Unit 1: Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 1 – 6 Unit 2: Peribadi Mulia Hiasan Diri 7 – 11 Unit 3: Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan 12 – 17 Unit 4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 18 – 23 Unit 5: Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 24 – 28 Unit 6: Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani 29 – 33 Unit 7: Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera 34 – 39 Unit 8: Hak dan Tanggungjawab Warganegara 40 – 45 Unit 9: Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara 46 – 50 Unit 10: Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 51 – 56 Unit 11: Keunikan Rakyat Malaysia 57 – 62 Unit 12: Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama 63 – 68 Peperiksaan Akhir Tahun 69 – 74 Jawapan J1 – J20 Kandungan PT SPM Pendidikan Moral Tg4 Kand.indd 1 11/01/2024 2:12 PM
1 1 Dialog yang berikut menunjukkan perbualan antara adik-beradik tentang ibu mereka. James : Abang cadangkan kita hantar sahaja mama ke rumah orang tua. John : Saya setuju dengan cadangan abang. Lagipun, kita sibuk dengan urusan dan keluarga masingmasing. James : Betul. Di sana nanti, mama akan mendapat penjagaan yang lebih rapi dan mama tidak akan berasa bosan atau sunyi lagi. John : Kalau begitu, elok kita maklumkan kepada mama tentang keputusan ini. James : Baiklah. (a) Wajarkah tindakan James dan John terhadap ibu mereka? Kemukakan hujah anda. TP [2 markah] (b) Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh adik-beradik tersebut. TP [4 markah] (c) Terangkan dua cara kita menunjukkan penghargaan terhadap kedua-dua ibu bapa. TP [4 markah] Jawab semua soalan. Unit 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan Bidang 5: Insan Bermoral Bahagian A PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 1 08/02/2024 9:28 AM
2 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan norma masyarakat Malaysia. • Menghormati orang yang lebih tua • Duduk ketika makan • Mengetuk pintu sebelum masuk • Beratur ketika menggunakan pengangkutan awam (a) Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan maksud norma masyarakat. BT ms.4 TP [2 markah] (b) Huraikan dua kepentingan norma masyarakat dalam membentuk sebuah negara yang sejahtera. BT ms.6 KBAT Menilai TP [4 markah] (c) Pengabaian norma masyarakat bakal mengundang implikasi buruk terhadap kehidupan bermasyarakat. Berikan justifikasi anda terhadap pernyataan di atas. BT ms.7 TP [4 markah] 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengamalan adat resam di Malaysia. Alice mengadakan majlis perkahwinannya mengikut tradisi masyarakat Cina demi menghormati pendirian kedua-dua ibu bapanya. Beliau berbuat demikian setelah berbincang dengan mereka secara terbuka. (a) Pada pendapat anda, adakah tindakan tersebut wajar dilaksanakan? TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 2 08/02/2024 9:28 AM
3 (b) Jelaskan dua nilai universal yang diamalkan oleh Alice dan keluarganya. TP [4 markah] (c) Huraikan kesan pengabaian norma masyarakat dalam kehidupan seharian kita. TP [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan suasana makan besar semasa sambutan Tahun Baharu Cina. (a) Nyatakan dua nilai universal yang diamalkan oleh keluarga di atas. TP [2 markah] (b) Huraikan kepentingan mengekalkan amalan makan bersama ahli keluarga semasa sambutan hari perayaan. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 3 08/02/2024 9:28 AM
4 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan permainan tradisional rakyat Malaysia. (a) Namakan dua jenis permainan tradisional di Malaysia. TP [2 markah] (b) Permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda pada hari ini. Berikan langkah-langkah untuk menarik minat generasi muda terhadap permainan tersebut. TP [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan konsep perpaduan. Perpaduan antara kaum merupakan tonggak kekuatan negara. (a) Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas? Justifikasikan jawapan anda. TP [4 markah] (b) Terangkan langkah-langkah yang sewajarnya dilakukan bagi menjamin hubungan yang baik antara kaum di negara kita. TP [8 markah] (c) Bincangkan kesan pengabaian norma masyarakat pada hari ini. BT ms.7 TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 4 08/02/2024 9:28 AM
5 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan norma masyarakat. Penularan budaya dari luar mula menjejaskan norma masyarakat setempat. Norma masyarakat dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam membentuk peribadi insan yang bermoral. Lantaran itu, ia seharusnya dipertahankan dengan sebaik yang mungkin. (a) Jelaskan norma masyarakat. BT ms.4 – 5 TP [4 markah] (b) Huraikan kepentingan amalan norma masyarakat dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. BT ms.6 TP [8 markah] (c) Semangat kejiranan merupakan salah satu norma masyarakat yang perlu dipertahankan. Terangkan cara-cara untuk mengukuhkan semangat kejiranan yang semakin luntur pada hari ini. TP [8 markah] Rally Robin Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid supaya membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Setiap kumpulan akan diberikan sekeping sampul surat yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan norma masyarakat. 3 Setiap murid dalam satu kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan secara bergilir-gilir dalam bentuk lisan. 4 Guru akan mendengar jawapan yang diberikan oleh setiap murid. 5 Kemudian, guru akan membuat penilaian terhadap jawapan tersebut. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Contoh norma masyarakat 2 Kepentingan amalan norma masyarakat 3 Kesan pengabaian norma masyarakat 4 Cara mengamalkan norma masyarakat 5 Perubahan norma masyarakat dahulu dan kini Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 5 08/02/2024 9:28 AM
6 Praktis Pengukuhan (a) (c) (b) (d) Norma Masyarakat yang Positif 1 Senaraikan norma masyarakat yang positif. BT ms.5 TP i-THINK Peta Buih 2 Lengkapkan peta pelbagai alir di bawah dengan kepentingan amalan norma masyarakat dan kesan pengabaian norma tersebut. BT ms.6 – 7 TP (a) (a) (b) (b) (c) (c) (d) (d) Kepentingan Kesan Pengabaian Amalan Norma Masyarakat i-THINK Peta Pelbagai Alir PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 6 08/02/2024 9:28 AM
7 1 Ilustrasi di bawah menunjukkan perbuatan vandalisme yang melibatkan murid sekolah. (a) Huraikan satu nilai yang sepatutnya diamalkan oleh murid-murid yang terbabit. TP [2 markah] (b) Sekiranya rakan anda terlibat dalam gejala di atas, bagaimanakah cara anda menghalangnya? TP [4 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah gejala vandalisme dalam kalangan murid sekolah semakin berleluasa? TP [4 markah] Jawab semua soalan. Bahagian A Unit 2 Peribadi Mulia Hiasan Diri Bidang 5: Insan Bermoral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 7 08/02/2024 9:28 AM
8 2 Keratan berita yang berikut menunjukkan sikap jujur seorang pemandu bas. Kluang: “Sudah jadi tanggungjawab diri ini untuk pulangkan semula kepada pemiliknya kerana itu bukan hak saya,” kata pemandu bas, Noor Aznan Md Tanizi. Noor Aznan, 34, memberi reaksi itu susulan kisahnya yang tular di laman sosial kerana mengembalikan semula beg tangan mengandungi barangan berharga milik penumpang bas. Kejujuran bapa seorang anak yang menetap di Taman Pelangi telah mendapat pujian warga siber malah ada dalam kalangannya turut berkongsi pengalaman menerima layanan baik ketika menaiki bas yang dipandu oleh Noor Aznan. Berkongsi kisah sebenar, Noor Aznan berkata, beg tangan yang ditemukan itu ialah milik seorang penumpang wanita yang menaiki bas dipandunya dari sini ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. (Sumber dipetik dan diolah daripada: www.hmetro.com.my, 11 Oktober 2022) (a) Pada pendapat anda, adakah tindakan pemandu bas tersebut wajar? Berikan justifikasi jawapan anda. TP [2 markah] (b) Huraikan dua ciri individu berkeperibadian mulia yang terdapat pada pemandu bas tersebut. BT ms.18 TP [4 markah] (c) Jelaskan dua kesan sekiranya pemandu bas tersebut tidak memulangkan beg tangan yang dijumpainya. KBAT Menganalisis - TP [4 markah] 3 Ilustrasi di bawah menunjukkan sikap berkeperibadian mulia. PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 8 08/02/2024 9:28 AM
9 (a) Senaraikan sikap berkeperibadian mulia dalam gambar tersebut. TP [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan sikap berkeperibadian mulia sesama manusia. BT ms.20 TP [4 markah] (c) Huraikan cara-cara mempraktikkan sikap berkeperibadian mulia dalam kehidupan bermasyarakat. BT ms.19 KBAT Menganalisis - TP [4 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Ilustrasi yang berikut menunjukkan suasana di sebuah konsert yang dihadiri oleh golongan remaja. (a) Nyatakan nilai-nilai universal yang perlu diamalkan oleh remaja hari ini bagi menjaga keperibadian mereka. [2 markah] (b) Huraikan ciri-ciri individu yang berkeperibadian mulia yang perlu diamalkan oleh golongan remaja yang menghadiri konsert tersebut. BT ms.18 TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 9 08/02/2024 9:28 AM
10 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan dilema yang dihadapi oleh Joseph. Joseph bangun lewat dan tergesa-gesa ke sekolah kerana dia akan menduduki ujian pada hari ini. Dalam perjalanan ke sekolah, dia ternampak satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal. Penunggang motosikal tersebut cedera parah dan terlantar di tepi jalan. Pada ketika itu, tiada sesiapa pun yang berada di tempat kejadian kecuali Joseph. (a) Nyatakan ciri-ciri individu berkeperibadian mulia yang wajar diamalkan oleh Joseph. [2 markah] (b) Berdasarkan norma masyarakat global, huraikan tindakan yang wajar dilakukan oleh Joseph. KB KBAT Menganalisis - TP [8 markah] Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat berikut berkaitan dengan gejala lumba haram. GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyita 50 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan kerap mat rempit berlumba haram di sekitar negeri itu, semalam. Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang itu dijalankan di beberapa lokasi 'hotspot' di daerah Timur Laut dan Barat Daya di bahagian pulau serta Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah(SPT) di tanah besar. (Sumber: Bernama, 20 Ogos 2023) (a) Nyatakan etika memandu di jalan raya. TP [4 markah] (b) Bincangkan kepentingan mengamalkan keperibadian mulia semasa berada di jalan raya. TP [8 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah bagi membendung gejala lumba haram.Jawapan anda hendaklah disokong dengan nilai-nilai universal yang dipelajari. TP [8 markah] 2 Ilustrasi di bawah menunjukkan vandalisme yang dilakukan oleh sekumpulan murid. (a) Huraikan justifikasi anda berdasarkan nilai universal. TP [4 markah] (b) Jelaskan punca dan kesan tindakan di atas terhadap diri dan sekolah. TP [8 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung penularan gejala vandalisme dalam kalangan murid. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 10 08/02/2024 9:28 AM
11 1 Senaraikan kepentingan berkeperibadian mulia bagi setiap individu. BT ms.20 TP 2 Bandingkan keperibadian mulia dengan keperibadian negatif. BT ms.21 TP (a) (e) (g) (c) (f) (h) (d) (b) Kepentingan Berkeperibadian Mulia Perbezaan Keperibadian Mulia dengan Keperibadian Negatif Keperibadian Mulia Keperibadian Negatif (a) (b) (c) (d) (a) (b) (c) (d) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Buih i-THINK Peta Pokok PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 11 08/02/2024 9:28 AM
12 Jawab semua soalan. 1 Keratan berita yang berikut berkaitan dengan langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori. KuAlA luMPuR: Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah. Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin. Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan juga secara prinsipnya menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu. "Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah. (Sumber: Berita Harian, 10 Jun 2022) (a) Berdasarkan keratan berita di atas, wajarkah tindakan tersebut dilaksanakan oleh kerajaan? Justifi kasikan jawapan anda berdasarkan prinsip keadilan atau keprihatinan. TP [2 markah] (b) Huraikan dua kesan sekiranya kerajaan mengabaikan prinsip keprihatinan dalam melaksanakan undang-undang. TP [4 markah] (c) Senaraikan contoh strategi penyelesaian konfl ik yang perlu dilakukan semasa menyelesaikan dilema moral. BT ms.34 TP [4 markah] Unit 3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan Bidang 5: Insan Bermoral Bahagian A PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 12 08/02/2024 9:28 AM
13 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan uji kaji yang dilakukan di sebuah makmal sains. (a) Huraikan nilai universal yang patut dipraktikkan untuk menjaga kebajikan haiwan. TP [2 markah] (b) Wajarkah tindakan individu yang membunuh haiwan untuk tujuan uji kaji? Berikan alasan anda. TP [3 markah] (c) Berdasarkan prinsip keprihatinan, terangkan dua cara yang boleh anda lakukan untuk menghalang penggunaan haiwan sebagai bahan uji kaji. TP [4 markah] (d) Nyatakan akta yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan haiwan. TP [1 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 13 08/02/2024 9:28 AM
14 3 Keratan akhbar yang berikut berkaitan dengan golongan wanita yang diperdaya untuk menjadi keldai dadah. (Sumber: Berita Harian online, 20 Julai 2018) (a) Jelaskan dua punca yang menyebabkan golongan wanita mudah terperdaya dalam kegiatan keldai dadah. TP [4 markah] (b) Nyatakan dua usaha yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani masalah keldai dadah di Malaysia. TP [2 markah] (c) Bagaimanakah prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dapat digunakan untuk mengadili keldai dadah? BT ms.34 TP (i) Prinsip keadilan [2 markah] (ii) Prinsip keprihatinan [2 markah] 4 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kes mahkamah. Rajuman telah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan lima kali sebatan setelah disabitkan dengan kesalahan merogol buat kali kedua. Hakim menjatuhkan hukuman berat terhadapnya kerana memandang serius kes tersebut. PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 14 08/02/2024 9:28 AM
15 (a) Sejauh manakah prinsip keadilan dapat mengadili kes Rajuman? BT ms.32 TP [4 markah] (b) Jelaskan kewajaran Rajuman dijatuhi hukuman yang berat. TP [4 markah] (c) Nyatakan dua cara bagi membendung jenayah rogol dalam masyarakat. TP [2 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Dialog di bawah berkaitan dengan perbualan ibu bapa mengenai prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam keluarga mereka. Puan Rita : Mengapakah kamu lebih mementingkan anak lelaki kita daripada anak perempuan? Walaupun keputusan peperiksaan mereka adalah sama cemerlang, kamu hanya membenarkan anak lelaki kita sahaja yang belajar di institusi pengajian tinggi. Sebaliknya, kamu meminta anak perempuan kita supaya berhenti belajar dan menyuruhnya bekerja. Encik Muthu : Saya memang lebih menyayangi anak lelaki daripada anak perempuan. Lagipun, saya sudah membuat keputusan untuk menyerahkan semua harta kepada anak lelaki kita. (a) Berdasarkan maklumat di atas, senaraikan dua nilai universal yang patut diamalkan oleh Encik Muthu. TP [2 markah] (b) Pada pendapat anda, adakah tindakan Encik Muthu wajar? Justifikasikan jawapan anda. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pembahagian rumah kos rendah oleh kerajaan. Pembahagian rumah kos rendah perlu menitikberatkan beberapa faktor bagi mencerminkan nilai keadilan yang diamalkan. Bincangkan kriteria yang mungkin dititikberatkan oleh agensi perumahan dalam mengagihkan rumah tersebut kepada pembeli. (a) Berdasarkan prinsip keprihatinan, nyatakan kewajaran kerajaan menyediakan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah. BT ms.40 TP [2 markah] (b) Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil dalam proses pengagihan rumah kos rendah kepada pembeli yang layak. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 15 08/02/2024 9:28 AM
16 Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pelaksanaan hukuman mati. Hukuman mati merupakan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada penjenayah sebagai balasan setelah melakukan sesuatu jenayah. Walaupun banyak negara yang mengenakan hukuman mati bagi jenayah berat, namun masih terdapat beberapa buah negara yang tidak mengenakan hukuman ini sepertinegara-negara dalamKesatuanEropah.Merekamenganggapbahawa hukumaninimelanggarhak kemanusiaan. Di Malaysia, kaedah hukuman mati dilaksanakan adalah melalui hukuman gantung. Kes jenayah seperti membunuh dengan niat, mengedar dadah dan memiliki senjata api boleh menyebabkan penjenayah dihukum gantung sampai mati. (a) Jelaskan asas pertimbangan yang wajar dilakukan sebelum membuat sesuatu keputusan. TP [4 markah] (b) Pada pendapat anda, adakah hukuman mati wajar dilaksanakan? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari. TP [8 markah] (c) Berdasarkan prinsip keprihatinan dan keadilan, kenal pasti kewajaran hukuman mati dilaksanakan. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan nasib seorang suri rumah. KUALA LUMPUR: Polis Daerah Petaling Jaya tampil membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya, semalam. Barang-barang yang ditemui bersama wanita terbabit ialah penampal penyejuk suhu badan untuk anaknya yang sedang demam, kek pandan serta sosej. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, atas dasar kemanusiaan pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil membantu ibu berusia 30- an itu. (Sumber: Berita Harian Online, 21 Januari 2021) (a) Berdasarkan prinsip keprihatinan, nyatakan kewajaran tindakan IPD Petaling Jaya dalam membantu suri rumah tersebut. TP [4 markah] (b) Terangkan peranan masyarakat dalam menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan. TP [8 markah] (c) Ramalkan kesan terhadap suri rumah tersebut dan keluarganya sekiranya prinsip keperihatinan diabaikan oleh masyarakat. TP [8 markah] Round Table Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Murid perlu mencari idea secara bergiliran. 3 Idea yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk peta pokok. 4 Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas dan pen marker. 5 Murid akan diberikan masa untuk menyiapkan peta pokok tersebut. 6 Hasil dapatan akan dibentangkan di hadapan kelas melalui pilihan guru secara rawak. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Contoh prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam proses membuat keputusan 2 Perbezaan antara prinsip keadilan dengan prinsip keprihatinan dalam proses membuat keputusan 3 Kepentingan membuat keputusan melalui prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan 4 Kesan tidak mengamalkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam membuat keputusan 5 Cara mengamalkan prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dalam membuat keputusan Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 16 08/02/2024 9:28 AM
17 1 Nyatakan contoh bagi prinsip keadilan. BT ms.32 TP Perbezaan Prinsip Keadilan dengan Prinsip Keprihatinan Prinsip Keadilan Prinsip Keprihatinan (a) (b) (c) (a) (b) (c) Contoh Prinsip Keadilan Buku teks Guru Majalah Rakan-rakan (a) (b) (f) (c) (e) (d) 2 Jelaskan perbezaan antara prinsip keadilan dengan prinsip keprihatinan. BT ms.32 – 33 TP Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Bulatan i-THINK Peta Pokok PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 17 08/02/2024 9:28 AM
18 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan penyebaran berita fi tnah di media sosial. (a) Nyatakan dua etika penggunaan teknologi maklumat. BT ms.46 TP [2 markah] (b) Huraikan dua kesan penyebaran fi tnah di media sosial. BT ms.49 TP [4 markah] (c) Sebagai seorang pengguna media sosial yang beretika, nyatakan tindakan anda untuk menghalang penyebaran fi tnah di media sosial. TP [4 markah] Unit 4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Bidang 5: Insan Bermoral Bahagian A Jawab semua soalan. PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 18 08/02/2024 9:28 AM
19 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenayah siber yang berlaku di negara kita. (Sumber: https://www.cybersecurity.my/cybernews/2015/Q2/malay/media.html) (a) Berikan dua contoh jenayah siber. TP [2 markah] (b) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah siber. TP [2 markah] (c) Senaraikan dua kesan jenayah siber. TP [2 markah] (d) Nyatakan empat cara yang boleh dilakukan oleh setiap pengguna komputer untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. TP (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 19 08/02/2024 9:28 AM
20 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan karya yang diwartakan di bawah perlindungan hak cipta. i-THINK Peta Buih Karya muzik Karya sastera Karya terbitan Filem Karya yang Dilindungi oleh Hak Cipta (a) Nyatakan maksud hak cipta. BT ms.55 TP [2 markah] (b) Selain daripada karya yang ditunjukkan dalam rajah di atas, berikan dua contoh karya lain yang dilindungi oleh hak cipta. BT ms.55 TP [2 markah] (c) Jelaskan dua hak moral bagi pencipta karya di bawah perlindungan hak cipta. TP [4 markah] (d) Mengapakah hak cipta perlu dihormati dalam dunia digital? TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 20 08/02/2024 9:28 AM
21 Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenayah siber yang sering kali melibatkan pengguna media sosial. Jenayah atas talian atau scam semakin membimbangkan. Mangsa akan diperdaya dengan mesej yang menawarkan hadiah yang menarik dan akhirnya menjadi mangsa penipuan. (a) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan peningkatan jenayah siber. TP [2 markah] (b) Jelaskan kesan peningkatan kes jenayah siber dalam talian. Berikan hujah anda berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan e-mel spam. (a) Sekiranya anda menerima e-mel seperti di atas, apakah tindakan anda? TP [2 markah] (b) Jelaskan kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. BT ms.49 TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 21 08/02/2024 9:28 AM
22 Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Gambar yang berikut berkaitan dengan urusan perbankan dalam talian. Anda menerima e-mel yang menyerupai laman sesawang sebuah bank yang meminta anda untuk mengemas kini maklumat akaun. Tanpa ragu-ragu, anda terus mengemas kini maklumat peribadi tersebut. Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi anda untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuat. (a) Apakah perasaan anda sekiranya anda menerima e-mel tersebut? Beri ulasan anda. TP [4 markah] (b) Jelaskan tindakan anda sekiranya anda berada dalam situasi di atas. TP [8 markah] (c) Teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting pada masa kini. Huraikan cara anda memanfaatkannya secara beretika. TP [8 markah] 2 Ilustrasi yang berikut menunjukkan gejala buli siber. (a) Jelaskan maksud buli siber. TP [4 markah] (b) Huraikan faktor-faktor yang menjurus kepada pembulian siber. TP [8 markah] (c) Sekiranya buli siber berterusan, perkara ini akan memberi impak yang negatif terhadap mangsa. Berikan justifikasi anda. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 22 08/02/2024 9:28 AM
23 1 Lengkapkan peta pelbagai alir di bawah dengan etika dan kepentingan penggunaanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). BT ms.46 – 47 TP Kesan Penggunaan TMK Secara Tidak Beretika (a) Ketidaktepatan maklumat (c) Serangan virus (d) Ketagihan penggunaan (b) Isu keselamatan (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) 2 Senaraikan kesan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara tidak beretika. BT ms.49 TP (a) (a) (b) (b) (c) (c) (d) (d) Etika Kepentingan Penggunaan TMK Secara Beretika Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Pelbagai Alir i-THINK Peta Dakap PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 23 08/02/2024 9:28 AM
24 Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan prestasi Tee Shang dalam peperiksaan sekolahnya. Tee Shang sering gagal dalam peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hal ini menyebabkan dia berasa sangat kecewa. Ibu bapa Tee Shang juga sering memarahinya kerana dia tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan seperti abang dan kakaknya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk meniru dalam peperiksaan agar mendapat keputusan yang baik. (a) Nyatakan dua nilai universal yang patut diamalkan oleh Tee Shang supaya tidak meniru dalam peperiksaan. TP [2 markah] (b) Ramalkan dua kesan buruk jika Tee Shang ditangkap meniru dalam peperiksaan. KBAT Menilai TP [2 markah] (c) Nyatakan dua cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan perbuatan meniru dalam peperiksaan. TP [2 markah] (d) Berikan dua contoh perbuatan salah laku dalam peperiksaan yang akan menjejaskan integriti sebagai seorang murid. KBAT Menganalisis - TP [2 markah] (e) Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapanya mahu Tee Shang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan? KBAT Menilai TP [2 markah] Bahagian A Unit 5 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 24 08/02/2024 9:28 AM
25 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan plagiarisme dalam kalangan murid sekolah. Plagiarisme merupakan perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau semua karya orang lain untuk melakukan tugasan dan mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. (a) Jelaskan dua punca yang menyebabkan plagiarisme berlaku dalam kalangan murid. TP [4 markah] (b) Berikan dua kesan terhadap murid jika didapati melakukan plagiarisme. TP [2 markah] (c) Bagaimanakah cara untuk menangani perbuatan plagiarisme di sekolah? KBAT Menganalisis - TP [2 markah] (d) Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan plagiarisme perlu dielakkan? KBAT Menilai TP [2 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 25 08/02/2024 9:28 AM
26 3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan Kempen Bersih, Cekap dan Amanah (BCA). Slogan‘Bersih, Cekap dan Amanah’ disarankan agar dipraktikkan oleh badan-badan kerajaan dan badanbadan bukan berkanun dalam pelaksanaan setiap tugas dan tanggungjawab mereka. (a) Terangkan dua nilai universal yang berkaitan dengan slogan tersebut. TP [4 markah] (b) Jelaskan faedah yang akan diperoleh dengan mengamalkan konsep ‘Bersih, Cekap dan Amanah’. TP [2 markah] (c) Nyatakan dua cara untuk mempraktikkan slogan tersebut dalam pentadbiran negara. KBAT Mengaplikasi TP [2 markah] (d) Namakan akta yang berkaitan dengan rasuah. TP [2 markah] Bahagian B Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan dilema seorang ketua tingkatan. Ravindran merupakan seorang ketua tingkatan. Dia telah ternampak beberapa orang rakannya merokok serta menggunakan telefon bimbit pada waktu rehat.Walau bagaimanapun, dia tidak menegur perbuatan mereka dan juga tidak melaporkan perbuatan mereka kepada guru disiplin kerana dia tidak mahu menyinggung perasaan mereka serta ingin mengekalkan hubungan persahabatan. (a) Senaraikan ciri integriti yang perlu diamalkan oleh Ravindran. TP [2 markah] (b) Sekiranya anda berada dalam situasi Ravindran, apakah tindakan anda? TP [8 markah] 2 Pernyataan yang berikut berkaitan dengan amalan integriti. Encik Ali merupakan seorang kakitangan awam di sebuah agensi kerajaan. Dia sering masuk kerja lambat dan meminta rakannya untuk merekodkan kehadiran bagi pihaknya. Dia juga sering menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi. (a) Nyatakan amalan integriti yang patut diamalkan oleh Encik Ali. TP [2 markah] (b) Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan kepentingan amalan integriti dalam kerjaya. TP [8 markah] PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 26 08/02/2024 9:28 AM
27 Bahagian C Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut merupakan luahan hati seorang remaja yang menyesali perbuatan lampaunya. Saya menyesal berkelakuan liar tanpa kawalan. Saya berkawan dengan orang yang salah.Walaupun ibu dan ayah menegur, saya tidak mengendahkan nasihat mereka. Kini, maruah saya dan keluarga tercemar. Masa hadapan saya juga turut menjadi kelam. (a) Jelaskan dua nilai universal yang patut diamalkan oleh remaja berkenaan. TP [4 markah] (b) Terangkan langkah-langkah tangkah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada perlakuan yang negatif. TP [8 markah] (c) Huraikan kepentingan menjaga imej diri. TP [8 markah] 2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan imej diri. IMEJ DIRI MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN DIRI. (a) Berdasarkan pernyataan di atas, berikan justifikasi anda. TP [4 markah] (b) Terangkan ciri integriti seorang insan yang mulia. BT ms.62 TP [8 markah] (c) Jelaskan implikasi perbuatan individu yang tidak berintegriti. TP [8 markah] Gallery Walk Arahan untuk menjalankan aktiviti: 1 Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima orang murid bagi setiap kumpulan. 2 Murid dikehendaki mencari bahan untuk aktiviti yang akan dijalankan pada kelas seterusnya. 3 Apabila tibanya kelas tersebut pada hari yang lain, murid akan dibekalkan dengan kertas sebak, pen penanda dan kertas kecil untuk mencatatkan komen. 4 Murid perlu melukis peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. 5 Peta minda yang dilukis akan ditampal pada meja supaya dapat dilihat oleh kumpulan lain. 6 Guru akan mengarahkan murid-murid dalam sesebuah kumpulan untuk bergerak melihat hasil kerja rakan-rakan lain. 7 Kumpulan asal perlu menyediakan pen dan kertas di atas meja sendiri supaya kumpulan lain yang datang dapat menulis komen bagi mengukuhkan hasil kerja mereka. 8 Setelah kembali ke kumpulan asal, murid-murid akan menceritakan hasil pembelajaran yang diperoleh melalui aktiviti ini. Cadangan soalan yang diberikan: 1 Kepentingan integriti individu dalam kehidupan 2 Contoh-contoh perbuatan individu yang tidak berintegriti 3 Faktor-faktor yang menjejaskan integriti individu 4 Kesan jika individu tidak mengamalkan integriti 5 Cara memupuk integriti individu 6 Langkah pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah integriti individu Aktiviti PAK-21 PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 27 08/02/2024 9:28 AM
28 Kepentingan Integriti Individu (a) Komited dalam tugas (c) Mengakui kesalahan (d) Mengamalkan prinsip Bersih, Cekap dan Amanah (b) Setia kepada keluarga (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) (i) (ii) 1 Senaraikan kepentingan integriti individu. BT ms.63 TP 2 Jelaskan implikasi perbuatan yang tidak berintegriti. BT ms.64 TP Implikasi Perbuatan Tidak Berintegriti Buku teks Guru Buku rujukan Rakan-rakan (f) (a) (e) (b) (d) (c) Praktis Pengukuhan i-THINK Peta Bulatan i-THINK Peta Dakap PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 28 08/02/2024 9:28 AM
29 Jawab semua soalan. 1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan luahan perasaan seorang nenek yang ditinggalkan di sebuah pusat jagaan orang tua. TP “Nenek sungguh sayu setelah ditempatkan di sini. Nenek sedar bahawa tujuan anak-anak nenek itu baik tetapi nenek tidak dapat menerimanya. Nenek rindu belaian kasih sayang anak-anak, kampung halaman serta gelak ketawa cucu-cicit. Nenek berasa sungguh sunyi dan ingin balik ke rumah.” (a) Apakah perasaan anda setelah membaca luahan perasaan tersebut? Jelaskan. TP [3 markah] (b) Sekiranya nenek itu ialah ibu anda, adakah anda sanggup menghantarnya ke pusat jagaan orang tua? KBAT Menilai TP [3 markah] (c) Anggota keluarga yang tua dan uzur amat memerlukan penjagaan dan kasih sayang. Terangkan dua cara anda menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. KBAT Menganalisis - TP [4 markah] Bahagian A Unit 6 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani Bidang 6: Jati Diri Moral PT SPM Pendidikan Moral Tg4.indd 29 08/02/2024 9:28 AM
J1 Praktis Topikal SPM Pendidikan Moral Tingkatan 4 – Jawapan Unit 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan Bahagian A 1 (a) F1 Tidak wajar [1m] H2 Tindakan tersebut merupakan perbuatan tidak mengenang budi terhadap ibu mereka yang melahirkan serta membesarkan mereka [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 2 markah] (b) N1 Kasih sayang [1m] H1 Perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap ibu mereka [1m] N2 Bertanggungjawab [1m] H2 Memikul dan melaksanakan kewajipan menjaga ibu mereka dengan sempurna [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] (c) F1 Menghormati mereka [1m] H1 Memberi layanan yang baik dan sopan terhadap keduadua ibu bapa [1m] F2 Taat kepada ibu bapa [1m] H2 Menerima nasihat dan teguran mereka dengan hati terbuka [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] 2 (a) H1 Peraturan sosial yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah masyarakat [1m] H2 Amalan norma masyarakat yang merangkumi perbuatan yang wajar dilakukan dan patut dihindari dalam kehidupan bermasyarakat [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 2 markah] (b) F1 Sebagai panduan bertingkah laku [1m] H1 Membantu anggota masyarakat memahami dan mengamalkan tingkah laku yang boleh diterima dalam masyarakat [1m] F2 Membina masyarakat yang harmoni [1m] H2 Memastikan anggota masyarakat berkelakuan baik dan menghindari sebarang perselisihan [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] (c) F1 Bersikap individualistik [1m] H1 Enggan melibatkan diri dalam aktiviti sosial [1m] F2 Hubungan sosial terjejas [1m] H2 Meminggirkan orang yang lebih tua dan terjebak dalam pergaulan di luar batasan [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] 3 (a) F1 Wajar [1m] H1 Memastikan adat resam kaum dapat dipelihara [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 2 markah] (b) N1 Hormat [1m] H1 Menghormati adat resam dan tradisi peninggalan nenek moyang [1m] N2 Rasional [1m] H2 Berfi kir dan bertindak wajar agar tidak tercetus perselisihan faham dengan ibu bapanya [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] (c) F1 Keharmonian masyarakat tergugat [1m] H1 Tidak menghormati budaya dan adat resam kaum lain [1m] F2 Manusia menjadi kurang beradab [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] Bahagian B 1 (a) N1 Hormat [1m] N2 Kasih sayang [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 2 markah] (b) H1 Mengekalkan adat resam [1m] H2 Memastikan warisan nenek moyang terpelihara [1m] H3 Mempertahankan jati diri dalam keluarga [1m] H4 Mengekalkan peraturan sosial yang menjadi kebiasaan [1m] H5 Mempererat hubungan kekeluargaan [1m] H6 Mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga [1m] H7 Meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan anggota keluarga [1m] H8 Melahirkan keluarga bahagia [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 8 markah] 2 (a) F1 Wau bulan [1m] F2 Congkak [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 2 markah] (b) H1 Menganjurkan pertandingan permainan tradisional [1m] H2 Menawarkan hadiah yang menarik [1m] H3 Mempromosikan permainan tradisonal di media sosial [1m] H4 Whatsapp/Facebook [1m] H5 Menarik minat dan perhatian remaja untuk mengenali permainan tradisional [1m] H6 Mengubah suai permainan tradisonal [1m] H7 Menjadikan permainan tradisional lebih menarik [1m] H8 Memupuk minat anak terhadap permainan tradisional [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 8 markah] Bahagian C 1 (a) H1 Bersetuju [1m] H2 Mewujudkan kerjasama antara kaum [1m] H3 Dapat hidup bersama secara aman [1m] H4 Melahirkan rakyat yang cinta akan negara [1m] (Terima mana-mana jawapan yang munasabah) [Maksimum: 4 markah] (b) H1 Mengadakan aktiviti kemasyarakatan [1m] H2 Melibatkan diri dalam program komuniti [1m] H3 Gotong-royong perdana/sukaneka [1m] H4 Saling membantu dan bekerjasama antara jiran tanpa mengira kaum [1m] H5 Menghormati budaya, agama dan adat resam setiap kaum [1m] H6 Mengadakan aktiviti RIMUP di sekolah [1m] H7 Mengadakan kempen kesedaran [1m] Jawapan PT SPM Pendidikan Moral Tg4 Jaw.indd 1 07/02/2024 4:32 PM