Kandungan
Praktis DSKPPENERBIT ILMU 1 Pantun Kiasan 95
Tema 1 Kesihatan dan KebersihanBAKTI SDN. BHD.5 Pantun Budi 96
Tema 2 Menimba Ilmu 9 Pantun Nasihat 97
Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian 13 Pantun Kasih Sayang 97
Tema 4 Integriti Amalan Kita 16 Syair Nasihat 98
Tema 5 Bahasa dan Sastera 19 Puisi Moden
Tema 6 Teladani Sejarah dan Hargai Warisan 22 Dalam Persekitaran Kata-kata 100
Tema 7 Indah Seni Gah Budaya 26 Roti 101
Tema 8 Utamakan Keselamatan 29 Kucari Damai di Sini 102
Tema 9 Sukan dan Rekreasi 32 Pada Sekuntum Mawar 103
Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia 35 Prosa Tradisional
Tema 11 Perpaduan 37 Pelanduk Mengajar Memerang 104
Tema 12 Negaraku Jati Diri Cerpen
Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan 41 Banjir di Mata Emak 107
Talia dan Raksasa Qadqad 109
Pengurusan Kewangan 44 Menuai Emas 112
Tema 14 Berbudi kepada Alam 48 Drama
Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi 51 Mahkamah 114
Tema 16 Pelestarian Alam Sekitar 54 Praktis Berformat PT3 116
Tema 17 Era Baharu Industri 56 Pemahaman Petikan 132
Tema 18 Pentadbiran dan Politik 59 Praktis Berformat PT3 132
Sistem Bahasa 59 Novel 139
Kata Ganti Nama 60 Meniti Impian 139
• Praktis DSKP 1 – Praktis DSKP 6 63 Darah Titik di Semantan 141
Kata Adjektif 64 Jejak MONPUS 143
• Praktis DSKP 7 64 Jalan ke Puncak 145
Kata Kerja 65 Praktis Berformat PT3 148
• Praktis DSKP 8 66 Pemindahan Maklumat 153
Kata Sendi Nama 66 Ulasan 153
• Praktis DSKP 9 66 Praktis Berformat PT3 154
Pengimbuhan 67 Ringkasan 159
• Praktis DSKP 10 68 Praktis Berformat PT3 160
Kata Ganda 69 Rumusan 165
• Praktis DSKP 11 70 Praktis Berformat PT3 166
Kata Prafrasa 74 Karangan Pendek 172
Kata Pascakata (Kata Penekan/Kata Pembenda) 74 Praktis Berformat PT3 173
• Praktis DSKP 12 – Praktis DSKP 16 77 Karangan Umum 176
Jenis-jenis Ayat 79 Praktis Berformat PT3 177
• Praktis DSKP 17 – Praktis DSKP 18 80
Praktis Berformat PT3 94
Pemahaman Teks (Antologi)
Puisi Tradisional 94
Pantun Alam Remaja
TEMA
1 Kesihatan dan Kebersihan
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Praktis PBD
S.P 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan
tepat.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Lakonkan dialog di bawah. Kemudian, sebutkan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
ujaran dengan tepat.
Raihan : Hai, Aiman! Apa khabar? Saya diberitahu bahawa adik kamu tidak hadir ke sekolah kerana
demam. Bagaimanakah keadaannya sekarang?
Aiman : Khabar baik. Oh, keadaan adik saya sudah beransur baik! Dia tidak tahu menjaga kesihatan diri.
Itulah yang menyebabkan dirinya demam.
Raihan : Baguslah kalau sudah beransur baik. Kita haruslah menjaga kesihatan diri agar sentiasa dalam
keadaan sihat.
Aiman : Ya, ada pelbagai cara untuk memastikan diri kita sentiasa sihat. Kita hendaklah rajin menjaga
kebersihan diri. Sebagai contoh, mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita mesti
membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan
air yang bersih.
Raihan : Kita juga mestilah memotong kuku tangan dan kuku kaki yang panjang kerana kuman mudah
membiak di celah-celah kuku yang panjang.
Aiman : Bagi saya, pemakanan yang seimbang juga amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera atau makanan ringan mestilah dijauhi. Jikalau teringin, bolehlah kita makan
sekali-sekala.
Raihan : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Kita juga haruslah bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu supaya peluh dapat dikeluarkan bersama dengan toksin badan.
Aiman : Nampaknya menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab besar yang harus kita
laksanakan dengan penuh amanah. Oleh itu, kita mestilah menjaga kesihatan diri agar dapat
menjamin kesejahteraan hidup.
Tahap Penguasaan Borang Penilaian
Penyampaian dan Penghayatan
Sebutan dan Intonasi Keterampilan Jumlah Markah
/4 /3 /3 /10
Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................
1
Kemahiran Membaca
S.P 2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti
maksud tersurat dan tersirat.
Objektif Murid dapat membaca teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.
Praktis PBDBaca teks pengacaraan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Melayang serindit di atas permatang,Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Merbah berkicau di hujung muara, Barisan Jawatankuasa Pengelola Program Hari
Pemanis kata selamat datang, Gotong-royong Sekolah,
Salam sejahtera pembuka bicara. Rakan-rakan guru dan seterusnya yang dikasihi
murid-murid SMK Convent (M) Muar.
Bismillahirrohmanirohim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
Yang Berusaha, dengan limpah dan rahmat-Nya dapat kita
Pn. Siti Zaiton binti Manaf berada di dalam Dewan Budaya ini bagi
Pengetua SMK Convent (M) Muar menjayakan Program Hari Gotong-royong
Sekolah. Syabas dan tahniah saya ucapkan
Yang Dihormati, kepada semua ahli jawatankuasa pelaksanaan
Tn. Hj. Mahamud bin Bulat yang bertungkus lumus dalam menjayakan
YDP PIBG SMK Convent (M) Muar penganjuran program ini yang sememangnya
sangat memberikan manfaat kepada semua
Yang Dihormati, warga sekolah.
Pn. Kong Huey Fung
Penolong Kanan Pentadbiran Para hadirin sekalian,
Sekolah yang bersih dan cantik dapat menarik
Pn. Wan Hasiah binti Ton Abdullah minat murid-murid untuk datang ke sekolah dan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid lebih bersemangat untuk belajar. Oleh itu, kita
haruslah bekerjasama untuk membersihkan
Cik Chui Yu Peng dan menceriakan kawasan sekolah agar murid-
Penolong Kanan Kokurikulum murid selesa ketika mereka menuntut ilmu.
1 Apakah objektif mengadakan program Hari Gotong-royong Sekolah? KBAT Menilai
Objektif mengadakan program Hari Gotong-royong adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan sekolah dan memberi
kesedaran kepada para murid dan guru tentang kebersihan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan
guru.
2 Pada pendapat anda, mengapakah semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan sesuatu?
KBAT Menilai
Pada pendapat saya, semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan sesuatu kerana dapat mengekalkan suasana
harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita dan dapat memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama
yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.
Tahap
Penguasaan 1 2 3 4 56
Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................
2
Kemahiran Menulis Praktis PBD
S.P 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Objektif Murid dapat menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan maksud bagi perkataan yang berhuruf tebal dan
bina ayat daripada perkataan tersebut.
Amalan Kesihatan dan Kebersihan
Setiap orang perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tahap kebersihan seseorang akan menentukan
kesihatan seseorang. Seseorang yang bersih akan meninggalkan kesan yang positif kepada orang lain.
Terdapat pelbagai langkah afdal untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kebersihan badan amat penting kerana orang yang mementingkan kebersihan akan terhindar
daripada sebarang penyakit kulit seperti bisul, kudis, kurap dan seumpamanya. Oleh hal yang demikian,
kita haruslah menjaga kebersihan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya kita
tidak dijangkiti penyakit. Di samping itu, kita harus sentiasa menukar baju yang dipakai dan tidak berkongsi
tuala dengan orang lain untuk memastikan badan kita bersih. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti
akan disenangi oleh rakan taulan.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan minda juga penting agar kita tidak mudah dibawa arus songsang.
Sebagai contoh, kita harus sentiasa menjadikan agama sebagai pedoman hidup agar perbuatan kita
tidak melampaui norma masyarakat. Melalui pendekatan tersebut, kita tidak mudah dipengaruhi dengan
unsur-unsur negatif seperti seks bebas, perbuatan tahyul dan keganasan. Dengan itu, kesihatan kita lebih
terjamin kerana kita tidak mudah terjebak dengan perkara yang merosakkan masa hadapan kita dan
dijangkiti pelbagai penyakit.
Kebersihan diri turut terpelihara apabila kebersihan persekitaran tempat tinggal kita terjaga. Kita
seharusnya menjaga kebersihan tempat tidur, bilik mandi dan tempat makan. Sekiranya tidak diuruskan
dengan baik, banyak anasir boleh mengancam kebersihan dan kesihatan kita. Tikus, nyamuk dan lipas akan
membiak di tempat yang kotor dan busuk. Pelbagai penyakit seperti penyakit berjangkit, serangan kuman
dan udara yang tidak bersih boleh membawa musibah penyakit. Sewajarnya, kawasan sekitar hendaklah
dibersihkan dan dihiaskan dengan pokok-pokok bunga serta landskap yang menarik. Sebenarnya, semua
perkara tersebut menjadi aset untuk jiwa, minda dan emosi supaya menjadi tenang dan stabil.
Kesimpulannya, kebersihan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan diri. Oleh
itu, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan agar menjamin kesejahteraan hidup.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Beri maksud perkataan di bawah.
1 afdal lebih baik, lebih utama
2 taulan kawan
3 norma sukatan yang standard untuk menentukan sesuatu; ukuran; kaedah
4 anasir empat zat (air, tanah, api dan angin) yang dipercayai menjadi punca segala yang wujud
5 aset di alam ini/unsur
wang tunai dan harta benda (seperti tanah, bangunan dan lain-lain) yang dimiliki seseorang
6 kesejahteraan keadaan sejahtera; keamanan dan keselamatan
3
Bina ayat daripada perkataan tersebut.
1 Langkah yang afdal untuk mengatasi kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang oleh pihak
berkuasa.
2 Dalam meniti kehidupan, kita pasti akan berdampingan dengan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.
3 Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti.
4 Remaja pada masa kini tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir yang merosakkan akhlak.
5 Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.
6 Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara.
(Terima mana-mana jawapan yang sesuai)
Praktis PBD
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Tahap
Penguasaan 1 2 3 4 56
Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................
4
Sistem Bahasa
Kertas 1 (Bahagian A & Bahagian B – Soalan 1)
Kata Ganti Nama
Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.
PENERBIT ILMU PT3
BAKTI SDN. BHD.
1 Perkataan ganti nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan nama. Sistem Bahasa
2 Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
3 Kata ganti nama diri terdiri daripada:
(a) kata ganti nama diri (pertama, kedua dan ketiga)
(b) kata ganti nama diri singkat
(c) kata ganti nama tanya
(d) kata ganti nama tempat Mereka bermain bola pada
(e) kata ganti nama tunjuk waktu petang.
(e) kata ganti nama tak tentu
Kata Ganti Nama Diri
1 Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2 Kata ganti ini terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(a) kata ganti nama diri pertama
(b) kata ganti nama diri kedua
(c) kata ganti nama diri ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama ● Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap
atau merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Contoh: saya, aku, beta, kami, kita, patik, hamba
Kata Ganti Nama Diri Kedua ● Digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau
orang yang diajak bercakap.
Contoh: awak, anda, kamu, engkau, kalian
Kata Ganti Nama Diri Ketiga ● Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh: dia, beliau, mereka, baginda
Kata Ganti Nama Diri Singkat
1 Kata ganti nama penuh yang disingkatkan.
2 Makna kata ganti nama diri singkat adalah sama dengan kata ganti nama diri penuh.
3 Kata ganti nama diri singkat mesti dicantumkan dengan perkataan lain yang mengikutinya.
Contoh: ku, mu, kau dan -nya.
Kata Ganti Nama Tanya
1 Kata untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2 Kata ganti nama tanya ditambah “kah” dan tanda soal (?).
3 Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Contoh: apa, siapa, berapa
59
Kata Ganti Nama Tempat “Tolong, di sana ada orang
lemas!” jerit Puan Emma
● Digunakan untuk menggantikan nama tempat. dengan nyaring.
Contoh: sana, sini, situ
Kata Ganti Nama Tunjuk
● Digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perkara atau seseorang yang dapat dilihat
dari jarak dekat atau jarak jauh.
Contoh: ini, itu
Sistem Bahasa
PT3 Kata Ganti Nama Tak Tentu
PENERBIT ILMU● Menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
BAKTI SDN. BHD.Contoh: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana
Praktis DSKP 1
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai.
nya beliau saya kita kalian baginda
tuanku mereka
dia kamu kami anda
1 “ Kami akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dalam SPM,” kata murid-murid tingkatan lima kepada guru kelas mereka.
2 “Segala titah perintah tuanku akan patik laksanakan dengan baik,” kata Laksamana Hang Lekiu
kepada Sultan Ahmad Syah.
3 Sharifah makan bekalan yang dibawa dari rumah nya .
4 “ Saya berharap penduduk kawasan perumahan ini boleh bekerjasama,” kata Perdana Menteri.
5 “Negara kita merdeka pada tahun 1957,” kata emak kepada adik.
6 Peragut rantai emas itu diberkas oleh polis pagi tadi. Dia akan dipenjarakan selama tiga tahun.
7 “Bolehkah kamu tunjukkan jalan ke tandas awam?” tanya Sheilla kepada budak itu.
8 Cikgu Siti ialah pengetua di sekolah saya. Beliau akan bersara pada minggu hadapan.
9 “Tolong tunjukkan dokumen perjalanan anda ,” kata pegawai kastam kepada pelancong asing
itu.
10 “ Kalian hendaklah menyiapkan latihan yang telah diberikan,” kata Cikgu Lee kepada murid-
muridnya.
11 Sultan Sulaiman bergaul mesra dengan rakyat jelata. Baginda disanjungi tinggi oleh segenap
lapisan masyarakat.
12 Aiman dan adiknya masih belum pulang ke rumah. Mereka sedang bermain bola di padang.
60
Praktis DSKP 2
Garisi penggunaan kata ganti nama singkat yang betul.
1 “Usah (kaurisau, kau risau), ayah akan membantu kamu,” kata ayah kepada adik.
2 Saya akan memberitahu (keinginan mu, keinginanmu) kepada abang.
PENERBIT ILMU 3 Lukisan yang (kau lukis, kaulukis) sangat cantik. PT3
BAKTI SDN. BHD. 4 “Adik (perempuanmu, perempuan mu) pandai menari,” kata Irfan kepada Shafiqah.
Sistem Bahasa
5 “(Kawanku, Kawan ku) ini berasal dari Korea,” kata Faizal kepada Amira.
6 “(Engkau, Kau) belum mandi lagi, Lan?” tanya ibu kepada Roslan.
7 “(Ku, Kau) tidak bekerja hari ini?” tanya Azman.
8 Tuhan amat menyayangi (hamba-Nya, hambanya).
9 Baju itu belum (dijahitnya, dijahit ia).
10 Keras sekali (hatimu, hati-mu),” kata Siti kepada teman lelakinya.
11 (Hidupnya, Hidup-nya) bertambah baik sejak dipelihara oleh orang kaya itu.
12 Tanya Kak Rokiah, “Mengapakah (kaupotong, kau potong) rambut pendek tanpa pengetahuan ibu bapamu?”
Praktis DSKP 3
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tanya yang paling sesuai.
1 Apa kah isi kotak besar ini? Mengapa Apa
2 Mengapa kah gadis itu menangis? Siapa Mengapa
3 Bagaimana kah kejadian itu boleh berlaku? Bagaimana Apa
4 Di mana kah kejadian itu berlaku? mana bila
5 Bila kah kamu akan sampai ke sekolah? Bila Mana
6 Rambutan itu sekilo berapa ? berapa apa
7 Gadis yang berbaju merah itu siapa ? siapa apa
8 Berapa kah harga sebungkus nasi lemak itu? berapa mana
9 Siapa kah yang menjadi ketua pengawas sekolah tahun ini? mana siapa
10 “ Siapa kah yang datang bersama-sama kamu semalam?”
tanya ibu kepada abang. siapa mengapa
mana apa
11 Perkara yang dibincang itu apa ?
12 “Orang yang datang tadi itu siapa ?” tanya ibu siapa apa
kepada adik.
61
Praktis DSKP 4
Isi tempat kosong dengan kata ganti nama tempat yang sesuai dalam ayat-ayat berikut.
sini sana situ
1 Saya tidak pernah ke sana ,” kata Damia kepada Amina yang akan pergi ke Sabah.
Sistem Bahasa
2 “Tunggu di sini . Jangan ke mana-mana,” kata emak kepada adik bongsuku.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD. 3 “Kamu datang ke sini sekejap,” kata Cikgu Azreen kepada Najmi.
PT3 4 “Saya mengambil buku itu dari situ ,” kata Muzita sambil menunjukkan jarinya ke arah kerusi.
5 Minggu lepas kami pergi ke Pulau Langkawi. Semasa di sana , kami melawat Makam Mahsuri.
6 Di sini lah tempat saya mencari ilham menulis novel.
7 “Kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas ekspres itu berlaku di sini ,” kata Radzam
kepada kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah tempat dia berdiri.
8 “Di hujung kampung sana terletaknya rumah rakit milik Pak Abu yang tuan cari,” kata Mei kepada
pegawai tersebut.
9 Jangan berdiri di situ , tempat itu sangat kotor.
10 “Letakkan pasu ini di situ ,” tunjuk ibu ke arah sudut halaman.
11 “Kami sekeluarga akan ke sana selewat-lewatnya pagi esok,” kata ibu kepada Pak Ali.
12 Dari situ kita akan berjalan ke tempat perkhemahan.
Praktis DSKP 5
Pilih kata ganti nama tunjuk yang betul.
1 Kegiatan gotong-royong yang kami rancang (ini, itu) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu
bapa.
2 Sejak berpindah ke rumah baharu (ini, itu) Zainal tidak mempunyai rakan yang ramai.
3 Perjalanan mereka ke tempat (ini, itu) memakan masa selama dua hari dan bakal menempuhi padang pasir
yang luas.
4 Budak yang pintar (ini, itu) mendapat tempat di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat.
5 Pilihlah mana-mana baju yang Winnie berkenan di butik (ini, itu) kerana harganya sangat murah.
6 Pondok kecil di atas bukit (ini, itu) kepunyaan ayah saya.
7 Pembinaan jambatan konkrit bagi menghubungkan kampung (ini, itu) dengan kampung seberang tidak
dapat dilakukan atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
8 Pemandangan di Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu (ini, itu) sungguh menarik.
9 “Kek yang dibuat oleh kakak (ini, itu) sungguh sedap,” kata Suzana lalu mengambil sepotong kek lapis Sarawak.
10 “Bunga mawar (ini, itu) sangat wangi,” kata ibu kepada adik.
11 Buah betik (ini, itu) sedap rasanya.
12 Rumah yang terletak di atas bukit (ini, itu) kepunyaan seorang hartawan.
62
Praktis DSKP 6
Isi tempat kosong di bawah dengan kata ganti nama tak tentu yang sesuai.
1 Abang tidak berkata apa-apa apabila dimarahi oleh ayah kerana pulang lewat pada malam tadi.
2 Tiada siapa-siapa yang tahu akan punca Aiman dilucutkan jawatan.
apa-apa
PENERBIT ILMU 3 Dia tidak mahu memberikan ulasan berhubung dengan kejadian itu. PT3
BAKTI SDN. BHD.
4 Jangan ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa kamu. Sistem Bahasa
5 Datanglah ke rumah saya pada bila-bila masa.
6 Pilihlah mana-mana baju yang kamu suka asalkan harganya tidak terlalu mahal.
7 Tiada siapa-siapa berada di dalam kelas pada waktu rehat.
8 Pertandingan lumba motosikal itu akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
9 Dia tidak lokek melemparkan senyuman kepada siapa-siapa sahaja yang ditemuinya.
10 Jika kalian mempunyai apa-apa masalah, silalah ajukan soalan kepada saya.
11 Duduklah di mana-mana kamu suka asalkan tidak berbuat bising.
12 Para pelancong tersebut diberi kebenaran untuk melawat negara ini pada bila-bila masa.
Kata Adjektif
Aspek Tatabahasa
S.P 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks.
1 Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2 Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh,
masih lebat lagi.
3 Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
4 Kata adjektif boleh dikenali apabila kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat,
sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Jenis-jenis Kata Adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan subgolongan:
Bil. Jenis Contoh Bil. Jenis Contoh
1 sifat baik, cerdik, berani, lemah
2 warna merah, jingga, ungu, putih 6 jarak dekat, hampir, jauh
3 ukuran pendek, panjang, tebal, nipis
4 bentuk bujur, lurus, 7 cara selalu, jarang, kerap, lambat,
5 waktu lama, lambat, lewat, segera
8 pancaindera sedap, lazat, bising, buruk
9 perasaan takut, benci, rindu, marah
63
Praktis DSKP 7 Sistem Bahasa
Bina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang berikut. PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
1 condong
Pekerja Majlis Perbandaran Muar sedang membetulkan tiang elektrik yang condong di tepi jalan.
2 lemau
Keropok di dalam tin itu menjadi lemau kerana adik tidak menutup tin dengan rapat.
3 sedih
PT3 Azman sedih kerana mengenangkan nasib malang yang menimpanya.
4 mendung
Cuaca pada hari ini agak mendung.
5 merah
Baju merah yang dipakainya menarik perhatian semua orang.
6 bujur
Kotak yang berbentuk bujur itu dibalutnya dengan berhati-hati.
7 gopoh
Sikap gopoh sewaktu menjawab soalan peperiksaan perlu dihindari.
8 lemah
Badan Aiman terlalu lemah kerana sudah demam beberapa hari.
9 dekat
Julia berjalan kaki ke sekolah kerana jarak rumahnya ke sekolah sangat dekat.
10 tajam
Emak saya menggunakan pisau yang tajam untuk memotong daging.
11 keras
Sejak bergelar ibu tunggal, Puan Liyana terpaksa bekerja keras untuk menyara empat orang anaknya.
12 pahit
Rasa peria itu pahit umpama hempedu.
Kata Kerja
1 Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja.
2 Kata kerja terbahagi kepada:
(a) kata kerja transitif (perbuatan melampau),
(b) kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).
Kata Kerja Tak Transitif
1 Kata kerja yang tidak memerlukan penyambung atau objek sesudahnya.
2 Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
64
Praktis Berformat PT3
ABahagian Objektif Aneka Pilihan
Morfologi dan Penggolongan Kata
Sistem BahasaPilih jawapan yang paling sesuai.
PENERBIT ILMU 1 Seramai 25 orang asing ditahan oleh 7 Sekumpulan penduduk berbangsa Cina di taman
BAKTI SDN. BHD.
Jabatan Imigresen Malaysia kerana menceroboh itu membakar beberapa mercun
PT3 perairan negara. sempena Tahun Baharu Cina.
A polis
A das
B nelayan B ikat
C pengawal C baris
D pendatang D papan
2 Yang di-Pertuan Agong mencemar duli melawat 8 Sifat yang ditunjukkan oleh tuan rumah
mangsa banjir di pusat penempatan banjir.
itu menyenangkan hati tetamu yang datang.
turut memberikan bantuan yang
A ramah-tamah
diperlukan mengikut permintaan mangsa banjir.
B remeh-temeh
A Dia
B Anda C kelam-kabut
C Beliau
D Baginda D keluh-kesah
9 Sofian mudik ke sungai untuk menjala
ikan.
3 Berita bencana alam itu disiarkan
A sisi
di media sosial dari semasa ke semasa. B hulu
C tengah
A akan D penjuru
B antara
C tentang
D dengan 10 kamu akan memulangkan buku cerita
saya yang kamu pinjam?
4 Sikap ibu yang memberikan dorongan A Siapakah
B Bagaimanakah
dan sokongan menambahkan lagi semangat C Apakah
D Bilakah
saya untuk belajar bersungguh-sungguh.
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
A sering
B jarang
C malu
D tidak
5 kamu kenangkan peristiwa sedih itu
lagi.
A Usah
B Harap
C Tolong
D Jemput
6 murid di kelas itu sedang beratur
di luar bilik darjah. 11 Pakaian yang dipakai oleh Siti cantik.
A Setengah C Segala A sangat C betul
B Semua D Tiap B benar D nian
80
Penggunaan Ejaan dan Imbuhan, Kata atau Istilah dan Tatabahasa
Kesalahan Bahasa
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda
dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
1 Bila pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya. Tiada kesalahan
PENERBIT ILMU A B C D PT3
BAKTI SDN. BHD.
2 Sultan Ibrahim telah melantik putera sulungnya untuk mewarisi takhta kerajaan sekiranya baginda mangkat Sistem Bahasa
A B C
kelak. Tiada kesalahan
D
3 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh juruacara dengan suara yang nipis.
A BC
Tiada kesalahan
D
4 Cikgu Ida membimbing anak-anak muridnya mengulangkaji pelajaran agar mereka lulus dengan cemerlang
A B C
dalam peperiksaan. Tiada kesalahan
D
5 Novel “Darah Titik di Semantan” mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid
A B
dan rakan-rakannya dalam menentang penjajah Inggeris. Tiada kesalahan
C D
6 Puan Lim yang baru mengajar setahun di sekolah baharu itu adalah guru Bahasa Melayu kami.
A B C
Tiada kesalahan
D
Penggunaan Kata (Kata Banyak Makna, Kata Hampir Sama Makna dan Kata Hampir Sama Bunyi)
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1 I Hari mendung alamat akan hujan. 2 I Pada zaman dahulu, pekerja-pekerja ladang
II Zaidi memberikan alamat rumah baharunya beratur untuk mengambil gaji masing-masing
kepada saya. daripada majikan.
III Aiman sekeluarga alamat di Kampung Jepak
sejak beberapa tahun yang lalu. II Orang gaji di rumah Puan Rokiah berasal dari
IV Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi Indonesia.
alamat bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara
Malaysia. III Saya mesti menjalankan tugas dan
A I dan II sahaja tanggungjawab ini dengan bersungguh-
B II dan IV sahaja sungguh agar tidak makan gaji buta sahaja.
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja IV Terdapat pelbagai bentuk gaji besi pada
zaman kini.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
81
3 I Projek perumahan itu akan memungut Sistem Bahasa 7 I Nasi yang dimasak oleh Kakak Haslina
selama dua tahun. hangus kerana dia tertidur.
PENERBIT ILMU
II Kaum petani mula memungut hasil tanaman BAKTI SDN. BHD. II Rumahnya hangus dalam kebakaran itu.
mereka pada musim menuai padi. III Hatinya hangus setelah anaknya ditangkap
III Dia membongkok lalu memungut wangnya polis.
yang terjatuh di jalan raya itu. IV Pokok bunga mawar itu hangus kerana tidak
IV Tuan rumah itu akan memungut sewa disirami air.
rumahnya pada setiap hujung bulan. A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja 8 I Ubi itu direbus lama-lama agar lemau
sepenuhnya.
PT3 4 I Wangnya hilang ketika dia bermain bola.
II Suaranya hilang kerana banyak bersorak II Tilam yang baru dibeli itu sungguh lemau dan
semasa menonton perlawanan bola tampar enak ketika berbaring.
di Dewan Budaya.
III Makanan yang disajikan di atas meja telah III Badannya lemau kerana kurang sihat.
hilang dimakan oleh kucing itu. IV Biskut itu telah lemau kerana tidak disimpan
IV Sebelum kedatangan agama Islam, mereka
telah hidup beberapa lama dalam agama di dalam bekas tertutup.
yang hilang. A I dan II sahaja
A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
9 I Mereka menonton gambar lama di dalam
5 I Aina memasukkan daki wangnya di dalam album gambar.
dompet.
II Ibu menonton tangan saya ketika melintas
II Suaranya yang amat daki itu menarik jalan.
perhatian juri.
III Setiap malam, dia akan menonton rancangan
III Adik mencuri daki di kakinya dengan sabun. berita di televisyen untuk mengetahui
IV Fuad pernah daki Gunung Tahan pada tahun perkembangan semasa.
lepas. IV Adik menonton perlawanan bola sepak
A I dan II sahaja di Stadium Darul Makmur dengan ayah pada
B III dan IV sahaja malam semalam.
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
6 I Sharif menggalas piala yang dimenanginya C I, II dan III sahaja
dengan gembira. D II, III, dan IV sahaja
II Perempuan itu menggalas bungkusan 10 I Tasik itu sangat dalam.
pakaian di atas kepalanya. II Sufian mahir dalam bidang pertukangan.
III Amira dapat menghafal lirik lagu itu dalam
III Salina menggalas sebuah beg tangan yang masa setengah jam.
baru dibeli oleh ibunya. IV Usia nenek yang semakin dalam itu
menyebabkan penglihatannya kabur.
IV Kassim menggalas seguni beras semasa A I dan II sahaja
melalui lorong yang sempit itu. B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
A I dan II sahaja D II, III, dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
82
BBahagian Objektif Pelbagai Bentuk
Kesalahan Bahasa
Kesalahan Bahasa dalam Ayat
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasa tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Sistem Bahasa
Praktis 1
PENERBIT ILMU
PT3 BAKTI SDN. BHD. 1 Azmin kehabisan tenaga setelah hampir satu suku jam menyertai acara merentas desa.
satu jam suku
2 Oleh kerana dia demam, dia tidak datang ke sekolah.
sebab
3 Kami sekeluarga sedang menunggu ketibaan abang yang pulang daripada Korea.
dari
Praktis 2
1 Bidang bioteknologi telah mendapat sambutan di kalangan mahasiswa kerana mampu memberikan pulangan
yang lumayan.
dalam
2 Adik mempercepatkan langkahnya apabila langit kelihatan mendung.
mempercepat
3 Adik memarahi oleh ibu kerana telah memecahkan pasu bunga kesayangannya.
dimarahi
Praktis 3
1 Setiap kali Aiman makan di Restoran Seri Muar, dia pasti akan memesan semangkuk goreng kentang.
kentang goreng
2 “Perlawanan petang ini penting untuk kami,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih.
kita
3 Sultan Johor bersetuju untuk merasmikan pembukaan Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak baharu
di Muar.
berkenan
86
Kesalahan Bahasa dalam Petikan
Praktis 4
Murnikan petikan di bawah dengan membetulkan tiga kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Garis
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari masa ke semasa. Antara punca-punca
yang menyebabkan masalah sosial berlaku ialah krisis keluarga yang menyebabkan kawalan sosial ke atas
anak-anak diabaikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran
agama yang sempurna pada anak-anak agar mereka menjadi remaja yang bermoral dan berakhlak mulia.
PENERBIT ILMU PT3
BAKTI SDN. BHD.
1 semasa Sistem Bahasa
2 antara punca
3 kepada
Praktis 5
Murnikan petikan di bawah dengan membetulkan tiga kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Gariskan
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Derma darah adalah amalan mulia yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Penderma dapat melahirkan
satu perasaan yang sangat menggembirakan bila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain.
Amalan derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat
terhindar risiko sakit jantung.
1 ialah
2 apabila
3 menghindarkan
Praktis 6
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa yang telah digariskan. Betulkan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Aisyah: Apakah usaha-usaha dengan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak?
Siti: Pada pendapat saya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka di pameran buku, kedai buku
atau perpustakaan.
Aisyah: Selain ibu bapa, pihak sekolah juga perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan berbagai
bahan bacaan yang bermutu dan terkini.
1 bagi
2 ke
3 pelbagai/berbagai-bagai
87
Praktis 4
Dalam petikan dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin petikan dialog itu semula.
Aiman: Hai, Zaidi. Saya akan menyertai 1 kawad
pertandingan kawat kaki unit beruniform 2 kokurikulum
yang dianjurkan oleh sekolah. 3 disiplin
Zaidi: Baguslah begitu. Setahu saya pertandingan
ini merupakan aktiviti ko-kurikulum tahunan
yang akan diadakan di sekolah.
Aiman: Ya. Diharapkan pertandingan ini
memantapkan disiplin murid.
PENERBIT ILMU PT3
BAKTI SDN. BHD.
Sistem Bahasa
Praktis 5
Kesalahan Ejaan dalam Grafik
1 penyelenggaraan
2 Jun
3 menggunakan
Pengguna disarankan berhemah mengunakan air
Segala kesulitan amatlah dikesali
Praktis 6
1 selesema
2 antarabangsa
3 Penjarakan
1. Gunakan pelitup muka jika batuk, selsema dan bersin.
2. Melaksanakan saringan kesihatan di setiap pintuk masuk antara bangsa dan
pintu masuk utama pejabat.
3. Tangguhkan program-program yang menghimpunkan orang ramai.
4. Sentiasa cuci tangan.
5. Penjarakkan sosial.
89
Pemahaman Teks (Antologi)
Kertas 1 (Bahagian A)
Puisi Tradisional
Pantun Alam Remaja (Buku Teks hal. 5 – 6)
Pemahaman Teks
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Maksud
Rangkap 1 Perasaan gembira seorang anak apabila melihat ibunya pulang.
Rangkap 2 Kepulangan ibu menyebabkan perasaan bimbang anak-anak hilang.
Rangkap 3 Apabila ibu pulang awal, hati anak berasa lega.
Rangkap 4 Adik-beradik sama-sama menyanyi apa-apa sahaja lagu kerana gembira.
Rangkap 5 Kepulangan ibu bapa menambahkan lagi perasaan gembira anak-anak.
Rangkap 6 Hati anak bertambah gembira apabila ibu bapa pulang dengan membawa hadiah, iaitu baju dan
seluar.
Rangkap 7 Anak-anak meminta supaya tidak memarahi mereka berpantun kerana sikap kanak-kanak yang
PT3 suka bermanja.
Tema
Kegembiraan anak-anak menyambut kepulangan ibu bapa mereka.
Persoalan
1 Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.
2 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
3 Persoalan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.
4 Persoalan sikap anak-anak kecil yang suka dimanja.
Bentuk
1 7 rangkap (empat baris setiap rangkap)
2 4 hingga 5 patah perkataan dengan 9 hingga 10 suku kata
3 Rima akhir ialah R1, R3, R4, R6 dan R7 – abab manakala R2 dan R5 – aaaa
Gaya Bahasa
1 Simpulan bahasa – besar hati
2 Anafora – Sebarang
3 Kata ganda – adik-beradik, bilang-bilang, bersorak-sorak
4 Inversi – Elok rupanya kumbang jati
5 Imej alam – kumbang jati, itik, rumput, ayam kinantan, ranting, kumpai
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Hinggap di ranting bilang-bilang (perulangan vokal i)
2 Aliterasi – Sebarang nyanyi kita nyanyikan (perulangan konsonan n)
Nilai 3 Bertanggungjawab
4 Pemaaf
1 Kasih sayang
2 Hormat-menghormati
Pengajaran
1 Kita mestilah menyayangi anak-anak agar hubungan menjadi erat.
2 Kita haruslah menjalankan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan keluarga.
3 Kita perlulah memaafkan kesalahan anak-anak kerana mereka masih kecil.
4 Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana mereka yang membesarkan kita.
94
Pantun Kiasan (Buku Teks hal. 7 – 9)
Maksud
Rangkap 1 Kita haruslah mengelakkan perbuatan membazir kerana barang yang rosak masih boleh digunakan.
Rangkap 2 Orang yang merantau perlu merendah diri apabila berada di tempat orang.
Rangkap 3 Keinginan untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
Rangkap 4 Kita tidak boleh mengharap kepada sesuatu yang belum pasti.
Rangkap 5 Sikap sombong akan kelebihan diri sehingga memandang rendah kemampuan orang lain.
Rangkap 6 Sikap seseorang yang suka memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
Rangkap 7 Hati dan pendirian manusia yang selalu berubah-ubah.
Rangkap 8 Perasaan marah akan terpadam apabila mempunyai sikap sabar.
Rangkap 9 Seseorang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya jua.
Rangkap 10 Sesuatu perkara yang terjadi pasti ada sebab musababnya.
Rangkap 11 Seseorang yang menginginkan sesuatu di luar keupayaan dan kemampuannya.
Rangkap 12 Kita tidak boleh melawan orang yang luas pengetahuan jika pengetahuan kita sedikit.
Rangkap 13 Seseorang yang menceritakan sesuatu kejayaan sedangkan belum mengecap hasil yang
diusahakan.
Rangkap 14 Orang yang berusaha pun belum tentu berjaya, inikan pula orang yang tidak berusaha.
Rangkap 15 Seseorang yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya.
Rangkap 16 Orang yang berdosa tetapi telah terlambat untuk bertaubat atas dosa-dosanya.
Rangkap 17 Seseorang yang cantik tetapi elok budi pekertinya.
PENERBIT ILMU PT3
BAKTI SDN. BHD.
Pemahaman Teks
Tema
Kiasan atau sindiran tentang pelbagai ragam manusia dalam kehidupan seharian.
Persoalan
1 Persoalan sikap suka membazir dalam kehidupan.
2 Persoalan sikap suka bertindak tanpa berfikir dahulu.
3 Persoalan sikap sombong dan bangga akan kebolehan diri.
4 Persoalan sifat malas yang menghalang kejayaan.
5 Persoalan budi bahasa lebih penting daripada paras rupa.
Bentuk
1 17 rangkap (4 baris setiap rangkap)
2 3 hingga 5 patah perkataan dengan 8 hingga 11 suku kata
3 Rima akhir ialah abab
4 Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud
Gaya Bahasa
1 Imej alam – daun kayu, buah bacang
2 Repitisi – tikar, burung, anak, rotan, ayam
3 Peribahasa – Jangan diikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, burung terbang dipipiskan lada,
kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga
4 Personifikasi – nyawa menangis di pintu kubur
5 Sinkope – Air dalam kapar tak hanyut
6 Simile – macam melukut di tepi gantang, laksana gadis Menteri Bogor, Sungguh laksana bunga dedap
Unsur Bunyi
1 Asonansi – Patah galah haluan perahu (perulangan vokal a)
2 Aliterasi – Rotan siput rotan berlingkar (perulangan konsonan t)
Nilai 4 Kesabaran
5 Kerajinan
1 Keinsafan
2 Merendah diri
3 Rasional
95
Praktis Berformat PT3
Praktis 1
Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pemahaman Teks Pantun Alam Remaja
PENERBIT ILMUElok rupanya kumbang jati, Hanyut batang berlilit kumpai,
BAKTI SDN. BHD. Dibawa itik pulang petang; Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Tidak terkatakan besar hati, Bonda pulang bapa pun sampai,
Melihat ibu sudah pulang. Kita semua berbesar hati.
Dibawa itik pulang petang, Ramai orang bersorak-sorak,
Dapat di rumput bilang-bilang; Menepuk gendang dengan rebana;
Melihat ibu sudah pulang, Alang besarnya hati awak,
Hati cemas menjadi hilang. Mendapat baju dengan celana.
PT3 Ayam kinantan terbang mengekas, Mahulah kami hendak melapun,
Hinggap di ranting bilang-bilang; Lapun dibawa orang menjaja;
Melihat bonda pulang lekas, Jangan marah kami berpantun,
Hatiku besar bukan kepalang. Budak kecil biasa manja.
Kita menari keluar bilik, Dipetik daripada
Sebarang tari kita tarikan; antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Kementerian Pendidikan Malaysia
1 Maksud rangkap kedua dalam Pantun Alam C bertanggungjawab.
Remaja ialah D hormat-menghormati.
A perasaan cemas apabila melihat kepulangan
ibu. 4 Yang manakah merupakan persoalan dalam
B perasaan sedih dan dukacita apabila melihat Pantun Alam Remaja?
kepulangan ibu. A Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap
C perasaan girang dan gembira apabila melihat anak.
kepulangan ibu. B Persoalan ketabahan dalam menghadapi
D perasaan cemas menjadi hilang apabila dugaan hidup.
melihat kepulangan ibu. C Persoalan keperitan hidup yang dialami oleh
seorang remaja.
Bonda pulang bapa pun sampai, D Persoalan kesungguhan seorang remaja
Kita semua berbesar hati. dalam mengejar kejayaan hidup.
2 Merujuk baris-baris pantun di atas, apakah yang 5 Antara yang berikut, yang manakah bukan cara
dimaksudkan dengan berbesar hati? untuk membalas jasa ibu bapa? KBAT Menganalisis
A Sedih A Kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan
B Bangga ibu bapa.
C Gembira B Kita perlu tinggal berasingan dengan ibu
D Dukacita bapa apabila sudah dewasa nanti.
C Kita perlu menghormati dan mendengar
3 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat nasihat yang diberikan oleh ibu bapa.
dalam Pantun Alam Remaja, kecuali D Kita perlu tekun belajar dan mencapai
A ketabahan. kejayaan akademik yang membanggakan.
B kasih sayang.
116
Praktis 2
Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tikar pucuk tikar mengkuang, Pantun Kiasan
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang, Sangkut terendak dekat beranda,
Buat perencah si daun kayu. Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tiada ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Buah bacang masak serangkai,Bunga geti bergulai temenung, PT3
Burung dekut meniti batang; Di hari raya memakan tapai;
Saya dagang tidak terpakai, Hajat hati nak peluk gunung, Pemahaman Teks
Macam melukut di tepi gantang. Apakan daya tangan tak sampai.
Tebang gelam tebang kenanga, Suasa bertahil emas berbungkal,
Batangnya tumbang menimpa gedung; Tetapi intan tiada sesaga;
Kumbang mengidam nak seri bunga, Kalau kail panjang sejengkal,
Bunga kembang di puncak gunung. Usah lautan hendak diduga.
Pokok terap tumbuh di bukit, Dang Nila memangku puan,
Belat berbanjar panjang ke hulu; Berembang buah pedada;
Jangan diharap guruh di langit, Adakah gila bagimu tuan,
Kilat memancar hujan tak lalu. Burung terbang dipipiskan lada.
Limau Bentan di tepi tingkap, Hari hujan puyuh mendengut,
Budak-budak melempar burung; Mendengut mari sepanjang jalan;
Harimau di hutan lagi kutangkap, Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pulak cicak mengkarung. Kononlah pula kemarau panjang.
Air surut memungut bayam, Berilah saya pisau raut,
Sayur diisi ke dalam kantung; Hendak meraut bingkai tudung;
Jangan diikut resmi ayam, Gila apakah ikan di laut,
Bertelur sebiji riuh sekampung. Mengidamkan umpan di kaki gunung.
Anak punai anak merbah, Laksana gadis Menteri Bogor,
Hinggap di tonggak mencari sarang; Bijak membilang ayam betina;
Anak sungai lagi berubah, Nyawa menangis di pintu kubur,
Inikan pula hatinya orang. Hendak pulang ke dalam dunia.
Rotan siput rotan berlingkar, Hilir berderap mudik berderap,
Anak itik patah kakinya; Patah galah haluan perahu;
Hujan ribut gunung terbakar, Sungguh laksana bunga dedap,
Embun setitik padam apinya. Cantik merah tidak berbau.
Raut bilah pembatang taut, Dipetik daripada
Kail berada dalam raga; antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga. Kementerian Pendidikan Malaysia
117
1 Maksud rangkap ketiga dalam Pantun Kiasan B Jangan berputus asa apabila menghadapi
ialah rintangan dalam kehidupan.
A orang yang merantau tidak dapat membantu
orang lain. C Jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan
B impian seseorang yang tidak sepadan kecil yang dicapai dalam kehidupan.
dengan kemampuan diri sendiri.
C pendirian seseorang mudah berubah dari D Jangan membesar-besarkan perkara kecil
semasa ke semasa. yang telah dilakukan kepada orang lain.
D hasrat seseorang yang telah tercapai berkat
kesungguhannya. 4 Yang berikut merupakan pengajaran dalam
Pantun Kiasan, kecuali
2 Berikut ialah nilai yang terdapat dalam Pantun A kita hendaklah berbudi bahasa pada setiap
Kiasan, kecuali masa.
A patriotik. B kita mestilah memelihara dan memulihara
B kesabaran. alam sekitar.
C berjimat cermat. C kita mestilah sentiasa bersabar ketika
D cinta akan alam sekitar. menghadapi dugaan.
D kita perlulah mengamalkan kitar semula
Jangan diikut resmi ayam, untuk mengelakkan pembaziran.
Bertelur sebiji riuh sekampung.
PT3 5 Nada yang digunakan dalam pantun ini ialah
3 Apakah perkara yang dimaksudkan dalam baris- A sinis.
baris pantun di atas? B patriotik.
A Jangan mengambil kejayaan orang lain C romantik.
sebagai kejayaan diri sendiri. D melankolik.
Pemahaman Teks
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Praktis 3
Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tenang-tenang air di laut, Pantun Budi
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut, Anak beruk di tepi pantai,
Budi yang baik rasa nak junjung. Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Yang kurik kundi, Asal hidup pandai berbudi.
Yang merah saga;
Yang baik budi, Tingkap papan kayu bersegi,
Yang indah bahasa. Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Bunga melati bunga di darat, Tinggi bangsa kerana bahasa.
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat, Padang Temu padang baiduri,
Hina manusia tidak berbudi. Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bunga cina di atas batu, Bagai cincin dengan permata.
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu, Dipetik daripada
Sebab emas budi terbuang. antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia
118
Pemahaman Petikan
Kertas 1 (Bahagian B – Soalan 3)
Praktis Berformat PT3 Kod QR
Imbas Kod QR untuk mendapatkan nota
berkaitan dengan Pemahaman Petikan
Pemahaman Petikan
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Praktis 1
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1
Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu. Apabila
sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja habis mati, darahnya
pun ada tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam di Rimba saja. Memerang yang
kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan
terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu. Ikan-ikan itu pun dibawanya masuk
ke dalam lubangnya. Hari pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap Nabi
Allah Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat
aniaya ke atasnya. Setelah putuslah mesyuaratnya itu, lalu tidur keduanya.
Dipetik daripada Prosa Tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang”,
PT3 antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Petikan 2
SYDNEY: Empat kanak-kanak dan remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh pemandu
mabuk yang memandu kenderaan pacuan empat roda di Bettington Road, Oatlands, di sini, lewat semalam.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.00 malam ketika kesemua mangsa berada
di laluan pejalan kaki sebelum mereka dirempuh kenderaan berkenaan. Bapa mangsa, Daniel Abdullah
mengakui sedih selepas menerima berita kemalangan yang meragut nyawa tiga anak perempuannya.
“Diharap, pemandu di luar sana supaya lebih berhati-hati. Anak-anak kesayangan saya tidak bersalah
tetapi menjadi mangsa keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pemandu mabuk rempuh kanak-kanak,
empat maut”, www.bharian.com.my, 2 Februari 2020
1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah tindakan atau reaksi memerang dan Daniel Abdullah apabila
[3 markah]
mendapati anak-anak mereka meninggal dunia?
Bapa memerang memeriksa dan mendapati terdapat kesan tapak kaki Syah Alam di Rimba di sarang mereka. Ibu memerang
menangis kesedihan atas kematian anak-anaknya. Begitu juga Daniel Abdullah sedih apabila menerima berita kemalangan
yang meragut nyawa tiga orang anak perempuannya.
132
2 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, apakah persamaan daripada aspek nilai dan pengajaran yang boleh
[3 markah]
kita pelajari?
Persamaan daripada aspek nilai dan pengajaran ialah kedua-dua petikan mempunyai nilai kasih sayang terhadap anak-anak,
manakala pengajaran pula, kita hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain dalam keluarga kita.
3 Insiden kemalangan yang meragut nyawa kanak-kanak masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.pada hari ini. [4 markah]
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang berkesan untuk menangani isu ini?
Pada pendapat saya, cara yang berkesan untuk menangani isu ini ialah ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak
mereka, terutamanya ketika berada di tempat awam. Selain itu, anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu seni pertahanan
diri agar mereka dapat melindungi diri sendiri sekiranya menghadapi sebarang ancaman yang tidak dapat dijangka.
Seterusnya, anak-anak perlu diajar untuk sentiasa berada dalam kumpulan orang dewasa sekiranya tidak ditemani ibu bapa.
Praktis 2 PT3
Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan Pemahaman Petikan
menggunakan ayat anda sendiri.
Petikan 1
“Dua hari sebelum itu, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan semasa banjir
melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.”
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah
yang banjir dengan kebahagiaan.
“Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa
dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.”
Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertaking ladungan air.
“Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak yang tak
bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur ... tak pernah pun.
Saya tak bagi apa-apa. Sungguh.”
Nana terus meraung. Dalam keterharuan mengenang kebahagiaan Mak Piah di hujung usianya, saya
memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan.
Dipetik daripada Cerpen “Banjir Di Mata Emak”,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia
133
Petikan 2
Tok Sulaiman duduk di pekarangan sambil mengenang nasibnya yang malang dalam kehidupan. Hidup
tidak semestinya kehilangan makna kalau diri kita dilanda kemiskinan, tetapi ia lebih menyedihkan sekiranya
ditinggalkan seorang diri di Kampung Ibrahim Majid oleh anak-anak kesayangan.
Apakah kehidupan masih bererti apabila seseorang itu diabaikan oleh ahli keluarga, lebih-lebih lagi
mereka itulah darah daging Tok Sulaiman yang bertahun-tahun mengasuh, mendidik dan membesarkan
mereka sehingga menjadi dewasa.
Sungguhpun melihat keadaan hidup Tok Sulaiman yang tinggal berseorangan di rumah kampung, tapi
Tok Sulaiman sentiasa positif dan ceria di depan mata penduduk kampung. Tok Sulaiman tidak pernah
mengadu tentang anak-anaknya yang tidak mentaatinya, malah sentiasa berkongsi suka dan duka yang
pernah dilaluinya bersama anak-anak pada masa dulu.
Pemahaman Petikan
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan reaksi atau tindakan Mak Piah dan Tok Sulaiman walaupun
[3 markah]
mengetahui nasib diri mereka yang telah ditinggalkan oleh anak-anak.
Mak Piah sanggup berbohong kepada jiran-jiran dengan menyatakan bahawa anaknya, Nana menghantar makanan
kepadanya semasa banjir melanda. Manakala, Tok Sulaiman tidak pernah mengadu tentang anak-anaknya yang tidak
mentaatinya, malah sentiasa berkongsi suka dan duka semasa hidup bersama anak-anaknya pada masa dulu.
2 Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Petikan 1. [3 markah]
PT3 Dua persoalan yang terdapat dalam Petikan 1 ialah persoalan kemuliaan seorang ibu dalam menjaga nama baik anaknya dan
persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Lain-lain jawapan: Persoalan kesedihan seorang anak atas pemergian ibunya dan persoalan tanggungjawab anak-anak
terhadap ibu bapa.
3 Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. [4 markah]
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menghargai warga tua?
Pada pendapat saya, cara-cara untuk menghargai warga tua ialah pihak kerajaan perlulah menawarkan rawatan perubatan
percuma kepada warga tua, ahli keluarga perlu meluangkan masa bersama dengan warga tua, ahli keluarga perlu lebih
menyayangi warga tua di rumah dan menyediakan kemudahan awam yang lebih mesra warga tua untuk memudahkan
kehidupan seharian mereka.
134
Novel
Kertas 1 (Bahagian B – Soalan 4)
Meniti Impian – Osman Ayob
Sinopsis
Novel ini mengisahkan Zahar yang bercita-cita tinggi
tetapi gagal untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam
kerana masalah kewangan. Dia membantu bapa saudaranya
di bengkel perabot sebelum berjaya memasuki IKM dalam bidang
Pertukangan Perabot kerana dia berhasrat untuk membuka
kedai perabot sendiri. Zahar kecewa kerana rakannya Suhaili
memperlekehkan hasratnya untuk belajar di IKM. Namun begitu,
Zahar tetap meneruskan cita-citanya ke IKM. Di sana dia bertemu
dengan Norimi, pelajar jurusan Lukisan Seni Bina. Sewaktu
membuat praktikal di Kawasan Perindustrian Kamunting, Zahar
bertemu dengan Suhaili yang bekerja di situ. Suhaili cuba berbaik-
baik dengan Zahar semula tetapi Zahar nekad untuk melupakan
kenangan antara mereka berdua. Impian Zahar untuk menjadi
tukang perabot yang terkenal telah tercapai dengan terbinanya
Bengkel Perabot Meniti Impian.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Tema
Semangat dan kesungguhan pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Persoalan PT3
1 Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
2 Persoalan kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Novel
3 Persoalan hubungan yang baik antara pelbagai kaum.
4 Persoalan percintaan dalam kalangan remaja.
5 Persoalan kemiskinan penduduk di pedalaman.
6 Persoalan ketabahan dalam menghadapi kesusahan.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama – Zahar
Anak sulung Mak Kiah, iaitu abang kepada Halim dan Zakri merangkap ketua keluarga selepas kematian ayah
mereka.
Perwatakan 4 Bersopan santun
1 Rajin berusaha 5 Taat perintah agama
2 Bercita-cita tinggi 6 Tidak mudah putus asa
3 Bertanggungjawab terhadap keluarga
Watak Sampingan 1 – Mak Kiah Watak Sampingan 2 – Pak Yusuf
Ibu Zahar, iaitu balu kepada tiga orang anak. Bapa saudara Zahar, iaitu adik Mak Kiah.
Perwatakan Perwatakan
1 Kerap tidak sihat 1 Amat bertimbang rasa
2 Amat menyayangi anak-anaknya 2 Prihatin akan nasib Zahar
3 Mementingkan pelajaran anak-anak 3 Selalu membantu Zahar sekeluarga
4 Gigih bekerja untuk menyara keluarga 4 Sentiasa mendorong Zahar untuk berjaya
139
Latar Latar Masa Latar Masyarakat
Latar Tempat 1 Awal pagi 1 Masyarakat yang ego
2 Tengah hari 2 Masyarakat peniaga
1 City Point 3 Enam bulan 3 Masyarakat kampung yang miskin
2 Rumah Zahar 4 Tiga minggu 4 Masyarakat pelbagai kaum yang harmoni
3 Bengkel Pak Yusuf
4 IKM Sungai Petani
NovelPlot
PENERBIT ILMU Binaan Plot Teknik Plot
BAKTI SDN. BHD.
Permulaan Pemerian
Zahar melupakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya Pengarang memerihalkan Zahar
di tingkatan enam kerana masalah kewangan. Bapanya meninggal mundar-mandir di sekitar tingkat
dunia manakala ibunya pula sudah tua dan sering sakit. Dia perlu bawah City Point sambil mencari
memberi laluan kepada dua orang adiknya masih bersekolah. Suhaili.
Perkembangan Imbas Muka
Zahar menolong bapa saudaranya, iaitu Pak Yusuf di bengkel Zahar reda bakal digelar pekerja
pertukangan perabot bagi meringankan beban ibunya. Zahar berkolar biru manakala Suhaili bakal
menyimpan azam untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang menjadi seorang eksekutif muda yang
pertukangan perabot pada suatu masa nanti. bergaya.
Perumitan Imbas Kembali
Zahar mendapat tawaran ke IKM tetapi Suhaili memperlekeh Zahar terkenang peristiwa dia demam
hasratnya untuk belajar di situ. Kata-kata Suhaili membuatkan Zahar
berasa sedih dan kecewa. ketika menghadapi peperiksaan SPM.
Klimaks Monolog Dalaman
Zahar yang mendapat tawaran untuk membuat praktikal di kilang Hati kecil Pak Yusuf berbisik bahawa
Usaha Bersatu Sdn. Bhd. bertemu dengan Suhaili di sana. Suhaili sudah pukul 10.30 pagi sambil
PT3 ingin kembali kepada Zahar tetapi Zahar menolak dengan baik. menatap jam tangannya.
Peleraian Kejutan
Zahar berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi pengusaha Zahar terkejut apabila mendapati
perabot yang terkenal. Pinjaman daripada MARA dan sumbangan Suhaili bertugas sebagai Penolong
daripada Pak Yusuf dijadikan modal untuk membuka bengkel Ketua Unit Pemasaran di tempat dia
pertukangan perabot di atas tanah ibunya. Bengkel perabotnya menjalani praktikal.
terkenal di seluruh tanah air selepas tersiar rencananya di akhbar.
Gaya Bahasa Nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya.
sekali gus menghalau debaran yang memukul dada
Simile Entah-entah dah tak balik IKM lagi tak?
Personifikasi macam isi dengan kuku; berat mulut; berat tulang
Sinkope insya-Allah; wuduk; kitab; Alhamdulillah
Peribahasa final exam; repair; locker; no problem; girlfriend
Bahasa Arab mengunyah kata-kata Cikgu Baharum selumat-lumatnya
Bahasa Inggeris Hatinya sungguh tergores kerana aku. Kerana egoku sendiri!
Hiperbola
Perulangan kata
140
Praktis Berformat PT3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
(i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi
(ii) Meniti Impian, karya Mohd. Osman Ayob
(iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon
(iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani
Novel
Praktis 1
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [10 markah]
Novel Jalan ke Puncak
1 Nilai kasih sayang
Nenek Laiman sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memastikan Laiman mendapat peluang untuk
melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
2 Nilai tanggungjawab
Sukri memantau selia pekerjaan Laiman dengan penuh tanggungjawab semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat
minyak.
3 Nilai baik hati
Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkan projek yang akan
dijalankan.
PT3 Novel Meniti Impian
1 Nilai kasih sayang
Zahar sentiasa membantu ibunya menetak mengkuang pada musim cuti semester.
2 Nilai kegigihan
Zahar mendengar penerangan dan pesanan daripada Cikgu Baharum dengan teliti sehingga dia berjaya dalam peperiksaan
peringkat pertengahan.
3 Nilai bantu-membantu
Zahar sentiasa membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel perabot untuk menyiapkan tempahan perabot daripada
orang ramai.
Novel Jejak MONPUS
1 Nilai kasih sayang
Qistina amat menyayangi Zahar dan mencadangkan anaknya itu memusnahkan makmalnya kerana bimbang akan
keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya membiak ulat bulu berintik hitam.
148
2 Nilai keberanian
Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh
penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam.
3 Nilai simpati
Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit
gatal apabila diserang ulat bulu berintik hitam.
Novel Darah Titik di Semantan
1 Nilai keberanian
Datuk Bahaman dengan beraninya menentang dan menewaskan Desborough dan 50 orang mata-mata Inggeris yang
dibawanya.
2 Nilai cinta akan tanah air
Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris demi menyelamatkan tanah air dan menganggap golongan penjajah tidak
boleh diberi muka di bumi Semantan.
3 Nilai kerjasama
Semangat bekerjasama itu terbukti apabila Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu
di Teluk Sengarat. Apabila kubu itu siap dibina, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit bertugas untuk mengawal
tempat tersebut.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Praktis 2 PT3
Huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. [10 markah] Novel
Novel Jalan ke Puncak
Watak utama: Laiman
Perwatakan:
1 Seorang yang tabah
Laiman tabah menghadapi segala dugaan untuk mencapai cita-citanya terutamanya dalam bidang perusahaan. Kejayaan
Laiman semakin cemerlang apabila Jabatan Pertanian berjanji untuk membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan
air tawarnya.
2 Seorang yang baik hati
Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkan projek yang akan
dijalankan.
3 Seorang yang berani mengambil risiko
Laiman berani menolak tawaran bekerja di sektor kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk menceburi bidang
perusahaan dengan mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau.
149
Novel Novel Meniti Impian
Watak utama: Zahar
PENERBIT ILMUPerwatakan:
BAKTI SDN. BHD.1 Seorang yang taat kepada ibu bapa
Zahar sentiasa membantu ibunya menetak mengkuang pada musim cuti semester. Dia juga selalu membantu adik-adiknya
dalam pelajaran.
2 Seorang yang gigih menuntut ilmu
Zahar mendengar penerangan dan pesanan daripada Cikgu Baharum dengan teliti sehingga dia berjaya dalam peperiksaan
peringkat pertengahan.
3 Seorang yang berbudi bahasa
Zahar beramah mesra dengan para pekerja kilang dan sikap Zahar yang suka merendah diri disenangi oleh pekerja kilang.
Novel Jejak MONPUS
Watak utama: Zahar
Perwatakan:
1 Seorang yang berani
Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh
penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam.
2 Seorang yang bersimpati
Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit
gatal apabila diserang ulat bulu berintik hitam.
PT3 3 Seorang penyabar
Zahar sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu berintik hitam.
Novel Darah Titik di Semantan
Watak utama: Datuk Bahaman
Perwatakan:
1 Seorang yang berani
Datuk Bahaman dengan beraninya menentang dan menewaskan Desborough dan 50 orang mata-mata Inggeris yang
dibawanya.
2 Seorang yang bersemangat patriotik
Datuk Bahaman menentang penjajah Inggeris demi menyelamatkan tanah air dan menganggap golongan penjajah tidak
boleh diberi muka di bumi Semantan.
3 Seorang yang berpegang pada janji
Datuk Bahaman berpegang pada janji bahawa beliau tidak akan menembak askar sultan walaupun terpaksa menderita dan
anaknya mati sewaktu bertempur dengan askar sultan dan Inggeris.
150
Pemindahan Maklumat
Kertas 1 (Bahagian C)
Format Respons Terhad
1 Terdiri daripada tiga jenis bahan, iaitu Ulasan, Ringkasan dan Rumusan.
2 Jumlah markah untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Dua daripada tiga jenis bahan tersebut akan keluar dalam peperiksaan.
4 Calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja.
5 Setiap jenis bahan mempunyai kaedah khusus untuk menjawab.
Ulasan
Panduan Menulis Ulasan
1 Panjang ulasan mestilah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
2 Ulasan boleh ditulis dalam satu perenggan sahaja.
3 Ulasan boleh ditulis berserta pendahuluan/penutup atau tanpa pendahuluan/penutup.
4 Isi tersurat dan isi tersirat wajib dimasukkan dalam jawapan ulasan.
5 Ungkapan menarik seperti peribahasa digalakkan untuk mendapatkan markah bonus.
Kriteria Permakahan
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.PeringkatMarkah Kriteria
Cemerlang 13 – 15
Idea
Baik 09 – 12
• Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Memuaskan 05 – 08
Penguasaan 01 – 04 • Ulasan idea yang jelas dan matang
Minimum Bahasa
• Ayat gramatis • Penanda wacana yang betul
• Kosa kata luas dan tepat • Kesalahan bahasa yang minimum PT3
• Ejaan dan tanda baca betul Pemindahan Maklumat
Idea
• Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang jelas
Bahasa
• Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana yang masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
Idea
• Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan
• Ulasan idea yang kurang jelas
Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara
Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
tidak cekap. Tidak menjawab tugasan.
153
Praktis Berformat PT3
Praktis 1 Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan
Kemahiran Menulis
S.P 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.
Pemindahan Maklumat
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Penularan Wabak Virus COVID-19
Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan pandemik COVID-19 yang telah meragut beribu-ribu nyawa dan
menular di seluruh dunia. Kemunculan virus COVID-19 ini telah menjejaskan tahap kesihatan penduduk dunia. Simptom-
simptom yang menunjukkan seseorang itu dijangkiti virus ini adalah seperti kesukaran bernafas, batuk dan demam yang
berterusan melebihi 14 hingga 21 hari. Kesan buruk virus ini boleh menyebabkan maut kepada siapa-siapa yang dijangkiti.
Seterusnya, penularan virus COVID-19 turut menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Kemunculan virus COVID-19 telah
PT3 menyedarkan kita tentang pentingnya penjagaan kebersihan. Oleh itu, kita perlulah menekankan aspek kebersihan untuk
membanteras virus COVID-19 daripada terus membinasakan dunia.
(93 patah perkataan)
154
Ringkasan
Panduan Menulis Ringkasan
1 Markah diberikan sebanyak 15 markah bagi petikan berfokus.
2 Panjang ringkasan mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan. (Sekiranya jumlah perkataan melebihi
100 patah perkataan, palang (/) dan garis melintang (—) selepas perkataan ke-100 akan ditanda dan akan
dibaca hingga ayat itu berakhir.)
3 Tandai lima isi penting.
4 Tidak perlu perenggan pendahuluan.
5 Ambil kata tugas daripada petikan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat.
6 Jika murid menulis sebanyak 50 patah perkataan, ringkasan tersebut diterima.
7 Ayat haruslah gramatis.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Bilangan IsiMarkah
5 10
48
36
24
12
Kriteria Pemarkahan Bahasa (5 Markah)
Peringkat Markah Kriteria PT3
Cemerlang 4–5
2–3 • Bahasa baik dan lancar Pemindahan Maklumat
Baik • Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
1 • Wacana sesuai
Memuaskan • Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat
• Bahasa masih baik
• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul
• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan dalam penggunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih
159
Praktis Berformat PT3
Praktis 1 Tema 2: Menimba Ilmu
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai..
Pemindahan Maklumat
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan ibu
bapa dalam melahirkan generasi berilmu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Generasi kini ialah pemimpin masa hadapan. Ibu bapa berperanan penting untuk melahirkan generasi
muda yang mencintai ilmu. Dalam hal ini, anak-anak perlu dididik tentang kepentingan ilmu pengetahuan
sejak kecil. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa yang
bertanggungjawab mencanai dan menggilap mereka, sama ada seindah pelangi atau semalap awan
hitam masa hadapan mereka. Hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam
melahirkan generasi yang berilmu. Realitinya, ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk
melahirkan generasi berilmu. Ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Hal ini dikatakan
begitu kerana anak-anak menghabiskan masa yang banyak di rumah. Sehubungan itu, rumah menjadi
sumber utama bagi anak menimba ilmu pengetahuan. Ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu
kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak generasi baharu dapat
menerima pengajaran ibu bapa dengan hati yang terbuka.
Sementelahan itu, ibu bapa yang memikul obligasi untuk melahirkan generasi muda yang berilmu harus
menggalakkan anak ke majlis ilmu. Anak-anak dapat membuka mata untuk mempelajari ilmu pengetahuan
yang baharu memandangkan ilmu boleh didapati melalui pelbagai cara. Sesungguhnya, dengan
wujudnya sudut bacaan, anak-anak lebih terdedah dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah.
Anak-anak juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku untuk menimba ilmu pengetahuan.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan pelbagai bahan bacaan di rumah untuk keperluan bacaan anak-
anak. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, seseorang itu bagaikan orang buta yang kehilangan tongkat. Ibu
bapa sepatutnya menjadi entiti misali bagi anak-anak mereka kerana anak ibarat kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkannya. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang
berkualiti. Elakkan membeli buku picisan untuk anak-anak. Hal ini dapat meningkatkan kegemaran anak
untuk membaca. Ibu bapa haruslah memastikan yang anak mendapat buku yang berkualiti di samping
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Ibu bapa sewajarnya menggalakkan anak menyertai pertandingan
seperti pertandingan menulis esei, pidato, berbahas, bercerita ataupun forum. Tidak dapat dinafikan bahawa
hal ini dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, mereka juga akan mendapat pelbagai pengalaman
PT3 yang berguna, bak kata peribahasa, “kepimpinan melalui teladan”. Jelaslah bahawa penyertaan dalam
pertandingan juga dapat melahirkan bakal pemimpin yang berbakat. Ingatlah “pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara”. Jadi, bagi merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan generasi berilmu semua
pihak perlulah memainkan peranan sejajar dengan pelan pembangunan negara yang dibentuk.
Antara peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi berilmu adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak. Selain itu,
ibu bapa semestinya menerangkan kepentingan ilmu kepada anak-anak secara berhemah dan lemah lembut serta menggalakkan
anak menghadiri majlis ilmu. Seterusnya, ibu bapa haruslah mewujudkan sudut bacaan dan menyediakan pelbagai bahan bacaan
di rumah. Akhir sekali, ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak buku dan bahan bacaan yang berkualiti.
(57 patah perkataan)
160
Rumusan
Panduan Menulis Rumusan
1 Tiada ayat tugasan atau kata kunci.
2 Petikan berfokus.
3 Rumusan mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan. Jika melebihi 100 patah perkataan, tanda palang dan
garis melintang diletakkan selepas perkataan ke-100 dan akan dibaca hingga ayat itu berakhir.
4 Tulis satu idea utama.
5 Tulis enam idea sokongan.
6 Tulis satu penutup (Mesti ada ayat cadangan dan ayat harapan. Jangan ambil daripada petikan).
7 Tiada kata tugas daripada soalan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
8 Ayat haruslah gramatis.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Pemarkahan Isi (10 Markah)
Bilangan Isi Markah
1 Idea Utama 2
6 Idea Sokongan 6
1 Penutup 2
Jumlah 10
Bahasa 5
Keseluruhan 15
Kriteria Pemarkahan Bahasa (5 Markah)
Peringkat Markah Kriteria PT3
Cemerlang 4–5
2–3 • Bahasa baik dan lancar Pemindahan Maklumat
Baik • Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
1 • Wacana sesuai
Memuaskan • Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat
• Bahasa masih baik
• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul
• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan dalam penggunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih
165
Praktis Berformat PT3
Praktis 1 Tema 7: Indah Seni Gah Budaya
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.
Pemindahan Maklumat
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
“Biar mati anak, jangan mati adat” merupakan peribahasa Melayu yang menunjukkan betapa adat resam
dan amalan tradisi sangat dititikberatkan dalam masyarakat. Adat resam merupakan sebahagian daripada
budaya bangsa atau etnik yang melambangkan identiti komuniti tersebut. Setiap individu seharusnya peka
dengan kewujudan budaya yang pelbagai di Malaysia dan tidak menggunakan alasan perbezaan budaya
sebagai punca yang menghalang pergaulan antara kaum. Hal ini disebabkan bahasa Melayu yang menjadi
bahasa rasmi negara ini dituturkan oleh setiap rakyat yang membolehkan komunikasi antara mereka berlaku
dengan baiknya. Di samping itu, proses akulturasi yang merujuk kepada penyerapan unsur kebudayaan
daripada satu budaya kepada budaya yang lain dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.
Perkongsian amalan tradisi dan adat resam terutamanya bagi kaum yang serumpun, dapat
mengurangkan jurang perbezaan kaum jika hal ini dihayati. Sebagai contoh, pengantin Melayu dan India
mempraktikkan amalan memakai inai di jari dalam majlis perkahwinannya dan mengunyah sirih pada waktu
senggang. Kaum Baba Nyonya dan masyarakat Melayu juga mempunyai persamaan budaya yang banyak
hasil daripada proses asimilasi dan akulturasi yang seharusnya dihargai serta dijadikan medium yang dapat
merapatkan perhubungan antara dua kaum ini.
Dengan memahami sejarah adat resam dan amalan tradisi yang diamalkan, kita dapat mengetahui asal
usul masyarakat yang mempraktikkannya yang sebenarnya mungkin berasal daripada budaya kaum lain.
Misalnya, perkahwinan masyarakat Melayu yang melibatkan hiasan pelamin dan adat bersanding diadaptasi
daripada amalan kaum India. Sejarah sesuatu budaya yang dihayati dapat mendekatkan jurang perbezaan
antara kaum apabila budaya tersebut merupakan perkongsian antara dua atau lebih kaum yang berbeza.
Perbezaan budaya dan amalan tidak seharusnya menjadi punca perpisahan kaum tetapi perlu berfungsi
sebagai wadah penyatuan rakyat apabila perbezaan itu dianggap keunikan yang perlu didekati dan dikenali
seperti kata pepatah, “tak kenal, maka tak cinta”. Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu membuang
rasa prejudis atau persepsi negatif terhadap kaum lain. Syak wasangka yang berlandaskan perkauman
boleh mewujudkan diskriminasi kaum yang seterusnya mengundang perbalahan dalam masyarakat dan
menghalang integrasi antara kaum. Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengelakkan sikap etnosentrik, iaitu
PT3 kecendurangan untuk menganggap masyarakat dan budaya sendiri lebih unggul daripada budaya bangsa
lain.
Sehubungan dengan itu, rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya menyuarakan pendapat yang
provokatif dan menyentuh sensitiviti bangsa tertentu sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum. Hal
ini penting agar rakyat menghargai kepelbagaian warisan tradisi kaum-kaum di Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Menghargai dan Menghormati Kepelbagaian Budaya”
oleh Nuraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2016)
166
Petikan membincangkan usaha-usaha menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia.
Antara usaha menghargai kepelbagaian budaya ialah setiap individu seharusnya peka dengan kewujudan budaya yang
pelbagai di Malaysia. Selain itu, proses akulturasi yang merujuk kepada penyerapan unsur kebudayaan daripada satu budaya
kepada budaya yang lain dapat menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat. Seterusnya, perkongsian amalan tradisi dan
adat resam serta menghayati sejarah sesuatu budaya dapat mendekatkan jurang perbezaan antara kaum. Bukan itu sahaja, setiap
individu perlu membuang rasa prejudis atau persepsi negatif terhadap kaum lain dan mengelakkan sikap etnosentrik.
Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlulah berusaha untuk menghargai kepelbagaian budaya kaum di Malaysia agar
kehidupan masyarakat Malaysia kekal harmoni.
(100 patah perkataan)
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Praktis 2Tema 8: Utamakan Keselamatan
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Cara penggunaannya cukup mudah; pengguna hanya perlu PT3
menatap skrin komputer, melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau nombor
pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan dan dalam beberapa minit urusan tersebut dapat Pemindahan Maklumat
diselesaikan. Aplikasi perbankan elektronik mula dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan
daripada Bank Negara Malaysia pada 1 Jun 2000. Maybank merupakan institusi kewangan pertama yang
menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian (online) dengan menggunakan portal perbankannya,
iaitu www.maybank2u.com.my. Faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara paling dominan
yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik. Aspek
keselamatan dalam penggunaan aplikasi ini sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan
memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar mengelakkan
penggunaan tarikh lahir, telefon bimbit ataupun maklumat yang sudah biasa digunakan sebagai kata laluan.
Pengguna juga perlu kerap menukarkan kata laluan agar penceroboh di Internet gagal mencuri kata laluan.
Setelah segala urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan agar memadamkan semua data berkenaan
aktiviti Internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik. Sekiranya data ini
tidak dipadamkan, data akan berada dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam Internet.
Pengguna sering diingatkan agar tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukarkan nombor
pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam
sekelip mata setelah terpedaya dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka
mengemas kini maklumat pelanggan. Hyperlink pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman
sesawang, berkemungkinan besar telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam Internet
justeru pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik
dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata
laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau
kesilapan, pengguna perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan. Sekiranya perlu mencatat
kata laluan atau nombor pin kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat.
Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengaku
ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya
167
Karangan Pendek
Kertas 2 (Bahagian A -– Karangan Respons Terhad)
Panduan Menulis Karangan Pendek
Kriteria Pemarkahan
Karangan Pendek
Peringkat Markah Kriteria
PENERBIT ILMUCemerlang08 – 10
BAKTI SDN. BHD.Idea
Baik 05 – 07 • Menggunakan keseluruhan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas dan matang
Kurang 03 – 04 Bahasa
Memuaskan 01 – 02 • Ayat gramatis
Penguasaan • Kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
Minimum • Penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum
Idea
• Menggunakan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas
Bahasa
• Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana yang masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
Idea
• Idea masih menggunakan bahan yang diberi
• Idea yang kurang jelas
Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara
Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
lemah.
PT3
172
Praktis Berformat PT3
Praktis 1 Tema 2: Beringat supaya Selamat
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Kempen Minggu Kebersihan Sekolah
sekolah – mengadakan kempen – aktiviti tahunan sekolah – sentiasa cantik – menarik – indah – melibatkan
semua warga – membersihkan kawasan persekitaran – aktiviti gotong-royong – berjalan lancar – mencapai
objektif – wujudkan suasana sekolah yang ceria
Sekolah saya telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah.Tujuan
kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Kempen ini melibatkan
semua warga sekolah. Kempen ini dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Semua warga
sekolah berganding bahu menjalankan tugas masing-masing seperti mengutip sampah, mencabut rumput, menyapu lantai dan
sebagainya. Kempen yang diadakan ini berjalan lancar dan telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan suasana sekolah yang
ceria.
(73 patah perkataan)
Praktis 2 Tema 7: Indah Seni Gah Budaya
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.
Aku Sebuah Rumah Karangan Pendek
rumah teres – dibina daripada kayu, batu-batan, simen – badan berwarna putih – rambut berwarna coklat
tua – dihuni – sepasang suami isteri – anak perempuan – menjaga aku dengan baik – sentiasa dibersihkan
– dimopkan – mengecat badan aku – terus berbakti – menjadi tempat perlindungan mereka
PT3
Aku sebuah rumah teres yang dibina daripada kayu, batu-batan dan simen. Badanku berwarna putih dan rambutku berwarna
coklat tua. Aku dihuni oleh sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan. Mereka menjaga aku dengan baik. Aku sentiasa
dibersihkan dan dimopkan sekiranya aku berhabuk. Tuan aku pasti akan mengecat badan aku sekiranya aku sudah hilang
serinya. Aku berasa seronok kerana dapat hidup bersama mereka. Aku berharap dapat terus berbakti kepada tuan aku dan
keluarganya dengan menjadikannya sebagai tempat perlindungan mereka daripada hujan dan panas.
(80 patah perkataan)
173
Karangan Umum
Kertas 2 (Bahagian B – Karangan Respons Terbuka)
Panduan Menulis Karangan Umum
Kriteria Pemarkahan
Karangan Umum
Peringkat Markah Kriteria
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.Cemerlang26 – 30Idea
• Idea relevan dengan tugasan
• Huraian idea jelas, menarik dan matang
• Contoh yang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat
• Ejaan dan tanda baca betul
• Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
• Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai
• Format menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana tepat
• Penggunaan ungkapan menarik, tepat dan berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik
Kepujian 20 – 25 Idea
• Idea relevan dengan tugasan
• Huraian idea jelas dan menarik
• Contoh yang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
• Penggunaan kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca yang betul
• Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
• Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai
• Format menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana sesuai
• Penggunaan ungkapan sesuai dan berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik
Baik 15 – 19 Idea
• Idea masih relevan dengan tugasan
• Huraian idea masih jelas dan masih menarik
• Contoh yang masih sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis
• Penggunaan kosa kata masih luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
• Pengolahan masih menarik dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai
• Format masih menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana masih sesuai
Kurang 10 – 14 Idea
Memuaskan • Idea kurang relevan dengan tugasan
• Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
• Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa
• Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis
• Penggunaan kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa ketara
Pengolahan
• Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan dengan pemerengganan yang kurang sesuai
• Format kurang menepati kehendak tugasan
• Penggunaan penanda wacana kurang sesuai
PT3 Penguasaan 01 – 09 • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
Minimum • Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan/terpesong
176
Praktis Berformat PT3
Karangan Jenis Perbincangan/Pendapat Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan
Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat untuk menggalakkan orang ramai
mengamalkan gaya hidup sihat. Namun begitu, kesedaran masyarakat terhadap amalan penjagaan kesihatan
masih rendah pada masa ini.
Huraikan kepentingan amalan penjagaan kesihatan kepada sesebuah masyarakat.
Pendahuluan Rangka Karangan
Isi (1) • Amalan penjagaan kesihatan ialah satu kewajipan kepada setiap individu.
Isi (2) • Kesihatan ialah keadaan atau perihal sihat dan kesegaran tubuh badan.
Isi (3) • Kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap amalan ini masih rendah.
Penutup Amalan ini dapat menghindarkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya.
Amalan ini dapat menjamin kesihatan mental dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.
Amalan ini dapat mendisiplinkan diri kita.
• Usaha daripada pelbagai pihak harus diteruskan untuk mempuk kesedaran orang ramai.
• Gaya hidup sihat merupakan kunci utama untuk mencegah diri kita daripada menghidap
penyakit yang berbahaya.
• Pendidikan di peringkat keluarga juga penting.
Amalan penjagaan kesihatan ialah satu kewajipan kepada setiap individu bagi tujuan menjamin kesejahteraan hidup pada setiap PT3
hari. Takrifan secara umum kepada istilah kesihatan ialah keadaan atau perihal sihat dan kesegaran tubuh badan. Namun begitu,
kesedaran masyarakat terhadap amalan penjagaan kesihatan masih rendah pada masa ini. Oleh itu, usaha secara berterusan Karangan Umum
daripada pelbagai pihak harus dilakukan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat kita kerana terdapat pelbagai
kepentingan penjagaan kesihatan kepada sesebuah masyarakat.
Antara kepentingan amalan ini ialah menghindarkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya. Pengambilan makanan
yang seimbang dan berkhasiat adalah wajib untuk memastikan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Bukan itu
sahaja, bersenam juga dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda kita. Contohnya, amalan ini memberi
implikasi yang positif kepada warga emas kerana warga emas merupakan golongan yang berisiko tinggi dalam menghidap penyakit
yang berbahaya seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Aktiviti senaman pada setiap hari dapat mengawal
tekanan darah serta menjaga kesihatan jantung mereka. Oleh itu, amalan penjagaan kesihatan penting untuk menjaga kesihatan
kita terutamanya golongan warga emas.
Selain itu, amalan penjagaan kesihatan dapat menjamin kesihatan mental dan mengurangkan tekanan kita dalam kehidupan.
Kesihatan mental ialah salah satu aspek yang penting kepada warga yang bekerja dan belajar pada masa ini. Lambakan kerja dan
tugasan yang diberikan sering kali menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan negatif. Rehat dan tidur yang mencukupi
dapat mengurangkan tekanan mereka kerana amalan ini akan memberi ketenangan kepada minda, jiwa dan tubuh badan kita.
Kesihatan mental juga boleh melahirkan pemikiran yang positif dalam diri kita agar kita sentiasa berdaya saing dan bersemangat
177
dalam melaksanakan sesuatu kerja. Oleh itu, amalan ini mampu membentuk gaya hidup yang sihat dan sejahtera dalam kalangan Karangan Umum
masyarakat.
Di samping itu, amalan penjagaan kesihatan dapat mendisiplinkan diri kita. Kita perlu mengikuti amalan pengambilan PENERBIT ILMU
makanan yang seimbang seperti yang disarankan oleh pegawai kesihatan dan mengurangkan makanan dan minuman yang tidak BAKTI SDN. BHD.
berkhasiat. Amalan ini memerlukan disiplin dan komitmen yang jitu dalam diri individu agar tidak menjadi hangat-hangat tahi
ayam. Contohnya, kita perlu mengikuti secara tegas dan disiplin dengan menjalankan aktiviti senaman secara mingguan dan
mengambil makanan yang berkhasiat pada setiap hari untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Secara tidak langsung,
amalan penjagaan kesihatan yang dilakukan dalam kehidupan seharian akan memupuk nilai disiplin dalam diri kita.
Kesimpulannya, setiap warga Malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk meningkatkan kesedaran terhadap
kepentingan amalan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian. Gaya hidup sihat ialah kunci utama untuk menghindarkan
diri kita daripada menjangkiti penyakit kronik kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Pendidikan di peringkat
keluarga juga penting agar anak-anak memahami kepentingan amalan tersebut dari kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Usaha yang kolektif daripada pelbagai pihak harus dilakukan secara berterusan agar kita dapat membentuk sebuah
masyarakat yang sihat dan harmoni.
PT3
178
Karangan Jenis Fakta Tema 5: Bahasa dan Sastera
Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
Penggunaan bahasa rojak di media sosial telah menghakis martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Tulis sebuah karangan tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kedudukan bahasa
Melayu di negara kita.
PENERBIT ILMUPendahuluan Rangka Karangan
BAKTI SDN. BHD.
Isi (1) • Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan
Isi (2) di Malaysia ialah bahasa Melayu.
Isi (3)
Penutup • Penggunaan bahasa rojak di media sosial semakin berleluasa.
• Bahasa rojak ialah suatu jenis percakapan yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam
satu pertuturan.
Kita perlu menjadikan bahasa Melayu sebagai pilihan utama semasa berkomunikasi.
Pihak sekolah perlu menganjurkan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan
bahasa Melayu di peringkat sekolah.
Pihak pengurusan stesen radio juga perlu memastikan penggunaan bahasa Melayu yang
tepat dan standard dalam setiap slot rancangan radio.
• Semangat cinta akan bahasa perlu disemarakkan dalam kalangan masyarakat.
• Isu penggunaan bahasa rojak di media sosial tidak boleh dipandang ringan.
Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Hal ini PT3
menunjukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa utama yang harus dipelajari dan dikuasai oleh setiap warganegara di Malaysia.
Bahasa kebangsaan juga ibarat seutas tali yang memperpadukan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, isu penggunaan bahasa rojak Karangan Umum
di media sosial belakangan ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Isu ini secara langsung telah menggugat kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa rojak merupakan suatu jenis percakapan yang mencampurkan pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan. Oleh itu, agenda memartabatkan kedudukan bahasa Melayu di negara kita perlu diperhebat lagi oleh
pelbagai pihak.
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu di negara kita ialah menjadikan
bahasa Melayu sebagai pilihan utama semasa berkomunikasi. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan bahasa Melayu dalam
urusan rasmi dan urusan tidak rasmi dalam kehidupan seharian. Contohnya, penggunaan bahasa Melayu perlu diwajibkan dalam
urusan surat-menyurat di sektor awam agar kedudukan bahasa Melayu dapat diperkasakan. Kita juga perlu biasakan diri untuk
menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan bersama rakan-rakan. Jelaslah bahawa kita harus menjadikan bahasa Melayu
sebagai pilihan utama dalam urusan seharian supaya bahasa tersebut tidak ditelan zaman.
Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan bahasa Melayu di peringkat
sekolah. Inisiatif penganjuran pertandingan bahasa adalah untuk memupuk minat murid dalam mempelajari bahasa tertentu agar
mereka dapat menguasai bahasa tertentu dengan lebih mudah dan cekap. Contohnya, penganjuran pertandingan syarahan bahasa
Melayu, mendeklamasi puisi dan bercerita merupakan antara aktiviti yang boleh melatih kemahiran berbahasa dalam kalangan
murid. Pada masa yang sama, kita juga dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang bahasa. Oleh itu, peranan pihak
sekolah dalam usaha memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah penting.
179