PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
ii Jadual Analisis Soalan STPM Sejarah Dunia Kertas 1 (2020 – 2023) iii Ulasan Soalan STPM Sejarah Dunia Kertas 1 (2023/(U) 2022) iv Sinopsis Bab Bergrafik v BAB Masyarakat 1 1 BAB Pemerintahan dan Pentadbiran 2 22 BAB Kemajuan dan Pembangunan 3 39 BAB Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa 4 57 Kertas Model STPM 1 79 Kertas Model STPM 2 80 Jawapan 81 Kandungan N&L STPM Sej Dunia(kand).indd 2 18/05/2023 9:10 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 1 1.1 Masyarakat Feudal 1 Masyarakat feudal merupakan masyarakat yang terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah. 2 Sistem feudal merupakan sebuah kerajaan politik tempatan yang bebas daripada kawalan kerajaan pusat. 3 Masyarakat feudal ialah masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis berbentuk piramid. 4 Masyarakat feudal dibahagikan kepada dua golongan, iaitu: (a) golongan pemerintah (b) golongan diperintah 5 Kedudukan, kuasa dan status setiap golongan ditentukan melalui penguasaan ke atas tanah. 6 Rajah 1.1 menunjukkan hierarki masyarakat feudal di Eropah. Raja Bangsawan Pahlawan/Knight Rakyat biasa (Petani/Hamba) Penguasa gereja/ Ahli agama Rajah 1.1 Hierarki masyarakat feudal di Eropah 7 Menurut sistem feudal, wujud hubungan peribadi antara pemilik tanah dengan pemegang tanah dan saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama. Ciri-ciri Masyarakat Feudal 1 Ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 dan abad ke-17 adalah seperti Jadual 1.1. Jadual 1.1 Ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun Aspek England Jepun Kedudukan raja/ Maharaja • Raja berkuasa mutlak dalam bidang politik, ekonomi dan perundangan. • Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. • Semasa zaman Kesyogunan Tokugawa, maharaja berada pada hierarki tertinggi tetapi tidak berkuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran. • Maharaja bertindak sebagai ketua negara dan lambang perpaduan sahaja. • Maharaja dan keluarganya hidup terpencil di Kyoto, manakala pusat pentadbiran terletak di Edo. NOTA Ekspres BAB 1 Masyarakat N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 1 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 3 Aspek England Jepun Pengaruh bangsawan/ Syogun • Golongan bangsawan atau baron menduduki hierarki kedua selepas raja. • Memberi taat setia kepada raja. • Golongan bangsawan menerima gaji daripada raja untuk mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. • Menjadi pegawai pentadbir. • Syogun atau ketua tentera merupakan pemerintah sebenar di Jepun. • Syogun mengukuhkan kuasanya dengan tentera yang kuat. • Syogun menyerahkan kuasa pentadbiran wilayah kepada daimyo (golongan bangsawan daerah). Kedudukan pahlawan (Knight)/ Samurai • Knight terikat dengan konsep chivalry. • Knight bertanggungjawab untuk mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. • Kedudukan knight mula merosot pada abad ke-16 kerana raja telah menubuhkan pasukan tentera upahan sendiri untuk menentang pemberontak. • Knight mendapat tanah dan harta benda sebagai ganjaran daripada raja dan golongan bangsawan. • Golongan samurai (panglima) mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat. • Golongan samurai terikat dengan konsep bushido. • Samurai berkhidmat kepada golongan syogun dan bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan daimyo. • Samurai bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negara. • Samurai tidak memiliki tanah dan mendapat bekalan beras daripada daimyo. Mobiliti sosial • Berlaku perubahan dalam kedudukan sosial dan status. • Struktur susun lapis masyarakat berubah. • Muncul golongan pertengahan dan kelas menengah. • Rakyat biasa menyandang jawatan penting dalam kerajaan. • Terdiri daripada beberapa lapisan. • Setiap lapisan mempunyai kedudukan yang berlainan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. • Perubahan status dan mobiliti sosial dalam sistem feudal Jepun jarang berlaku. Pemilikan tanah • Perkembangan ekonomi menyebabkan kemunculan bandar, perkembangan dalam pertanian dagangan dan perusahaan serta pengurangan tenaga buruh di kampung. • Masyarakat tidak lagi bergantung kepada tanah semata-mata. • Golongan serf bekerja sebagai buruh upahan di ladang dan berhijrah ke bandar untuk bekerja sebagai buruh kasar dan buruh mahir. • Wilayah diserahkan oleh syogun kepada daimyo. • Tanah akan dirampas daripada daimyo yang menentang pemerintahan syogun. • Syogun melantik pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanahnya. • Pegawai yang menguruskan tanah dikenali sebagai Gundai dan Daikan. Kewajipan peribadi • Wujud ikatan perjanjian (kontrak) antara tuan tanah (lord) dan penyewa tanah (vassal). • Dalam perjanjian tersebut, raja memberi perlindungan manakala pihak bangsawan menawarkan perkhidmatan ketenteraan. • Wujud hubungan peribadi antara shogun dan daimyo (tuan tanah). • Daimyo membantu syogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. raja dalam pentadbiran negara dan menguruskan ekonomi. (b) Selepas perang saudara di England, iaitu Perang Bunga Mawar atau The Wars of the Roses, sistem pemerintahan beraja mutlak wujud untuk mengawal golongan bangsawan. (c) Gelaran bangsawan seperti count, duke, baron dan vassal diberi oleh raja. (d) Gelaran bangsawan dan anugerah bertujuan mengekalkan taraf dan kedudukan golongan bangsawan. Susun Lapis Masyarakat Feudal Masyarakat Feudal di England 1 Raja (a) Pemerintah berkuasa mutlak dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. (b) Raja mengukuhkan kedudukannya dengan mengupah pegawai pentadbir dan pasukan tentera. (c) Rakyat harus memberi kesetiaan kepada raja. 2 Bangsawan (a) Golongan bangsawan membantu N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 2 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 3 (e) Golongan bangsawan menggunakan sistem pewarisan primogeniture untuk mengekalkan kekayaan mereka. 3 Pahlawan (Knight) (a) Knight memberi perkhidmatan dalam bidang ketenteraan kepada raja dan lord atau baron. (b) Knight diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatannya seperti yang dikehendaki oleh raja. (c) Knight boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa yang diperlukan. (d) Kedudukan knight mula goyah apabila golongan petani dan rakyat menyertai angkatan tentera terutamanya dalam pasukan infantri. 4 Petani (a) Golongan petani atau serf merupakan golongan paling ramai dan terdiri daripada rakyat biasa. (b) Golongan petani bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah tuan tanah. (c) Golongan petani berada di bawah pengawasan raja dan baron. (d) Tuan tanah bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada golongan petani. (e) Golongan petani akan menjadi buruh upahan jika perkhidmatan mereka diperlukan. 5 Hamba (a) Golongan hamba berada pada kedudukan yang paling rendah dalam struktur masyarakat feudal di England. (b) Golongan hamba tidak memiliki tanah. Masyarakat Feudal di Jepun 1 Susun lapis masyarakat feudal di Jepun ditunjukkan dalam Rajah 1.2 di bawah. Rakyat biasa Saudagar/Pedagang Syogun Daimyo Samurai Maharaja Rajah 1.2 Susun lapis masyarakat feudal di Jepun 2 Ciri-ciri masyarakat feadal di Jepun dijelaskan dalam Jadual 1.2. Jadual 1.2 Ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun Maharaja • Maharaja dianggap sebagai ketua negara dan simbol perpaduan rakyat. • Maharaja tidak mempunyai kuasa pemerintahan sebenar. • Maharaja dan keluarganya tinggal terpencil di Kyoto. Bangsawan (Syogun) • Pemerintahan negara terletak pada syogun. • Kesyogunan Tokugawa mewujudkan tiga jabatan utama untuk melicinkan pentadbiran negara, iaitu Majlis Penasihat Agung (Jabatan Tairo), Majlis Tertua (Jabatan Roju) dan Majlis Kehakiman (Jabatan Hyojosho). • Syogun telah menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan melalui Ordinan 1615 demi kepentingan kuasa politiknya. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 3 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 • Syogun mengambil langkah untuk mengawal daimyo dan kegiatan tuan tanah bagi mengekalkan kuasanya. • Tanah akan diberi kepada tuan tanah yang setia. Daimyo • Merupakan bangsawan daerah yang menguasai dan mentadbir wilayah. • Daimyo memiliki pasukan tentera di daerah kekuasaan mereka. • Terdapat tiga kategori daimyo, iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. • Daimyo turut mendapat sokongan daripada petani dan pedagang semasa peperangan. Samurai • Samurai ialah panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat. • Samurai berperanan memelihara keamanan negara dan kepentingan daimyo. • Samurai tidak dibenarkan melibatkan diri dalam mana-mana pekerjaan lain. • Samurai meneruskan hidup dengan mendapat bekalan beras daripada daimyo atau syogun. Rakyat biasa/ Petani • Rakyat biasa terdiri daripada golongan petani dan tukang mahir (artisan). • Golongan petani dipandang mulia kerana membekalkan beras kepada negara. • Golongan artisan dihormati kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan tentang pertukangan. • Golongan tukang yang membuat senjata dan pedang mendapat layanan baik dan diberi gaji yang lumayan. Saudagar/ Pedagang • Golongan ini dipandang rendah dan tidak mempunyai mobiliti sosial. • Perkembangan ekonomi yang mewujudkan pusat perdagangan telah mengubah status golongan pedagang. • Perdagangan telah menyebabkan golongan saudagar dapat mengumpul harta dan wang sekali gus meningkatkan status mereka. 3 Wilayah utara Belanda, iaitu Zeeland, Pulau Zuid-Beveland, Middlezee dan Oud-Beijerland ditebus guna. Kegiatan Ekonomi 1 Pertanian (a) Masyarakat agraria mengusahakan tanaman bijirin seperti barli, oat, gandum dan kekacang. (b) Tanaman gandum menjadi sangat penting menjelang abad ke-17. (c) Para petani juga menanam sayur-sayuran seperti kubis, biji cole, ketumbar, lobak dan teasel. (d) Menurut K.H.D. Halley, masyarakat Belanda paling banyak makan sayursayuran. (e) Bunga-bungaan seperti tulip dan hop turut ditanam untuk dieksport ke luar negara. (f) Permintaan tinggi terhadap bunga tulip menyebabkan harganya meningkat pada tahun 1636 hingga tahun 1637. (g) Bunga hop ditanam sepanjang Sungai Maas dan digunakan untuk menghasilkan minuman keras. 1.2 Masyarakat Agraria Definisi Masyarakat Agraria 1 Masyarakat agraria ialah masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan. Contohnya, aktiviti bercucuk tanam dan penternakan. 2 Petempatan wujud di kawasan tanah pertanian yang subur seperti lembangan sungai dan bersaliran baik yang sesuai untuk kegiatan pertanian. 3 Perubahan besar-besaran dalam kegiatan agraria berlaku di England pada abad ke-18. 4 Kelahiran Revolusi Pertanian disebarkan ke seluruh Eropah. 5 Pertanian di Belanda dan China berkembang pesat pada abad ke-16 dan abad ke-17 yang dikenali sebagai merkantilisme. Ciri-ciri Masyarakat Agraria di Belanda Petempatan 1 Terletak di pinggir pantai seperti Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrecht yang sesuai dan subur untuk kegiatan pertanian. 2 Sebahagian besar kawasan pertanian berada di bawah paras laut. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 4 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 5 Gambar 1.1 Bunga hop (h) Tanaman lain seperti madder, iaitu herba yang berbunga kuning dan memanjat juga diusahakan secara meluas di wilayah Brabant Barat. (i) Akar tanaman madder diproses untuk dijadikan serbuk pewarna yang digunakan dalam industri tekstil. Gambar 1.2 Madder 2 Penternakan (a) Penternakan haiwan seperti lembu tenusu diusahakan oleh masyarakat agraria. (b) Permintaan tinggi terhadap bahan tenusu menyebabkan para petani di Holland dan Friesland memberikan tumpuan kepada sektor penternakan. (c) Penternakan lembu tenusu dijalankan secara ekstensif untuk menghasilkan susu, keju dan mentega. (d) Peningkatan hasil eksport tenusu telah mendorong pembukaan banyak ladang ternakan di utara Amsterdam dan Waterland. (e) Keju yang dihasilkan di bandar Hoorn mempunyai kualiti yang tinggi. Keju dieksport ke Perancis dan bahagian selatan Eropah. (f) Perancis ialah pengimport keju dari North-Holland. (g) Penternakan kambing juga diusahakan di Pulau Taxel, Wieringan dan Pulau Grind untuk menghasilkan keju yang bermutu. Kemajuan Teknologi 1 Masyarakat agraria mempunyai sistem pengairan yang baik. Kincir angin digunakan untuk menyalurkan air dari tanah yang ditebus guna bagi tujuan pertanian. Gambar 1.3 Kincir angin 2 Penambakan tanah laut sebagai kawasan pertanian telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Muara Sungai Middlezee dan wilayah Zeeland ditebus guna untuk tujuan tersebut. 3 Peralatan seperti tenggala pula digunakan oleh petani di Gelderland. Tenggala beroda dan mesin digunakan untuk menampi tanaman bijirin. Kaedah Pertanian 1 Sistem penggiliran tanaman (a) Kaedah tanaman bergilir diusahakan oleh masyarakat agraria. Sistem tanah rang dimansuhkan secara beransur-ansur. (b) Tanah rang bertujuan memulihkan kembali kesuburan tanah sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya. (c) Tanaman bergilir melibatkan penanaman jagung musim sejuk (satu tahun), jagung musim panas (satu tahun), tanah rang (satu tahun) dan penanaman rumput (tiga atau enam tahun). (d) Sistem tersebut dipraktikkan di Ghent, Sint-Pieters Aalst dan Lede. (e) Sistem Norfolk pula diperkenalkan di England pada abad ke-17 dan abad ke-18. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 5 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 7 2 Sistem batas (a) Saliran yang baik diwujudkan. (b) Kedudukan batas diubah pada setiap tahun. 3 Sistem penanaman deretan (a) Sistem penanaman deretan diamalkan bagi tanaman madder, hop, biji cole dan tembakau. (b) Tanaman tersebut menjadi tanaman komersial sejak abad ke-14. Kemahiran Memelihara Kesuburan Tanah 1 Masyarakat agraria mempunyai kemahiran memugar tanah pertanian, iaitu membersihkan, menebang, membakar dan sebagainya sesuatu kawasan untuk menanam tanaman tertentu. 2 Mereka juga menggunakan baja asli seperti najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan tanah. 3 Selain itu, tindakan membuang rumput dan tanaman perosak dapat memelihara kesuburan tanah pertanian. Ciri-ciri Masyarakat Agraria di China Petempatan 1 Masyarakat agraria di China kebanyakannya tinggal di kawasan lembah sungai seperti Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. 2 Negara China mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. 3 Para petani melibatkan diri dalam aktiviti penanaman padi sawah yang diusahakan di atas tanah pertanian yang diwarisi secara turun-temurun. 4 Terdapat kawasan tanah pamah di bahagian selatan China. 5 Masyarakat agraria di China membuka petempatan di dataran tinggi yang terletak di utara China seperti wilayah Anhui, Hupeh, Shantung dan Shensi. Kegiatan Ekonomi 1 Pertanian sara diri (a) Sistem ekonomi yang bercorak sara diri seperti bercucuk tanam. (b) Antara tanaman sara diri ialah padi, gandum, sekoi, barli dan oat. (c) Padi sawah ditanam di kawasan selatan lembah Sungai Kuning dan bahagian hilir Sungai Yangtze. (d) Tanaman gandum merupakan makanan utama yang diusahakan oleh masyarakat di wilayah dataran tinggi China, Shantung, Kansu, Shensi, Anhui dan Hupeh. 2 Pertanian komersial (a) Ekonomi kapitalisme bertapak di China pada abad ke-16 dan abad ke-17. (b) Ekonomi kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, hak persendirian, persaingan untuk pasaran dan perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. (c) Ekonomi kapitalisme berkembang pesat semasa pemerintahan Maharaja ChienLung pada abad ke-18. (d) Sistem pertanian secara komersial diperkenalkan kerana negara China mempunyai kesuburan tanah dan kekayaan semula jadi. (e) Antara tanaman pertanian komersial ialah kapas, tembakau, mulberi dan tebu. (f) Tanaman kapas mendapat permintaan tinggi di pasaran dan diusahakan di wilayah Sungkiang dan Tung-Chou. (g) Tanaman mulberi sangat penting bagi perusahaan menghasilkan sutera, terutamanya di wilayah Kwangtung. (h) Tanaman tembakau pula diusahakan di wilayah Fukien. Kemajuan Teknologi 1 Dinasti Ming memperkenalkan pelbagai jenis peralatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. 2 Tenggala penabur benih dicipta untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah untuk menabur benih. 3 Kereta sorong beroda dua pula digunakan untuk memudahkan proses mengangkut barangan. 4 Selain itu, peralatan seperti cangkul, sabit, penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda juga digunakan. Kaedah Pertanian 1 Memperkenalkan tanaman baharu seperti jagung, ubi kentang dan kekacang. 2 Mengamalkan kaedah tanaman dua musim dalam skala yang besar. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 6 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 7 3 Membina teres di lereng-lereng bukit untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Kemahiran Memelihara Kesuburan Tanah 1 Mengamalkan sistem penanaman bergilir sejak Dinasti Han. 2 Penggunaan baja najis ternakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Kemahiran Sistem Pengairan 1 Membina terusan dan mengawal aliran air sungai. 2 Terusan digunakan untuk mengangkut hasil pertanian dan menyalurkan air menggunakan pam yang digerakkan oleh tenaga manusia atau binatang. 3 Empangan dibina untuk membekalkan sumber air dan menambak tanah untuk mengelakkan kejadian banjir. 4 Meningkatkan penggunaan sistem pengairan. 1.3 Masyarakat Maritim Definisi Masyarakat Maritim 1 Masyarakat maritim bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penjelajahan dan penerokaan. 2 Masyarakat maritim tinggal di kawasan persisiran pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai. 3 Mereka menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut dan laut merupakan laluan utamanya. 4 Perkembangannya didorong oleh kemunculan kerajaan maritim di Eropah pada abad ke-15 seperti Portugal, England dan Belanda. 5 Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal dan peneroka. Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Portugal Petempatan 1 Masyarakat maritim di Portugal tinggal berhampiran pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. 2 Dari segi geografi, petempatan mereka terletak berhampiran dengan laut. 3 Mereka juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. 4 Pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah Lisbon dan Antwerp. 5 Pelabuhan-pelabuhan tersebut memainkan peranan penting sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal. Kegiatan Ekonomi 1 Ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah kegiatan perdagangan. 2 Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp. 3 Mereka juga menjalankan kegiatan lain seperti mengumpul hasil laut seperti mutiara dan tiram serta menangkap ikan. 4 Masyarakat maritim di Portugal memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata dari Timur. 5 Para pelayar Portugal membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup dari Brazil. 6 Mereka mempunyai kemahiran membina dan membaiki perahu serta kapal. Kemajuan Teknologi 1 Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu seperti kapal jenis Caravel. 2 Kapal tersebut dibina menggunakan teknologi yang tinggi. 3 Masyarakat maritim di Portugal juga mahir dalam teknologi perkapalan. 4 Putera Henry telah mengasaskan Akademi Laut di Sagres sehingga Portugal berjaya menjadi kuasa maritim yang tersohor pada abad ke-15. 5 Putera Henry telah mencipta pelbagai peralatan pelayaran seperti kompas magnetik, astrolab dan carta pelayaran. 6 Penguasaan pelayaran Portugal semakin meluas selepas kemangkatan Putera Henry sehingga menemui jalan laut ke Timur. Penjelajahan dan Penerokaan 1 Menjelang abad ke-15, mereka telah melancarkan beberapa ekspedisi untuk mencari jalan laut ke Timur. 2 Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah belayar hingga ke Tanjung Harapan. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 7 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 9 3 Vasco da Gama tiba di India pada tahun 1498. 4 Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh para pelayar Portugal telah mendorong para pelayar lain untuk melancarkan ekspedisi ke Timur. Gambar 1.4 Vasco da Gama Sifat Ingin Tahu 1 Masyarakat maritim di Portugal mempunyai semangat ingin tahu yang kuat, sifat keterbukaan dan sifat berani. 2 Semangat tersebut menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. 3 Selain itu, sifat ini turut mendorong mereka untuk menjalankan kajian tentang bentuk muka bumi, iklim dan cuaca sesuatu tempat. 4 Mereka juga sanggup belayar ke kawasan baharu dan menjalinkan hubungan dengan masyarakat tempatan. Faktor-faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di Portugal 1 Kedudukan geografi yang berhampiran dengan laut. 2 Kestabilan politik menyebabkan raja Portugal memberi tumpuan pada kegiatan maritim. 3 Peranan Putera Henry yang mengasaskan institusi pelayaran di Sagres. 4 Pengaruh Renaissance menyebabkan muncul era baharu yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan manusia berfikir. 5 Perang Salib memberi peluang kepada bangsa Eropah mengenali peradaban dan kebudayaan Timur. 6 Penemuan baharu seperti penciptaan peralatan pelayaran dan pengetahuan dalam bidang geografi atau ilmu pelayaran. 7 Perkembangan kapitalisme menyebabkan raja Portugal memberi galakan dan menaja pelayaran ke seberang laut. 8 Dorongan daripada pengembara terdahulu seperti Marco Polo, Odoric Perdonone, John Monte Corvina dan Ludocivo Varthema. Sumbangan Masyarakat Maritim di Portugal 1 Penjelajahan (a) Menyeberangi Selat Gibraltar. (b) Menguasai Kepulauan Madeira dan Azores. (c) Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika. (d) Bartholomew Diaz berlayar mengelilingi Tanjung Harapan. (e) Vasco da Gama mengelilingi Lautan Hindi dan sampai di India. 2 Perdagangan (a) Ekspedisi perdagangan dihantar ke Timur untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera dan batu permata. (b) Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Rempah. (c) Pada tahun 1517, Portugal mengasaskan pusat perdagangan di Canton manakala tahun 1520, pedagang mengasaskan pusat perdagangan di Jepun. 3 Penjajahan (a) Pada tahun 1415, Portugal berjaya menawan Ceuta di Maghribi. (b) Pada tahun 1419, pelayar Portugal yang menerima latihan di sekolah pelayaran yang diasaskan oleh Putera Henry telah berjaya menakluki Kepulauan Madeira. (c) Pada tahun 1419, Portugal menguasai Azores dan belayar sepanjang pantai ke selatan benua Afrika. (d) Pada 11 September 1508, tentera Portugal yang diketuai oleh Lopez de Sequeira tiba di Melaka. (e) Pada tahun 1510, Portugal menguasai Goa di India. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 8 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 9 (f) Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan seterusnya ke Kepulauan Maluku. (g) Pada tahun 1517, Portugal menguasai Macau. (h) Bagi mengukuhkan kedudukan, Portugal telah menguasai tanah jajahan di Amerika Selatan khususnya Brazil. 4 Perkapalan (a) Pembinaan kapal (b) Teknologi perkapalan (c) Institusi pelayaran 5 Penyebaran agama Kristian (a) Mubaligh Kristian dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke Timur untuk mengkristiankan penduduk tanah jajahan. (b) Contohnya, mubaligh Kristian datang beramai-ramai ke Brazil. Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Jepun Petempatan 1 Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisiran pantai dan kepulauan. 2 Petempatan yang berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. 3 Sebahagian masyarakat maritim Jepun juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. 4 Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan. 5 Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kegiatan Ekonomi 1 Ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah kegiatan perdagangan. 2 Kegiatan perdagangan berkembang pesat pada zaman Kesyogunan Ashikaga. 3 Syogun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara dan kuasa Barat. 4 Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan seperti Kyushu, Nagasaki dan Shimoda. 5 Jepun mengeksport barangan seperti tembaga, berlian dan perak. 6 Masyarakat maritim Jepun telah mengimport barangan dari Asia Tenggara dan China seperti sutera, tembikar, pedang, kipas berlipat dan pemidang. 7 Selain itu, mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut seperti mutiara. 8 Masyarakat Jepun turut terlibat dalam kegiatan membina dan membaiki kapal. Kemajuan Teknologi 1 Teknologi perkapalan (a) Masyarakat maritim Jepun menguasai kemahiran pembinaan kapal dan perahu. (b) Kemahiran membina kapal layar dikenali sebagai Kapal Shuinsen. (c) Mereka juga mempunyai kemahiran membina kapal seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisen. 2 Teknologi pelayaran (a) Masyarakat maritim Jepun juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. (b) Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran, ilmu nautika dan kartografi. (c) Syogun Ieyasu mendapatkan bantuan teknologi perkapalan dari Sepanyol. (d) Beliau juga mendapatkan bantuan teknikal daripada kuasa Barat yang lain seperti British dan Belanda. Sifat-sifat Terpuji 1 Semangat ingin tahu menyebabkan masyarakat maritim di Jepun ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. 2 Masyarakat maritim di Jepun menerima pengaruh agama Kristian, Buddha dan Confucius. 3 Hubungan dengan masyarakat di kawasan baharu menyebabkan pemindahan idea dan teknologi. 4 Syogun Ieyasu mengamalkan dasar terbuka dalam menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar. 5 Masyarakat maritim di Jepun turut mempelajari teknik membuat tembikar dan barangan porselin dari Korea sehingga berkembang menjadi industri penting di Jepun. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 9 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 11 Penjelajahan dan Penerokaan 1 Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan. 2 Tujuan penjelajahan dan penerokaan adalah untuk kegiatan perdagangan. 3 Mereka mempunyai keupayaan dan kebolehan menguasai laluan laut. 4 Masyarakat maritim di Jepun juga berani menghadapi cabaran dan dugaan. Sumbangan Masyarakat Maritim di Jepun 1 Perdagangan (a) Penggunaan mata wang seperti mengimport mata wang tembaga. (b) Perdagangan luar negeri seperti menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea. (c) Persatuan pedagang seperti Persatuan Dagang dan Persatuan Kewangan atau Mujinko. (d) Perkembangan sektor perlombongan (e) Pengkhususan kerja seperti pertukangan, perlombongan dan perdagangan. (f) Kemunculan kelas pedagang seperti penubuhan syarikat bagi mengendalikan perniagaan untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka. (g) Perkembangan perindustrian seperti industri tembikar, porselin, tekstil, kertas dan barang logam. (h) Petempatan komuniti Jepun seperti di Taiwan, Macau, Maluku, Filipina, Boeneo dan Semenanjung Tanah Melayu. (i) Kemunculan bandar baharu seperti Seto, Edo dan Osaka. 2 Pelayaran (a) Terlibat dalam pelayaran ke Asia Tenggara. (b) Melancarkan ekspedisi ke 18 buah negara. (c) Pada abad ke-17, lebih 350 buah kapal terlibat dalam pelayaran ke luar negeri. 3 Perkapalan (a) Mempunyai kepakaran membina yang dilengkapi senjata, iaitu Kapal Shuinsen. (b) Membina kapal perdagangan seperti Higaki-kaisen dan Taru Kai-sen. (c) Pada abad ke-17, lebih 124 buah kapal dagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam. 4 Kebudayaan (a) Penyebaran agama Kristian, iaitu pada tahun 1582 terdapat 150 000 orang Kristian dan lebih daripada 200 buah gereja. (b) Pengaruh asing dalam bahasa Jepun seperti perkataan Portugis pao (roti), perkataan Sepanyol jabon (sabun), perkataan Belanda doek (itik). 1.4 Masyarakat Industri Definisi Masyarakat Industri 1 Masyarakat industri merujuk masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian, pengeluaran dalam skala yang besar dan perkhidmatan menggunakan mesin. 2 Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. 3 Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. 4 Masyarakat industri terdiri daripada dua golongan, iaitu: (a) pengusaha industri. (b) pekerja industri. Ciri-ciri Masyarakat Industri Kegiatan Ekonomi 1 Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran. 2 Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam pengeluaran barangan. 3 Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Pengkhususan Kerja 1 Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlaku pengkhususan kerja. 2 Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 10 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 11 Masyarakat Literasi dan Mempunyai Semangat Keusahawanan 1 Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan. 2 Masyarakat ini menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial. 3 Masyarakat ini juga merupakan pengusaha yang terlibat dalam pertumbuhan sektor perindustrian. 4 Mereka mempunyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi dalam bidang perindustrian. 5 Mereka mempunyai modal yang mencukupi bagi membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian. Kemunculan Kelas 1 Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu: (a) kelas kapitalis (pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong). (b) kelas pekerja. 2 Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan profesional dan menyebabkan berlakunya mobiliti sosial. 3 Kemunculan kelas dalam masyarakat industri berdasarkan pemilikan harta dan modal. Perkembangan Sains dan Teknologi 1 Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. 2 Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu dalam pertumbuhan sektor perindustrian. 3 Melahirkan golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi kegunaan perindustrian. Proses Urbanisasi 1 Proses urbanisasi atau penghijrahan melibatkan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan bekerja di kawasan kilang. 2 Proses urbanisasi ialah penghijrahan penduduk di luar bandar ke bandar. 3 Pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan bandar berlaku disebabkan oleh Revolusi Perindustrian. 4 Hal ini mengakibatkan berlakunya kesesakan di bandar-bandar perindustrian. Faktor dan Kesan Perkembangan Revolusi Perindustrian di England i-THINK Peta Pokok • Pertambahan penduduk • Kekayaan bahan mentah • Kemajuan pengangkutan • Perkembangan merkantilisme • Modal mencukupi • Pengaruhi Reformasi England • Revolusi Pertanian • Iklim yang sesuai untuk perindustrian • Kelemahan negara-negara lain • Kemajuan sains dan teknologi • Kestabilan politik di England • Pertambahan penduduk • Perubahan gaya hidup • Kemunculan golongan kelas menengah • Kemunculan golongan kelas proletariat • Kepupusan industri kecil • Kesesakan di bandar perindustrian • Pengkhususan kerja dan pengeluaran besar-besaran • Eksploitasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak • Kemajuan dalam pertanian • Perkembangan dalam industri tekstil • Muncul bandar perusahaan • Perdagangan • Perkembangan industri arang batu, besi dan keluli • Kemajuan pengangkutan Faktor Ekonomi Sosial Faktor dan Kesan Perkembangan Revolusi Perindustrian di England Kesan Rajah 1.3 Faktor dan kesan perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18 dan abad ke-19 N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 11 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 PB Latihan Stimulasi Faktor dan Kesan Perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman i-THINK Peta Pokok • Penyatuan Jerman • Kemajuan pertanian • Kemajuan dalam penyelidikan • Penubuhan koperasi • Penghapusan sistem guild • Penghijrahan penduduk ke bandar • Kekayaan bahan mentah • Kemajuan industri perkapalan • Kemajuan sistem pengangkutan • Galakan kerajaan • Penubuhan kartel • Kemunculan bank • Kemelesetan ekonomi • Kebajikan pekerja terpelihara • Kemajuan teknologi • Kemajuan penyelidikan • Pengeluaran besarbesaran • Imperialisme baharu • Peningkatan peranan kerajaan Faktor Ekonomi Sosial Faktor dan Kesan Perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman Kesan Rajah 1.4 Faktor dan kesan perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 dan abad ke-19 1 Beza dan bandingkan ciri-ciri sistem feudal di Jepun dan England. i-THINK Peta Buih Berganda Sistem Feudal di Jepun Sistem Feudal di England (d) (e) (a) (c) (b) (f) (g) N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 12 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 13 2 Senaraikan ciri susun lapis masyarakat feudal di Jepun secara ringkas. i-THINK Peta Pokok (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Maharaja Syogun Daimyo Susun Lapis Masyarakat Feudal di Jepun (Golongan Pemerintah) 3 Berikan faktor dan kesan perkembangan Revolusi Perindustrian di England. i-THINK Peta Pelbagai Alir (d) (e) (f) Perkembangan Revolusi Perindustrian di England (a) (b) (c) N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 13 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 PB 4 Nyatakan ciri-ciri masyarakat agraria di China. i-THINK Peta Dakap Kegiatan Ekonomi Kemajuan Teknologi (a) (b) (c) (d) Kaedah Penanaman Ciri-ciri Masyarakat Agraria (e) (f) (g) (h) (i) (j) 5 Nyatakan ciri-ciri masyarakat industri di England. i-THINK Peta Dakap Proses Urbanisasi Kegiatan Ekonomi (a) (b) (c) Kemunculan Kelas Ciri-ciri Masyarakat Industri (d) (e) (f) (g) (h) (i) N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 14 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 15 1 Huraikan susun lapis masyarakat feudal di England pada abad ke-16 Masihi. [20] Pendahuluan • Konsep sistem feudal • Ciri-ciri sistem feudal di England Isi-isi Penting 1 Raja • memiliki mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman • memiliki kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat • raja mendapat mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya • raja mendapat kesetiaan golongan bangsawan 2 Bangsawan • membantu raja dalam hal ehwal pentadbiran • mewarisi tanah yang dikurniakan oleh raja mengikut sistem primogeniture • dilantik sebagai pegawai pentadbir • diberi gelaran dan anugerah oleh raja • dikawal oleh raja tetapi raja memerlukan sokongan dan kesetiaan golongan bangsawan 3 Pahlawan (knight) • tugas knight sebelum abad ke-16 Masihi adalah untuk mempertahankan raja dan bangsawan serta memberi perkhidmatan dalam bidang ketenteraan • selepas abad ke-16 Masihi, kedudukan knight mula berubah • raja mewujudkan pasukan tentera sendiri • pasukan tentera tidak lagi didominasi oleh golongan knight 4 Petani • golongan petani berada di bawah penguasaan golongan bangsawan • mengusaha tanah milik tuan tanah dan mendapat perlindungan golongan tuan tanah • perkembangan berlaku dalam aktiviti pertanian komersial, perindustrian dan kemunculan bandar • golongan petani berhijrah ke bandar dan menjadi buruh upahan Penutup • Berlaku perubahan besar dalam hubungan antara raja dengan bangsawan dan antara petani dengan tuan tanah • Mula wujud mobiliti sosial dalam masyarakat Masyarakat feudal di England bermula pada abad ke-11 Masihi semasa pemerintahan William the Conqueror antara tahun 1066 hingga tahun 1087. Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis yang tersendiri. Dalam sistem feudal, kedudukan, Latihan Pengukuhan Esei Berpandu Calon perlu membincangkan tentang susun lapis masyarakat feudal di England pada abad ke-16 Masihi. Pemeriksa >Rangka Jawapan < Jawapan Lengkap N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 15 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 kuasa dan status setiap lapisan ditentukan oleh penguasaan ke atas tanah. Masyarakat feudal di England mempunyai sistem politik, ekonomi dan sosial yang mengalami perubahan menjelang abad ke-16 Masihi. Perubahan dalam peranan dan kedudukan berlaku akibat perkembangan pesat dalam bidang ekonomi. Perubahan ini juga membawa kesan besar ke atas susun lapis masyarakat feudal di England yang terdiri daripada golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja juga berkuasa mutlak dan menguasai segala sumber negara. Raja juga berkuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Menjelang abad ke-16 Masihi, Raja England mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya. Dalam bidang politik, raja berjaya menyekat pengaruh dan kuasa golongan bangsawan. Dalam bidang ekonomi, raja memperkenalkan tarif, cukai import dan eksport yang dapat meningkatkan perbendaharaan negara dan mengukuhkan kedudukan raja. Monarki mutlak juga berkuasa untuk melantik pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Pegawai pentadbir biasanya terdiri daripada golongan bangsawan. Bagi memastikan golongan ini sentiasa setia kepada raja, raja menganugerahkan gelaran kepada mereka. Dalam sistem feudal di England, golongan bangsawan menduduki lapisan kedua selepasraja. Mereka membantu raja dalam hal pentadbiran. Mereka juga dibenarkan mewarisi tanah yang dikurniakan oleh raja. Pewarisan tanah ini mengikut sistem primogeniture. Di samping itu, raja juga mengurniakan pelbagai gelaran seperti duke, baron dan earl kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan sokongan dan bantuan kewangan daripada mereka. Anugerah yang diterima ini dapat mengekalkan taraf golongan ini dan kedudukan mereka diiktiraf oleh masyarakat. Bagi menghargai anugerah dalam bentuk tanah dan gelaran yang diberi oleh raja, golongan bangsawan memberi kesetiaan kepada raja. Golongan pahlawan yang juga dikenali sebagai knight berada di bawah golongan bangsawan. Sebelum abad ke-16 Masihi, golongan ini memainkan peranan yang sangat penting. Mereka mempertahankan raja dan bangsawan serta menawarkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Mereka menerima pelbagai ganjaran termasuk tanah dan harta rampasan. Terdapat golongan knight yang memiliki tanah yang luas yang diusahakan oleh golongan serf. Selepas abad ke-16 Masihi, kedudukan golongan pahlawan ini mula berubah. Raja tidak lagi bergantung kepada golongan knight untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. Raja mewujudkan pasukan tenteranya sendiri untuk mempertahankan negara. Tentera diraja yang diwujudkan ini tidak lagi dianggotai oleh golongan knight sahaja tetapi juga oleh petani dan rakyat biasa. Namun, jawatan penting dalam pasukan tentera masih dijawat oleh golongan knight. Golongan petani merupakan golongan di bawah golongan pahlawan dan mewakili sebahagian besar daripada penduduk England pada masa itu. Sebelum abad ke-16 Masihi, golongan ini tinggal di manor dan mengusahakan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan tuan-tuan tanah. Mereka juga dikehendaki menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan manor tanpa kebenaran tuan tanah. Perkembangan ekonomi menjelang abad ke-16 Masihi membawa perubahan besar dalam kehidupan golongan petani. Ramai golongan petani mula berhijrah ke bandar akibat perkembangan pertanian komersial, perindustrian dan kemunculan bandar-bandar baharu. Tuan tanah membebaskan golongan serf dan mereka menjadi buruh upahan. Kesimpulannya, sistem feudalisme di England mengalami perubahan dengan kemunculan monarki berkuasa mutlak. Di samping itu, wujud juga perkongsian kuasa antara raja dengan parlimen. Perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial mengakibatkan mobiliti sosial dalam masyarakat. Keadaan ini juga menyebabkan kemunculan golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 16 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 17 2 Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi. [20] Pendahuluan • Pengertian masyarakat maritim • Keadaan geografi atau fizikal Jepun yang membawa kepada wujudnya masyarakat dan aktiviti maritim Isi-isi Penting 1 Petempatan • tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan bandar pelabuhan • kedudukan geografi mendorong masyarakat menjalankan ekonomi perdagangan 2 Kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu • mampu membina kapal besar meredah lautan • membina sebuah kapal bersenjata yang dikenali sebagai Kapal Shuinsen • kapal dagang Higaki-kaisen dan Taru-kaisen digunakan untuk perdagangan dalam negara 3 Penerokaan dan penjelajahan • 350 buah kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke Sepanyol, British dan Belanda • melancarkan 14 ekspedisi pelayaran ke China, Korea dan Amerika Syarikat 4 Kegiatan ekonomi • berasaskan perdagangan dan penangkapan ikan • mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entrepot • nelayan Jepun juga ialah penyelam mutiara yang handal 5 Sifat ingin tahu • ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain • mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius dan agama Kristian • tulisan Jepun berasal daripada huruf China • kosa kata bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis Penutup • Memberi sumbangan yang positif kepada perkembangan perdagangan di Jepun • Hubungan perdagangan membantu Jepun menerima ilmu dan teknologi baharu • Kepesatan perdagangan di Jepun berakhir apabila Kesyogunan Tokugawa mengamalkan dasar tutup pintu Jawapan Lengkap Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan syogun. Pada abad ke-16 Masihi, Oda Nabunaga (1534 – 1582) telah berjaya STPM KLON Calon perlu membincangkan sekurangkurang lima ciri masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi. Bagi mengukuhkan jawapan anda, masukkan contoh yang sesuai. Pemeriksa >Rangka Jawapan < N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 17 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 19 menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Pada abad ke-16 Masihi, pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Pada abad ke-17 Masihi, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu, iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara. Antara ciri masyarakat maritim di Jepun ialah petempatan. Lokasi petempatan masyarakat maritim Jepun adalah di pesisir pantai, kepulauan dan bandar pelabuhan. Lebih kurang 97 peratus wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat buah pulau terbesarnya, iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku, Okinawa dan Kyushu. Sebanyak 72 peratus pulau di Jepun bergunung-ganang dan sebahagiannya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim di Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan. Kedudukan geografi Jepun ini telah mendorong masyarakat maritim di Jepun menjalankan ekonomi perdagangan antara pulau-pulau utama di Jepun. Selain itu, ciri masyarakat maritim di Jepun ialah mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Pada awal pemerintahan Kesyogunan Tokugawa, mereka telah membina sebuah kapal yang dikenali sebagai Shuinsen. Kapal Shuinsen ini merupakan kapal layar bersenjata yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk belayar ke pelabuhanpelabuhan Asia Tenggara. Sementara itu, kapal dagang seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisen digunakan untuk perdagangan dalam negara. Kapal-kapal ini digunakan dalam laluan antara Osaka dan Edo. Di samping itu, ciri masyarakat maritim di Jepun ialah terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Menjelang awal abad ke-17 Masihi, lebih daripada 350 buah kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negara seperti Sepanyol, British dan Belanda. Matlamat utama pelayaran tersebut adalah untuk berdagang ke negara-negara lain. Menjelang abad ke-16 Masihi, pedagang Jepun terlibat dalam aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. Di samping itu, masyarakat maritim Jepun telah melancarkan 14 ekspedisi pelayaran ke China, Korea dan Amerika Syarikat. Seterusnya, ciri masyarakat maritim di Jepun ialah kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah berasaskan perdagangan dan penangkapan ikan. Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entrepot Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16 Masihi telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang dan barangbarang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera China dan produk-produk Asia Tenggara seperti gula dan kulit rusa. Lada dan rempahrempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China. Masyarakat maritim di Jepun juga terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang Jepun yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga merupakan penyelam mutiara yang handal. Akhir sekali, ciri masyarakat maritim di Jepun ialah mempunyai sifat ingin tahu. Sifat ini menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. Sebelum dasar tutup pintu pada abad-17 Masihi, masyarakat maritim di Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha, Konfusius dan agama Kristian. Ekoran sifat ingin tahu ini, masyarakat Jepun menerima pengaruh agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh dari Portugal bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal daripada huruf China dan kosa kata bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Kesimpulannya, masyarakat maritim Jepun telah memberi sumbangan yang positif kepada perkembangan perdagangan di Jepun. Hubungan N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 18 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 19 perdagangan antara Jepun dengan China, Korea, negara-negara Asia Tenggara dan negara-negara Eropah membantu Jepun menerima ilmu dan teknologi baharu dari negara-negara tersebut. Walau bagaimanapun, kepesatan perdagangan di Jepun telah berakhir secara mendadak pada tahun 1630-an apabila pemerintahan Kesyogunan Tokugawa mengamalkan dasar tutup pintu. 3 Jelaskan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-17 Masihi. [20] Pendahuluan • Konsep masyarakat agraria • Latar belakang sistem pertanian dalam masyarakat kepada wujudnya masyarakat dan aktiviti pertanian Isi-isi Penting 1 Petempatan • mendirikan petempatan di lembah sungai • mempunyai mendapan tanah loes yang subur • terdapat petempatan di tanah pamah • membuka kawasan petempatan di kawasan dataran tinggi 2 Kegiatan ekonomi • menjalankan pertanian sara diri dan pertanian komersial • tanaman utama ialah padi, gandum, bijirin • tanaman komersial dijalankan setelah kegiatan kapitalisme bertapak di China 3 Kemahiran sistem pengairan • mahir membina terusan untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir • membina empangan untuk membekalkan air ke kawasan pertanian • membina tembok untuk mengelakkan banjir 4 Kemajuan dalam teknologi pertanian • tenggala penabur benih dicipta untuk membina alur, parit atau lekuk di permukaan tanah • kereta sorong beroda dua digunakan untuk mengangkut barang 5 Kemahiran memelihara kesuburan tanah • mengekalkan kesuburan tanah • menggunakan baja untuk meningkatkan hasil pertanian • mengamalkan sistem penanaman bergilir Penutup • Dibantu oleh dasar-dasar Maharani China • Mengutamakan bidang agraria yang dapat meningkatkan hasil pertanian • Masyarakat China dapat meningkatkan taraf hidup Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang kegiatan dan pengeluaran ekonominya bertumpu kepada pertanian. Kegiatan pertanian merujuk kepada aktiviti bercucuk tanam, penternakan, pemungutan hasil hutan dan sungai. Masyarakat agraria mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri, bermula dengan pertanian pindah sehinggalah mengusahakan Calon perlu menjelaskan ciri-ciri masyarakat agraria di China dari aspek kegiatan ekonomi, lokasi, kemahiran teknologi dan kaedah-kaedah baharu pertanian yang telah diperkenalkan atau dilaksanakan dalam pertanian. Pemeriksa >Rangka Jawapan < Jawapan Lengkap N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 19 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 21 pertanian tetap. Pada abad ke-16 Masihi dan ke-17 Masihi menyaksikan masyarakat agraria berada di bawah pemerintahan dan penguasaan Dinasti Ming dan Dinasti Ching di China. Ciri pertama masyarakat agraria di China ialah petempatan yang didiami oleh mereka. Sejajar dengan kegiatan ekonomi bercucuk tanam, mereka mendirikan petempatan di sekitar kawasan yang mempunyai mendapan tanah loes yang subur di lembah sungai seperti lembah Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. Tumpuan kawasan petempatan adalah antara kawasan Timur Laut China dengan Mongolia, iaitu dataran tanah loes yang subur serta diairi oleh Sungai Kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning pula terletak kawasan tengah yang luas dan diairi oleh Sungai Yangtze yang sememangnya memberikan sumbangan dan mempengaruhi kehidupan dan aktiviti masyarakat agraria di China. Ciri kedua masyarakat agraria ialah kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian. Kegiatan ekonomi yang diamalkan ialah pertanian sara diri dan pertanian komersial. Pada peringkat awal, masyarakat agraria di China mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu menjalankan aktiviti pertanian sekadar untuk menampung keperluan harian sahaja. Mereka mengusahakan penanaman padi sawah di lembah Sungai Kuning dan lembah Sungai Yangtze sebagai aktiviti ekonomi utama bagi mendapatkan bekalan makanan. Masyarakat ini juga menjalankan penanaman gandum di bahagian dataran tinggi utara China seperti di wilayah Shantung, Shensi dan bahagian utara Anhui dan Hupeh. Antara bijirin lain yang ditanam ialah barli, sekoi, kaoliang dan oat. Masyarakat agraria yang tinggal di kawasan tanah tinggi pula mengusahakan tanaman padi huma dan kekacang. Menjelang abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi, pertanian komersial dijalankan kerana kegiatan kapitalisme mula bertapak di China. Tanaman komersial yang diusahakan ialah tebu, kapas, tembakau dan mulberi. Ciri ketiga masyarakat agraria ialah kemahiran menguruskan sistem pengairan. Pada zaman Dinasti Ming, masyarakat agraria mula mengalami perubahan, iaitu mampu menguruskan sistem saliran secara sistematik. Petani mampu membina terusan bagi mengawal aliran sungai, mengairi kawasan pertanian dengan mencukupi dan memastikan tidak berlaku limpahan yang membawa kepada berlakunya banjir. Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan kolam takungan air. Terusan digunakan untuk mengangkut hasil pertanian dan menyalurkan air menggunakan pam yang digerakkan oleh tenaga manusia atau binatang. Masyarakat agraria ini juga telah membina empangan untuk membekalkan sumber air dan menambak tanah untuk mengelakkan kejadian banjir. Ciri keempat masyarakat agraria di China ialah kemajuan dalam teknologi pertanian. Dinasti Ming telah memperkenalkan pelbagai jenis peralatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Mereka telah mencipta tenggala penabur benih untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah untuk menabur benih. Kereta sorong beroda dua pula digunakan untuk memudahkan proses mengangkut barangan. Peralatan lain yang digunakan dalam pertanian ialah cangkul, sabit, penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda juga digunakan. Ciri kelima masyarakat agraria di China ialah kemahiran memelihara kesuburan tanah. Mereka mempunyai pengetahuan tentang pemeliharaan kesuburan tanah pertanian. Petani menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan hasil pertanian. Sejak Dinasti Ming lagi, mereka telah menggunakan kaedah tanaman bergilir. Dalam kaedah ini, tanaman baharu seperti ubi kentang, jagung dan kekacang diperkenalkan. Kaedah lain yang diperkenalkan ialah tanaman dua musim. Dalam kaedah ini, padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dari Vietnam Selatan. Kaedah ini juga membolehkan tanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam semusim di tanah yang sama. Kesimpulannya, aktiviti pertanian di China banyak dibantu oleh dasar-dasar Maharani China. Baginda mengutamakan bidang agraria yang dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Hal ini dapat dilihat dari aspek pemilikan tanah dan sistem percukaian. Pembaharuan sejak Dinasti Ming membantu masyarakat agraria di China membaiki taraf hidup dan membolehkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan secara mudah. Masyarakat China mengutamakan pertanian sebagai tulang belakang ekonomi negara. N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 20 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 21 Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-17 Masihi. [20] 2 Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-17 Masihi. [20] 3 Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 Masihi. [20] 4 Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di England pada abad ke-18 Masihi. [20] STPM KLON STPM KLON N&L STPM Sej Dunia(B1).indd 21 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 PB 2.1 Institusi Pemerintahan Sistem Beraja di China (Abad ke-16 hingga Abad ke-20) 1 Terdapat dua dinasti yang memerintah, iaitu Dinasti Ming (1368 – 1644) dan Dinasti Ching (1644 – 1911) dari abad ke-16 hingga abad ke-20. 2 Kedudukan politik maharaja diakui berdasarkan konsep mandat dari syurga, iaitu maharaja ialah wakil dari syurga. 3 Maharaja berperanan mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat. Maharaja mendapat penghormatan yang tinggi oleh rakyat. 4 Maharaja mengamalkan ajaran Konfusianisme yang sangat menekankan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. 5 Maharaja yang baik mestilah taat dan setia kepada Tuhan, manakala rakyat pula dikehendaki taat dan setia kepada pemerintah. 6 Di China, maharaja berperanan dalam bidang eksekutif, iaitu dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. 7 Pentadbiran dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan. Maharaja perlu mengagih-agihkan kuasa kepada pentadbiran pusat dan wilayah. 8 Maharaja berkuasa mutlak dalam melantik dan meluluskan kenaikan pangkat pegawaipegawai kerajaan. 9 Dari segi perundangan, maharaja berkuasa mutlak dalam penggubalan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang dan mengendalikan kes rayuan pengampunan. 10 Dari segi ketenteraan, maharaja ialah ketua tentera yang bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada serangan luar. Maharaja juga berperanan menjalankan usaha penyatuan empayar. 11 Dari segi ekonomi pula, maharaja menguasai ekonomi negara seperti tanah, cukai dan hasil bumi. Selain itu, maharaja bertanggungjawab untuk mengambil langkah memajukan sektor pertanian dan perdagangan. 12 Maharaja perlu memastikan bidang pendidikan di China berkembang pesat dengan menjadi penaung dalam bidang pembelajaran dan memberi bantuan kewangan bagi menerbitkan kitab dan ensiklopedia. 13 Dari segi agama, maharaja bertindak sebagai ketua agama dan mengetuai upacara pemujaan. Sistem Pembesar di China (Abad ke-16 hingga Abad ke-20) 1 Pembesar merupakan pegawai kerajaan yang melaksanakan semua bidang tugas yang diarahkan oleh maharaja. 2 Pembesar bertanggungjawab untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dengan baik dan menasihati maharaja berkaitan dengan pemerintahan. 3 Pembahagian tugas golongan pembesar mengikut kelas berdasarkan kepentingan jabatan masing-masing. 4 Pembesar pusat ialah pembesar paling kanan dan rapat dengan maharaja. 5 Maharaja menubuhkan beberapa unit pentadbiran dalam pemerintahan pusat seperti Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis. 6 Pembesar wilayah dan daerah pula berkuasa dan bertanggungjawab penuh NOTA Ekspres BAB 2 Pemerintahan dan Pentadbiran N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 22 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 23 kepada maharaja dan kerajaan pusat. Para pembesar wilayah dan daerah berperanan mengutip cukai, memelihara keamanan dan menyelesaikan pertikaian. 7 Pembahagian empayar dibahagikan kepada wilayah, daerah, lingkungan dan jajahan. Peringkat wilayah ditadbir oleh gabenor, manakala setiap daerah diketuai oleh bendahari dan hakim, setiap lingkungan pula ditadbir oleh Tao Tai dan peringkat jajahan oleh ketua jajahan. 8 Maharaja meletakkan tanggungjawab untuk menguruskan pemerintahan daerah kepada pegawai awam, tentera, pegawai dan pengawas kerajaan. 9 Lembaga Penapis atau Censorate ditubuhkan oleh maharaja bertujuan untuk menjamin taat setia pembesar terhadap maharaja. Lembaga ini bertindak sebagai pengintip untuk memaklumkan setiap aktiviti pembesar kepada maharaja sama ada patuh atau ingkar kepada maharaja. Sistem Beraja di Rusia (Abad ke-16 hingga Abad ke-20) 1 Pemerintahan Dinasti Romanov berlangsung selama 304 tahun, iaitu bermula dari tahun 1613 hingga 1917. 2 Dinasti Romanov mencapai kegemilangannya di bawah pemerintahan Tsar Ivan III yang terkenal dengan gelaran Ivan the Great. 3 Pemerintahan Tsar Peter the Great (1689 – 1725) telah membawa pembaharuan kepada empayar Rusia dari segi politik, ekonomi, sosial dan peluasan kuasa. 4 Tsar Peter the Great telah merombak institusi pentadbiran Rusia seperti Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. 5 Tsar Peter the Great turut meluaskan kuasa dengan menawan Turki dan Sweden. 6 Dari segi ekonomi, Tsar Peter the Great memberikan sokongan kepada sektor perkilangan seperti pembuatan makanan, pembuatan tekstil dan pembuatan besi untuk pasaran Eropah. 7 Selain itu, Tsar Peter the Great turut memperkenalkan kaedah banci untuk memastikan sistem kutipan cukai kepala berjalan lancar. 8 Tsar Peter the Great sangat mementingkan pembangunan pendidikan di Rusia dengan menubuhkan banyak pusat pendidikan ketenteraan dan menghantar ramai pelajar Rusia ke Barat untuk menuntut ilmu pengetahuan. 9 Tsar Alexander I (1801 – 1825) merupakan Tsar yang sangat terkenal pada abad ke-19. Antara perkembangan yang dilakukan oleh baginda adalah seperti berikut. (a) Dasar luar negara (i) Menandatangani perjanjian dengan Napolean di Tilsit. (ii) Melancarkan kempen ketenteraan terhadap Turki dan merampas wilayah Bessarabia dari Turki. (iii) Menyatukan Finland dalam empayar Rusia. (b) Dasar liberal dilaksanakan dalam sistem pemerintahannya. (i) Menerima pendidikan liberal daripada guru-guru dari Eropah Barat seperti Laharpe. (ii) Dipengaruhi oleh idea ahli fikir ‘Enlightenment’ yang terkenal seperti Voltaire dan Rousseau. (c) Dasar dalam negeri (i) Penubuhan jawatankuasa tidak rasmi. (ii) Menindas pasukan polis khas kerana melakukan penyeksaan terhadap tahanan politik. (iii) Membebaskan tahanan politik. (iv) Reformasi pendidikan, iaitu menubuhkan tiga buah universiti, sistem persekolahan awal diperkenalkan dan buku-buku boleh diimport. (v) Rancangan mengadakan pilihan raya bagi Duma telah ditentang oleh golongan bangsawan. (vi) Pembebasan hamba daripada tuan tanah. (d) Dasar antiliberal berlaku selepas peristiwa pembunuhan Kotzebue yang menjadi alasan untuk tidak menyokong golongan liberal. (e) Berlaku Komplot Disemberis oleh tokohtokoh pemulihan selepas kemangkatan Tsar Alexander I untuk melancarkan pemberontakan terhadap Tsar. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 23 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 10 Tsar Nicholas I (1825 – 1855) mengamalkan pemerintahan autokratik dan berkuasa mutlak. 11 Baginda mengambil tindakan tegas untuk menyekat perkembangan liberalisme di Rusia dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut. (a) Melakukan kawalan terhadap institusi pendidikan dengan mengehadkan pelajar ke sekolah menengah, mengawasi penuntut universiti dan tidak dibenarkan membaca karya yang telah diharamkan. (b) Mengadakan sekatan terhadap penulis kerana mereka tidak dibenarkan menulis perkara yang mencabar kewibawaan pemerintah dan menentang dasar kerajaan. (c) Membuang negeri golongan intelek ke Siberia kerana menentang pemerintahannya. (d) Mengadakan dasar terhadap penentang Slavophil kerana Alexander Herzen hendak menggulingkan pemerintahan Tsar. (e) Berlaku pemberontakan petani kerana tuan-tuan tanah telah memenjarakan dan merantai petani. (f) Mengadakan dasar luar Tsar Nicholas I. (i) Melancarkan perang terhadap Parsi. (ii) Menguasai kawasan strategik sepanjang Sungai Amur dari China. (iii) Menandatangani Perjanjian Adrianople untuk mendapatkan hak bagi kapal-kapal Rusia belayar di Selat Dardanella dan Bosphorus. (iv) Rusia mengawal lalu lintas di laut Hitam. (v) Cuba memecahkan empayar Turki dengan persetujuan Britain. (vi) Terlibat dalam Perang Crimea dengan Britain setelah gagal mencapai persetujuan. (g) Hubungan dengan Poland kurang baik kerana baginda telah memecat pegawai Poland dalam perkhidmatan awam, menapis buku-buku yang diterbitkan, tidak memanggil Persidangan Parlimen Poland pada tahun 1826 dan membatalkan rancangan memasukkan Lithuania dalam kawasan Poland. 12 Tsar Alexander II (1885 – 1881) memerintah semasa Rusia mengalami zaman kemerosotan. Baginda telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan. Antaranya adalah seperti berikut: (a) Membebaskan hamba abdi untuk mengatasi masalah kekurangan buruh kilang di bandar. (b) Memperkenalkan Zemstvo 1864 untuk memecahkan monopoli golongan bangsawan dalam Dewan Perhimpunan. Semua orang diberi hak memilih anggota Majlis Daerah (Zemstvo) manakala anggota Majlis Daerah (Zemstvo) akan memilih anggota Zemstvo Wilayah. Antara peranan Majlis Daerah (Zemstvo) dan Zemstvo Wilayah ialah: (i) membaiki jalan raya dan jambatan. (ii) menguruskan pendidikan dan kesihatan awam. (iii) menjalankan Jaksa Pendamai. (c) Pembaharuan dalam sistem pentadbiran (d) Pembaharuan dalam bidang ketenteraan (e) Kebebasan akhbar 13 Tsar Alexander III (1881-1894) meneruskan langkah pembaharuan yang diusahakan oleh Tsar Alexander II. 14 Baginda juga melaksanakan beberapa langkah untuk mengekang golongan revolusioner seperti Rajah 2.1. 15 Pemerintah Rusia yang terakhir, Tsar Nicholas II (1894 – 1917) menentang kewujudan Parlimen dan mengamalkan dasar pemerintahan autokratik. 16 Tsar Nicholas II menekankan pembangunan ekonomi dan pendidikan di Rusia. 17 Tsar Nicholas II menghadapi penentangan daripada golongan berpendidikan tinggi atau intelligentsia dan Parti Buruh Sosial Demokrat. 18 Masyarakat Rusia memilih pemerintahan secara monarki berperlembagaan sehingga menyebabkan Nicholas II mengisytiharkan manifesto pada 17 Oktober 1905. 19 Selepas Perang Dunia Pertama, Rusia menghadapi krisis politik. Nicholas II turun takhta dan digantikan oleh Grand Duke Michael yang belum bersedia menjadi Tsar. Akhirnya, Rusia menjadi sebuah republik pada 17 Mac 1917. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 24 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 25 i-THINK Peta Buih Langkahlangkah Tsar Alexander III Menghalang Kemaraan Revolusioner Mengawal institusi pendidikan Menyekat kebebasan akhbar Dasar anti-Yahudi Mengubah Zemstvo Dasar Pengrusiaan Mengubah dasar agama Melantik Kapitan Tanah Rajah 2.1 Langkah-langkah Tsar Alexander III menghalang kemaraan revolusioner di Rusia Sistem Pembesar di Rusia (Abad ke-16 hingga Abad ke-20) 1 Sistem pentadbiran di Rusia dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. 2 Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sabor diganti dengan Majlis Senat. 3 Golongan bangsawan membantu Tsar mentadbir, memiliki tanah dan berkhidmat dalam bidang ketenteraan. 4 Tsar Alexander I memperkenalkan perubahan dalam pemilihan anggota Duma. 5 Pada zaman pemerintahan Alexander II, Dewan Perhimpunan Wilayah telah diberi tanggungjawab untuk mentadbir negara. 6 Majlis Daerah atau Zemstvo memiliki kuasa politik yang terhad. 7 Pentadbiran kampung diuruskan oleh Komun atau Majlis Kampung. i-THINK Peta Pokok Menentukan jenis tanaman Menyediakan khidmat tentera Menjadi mata dan telinga kerajaan pusat Tugas Komun Rajah 2.2 Tugas-tugas Komun 8 Pentadbiran raja berkuasa mutlak di Rusia telah membawa kepada pembentukan Polis Rahsia Khas yang bertujuan mengawal rakyat daripada pemberontakan. 9 Selain itu, menteri-menteri juga dilantik oleh Tsar untuk memajukan perkembangan ekonomi di Rusia. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 25 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 27 Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan di England (Abad ke-16 hingga Abad ke-18) 1 Sistem pemerintahan beraja mutlak bermula sejak penghujung abad ke-15 yang diasaskan oleh Raja Henry VII (Dinasti Tudor). 2 Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat bersetuju menerima sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak untuk menamatkan keadaan huru-hara di England. 3 Raja-raja Tudor masih menghormati prinsip perbatasan pemerintah seperti yang terkandung dalam Magna Carta, iaitu piagam politik untuk mengawal kuasa raja. Parlimen England 1 Parlimen England terdiri daripada golongan kaya dan berpengaruh. 2 House of Lords ialah golongan tuan tanah yang kaya, bishop dan kerabat diraja. 3 House of Commons ialah golongan knight, orang kaya dan peguam. 4 House of Lords lebih berkuasa daripada House of Commons kerana wujud hubungan yang rapat dalam kalangan ahli House of Lords. 2.2 Negara Bangsa 1 Ciri-ciri negara bangsa adalah seperti Rajah 2.3. i-THINK Peta Bulatan • Negara yang bebas daripada konsep dunia empayar. • Bebas daripada kedaulatan raja mutlak. • Berteraskan satu bangsa, satu bahasa, satu kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. • Raja berhak mengisytiharkan perang, mengutip cukai, mentadbir dan melaksanakan undang-undang. Negara Bangsa Buku rujukan Internet Guru sejarah Rajah 2.3 Ciri-ciri negara bangsa 5 Pada awal abad ke-17, berlaku perubahan dalam pemerintahan England. Pemerintahan Mutlak Raja James I, Raja Charles I dan Oliver Cromwell 1 Pada masa pemerintahan Raja James I (1603 – 1625), Parlimen mengehadkan kuasa raja. 2 Raja James I berpegang kepada kedudukan raja mengatasi undang-undang yang digubal oleh manusia. Raja James I mendapat tentangan daripada golongan gentry dan bourjois (golongan puritan). 3 Raja James I menaikkan cukai ke atas rakyat dengan sesuka hati tanpa mendapat kebenaran Parlimen. 4 Keadaan bertambah buruk apabila Raja Charles I menaiki takhta (1625 – 1649) bagi menggantikan ayahandanya, Raja James I. 5 Raja Charles I cuba mendapatkan peruntukan tambahan daripada Parlimen. 6 Raja Charles I juga mewujudkan pelbagai masalah dalam bidang agama seperti memperketat larangan terhadap golongan puritan untuk melakukan aktiviti dan kepercayaan agama mereka. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 26 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 27 7 Oliver Cromwell dilantik menggantikan Raja Charles I yang dijatuhkan hukuman bunuh. 8 Oliver Cromwell membubarkan Parlimen dan menubuhkan kerajaan baharu, iaitu Protectorate. Pemerintahan Monarki Raja Charles II dan Pemerintahan Raja Berperlembagaan 1 Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang. 2 Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, digantikan oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. 3 Raja James II telah disingkirkan. Marry II dan Raja William of Orange telah ditabalkan sebagai Raja England yang baharu tanpa berlaku pertumpahan darah. 4 Parlimen meluluskan Toleration Act and Bill of Rights pada tahun 1699. Bill of Rights menegaskan bahawa raja tidak boleh memansuhkan atau menggubal manamana undang-undang dengan sewenangwenangnya. Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan di Perancis (Abad ke-16 hingga Abad ke-18) 1 Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai sebuah negara yang berkuasa di Eropah menggantikan Sepanyol. 2 Pemerintahan raja mutlak diterajui oleh Raja Louis XIV (1643 – 1715) yang dikenali sebagai Grand Monarch yang memerintah selama 72 tahun. 3 Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, baginda berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis. 4 Dasar yang diwujudkan oleh Raja Louis XIV ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1 Dasar-dasar oleh Raja Louis XIV di Perancis Dasar Keterangan Dasar dalam negara • Baginda menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama. • Baginda melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya menjalankan urusan pentadbiran. Dasar ekonomi Melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai sebuah negara yang makmur. Dasar ketenteraan • Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan. • Raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Dasar agama • Raja memaksa golongan bukan Katolik, iaitu Huguenot (Calvinist) untuk menerima agama Katolik. • Seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England, Amerika Syarikat dan Holland. Dasar luar negara Wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine. Struktur Kerajaan Republik Ketiga Perancis 1 Struktur pemerintahan Kerajaan Republik Ketiga Perancis terdiri daripada Parlimen dan Kabinet. 2 Parlimen terdiri daripada dua badan, iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. 3 Peranan dan bidang kuasa badan-badan tersebut adalah seperti Jadual 2.2. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 27 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 29 Jadual 2.2 Struktur pemerintahan Kerajaan Republik Ketiga Perancis Badan Pemerintahan Keterangan Parlimen • Badan perundangan tertinggi dalam pemerintahan. • Peranan dan bidang kuasa: – Mempunyai kuasa untuk membincang dan mengemukakan resolusi berkaitan dengan masalah yang dikemukakan kepada badan tersebut. – Mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. – Terlibat dalam pemilihan Presiden. Dewan Senat • Mempunyai 300 orang anggota. • Seramai 75 orang anggota Perhimpunan Kebangsaan dan memegang jawatan seumur hidup. • Seramai 100 orang anggota ditukar tiga tahun sekali. Dewan Perwakilan • Terdiri daripada 584 orang anggota. • Tempoh perkhidmatan ialah empat tahun. Presiden • Memegang jawatan selama tujuh tahun. • Kerabat diraja tidak layak bertanding bagi jawatan Presiden. • Peranan dan bidang kuasa: – Bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang. – Berkuasa untuk menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain. – Berkuasa untuk membubarkan Parlimen dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula. Kabinet • Diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden. • Dipilih daripada anggota Dewan Perwakilan. • Ciri-ciri utama: – Menyertai perbahasan dalam kedua-dua dewan di Parlimen. – Hanya boleh mengundi dalam dewan yang dianggotai oleh mereka. • Fungsi utama: – Bertanggungjawab untuk merangka dasar pentadbiran negara. – Membuat keputusan berkaitan isu-isu penting. – Meluluskan undang-undang. – Melantik pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan. Negara Kesatuan di Perancis (Abad ke-18 hingga Abad ke-19) 1 Negara kesatuan ialah pemusatan semua kuasa kepada kerajaan pusat, manakala kerajaan tempatan mempunyai kuasa yang terhad. 2 Beberapa wilayah dibentuk dan diberi kuasa mentadbir yang disalurkan dari pusat pemerintahan. 3 Wilayah merupakan agen kepada kerajaan pusat. 4 Pertindihan kuasa tidak berlaku dalam negara kesatuan kerana segala keputusan dibuat oleh pemerintahan pusat. 5 Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan (department) dan setiap kawasan dibahagikan kepada daerah (cantons) dan commune. 6 Kerajaan pusat di kawasan bandar diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor). Keputusan yang diambil oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda atau dibatalkan oleh kerajaan pusat. Negara Persekutuan di Amerika Syarikat (Abad ke-18 hingga Abad ke-19) 1 Negara Persekutuan ialah bentuk kerajaan yang mempraktikkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. 2 Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang bebas dan kemudian berada di bawah satu perlembagaan pusat. 3 Wilayah atau negeri yang bergabung di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat dibenarkan menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan. Hal ini kerana setiap wilayah atau negeri mempunyai sejarah yang berbeza-beza. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 28 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 29 Penyatuan Negara Bangsa Itali (Abad ke-19) 1 Selepas tahun 1815, Itali dikuasai oleh kuasakuasa asing. Austria merupakan kuasa asing yang paling berpengaruh. 2 Itali terdiri daripada beberapa buah negeri yang mempunyai sistem pemerintahan yang berlainan. 3 Antara tokoh yang mendorong gerakan penyatuan negara bangsa Itali ialah Guiseppe Garibaldi, Mazzini dan Count Camillo Benso de Cavour. Penyatuan Negara Bangsa Jerman (Abad ke-19) 1 Sebelum abad ke-19, Jerman terdiri daripada 360 buah negeri kecil yang mempunyai pemerintahan masing-masing. 2 Pemimpin Eropah membuat keputusan untuk membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri selepas Perang Napoleon tamat. 3 Dua buah negeri yang paling berpengaruh di Jerman ialah Prusia dan Austria. 4 Penyatuan negara bangsa Jerman dihalang oleh beberapa faktor seperti: (a) kebangkitan Revolusi 1848. (b) tiada pemimpin yang cekap. (c) tiada petanda yang menunjukkan nasionalis Prusia atau Austria akan mengalami penyatuan. 5 Pada tahun 1871, Jerman berjaya disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat. 6 Otto Eduard von Bismarck merupakan tokoh yang telah menyatukan negara bangsa Jerman. Beliau telah dipilih menjadi ahli Parlimen Prusia yang dikenali sebagai Diet Bersatu. Beliau mula mengamalkan sikap anti-Austria ekoran daripada sikap angkuh Austria yang menerajui Diet Bersatu. 7 Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Prusia pada tahun 1862. 8 Bismarck menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat, iaitu: 4 Perlembagaan Amerika Syarikat terdiri daripada gabungan 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britain. 5 Amerika Syarikat merupakan sebuah negara contoh yang mampu mengawal kedudukan politik dan ekonomi antarabangsa. i-THINK Peta Buih Menandatangani perjanjian dengan Napoleon III Mengukuhkan kerajaan Piedmont Melakukan provokasi terhadap Austria Mendapatkan bantuan Perancis dan Britain Menyertai usaha pembentukan Persatuan Kebangsaan Melibatkan Piedmont dalam Perang Krimea Langkahlangkah ke Arah Penyatuan Itali oleh Count Camillo Benso de Cavour Rajah 2.4 Langkah-langkah ke arah penyatuan Itali oleh Count Camillo Benso de Cavour N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 29 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 PB (a) peringkat pertama (1864 – 1870), beliau melancarkan peperangan menentang negara-negara asing yang menguasai negeri-negeri Jerman. (b) peringkat kedua selepas tahun 1871, beliau mengukuhkan negeri-negeri yang dibebaskan daripada kuasa-kuasa asing. Siri Peperangan 1 Bismarck telah melancarkan beberapa siri peperangan menentang Denmark, Austria dan Perancis. 2 Dalam siri peperangan dengan Denmark, Prusia berjaya menewaskan Denmark dengan mudah. 3 Menurut Perjanjian Gastein 1865, Schleswig diserahkan kepada Prusia manakala Holstein diserahkan kepada Austria. 4 Bismarck melancarkan peperangan dengan Austria bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh negara tersebut. 5 Pada bulan Jun 1886, tercetusnya peperangan dengan Austria dan Prusia yang dikenali sebagai Perang Tujuh Minggu. 6 Prusia berjaya mengalahkan tentera Austria dan Perjanjian Prague ditandatangani. 7 Perancis menuntut negeri-negeri Jerman Selatan diserahkan kepadanya. 8 Bismarck melancarkan peperangan dengan Perancis pada bulan Julai 1870 bagi menyempurnakan penyatuan negeri-negeri di Jerman. 9 Berikut merupakan langkah-langkah penyatuan negara bangsa Jerman selepas tahun 1871. i-THINK Peta Pokok Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah Memperkenalkan Perlembagaan Jerman Menyeragamkan sektor ekonomi Menyekat pengaruh gereja Membangunkan sektor perindustrian Memajukan sektor pertanian dan perdagangan Pemulihan sosial Langkah-langkah Penyatuan Negara Bangsa Jerman Rajah 2.5 Langkah-langkah penyatuan negara bangsa Jerman N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 30 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 31 Latihan Stimulasi 1 Senaraikan bidang kuasa Maharaja China dalam rajah berikut. i-THINK Peta Pokok (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Bidang Eksekutif Bidang Perundangan Bidang Keagamaan Kuasa Maharaja di China 2 Lengkapkan urutan pemerintahan raja-raja Rusia dari tahun 1689 hingga 1917. i-THINK Peta Alir (a) (1689 – 1725) (b) (1762 – 1796) (c) (1801 – 1825) (d) (1825 – 1855) (e) (1855 – 1881) (f) (1881 – 1894) (g) (1894 – 1917) N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 31 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 PB 3 Senaraikan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Tsar Alexander II di Rusia. i-THINK Peta Pokok (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Memperkenalkan Zemstvo Pentadbiran Undang-undang Bidang Ketenteraan Pembaharuan oleh Tsar Alexander II 4 Nyatakan nama pemerintah berkuasa mutlak di England berdasarkan tindakan berikut. Tindakan Nama Pemerintah (a) Berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja (b) Memperkenalkan pelbagai jenis cukai (c) Menjalankan pemerintahan bercorak kediktatoran tentera (d) Mengisytiharkan Declaration of Indulgence untuk memansuhkan tradisi penganut Katolik 5 Senaraikan sumbangan Giuseppe Mazzini dalam menyatukan Itali. (a) (b) (c) (d) Sumbangan Giuseppe Mazzini dalam Menyatukan Itali N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 32 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 33 1 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman selepas tahun 1871. [20] Pendahuluan • Latar belakang Otto von Bismarck • Penyatuan negara Jerman peringkat pertama (1864 hingga 1870) Isi-isi Penting 1 Memperkenalkan Perlembagaan Jerman • memperuntukkan kuasa untuk menubuhkan sebuah Parlimen • terdapat dua badan utama – Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja • majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai kuasa pembatal • kuasa berpusat di tangan Canselor dan Kaiser • Bismarck mempunyai kuasa untuk mengukuhkan penyatuan Jerman 2 Menyeragamkan sistem ekonomi • sistem ekonomi yang teratur dan cekap diperkenalkan • sistem pencukaian, mata wang serta sistem sukatan dan timbangan yang seragam diperkenalkan di seluruh negara • sistem perhubungan – jaringan jalan raya dan landasan kereta api disediakan • mendapat sokongan daripada golongan peniaga dan pengilang 3 Membangunkan sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian • langkah-langkah diambil untuk menjadikan Jerman sebuah negara perindustrian • menubuhkan Kartel untuk menyelaraskan pertumbuhan industri • langkah-langkah diambil untuk membangunkan sektor pertanian dan perdagangan • undang-undang tarif diperkenalkan untuk menyekat import 4 Menyekat pengaruh gereja • paderi Gereja Roman Katolik • Paus ingin mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal politiknya • Bismarck memulakan pergerakan antigereja – Kulturkampf • Undang-undang Mei dikuatkuasakan 5 Melaksanakan pemulihan sosial • rancangan sosial diperkenalkan bagi merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin • undang-undang diperkenalkan untuk membaiki taraf hidup gologan pekerja kilang • Undang-undang Insurans Sakit dan Undang-undang Insurans Masa Tua juga diperkenalkan Penutup • Bismarck berjaya menyatukan negeri-negeri kecil • Membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman • Menjalankan reformasi politik, ekonomi dan sosial untuk menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat di Eropah Latihan Pengukuhan Esei Berpandu >Rangka Jawapan < Calon perlu membincangkan tentang langkah-langkah yang diambil oleh Otto von Bismarck untuk menyatukan Jerman selepas tahun 1871. Pemeriksa N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 33 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 35 Otto von Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia dalam kalangan Junker, iaitu golongan bangsawan yang memiliki tanah. Beliau dipilih sebagai wakil Parlimen oleh Raja Frederick William IV pada tahun 1847. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Prusia oleh Raja William I pada tahun 1862. Beliau telah menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama, antara tahun 1864 hingga 1870, beliau telah berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis untuk menyatukan negeri-negeri Jerman di bawah penguasaan Prusia. Selepas itu, Bismarck telah melancarkan peringkat kedua rancangan penyatuan Jerman bagi menyatukan rakyat Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu dan maju. Bismarck telah mengambil langkah-langkah politik, ekonomi dan sosial untuk menjayakan rancangannya. Dalam bidang politik, Bismarck telah memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman untuk mengukuhkan penyatuan Jerman. Perlembagaan ini merintis jalan untuk penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada dua buah dewan, iaitu Majlis Persekutuan (Bundestag) dan Diet Maharaja (Reichstag). Majlis Persekutuan merupakan dewan yang terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dari semua negeri Jerman manakala Diet Maharaja dianggotai oleh 400 ahli yang dipilih oleh rakyat Jerman. Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja. Perlembagaan Jerman memberi kuasa penuh kepada Canselor dan Kaiser. Canselor mempunyai kuasa untuk melantik menteri manakala Kaiser pula berkuasa dalam bidang perundangan, hubungan luar dan ketenteraan. Kaiser juga menguasai Parlimen dengan melantik wakil-wakilnya di Parlimen. Perlembagaan baharu Jerman ini memberi kuasa kepada Bismarck untuk mencapai matlamatnya mengukuhkan penyatuan Jerman. Dalam bidang ekonomi, Bismarck telah menyeragamkan sektor ekonomi untuk mewujudkan satu sistem ekonomi yang teratur dan cekap. Kedudukan ekonomi yang stabil boleh menjamin kestabilan politik demi membentuk sebuah negara yang kuat. Bismarck telah memperkenalkan sistem pencukaian mata wang serta sistem sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh Jerman. Beliau juga telah menyeliakan sistem perhubungan, iaitu jaringan jalan raya dan landasan kereta api bagi menghubungkan seluruh wilayah di negara Jerman. Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman. Di samping itu, Bismarck juga telah mengambil langkah-langkah untuk memajukan aktiviti ekonomi seperti perindustrian, pertanian dan perdagangan. Beliau merancang untuk menjadikan Jerman sebuah negara perindustrian. Beliau memastikan segala kekayaan sumber galian di Jerman digunakan secara optimum dan cekap. Sebuah Kartel ditubuhkan untuk menyelaraskan pertumbuhan industri di Jerman. Beberapa daerah perusahaan baharu diwujudkan di Lembah Rhine. Aktiviti pertanian dan perdagangan turut dimajukan. Baja tiruan dihasilkan untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Undang-undang tarif diperkenalkan untuk menyekat import barang-barang dari negara luar. Petani dan pedagang tempatan dapat dilindungi oleh undang-undang tarif ini kerana mereka tidak dapat bersaing dengan barang-barang daripada negara-negara seperti Britain, Perancis dan Amerika Syarikat. Bismarck juga telah menjalankan beberapa reformasi sosial untuk menyatupadukan rakyat Jerman. Antaranya ialah usaha beliau untuk menyekat pengaruh gereja. Gereja Roman Katolik di Jerman ingin berkuasa semula dan menghasut jajahan di Jerman untuk menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser. Paus juga bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal politiknya. Bismarck memulakan gerakan antigereja, iaitu Kulturkampf pada tahun 1872 kerana bimbang gereja akan memecahkan perpaduan rakyat Jerman. Beliau meluluskan Undang-undang Mei untuk menyekat pengaruh gereja Katolik. Semua sekolah agama Katolik diletakkan di bawah kawalan kerajaan. Di samping itu, pegawai-pegawai tinggi dalam gereja dilantik oleh kerajaan manakala jawatanjawatan dalam gereja hanya boleh dipegang oleh rakyat Jerman. Bismarck juga menjalankan beberapa rancangan untuk menambah baik taraf hidup penduduk di Jerman. Beliau cuba merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin. Beliau memperkenalkan beberapa Jawapan Lengkap N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 34 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 35 undang-undang untuk meningkatkan taraf hidup golongan pekerja. Undang-undang Insurans Sakit membantu pekerja mendapat kemudahan perubatan percuma. Undang-undang Insurans Masa Tua menyediakan tabung wang bagi pekerja yang bersara. Rancangan-rancangan sosial Bismarck berjaya menyatukan negara Jerman dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Jerman. Kesimpulannya, segala rancangan Bismarck berjaya menyatukan negeri-negeri dan membentuk Jerman. Beliau juga berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman. Dasar politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan oleh Bismarck menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah menjelang abad ke-20 Masihi. 2 Bincangkan reformasi politik, ekonomi dan sosial yang dilaksanakan oleh Peter the Great. [20] Pendahuluan • Latar belakang Peter the Great • Kejayaan Peter the Great dikaitkan dengan kepemimpinan yang hebat, kekuatan tentera, ekonomi yang teguh dan sokongan golongan cerdik pandai dalam pemerintahan Isi-isi Penting 1 Politik • melakukan rombakan – bubarkan Duma dan Zemskii Sabor – digantikan dengan Majlis Senat – Colleague telah dibentuk di samping mengurangkan beban tugas Majlis Senat • melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan – memastikan Rusia sebagai kuasa besar – membentuk empayar di Eropah – berjaya mengalahkan Poland, Sweden dan Turki – merupakan kesan pemodenan tentera darat dan laut 2 Ekonomi • mempelbagaikan sumber pendapatan • mengenakan pelbagai jenis cukai • menjana ekonomi negara dengan memajukan sektor pertanian dan perindustrian 3 Sosial • menjadi penaung kegiatan pendidikan dan intelektual • menekankan mata pelajaran Sains dan Teknikal • institusi pendidikan dan pengajian didirikan bagi melahirkan golongan intelektual Penutup • Peter the Great telah berjaya mewujudkan sebuah negara Rusia yang hebat • Menyerlahkan kehebatannya melalui rancangan reformasinya >Rangka Jawapan < Calon perlu membincangkan reformasi atau perubahan yang telah dilakukan oleh Peter the Great dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pemeriksa N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 35 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 37 Jawapan Lengkap Peter the Great atau nama sebenarnya ialah Pytor Alekseyevich Romanov. Baginda dilahirkan di Moscow pada tahun 1672. Baginda ditabalkan sebagai Tzar pada tahun 1689 hingga 1725. Sepanjang pemerintahan baginda, pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan sehingga dianggap sebagai pemerintah teragung. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke beberapa buah negara di Eropah untuk menimba pengalaman bagi memudahkannya melakukan reformasi dalam pentadbirannya. Dalam bidang politik, Peter the Great telah melaksanakan pembaharuan bagi meningkatkan kecekapan dan pengurusan pentadbiran yang lebih sistematik. Dalam hal ini, Peter the Great telah merombak struktur pentadbiran lama dengan membubarkan Duma dan Zemskii Sabor. Kemudian, baginda telah menubuhkan Majlis Senat yang dianggotai oleh individuindividu yang hebat dan berwibawa bagi membantunya sekali gus melancarkan sistem birokrasi dalam kerajaannya. Bagi memastikan pentadbiran lebih tersusun dan mengurangkan beban serta tanggungjawab Majlis Senat, Peter the Great telah menubuhkan Colleague di samping mengekalkan peranan Prikazi sebagai badan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan dan diperkenankan oleh Peter the Great. Kehebatan tokoh ini makin terserlah dengan keberaniannya memindahkan pusat pentadbiran dari Moscow ke St. Petersburg dengan alasan kota ini lebih strategik dan memudahkannya memantau perkembangan yang berlaku dalam negara Rusia. Peter the Great turut melaksanakan pembaharuan dalam bidang ketenteraan, iaitu cabang yang amat penting dalam mewujudkan kestabilan politik. Baginda telah melakukan reformasi dengan bertindak memodenkan angkatan tentera, khususnya tentera darat dan laut dengan visi dan misinya agar Rusia muncul sebagai kuasa yang ulung dalam bidang ketenteraan. Malah, peruntukan untuk ketenteraan dan pertahanan telah ditambah dari semasa ke semasa. Impak daripada pemodenan yang dilakukan tersebut, tentera Rusia telah berjaya mengalahkan musuh-musuh tradisi seperti Poland, Sweden dan Turki Uthmaniyah. Apa yang pasti kejayaan atau reformasi dalam bidang ketenteraan ini telah menjadi titik-tolak kepada pembentukan empayar Rusia di Eropah. Dengan kekuatan tentera ini, segala ancaman musuh termasuk dalam negeri dapat dibendung. Seterusnya, Peter the Great turut melaksanakan reformasi dalam bidang ekonomi yang bermatlamat meningkatkan dana atau pendapatan negara. Peter the Great telah memantap dan mengemas kini sistem cukai, iaitu melaksanakan cukai tidak langsung terhadap barangan keperluan harian dan cukai berkenaan wajib dibayar dalam bentuk wang tunai. Kepelbagaian hasil cukai yang diperoleh ini dimanfaatkan untuk membiayai ekspedisi peperangan dan menampung kos pembangunan negara. Selain itu, untuk menjana ekonomi negara Peter the Great juga memajukan sektor pertanian dan perindustrian. Hasilnya, Rusia telah muncul sebagai salah sebuah kuasa besar dalam sektor industri khususnya pengeluaran barangan besi dan keluli, senjata, tekstil, kaca dan kulit. Bagi memastikan ekonomi Rusia berkembang, galakan kemasukan pelabur telah dipergiat. Dalam bidang sosial pula, reformasi yang dilakukan oleh Peter the Great ialah memberi penekanan terhadap pendidikan dan intelektual bagi melahirkan golongan cerdik pandai yang bakal memacu perkembangan Rusia. Beliau amat menekankan mata pelajaran Sains dan Teknikal. Sehubungan dengan itu, Peter the Great telah menghantar pelajar-pelajar ke luar negara dan membawa masuk pakar-pakar dari luar negara. Peter the Great telah mendirikan akademi pengajian tinggi dan universiti seperti The Navigator School, Artillery Academy dan The Imperial Academy of Science. Selain pendidikan, kebajikan rakyat juga tidak diabaikan demi mendapat sokongan rakyat khususnya golongan petani yang selama ini dibelenggu oleh tuan-tuan tanah. Kesimpulannya, reformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Peter the Great bukan sahaja telah meletakkan Rusia sebagai kuasa besar dalam bidang politik dan ekonomi Eropah, malah ianya telah menyerlahkan akan kehebatan tokoh ini sebagai pemerintah atau Tzar paling berjaya dalam era pemerintahan monarki di Rusia. N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 36 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 37 3 Huraikan ciri-ciri kekuasaan Raja Berperlembagaan di England pada abad ke-17 Masihi. [20] Pendahuluan • Pengertian pemerintahan Raja Berperlembagaan • Pembentukannya dikaitkan dengan berlakunya Revolusi Cemerlang bagi menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak Isi-isi Penting 1 Raja menduduki hierarki tertinggi dalam pemerintahan • simbol perpaduan rakyat • kuasa raja kini diambil alih oleh Parlimen • perlembagaan England telah mengehadkan kuasa raja • diperkukuh dengan pengisytiharan Bill of Rights 2 Raja Berperlembagaan bertindak sebagai penaung kepada agama Kristian • tiada lagi konsep ketuhanan • konsep Devine Right of Kings hanya tinggal sejarah 3 Dari segi perundangan • Parlimen mengambil alih kuasa raja • memutuskan undang-undang yang akan dijalankan • raja tidak ada lagi kuasa pengampun atau imuniti dari sudut perundangan 4 Dari sudut ekonomi • tiada lagi keistimewaan raja • raja menerima pendapatan yang ditetapkan oleh perlembagaan England • kuasa memungut cukai telah dilucutkan • sebagai ganti raja diberi elaun Civil List Penutup • Pembentukan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan telah menamatkan kuasa autokratik • Mengembalikan keutuhan institusi Parlimen dan suara rakyat Jawapan Lengkap Pemerintahan Raja Berperlembagaan merupakan sistem pemerintahan yang diketuai oleh raja, namun kekuasaannya dibatasi perlembagaan. Pembentukan Raja Berperlembagaan ini dikaitkan dengan berlakunya Revolusi Cemerlang yang telah menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak di England. Namun begitu, pembentukan Raja Berperlembagaan ini telah pun wujud sewaktu pemerintahan Raja Charles II yang ditabalkan semula sebagai raja selepas berlaku konflik atau perang saudara antara penyokong raja dengan penyokong Parlimen. Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan diketuai oleh raja. Raja masih menduduki hierarki tertinggi dalam sistem pemerintahan beraja di England. Namun begitu, kekuasaan raja kini adalah terbatas. Walaupun raja diiktiraf sebagai ketua negara, namun kini raja hanya menjadi simbol penyatuan kepada rakyat England. Raja tidak lagi mempunyai kuasa autokratik, sebaliknya raja harus bertanggungjawab kepada Parlimen. Bill of Rights pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan, malah raja tidak lagi bebas >Rangka Jawapan < Calon perlu membincangkan ciri-ciri kekuasaan Raja Berperlembagaan di England pada abad ke-17 Masihi. Pemeriksa N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 37 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 PB melaksanakan apa-apa cukai tanpa kebenaran Parlimen dan tidak ada hak menentukan ahli Parlimen. Parlimen mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif dan ianya sebagai institusi bagi mewakili rakyat. Hal ini bermakna situasi telah berubah sebelum ini raja mempunyai kuasa penuh kini ianya diambil alih oleh Parlimen dan institusi ini akan bersidang dari semasa ke semasa bagi membincangkan masalah negara dan kepentingan rakyat. Ciri seterusnya adalah dari sudut keagamaan. Raja Berperlembagaan di England kekal berperanan sebagai penaung agama Kristian. Tiada lagi konsep kesucian raja atau Devine Right of Kings, sebaliknya urusan keagamaan diserahkan kepada institusi gereja. Ini bermakna berlaku pemisahan antara urusan keagamaan dan politik. Raja England mestilah individu yang menjadikan Mazhab Anglican sebagai pegangan hidupnya, berbeza dengan situasi pemerintahan raja mutlak apabila Mazhab Katolik ialah pegangan atau ideologi keagamaan yang dianuti oleh seseorang raja sebagaimana Raja James I, Raja Charles I dan James II. Dari segi perundangan atau kehakiman, raja-raja berperlembagaan England tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang mengikut kehendaknya sendiri atau menghalang undang-undang dibuat berlawanan dengan kehendaknya. Hal ini demikian kerana Parlimen England merupakan institusi tertinggi. Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman, iaitu tidak boleh memecat hakim walaupun hakim tersebut membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak raja. Malah, rakyat England kini mempunyai hak untuk mengheret raja ke badan pengadilan. Raja kerap berhadapan dengan Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Begitu juga dari sudut ekonomi, seseorang raja kini tidak memiliki kuasa ke atas ekonomi negara kecuali apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Raja-raja England bergantung kepada pendapatan sendiri daripada sumber-sumber tetap seperti cukai kastam, kutipan-kutipan diraja dan lain-lain. Namun begitu, pada abad ke-18 Masihi, kuasa memungut cukai-cukai telah dilucutkan dan sebagai ganti raja hanya diberi elaun Civil List. Misalnya, Raja William III (1694 – 1702) telah diberi elaun sara hidup sebanyak £700 000 setahun. Hal ini bermakna raja tidak ada lagi hak untuk memonopoli barangan tertentu apatah lagi mengenakan cukai sesuka hati demi kepentingan diri sebagaimana pemerintahan raja berkuasa mutlak sebelum ini. Kesimpulannya, pemerintahan raja berparlimen mencapai kemuncak sewaktu pemerintahan Mary II dan William of Orange. Hal ini berlaku apabila Parlimen telah meluluskan Bill of Rights yang menekankan perkaraperkara yang menamatkan autokratik raja, keutamaan kuasa Parlimen dan hak memungut cukai serta wujudnya undang-undang toleransi yang memberikan kebebasan kepada golongan Puritan mendirikan gereja serta menjalankan amalan agama dengan bebas. Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Bincangkan peranan Maharaja China pada zaman pemerintahan Dinasti Ching. [20] 2 Huraikan sistem pentadbiran peringkat pusat pada zaman pemerintahan Dinasti Ching. [20] 3 Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan Perang Kemerdekaan Amerika pada tahun 1775. [20] 4 Bincangkan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Otto von Bismarck untuk mengukuhkan negara Jerman selepas tahun 1871. [20] STPM KLON N&L STPM Sej Dunia(B2).indd 38 18/05/2023 9:08 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 79 (Masa: Dua jam) Jawab empat soalan sahaja. 1 Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-17 Masihi hingga abad ke-18 Masihi. [20] 2 Bincangkan sistem negara persekutuan di Amerika Syarikat pada abad ke-18 Masihi dan abad ke-19 Masihi. [20] 3 Terangkan usaha-usaha yang diambil oleh Count Camillo Benso de Cavour untuk menyatukan wilayah-wilayah di Itali Utara. [20] 4 Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemajuan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-19 Masihi. [20] 5 Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China pada tahun 1911. [20] 6 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan dalam mewujudkan keamanan dunia dan kerjasama antarabangsa sehingga tahun 1955. Bincangkan. [20] STPM KLON STPM KLON STPM KLON KERTAS MODEL STPM 1 (940/1) Kertas 1 N&L STPM Sej Dunia(KM).indd 79 18/05/2023 9:10 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
80 PB (Masa: Dua jam) Jawab empat soalan sahaja. 1 Bincangkan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh masyarakat maritim Jepun padan abad ke-16 Masihi hingga abad ke-17 Masihi. [20] 2 Terangkan struktur pemerintahan kerajaan Republik Ketiga di Perancis antara tahun 1875 hingga 1945. [20] 3 Bincangkan perkembangan ekonomi feudal di Jerman pada abad ke-16 Masihi hingga abad ke-18 Masihi. [20] 4 Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan sektor perindustrian di Jerman pada akhir abad ke-19 Masihi. [20] 5 Terangkan kesan-kesan Perang Dingin yang berlanjutan sehingga tahun 1955. [20] 6 Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan Gerakan 4 Mei 1919 di China. [20] KERTAS MODEL STPM 2 (940/1) Kertas 1 N&L STPM Sej Dunia(KM).indd 80 18/05/2023 9:10 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 81 BAB 1 Latihan Stimulasi 1 (a) Bersifat ketenteraan (b) Sistem kelas (c) Pengaruh agama (d) Kedudukan syogun (e) Kedudukan samurai (f) Kedudukan raja (g) Pengaruh bangsawan 2 (a) Ketua negara (b) Tidak berkuasa (c) Simbol perpaduan rakyat (d) Ketua pemerintah (e) Pemerintahan bakufu (f) Mengawal dan mengawasi hubungan diamyo (g) Tiga kategori diamyo-Fudai, Shimpan, Tozama (h) Memiliki pasukan tentera (i) Membantu pentadbiran wilayah 3 (a) Kekayaan bahan mentah (b) Modal yang mencukupi (c) Kemajuan sains dan teknologi (d) Perkembangan dalam industri (e) Kemunculan bandar perusahaan (f) Kemajuan dalam bidang pengangkutan 4 (a) Terusan (b) Pam (c) Tambak (d) Peralatan baharu (tenggala penabur benih, kereta sorong beroda dua, cakul, sabit, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda) (e) Tanaman dua pusingan (f) Penanaman bergilir (g) Tanaman berteres (h) Pengkhususan dalam tanaman (i) Pertanian sara diri (j) Tanaman komersial 5 (a) Pengeluaran barangan secara besar-besaran (b) Penggunaan mesin secara meluas (c) Barangan dipasarkan di peringkat nasional dan antarabangsa (d) Wujud kelas kapitalis dan kelas pekerja (e) Golongan pekerja bergantung kepada golongan kapitalis (f) Wujud golongan profesional (g) Berlaku penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar (h) Berlaku pertambahan penduduk secara mendadak (i) Berlaku kesesakan di bandar-bandar perindustrian Latihan Pengukuhan Soalan Esei 1 Kemerosotan kuasa maharaja membuka peluang kepada kebangkitan golongan tuan tanah yang dikenali sebagai daimyo. Maharaja melantik golongan bangsawan sebagai gabenor wilayah untuk mengawal golongan daimyo. Maharaja juga cuba mengawal ketua-ketua suku yang semakin berkuasa di wilayah. Perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan ketua suku menyebabkan kemunculan kerajaan bersifat ketenteraan, iaitu bakufu di Kamakura. Keadaan ini memulakan sistem feudal di Jepun. Feudalisme di Jepun menjadi kukuh pada zaman Kesyogunan Tokugawa. Masyarakat feudal di Jepun merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis yang tersendiri. Dua golongan yang utama ialah golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, syogun dan daimyo. Golongan yang diperintah terdiri daripada samurai, petani, artisan dan saudagar. Setiap golongan mempunyai peranan dan bidang tugas masing-masing. Pada zaman pemerintahan Kesyogunan Tokugawa, maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa pemerintahan dan pentadbiran. Kuasa pemerintahan sebenarnya terletak di tangan syogun. Maharaja ditempatkan di istana diraja dan tinggal terpencil di Kyoto. Pusat pentadbiran terletak di Edo. Maharaja juga dikawal oleh pengawal istana ‘Kuge’. Maharaja ialah ‘pemerintah keduniaan’ dan ‘kerohanian’. Maharaja dianggap sebagai simbol perpaduan. Sistem yang diamalkan ini berjaya mengekalkan kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga sekarang. Pemerintahan Jepun bercorak tentera, iaitu sistem pemerintahan bakufu yang dipegang oleh Syogun Tokugawa. Syogun Ieyasu mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuatannya seperti menguatkan barisan tentera, menguasai ekonomi, meningkatkan kekayaan serta memperkenalkan Ordinan 1611. Shogun mewujudkan tiga buah jabatan, iaitu Tairo, Roju dan Hyojosho untuk melicinkan pentadbiran. Syogun juga melantik pegawaiJawapan N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 81 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 83 pegawai di peringkat wilayah dan daerah untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya. Beliau juga memperkenalkan Ordinan 1615 untuk menyekat kuasa maharaja. Syogun turut mengambil langkah-langkah untuk mengawal golongan daimyo. Sistem Sankin Kotai diamalkan. Tanah golongan daimyo juga dirampas sekiranya mereka menentang pemerintahan syogun. Daimyo ialah golongan tuan tanah yang menguasai dan mentadbir sesuatu daerah. Syogun memberikan tanah kepada golongan daimyo yang setia. Daimyo yang setia akan menguasai daimyo yang diragui. Terdapat tiga kumpulan daimyo, iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan anggota keluarga Tokugawa. Mereka menerima tanah yang luas daripada Syogun Tokugawa. Mereka membantu Syogun Tokugawa dalam hal ehwal pentadbiran dan ketenteraan. Daimyo Shimpan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Syogun Tokugawa, iaitu terdiri daripada anggota keluarga yang dikenali. Mereka juga membantu syogun dalam bidang hal ehwal pentadbiran dan ketenteraan. Daimyo Tozama juga dikehendaki daimyo-daimyo Barat atau musuh. Mereka terdiri daripada puak-puak Chosu, Hizen, Toza dan Satsuma. Mereka tidak dipercayai oleh syogun, maka beliau mengambil langkah untuk mengawal mereka. Antara tindakannya ialah memberi tugas yang membebankan, membekalkan tenaga buruh dan bahan binaan dengan bayaran tinggi. Ordinan Ketenteraan juga diperkenalkan untuk menyekat pengaruh mereka. Syogun juga mengawal perkahwinan dan mengawasi perhubungan antara daimyo. Samurai merupakan golongan teratas dalam kategori golongan yang diperintah. Samurai merupakan panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal. Antara fungsi mereka ialah memelihara keamanan dan menjaga kepentingan daimyo. Mereka juga menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada daimyo. Samurai juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam bidang pekerjaan lain walaupun negara dalam keadaan aman. Kehidupan golongan samurai ditanggung oleh golongan petani yang membekalkan beras kepada mereka. Kekayaan samurai bergantung kepada jumlah bekalan beras yang mereka miliki. Mereka menjual beras kepada saudagar untuk mendapatkan wang. Golongan seterusnya ialah petani atau nomin. Mereka dipandang mulia dan menduduki tempat yang tertinggi. Petani mengeluarkan beras untuk penduduk dan membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan, mereka diberi perlindungan. Petani juga dikenakan sistem kerah. Petani yang gagal membayar cukai atau buat kerahan akan menerima hukuman yang berat. Masyarakat petani juga mendapat pendidikan kerana tuantuan tanah amat mementingkan pendidikan. Terdapat hampir 60 000 buah sekolah kampung didirikan untuk keperluan anak-anak petani. Mereka diajar kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Kumpulan seterusnya ialah golongan artisan atau tukang mahir. Mereka mempunyai kemahiran membuat pedang dan peralatan yang berguna. Mereka mendapat penghormatan kerana pengetahuan, kemahiran dan sumbangan kepada masyarakat. Barangan yang dihasilkan oleh golongan tukang mahir digunakan oleh daimyo. Artisan yang membuat senjata mendapat layanan istimewa. Mereka menerima gaji yang lumayan dan tinggal di rumah yang mewah. Kumpulan pedagang atau chonin terletak di bawah artisan. Mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, kedudukan dan status mereka mula berubah seiring dengan perkembangan perdagangan. Menjelang abad ke-17 Masihi, muncul golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman. Antara keluarga yang terkenal ialah Mitsui, Kamoike dan Sumitomo. Mereka telah memperkenalkan budaya pengurusan baharu yang kemudiannya diwarisi oleh syarikat moden Jepun. Kesimpulannya, dalam sistem feudal mobiliti sosial tidak berlaku kerana pekerjaan diwarisi. Setiap golongan tidak dibenarkan menukar pekerjaan mereka. Namun demikian, perkembangan ekonomi pada zaman Kesyogunan Tokugawa menyebabkan perdagangan semakin berpengaruh kerana berjaya mengumpul wang dan harta. Kedatangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat yang lain telah menghapuskan sistem feudal di Jepun. 2 Masyarakat agraria ialah masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber utama kehidupan. Kemunculan masyarakat agraria dapat dikesan sejak kelahiran tamadun awal. Masyarakat agraria merupakan asas kepada kebangkitan kerajaan awal di dunia. Kemajuan pesat dalam bidang pertanian telah mendorong kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Menjelang abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi, pertanian merupakan kegiatan utama di dunia. Sebahagian besar masyarakat di Belanda bergantung kepada sektor pertanian. Masyarakat Belanda memberikan keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Antara ciri utama masyarakat agraria di Belanda adalah dari segi ekonomi. Kegiatan N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 82 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 83 ekonomi masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian dan penternakan. Menjelang abad ke-17 Masihi, berlaku pertambahan penduduk yang menyebabkan kegiatan pertanian dijalankan secara ekstensif. Pelbagai jenis tanaman diusahakan oleh masyarakat agraria seperti bijirin, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Mereka juga mengusahakan tanaman bijirin seperti gandum, barli dan kekacang. Belanda juga popular dengan tanaman dagangan seperti madder, bunga hop dan bunga tulip. Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat. Penternak terlibat dalam kegiatan penternakan lembu susu dan daging. Kegiatan penternakan mendorong kemajuan industri bahan tenusu, keju dan mentega. Masyarakat agraria di Belanda membuka petempatan di kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk kegiatan pertanian. Sebahagian besar negara Belanda berada di bawah paras laut. Usaha-usaha menebus tanah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. Menjelang tahun 1680, tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian. Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan yang ditebus guna seperti Pulau Zuid, Beveland, Middlezee dan Oud-Beijarland. Masyarakat agraria di Belanda juga mempunyai pengetahuan tinggi dalam memelihara kesuburan tanah. Kemahiran ini amat diperlukan bagi menjamin produktiviti yang tinggi. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk mengekalkan kesuburan tanah. Antaranya ialah memugar tanah pertanian dan menggunakan baja asli seperti najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan tanah. Masyarakat agraria mendapat bekalan baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan lembu. Sistem tanaman giliran juga diamalkan untuk memelihara kesuburan tanah. Satu lagi ciri masyarakat agraria di Belanda ialah kemajuan teknologi. Masyarakat agraria di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam teknologi pengairan. Masyarakat Belanda telah mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebus guna bagi tujuan pertanian. Kemajuan yang seterusnya ialah usaha menebus guna tanah. Kegiatan ini perlu dilakukan kerana Belanda terletak di bawah paras laut. Kegiatan menambak tanah bermula sejak abad ke-16 Masihi. Menjelang abad ke17 Masihi, seluruh wilayah Zeeland meningkat sebanyak 49 peratus akibat usaha menambak tanah. Selain itu, petani-petani juga mencipta pelbagai peralatan untuk memajukan sektor pertanian. Antara peralatan yang yang dicipta ialah sejenis tenggala baharu, tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijirin. Di samping itu, kajian tentang pertanian juga dijalankan oleh masyarakat agraria di Belanda. Antara kajian yang dijalankan ialah penanaman rumput jenis Clover, Lucerne dan Burnet. Penanaman rumput pula dijalankan untuk ternakan pada tanah rang. Masyarakat agraria di Belanda juga memperkenalkan pelbagai kaedah pertanian. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan penanaman pelbagai tanaman mengikut musim. Sistem ini kemudian dipraktikkan di England. Selain sistem ini, sistem batas juga diperkenalkan. Sistem menanam dengan membuat batas memudahkan saliran. Kedudukan batas juga diubah pada setiap tahun supaya tanaman tumbuh dengan baik dan mengekalkan kesuburan tanah. Sistem ini menggalakkan penanaman dalam jajaran. Satu lagi sistem penanaman yang diperkenalkan ialah penanaman deretan. Antara tanaman yang ditanam secara deretan ialah jagung, madder, hop dan biji kol. Penanaman di atas alur yang dibuat menyebabkan kemunculan amalan sistem deretan. Kesimpulannya, masyarakat agraria berkembang dan meningkatkan hasil pertanian dan penternakan di Belanda. Industri-industri yang berkaitan dengan penternakan juga berkembang. Peningkatan dalam pendudukan mendorong masyarakat Belanda untuk melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Kedudukan Belanda di tengah-tengah laluan maritim menyebabkan Belanda menjadi pusat pengedaran barang dagangan. Menjelang abad ke-18 Masihi, perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda. 3 Masyarakat maritim muncul di Eropah sejak abad ke-15 Masihi. Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penjelajahan dan penerokaan. Masyarakat ini terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda dan peneroka. Kebanyakan masyarakat ini tinggal di kawasan persisiran pantai, lembah sungai, pelabuhan dan kawasan kepulauan. Ada juga masyarakat yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan yang terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Dua kerajaan maritim di Eropah yang terkenal ialah Portugal dan Belanda. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan Portugal sebagai satu kuasa maritim. Antaranya ialah kedudukan geografi yang berhampiran dengan laut yang melahirkan pelaut-pelaut yang mahir. Di samping itu, kestabilan politik Portugal turut N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 83 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
84 85 menggalakkan pemerintahnya memberi tumpuan dalam bidang maritim. Perang Salib memberi peluang kepada masyarakat Eropah mengenali peradaban Islam dan seterusnya melahirkan orang Eropah yang mempunyai fikiran terbuka. Masyarakat maritim ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri utama masyarakat maritim di Portugal ialah kegiatan ekonomi, iaitu perdagangan. Perdagangannya tertumpu di Pelabuhan Lisbon. Dalam bidang perdagangan, masyarakat Portugal berjaya melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah. Pedagangpedagang Portugal telah mendirikan pangkalan perdagangan di Kepulauan Rempah dan sekali gus mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah dalam penjualan barangan dari Timur. Orang Portugal juga membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Pada abad ke-17 Masihi, mereka juga mendapat emas yang meningkatkan pendapatan mereka. Selain Pelabuhan Lisbon, Pelabuhan Antwerp digunakan sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Selain berdagang, masyarakat maritim Portugal juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan mengumpulkan hasil laut. Mereka juga terlibat dalam aktiviti membina dan membaiki kapal. Ciri kedua masyarakat maritim di Portugal ialah petempatan mereka. Masyarakat maritim biasanya tinggal berhampiran dengan persisiran pantai, kepulauan, pelabuhan dan lembah sungai. Petempatan mereka berhampiran dengan laut. Dari segi geografi, Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi oleh Lautan Atlantik. Kedudukan ini memudahkan mereka menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan kelautan. Selain itu, masyarakat maritim Portugal juga tinggal di pelabuhan-pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp yang berperanan sebagai pusat pengedaran dan pengagihan barangan dagangan. Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran dalam bidang pelayaran. Kemajuan dalam teknologi pelayaran merupakan faktor penting kekayaan masyarakat Portugal. Kemahiran asas berkaitan dengan aktiviti maritim ialah pembinaan kapal dan perahu. Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran membina kapal-kapal Caravel yang beratnya ialah 2000 tan. Pembinaan kapal jenis ini memerlukan teknologi yang tinggi kerana kapal-kapal jenis ini digunakan untuk pelayaran jarak jauh. Satu lagi kemajuan orang Portugal ialah keupayaan mereka belayar jauh. Dalam aspek ini, Putera Henry memainkan peranan yang penting kerana beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres yang memberikan latihan kepada ahli pelayaran. Di samping itu, peralatan seperti kompas magnetik, astrolab dan carta pelayaran dicipta. Penggunaan peralatan tersebut membantu pelayar-pelayar Portugal melancarkan ekspedisi pelayaran ke Timur. Sekolah Akademi Laut juga mendedahkan masyarakat Portugal kepada ilmu nautikal. Masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Menjelang abad ke-15 Masihi, orang Portugal melancarkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan untuk mencari jalan laut ke Timur. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan. Pada tahun 1498, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India. Pada tahun 1499, beliau telah tiba di Kalikat. Penawanan kota ini merupakan langkah permulaan penjajahan Portugal. Masyarakat Portugal juga memiliki sifat ingin tahu dan semangat keterbukaan. Semangat ingin tahu menyebabkan mereka ingin mengetahui peradaban masyarakat lain. Semangat ini juga mendorong mereka menjalankan kajian tentang bentuk muka bumi, iklim dan cuaca sesuatu tempat. Semangat keterbukaan mendorong mereka untuk belayar ke tempat baharu dan menjalinkan hubungan dengan masyarakat di situ. Hubungan seperti ini menggalakkan pemindahan idea dan teknologi. Masyarakat Portugal mempelajari ilmu dan teknologi daripada orang Islam dan orang China. Astrolab yang digunakan oleh mereka serupa dengan peralatan yang dihasilkan oleh orang Arab. Ilmu mencipta kompas magnetik dipelajari daripada orang China. Kesimpulannya, masyarakat maritim di Portugal memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan Portugal. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan oleh orang Portugal mendorong kemajuan perdagangan Portugal. Portugal berjaya menguasai perdagangan rempah daripada orang Islam. Kekayaan yang diperoleh oleh orang Portugal menyebabkan persaingan dalam kalangan negara Eropah untuk mencari jalan ke Timur. Persaingan kuasa-kuasa Eropah tersebut mengakibatkan penjajahan. Mereka ingin menguasai kawasan-kawasan yang kaya dengan bahan mentah untuk meningkatkan kekayaan. Menjelang abad ke-16 Masihi, Portugal muncul sebagai kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjelajahan. 4 Revolusi Perindustrian yang berlaku pada abad ke-18 Masihi melahirkan masyarakat industri di England. Masyarakat industri merujuk masyarakat yang terlibat dalam aktiviti perindustrian. Masyarakat ini bergantung kepada N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 84 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
84 85 sektor perindustrian sebagai sumber rezeki mereka. Masyarakat ini muncul selepas Revolusi Perindustrian apabila masyarakat England lebih berfokus kepada bidang perkilangan. Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria. Masyarakat industri boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan proletariat dan golongan pengusaha. Konsep masyarakat industri diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis, Saint. Simon dan kemudian digunakan secara meluas oleh tokoh-tokoh sosialis lain seperti Max Webber dan Karl Marx. Masyarakat industri tinggal di bandar dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Dari aspek kegiatan ekonomi, masyarakat industri terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan secara besar-besaran. Masyarakat industri bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber rezeki untuk menyara hidup. Masyarakat industri perlu mempunyai kemahiran dalam mengendalikan mesin yang memudahkan pengeluaran barangan dalam skala yang besar. Barangan yang dihasilkan adalah untuk memenuhi keperluan domestik dan antarabangsa. Penggunaan mesin-mesin yang canggih mengurangkan keperluan untuk tenaga pekerja. Ini mendorong pekerja untuk memberi tumpuan dalam sektor perkhidmatan. Ciri kedua masyarakat industri ialah kewujudan atau kemunculan kelas. Perkembangan perindustrian menyebabkan kemunculan dua kelas masyarakat, iaitu golongan pekerja dan golongan kapitalis. Golongan pekerja atau kelas proletariat merujuk buruh-buruh yang diperlukan untuk mengendalikan mesin-mesin seperti mesin memintal dan menenun. Pada peringkat awal Revolusi Perindustrian, golongan ini mengalami kesengsaraan hidup kerana dieksploitasi oleh golongan kapitalis. Kelas kapitalis pula ialah pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Kelas ini merupakan golongan yang kaya dan menindas kelas pekerja untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Namun, selepas campur tangan kerajaan, kebajikan kelas pekerja terjamin. Peningkatan dalam pengeluaran juga mendorong kemunculan golongan profesional, iaitu kelas menengah. Seterusnya, ciri masyarakat industri ialah berlakunya proses urbanisasi. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di bandar kerana banyak kilang didirikan di situ. Selepas tercetus Revolusi Perindustrian, berlaku penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar untuk bekerja terutamanya di kilang-kilang. Perpindahan secara mendadak telah menyebabkan proses urbanisasi khususnya di bandar perindustrian. Pertambahan penduduk di bandar mengakibatkan pelbagai masalah sosial seperti kesesakan. Masalah perumahan dan sanitasi yang buruk menyebabkan penularan wabak penyakit seperti taun dan batuk kering. Penyakit-penyakit tersebut cepat merebak di bandar-bandar yang tidak mempunyai sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem saliran yang baik. Antara bandar yang berkembang pesat pada waktu tersebut ialah Manchester, Leeds dan Liverpool. Masyarakat industri juga merupakan masyarakat yang celik huruf atau literasi. Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan. Mereka terdedah kepada perkembangan semasa dan unsur demokrasi dalam kehidupan seharian. Ilmu tersebut digunakan untuk memajukan bidang sains dan teknologi. Beberapa ciptaan dan rekaan dapat ditemui. Penciptaan mesin baharu juga menggiatkan perindustrian di England. Masyarakat berilmu ini dapat merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial mereka dengan sempurna. Perkembangan kegiatan keilmuan juga berjaya melahirkan golongan saintis. Mereka juga mempunyai daya kreativiti dan inovatif yang tinggi dalam bidang perindustrian. Satu lagi ciri masyarakat industri ialah kewujudan mobiliti sosial. Pengkhususan kerja dalam bidang perkilangan mendorong pengeluaran produk secara besar-besaran. Keadaan ini dapat mengurangkan kos operasi serta meningkatan taraf hidup pekerja. Peningkatan dalam pengeluaran dapat meningkatkan pendapatan pekerja. Taraf hidup golongan pekerja bertambah baik dan mereka dapat menikmati kehidupan yang mewah. Keadaan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat. Golongan ini berjuang untuk menjaga kepentingan diri dan juga hak golongan pekerja. Mobiliti sosial berlaku kerana kejayaan individu bukan lagi ditentukan oleh status keturunan tetapi oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya. Kesimpulannya, perkembangan dalam masyarakat industri akibat Revolusi Perindustrian telah mendorong kemajuan sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sektor perkhidmatan seperti sistem pengangkutan dan perbankan merancakkan lagi aktiviti perindustrian. Kerajaan juga terpaksa menggubal dasar atau undangundang untuk membela nasib dan hak golongan pekerja. Antaranya ialah Akta Kilang 1833, Akta Lombong 1842 dan Akta Sepuluh Jam 1847. BAB 2 Latihan Stimulasi 1 (a) Menentukan dasar kerajaan (b) Melantik pegawai-pegawai kerajaan (c) Mengetuai angkatan tentera (d) Menandatangani perjanjian dengan kuasa asing N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 85 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
86 87 (e) Mengisytiharkan undang-undang (f) Mengendalikan kes-kes rayuan (g) Memberi keampunan (h) Ketua agama (i) Mengetuai upacara pemujaan 2 (a) Tsar Peter Agung (b) Tsarina Catherine Agung (c) Tsar Alexander I (d) Tsar Alexander III (e) Tsar Alexander II (f) Tsar Nicholas I (g) Tsar Nicholas II 3 (a) Membaiki jalan raya dan jambatan (b) Menguruskan pendidikan dan kesihatan awam (c) Menjalankan pemilihan Jaksa Pendamai (d) Hakim dan Majistret bebas daripada jabatan kerajaan lain (e) Semua lapis masyarakat diiktiraf sama taraf (f) Semua rakyat diwajibkan berkhidmat sebagai tentera (g) Ada dua kategori tentera – tetap dan sukarela 4 (a) Raja James I (b) Raja Charles I (c) Oliver Cromwell (d) Raja Charles II 5 (a) Menyebarkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan rakyat Itali (b) Menubuhkan gerakan Itali Muda (Young Italy) (c) Mengasaskan pertubuhan Young Europe (d) Melancarkan pemberontakan Latihan Pengukuhan Soalan Esei 1 Negara China mengamalkan sistem pemerintahan beraja bercorak dinasti dari tahun 2205 Sebelum Masihi hingga 1911 Masihi. Dinasti pertama ialah Dinasti Hsia manakala yang terakhir ialah Dinasti Manchu. Selama jangka masa 4000 tahun, China telah diperintah oleh beberapa dinasti yang penting berasaskan sistem feudal. Antara dinasti yang terkenal ialah Dinasti Chin, Dinasti Ming dan Dinasti Ching. Gelaran ‘maharaja’ mula digunakan oleh Shih Huang Ti yang merupakan pengasas empayar di China. Kuasa dan kedudukan maharaja dianggap sebagai ‘anak syurga’ yang diberi mandat untuk memerintah di muka bumi. Mengikut konsep ini, maharaja menduduki hierarki teratas dan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Rakyat tidak boleh mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja. Rakyat juga dikehendaki memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja. Mandat akan ditarik balik sekiranya berlaku kepincangan dalam pentadbiran. Maharaja yang memerintah akan kehilangan mandat sekiranya berlaku bencana alam. Bencana alam membenarkan rakyat bangkit menentang dan menggulingkan maharaja. Pemerintahan pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Ching bercorak autokrasi yang diperintah oleh raja berkuasa mutlak. Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan. Dasardasar kerajaan seperti dasar keterbukaan dan dasar tutup pintu ditentukan oleh maharaja. Maharaja juga berkuasa untuk melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan. Maharaja menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate yang bertujuan menjadi mata dan telinga maharaja. Segala aktiviti pegawai atau pembesar akan dimaklumkan kepada maharaja untuk diambil tindakan. Maharaja juga berkuasa untuk meluluskan kenaikan pangkat serta mengurniakan gelaran dan darjat kebesaran kepada pembesar. Baginda juga berkuasa mengadakan perjanjian dengan kuasa-kuasa asing. Maharaja China juga berperanan sebagai ketua tentera. Baginda berusaha mempertahankan negara daripada serangan luar dan juga meluaskan empayar. Pada peringkat awal Dinasti Ming, Maharaja Huang-wu menjalankan usaha penyatuan semula empayar yang berpecah. Terdapat usaha-usaha meluaskan kuasa ke Manchuria manakala Korea dan Ryukyu menjadi naungan. Beberapa utusan luar negara seperti Siam, Burma dan Melaka memperkukuh kewibawaan Dinasti Ming serta pengiktirafan kekuatan ketenteraan. Kekuasaan maharaja dalam bidang ketenteraan juga diteruskan oleh Maharaja Chien Lung yang terkenal sebagai maharaja ketenteraan kerana dasar dan kempen ketenteraannya bagi meluaskan wilayah. Dalam bidang perundangan, maharaja merupakan sumber undang-undang negara. Baginda mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang yang disediakan oleh Majlis Agung. Maharaja juga mengendalikan keskes rayuan. Maharaja juga boleh memberikan pengampunan kepada seseorang yang didapati melakukan kesalahan. Dalam sistem perundangan China, terdapat dua konsep yang diamalkan, iaitu konsep “tanggungjawab secara kolektif” dan konsep “seseorang itu dianggap bersalah sehingga dia berjaya membuktikan bahawa dia tidak bersalah”. Maharaja juga memainkan peranan yang penting dalam bidang ekonomi. Tanah diiktiraf sebagai hak maharaja. Tanah merupakan satu N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 86 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
86 87 kurniaan daripada maharaja kepada golongan pembesar atau tuan tanah. Tanah merupakan satu aset berharga dalam masyarakat China. Segala sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan, ufti dan tenaga manusia dikuasai oleh maharaja. Maharaja juga memajukan ekonomi China dengan meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Pada Dinasti Ming, maharaja merangka langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian. Antaranya ialah meningkatkan penggunaan sistem pengairan, memperkenalkan kaedah pertanian baharu dan memperkenalkan padi dari Vietnam selatan. Pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi, dasar keterbukaan China menggalakkan kemasukan pedagang-pedagang Barat yang meningkatkan pendapatan negara tetapi selepas itu, China mengamalkan dasar tutup pintu. Dalam aspek sosial, maharaja memainkan peranan dalam bidang intelektual. Baginda merupakan penaung bidang pembelajaran. Baginda memberikan bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab-kitab dan ensiklopedia. Maharaja juga mengarahkan pengendalian peperiksaan awam di peringkat daerah dan bandar. Baginda sendiri terlibat dalam pengendalian peperiksaan awam yang diadakan di istana maharaja. Baginda juga terlibat dalam pemilihan 10 orang calon terbaik dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan. Selain itu, baginda juga memberi ceramah kepada penuntut-penuntut di Kolej Imperial. Dalam aspek agama, maharaja merupakan ketua agama dan ketua upacara pemujaan. Baginda melantik Menteri Upacara dan Adat Istiadat yang menjalankan upacara pemujaan di tokong-tokong kerabat diraja. Pada masa yang sama, baginda berperanan sebagai ketua pendeta. Maharaja juga telah menubuhkan Lembaga Upacara bagi mengendalikan upacara-upacara ritual seperti upacara diraja, upacara korban, majlis perkahwinan dan upacara kematian. Walaupun maharaja berkuasa mutlak, namun baginda tertakluk kepada beberapa perkara yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah tanggungjawab moral maharaja untuk menjaga kepentingan rakyatnya. Baginda harus memberi penghormatan kepada upacara-upacara ritual yang diadakan. Baginda juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat jelata. Baginda juga harus menghormati perundangan dan cadangan yang dikemukakan oleh menteri-menteri. Selain itu, maharaja perlu mematuhi adat resam keluarga diraja. Sekiranya maharaja tidak mematuhi larangan-larangan, pemerintahan maharaja akan digulingkan. Kesimpulannya, pemerintahan beraja tamat selepas kejatuhan Dinasti Ching. Kemangkatan Maharaja Kuang-hse diikuti oleh Maharani Dowager pada tahun 1908 membawa kesan ke atas masyarakat China. Kemangkatan Maharani Dowager, ketiadaan maharaja yang berwibawa dan idea pemodenan mencetuskan Revolusi 1911 di China. Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching dan juga kerajaan feudal. 2 Golongan pembesar memainkan peranan dalam sistem pentadbiran di China. Mereka merupakan tulang belakang kepada maharaja dalam melicinkan sistem pentadbiran. Pembesar membantu maharaja menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah. Terdapat tiga kumpulan pembesar, iaitu golongan aristokrat, gentry dan tentera. Di peringkat pusat, pelbagai jabatan diwujudkan untuk membantu maharaja. Golongan pembesar yang mengetuai jabatan-jabatan ini berperanan sebagai mata dan telinga kepada maharaja. Terdapat lima badan pentadbiran utama dalam pentadbiran pusat. Kewujudan badan-badan ini menunjukkan satu sistem pentadbiran yang bercorak birokratik. Sistem pentadbiran yang cekap dapat mengukuhkan kedudukan raja serta melahirkan keadaan politik yang stabil. Antara badan pentadbiran utama ialah Sekretariat Agung, Majlis Agung, Enam Lembaga, Pejabat Koordinat dan Jabatan Imperial. Sekretariat Agung merupakan badan yang paling penting dalam kerajaan pusat. Badan ini dianggotai oleh setiausaha agung dan pembantu setiausaha agung. Pada zaman pemerintahan China, terdapat empat orang setiausaha agung dan dua orang pembantu setiausaha agung. Kedudukan mereka paling tinggi dalam sistem pentadbiran. Jawatan ini hanya diberi kepada golongan intelektual yang memiliki ijazah ChinShih. Mereka merupakan golongan penasihat kepada maharaja. Mereka bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang dan manifesto. Selain itu, mereka juga membuat keputusan tentang dasar-dasar kerajaan. Setiausaha agung juga memegang jawatan sebagai presiden dalam Enam Lembaga serta mengetuai jabatan-jabatan kerajaan yang penting. Badan yang seterusnya ialah Majlis Agung yang ditubuhkan oleh Maharaja Yung Cheng pada tahun 1729. Badan ini mengambil alih tugas dan peranan Sekretariat Agung. Majlis ini membantu menyediakan draf undang-undang, memberi nasihat ketenteraan, hal ehwal dalam negara, kewangan dan pencukaian. Pembesarpembesar ini juga menjalankan tugas-tugas lain seperti mengambil bahagian dalam perbicaraan kes-kes dan mencadangkan perlantikan atau N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 87 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
88 89 pemecatan pegawai-pegawai kerajaan. Anggota majlis ini terdiri daripada orang China dan orang Han. Badan yang berikutnya ialah Enam Lembaga. Badan ini merupakan tulang belakang pentadbiran pusat kerajaan China. Badan ini terdiri daripada Lembaga Pentadbiran Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Keadilan, Lembaga Peperangan, Lembaga Kerja Awam dan Lembaga Upacara. Setiap lembaga diketuai oleh dua orang presiden dan empat orang naib presiden. Pegawai lembaga-lembaga ini terdiri daripada orang Ching dan orang China. Semua lembaga mempunyai empat biro kecuali Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mempunyai 18 buah biro dan Lembaga Keadilan mempunyai 14 buah biro. Setiap biro mempunyai peranan berlainan demi melicinkan pentadbiran. Antara peranan Lembaga Pentadbiran Awam adalah untuk menguruskan pelantikan kakitangan awam. Selain itu, peperiksaan diadakan untuk menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam. Tugas utama Lembaga Hasil Dalam Negara ialah mengutip cukai daripada penduduk dan mengendalikan urusan pendaftaran tanah. Lembaga Upacara mengendalikan upacara ritual seperti upacara diraja, majlis perkahwinan dan upacara kematian. Badan ini juga menguruskan sistem pendidikan negara dan peperiksaan awam di peringkat daerah, provinsi dan bandar raya. Lembaga Peperangan menguruskan hal ehwal ketenteraan. Ia juga menetapkan dasar ketenteraan. Lembaga Keadilan mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan undang-undang seperti menjatuhkan hukuman dan memberi pengampunan. Lembaga Kerja Awam menguruskan kerja-kerja pembinaan bangunan awam. Selain itu, badan ini juga menjalankan tugas membeli dan menjual harta kerajaan. Badan yang seterusnya ialah Pejabat Koordinat. Terdapat beberapa jabatan diwujudkan sebagai jabatan koordinat. Antaranya ialah Jabatan Penapisan, Jabatan Perundangan, Jabatan Hal Ehwal Kolonial, Akademi Hanlin, Jabatan Transmisi, Kolej Imperial dan Lembaga Astronomi Diraja. Jabatan Hal Ehwal Kolonial bertanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar dengan Tibet, Sinkiang dan Rusia. Jabatan Penapisan pula memainkan peranan yang penting untuk mengenal pasti golongan yang menentang kerajaan. Seramai 24 orang pegawai penapis dilantik bagi mengawasi Enam Lembaga. Seramai 56 orang pegawai penapis dilantik untuk mengawasi kakitangan yang berkhidmat di wilayah. Akademi Hanlin pula dianggotai oleh pemegang ijazah tinggi. Akademi Hanlin berperanan menguruskan perpustakaan. Jabatan Transmisi pula bertanggungjawab untuk menguruskan dokumen dan memorial. Jabatan Imperial ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran. Antara jabatan yang diwujudkan ialah Jabatan Kerabat Diraja, Jabatan Perubatan Imperial, Jabatan Upacara Korban, Jabatan Bankuasi dan Jabatan Penyeliaan Arahan Diraja. Segala hal ehwal istana akan diuruskan oleh Jabatan Imperial. Kesimpulannya, sistem pentadbiran bercorak birokratik ini berjaya mewujudkan pemerintahan dan pentadbiran pusat yang sempurna kerana berjaya mengawal wilayah dan tanah jajahan yang luas. Namun pada akhir pemerintahan zaman Dinasti Ching, wujud persaingan dalam kalangan pembesar yang menjejaskan kestabilan politik China yang menyebabkan keruntuhan Dinasti Manchu. 3 Bangsa Eropah yang pertama membuka petempatan di Amerika Syarikat ialah orang Sepanyol dan orang Portugal. Mereka menguasai sebahagian besar Amerika Selatan dan orang Sepanyol juga berjaya menguasai Mexico dan Florida. Selepas itu, orang Perancis dan orang Belanda membuka petempatan mereka di Amerika Utara. Orang terakhir yang tiba ialah orang Inggeris yang membuka petempatan di pantai timur Amerika Utara. Orang Inggeris mendapat galakan dan piagam diraja untuk mendapatkan tanah jajahan melalui pelbagai cara. Pada tahun 1607, orang Inggeris membuka petempatan pertama di Virginia. Kejayaan Inggeris di Virginia telah mendorong pembukaan lebih banyak petempatan seperti Massachusetts, New Hampshire, Maryland Connection dan Georgia. Menjelang tahun 1753, terdapat 13 buah koloni British di sepanjang pantai timur Amerika Utara, malah 13 koloni ini bersatu untuk mendapat kemerdekaan daripada orang Inggeris pada tahun 1775 disebabkan beberapa faktor. Antara faktor utama Perang Kemerdekaan Amerika ialah Perang Tujuh Tahun, iaitu bermula dari tahun 1756 hingga tahun 1763 antara Britain dengan Perancis. Kedua-dua buah negara ini mempunyai koloni di Amerika Utara. Tanah jajahan British terletak di sepanjang pantai timur, manakala tanah jajahan Perancis adalah di kawasan pedalaman. Perang Tujuh Tahun yang tercetus di Eropah pada tahun 1756 juga tersebar ke kawasan koloni di Amerika Syarikat. Perang sengit berlaku di Amerika Utara. Perancis kalah dan Perjanjian Paris ditandatangani pada tahun 1763. Perancis terpaksa menyerahkan Kanada kepada British. Britain mahu koloni-koloni British di Amerika Utara untuk membayar sebahagian daripada perbelanjaan peperangan itu. Tindakan N&L STPM Sej Dunia(jwp)3rd.indd 88 18/05/2023 9:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.