The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-05-01 23:51:01

Revisi Smart Sains Ting 4 & 5

Price: WM : RM19.90
EM: RM20.90

Jadual Berkala Unsur Moden v Format Peperiksaan SPM Sains vi TINGKATAN 4 Tema 1: Kaedah Saintifik Langkah Keselamatan di dalam Makmal 1 Bab 1 1.1 Peralatan Perlindungan Diri dan Fungsinya 1 1.2 Pembuangan Bahan Sisa 2 1.3 Pemadam Kebakaran 5 Bantuan Kecemasan 9 Bab 2 2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) 9 2.2 Heimlich Manoeuvre 11 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan 13 Bab 3 3.1 Suhu Badan 13 3.2 Kadar Denyutan Nadi 16 3.3 Tekanan Darah 18 3.4 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) 20 Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam 22 Bab 4 4.1 Kelestarian Alam Sekitar 22 4.2 Sektor Tenaga 24 4.3 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 26 4.4 Sektor Pertanian dan Perhutanan 29 4.5 Sektor Pengangkutan 30 4.6 Teknologi Hijau dalam Kehidupan 31 Genetik 32 Bab 5 5.1 Pembahagian Sel 32 Kandungan 5.2 Pewarisan 38 5.3 Mutasi 43 5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik 50 5.5 Variasi 52 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan 55 Bab 6 6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan 55 6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia 63 6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan 67 Koordinasi Badan 73 Bab 7 7.1 Sistem Endokrin Manusia 73 7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan 76 7.3 Minda yang Sihat 79 Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam Unsur dan Bahan 80 Bab 8 8.1 Asas Jirim 80 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden 82 8.3 Isotop 86 Kimia Industri 89 Bab 9 9.1 Aloi 89 9.2 Kaca dan Seramik 93 9.3 Polimer 96 Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan 100 Bab 10 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari 100 10.2 Radikal Bebas 108 10.3 Bahan Antioksidan 110 10.4 Produk Kesihatan 113 RC Sains SPM 4C 2024.indb 3 25/3/2024 �� 3:24:13


Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup Daya dan Gerakan 114 Bab 11 11.1 Gerakan Linear 114 11.2 Graf Gerakan Linear 120 11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas 124 11.4 Jisim dan Inersia 130 Tenaga Nuklear 134 Bab 12 12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear 134 12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear 135 12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear 138 12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia 141 TINGKATAN 5 Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Mikroorganisma 143 Bab 1 1.1 Dunia Mikroorganisma 143 1.2 Mikroorganisma Berfaedah 148 1.3 Pencegahan dan Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma 150 Nutrisi dan Teknologi Makanan 156 Bab 2 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 156 2.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan 160 2.3 Kitar Nitrogen 164 2.4 Teknologi Pengeluaran Makanan 166 2.5 Teknologi Pemprosesan Makanan 168 2.6 Makanan Kesihatan dan Suplemen Kesihatan 171 Kelestarian Alam Sekitar 174 Bab 3 3.1 Kitaran Hayat Produk 174 3.2 Pencemaran Alam Sekitar 178 3.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 183 Tema 2: Penerokaan Unsur dalam Alam Kadar Tindak Balas 186 Bab 4 4.1 Pengenalan kepada Kadar Tindak Balas 186 4.2 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas 188 4.3 Aplikasi Konsep Kadar Tindak Balas 194 Sebatian Karbon 197 Bab 5 5.1 Pengenalan kepada Sebatian Karbon 197 5.2 Hidrokarbon 198 5.3 Alkohol 202 5.4 Lemak 206 5.5 Minyak Sawit 207 Elektrokimia 217 Bab 6 6.1 Sel Elektrolitik 217 6.2 Sel Kimia 230 Tema 3: Tenaga dan Kelestarian Hidup Cahaya dan Optik 233 Bab 7 7.1 Pembentukan Imej oleh Kanta 233 7.2 Peralatan Optik 239 Daya dan Tekanan 241 Bab 8 8.1 Tekanan dalam Bendalir 241 Tema 4: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas Teknologi Angkasa Lepas 249 Bab 9 9.1 Satelit 249 9.2 Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System, GPS) 257 Kertas Model SPM 260 Jawapan 285 RC Sains SPM 4C 2024.indb 4 25/3/2024 �� 3:24:15


BAB TINGKATAN 4 1 1 • Mudah terbakar – Flammable • Mengakis – Corrosive • Berasid – Acidic • Mudah meletup – Explosive • Bertoksik – Toxicity Peralatan Perlindungan Diri dan Fungsinya 1.1 1 Makmal sains mempunyai bahan kimia dan peralatan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan murid. 2 Bahan kimia di dalam makmal terdiri daripada bahan yang bersifat mudah terbakar, mengakis, berasid, mudah meletup atau bertoksik. 3 Peralatan di dalam makmal pula terdiri daripada peralatan yang menggunakan arus elektrik, mengeluarkan haba dan mudah pecah. 4 Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya. 5 Penggunaan peralatan perlindungan diri sangat penting bagi memastikan keselamatan murid semasa menjalankan eksperimen di makmal sains. Rajah 1.1 Peralatan perlindungan diri pada murid dan fungsinya Gogal Melindungi mata daripada terkena percikan bahan kimia berbahaya. Topeng muka Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia dan debu. Kasut bertutup/ kasut keselamatan Melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia dan serpihan kaca. Baju makmal • Sebagai lapisan keselamatan yang mudah dibuka sekiranya berlaku kecemasan. • Mengelakkan kerosakan pada pakaian daripada terkena bahan kimia. Sarung tangan getah Melindungitangan daripada bahan kimia berbahaya. Tema 1: Kaedah Saintifik Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 1 25/3/2024 �� 3:24:18


BAB TINGKATAN 4 1 2 Rajah 1.2 Peralatan perlindungan diri di dalam makmal Pembuangan Bahan Sisa 1.2 1 Bahan sisa yang tidak boleh digunakan perlu dikumpulkan di satu tempat atau bekas khas. 2 Ini termasuk bahan-bahan yang telah terkena bahan sisa tersebut seperti tisu, sarung tangan terpakai dan sebagainya. 3 Semua bahan sisa tidak boleh diletakkan pada satu tempat yang sama kerana mungkin berlaku tindak balas tertentu apabila bersentuhan. 4 Terdapat bahan sisa yang boleh dibuang ke dalam singki dan ada juga bahan sisa yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. Kebuk wasap (Fume chamber) Digunakanuntuk menjalankaneksperimen yangmenggunakanbahan yangmudahmeruap, mudahterbakar,beracun, mengakisdanberbau. Penyiram kecemasan (Safety shower) Digunakan untuk membersih dan membilas bahagian anggota badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia dalam kuantiti yang banyak atau berkepekatan tinggi. Kabinet aliran laminar (Laminar flow cabinet) Digunakan untuk mengelakkan kontaminasi semasa menjalankan aktiviti berkaitan mikrobiologi. Pembilas mata (Eyewash station) Digunakan khas untuk membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia dengan segera. Kabinet keselamatan biologi (Biological safety cabinet) Digunakanuntukmengendalikan mikroorganisma yang berbahaya. SEMAK CEPAT 1.1 1 Senaraikan dua contoh peralatan perlindungan diri pada murid semasa berada di dalam makmal. 2 Di manakah kebuk wasap diletakkan di sekolah anda? 3 Apakah alat yang digunakan untuk membersih dan membilas bahagian anggota badan yang terkena tumpahan bahan kimia? 4 Mengapakah bahan beracun, bahan mudah terbakar dan bahan mudah meletup tidak boleh dikendalikan di dalam kabinet aliran laminar? 5 Kabinet yang manakah perlu digunakan jika murid mengendalikan sampel air liur daripada pesakit COVID-19? RC Sains SPM 4C 2024.indb 2 25/3/2024 �� 3:24:19


BAB TINGKATAN 4 1 3 Bahan Sisa yang Boleh Dibuang ke dalam Singki 1 Cecair atau larutan yang mempunyai nilai pH antara 5 hingga 9. 2 Cecair atau larutan dengan kepekatan rendah dan tidak berbahaya. Bahan Sisa yang Tidak Boleh Dibuang ke dalam Singki 1 Bahan sisa yang tidak boleh dibuang ke dalam singki perlu dikumpulkan di dalam bekas-bekas tertentu dan dihantar ke tempat pelupusan. 2 Jangan mencampur atau mengumpul bahan kimia yang tidak serasi dalam satu bekas dan pastikan hanya mengisi 3 4 daripada botol dengan sisa kimia. 3 Jangan simpan botol sisa kimia di tempat yang tertutup seperti dalam laci makmal. 4 Rajah 1.3 menunjukkan bahanbahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. Rajah 1.3 Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki Bahan toksik Bahan buangan radioaktif Bahan biobahaya seperti bangkai dan mikroorganisma Sebatian pelarut organik Bahan-bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki Bahan mudah terbakar Bahan mudah meletup Bahan sisa pepejal seperti logam, kaca dan plastik Bahan kimia seperti asid, gris, minyak, cat minyak dan hidrogen peroksida Bahan dengan nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9 • Pelarut organik – Organic solvent • Sisa pepejal – Solid waste • Radioaktif – Radioactive Istilah Penting Peta Buih i THINK RC Sains SPM 4C 2024.indb 3 25/3/2024 �� 3:24:20


BAB TINGKATAN 4 1 4 Mengurus Bahan Sisa Biologi 1 Sisa biologi merangkumi bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan kemudaratan atau bahaya biologi seperti bahan kumuh, tisu, bangkai, kaca, sarung tangan dan patogen sama ada daripada sumber haiwan atau tumbuhan. 2 Setiap mikroorganisma di dalam makmal mesti dianggap berpotensi menjadi patogen dan perlu diperlakukan seperti bahan biologi. 3 Prosedur Operasi Standard (POS) digunakan untuk menguruskan pelupusan sisa biologi di makmal. 4 Prosedur pelupusan sisa biologi tidak terhad kepada bahan biologi sahaja tetapi merangkumi bekas pembawanya seperti bekas keluli, plastik dan kaca. 5 Autoklaf ialah alat pemanasan di bawah tekanan tinggi yang digunakan untuk mensteril sisa biologi dan bekasnya untuk menyahaktifkan sebarang patogen, contohnya piring Petri. Langkah Mengurus Kemalangan di dalam Makmal 1 Kemalangan boleh berlaku di dalam makmal. Oleh itu, keselamatan merupakan aspek utama yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan aktiviti di dalam makmal. 2 Antara kemalangan yang mungkin boleh berlaku di dalam makmal ialah kebakaran, renjatan elektrik, kebocoran gas, letupan, tumpahan bahan kimia dan keracunan merkuri. Jadual 1.1 Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi Kategori bahan sisa Jenis bahan sisa biologi Contoh Pengurusan sisa biologi Kategori A Peralatan tajam Picagari, skalpel, jarum, kaca pecah • Sisa dimasukkan ke dalam bekas sisa tajam • Tidak perlu menggunakan autoklaf • Bekas disimpan di tempat yang selamat sebelum dilupuskan Kategori B Peralatan tidak tajam Sarung tangan, medium kultur, tisu • Sisa dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya • Dinyahkontaminasi menggunakan autoklaf dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya Kategori C Bangkai, organ Haiwan makmal, haiwan uji kaji • Sisa dibalut dalam bahan penyerap (kertas tisu), dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku sebelum dilupuskan Kategori D Cecair Darah, serum • Dinyahkontaminasi menggunakan autoklaf • Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahanmelaluisingkimakmalatautandas 3 Langkah mengurus kemalangan yang melibatkan tumpahan bahan kimia: (a) Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal. (b) Maklumkan kepada murid lain bahawa kawasan tumpahan itu ialah kawasan larangan. (c) Gunakan pasir bagi membentuk sempadan, untuk mengelakkan tumpahan daripada merebak. (d) Kaut dan buang tumpahan tersebut di tempat yang selamat. • Sisa biologi – Biological waste • Autoklaf – Autoclave Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 4 25/3/2024 �� 3:24:21


BAB TINGKATAN 4 1 5 4 Termometer yang jatuh dan pecah di dalam makmal akan mengakibatkan tumpahan merkuri. Keracunan merkuri boleh berlaku melalui sentuhan atau peresapan melalui kulit dalam kuantiti tertentu. Merkuri boleh meninggalkan kesan buruk terhadap sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal manusia. 5 Langkah mengurus kawasan kemalangan yang melibatkan merkuri: (a) Maklumkan kepada guru atau pembantu makmal yang bertugas dengan segera. (b) Buka tingkap dan pintu serta tutup semua penyaman udara atau kipas supaya udara beredar secara semula jadi dari luar. (c) Lakukan pembersihan merkuri dengan menaburkan serbuk sulfur pada tumpahan. Namun jika tidak pasti, serahkan kepada pihak bomba. Jangan gunakan vakum untuk membersihkan sisa merkuri kerana haba sedutan boleh menyebabkan gas merkuri meruap dan merebak ke seluruh makmal. (d) Hubungi pihak bomba untuk pertolongan. 6 Langkah mengurus mangsa kemalangan yang melibatkan merkuri: (a) Tanggalkan pakaian yang tercemar dan masukkan ke dalam beg plastik. (b) Jika merkuri terkena kulit atau badan, cuci di bawah air mengalir, selama 15 minit. (c) Jika pernafasan mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan dengan alat bantu pernafasan. Jangan lakukan pernafasan mulutke-mulut, kerana ini akan membahayakan penyelamat juga. (d) Pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Pemadam Kebakaran 1.3 Jenis Pemadam Kebakaran 1 Pemadam kebakaran merupakan sejenis alat yang digunakan secara manual untuk mengawal dan memadamkan kebakaran. 2 Sekiranya kebakaran merebak dan di luar kawalan, harus hubungi pihak bomba dengan kadar segera. 3 Setiap pemadam kebakaran hanya boleh digunakan sekali sahaja. 4 Alat pemadam kebakaran perlu disimpan atau digantung di tempat yang senang dilihat supaya mudah dicapai jika berlaku kebakaran. 5 Jenis alat pemadam kebakaran yang digunakan perlu sesuai dengan jenis kebakaran kerana penggunaan jenis yang salah tidak dapat memadam kebakaran, malah dikhuatiri akan menyebabkan kebakaran menjadi lebih serius. 6 Kebakaran boleh dikelaskan kepada enam jenis: (a) Kelas A: disebabkan oleh bahan pepejal yang mudah terbakar (kecuali logam) seperti kayu, kertas dan kain Merkuri (Hg) juga dikenali sebagai raksa. Merkuri ialah satu-satunya logam yang berbentuk cecair pada suhu bilik. Info Dinamik SEMAK CEPAT 1.2 1 Senaraikan tiga bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. 2 Apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki? 3 Mengapakah penggunaan bekas atau botol yang sama bagi menyimpan bahan sisa yang berlainan tidak dibenarkan? 4 Apakah yang dimaksudkan dengan autoklaf? 5 Bagaimanakah keracunan merkuri berlaku? RC Sains SPM 4C 2024.indb 5 25/3/2024 �� 3:24:21


BAB TINGKATAN 4 1 6 (b) Kelas B: disebabkan oleh bahan cecair yang mudah terbakar seperti petrol, diesel dan cat (c) Kelas C: disebabkan oleh gas seperti metana, propana, LNG dan LPG (d) Kelas D: disebabkan oleh logam seperti aluminium, natrium dan magnesium (e) Kelas E: disebabkan oleh peralatan elektrik dan sumber elektrik (f) Kelas F: disebabkan oleh lemak dan minyak masak 7 Terdapat pelbagai jenis alat pemadam kebakaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza mengikut jenis punca kebakaran. Jadual 1.2 Jenis alat pemadam kebakaran Jenis Penerangan Air • Warna pelekat/ label: merah • Kandungan: air • Fungsi: digunakan untuk memadam kebakaran melibatkan bahan pepejal • Contoh bahan: kain, kertas dan kayu Buih • Warna pelekat/ label: krim • Kandungan: buih • Fungsi: digunakan untuk memadam kebakaran melibatkan bahan pepejal, cecair atau gas yang mudah terbakar • Contoh bahan: kayu, kertas, minyak, cat, varnish, gas asli dan gas asetilena Karbon dioksida • Warna pelekat/ label: hitam • Kandungan: gas karbon dioksida • Fungsi: digunakan untuk memadam kebakaran melibatkan peralatan elektrik, sumber elektrik, gas dan wap Serbuk kering • Warna pelekat/ label: biru • Kandungan: serbuk kering • Fungsi: digunakan untuk memadam semua jenis kebakaran • Contoh: logam dan bukan logam AIR BUIH CO2 SERBUK KERING 8 Berikut ialah beberapa kaedah lain untuk memadam kebakaran selain daripada menggunakan alat pemadam kebakaran: (a) Menggunakan pasir (i) Sesuai untuk memadam kebakaran awal. (ii) Menyekat bekalan oksigen daripada membantu pembakaran. (b) Menggunakan air (i) Boleh menurunkan suhu kebakaran. (ii) Tidak sesuai untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada minyak. RC Sains SPM 4C 2024.indb 6 25/3/2024 �� 3:24:22


BAB TINGKATAN 4 1 7 (c) Menggunakan selimut kebakaran (i) Diperbuat daripada dua lapisan gentian kaca. (ii) Sesuai untuk memadam kebakaran kecil dan sederhana. (iii) Boleh memadamkan api pada badan mangsa dengan menyelimut badan mangsa. (d) Menggunakan pemadam api ABC (i) Sesuai untuk memadamkan semua jenis kebakaran, kecuali kebakaran yang disebabkan oleh logam dan gas yang tidak memungkinkan ledakan. (ii) Dapat menghalang api daripada merebak semula kerana kelembapan yang dihasilkan tahan lebih lama. (iii) Tidak mencemarkan tanah serta tidak membahayakan manusia dan haiwan. Kaedah Penggunaan Alat Pemadam Kebakaran 1 Alat pemadam kebakaran perlu digunakan dengan cara yang betul bagi memadam kebakaran kecil. 2 Singkatan Pull, Aim, Squeeze dan Sweep (PASS) boleh dijadikan sebagai panduan penggunaan alat pemadam kebakaran. Peta Alir i THINK Rajah 1.4 Cara penggunaan alat pemadam kebakaran Menjalankan Audit Alat Pemadam Kebakaran di Sekolah 1 Audit alat pemadam kebakaran di sekolah perlu dilakukan bagi memastikannya berfungsi dengan baik dan memenuhi standard yang telah ditetapkan. 2 Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan semasa audit: (a) Tarikh luput (b) Jenis pemadam kebakaran Aim Halakan hos alat pemadam kebakaran sekurang-kurang 2.0 – 2.5 meter dari punca api Sweep Gerakkan hos alat pemadam kebakaran ke kiri dan ke kanan pada punca api Squeeze Tekan pemicit pada alat pemadam kebakaran Pull Tarik pin untuk memecahkan kunci keselamatan sebelum mencabut pin tersebut 1 3 4 2 RC Sains SPM 4C 2024.indb 7 25/3/2024 �� 3:24:23


BAB TINGKATAN 4 1 8 (c) Bilangan pemadam kebakaran mengikut jenis (d) Lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan di sekolah Mencipta Alat Pemadam Kebakaran Ringkas Tujuan: Mencipta alat pemadam kebakaran ringkas. Radas: Botol kosong 500 m, paku, tisu tandas dan spatula. Bahan: Cuka, air dan soda bikarbonat. Prosedur: Rajah 1.5 1 Sebiji botol kosong bersaiz 500 m disediakan. 2 Paku digunakan untuk menebuk lubang pada penutup botol. 3 250 m air dimasukkan ke dalam botol. 4 125 m cuka ditambah ke dalam botol tersebut dan botol ditutup dengan rapat. 5 Dua spatula soda bikarbonat diletakkan di atassehelai tisu tandas. Kemudian, tisu itu digulung dan dilipat dua supaya soda bikarbonat tidak tumpah. 6 Tisu itu digantung berdekatan lubang penutup botol. 7 Apabila ingin digunakan, tisu yang mengandungi soda bikarbonat ditolak ke dalam botol. 8 Botol digoncang dan dihalakan ke arah sumber api. Perbincangan: 1 Tindak balas soda bikarbonat dengan cuka membebaskan gas karbon dioksida dan air. 2 Tekanan yang dihasilkan menolak gas keluar daripada botol. Kesimpulan: Tindak balas soda bikarbonat dengan cuka dalam tekanan tinggi boleh menghasilkan semburan gas karbon dioksida. Amaran: 1 Berhati-hati semasa menggunakan alat ciptaan dan jangan terlalu hampir dengan sumber api. 2 Hubungi pihak bomba jika api tidak boleh dipadamkan. 3 Jangan gunakan alat ciptaan ini untuk kebakaran yang disebabkan oleh elektrik atau gris. Botol minuman 500 mℓ Campuran cuka dan air Penutup botol yang ditebuk lubang Benang Tisu yang digulung dan dilipat dua SEMAK CEPAT 1.3 1 Senaraikan urutan langkah penggunaan alat pemadam kebakaran dalam bentuk peta alir. 2 Senaraikan aspek yang perlu diberi penekanan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah. 3 Padankan jenis alat pemadam kebakaran berikut dengan punca kebakaran yang sesuai dipadamkan. Jenis alat pemadam kebakaran Punca kebakaran (a) Karbon dioksida Bahan cecair dan gas yang mudah terbakar (b) Serbuk kering Bahan logam dan bukan logam (c) Buih Peralatan elektrik (d) Air Bahan pepejal Aktiviti 1.1 RC Sains SPM 4C 2024.indb 8 25/3/2024 �� 3:24:23


BAB TINGKATAN 4 2 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) 2.1 Definisi CPR 1 Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) atau dikenali sebagai CPR ialah bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan jantung dan pernafasannya. 2 Prosedur ini dilakukan dengan memberi tekanan yang pantas dan berterusan di kawasan dada mangsa. 3 Tujuan melakukan tekanan di dada adalah untuk mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan. Tindakan ini penting untuk memastikan fungsi otak tidak terjejas kerana otak dan seluruh organ dalam tubuh manusia memerlukan bekalan oksigen yang berterusan. 4 CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu meneruskan pembekalan oksigen ke otak sehinggalah pesakit diberi rawatan yang spesifik. 5 Namun, jika CPR tidak dilakukan dengan betul, udara yang dihembus masuk ke dalam mulut mangsa mungkin tidak sampai ke dalam peparunya atau tulang rusuk mangsa berisiko untuk patah. Situasi yang Memerlukan CPR 1 Prosedur ini dilakukan pada seseorang yang tidak bergerak balas terhadap rangsangan, mengalami pernafasan yang tidak normal atau tiada degupan jantung ataupun nadi. 2 Situasi ini mungkin disebabkan oleh serangan jantung, lemas, terkena renjatan elektrik, strok atau panahan petir. Kaedah CPR Jadual 2.1 Kaedah CPR Langkah-langkah Penjelasan (a) Periksa gerak balas (respons) mangsa • Pergi ke arah mangsa dan pastikan keadaan di sekitarnya selamat. • Berlutut di sisi mangsa, goncang dan berteriak untuk memastikan mangsa sedar atau tidak. • Hubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan. • Gerak balas – Response • Degupan jantung – Heartbeat • Renjatan eletrik – Electric shock 9 Tema 1: Kaedah Saintifik Bantuan Kecemasan Bab 2 Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 9 25/3/2024 �� 3:24:24


BAB TINGKATAN 4 2 (b) Buka saluran pernafasan mangsa • Pastikan mangsa berada dalam keadaan baring di permukaan yang keras dan rata. • Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagunya untuk membuka saluran pernafasannya. • Periksa pernafasan mangsa dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta lihat pergerakan dada mangsa. (c) Tekanan dada • Jika mangsa tidak bernafas atau nadinya tidak dapat dikesan, teknik tekanan dada perlu dilakukan. • Letakkan tangan anda di bahagian tengah dada mangsa. • Tetapkan keadaan kedua-dua tangan anda dengan keduadua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi antara satu sama lain. • Bangun dan condongkan badan sedikit ke depan dengan bahu berada tegak dengan dada mangsa dan tekan ke bawah lebih kurang 5 cm. • Lakukan tekanan dada pada kadar 100 – 120 tekanan per minit. • Lepaskan daya yang dikenakan terhadap dada mangsa dengan tangan masih pada dada mangsa. • Biarkan dada mangsa kembang semula sebelum melakukan tekanan seterusnya. (d) Bantuan pernafasan • Periksa pernafasan mangsa. • Jika mangsa masih belum bernafas, picit hidung mangsa hingga tertutup sepenuhnya dan hembuskan udara ke dalam mulutnya selama 1 saat setiap hembusan bagi membolehkan udara beroksigen sampai ke peparu. (e) Ulang tekanan dada dan bantuan pernafasan • Lakukan 30 kali tekanan dada dan 2 kali hembusan mulut ke mulut sehinggalah bantuan ambulans sampai atau sehingga mangsa sedar. • Sekiranya mangsa menunjukkan tanda-tanda bernafas, ubah kedudukan mangsa ke posisi mengiring supaya mangsa boleh bernafas dengan lebih baik. Kepentingan CPR 1 CPR dilakukan untuk mengepam jantung mangsa yang telah terhenti dan menggerakkan semula aliran darah dan pernafasan mangsa secara spontan. 2 Hembusan mulut ke mulut dalam CPR membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam peparunya. 3 CPR mampu menyelamatkan nyawa mangsa sebelum bantuan sepenuhnya tiba. • Tekanan dada – Chest compression • Bantuan pernafasan – Mouth-to-mouth resuscitation Istilah Penting SEMAK CEPAT 2.1 1 Bagaimanakah CPR dapat menyelamatkan nyawa mangsa? 2 Apakah yang akan berlaku jika CPR tidak dilakukan dengan betul? 3 Mengapakah kedudukan mangsa perlu diubah ke posisi mengiring setelah mangsa menunjukkan tanda-tanda bernafas? 4 Sehingga bilakah bantuan CPR perlu diberi atau diulang kepada mangsa? 10 RC Sains SPM 4C 2024.indb 10 25/3/2024 �� 3:24:25


BAB TINGKATAN 4 2 2.2 Heimlich Manoeuvre 1 Heimlich Manoeuvre merupakan kaedah tekanan abdomen yang dilakukan bagi menyelamatkan mangsa yang tercekik. 2 Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Henry Heimlich, seorang pakar bedah toraks. 3 Ketulan makanan seperti daging, coklat atau mainan kecil yang tersangkut di saluran pernafasan boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kepentingan Heimlich Manoeuvre 1 Badan dan otak manusia sentiasa memerlukan oksigen. Oksigen diperoleh daripada udara dan disedut masuk ke dalam peparu manusia. Kemudian, oksigen diserap ke semua sel badan manusia termasuk di otak. 2 Apabila seseorang tercekik, bendasing yang masuk akan membuatkan saluran pernafasan tersumbat lalu menyebabkan mangsa tidak boleh bernafas. Seterusnya, oksigen gagal dihantar ke otak dan organ-organ penting. 3 Dalam tempoh empat minit, jika tubuh gagal mendapat oksigen, mangsa boleh mengalami kecacatan otak kekal atau kematian. Rajah 2.1 Saluran pernafasan Rajah 2.2 Saluran pencernaan Trakea Udara Larynx Epiglotis terbuka Epiglotis tertutup Makanan Esofagus 4 Berikut merupakan situasi mangsa yang memerlukan kaedah Heimlich Manoeuvre: (a) Mangsa tidak boleh bercakap atau batuk. (b) Mangsa sukar bernafas. (c) Mangsa memegang leher dengan kedua-dua tangan. (d) Kulit, bibir dan kuku mangsa kelihatan kebiruan dan kehitaman. Rongga hidung Trakea Bronkus Peparu Diafragma Epiglotis ialah struktur berbentuk daun di kerongkong yang berfungsi menghalang makanan dan air daripada memasuki trakea dan peparu. Epiglotis biasanya tegak dalam keadaan rehat bagi membenarkan udara masuk ke dalam trakea dan peparu. Apabila seseorang menelan, epiglotis terlipat ke belakang untuk menutup saluran pernafasan supaya makanan dan cecair terus masuk ke dalam esofagus menuju ke perut dan tidak masuk ke dalam trakea dan menyebabkan tercekik. Info Dinamik 11 RC Sains SPM 4C 2024.indb 11 25/3/2024 �� 3:24:26


BAB TINGKATAN 4 2 4 Kaedah Heimlich Manoeuvre juga boleh dilakukan ke atas diri sendiri sekiranya tiada orang berdekatan semasa insiden tercekik berlaku. 5 Mangsa hanya perlu meletakkan tangan (mengikut kaedah Heimlich Manoeuvre) di antara pusat dengan bawah rusuk dan beri tekanan kepada bahagian tersebut dengan membongkokkan badan. 6 Sekiranya mangsa tiada tenaga, cari objek yang sama paras dengan Rajah 2.3 Kaedah Heimlich Manoeuvre 1 Penyelamat perlu berdiri di belakang mangsa dan membongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan. 2 Peluk mangsa dari belakang, letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dan bawah rusuk mangsa. 3 Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam. 4 Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat. Tekanan yang diberikan akan menyebabkan tekanan di dalam peparu bertambah, lalu menolak bendasing keluar. Kaedah Heimlich Manoeuvre 1 Langkah pertama apabila mangsa tercekik, minta mangsa batuk sekiranya mangsa masih mampu kerana batuk merupakan kaedah paling efektif untuk merawat mangsa tercekik. 2 Sekiranya kaedah batuk tidak berjaya, tepuk di bahagian antara dua tulang belikat mangsa sebanyak lima kali, sehingga bendasing yang tersumbat itu keluar. 3 Jika bendasing masih tersumbat, lakukan kaedah Heimlich Manoeuvre. Rajah 2.3 menunjukkan kaedah Heimlich Manoeuvre. i THINK Peta Alir pinggang seperti kerusi, bongkokkan badan dan tolak badan dengan seluruh tenaga pada kerusi tersebut. SEMAK CEPAT 2.2 1 Adakah tercekik boleh membawa maut? 2 Bagaimanakah tercekik boleh membawa maut? 3 Namakan kaedah yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik. 4 Apakah kepentingan kaedah Heimlich Manoeuvre? 12 RC Sains SPM 4C 2024.indb 12 25/3/2024 �� 3:24:28


BAB TINGKATAN 4 3 13 3.1 Suhu Badan 1 Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan. 2 Suhu badan ialah ukuran kemampuan tubuh badan dalam menghasilkan dan menyingkirkan haba panas. 3 Suhu badan normal manusia ialah 36.9 °C. Namun begitu, suhu badan normal boleh berubah-ubah sepanjang hari bergantung pada aktiviti yang dilakukan. 4 Suhu badan akan naik sehingga 0.6 °C sekiranya manusia melakukan aktiviti cergas pada hari yang panas. 5 Suhu badan boleh berubah-ubah menjadi lebih tinggi atau lebih rendah disebabkan oleh hormon. Contohnya, wanita yang mengalami menstruasi atau berovulasi. Mengukur Suhu Badan Menggunakan Teknik yang Betul 1 Termometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur suhu. 2 Unit metrik bagi suhu ialah darjah Celsius (°C). 3 Suhu badan boleh diukur pada bahagian badan yang berbeza dengan menggunakan jenis termometer berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1 Jenis-jenis termometer untuk mengukur suhu Jenis-jenis termometer Penerangan Termometer inframerah • Digunakan untuk mengukur suhu badan manusia tanpa bersentuhan dengan badan. • Dikenali juga sebagai termometer laser. • Menggunakan teknologi pengesanan inframerah. • Prinsip asasnya: semakin panas sesuatu objek, maka molekulnya semakin aktif dan semakin banyak tenaga inframerah yang dipancarkan. • Mudah dikendalikan, selamat digunakan dan keputusan cepat diperoleh. • Teknik penggunaan: hanya perlu diletakkan ke dahi pada jarak 5 cm dan kemudian tekan butang. • Sangat sesuai digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Kelebihan • Tidak perlu menyentuh badan semasa mengambil bacaan suhu. • Bacaan suhu adalah tepat walaupun objek bergerak. • Termometer – Thermometer • Inframerah – Infrared Tema 1: Kaedah Saintifik Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 13 25/3/2024 �� 3:24:29


BAB TINGKATAN 4 3 14 Termometer makmal • Digunakan untuk menyukat suhu cecair dalam julat antara -10 °C hingga 110 °C. Teknik penggunaan • Pegang termometer pada batangnya secara menegak. Jangan pegang bebuli termometer kerana haba badan akan mempengaruhi bacaan termometer. • Rendamkan bebuli di dalam cecair. Jangan sentuhkan bebuli pada dasar atau dinding radas contohnya bikar. • Apabila mengambil bacaan, kedudukan mata mestilah selari dengan meniskus merkuri di dalam termometer. Termometer klinik • Digunakan untuk mengukur suhu badan. • Menyukat suhu dalam julat 35 °C hingga 42 °C. Teknik penggunaan • Pastikan suhu termometer sudah menunjukkan suhu di bawah 35 °C. Jika belum, goyangkan termometer sehingga menunjukkan suhu kurang daripada 35 °C. • Kemudian, letakkan termometer itu di bawah ketiak atau di bawah lidah selama kira-kira 5 minit. • Setelah itu, ambil termometer itu dan baca ukuran pada skala termometer. Skala yang ditunjukkan oleh termometer menunjukkan suhu badan. Kelebihan • Termometer ini mempunyai lekukan sempit atau pencerutan yang berfungsi untuk mengekalkan bacaan suhu yang ditunjukkan setelah termometer diangkat daripada badan. Kekurangan • Termometer klinik ini harus digoyangkan terlebih dahulu sebelum digunakan sehingga menunjukkan suhu di bawah 35 °C. Termometer rektal (dubur) • Digunakan untuk mengukur suhu badan bayi yang kurang daripada 3 bulan melalui dubur. • Mempunyai bebuli yang direka khas untuk keselamatan semasa menyukat suhu badan di dalam dubur. Teknik penggunaan • Bersihkan bahagian hujung termometer dengan air sabun atau alkohol. • Sapukan jeli petroleum pada hujung termometer untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam dubur. • Masukkan termometer ini sedalam 1.5 - 2.5 cm ke dalam dubur bayi. • Keluarkan termometer secara lembut apabila mendengar bunyi ‘Bip’. • Rekod bacaan suhu. • Bersihkan semula termometer sebelum disimpan dengan menggunakan air sabun atau alkohol. • Jangan gunakan termometer rektal untuk mengambil suhu di bawah lidah. • Termometer makmal – Laboratory thermometer • Termometer klinik – Clinical thermometer • Termometer rektal – Rectal thermometer Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 14 25/3/2024 �� 3:24:30


BAB TINGKATAN 4 3 15 Menginterpretasi Suhu Badan 1 Suhu badan manusia boleh melebihi 36.9 °C atau kurang daripada 36.9 °C disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. 2 Peningkatan atau penurunan suhu badan menunjukkan badan manusia berada dalam keadaan tidak sihat. Jadual 3.2 Faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal Faktor Penerangan Jangkitan penyakit • Apabila badan diserang oleh patogen (mikroorganisma yang menyebabkan penyakit) seperti virus atau bakteria, sistem keimunan badan akan bertindak balas untuk melawan jangkitan tersebut. • Hasil tindak balasini akan meningkatkan suhu badan melebihi normal. Keadaan ini dikenali sebagai demam. Terdedah kepada keadaan panas yang melampau • Suhu badan juga boleh dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Sekiranya suhu persekitaran terlalu tinggi, suhu badan boleh meningkat melebihi suhu badan normal. • Pendedahan kepada suhu tinggi bagi tempoh masa yang lama boleh menyebabkan strok haba, iaitu suhu badan boleh meningkat sehingga 40 °C. Senaman • Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang aktif akan meningkatkan kadar metabolisme yang seterusnya meningkatkan suhu badan. • Jika homestasis badan gagal mengembalikan suhu badan ke suhu normal, suhu badan akan melebihi suhu normal. Jadual 3.3 Faktor yang menyebabkan suhu badan kurang daripada normal Faktor Penerangan Terdedah kepada keadaan sejuk yang melampau • Apabila manusia terdedah kepada keadaan sejuk yang melampau, haba daripada badan akan hilang dan suhu badan akan kurang daripada suhu badan normal. • Jika suhu badan turun sehingga 35 °C atau lebih rendah, hipotermia akan berlaku. Hipotermia yang teruk boleh menyebabkan kematian. Usia yang tua • Warga emas akan mengalami kesulitan mengawal suhu badan kerana kadar metabolisme menjadi semakin rendah. • Patogen – Pathogen • Metabolisme – Metabolism Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 15 25/3/2024 �� 3:24:31


BAB TINGKATAN 4 3 16 Kadar Denyutan Nadi 3.2 Titik Nadi pada Badan 1 Nadi ialah denyutan yang dapat dirasa pada dinding arteri semasa darah dari jantung dipam ke seluruh tubuh badan. 2 Kadar denyutan nadi pula ialah bilangan denyutan nadi (pengepaman darah oleh jantung) dalam masa seminit. Selain itu, ia juga bermaksud berapa kali jantung kita berdegup dalam masa satu minit. 3 Titik nadi ialah tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi. Terdapat beberapa titik nadi pada badan seperti pergelangan tangan, lipatan siku, leher, pangkal paha dan lipatan paha. Di bahagian titik nadi, arteri terletak sangat dekat dengan permukaan kulit. Oleh itu, apabila jantung berdegup, denyutan dapat dirasai melalui kulit. 4 Denyutan nadi boleh diukur dengan meletakkan jari pada arteri yang terdapat pada titik-titik nadi yang terdapat pada badan kita. 5 Kadar denyutan nadi akan menjadi lebih cepat jika seseorang berada dalam keadaan ketakutan dan menjalankan aktiviti cergas seperti senaman atau cuaca panas. 6 Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia: (a) Jantina – Lelaki mempunyai kadar denyutan nadi lebih rendah berbanding dengan wanita kerana saiz jantung lelaki lebih besar. Saiz jantung yang besar boleh mengepam lebih darah bagi setiap denyutan berbanding dengan jantung yang lebih kecil. (b) Umur – Bayi dan kanak-kanak mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding dengan dewasa. Rajah 3.1 Mengukur denyutan nadi pada leher dan pergelangan tangan • Kadar denyutan nadi – Pulse rate • Titik nadi – Pulse point • Arteri – Artery SEMAK CEPAT 3.1 1 Berapakah suhu badan normal manusia? 2 Namakan termometer yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. 3 Berikan dua faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal. 4 Mengapakah seseorang individu yang demam mengalami peningkatan suhu badan? Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 16 25/3/2024 �� 3:24:31


BAB TINGKATAN 4 3 17 (c) Aktiviti fizikal – Semakin cergas aktiviti fizikal, semakin tinggi kadar denyutan nadi. (d) Kadar kesihatan – Individu yang tidak sihat mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah atau lebih tinggi berbanding dengan individu yang sihat. 7 Jadual 3.4 menunjukkan kadar denyutan nadi normal mengikut peringkat umur. Jadual 3.4 Kadar denyutan nadi mengikut peringkat umur berdasarkan WHO Peringkat umur Bilangan denyutan nadi seminit Dewasa 70 – 80 Kanak-kanak 90 – 100 Bayi 100 – 140 8 Individu yang aktif dan sihat akan mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Kadar nadi rehat yang rendah bermaksud jantung tidak banyak bekerja semasa sedang berehat atau tidur. Sebaliknya, bagi individu yang tidak sihat, jantung masih banyak bekerja semasa sedang berehat atau tidur. 9 Kepentingan mengetahui kadar denyutan nadi manusia adalah untuk: (a) mengetahui kekuatan jantung dalam mengepam darah (b) menentukan cara merawat sesuatu penyakit (c) mengetahui simptom-simptom pada pesakit Tujuan: Menyiasat kesan aktiviti fizikal ke atas kadar denyutan nadi manusia. Hipotesis: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi. Pemboleh ubah: (a) Dimanipulasikan – Jenis aktiviti fizikal (b) Bergerak balas – Kadar denyutan nadi (c) Dimalarkan – Umur, jantina, tahap kesihatan Radas dan Bahan: Jam randik dan kalkulator Prosedur: 1 Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan. 2 Salah seorang murid daripada setiap kumpulan diminta untuk berehatselama dua minit. 3 Kiraan nadi murid tersebut diambil selama satu minitselepasselesai berehat dan bacaan direkodkan. 4 Murid tersebut dikehendaki berehat selama 5 minit sebelum memulakan aktiviti seterusnya. 5 Langkah 2 hingga 4 diulang untuk aktiviti seterusnya, iaitu berjalan dan melompat. Pemerhatian/Keputusan: Jenis aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi (bpm) Berehat Berjalan Melompat Perbincangan: 1 Setiap murid perlu berehatselama 5 minit sebelum memulakan aktiviti seterusnya kerana kadar nadi rehat (nadi normal) dipengaruhi oleh tahap kecergasan dan kesihatan individu. 2 Kadar denyutan nadi untuk aktiviti melompat adalah paling tinggi diikuti dengan aktiviti berjalan dan berehat. Kesimpulan: Hipotesis diterima. Kadar denyutan nadi meningkat apabila melakukan aktviti yang cergas. Eksperimen 3.1 RC Sains SPM 4C 2024.indb 17 25/3/2024 �� 3:24:32


BAB TINGKATAN 4 3 18 Wanita yang sedang mengandung mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding dengan sebelum mengandung kerana perlu mengepam lebih banyak darah yang mengandungi oksigen dan nutrisi yang mencukupi ke seluruh badan. Sekiranya wanita mengandung mempunyai kadar denyutan nadi yang rendah, ini boleh memberi kesan terhadap bayi yang akan dilahirkan nanti seperti bayi bersaiz lebih kecil atau kelahiran pra-matang. Info Dinamik SEMAK CEPAT 3.2 1 Apakah maksud nadi dan kadar denyutan nadi? 2 Senaraikan titik nadi yang terdapat pada badan manusia. 3 Berapakah kadar denyutan nadi bagi lelaki dewasa yang normal? 4 Apakah tujuan mengetahui kadar denyutan nadi? semasa darah dipam oleh jantung ke seluruh tubuh badan manusia. 2 Tekanan darah diukur dengan menggunakan sfigmomanometer dalam unit milimeter merkuri (mmHg). 3 Sfigmomanometer yang pertama dicipta oleh Samuel Siegfried Karl Ritter pada tahun 1881, kemudian ditambah baik oleh Scipione RivaRocci pada tahun 1896 dan Dr. Harvey Cushing pada tahun 1901. 4 Terdapat dua versi alat s f i g m o m a n o m e t e r , i a i t u , sfigmomanometer analog dan sfigmomanometer digital seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 dan 3.3. 5 Sfigmomanometer analog adalah yang terbaik berdasarkan piawaian yang tepat dalam mengukur bacaan tekanan darah yang digunakan bersama stetoskop. 6 Sfigmomanometer digital boleh digunakan sekiranya ingin memantau bacaan tekanan darah di rumah. Rajah 3.2 Sfigmomanometer analog Rajah 3.3 Sfigmomanometer digital M SYS mmHg DIA mmHg PULSE /min START/STOP 171 119 88 M SYS mmHg DIA mmHg PULSE /min START/STOP 171 119 88 • Tekanan darah – Blood pressure • Sfigmomanometer – Sphygmomanometer 3.3 Tekanan Darah Alat Mengukur Tekanan Darah 1 Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri Istilah Penting Imbas kod QR atau layari https:// www.youtube.com/ watch?v=W1Sn7tclMRo untuk menonton video tentang cara Untuk tujuan pembelajaran mengukur tekanan darah menggunakan sfigmomanometer digital dengan tepat. RC Sains SPM 4C 2024.indb 18 25/3/2024 �� 3:24:32


BAB TINGKATAN 4 3 19 SEMAK CEPAT 3.3 1 Apakah nama alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah? 2 Apakah tekanan darah normal bagi seorang dewasa? 3 Bilakah waktu yang paling sesuai untuk mengukur tekanan darah? 4 Encik Osman membuat pemeriksaan kesihatan. Doktor meminta beliau merekodkan bacaan tekanan darah selama lima hari berturut-turut di rumah. Jadual berikut menunjukkan bacaan tekanan darah Encik Osman: Hari Bacaan (mmHg) 1 141/90 2 140/92 3 145/90 4 141/89 5 142/92 Adakah tekanan darah beliau normal? Jelaskan. Menilai Mengukur dan Merekod Tekanan Darah 1 Tekanan darah diukur melalui dua bacaan, iaitu, tekanan atas dan tekanan bawah. 2 Tekanan darah normal bagi seorang dewasa ialah 120/80 mmHg. 3 Bacaan 120 mmHg menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah ketika otot jantung mengecut yang dikenal sebagai tekanan sistolik. 4 Bacaan 80 mmHg menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding darah ketika otot jantung berehat (antara denyutan jantung) yang dikenal sebagai tekanan diastolik. 5 Unit tekanan darah dinyatakan dalam mmHg kerana merkuri digunakan dalam tolok pertama yang mengukur dengan tepat dan masih digunakan sebagai unit piawai pengukuran tekanan dalam perubatan. 6 Pengukuran tekanan darah direkodkan sebagai sistolik/diastolik (sistolik per diastolik). 7 Waktu yang terbaik untuk mengukur tekanan darah ialah semasa rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Bacaan Tekanan Darah 1 Tahap kesihatan badan seseorang individu boleh diukur melalui pengukuran tekanan darah secara berkala. 2 Sekiranya tekanan darah seseorang individu melebihi 140/90 mmHg secara berterusan melebihi 3 hari berturut-turut, individu itu dikatakan mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. 3 Individu yang mengalami tekanan darah tinggi juga berisiko untuk mendapat serangan strok jika tidak dikawal dengan baik. 4 Sekiranya tekanan darah seorang individu adalah rendah, individu tersebut mungkin mengalami tekanan darah rendah. 5 Tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah dapat diatasi dengan melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala. Jadual 3.5 Klasifikasi bacaan tekanan darah orang dewasa Kategori Sistolik (mmHg) Diastolik (mmHg) Optimum < 120 < 80 Normal 120 – 129 80 – 84 Normal tinggi 130 – 139 85 – 89 Tekanan darah tinggi peringkat 1 140 – 159 90 – 99 Tekanan darah tinggi peringkat 2 160 – 179 100 – 109 Tekanan darah tinggi peringkat 3 ≥ 180 ≥ 110 (Sumber: ESC/ESH Guidelines for Management of Arterial Hypertension, 2018) • Sistolik – Systolic • Diastolik – Diastolic Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 19 25/3/2024 �� 3:24:32


BAB TINGKATAN 4 3 20 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) 3.4 Mengira dan Menentukan Indeks Jisim Badan 1 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) ialah ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian. 2 Pengiraan BMI digunakan untuk mengetahui sama ada berat badan serta ketinggian individu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak. 3 Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut: BMI = Jisim badan (kg) Tinggi (m) × Tinggi (m) (m2 ) Imbas kod QR atau layari https:// www.youtube.com/ watch?v=4LfANanF0Dg&t=38s untuk menonton video tentang cara mengira BMI. Untuk tujuan pembelajaran 4 Setelah pengiraan dibuat, rujuk jadual BMI untuk mengenal pasti status BMI terkini. Jadual 3.6 Carta indeks jisim badan (BMI) Jadual BMI Status Julat BMI Kurang jisim badan < 18.5 Jisim badan unggul 18.5 – 24.9 Lebih jisim badan 25.0 – 29.9 Obesiti ≥ 30 Menginterpretasi Indeks Jisim Badan 1 BMI melebihi normal boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada individu, terutama apabila mengalami obesiti. 2 Masalah obesiti boleh memberi kesan terhadap individu seperti: (a) penyakit kencing manis atau diabetes (b) masalah jantung disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi (c) masalah pernafasan seperti asma (d) masalah tidur atau insomnia (e) komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan sakit tulang pinggul (f) kesan psikologi seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri 3 Masalah kurang berat badan juga boleh memberi kesan terhadap individu seperti: (a) anemia (b) keletihan (c) kemurungan (d) penyakit jantung (e) penurunan kadar imuniti terhadap penyakit 4 Penyakit-penyakit ini dapat dibendung dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman fizikal yang konsisten. SEMAK CEPAT 3.4 1 Apakah maksud BMI? 2 Aishah ialah seorang remaja berusia 18 tahun. Dia mempunyai ketinggian 145 cm dan berat badan 63 kg. Adakah Aishah mempunyai BMI yang normal? Jelaskan. 3 Nyatakan dua kesan kekurangan berat badan. 4 Senaraikan dua tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi BMI melebihi normal. RC Sains SPM 4C 2024.indb 20 25/3/2024 �� 3:24:33


BAB TINGKATAN 4 3 21 Rajah 3.4 Cara menurunkan jisim badan Rajah 3.5 Cara meningkatkan jisim badan Cara menurunkan jisim badan Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayursayuran dan makanan rendah lemak Mendapatkan nasihat pakar pemakanan (pakar diet) untuk saranan makanan yang sesuai untuk diambil pada setiap hari Makan secara sederhana dan mengikut masa yang sesuai Memantau BMI sendiri dari semasa ke semasa Melakukan senaman lebih kerap seperti berjoging, berbasikal dan berenang Berdisiplin untuk mencapai sasaran penurunan jisim badan Cara meningkatkan jisim badan Minum susu untuk mendapatkan lebih protein Melakukan senaman yang lebih berat untuk meningkatkan kekuatan badan Makan mengikut waktu yang tetap Mengambil makanan yang berkhasiat lebih daripada biasa Mengambil snek yang padat dengan nutrien untuk menambah kalori Memastikan tidur cukup dan berkualiti Cara menurunkan jisim badan Cara meningkatkan jisim badan Peta Buih i THINK Peta Buih i THINK RC Sains SPM 4C 2024.indb 21 25/3/2024 �� 3:24:33


BAB TINGKATAN 4 4 22 Kelestarian Alam Sekitar 4.1 1 Aktiviti pembangunan dan kemajuan teknologi dewasa ini telah memudahkan serta melancarkan banyak urusan manusia. 2 Namun, keadaan ini juga menimbulkan impak negatif terhadap alam sekitar seperti pencemaran dan pengurangan sumber alam sekitar. 3 Teknologi Hijau h a r u s diketengahkan bagi menimbulkan kesedaran manusia tentang kelestarian alam sekitar. Teknologi Hijau dan Kewajarannya dalam Kehidupan 1 Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif akibat daripada aktiviti manusia. 2 Teknologi Hijau bertujuan untuk: (a) mengurangkan pengeluaran karbon (b) menjimatkan tenaga dan sumber asli dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu (c) mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar (d) meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia 3 Degradasi alam sekitar ialah perubahan yang terjadi pada alam sekitar yang mengakibatkan kerugian atau membawa kesan negatif kepada struktur alam sekitar tersebut, dan seterusnya menurunkan nilai ekonomi. 4 Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, Teknologi Hijau merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara. Menghubung Kait Kecekapan Tenaga dengan Teknologi Hijau 1 Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan yang telah dilancarkan pada Julai 2009, menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. 2 Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan mempunyai empat tonggak kelestarian: (a) Tenaga — Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga (b) Alam sekitar — Meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar (c) Ekonomi — Meningkatkan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi (d) Sosial — Meningkatkan kualiti hidup untuk semua 3 Keempat-empat tonggak kelestarian ini menekankan aspek kecekapan tenaga. • Teknologi Hijau – Green Technology • Degradasi – Degradation • Mesra alam – Environmentally friendly • Kecekapan tenaga – Energy efficiency Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4 Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 22 25/3/2024 �� 3:24:33


BAB TINGKATAN 4 4 23 4 Kecekapan tenaga ialah penggunaan tenaga yang minimum bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini. 5 Pengutamaan kecekapan tenaga akan membantu dalam menjimatkan sumber tenaga, meningkatkan ekonomi negara, Rajah 4.1 Inisiatif ke arah kecekapan tenaga 7 Kesimpulannya, Teknologi Hijau dapat menjana tenaga dengan lebih murah, selamat, mesra pengguna serta dapat meningkatkan pembangunan negara. Sektor dalam Teknologi Hijau 1 Teknologi Hijau dibahagikan kepada beberapa sektor untuk difokuskan pelaksanaannya. mengelakkan pembaziran tenaga serta sisa buangan dapat diolah bagi menghasilkan suatu bentuk tenaga boleh baharu yang lebih bersih dan selamat. 6 Malaysia telah menjalankan beberapa inisiatif bagi menyokong kecekapan tenaga seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Peta Buih i THINK Label cekap tenaga untuk peralatan elektrik Kempen teknologi cekap tenaga Kempen penjimatan tenaga Inisiatif ke arah kecekapan tenaga Penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) Year Appliances Type Brand and Model QR Code JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK RC Sains SPM 4C 2024.indb 23 25/3/2024 �� 3:24:35


BAB TINGKATAN 4 4 24 4.2 Sektor Tenaga Isu Sosiosaintifik 1 Pasaran industri dunia dewasa ini dipengaruhi oleh keperluan hidup dan melibatkan penggunaan bahan api secara berterusan. 2 Isu sosiosaintifik ialah isu sosial yang dikaitkan dengan sains dan menekankan aplikasi moral dan saintifik kepada situasi dunia sebenar. 3 Terdapat beberapa isu sosial saintifik berkaitan dengan alam sekitar yang sering diketengahkan seperti isu pencemaran udara, pencemaran air, penebangan hutan, pembuangan sisa secara tidak terancang dan pemanasan global. 4 Isu-isu ini berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri yang membawa kepada perubahan iklim akibat pembebasan gas rumah hijau. • Bahan terbiodegradasi – Biodegradable substance • Klorofluorokarbon – Chlorofluorocarbon • Hujan asid – Acid rain • Pemanasan global – Global warming • Kesan rumah hijau – Greenhouse effect Istilah Penting SEMAK CEPAT 4.1 1 Nyatakan dua tujuan konsep Teknologi Hijau diperkenalkan. 2 Nyatakan empat aspek yang menjadi tonggak kelestarian Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan. 3 Apakah perbezaan teknologi sedia ada dengan Teknologi Hijau? 2 Jadual 4.1 menunjukkan sektor-sektor dalam Teknologi Hijau. Jadual 4.1 Sektor dalam Teknologi Hijau Sektor dalam Teknologi Hijau Penerangan Sektor tenaga Memfokuskan penggunaan tenaga alternatif atau boleh baharu bagi menggantikan bahan api fosil seperti tenaga solar. Sektor pengurusan sisa dan air sisa Memfokuskan untuk mengurangkan pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran seperti pengenalan baja kompos. Sektor pertanian dan perhutanan Memfokuskan pengawalan gas karbon dioksida dalam udara, penjagaan nutrien dalam tanah dan penambahbaikan kaedah penanaman. Sektor pengangkutan Memfokuskan penambahbaikan prasarana pengangkutan, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam. Sektor bangunan Memfokuskan pembinaan Bangunan Hijau yang mempraktikkan penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap serta pengurusan sisa pepejal yang baik. Sektor industri pembuatan Memfokuskan program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga bagi mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar seperti hujan asid dan jerebu. Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Memfokuskan pengamalan TMK Hijau dalam pembuatan, reka bentuk, penggunaan serta pelupusan peralatan komputer bagi mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menggunakan bahan terbiodegradasi dan menjimatkan tenaga. RC Sains SPM 4C 2024.indb 24 25/3/2024 �� 3:24:35


BAB TINGKATAN 4 4 25 5 Gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan klorofluorokarbon (CFC) menyebabkan kesan rumah hijau yang seterusnya menyebabkan peningkatan suhu Bumi, banjir, kemarau, kemusnahan biodioversiti, ribut taufan dan peningkatan paras laut. Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Tenaga 1 Bahan api fosil, iaitu arang batu, petroleum dan gas asli ialah contoh sumber tenaga tidak boleh baharu yang sangat diperlukan oleh dunia. 2 Tenaga yang dijana oleh arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu kerana mengambil masa berjuta tahun untuk dibentuk dan tidak boleh diganti dengan secepat mungkin setelah habis digunakan. 3 Stok bekalan bahan api fosil ini semakin berkurang disebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi. 4 Pembakaran bahan api fosil ini menghasilkan gas rumah hijau yang menyebabkan kesan rumah hijau yang seterusnya mengakibatkan pemanasan global serta menyumbang kepada perubahan iklim yang ekstrem seperti kemarau panjang. • Tenaga boleh baharu – Renewable energy • Biojisim – Biomass • Gas rumah hijau – Greenhouse gases • Perubahan iklim – Climate change Istilah Penting Rajah 4.2 Tenaga boleh baharu Tenaga boleh baharu Tenaga hidro merupakan sumber tenaga utama dunia untuk penjanaan elektrik Tenaga geoterma boleh menggantikan bahan api fosil namun memerlukan faktor geografi yang sesuai Tenaga angin ialah sumber tenaga bersih bagi menggantikan sumber bahan api fosil Tenaga biojisim diproses daripada sisa organik daripada tumbuhan dan haiwan dan tidak menyumbang kepada gas rumah hijau Tenaga solar berpotensi digunakan di kawasan yang menerima cahaya matahari yang mencukupi setiap tahun Peta Buih i THINK Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menangani Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Tenaga 1 Sektor tenaga merupakan sektor yang paling utama dalam Teknologi Hijau. 2 Bagi menangani isu sosiosaintifik, s e k t o r t e n a g a p e r l u mempertimbangkan dua perkara: (a) Cara tenaga tersebut dijana atau dibekalkan. (b) Cara pengagihan tenaga yang telah dihasilkan atau penggunaan tenaga secara cekap. 3 Bagi menggantikan penggunaan bahan api fosil melalui aplikasi Teknologi Hijau, tenaga boleh baharu harus dibangunkan. 4 Tenaga boleh baharu merupakan tenaga yang diperoleh daripada sumber tenaga boleh baharu seperti solar, hidro, angin, biojisim, geoterma dan ombak. 5 Tenaga boleh baharu juga dikenali sebagai Tenaga Bersih atau Tenaga Hijau kerana tidak mencemarkan udara dan air. 6 Terdapat beberapa tenaga boleh baharu yang semakin luas penggunaannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2. RC Sains SPM 4C 2024.indb 25 25/3/2024 �� 3:24:35


BAB TINGKATAN 4 4 26 7 Penggunaan tenaga boleh baharu ini boleh mengurangkan kandungan gas rumah hijau di atmosfera, iaitu, gas karbon dioksida yang menjadi punca kepada pemanasan global dan perubahan iklim dunia. 8 Selain itu, kempen amalan kecekapan tenaga secara holistik telah menyedarkan ramai pengeluar barangan elektrik untuk menghasilkan pelbagai peralatan yang cekap tenaga dan pengguna juga lebih memilih untuk membeli peralatan yang cekap tenaga. 9 Amalan Teknologi Hijau juga boleh dilakukan di rumah, sekolah atau pejabat dengan menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan menetapkan suhu penyaman udara. SEMAK CEPAT 4.2 1 Apakah tenaga boleh baharu dan tenaga tidak boleh baharu? 2 Nyatakan tiga kelemahan bahan api fosil yang sedia ada seperti arang batu, petroleum dan gas asli. 3 Jelaskan tiga tenaga boleh baharu yang berpotensi dibangunkan secara meluas di Malaysia. mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit yang disebabkan oleh mikroorganisma yang terdapat dalam air sisa tersebut. 4 Terdapat dua jenis air sisa, iaitu air sisa domestik dan air sisa industri. 5 Air sisa domestik ialah air sisa yang dilepaskan dari kawasan perumahan bandar, dan dialirkan ke sistem pembentungan. Air sisa domestik terdiri daripada air sisa buangan dari dapur, bilik air dan juga tandas. Air sisa ini juga disebut kumbahan. 6 Air sisa industri ialah air yang dilepaskan dari kilang-kilang yang mengandungi sisa bahan kimia. 7 Sisa dan air sisa yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. 8 Teknologi Hijau harus diaplikasikan dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam sekitar. Sisa khasialah sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah tertentu kerana sifatnya yang berbahaya dan memudaratkan kesihatan. Contoh sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan oleh premis perindustrian dan sisa ini tidak boleh dilupuskan di tapak pelupusan biasa. Info Dinamik Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 1 Sisa makanan terutamanya daripada rumah yang tidak dilupuskan dengan baik menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bau dan pencemaran tanah. Banyak binatang perosak bawaan penyakit seperti • Sisa – Waste • Air sisa – Wastewater • Kumbahan – Sewage • Sisa kimia – Chemical waste Istilah Penting Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 4.3 1 Sisa ialah lebihan bahan atau bahan yang tidak dikehendaki dan perlu dilupuskan. 2 Air sisa ialah air atau cecair yang terhasil daripada aktiviti manusia yang mengandungi bahan cemar dalam bentuk pepejal, cecair dan gas yang boleh memudaratkan jika dilepaskan ke alam sekitar. 3 Air sisa hendaklah dirawat sebelum dilepaskan ke persekitaran untuk RC Sains SPM 4C 2024.indb 26 25/3/2024 �� 3:24:35


BAB TINGKATAN 4 4 27 Bebola lumpur dihasilkan daripada campuran tanah merah dan sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah diolah, dirawat dan diproses untuk menghasilkan cecair mikroorganisma efektif. Ia mengandungi mikroorganisma berfaedah dan dapat bertindak menguraikan bahan-bahan yang menjadi punca pencemaran air di tasik,sungai dan kolam. Info Dinamik Faktor yang Menyumbang kepada Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa Jadual 4.2 Faktor yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa Faktor Penerangan Gaya hidup • Masyarakat masih tidak peka dengan isu alam sekitar atau tidak mahu mengubah kebiasaan hidup supaya lebih peka terhadap alam sekitar. • Masih ramai yang menghasilkan sisa pepejal dan membuang sampah ke dalam punca air seperti sungai dan tasik. • Nilai cintakan alam sekitar tidak diterapkan sejak kecil oleh ibu bapa. Ekonomi • Peningkatan sisa pepejal seiring dengan proses pembandaran dan peningkatan kadar pendapatan. • Sisa pepejal lebih banyak terhasil di kawasan bandar berbanding dengan kampung yang menyumbang kepada pencemaran air di bandar. • Perkembangan ekonomi yang semakin pesat menyebabkan kilang-kilang menghasilkan lebih banyak produk. • Terdapat kilang yang masih menyalurkan air sisa ke sungai-sungai tanpa dirawat terlebih dahulu yang menyebabkan pencemaran air. Undangundang • Undang-undang dan denda sedia ada tidak dikuat kuasa dari semasa ke semasa yang menyebabkan masalah pencemaran berterusan. • Pemantauan kurang dilakukan di kawasan-kawasan yang berpotensi seperti di kilang-kilang dan taman rekreasi. tikus dan lalat yang mengerumuni sisa dan seterusnya menyebarkan kotoran ke tempat lain melalui najis atau telur. 2 Sisa kumbahan, sisa kimia serta sampah sarap yang dibuang ke sungai dan laut telah mengganggu hidupan akuatik dan marin serta kawasan berhampiran. Sisa-sisa ini mengubah pH air dan merosakkan ekosistem. 3 Penjanaan, pengurusan dan penguraian sisa pepejal menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Hal ini seterusnya menyebabkan perubahan iklim dunia. 4 Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi mengurangkan sisa pepejal akibat daripada penggunaan bahan plastik dengan mengadakan pelbagai kempen seperti membeli-belah tanpa beg plastik, menggunakan beg sendiri untuk membeli belah, minum tanpa menggunakan penyedut minuman dan menyediakan tong-tong untuk kitar semula. • Sisa pepejal – Solid waste Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 27 25/3/2024 �� 3:24:36


BAB TINGKATAN 4 4 28 Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menyelesaikan Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa Jadual 4.3 Teknologi Hijau dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa Teknologi Hijau Penerangan Pencegahan dan pengurangan • Mengelakkan pembaziran makanan dengan tidak membeli makanan secara berlebihan di kedai makan atau pasar serta menyediakan makanan untuk isi rumah mengikut keperluan. • Pengusaha kedai makanan atau hotel dinasihatkan tidak menyediakan makanan secara berlebihan kepada pelanggan. • Meminimumkan penggunaan kertas di semua organisasi dengan menggunakan kertas apabila perlu sahaja serta menggunakan semula kertas-kertas terpakai. Rawatan dan pemprosesan (proses biologi) • Memproses sisa makanan melalui proses biologi supaya diubah kepada bahan organik seperti baja organik. • Menukarkan sisa pepejal kepada produk yang mesra alam seperti bebola lumpur dan bioplastik. • Menjadikan sisa pepejal sebagai sumber utama dalam tenaga boleh baharu, iaitu, biojisim yang boleh menggantikan bahan api fosil sebagai bahan bakar. Pengasingan dan kitar semula • Mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula seperti kaca, kertas, tin dan plastik. • Mengurangkan sisa pepejal dan mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. Tolak, kurangkan, guna semula, kitar semula dan pemulihan (5R) • Konsep 5R diperkenalkan, iaitu, Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) bagi menggantikan konsep 3R. • Bertujuan mengurangkan sampah di puncanya, menggunakan semula produk yang boleh diguna semula, mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula dan menukar sisa kepada bahan baharu yang berfaedah seperti baja kompos. KERTAS KACA ALUMINIUM DAN PLASTIK Reduce . Reuse . Recycle . . Refu s e . Recover y SEMAK CEPAT 4.3 1 Apakah maksud sisa dan air sisa? 2 Nyatakan tiga usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia untuk mengurangkan penggunaan plastik. 3 Huraikan dua cara menangani isu sosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa melalui undang-undang. 4 Nyatakan dua contoh produk yang dihasilkan daripada proses biologi sisa. RC Sains SPM 4C 2024.indb 28 25/3/2024 �� 3:24:37


BAB TINGKATAN 4 4 29 Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan 1 Sisa tanaman dan sisa haiwan yang tidak dilupuskan secara teratur dan sistematik di ladang pertanian, kawasan ternakan dan kilang memproses makanan telah menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida yang boleh meningkatkan suhu Bumi. 2 Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan telah meningkatkan keasidan tanah dan seterusnya mengurangkan kesuburan tanah. Peningkatan keasidan tanah menyebabkan tanah itu tidak lagi sesuai untuk pertanian. Selain itu, eutrofikasi juga boleh berlaku apabila bahan kimia yang diserap oleh tanah mengalir ke dalam sungai berhampiran. Eutrofikasi menyebabkan kematian organisma akuatik akibat kekurangan oksigen. Rajah 4.3 Ledakan alga akibat eutrofikasi Eutrofikasi ialah pengayaan nutrien dan bahan organik di dalam air. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan alga yang pesat (algae bloom) yang menjejaskan hidupan akuatik akibat penurunan kandungan oksigen terlarut di dalam air. Info Dinamik 3 Penerokaan hutan yang berleluasa telah mengganggu kitaran gas di Bumi. Proses fotosintesis yang penting untuk penukaran gas karbon dioksida kepada gas oksigen akan berkurang disebabkan oleh penebangan pokok-pokok bagi pembukaan tanah untuk pertanian, penempatan dan aktiviti ekonomi seperti pembuatan perabot. Pokok-pokok yang ditebang telah menjejaskan struktur tanah yang akhirnya menyebabkan kejadian tanah runtuh. Rajah 4.4 Tanah runtuh Sektor Pertanian dan Perhutanan 4.4 1 Malaysia mempunyai permintaan yang sangat tinggi terhadap kawasan penempatan baharu, bekalan makanan serta hubungan laluan pengangkutan seiring dengan peningkatan kepadatan penduduk dan perubahan taraf hidup. 2 Pemintaan-permintaan yang tidak terkawal ini akan mempengaruhi keseimbangan ekosistem dan menyebabkan kemudaratan kepada organisma hidup. 3 Antara aktiviti yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor ini ialah penerokaan hutan, pembalakan, pembakaran terbuka dan penggunaan racun serangga dan baja kimia. • Eutrofikasi – Eutrophication • Tanah runtuh – Landslide Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 29 25/3/2024 �� 3:24:37


BAB TINGKATAN 4 4 30 4 Aktiviti pembakaran terbuka oleh petani di kawasan ladang dan tanaman boleh menyebabkan jerebu. Jerebu yang berlarutan akan menjejaskan kualiti udara dan kesihatan manusia. Rajah 4.5 Pembakaran hutan Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menangani Isu Sosiosaintifik Sektor Pertanian dan Perhutanan 1 Pelbagai langkah telah dilakukan untuk memulihkan semula hutan yang sedia ada sekaligus menjaga hasil pertanian. 2 Sisa-sisa pertanian seperti najis haiwan dan sisa tanaman diproses menjadi baja kompos. Baja kompos dapat memperbaiki struktur tanah dan menambah kesuburan tanah. 3 Penghasilan biogas daripada sisa najis haiwan dapat menjimatkan sumber tenaga yang tidak boleh baharu dan mengurangkan pelepasan karbon. 4 Menanam semula pokok di kawasan yang sudah diterokai dapat mengelakkan kepupusan spesies pokok yang sedia ada dan mengelakkan peningkatan suhu Bumi. 5 Mewartakan lebih banyak kawasan hutan supaya ekosistem hutan dapat dikekalkan. 6 Menguatkuasakan undang-undang perhutanan seperti mengambil tindakan terhadap pembalak haram, memantau kawasan hutan secara berkala dan menyemak lesen operasi hutan bagi pemaju industri berasaskan kayu. Sektor Pengangkutan 4.5 Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengangkutan 1 Hampir semua kenderaan di dunia menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan api kenderaan. 2 Pembakaran bahan api ini menghasilkan asap kenderaan yang mengandungi gas rumah hijau, iaitu, karbon dioksida dan karbon monoksida yang boleh menyebabkan perubahan iklim. 3 Kesan rumah hijau semakin serius apabila bilangan kenderaan semakin bertambah. 4 Jadual 4.4 menunjukkan beberapa aplikasi teknologi hijau dalam menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan. • Penanaman semula – Replanting • Pembalakan – Logging • Pembakaran terbuka – Open burning Istilah Penting SEMAK CEPAT 4.4 1 Nyatakan tiga aktiviti yang menyumbang kepada isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan. 2 Apakah kesan penggunaan baja kimia yang berlebihan terhadap sungai? 3 Nyatakan dua cara untuk mengawal aktiviti pembalakan. RC Sains SPM 4C 2024.indb 30 25/3/2024 �� 3:24:38


BAB TINGKATAN 4 4 31 Teknologi Hijau dalam Kehidupan 4.6 Peranan Individu dalam Menangani Fenomena Pemanasan Global dan Perubahan Iklim dalam Mengurangkan Jejak Kaki Karbon 1 Pembebasan gas rumah hijau yang berterusan menyumbang kepada peningkatan jejak kaki karbon. 2 Jejak kaki karbon ialah jumlah gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktivitiaktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil, asap kenderaan dan pembakaran terbuka. 3 Kita harus sedar bahawa isu pemanasan global yang berlaku hari ini bukan sekadar proses semula jadi malah turut dipengaruhi oleh aktiviti manusia. 4 Sebagai individu yang prihatin, kita haruslah bimbang dengan fenomena pemanasan global yang berlaku dan mula mengambil tindakan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Aplikasi Teknologi Hijau dalam Menyelesaikan Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengangkutan Jadual 4.4 Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan Teknologi Hijau Penerangan Pengangkutan Hijau • Sebarang bentuk pengangkutan yang memberi impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang menggunakan tenaga boleh baharu dikenali sebagai pengangkutan hijau atau pengangkutan lestari. • Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan pengenalan kenderaan hijau yang menggunakan tenaga elektrik atau tenaga solar. • Kereta solar menggunakan sel fotovolta untuk menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik. Penciptaan Kenderaan Gas Asli (NGV) • Kenderaan Gas Asli terdiri daripada dua jenis, iaitu, gas asli cecair (LNG) atau gas asli mampat (CNG). • Kenderaan yang menggunakan petrol boleh diubah suai untuk penggunaan LNG atau CNG. Penggunaan bahan api bio sebagai pengganti petroleum • Bahan api bio merupakan sumber alternatif yang merujuk kepada metil ester asid lemak yang dihasilkan daripada minyak sayuran serta lemak haiwan. • Sumber ini lebih mesra alam dan boleh dijana semula. • Gas asli cecair – Liquefied natural gas • Gas asli mampat – Compressed natural gas • Pengangkutan hijau – Green transportation • Metil ester asid lemak – Fatty acid methyl ester Istilah Penting SEMAK CEPAT 4.5 1 Nyatakan dua jenis gas rumah hijau yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor. 2 Bagaimanakah kereta solar mendapatkan sumber tenaga? 3 Apakah bahan api bio? pengangkutan awam. SEMAK CEPAT 4.6 1 Apakah yang dimaksudkan dengan jejak kaki karbon? 2 Sebagai seorang pelajar, nyatakan dua cara anda mengamalkan Teknologi Hijau. 3 Bagaimanakah perkongsian kenderaan boleh mengurangkan jejak kaki karbon? RC Sains SPM 4C 2024.indb 31 25/3/2024 �� 3:24:38


BAB TINGKATAN 4 5 32 5.1 Pembahagian Sel Gen, Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan Kromosom 1 Sel merupakan unit asas bagi benda hidup. 2 Sel mempunyai nukleus yang terletak di dalam sitoplasma. 3 Nukleus mengandungi kromosom. Kromosom ialah struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein, panjang dan berlingkar yang terletak di dalam nukleus. 4 Setiap kromosom terdiri daripada satu molekul DNA yang panjang. Rajah 5.1 Struktur kromosom 5 Asid deoksiribonukleik atau DNA (Deoxyribonucleic acid) merupakan komponen kimia utama bagi kromosom dan bahan yang menghasilkan gen. Gula deoksiribosa Kumpulan fostat Bes bernitrogen Rajah 5.2 Struktur nukleotida 6 DNA merupakan polimer panjang yang terhasil daripada unit-unit asas nukleotida yang berulangulang. Setiap unit nukleotida terdiri daripada tiga komponen, iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat. 7 DNA mempunyai struktur yang anjal yang membolehkannya berlingkar menjadi bentuk gelung ketat serta bentuk yang lain. 8 DNA terdiri daripada dua rantaian polinukleotida (heliks ganda dua) yang diikat satu sama lain melalui ikatan hidrogen. Kedua-dua rantaian ini melingkar pada paksi yang sama. 9 Gen ialah unit asas pewarisan yang mengawal ciri-ciri yang diwarisi dalam organisma seperti warna mata, jenis rambut dan bentuk biji kacang pea. Gen tersusun sebagai segmen pada DNA di sepanjang kromosom dan terdapat beribu-ribu gen di dalam satu molekul DNA. Gen mata coklat Gen mata biru Gen rambut hitam Gen rambut perang Rajah 5.3 Gen yang terdapat pada molekul DNA Kromatid Sentromer Kromatid beradik • Gula deoksiribosa – Deoxyribose sugar • Bes bernitrogen – Nitrogenous base • Kumpulan fosfat – Phosphate group Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Genetik Bab 5 Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 32 25/3/2024 �� 3:24:39


BAB TINGKATAN 4 5 33 10 Setiap spesies haiwan dan tumbuhan mengandungi bilangan kromosom yang tetap dan khusus. 11 Kromosom mengandungi bahan baka dan wujud secara berpasangan. Setiap pasangan kromosom wujud mengikut bentuk dan saiz yang serupa yang dikenali sebagai kromosom homolog. Kromosom homolog yang berbeza mempunyai saiz, bentuk dan bahan baka yang berbeza. 12 Kromosom homolog disusun berdasarkan bentuk dan saiznya yang disebut sebagai kariotip. (a) Perempuan (44 + XX) 1 6 11 16 21 2 7 12 17 22 3 8 13 18 X 4 9 14 19 X 5 10 15 20 (b) Lelaki (44 + XY) 1 6 11 16 21 2 7 12 17 22 3 8 13 18 X 4 9 14 19 Y 5 10 15 20 Rajah 5.4 Kariotip seorang perempuan dan seorang lelaki 13 Sel soma manusia yang normal mengandungi 46 kromosom yang terdiri daripada 23 pasang kromosom (22 pasang autosom dan 1 pasang kromosom seks). 14 Autosom ialah kromosom bukan seks yang membawa gen yang mengawal ciri-ciri individu, manakala kromosom seks membawa gen yang menentukan jantina seseorang individu. 15 Terdapat dua jenis kromosom seks, iaitu kromosom X dan kromosom Y. Kromosom X bersaiz lebih besar berbanding dengan kromosom Y kerana membawa lebih banyak gen. Seorang wanita mempunyai sepasang kromosom X, manakala seorang lelaki mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y. Mitosis dan Meiosis 1 Proses pembiakan dan pertumbuhan organisma melibatkan pembahagian sel. 2 Pembahagian sel merupakan proses pembahagian daripada satu sel induk kepada dua atau lebih sel anak yang baharu. Proses ini melibatkan pembahagian nukleus dan sitoplasma sel. 3 Semasa peringkat rehat sel, kromosom kelihatan sebagai bebenang halus dan panjang. Semasa pembahagian sel, kromosom menjadi pendek dan menebal sebelum membahagi. 4 Terdapat dua jenis pembahagian sel, iaitu mitosis dan meiosis. Mitosis 1 Mitosis ialah proses pembahagian sel yang menghasilkan dua sel anak yang mempunyai bilangan kromosom dan kandungan bahan genetik yang sama dengan sel induk. 2 Semua sel di dalam badan manusia membahagi secara mitosis kecuali sel pembiakan. Sel yang membahagi secara mitosis ini dikenali sebagai sel soma. 3 Mitosis juga berlaku di dalam sel meristem di hujung akar dan pucuk tumbuhan. 4 Proses mitosis ditunjukkan dalam Rajah 5.5. • Kromosom homolog – Homologous chromosome • Kariotip – Karyotype • Autosom – Autosome • Kromosom seks – Sex chromosome • Pembahagian sel – Cell division • Mitosis – Mitosis Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 33 25/3/2024 �� 3:24:40


BAB TINGKATAN 4 5 34 Rajah 5.5 Proses mitosis Profasa Sel mula membahagi pada peringkat ini. Kromosom memendek dan menebal. Setiap kromosom mereplikasi membentuk dua kromatid kembar yang bercantum pada sentromer. Gentian gelendong mula terbentuk di antara sentriol dan membran nukleus dan nukleolus terurai pada peringkat akhir profasa. 1 Membran nukleus terurai Kromatid beradik (kromosom) Sentriol bergerak ke kutub bertentangan Telofasa Berlaku apabila kromatid sampai ke kutub bertentangan. Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula. Pembahagian sitoplasma berlaku yang membentuk dua sel anak yang mempunyai bilangan kromosom dan maklumat genetik yang sama dengan sel induk. 4 Satu set kromosom Dua sel anak Metafasa Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa. Sentromer setiap kromosom melekat pada gentian gelendong. Metafasa berakhir apabila sentromer mula membahagi. 2 Gentian gelendong Sentromer pada gentian gelendong Anafasa Sentromer membahagi dua. Setiap kromatid kembar terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan (pengutuban) akibat daripada pengecutan gentian gelendong. Di kutub, kromatid menjadi kromosom. 3 Kromatid menjadi kromosom di kutub 5 Peringkat telofasa sel tumbuhan berbeza dengan peringkat telofasa sel haiwan. Pembahagian sitoplasma bermula apabila vesikel yang dihasilkan oleh jasad Golgi berkumpul di bahagian tengah sel. Vesikel akan melakur dan membentuk plat sel. Plat sel akan mengunjur ke luar dan bersambung dengan membran plasma untuk membentuk dua sel anak yang akhirnya membentuk dinding sel. Meiosis 1 Meiosis ialah proses pembahagian sel yang menghasilkan empat sel anak (gamet) yang tidak seiras dengan setiap satunya mengandungi separuh daripada bilangan kromosom sel induk. 2 Meiosis berlaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet (sel pembiakan). • Kromatid kembar – Sister chromatid • Sentromer – Centromere • Gentian gelendong – Spindle fibre • Sentriol – Centriole • Satah khatulistiwa – Equitorial plane • Pengutuban – Polarisation • Meiosis – Meiosis Belahan pencerutan Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 34 25/3/2024 �� 3:24:40


BAB TINGKATAN 4 5 35 3 Meiosis berlaku di dalam ovari wanita bagi menghasilkan ovum, manakala meiosis berlaku di dalam testis lelaki bagi menghasilkan sperma. 4 Bagi tumbuhan pula, meiosis berlaku di dalam anter dan ovari. 5 Meiosis melibatkan dua peringkat pembahagian sel: (a) Pada meiosis I, penduaan kromosom berlaku untuk menghasilkan dua kali ganda kromatid. Seterusnya, sel itu membahagi untuk membentuk dua sel anak yang mengandungi bilangan kromatid yang sama seperti sel induk. (b) Pada meiosis II, kedua-dua sel anak itu membahagi sekali lagi untuk mengurangkan bilangan kromosom menjadi separuh. Akhirnya, empat sel anak terhasil daripada meiosis dengan setiap satunya memperoleh separuh daripada bilangan kromosom sel induknya. 6 Peringkat-peringkat dalam meiosis: (a) Pada meiosis I (i) 1 Profasa I Kromosom memendek dan menebal. Kromosom mereplikasi membentuk sepasang kromatid yang bercantum di sentromer. Kromosom homolog berpasangan melalui sinapsis. Pindah silang berlaku bagi pertukaran maklumat genetik antara kromosom homolog. Membran nukleus dan nukleolus terurai dan gentian gelendong mula terbentuk di antara sentriol. (ii) 2 Metafasa I Kromosom homolog tersusun pada satah khatulistiwa. Sentromer setiap kromosom melekat pada gentian gelendong. (iii) 3 Anafasa I Sentromer membahagi dua. Kromosom homolog terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan. Setiap kromosom mempunyai dua kromatid. (iv) 4 Telofasa I Pembahagian sitoplasma berlaku. Dua sel anak terbentuk dengan setiap satunya mempunyai separuh daripada bilangan kromosom. Meiosis I berakhir. (b) Pada meiosis II (i) 5 Profasa II Meiosis II bermula. Setiap sel mempunyai dua sentriol. Membran nukleus dan nukleolus dalam setiap sel terurai. Setiap sel kromosom tidak menjalankan replikasi. Gentian gelendong mula terbentuk. (ii) 6 Metafasa II Kromosom tersusun pada satah khatulistiwa. Sentromer setiap kromosom melekat pada gentian gelendong. (iii) 7 Anafasa II Sentromer membahagi dua. Kromatid kembar terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan. Di kutub, kromatid menjadi kromosom. (iv) 8 Telofasa II Pembahagian sitoplasma berlaku pada setiap sel. • Sinapsis – Synapsis • Pindah silang – Crossing over Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 35 25/3/2024 �� 3:24:41


BAB TINGKATAN 4 5 36 Rajah 5.6 Proses meiosis Empat sel anak yang tidak seiras terbentuk dan mempunyai bilangan kromosom separuh daripada bilangan kromosom induk (haploid). Membran nukleus dan nukleolus terbentuk semula. 7 Rajah 5.6 menunjukkan proses meiosis. Satah khatulistiwa sel Sentriol Kromosom homolog ditarik ke kutub bertentangan Membran plasma mencerut Nukleolus muncul semula Membran nukleus muncul semula Dua sel anak haploid Empat sel anak haploid Pasangan homolog (bivalen) Sentriol Gentian gelendong Kiasma 1 Meiosis II Meiosis I 2 3 4 5 6 7 8 Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 36 25/3/2024 �� 3:24:42


BAB TINGKATAN 4 5 37 Rajah 5.7 Perbandingan antara mitosis dengan meiosis Persamaan dan perbezaan antara mitosis dengan meiosis Kepentingan mitosis dan meiosis 1 Kepentingan mitosis: (a) Menghasilkan sel-sel baharu bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati. (b) Menambahkan bilangan sel untuk proses pertumbuhan. (c) Menjamin bilangan kromosom pada sel baharu adalah sama dengan bilangan kromosom pada sel induk. Mitosis Persamaan Meiosis Perbezaan Dalam sel soma Sekali Dua sel anak Bilangan kromosom sama seperti sel induk Sel anak mempunyai kandungan genetik yang sama seperti sel induk Tidak berlaku Sekali Tiada Dalam sel pembiakan (testis, ovari dan anter) Dua kali Empat sel anak Bilangan kromosom separuh daripada sel induk Sel anak mempunyai kandungan genetik yang berbeza daripada sel induk dan juga antara satu sama lain Berlaku Dua kali Ada Tempat pembahagian berlaku Bilangan sel anak Kandungan genetik Bilangan pembahagian sel Bilangan kromosom dalam sel anak Pindah silang Bilangan pembahagian sitoplasma Variasi Kedua-dua proses melibatkan pembahagian sel dan replikasi DNA (d) Membolehkan bahan baka daripada sel induk diturunkan kepada sel anak. (e) Bagi sesetengah organisma, mitosis membolehkan pembiakan secara aseks berlaku. Contohnya: (i) Belahan dedua yang berlaku kepada Amoeba sp. dan Paramecium sp. (ii) Pertunasan sel yang berlaku pada yis dan hidra • Belahan dedua – Spore formation • Pertunasan – Budding Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 37 25/3/2024 �� 3:24:42


BAB TINGKATAN 4 5 38 (iii)Pembiakan vegetatif pada tumbuhan seperti tuber pada ubi kentang, bebawang pada bawang merah dan rizom pada halia 2 Kepentingan meiosis: (a) Menjamin bilangan kromosom yang sama antara zigot dengan induk melalui pengekalan bilangan kromosom diploid (2n), pada setiap generasi. (b) Menyebabkan variasi genetik dalam spesies yang sama, melalui pindah silang antara kromatid pada kromosom Rajah 5.8 Pindah silang kromosom Pindah silang dalam sepasang kromosom Empat jenis kromosom terbentuk Rajah 5.9 Taburan rawak kromosom homolog, dan pelakuran rawak antara dua gamet. (i) Pindah silang ialah per tukaran bahan genetik yang berlaku di lengan kromatid apabila kromosom homolog bersilangan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8. (ii) Taburan kromosom secara rawak semasa meiosis menyebabkan perbezaan jenis gamet seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.9. 5.2 Pewarisan Pewarisan dalam Manusia 1 Pewarisan ialah pemindahan ciri daripada ibu bapa kepada anakanaknya. Setiap anak mewarisi ciriciri tertentu daripada ibu bapa. 2 Ciri ialah sifat ketara yang diwarisi atau ditentukan oleh gen. Ciri ini ditentukan oleh maklumat genetik yang dibawa oleh gen seperti warna mata dan jenis cuping telinga. 3 Trait ialah varian bagi ciri khusus yang membezakan antara individu. Contohnya warna mata hitam, warna mata coklat, cuping telinga melekap dan cuping telinga bebas. • Pembiakan vegetatif – Vegetative reproduction • Pelakuran rawak – Random fusion • Taburan rawak – Random distribution • Pewarisan – Inheritance • Ciri – Characteristic • Trait – Trait SEMAK CEPAT 5.1 1 Apakah yang dimaksudkan dengan kromosom, DNA dan gen? 2 Terangkan kepentingan mitosis dan meiosis. 3 Nyatakan tiga perbezaan antara mitosis dan meiosis. 4 Rajah berikut menunjukkan satu peringkat dalam proses pembahagian sel. Jelaskan mengapa kromosom tersebut bertindih. Mengaplikasi Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 38 25/3/2024 �� 3:24:43


BAB TINGKATAN 4 5 39 Rajah 5.10 Rajah skema eksperimen kacukan monohibrid oleh Gregor Mendel Generasi induk Fenotip induk: Genotip induk: Meiosis Gamet Persenyawaan Generasi F1 Genotip: Fenotip: Pokok tinggi × Pokok kerdil TT tt T T t t Tt Tt Tt Tt Pokok tinggi Pokok tinggi Pokok tinggi Pokok tinggi Generasi F1 Fenotip induk: Genotip induk: Meiosis Gamet Persenyawaan Generasi F2 Genotip: Fenotip: Nisbah fenotip: Pokok tinggi × Pokok tinggi Tt Tt T t T t TT Tt Tt tt Pokok tinggi Pokok tinggi Pokok tinggi Pokok kerdil 3 tinggi : 1 kerdil Semua anak generasi F1 ialah pokok tinggi. Kemudian, anak dalam generasi F1menjalani pendebungaan sendiri. 4 Bagi setiap trait, manusia mewarisi dua salinan gen, iaitu satu daripada ibu dan satu daripada bapa. Jadual 5.1 Contoh ciri dan trait Ciri Trait Warna mata Hitam, coklat, perang, biru atau hijau Jenis cuping telinga Melekap atau bebas Jenis rambut Lurus atau keriting 5 Sepasang gen yang berada pada lokus atau kedudukan yang sama dengan kromosom homolog akan mengawal satu trait organisma. 6 Pasangan gen yang berada pada lokus yang sama ini dikenali sebagai alel. Alel boleh hadir dalam bentuk dominan atau resesif. 7 Alel dominan ialah gen kuat yang menonjolkan sifatnya apabila berpasangan dengan gen resesif. 8 Alel resesif pula ialah gen lemah yang hanya boleh menonjolkan sifatnya tanpa kehadiran alel dominan. Trait resesif hanya akan dipamerkan apabila kedua-dua alel adalah resesif. 9 Alel dominan diwakili oleh huruf besar, manakala alel resesif diwakili oleh huruf kecil. Contohnya ‘K’ digunakan untuk mewakili keriting dan ‘k’ mewakili lurus. Mekanisme Pewarisan Kacukan monohibrid 1 Kajian pewarisan secara teratur dan mendalam telah ditemui oleh seorang saintis yang juga merupakan seorang rahib Austria yang bernama Gregor Mendel. 2 Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Gregor Mendel tentang kacukan monohibrid, beliau telah memilih pokok kacang pea berbaka tulen sebagai induk (Rajah 5.10). • Alel dominan – Dominant allele • Alel resesif – Recessive allele Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 39 25/3/2024 �� 3:24:43


143 BAB TINGKATAN 5 1 Dunia Mikroorganisma 1.1 1 Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. 2 Mikroorganisma hanya boleh dilihat melalui mikroskop cahaya atau mikroskop elektron. 3 Mikroorganisma dikelaskan kepada lima kumpulan: (a) Bakteria (b) Fungi (c) Protozoa (d) Virus (e) Alga 4 Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan ciri-ciri seperti berikut: (a) Saiz (b) Bentuk (c) Habitat (d) Struktur asas (e) Ciri istimewa (f) Cara pembiakan (g) Cara mendapat nutrisi Jadual 1.1 Jenis mikroorganisma, ciri-ciri dan contoh Mikroorganisma Ciri-ciri Contoh Bakteria Dinding sel Sitoplasma Bahan genetik Flagelum Struktur umum bakteria • Organisma unisel (satu sel) • Saiz: 0.2 µm hingga 10 µm • Dikelaskan mengikut bentuk Pilin (spirilum) Koma (vibrio) Sfera (kokus) Rod (basilus) • Cara pembiakan: – Pembiakan aseks: belahan dedua – Pembiakan seks: konjugasi • Cara mendapatkan nutrisi: – Sebahagian merupakan saprofit (mendapatkan bekalan makanan daripada organisma mati) – Sebahagian merupakan parasit (mendapat nutrien daripada perumahnya) – Sebahagian kecil menjalankan fotosintesis (mempunyai klorofil dan membuat makanan sendiri daripada bahan tak organik) Bacillus subtilis Vibrio cholerae Tema 1: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Mikroorganisma Bab 1 • Mikoorganisma – Microorganism • Belahan dedua – Binary fission • Konjugasi – Conjugation Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 143 25/3/2024 �� 3:25:39


144 BAB TINGKATAN 5 1 Mikroorganisma Ciri-ciri Contoh • Habitat: Udara, air, tanah, makanan, tumbuhan dan organisma mati Alga • Organisma unisel atau multisel yang boleh membuat makanan sendiri (mempunyai klorofil) • Bentuk: berfilamen, bujur dan bulat • Saiz – Alga makroskopik (boleh dilihat dengan mata kasar) – Alga mikroskopik, 1 µm – beberapa ratus µm. • Cara pembiakan: – Pembiakan aseks: belahan dedua, pembentukan spora – Pembiakan seks: konjugasi • Cara mendapat nutrisi: autotrof (mempunyai klorofil untuk membuat makanan sendiri melalui fotosintesis) • Habitat: kawasan lembap, air tawar, air masin Euglena sp. Chlamydomonas sp. (unisel) Spirogyra sp. (multisel) Virus DNA Lapisan protein Ekor Kepala Struktur umum virus • Mikroorganisma paling seni yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron • Saiz: 0.02 µm hingga 0.04 µm • Bentuk: sfera, heliks, polihedral, kompleks • Cara pembiakan: berganda (hanya dalam sel hidup sebagai perumah) • Cara mendapat nutrisi: parasit tetapi berbeza dengan mikroorganisma yang lain • Habitat: sel hidup (perumah) dan boleh menjadi bentuk hablur apabila berada di luar sel perumah Virus influenza Koronavirus Protozoa • Organisma unisel terbesar • Saiz: 5 µm hingga 250 µm • Bentuk: sfera, bujur, bentuk tidak tetap • Cara pembiakan: – Pembiakan aseks: belahan dedua – Pembiakan seks: konjugasi • Cara mendapatkan nutrisi: – Sebahagiannya merupakan saprofit (makan bahan yang telah reput atau mati) – Sebahagian lagi merupakan parasit (mendapat makanan daripada organisma hidup melalui fagositosis) • Habitat: tanah, di dalam air, kawasan lembap dan dalam organisma hidup Paramecium sp. Amoeba sp. Plasmodium sp. • Autotrof – Autotroph • Saprofit – Saprophytes • Parasit – Parasites Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 144 25/3/2024 �� 3:25:41


145 BAB TINGKATAN 5 1 Tujuan: Mengkaji pertumbuhan bakteria pada agar nutrien dalam keadaan tertentu. Penyataan masalah: Bagaimanakah tahap kebersihan jari yang digunakan untuk menyentuh agar nutrien mempengaruhi pertumbuhan bakteria? Hipotesis: Apabila tahap kebersihan jari tinggi, kadar pertumbuhan pada permukaan agar nutrien akan berkurang. Pemboleh ubah: Dimanipulasikan – Tahap kebersihan jari Bergerak balas – Pertumbuhan bakteria Dimalarkan – Tangan individu yang sama Radas dan Bahan: Piring Petri, picagari,silinder penyukat, pita selofan, pen, agar-agar nutrien, sabun, air pili Prosedur: 1 Tiga piring Petri berlabel A, B dan C disediakan dan agar-agar nutrien dituangkan ke dalam setiap piring Petri. 2 Agar-agar nutrien dalam piring Petri disentuh dengan jari dalam keadaan seperti dalam jadual pemerhatian. 3 Semua piring Petri diterbalikkan (Rajah 1.1) supaya cecair yang terbentuk semasa kondensasi tidak terjatuh ke atas permukaan agar-agar dan mempengaruhi pertumbuhan bakteria. Agar-agar nutrien Bakteria Piring Petri Rajah 1.1 Eksperimen 1.1 Mikroorganisma Ciri-ciri Contoh Fungi • Sebahagian unisel (contohnya yis) dan sebahagian multisel (contohnya mukor) • Saiz: – Makroskopik (dapat dilihat dengan mata kasar, contoh: cendawan) – Mikroskopik (seperti yis dan mukor, 10 µm – 100 µm) • Bentuk: sfera dan hifa • Cara pembiakan: – Pembiakan aseks: pertunasan dan pembentukan spora – Pembiakan seks: konjugasi • Cara mendapatkan nutrisi: – Sebahagian merupakan saprofit. Sebagai contoh mukor dan yis (mendapat nutrisi daripada roti dan buah-buahan yang reput) – Sebahagian merupakan parasit. Sebagai contoh kulat (memperoleh makanan daripada organisma hidup) • Habitat: kawasan gelap dan lembap Mukor Yis • Flora normal – Normal flora • Kondensasi – Condensation Istilah Penting Flora normal merupakan mikroorganisma yang pelbagai yang wujud di persekitaran tertentu tanpa menyebabkan penyakit. Dalam aktivitiseharian manusia seperti memegang benda, menghirup udara, menelan makanan atau minuman, kita akan membawa masuk mikroorganisma pada permukaan tubuh atau ke dalam badan. Info Dinamik RC Sains SPM 4C 2024.indb 145 25/3/2024 �� 3:25:42


146 BAB TINGKATAN 5 1 4 Semua piring Petri diperhatikan selepas 48 jam. Pemerhatian/Keputusan: Piring Petri Keadaan jari Pemerhatian A Jari yang tidak dibasuh Banyak tompok putih B Jari setelah dibasuh dengan air sahaja Banyak tompok putih C Jari setelah dibasuh dengan sabun Sedikit tompok putih Perbincangan: 1 Tompok putih di kawasan permukaan agar-agar ialah koloni bakteria. 2 Piring Petri A dan B menunjukkan pertumbuhan bakteria yang banyak kerana jari yang tidak dibasuh dengan sabun mempunyai banyak bakteria. 3 Dalam piring Petri C,sedikit pertumbuhan bakteria diperhatikan kerana sebelum menyentuh piring Petri, jari telah dibasuh dengan sabun. Sifat sabun yang beralkali merencatkan pertumbuhan kebanyakan bakteria. Kesimpulan: Hipotesis diterima.Jari yang dibasuh dengan sabun dapat merencatkan pertumbuhan bakteria. Secara purata, tangan mempunyai lebih daripada 1 000 bakteria pada setiap sentimeter persegi. Apabila tangan dicuci dengan teliti menggunakan sabun dan air, jumlah bakteria yang ada dapat dikurangkan. Info Dinamik Tujuh Langkah Cuci Tangan Yang Betul Tangan yang tidak dibasuh Selepas dibilas dengan air sejuk Selepas melakukan tujuh langkah mencuci tangan menggunakan air dan sabun selama 20 saat Basuh tangan dengan sabun secukupnya Gosok tapak tangan Gosok setiap jari dan celah jari Gosok kuku di tapak tangan Gosok belakang tangan Basuh tangan dengan air bersih secukupnya Keringkan tangan dengan tuala atau tisu yang bersih 1 2 3 4 5 6 7 RC Sains SPM 4C 2024.indb 146 25/3/2024 �� 3:25:42


147 BAB TINGKATAN 5 1 Tujuan: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Pernyataan masalah: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? Hipotesis: Kehadiran nutrien, suhu 37 °C, keadaan gelap dan lembap serta nilai pH optimum menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma. Pemboleh ubah: Dimanipulasikan – Kehadiran nutrien,suhu, kelembapan, cahaya, nilai pH Bergerak balas – Pertumbuhan bakteria Dimalarkan – Jumlah bakteria yang digunakan Radas dan Bahan: Piring Petri, picagari,silinder penyukat, pita selofan, pen, ketuhar, peti ais, inkubator, lampu meja, agar-agar nutrien, agar-agar tanpa nutrien, kultur bakteria Bacillus subtilis, asid hidroklorik cair, natrium hidroksida cair dan air suling. Prosedur: 1 Enam piring Petri berlabel A, B, C, D, E dan F disediakan dan agar-agar nutrien dituangkan ke dalam setiap piring Petri. 2 Piring Petri tersebut disediakan seperti dalam jadual keputusan. 3 1 cm3 larutan kultur bakteria Bacillus subtilis dituang ke atas agar-agar nutrien di dalam piring Petri. Piring Petri ditutup dengan penutup. 4 Semua piring Petri diterbalikkan (Rajah 1.2) supaya cecair yang terbentuk semasa kondensasi tidak jatuh ke atas permukaan agar-agar dan mempengaruhi pertumbuhan bakteria. Agar-agar nutrien Bakteria Piring Petri Rajah 1.2 5 Semua piring Petri diperhatikan selepas 48 jam. Eksperimen 1.2 Perbincangan: 1 Tompok putih di kawasan permukaan agar-agar ialah koloni bakteria. 2 Dalam piring Petri A, B, C dan D, tiada pertumbuhan bakteria diperhatikan kerana setiap piring Petri itu kekurangan keadaan tertentu yang diperlukan untuk pertumbuhan bakteria. 3 Piring Petri E menunjukkanpertumbuhan bakteria yang banyak kerana mengandungi nutrien,suhu yang sesuai (37 °C), diletakkan di tempat lembap, gelap dan dalam nilai pH yang sesuai (pH 7). Kesimpulan: Hipotesis diterima. Keadaaan yang sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma ialah dengan kehadiran nutrien, suhu optimum iaitu 37 °C, keadaan yang lembap, gelap dan pH yang neutral (pH 7). Keputusan: Piring Petri Nutrien Suhu Kelembapan Cahaya Nilai pH Pemerhatian A Hadir 37 °C Tidak Tidak Berasid Tiada tompok putih B Tidak hadir 37 °C Ya Tidak Berasid Tiada tompok putih C Hadir 0 °C Ya Tidak Berasid Tiada tompok putih D Hadir 60 °C Ya Tidak Beralkali Tiada tompok putih E Hadir 37 °C Ya Tidak 7 (Neutral) Banyak tompok putih F Hadir 37 °C Ya Ya Beralkali Sedikit tompok putih RC Sains SPM 4C 2024.indb 147 25/3/2024 �� 3:25:43


148 BAB TINGKATAN 5 1 SEMAK CEPAT 1.1 1 Mikroorganisma dikelaskan kepada lima kumpulan, iaitu 2 Bagaimanakah alga mendapatkan nutrisi? 3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma ialah Mikroorganisma Berfaedah 1.2 1 Mikroorganisma tidak hanya mendatangkan masalah kepada manusia. Sebahagian mikrooganisma juga berguna kepada manusia serta organisma lain. Mikroorganisma memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang. 2 Perubatan (a) Antibiotik seperti penisilin diekstrak daripada Penicillium notatum untuk merawat penyakit sifilis dan gonorea. (b) Vaksin yang mengandungi patogen mati atau yang dilemahkan disuntik ke dalam tubuh badan seseorang untuk merangsang penghasilan antibodi bagi melawan penyakit. (c) Alga mengandungi beta karotena yang dapat mencegah kanser dan asid lemak pula mencegah penyakit jantung. 3 Pertanian (a) Bakteria (dalam salur makanan haiwan herbivor) dan protozoa (dalam usus anai-anai) menghasilkan enzim selulase yang menukarkan selulosa kepada glukosa. (b) Bakteria pengikat nitrogen yang terdapat dalam nodul akar pokok kekacang menukarkan gas nitrogen di atmosfera kepada sebatian nitrat yang akan diserap oleh tumbuhan untuk pembentukan protein. (c) Bakteria saprofit dan kulat merembeskan enzim untuk menguraikan bahan organik mati kepada humus. (d) Mikroorganisma digunakan dalam kawalan biologi iaitu kaedah kawalan perosak dengan menggunakan musuh semula jadi perosak. Contohnya, sejenis bakteria boleh digunakan untuk membunuh kumbang dan ulat beluncas. 4 Perindustrian (a) Dalam pembuatan roti dan kek, penapaian gula oleh yis dalam doh menghasilkan karbon dioksida yang menaikkan adunan doh. (b) Dalam pembuatan minuman beralkohol seperti wain dan bir, melibatkan proses penapaian yis yang menghasilkan etanol (alkohol). (c) Penapaian susu oleh bakteria menghasilkan yogurt, keju, krim dan mentega. (d) Bakteria digunakan untuk mereputkan tisu lembut dalam batang tumbuhan dan kemudiannya menanggalkan tisu keras yang digunakan untuk membuat tali, benang atau tenunan kayu. 5 Proses pereputan (a) Bakteria saprofit dan kulat menguraikan bahan organik kompleks dalam organisma yang mati kepada bahan ringkas seperti karbon dioksida dan ammonia. (b) Bakteria fakultatif digunakan dalam sistem rawatan kumbahan bagi menguraikan pepejal dalam kumbahan kepada produk berguna seperti biogas dan baja. • Antibiotik – Antibiotics • Penisilin – Penicillin • Bakteria fakultatif – Facultative bacteria • Bakteria pengikat nitrogen – Nitrogen fixing bacteria Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 148 25/3/2024 �� 3:25:43


149 BAB TINGKATAN 5 1 Kegunaan Mikroorganisma dalam Bioteknologi dan Kelestarian Alam Sekitar 1 Mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan alga digunakan secara meluas dalam kajian bioteknologi dan kelestarian alam. 2 Di Malaysia sahaja, kira-kira 1.2 juta tan bahan buangan pertanian dihasilkan setiap tahun. Hanya 15% dijadikan sumber makanan haiwan ternakan dan selebihnya dibuang ke persekitaran yang kemudiannya menimbulkan isu pencemaran alam sekitar. 3 Terdapat mikroorganisma yang digunakan dalam penghasilan enzim daripada bahan buangan pertanian. Contohnya, aplikasi teknologi fermentasi pepejal yang menggunakan pelbagai jenis mikroorganisma bagi menukar bahan buangan sampingan pertanian ini kepada produk yang lebih bermanfaat dan bernilai tinggi. 4 Bahan buangan pertanian yang ditambah nilai ialah testa kelapa (lapisan berwarna coklat di antara bahagian tempurung dengan isi putih kelapa) yang merupakan bahan buangan daripada industri pemprosesan santan dan kelapa parut. Analisis proksimat terhadap bahan buangan ini menunjukkan ia mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk digunakan dalam bidang pembuatan produk kosmetik. 5 Ekoenzim ialah suatu cecair semula jadi yang terhasil daripada penapaian sisa pepejal pertanian seperti kulit buah-buahan dan sayuran bersama gula dan air. Cecair ekoenzim ini mempunyai banyak kelebihan seperti yang disenaraikan dalam Rajah 1.3. Menjimatkan wang – menukarkan sisa dapur kepada bahan pencuci serba guna Antibakteria, antivirus dan antifungal - antiseptik semula jadi untuk kegunaan di rumah Mengelakkan longkang tersumbat – menanggalkan sisa kotoran yang melekat pada saluran paip singki atau mangkuk tandas Membersihkan udara – menghilangkan bau busuk, membersihkan udara bertoksik daripada ekzos kereta, asap rokok dan lain-lain Mengurangkan pencemaran – selamat kepada alam sekitar, mengurangkan pembuangan sisa pertanian Membersihkan air bawah tanah – sisa ekoenzim yang meresap ke dalam air bawah tanah akan membersihkan air sungai dan laut Pelbagai guna – untuk mencuci kereta, pelembut pakaian, bahan pencuci lantai, baja organik, pembersih udara Kelebihan ekoenzim Rajah 1.3 Kelebihan ekoenzim Peta Buih i THINK RC Sains SPM 4C 2024.indb 149 25/3/2024 �� 3:25:43


150 BAB TINGKATAN 5 1 6 Mikroorganisma turut berperanan dalam merawat sisa kumbahan. Rawatan kumbahan ialah proses membuang bahan buangan daripada air sisa, terutamanya daripada kumbahan di rumah. Proses-proses ini termasuk kaedah fizikal, kimia dan biologi untuk mengasing bahan pencemar dan menghasilkan air sisa yang tidak mengancam alam sekitar. 7 Rawatan sisa kumbahan umumnya melibatkan tiga peringkat iaitu rawatan primer (rawatan fizikal), sekunder dan tertier. 8 Mikroorganisma seperti bakteria dan protozoa digunakan dalam peringkat sekunder untuk menguraikan kandungan biologi kumbahan yang berasal daripada sisa manusia, makanan, sabun dan detergen. 9 Bakteria dan protozoa memakan bahan-bahan pencemar organik seperti gula, lemak dan molekul rantai pendek karbon organik serta mengikat sisa-sisa yang tidak larut menjadi flok. 10 Salah satu sektor dalam Teknologi Hijau (TH) ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Dalam sektor ini, bahan sisa dapur seperti buahbuahan dan sayur-sayuran boleh diolah menggunakan proses biologi menjadi agen pencuci seperti Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif. Bebola lumpur yang terbiodegradasi ini boleh digunakan untuk merawat sumber air yang tercemar. 11 Penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif mampu mengurangkan masalah pembuangan sisa makanan domestik yang m e n i n g k a t s et i a p h a r i . Mikroorganisma Efektif (EM) m e r u p a k a n c a m p u r a n mikroorganisma terpilih yang berupaya memberikan pelbagai faedah. 12 Semua mikroorganisma ini wujud secara semula jadi di persekitaran kita dan berkebolehan menguraikan bahan organik, seterusnya menghasilkan bahan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik. SEMAK CEPAT 1.2 1 Berikan dua faedah mikroorganisma dalam bidang pertanian. 2 Bagaimanakah yis digunakan dalam industri pembuatan roti dan kek? 3 Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif digunakan untuk . Pencegahan dan Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma 1.3 1 Sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya. Mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit dikenali sebagai patogen. 2 Patogen terdiri daripada bakteria, kulat, protozoa dan virus. 3 Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh patogen ini merebak melalui pelbagai cara jangkitan seperti udara, air, makanan, sentuhan, hubungan seks dan vektor. 4 Vektor merupakan organisma yang membawa patogen ke organisma lain. Contohnya, nyamuk ialah vektor yang membawa penyakit demam denggi. 5 Fenomena penyakit berjangkit yang disebabkan oleh mikroorganisma berbahaya sering diuar-uarkan di media massa. Namun begitu, masyarakat kurang cakna terhadap amalan gaya hidup sihat dan menyebabkan berlakunya penularan wabak penyakit berjangkit. • Patogen – Pathogen • Vektor – Vector • Ekoenzim – Eco enzyme Istilah Penting RC Sains SPM 4C 2024.indb 150 25/3/2024 �� 3:25:44


Click to View FlipBook Version