PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 1-1 TERHAD Nama Kelas 1 jam 15 minit UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Kertas Model 1 Tahun 6 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Bahasa Melayu (011) KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 1 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-2 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Walaupun usia datuk sudah lebih daripada separuh abad, tubuhnya masih lagi . A tegas B tegap C tegak D tegang 2 Cikgu Rahim ke pentas oleh pengacara majlis untuk menyanyikan sebuah lagu sempena majlis persaraan guru besar. A sejemput B dijemput C jemputan D menjemput Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Abang menerima permohonan maaf dari adik dengan ikhlas. B Afiq memperoleh markah yang lebih tinggi kepada Aidil dalam ujian. C Ibu menyerahkan segala keputusan pertukaran sekolah Aiman kepada ayah. D Amira mengirimkan sekeping poskad hari raya daripada sahabatnya di Melaka. Bahagian A [10 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 2 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cuaca petang itu amat panas. Hairul tetap menjalankan perniagaan aiskrim buatan sendiri di sekitar taman perumahannya seperti biasa. Kali ini, Hairul menambah kuantiti aiskrim yang ingin dijualnya. Pada jangkaan Hairul, aiskrimnya akan laris terjual dalam keadaan cuaca sekarang yang panas. Sangkaannya tepat, aiskrimnya tetap habis terjual seperti hari-hari biasa. Malah, ada permintaan khas daripada pembeli agar kuantiti aiskrim perisa strawberi dan oren ditambah. Hairul berasa gembira dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh pembeli yang terdiri daripada pelbagai golongan usia. Dia menyatakan hasratnya untuk menceburi bidang perniagaan aiskrim kepada ibu bapanya apabila dewasa nanti. Ibu bapanya bersetuju dengan minat Hairul dalam bidang perniagaan. Namun, bapa memintanya berjanji untuk tidak mengabaikan pelajaran kerana berniaga. 4 Apakah jangkaan Hairul mengenai jualan aiskrimnya pada petang itu? A Aiskrimnya akan laris terjual dalam keadaan cuaca yang panas B Ibu bapanya akan menyokong minatnya dalam bidang perniagaan C Permintaan agar kuantiti aiskrim perisa strawberi dan oren ditambah D Bapa memintanya berjanji untuk tidak mengabaikan pelajaran kerana berniaga 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kuantiti aiskrim dikurangkan kerana Hairul bimbang aiskrimnya tidak terjual. B Pembeli aiskrim buatan sendiri Hairul terdiri daripada pelbagai golongan usia. C Bapa melarang Hairul berniaga aiskrim kerana dia akan mengabaikan pelajaran. D Hairul menjalankan perniagaan aiskrim buatan sendiri di sekitar kawasan sekolah. 6 Berikut adalah antara tujuan Hairul berniaga aiskrim buatan sendiri, kecuali A memberikan aiskrim secara percuma kepada kawan-kawan. B menggembirakan hati para pembeli dengan aiskrimnya yang lazat. C mencari pendapatan sampingan untuk mengurangkan beban ibu bapa. D mencari pengalaman dalam bidang perniagaan aiskrim buatan sendiri. KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 3 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-4 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Ikmal : Sudahkah kamu membaca poster yang diedarkan ke setiap kelas murid tahap dua itu? Hakim : Sudah, Ikmal. Mengapakah semua aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan di tempat tertutup, Ikmal? Ikmal : Pada pendapat saya, semua aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan di tempat tertutup untuk melindungi murid-murid daripada pancaran matahari dan haba terus ke badan kita. Hakim : Oh, begitu! Sudahkah kamu membeli botol air untuk dibawa ke sekolah sepanjang musim panas ini? Ikmal : Saya sudah lama membawa botol air ke sekolah. Lagipun, kita memang perlu minum banyak air masak setiap hari tanpa mengira tahap aktiviti yang kita lakukan. Guru Pendidikan Jasmani pun telah mengingatkan kita tentang hal ini. Hakim : Baiklah, Ikmal. PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG MUSIM PANAS & GELOMBANG HABA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH Aktiviti Hari Masa Pakaian 1M1S Selasa 7:20 – 8:20 Pagi Kemeja-T KRMJ Unit Beruniform atau Kelab dan Persatuan Rabu 12:10 – 1:10 Tengah Hari Kemeja-T Unit Beruniform PERINGATAN: 1 Semua aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan di dalam dewan dan di tempat tertutup. 2 Bawa air masak secukupnya untuk menjalani aktiviti kokurikulum. 3 Maklumkan kepada guru penasihat unit beruniform atau kelab dan persatuan jika mengalami masalah kesihatan. UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 4 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 7 Siapakah yang menyediakan poster pelaksanaan aktiviti kokurikulum itu? A Guru Pendidikan Jasmani B Unit beruniform atau kelab dan persatuan C Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah D Murid-murid tahap dua Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah 8 Mengapakah semua aktiviti kokurikulum dilaksanakan di dalam dewan dan di tempat tertutup? A Menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah setiap hari B Mengehadkan pelibatan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid C Meningkatkan penggunaan kipas dan pendingin hawa secara maksimum D Melindungi murid-murid daripada pancaran matahari dan haba terus ke badan 9 Saya sudah lama membawa botol air ke sekolah. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B buah. C butir. D bentuk. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Murid-murid perlu memakai kemeja-T KRMJ pada hari Rabu. B Sebarang masalah kesihatan perlu dimaklumkan kepada guru kelas masing-masing. C Aktiviti unit beruniform atau kelab dan persatuan diadakan selama satu jam pada setiap hari. D Guru Pendidikan Jasmani mengingatkan mereka berdua supaya minum banyak air masak setiap hari tanpa mengira tahap aktiviti. KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 5 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6 KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 6 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Faris masuk secara senyap-senyap melalui pintu belakang rumah. Apabila dia membuka pintu tersebut, ibunya, Puan Aini sudah menantinya di meja makan. Puan Aini menyuruh Faris mandi. Faris segera menuruti arahan ibunya. Selepas solat Maghrib secara berjemaah, mereka sekeluarga makan malam. Faris diam membisu. Dia bimbang akan dimarahi oleh ibu bapanya. Bapanya, Encik Ramli bertanya kepada Faris punca dia terlewat pulang ke rumah. Sebelum menceritakan sebab dia pulang lewat, Faris terlebih dahulu memohon maaf atas kesalahannya. Dia menceritakan sebab dia pulang lewat. Rupa-rupanya, Faris membantu Fahim mencari dompetnya yang hilang di taman permainan. Namun demikian, dompet milik Fahim gagal ditemui. Encik Ramli berpesan kepada Faris supaya tidak membawa barang-barang berharga ke taman permainan selepas ini. 1 (a) Faris masuk secara senyap-senyap melalui . [1 markah] (b) Mengapakah Faris pulang lewat ke rumah petang itu? [2 markah] (c) Garis satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Namun demikian, dompet milik Fahim tidak dapat ditemui. [1 markah] Bahagian B [10 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 7 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 1-8 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Encik Ramli berpesan kepada Faris supaya tidak membawa barang-barang berharga ke taman permainan selepas ini. “Kamu tidak boleh meninggalkan barang-barang berharga di taman permainan selepas ini,” pesan Encik Ramli kepada Faris. “Kamu tidak boleh membawa barang-barang berharga ke taman permainan selepas ini,” pesan Encik Ramli kepada Faris. [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Sudah hampir lima bulan Alif dan keluarganya tidak menjenguk datuk dan nenek di kampung. Hal ini dikatakan demkian kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. Mereka tidak sempat untuk meluangkan masa pulang ke kampung. Alif sangat rindu akan datuk dan neneknya di kampung. 2 Sekiranya kamu berada dalam situasi Alif, apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 8 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Grafik di bawah menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan diri di tempat awam. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga keselamatan diri tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Bahagian C [10 markah] [10 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 9 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 KM 1-10 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR Bahagian D [20 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 10 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1-11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 11 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 KM 1-12 [20 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM1_4th.indd 12 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 2-1 TERHAD Nama Kelas 1 jam 15 minit UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Kertas Model 2 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1-10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Bahasa Melayu (011) Tahun 6 KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 1 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-2 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Ramai orang berkunjung ke Festival Bunga dan Taman Flora untuk keindahan persekitaran festival pada waktu malam. A menarik B menanam C menyiram D menikmati 2 Azam tidak pernah berputus asa walaupun dia sering dalam ujian. A rajin B lulus C yakin D gagal Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Syakira belajar di sekolah itu setelah tiga tahun yang lalu. B Sally terduduk apabila menerima khabar neneknya jatuh sakit. C Setiap pagi, Dhani akan mengemas bilik tidurnya sejak bersih dan teratur. D Manakala menunggu bapa tiba, Arif membaca buku cerita yang dipinjamnya daripada perpustakaan. Bahagian A [10 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 2 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Suasana kelas Tahun Enam Uranus riuh pagi itu. Mereka terkejut apabila kembali ke kelas selepas waktu rehat. Meja dan kerusi di kelas mereka berselerak. Kertas koyak dan sampah bersepah di lantai. Kelas telah diceroboh. Mereka berasa sangat cemas. Semua murid memeriksa beg sekolah masing-masing. Namun demikian, tidak ada satu pun barang milik mereka yang hilang. Buku-buku, alat tulis dan wang ringgit masih sedia ada. Cikgu Nidzam, guru kelas Tahun Enam Uranus meminta mereka menarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Beliau mengarahkan murid-murid untuk memungut sampah, menyapu lantai, menyusun kembali meja dan kerusi seperti sediakala. Muridmurid bekerjasama untuk menyusun kerusi dan meja serta membersihkan kelas. Setelah Cikgu Nidzam berbincang dengan guru disiplin, akhirnya satu cadangan telah dipersetujui. Guru-guru lelaki akan mengadakan rondaan secara bergilir-gilir di setiap aras bangunan sekolah pada waktu rehat untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali. 4 Apakah perasaan murid Tahun Enam Uranus apabila mereka kembali ke kelas selepas waktu rehat? A Sedih B Cemas C Tenang D Gembira 5 Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan tindakan Cikgu Nidzam? A Meminta semua murid bertenang B Mengarahkan murid-murid membersihkan kelas C Mengadakan perbincangan dengan guru disiplin D Memanggil semua pengawas untuk melakukan rondaan 6 Pernyataan berikut adalah benar tentang murid Tahun Enam Uranus, kecuali A kelas mereka diceroboh pada waktu rehat. B arahan Cikgu Nidzam dipatuhi oleh murid-murid. C murid-murid bergotong-royong membersihkan kelas. D terdapat barangan berharga milik mereka yang hilang. KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 3 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-4 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 PERPUSTAKAAN AL-KHINDI, SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH 23 – 27 APRIL 20_ SEMPENA HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA MINGGU TANPA DENDA BAHAN 2 Fahim terbaca iklan yang dimuat naik di akaun Facebook Perpustakaan Al-Khindi, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah. Fahim tidak mahu melepaskan peluang memulangkan bahan bacaan yang dipinjam tanpa sebarang bayaran denda yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan. Dia mahu memulangkan beberapa buah buku cerita yang sudah hampir dua bulan terlewat untuk dipulangkan. Fahim berhasrat untuk meminjam buku-buku baharu. Sudah lama dia tidak membaca buku. Dia suka membaca buku fiksyen sains. Kali ini, Fahim berjanji kepada dirinya untuk memulangkan buku-buku tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan agar tidak didenda. Buku-buku yang dipinjam juga akan dijaganya dengan baik dan tertib sehingga dikembalikan semula. Dia akan memastikan tangannya dalam keadaan kering dan bersih semasa membaca buku. Tangan yang kotor dan basah akan menyebabkan buku kelihatan comot dan cepat rosak. BERBULAN-BULAN BUKU DISIMPAN? Jangan lepaskan peluang ini! Kembalikan bahan bacaan yang dipinjam dari perpustakaan tanpa sebarang bayaran denda dikenakan. KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 4 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 7 Tujuan utama Minggu Tanpa Denda ini diadakan adalah untuk A menyambut Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. B mendenda murid-murid yang lewat memulangkan buku. C menggalakkan murid-murid meminjam buku di perpustakaan. D menawarkan peluang pemulangan buku tanpa sebarang bayaran denda. 8 Bilakah Fahim boleh mengembalikan buku yang dipinjam tanpa sebarang bayaran denda? A 23 hingga 27 Mac B 23 hingga 27 Mei C 23 hingga 27 April D 23 hingga 27 Februari 9 Perkataan peluang dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A kekuatan. B kelemahan. C kesempitan. D kesempatan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Iklan Minggu Tanpa Denda dimuat naik di akaun Facebook perpustakaan awam. B Tawaran tempoh selama empat hari untuk pemulangan buku tanpa sebarang denda. C Fahim tidak akan didenda jika memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan. D Buku-buku yang dipinjam perlu disimpan dengan baik dan tertib tanpa perlu dikembalikan. KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 5 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6 KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 6 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sarah akan menghadiri majlis hari lahir rakan baiknya, Balqis pada minggu hadapan. Dia mengajak ayahnya ke pusat beli-belah untuk membelikan hadiah kepada Balqis. Dia membelikan sebuah novel untuk dihadiahkan kepada Balqis. Pilihan itu dibuat kerana Sarah tahu Balqis suka meminjam novel di perpustakaan sekolah. Apabila pulang ke rumah, Sarah memasukkan novel itu ke dalam sebuah kotak kecil lalu membalutnya dengan kertas pembalut hadiah. Ibu membantu Sarah membalut hadiah tersebut dengan cantik dan kemas. Sarah berharap agar Balqis akan menerima hadiah tersebut dengan senyuman. Dia juga berharap agar hubungan persahabatannya dengan Balqis akan terus terjalin dengan baik dan erat. 1 (a) Sarah akan menghadiri majlis hari lahir rakan baiknya, . [1 markah] (b) Mengapakah Sarah menghadiahkan sebuah novel kepada Balqis? [2 markah] (c) Garis satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Sarah berharap agar Balqis akan menerima hadiah tersebut dengan senyuman. [1 markah] Bahagian B [10 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 7 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik KM 2-8 TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Ibu membantu Sarah membalut hadiah tersebut dengan cantik dan kemas. Dengan cantik dan kemas, Sarah membantu ibu membalut hadiah tersebut. Dengan cantik dan kemas, ibu membantu Sarah membalut hadiah tersebut. [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Pelbagai makanan dihidangkan kepada para tetamu. Amalina dan keluarganya menjemput semua tetamu untuk menjamu selera. Tiba-tiba, Aisyah menerima panggilan telefon daripada bapanya. Bapanya berpesan kepada Aisyah supaya segera pulang. Neneknya jatuh sakit di kampung. 2 Sekiranya kamu berada dalam situasi Aisyah, apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 8 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Grafik di bawah menunjukkan langkah-langkah keselamatan di pusat beli-belah. Tulis pendapat kamu tentang langkah-langkah keselamatan di pusat beli-belah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Bahagian C [10 markah] [10 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 9 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 KM 2-10 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM Bahagian D [20 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 10 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2-11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 11 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 011 Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik TERHAD Bahasa Melayu Tahun 6 KM 2-12 [20 markah] KM_UASA_BM_TH6_KM2_3rd.indd 12 7/31/23 6:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6: Jawapan J1 Kertas Model 1 Bahagian A 1 B 2 B 3 C 4 A 5 B 6 A 7 C 8 D 9 A 10 D Bahagian B 1 (a) pintu belakang rumah (b) Faris pulang lewat ke rumah petang itu kerana membantu Fahim mencari dompetnya yang hilang di taman permainan. (c) Namun demikian, dompet milik Fahim tidak dapat ditemui. (d) “Kamu tidak boleh membawa barangbarang berharga ke taman permainan selepas ini,” pesan Encik Ramli kepada Faris. 2 Sekiranya saya berada salam situasi Alif, saya akan menghubungi datuk dan neneknya di kampung untuk bertanya khabar. Selain itu, saya akan memberitahu ibu bapa bahawa saya rindu untuk bersua muka dengan datuk dan nenek di kampung. Saya akan meminta ibu bapa mencari hari yang sesuai untuk pulang ke kampung walaupun tidak lama. Saya berjanji akan mengisi masa dengan datuk dan nenek dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Bahagian C Pada pendapat saya, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk menjaga keselamatan diri di tempat awam. Antaranya, kita mestilah memilih jalan yang dilalui ramai orang untuk mengelakkan kejadian peras ugut oleh samseng jalanan. Selain itu, kita tidak digalakkan untuk memakai barang kemas yang berlebihan supaya tidak menarik perhatian peragut. Seterusnya, kita tidak perlu melayan perbualan yang dimulakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengelakkan mereka terus mengekori kita. Tambahan lagi, kita juga mestilah memakai pakaian yang sopan untuk mengelakkan diri daripada menjadi tatapan mata orang lain. Akhir sekali, kita perlu menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian orang sekeliling jika diganggu atau keselamatan diri sedang diancam. Bahagian D Karangan Berformat Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Angsana, Puan Miskiah binti Jalaludin, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi yang tenang ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah dan rakan-rakan kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi, Seperti yang kita semua maklum, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengucapkan salam perpisahan kepada guru besar yang amat kita kasihi yang akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram. Tidak pernah kita sangka sesingkat ini waktu sempat kita bersama dengan beliau di sekolah ini. Secara peribadi, saya berbangga kerana dapat mengenali seorang guru besar yang sangat berdedikasi tinggi. Jawapan KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 1 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J2 Untuk Puan Miskiah binti Jalaludin, kami semua amat berbangga mempunyai seorang pemimpin yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan kami semua. Sesungguhnya, jasa puan begitu besar kepada seluruh warga sekolah. Jasa puan tetap akan kami kenang sampai bila-bila. Kami berdoa agar puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan serta semangat untuk terus berkhidmat kepada anak bangsa kita yang tercinta walau di mana-mana pun puan berada. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan agar tidak lupa akan segala pesanan dan nasihat yang telah disampaikan oleh beliau sepanjang berada bersama-sama kita. Tidak ada tujuan lain segala pesanan dan nasihat itu, melainkan untuk menjadikan diri kita murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya, kita akan dapat membanggakan keluarga, bangsa, agama dan negara. Akhir sekali, janganlah kita menjadi seperti kacang yang lupakan kulit. Tetaplah bertanya khabar dan bertegur sapa dengan beliau walau di mana-mana pun kita bersua muka selepas ini. Sekalipun, kita telah berada di sekolah menengah nanti. Kita hanya berpisah sekolah dan tempat menimba ilmu tetapi tidak hubungan persahabatan. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Akhir kata, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah, menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada Puan Miskiah binti Jalaludin atas segala kekhilafan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung hati sepanjang kita bersama. Saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun. Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpahat di dalam hati. Sekian, terima kasih. Karangan Tidak Berformat Pengalaman hidup yang paling tidak dapat saya lupakan adalah apabila diberikan tanggungjawab untuk memberikan ucapan selaku wakil murid dalam majlis perpisahan guru besar. Pada mulanya, saya ingin menolak tanggungjawab itu. Pelbagai gambaran buruk berada dalam minda saya. Namun, setelah mendengar nasihat dan dorongan daripada guru, saya menerimanya dengan perasaan tenang. Saya pulang ke rumah dan memberitahu ibu bapa tentang hal tersebut. Ibu mencadangkan agar saya menulis teks ucapan walaupun majlis akan diadakan dua minggu lagi. Kata ibu,persediaan awal penting agar saya tidak gugup apabila berada di atas pentas nanti. Saya mula mengarang teks ucapan tersebut perenggan demi perenggan setiap hari sehingga selesai dengan tekunnya. Kemudian, saya membawa draf teks ucapan tersebut kepada guru untuk disemak. Guru saya membaca dengan teliti baris demi baris ayat yang saya tulis. Guru memberikan pujian terhadap teks ucapan itu. Namun demikian, beliau menambah baik beberapa bahagian terutamanya di bahagian kata alu-aluan. Beliau juga mencadangkan agar saya menulis serangkap pantun sebelum mengakhiri ucapan. Saya patuh akan cadangannya. Setelah sempurna teks ucapan itu, saya memulakan proses menghafal. Saya memilih untuk menghafal teks ucapan pada waktu malam kerana suasananya yang tenang. Saya berjaya mengingati setiap ayat yang ditulis dengan baik. Saya menyampaikan pula ucapan di hadapan cermin dengan lancarnya untuk meningkatkan keyakinan diri. Guru memuji usaha saya yang luar biasa. Beliau tidak menyangka saya akan melakukan persediaan yang cukup rapi untuk majlis perpisahan guru besar. Beliau yakin ucapan saya nanti akan menyentuh hati para tetamu jemputan, guru-guru, murid-murid dan khususnya guru besar. Hari yang ditunggu pun tiba. Pengerusi majlis menjemput saya untuk tampil ke pentas selaku wakil murid. Saya berdiri di rostrum. KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 2 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6: Jawapan J3 Di hadapan saya, ratusan murid memandang saya di atas pentas. Saya menyampaikan ucapan dengan tenang dan yakin. Setelah mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun, semua murid memberikan tepukan yang sangat gemuruh. Kertas Model 2 Bahagian A 1 D 2 D 3 B 4 B 5 D 6 D 7 D 8 C 9 D 10 C Bahagian B 1 (a) Balqis (b) Sarah menghadiahkan sebuah novel kepada Balqis kerana Sarah tahu Balqis suka meminjam novel di perpustakaan sekolah. (c) Sarah berharap agar Balqis akan menerima hadiah tersebut dengan senyuman. (d) Dengan cantik dan kemas, ibu membantu Sarah membalut hadiah tersebut. 2 Sekiranya saya berada dalam situasi Aisyah, saya akan segera pulang ke rumah. Sebelum itu, saya akan meminta maaf kepada Amalina dan keluarganya kerana harus pulang awal. Saya akan memohon untuk mengundurkan diri dari majlis tersebut dengan sopan. Saya akan mengucapkan terima kasih kepada Amalina dan keluarganya kerana sudi menjemput saya hadir ke jamuannya. Saya berharap agar jamuannya terus berlangsung dengan meriah dan lancar. Bahagian C Pada pendapat saya, terdapat beberapa langkah keselamatan di pasar raya yang perlu diamalkan. Antaranya, pengunjung perlu berdiri di sebelah kiri ketika menggunakan eskalator bagi memberikan laluan kepada pengguna yang bergegas berjalan di sebelah kanan. Selain itu, pengunjung mestilah memakai pelitup muka untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti virus. Tambahan lagi, kanak-kanak haruslah berjalan bersama-sama ibu bapa supaya tidak sesat dan hilang arah dalam kerumunan ramai orang. Seterusnya, pengunjung perlulah menggunakan troli yang disediakan untuk memudahkan urusan pembelian. Akhir sekali, pengunjung mestilah beratur untuk membayar barangan yang dibeli untuk melancarkan urusan di kaunter bayaran. Bahagian D Karangan Berformat No. 64, Jalan Bestari 24/3, Taman Bestari Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor. 8 Mei 20__. Ke hadapan sahabatku, Amri yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah. Semoga saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar saudara dan menceritakan pengalaman saya menonton perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim. Saudara, Saya sekeluarga kini menetap di sebuah kawasan pinggir bandar. Kebanyakan penduduk di sini bekerja dalam sektor awam. Rumah saya terletak berdekatan dengan sekolah baharu saya. Stadium Sultan Ibrahim pula terletak kirakira 35 kilometer dari taman perumahan kami. Saya berasa seronok menetap di sini kerana jarak rumah saya ke stadium tidaklah terlalu jauh, iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dengan menaiki kereta ayah. Saya telah berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 3 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J4 dan Kelantan FC. Itulah pengalaman pertama saya menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Lebih menarik lagi, pasukan JDT telah menewaskan Kelantan FC dengan jaringan 5-0. Perlawanan berlangsung berat sebelah. Pasukan JDT berjaya mengawal keseluruhan perlawanan sejak dari awal minit pertama lagi. Kelantan FC lebih banyak bertahan menahan asakan bertali arus daripada penyerang JDT. Gol pertama JDT berjaya dijaringkan pada minit ke10 oleh Bergson Da Silva. Pada pandangan saya, para penyokong JDT belum berpuas hati dengan jaringan satu gol. Mereka terus bersorak untuk meniup semangat dalam diri pemain. Hasilnya, pasukan JDT menambah empat lagi gol. Penjaga gol Kelantan FC hanya mampu tergamam apabila melihat bola terus menerjah jaring gol pasukannya. Setelah menjaringkan lima gol, JDT dilihat mula mengendurkan rentak. Mereka lebih selesa bertukar-tukar hantaran di kawasan sendiri sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan. Setakat ini sahaja dapat saya coretkan untuk kali ini. Saya berharap agar saudara juga dapat menceritakan pula pengalaman saudara menyaksikan perlawanan bola sepak di sana. Sampaikan salam saya buat keluarga dan kawankawan saudara. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Mohd Zain Karangan Tidak Berformat Pada minggu lepas, saya dan ayah telah berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan FC. Saya teruja kerana dapat memakai jersi JDT yang baru dibeli oleh ayah buat pertama kalinya di stadium. Setibanya di sana, saya dapat melihat ramai orang berduyun-duyun berjalan menuju ke dalam stadium dari pelbagai arah jalan. Ramai dalam kalangan mereka memakai jersi pasukan JDT. Saya semakin bersemangat untuk memberikan sokongan yang padu kepada pasukan kesayangan saya. Jarang-jarang sekali, saya ternampak pengunjung yang memakai jersi Kelantan FC. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka ialah pasukan pelawat manakala JDT tuan rumah. Apabila pengadil meniupkan wisel, perlawanan pun bermula. Pasukan JDT mengawal keseluruhan perlawanan sejak dari awal minit pertama lagi. Kelantan FC lebih banyak bertahan menahan asakan bertali arus daripada penyerang JDT. Gol pertama JDT berjaya juga dijaringkan pada minit ke-10 oleh Bergson Da Silva. Para penyokong JDT seakan masih belum berpuas hati dengan jaringan pertama itu. Para pemain juga terus berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mendapatkan gol-gol tambahan bagi menjadikan kedudukan mereka lebih selesa. Penjaga gol Kelantan FC hanya mampu tergamam apabila melihat bola terus menerjah jaring gol pasukannya. Setelah menjaringkan lima gol, JDT dilihat mula mengendurkan rentak. Mereka lebih selesa bertukar-tukar hantaran di kawasan sendiri. Kelantan FC cuba meningkatkan mutu permainan mereka dengan melakukan beberapa pertukaran pemain baharu. Mereka cuba melakukan serangan balas ke atas kubu pertahanan JDT untuk mencari sekurangkurangnya satu gol sagu hati. Namun, barisan pertahanan JDT tetap tenang mengawal permainan sehingga pengadil meniupkan wisel penamat. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah kerana membawa saya menonton perlawanan bola sepak itu. Saya berasa sungguh seronok melihat para pemain yang saya minati beraksi dengan cemerlang. KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 4 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6: Jawapan J5 Kertas Model 3 Bahagian A 1 D 2 D 3 C 4 D 5 B 6 B 7 A 8 A 9 C 10 B Bahagian B 1 (a) pondok menunggu (b) Bapa Asri lewat menjemputnya di sekolah kerana keretanya mengalami kerosakan di jalan raya. (c) Asri khuatir sesuatu hal yang buruk sedang menimpa bapanya. (d) Cikgu Syafiq menjelaskan kepada Asri bahawa bapanya dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki sebuah teksi. 2 Sekiranya saya berada dalam situasi Alif, saya tidak akan melayan pelawaan lelaki muda tersebut. Saya akan menjauhkan diri daripada berbual-bual dengannya. Saya akan segera melarikan diri ke pondok pengawal keselamatan sekolah untuk melaporkan kejadian itu. Selain itu, jika dia cuba melakukan sentuhan fizikal, saya akan menjerit untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan sekolah. Bahagian C Pada pendapat saya, terdapat beberapa cara meningkatkan motivasi diri untuk belajar. Antaranya adalah dengan berkawan dengan rakan-rakan yang rajin belajar untuk bertukartukar idea dan bimbingan daripada mereka. Selain itu, kita haruslah selalu mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan dan rujukan yang pelbagai. Seterusnya, kita mestilah menyediakan ruang belajar yang khusus di rumah untuk mengelakkan gangguan daripada televisyen dan gajet. Tambahan lagi, kita mestilah berjumpa dengan guru untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan secara berterusan. Akhir sekali, kita wajarlah menyediakan jadual ulang kaji di rumah supaya setiap mata pelajaran mendapat fokus yang sama. Bahagian D Karangan Berformat Sabtu, 13 Mei 20__ 2:30 petang Jiran-jiran tetangga kami dan rakan-rakan sekerja ibu mulai tiba di rumah kami. Mereka datang bersama dengan suami dan isteri serta anak-anak. Ibu menyambut mereka di muka pintu dengan wajah yang ceria dan gembira. Ibu menerima ucapan tahniah daripada mereka. Saya berdiri di sisi ibu. 3:30 petang Semua jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja ibu telah tiba. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayah. Selesai bacaan doa, upacara memotong kek. Kami semua menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir” dan “Allah Selamatkan Kamu” bersama-sama. Ibu mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis sambutan hari lahirnya yang ke-50. 4:00 petang Saya membantu ibu mengagihkan kek hari lahirnya kepada para tetamu. Ketika membahagibahagikan kek tersebut, saya sempat menyapa mereka. Mereka memuji sikap saya yang rajin membantu ibu bapa menguruskan majlis pada hari ini. Majlis pada hari ini berjalan lancar dan meriah kerana turut dibantu oleh adik-beradik saya. 4:30 petang Sambil menjamah pelbagai jenis makanan seperti nasi beriani, biskut, kek dan lain-lain, para tetamu dijemput untuk menyertai permainan yang diadakan di halaman rumah. Mereka semua sangat gembira bermain permainan rebut KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 5 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J6 kerusi, cari gula-gula di dalam tepung serta tiup dan pecah belon. Semua pemenang menerima hadiah istimewa manakala peserta yang tewas juga turut menerima hadiah khas daripada ibu. 5:00 petang Jiran-jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja ibu beransur-ansur meminta diri untuk pulang. Ibu mengucapkan terima kasih sekali kepada semua kerana sudi hadir memeriahkan majlisnya. Kami mengiringi mereka ke pintu pagar. Ibu melambaikan tangan kepada semua tetamu dengan perasaan terharu. 5:30 petang Kami sekeluarga terus bergotong-royong mengemas rumah dan menyusun kembali kerusi. Saya tidak sabar lagi untuk membantu ibu membuka semua hadiah. Ibu mengucapkan terima kasih kepada kami sekeluarga kerana membantunya menguruskan majlis dengan cemerlang. Karangan Tidak Berformat Pada 13 Mei 20__ yang lalu, saya dan keluarga mengadakan majlis sambutan hari lahir ibu di rumah kami di Taman Bestari Indah. Saya, abang, kakak dan adik telah bekerjasama menghias rumah kami dengan menggantung belon dan kain rentang. Kami juga membungkus cenderahati untuk setiap tetamu yang hadir pada malam sebelumnya. Seronok rasanya dapat melakukan aktiviti bersama-sama ahli keluarga. Pagi itu, kami sekeluarga bersiap-siap awal untuk menyambut kehadiran para tetamu yang terdiri daripada jiran-jiran tetangga dan rakanrakan sekerja ibu. Saya juga tidak melepaskan peluang menjemput rakan-rakan baik saya, iaitu Adam, Helmy, Hairul dan Shamsul untuk turut sama hadir. Mereka semua hadir bersamasama keluarga masing-masing. Saya dan ibu menyambut ketibaan mereka di muka pintu. Apabila semua tetamu jemputan telah tiba, majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayah. Kemudian, ibu memulakan ucapannya dengan salam. Ibu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-50. Kemudian, ayah juga memberikan ucapan mengalu-alukan kehadiran para tetamu dengan penuh takzim dan besar hati. Acara seterusnya ialah acara memotong kek. Kami semua menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir” dan “Allah Selamatkan Kamu” bersamasama. Saya membantu ibu mengagihkan kek hari lahirnya. Ketika, membahagi-bahagikan kek tersebut, saya sempat menyapa mereka. Mereka memuji sikap saya yang rajin membantu ibu bapa menguruskan majlis pada hari itu. Saya juga menjemput mereka menjamah pelbagai jenis makanan lain seperti nasi beriani, biskut, kuih-muih, puding dan koktel buah-buahan. Akhir sekali, kami sekeluarga turut mengadakan sesi permainan untuk para tetamu di kawasan halaman rumah. Mereka tidak melepaskan peluang tersebut untuk turut sama bermain bersama dengan kami. Mereka semua sangat gembira bermain permainan rebut kerusi, cari gula-gula di dalam tepung serta tiup dan pecah belon. Semua pemenang menerima hadiah istimewa manakala peserta yang tewas juga turut menerima hadiah khas daripada ibu. Kira-kira pukul 5:00 petang, para tetamu beransur-ansur meminta diri untuk pulang. Ibu sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mereka. Kami mengiringi mereka hingga pintu pagar. Ibu melambaikan tangan kepada semua tetamu dengan perasaan terharu. Kertas Model 4 Bahagian A 1 A 2 D 3 A 4 D 5 B 6 C 7 C 8 A 9 B 10 C Bahagian B 1 (a) Cikgu Zain KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 6 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6: Jawapan J7 (b) Cikgu Azam membeli telefon bimbitnya itu lima bulan yang lalu. (c) Beliau sudah berusaha mencarinya di seluruh kawasan sekolah tetapi gagal. (d) “Semua murid wajar mencontohi sikap jujur Haraz,” kata beliau lagi. 2 Sekiranya saya berada dalam situasi Sarah, saya akan memperkenalkan diri saya terlebih dahulu kepadanya. Kemudian, saya akan bertanya sebab dia memilih untuk duduk di bahagian belakang. Saya akan mencadangkan kepadanya untuk duduk di sebelah saya di dalam kelas. Akhir sekali, saya akan membantu membawa barang-barang miliknya ke meja jika dia bersetuju untuk duduk di sebelah saya. Bahagian C Pada pendapat saya, terdapat beberapa cara belajar yang berkesan. Antaranya, kita hendaklah melakukan ulang kaji di rumah dengan membaca dan menulis nota-nota penting. Selain itu, kita mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Tambahan lagi, kita digalakkan untuk berkunjung ke perpustakaan untuk membuat rujukan tambahan. Seterusnya, kita hendaklah bijak memanfaatkan masa ketika menunggu van atau ibu bapa selepas waktu persekolahan dengan membaca nota. Akhir sekali, kita wajar belajar secara berkumpulan untuk bertukartukar idea dengan kawan-kawan. Bahagian D Karangan Berformat Laporan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Pada 26 Mei 20__ yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Lawatan ini telah disertai oleh 30 orang murid dan lima orang guru pengiring. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan yang luas kepada murid-murid tentang penerbitan terkini buku-buku akademik yang berkualiti daripada pelbagai rumah penerbitan. Selain itu, muridmurid juga dapat menimba pengetahuan dan pengalaman baharu ketika memilih bahan rujukan yang bermutu. Rombongan sekolah tiba di WTCKL pada pukul 10:00 pagi. Destinasi yang menjadi fokus kami ialah reruai buku-buku akademik sekolah rendah. Kami berpeluang melihat pelbagai jenis buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbit Ilmu Bakti, Penerbitan Pelangi dan beberapa penerbit terkemuka yang lain. Dalam kunjungan kami ke beberapa reruai pilihan, kami berpeluang beramah mesra dengan ramai pengarang buku. Mereka meluangkan masa mempromosikan buku-buku tulisan mereka kepada para pengunjung. Para pengunjung dapat bersoal jawab dengan mereka secara terbuka. Sebelum bertolak pulang, kami mengambil peluang yang ada untuk membeli buku buku rujukan dan buku-buku latihan. Pelbagai promosi dengan potongan harga yang istimewa sempena pesta buku tidak kami lepaskan. Para peserta bertolak pulang ke sekolah pada pukul 4:00 petang. Mereka berharap agar lawatan ke pesta buku seumpama ini akan diteruskan pada masa depan. Laporan disediakan oleh, 28 Mei 20__. Norsuhaidah (NORSUHAIDAH BINTI KOPPELI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, SK Taman Pelangi Indah. KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 7 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J8 Karangan Tidak Berformat Pada hari Sabtu yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesta buku tersebut bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Kami bertolak ke sana pada pukul 9:00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Kira-kira pukul 10:00 pagi, kami pun tiba. Setibanya di sana, saya melihat ramai pengunjung yang telah pun tiba. Ayah terpaksa meletakkan kereta kami di lokasi yang agak jauh. Kami sekeluarga terpaksa menaiki tangga jejantas yang tinggi sebelum tiba di muka pintu utama WTCKL. Sepanjang laluan, kami melihat pengunjung yang terdiri daripada murid sekolah, mahasiswa dan orang ramai turut berpusu-pusu menuju ke sana. Kami sekeluarga terus menuju ke gerai Penerbit Ilmu Bakti untuk mencari judul-judul buku berkualiti. Di gerai tersebut, terdapat pelbagai jenis buku yang dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya, buku latihan, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya. Saya membeli dua buah buku Bahasa Melayu tahun enam. Setelah adik-adik saya puas memilih buku yang sesuai dengan cita rasa mereka, ayah membawa kami ke kaunter bayaran. Kami terpaksa beratur lama kerana barisan pembeli yang ramai. Masing-masing turut membeli banyak buku. Setelah sabar menunggu, giliran kami pun tiba. Juruwang melayan kami dengan mesranya. Kami bertambah gembira apabila diberikan potongan harga. Selesai membuat pembayaran, ayah mengajak kami mengunjungi gerai-gerai lain. Setiap gerai penuh dengan pengunjung. Ada pengunjung yang mengisi buku-buku yang dibeli di dalam bagasi selepas membuat pembayaran. Kemudian, mereka akan mengheret bagasi tersebut ke gerai-gerai lain pula. Kertas Model 5 Bahagian A 1 D 2 C 3 C 4 A 5 C 6 C 7 A 8 C 9 A 10 B Bahagian B 1 (a) bilik tidur (b) Ibunya melarang Azizan keluar dari rumah kerana ayahnya baharu sahaja keluar untuk menasihati budak-budak nakal tersebut supaya pulang sahaja ke rumah masing-masing. (c) Dia mencapai lampu suluh di atas almari lalu berjalan menuju ke pintu. (d) Azizan mahu menemui mereka kerana bunyi mercun itu mengganggu tidurnya. 2 Sekiranya saya berada dalam situasi Faisal, saya akan bercakap dengan Aiman secara berdua. Saya akan bertanya kepadanya punca dia meminjam wang. Saya akan menasihatinya supaya berhenti membeli barang-barang permainan. Kemudian, saya akan mencadangkan aktiviti yang sesuai seperti belajar dalam kumpulan dan kunjungan ke perpustakaan bersamasama. Akhir sekali, saya akan memintanya melangsaikan hutang rakan-rakan secara beransur-ansur. Bahagian C Pada pendapat saya, terdapat beberapa cara untuk menjaga buku teks. Antaranya, kita mestilah membalut buku teks dengan plastik lutsinar supaya buku tidak mudah rosak. Selain itu, kita mesti menulis nama pada ruangan yang disediakan agar buku tidak hilang. Tambahan lagi, kita hendaklah menyimpan buku teks di rak agar buku mudah untuk dicari kembali. Seterusnya, kita perlulah menyimpan buku KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 8 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tahun 6: Jawapan J9 teks di dalam beg selepas tamat sesi pelajaran supaya tidak tertukar buku dengan murid lain. Akhir sekali, kita wajar membelek helaian buku teks dengan tangan yang sudah dilap supaya helaiannya tidak basah. Bahagian D Karangan Berformat No. 64, Jalan Bestari 24/3, Taman Bestari Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor. Pegawai Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Menara Aqabah, Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Ulu Tiram, Johor. 26 Mei 20__. Tuan, Masalah Sampah Sarap di Taman Bestari Indah Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha jawatankuasa penduduk ingin membuat aduan tentang masalah sampah sarap yang sudah dua minggu tidak dipungut. 2. Dua buah tong sampah besar sudah sarat dengan sampah. Oleh hal yang demikian, penduduk taman terpaksa membuang sampah di sekeliling tong-tong sampah tersebut. Keadaan ini menyebabkan longgokan sampah semakin bertambah dan tidak terurus. Akibatnya, sampah sarap itu mendatangkan pula masalah pencemaran bau yang busuk dan mencacatkan pandangan. 3. Selain itu, sampah sarap yang bertimbun mengundang anjing, kucing, tikus dan haiwan perosak lain untuk berkeliaran mencari makanan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan boleh mengancam keselamatan dan memudaratkan kesihatan penduduk akibat wabak penyakit. 4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memberikan perhatian dan membuat pemantauan khusus di kawasan taman ini. Kami sedia memberikan sepenuh komitmen kepada pihak tuan untuk menyelesaikan masalah ini jika diperlukan. Kami berharap agar pihak tuan akan memberikan maklum balas dengan segera untuk mengatasi masalah sampah sarap di kawasan taman ini. Perhatian daripada pihak tuan amat saya alualukan dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Yang menjalankan tugas, Nik Nurul Aqilah (NIK NURUL AQILAH BINTI WAN ZAIN) Setiausaha Jawatankuasa Penduduk, Taman Bestari Indah. Karangan Tidak Berformat Masalah sampah sarap di kawasan taman perumahan jika tidak ditangani dengan berhemah boleh mendatangkan kemudaratan kepada para penduduknya. Gangguan keselamatan dan keselesaan mempengaruhi kualiti kehidupan para penduduk di kawasan tempat tinggal tersebut. Sampah yang ditinggalkan di sekeliling tong sampah pasti akan mencacatkan pemandangan. Lebih-lebih lagi apabila haiwan seperti anjing, kucing dan gagak datang menyelongkar untuk mencari makanan. Isi daripada plastik yang berikat kemas sekali pun akan terburai keluar. Haiwan perosak seperti lalat, lipas dan tikus juga akan menyusul datang untuk mengerumuninya. Selain itu, sampah yang bertimbun itu boleh mendatangkan wabak penyakit dan menggalakkan pembiakan haiwan perosak seperti nyamuk aedes dan tikus. Kesihatan para penduduk terutamanya kanak-kanak dan golongan tua yang mungkin akan terganggu menyebabkan para penduduk sentiasa hidup dalam keadaan risau dan cemas. Sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti wabak penyakit. KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 9 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J10 Tambahan lagi, sampah sarap tersebut juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jaraknya sekiranya angin bertiup kuat. Jika dibiarkan berlarutan, baunya tetap tidak akan hilang selagi sampah sarap tersebut tidak dipungut dan kawasan pembuangan sampah tidak dibersihkan terlebih dahulu. Akhir sekali, longgokan sampah sarap yang tidak terurus boleh menyebabkan imej kawasan taman perumahan tercemar. Sampah sarap yang tidak terurus menggambarkan sikap malas dan tidak endah para penduduknya. Seorang manusia yang peka dan bertanggungjawab tidak hanya menjaga kebersihan rumah sendiri, malah kawasan persekitaran mereka juga turut terpelihara. Kesimpulannya, masalah sampah sarap harus segera ditangani dengan kerjasama semua pihak. Tindakan segera perlu diambil bagi memastikan masalah-masalah baharu tidak timbul pada kemudian hari. KM_UASA_BM_TH6_JAWP_5'th.indd 10 7/31/23 6:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Nota Nota Page Sumatif UASA.indd 1 31/7/2023 3:40:15 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbitan Lain untuk KSSR Nota Page Sumatif UASA.indd 2 31/7/2023 3:40:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD