Merdeka (b) Berkuasa sendiri (c) Berwibawa (d) Berideologi 3 (a) Menjaga keamanan negara daripada ancaman musuh. (b) Menyediakan keperluan pendidikan. (c) Menjaga kebersihan alam sekitar. (d) Meningkatkan taraf kesihatan rakyat. 4 (a) Pemimpin dipilih melalui pilihan raya oleh rakyat yang layak mengundi. Parti yang menang minoriti tidak akan diabaikan dalam Parlimen. (b) Setiap rakyat mempunyai persamaan hak dalam semua perkara kecuali undang-undang memperuntukan sebaliknya. Kerajaan dipilih ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. BAB 3 Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 A 2 A 3 B 4 B 5 B 6 A 7 B 8 D 9 B 10 A 11 A 12 B 13 A 14 B 15 C 16 C 17 C 18 D 19 B 20 D 21 C 22 B 23 C 24 B 25 A 26 D 27 C 28 A 29 B 30 B Bahagian B 1 (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Badan Legislatif (c) Badan Eksekutif (d) Badan Kehakiman 2 (a) Menyebabkan kemarahan kaum Melayu (b) Mewujudkan UMNO (c) Menjejaskan kedudukan sultan (d) Pengamalan prinsip jus soli 3 (a) Mengamalkan prinsip demokrasi (b) Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu (c) Memastikan kedudukan sah penduduk bukan Melayu 4 (a) Kuat kuasa undang-undang (b) Pendaftaran (c) Masukan (d) Percantuman wilayah 5 (a) Memperoleh taraf kewarganegaraan asing (b) Menggunakan keistimewaan sesebuah negara asing (kecuali negara Komanwel), keistimewaan itu hanya diberikan kepada rakyat negara tersebut (c) Perempuan yang telah menjadi warganegara melalui Perkara 15(1) dan telah memperoleh kewarganegaraanya melalui perkahwinannya dengan bukan warganegara 6 (a) Pemerintahan dijalankan secara perwakilan (b) Rakyat memilih pemimpin melalui pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara (c) Sistem pentadbiran negara diamalkan oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh kabinet 7 (a) Membicarakan kes sivil ke atas Yang diPertuan Agong atau raja sesuatu negeri atas sifat peribadi di bawah Fasal (1) (b) Membicarakan kesalahan yang melibatkan kes jenayah dan kes sivil (c) Membuat prosiding secara tertutup (d) Mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding jenayah dan sivil dibuat di Mahkamah Bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan 8 (a) Pendakwa raya utama kerajaan (b) Menentukan tempat dan mahkamah untuk menjalankan prosiding (c) Menggubal perundangan bagi Kerajaan Persekutuan (d) Membantu merangka rang undang-undang Parlimen Jawapan N&L STPM P1(PA)jwp.indd 147 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
148 149 9 (a) Memanggil Parlimen untuk bermesyuarat dari semasa ke semasa (b) Melantik ahli Dewan Negara yang berjasa kepada negara (c) Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara (d) Berkuasa membatalkan kehilangan kelayakan ahli Parlimen (e) Memperkenan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Pilih empat jawapan sahaja) 10 (a) Membincangkan usul rang undang-undang yang dikemukakan oleh kementerian tertentu (b) Membahaskan belanjawan negara dan memberikan kata putus tentang jumlah peruntukan yang boleh diberikan kepada kerajaan negeri (c) Meneliti semula rang undang-undang yang ingin dipinda mengikut keadaan semasa (Pilih dua jawapan sahaja) 11 (a) Memperkenan atau menolak cadangan Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk memanggil atau membubarkan Dewan Undangan Negeri (b) Melantik waris seperti Pemangku Raja (c) Menganugerahkan bintang kehormat, gelaran dan bintang kebesaran (d) Melibatkan diri dalam mesyuarat Majlis RajaRaja 12 (a) Cara pelantikan, pemecatan, pelucutan dan penurunan warisan takhta kerajaan (b) Pelantikan sultan dan warisnya (c) Kedudukan pembesar dan pelaksana adat Melayu (d) Pemberian pangkat, penghormatan, bintang kebesaran dan pelucutan pangkat BAB 4 Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 B 2 D 3 B 4 D 5 B 6 B 7 D 8 B 9 A 10 B 11 C 12 D 13 A 14 C 15 C 16 A 17 C 18 C 19 A 20 D 21 C 22 C 23 B 24 B 25 A Bahagian B 1 (a) Kewangan (b) Hiburan (c) Hal ehwal luar negeri (d) Akhbar dan penapisan 2 (a) Perancangan bandar dan desa (b) Perparitan dan pengairan (c) Penjaja beredar (d) Perumahan, tempat hiburan awam 3 (a) Kerajaan Tempatan (b) Bekalan air (c) Pertanian dan perhutanan (d) Hal ehwal agama Islam 4 (a) Yang di-Pertuan Agong boleh didakwa di mahkamah khas (b) Baginda tidak mempunyai kuasa untuk mengampunkan anak dan isteri baginda sendiri (c) Baginda tidak dibenarkan berniaga, memegang jawatan bergaji, melibatkan diri dalam politik atau menyokong parti politik (d) Baginda tidak boleh meminda Perlembagaan Negeri baginda 5 (a) Melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) semasa ketiadaan YDPA dalam negara kerana membuat lawatan (b) Menguruskan tugas YDPA jika telah mangkat semasa masih memegang jawatan seperti mana yang berlaku pada YDPA yang pertama, kedua dan kesebelas 6 (a) Badan Eksekutif (b) Badan Kehakiman (c) Badan Perundangan 7 (a) Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh YDPA atau tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis Raja-Raja (b) Menyimpan minit mesyuarat Majlis Raja-Raja (c) Menandatangani dan menurunkan cap Mohor Besar bagi setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja (d) Mengisytiharkan anak bulan Syawal sebelum berpuasa dan menentukan tarikh Hari Raya Puasa 8 (a) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih (b) Membuat kajian dan persempadan semula bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri (c) Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan disebabkan keadaan di luar jangkaan 9 (a) Jawatankuasa Pelaburan Asing (b) Jawatankuasa Kabinet Daya Saing Industri Sawit N&L STPM P1(PA)jwp.indd 148 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
148 149 (c) Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (d) Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan 10 (a) Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik (b) Menambah penyertaan, kapasiti dan kemampuan akses dalam bidang pengajian tinggi (c) Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara yang setanding di peringkat antarabangsa (d) Menaik taraf pusat pengajian tinggi negara ke peringkat antarabangsa 11 (a) Membantu menstabil dan membangunkan negara untuk mencapai Wawasan 2020 (b) Membantu dalam penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (c) Memastikan pembangunan dan kemajuan negara akan terus dinikmati oleh rakyat (d) Menubuhkan Jawatankuasa Kewangan dan Perbankan Islam bagi mengemukakan syor rancangan 10 tahun bagi membantu sistem kewangan dan perbankan Islam 12 (a) Menyediakan belanjawan kerajaan negeri (b) Merancang penggunaan wang dengan cara yang baik (c) Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi Kerajaan Negeri 13 (a) Cukai pendapatan (b) Cukai hartanah (c) Bayaran pendaftaran (d) Bayaran denda kenderaan 14 (a) Menjimatkan masa penggunaan sumber negara (b) Mengelakkan percanggahan dalam sistem pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan (c) Mengelakkan pembaziran wang dan penggunaan buruh mahir, separuh mahir dan kasar (d) Meninggikan perkhidmatan awam dan kecekapan pengurusan 15 (a) Meluluskan pinjaman Kerajaan Tempatan (b) Melantik ahli Majlis, Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pejabat Daerah (c) Memberikan kelulusan tentang anggaran perbelanjaan Kerajaan Tempatan 16 (a) Melaksanakan kerja pembangunan (b) Menyediakan pelbagai perkhidmatan oleh Jabatan kerajaan kepada masyarakat (c) Membantu dan mengkaji masalah yang wujud semasa melaksanakan sesuatu tugas 17 (a) Menyediakan pelan jangka panjang (b) Menyediakan belanjawan untuk program dan projek pembangunan (c) Menggubal dasar dan strategi pembangunan sosioekonomi seperti Dasar Sosial Negara (d) Mengawasi dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan 18 (a) Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam (b) Melaksanakan projek penerbangan awam, infrastruktur rel, pelabuhan dan maritim (c) Menyelaras integriti antara mod pengangkutan untuk mencapai perjalanan lancar (seamless travel) (d) Melaksanakan program kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang pengangkutan 19 (a) Membincangkan dan menyediakan peruntukan yang khas bagi Kerajaan Sabah dan Sarawak (b) Membincangkan isu sosial yang menimbulkan masalah terhadap perpaduan negara (c) Memastikan sebarang projek yang diluluskan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan 20 (a) Ketua Setiausaha Negara (b) Pegawai kerajaan (c) Pegawai yang dilantik berkenaan sesuatu projek BAB 5 Latihan Pengukuhan Soalan 1 Pendahuluan Penelitian tentang sejarah belum berjaya menggalakkan masyarakat dan pelajar untuk mendalami sejarah negara kita. Kebanyakan masyarakat menganggap sejarah yang berlaku di negara ini tidak penting. Sikap kurang mementingkan perkembangan sejarah negara menyebabkan ilmu pengetahuan penduduk menjadi statik. Isi-isi Penting Idea 1: Mengenal fakta • Dengan mengetahui sejarah, dapat melahirkan masyarakat mengetahui fakta dan perkembangan negara • Maklumat berdasarkan perkara benar-benar berlaku tentang pembangunan negara • Menjadi rujukan utama dalam mengusahakan sesuatu • Mengelak masyarakat leka dengan pembangunan N&L STPM P1(PA)jwp.indd 149 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
150 151 Idea 2: Mengetahui dasar kerajaan • Memberikan pengertian tentang dasar kerajaan • Dasar digubal bersesuaian dengan keadaan negara • Dasar digunakan untuk perubahan masa depan • Memajukan rakyat dan negara Idea 3: Masyarakat penyayang • Cinta akan negara • Menyayangi keamanan dan kemerdekaan • Sejarah dapat merangsang sifat positif untuk melahirkan masyarakat yang prihatin • Hidup secara harmoni Idea 4: Perhubungan masyarakat antarabangsa • Sejarah dapat membantu masyarakat mengenang semula hubungan dengan golongan yang pernah menjajah • Bekas tentera ingin kembali ke tanah air akan merujuk sejarah untuk mengingat kembali kejadian lama • Mengerat hubungan dengan luar negara Idea 5: Pengajaran • Memberikan pengajaran tentang keadaan sebelum ini dalam perkembangan sosioekonomi • Membantu mengatasi masalah pembangunan negara dengan mudah tanpa menyusahkan mana-mana pihak • Meningkatkan perpaduan antara kaum Penutup Sejarah merupakan satu bidang yang perlu diketahui oleh semua pihak. Pengetahuan berasaskan sejarah negara dapat membangunkan negara. Malah, perkembangan sains dan teknologi negara dapat ditingkatkan dengan mengetahui perkembangan sejarah negara. (Kombinasi idea: 5+0) Soalan 2 Pendahuluan Pelbagai penyakit dihidapi oleh masyarakat zaman sekarang jika dibandingkan dengan penduduk tahun 60-an. Ada penyakit dikaitkan dengan pembangunan negara yang keterlaluan dan tanpa perancangan yang dijalankan di negara ini. Isi-isi Penting A Punca Idea 1: Pembinaan kilang • Galakan kerajaan membawa masuk pelabur asing untuk membina kilang menjadikan masyarakat tempatan terdedah kepada pelbagai penyakit • Kilang yang mengeluarkan asap dan bahan toksik menyebabkan penduduk mengalami penyakit berbahaya • Pengusaha kilang hanya memikirkan keuntungan Idea 2: Pengeluaran kloroflorokarbon (CFC) • Pembangunan pesat dari perindustrian juga menyebabkan bahan seperti kloroflorokarbon dibebaskan ke udara • Menyebabkan lapisan ozon semakin nipis • Masyarakat terdedah kepada pelbagai penyakit kulit dan barah Idea 3: Sikap masyarakat yang materialistik • Sibuk dengan kerja • Tidak mempunyai masa untuk bersenam • Sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan • Tidak ada rutin yang sempurna Idea 4: Makanan segera • Sikap masyarakat yang mengamalkan budaya Barat membawa pelbagai penyakit • Makanan segera yang mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang bahaya kepada jantung dan tulang sumsum • Mudah jatuh sakit B Langkah-langkah Idea 5: Menyediakan keperluan perubatan • Kerajaan harus menyediakan kemudahan perubatan yang canggih • Dapat menyembuhkan penyakit yang berisiko dan berbahaya • Menyeimbangkan pembangunan negara dengan kesejahteraan kesihatan Idea 6: Pendedahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia • Penduduk harus dimaklumkan mengenai penyakit berbahaya jika terhidu asap atau bahan toksik • Memastikan kilang dibina jauh dari kawasan petempatan penduduk • Menyediakan kaedah perubatan yang sesuai Idea 7: Melakukan senaman • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman untuk menjaga kesihatan badan • Perlu melakukan senaman setiap hari • Membolehkan lemak dalam badan yang membawa penyakit dapat dikurangkan N&L STPM P1(PA)jwp.indd 150 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
150 151 Idea 8: Melakukan pemeriksaan kesihatan • Keadaan cuaca dan pencemaran akibat pembangunan negara menyebabkan pelbagai penyakit • Perlu membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengelak penyakit berbahaya • Pemeriksaan darah dan kandungan lemak dapat mengurangkan tekanan darah Penutup Punca jangkitan penyakit sekarang tidak dapat dinyatakan dengan jelas kerana terdapat pelbagai punca berlakunya penyakit tersebut. Namun masyarakat perlulah mengambil langkah-langkah untuk menjaga diri mereka dan kesihatan mereka. (Kombinasi idea: 2+3 atau 3+2) Soalan 3 Pendahuluan Kemalangan pada musim perayaan menyebabkan pihak berkuasa mengadakan pelbagai operasi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tersebut. Namun kadar kemalangan pada musim perayaan tetap tidak berkurang. Malah, sejak tahun 1990, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat dan lebih buruk pada musim perayaan. Isi-isi Penting Idea 1: Sikap pemandu (Idea wajib) • Ingin pulang dan tiba di destinasi dengan segera • Memandu atau menunggang kenderaan dengan laju • Memandu kenderaan dalam keadaan mabuk dan keletihan • Tidak mengikut undang-undang negara dan arahan polis • Membahayakan diri sendiri dan orang lain • Tidak dapat mengawal kenderaan dan terbabas Idea 2: Kesesakan • Balik kampung semasa perayaan • Bilangan pengguna jalan raya meningkat • Berlaku kesesakan akibat banyak kenderaan terutama berhampiran tol atau berlaku kemalangan • Berlaku kemalangan kerana tidak memandu dengan berhati-hati Idea 3: Fizikal jalan raya • Kebanyakan jalan raya masih dibaiki • Mengorek lubang di jalan raya dan tidak meletak tanda jalan • Pemandu tidak dapat melihat lubang yang dikorek • Berlaku kemalangan Idea 4: Cuaca • Semasa perayaan keadaan cuaca kurang baik • Hujan lebat • Berlaku banjir • Menyebabkan kemalangan kerana tidak dapat melihat dengan jelas Idea 5: Elemen pembangunan • Pembangunan sekitar kawasan jalan raya biasa atau lebuh raya menjadi punca kemalangan • Peralatan pembinaan seperti besi dan papan kenyataan dibiarkan di tengah jalan • Tidak dipasang pengimbas cahaya untuk memaklum kepada pengguna jalan raya tentang peralatan tersebut • Jalan raya yang penuh dengan tumpahan simen dari lori pembancuh mesin menjadi jalan raya rosak Penutup Pengguna perlu mengubah sikap mereka semasa pulang kampung untuk berhari raya. Sekiranya mereka berhati-hati di jalan raya, kemalangan jalan raya dapat dielak seterusnya dapat menyambut hari raya dengan gembira. (Kombinasi idea: 1+4) Soalan 4 Pendahuluan Sejak belakangan ini, alam sekitar mengalami pencemaran akibat pembangunan. Sektor pembinaan dan perindustrian telah menyebabkan alam sekitar kita tercemar teruk. Salah satu cara mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah dengan mengitar semula bahan terpakai. Barang buangan yang diproses dapat digunakan semula dan bermanfaat kepada manusia. Isi-isi Penting Idea 1: Menjimatkan sumber alam yang terhad • Sumber alam semakin pupus disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab • Hutan diterokai untuk mendapatkan mendapatkan kayu balak • Penanaman pokok selepas ditebang mengambil masa yang lama untuk membesar • Menebus guna kertas dapat mengurangkan permintaan terhadap kayu pulpa • Penebusan tin-tin aluminium misalnya akan mengurangkan aktiviti mencari bahan logam • Ini menjimatkan sumber alam N&L STPM P1(PA)jwp.indd 151 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
152 153 Idea 2: Pemprosesan semula menjimatkan kos • Perbelanjaan untuk mencari bahan galian sangat mahal • Meliputi kos perbelanjaan untuk pekerja, pengangkutan, pemprosesan dan sebagainya • Mencari gali bahan baharu memerlukan masa yang lebih lama • Pemprosesan bahan buangan menguntungkan pengusaha • Contohnya, batang dan hampas kelapa sawit dijadikan bahan baja Idea 3: Membuka peluang pekerjaan • Membolehkan pengusaha kecil mencari keuntungan • Peluang pekerjaan kepada penganggur • Mengumpul bahan buangan seperti surat khabar lama dan tin-tin buruk • Misalnya di Jepun, kilang tebus guna plastik memberi peluang pekerjaan kepada penganggur untuk mencari bahan buangan seperti botol dan plastik untuk dijadikan fiber halus • Pulangan yang lumayan Idea 4: Mengurangkan pencemaran alam sekitar • Lambakan sampah daripada pembuangan kertas, tin, kaca dan bahan aluminium • Berlaku pencemaran alam sekitar semasa proses pereputan berlaku • Menebus guna semula kertas, tin dan kaca mengurangkan pencemaran • Kuantiti sampah dikurangkan • Udara yang bersih menjamin kesihatan setiap makhluk Idea 5: Meningkatkan pendapatan negara • Penggunaan bahan buangan dan pemprosesan kepada produk lain dapat meningkatkan pendapatan negara • Hasil bahan buang yang telah proses dapat dijadikan produk untuk dijual dalam pasaran dalam negara dan luar negara • Penggunaan bahan buangan dapat menjimatkan tenaga dan pengeluaran modal yang tinggi Penutup Pembuangan bahan seperti tin, kaca dan kertas tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Menebus guna semula bahan buangan membawa faedah kepada manusia pada jangka masa panjang. (Kombinasi idea: 5+0) Soalan 5 Pendahuluan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam semua aspek pembangunan negara amat penting. Malah dalam keadaan cemas seperti insiden pesawat MH370, teknologi maklumat dan komunikasi menjadi alat penting kepada manusia. Terdapat pelbagai bidang perkhidmatan dalam negara yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Isi-isi Penting Idea 1: Pendidikan • Mengubah sistem pendidikan konservatif kepada konstruktif • Menggunakan kecanggihan teknologi dalam sistem pendidikan • Teknologi maklumat dan komunikasi membantu dalam memprogramkan pendidikan dan pembelajaran atas talian • Memasukkan data guru dan pelajar dalam Aplikasi Data Dalam Perkhidmatan • Memudahkan perhubungan ibu bapa dan guru • Menjadikan sistem pendidikan paperless Idea 2: Pentadbiran • Urusan tadbir urus kerajaan menjadi mudah • Proses pembayaran cukai, denda, hutang dan sewa beli • Membolehkan jabatan menguruskan urusan harian dengan cepat dan cekap • Memudahkan pelanggan untuk membuat urusan di jabatan kerajaan Idea 3: Perniagaan dan perdagangan • Menjalankan perniagaan atas talian • Menjimatkan masa dan tenaga • Memudahkan pelanggan mengenali jenis barangan yang ingin dibeli • Hantaran barangan yang dipesan ke rumah dengan cepat Idea 4: Perubatan • Teknologi canggih memudahkan doktor untuk mengenal pasti jenis penyakit • Membantu pesakit memahami jenis dan simptom penyakit yang dihadapi dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi • Mencari ubat moden dan tradisional untuk cepat sembuh apabila menghidapi sebarang penyakit N&L STPM P1(PA)jwp.indd 152 09/05/2023 11:35 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.