48Karangan Respons TerhadU : Hanya jauhari yang mengenal manikamP : Murid akan dapat memperoleh ilmu dengan cepat dan efisienPenutupP : Pembelajaran secara maya merupakan kaedah yang mendatangkan impak yang positif jika dijalankan dengan cara yang betulC : Pendidik perlu mengambil langkah yang proaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran merekaH : Murid-murid kekal mendapat ilmu pengetahuan walaupun dalam keadaan yang penuh cabaranKarangan LengkapPendidikan secara maya diperkenalkan di negara kita kerana masalah pandemik COVID-19. Pendidikan ini menjadi satu proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting untuk berjaya. Murid yang hendak berjaya perlu berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, beberapa tip belajar dan kelebihan pendidikan secara maya akan dibincangkan. Tip yang paling dominan ialah murid haruslah bertanya kepada guru jika tidak faham. Dengan demikian, murid perlu meminta keizinan kepada guru untuk bertanya soalan. Sebagai contoh, murid meminta guru untuk memberikan penjelasan lanjut tentang pelajaran pada hari itu. Proses pembelajaran begini membolehkan murid memahami sesuatu yang dipelajari dengan mudah dan senang. Benarlah kata peribahasa malu bertanya sesat jalan. Hakikatnya, sikap berdiam diri akan merugikan dalam proses pembelajaran secara maya. Kelebihan pembelajaran secara maya ialah poses pembelajaran menjadi cepat dan mudah. Dengan itu, guru dan pensyarah akan menggunakan kaedah pembelajaran secara “Google Meet “dan “Zoom.” Murid hanya perlu menyediakan alat tulis, buku nota dan capaian Internet. Pembelajaran akan tetap menjadi menarik dengan kebijaksanaan guru merancang pengajaran mereka. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Tegasnya, murid akan dapat memperoleh ilmu dengan cepat dan efisien. Tuntasnya, pembelajaran secara maya merupakan kaedah yang mendatangkan impak yang positif jika dijalankan dengan cara yang betul. Oleh itu, pendidik perlu mengambil langkah yang proaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pada umumnya, murid-murid kekal mendapat ilmu pengetahuan walaupun dalam keadaan yang penuh cabaran.Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 48 13/11/2025 4:40:00 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
49Karangan Respons TerhadFokus SPM 9Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan budaya membaca.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang budaya membaca dalam kalangan masyarakat.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Anak ketitir terbangya rendah, Makannya pula daun pegaga;Membaca buku ilmunya indah, Penuh berisi mutiara berharga.Makan durian lima pangsa, Kenyang perut wajah berseri;Remaja membaca menghargai masa, Pusat sumber ilmu dicari.Jom sertai Program “Jom Baca Bersama 10 Minit 20___” secara serentak pada 18 Mei 20___ (Khamis), pukul 10:00 pagi Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Semua pihak juga haruslah memberikan kerjasama atas program membaca agar masyarakat yang berilmu pengetahuan dapat dicapai di negara ini. Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar menarik suasana membaca buku ilmiah, majalah, jurnal dan apa-apa sahaja bahan bacaan lain dari lokasi anda di media sosial.Sumber: hotfm audio, 18 Mei 2023Cadangan Rangka KaranganTema Budaya MembacaFokus bahan rangsangan Kebaikan membacaFokus bahan rangsangan Usaha untuk memupuk budaya membacaSasaran MasyarakatFormat Huraian pendapatPendahuluanTe : Mutiara berharga – ingin menjadi bangsa yang berjaya hendaklah rajin membacaPen : Masyarakat sibuk dengan pekerjaanPe : Budaya membaca terkubur begitu sahajaR : Faedah budaya membaca dan usaha memupuk membacaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 49 13/11/2025 4:40:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
50Karangan Respons TerhadKarangan Lengkap Budaya membaca merupakan mutiara yang berharga. Jika ingin menjadi bangsa yang berjaya, kita hendaklah rajin membaca. Namun, budaya ini semakin hilang apabila masyarakat terlalu sibuk dengan kegiatan masing-masing. Mahukah kita membiarkan amalan membaca terkubur begitu sahaja? Sesungguhnya, faedah amalan membaca dan usaha untuk memupuk minat membaca akan dikupaskan. Faedah utama amalan membaca ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Terdapat banyak buku yang mengandungi 1001 maklumat dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, pembacaan buku ilmiah dan majalah membolehkan kita mengetahui perkembangan isu-isu semasa. Budaya ini akan melahirkan modal insan minda kelas pertama buat negara. Benarlah kata pujangga, membaca jambatan ilmu. Tegasnya, budaya membaca dalam komuniti mampu membentuk golongan intelektual yang berpengetahuan luas. Usaha untuk memupuk minat membaca dalam diri kita adalah dengan mengikuti program membaca. Kita haruslah lebih meluangkan masa dengan membaca buku di perpustakaan atau di dalam kelas. Kita boleh menyertai program “Jom Baca Selama 10 Minit” yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Sebagai kesannya, kita dapat meluangkan masa dengan produktif dan efisien. Orang tua-tua pernah berkata bahawa masa itu emas. Hakikatnya, kita perlulah proaktif menyertai program membaca yang dianjurkan. Konklusinya, budaya membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat berilmu. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagi membentuk rakyat Malaysia yang rajin membaca tanpa mengira status. Tegasnya, negara kita akan lebih maju dengan rakyat yang bijaksana.Isi-isi pentingIdea 1I : Menambahkan ilmu pengetahuanBa : Banyak buku yang mengandungi 1001 maklumatc : Pembacaan buku ilmiah dan majalahK : Melahirkan modal insan minda kelas pertamaU : Membaca jambatan ilmuP : Membentuk golongan intelektualIdea 2I : Mengikuti program membacaBa : Meluangkan masa dengan membaca bukuc : Program “Jom Baca Selama 10 Minit”K : Meluangkan masa dengan produktif dan efisienU : Masa itu emasP : Menyertai program membaca yang dianjurkanPenutupP : Haruslah diberikan sokongan yang paduC : Semua pihak haruslah berganding bahuH : Negara kita akan lebih maju dengan rakyat yang bijaksanaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 50 13/11/2025 4:40:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
51Karangan Respons TerhadFokus Karangan 9Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kerjaya juruterbang.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kerjaya sebagai juruterbang.Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataanCadangan Rangka Karangan Tema Kerjaya JuruterbangFokus bahan rangsangan Syarat kelayakanFokus bahan rangsangan CabaranSasaran Pemohon jawatan juruterbangFormat HuraianJuruterbang Wanita Pertama“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” begitulah pepatah Melayu yang menjadi pegangan hidup kepada Cik Nor Azizah binti Hamzah, sehinggakan beliau dinobatkan sebagai juruterbang wanita pertama di Malaysia. Cik Nor Azizah memberitahu bahawa cabaran yang hebat yang terpaksa dihadapi oleh juruterbang wanita ialah pandangan negatif masyarakat terhadap keupayaan mereka. Tidak ramai juruterbang wanita berbanding dengan lelaki pada masa ini.Sumber: Internet, 24 Jun 2011Pantun Mengejar KerjayaPadi digiling menjadi beras, Malam gelap nyalakan pelita;Juruterbang hebat berusaha keras, Kerjaya digenggam tercapai cita-cita.Padi ditumbuk suara bergema, Beras ditanak makan sendiri;Iklan dibaca informasi diterima, Kerjaya dicari pelengkap diri.Sumber: InternetPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 51 13/11/2025 4:40:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
52Karangan Respons TerhadPendahuluanTe : Kerjaya juruterbang menjadi pilihan setiap warganegara MalaysiaPen : Iklan jawatan kosong kerjaya juruterbang syarikat Air AsiaPe : Mengapakah kerjaya ini begitu diminati?R : Syarat kelayakan menjadi juruterbang dan cabaran untuk menjadi juruterbang akan dibincangkanIsi-isi pentingIdea 1I : Fasih berbahasa Melayu dan bahasa InggerisBa : Melengkapkan diri dengan kemahiran berbahasac : Sangat mahir menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasiK : Memudahkan interaksiU : Seperti ayam dengan itikP : Cekap penguasaan bahasanyaIdea 2I : Cabaran kerana pandangan negatif masyarakatBa : sering memandang rendah dengan kebolehan wanita sebagai juruterbangc : Wanita yang menjadi juruterbang adalah sedikitK : Tidak berani untuk memohon kerjaya juruterbangU : Menconteng arang di mukaP : Takut dengan tanggapan buruk akan diterima nantiPenutupP : Kerjaya juruterbang merupakan kerjaya yang dipandang mulia oleh masyarakatC : Juruterbang perlu berdedikasi dan cekap menjalankan tugas yang diamanahkanH : Menjadi juruterbang yang hebat untuk negara MalaysiaKarangan Lengkap Kerjaya juruterbang merupakan profesion pilihan warganegara Malaysia yang inginkan kerjaya yang berprestij. Lazimnya, iklan jawatan kosong kerjaya juruterbang seperti syarikat Air Asia akan ditunggu-tunggu. Kenapakah kerjaya juruterbang ini begitu diminati? Sesungguhnya, syarat kelayakan menjadi juruterbang dan cabaran untuk menjadi juruterbang akan dibincangkan. Syarat utama untuk menjadi juruterbang yang hebat ialah seseorang itu perlu fasih dalam pelbagai bahasa. Setiap pemohon jawatan ini haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang sangat baik. Kemahiran ini penting untuk memudahkan interaksi antara juruterbang dengan pusat kawalan trafik udara dan tidaklah nanti menjadi seperti ayam dengan itik yang sukar untuk berkomunikasi. Hakikatnya, pemohon yang berumur 18 hingga 28 tahun haruslah cekap penguasaan bahasanya. Namun begitu, jawatan ini sering menjadi cabaran kepada golongan wanita untuk memohonnya. Masyarakat sering memandang rendah dengan kebolehan wanita sebagai juruterbang. Wanita yang menjadi juruterbang sangat sedikit jumlahnya. Oleh sebab itu, golongan wanita tidak berani untuk memohon kerjaya sebagai juruterbang. Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 52 13/11/2025 4:40:01 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
53Karangan Respons TerhadBagi mereka, perbuatan menconteng arang di muka akan memalukan diri sendiri. Pada umumnya, golongan wanita takut akan tanggapan buruk nanti. Kesimpulannya, kerjaya juruterbang merupakan kerjaya yang dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh hal yang demikian, seseorang juruterbang perlu berdedikasi dan cekap ketika menjalankan tugas yang diamanahkan. Pada umumnya, kita mahu melihat lebih ramai golongan muda-mudi menjadi juruterbang yang hebat untuk negara Malaysia.Fokus SPM 10Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan kemalangan jalan raya.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Sumber: InternetKUALA LUMPUR: Satu kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia dalam tempoh setiap 90 minit tahun lalu. Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Kulanthayan K.C Mani berkata, peningkatannya kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Banyak kerugian akibat kerosakan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Menurutnya, jumlah kemalangan maut pada tahun 2022 juga menggusarkan kes direkodkan sepanjang tahun terus menunjukkan peningkatan. Keselamatan nyawa, terutamanya pengguna jalan raya akan terancam jika tiada langkah segera dilakukan.Sumber: Astro Awani, 23 Mei 2023Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 53 13/11/2025 4:40:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
54Karangan Respons TerhadCadangan Rangka KaranganTema Kemalangan Jalan RayaFokus bahan rangsangan PuncaFokus bahan rangsangan ImpakSasaran Pengguna jalan rayaFormat HuraianPendahuluanTe : Isu kemalangan jalan raya di Malaysia sering menjadi topik utama beritaPen : Kadar kemalangan jalan raya dilaporkan meningkat setiap tahunPer : Kenapakah kes kemalangan menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2010 sehingga 2019? R : Punca dan kesan akan dibincangkanIsi-isi pentingIdea 1I : Sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan rayaBa : Mengejar masac : Pemandu tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu di lorong kecemasan laranganK : Bahayakan keselamatan diri dan orang lainU : Ikut hati mati, ikut rasa binasaP : Gagal mengikuti peraturan jalan raya akan membawa padahIdea 2I : Keselamatan nyawa terancam dan kerosakan harta bendaBa : Terlibat dengan kemalangan yang dahsyat dan ngeric : Kemalangan maut terus meningkatK : Kehilangan nyawa dan kerugian membaiki kerosakan kenderaanU : Sudah jatuh ditimpa tanggaP : Meragut nyawa pemandu dan menanggung kerugianPenutupP : Mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada rakyat dan negaraC : Pengguna jalan raya harus terus mengamalkan sikap “Pandu Cermat Jiwa Selamat” dalam diriH : Jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk ke destinasiPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 54 13/11/2025 4:40:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
55Karangan Respons TerhadSasaran Kutipan Pingat SukanSEA 2023 Atlet MalaysiaPingat Jumlah StatusEmas 40 GagalPerak 37 BerjayaGangsa 64 BerjayaPada temasya Sukan SEA 2023 yang lepas, Malaysia telah meletakkan sasaran sebanyak 40 pingat emas (gold medal) diikuti 37 pingat perak (silver medal) dan 64 pingat gangsa (bronze medal).Fokus SPM 11Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan sukan di Malaysia.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang manfaat bersukan kepada masyarakat.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Karangan LengkapIsu kemalangan jalan raya di Malaysia sering menjadi topik utama berita. Kita berasa bimbang kerana kadar kemalangan jalan raya dilaporkan meningkat pada setiap tahun. Mengapakah kes kemalangan menunjukkan trend peningkatan? Tegasnya, punca dan kesan kemalangan jalan raya akan dibincangkan. Punca utama kemalangan adalah kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Hal ini terjadi kerana sikap pemandu yang ingin mengejar masa. Keadaan ini menyebabkan pemandu tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu di lorong kecemasan. Tindakan mereka akan membahayakan keselamatan diri dan orang lain. Orang tua-tua ada menyebut bahawa ikut hati mati, ikut rasabinasa. Hakikatnya, gagal mengikuti peraturan jalan raya akan membawa padah. Impak negatif apabila berlaku kemalangan jalan raya ialah keselamatan nyawa akan terancam dan kerosakan harta benda. Hal ini kerana mereka terlibat dengan kemalangan yang dahsyat dan ngeri. Sebagai contoh, kes kemalangan maut yang terus meningkat. Sebagai kesannya, akan berlakulah kehilangan nyawa dan kos membaiki kerosakan kenderaan. Mereka menanggung kesan buruk ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Pada dasarnya, kemalangan ini akan meragut nyawa dan menanggung kerugian. Tuntasnya, kemalangan jalan raya akan mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada rakyat dan negara. Oleh itu, pengguna jalan raya harus terus mengamalkan sikap “Pandu Cermat Jiwa Selamat” dalam diri. Sesungguhnya, kita mahu jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk ke destinasi.Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 55 13/11/2025 4:40:02 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
56Karangan Respons TerhadCadangan Rangka KaranganTema Sukan di MalaysiaFokus bahan rangsangan KebaikanFokus bahan rangsangan KebaikanSasaran –Format HuraianPendahuluanTe : Pencapaian atlet negara dalam sukan SEA amat membanggakan negaraPen : Negara Malaysia memperoleh 40 pingat emasPe : Imej negara telah tercalar sebagai antara kuasa sukan di Asia TenggaraR : Kebaikan-kebaikan bersukan kepada rakyat dan negara akan dibincangkanIsi-isi pentingIdea 1I : Sukan alat perpaduan antara kaum Ba : Atlet pelbagai kaum yang menyertai dapat menjalin hubungan yang mesrac : Penonton yang menyaksikan perlawanan akan bersorak “Malaysia Boleh” bersamasamaK : Semangat Keluarga Malaysia dapat dipupukU : Semangat hidup bersatu padu seperti kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat dapat disemaiP : Penyertaan aktiviti sukan dijadikan medium penting pengukuhan kaum di MalaysiaIdea 2I : Kecergasan dan kesihatan diri dapat ditingkatkanBa : Proses penyingkiran haba berlaku ketika bersukanPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 56 13/11/2025 4:40:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
57Karangan Respons TerhadKarangan Lengkap Pencapaian atlet negara dalam pelbagai kejohanan sukan amat membanggakan negara. Kita berbangga apabila negara Malaysia telah mencapai 40 pingat emas Sukan SEA pada tahun 2023. Negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara Asia Tenggara lain. Tegasnya, kebaikan-kebaikan bersukan kepada rakyat dan negara akan dibincangkan. Kebaikan yang pertama ialah sukan sebagai wahana perpaduan antara kaum. Hal ini kerana atlet pelbagai kaum dapat menjalin hubungan yang mesra. Seterusnya, penonton yang menyaksikan perlawanan akan bersorak “Malaysia Boleh” bersamasama. Semangat Keluarga Malaysia juga dapat dipupuk. Yang pastinya, semangat hidup bersatu padu, seperti kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat dapat disemai. Hakikatnya, penyertaan aktiviti sukan dapat dijadikan medium penting pengukuhan kaum di Malaysia. Kecergasan dan kesihatan diri dapat ditingkatkan melalui aktiviti sukan. Hal ini disebabkan proses penyingkiran haba berlaku ketika bersukan. Pelibatan aktif dalam sukan olahraga dan sukan permainan menyebabkan anggota badan mudah berpeluh. Sebagai impak positifnya, sesuatu penyakit berbahaya dapat dielakkan. Sikap seperti kata peribahasa sudah terhantuk baru tengadah dapat dijauhi jika bersukan. Sesungguhnya, aktiviti bersukan secara sistematik dapat menjamin kecergasan dan kesihatan diri yang optimum. Tuntasnya, aktiviti sukan dapat melahirkan kesihatan diri yang baik dan mewujudkan masyarakat bersatu padu. Oleh itu, pelbagai pihak perlu bersikap bagai aur dengan tebing untuk memberikan suntikan semangat kepada warga Malaysia untuk bersukan. Pada umumnya, imej negara dalam bidang sukan akan dipandang tinggi di pentas sukan dunia. c : Pelibatan aktif dalam sukan olahraga dan sukan permainan menyebabkan anggota badan mudah berpeluhK : Sesuatu penyakit berbahaya dapat dielakkanU : Sikap seperti kata peribahasa sudah terhantuk baru tengadah dapat dijauhi jika bersukanP : Aktiviti bersukan secara sistematik dapat menjamin kecergasan dan kesihatan diri yang optimumPenutupP : Aktiviti sukan dapat melahirkan kesihatan diri yang baik dan mewujudkan masyarakat yang bersatu paduC : Pelbagai pihak perlu bersikap bagai aur dengan tebing untuk memberikan suntikan semangat kepada warga Malaysia untuk bersukanH : Imej negara dalam bidang sukan akan dipandang tinggi di pentas sukan duniaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 57 13/11/2025 4:40:03 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
58Karangan Respons TerhadFokus SPM 12Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan amalan menabung.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan menabung dalam kalangan masyarakat.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.AMALAN MENANGMenabung ialah amalan menyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempatyang selamat seperti di bankatau dalam bentuk sahamTabungan Pendidikan, TabunganMasa DepanPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 58 13/11/2025 4:40:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
59Karangan Cadangan Rangka Karangan Respons TerhadTema Amalan MenabungFokus bahan rangsangan FaedahFokus bahan rangsangan FaedahSasaran Orang ramaiFormat HuraianPendahuluanTe : Aktiviti menabung ditakrifkan sebagai perbuatan membuat simpanan di dalam tabungPen : Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling sesuai untuk membuat tabunganPe : Kenapakah kita perlu membuat tabungan dalam kehidupan kita?R : Faedah tabungan dan cara-cara menabung akan dibincangkanIsi-isi pentingIdea 1I : Tabungan boleh dijadikan sebagai dana ketika waktu kecemasanBa : Kecemasan boleh berlaku tanpa kita sedari dan kita memerlukan wang segera pada waktu tersebutc : Seseorang yang terlibat dalam kemalangan memerlukan kos rawatan yang tinggiK : Dapat menampung pembiayaan rawatan yang semakin mahal kiniU : Sediakan payung sebelum hujanP : Tabungan yang bijak dapat digunakan pada waktu kecemasan dan kemalanganIdea 2I : Wang tabungan boleh digunakan untuk faedah masa hadapanBa : Seseorang murid memerlukan simpanan yang mencukupi untuk tujuan pendidikanc : Wang tabungan boleh digunakan untuk membuat pembayaran yuran pengajianK : Murid dapat memberikan fokus yang optimum terhadap pembelajaran mereka dan dapat menerapkan nilai berjimat cermat dalam diriU : Sikap cermat masa banyak, jimat masa sedikit. P : Masa hadapan murid akan terjamin jika konsisten untuk membuat tabungan sejak awal lagiPenutupP : Kebijaksanaan untuk membuat tabungan memberikan pelbagai faedah kepada penyimpanC : Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk membuat simpanan melalui perbankan Internet kerana kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnyaH : Kehidupan anak-anak akan lebih terjamin jika bijak menguruskan simpanan dan tabunganPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 59 13/11/2025 4:40:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
60Karangan Respons TerhadKarangan Lengkap Aktiviti menabung ditakrifkan sebagai tindakan seseorang untuk membuat simpanan di dalam tabung. Zaman kanak-kanak merupakan waktu yang paling sesuai untuk membuat tabungan ataupun simpanan. Kenapakah kita perlu membuat tabungan dalam kehidupan kita? Tegasnya, faedah-faedah amalan menabung akan dirungkaikan. Amalan menabung boleh dijadikan sebagai dana ketika waktu kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana hal-hal kecemasan boleh berlaku tanpa kita sedari dan kita memerlukan wang segera pada waktu tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang terlibat dalam kemalangan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Wang tabungan ini dapat menampung pembiayaan rawatan itu. Benarlah kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan harus diamalkan. Sesungguhnya, tabungan yang bijak dapat digunakan pada waktu kecemasan. Faedah seterusnya ialah wang tabungan boleh digunakan untuk faedah masa hadapan. Hal ini kerana seseorang murid memerlukan simpanan yang mencukupi untuk tujuan pendidikan. Wang tabungan boleh digunakan untuk membuat pembayaran yuran pengajian. Sebagai impaknya, murid dapat menerapkan nilai berjimat cermat dalam diri. Sikap cermat masa banyak, jimat masa sedikit dapat diamalkan. Hakikatnya, masa hadapan murid-murid akan terjamin jika membuat tabungan sejak awal lagi. Tuntasnya, kebijaksanaan untuk membuat tabungan akan memberikan pelbagai manfaat kepada penyimpan. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk membuat simpanan melalui perbankan Internet kerana kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Pada umumnya, kehidupan anak-anak akan lebih terjamin untuk masa hadapan mereka.Fokus SPM 13Grafik di bawah menunjukkan maklumat di bawah berkaitan dengan jati diri remaja.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja yang mempunyai jati diri yang kukuh.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Pembentukan Jati Diri Kebangsaan menjadi agenda utama dalam sesebuah negara dengan tujuan untuk membina identiti yang tulen dan murni. Jati diri yang ada dalam diri remaja akan memastikan keamanan dan kedaulatan di negara dapat dikekalkan. Semangat patriotisme dapat ditingkatkan dengan remaja berusaha untuk mempertahankan kemerdekaan negara.Sumber: InternetPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 60 13/11/2025 4:40:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
61Karangan Respons TerhadCadangan Rangka KaranganTema Jati Diri RemajaFokus bahan rangsangan UsahaFokus bahan rangsangan Ciri-ciriSasaran MuridFormat HuraianPendahuluanTe : Jati diri merupakan lambang keperibadian seseorang individu, bangsa atau sesebuah negara Pen : Jati diri remaja yang utuh amat penting demi membina identiti pemangkin negaraPe : Mengapakah remaja perlu meningkatkan jati diri dalam diri?R : Usaha membentuk jati diri dan ciri-ciri jati diri remaja akan dibincangkanIsi-isi pentingIdea 1I : Remaja harus bijak menguruskan masa Ba : Membina jadual waktu bagi mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih efektifc : Mengisi masa lapang dengan membaca buku, beriadah, menyertai pertandingan seperti melukisK : dapat menggunakan masa dengan lebih produktifU : Masa itu emasP : Pengurusan masa secara berkesan boleh melahirkan jati diriIdea 2I : Remaja akan gigih berusaha Ba : Sentiasa memperbaiki diri untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkinGunakanlah masa yang adaDengan sebaiknyaKuatkanlah tekad di hatiMemajukan diriTiada kejayaan yang datangTanpa usaha yang gigihSumber: lirik lagu “Remaja” oleh Kumpulan UNICSumber: InternetPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 61 13/11/2025 4:40:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62Karangan Respons TerhadKarangan Lengkap Jati diri seseorang terserlah melalui keperibadiannya. Jati diri remaja yang utuh amat penting demi membina identiti pemangkin negara yang tulen dan murni. Hal ini diibaratkan sebagai batu loncatan ke arah kegemilangan negara. Sesungguhnya, usaha membentuk jati diri dan ciri-ciri jati diri remaja cemerlang akan dibincangkan. Usaha membentuk jati diri remaja ialah mereka haruslah bijak menguruskan masa. Remaja wajar membina jadual waktu bagi mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih efektif. Misalnya, mereka boleh mengisi masa lapang dengan membaca buku, beriadah, menyertai pertandingan seperti melukis berbanding melepak.Sebagai kesannya, mereka dapat menggunakan masa dengan lebih produktif. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa masa itu emas. Sememangnya, pengurusan masa secara berkesan boleh melahirkan jati diri dalam jiwa remaja. Ciri-ciri remaja dengan jati diri yang tinggi ialah gigih berusaha. Dengan itu, remaja ini perlulah sentiasa memperbaik diri untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin. Contohnya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebagai impaknya, mereka dapat merasai kejayaan yang lebih manis dengan titik peluh mereka. Orang tua-tua berkata bahawa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, kegigihan remaja merupakan bukti mereka memiliki jati diri yang tinggi. Sebagai konklusinya, jati diri yang kukuh menjadi asas pembentukan sahsiah unggul seseorang. Oleh yang demikian, program pembangunan sahsiah dan kempen patriotik perlu dipergiat oleh pelbagai pihak. Tegasnya, remaja hari ini mampu menjadi modal insan minda kelas pertama yang akan meneruskan usaha pemodenan Malaysia.c : Belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjayaK : Mereka dapat merasai kejayaan yang lebih manis dengan titik peluh merekaU : Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaP : Kegigihan remaja merupakan bukti mereka memiliki jati diri yang tinggiPenutupP : Golongan remaja perlulah membuka mata C : Menyedari kejayaan yang menanti mereka apabila jati diri tersemat dalam diri H : Remaja mampu menjadi modal insan kelas pertamaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 62 13/11/2025 4:40:04 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
63Karangan Respons TerhadCadangan Rangka KaranganTema Semangat PatriotismeFokus bahan rangsangan Langkah-langkahSasaran MasyarakatFormat HuraianFokus SPM 14Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan semangat patriotisme.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 63 13/11/2025 4:40:05 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
64Karangan Respons TerhadKarangan LengkapSemangat patriotisme sangat penting dalam kalangan masyarakat. Ironinya, semangat ini semakin luntur kerana masyarakat pada masa kini terlalu sibuk dengan urusan masing-masing. Hakikatnya, terdapat banyak cara memupuk semangat patriotisme dalam diri. Antara cara memupuk semangat patriotisme ialah penghasilan karya seni bertemakan patriotisme. Dalam hal ini, karya ini menjadi bahan untuk menyampaikan mesej berunsurkan patriotisme kepada masyarakat. Sebagai contoh, lukisan mural, karya sajak, novel, filem, lukisan dan lagu. Sebagai kesannya, karya seni boleh membangkitkan semangat cinta akan tanah air sebagaimana kata peribahasa tak kenal maka tak cinta. Seterusnya, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sikap rakyat yang tolongmenolong tanpa mengira kaum. Hal ini demikian kerana penduduk Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang hidup bersama-sama. Misalnya, masyarakat yang bergotong-royong mampu memupuk nilai kerjasama dalam diri. Sebagai impaknya, sikap terpuji ini dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan silaturahim bagai aur dengan tebing.PendahuluanTe : Semangat patriotisme sangat penting dipupuk dalam kalangan masyarakatPen : Semakin luntur kerana sibuk dengan urusan masing-masingR : Banyak cara memupuk semangat patriotismeIsi-isi pentingIdea 1I : Penghasilan karya seni bertemakan patriotismeBa : Bahan untuk menyampaikan mesej patriotismec : Lukisan mural, karya sajak, novel, filem dan laguK : Membangkitkan semangat cinta akan tanah airU : Tak kenal, maka tak cintaIdea 2I : Sikap tolong-menolong tanpa mengira kaumBa : Semua kaum yang ada sentiasa memberi bekerjasamac : gotong-royong di taman perumahanK : Mengukuhkan semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan silaturahimU : Bagai aur dengan tebingIdea 3I : Memartabatkan bahasa MelayuM : Mengamalkan penggunaan bahasa Melayu standard dalam kehidupan seharianK : Meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu dan jati diri sebagai rakyat MalaysiaU : Bahasa jiwa bangsaPenutupP : Menerapkan semangat patriotisme dalam diri bagi melahirkan warganegara yang cinta akan negaraH : Negara Malaysia terus maju di persada duniaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 64 13/11/2025 4:40:05 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
65Karangan Respons Terhad Selanjutnya, semangat patriotisme boleh dipupuk dengan cara memartabatkan bahasa Melayu. Dalam konteks ini, masyarakat haruslah mengamalkan penggunaanbahasa Melayu standard dalam kehidupan seharian. Tindakan ini akan mengekalkan tahap penguasaan bahasa Melayu dan jati diri komuniti di negara ini sebagai rakyat Malaysia. Peribahasa ada menyebut bahawa bahasa jiwa bangsa. Konklusinya, semua golongan masyarakat mesti menerapkan semangat patriotisme dalam diri bagi melahirkan warganegara yang cinta akan negara. Semoga negara Malaysia terus maju di persada dunia.Fokus SPM 15Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan sindiket penipuan di Malaysia.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang sindiket penipuan yang wujud di Malaysia.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Cadangan Rangka KaranganTema Sindiket PenipuanFokus bahan rangsangan 1 Faktor terpedayaFokus bahan rangsangan 2 Kesan terpedayaFokus bahan rangsangan 3 Usaha mengatasiSasaran MasyarakatFormat HuraianPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 65 13/11/2025 4:40:06 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
66Karangan Respons TerhadKarangan LengkapSindiket penipuan ialah kegiatan sekumpulan orang yang mendapat sejumlah wang secara tidak jujur. Hakikatnya, terdapat faktor, kesan dan usaha mengatasi masalah sindiket penipuan akan dibincangkan. Faktor terjadinya sindiket penipuan ialah orang ramai mudah terpedaya dengan tipu helah sindiket. Dalam hal ini, mereka bersikap ingin cepat kaya supaya dapat menjalani kehidupan mewah. Sebagai kesannya, mereka sanggup memberikan maklumat peribadi yang sulit kepada sindiket penipuan. Tegasnya, perbuatan mereka licin seperti belut kerana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Seterusnya, kesan sindiket penipuan ialah mangsa kehilangan wang. Hal ini demikian kerana mereka telah memberikan wang yang banyak kepada sindiket akibat terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan. Sebagai impaknya, mangsa kesempitan wang untuk menyara hidup sehingga terpaksa berhutang. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa.PendahuluanTe : Kegiatan sekumpulan orang yang mendapat sejumlah wang yang besar dengan cara tidak jujurPen : Semakin membimbangkan masyarakat kerana sindiket ini semakin meluas di seluruh negaraR : Faktor, kesan dan usaha mengatasi masalah sindiket penipuanIsi-isi pentingIdea 1I : Mudah terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuanBa : Sikap ingin cepat kaya supaya dapat menjalani kehidupan yang mewah dan bergaya – sasaran kepada golongan yang mempunyai masalah kewanganK : Sanggup memberikan maklumat peribadi yang sulit kepada sindiketU : Perbuatan mereka licin seperti belut kerana sukar dikesanIdea 2I : Kehilangan sejumlah wang yang banyakBa : Memberikan sejumlah wang yang besar kepada sindiket penipuan akibat terpedayaK : Kesempitan wang untuk menyara hidup sehingga terpaksa berhutangU : Ikut hati mati, ikut rasa binasaIdea 3I : Menggunakan portal dan aplikasi semakan akaun penipuBa : “Semak Mule” membolehkan seseorang membuat semakan penipuan yang berkaitan dengan nombor telefon dan nombor akaun bankK : Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talianU : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak bergunaPenutupP : Mengambil peringatan mengenai isu sindiket penipuanC : Mengamalkan sikap berfikir sebelum bertindak dalam kehidupan harianH : Isu ini dapat dihentikan segera supaya komuniti hidup aman dan sejahteraPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 66 13/11/2025 4:40:06 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
67Karangan Respons Terhad Selanjutnya, usaha mengatasi masalah sindiket penipuan ialah masyarakat digalakkan menggunakan aplikasi semakan sindiket penipuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM. Oleh yang demikian, aplikasi dan portal “Semak Mule” membolehkan seseorang membuat semakan penipuan berkaitan nombor telefon dan nombor akaun bank. Sebagai kesannya, mereka mengenai isu sindiket penipuan. dalam talian seperti peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Intihanya, segenap peringkat masyarakat haruslah mengambil peringatan mengenai isu sindiket penipuan. Sesungguhnya, isu ini wajar dihentikan segera supaya masyarakat hidup aman dan sejahtera.Fokus SPM 16Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kasih sayang terhadap kedua-dua orang ibu bapa.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang sebab kita perlu menyayangi ibu bapa dan cara-cara menyayangi mereka.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Cadangan Rangka JawapanTema Sayangi Ibu BapaFokus bahan rangsangan 1 Sebab perlu menyayangi ibu bapaFokus bahan rangsangan 2 Cara menyayangi ibu bapaSasaran MuridFormat HuraianPendahuluanPen : Ibu ialah orang yang melahirkan kita – bapa ialah orang yang bekerja keras untuk membesarkan kitaR : Sebab dan cara-cara menyayangi ibu dan bapa kitaIsi-isi pentingIdea 1I : Ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk membesarkan anak-anakBa : Demi mendapatkan wang bagi menyara hidup keluargaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF3p.indd 67 17/11/2025 10:55:35 AMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
68Karangan Respons TerhadKarangan Lengkap Secara umumnya, ibu ialah orang yang melahirkan kita. Manakala bapa ialah orang yang bekerja keras untuk membesarkan kita. Sesungguhnya, terdapat sebab dan cara-cara menyayangi ibu dan bapa kita akan dibincangkan. Sebab ibu dan bapa perlu disayangi ialah ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa bekerja sepanjang hari demi mendapatkan wang bagi menyara hidup keluarga. Sebagai kesannya, anak-anak dapat membesar dengan baik dan menjadi insan yang berjaya. Hakikatnya, ibu bapa mampu memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibu dan bapa. Seterusnya, cara-cara menyayangi ibu bapa kita adalah dengan menjadi anak yang mendengar kata. Oleh itu, kita haruslah menuruti kehendak ibu bapa dan berusaha memenuhi harapannya. Sebagai impaknya, kita dapat membalas jasa ibu bapa yang menjaga kita sejak kecil dengan mentaati mereka. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa syurga di bawah telapak kaki ibu. Selanjutnya, cara kedua untuk menyayangi ibu bapa adalah dengan sentiasa menghubungi mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang berjauhan dengan ibu bapa boleh bertanya khabar dan berbual mesra melalui panggilan telefon atau panggilan video. Tindakan ini dapat mengubat rindu mereka sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, amalan ini mampu mengelakkan sikap bagai kacang lupakan kulit dalam kalangan anak-anak.K : Anak-anak dapat membesar dengan baik, menjadi insan yang berjayaU : Ibu bapa mampu memelihara 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibu dan bapaIdea 2I : Menjadi anak yang mendengar kata kedua-dua orang tuaBa : Menuruti kehendak ibu dan bapa, berusaha memenuhi harapannyaK : Membalas jasa ibu dan bapa dengan mentaati merekaU : Syurga di bawah telapak kaki ibuIdea 3I : Sentiasa menghubungi ibu dan bapaBa : Anak-anak yang berjauhan boleh bertanya khabar dan berbual mesra – panggilan telefonK : Mengubat rindu sambil mengeratkan hubungan kekeluargaanU : Kacang lupakan kulitPenutupP : Anak-anak mentaati dan menghormati ibu bapa yang berpenat lelah membesarkan kitaU : Bagai menatang minyak yang penuhC : Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaanH : Dapat mengenang budi ibu bapaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 68 13/11/2025 4:40:07 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
69Karangan Respons Terhad Walhasil anak-anak mestilah mentaati dan menghormati ibu bapa yang berpenat lelah membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Tegasnya, anak-anak mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan supaya dapat mengenang budi ibu bapa.Fokus SPM 17Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan masalah obesiti dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.SHAH ALAM – Masalah kegemukan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila satu daripada dua individu dewasa di negara ini atau kira-kira 11 juta orang mengalami berat badan berlebihan dan obes. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan. Rekod itu meningkat tiga peratus berbanding dengan 50.1 peratus pada 2019.Malaysia kini dianggarkan mempunyai 22 juta rakyat dewasa berusia 18 tahun dan ke atas. Laporan NHMS 2023 juga merekodkan trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia meningkat 10 peratus antara 2011 hingga 2023.KADAR OBESITI DI ASIA TENGGARANegara1. Brunei2. Malaysia3. Thailand4. Singapura5. Filipina6. Indonesia7. Vietnam201614.115.610.06.16.46.92.1202428.219.711.610.69.3tiada data1.7Naik100%26%16%73%45%–turun 23%Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 69 13/11/2025 4:40:07 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
70Karangan Respons TerhadCadangan Rangka KaranganTema Masalah ObesitiFokus bahan rangsangan 1 Faktor makanan tidak seimbangFokus bahan rangsangan 2 Faktor amalan senamanSasaran MuridFormat HuraianPendahuluanTe : Masalah obesiti dalam kalangan rakyat semakin membimbangkanPen : Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia paling tinggi rakyatnya mempunyai masalah kegemukan di Asia TenggaraPe : Kenapakah masalah obesiti dalam negara semakin meningkat?R : Pelbagai faktor berlakunya masalah obesiti akan dibincangkanIsi-isi pentingIdea 1I : Pengambilan makanan yang tidak seimbangBa : Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan gulac : Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak menjadi makanan pilihanK : Mudah diserang pelbagai penyakit yang berbahayaU : Sikap sudah terhantuk baru tengadahP : Rakyat Malaysia tidak mengutamakan pemakanan yang betul akan mudah mendapat masalah obesitiIdea 2I : Aktiviti senaman tidak dijadikan amalan harianBa : Sibuk dengan pekerjaan dan bersikap malas untuk bersenamc : Senaman ringan selama 30 minit sehari atau berjoging tidak dilakukanK : Tidak berlaku pembakaran lemak dan pembuangan sisa toksik di dalam badanU : Sikap bagai balak terendam akan membawa padah pada kesihatan diriP : Tiada melakukan aktiviti senaman dalam kehidupan seharian – menjadi gemukPenutup P : Keprihatinan terhadap BMI (Indeks Jisim Badan) sangat penting untuk kekal sihatC : Aktiviti senaman dan pengambilan makanan seimbang perlu dijadikan keutamaanH : Rakyat Malaysia yang sihat akan melahirkan keluarga Malaysia yang sejahteraKarangan LengkapMasalah obesiti dalam kalangan rakyat semakin membimbangkan. Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa rakyat di Malaysia paling tinggi mengalami masalah kegemukan di Asia Tenggara. Mengapakah masalah obesiti dalam negara semakin meningkat? Pelbagai faktor berlakunya masalah obesiti akan dibincangkan. Faktor utama berlakunya masalah obesiti ialah pengambilan makanan yang tidak seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula. Contohnya, buah-buahan dan sayursayuran tidak menjadi makanan pilihan. Keadaan ini akan memudahkan masyarakat diserang pelbagai penyakit yang berbahaya. Sikap sudah terhantuk baru hendakPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 70 13/11/2025 4:40:07 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
71Karangan Respons Terhadtengadah yang diamalkan akan menyebabkan risiko untuk menjadi obesiti amat tinggi. Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak mengutamakan pemakanan yang betul akan mudah mendapat masalah obesiti. Faktor yang seterusnya ialah aktiviti senaman tidak dijadikan amalan harian. Hal ini kerana rakyat Malaysia sibuk dengan pekerjaan dan malas untuk bersenam. Sebagai buktinya, Senaman ringan selama 30 minit sehari atau berjoging tidak dilakukan oleh rakyat Malaysia. Sikap malas bersenam ini akan menyebabkan pembakaran lemak dan pembuangan sisa toksik di dalam badan tidak berlaku. Sikap bagai balak terendamakan membawa padah pada kesihatan diri. Pada dasarnya, rakyat yang tidak melakukan aktiviti senaman dalam kehidupan seharian memudahkan mereka menjadi gemuk. Kesimpulannya, keprihatinan terhadap Indeks Jisim Badan sangat penting untuk kekal sihat. Oleh itu, aktiviti senaman dan pengambilan makanan seimbang perlu dijadikan keutamaan untuk kekal sihat. Umumnya, rakyat Malaysia yang sihat akan melahirkan keluarga Malaysia yang sejahtera.Fokus SPM 18Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan amalan membaca.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan membaca.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 71 13/11/2025 4:40:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
72Karangan Respons TerhadCadangan Rangka KaranganTema Amalan MembacaFokus bahan rangsangan 1 Usaha minat membacaFokus bahan rangsangan 2 Faedah amalan membacaSasaran MuridFormat HuraianPendahuluanTe : Amalan membaca merupakan amalan muliaPen : Semakin hilang apabila kita terlalu sibuk dengan kegiatan masing-masingPe : Sanggupkah membiarkan amalan membaca terkubur begitu sahaja?R : Usaha memupuk minat membaca dalam diri masyarakat dan faedah daripadanya akan dikupaskan bersama-samaIsi-isi pentingIdea 1I : Mengubah diri ke arah minat membacaBa : Meluangkan masa dengan membaca daripada melakukan perkara yang sia-siac : Kita boleh membaca akhbar, majalah dan komik dalam talian atau di perpustakaanK : Kita dapat meluaskan pengetahuanU : Membaca jambatan ilmuP : Kta perlu menanam minat untuk membaca bukuIdea 2I : Faedah utama amalan membaca ialah dapat menambah ilmu pengetahuanBa : Terdapat banyak buku yang mengandungi pelbagai info dalam pelbagai bidangc : Pembacaan buku ilmiah membolehkan kita mengetahui sejarah dunia dengan lebih mendalamK : Akan melahirkan modal insan minda kelas pertama sebagai pemangkin negaraU : Kata pujangga, orang yang malas membaca umpama katak di bawah tempurungP : Budaya membaca dalam komuniti mampu membentuk golongan intelektual yang berpengetahuan luasPenutupP : Kita perlulah membuang sikap lepas tangan dalam usaha memupuk minat membacaC : Semua pihak haruslah berganding bahu bagi membentuk rakyat Malaysia yang rajin membacaH : Negara kita akan lebih maju dengan rakyat yang bijaksanaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 72 13/11/2025 4:40:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
73Karangan Respons TerhadKarangan Lengkap Amalan membaca merupakan budaya mulia. Ironinya, budaya ini semakin hilang apabila kita terlalu sibuk dengan kegiatan masing-masing. Sanggupkah kita membiarkan amalan membaca terkubur begitu sahaja? Sesungguhnya, usaha memupuk minat membaca dalam diri masyarakat dan faedah daripadanya akan dikupaskan bersama-sama. Usaha untuk memupuk minat membaca dalam diri kita adalah dengan mengubah diri. Kita haruslah lebih meluangkan masa dengan membaca daripada melakukan perkara yang sia-sia. Kita boleh membaca akhbar, majalah dan komik secara dalam talian atau di perpustakaan. Sebagai kesannya, kita dapat meluaskan pengetahuan kita. Orang tua-tua pernah berkata bahawa membaca jambatan ilmu. Hakikatnya, kita perlulah menanam minat untuk terus membaca buku. Selanjutnya, faedah utama amalan membaca sudah pasti dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Terdapat banyak buku yang mengandungi 1001 maklumat dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, pembacaan buku ilmiah membolehkan kita mengetahui sejarah dunia dengan lebih mendalam. Tindakan ini akan melahirkan modal insan minda kelas pertama sebagai pemangkin negara. Benarlah kata pujangga, orang yang malas membaca umpama katak di bawah tempurung. Tegasnya, budaya membaca dalam komuniti mampu membentuk golongan intelektual yang berpengetahuan luas. Konklusinya, kita perlulah membuang sikap lepas tangan dalam usaha memupuk minat membaca di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagi membentuk rakyat Malaysia yang rajin membaca tanpa mengira status. Tegasnya, negara kita akan lebih maju dengan rakyat yang bijaksana. Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 73 13/11/2025 4:40:08 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
74Karangan Respons TerhadFokus SPM 19Gambar di bawah menunjukkan maklumat tentang pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia.Berdasarkan maklumat yang diberikan, huraikan pendapat anda tentang langkahlangkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 74 13/11/2025 4:40:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
75Karangan Cadangan Rangka Karangan Respons TerhadTema Pengangkutan AwamFokus bahan rangsangan 1 Langkah memberikan diskaunFokus bahan rangsangan 2 Langkah memberi kesedaranSasaran MasyarakatFormat HuraianPendahuluanTe : Pengangkutan awam menjadi topik perbualan orang ramaiPen : Orang ramai terpaksa menghadapi masalah kesesakan jalan raya di ibu kotaPe : Masyarakat perlu menggunakan pengangkutan awam, bak kata pepatah, alah bisa,tegal biasaR : Langkah-langkah untuk menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awamIsi-isi pentingIdea 1I : Memberikan diskaun tambang yang menarik kepada orang awamBa : Pemberian diskaun tambang pada waktu tertentuc : Memberikan potongan sehingga 50 peratusK : Dapat membayar dengan potongan harga yang lebih murahU : kalau tidak dipecahkan rayung, manakan dapat sagunyaP : Potongan harga tambang wajar diberikanIdea 2I : Mengadakan kempen kesedaran yang lebih efektifBa : Menjalankan kempen yang berterusan dan menyeluruhc : Kempen mengajak orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Hoki Bukit Jalil sempena perlawanan hoki K : Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kelebihan menggunakan pengangkutan awamU : Kempen pasti berjaya jika rata-rata masyarakat bersikap di mana ada kemahuan, di situ ada jalanP : Kempen pengangkutan awam ini perlu dijalankan dengan lebih proaktifPenutupP : Masyarakat tidak diberikan informasi yang menyeluruh tentang kelebihan pengangkutan awamC : Semua pihak bekerjasama dan mengambil cakna, persis peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita robohH : Ekonomi negara turut berkembang dengan kemodenan perkhidmatan pengangkutan awam di MalaysiaPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF3p.indd 75 17/11/2025 10:55:38 AMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
76Karangan Respons TerhadKarangan LengkapIsu pengangkutan awam sering menjadi topik perbualan masyarakat kini. Buktinya, orang ramai sering mengeluh dengan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota. Oleh sebab itu, masyarakat perlu menggunakan pengangkutan awam, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Tegasnya, langkahlangkah untuk menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam akan dibincangkan. Langkah utama ialah pihak berwajib memberikan diskaun tambangyang menarik kepada orang awam. Oleh yang demikian, pemberian diskaun ini boleh diberikan pada waktu yang tertentu. Pengendali syarikat pengangkutan awam boleh memberikan potongan sehingga 50 peratus. Pengguna akan dapat membayar dengan potongan harga yang lebih murah. Usaha ini pasti akan berjaya kerana kalau tidak dipecahkan rayung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, potongan pada harga tambang wajar diberikan kepada orang ramai. Pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran yang lebih efektif. Oleh itu, kempen ini haruslah dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh. Sebagai buktinya, kempen menaiki pengangkutan awam ke Stadium Hoki Bukit Jalil sempena perlawanan hoki diuar-uarkan di media massa. Kempen ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat tentangkelebihan menggunakan pengangkutan awam. Kempen pasti berjaya jika rata-rata masyarakat bersikap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sesungguhnya, kempen pengangkutan awam ini perlu dijalankan dengan lebih proaktif. Secara tuntasnya, masyarakat sebenarnya tidak diberikan informasi yang menyeluruh tentang kelebihan pengangkutan awam. Dengan demikian, semua pihak perlu bekerjasama dan mengambil cakna, persis kata peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Pada umumnya, ekonomi negara akan turut berkembang dengan kemodenan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg7-76)_vimF1p.indd 76 13/11/2025 4:40:09 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
77Karangan Respons TerhadFokus SPM 20Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki untuk menjawab e-mel tersebut.Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Daripada:Kepada:Perkara:Batal [email protected]@hotmail.comMasalah Buli di SekolahSalam sejahtera sahabatku, Syafiqah.Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat dan gembira.Kebelakangan ini, saya sering berasa tertekan kerana menjadi mangsa buli di sekolah. Ada segelintir murid di sekolah selalu mengejek penampilan saya, malah ada yang menolak dan mengugut. Saya berasa takut untuk ke sekolah dan hal ini menjejaskan pelajaran saya.Saya tahu bahawa awak pernah menghadapi masalah yang sama suatu ketika dahulu. Bolehkah awak berkongsi beberapa cara untuk menghadapi serta mengatasi masalah buli ini? Saya benar-benar perlukan bantuan dan sokongan moral daripada awak.Sekian, terima kasih.Sahabatmu, FaizahPenulisan SPM B.Myu IMBaCKUP(pg77-91 )_vimFp.indd 77 13/11/2025 3:50:05 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
273JawapanKertas Model SPM 1 (Kertas 1)Bahagian ASatu teknologi yang kian mendapat perhatian dalam bidang pendidikan ialah Kecerdasan Buatan (AI) atau Artificial Intelligence. Oleh itu, murid haruslah bijak dan berusaha gigih untuk menggunakan teknologi AI dalam pembelajaran mereka kerana usaha itu tangga kejayaan. Sesungguhnya, kelebihan penggunaan AI dalam bidang pendidikan akan dikupas dan diperincikan. Kelebihan utama AI ialah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru lebih menarik. Hal ini kerana guru akan menggunakan bahan pembelajaran digital dalam pembelajaran mereka. Sebagai contoh, penggunaan video interaktif dan simulasi 3D yang lebih menyeronokkan. Kaedah ini akan membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan tentunya akan meminati pelajaran tersebut. Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa kalau tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, penggunaan AI yang bersifat interaktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Kelebihan lain ialah penggunaan AI menjadi pemangkin kecemerlangan akademik murid. Hal ini membolehkan pembelajaran disesuaikan dengan tahap kebolehan setiap murid. Sebagai contoh, pembelajaran berasakan AI, seperti Quizizz AI Tutor menjadikan pembelajaran lebih efektif. Sebagai impaknya, proses ulang kaji yang berterusan ini akan menyebabkan sesuatu yang susah akan menjadi mudah, seperti kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Hakikatnya, penggunaan AI akan dapat melahirkan murid yang berdaya saing dan cemerlang akademiknya. Secara tuntasnya, AI banyak memberikan kelebihan kepada murid dan guru. Oleh sebab itu, semua pihak perlu ada pemikiran baharu untuk menyertai kempen kesedaran penggunaan AI yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Pada umumnya, ini mampu membentuk generasi murid yang cemerlang dan kreatif pada masa hadapan. Bahagian BSoalan 1Tidak dinafikan bahawa makanan tradisional ialah makanan yang mencerminkan budaya dan identiti sesuatu kaum di Malaysia. Namun begitu, masih ramai masyarakat terutamanya generasi muda yang tidak cakna akan kewujudan makanan tradisional ini. Hal ini tercetus apabila munculnya pengaruh keunikan makanan Barat yang menjadi kegemaran anak watan ini.Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan dalam mempopularkan warisan tradisional supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tegasnya, langkah-langkah untuk mempromosikan makanan tradisional akan dikupas dan diperincikan. Langkah pertama untuk mempromosikan makanan tradisional ialah ibu bapa perlulah membuat sajian makanan tradisional kepada anak-anak di rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan ibu bapa tentang makanan tradisional ini bermula sejak anak-anak kecil lagi. Oleh hal yang demikian, Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP_Jaw(pg273-284)_vim3p.indd 273 14/11/2025 3:20:19 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jawapan274ibu bapa perlulah mendedahkan makanan tradisonal kepada anak-anak kerana mereka mudah dibentuk dan diajar untuk mencintai makanan tradisional ini. Sebagai contoh, ibu bapa bolehlah menyediakan makanan tradisional seperti kuih onde-onde, dodol dan nasi kerabu untuk disajikan kepada anak-anak. Kesannya, makanan tradisional ini dapat diwariskan kepada anak-anak supaya tidak lenyap kepada generasi akan datang. Pendidikan awal kepada anak-anak sejak kecil tentang keunikan makanan tradisional ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tegaslah kepada kita bahawa, penyajian makanan tradisional kepada anak-anak di rumah sangat penting dalam usaha mempopularkan makanan tradisional. Langkah kedua pula ialah pengiklanan tentang makanan tradisional perlulah disebarluaskan. Hal ini dikatakan demikian begitu kerana masih ramai masyarakat yang tidak mengenali makanan tradisional di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak berkuasa boleh memainkan peranan untuk mempromosikan warisan tradisional ini melalui media massa. Buktinya, pihak tertentu wajarlah membuat perkongsian resipi pembuatan kuih onde-onde dan memberikan perkongsian tentang sejarah kuih tersebut kepada orang ramai. Natijahnya, akan lebih ramai masyarakat mengetahui kewujudan makanan tradisional ini dan menghargai warisan budaya ini. Pengenalan terhadap keunikan dan kelazatan makanan tradisional ini melalui media massa menunjukkan penghargaan dan cinta akan makanan tradisi ini, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, pengiklanan makanan tradisional di media massa memberikan impak yang besar dalam mempromosikan makanan tradisional ini. Langkah terakhir ialah pihak-pihak tertentu perlu menganjurkan pertandingan makanan tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan yang diadakan ini pastinya dapat menonjolkan makanan tradisional kepada masyarakat. Dengan demikian, pengusaha makanan tradisional boleh menyertai pertandingan ini bagi menggilap bakat di samping memajukan perniagaan makanan tradisional ini lagi. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh memberikan dana dari segi kewangan dan peralatan masakan kepada pengusaha makanan tradisional bagi penganjuran program ini. Yang pastinya, semakin banyak makanan tradisional pelbagai aneka dan rasa dapat diperkenalkan kepada orang ramai. Bantuan antara pihak kerajaan dan pengusaha makanan dalam memprodengan peribahasa sepakat membawa berkat. Kita mengakui hakikat bahawa penganjuran pertandingan makanan tradisional merupakan langkah yang berkesan dan ampuh untuk mempopularkan makanan tradisional kepada generasi muda khususnya. Kesimpulannya, makanan tradisional bukan sahaja makanan yang menyelerakan, malah menggambarkan identiti, sejarah dan budaya masyarakat kita yang unik. Oleh itu, semua pihak perlulah bersatu bagai aur dan tebing dalam usaha mempopularkan makanan tradisional ini kepada semua masyarakat di Malaysia. Semua kaum di Malaysia akan menikmati keunikan makanan yang terdapat di Malaysia. Hakikatnya, generasi muda akan lebih menghargai warisan nenek moyang ini dan menjadikan makanan tradisional sebagai kebanggaan negara Malaysia di persada dunia. Soalan 2Isu kebankrapan semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Kebankrapan merujuk kepada keadaan seseorang yang tidak mampu membayar hutang yang ditanggung, lalu diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa. Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah individu yang diisytiharkan bankrap dalam kalangan golongan muda menunjukkan angka yang merisaukan dan membimbangkan. Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP_Jaw(pg273-284)_vim3p.indd 274 13/11/2025 3:50:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jawapan275Fenomena ini bukan sahaja memberikan kesan kewangan, malah boleh berulang kali berlaku seperti kata peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Oleh itu, amat wajar kita mengkaji punca-punca berlakunya kebankrapan supaya menjadi pengajaran kepada kita semua. Kelemahan pengurusan kewangan merupakan antara punca utama seseorang jatuh bankrap. Hal ini terjadi apabila individu tidak merancang pendapatan dan perbelanjaan dengan bijak. Oleh sebab itu, mereka sering berbelanja melebihi kemampuan tanpa mengambil kira keperluan sebenar. Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan sederhana membeli telefon pintar mewah secara ansuran tinggi hanya kerana ingin bergaya. Sebagai akibatnya, hutang akan bertambah dan bayaran tertunggak menjerat kewangan mereka. Terdapat juga individu yang menggunakan kad kredit secara berlebihan dan gagal membayar baki bulanan, menyebabkan hutang semakin bertambah Keadaan ini akan menyebabkan tekanan hidup dan nama mereka disenaraihitamkan oleh institusi kewangan. Kata peribahasa, iaitu biar papa asal bergaya menjadi pegangan yang akan merugikan mereka. Tegasnya, ketidakcekapan pengurusan kewangan peribadi akan menyebabkan seseorang itu bergelumang dengan hutang yang akan membawa kebankrapan dan membebankan kehidupan. Gaya hidup mewah dan budaya menunjuk-nunjuk turut menjadi penyumbang kepada kebankrapan, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gaya hidup mewah ini sering membawa kebankrapan apabila perbelanjaan melebihi kemampuan. Mereka juga mudah terpengaruh oleh media sosial dan ingin kelihatan hebat seperti artis. Sebagai contoh, ada yang membeli kereta mewah, barangan berjenama dan melancong ke luar negara walaupun mereka tidak mempunyai pendapatan yang stabil. Sebagai akibatnya, mereka terpaksa membuat pinjaman peribadi yang sukar dibayar dalam jangka panjang. Seterusnya, pembayaran ansuran kenderaan, telefon pintar dan percutian mewah akan menyebabkan hutang bertambah. Sikap berbelanja yang tidak mengikut kemampuan seperti kata pepatah ukur baju di badan sendiri telah membawa akibat hutang yang tinggi. Sesungguhnya, sikap yang mementingkan status berbanding kemampuan akan menyebabkan kebankrapan berlaku. Kos hidup yang semakin meningkat merupakan antara faktor yang mendorong seseorang individu terjerumus ke lembah kebankrapan. Hal ini terjadi apabila kadar inflasi yang tinggi juga akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan terus melonjak naik Oleh itu, apabila seseorang itu tidak dapat memenuhi keperluan hidup dengan pendapatan yang ada, maka mereka cenderung untuk berhutang. Sebagai contoh, mereka akan berhutang sama ada melalui kad kredit, pinjaman peribadi mahupun pembelian secara ansuran. Untuk menampung kekurangan ini, seseorang itu mungkin menggunakan kad kredit atau meminjam daripadainstitusi kewangan. Jika keadaan ini berlarutan, lambat laun mereka tidak mampu untuk membayar balik pinjaman dan kehidupan mereka bagai telur di hujung tanduk. Pada umumnya, kos hidup yang tinggi memang boleh menyebabkan kebankrapan sekiranya tidak disertai dengan perancangan kewangan yang teliti dan berhemah. Secara konklusinya, kebankrapan individu merupakan satu situasi yang memberi kesan negatif bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada keluarga dan masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu diberi pendedahan awal tentang celik kewangan dan kepentingan hidup secara sederhana. Seterusnya, setiap individu perlu berfikir panjang sebelum berhutang dan sentiasa merancang kewangan dengan bijak, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Pada umumnya, prinsip berhemah dan bijak Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP_Jaw(pg273-284)_vim3p.indd 275 13/11/2025 3:50:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jawapan276dalam berbelanja haruslah diamalkan agar tidak menjadi mangsa kebankrapan pada masa hadapan. Soalan 3Isu kemurungan dalam kalangan remaja kini semakin meruncing sehingga menjadi isu kesihatan mental dan masalah sosial remaja. Sebenarnya, remaja ialah golongan yang mudah terdedah kepada tekanan persekitaran dan masalah keluarga. Jika tidak ditangani maka keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa tidak bernilai dan hidup menyendiri. Masalah ini ibarat api dalam sekam dan jika tidak dikawal akan membantutkan masa depan mereka. Oleh itu, usaha daripada pelbagai pihak perlu dilaksanakan untuk membendung masalah ini sebelum menjadi lebih parah. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting sebagai wahana untuk membendung kemurungan anak-anak. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan institusi asas yang membentuk sahsiah dan kestabilan emosi seseorang. Dengan demikian, ibu bapa yang prihatin seharusnya mewujudkan komunikasi terbuka dengan anak-anak agar mereka berasa selamat untuk berkongsi masalah. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh meluangkan masa setiap hari untuk berbual-bual dan mendengar luahan perasaan anak-anak. Selain itu, sesi perbualan ini hendaklah tiada sebarang prejudis atau tekanan. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan memendam tekanan yang boleh mencetuskan kemurungan. Ibu bapa seharusnya perlu mengamalkan sikap seperti kata peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Tegasnya, hubungan baik antara ibu bapa dengan anak-anak akan mewujudkan keluarga yang harmoni dan menjadi benteng penghalang berlakunya masalah kemurungan. Pihak sekolah juga memainkan peranan yang sangat signifikanuntuk menangani masalah kemurungan. Hal ini berlaku kerana sekolah bukan sahaja tempat menimba ilmu, malah sebagai suatu tempat pembentukan emosi dan sosial murid. Dalam situasi ini, guru bimbingan dan kaunseling perlu mengenal pasti murid yang menunjukkan tanda-tanda kemurungan, seperti perubahan tingkah laku, prestasi merosot atau kerap ponteng. Program kesedaran kesihatan mental seperti ceramah, bengkel dan sesi terapi berkumpulan boleh dijalankan secara berkala di sekolah. Sebagai impaknya, murid-murid yang memiliki simptom kemurungan ini dapat diberikan nasihat oleh guru dengan lebih awal. Seseorang guru perlu bersikap telus untuk terus membantu kerana kata peribahasa adat pulau limburan pasang. Tindakan guru yang kompeten ini dapat membantu murid yang terjejas tingkah laku agar bersikap kental menghadapi masalah kemurungan. Dari sudut yang lebih lebih luas, kerajaan juga perlu memainkan peranan secara menyeluruh untuk menangani masalah kemurungan ini. Hal ini kerana kerajaan mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap kesihatan mental mereka. Pihak kerajaan boleh memperbanyak kempen kesedaran tentang kesihatan mental melalui media massa dan media sosial. Sebagai langkah yang konkrit, kerajaan boleh menyediakan lebih banyak pusat intervensi awal dan khidmat kaunseling percuma di seluruh negara. Sebagai contoh, program “Minda Sihat” oleh Kementerian Kesihatan telah memberikan pendedahan kepada orang awam tentang pentingnya kesihatan mental. Stigma terhadap masalah mental dapat dikurangkan dan lebih ramai individu akan berani mendapatkan rawatan. Peribahasa sediakan payung sebelum hujan amat bertepatan dengan usaha pencegahan awal kemurungan. Hakikatnya, pihak kerajaan perlulah turun padang untuk membantu remaja yang bermasalah kemurungan. Secara tuntasnya, masalah kemurungan dalam kalangan remaja merupakan satu isu yang membimbangkan kerana boleh menggugat keharmonian individu, Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP_Jaw(pg273-284)_vim3p.indd 276 13/11/2025 3:50:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Jawapan277keluarga dan masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyediakan sistem sokongan yang menyeluruh kepada mereka. Sesungguhnya, komitmen bersepadu ini penting kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Seterusnya, daya tahan mental remaja yang kukuh bagi menghadapi cabaran hidup dapat ditingkatkan. Soalan 4Tidak dinafikan bahawa penguasaan pelbagai bahasa menjadi tonggak penting dalam era Kecerdasan Buatan (AI). Bahasa merupakan jambatan utama untuk menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan manusia yang semakin kompleks. Seseorang yang menguasai pelbagai bahasa akan lebih cekap menyelesaikan masalah berbanding mereka yang hanya bertutur dalam satu bahasa. Pujangga bahasa ada mengatakan bahawa bahasa itu jiwa bangsa yang menjadi lambang ketamadunan sesuatu bangsa itu sendiri. Sesungguhnya, pelbagai faedah seseorang yang menguasai pelbagai bahasa akan diulaskan. Faedah yang pertama seseorang itu menguasai kepelbagaian bahasa ialah bahasa itu akan menjadi akses kepada sesuatu sumber ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi dan penyelidikan terkini banyak ditulis dalam bahasa asing seperti dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Dengan menguasai bahasa tersebut, seseorang dapat membaca jurnal, buku, artikel dan mengikuti kursus tanpa bergantung pada terjemahan. Sebagai contoh, seorang murid sains yang fasih bahasa Inggeris dapat memahami jurnal-jurnal yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Sebagai impaknya, kefahaman yang mendalam akan mempercepat proses penguasaan sesuatu disiplin ilmu dan inovasi yang ingin dihasilkan. Ilmu itu sebenarnya pelita yang akan menerangi kehidupan. Tegasnya, penguasaan kepelbagaian bahasa ini akan mampu melahirkan individu yang mempunyai pencapaian akademik dan kajian penyelidikan yang cemerlang. Penguasaan pelbagai bahasa akan dapat meningkatkan kecekapan komunikasi seseorang dengan orang lain. Hal ini berlaku kerana dalam dunia yang saling berhubung, komunikasi antara pelbagai bangsa boleh menjadi rutin harian dalam kehidupan. Oleh sebab itu, seseorang yang menguasai pelbagai bahasa akan memahami budaya dan cara berfikir sesuatu bangsa. Buktinya, dalam bidang pelancongan dan perniagaan seseorang itu akan lebih mudah untuk berhubung dengan pelancong dan peniaga dari negara luar. Komunikasi yang lancar ini sudah pasti akan memberikan keselesaan kepada pelancong dan seterusnya dapat mewujudkan hubungan yang baik antara pelbagai budaya. Hubungan baik dan erat antara bangsa ini dapat dikekalkan dan dieratkan bagai isi dengan kuku. Jelaslah bahawa, penguasaan pelbagai bahasa memainkan peranan penting untuk mempermudah dan meningkatkan kecekapan komunikasi rentas budaya dan bangsa. Faedah yang seterusnya apabila seseorang itu menguasai lebih daripada satu bahasa ialah membuka peluang pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana majikan pada peringkat global dan syarikat multinasional akan mencari pekerja yang bersifat antarabangsa dan berdaya saing. Dengan demikian, apabila fasih dalam pelbagai bahasa seseorang itu cenderung untuk cemerlang dalam pasaran kerja. Sebagai contohnya, seorang jurutera yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Jerman dan Mandarin lebih layak ditawarkan projek di Eropah dan Asia. Kelebihan yang dimiliki ini akan memberikan peluang untuk mendapat gaji yang lumayan dan peluang pekerjaan di luar negara kerana kehebatannya bertutur dalam pelbagai bahasa. Hal ini bertepatan dengan kata peribahasa, seperti benih yang baik, jatuh ke laut Penulisan SPM B.Myu IMBaCKUP_Jaw(pg273-284)_vim3p.indd 277 13/11/2025 3:50:58 PMPENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.