PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/1 KM1–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak. 1 jam Satu jam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 2611/1 Kertas Model SPM SULIT PENDIDIKAN SENI VISUAL Kertas 1 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 1 Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 1 12/6/2023 4:32:00 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–2 SULIT 2611/1 22611/1 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT 1 Antara yang berikut, pilih dua tokoh seni halus tanah air pada tahun 1930-an. I Abdullah Ariff II Chuah Thean Teng III Dzulkifli Buyong IV Yong Mun Sen A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2 Apakah jenis pengangkutan yang mempunyai ragam hias seperti di bawah? A Beca C Perahu B Lanca D Kereta lembu 3 Gambar 1 menunjukkan perhiasan kepala bagi wanita. Gambar 1 Kaum wanita yang manakah sering menggunakan perhiasan tersebut? A Kaum Cina B Kaum India C Kaum Melayu D Etnik Kadazan 4 Antara yang berikut, pilih maklumat yang betul tentang alat kebesaran Diraja di bawah. I Pada bahagian hulunya berbentuk kubah II Pada hulu terdapat ukiran anak bulan pecah lima III Hulu keris berbentuk tapak kuda dengan motif buah jering IV Pada sampir diukir dengan lambang Kerajaan Persekutuan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5 Gambar 2 menunjukkan reka bentuk Rumah Kutai. A B C D Gambar 2 Pada rumah tersebut, bahagian yang manakah mengandungi motif lebah bergantung? 6 Apakah kesan yang terhasil daripada garisan yang ditunjukkan di bawah? I Ton II Jalinan III Ruang IV Bentuk A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Antara yang berikut, bidang grafik yang manakah banyak menggunakan unsur rupa? I Simbol II Poster III Risalah IV Papan Tanda A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8 Bagaimanakah cara untuk mewujudkan kesan kontra pada motif di bawah? A Mewarnakan salah satu ulangan motif rupa B Menebalkan garisan pada motif rupa C Besarkan semua saiz motif rupa D Membuang satu motif rupa Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 2 12/6/2023 4:32:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/1 KM1–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 9 Berdasarkan hamparan di bawah, apakah bentuk yang terhasil apabila dicantumkan? A Kon B Prisma C Kuboid D Silinder 10 Mengapakah warna merah dikategorikan sebagai warna primer? A Memberi gambaran kuasa dan meriah B Mempunyai kuasa warna paling panas C Tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain D Boleh dikembangkan kepada pelbagai campuran warna 11 Mengapakah papan tanda perniagaan di bawah dapat menarik perhatian orang ramai? I Nilai keterbacaan II Komposisi yang seimbang III Menggunakan skema warna panas IV Warna berkontra dengan persekitaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 12 Antara kumpulan warna yang berikut, pilih warna yang mempunyai nilai kontra. I Warna penggenap II Warna monokrom III Warna bertindak negatif IV Warna bertindak positif A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13 Antara logo di bawah, yang manakah diolah secara positif? I II III IV A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 14 Gambar 3 menunjukkan sebuah poster. Gambar 3 Berdasarkan poster di atas, apakah jenis ruang yang terdapat dalam poster tersebut? A Ruang rata B Ruang cetek C Ruang dalam D Ruang perspektif 15 Apakah keperluan tajuk bagi sebuah karya seni halus yang diletakkan dalam galeri seni? A Memahami proses penghasilan karya B Mengkaji media dalam sesebuah karya C Mengaitkan seniman dengan karya yang dihasilkan D Memahami mesej yang ingin disampaikan oleh seniman Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 3 12/6/2023 4:32:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–4 SULIT 2611/1 22611/1 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT 16 Dua ciri utama yang berikut diperlukan dalam menghasilkan produk designomic. I Kos minimun II Mudah dibentuk III Kebolehgunaan IV Kebolehpasaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 17 Apakah teknik yang sesuai jika kita menggunakan media di bawah dalam menghasilkan karya? A Kontur B Gosokan C Contengan D Silang pangkah 18 Antara yang berikut, pilih maklumat yang berkaitan dengan aliran Surealisme. I Lukisan aksi secara spontan II Karya terpisah dalam bentuk satah III Situasi seperti dalam mimpi IV Karya kesan aneh luar pemikiran manusia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19 Pilih ciri yang tepat bagi media catan cat minyak. A Warna cepat kering B Sapuan sukar dikawal C Lut sinar dan mudah dikawal D Bersifat legap dan lambat kering 20 Apakah aliran catan yang terhasil daripada aktiviti di bawah? A Fauvisme B Surealisme C Ekspresionisme D Ekspresionisme Abstrak 21 Gambar 4 menunjukkan alat yang digunakan dalam proses menghasilkan cetakan. Gambar 4 Apakah fungsi alat di atas? A Menggaul dakwat B Meratakan dakwat C Mematikan pewarna D Memisahkan dakwat 22 Antara seni arca yang berikut, pilih arca yang boleh menghasilkan pergerakan. I Mobail II Stabail III Binaan IV Luakan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23 Gambar 5 menunjukkan sebuah arca hasil karya Claes Oldenburg. Gambar 5 Apakah aliran bagi arca tersebut? A Seni Pop B Kubisme C Dadaisme D Futurisme 24 Apakah peranan Jabatan Landskap Negara? A Institusi yang melahirkan pereka bentuk landskap B Menyediakan tenaga mahir dalam bidang landskap C Menyediakan panduan pembangunan landskap negara D Menyediakan insfrastruktur dan kemudahan bahan landskap Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 4 12/6/2023 4:32:02 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/1 KM1–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 25 Gambar 6 menunjukkan contoh binaan yang terdapat di sebuah taman. Gambar 6 Apakah konsep reka bentuk landskap yang menggunakan binaan tersebut? A Landskap Bali B Landskap Islam C Landskap Jepun D Landskap Taman Melayu 26 Maklumat di bawah adalah tentang konsep dalam reka bentuk hiasan dalaman. • Warna terang dan bercorak geometri • Perabot yang terhad dan lebih santai Apakah konsep tersebut? A Klasik B Moden C Tradisional D Kontemporari 27 Ilustrasi 1 menunjukkan satu simbol pada pelan reka bentuk dalaman. Ilustrasi 1 Simbol tersebut merujuk simbol . A sofa B meja C pintu D tingkap 28 Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan dalam penghasilan produk di bawah? A Ekonomik B Ergonomik C Designomic D Aerodinamik 29 Ilustrasi 2 menunjukkan proses menghasilkan seni sulaman. Ilustrasi 2 Apakah jenis sulaman yang akan terhasil? A Sulaman reben B Sulaman tampal C Sulaman kerawang D Sulaman silang pangkah 30 Apakah teknik seramik yang menggunakan kaedah di bawah? Seramik dibentuk dengan menggunakan mesin atau roda pemutar. A Picit C Lingkaran B Acuan D Lempar alin 31 Antara yang berikut, alat yang manakah digunakan dalam menghasilkan seni tekat? A C B D 32 Gambar 7 menunjukkan proses penyediaan daun mengkuang bagi seni anyaman. Gambar 7 Apakah tujuan proses tersebut? A Melembutkan daun B Menjadikan daun tahan lama C Membuang kotoran pada daun D Mengeluarkan warna asal daun Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 5 12/6/2023 4:32:02 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–6 SULIT 2611/1 22611/1 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 33 Apakah tumbuhan yang boleh menggantikan kertas pasir bagi melicinkan permukaan kayu dalam proses menghasilkan produk seni ukiran? A Daun serai B Daun nangka C Daun mempelas D Daun durian belanda 34 Apakah fungsi proses di bawah dalam penghasilan seni batik lukis? A Menjadikan warna tahan lama B Mengelakkan warna bercampur C Mengelakkan kain menjadi kusam D Menaikkan sinar pada warna kain 35 Di manakah kebiasaannya simbol di bawah diletakkan? A Pejabat C Jalan raya B Makmal D Pasar raya 36 Apakah sumber semula jadi yang menjadi rujukan pada logo di bawah? A Padi C Koko B Barli D Gandum 37 Maklumat di bawah menerangkan tentang seni reka grafik. Seni memilih dan menggubah taip bagi mencapai maksud tertentu. Apakah bidang seni reka grafik tersebut? A Ilustrasi B Animasi C Tipografi D Multimedia 38 Ilustrasi 3 menunjukkan satu proses penjanaan idea ilustrasi. Ilustrasi 3 Apakah proses tersebut? A Rough B Rendering C Thumbnail D Comprehensive 39 Pilih pernyataan yang tepat tentang manipulasi imej dalam seni foto. A Proses merakam gambar dengan teknik-teknik tertentu B Menghasilkan gambar foto dengan peranti pengimejan C Kaedah memindahkan gambar foto ke dalam komputer D Proses mengubah suai foto menggunakan pelbagai teknik 40 Ilustrasi 4 menunjukkan proses mewarna kotak bagi menghasilkan kamera pinhole. Ilustrasi 4 Apakah warna yang sesuai digunakan bagi kotak tersebut? A Biru B Hitam C Merah D Kuning Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 6 12/6/2023 4:32:02 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/2 KM1–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 2 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi enam soalan. 2. Jawab satu soalan sahaja. 3. Kertas peperiksaan ini hendaklah diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Arahan kepada calon: a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari peperiksaan yang ditetapkan. Tulis dengan terang nama penuh, tingkatan, kod mata pelajaran, nombor soalan dan sediakan ruang markah mengikut susunan seperti di bawah. Sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda. b) Anda tidak dibenarkan menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja sudah siap. c) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan. d) Anda bebas menggunakan sebarang teknik kecuali semburan dan “asemblaj”. Jika menggunakan teknik kolaj, anda boleh menggunakan kertas warna atau bahan terbuang yang dibawa sendiri. e) Hasil kerja hendaklah dalam bentuk 2D sahaja. Nama penuh: Tingkatan: Kod mata pelajaran: 2611/2 No. soalan: Markah: 8cm 5cm 3 jam Tiga jam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 2611/2 Kertas Model SPM SULIT PENDIDIKAN SENI VISUAL Kertas 2 1 Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 7 12/6/2023 4:32:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–8 SULIT 2611/2 2611/2 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT Jawab satu soalan sahaja. 1 Seorang petani kelihatan sedang menuai padi huma menggunakan tangan di suatu kawasan penanaman padi huma. Kelihatan di belakang petani tersebut terdapat sebuah pondok usang dikelilingi pokok-pokok yang merimbun. Kawasan itu juga berlatarbelakangkan bukit bukau, saujana mata memandang. Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, perspektif dan bentuk. 2 Anda terlalu kagum dan terpesona melihat suatu suasana yang amat menakjubkan. Di hadapan anda kelihatan dua batang pokok besar seperti sedang menari-nari dan berinteraksi antara satu sama lain. Kelihatan juga rimbunan rumput dan lalang yang mempunyai mata yang banyak sedang meliuk-liuk ditiup angin. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan. 3 Kelihatan sepasang memerang sedang berada di sebatang sungai. Seekor daripadanya sedang mengeluarkan kepala dari sarang yang diperbuat daripada ranting-ranting kayu. Manakala seekor memerang lagi sedang menggigit ranting untuk menyiapkan sarang tersebut. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan. 4 Seorang remaja lelaki kelihatan sedang tekun membaca buku sambil bersila di suatu sudut ruang bacaan. Di belakang remaja tersebut kelihatan sebuah pasu bunga dan sebuah kotak yang terletak di atas sebuah rak kayu. Terdapat juga sebuah bingkai gambar yang tergantung pada dinding dalam ruang bacaan tersebut. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk, jalinan dan pencahayaan. 5 Sepasang remaja menyedari mereka berada di sebuah taman bunga yang amat luas. Kawasan taman bunga tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang menyejukkan mata memandang. Di hadapan taman tersebut kelihatan sebuah pintu gerbang yang tinggi dan besar hingga mencecah ke awan. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada suasana, ruang, bentuk dan pencahayaan. 6 Di atas sebuah meja yang beralaskan pelapik meja, kelihatan sebuah besin besar yang dipenuhi dengan beberapa ulas bawang, beberapa biji tomato dan beberapa ketul ubi keledek. Terdapat juga ubi keledek, tomato dan cendawan bertaburan di hadapan besen besar itu. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan jalinan. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Firasat SPM KM PSV 2023 KM1 3rd.indd 8 12/6/2023 4:32:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/1 KM2–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak. 1 jam Satu jam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 2611/1 Kertas Model SPM SULIT PENDIDIKAN SENI VISUAL Kertas 1 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 2 Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 1 12/6/2023 4:33:41 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–2 SULIT 2611/1 22611/1 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT 1 Berdasarkan gambar di bawah, apakah bidang seni yang terlibat? A Seni kraf B Seni reka C Seni rupa D Seni halus 2 Antara yang berikut, pilih bahagian yang terdapat pada sebuah perahu tradisional. I Caping II Bangau III Kisi-kisi IV Gunungan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3 Apakah nama bagi pakaian tradisional lelaki Melayu di bawah? A Baju Sikap B Busana Melayu C Baju Melayu Teluk Belanga D Baju Melayu Cekak Musang 4 Antara yang berikut, perhiasan yang manakah dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong? I Gandik Diraja II Kalung Diraja III Pending Diraja IV Keris Pendek Diraja A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Gambar 1 menunjukkan sebuah rumah tradisional Melayu. Gambar 1 Berdasarkan gambar di atas, apakah jenis rumah tradisional Melayu tersebut? A Rumah Kutai B Rumah Limas C Rumah Bujang D Rumah Berpeleh 6 Pilih pernyataan yang sesuai bagi fungsi garisan di bawah. A Menghasilkan rupa B Menghasilkan ruang C Menghasilkan jalinan D Menghasilkan bentuk 7 Ilustrasi 1 menunjukkan sebuah logo. Ilustrasi 1 Apakah olahan rupa yang diaplikasikan dalam logo tersebut? A Rupa positif B Rupa negatif C Rupa negatif organik D Rupa positif dan negatif 8 Antara teknik yang berikut, yang manakah dapat menghasilkan bentuk konkrit? I Luakan II Lukisan III Canting IV Ukiran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 2 12/6/2023 4:33:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/1 KM2–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 9 Ilustrasi 2 menunjukkan karya catan. Ilustrasi 2 Apakah jenis ruang yang terdapat pada karya catan di atas? A Ruang rata B Ruang cetek C Ruang dalam D Ruang fizikal 10 Pernyataan di bawah merujuk gubahan warna . Warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. A sewarna B harmoni C bertindak D penggenap 11 Objek-objek di bawah mempunyai kepelbagaian dari segi . A rupa B ruang C jalinan D bentuk 12 Pilih cara yang betul untuk mewujudkan suasana harmoni dalam sesuatu ruang dalaman. I Hiasan yang minima II Susun atur perabut kemas III Ulangan perabot yang sama bentuk IV Dinding dan perabot pada suhu warna yang sama A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13 Apakah prinsip rekaan yang sesuai dikaitkan dengan gambar di bawah? A Kontra B Harmoni C Imbangan D Penegasan 14 Ilustrasi 3 menunjukkan karya catan. Ilustrasi 3 Apakah prinsip rekaan yang ditekankan dalam karya catan di atas? I Harmoni II Imbangan III Pergerakan IV Kepelbagaian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15 Gambar 2 menunjukkan sebuah arca. Gambar 2 Apakah perkara utama yang perlu diambil perhatian apabila melihat arca seperti di atas? A Harga karya tersebut B Jenis bahan yang digunakan C Mesej yang hendak disampaikan D Teknik dan proses penghasilan karya Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 3 12/6/2023 4:33:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–4 SULIT 2611/1 22611/1 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT 16 Antara yang berikut, pilih ciri utama bagi produk designomic. A Ringkas dan pelbagai fungsi B Mesra alam dan mesra pengguna C Kebolehgunaan dan kebolehpasaran D Bahan murah dan boleh kitar semula 17 Apakah jenis karya yang terhasil jika kita menggunakan semua media di bawah dalam satu karya? A Teknik hibrid B Media baharu C Teknik lukisan digital D Teknik media campuran 18 Pilih aliran seni lukis yang betul berdasarkan pernyataan di bawah. Menjadikan objek konsumer sebagai hal benda dengan memindahkan imej popular pada karya. A Seni Op B Seni Pop C Kubisme D Surealisme 19 Antara yang berikut, yang manakah teknik kering atas kering bagi catan air? A Warna pekat tiub pada permukaan kertas kering B Warna pekat tiub pada permukaan kertas lembab C Bancuhan warna cair pada permukaan kertas kering D Bancuhan warna cair pada permukaan kertas lembab 20 Berdasarkan karya di bawah, apakah aliran bagi karya tersebut? A Kubisme B Seni Pop C Fauvisme D Surealisme 21 Apakah fungsi alat bertanda X dalam menghasilkan karya seni cetakan timbulan teknik kolaj? X A Meregangkan kertas B Menuang air pada kertas C Menggelek dakwat pada blok D Meratakan dakwat pada kertas 22 Gambar 3 menunjukkan sebuah arca. Gambar 3 Apakah perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan arca seperti di atas? A Bentuk arca B Kukuh dan stabil C Tempat dipamerkan D Bahan yang digunakan 23 Gambar 4 menunjukkan proses menghasilkan arca. Gambar 4 Apakah teknik penghasilan bagi arca tersebut? A Acuan B Binaan C Luakan D Manipulasi Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 4 12/6/2023 4:33:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/1 KM2–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 24 Gambar 5 menunjukkan sebuah reka bentuk landskap. Gambar 5 Berdasarkan gambar di atas, apakah konsep landskap tersebut? A Konsep landskap Bali B Konsep landskap Islam C Konsep landskap Jepun D Konsep landskap Melayu 25 Susun semula langkah-langkah mereka bentuk landskap mengikut urutan yang betul. I Menghasilkan pelan dengan skala II Mengenal pasti simbol landskap III Menentukan tema dan konsep IV Melakar gambar rajah buih A I, II, IV, III B II, I, III, IV C III, II, IV, I D IV, III, I, II 26 Ilustrasi 4 menunjukkan sebuah lukisan pelan. Ilustrasi 4 Apakah istilah bagi tulisan yang digunakan dalam lukisan pelan di atas? A Tulisan pelan B Tulisan teknikal C Tulisan berskala D Tulisan seni bina 27 Apakah aspek yang menjadi keutamaan dalam menghasilkan reka bentuk dalaman? A Keluasan ruang B Jenis dan kos bahan C Cita rasa pereka bentuk D Penataan ruang dan dekorasi 28 Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam penghasilan produk di bawah? A Ekonomik B Ergonomik C Designomic D Aerodinamik 29 Pilih jenis seni sulaman yang betul berdasarkan gambar di bawah. A Sulaman reben B Sulaman tampal C Sulaman kerawang D Sulaman silang pangkah 30 Gambar 6 menunjukkan sebuah seramik tradisional. Gambar 6 Apakah nama seramik tersebut? A Tembikar Mambong B Tembikar Terenang C Tembikar Sarawak D Labu Sayong 31 Apakah nama alatan tekat berdasarkan maklumat di bawah? Kayu bercabang untuk melilit benang emas. A Suji B Cuban C Pemidang D Mempulur Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 5 12/6/2023 4:33:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–6 SULIT 2611/1 22611/1 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 32 Dalam seni anyaman, perkataan kelarai merujuk . A motif anyaman C alatan anyaman B proses anyaman D produk anyaman 33 Gambar 7 menunjukkan satu jenis motif ukiran kayu. Gambar 7 Apakah nama motif tersebut? A Kuda laut C Ayam berlaga B Kepala cicak D Lebah bergantung 34 Susun semula proses menghasilkan batik lukis mengikut urutan yang betul. I Merendam kain dengan sodium silikat II Menyapu bahan pewarna pada reka corak III Kain dibasuh dan direbus dengan soda ash IV Mencanting pada kain fabrik yang diregang A I, II, IV, III C III, IV, I, II B II, I, III, IV D IV, II, I, III 35 Ilustrasi 5 merupakan sebuah simbol. Ilustrasi 5 Apakah maksud bagi simbol tersebut? A Jangan petik B Dilarang sentuh C Dilarang merokok D Kawasan berbahaya 36 Apakah sumber ilham yang menjadi idea utama bagi penghasilan logo di bawah? A Pokok betik C Pokok nipah B Pokok sawit D Pokok kelapa 37 Berdasarkan gambar di bawah, apakah nama aplikasi tipografi tersebut? A Grafiti C Papan tanda B Emoticons D Onomatopoeia 38 Pilih definisi ilustrasi yang betul. A Satu teks yang dihasilkan secara ringkas B Bahan simbol bergambar bagi maklumat awam C Representasi visual kepada sesuatu yang ingin digambarkan D Gambar pegun yang berturutan bagi mencipta ilusi gerakan 39 Merujuk infografik di bawah, bagaimanakah bentuk tersebut dipersembahkan? A Graf bar C Histogram B Carta pai D Piktogram 40 Ilustrasi 6 menunjukkan proses menghasilkan sebuah kamera. Ilustrasi 6 Apakah jenis kamera yang akan terhasil? A Kamera mini C Kamera pinhole B Kamera filem D Kamera kompak Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 6 12/6/2023 4:33:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 2611/2 KM2–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 2 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi enam soalan. 2. Jawab satu soalan sahaja. 3. Kertas peperiksaan ini hendaklah diberikan kepada calon seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Arahan kepada calon: a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari peperiksaan yang ditetapkan. Tulis dengan terang nama penuh, tingkatan, kod mata pelajaran, nombor soalan dan sediakan ruang markah mengikut susunan seperti di bawah. Sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda. b) Anda tidak dibenarkan menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja sudah siap. c) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan. d) Anda bebas menggunakan sebarang teknik kecuali semburan dan “asemblaj”. Jika menggunakan teknik kolaj, anda boleh menggunakan kertas warna atau bahan terbuang yang dibawa sendiri. e) Hasil kerja hendaklah dalam bentuk 2D sahaja. Nama penuh: Tingkatan: Kod mata pelajaran: 2611/2 No. soalan: Markah: 8cm 5cm 3 jam Tiga jam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 2611/2 Kertas Model SPM SULIT PENDIDIKAN SENI VISUAL Kertas 2 2 Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 7 12/6/2023 4:33:45 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–8 SULIT 2611/2 2611/2 Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual SULIT Jawab satu soalan sahaja. 1 Seorang wanita sedang menjemur pakaian pada ampaian baju di suatu kawasan lapang. Kawasan itu dikelilingi pagar kayu dan pokok-pokok yang merimbun. Terdapat juga sebuah besin plastik di hadapan wanita tersebut. Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, perspektif dan bentuk. 2 Anda sedang berjalan kaki di suatu kawasan yang terpencil. Di hadapan anda terdapat denai yang dipenuhi lalang dan semak. Terdapat pokok-pokok besar di kiri dan kanan denai tersebut. Terdapat juga ranting-ranting kayu berceracak di sekitarnya. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan jalinan. 3 Di atas sebuah meja kayu terdapat sebuah teko air antik. Di hadapan teko tersebut terdapat sebiji cawan dan beberapa biji buah epal. Kesemua objek tersebut berada di atas sehelai kain yang memenuhi ruang tersebut secara bertindan. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan. 4 Seorang kanak-kanak tiba-tiba mendapati dirinya berada di suatu kawasan yang cukup aneh. Dia sedang berhadapan dengan sejenis makhluk yang berkulit lembut dan berlendir. Makhluk tersebut sedang membuka mulut dengan luas seolah-olah ingin menelan kanak-kanak tersebut. Kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok kayu yang amat besar. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk, jalinan dan pencahayaan. 5 Seekor rama-rama sedang hinggap menghisap madu pada satu kelopak bunga. Sayap rama-rama itu sangat cantik dan berharmoni dengan bunga tersebut. Kawasan sekitarnya pula dikelilingi dengan tumbuhtumbuhan yang berwarna-warni. Gambarkan situasi tersebut dengan jarak dekat memberi penekanan kepada suasana, ruang, bentuk dan pencahayaan. 6 Dua orang pekerja kelihatan sedang tekun bekerja di sebuah tapak pembinaan. Seorang daripadanya sedang membancuh simen dan seorang lagi sedang memasukkan simen bancuhan ke dalam kereta sorong. Di sekitar mereka kelihatan tiang-tiang besi berceracak di sana sini. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Firasat SPM KM PSV 2023 KM2 5th.indd 8 12/6/2023 4:33:45 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J1• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Kertas 1 Kertas Model 1 1 B Ulasan: Tokoh seni halus yang bergerak aktif pada tahun 1930-an ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka merupakan kumpulan pelukis perintis yang bertapak di Pulau Pinang. Abdullah Ariff dan Yong Mun Seng artis mula berkarya pada tahun 1930-an, manakala Chuah Thean Teng dan Dzulkifli Buyung mula berkarya pada tahun 1960- an. 2 C Ulasan: Salah satu komponen (ragam hias) yang terdapat pada bahagian perahu tradisional dikenali sebagai bangau. Fungsi bangau adalah untuk menyangkut galah panjang dan pukat di samping menjadi hiasan. 3 B Ulasan: Perhiasan kepala tersebut dikenali sebagai tikka, iaitu sejenis perhiasan berjuntai yang dipakai pada dahi wanita kaum India. Perhiasan ini banyak dipakai semasa majlis keraian, di pesta atau adat pernikahan. 4 D Ulasan: Alat kebesaran Diraja tersebut merupakan Keris Panjang Diraja. Keris ini merupakan keris utama dalam istiadat pertabalan. Hulu keris hingga sarung keris ini disalut dengan emas serta berbentuk tapak kuda dengan motif buah jering. Pada sampir pula diukir dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 buah negeri Tanah Melayu. 5 A Ulasan: Bahagian A merupakan Rumah Kutai atau Rumah Potong Pattani. Pada bahagian ini terdapat ragam hias ukiran tebuk tembus tidak bersilat yang bermotifkan lebah bergantung dan penggunaan daun tepas sebagai kelarai pada muka tebar layarnya. 6 C Ulasan: Hasil susunan garisan menimbulkan jalinan tampak dan jarak yang wujud dari olahan garisan. Terdapat kesan ruang dan jalinan pada ilustrasi tersebut. Ruang wujud apabila ada kesan jarak (jauh dan dekat). Jalinan wujud daripada ulangan garisan. 7 B Ulasan: Simbol dan papan tanda banyak menggunakan unsur rupa. Simbol bersifat dua dimensi manakala papan tanda berunsurkan tipografi juga wujud dalam dua dimensi. 8 A Ulasan: Pada asalnya motif tersebut merupakan motif harmoni. Dengan mewarnakan salah satu ulangan motif rupa, maka akan memberi nilai kontra pada satu motif tersebut berbanding yang lain. 9 D Ulasan: Hamparan terdiri dua sfera dan satu segi empat tepat jika dicantumkan akan menghasilkan bentuk silinder. 10 C Ulasan: Selain kuning dan biru, warna merah merupakan warna primer (warna utama). Ciri-ciri warna primer adalah tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain. 11 B Ulasan: Papan tanda perniagaan berfungsi bagi menarik perhatian pelanggan. Justeru, sifat penegasan perlu bagi menimbulkan nilai fokus (menarik perhatian). Antara kaedahnya ialah nilai keterbacaan (bersaiz besar) dan warna berkontra dengan persekitaran. Jawapan 12 B Ulasan: Warna penggenap dan warna bertindak positif dapat menimbulkan kesan kontra. Hal ini demikian kerana warna penggenap terletak bertentangan dalam roda warna dan warna bertindak positif pula dua warna yang berbeza atau berlawanan antara satu sama lain. 13 C Ulasan: Logo II dan III merupakan logo berjalan kaki dan logo sukan air yang diolah secara positif. Rupa positif ialah objek yang terletak dalam sesuatu kawasan. 14 B Ulasan: Ruang pada poster merupakan ruang cetek kerana kedudukan setiap objek dalam jarak yang berdekatan. 15 D Ulasan: Sesuatu karya itu dianggap berjaya apabila mesejnya dapat difahami oleh orang ramai. Tajuk yang diletakkan pada sesebuah karya memudahkan pemahaman mesej. 16 D Ulasan: Kebolehgunaan dan kebolehpasaran merupakan dua ciri utama pada rekaan sesuatu produk atau karya designomic. 17 B Ulasan: Media tersebut merupakan media pastel (media kering). Hanya teknik gosokan paling sesuai dengan media tersebut. 18 D Ulasan: Aliran Surealisme merupakan aliran seni pada abad ke-20. Aliran seni ini menggambarkan hal benda dan situasi seperti dalam mimpi atau alam bawah sedar manusia. 19 D Ulasan: Ciri-ciri utama media cat minyak ialah legap, licin, berkilat, kasar dan berjalinan berdasarkan teknik sapuan dan lambat kering. 20 D Ulasan: Aktiviti tersebut merupakan salah satu proses menghasilkan karya aliran Ekspresionisme Abstrak yang biasanya menggunakan warna terus dari bekas cat. Titisan, percikan dan lelehan cat secara spontan ialah ciri-ciri utama aliran ini. 21 B Ulasan: Alat tersebut merupakan alat sekuji dalam cetakan saring sutera. Alat ini berfungsi untuk meratakan dakwat atau warna di atas permukaan blok saring sutera. 22 A Ulasan: Arca mobail dan stabail merupakan bentuk arca. Arca mobail kemampuannya bergerak, berputar atau berombak manakala arca stabail tidak mempunyai awangan dan pergerakannya agak terhad. Arca binaan pula dihasilkan sama ada dengan kerangka atau tidak berkerangka dan arca luakan menggunakan bahan-bahan mudah diukir atau diluakkan. Kedua-dua arca ini lazimnya bersifat konkrit atau tidak bergerak. 23 A Ulasan: Karya arca oleh Claes Oldenburg (tokoh arca Seni Pop) merupakan aliran Seni Pop. Arca Seni Pop diinspirasikan daripada objek harian, makanan dan media massa yang popular seperti iklan, buku, filem dan televisyen. 24 C Ulasan: Jabatan Landskap Negara ditubuhkan pada tahun 1996 yang bertanggungjawab menghijaukan negara dan landskap negara berada dalam keadaan terbaik. Antara fungsi utama Jabatan Landskap Negara ialah menyediakan panduan pembangunan landskap negara. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 1 12/6/2023 4:26:00 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J2• 25 C Ulasan: Antara ciri utama landskap Jepun ialah mempunyai tanglung batu yang dipadankan dengan batu pijak dan pokok bongsai. 26 D Ulasan: Idea kontemporari lebih menekankan warna terang dan bercorak geometri. Ruangnya lebih kosong dan kelihatan lebih luas dengan perabot yang terhad dan lebih santai. 27 C Ulasan: Simbol yang terdapat pada pelan tapak reka bentuk hiasan dalaman tersebut merupakan simbol bagi pintu. 28 B Ulasan: Ergonomik bertujuan memastikan sesuatu peralatan yang digunakan oleh manusia dapat berinteraksi atau sesuai dengan mereka. 29 D Ulasan: Ilustrasi tersebut menunjukkan sulaman silang pangkah kerana menggunakan kain berpetak dengan jahitan silang pangkah. 30 D Ulasan: Teknik tersebut ialah teknik lempar alin, iaitu teknik yang menggunakan mesin pemutar. Tembikar dibentuk semasa mesin melakukan putaran. 31 A Ulasan: A merupakan alat cuban yang digunakan bagi melilit benang emas dalam proses menghasilkan kraf seni tekat. 32 D Ulasan: Daun mengkuang diikat dan direndam selama tiga hari tiga malam di dalam tempayan yang berisi air. Tujuannya adalah untuk melunturkan warna hijau asli daun (penyahwarnaan). 33 C Ulasan: Daun mempelas berfungsi seperti kertas pasir yang boleh digunakan untuk melicinkan permukaan kayu ukiran jika digosok kerana daun mempelas mempunyai permukaan yang kesat. 34 B Ulasan: Alat tersebut merupakan alat canting bagi batik canting (lukis). Canting digunakan untuk melukis pola batik dengan cairan lilin ketika mencanting bagi mengelakkan warna bercampur. 35 B Ulasan: Simbol yang ditunjukkan bermaksud bahan radioaktif yang mengeluarkan sinaran radioaktif. Lazimnya, simbol ini digunakan sebagai simbol amaran di makmal. 36 A Ulasan: Logo tersebut merupakan logo BERNAS (Padiberas Nasional Berhad), iaitu sebuah badan penyelia industri padi dan beras tempatan. Sebutir padi diinspirasikan untuk logo BERNAS. 37 C Ulasan: Tipografi ialah seni memilih dan mengatur huruf atau muka taip. 38 A Ulasan: Rough merupakan salah satu proses dalam ilustrasi. Pada peringkat ini, bentuk rupa ilustrasi mempunyai lakaran yang sudah jelas. 39 D Ulasan: Manipulasi imej merupakan satu proses untuk menambah baik atau mengubah suai foto menggunakan pelbagai teknik. Pada masa kini, proses manipulasi imej menggunakan perisian dan aplikasi komputer. 40 B Ulasan: Mewarnakan kotak dengan warna hitam bagi menghasilkan kamera pinhole bertujuan untuk kedap cahaya. Kertas Model 2 1 D Ulasan: Gambar tersebut menunjukkan sebuah karya arca yang tergolong dalam bidang seni halus. Karya ini dihasilkan oleh Anthony Lau yang bertajuk ‘Ayam Jantan’ (1963). 2 A Ulasan: Caping dan bangau merupakan bahagian yang terdapat pada sebuah perahu tradisional. Terdapat bahagian lain pada perahu tradisional, iaitu terdiri daripada badan dan okok. 3 A Ulasan: Pakaian tradisional Melayu tersebut merupakan Baju Sikap. Baju ini berleher cekak musang dengan pemakaian satu butang. Anak baju pada bahagian dalam dipadankan dengan baju sikap berpotongan lurus dengan belahan di hadapan. 4 D Ulasan: Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan dengan permata delima dan di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Keris Pendek Diraja pula adalah salah satu pakaian kebesaran diraja yang hanya dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 5 A Ulasan: Rumah tradisional Melayu tersebut merupakan rumah Kutai atau rumah Potong Pattani. Rumah ini mempunyai struktur asas daripada kayu keras. Atapnya diperbuat daripada daun rumbia manakala dinding pula diperbuat daripada anyaman buluh atau rotan. 6 D Ulasan: Garisan tersebut menghasilkan bentuk kerana pergerakan garisan menimbulkan sifat bentuk (tiga dimensi), iaitu kasut. 7 B Ulasan: Olahan rupa yang mewakili logo tersebut ialah rupa negatif, iaitu terdapat ruang di sekeliling objek tersebut. 8 B Ulasan: Luakan merupakan proses menghasilkan bentuk arca manakala ukiran satu proses kerja ukiran. Keduaduanya akan menimbulkan bentuk konkrit. 9 A Ulasan: Ruang rata, iaitu karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama. 10 D Ulasan: Warna penggenap ialah kombinasi warna yang kedudukannya bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap dikenali sebagai ‘complementary colour’. Sifat kedua-dua warna ini menimbulkan kesan kontra. 11 D Ulasan: Tiga bentuk berbeza terdiri daripada piramid, silinder dan separuh sfera. Semua bentuk ini menimbulkan unsur kepelbagaian bentuk. 12 D Ulasan: Dalam istilah seni, harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang serta mewujudkan keselesaan. Ulangan perabot yang sama bentuk, dinding dan perabot pada suhu warna yang sama akan menimbulkan kesan harmoni. 13 A Ulasan: Gambar motif menimbulkan kesan kontra kerana satu rupa segi empat sama berwarna merah berkontra dengan ulangan bulatan berwarna biru. Hal ini mewujudkan kontra rupa dan warna. 14 C Ulasan: Prinsip rekaan dalam karya catan tersebut ialah imbangan dan pergerakan. Imbangan ini merujuk Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 2 12/6/2023 4:26:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J3• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan pembahagian kiri dan kanan pada karya yang mempunyai sifat yang sama manakala pergerakan ditunjukkan oleh dahan dan ranting yang menimbulkan ilusi pergerakan. 15 C Ulasan: Karya seni arca tergolong dalam bidang seni halus. Fungsi utama karya arca ialah dapat menyampaikan mesej dengan jelas yang dapat difahami melalui tajuk yang dipilih oleh pengkaryanya. 16 C Ulasan: Kebolehgunaan dan kebolehpasaran merupakan dua ciri utama pada rekaan sesuatu produk atau karya designomic. 17 D Ulasan: Teknik media campuran akan terhasil apabila menggunakan semua media tersebut, iaitu apabila dua media atau lebih digabungkan dalam menghasilkan satu karya seni. 18 B Ulasan: Pernyataan tersebut merujuk Seni Pop, iaitu salah satu aliran seni visual yang dipopularkan oleh karyawan Barat berkaitan seni yang menggambarkan imej, objek atau suasana yang berlaku dalam masyarakat seharian. 19 A Ulasan: Bagi catan air, teknik kering atas kering ialah teknik warna pekat terus diambil daripada tiub dan disapukan menggunakan berus pada permukaan kertas bagi menghasilkan karya. 20 D Ulasan: Catan karya hasil Rene` Magritte tersebut ialah karya aliran Surealisme. Aliran Surealisme ialah gerakan seni yang bermula pada awal 1920-an dan terkenal kerana karya-karya seni visual yang dihasilkan berdasarkan imejimej yang terdapat dalam mimpi dan keadaan separa sedar. 21 D Ulasan: Bagi karya seni cetakan teknik timbulan, sebagai contoh cetakan timbulan teknik kolaj, alat yang digunakan ialah sudu yang berfungsi untuk menggosok bagi meratakan dakwat cetakan supaya berpindah pada permukaan kertas. 22 B Ulasan: Bagi arca bersaiz besar yang diletakkan ditempat awam, sifat kukuh dan stabil memainkan peranan utama. Hal ini bertujuan bagi menjamin keselamatan orang awam. 23 D Ulasan: Teknik manipulasi digunakan untuk menghasilkan arca tersebut, iaitu membentuk arca dengan menggunakan kemahiran tangan seperti pembuatan model. Bahan terbuka seperti tin, dawai, doh dan tanah liat boleh digunakan untuk penghasilan arca tiga dimensi. 24 B Ulasan: Reka bentuk taman tersebut ialah reka bentuk berkonsepkan landskap Islam. Idea landskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman syurga. Lazimnya, konsep landskap Islam mempunyai elemen air, imbangan yang simetri dan menggunakan pola geometri. 25 C Ulasan: Mereka bentuk landskap oleh seorang pereka landskap memerlukan proses yang tertentu. Pada mulanya pereka perlu menentukan tema dan konsep. Kemudian, mengenal pasti simbol landskap. Seterusnya, proses melakar gambar rajah buih dilakukan dan akhir sekali menghasilkan pelan bersama skalanya. 26 D Ulasan: Tulisan seni bina digunakan dalam pelan tapak hiasan dalaman. Tulisan tangan dengan ukuran dan panduan tertentu digunakan supaya kemas dan mudah difahami. 27 D Ulasan: Aspek yang menjadi keutamaan berkait dengan definisi hiasan dalaman itu sendiri, iaitu satu perancangan dan penyusunan untuk menghias ruang dalaman dengan mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan tabiat pengguna. 28 B Ulasan: Sifat ergonomik terdapat pada handycam. Ergonomik bertujuan memastikan sesuatu peralatan yang digunakan oleh manusia dapat berinteraksi atau sesuai dengan mereka dan memberi keselesaan. 29 D Ulasan: Jenis sulaman tersebut ialah sulaman silang pangkah yang menggunakan kain berpetak dan corak pada kain dijahit dengan jahitan silang pangkah. 30 A Ulasan: Tembikar Mambong mendapat nama berdasarkan tempat dihasilkan, iaitu Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan. Tembikar ini terdiri daripada belanga, periuk, kukusan dan perasapan. 31 B Ulasan: Alatan dalam proses menghasilkan seni tekat terdiri daripada cuban kayu atau cuban buluh yang bercabang tiga bagi melilit benang emas. 32 A Ulasan: Kelarai merupakan motif anyaman, iaitu anyaman yang mempunyai corak atau motif yang berbentuk dam dan terhasil daripada proses menganyam. Anyaman yang menghasilkan satu gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama. 33 D Ulasan: Gambar tersebut menunjukkan motif ukiran lebah bergantung dengan teknik ukiran tebuk tembus tidak bersilat. Ukiran ini biasanya terdapat pada rumah tradisional Melayu pada bahagian muka tebar layar dan papan cucur atap. 34 D Ulasan: Bagi menghasilkan batik lukis atau batik canting, proses yang pertama ialah mencanting pada kain fabrik yang diregang. Kemudian, menyapu bahan pewarna pada reka corak. Seterusnya, merendam kain tersebut dengan sodium silikat. Akhir sekali, kain akan dibasuh dan direbus dengan soda ash. 35 B Ulasan: Simbol tersebut terdapat di tempat awam yang membawa maksud dilarang menyentuh sesuatu objek. 36 B Ulasan: Logo tersebut ialah logo bagi The Malaysian Palm Oil Board atau lebih dikenali sebagai Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Pokok kelapa sawit merupakan sumber idea untuk menghasilkan logo ini dalam bentuk ringkas. Kelapa sawit digunakan bertepatan dengan fungsi badan ini yang mengelola minyak sawit Malaysia. 37 B Ulasan: Emoticons merupakan merupakan visual yang menggambarkan perasaan atau emosi melalui representasi ekspresi muka yang menggunakan jenis taip misalnya huruf, tanda baca dan simbol. 38 C Ulasan: Ilustrasi merupakan penghasilan imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks, proses idea ataupun konsep. 39 C Ulasan: Histogram merupakan pembentangan grafik bagi suatu taburan kekerapan. Graf dan carta digunakan untuk menunjukkan hubungan pola atau corak data yang sukar diterangkan melalui teks dan nombor sahaja. 40 C Ulasan: Kamera pinhole merupakan kamera yang paling ringkas. Kamera ini terdiri daripada kotak kedap cahaya dengan satu lubang jarum dan kertas foto atau filem pada arah yang bertentangan. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 3 12/6/2023 4:26:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J4• Kertas Model 3 1 A Ulasan: Institusi tersebut ialah bangunan Balai Seni Negara (BSN). Objektif BSN adalah untuk mengadakan pameran dari dalam dan luar negara, mengadakan seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni yang lain serta berusaha untuk memperkembang koleksi tetapnya. 2 C Ulasan: Bangau, okok dan caping atau dikenali juga sebagai koyan merupakan komponen yang terdapat pada perahu tradisional. Selain tiga komponen ini, terdapat satu bahagian utama lain bagi perahu tradisional, iaitu badan perahu. 3 C Ulasan: Dokoh merupakan perhiasan wanita Melayu yang dipakai pada leher seperti rantai. Dokoh yang mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. 4 B Ulasan: Mess Kit merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong semasa majlis santapan malam beristiadat. Reka bentuk dan corak pakaian ini diolah berdasarkan Muskat Yang di-Pertuan Agong. Pada bahagian kolar dan lengan, terdapat motif ragam hias awan larat yang mencerminkan identiti kebangsaan. 5 A Ulasan: Bentuk payung merupakan salah satu bentuk kubah atau bumbung masjid selain potongan bawang dan atap tumpang. Bagi Masjid Negara, bentuk menaranya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Konsep ini juga dipadankan dengan rupa payung Diraja. 6 C Ulasan: Soalan ini berkait dengan jenis-jenis garisan. Sarang labah-labah bersifat garisan berpancar. Garisan berpancar mempunyai satu paksi di tengah-tengah kesemua garisan yang ada. 7 B Ulasan: Rupa organik merujuk rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Rupa organik dihasilkan secara spontan. 8 D Ulasan: Logo D mempunyai nilai bentuk. Bentuk mempunyai luas, tinggi, isi padu dan jisim. Bentuk terdiri daripada bentuk konkrit dan bentuk ilusi. 9 B Ulasan: Ilustrasi tersebut menggunakan warna monokrom atau sewarna, iaitu menggunakan keluarga yang sama. Susunan warna monokrom menghasilkan nilai ruang, iaitu ruang hadapan, tengah dan belakang. 10 D Ulasan: Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Dalam ilustrasi tersebut, terdapat kepelbagaian garisan dan jalinan. 11 C Ulasan: Ilustrasi yang diberi menunjukkan ulangan garisan berwarna jingga menegak yang menimbulkan kesan harmoni. Apabila salah satu garisan diwarnakan hitam, maka nilai penegasan wujud kerana warna hitam menimbulkan kelainan dan kesan kontra padanya. 12 B Ulasan: Bentuk arca mempunyai imbangan asimetri (tidak simetri). Imbangan asimetri di mana kedua-dua bahagian tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. 13 A Ulasan: Reka bentuk landskap tersebut mempunyai prinsip harmoni dan imbangan. Terdapat unsur harmoni kerana ada ulangan pada binaan dan tanaman, sementara unsur imbangan dapat dilihat pada pembahagian taman yang seimbang antara kiri dan kanan. 14 D Ulasan: Gasing dan wau memerlukan prinsip imbangan dalam memainkannya. Gasing perlu seimbang supaya boleh berpusing dengan stabil dan wau perlu seimbang bagi memastikan boleh terbang dengan sempurna. 15 C Ulasan: Keunikan yang terdapat pada lampu tidur ialah reka bentuk seperti sebuah arca. Selain boleh berfungsi, lampu ini juga mempunyai nilai estetik. 16 C Ulasan: Karya lukisan tersebut menggunakan teknik contengan, iaitu kesan garisan yang tidak tentu arah dan bebas. 17 A Ulasan: Media pastel dan arang amat sesuai menggunakan teknik gosokan dalam menggunakannya. Gosokan akan membantu menghasilkan kesan ton dan melembutkan permukaan warna. 18 B Ulasan: Karya lukisan tersebut ialah aliran Kubisme. Aliran ini menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus, sfera dan lain-lain lagi. Prinsip-prinsip umum pada kubisme, iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, melalui serpihan dan sebagainya. 19 B Ulasan: Teknik kering atas basah melibatkan sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap. Teknik ini sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering. 20 D Ulasan: Karya catan Mona Lisa merupakan sebuah karya agung Leonardo da Vinci pada abad ke-15 (1503), iaitu pada zaman Renaissance. Potret tersebut kini disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. 21 D Ulasan: Cetakan intaglio merupakan cetakan benaman, iaitu dakwat terletak di dalam alur plat cetakan. Jenis blok yang digunakan ialah plat yang keras seperti tembaga dan zink. 22 B Ulasan: Karya dari bahan kayu sesuai menggunakan kaedah luakan. Alatan yang digunakan seperti pahat dan tukul kayu. Kemudian, hasil kerja dilicinkan menggunakan kertas pasir. 23 B Ulasan: Pernyataan ‘menampakkan arca yang berserpihan dengan sudut yang meruncing’ adalah antara ciri bagi aliran Kubisme. 24 C Ulasan: Bagi menghasilkan reka bentuk landskap, langkah pertama yang perlu dilakukan, iaitu menentukan tema dan fungsi landskap. Tema dan fungsi diperoleh hasil maklumat yang diminta daripada pelanggan. Langkah ini bagi membantu pereka merancang reka bentuk, kos dan fungsi dikehendaki pelangan. 25 B Ulasan: Pelan tersebut merupakan pelan tapak reka bentuk landskap. Pelan tersebut menunjukkan kedudukan pandangan dari atas dengan menggunakan simbol landskap dan skala tertentu. 26 C Ulasan: Reka bentuk hiasan dalaman tersebut menampakkan unsur pergerakan. Susunan kepingan kayu yang melengkung dan berurutan menimbulkan kesan pergerakan. 27 D Ulasan: Keunikan reka bentuk perabot tersebut disebabkan kepelbagaian fungsinya. Selain untuk berehat atau tempat Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 4 12/6/2023 4:26:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J5• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan makan, ruang di bawah kerusi boleh digunakan untuk meletakkan barangan. 28 B Ulasan: Penghasilan produk bertujuan untuk menyokong anggota badan merupakan definisi bagi perabot. 29 C Ulasan: Bagi seni sulaman teknik sulaman kerawang, mesin khas digunakan untuk memudahkan membentuk motifmotif halus yang sukar dihasilkan menggunakan tangan. 30 A Ulasan: Reka bentuk seramik kaum India tertumpu pada penghasilan bentuk bagi tujuan untuk memasak. 31 A Ulasan: Dalam kraf sulaman seni tekat, hanya benang emas dan perak digunakan. Benang emas atau perak ini haruslah disusun rapat-rapat supaya mempulur sebagai acuan motif tidak kelihatan semasa membentuk bunga tekat. 32 D Ulasan: D ialah motif bagi seni tekat, iaitu motif bunga kekwa. Motif ini biasanya digunakan pada seni tekat contohnya pada kipas tekat. 33 B Ulasan: Alat tersebut bernama cetar atau getar. Cetar sama seperti sebuah kapak kecil yang berfungsi membentuk kayu pada permulaan ukiran secara kasar. 34 C Ulasan: Dalam proses menghasilkan batik blok, selepas kain diwarnakan, kain tersebut perlu direndam dalam cecair sodium silikat bagi mematikan warna supaya warna tidak luntur. 35 A Ulasan: Reka bentuk luar logo yang berbentuk bulat mewakili bentuk bumi. Bentuk tangan dan tumbuhan dalam bulatan tersebut melambangkan perasaan sayang dan motif yang ingin disampaikan adalah untuk menyelamatkan bumi. 36 B Ulasan: Ciri-ciri logo yang mudah dan ringkas memudahkan pemahaman dan rupa ringkas bercirikan identiti tertentu memudahkan komunikasi. 37 A Ulasan: Pen yang digunakan ialah sebuah pen kaligrafi yang berfungsi menghasilkan tulisan skrip (tulisan tangan). 38 C Ulasan: Ilustrasi tersebut merupakan ilustrasi industri dan teknikal. Satu reka bentuk teknikal dihasilkan dengan menggunakan alatan teknikal yang memerlukan lukisan berskala dan terperinci. 39 A Ulasan: Simbol merupakan satu komponen yang terdapat pada infografik. Simbol yang mudah dan ringkas memudahkan pemahaman dan senang untuk diingati. 40 B Ulasan: Peranti pengimejan bermaksud alatan selain kamera yang boleh berfungsi untuk merakam gambar foto. Kertas Model 4 1 D Ulasan: Mohamed Hoessein Enas merupakan salah seorang pelukis figura yang realisme terawal di negara kita. Beliau digelar ‘Bapa Lukisan Potret Malaysia’. Beliau juga mendapat gelaran Pelukis Potret Diraja oleh Sultan Selangor pada tahun 1990. 2 D Ulasan: Alat domestik tersebut ialah jebak puyuh. Kerangka luar jebak puyuh ini dianyam menggunakan bilah buluh atau rotan. Bahagian sulur bayung di atas gunungan dan lingkaran menggunakan kraf ukiran kayu teknik tebuk tembus bersilat. 3 B Ulasan: Semutar berfungsi sebagai ikat kepala bagi lelaki Melayu khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Semutar lazimnya diperbuat daripada kain kasa berbunga atau kain polos motif batik. 4 D Ulasan: Keris Panjang Diraja merupakan keris utama dalam istiadat pertabalan. Bahagian hulu hingga sarung keris ini disalut dengan emas. Di atas sampirnya diukir lambang kerajaan Persekutuan dan lambang 11 buah negeri di Tanah Melayu. 5 B Ulasan: Tebar layar bahagian rumah berbentuk segi tiga yang menutupi ruang di antara dua kasau jantan yang bersilang. 6 D Ulasan: Garisan yang wujud dalam ilustrasi tersebut menghasilkan gambaran tiga dimensi yang merupakan sifat bagi bentuk. 7 C Ulasan: Bentuk ilusi ialah bentuk yang dinikmati melalui deria penglihatan atau permukaan rata. Teknik kolaj dan teknik lorekan antara cara yang digunakan untuk menghasilkan bentuk ilusi. 8 D Ulasan: Aktiviti yang ditunjukkan ialah aktiviti mencanting batik pada sebidang kain. Motif yang terhasil menimbulkan kesan jalinan tampak. 9 A Ulasan: Karya catan berada pada kedudukan ruang rata kerana memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama. 10 D Ulasan: Ulangan perabot yang sama bentuk serta dinding dan perabot berada pada suhu yang sama menimbulkan keselesaan, keseragaman, dan ketenangan. Ciri-ciri ini merupakan ciri-ciri yang terdapat pada unsur harmoni. 11 C Ulasan: Susunan empat bentuk sfera bewarna hijau dan satu bentuk kiub bewarna merah akan menimbulkan kontra bentuk dan warna. 12 D Ulasan: Kewujudan sebiji durian dalam longgokan buah rambutan menimbulkan kesan menonjol, kontra atau ganjil dalam gubahan. Hal ini bertepatan dengan prinsip penegasan. 13 B Ulasan: Kulit tembikai hanya boleh dikesan secara penglihatan (jalinan tampak). 14 C Ulasan: Produk tersebut merupakan bekas alat tulis daripada kraf anyaman yang merupakan produk dimensi baharu kerana teknik penghasilan tradisional dengan produk masa kini. 15 B Ulasan: Karya seni tampak tidak lagi terhad kepada penggunaan media, alatan dan teknik konvensional. Karya ini mula mengaplikasi teknologi juga aplikasi media digital yang dikenali sebagai lukisan kontemporari. Sebagai contoh, melalui media campuran, media baharu, teknik hibrid dan teknik lukisan digital. 16 C Ulasan: Media soft pastel merupakan media kering bagi karya lukisan. Soft pastel seperti kapur tulis tetapi sifatnya yang lembut, warnanya lebih pekat dan bervariasi sangat sesuai digunakan dengan teknik gosokan. 17 D Ulasan: Catan ialah proses menggambar menggunakan media basah yang disapu pada permukaan dua dimensi. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 5 12/6/2023 4:26:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J6• 18 C Ulasan: Teknik Hard-Edge melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus serta catan yang dihasilkan seperti dipotong-potong. Teknik ini mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat. 19 A Ulasan: Seni Op ialah singkatan daripada perkataan Seni Optikal yang berkait dengan ilusi optikal. Ilusi optikal akan memberikan rasa pergerakan, getaran atau corak tertentu. 20 A Ulasan: Dakwat digelekkan ke atas permukaan tapak cetak (permukaan) dan bukan ke dalam alur turisan. Kaedah ini merupakan kaedah tertua dalam seni cetakan. 21 B Ulasan: Seni cetakan barat pada peringkat awal ialah cetakan mono blok kayu buatan tangan. Cetakan ini dihasilkan dalam bentuk hitam putih. 22 D Ulasan: Arca berfungsi bukan sahaja mempunyai nilai estetik tetapi digunakan juga untuk tujuan atau kepentingan seperti sebuah kerusi untuk tempat duduk. 23 C Ulasan: Prinsip rekaan paling ketara pada arca dinding tersebut ialah imbangan, iaitu corak berselirat kelihatan seimbang dari semua arah serta menampakkan juga sifat pergerakan. 24 B Ulasan: Konsep landskap Melayu banyak menitikberatkan hubungan antara manusia dengan persekitarannya seperti tanaman herba dan mempunyai elemen binaan seperti pagar, gazebo atau wakaf. 25 C Ulasan: Pokok renek ialah tumbuhan berkayu yang banyak mengeluarkan batang, dahan serta ranting dari bahagian pangkal. Dari segi ketinggiannya pula, kurang daripada 5 – 6 meter yang biasanya dijadikan sebagai pokok pagaran. 26 B Ulasan: Lukisan perspektif tersebut mempunyai dua titik di sebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan. 27 C Ulasan: Konsep ini merujuk gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya. Reka bentuknya agak ringkas dan menggunakan warna yang gelap sebagai identiti. Konsep ini dipengaruhi oleh gaya negara penghasilan perabot tersebut. 28 D Ulasan: Penghasilan produk reka bentuk industri bermula dengan penerangan tentang tema dan fungsi projek, diikuti menghasilkan lukisan reka bentuk, menghasilkan model dan akhirnya menghasilkan prototaip bagi tujuan uji kaji produk. 29 B Ulasan: Seni sulaman tampal menggunakan perca kain dengan jahitan insang pari. 30 C Ulasan: Tanah liat diuli menjadi kepingan. Kepingan tanah liat ini kemudian dicantumkan menggunakan slip tanah/ tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk. 31 B Ulasan: Seni tekat, seni sulam atau bersuji merupakan kerja mengait benang emas ke atas kain dasar yang lazimnya menggunakan kain jenis baldu. Dalam proses penghasilan seni tekat, kain putih perlu diregangkan atas pemidang, kemudian letakkan kain baldu di atas kain putih dan mempulur diletakkan di atasnya. Seterusnya, proses menyulam benang emas ke atas kain dasar bermula. 32 C Ulasan: Anyaman yang tidak mempunyai kelarai (corak) dikenali sebagai anyaman gadas. Anyaman ini menggunakan hanya satu warna, iaitu warna asal daun mengkuang yang siap diproses. 33 D Ulasan: Fungsi pahat kayu adalah untuk menebuk atau mengukir kayu. Gandin kayu digunakan untuk mengetuk pahat semasa mengukir. Tukul ini dibuat daripada kayu yang keras, kuat dan mempunyai daya pantulan. 34 B Ulasan: Batik canting atau batik lukis mempunyai nilai komersial yang tinggi juga sangat eksklusif. Batik lukis ini diminati oleh pengguna dan penggemar fesyen kerana pemilihan dan penggunaan warna, jenis kain serta motifnya yang kreatif dan tersendiri. 35 B Ulasan: Dua ciri utama dalam penghasilan logo ialah sesebuah logo itu perlu mudah dan ringkas serta mempunyai identiti yang tepat untuk sesebuah organisasi. 36 C Ulasan: Ilustrasi tersebut merupakan figura taip, iaitu salah satu tipografi ekspresi. Tipografi ekspresi memberi penekanan secara visual (tersurat) terhadap maksud (tersirat) daripada sesuatu perkataan yang ingin disampaikan. 37 C Ulasan: Onomatopoeia merupakan pembentukan atau penggunaan kata-kata yang meniru bunyi semula jadi bersama aksi yang dikaitkan. Contohnya, “bang”, “boom”, “snap” dan lain-lain. Onomatopoeia sering digunakan dalam seni komik. 38 B Ulasan: Thumbnail merupakan eksplorasi awal penjanaan idea bergambar dalam saiz yang kecil dan banyak. Proses ini menekankan penggunaan teknik lakaran pensel atau pen secara ringkas dan pantas. 39 D Ulasan: Simbol merupakan prinsip rekaan yang terdapat dalam info grafik tersebut. Himpunan simbol mempunyai nilai kepelbagaian dan setiap simbol tersebut memberi infomasi yang tepat dan ringkas. 40 B Ulasan: Adobe Photoshop atau biasa disebut Photoshop ialah perisian penyuntingan grafik yang dikhaskan untuk menyunting foto atau gambar dan pembuatan kesan pada sesuatu gambar. Kertas Model 5 1 D Ulasan: Hassan Abdul Muthalib merupakan seorang animator yang mendapat gelaran “Bapa Animasi Malaysia”. Beliau dianugerahkan ‘Anugerah Sri Angkasa’ bagi kategori ‘Idea Terbaik’ dan ‘Treler Terbaik’ untuk animasi pendek, iaitu ‘Sang Kancil dan Buaya’ dan ‘Sang Kancil dan Monyet’. 2 D Ulasan: Rehal tersebut mempunyai ukiran kayu berdasarkan motif kaligrafi Jawi (Arab). Maksud kaligrafi ialah tulisan indah. Penulis kaligrafi dikenali sebagai calligrapher atau dalam bahasa Arab disebut al-khatat. 3 D Ulasan: Pending ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Pending lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga). 4 B Ulasan: Cogan Alam dan Keris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran Diraja manakala Gandik Diraja dan Pending Diraja merupakan Perhiasan Diraja. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 6 12/6/2023 4:26:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J7• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan 5 A Ulasan: Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain atau jeriji. Kekisi juga dibuat daripada ukiran tebuk tembus tidak bersilat. 6 C Ulasan: Karya seni tersebut menunjukkan lukisan landskap dengan perspektif satu titik lenyap dengan menonjolkan ruang dalam. 7 D Ulasan: Rupa tidak mempunyai jisim serta rata dan bersifat dua dimensi (2D). Rupa dapat dicipta menggunakan garisan, jalinan dan warna. Rupa juga boleh wujud secara ilusi atau dapat dilihat secara positif dan negatif. 8 C Ulasan: Gambaran daripada mata cacing apabila melihat dari bawah ke atas, akan menghasilkan perspektif tiga titik lenyap. Objek akan menampakkan sisi kiri, sisi kanan dan atas objek. 9 C Ulasan: Warna neutral merupakan warna yang tiada dalam roda warna yang terdiri daripada hitam, putih dan kelabu (gabungan hitam dan putih). 10 A Ulasan: Aktiviti tersebut merupakan proses menghasilkan kraf anyaman mengkuang. Kesan jalinan yang terhasil merupakan jalinan sentuh. 11 C Ulasan: Jalinan ialah sifat atau kesan yang terdapat atas sesuatu permukaan. Gambar tersebut menunjukkan pengulangan jalinan tampak yang mewujudkan kesan harmoni. 12 B Ulasan: Papan tanda tersebut mempunyai muka taip bersaiz besar dan warna berlawanan dengan persekitaran telah mewujudkan nilai keterbacaan dan berkontra dengan persekitaran. 13 C Ulasan: Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Memberi penumpuan dan penegasan pada warna dapat menimbulkan unsur kontra. 14 D Ulasan: Mesej ialah makna atau maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam sesebuah karya seni. Pemahaman terhadap tajuk dan mesej dapat meningkatkan penghayatan kita terhadap sesebuah karya seni. 15 A Ulasan: Designomic sesuatu rekaan memperlihatkan daya tarikan yang tinggi melalui ciri-ciri keunikan dan kelainan pada rekaan yang dihasilkan bagi tujuan keusahawanan. Kerusi tersebut mempunyai keunikan tersebut, malah terdapat daya tarikan dan fungsinya yang tersendiri. 16 A Ulasan: Teknik perlukisan garisan selari yang halus dan teknik titik dapat dihasilkan dengan menggunakan media pen terutamanya pen grafik. 17 D Ulasan: Kubisme menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus sfera dan lain-lain lagi. Prinsip-prinsip umum pada kubisme, iaitu menggambarkan bentuk objek dengan rupa satah dan karya geometri dalam bentuk abstrak. 18 D Ulasan: Salah satu daripada teknik catan ialah teknik titik atau lebih dikenali sebagai ‘pointillism’. Bagi menghasilkan catan teknik titik ini, satu kaedah digunakan, iaitu menggunakan hujung berus secara menegak semasa mewarna. 19 B Ulasan: Teknik Hard-Edge melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus serta menghasilkan catan seperti dipotong-potong. 20 B Ulasan: Penggunaan ubi kentang dengan mengikis bahagian tertentu dan meletakkan warna pada bahagian permukaan merupakan persamaan dengan cetakan kaedah timbulan. 21 C Ulasan: Perbezaan arca dengan karya seni halus lain ialah hasil seni arca berbentuk tiga dimensi (3D). Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang daripada pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. 22 A Ulasan: Arca ditunjukkan merupakan arca aliran Kubisme kerana menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus, sfera dan lain-lain lagi. 23 C Ulasan: Pelan reka bentuk landskap ini ialah pelan tapak. Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina. Selain itu, pelan ini juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut. Kedudukannya pula dari sudut pandangan atas. 24 B Ulasan: Usahawan landskap mempunyai nurseri, iaitu tempat anak benih pokok disemai sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan. Nurseri runcit dan borong ialah tempat menghasil, menyemai dan memasarkan bahan tanaman hiasan. 25 B Ulasan: Simbol ini rupakan rupa yang diringkaskan dengan mengekalkan identiti objek. Rupa simbol singki ini adalah dalam pelan lantai hiasan dalaman. 26 D Ulasan: Pembukaan tingkap saiz lebar jelas menunjukkan fungsi reka bentuk dalaman bagi mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi. 27 D Ulasan: Reka bentuk industri proses mencipta produk untuk tujuan memudahkan kehidupan manusia. Reka bentuk industri berteraskan penghasilan produk baharu dan mengubah suai produk sedia ada supaya lebih praktikal dan efisien. 28 B Ulasan: Reka bentuk kerusi ergonomik direka bertujuan menghasilkan produk yang selesa, sesuai dan selamat. Reka bentuk ini dihasilkan tanpa memberi beban kepada badan dan tidak memberi risiko kesihatan dalam jangka masa panjang. 29 D Ulasan: Sulaman benang ialah jenis seni menghias kain dengan menggunakan bahan utama, iaitu benang. Proses ini dimulakan dengan meregangkan kain pada ram, kemudian melukis corak pada kain tersebut. Seterusnya, memasukkan benang pada jarum perlu dan sulaman dimulakan pada bahagian tengah dahulu. 30 B Ulasan: Teknik kepingan yang digunakan dalam menghasilkan produk ceramik. Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah (tanah liat cair) bagi mencantumkan kepingan menjadi bentuk. 31 D Ulasan: Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu ketika proses menekat. 32 D Ulasan: Anyaman bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 7 12/6/2023 4:26:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J8• untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan (produk). 33 A Ulasan: Pisau kecil yang digunakan dalam kraf ukiran kayu ialah pisau wali yang berfungsi untuk mengukir bahagian pola pada ukiran kayu agar terlihat lebih rapi (menghasilkan silat). 34 B Ulasan: Kain batik yang telah siap dijemur setelah disapu dengan sodium silikat akan dibasuh dan direbus dalam air yang dicampur sedikit soda ash bagi membuang lilin batik pada kain. 35 C Ulasan: Pilihan jawapan II merupakan logo Bank Negara dan logo III ialah Syarikat Perumahan Negara Berhad. Pilihan jawapan I ialah simbol jalan raya dan pilihan jawapan IV ialah simbol telefon awam. 36 A Ulasan: Ciri-ciri simbol, iaitu menyampaikan mesej dengan jelas melalui gambar. Simbol menggunakan rupa grafik mudah sesuatu objek untuk mewakili maklumat atau arahan yang berkaitan (tanpa penerangan). Simbol-simbol ini digunakan di tempat yang strategik untuk menyampaikan mesej secara cepat dan mudah difahami. 37 C Ulasan: Emoticons merupakan visual yang menggambarkan perasaan atau emosi melalui representasi ekspresi muka yang menggunakan jenis taip misalnya huruf, tanda baca dan simbol. 38 D Ulasan: Ilustrasi dan animasi komik dikaitkan dengan penceritaan berbentuk ilustrasi. Ilustrasi ini juga menggunakan satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan (sequential art). 39 D Ulasan: Piktogram ialah simbol grafik yang menyampaikan maksudnya melalui persamaan bergambar dengan objek fizikal. Piktogram sering digunakan dalam info grafik, iaitu watak-wataknya agak bergambar dalam rupa. Piktogram juga boleh digunakan dalam mata pelajaran tertentu seperti Geografi dan Matematik. 40 B Ulasan: Genre fotografi seni halus ini lebih bertumpu pada nilai estetik karya foto tersebut. Karya-karya foto genre ini mengandungi makna yang tersirat serta memerlukan penelitian yang mendalam. Panduan Jawapan bagi Kertas 2 Kertas Model 1 Soalan 1 1 3 2 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 8 12/6/2023 4:26:03 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J9• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Panduan: 1 Lakarkan suasana yang diberi dengan menjadikan figura sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan warna pertama yang nipis. 3 Warnakan padi huma, figura dan latar belakang dengan lapisan kedua. 4 Tambahkan lapisan warna ketiga pada padi huma dan figura. 5 Masukkan lapisan warna yang lebih tebal pada figura dan padi huma yang terletak pada bahagian hadapan. 5 Soalan 2 1 3 2 4 Panduan: 1 Lakarkan gambaran yang diberikan dengan menjadikan salah satu pokok sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan lapisan pertama pada latar belakang, pokok, lalang dan permukaan tanah. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada pokok, lalang dan permukaan tanah. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada pokok yang berada di hadapan serta lalang. 5 Masukkan lapisan warna keempat pada lalang dan kesan bayang pada permukaan tanah. 5 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 9 12/6/2023 4:26:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J10• Soalan 3 1 3 2 4 5 Soalan 4 1 2 Panduan: 1 Lakarkan sepasang memerang berada di sebatang sungai bersama sarangnya. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada pokok-pokok, air sungai, ranting kayu dan sepasang memerang. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada timbunan sarang, sepasang memerang dan air sungai. 5 Masukkan warna yang boleh menampakkan aliran air sungai, bayangan ranting dan memerang. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 10 12/6/2023 4:26:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J11• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan 3 4 Panduan: 1 Lakarkan figura di suatu sudut dalam ruang bacaan bersama objek yang dinyatakan. 2 Warnakan dinding, lantai dan figura dengan lapisan pertama. 3 Warnakan dinding, lantai dan figura dengan lapisan kedua. 4 Warnakan dinding, lantai dan figura dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan bayang pada figura dan segala objek yang berada dalam ruang tersebut. 5 Soalan 5 1 3 2 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 11 12/6/2023 4:26:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J12• 5 Soalan 6 1 3 2 4 Panduan: 1 Lakarkan suasana yang diberi dengan meletakkan figura pada ruang hadapan. 2 Warnakan lapisan pertama pada semua ruang dan objek yang ada. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada objek yang terletak pada bahagian hadapan dan tengah. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada objek yang terletak pada ruang hadapan. 5 Masukkan kesan ton yang lebih pada figura dan tumbuhtumbuhan yang berada pada bahagian hadapan. Panduan: 1 Lakarkan semua komposisi objek pada jarak dekat. 2 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan pertama. 3 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan kedua. 4 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan nilai ton dan bayang pada bahagian tertentu bagi menjelaskan lagi bentuk. 5 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 12 12/6/2023 4:26:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J13• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Panduan: 1 Lakarkan situasi yang diberikan dengan menjadikan figura wanita sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama yang nipis. 3 Warnakan keseluruhan gambar dengan lapisan kedua. 4 Tambahkan lapisan warna ketiga pada figura dan kain di ampaian. 5 Masukkan lapisan warna lebih tebal pada figura dan kesan bayang pada ruang tertentu. Kertas Model 2 Soalan 1 1 3 2 4 5 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 13 12/6/2023 4:26:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J14• 3 4 5 Panduan: 1 Lakarkan gambaran yang diberi dengan menjadikan salah satu pokok besar sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan lapisan pertama pada latar belakang, pokok, lalang dan permukaan tanah. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada bahagian hadapan dan tengah. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada pokok bahagian hadapan dan ranting-ranting kayu. 5 Masukkan kesan bayang pada permukaan tanah tersebut. Soalan 3 1 2 Soalan 2 1 2 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 14 12/6/2023 4:27:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J15• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan 3 4 Panduan: 1 Lakarkan suasana objek di atas meja seperti yang diberi. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada semua objek yang ada. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada semua objek dengan warna yang lebih pekat. 5 Masukkan kesan bayang bagi menjelaskan bentuk objek. 5 Soalan 4 1 3 2 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 15 12/6/2023 4:27:15 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J16• Panduan: 1 Lakarkan suasana fantasi yang diberi dari jarak dekat. 2 Warnakan semua objek yang ada dengan lapisan pertama. 3 Tambah lapisan warna kedua pada keseluruhan rupa objek. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada objek tengah dan hadapan. 5 Masukkan warna yang lebih pekat pada mahkluk dan figura serta tambah kesan bayang pada ruang tanah. 5 Soalan 5 1 3 2 4 5 Panduan: 1 Lakarkan suasana yang diberi dengan meletakkan ramarama sebagai nisbah keemasan. 2 Masukkan lapisan warna pertama pada rama-rama dan pokok bunga. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada rama-rama dan pokok bunga bahagian hadapan. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada rama-rama dan pokok bunga bahagian hadapan. 5 Tambahkan warna lebih gelap pada rama-rama dan pokok bunga tersebut dan warnakan latar keseluruhan dengan warna yang sesuai. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 16 12/6/2023 4:27:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J17• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Soalan 6 1 2 3 4 5 Panduan: 1 Lakarkan semua komposisi objek dan figura yang diberi. 2 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan pertama. 3 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan kedua. 4 Warnakan bahagian dan tengah dan hadapan dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan nilai ton dan bayang pada bahagian tertentu bagi menjelaskan lagi bentuk. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 17 12/6/2023 4:27:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J18• Kertas Model 3 Soalan 1 1 3 2 4 5 Panduan: 1 Lakarkan suasana yang diberi dengan menjadikan salah satu figura sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama. 3 Warnakan semua ruang dengan warna kedua. 4 Warnakan figura dan tambah lapisan warna ketiga pada ruang hadapan. 5 Masukkan lapisan warna yang lebih tebal pada figura dan kesan bayang pada beberapa ruang yang terlindung. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 18 12/6/2023 4:27:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J19• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Soalan 2 1 3 2 4 5 Panduan: 1 Lakarkan gambaran yang diberi dari jarak dekat. 2 Warnakan lapisan pertama pada keseluruhan catan yang dilakarkan. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada dinding, sofa dan objek yang terletak di atas sofa tersebut. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada sofa, semua objek dan pada permukaan lantai. 5 Masukkan lapisan warna keempat pada pada sofa dan semua objek serta masukkan kesan bayang dengan teliti pada permukaan lantai tersebut. Soalan 3 1 2 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 19 12/6/2023 4:27:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J20• 3 4 5 Panduan: 1 Lakarkan gambaran landskap dari jarak dekat. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama. 3 Masukkan warna gelap pada latar belakang dan warna cerah pada pokok-pokok tersebut. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada semua objek yang berada pada bahagian tengah dan hadapan. 5 Masukkan warna yang dapat menimbulkan kesan cahaya dan bayang. Soalan 4 1 2 3 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 20 12/6/2023 4:28:02 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J21• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan 5 Soalan 5 1 3 2 4 Panduan: 1 Lakarkan landskap yang dapat menunjukkan nilai perspektif. 2 Warnakan kesemua ruang dengan lapisan warna pertama. 3 Warnakan bahagian tengah dan hadapan dengan lapisan kedua. 4 Warnakan bahagian tengah dan hadapan dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan kesan bayang pada permukaan tanah. 5 Panduan: 1 Lakarkan suasana yang diberi dengan meletakkan figura sebagai nisbah keemasan. 2 Masukkan lapisan warna pertama pada semua ruang dan objek yang ada. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada objek yang terletak pada bahagian hadapan dan tengah. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada objek yang terletak pada ruang hadapan dan tengah. 5 Masukkan kesan ton dan bayang yang lebih pada figura dan pada ruang hadapan. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 21 12/6/2023 4:28:15 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J22• Panduan: 1 Lakarkan landskap dengan menekankan nilai perspektif. 2 Warnakan keseluruhan ruang dan objek dengan lapisan pertama. 3 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan kedua. 4 Warnakan ruang tengah dan hadapan dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan nilai ton dan bayang pada bahagian tertentu bagi menjelaskan lagi bentuk. Soalan 6 1 3 2 4 5 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 22 12/6/2023 4:28:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J23• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Kertas Model 4 Soalan 1 1 3 2 4 5 Panduan: 1 Lakarkan dengan menjadikan figura sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan warna pertama. 3 Warnakan dinding, lantai dan figura dengan lapisan warna kedua. 4 Warnakan figura dengan lapisan warna ketiga. 5 Masukkan lapisan lebih tebal pada figura dan kesan bayang pada permukaan lantai. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 23 12/6/2023 4:28:41 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J24• Panduan: 1 Lakarkan suasana landskap yang diberi dengan menekankan nilai perspektif. 2 Warnakan lapisan pertama pada semua ruang dan objek yang ada. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada bahagian tengah dan hadapan landskap. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada bahagian hadapan landskap. 5 Masukkan kesan bayang dan jelaskan kesan ombak yang menghampiri pantai. 3 4 5 Soalan 3 1 2 Soalan 2 1 2 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 24 12/6/2023 4:28:46 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J25• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Panduan: 1 Lakarkan figura pelukis sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruangan dengan lapisan pertama. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada figura dan semua objek yang ada. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada figura dan semua objek dengan warna yang lebih pekat. 5 Masukkan kesan rumput, bayang dan lapisan pada objek hadapan. 5 Soalan 4 1 3 3 2 4 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 25 12/6/2023 4:28:54 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J26• Panduan: 1 Lakarkan suasana cemas tersebut pada jarak dekat. 2 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan pertama. 3 Tambah lapisan warna kedua pada keseluruhan ruang dan objek. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada ruang tengah dan hadapan. 5 Masukkan kesan cahaya dan bayang bagi menjelaskan suasana panas dan dapat menimbulkan bentuk objek. Panduan: 1 Lakarkan gambaran suasana figura dan warung dari jarak dekat. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama. 3 Masukkan warna pada semua ruang dan figura dengan lapisan kedua. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada objek bahagian tengah dan hadapan. 5 Masukkan kesan bayang pada bahagian-bahagian yang perlu. 5 5 Soalan 5 1 3 2 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 26 12/6/2023 4:29:01 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J27• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Panduan: 1 Lakarkan suasana yang diberi dengan salah satu objek menjadi nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan pertama. 3 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan kedua. 4 Warnakan dua figura dan bahagian hadapan dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan warna yang menimbulkan kesan cahaya dan kemasan pada bahagian badan figura. Soalan 6 1 3 2 4 5 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 27 12/6/2023 4:29:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J28• Kertas Model 5 Soalan 1 1 3 2 4 5 Panduan: 1 Lakarkan suasana tersebut dengan menjadikan salah satu figura sebagai nisbah keemasan. 2 Warnakan semua ruang dengan lapisan pertama. 3 Warnakan latar belakang dan figura dengan warna kedua. 4 Tambahkan lapisan warna ketiga pada figura dan ruang hadapan. 5 Masukkan lapisan warna lebih tebal pada figura, kesan bayang pada beberapa ruang yang terlindung. Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 28 12/6/2023 4:29:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J29• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Panduan: 1 Lakarkan gambaran semua objek dari jarak dekat. 2 Warnakan lapisan warna pertama pada keseluruhan catan tersebut. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada dinding, lantai dan semua objek yang ada. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada objek dan lantai. 5 Masukkan lapisan warna keempat pada objek bahagian hadapan dan kesan bayang. 3 4 5 Soalan 3 1 2 Soalan 2 1 2 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 29 12/6/2023 4:29:28 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J30• Panduan: 1 Lakarkan suasana figura dan landskap dengan menekankan nilai perspektif. 2 Masukkan lapisan pertama pada semua ruang dan objek yang ada. 3 Masukkan lapisan kedua pada ruang tengah dan hadapan. 4 Masukkan lapisan ketiga pada bahagian hadapan. 5 Tambah warna bagi menimbulkan kesan bayang dan kocakan air sungai. 5 Soalan 4 1 3 3 2 4 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 30 12/6/2023 4:29:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
•J31• Firasat SPM 2023: Pendidikan Seni Visual – Jawapan Panduan: 1 Lakarkan suasana landskap alam fantasi dengan menekankan aspek perspektif. 2 Warnakan kesemua ruang dengan lapisan warna pertama. 3 Warnakan bahagian tengah dan hadapan dengan lapisan kedua. 4 Warnakan bahagian tengah dan hadapan dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan kesan ton dan bayang bagi menjelaskan bentuk. Panduan: 1 Lakarkan suasana alam benda dari jarak dekat. 2 Masukkan lapisan warna pertama pada semua ruang dan objek yang ada. 3 Masukkan lapisan warna kedua pada semua ruang dan objek yang ada. 4 Masukkan lapisan warna ketiga pada objek yang terletak pada ruang hadapan dan tengah. 5 Masukkan kesan ton dan bayang bagi menjelaskan bentuk. 5 5 Soalan 5 1 3 2 4 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 31 12/6/2023 4:29:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J32• Panduan: 1 Lakarkan landskap dengan menekankan nilai perspektif. 2 Warnakan keseluruhan ruang dan objek dengan lapisan pertama. 3 Warnakan semua ruang dan objek dengan lapisan kedua. 4 Warnakan ruang tengah dan hadapan dengan lapisan ketiga. 5 Masukkan nilai ton dan bayang pada bahagian tertentu bagi menjelaskan lagi bentuk. Soalan 6 1 3 2 4 5 Firasat SPM KM PSV 2023 Jwp 4th.indd 32 12/6/2023 4:29:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.