49 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Langkah-langkah Meningkatkan Hasil Pertanian Negara Memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada para petani Memberikan bantuan pinjaman Mengutamakan keluaran tempatan Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 49 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
50 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Berkebun merupakan amalan yang mendatangkan banyak manfaat. Bincangkan. Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 50 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
51 Halaman Buku Teks: 158 - 169 Bahagian B Bahagian B Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif. 1 Bangunan itu dicat oleh tiga orang pekerja. 2 Majlis itu dirasmikan oleh pegawai daerah. 3 Cadangan itu kami sokong tanpa bantahan. 4 Lalang di kawasan itu telah ditebas oleh Ziyad semalam. 5 Pengalaman sesat di hutan itu tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. 1 Masalah bau busuk yang berpunca dari kilang tersebut telah menyebabkan penduduk di situ berasa kurang selesa. A berpunca daripada kilang B berpunca kepada kilang C berpunca pada kilang D berpunca dari kilang 2 Tujuan lawatan ke kilang coklat tersebut adalah untuk memberikan pengalaman kepada ahli Kelab Keusahawanan. A diberi pengalaman kepada B berikan pengalaman kepada C memberi pengalaman kepada D memberikan pengalaman kepada 3 Ali mengikuti lawatan ke kilang memproses makanan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. A pihak sekolah anjur B pihak sekolah anjurkan C pihak sekolah menganjurkan D dianjurkan oleh pihak sekolah 4 Selain bermanfaat menyihatkan badan, madu juga mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan rambut. A dikandung khasiat yang tinggi B terkandung yang tinggi khasiat C terkandung yang khasiat tinggi D mengandungi khasiat yang tinggi Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A 13 TEMA Perindustrian Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 51 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
52 Novel (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Latar tempat merupakan tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar tempat yang telah ditetapkan. NOVEL LATAR TEMPAT JUSTERU IMPIAN DI JARING TAWANAN KOMANDER CAUCASUS HEMPASAN OMBAK CHOT • Di tasik • Di Dewan Badminton Tanjung Puteri • Di Hospital Universiti • Di medan perhimpunan • Di sungai • Di bilik darjah lima • Di pejabat Haji Badrul • Di gerai Zuraida • Di bangsal batik moden • Di makmal Sekolah Menengah Seri Kencana • Di dusun datuk Farhani • Di mahligai Maharaja Caucasus Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 52 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
53 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Bahagian C Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang industri halal di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Industri halal merupakan industri yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi yang tinggi untuk diterokai. Pasaran yang luas ini membuka peluang kepada pemain industri untuk menerokai bidang perkhidmatan dan produk halal sebagai satu lagi pilihan untuk menjanakan pendapatan. Malaysia mempunyai kelebihan dan mampu menjadi peneraju sektor ini kerana mempunyai pengalaman, infrastruktur serta institusi yang dapat membantu dalam membangun serta menggalakkan industri ini. Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil dan logo untuk memastikan kehalalannya tetapi penghasilan produk-produk tersebut yang harus mementingkan aspek kualiti, kebersihan dan kesejahteraan daripada penggunaan produk tersebut. Industri halal tidak hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja, malah merangkumi sektor yang lebih besar, iaitu merangkumi farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain dalam ekosistem industri halal. Perkembangan dalam industri halal turut menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita. Negara Malaysia juga mempunyai lapan taman industri halal. Taman industri halal ini membekalkan banyak kemudahan. Keadaan ini menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke negara kita. Setakat ini, taman industri halal telah menerima pelaburan berjumlah RM4.8 bilion. Perkembangan industri halal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan seperti peniaga makanan dan minuman halal, pengurus bank, penjual barangan kosmetik dan sebagainya. Keadaan ini telah membolehkan rakyat tempatan mempunyai sumber pendapatan untuk menyara kos hidup mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada “Industri Halal Pemangkin Ekonomi Negara” oleh Amy Ling Siew Fang, bmngaifen.blogspot.com) Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 53 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
54 Halaman Buku Teks: 173 - 183 Bahagian B Bahagian B Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah. 1 “Tolong, tolong, ada pencuri meragut beg saya,” jerit Amy. 2 “Begini caranya membuat kuih baulu,” kata nenek kepada Azlina. 3 “Mengapakah kamu lewat datang ke sekolah?” tanya Cikgu Asri kepada Manaf. 4 “Kalian mesti segera menyelesaikan kerja rumah yang saya berikan semalam,” kata Cikgu Zainab kepada murid-muridnya. Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A 14 TEMA Ekonomi Mapan, Negara Makmur 1 Para tetamu-tetamu dijemput untuk masuk ke A B dewan kerana majlis akan bermula sebentar C lagi. Tiada kesalahan D 2 Seminar tentang ekonomi dunia itu dihadiri A oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang B C kewangan. Tiada kesalahan D 3 Rombongan yang akan menyertai ekspedisi A B berkayak telah bertolak sejak daripada awal C pagi lagi. Tiada kesalahan D 4 Jus minuman botani usahawan terkenal itu A B banyak dijual di pasaraya. Tiada kesalahan C D Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 54 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
55 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B “Modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada merupakan satu bonus. Walaupun begitu, dalam perniagaan, kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilih perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi,” kata Noraini Ahmad. (Dipetik dan diubah suai daripada “10 Kisah Inspirasi, Tip daripada Usahawan Tempatan”, bharian.com.my, 26 Januari 2021) Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 1 Apakah maksud rangkai kata faktor penghalang? 2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjadi usahawan berjaya. 3 Kebanyakan remaja masih leka dengan dunia remaja tanpa memikirkan masa depan mereka. Pada pendapat anda, mengapakah perkara sedemikian berlaku? KBAT Menilai Hazym Zulkarnine telah dianugerahi Ikon Usahawan Muda oleh Social Enterprise Malaysia. Kejayaan Hazym membuktikan bahawa umur bukan faktor penghalang untuk berjaya. Pelbagai cara boleh dilakukan jika generasi muda mempunyai minat dan keinginan untuk berjaya tidak kira dalam apa-apa jua bidang. “Jangan takut untuk melakukan sesuatu. Jika boleh, mula dari awal agar kita mempunyai lebih banyak masa untuk jatuh dan bangun semula. Seorang usahawan yang tidak pernah jatuh, tidak akan berjaya seperti mereka yang pernah jatuh,” katanya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja 16 Tahun Miliki Dua Syarikat”, https://suksesnews.com) Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 55 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
56 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Bahagian C Ulasan Lihat bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Cara-cara Berbelanja Secara Berhemah Membuat senarai barang sebelum berbelanja Sentiasa melakukan perbandingan harga Tidak mudah terpedaya dengan promosi jualan murah Membeli barangan yang diperlukan sahaja Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 56 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
57 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Anda telah diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk, “Faedah-faedah Amalan Menabung.” Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 57 30/1/2024 9:47:29 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
58 Halaman Buku Teks: 186 - 197 Bahagian B Bahagian B Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Gunung Jerai menjadi salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Kedah. Namun, ada kisah misteri disimpan di sini. Kisah yang terpaling popular bagi sesetengah penduduk tempatan tentang Gunung Jerai ialah kisah orang bunian. Gunung itu dikatakan menjadi penempatan bunian terbesar yang seorang raja perintah. Penduduk di sekitar Gunung Jerai percaya bahawa kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya tiga buah perkampungan bunian. Bunian ini dikatakan akan menjadikan diri mereka menyerupai siapa-siapa sahaja yang disukainya termasuk perempuan cantik. 1 2 3 1 I Ibu memasak dengan kakak menyapu sampah. II Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi persatuan. III Dengan berbekalkan semangat waja, dia meneruskan pendakiannya. IV Haslina hendak bertemu dengan adik kembarnya yang telah terpisah. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Ibu kelihatan begitu sulit untuk bangun kerana sakit lutut yang dialaminya. II Perkara itu sulit untuk dihuraikan kerana melibatkan banyak pihak. III Sulit hidupnya sejak kematian ibu dan bapanya. IV Dia sudah sulit untuk kembali ke tempat itu lagi. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Huda memotong kulit popia secara serong. II Hancur hati ibu apabila melihat perbuatan serong anaknya itu. III Kita tidak boleh terlalu cepat memandang serong terhadap orang lain. IV Ahmad risau melihat pokok kelapa yang serong apabila ditiup angin. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Kakak tidak mahu mengenang peristiwa lalu yang menggores hatinya. II Dia tidak mahu lalu di kawasan yang menyeramkan itu. III Sudah seminggu adik tidak lalu makan kerana demam. IV Ahmad sangat letih lalu dia tidak dapat tidur. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A 15 TEMA Destinasi Misteri Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 58 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
59 1 Berdasarkan petikan, perkataan bertegang urat membawa maksud A berdegil. C bertumbuk. B bergaduh. D berantakan. 2 Mengapakah Harun begitu marah terhadap Hisyam pada malam itu? A Hisyam dan Halimah menubuhkan syarikat B Hisyam menderhaka kepada abangnya Harun C Hisyam mendesak Harun supaya menjual tanah pusaka D Hisyam dan Halimah membeli tanah pusaka ayah mereka 3 Berdasarkan petikan cerpen, perwatakan Hisyam ialah seorang yang A berani. C rasional. B prihatin. D pemurah. 4 Peribahasa yang tepat menggambarkan situasi adik-beradik walaupun pernah berselisih faham ialah A bau-bau bacang. B anjing dengan kucing. C panas tidak sampai ke petang. D air yang dicencang tidak akan putus. 5 Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam petikan di atas, kecuali A keberanian. B kasih sayang. C kebijaksanaan. D hormat-menghormati. Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Malam itu Hisyam menerima panggilan. Dia melihat nombor pemanggilnya. Abangnya Harun. “Helo, bang.” “Sampai hati kamu, Syam …” “Sampai hati apa, bang? Apa yang saya buat pada abang?” “Kamu mainkan aku ya? Kamu tubuhkan syarikat dengan Halimah kemudian beli tanah ayah. Apa, itu bukan main?” “Astaghfirullah …! Abang …! Kenapa abang cakap macam tu? Bukankah dulu saya dah sebut tentang syarikat tu. Abang tak setuju, abang mati-mati nak jual tanah tu. Harga itu abang juga yang tetapkan. Saya dan Kak Halimah ikut saja.” “Hm … Yalah tu. Tapi kenapa kamu tak beritahu abang?” “Saya adik. Saya tak mau nanti bertegang urat dengan abang, nanti saya tinggikan suara dengan abang. Saya tak mahu derhaka pada abang seperti juga saya tak mahu derhaka pada mak dan ayah.” “Pandai kamu cakap.” Hisyam diam. Dia mendengar telefon abangnya ditutup. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melangkah untuk berjumpa kakaknya yang baru sahaja letak jawatan di bank. (Dipetik daripada “Sekeping Tanah”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 59 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
60 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Faedah-faedah Melancong Menambah pengalaman Menghilangkan tekanan Mengeratkan hubungan kekeluargaan Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 60 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
61 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Unit beruniform sekolah anda telah mengadakan aktiviti perkhemahan di sebuah hutan rekreasi. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis laporan tentang aktiviti perkhemahan itu. Tulis laporan anda selengkapnya. Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 61 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62 Halaman Buku Teks: 200 - 211 Bahagian B Bahagian B Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Seseorang yang mempunyai disiplin dapat membina jati diri. Kebanyakan para remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh media massa dan rakan sebaya yang agak kuat. Selain daripada itu, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. Tindakan yang sedemikian akan menyebabkan remaja hilang arah tujuan oleh kerana tiada motivasi diri. Melalui teknik pembelajaran yang betul, remaja dapat mencari teknik untuk memajukan diri mereka. 1 2 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A 16 TEMA Mencapai Impian, Menuai Kejayaan 1 Sekiranya kita tidak dapat melahirkan A generasi akan datang yang berwibawa, maka B pincanglah masa depan negara yang kita C cintai ini. Tiada kesalahan D 2 Aqil tidak dapat menerima hakikat yang A B dia telah tewas dalam pertandingan catur itu. C Tiada kesalahan D 3 Setengah murid tidak mempunyai wawasan A dan matlamat hidup menyebabkan mereka B tidak menggunakan masa mereka dengan baik. C Tiada kesalahan D 4 Ibu sentiasa menasihati Arman agar membuat A ulangkaji pada setiap hari kerana tarikh B C peperiksaan semakin dekat. Tiada kesalahan D Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 62 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
63 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 BAHAN 2 Antara ciri murid cemerlang ialah seseorang itu mampu membahagikan masa dengan baik dan berkesan. Sewajarnya, jadual belajar yang dibuat tidak berfokus kepada subjek yang diminati sematamata. Berikan tumpuan kepada subjek yang perlu ditingkatkan tahap penguasaan. Kegagalan membahagikan masa dengan baik akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai semua subjek yang diambil. Mengulang kaji pelajaran Belajar secara berkumpulan Membuat jadual belajar Sering bertanya kepada guru Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 63 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
64 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 2 Berdasarkan Bahan 3, apakah pesanan ibu untuk memastikan anaknya cemerlang dalam kehidupan? 3 Semua murid berharap dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pada pandapat anda, apakah kepentingan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan? KBAT Menilai BAHAN 3 Pesan Ibu Beribu-ribu Kita ada ibu ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk.” Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju “Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu.” Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu “Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu.” Suatu senja seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkap Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu “Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu RAHMAN SHAARI (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 64 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
65 Ulasan Lihat bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Kepentingan Menuntut Ilmu Membentuk akhlak mulia Menjadi panduan dalam kehidupan Menambah maklumat dan pengetahuan Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Bahagian C Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 65 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
66 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. MURID CEMERLANG Sekolah anda telah mengadakan hari anugerah cemerlang untuk meraikan murid cemerlang dalam peperiksaan. Anda telah terpilih sebagai tokoh murid dan diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda selengkapnya. Praktis Topikal BM Tg3 T1-T16 4th.indd 66 30/1/2024 9:47:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J1 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan Jawapan TEMA 1 Suluh Masa Depan Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 D 3 C 4 D BAHAGIAN B 1 February – Februari 2 Insiklopedia – Ensiklopedia Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 A 3 C 4 D 5 C Novel (Kertas 1) BAHAGIAN C Novel Justeru Impian di Jaring • Tema: Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia. • Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton. Novel Hempasan Ombak • Tema: Kegigihan remaja berusaha untuk memajukan syarikat. • Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara. Novel Tawanan Komander Caucasus • Tema: Kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. • Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus. Novel Chot • Tema: Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan • Hal ini digambarkan melalui watak Alias yang menyayangi ibunya yang lumpuh, kasih sayang antara chot dengan Alias dan kasih sayang Som yang merupakan kawan baik Alias. Karangan Respons Terhad (Kertas 1) BAHAGIAN A Setiap orang mempunyai cita-cita. Dalam usaha untuk mencapai cita-cita, terdapat beberapa perkara yang perlu ada dalam kehidupan kita. Matlamat yang jelas tentang citacita yang ingin dicapai perlu ada dalam diri setiap orang. Seterusnya, belajar dengan bersungguh-sungguh merupakan kunci utama untuk merealisasikan cita-cita. Tanpa ilmu, kita tidak akan mampu menjadi insan yang berjaya Sekiranya kita bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, maka kita sepatutnya memilih aliran yang betul. Akhir sekali, sikap tidak berputus asa menghadapi cabaran amat penting jika kita ingin berjaya. TEMA 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 D 3 D 4 D BAHAGIAN B 1 anti sosial – antisosial 2 posture – postur 3 anti-dadah – antidadah 4 memuaturun – memuat turun Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 B 3 D 4 A 5 C Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Justeru Impian di Jaring Watak utama: Syahir Perwatakan: • Menjaga hati orang lain – Meskipun agak kenyang, Syahir tetap meratah sepotong ikan demi menjaga hati ibunya yang telah memasak dengan bersungguh-sungguh. • Mentaati ibu bapa – Syahir mentaati wasiat ayahnya yang mahu semua anaknya mempunyai ilmu, berjaya dan berijazah. • Berpendirian teguh – Syahir tetap teguh dengan keputusannya untuk terus menceburi bidang sukan biarpun ayah menasihatinya agar menumpukan perhatian pada pelajaran. Novel Hempasan Ombak Watak utama: Farid Perwatakan: • Bersederhana – Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. • Rasional – Farid hanya melihat bengkelnya terbakar setelah berusaha untuk memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu yang boleh mengundang bahaya. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 1 30/1/2024 9:46:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J2 Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Kita perlu berbangga kepada atlet-atlet Malaysia kerana: • mereka bekerja keras dan tidak berputus asa untuk berjaya • mereka berusaha untuk mengharumkan nama negara 2 Kepentingan bersukan kepada masyarakat: • melahirkan masyarakat yang sejahtera dari aspek kesihatan • membentuk masyarakat yang ceria dan hidup bersatu padu 3 Langkah-langkah yang sesuai: • membawa nama negara melalui penyertaan simposium di peringkat antarabangsa • mencipta inovasi yang mampu dibentangkan di peringkat antarabangsa • menyertai misi bantuan ke luar negara • menulis buku yang mampu dirujuk oleh pelajarpelajar luar berkaitan negara Malaysia. Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari sukan. Pada awalnya, semua atlet berkumpul di tengah padang untuk memulakan majlis perasmian. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Hazril bin Mustafa Kamal, Pengetua SMK Pinang Tunggal. Ketika acara dimulakan, terdengar sorakan yang kuat daripada para penyokong setiap pasukan. Di tengah padang pula kelihatan guru-guru bertungkus lumus menjaga garisan dan memastikan atlet yang tercedera menerima rawatan segera. Pasukan rumah merah sangat gembira kerana mereka telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan salah seorang atlet mereka dipilih sebagai olahragawan. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Generasi muda merupakan tonggak kecemerlangan negara – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – mencurahkan bakti melalui sukan Isi-isi Penting • Mampu meningkatkan imej negara – melalui kemenangan di peringkat antarabangsa – meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju • Melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri – mampu membangunkan negara pada masa depan – dapat meningkatkan kualiti belia yang merupakan bakal pemimpin pada masa depan • Membentuk perpaduan melalui sukan – atlet dan penyokong yang berbeza kaum dan agama akan membentuk perpaduan rakyat – memastikan Malaysia terus menjadi contoh kepada negara lain Penutup Sukan membawa banyak manfaat – generasi muda perlu menyahut seruan kerajaan dalam memajukan bidang sukan – perahu sudah di air, dayung sudah di tangan • Rajin – Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik walaupun dia tidak mempunyai pengalaman berniaga. Novel Tawanan Komander Caucasus Watak utama: Farhani Perwatakan: • Cekal dan tabah – Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang dilaluinya semasa menjadi tawanan Komander Caucasus. • Penyayang – Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya. • Bertanggungjawab – Farhani bertanggungjawab mencari kumbang. Dia berusaha untuk mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah bagi menjayakan projek zoo mini di sekolahnya. Novel Chot Watak utama: Alias Perwatakan: • Pintar – Alias menjadi rujukan Som untuk membuat latihan Matematik. • Taat – Alias patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan solat dan membaca al-Quran. • Bertanggungjawab – Alias mengambil alih peranan bapanya. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Bersukan membawa banyak kebaikan kepada seseorang individu terutamanya dalam aspek kesihatan. Dengan bersukan, kita dapat mengeluarkan peluh. Aktiviti bersukan seperti larian dapat meningkatkan kadar degupan jantung yang merangsang pengaliran darah ke seluruh badan. Seterusnya, bersukan juga dapat merehatkan minda. Sukan seperti badminton dipercayai mampu mengurangkan tekanan dalam diri seseorang individu yang akhirnya menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat. Di samping itu, sukan juga dikatakan mampu menguatkan otot dan tulang. Kekuatan otot dan tulang yang dibina melalui aktiviti sukan seperti berenang amat penting bagi memastikan seseorang individu tidak menderita penyakit osteoporosis ketika tua kelak. Oleh itu, aktiviti bersukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat. Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat TEMA 3 Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 C 3 D 4 A 5 A 6 A BAHAGIAN B 1 benar tinggi – tinggi benar 2 sukakan – suka akan 3 paling rendah sekali – paling rendah/rendah sekali Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 2 30/1/2024 9:46:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J3 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan TEMA 4 Waspada Selalu! Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 C 3 A 4 D BAHAGIAN B 1 amat sangat gembira – amat gembira/sangat gembira 2 bahawa – yang 3 Banyak perkara-perkara – Banyak perkara 4 jika – agar/supaya Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan antara Beluntung dengan Alias apabila kehilangan haiwan kesayangan mereka ialah Beluntung melolong dan memeluk Bawod yang telah mati, manakala Alias juga meraung sambil mendakap Chot yang telah mati. 2 Dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1 ialah persoalan kasih sayang yang mendalam antara manusia dengan haiwan. Selain itu, persoalan persahabatan antara manusia dengan haiwan walaupun berbeza kehidupan. 3 Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kes penganiayaan terhadap haiwan ialah pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pendera haiwan, mengadakan program kesedaran untuk meningkatkan tahap kemanusiaan terhadap haiwan dan menyediakan tempat peliharaan untuk haiwan terbiar. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Kanak-kanak perlu sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Kanak-kanak perlu sentiasa berdiri di atas kaki lima jalan raya untuk memerhatikan lalu lintas di sekeliling sebelum melintas. Hal ini supaya mereka tidak melintas semasa kenderaan sedang lalu-lalang. Kanak-kanak juga perlu mengelakkan diri daripada bermain-main ketika melintas jalan raya dan sentiasa memandang ke arah kenderaan yang datang. Keadaan ini dapat memastikan mereka tidak hilang fokus terhadap bahaya yang mungkin terjadi. Akhir sekali, kanak-kanak perlu melintas menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan. Lintasan ini disediakan khas kepada pelintas kerana setiap kenderaan mesti memberhentikan kereta jika terdapat pelintas di laluan ini. Oleh itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu keselamatan jalan raya agar mereka boleh mengamalkannya dalam situasi sebenar. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Pelbagai pihak boleh memainkan peranan dalam menangani masalah ini – tanpa kesedaran yang berterusan, gejala ini akan mula menular dan memusnahkan generasi yang akan menjadi tulang belakang kepada negara kelak Isi-isi Penting • Ibu bapa memantau setiap perubahan perlakuan anakanak ketika di rumah – ibu bapa sentiasa bertanya masalah kepada anak-anak dan cuba mnyelesaikannya bersamasama – ayah atau ibu tidak menunjukkan contoh buruk kepada anak-anak seperti membuli pasangan dan anakanak semasa di rumah • Pihak sekolah menjalankan pemeriksaan secara berterusan di sekolah – tindakan disiplin dilaksanakan dengan lebih tegas dan kawalan diperketat di kawasankawasan yang berkemungkinan berlakunya kes buli secara fizikal – murid berpotensi menjadi pembuli dan murid yang mungkin menjadi mangsa buli dikenal pasti dengan pantas dan dihantar kepada guru kaunseling • Murid juga perlu menjadi mata dan telinga pihak sekolah – murid perlu mempunyai kesedaran tentang bahaya buli – murid perlu menjadi mata dan telinga pihak sekolah dan melaporkan kes buli yang berlaku dengan segera Penutup Buli membawa padah – semoga usaha ini mampu membanteras gejala buli TEMA 5 Dirgahayu Negaraku Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 B 3 A 4 B 5 D BAHAGIAN B 1 pada – akan 2 apabila – semasa 3 agar – apabila 4 tetapi – dan Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Antara kepentingan semangat patriotisme ialah patriotisme mampu mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai oleh sesebuah negara. Selain itu, semangat patriotisme juga penting untuk membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum dan sebagai pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk. Bukan itu sahaja, semangat patriotisme juga mampu mengelakkan tercetusnya sesuatu peperangan. Perkembangan ekonomi negara juga akan terencat serta mengganggu hubungan baik antara negara yang berkonflik. Akhir sekali, nilai patriotisme juga penting dalam menentukan hala tuju negara ke arah negara maju yang kukuh. Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Menjelang bulan Ogos, sekolah saya telah mengadakan Kempen Bulan Kebangsaan. Tujuan kempen ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. Kempen Bulan Kebangsaan dirasmikan oleh pengetua sekolah, iaitu Encik Ahmad bin Syukur. Beberapa orang murid telah membuat persembahan seperti deklamasi sajak, nyanyian dan dikir barat. Pelbagai pertandingan dijalankan sepanjang Bulan Kebangsaan, iaitu Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 3 30/1/2024 9:46:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J4 pertandingan mewarna, nyanyian lagu patriotiok dan kelas paling ceria. Keceriaan amat dititikberatkan sepanjang Bulan Kebangsaan, iaitu dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang di dalam setiap kelas. Majlis penutup diadakan pada 20 September 20__. Hadiah disampaikan kepada para pemenang pada majlis penutup. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama – kepelbagaian kaum tersebut tidak menghalang perpaduan kaum yang membawa keamanan – apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita? Isi-isi Penting • Setiap individu mestilah berbaik sangka dan tidak berprasangka buruk terhadap kaum-kaum lain. • Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan kaum serta menunjukkan contoh yang baik seperti bertegur sapa dengan jiran tetangga yang berlainan bangsa dan agama. • Masyarakat juga hendaklah mengelakkan sikap fitnahmemfitnah dan terlalu percaya kepada khabar angin yang bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia seperti fitnah yang disebarkan melalui media sosial. • Pihak sekolah melalui mata pelajaran Sejarah mendidik murid-murid tentang kepentingan menjaga hubungan yang baik dengan semua kaum di negara kita tidak kira bangsa, warna kulit dan agama. • Pihak kerajaan juga hendaklah mengadakan kempen tentang perpaduan kaum melalui media massa untuk memastikan seluruh rakyat hidup dalam keadaan rukun dan damai. Penutup Perpaduan kaum amat penting demi membentuk sebuah negara yang aman, makmur dan maju – tanpa perpaduan kaum semua itu tidak akan menjadi kenyataan – marilah kita sama-sama memupuk semangat perpaduan untuk mengekalkan keharmonian negara – bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. TEMA 6 Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 B 2 C 3 B 4 B BAHAGIAN B 1 mengulangkan – mengulangi 2 menyokong – disokong 3 serahkan – menyerah 4 menurunkan – menurun 5 dijatuhi – dijatuhkan Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Kebaikan mengamalkan nilai murni yang tinggi bagi seorang murid: • lebih mudah menuntut ilmu (Bahan 2) • seseorang yang mempunyai nilai-nilai murni akan sentiasa dihormati (Bahan 3) 2 Kesan jika seseorang itu tidak mengamalkan nilai-nilai murni: • remuk dan redam hatinya • lenyaplah segala budi pekerti • hidupnya tidak berguna lagi 3 Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak: • mereka perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak • mereka juga perlu menegur kesalahan anak-anak jika tidak mengamalkan nilai-nilai murni • ibu bapa juga perlu memantau rakan sebaya anakanak agar mereka tidak salah memilih rakan Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Justeru Impian di Jaring • Syahir selalu menerima tohmahan daripada masyarakat – Dia hanya bersabar dan cekal hati menerima segala cacian tersebut. Contohnya, ada segelintir masyarakat yang menggelarkannya 'kepala batu dari hulu' dan memanggilnya dengan gelaran 'ustaz' dan 'syeikh' walaupun dia tidak suka akan panggilan tersebut. • Syahir menerima tentangan hebat daripada ahli keluarganya – Arwah ayah Syahir tidak membenarkan Syahir bergiat aktif dalam sukan badminton. Namun begitu, Syahir telah mengubah pendirian arwah ayahnya dengan membuktikan kejayaannya dalam bidang akademik. Novel Hempasan Ombak • Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya – Namun begitu, Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut. • Mukhtar telah mensabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik – Dalam hal ini, Farid tetap sabar dan terus menimba ilmu dengan menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat. Novel Tawanan Komander Caucasus • Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakanrakannya untuk mencari kumbang tersebut – Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut. Dia telah tiba awal untuk mendapatkan kumbang di dusun datuknya demi membuktikan dia mampu memikul tugasan tersebut. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 4 30/1/2024 9:46:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J5 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan • Farhani telah ditawan oleh Komander Caucasus – Namun begitu, Farhani dan rakan-rakannya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat. Novel Chot • Alias terpaksa menyara keluarganya setelah kematian bapanya – Alias hampir-hampir kehilangan Chot, seekor beruk yang membantu Alias menyara dirinya dan ibunya yang lumpuh dengan memetik buah kelapa. Alias sanggup tidak ke sekolah demi mencari Chot pada pagi itu. • Alias diejek di sekolah kerana dia berbau busuk – Akibat daripada telinganya yang bernanah, Alias tidak mahu ke sekolah. Pada ketika ini, Alias menerima dengan hati terbuka kedatangan Cikgu Sunan yang ingin membantunya ke sekolah. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Rasuah merupakan musuh negara – banyak memberikan kesan buruk kepada negara – memerlukan peranan semua pihak Isi-isi Penting • Pendidikan formal di sekolah perlu menerapkan rasa benci terhadap rasuah – melalui subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral – menekankan kesan terhadap diri sendiri, masyarakat, negara dan agama • Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak di rumah – sentiasa menasihati anak-anak dengan menerangkan keburukan rasuah – ibu bapa sendiri menolak amalan rasuah secara terbuka kepada anak-anak • Kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan rasuah – menimbulkan rasa gentar kepada penjenayah rasuah dan mereka yang ingin berjinakjinak dengannya – tidak bersikap memilih bulu dalam melaksanakan undang-undang Penutup Masyarakat perlu sehati sejiwa menolak amalan rasuah – tidak menghulur mahupun menerima – kejayaan usaha ini bermula daripada kita sendiri TEMA 7 Persaudaraan Tanpa Sempadan Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 A 2 A 3 C 4 B BAHAGIAN B 1 Kedua orang ibu bapa – Kedua-dua orang ibu bapa 2 mangsa banjir-mangsa banjir – mangsa-mangsa banjir 3 doktor pakar-doktor pakar – doktor-doktor pakar 4 berbagai – berbagai-bagai Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 B 3 A 4 D 5 B Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Antara langkah membentuk perpaduan antara kaum ialah sifat tanggungjawab haruslah wujud dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu menerima dengan minda yang terbuka segala adat resam dan budaya kaum lain. Selain itu, budaya melentur buluh biarlah dari rebungnya hendaklah dipraktikkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Malahan, lagu kebangsaan yang dinyanyikan dan Rukun Negara yang diikrarkan haruslah dihayati dengan sepenuh hati oleh murid di sekolah. Di samping itu, kerajaan juga perlu memastikan murid yang berbilang kaum dapat berkongsi infrastruktur yang disediakan dan dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Akhir sekali, sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing hendaklah dielakkan dalam diri setiap ahli masyarakat. Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Satu misi bantuan mangsa banjir telah diaturkan oleh Universiti Sains Malaysia. Seramai 15 orang mahasisiwa dan mahasiswi telah terlibat. Mereka telah membawa barangan keperluan harian seperti makanan dan kelengkapan pembersihan diri. Mereka dibawa dengan bot ke pusat pemindahan sementara. Selain memberikan bantuan makanan, mahasiswa dan mahasiswi juga turut membantu mengagihkan bantuan-bantuan lain yang baru tiba. Setelah selesai, mereka pun bergerak pulang ke Pulau Pinang. TEMA 8 Subur Bahasa, Mekar Sastera Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 C 3 A 4 D BAHAGIAN B 1 digilap – menggilap 2 kepatuhan – dipatuhi 3 menilai – bernilai 4 pertuturan – dituturkan 5 dimartabatkan – memartabatkan Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Justeru Impian di Jaring • Kegigihan – Syahir dan rakan-rakannya dalam skuad kebangsaan telah berlatih dengan gigih dan bersungguhsungguh untuk mengharungi kejohanan yang seterusnya. • Keberanian – Tindakan Wan Najlah memakai tudung dan seluar trek panjang semasa berlatih di kem latihan wanita telah membuktikan bahawa dia berani melakukan perubahan untuk menutup aurat seperti yang pernah dikatakannya kepada Syahir. • Kasih sayang – Kak Uda sanggup menjaga emaknya yang menghidap strok dengan mengambil cuti. Tambahan pula, pada masa yang sama, Syahir tidak dapat menjaga emak kerana akan bertanding di Jakarta. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 5 30/1/2024 9:46:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J6 Novel Hempasan Ombak • Ketabahan – Farid tabah menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Syarikat Batik Nusantara. • Bertanggungjawab – Masri bertanggungjawab menyelamatkan Azmi daripada serangan Mahmood. • Kasih sayang – Hajah Zaoyah sangat sayang akan keluarga dan warisan perniagaan milik suaminya. Novel Tawanan Komander Caucasus • Baik hati – Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya. • Hemah tinggi – Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu ramah dan mesra. • Hormat-menghormati – Walaupun berlainan agama dan bangsa, Devnath dan Wei memahami dan amat menghormati cara hidup Haikal sebagai seorang muslim apabila mereka memahami kelewatan Haikal tiba ke tempat mereka berkumpul disebabkan Haikal menunaikan solat isyak terlebih dahulu. Novel Chot • Kejujuran – Alias bercakap benar kepada Cikgu Sunan sebab dia datang lewat ke sekolah. • Ketaatan – Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan mendirikan solat dan membaca al-Quran. • Bertanggungjawab – Alias mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Wang yang diperolehnya itu digunakan untuk membeli barang dapur seperti beras, kopi dan ikan. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Antara langkah membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat ialah pewujudan buku secara digital sebagai satu daya penarik kepada generasi muda. Seterusnya, ibu bapa sebagai insan paling rapat dengan anak-anak perlulah memainkan peranan dengan mendidik anak-anak untuk mencintai amalan membaca sejak kecil. Selain itu, industri buku negara perlulah lebih berdaya saing agar dapat memenuhi kehendak pembaca. Bukan itu sahaja, golongan penulis, editor dan penerbit buku juga mestilah menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti. Akhir sekali, pihak sekolah menyediakan pusat sumber yang lebih menarik dan mampu menarik minat murid. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Masyarakat dan kerajaan perlu bergerak seiring dalam menjayakan usaha ini – semua pihak mempunyai tanggungjawab tersendiri – bersatu teguh, bercerai roboh Isi-isi Penting • Kerajaan melancarkan kempen Cintai Bahasa Kebangsaan Kita – melancarkan beberapa pertandingan dan jerayawara untuk menyedarkan masyarakat – sangat berkesan terutamanya kepada golongan muda • Pihak sekolah menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan aktiviti 10 minit membaca – memberikan galakan kepada murid untuk membaca buku-buku berbahasa Melayu – mendidik anak-anak murid sejak bangku sekolah • Masyarakat menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan membaca buku-buku berbahasa Melayu – banyak info yang diperoleh terutama dari aspek perkembangan bahasa Melayu di Malaysia – belajar juga tentang kesalahan bahasa dan istilah-istilah baharu Penutup Kejayaan memartabatkan bahasa Melayu ialah milik bersama – bahasa Melayu merupakan elemen penting perpaduan di Malaysia – serumpun bak serai, seikat bak sirih TEMA 9 Indah Seni, Endah Budaya Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 D 3 C 4 A BAHAGIAN B 1 tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas 2 sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain/ sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit 3 alah membeli, menang memakai Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 C 3 C 4 B 5 A Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Adab-adab yang perlu diamalkan oleh setiap anggota masyarakat: • adab makan dengan tertib – makan mengikut aturan (Bahan 1) • adab berkomunikasi dengan berkesan – memberi salam dan menjadi pendengar yang baik (Bahan 2) 2 Pengajaran: • kita hendaklah taat kepada pemimpin – Si Miskin sujud dan sembah kepada baginda sultan • kita hendaklah bersikap baik hati terhadap semua orang – sultan memberikan mempelam kepada Si Miskin 3 Peranan ibu bapa untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam diri anak-anak: • menunjukkan teladan yang baik • memberikan didikan tentang kehidupan bermasyarakat • menasihati anak-anak agar bersikap baik dengan sesiapa sahaja • memastikan anak-anak memilih kawan yang baik Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 6 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J7 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Anda dan keluarga terbaca iklan di surat khabar tentang Pesta Fabrik Tradisional di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor. Isi-isi Penting • Anda dan keluarga bertolak ke Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Setibanya di sana, anda dan keluarga disambut oleh para penyambut tetamu yang memakai fabrik tradisional seperti batik, pua kumbu dan songket. • Pelbagai corak fabrik tradisional yang dijual di situ. Antara yang paling memikat hati pengunjung ialah jualan dan pameran batik lukis dengan harga yang sangat berpatutan. Ibu membeli beberapa helai batik lukis Kelantan dan Terengganu sebagai buah tangan untuk ahli keluarga yang lain. • Kami juga mempelajari cara-cara menenun songket dan pua kumbu. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik mencanting dan melukis batik. • Kami juga dapat melihat pameran tentang sejarah batik, songket dan pua kumbu dan mereka yang telah berjaya mempopularkan fabrik ini hingga luar negara seperti Datuk Tom Abang Saufi yang berjaya mempopularkan batik di kota London. Penutup Kami berharap agar pesta sebegini akan diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang supaya generasi muda dapat mengenali dan mencintai keunikan fabrik tradisional yang terdapat di negara kita. Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan TEMA 10 Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 B 2 A 3 B 4 D 5 B 6 B BAHAGIAN B 1 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) 2 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) 3 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) 4 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) 5 Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Justeru Impian di Jaring Persoalan: Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup Watak utama: Syahir Contoh peristiwa: • Syahir tabah apabila dikritik teruk oleh Engku Aiman. Engku Aiman mendakwa bahawa Syahir tidak konsisten dalam permainan dan dia dikritik di hadapan rakanrakannya yang lain. • Syahir tabah menghadapi gosip liar berkenaan dirinya dengan Ratna, iaitu artis realiti televisyen. Syahir bimbang impiannya untuk memenangi permainan akan ranap jika melayan gosip tersebut. • Ketika Syahir berlawan dengan Syed Amiri, Syahir mendapati bahawa pengadil pada perlawanan itu berat sebelah dan berpihak kepada Syed Amiri. Syahir tabah menghadapi kekalahan di tangan Syed Amiri dan dia hanya mendiamkan diri apabila Syed Amiri memerlinya kerana gagal mara ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Novel Hempasan Ombak Persoalan: Tanggungjawab dan kegigihan seorang anak dalam meneruskan perusahaan keluarga Watak utama: Farid Contoh peristiwa: • Walaupun Farid baru berusia 19 tahun tetapi dia sanggup menguruskan perniagaan batik keluarganya, iaitu Syarikat Batik Nusantara selepas kematian ayahnya, Haji Badrul. Pelbagai dugaan dihadapinya seperti dia terpaksa menguruskan hutang-hutang syarikat milik keluarganya itu. • Farid telah menemui Encik Mokhsein, pemilik Firma Nadi Zaman untuk meminta khidmat nasihat Mokhsein tentang cara mengatasi masalah kewangan syarikat. Mokhsein telah menyarankan agar Farid membuat “strategi terkunci” bagi mengukuhkan syarikatnya kembali. • Farid berusaha untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara dengan cara membina bangsal batik moden. Farid melaburkan modal sebanyak RM75 ribu untuk membina bangsal batik tersebut. Dia juga menggunakan khidmat Hartini Noor untuk menghasilkan batik lukis rekaan baharu yang unik dan menawan. Novel Tawanan Komander Caucasus Persoalan: Semangat setia kawan Watak utama: Farhani Contoh peristiwa: • Kehilangan Kim Yong menyebabkan rakan-rakannya, iaitu Chea Mei, Mira, Haikal, Wei dan Devnath telah pergi menziarahi ibu Kim Yong di rumahnya. Kehilangan Kim Yong secara misteri membuatkan Farhani ingin merungkai misteri kehilangan Kim Yong. • Farhani juga mencari air dan memberikan minuman kepada Kim Yong yang lemah kerana telah lama berada di dalam balang. Dia juga telah memaafkan Kim Yong yang bersikap angkuh sebelum ini. • Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang dan pengikut mereka berusaha untuk menyusun strategi bagi menewaskan Komander Caucasus dan bala tenteranya menggunakan cecair endosulfan. Tujuannya agar sahabat mereka, iaitu Puteri Coleoptera mendapat semula kerajaannya yang telah dirampas oleh Komander Caucasus. Novel Chot Persoalan: Kepentingan semangat kejiranan Watak utama: Alias Contoh peristiwa: • Mak Su Kiah sering menghantar makanan kepada Alias dan Mak Leha. Mak Su Kiah begitu prihatin akan sakit pening Mak Leha. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 7 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J8 • Ketika Mak Miah datang ke rumah Mak Leha dan menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya, Pak Din yang mendengar kekecohan itu telah pergi ke rumah Mak Leha untuk menenangkan keadaan. Pak Din sebagai jiran kepada Mak Leha berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan kebun pisang Miah. • Sebagai jiran, Pak Din, Mak Su Kiah dan Som ada bersamasama Alias ketika Alias mahu menanam Chot. Mereka semua bersedih atas kematian Chot dan ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Antara kelebihan pendidikan maya kepada murid ialah murid boleh mengikuti kelas tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, pendidikan maya juga memudahkan murid untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Seterusnya, sistem ini turut membuka peluang kepada murid untuk berinteraksi menggunakan Internet sekali gus dapat menjimatkan masa murid. Menerusi sistem pendidikan maya, murid juga dapat menggunakan e-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya yang mempunyai pelbagai aplikasi. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan. TEMA 11 Alam Anugerah Terindah Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 B 3 A 4 D BAHAGIAN B 1 Longkang itu dipenuhi sampah sarap dan berbau busuk. 2 Program penanaman pokok diadakan untuk mengurangkan masalah pemanasan global. 3 Ali tidak mahir dalam mata pelajaran Matematik namun mahir dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. 4 Xiao Mei memohon cuti daripada majikannya kerana ingin melancong ke luar negara. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Faktor pembuangan sampah tidak terkawal ialah sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu. Seterusnya, keadaan ini diburukkan lagi dengan amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polistirena dan beg plastik. Malahan, terdapat sesetengah peniaga sengaja membungkus makanan secara berlebih-lebihan. Bukan itu sahaja, pembaziran semasa musim perayaan lebih memburukkan keadaan. Akhir sekali, masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menyebabkan masalah pembuangan sampah menjadi tidak terkawal dan tiada penyelesaiannya. Konklusinya, amalan ini perlu dihentikan demi memastikan pembuangan sampah dapat dikawal. Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Hutan perlu dipulihara demi keseimbangan alam. Antara langkah pelestarian hutan adalah dengan melakukan penghijauan semula bumi, iaitu aktiviti penanaman pokok. Selain itu, pihak kerajaan mewartakan lebih banyak hutan simpan untuk memastikan kawasan hutan tidak diteroka secara haram. Amalan kitar semula seperti kertas perlu terus dipergiat dalam usaha mengurangkan bilangan pokok yang ditebang. Selain itu, aktiviti pembalakan perlu dikawal dengan lebih ketat dan telus demi melestarikan alam yang kita cintai ini. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk menjaga hutan. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Pada minggu lepas, sekolah kami telah mengadakan gotongroyong membersihkan kawasan sekolah – tujuan diadakan adalah untuk menghijaukan dan membersihkan kawasan sekolah Isi-isi Penting • Tepat pukul 8:00 pagi, murid-murid dan warga sekolah sudah berkumpul di tapak perhimpunan – membawa cangkul, pongkes, penyapu dan lain-lain – digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut – sebelum aktiviti bermula, pengetua telah menyampaikan ucapan ringkas dan taklimat mengenai aktiviti gotongroyong • Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil – aktiviti yang dijalankan termasuklah mencuci longkang, mengecat dinding, menyapu sampah, mengelap tingkap, memotong rumput – ada juga murid yang membantu guru melukis mural – menambah seri bangunan sekolah • Guru-guru wanita dan ibu murid sibuk menyediakan makanan dan minuman – pada pukul 11:30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai – berkumpul semula di kantin untuk berehat dan menjamu selera • Walaupun agak letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid – keadaan sekolah tampak ceria dan bersih – semua warga sekolah kelihatan gembira dan berpuas hati dengan wajah baharu sekolah Penutup Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti yang mampu menjalin ikatan silaturahim – penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan – semangat hormati-menghormati dalam kalangan warga sekolah dapat diperkasakan TEMA 12 Tuah di Bumi Permata Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 B BAHAGIAN B 1 Orang ramai mengunjungi pasar tani itu. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 8 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J9 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan 2 Nasi yang ditanak oleh ibu masih panas. 3 Hujan renyai-renyai turun pada malam ini. 4 Mariam dapat mengisi masa lapangnya dengan berkebun di belakang rumah. 5 Kita tidak seharusnya mengharapkan balasan daripada pertolongan yang diberikan. 6 Untuk mengisi masa lapang, ibu dan ayah amat gemar berkebun. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Antara khasiat bawang putih adalah untuk membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan dan memperbaik sistem penghadaman. Selain itu, bawang putih berfungsi sebagai antibakteria dan mengelakkan penyakit serangan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghindari penyakit kanser. Seperkara lagi, kajian saintis juga mendapati bahawa bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Di samping itu, bawang putih dapat mengurangkan kandungan gula di dalam badan dan mengurangkan batuk. Akhir sekali, bawang putih merupakan antibiotik di dalam tubuh manusia dan mampu memecahkan kolesterol. Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Pertanian ialah perniagaan dan sewajarnya diberikan perhatian serius sebelum negara kita mengalami masalah kekurangan sumber bekalan makanan berasaskan pertanian. Antara langkah untuk meningkatkan hasil pertanian negara ialah pihak kerajaan mestilah memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada para petani supaya mereka tidak tertekan apatah lagi apabila terdedah kepada risiko banjir dan sebagainya. Seterusnya, pihak bank juga mestilah memberikan bantuan pinjaman kepada para petani agar mereka dapat menggunakan teknologi terkini untuk menambah hasil tanaman. Rakyat Malaysia juga hendaklah mengutamakan produk pertanian tempatan sebagai sokongan terhadap petani dan mengurangkan pembelian hasil pertanian import dari luar negara. Konklusinya, hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya masyarakat bersinergi bagai aur dengan tebing untuk menyokong produk tempatan. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Berkebun ialah salah satu aktiviti yang bermanfaat – berbudi kepada tanah sememangnya tidak pernah mengecewakan – dapat menuai hasilnya setelah kita bercucuk tanam Isi-isi Penting • Mengisi masa lapang – mendatangkan hasil yang memuaskan jika dilakukan dengan betul dan bersungguhsungguh – boleh mengisi masa terluang dengan berfaedah – mengurangkan tekanan dan perasaan bosan – tidak akan terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat • Serampang dua mata kepada pekebun – bukan sahaja mendatangkan hasil yang lumayan, malah dapat menyihatkan badan – badan akan mengeluarkan peluh seolah-olah kita bersenam – badan kita akan sentiasa cergas dan bertenaga • Meningkatkan ekonomi negara – hasil tanaman kita boleh dijual bagi menambahkan pendapatan keluarga – menceburi bidang pertanian sebagai salah satu mata pencarian sekiranya diusahakan dalam skala yang besar • Menghasilkan sumber makanan yang sihat – menanam sendiri sayur-sayuran – dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan baja kimia yang boleh menjejaskan kesihatan – tahap kesihatan diri dan keluarga dapat dipertingkatkan Penutup Jelaslah bahawa aktiviti berkebun dapat mendatangkan pelbagai manfaat – jadikan aktiviti ini sebagai hobi yang menguntungkan TEMA 13 Perindustrian Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 A 2 D 3 D 4 D BAHAGIAN B 1 Tiga orang pekerja mengecat bangunan itu. 2 Pegawai daerah merasmikan majlis itu. 3 Kami menyokong cadangan itu tanpa bantahan. 4 Ziyad telah menebas lalang di kawasan itu semalam. 5 Kami tidak akan melupakan pengalaman sesat di hutan itu sampai bila-bila. Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Justeru Impian di Jaring • Di tasik – Peristiwa yang berlaku di tasik adalah ketika Syahir berjalan-jalan di tepi tasik untuk mencari ketenangan. Hati Syahir berasa benci apabila melihat pasangan-pasangan muda yang belum berkahwin membuat maksiat di tepi tasik tersebut. Syahir juga membayangkan sekiranya turun bala, sudah tentu mereka mati katak di situ juga. • Di Dewan Badminton Tanjung Puteri – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika Syahir sedang melihat para pemain berlatih, tiba-tiba dia terkejut apabila melihat penampilan berbeza Wan Najlah yang sudah bertudung. Wan Najlah meminta agar Syahir mendoakannya supaya dia tekal dalam usahanya menutup aurat. • Di Hospital Universiti – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika Syahir melawat ibunya yang terlantar sakit di Hospital Universiti untuk meminta maaf dan memohon restu ibunya sebelum dia berangkat ke Jakarta. Novel Hempasan Ombak • Di pejabat Haji Badrul – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika Farid berada di dalam pejabat arwah ayahnya dan dia memikirkan masalah syarikat tersebut yang dibebani dengan hutang. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 9 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J10 • Di gerai milik Zuraida – Peristiwa yang berlaku di situ adalah apabila Mukhtar datang ke gerai Zuraida lalu mengugut Zuraida agar tidak menjual batik-batik moden keluaran Syarikat Batik Nusantara. • Di bangsal batik moden – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika Mahmood datang ke situ untuk mengganggu pekerja Farid, iaitu Masri dan Azmi yang pernah bekerja dengan Mukhtar sebelum ini. Mahmood hampir-hampir memasukkan Azmi ke dalam kawah lilin tetapi Masri cepat bertindak dengan mencurahkan lilin panas ke telinga Mahmood. Novel Tawanan Komander Caucasus • Di makmal Sekolah Menengah Seri Kencana – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika Cikgu Salimah memberikan tugas kepada murid-muridnya mencari haiwan untuk uji kaji kelas Sains. Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Mereka berjanji akan mencari kumbang tersebut di dusun datuk Farhani. • Di dusun datuk Farhani – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika Farhani menunggu rakan-rakannya di situ tetapi mereka tidak muncul-muncul. Akhirnya, Farhani mengambil keputusan untuk masuk sendirian ke dalam dusun itu. Ketika itu, Farhani menemui sebuah rumah usang dan dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah itu. Tiba-tiba, dia terasa nafasnya berat dan dia berada di alam kumbang. • Di mahligai Maharaja Caucasus – Peristiwa yang berlaku di situ adalah apabila Farhani, Kim Yong dan Dara Merah telah masuk ke situ. Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik dan telah memberikan minuman yang berisi racun endosulfan kepada Maharaja Causasus. Maharaja itu minum sedikit minuman itu sebelum dihalang oleh Weevil. Maharaja amat marah apabila mengetahui bahawa Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik dan dia mahu menyerang Dara Merah tetapi tubuhnya semakin lemah dan rebah. Novel Chot • Di medan perhimpunan – Peristiwa yang berlaku di situ adalah ketika semua guru dan murid berhimpun. Som tercari-cari Alias tetapi Alias masih belum sampai kerana mencari beruknya yang hilang. • Di sungai – Peristiwa yang berlaku di sungai adalah ketika Alias memandikan beruknya, Chot di sungai. Kemudian, Som datang dan dia telah menemani Alias yang sedang memandikan Chot. • Di bilik darjah lima – Ketika Cikgu Sunan sedang mengajar, tiba-tiba Alias datang. Dia lewat masuk ke kelas kerana mencari beruknya yang hilang. Cikgu Sunan tidak dapat menerima alasan Alias, iaitu dia lewat kerana mencari beruknya yang terlepas. Akibat terlalu marah, Cikgu Sunan mengherdik Alias dengan suara yang kuat sehingga Alias jatuh terlentang dan telinga kanannya terkena bucu meja. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Industri halal membuka peluang bagi pemain industri untuk menerokai bidang perkhidmatan dan produk halal sebagai satu lagi pilihan untuk menjanakan pendapatan. Malaysia mempunyai kelebihan dan mampu menjadi peneraju sektor ini kerana mempunyai pengalaman, infrastruktur serta institusi yang dapat membantu dalam membangun serta menggalakkan industri ini. Industri halal tidak hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja malah merangkumi sektor yang lebih besar. Industri halal turut menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Negara Malaysia juga mempunyai lapan taman industri halal. Perkembangan industri halal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. TEMA 14 Ekonomi Mapan, Negara Makmur Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 A 2 B 3 C 4 C BAHAGIAN B 1 Amy menjerit meminta pertolongan apabila begnya diragut. 2 Nenek memberitahu Azlina tentang cara-cara membuat kuih baulu. 3 Cikgu Asri bertanya kepada Manaf sebab dia kelewatan datang ke sekolah. 4 Cikgu Zainab meminta murid-muridnya menyiapkan kerja rumah yang diberikannya semalam dengan segera. Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Maksud faktor penghalang ialah sebab yang mengekang. 2 Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjadi usahawan berjaya: • memilih perniagaan yang kurang risiko (Bahan 1) • sentiasa memantapkan diri dengan ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran dan kemahiran berkomunikasi (Bahan 1) • tidak takut untuk melakukan sesuatu dan mula dari awal agar mempunyai lebih banyak masa untuk jatuh dan bangun semula (Bahan 2) 3 Sebab kebanyakan remaja masih leka dengan dunia remaja tanpa memikirkan masa depan mereka: • remaja pada masa kini lebih terpengaruh dengan alat peranti moden dan media sosial • remaja kini juga tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan mereka • kesilapan remaja dalam memilih rakan sebaya Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Setiap orang seharusnya berbelanja secara berhemat cermat agar tidak menghadapi masalah kewangan ketika memerlukan atau pada waktu kecemasan. Antara cara berbelanja secara berhemat adalah dengan membeli barangan yang diperlukan agar tidak berlaku pembaziran wang. Selain itu, setiap barang yang ingin dibeli perlu disenaraikan terlebih dahulu sebelum memasuki pusat beli-belah agar kita tidak berbelanja secara berlebihan. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 10 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J11 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan Seterusnya, kita juga perlu membuat perbandingan harga sebelum membeli barang agar wang dapat dijimatkan. Kita juga seharusnya tidak terpedaya dengan promosi jualan murah yang boleh menyebabkan kita tidak sedar bahawa kita sudah berbelanja lebih di luar kemampuan. Kesimpulannya, sikap berbelanja secara berhemat perlulah diamalkan oleh setiap masyarakat di negara ini. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Kata alu-aluan dan menyatakan tajuk ceramah yang akan disampaikan – menyatakan definisi amalan menabung Isi-isi Penting • Memberikan manfaat pada masa akan datang – bagi anakanak, mereka boleh menggunakan wang tabungan untuk tujuan melanjutkan pelajaran pada masa depan jika tiada tabungan dan gaji ibu bapa pula hanya cukup-cukup makan – tidak membebankan ibu bapa • Digunakan pada waktu kecemasan – ketika sakit dan mahu membeli sesuatu yang penting – jika kita tidak menabung, sudah tentu kita terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada sahabat handai dan rakan taulan – mereka belum pasti dapat memberikan pinjaman – pada zaman sekarang keperluan kewangan sangat mendesak –mereka juga memerlukan wang untuk menyara hidup mereka sekeluarga • Mendidik anak-anak agar berjimat cermat sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya – jika anak-anak sudah terbiasa menabung, mereka akan terus menabung walaupun mereka telah dewasa – meringankan bebanan ibu bapa – wang yang disimpan boleh digunakan untuk pembiayaan pembelajaran mereka memasuki institusi pengajian tinggi satu hari nanti • Melatih sifat sabar dalam diri anak-anak – pasti akan teruja melihat angka-angka di dalam buku simpanan mereka meningkat dari semasa ke semasa – pasti akan terus menyimpan dan tidak akan membazirkan wang mereka untuk membeli benda-benda yang tidak berfaedah – menyimpan secara konsisten – sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Penutup Marilah kita menabung dari sekarang kerana nikmatnya akan kita rasai suatu hari nanti – beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis TEMA 15 Destinasi Misteri Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 C 3 C 4 C BAHAGIAN B 1 disimpan – tersimpan 2 terpaling popular – paling popular 3 seorang raja perintah – diperintah oleh seorang raja Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 B 2 A 3 C 4 D 5 A Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Pelancongan ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menyeronokkan, malah mempunyai pelbagai manfaat lain. Aktiviti pelancongan dapat menambahkan pengalaman. Kita dapat mengenali dan memahami sejarah dan budaya sesuatu tempat yang kita lawati. Selain itu, dengan melancong kita dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan apabila kita menikmati suasana baharu yang lebih tenang dan damai. Di samping itu, hubungan silaturahim antara ahli keluarga dapat dieratkan apabila melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersamasama. Jelaslah bahawa aktiviti melancong ialah aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan • Tajuk laporan • Pada 25 hingga 29 Ogos 20_, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya – mengadakan satu perkhemahan unit beruniform di Lata Ulu Kenas – tiga hari dua malam – disertai oleh 40 orang murid dan lima orang guru pengiring Isi-isi Penting • Bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta – memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar • Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan – setiap kumpulan diselia oleh seorang guru pengiring – pelbagai aktiviti telah dijalankan – pertolongan cemas, pertandingan nyanyian rakyat, sukaneka, merentas halangan dan ikhtiar hidup – aktiviti berjalan dengan lancar – mendapat kerjasama daripada semua peserta – mempamerkan semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi • Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya – mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baharu – majlis penutupan program telah disempurnakan oleh pengetua Penutup • Berharap agar program perkhemahan seumpama itu akan dijalankan pada masa akan datang • Pengakuan pelapor, tarikh, tandatangan, nama dan jawatan pelapor TEMA 16 Mencapai Impian, Menuai Kejayaan Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 D 2 B 3 A 4 B Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 11 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J12 BAHAGIAN B 1 Kebanyakan para – Kebanyakan 2 Selain daripada itu – Selain itu 3 oleh kerana – oleh sebab Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Berdasarkan Bahan 1, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang adalah dengan membahagikan masa secara baik dan berkesan. Langkah yang terdapat dalam Bahan 2 pula adalah dengan mengulang kaji pelajaran, belajar secara berkumpulan, membuat jadual belajar dan sering bertanya kepada guru. 2 Berdasarkan Bahan 3, pesanan ibu untuk memastikan anak-anaknya cemerlang dalam kehidupan ialah selalu membaca buku, sentiasa menambahkan ilmu dan memilih kawan yang mempunyai hati yang mulia. 3 Kepentingan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ialah murid dapat mengejar impian dalam kerjaya. Seterusnya, murid dapat membanggakan diri sendiri dan ibu bapa. Malahan, murid dapat meningkatkan keyakinan diri dalam masyarakat kelak. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) BAHAGIAN C Kata-kata hikmat, ilmu pelita hidup menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik dan terjamin. Ilmu dapat membentuk akhlak mulia. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu dapat memberikan petunjuk dan panduan yang benar dalam kehidupan. Seseorang itu dapat membezakan antara sikap yang baik dengan yang buruk apabila mempunyai ilmu. Dengan menuntut ilmu, seseorang itu dapat menambah maklumat dan pengetahuan. Semakin banyak pengetahuan yang diperoleh semakin dalam ilmu seseorang itu dan semakin tinggi pandangan masyarakat terhadap orang yang berilmu. Tuntasnya, menuntut ilmu merupakan satu kewajipan kepada setiap insan kerana tanpa ilmu manusia akan kekal dalam kejahilan. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) BAHAGIAN B Pendahuluan Kata alu-aluan – ucapan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berucap di pentas yang mulia ini – bersyukur kerana diberi anugerah ini – terima kasih kepada guruguru yang tidak jemu mencurah ilmu – ibu dan ayah yang sentiasa mendoakan – buat rakan-rakan yang sentiasa berkongsi ilmu Isi-isi Penting • Bijak membahagikan masa – seorang murid perlu cekap dalam membahagikan masa mereka untuk belajar dan beriadah – contohnya, menyediakan jadual belajar peribadi – membantu kita membahagikan waktu belajar dan beriadah secara teratur – bijak membahagikan masa amat penting untuk menjadi murid yang cemerlang • Sentiasa mengulang kaji pelajaran – murid kini gemar mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir – berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara yang terbaik – menurut kajian, belajar pada saat-saat akhir merupakan cara yang salah untuk berjaya – terdorong untuk belajar dalam keadaan tertekan dan ilmu yang diperoleh akan cepat hilang • Memberikan tumpuan ketika guru mengajar – dapat memahami sesuatu topik itu dengan mudah dan lancar – sekiranya tidak kita tidak memahami sesuatu topik – bertanya kepada guru agar tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas – memberikan tumpuan ketika guru mengajar juga merupakan salah satu adab menghormati guru • Dorongan dan bimbingan daripada guru dan ibu bapa – faktor utama dalam melahirkan murid yang cemerlang – guru-guru dan ibu bapa bertanggungjawab untuk menyuntik semangat dalam diri murid – contohnya, ibu bapa hendaklah sentiasa memberikan kata-kata semangat dan tidak putus berdoa untuk anak-anak agar kekal positif dan bersungguh-sungguh dalam mengecapi kejayaan. Penutup Sebagai murid, kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan – kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – berharap agar segala yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan terutamanya murid tingkatan tiga yang bakal menduduki peperiksaan nanti – sekian, terima kasih Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 1 BAHAGIAN A 1 D 2 B 3 D 4 B 5 B 6 A 7 D 8 A 9 A 10 A 11 C 12 C 13 B 14 D 15 C BAHAGIAN B 1 (i) bahasa Melayu – Bahasa Melayu (ii) Tingi – Tinggi 2 (i) di – pada (ii) belum masih – masih belum 3 (i) Kereta yang dipandu oleh abang itu telah bergeser dengan penghadang jalan. (ii) Pasukan pancaragam sekolah memenangi anugerah itu kerana mempamerkan aksi yang memukau. 4 (i) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 5 (a) Dua peranan peranan ahli keluarga dalam sesebuah institusi keluarga: • menggembirakan ahli keluarga (Bahan 1) • menunaikan tanggungjawab mengikut peranan masing-masing (Bahan 2) • menjaga kebajikan setiap anggota keluarga (Bahan 2) Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 12 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J13 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 – Jawapan (b) Dua nilai dalam Bahan 1: • bertanggungjawab – anak bertanggungjawab menggembirakan hati ibu dan ayah • kasih sayang – ibu bapa dan anak-anak perlu saling menyayangi (c) Punca keruntuhan institusi keluarga dalam masyarakat: • ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik • tiada kemahiran keibubapaan • masalah ekonomi yang melanda rumah tangga • tiada persefahaman antara ahli keluarga 6 Novel Justeru Impian di Jaring Masyarakat yang meminati sukan: Masyarakat yang meminati bidang sukan ini diwakili oleh watak Syahir, Wan Najhan dan Wan Najlah. Mereka berminat dalam bidang sukan badminton. Mereka juga telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mewakili negara dalam pertandingan badminton di Jakarta. Pelbagai dugaan terpaksa diharungi oleh Syahir dalam merealisasikan impiannya menjadi pemain badminton nombor satu negara. Selain itu, terdapat juga beberapa watak lain yang meminati sukan seperti jurulatih Syahir, iaitu Engku Aiman, Haji Marzuki dan Mas Suparman. Mereka bukan sahaja jurulatih berpengalaman dan berwibawa, malah diakui bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, Engku Aiman sering mengungkit kekalahan Syahir di tangan pemain China. Engku Aiman juga sering mengkritik permainan Syahir dan memuji lawan Syahir, iaitu Syed Amiri yang disifatkannya paling meningkat berbanding dengan Syahir. Peristiwa ketiga ialah perlawanan sengit antara Syahir dengan Syed Amiri di Jakarta. Para peminat bersorak tetapi kebanyakannya menyokong Syed Amiri. Sikap pengadil yang berat sebelah dan selalu menyebelahi Syed Amiri membuatkan Syahir tidak berpuas hati dan akhirnya kalah di tangan Syed Amiri ketika perlawanan di Jakarta. Novel Hempasan Ombak Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan: Peristiwa yang menunjukkan latar masyarakat yang tabah menghadapi dugaan ialah peristiwa Farid terpaksa menghadapi masalah kewangan syarikat batik peninggalan arwah ayahnya. Ibunya, Hajah Zaoyah bercadang untuk menggadaikan emas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat arwah suaminya. Farid tidak bersetuju ibunya menggadaikan tanah dan emas. Untuk mengatasi masalah kewangan syarikat, Farid terpaksa menjual beberapa buah kenderaan syarikat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Peristiwa lain adalah apabila Farid menerima surat ugutan supaya dia tidak lagi menjual batik modennya. Kemudian, syarikat pesaingnya juga telah menghantar samseng untuk menganggu pekerja Farid. Dalang di sebalik semuanya itu ialah bapa saudara Zuraida, iaitu Mukhtar. Peristiwa lain yang menunjukkan latar masyarakat yang tabah menghadapi dugaan adalah apabila bangunan bangsal batik moden dibakar oleh tiga orang yang tidak dikenali. Sewaktu pihak bomba sampai, bangsal batik sudah tidak dapat diselamatkan lagi. 75 peratus bangsal musnah termasuk batik-batik moden di dalam stor yang baru siap. Farid masih bersyukur kerana api tidak menjalar ke bangsal lama dan rumahnya. Sebaik-baik sahaja masuk waktu subuh, Farid berdoa ke hadrat Ilahi dan dia menerima dugaan y ang pahit itu. Novel Tawanan Komander Caucasus Masyarakat yang berani: Latar masyarakat yang berani diwakili oleh watak Farhani. Farhani begitu berani masuk ke dalam hutan seorang diri untuk mencari kumbang bagi projek Sains. Disebabkan tidak mahu membuang masa menanti kedatangan sahabat-sahabatnya, iaitu Chia Mei dan Mira yang tidak kunjung tiba, Farhani telah mengambil keputusan untuk mencari kumbangkumbang itu sendiri sehinggalah dia termasuk ke dalam dunia kumbang. Di dalam dunia kumbang, Farhani juga bertindak berani dengan berusaha menyelamatkan Kim Yong yang ditawan oleh Komander Caucasus. Masyarakat yang berani juga ditonjolkan melalui watak Farhani apabila Farhani berani mencari tempat persembunyian tentera kumbang yang diketuai oleh Komander Caucasus setelah tentera Caucasus menangkap Puteri Coleoptera dan Bara. Novel Chot Masyarakat yang prihatin: Latar masyarakat yang prihatin tergambar pada watak Alias apabila Alias prihatin terhadap kesihatan ibunya. Contohnya, Alias risau apabila ibunya batukbatuk. Walaupun telinganya sendiri sakit, namun dia mendahulukan ibunya dengan meminta tolong Pak Din membelikan ibunya ubat batuk. Latar masyarakat yang prihatin diwakili oleh watak guru besar sekolah yang prihatin terhadap anak-anak muridnya. Contohnya, guru besar mengarahkan Cikgu Sunan menyenaraikan nama murid yang memerlukan bantuan pakaian. Beliau juga mengarahkan Cikgu Sunan menyiasat sebab Alias sudah lama tidak datang ke sekolah. Seterusnya, latar masyarakat yang prihatin dapat dilihat apabila Mak Su Kiah sering menghantar makanan untuk ibu Alias yang lumpuh dan juga untuk Alias. BAHAGIAN C Kini, penularan demam denggi semakin membimbangkan. Pelbagai cara dapat dilakukan bagi mencegah penularan demam denggi ini. Antara caranya adalah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes, iaitu memastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang airnya seminggu sekali. Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan membuat semburan kabut secara berkala dari satu kawasan ke satu kawasan bagi membunuh nyamuk aedes. Seterusnya, pihak kementerian melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan premis perniagaan supaya pemilik rumah dan premis tersebut mengambil berat tentang pembiakan jentik-jentik yang boleh mengakibatkan demam denggi. Kesimpulannya, kita dapat mencipta persekitaran yang sihat sekiranya kita bersama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 13 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 J14 Kertas 2 BAHAGIAN A Seramai 30 orang murid berkumpul untuk diambil kedatangan sambil menunggu kehadiran bas di sekolah. Kami bertolak pada pukul 8:00 pagi. Cikgu Akmal memberikan taklimat setelah tiba di Muzium Perang, Pulau Pinang. Kami melawat beberapa buah kawasan menarik sambil membaca maklumat-maklumat sejarah yang dipaparkan. Setelah itu, kami makan dan minum di kafe untuk melepaskan penat. Setelah tamat lawatan, kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang ke sekolah. BAHAGIAN B Soalan 1 Pendahuluan Baru-baru ini, pasukan Kadet Polis telah menyertai pertandingan perkhemahan peringkat negeri yang bertempat di Kem Pengakap Melaka. Isi-isi Penting • Kami bertolak dari sekolah dengan menaiki bas. Sampai sahaja di tapak perkhemahan, kami telah diarahkan untuk membersihkan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah. • Pada malam itu, kami mendengar taklimat daripada ketua jurulatih berkenaan dengan aktiviti yang akan kami jalani di kem itu selama tiga hari. • Keesokan harinya, kami mengikuti aktiviti rempuh halangan. Kumpulan saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan rempuh halangan tersebut. • Pada hari berikutnya, kami mengikuti pertandingan kawad formasi dan pada petang itu, kami mengadakan latihan untuk persembahan pada malam penutup. • Kumpulan saya mengadakan persembahan lakonan pada malam penutup itu. Suasana sungguh meriah kerana sambil menonton, kami menikmati hidangan kambing golek dan nasi goreng. Penutup Aktiviti perkhemahan Kadet Polis sungguh bermakna dan tidak dapat saya lupakan. Kami melakukan semua aktiviti bersama-sama dan saling membantu. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Soalan 2 Pendahuluan Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti ini banyak memberikan faedah kepada murid. Isi-isi Penting • Dapat mendidik murid agar berdikari ketika menyertai aktiviti perkhemahan badan beruniform. • Memupuk semangat kepemimpinan dalam kalangan murid. Contohnya, dalam aktiviti kokurikulum, mereka akan dilantik memegang beberapa jawatan seperti pengerusi dan sebagainya. Melalui pelantikan tersebut, mereka akan lebih bertanggungjawab dan melatih mereka untuk memimpin. • Melalui aktiviti badan beruniform, murid juga akan dilatih untuk menggunakan senjata api dan ini akan melatih mereka menggunakan senjata api dengan baik sehingga mereka berkemahiran untuk menembak. • Aktiviti kokurikulum juga boleh mencergaskan tubuh badan, terutama dalam aktiviti sukan dan permainan seperti bermain bola sepak. • Aktiviti kokurikulum juga membolehkan murid menggunakan masa mereka dengan lebih berfaedah. Jadi, mereka terhindar daripada gejala sosial seperti melepak, terpengaruh dengan rakan yang tidak bermoral dan sebagainya. Penutup Murid hendaklah mengambil peluang untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum agar menjadi murid yang cemerlang dan terbilang. Soalan 3 Ucapan alu-aluan dan memberitahu tujuan berada di atas pentas adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Cara-cara Menggalakkan Murid Bergiat Aktif dalam Aktiviti Kokurikulum”. Isi-isi Penting • Pihak sekolah mestilah merancang aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform dengan aktiviti yang lebih menarik dan berinovasi agar murid tidak berasa bosan. • Pihak sekolah juga mesti kerap menjalankan pertandingan dan memberikan hadiah kepada para pemenang. Hadiah yang diberikan tidak semestinya mahal tetapi perkara yang penting ialah pertandingan itu akan membuatkan murid lebih berminat untuk aktif dalam kegiatan kokurikulum. • Para pemegang pangkat sepatutnya diberikan sijil penghargaan dalam majlis khas untuk menghargai jasa mereka. Dengan cara itu, sudah tentu murid berlumbalumba untuk memegang jawatan tertinggi dalam aktiviti yang disertai oleh mereka. • Menggalakkan ibu bapa bekerjasama dengan guru penasihat dengan cara meluangkan masa untuk menemani dan membimbing anak-anak mereka. Dengan cara itu, murid tentu akan berasa dihargai dan berminat untuk menyertai pertandingan sehingga peringkat tertinggi. • Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu pagi. Jadi, masalah murid ponteng aktiviti kokurikulum dapat diatasi kerana ketika itu, semua murid memang berada di sekolah. Penutup Semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan murid bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Praktis Topikal BM Tg3 Jaw 4th.indd 14 30/1/2024 9:46:04 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.