The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota & Latihan STPM Sem 2 - Ekonomi Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-06-22 02:06:59

Nota & Latihan STPM Sem 3 - Ekonomi Malaysia

Nota & Latihan STPM Sem 2 - Ekonomi Malaysia

108 109 Contoh: KDNK = RM1 000 000 juta Eksport = RM700 000 juta Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport KDNK = 700 000 1 000 000 = 0.7 Nisbah eksport kepada KDNK sebanyak 0.7 bermakna negara tersebut mempunyai darjah keterbukaan ekonomi yang tinggi kerana nilainya melebihi 0.5. 2 Tiga kesan positif perdagangan antarabangsa kepada rakyat sesebuah negara ialah: Pilihan pengguna meningkat Rakyat bukan sahaja dapat menikmati barangan tempatan, malah dapat menikmati barangan yang diimport. Secara tidak langsung, pilihan masyarakat terhadap barangan keperluan dan barangan kehendak semakin meningkat. Harga barangan yang lebih murah Pengkhususan pengeluaran yang diamalkan antara sesebuah negara dengan negara lain berdasarkan faedah berbanding dapat menjimatkan kos pengeluaran. Secara tidak langsung, harga barangan yang diimport akan menjadi lebih murah. Memperoleh barangan yang tidak dikeluarkan di dalam negara Terdapat beberapa jenis barang yang tidak dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara disebabkan perbezaan sumber semula jadi atau perbezaan tanah dan iklim. Contohnya, negara Malaysia mengimport gandum daripada negara lain kerana gandum tidak dapat dikeluarkan di dalam negara akibat iklim yang kurang sesuai. Peluang pekerjaan meningkat Aktiviti perdagangan antarabangsa dapat mencipta banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat, terutama dalam sektor pengangkutan dan perhotelan. [pilih mana-mana tiga] 3 (a) Dasar perlindungan merupakan dasar untuk mempertahankan dan melindungi keluaran tempatan. Antara dasar perlindungan yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia ialah tarif, kuota, kawalan pertukaran asing dan embargo. Sekatan ini akan mengurangkan penawaran barangan import. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan penawaran barangan oleh industri tempatan. (b) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) merupakan satu zon perdagangan bebas antara negara ASEAN. Tujuan pelaksanaan AFTA adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN melalui pengurangan sekatan perdagangan, mewujudkan zon pengeluaran yang berdaya saing dengan pasaran global, dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi setiap negara anggota. (c) Galakan eksport merupakan dasar untuk meningkatkan daya saing barangan eksport negara di pasaran antarabangsa. Antara usaha yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia ialah mewujudkan program latihan industri, skim pembiayaan semula kredit eksport, skim jaminan eksport, skim potongan berganda bagi promosi eksport dan perkongsian maklumat serta promosi berkaitan dengan eksport yang dijalankan oleh MATRADE. 4 Kesan penyusutan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat (USD) ke atas eksport, import dan eksport bersih Malaysia ialah: Nilai eksport meningkat Apabila nilai RM menyusut, harga eksport secara relatif menjadi lebih murah lalu menyebabkan jumlah eksport meningkat dengan andaian permintaan terhadap eksport Malaysia adalah anjal harga. Peningkatan jumlah eksport ke Amerika Syarikat akan menambahkan nilai eksport negara. Nilai import menurun Apabila nilai RM menyusut, harga import secara relatif menjadi lebih mahal lalu menyebabkan jumlah import menurun dengan andaian permintaan Malaysia terhadap import adalah anjal harga. Pengurangan jumlah import daripada Amerika Syarikat menyebabkan nilai import negara menurun. Eksport bersih meningkat Apabila nilai RM menyusut, jumlah eksport dan nilai eksport Malaysia akan meningkat. Pada masa yang sama, jumlah import dan nilai import Malaysia akan menurun. Kesannya, eksport bersih negara meningkat. 5 (a) Keterbukaan ekonomi ialah ukuran sejauh mana sesebuah negara menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Cara mengukur keterbukaan ekonomi adalah dengan: • Menghitung nisbah jumlah nilai eksport terhadap KDNK Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport KDNK atau, • Menghitung nisbah jumlah nilai eksport dan jumlah nilai import terhadap KDNK Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport + Import KDNK Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 109 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


110 111 (b) Dua faktor yang mempengaruhi keterbukaan ekonomi negara Malaysia ialah: Liberalisasi perdagangan Liberalisasi perdagangan bertujuan mengurangkan atau menghapuskan sekatan dalam perdagangan antarabangsa. Contohnya, meliberalisasikan sektor perkhidmatan, terutama subsektor pelancongan, kesihatan, pendidikan dan kewangan. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) Pembentukan AFTA bertujuan meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN melalui pengurangan dan penghapusan sekatan tarif dan bukan tarif. Kemudahan pengangkutan dan infrastruktur Kemudahan pengangkutan dan infrastruktur yang semakin maju diMalaysia dapat membantu mempertingkatkan aktiviti perdagangan antarabangsa, terutama penambahbaikan infrastruktur di pintu masuk negara seperti lapangan terbang dan pelabuhan. Kemudahan telekomunikasi Sistem telekomunikasi yang semakin baik di Malaysia membolehkan aktiviti perdagangan antarabangsa berjalan dengan lancar, terutama dalam aspek dokumentasi dan kewangan. [pilih mana-mana dua] 6 Tiga imbangan akaun yang lain dalam imbangan akaun semasa selain imbangan akaun dagangan ialah imbangan akaun perkhidmatan, imbangan akaun pendapatan dan imbangan akaun pindahan semasa bersih. Imbangan akaun perkhidmatan Imbangan akaun perkhidmatan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan dengan nilai import perkhidmatan. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti pengangkutan, perjalanan dan urus niaga kerajaan. Imbangan akaun perkhidmatan mengalami defisit kerana nilai import perkhidmatan lebih besar daripada nilai eksport perkhidmatan. Imbangan akaun pendapatan Imbangan akaun pendapatan mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan keuntungan pelaburan dengan nilai pembayaran keuntungan pelaburan. Keuntungan pelaburan ini melibatkan dividen, faedah dan pampasan pekerja. Imbangan akaun pendapatan mengalami defisit kerana nilai pembayaran keuntungan pelaburan lebih besar daripada nilai penerimaan keuntungan pelaburan. Imbangan akaun pindahan semasa bersih Imbangan akaun pindahan semasa bersih mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan pindahan dengan nilai pembayaran pindahan. Pindahan ini melibatkan aktiviti penghantaran pulang pendapatan pekerja asing ke negara asal dan sumbangan/derma kepada negara lain. Imbangan akaun pindahan semasa bersih mengalami defisit kerana nilai pembayaran pindahan ke luar negara lebih besar daripada nilai penerimaan pindahan dari luar negara. 7 (a) Imbanganakaunsemasamencatatkanperbezaan antara nilai penerimaan kewangan dengan nilai pembayaran kewangan daripada urus niaga eksport dan import barang dan perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa bagi suatu tempoh tertentu. (b) Empat komponen dalam imbangan akaun semasa ialah: Imbangan akaun dagangan Imbangan akaun dagangan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport barangan dengan nilai import barangan. Imbangan akaun perkhidmatan Imbangan akaun perkhidmatan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan dengan nilai import perkhidmatan yang melibatkan aktiviti pengangkutan, perjalanan dan urus niaga kerajaan. Imbangan akaun pendapatan Imbangan akaun pendapatan mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan keuntungan pelaburan dengan nilai pembayaran keuntungan pelaburan. Keuntungan pelaburan melibatkan dividen, faedah dan pampasan pekerja. Imbangan akaun pindahan semasa bersih Imbangan akaun pindahan semasa bersih mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan pindahan dengan nilai pembayaran pindahan. Pindahan ini melibatkan aktiviti penghantaran pulang pendapatan pekerja asing ke negara asal dan sumbangan/derma kepada negara lain. 8 Tiga faktor berikut yang mempengaruhi imbangan akaun semasa di Malaysia: (a) Kemerosotan nilai Ringgit Malaysia Apabila nilai Ringgit Malaysia merosot, harga eksport secara relatif menjadi lebih murah daripada harga import. Ini akan menyebabkan nilai eksport meningkat dan nilai import menurun. Maka, eksport bersih meningkat dan imbangan akaun semasa akan bertambah baik. (b) Penurunan pendapatan penduduk Kemerosotan kuasa beli penduduk akibat pengurangan pendapatan akan menyebabkan import barangan daripada luar negara menurun. Ini akan meningkatkan nilai eksport bersih dan imbangan akaun semasa dapat diperbaiki. (c) Kenaikan harga barangan domestik Kenaikan harga barangan tempatan akan menyebabkan harga eksport secara relatif Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 110 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


110 111 menjadi lebih mahal berbanding dengan harga import. Maka, nilai eksport akan menurun dan nilai import akan meningkat. Maka, eksport bersih merosot dan imbangan akaun semasa akan bertambah buruk. 9 Tiga kesan negatif perdagangan antarabangsa kepada sesebuah negara ialah: Kehausan sumber negara Pengkhususan pengeluaran, terutama dalam pengeluaran bahan mentah akan menyebabkan kehausan sumber negara dalam jangka panjang. Kesannya, kegiatan ekonomi dalam sektor utama dan sektor kedua akan terjejas dan menyebabkan pendapatan negara merosot. Masalah lambakan Lambakan berlaku apabila barang import yang lebih murah membanjiri pasaran tempatan. Permintaan terhadap barang tempatan yang relatif lebih mahal akan menurun dan menjejaskan perkembangan industri tempatan. Mewujudkan imbangan pembayaran defisit Imbangan pembayaran defisit berlaku apabila import melebihi eksport. Imbangan pembayaran defisit akan menyebabkan rizab pertukaran asing sesebuah negara berkurang dan seterusnya menjejaskan kestabilan nilai mata wang negara tersebut. 10 Tiga faktor yang memberi kesan kepada imbangan akaun semasa di Malaysia ialah: Imbangan akaun dagangan Imbangan akaun dagangan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport barangan dengan nilai import barangan. Jika nilai eksport barangan melebihi nilai import barangan, imbangan akaun semasa akan bertambah baik. Jika nilai import barangan melebihi nilai eksport barangan, imbangan akaun semasa akan merosot. Imbangan akaun perkhidmatan Imbangan akaun perkhidmatan mencatatkan perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan dengan nilai import perkhidmatan.Jika nilai eksport perkhidmatan melebihi nilai import perkhidmatan, imbangan akaun semasa akan bertambah baik. Jika nilai import perkhidmatan melebihi nilai eksport perkhidmatan, imbangan akaun semasa akan merosot. Imbangan akaun pindahan semasa bersih Imbangan akaun pindahan semasa bersih mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan pindahan dengan nilai pembayaran pindahan. Jika nilai penerimaan pindahan melebihi nilai pembayaran pindahan, imbangan akaun semasa akan bertambah baik. Jika nilai pembayaran pindahan melebihi nilai penerimaan pindahan, imbangan akaun semasa akan merosot. Imbangan akaun pendapatan Imbangan akaun pendapatan mencatatkan perbezaan antara nilai penerimaan keuntungan pelaburan (dividen, faedah dan pampasan pekerja) dengan nilai pembayaran keuntungan pelaburan. Jika nilai penerimaan keuntungan pelaburan melebihi nilai pembayaran keuntungan pelaburan, imbangan akaun semasa akan bertambah baik. Jika nilai pembayaran keuntungan pelaburan melebihi nilai penerimaan keuntungan pelaburan, imbangan akaun semasa akan merosot. [pilih mana-mana tiga] 11 Kesan positif perdagangan antarabangsa berikut kepada ekonomi negara: (a) Menggalakkan perkembangan teknologi Melalui perdagangan antarabangsa, sesebuah negara boleh mengimport dan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan terkini daripada luar negara. Ini dapat meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran firma tempatan. Harga barangan tempatan menjadi lebih murah dan lebih berdaya saing dalam pasaran antarabangsa. (b) Mengurangkan kuasa monopoli Kegiatan perdagangan antarabangsa meningkatkan kebergantungan antara negara dari segi teknologi dan sumber pengeluaran. Ini dapat mengelakkan sesebuah negara daripada memonopoli pengeluaran sesuatu barangan dan menetapkan harga yang lebih tinggi untuk barangan yang dihasilkan. (c) Merangsang pertumbuhan ekonomi Peningkatan kegiatan eksport dan import melalui perdagangan antarabangsa dapat meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Kegiatan ekonomi menjadi lebih rancak dan seterusnya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. 12 (a) Kadar pertukaran tetap ialah kadar pertukaran yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara. Kadar pertukaran boleh ubah ialah kadar pertukaran yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing. (b) Empat kesan penurunan kadar pertukaran asing terhadap ekonomi negara ialah: • Mengurangkan daya saing sektor eksport negara kerana harga eksport relatif lebih mahal • Mengurangkan aliran masuk modal asing kerana kos pelaburan relatif lebih mahal • Imbangan dagangan bertambah buruk kerana nilai eksport menurun • Kemasukan pelancong asing merosot kerana harga eksport relatif lebih mahal Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 111 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


112 113 Bahagian B 1 (a) (i) Eksport ialah aktiviti penjualan barang dan perkhidmatan ke luar negara. Keterbukaan ekonomi merujuk kepada ukuran sejauh mana sesebuah negara terlibat dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. (ii) Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport barang dan perkhidmatan KDNK Tahun Darjah keterbukaan ekonomi 2011 391 003 709 261 = 0.55 2012 408 446 743 543 = 0.55 (iii) Darjah keterbukaan ekonomi negara adalah tinggi kerana nilainya melebihi 0.5. Darjah keterbukaan ekonomi negara pada tahun 2011 dan 2012 tidak berubah, iaitu tetap pada 0.55. (b) (i) Eksport bersih = Nilai eksport barang dan perkhidmatan – Nilai import barang dan perkhidmatan Tahun Eksport bersih (RM juta) 2009 618 229 – 498 846 = 119 383 2010 2011 2012 119 653 70 368 57 903 Eksport bersih negara meningkat antara tahun 2009 hingga 2010 tetapi menurun antara tahun 2010 hingga 2012. (ii) Dua langkah kerajaan untuk meningkatkan eksport bersih negara ialah: • Pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) bagi menggalakkan perdagangan dalam kalangan negara ASEAN melalui pengurangan atau penghapusan sekatan tarif dan bukan tarif • Galakan eksport, iaitu dengan mengurangkan cukai eksport, khususnya bagi barang pertanian dan pemberian subsidi eksport kepada pengeluar tempatan supaya harga eksport menjadi lebih rendah • Dasar perlindungan, iaitu dengan mengenakan tarif, kuota, kawalan pertukaran asing dan embargo untuk mengurangkan penawaran barangan import dalam pasaran tempatan [pilih mana-mana dua] 2 (a) (i) Imbangan akaun dagangan ialah perbezaan antara nilai eksport barangan dengan nilai import barangan bagi sesebuah negara dalam setahun. Imbangan akaun perkhidmatan ialah perbezaanantaranilai eksportperkhidmatan dengan nilai import perkhidmatan bagi sesebuah negara dalam setahun. (ii) Tahun Kadar pertumbuhan imbangan akaun dagangan (%) 2011 73 524 – 118 135 118 135  100 = –37.76 2012 65 256 – 73 524 73 524  100 = –11.25 (b) Imbangan akaun pendapatan bernilai negatif pada tahun-tahun tersebut kerana nilai penerimaan keuntungan pelaburan kurang daripada nilai pembayaran keuntungan pelaburan. (c) (i) Imbangan akaun semasa = Imbangan akaun dagangan + Imbangan akaun perkhidmatan + Imbangan akaun pendapatan + Imbangan akaun pindahan semasa bersih Tahun Imbangan akaun semasa (RM juta) 2009 120 185 + (–803) + (–10 926) + (–16 627) = 91 829 2010 2011 2012 90 960 47 303 27 670 (ii) Imbangan akaun semasa lebihan diperoleh. Imbangan akaun semasa lebihan Malaysia semakin menurun antara tahun 2009 hingga 2012. (d) Dua langkah untuk membaiki defisit dalam imbangan akaun perkhidmatan ialah: Akaun perjalanan Mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia untuk meningkatkan nilai perjalanan sektor pelancongan ke Malaysia. Akaun pengangkutan Menggalakkan penggunaan pengangkutan udara dan pengangkutan laut tempatan semasa menjalankan perdagangan antarabangsa. 3 (a) Kadar pertukaran asing ialah nilai seunit mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam sebutan nilai mata wang asing. Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 112 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


112 113 (b) Tahun Kadar pertukaran bagi RM1.00 dalam sebutan S$ 2005 1 2.25 = 0.44 2006 1 2.27 = 0.44 2007 1 2.30 = 0.43 2008 2009 2010 0.44 0.42 0.41 RM mengalami susut nilai antara tahun 2005 hingga 2007, kemudian naik nilai pada tahun 2008 tetapi nilainya menyusut semula antara tahun 2008 hingga 2010. (c) (i) S$1.00 = RM2.70 RM1.00 = 1 2.70 RM1.00 = S$0.37 Nilai RM terus menyusut pada tahun 2011. (ii) Apabila nilai RM merosot berbanding dengan S$, harga eksport menjadi relatif lebih murah manakala harga import menjadi relatif lebih mahal. Maka, eksport Malaysia ke Singapura akan meningkat manakala import Malaysia dari Singapura akan berkurang. (d) Kadar pertukaran asing ialah S$1.00 = RM2.70 Jumlah Dolar Singapura yang dapat ditukarkan dengan RM1200 = 1 200 2.70 = S$444.44 4 (a) RM mengalami susut nilai berbanding dengan mata wang Euro dan Baht kerana semakin banyak RM diperlukan untuk mendapatkan €1.00 dan TB100. (b) Susut nilai RM akan menyebabkan harga eksport Malaysia relatif lebih murah berbanding dengan harga import. Kesannya, jumlah nilai eksport Malaysia akan meningkat manakala jumlah nilai import Malaysia akan menurun. Ini menyebabkan eksport bersih antara Malaysia dengan kedua-dua negara meningkat. (c) Eksport bersih = Eksport – Import Tahun Eksport bersih ke Kesatuan Eropah (RM juta) Eksport bersih ke Thailand (RM juta) 2008 74 805 – 61 611 = 13 194 31 625 – 29 152 = 2 473 2009 9 207 3 545 (d) Susut nilai RM menyebabkan eksport bersih Malaysia ke Kesatuan Eropah semakin berkurang. Ini tidak selaras dengan teori. Susut nilai RM menyebabkan eksport bersih Malaysia ke Thailand semakin meningkat. Ini selaras dengan teori. (e) Pada tahun 2009, €1.00 = RM4.9191 dan TB 100 = RM10.2714. €1.00 = RM4.9191 RM1.00 = 1 4.9191 RM1.00 = €0.2033 TB100 = RM10.2714 RM1.00 = 100 10.2714 RM1.00 = TB9.7358 Maka, kadar pertukaran seunit Euro berbanding dengan Baht RM1.00 = €0.2033 RM1.00 = TB9.7358 €0.2033 = TB9.7358 €1.00 = 9.7358 0.2033 €1.00 = TB47.8888  €1.00 = TB47.89 5 (a) Eksport bersih ialah perbezaan antara nilai eksport barang dan perkhidmatan dengan nilai import barang dan perkhidmatan. (b) Tahun Eksport bersih (RM juta) 2006 669 505 – 539 443 = 130 062 2007 2008 2009 132 210 171 936 146 409 Eksport bersih negara meningkat antara tahun 2006 hingga 2008 tetapi menurun antara tahun 2008 hingga 2009. (c) Tahun Kadar pertumbuhan KDNK (%) 2007 642 049 – 574 441 574 441  100 = 11.77 2008 2009 15.64 –8.42 Maka, kadar pertumbuhan purata KDNK = 11.77 + 15.64 + (–8.42) 3 tahun = 18.99 3 = 6.33% (d) (i) Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport + Import KDNK Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 113 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


114 115 Tahun Eksport + Import (RM juta) Darjah keterbukaan ekonomi 2006 669 505 + 539 443 = 1 208 948 1 208 948 574 441 = 2.10 2007 1 280 554 1 280 554 642 049 = 1.99 2008 2009 1 360 256 1 164 263 1.83 1.71 (ii) Ekonomi negara adalah sangat terbuka kerana darjah keterbukaan ekonominya adalah tinggi, iaitu melebihi satu. Namun darjah keterbukaan ekonomi semakin merosot antara tahun 2006 hingga 2009. 6 (a) (i) Tahun Kadar pertumbuhan import (%) 2008 575 214 – 539 588 539 588  100 = 6.60 2009 2010 3.49 –14.52 (ii) Kadar pertumbuhan import meningkat pada kadar yang menurun antara tahun 2008 hingga 2009 tetapi kemudiannya menurun secara drastik sehingga menjadi negatif antara tahun 2009 hingga 2010. (iii) Dua contoh barang pengguna yang diimport oleh Malaysia ialah: • Kereta penumpang • Barang elektrik (b) Tahun Peratusan sumbangan eksport kepada KDNK (%) 2007 668 504 574 915  100 = 116.28 2008 706 373 651 251  100 = 108.46 2009 2010 103.30 96.27 (c) (i) Tahun Darjah keterbukaan ekonomi 2008 706 373 651 251 = 1.08 2009 767 045 742 528 = 1.03 2010 0.96 (ii) Darjah keterbukaan ekonomi negara adalah tinggi kerana nilainya melebihi 0.5. 7 (a) (i) Mata wang asing Peratusan perubahan nilai RM berbanding dengan USD, £ dan S$ (%) Dolar Amerika Syarikat (USD) 3.17 – 3.08 3.08  100 = 2.92 Paun Sterling (£) 4.89 – 4.78 4.78  100 = 2.30 Dolar Singapura (S$) 2.44 – 2.38 2.38  100 = 2.52 (ii) Nilai RM menurun berbanding dengan nilai USD, £ dan S$. (b) USD £ S$ USD1.00 = RM3.46 RM1.00 = 1 3.46 RM1.00 = USD0.29 £1.00 = RM5.00 RM1.00 = 1 5.00 RM1.00 = £0.20 S$1.00 = RM2.41 RM1.00 = 1 2.41 RM1.00 = S$0.41 (c) (i) Tahun Nilai import (RM) 2009 Kadar pertukaran ialah USD1.00 = RM2.43 Maka, nilai import = 80 000  RM2.43 = RM194 400.00 2011 Kadar pertukaran ialah USD1.00 = RM3.17 Maka, nilai import = 80 000  RM3.17 = RM253 600.00 (ii) Nilai import telah meningkat. 8 (a) (i) Imbangan akaun semasa = (Eksport – Import) + Imbangan akaun perkhidmatan + Pendapatan + Pindahan semasa bersih Tahun Imbangan akaun semasa (RM juta) 2003 (397 969 – 300 207) + (–15 300) + (–22 537) + (–9 300) = 50 625 2004 (481 240 – 376 766) + (–8 780) + (–24 549) + (–14 633) = 56 512 2005 (533 380 – 409 312) + (–9 937) + (–23 833) + (–17 776) = 72 522 (ii) Imbangan akaun semasa negara mencatatkan lebihan yang semakin meningkat antara tahun 2003 hingga 2005. Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 114 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


114 115 (b) Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport KDNK Tahun Darjah keterbukaan ekonomi 2003 397 969 395 017 = 1.01 2004 481 240 449 609 = 1.07 2005 533 380 494 544 = 1.08 (c) Dua faktor yang menyebabkan defisit dalam imbangan akaun pendapatan ialah: • Pembayaran keuntungan daripada pelaburan lebih besar daripada penerimaan keuntungan daripada pelaburan • Pembayaran pampasan kepada pekerja asing di dalam negara lebih besar daripada penerimaan pampasan oleh pekerja Malaysia di luar negara BAB 4 Bahagian A 1 (a) Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta (b) Bilangan pekerja tidak melebihi 200 orang 2 Tiga peranan kerajaan dalam membantu PKS ialah: Program Rantaian Industri Bertujuan membangunkan syarikat PKS tempatan menjadi pembekal utama peralatan, komponen atau perkhidmatan untuk syarikat besar atau syarikat multinasional. PKS yang terlibat dapat menikmati kemudahan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan. Program Pembangunan Infrastruktur Agensi kerajaan seperti UDA dan MARA menyediakan tapak, bangunan, ruang pejabat dan premis perniagaan bagi memudahkan PKS menjalankan operasi perniagaan mereka. Program Pembangunan dan Perolehan Teknologi Agensi kerajaan, iaitu Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) membantu usahawan PKS dalam aspek pengurusan perniagaan melalui penekanan penggunaan teknologi dan inovasi. Program Pembangunan Pemasaran Agensi kerajaan, iaitu MATRADE berperanan membantu PKS untuk menembusi pasaran eksport dan menjadi pembekal utama di pasaran antarabangsa. Antara aktiviti yang dijalankan oleh MATRADE ialah mengadakan ekspo, pameran dan lawatan perniagaan di luar negara bagi membolehkan produk PKS menembusi pasaran global. Program Peningkatan Kemahiran Agensi kerajaan seperti MPC, MARA, MEDEC dan SMIDEC membantu meningkatkan kemahiran usahawan PKS melaluiseminar, bimbingan kerja dan pengurusan serta khidmat nasihat dan rundingan. [pilih mana-mana tiga] 3 Ciri PKS (a) Pekerja PKS mempunyai bilangan pekerja tidak melebihi 150 orang. Kebanyakan pekerjanya berpendidikan rendah dan kurang mahir. (b) Modal Modal PKS kurang daripada RM2.5 juta yang diperoleh daripada tabungan pemilik sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga. (c) Teknologi PKS kurang menggunakan mesin yang canggih disebabkan kekurangan modal. Mesin hanya berfungsi secara mekanikal, iaitu dikawal oleh pekerja dan tidak berjalan secara automatik. PKS banyak menggunakan kaedah berintensifkan buruh dalam aktiviti pengeluaran. 4 Bagaimana agensi berikut membantu PKS: (a) SME Bank Fungsi utama adalah untuk meningkatkan pertumbuhan PKS dengan menyediakan sumber kewangan bagi membiayai keperluan pembangunan PKS. Agensi ini menawarkan tempoh pembiayaan yang lebih panjang, bayaran faedah yang rendah dan berpatutan serta memberi khidmat nasihat perniagaan yang bersifat inovatif. (b) SMIDEC Bertujuan membangunkan PKS dengan meningkatkan keupayaan PKS agar menjadi lebih cekap, mampu bersaing, dan dapat mengeluarkan produk yang berkualiti sama ada untuk pasaran tempatan mahupun pasaran global. Selain menggalakkan PKS untuk menjalin hubungan rantaian dengan syarikat besar dan syarikat multinasional bagi memastikan pemasaran produk PKS terjamin, agensi ini turut membantu pemasaran produk PKS di dalam negara melalui pameran, konvensyen, seminar dan bengkel. (c) PKEN Agensi yang bertanggungjawab membantu Kerajaan Negeri untuk merangsang pertumbuhan ekonomi melalui aktiviti perindustrian dan perniagaan. Agensi ini membantu pertumbuhan PKS dengan membangunkan kawasan perindustrian dan menyediakan bangunan, tapak dan premis perniagaan, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar. Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 115 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


116 117 5 Masalah yang dihadapi oleh PKS (a) Pemasaran PKS kurang berdaya saing disebabkan kekurangan modal untuk melakukan promosi. PKS tidak mempunyai rantaian yang kukuh dengan PKS yang lain serta dengan syarikat multinasional. (b) Bahan mentah Harga bahan mentah tidak stabil kerana harganya dikawal oleh pemborong atau orang tengah. Bekalan bahan mentah tidak berterusan, terutama bekalan bahan mentah yang diimport. (c) Teknologi Modal yang rendah menyebabkan PKS tidak mampu menggunakan teknologi canggih dalam proses pengeluaran. Kemahiran buruh yang rendah juga menyebabkan PKS tidak berupaya mengendalikan mesin berteknologi tinggi. 6 Dua peranan agensi kerajaan berikut dalam membantu PKS: (a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Menyediakan kemudahan logistik atau tapak pasar tani bagi membolehkan pengusaha PKS menjual terus produk mereka kepada pengguna. Dengan cara ini, eksploitasi orang tengah dapat dielakkan. FAMA turut menyediakan khidmat nasihat berkaitan dengan pemasaran produk. (b) SMIDEC Berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan setempat bagi membantu pengusaha PKS mendapatkan maklumat mengenai semua program pembangunan dan program bantuan yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. SMIDEC turut bekerjasama dengan MATRADE untuk memberi khidmat nasihat berkaitan dengan aspek pemasaran dalam negara dan luar negara kepada pengusaha PKS. (c) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan teknologi pemprosesan dan peningkatan kualiti kepada pengusaha PKS. MARDI juga memberi khidmat nasihat dan latihan berkaitan dengan pemindahan teknologi supaya produk PKS yang dikeluarkan mampu bersaing dalam pasaran global. 7 Tiga sumbangan penting PKS kepada ekonomi negara ialah: Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Semakin banyak produk yang dihasilkan oleh PKS, semakin tinggi nilai ditambah kepada pendapatan negara. Ini dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi negara. Menyediakan peluang pekerjaan Memandangkan PKS menggunakan kaedah berintensifkan buruh dalam proses pengeluaran, perkembangan PKS menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Seterusnya, masalah pengangguran dalam negara dapat dikurangkan. Menjimatkan pertukaran asing Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh PKS merupakan produk keperluan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Pengeluaran produk PKS dalam kuantiti yang banyak dapat mengurangkan kebergantungan pada barang import. Kesannya, pengaliran mata wang tempatan ke luar negara dapat dikawal. Menjamin pengagihan pendapatan yang adil kepada masyarakat Penubuhan PKS di pinggir bandar dan luar bandar dapat menjana pendapatan untuk penduduk sekitarnya yang diambil bekerja dalam PKS tersebut. Kemiskinan dapat dikurangkan dan jurang pendapatan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar semakin mengecil. [pilih mana-mana tiga] 8 (a) PKS ialah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja tidak melebihi 150 orang dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta. (b) Dua cabaran yang dihadapi oleh PKS tempatan dalam memasarkan produk ke luar negara ialah: Persaingan Sebahagian besar PKS masih belum mampu bersaing dalam pasaran ekonomi terbuka tanpa perlindungan daripada kerajaan, terutama dari segi kualiti dan harga produk. Pemasaran Sesebuah PKS lazimnya tidak mempunyai hubungan atau rantaian pemasaran yang rapat dengan PKS yang lain dalam industri yang sama. PKS juga menghadapi kekurangan modal untuk menjalankan promosi produk dan penyelidikan pasaran. Skala pengeluaran Kemampuan PKS untuk mengeluarkan barang dalam skala yang besar dan menikmati ekonomi bidangan adalah terbatas disebabkan kemahiran pekerja yang rendah dan modal yang terhad. Akibatnya, kos pengeluaran seunit adalah tinggi dan PKS sukar bersaing dalam pasaran global. [pilih mana-mana dua] 9 Dua persamaan pemilikan tunggal dan perkongsian ialah: Liabiliti Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad. Cukai Pemilik dikenakan cukai pendapatan perseorangan. Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 116 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


116 117 Dua perbezaan antara pemilikan tunggal dengan perkongsian ialah: Bilangan pemilik Pemilikan tunggal mempunyai seorang pemilik sahaja manakala perkongsian boleh dimiliki oleh dua hingga 20 orang rakan kongsi. Sumbangan modal Modal pemilikan tunggal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri dan pinjaman daripada ahli keluarga manakala modal perkongsian disumbangkan oleh rakan kongsi. 10 Tiga bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada usahawan PKS ialah: Infrastruktur Kerajaan melalui agensi seperti MARA, PKEN dan UDA menyediakan tapak perniagaan, bangunan dan premis perniagaan untuk memudahkan pengusaha PKS memasarkan produk mereka. Pembiayaan/kewangan Kerajaan melalui agensi seperti MARA dan SME Bank memberi bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman jangka pendek dan jangka panjang kepada pengusaha PKS. Khidmat nasihat Kerajaan melalui agensi seperti SMIDEC dan MARA memberi khidmat nasihat berkaitan dengan pengurusan dan pemasaran produk kepada pengusaha PKS supaya perniagaan dan produk mereka lebih berdaya saing. 11 Bagaimana kerajaan membantu PKS berdasarkan program berikut: (a) Program Rantaian Industri Programinibertujuanmenggalakkanpenyertaan PKS sebagai pembekal yang berwibawa dan berdaya saing untuk membekalkan alatan dan komponen atau perkhidmatan kepada industri besar dan syarikat multinasional. (b) Program Pembangunan Pemasaran Objektif keseluruhan program ini adalah untuk membantu PKS yang terlibat dalam pengeluaran pelbagai jenis produk untuk meneroka dan merebut peluang pasaran, melebarkan saiz pasaran sedia ada, dan meningkatkan daya saing dalam pasaran terbuka. (c) Program Peningkatan Kemahiran Program ini bertujuan menyediakan pusat latihan untuk pekerja PKS bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja PKS dari aspek teknikal dan pengurusan. Bidang yang diberikan keutamaan ialah bidang kritikal seperti elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan. 12 Dua persamaan dan dua perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad ialah: Persamaan • Kedua-dua syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 • Kedua-dua syarikat memperoleh modal melalui penjualan saham • Kedua-dua syarikat perlu membayar cukai keuntungan syarikat [pilih mana-mana dua] Perbezaan Bilangan ahli Syarikat sendirian berhad mempunyai bilangan ahli antara dua orang hingga 50 orang, manakala syarikat awam berhad mempunyai bilangan ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tiada had maksimum. Pindah milik saham Pindah milik saham syarikat sendirian berhad perlu mendapatkan persetujuan semua pemegang saham. Dalam syarikat awam berhad pula, saham bebas dipindah milik tanpa persetujuan pemegang saham. 13 Tiga program kerajaan berserta contoh agensi yang terlibat untuk membantu membangunkan PKS ialah: Program Pembangunan Infrastruktur Pihak kerajaan menyediakan kemudahan prasarana untuk PKS. Contohnya, kerajaan melalui MARA dan UDA menyediakan tapak dan premis perniagaan untuk PKS. Program Pembangunan Pemasaran Pihak kerajaan menyediakan tapak dan premis untuk memudahkan PKS memasarkan produk secara terus kepada pengguna. Contohnya, kerajaan melalui FAMA menyediakan tapak pasar tani untuk membantu PKS memasarkan hasil pertanian secara langsung kepada pengguna. Program Peningkatan Kemahiran Pihak kerajaan menyediakan latihan untuk pengusaha PKS. Contohnya, kerajaan melalui MARA dan NPC menyediakan latihan kemahiran untuk pengusaha PKS dari aspek pengurusan akaun, pengurusan kewangan, pemasaran dan pengeluaran. Bahagian B 1 (a) (i) Nilai sumbangan PKS = Peratusan sumbangan PKS kepada KDNK  KDNK Tahun Nilai sumbangan PKS (RM juta) 2007 29.40 100  521 318 = 153 267.49 2010 31.40 100  742 375 = 233 105.75 Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 117 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


118 119 (ii) Tahun Nilai sumbangan PKS (RM juta) Kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS (%) 2005 28.70 100  415 769 = 119 325.70 – 2006 136 996.12 136 996.12 – 119 325.70 119 325.70  100 = 14.81 2007 2008 2009 2010 153 267.49 171 692.68 200 610.24 233 105.75 11.88 12.02 16.84 16.20 (b) Peratusan PKS = Bilangan PKS dalam sektor Jumlah PKS  100 Sektor Peratusan PKS (%) Pertanian 35 831 550 239  100 = 6.51 Pembuatan Perkhidmatan 7.33 86.16 (c) Tiga langkah kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan PKS di Malaysia ialah: • Mengurangkan kos penyeliaan yang ditanggung oleh PKS • Membina keupayaan dan kebolehan PKS • Memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat • Mengukuhkan sistem sokongan PKS • Meningkatkan akses PKS kepada sumber pembiayaan [pilih mana-mana tiga] 2 (a) PKS ialah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja tidak melebihi 150 orang dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta. (b) Kadar sumbangan PKS = Sumbangan PKS kepada KDNK KDNK  100 Tahun Kadar sumbangan PKS (%) 2007 187.0 610.0  100 = 30.66 2008 199.3 639.6  100 = 31.16 2009 2010 2011 2012 31.70 32.05 32.64 32.76 Kadar sumbangan PKS kepada KDNK Malaysia semakin meningkat. (c) (i) (ii) Tahun Kadar pertumbuhan nilai keluaran PKS (%) Kadar pertumbuhan KDNK (%) 2008 199.3 – 187.0 187.0  100 = 6.58 639.6 – 610.0 610.0  100 = 4.85 2009 2010 2011 2012 0.20 8.31 7.03 6.00 –1.52 7.14 5.10 5.61 3 (a) (i) Tahun Nilai sumbangan PKS kepada KDNK (RM juta) 2007 30.7 100  610.0 = 187.27 2012 32.7 100  749.1 = 244.96 Nilai sumbangan PKS meningkat pada tahun 2012 berbanding dengan tahun 2007. (ii) Tahun Nilai sumbangan PKS (RM juta) Kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS (%) 2007 187.27 – 2008 199.56 199.56 – 187.27 187.27  100 = 6.56 2009 2010 2011 2012 199.68 215.97 230.52 244.96 0.06 8.16 6.74 6.26 Kadar pertumbuhan nilai sumbangan PKS kepada KDNK menurun dengan drastik antara tahun 2008 hingga 2009 tetapi kemudiannya meningkat dengan tinggi pada tahun 2010 sebelum menurun semula sehingga tahun 2012. (b) Nilai sumbangan PKS berdasarkan sektor ekonomi = Peratusan sumbangan PKS berdasarkan sektor ekonomi  KDNK tahun 2012 Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 118 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


118 119 Sektor ekonomi Nilai sumbangan PKS kepada KDNK (RM juta) Utama (pertanian, perlombongan dan kuari) (11.2 + 0.2) 100  749.1 = 85.40 Kedua (pembuatan dan pembinaan) (24.1 + 2.8) 100  749.1 = 201.51 Ketiga (perkhidmatan) 61.7 100  749.1 = 462.19 4 (a) Peratusan bilangan PKS = Bilangan PKS dalam sektor ekonomi Jumlah PKS  100 Sektor ekonomi Bilangan PKS Peratusan bilangan PKS (%) Utama 6 708 + 299 = 7 007 7 007 645 091  100 = 1.09 Kedua 37 861 + 19 238 = 57 099 57 099 645 091  100 = 8.85 Ketiga 580 985 90.06 Kebanyakan PKS terlibat dalam sektor perkhidmatan. (b) Peratusan sumbangan nilai output kasar = Nilai output kasar sektor ekonomi Jumlah output kasar  100 Sektor ekonomi Nilai output kasar (RM juta) Peratusan sumbangan nilai output kasar (%) Utama 5 194 + 1 105 = 6 299 6 299 507 089  100 = 1.24 Kedua 194 032 + 20 118 = 214 150 214 150 507 089  100 = 42.23 Ketiga 286 640 56.53 Sektor ketiga (perkhidmatan) memberikan sumbangan paling besar kepada nilai output kasar negara, diikuti dengan sektor kedua. (c) Dua program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada nilai output kasar negara ialah: Program Rantaian Industri Bertujuan menjadikan PKS tempatan sebagai pembekal utama peralatan, komponen atau perkhidmatan untuk syarikat besar dan syarikat multinasional. PKS yang terlibat menikmati kemudahan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan. Program Pembangunan Infrastruktur Program ini membantu PKS menjalankan operasi mereka di kawasan dan premis yang disediakan serta diluluskan oleh kerajaan, antaranya di Zon Perindustrian Bebas. 5 (a) (i) Dua ciri PKS ialah: • Mempunyai bilangan pekerja tidak melebihi 150 orang • Menggunakan teknologi pengeluaran yang rendah/berintensifkan buruh (ii) Dua jenis kegiatan PKS dalam sektor perkhidmatan ialah: • Perniagaan borong dan runcit • Penginapan dan restoran (b) (i) (ii) Tahun Kadar pertumbuhan nilai ditambah (%) PKS Syarikat besar 2011 231.7 – 216.3 216.3  100 = 7.12 480.1 – 460.4 460.4  100 = 4.28 2012 245.6 – 231.7 231.7  100 = 6.00 506.3 – 480.1 480.1  100 = 5.46 2013 6.27 4.01 Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 119 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


120 121 (iii) Tidak bersetuju; antara tahun 2011 hingga 2012, kadar pertumbuhan nilai ditambah PKS menurun manakala kadar pertumbuhan nilai ditambah syarikat besar meningkat. Antara tahun 2012 hingga 2013 pula, kadar pertumbuhan nilai ditambah PKS meningkat manakala kadar pertumbuhan nilai ditambah syarikat besar menurun. (c) KDNK = Nilai ditambah PKS + Nilai ditambah syarikat besar Tahun KDNK (RM bilion) Peratusan sumbangan nilai ditambah PKS kepada KDNK (%) 2012 245.6 + 506.3 = 751.9 245.6 751.9  100 = 32.66 2013 261.0 + 526.6 = 787.6 261.0 787.6  100 = 33.14 6 (a) Dua subsektor yang terdapat dalam sektor pertanian ialah: • Subsektor perhutanan • Subsektor perikanan • Subsektor penternakan [pilih mana-mana dua] (b) Sektor Nilai sumbangan sektor kepada KDNK PKS (RM bilion) 2012 2013 Perkhidmatan 61.7 100  245.4 = 151.41 62.1 100  261.0 = 162.08 Pembuatan 24.1 100  245.4 = 59.14 23.7 100  261.0 = 61.86 Pertanian Pembinaan 24.54 6.87 25.32 7.83 (c) (i) Butiran Kadar pertumbuhan (%) KDNK PKS 261.0 – 245.4 245.4  100 = 6.36 KDNK keseluruhan 787.6 – 751.5 751.5  100 = 4.80 (ii) Kadar pertumbuhan KDNK PKS adalah selari dengan kadar pertumbuhan KDNK keseluruhan, iaitu mencatatkan peningkatan. (d) Dua sumbangan PKS kepada ekonomi negara Malaysia ialah: • Mencipta peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran • Meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai oleh PKS • Mengurangkan import barangan pengguna daripada negara lain [pilih mana-mana dua] BAB 5 Bahagian A 1 (a) Maksud fungsi institusi kewangan berikut: (i) Perantara kewangan Institusi kewangan menyalurkan dana/ tabungan daripada unit yang mempunyai lebihan dana kepada unit yang mengalami kekurangan dana. (ii) Penyerakan dan perkongsian risiko Institusi kewangan insurans berkongsi beban kerugian atau pulangan daripada risiko di luar jangkaan yang berlaku terhadap nyawa dan harta benda. (b) Bagaimana bank perdagangan menjalankan fungsi sebagai perantara kewangan Perantara tabungan Bank perdagangan bertindak sebagai perantara tabungan untuk unit yang mempunyai lebihan dana melalui deposit tabungan, deposit tetap dan deposit semasa. Bank perdagangan akan menggunakan wang tabungan tersebut untuk memberi pinjaman kepada unit yang mengalami kekurangan dana. Perantara pembiayaan Bank perdagangan memberi pinjaman overdraf kepada pemegang deposit semasa apabila baki akaun pemegang deposit semasa tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan atau hutang semasa. Perantara pelaburan Bank perdagangan melaburkan dananya dalam bentuk pelaburan saham dan sekuriti kerajaan. Pulangan daripada pelaburan akan diagihkan kepada unit yang membuat tabungan. [pilih mana-mana dua] Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 120 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


120 121 2 Tiga masalah yang sering dihadapi oleh peniaga untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada institusi kewangan ialah: Masalah cagaran Kekurangan harta atau aset seperti tanah dan rumah yang boleh dicagarkan kepada institusi kewangan menghalang peniaga untuk mendapatkan kemudahan pinjaman. Prosedur pemberian kredit Peniaga perlu menyediakan dokumen lengkap yang berkaitan dengan kedudukan kewangan perniagaannya bagi menyokong jumlah pinjaman yang ingin dipohon. Kegagalan menyediakan dokumen sokongan yang lengkap akan menyukarkan peniaga untuk memperoleh pinjaman. Penyediaan kertas kerja Peniaga perlu menyediakan kertas kerja berkaitan dengan rancangan perniagaan yang menerangkan secara menyeluruh projek perniagaan yang hendak dijalankan. Kegagalan menyediakan kertas kerja yang lengkap akan menyebabkan institusi kewangan tidak yakin untuk memberi kemudahan kredit kepada peniaga. Pembayaran balik kredit Institusi kewangan akan menilai kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman yang dibuat melalui pemantauan/audit pulangan perniagaan dari semasa ke semasa. Semasa ekonomi menghadapi kemelesetan, pulangan atau keuntungan yang dinikmati oleh peniaga akan berkurang. Kesannya, institusi kewangan turut mengurangkan jumlah kredit pada masa hadapan. [pilih mana-mana tiga] 3 (a) Unit lebihan merupakan penyimpan yang mempunyai lebihan tunai/dana untuk disimpan di institusi kewangan dalam bentuk deposit tabungan, deposit tetap, deposit semasa atau deposit pelaburan. Unit kurangan merupakan peminjam yang memerlukan modal/dana bagi tujuan perniagaan, pembelian aset atau pembelian saham. (b) Dua peranan institusi kewangan bukan perbankan berikut: (i) KWSP • Membantu pekerja, terutama dalam sektor swasta untuk membuat tabungan sebagai kegunaan hari tua (selepas persaraan) melalui pembayaran caruman bulanan oleh majikan dan pekerja sendiri • Sumber pinjaman dalam negara yang utama bagi pihak kerajaan (ii) Syarikat insurans • Menyediakan perlindungan untuk pemegang polisi insurans daripada risiko kerugian akibat kehilangan nyawa dan harta benda dengan membayar pampasan kepada mereka sekiranya risiko yang diinsuranskan benar-benar berlaku • Menyediakan tabungan untuk pemegang polisi insurans dalam bentuk insurans nyawa dan insurans pendidikan yang membenarkan pemegang polisi mengeluarkan wang tabungan selepas suatu tempoh tertentu 4 Tiga peranan institusi kewangan dalam membangunkan ekonomi negara ialah: Menstabilkan ekonomi negara Semasa kemelesetan ekonomi, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan untuk menjalankan dasar kewangan mengembang dengan menambahkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga. Sebaliknya, semasa inflasi, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan untuk menjalankan dasar kewangan menguncup dengan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga. Sumber pinjaman untuk kerajaan Institusi kewangan merupakan sumber pinjaman dalam negara untuk kerajaan bagi membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Bantuan kewangan yang diberikan dapat membantu kerajaan mengurangkan pinjaman dari luar negara. Meningkatkan guna tenaga Perkembangan institusi kewangan yang pesat mendorong pengambilan lebih banyak tenaga buruh untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan perbankan. Peluang pekerjaan yang banyak dapat mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara. 5 (a) Perantara kewangan merupakan fungsi yang dijalankan oleh institusi kewangan untuk menyalurkan dana daripada unit yang mempunyai lebihan dana kepada unit yang mengalami kekurangan dana. (b) Dua kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan dalam melaksanakan fungsinya sebagai perantara kewangan ialah: Menyediakan tabungan Bank perdagangan menerima simpanan daripada unit yang mempunyai lebihan dana yang kemudiannya disimpan dalam bentuk deposit tabungan, deposit tetap dan deposit semasa. Menyediakan pembiayaan Bank perdagangan menggunakan dana yang disimpan oleh pelanggannya untuk memberi pembiayaan kepada unit yang mengalami kekurangan dana. Jenis pembiayaan yang disediakan oleh bank perdagangan ialah Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 121 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


122 123 pinjaman overdraf untuk pemegang deposit semasa, pinjaman bercagar dan pinjaman tidak bercagar. Menyediakan kemudahan pembayaran Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan membuat bayaran kepada satu pihak sebagaimana yang diarahkan oleh pihak lain. Bentuk perkhidmatan pembayaran yang disediakan ialah pindahan kredit, perintah sedia ada, cek dan debit langsung. [pilih mana-mana dua] 6 Tiga fungsi bank perdagangan sebagai agensi pemberi kredit ialah: Menyediakan kemudahan overdraf Overdraf ialah kemudahan pinjaman jangka pendek yang diberikan kepada pemegang deposit semasa. Melalui kemudahan ini, pemegang deposit semasa dibenarkan membuat pembayaran melebihi baki akhir dalam akaun deposit semasa. Kadar bunga hanya dikenakan atas jumlah wang yang dikeluarkan. Pinjaman bercagar Peminjam boleh mendapatkan pinjaman dengan mencagarkan aset berharga seperti rumah dan tanah. Jumlah pinjaman yang diluluskan bergantung pada nilai aset yang dicagarkan. Pendiskaunan bil pertukaran Bank perdagangan memberi kemudahan kredit kepada pelanggan dengan membeli bil pertukaran daripada pelanggan pada kadar diskaun dan perolehannya akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan. Apabila tempoh matang bil pertukaran tersebut tamat, bank akan menuntut bayaran sepenuhnya daripada pelanggan. 7 Fungsi institusi kewangan berikut sebagai agensi pemberi kredit: (a) Syarikat insurans Kemudahan kredit diberikan kepada pemegang polisi insurans hayat sekiranya polisi insurans hayat tersebut mempunyai nilai tunai. Bunga akan dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman yang dibuat. Sekiranya peminjam gagal membayar balik nilai pinjaman berserta bunga yang dikenakan, bunga akan terus ditambah ke atas nilai pinjaman tersebut. (b) Koperasi Koperasi memberi kemudahan pinjaman peribadi berbentuk jangka pendek kepada ahlinya. Syarat pembayaran balik pinjaman dan kadar bunga atas pinjaman dinyatakan dalam perjanjian antara kedua-dua pihak. (c) Pajak gadai (ar-Rahnu) Pinjaman tunai diberikan kepada pelanggan dan sebagai jaminan, pelanggan perlu mencagarkan sesuatu barang atau aset tertentu. Barang gadaian boleh ditebus balik dalam tempoh yang dipersetujui atau pada bila-bila masa sebelum tempoh tersebut. Sekiranya pelanggan gagal menebus barangnya selepas tamat tempoh yang ditetapkan, barang gadaian tersebut boleh dilupuskan. 8 Dua persamaan fungsi bank perdagangan dan fungsi syarikat kewangan sebagai perantara kewangan ialah: • Kedua-dua institusi kewangan menyediakan kemudahan simpanan dalam bentuk deposit tabungan dan deposit tetap • Kedua-dua institusi kewangan menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi Dua perbezaan antara fungsi bank perdagangan dengan fungsi syarikat kewangan sebagai perantara kewangan ialah: • Bank perdagangan menyediakan kemudahan deposit semasa yang membolehkan pelanggan melakukan pengeluaran wang melalui cek, manakala syarikat kewangan tidak menyediakan kemudahan deposit semasa • Bank perdagangan menyediakan kemudahan pembiayaan dalam bentuk overdraf untuk pemegang deposit semasa yang membenarkan pelanggan mengeluarkan wang melebihi baki akhir dalam akaun deposit semasa, manakala syarikat kewangan tidak menyediakan kemudahan pembiayaan ini 9 (a) Institusi kewangan merupakan badan atau organisasi yang mengumpulkan dana daripada pendeposit dan kemudiannya meminjamkan dana tersebut kepada pihak lain bagi tujuan mendapatkan keuntungan. (b) Peranan institusi kewangan dari aspek berikut: (i) Pertumbuhan ekonomi Dana yang diperoleh daripada pendeposit digunakan oleh institusi kewangan untuk menjalankan pelaburan langsung dalam bidang tertentu. Dana tersebut juga menjadi sumber pinjaman kepada pihak kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara. (ii) Kos menjalankan perniagaan Institusi kewangan dapat membantu peniaga untuk menjimatkan kos perniagaan dengan menjadi perantara kewangan yang menyalurkan wang kepada peniaga yang memerlukan dana. Secara tidak langsung, peniaga dapat menjimatkan kos untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak lain. 10 Fungsi institusi kewangan dari aspek berikut: (a) Perantara kewangan Institusi kewangan bertindak sebagai perantara kewangan dengan mengumpulkan wang daripada pendeposit/penabung yang mempunyai Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 122 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


122 123 lebihan dana dan kemudiannya menyalurkan dana itu kepada peminjam atau pihak yang mengalami kekurangan dana. Pendeposit akan menerima ganjaran dalam bentuk faedah atas tabungan manakala peminjam akan dikenakan bunga atas jumlah pinjaman yang dibuat. (b) Penyerakan risiko Untuk mengurangkan risiko atas dana pendeposit, institusi kewangan akan menyalurkan pinjaman kepada pelbagai pihak dan sektor. Sebelum meluluskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengarahkan peminjam untuk menyediakan cagaran, kertas kerja dan dokumen sokongan berkaitan sebagai jaminan pembayaran balik dan bukti kemampuan membayar balik pinjaman. Dengan cara ini, risiko kerugian yang mungkin dialami oleh pemilik dana akibat kegagalan peminjam membayar balik pinjaman dapat diminimumkan. (c) Perkongsian risiko Institusi kewangan seperti syarikat insurans akan menerima dana dalam bentuk premium daripada pemegang polisi insurans dan membayar pampasan sekiranya risiko yang diinsuranskan berlaku ke atas pemegang polisi insurans. Jaminan perlindungan ini dapat mengurangkan risiko menjalankan perniagaan dan seterusnya mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga sekiranya berlaku sebarang risiko di luar jangkaan. 11 Tiga jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh bank perdagangan sebagai agensi pemberi kredit yang utama dalam institusi perbankan ialah: Pinjaman bercagar Pinjaman berbentuk jangka panjang yang memerlukan peminjam menyediakan aset/harta seperti bangunan dan tanah untuk dicagarkan. Faedah atas pinjaman dikenakan atas jumlah keseluruhan pinjaman. Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyebabkan aset yang dicagarkan oleh peminjam dilelong oleh pihak bank. Pinjaman peribadi Pinjaman berbentuk jangka pendek, biasanya kurang daripada 10 tahun. Pemohon pinjaman perlu menyediakan laporan kewangan yang kukuh atau penjamin. Faedah atas pinjaman dikenakan atas jumlah keseluruhan pinjaman. Pinjaman kad kredit Pinjaman berbentuk jangka pendek yang digunakan oleh peminjam untuk membiayai perbelanjaan harian seperti pakaian dan minyak petrol. Faedah hanya dikenakan atas jumlah perbelanjaan yang dilakukan. 12 Tiga persamaan dan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan ialah: Persamaan • Kedua-dua institusi perbankan ditubuhkan oleh pihak swasta dan bermatlamatkan keuntungan • Kedua-dua institusi perbankan menyediakan perkhidmatan deposit tetap • Kedua-dua institusi perbankan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia Perbezaan Deposit semasa Bank perdagangan menerima deposit semasa daripada pelanggan, tetapi syarikat kewangan tidak menyediakan perkhidmatan deposit semasa. Kadar faedah Bank perdagangan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah atas deposit tetap dan deposit tabungan berbanding dengan syarikat kewangan. Pinjaman Bank perdagangan menyediakan kemudahan overdraf untuk pemegang akaun deposit semasa, tetapi syarikat kewangan tidak menyediakan kemudahan overdraf disebabkan ketiadaan perkhidmatan deposit semasa. Kemudahan pembayaran Bank perdagangan menyediakan kemudahan pembayaran seperti perintah sedia ada, pindahan kredit dan draf bank, tetapi syarikat kewangan tidak menyediakan kemudahan tersebut. [pilih mana-mana tiga] 13 Bagaimana institusi perbankan dan institusi kewangan bukan perbankan berikut berfungsi sebagai agensi penerima deposit: (a) Bank perdagangan Menerima deposit tetap, deposit tabungan dan deposit semasa daripada orang ramai dan syarikat. (b) Syarikat kewangan Menerima deposit tetap dan deposit tabungan daripada orang ramai dan syarikat. (c) Bank pelaburan Menerima deposit tetap daripada syarikat. (d) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Menerima caruman wajib daripada pekerja dan majikan dalam sektor swasta. (e) Syarikat insurans Menerima bayaran premium sebagai balasan atas perlindungan kewangan yang diberikan kepada pemegang polisi insurans daripada risiko tertentu. (f) Bank Simpanan Nasional Menerima deposit tetap dan deposit tabungan daripada orang ramai dan syarikat. Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 123 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


124 125 BAB 6 Bahagian A 1 Tiga punca kemiskinan di Malaysia ialah: Akses pasaran terhad Pengusaha sektor pertanian sukar memasarkan hasil keluaran mereka akibat kekurangan modal dan sumber maklumat. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada pemborong yang membeli keluaran mereka pada harga yang lebih rendah tetapi kemudiannya memasarkan keluaran tersebut kepada pihak lain pada harga yang tinggi. Kesannya, pendapatan yang diperoleh petani adalah rendah. Modal terhad Penduduk luar bandar sukar memperoleh modal dan pinjaman daripada institusi kewangan untuk menambahkan hasil pengeluaran. Ini menyebabkan hasil pengeluaran adalah rendah dan seterusnya, pendapatan yang diperoleh juga rendah. Teknologi rendah Tingkat teknologi yang rendah dan pengamalan kaedah tradisional dalam sektor pertanian menyebabkan produktiviti adalah rendah. Kesannya, pendapatan yang diperoleh petani juga rendah. Tahap pendidikan rendah Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan penduduk luar bandar sukar mempelajari kemahiran baharu dan menerima pembaharuan yang dibawa oleh pertumbuhan ekonomi negara yang pesat. Keengganan menerima dan melaksanakan perubahan ekonomi menyebabkan pendapatan golongan ini sentiasa rendah. [pilih mana-mana tiga] 2 (a) Pekali Gini merupakan satu ukuran yang menunjukkan pemusatan pendapatan. Nilai Pekali Gini adalah dalam lingkungan antara 0 hingga 1. Nilai Pekali Gini '0' menunjukkan agihan pendapatan adalah paling saksama, manakala nilai Pekali Gini '1' menunjukkan agihan pendapatan adalah paling tidak saksama. (b) Dua sumber pendapatan bukan upah yang diterima oleh masyarakat ialah: Sewa Ganjaran yang diterima oleh pemilik faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran terhad. Contohnya, sewa tanah dan sewa rumah. Dividen Ganjaran yang diterima oleh pemegang saham melalui pengagihan sebahagian keuntungan syarikat. Peratusan ganjaran keuntungan yang diterima tidak tetap. Semakin tinggi keuntungan syarikat, semakin tinggi kadar dividen yang akan dibayar kepada pemegang saham. Bunga Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal daripada peminjam. Peratusan atau kadar bunga yang diterima adalah tetap. Untung Ganjaran yang diterima oleh usahawan/peniaga yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Jumlah keuntungan yang diterima tidak tetap, iaitu boleh mendapat keuntungan yang tinggi ataupun mendapat kerugian. Harta pusaka Harta atau aset bernilai yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal dunia untuk warisnya. Semakin tinggi nilai harta peninggalan, semakin tinggi pendapatan yang akan diperoleh. Bayaran pindahan Ganjaran yang diterima oleh seseorang tanpa menyumbangkan tenaga secara fizikal atau mental dalam aktiviti pengeluaran barang dan perkhidmatan. Contohnya, pesara dalam perkhidmatan awam menerima ganjaran pencen. [pilih mana-mana dua] 3 (a) Kemiskinan mutlak ialah kemiskinan yang berkaitan dengan kekurangan pendapatan untuk memenuhisara hidup yang minimum atau memenuhi keperluan asas dalam kehidupan, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemiskinan relatif ialah kedudukan tahap kemiskinan sesuatu kumpulan berbanding dengan kumpulan lain, iaitu perbezaan tingkat pendapatan antara etnik atau strata. (b) Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan di bawah garis kemiskinan/taraf hidup yang lebih rendah daripada pendapatan garis kemiskinan yang ditentukan. Kemiskinan relatif diukur berdasarkan tingkat pendapatan bagi sekumpulan isi rumah. (c) Dua langkah untuk mengatasi kemiskinan mutlak ialah: • Penyediaan tempat tinggal untuk isi rumah yang miskin melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) • Bantuan makanan untuk pelajar daripada keluarga miskin melalui Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) • Bantuan kewangan dan bukan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat • Bantuan kewangan untuk isi rumah Islam yang miskin melalui kutipan zakat oleh Baitulmal [pilih mana-mana dua] 4 (a) Kemiskinan relatif ialah kemiskinan berdasarkan perbezaan tingkat pendapatan mengikut kumpulan dan strata (kumpulan etnik, kumpulan penduduk bandar dan luar bandar, mengikut negeri). Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 124 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


124 125 (b) Dua faktor yang menyebabkan kemiskinan relatif ialah: Perbezaan status sosioekonomi Tahap pendidikan yang berbeza menyebabkan jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan yang diperoleh adalah berbeza. Pembangunan tidak seimbang antara wilayah/ kawasan Proses pembangunan yang lebih bertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia berbanding dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur menyebabkan pendapatan yang diterima oleh penduduk di Pantai Barat adalah lebih tinggi daripada penduduk di Pantai Timur dan Malaysia Timur. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar Penduduk luar bandar yang tiada kemahiran dan berpendidikan rendah yang bekerja di bandar mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada penduduk bandar Perbezaan teknologi Penduduk di negeri yang bergiat dalam sektor pertanian seperti Kedah mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada penduduk di negeri yang bergiat dalam sektor perindustrian seperti Selangor. Hal ini kerana teknologi pengeluaran yang digunakan dalam sektor pertanian lebih rendah daripada teknologi pengeluaran yang digunakan dalam sektor perindustrian. [pilih mana-mana dua] 5 (a) Kemiskinan tegar Kemiskinan yang dialami oleh isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan. Pendapatan bulanan tersebut hanya mencukupi untuk membeli makanan asas minimum bagi membolehkan ahli isi rumah meneruskan kehidupan mereka. (b) Kemiskinan mutlak Kemiskinan yang dialami oleh isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada PGK. Pendapatan bulanan tersebut hanya mencukupi untuk membeli keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. (c) Pendapatan garis kemiskinan (PGK) Pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah pendapatan yang sekadar mencukupi untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pendapatan garis kemiskinan melibatkan dua komponen, iaitu PGK makanan dan PGK bukan makanan. Pendapatan garis kemiskinan juga berbeza mengikut lokasi, iaitu PGK Semenanjung Malaysia lebih tinggi daripada PGK Sabah dan Sarawak. 6 (a) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) • Membantu petani memasarkan hasil pertanian/mempromosikan hasil pertanian petani • Menyediakan ruang niaga kepada petani untuk memasarkan hasil pertanian seperti di Pasar Tani • Membantu petani untuk memproses hasil pertanian • Memberi khidmat nasihat dan latihan kepada petani [pilih mana-mana dua] (b) Baitulmal • Memberi bantuan kewangan kepada golongan yang miskin dan asnaf • Memberi bantuan modal kepada golongan miskin yang ingin berniaga • Memberi latihan dan pendidikan kepada golongan miskin dan asnaf seperti menyediakan Kolej Kemahiran Baitulmal • Mengagihkan zakat kepada isi rumah yang tergolongan dalam kalangan miskin dan asnaf. [pilih mana-mana dua] (c) AIM • Bantuan modal dan kewangan kepada golongan miskin untuk mengembangkan perniagaan • Memberi khidmat nasihat untuk menjalankan perniagaan kepada golongan miskin • Memberi kemudahan kredit mikro kepada golongan miskin. [pilih mana-mana dua] 7 Tiga dasar kerajaan dalam membasmi kemiskinan ialah: Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar ini merupakan dasar jangka panjang kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui strategi meningkatkan pendapatan dan menambahkan peluang pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Bagi menjayakan matlamattersebut, kerajaan telah memperbanyak kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan pelajaran untuk rakyat. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Dasar yangmenggantikanDEBdenganmengekalkan matlamat yang sama, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Antara strategi yang dilaksanakan ialah mempertingkatkan latihan kemahiran untuk belia luar bandar melalui bantuan subsidi dan khidmat nasihat. Di samping itu, kerajaan turut meneruskan bantuan subsidi untuk golongan petani, penanam padi dan nelayan bagi membantu mereka mempertingkatkan produktiviti dan seterusnya, menambahkan pendapatan. Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 125 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


126 127 Dasar Wawasan Negara (DWN) Matlamat utama dasar ini ialah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Bantuan kerajaan lebih bertumpu pada kelompok kecil yang tinggal di kawasan terpencil seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti di Sabah dan Sarawak. 8 Strategi pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (a) Membasmi kemiskinan • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan miskin supaya mereka dapat menambahkan pendapatan dan keluar daripada belenggu kemiskinan • Memperkukuh Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program kemiskinan lain di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) • Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dengan meningkatkan kadar pertumbuhan negeri-negeri yang kurang maju melalui galakan pertumbuhan dalam sektor pembuatan, pelancongan dan pertanian moden (b) Menyusun semula masyarakat • Mengekal dan meningkatkan pemegangan saham oleh bumiputera dan kawalan bumiputera ke atas syarikat melalui pelaksanaan pelbagai program seperti mewujudkan skim unit amanah dan penswastaan • Menggalakkan institusi dan agensi unit amanah bumiputera untuk menggembleng sumber-sumber milik bumiputera bagi mewujudkan peluang kekayaan baharu • Menggalakkan usaha sama dan perkongsian strategik antara usahawan bumiputera dengan usahawan bukan bumiputera dan pelabur asing untuk menikmati faedah dalam bentuk pemindahan teknologi, penembusan pasaran dan kepakaran pengurusan 9 (a) (i) Pekali Gini mengukur tentang ketidaksetaraan agihan pendapatan dalam sesebuah negara. Nilai Pekali Gini berada di antara 0 hingga 1. (ii) Negara X mempunyai nilai Pekali Gini yang menghampiri nilai 0, maka agihan pendapatan lebih saksama. Negara Y mempunyai nilai Pekali Gini yang menghampiri nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan kurang saksama (b) (i) Biasiswa (ii) Bayaran pencen 10 Dua program yang dijalankan oleh agensi berikut untuk membasmi kemiskinan: (a) FAMA • Pasar Tani – menyediakan tapak gerai untuk usahawan tani supaya mereka dapat menjual hasil pertanian secara terus kepada pengguna • Ladang Kontrak – membantu petani mendapat pulangan yang setimpal dengan hasil yang dikeluarkan melalui penjualan hasil pertanian secara terus kepada FAMA (b) Jabatan Kebajikan Masyarakat • Penyediaan bantuan kewangan untuk kanak-kanak miskin supaya mereka dapat terus dijaga oleh keluarga masing-masing • Penyediaan elaun dan bantuan kewangan untuk warga emas yang tidak dapat dijaga oleh keluarga/waris mereka (c) Baitulmal • Pusat Zakat – bantuan kewangan untuk golongan fakir dan miskin bagi tujuan pendidikan, perubatan dan perniagaan • Institut Kemahiran Baitulmal – menyediakan kursus latihan kemahiran seperti kursus masakan dan seni lukis untuk anak-anak dari kalangan keluarga Islam yang memerlukan 11 (a) Kemiskinan mutlak merujuk kepada kekurangan pendapatan untuk memenuhi perbelanjaan sara hidup yang minimum, iaitu memenuhi keperluan asas makanan, pakaian dan tempat tinggal. (b) Dua faktor yang boleh menyebabkan kemiskinan mutlak ialah: Ketiadaan/kekurangan akses pasaran Ketidakupayaan seseorang untuk memasarkan produk akibat kemudahan pemasaran yang terhad menyebabkan dia hanya memperoleh pendapatan yang rendah dan hidup dalam kemiskinan. Ketiadaan/kekurangan modal Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dan tabungan sifar atau rendah menyebabkan seseorang tidak dapat memulakan atau mengembangkan perniagaan. Kesannya, pendapatan yang diperoleh rendah atau tidak berubah dan menyebabkan masalah kemiskinan. Tahap teknologi pengeluaran yang rendah Kekurangan penguasaan tentang pengetahuan teknologi moden menyebabkan seseorang terpaksa mengekalkan kaedah pengeluaran tradisional. Kesannya, daya pengeluaran dan tingkat pendapatan adalah rendah. Akhirnya, dia terus dibelenggui kemiskinan. [pilih mana-mana dua] Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 126 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


126 127 12 (a) Kemiskinan mutlak ialah keadaan yang berlaku apabila isi rumah mengalami kekurangan pendapatan untuk memenuhi perbelanjaan sara hidup yang minimum, iaitu memenuhi keperluan asas makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemiskinan tegar ialah keadaan yang berlaku apabila pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan. (b) Perbezaan pengukuran antara kemiskinan mutlak dengan kemiskinan tegar ialah: • Kemiskinan mutlak diukur berdasarkan pendapatan isi rumah yang lebih rendah daripada PGK makanan dan bukan makanan • Kemiskinan tegar diukur berdasarkan pendapatan isi rumah yang kurang daripada PGK makanan (c) Dua langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan tegar ialah: • Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) • Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) • Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat • Subsidi faktor pengeluaran (minyak diesel untuk nelayan, baja untuk pesawah padi) • Skim Baucar Tuisyen • Bayaran zakat kepada golongan Islam yang miskin [pilih mana-mana dua] Bahagian B 1 (a) Miskin tegar merujuk kepada pendapatan isi rumah yang kurang daripada pendapatan garis kemiskinan makanan, iaitu hanya mampu memenuhi keperluan makanan sahaja. Miskin merujuk kepada pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan. (b) (i) Kategori kemiskinan Peratusan isi rumah (%) Miskin tegar 43 200 2 400 000  100 = 1.8 Miskin 182 400 2 400 000  100 = 7.6 Berpendapatan rendah 90.6 (ii) Kebanyakan isi rumah berada dalam kategori berpendapatan rendah. (c) Dua faktor yang menyebabkan kemiskinan berlaku ialah: Akses pasaran terhad Petani sukar memasarkan hasil keluaran mereka disebabkan kekurangan modal dan sumber maklumat. Mereka terpaksa bergantung pada pemborong yang akan membeli keluaran mereka pada harga yang lebih rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Kesannya, pendapatan yang diterima adalah rendah. Modal terhad Penduduk luar bandar sukar memperoleh modal dan pinjaman daripada institusi kewangan untuk menambahkan hasil pengeluaran. Ini menyebabkan hasil pengeluaran adalah rendah dan seterusnya, pendapatan yang diperoleh juga rendah. Teknologi rendah Tingkat teknologi yang rendah dan pengamalan kaedah tradisional dalam sektor pertanian menyebabkan produktiviti adalah rendah. Kesannya, pendapatan yang diperoleh juga rendah. Tahap pendidikan rendah Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan penduduk luar bandar sukar mempelajari kemahiran baharu dan menerima pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan. Keengganan menerima dan melaksanakan perubahan ekonomi menyebabkan pendapatan golongan ini sentiasa rendah. [pilih mana-mana dua] (d) Dua program yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan tegar ialah: • Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) – penyediaan tempat tinggal untuk golongan miskin • Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) – bantuan makanan untuk pelajar daripada keluarga miskin Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 127 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 129 (b) (i) Tahun Jurang pendapatan isi rumah kasar bulanan purata antara etnik Bumiputera dengan etnik Cina (RM) 2007 4 853 – 3 156 = 1 697 2009 5 011 – 3 624 = 1 387 2012 6 366 – 4 457 = 1 909 (ii) Jurang pendapatan isi rumah kasar bulanan purata antara kumpulan etnik Bumiputera dengan kumpulan etnik Cina menurun antara tahun 2007 hingga 2009 tetapi meningkat antara tahun 2009 hingga 2012. (c) (i) Tahun Kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata (%) Bandar Luar bandar 2009 4 705 – 4 356 4 356  100 = 8.01 2 545 – 2 283 2 283  100 = 11.48 2012 22.04 21.02 (ii) Kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata bagi strata bandar dan luar bandar semakin meningkat. 3 (a) Kemiskinan merujuk kepada pendapatan isi rumah yang tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan. Kemiskinan tegar merujuk kepada pendapatan isi rumah yang kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan, iaitu hanya mampu memenuhi keperluan makanan sahaja. (b) Butiran Bilangan isi rumah Kurang daripada RM500 sebulan (miskin tegar) 72 294 Kurang daripada RM1 000 sebulan (miskin) 72 294 + 367 495 = 439 789 Jumlah isi rumah (keseluruhan) 72 294 + 367 495 + 855 480 + 716 915 = 2 012 184 (i) Kadar kemiskinan = 439 789 2 012 184  100 = 21.86% (ii) Kadar kemiskinan tegar = 72 294 2 012 184  100 = 3.59% (iii) Kelas pendapatan (RM sebulan) Peratusan isi rumah (%) 1 000–1 499 855 480 2 012 184  100 = 42.51 1 500–1 999 716 915 2 012 184  100 = 35.63 (iv) Kadar kemiskinan = 21.86% Peratusan isi rumah dalam kelas pendapatan antara RM1 000 hingga RM1 999 sebulan = 42.51 + 35.63 = 78.14% Maka, perbezaan = 78.14 – 21.86 = 56.28% 4 (a) (i) Pendapatan garis kemiskinan (PGK) merujuk kepada pendapatan isi rumah yang sekadar mencukupi untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Miskin tegar merujuk kepada pendapatan isi rumah yang kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan, iaitu hanya mampu memenuhi keperluan makanan sahaja. 2 (a) Tahun Kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata (%) Bumiputera Cina India 2009 3 624 – 3 156 3 156  100 = 14.83 5 011 – 4 853 4 853  100 = 3.26 3 999 – 3 799 3 799  100 = 5.26 2012 22.99 27.04 30.86 Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 128 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 129 (ii) Tahun Kadar perubahan pendapatan garis kemiskinan bagi Semenanjung Malaysia (%) 2007 720 – 691 691  100 = 4.20 2009 760 – 720 720  100 = 5.56 (b) Negeri Peratusan jurang PGK purata antara golongan miskin dengan golongan miskin tegar (%) Johor 750 – 460 460  100 = 63.04 Selangor 810 – 470 470  100 = 72.34 Sabah 1 050 – 630 630  100 = 66.67 W.P. Kuala Lumpur 820 – 430 430  100 = 90.70 (c) (i) PGK purata kategori miskin bagi Malaysia = Jumlah PGK purata kategori miskin Bilangan negeri = 750 + 720 + 740 + 760 + 720 + 760 + 780 + 690 + 690 + 810 + 830 + 1 050 + 910 + 820 + 960 + 820 16 = 12 810 16 = RM800.63 (ii) PGK purata kategori miskin tegar bagi Malaysia = Jumlah PGK purata kategori miskin tegar Bilangan negeri = 460 + 450 + 500 + 460 + 450 + 490 + 450 + 440 + 440 + 470 + 560 + 630 + 590 + 430 + 560 + 420 16 = 7 800 16 = RM487.50 (d) Dua agensi yang membantu mengatasi masalah kemiskinan di Malaysia ialah: • Jabatan Kebajikan Masyarakat • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) • Baitulmal • Agensi pembangunan wilayah • FAMA [pilih mana-mana dua] Kertas Model STPM 1 Bahagian A 1 (a) (i) Pengangguran tak ketara (ii) Pengangguran kitaran (iii) Pengangguran struktur (iv) Pengangguran geselan (b) (i) Kebajikan dan taraf hidup penduduk menurun. (ii) Kadar kemiskinan meningkat. 2 Tiga jenis inflasi yang boleh berlaku di Malaysia ialah: Inflasi tarikan permintaan Inflasi ini berlaku kerana permintaan agregat melebihi penawaran agregat dalam ekonomi yang telah mencapai guna tenaga penuh. Lebihan permintaan agregat akan menyebabkan harga barangan secara keseluruhan meningkat. Inflasi tolakan kos Inflasi ini disebabkan kenaikan harga bahan mentah seperti minyak dan upah buruh. Kesannya, kos pengeluaran firma meningkat dan harga barangan naik. Inflasi diimport Inflasi ini disebabkan kenaikan harga bahan mentah atau barangan yang diimport. Kenaikan nilai mata wang asing menyebabkan harga barangan import meningkat. 3 Mengurangkan kadar pengangguran • Aktiviti perdagangan antarabangsa akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti pengangkutan dan perhotelan. • Ini akan meningkatkan guna tenaga dan mengurangkan kadar pengangguran. Meningkatkan pilihan pengguna • Dengan adanya perdagangan antarabangsa, pilihan penduduk tempatan akan meningkat. Penduduk tempatan bukan sahaja dapat memilih barangan tempatan tetapi juga dapat menikmati barangan yang diimport. Menikmati barangan yang tidak dikeluarkan dalam negara • Disebabkan perbezaan iklim dan sumber semula jadi, maka produk yang dikeluarkan antara negara adalah berbeza-beza. • Oleh itu, negara yang tidak mengeluarkan produk tertentu akan dapat mengimport barangan tersebut. 4 (a) Ciri-ciri perkongsian • Modal disumbangkan oleh rakan kongsi • Keuntungan dan kerugian diagihkan mengikut nisbah yang dipersetujui dalam perjanjian perkongsian Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 129 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


130 131 • Pemilik perkongsian terdiri daripada dua hingga 20 orang rakan kongsi (b) Ciri-ciri syarikat sendirian berhad • Modal disumbangkan oleh pemegang saham melalui penerbitan saham • Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen • Pemilik terdiri daripada minimum dua orang hingga 50 orang ahli/pemegang saham 5 (a) Bank Negara Malaysia (b) Bank perdagangan (c) Bank Islam (d) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (e) Syarikat insurans (f) Lembaga Tabung Haji 6 (a) Kemiskinan relatif merupakan konsep kemiskinan yang dilakukan dengan membandingkan purata pendapatan dan bahagian pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara pelbagai kumpulan penduduk sama ada mengikut purata pendapatan, etnik, kawasan kediaman dan sebagainya. (b) Kekurangan modal menghalang pengusaha mengembangkan perniagaan dan meningkatkan hasil pengeluaran. Kesannya, pendapatan yang diperoleh rendah dan masalah kemiskinan akan wujud. (c) (i) Program Pembangunan Rakyat Termiskin (ii) Program Rumah Rakyat Termiskin Bahagian B 7 (a) (i) Tahun Kadar inflasi (%) Semenanjung Malaysia Sarawak 2016 112.3 – 113.1 113.1  100 = –0.71 111.8 – 111.4 111.4  100 = 0.36 (ii) Kadar inflasi di Semenanjung Malaysia mengalami penurunan sebanyak 0.71%, manakala di Sarawak meningkat sebanyak 0.36%. (b) (i) Pendapatan benar = IHP tahun asas IHP tahun semasa × Gaji semasa Tahun Pendapatan benar (RM) 2015 100 110.8 × 3 500 = 3 158.84 2016 100 111.7 × 4 000 = 3 581.02 (ii) RM3 581.02 – RM3 158.84 RM3 158.84 × 100 = 13.37% (iii) Peningkatan pendapatan benar lebih kecil daripada peningkatan pendapatan semasa. 8 (a) (b) Tahun Kadar pertumbuhan eksport (%) Kadar pertumbuhan KDNK (%) 2006 669 505 – 613 694 613 694  100 = 9.09 574 441 – 522 445 522 445  100 = 9.95 2007 2008 2009 5.51 8.45 –14.46 11.77 15.64 –8.42 Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 130 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


130 131 (c) Kadar pertumbuhan eksport negara menurun antara tahun 2006 hingga 2007 tetapi meningkat pada tahun 2008 sebelum menurun semula secara drastik sehingga menjadi negatif pada tahun 2009. Kadar pertumbuhan KDNK meningkat secara berterusan antara tahun 2006 hingga 2008 tetapi menurun sehingga menjadi negatif pada tahun 2009. (d) Darjah keterbukaan ekonomi = Eksport + Import KDNK Tahun Darjah keterbukaan ekonomi 2006 (669 505 + 539 443) 574 441 = 2.10 2007 (706 382 + 574 172) 642 049 = 1.99 2008 2009 1.83 1.71 Darjah keterbukaan ekonomi negara adalah tinggi kerana nilainya melebihi satu. Ini bermakna Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka. (e) Tahun Eksport bersih (RM juta) 2006 669 505 – 539 443 = 130 062 2007 2008 2009 132 210 171 936 146 409 Kertas Model STPM 2 Bahagian A 1 (a) Pengangguran geseran ialah pengangguran yang berlaku apabila sebahagian tenaga buruh tidak bekerja dalam jangka masa pendek kerana bertukar pekerjaan bagi mencari pekerjaan yang lebih baik. (b) Dasar fiskal (i) menambahkan perbelanjaan kerajaan (ii) mengurangkan cukai Dasar kewangan (i) membeli sekuriti kerajaan di pasaran terbuka (ii) menurunkan nisbah rizab berkanun 2 Tiga kesan negatif inflasi kepada ekonomi isi rumah ialah: Kuasa beli menurun Apabila inflasi berlaku, pendapatan benar isi rumah akan menurun. Kesannya, kuasa beli pengguna terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan juga menurun. Kos hidup meningkat Apabila inflasi berlaku, pendapatan benar isi rumah akan menurun. Isi rumah terpaksa berbelanja dengan lebih banyak untuk mendapatkan sejumlah barangan yang sama. Taraf hidup menurun Apabila inflasi berlaku, kuasa beli isi rumah terhadap sesuatu barangan akan menurun. Dengan jumlah wang yang sama, bilangan barangan yang diperoleh semakin berkurangan. Tabungan berkurangan Apabila inflasi berlaku, faedah benar yang dapat dinikmati oleh isi rumah atas tabungan akan berkurangan. Kesannya, isi rumah akan mengeluarkan wang tabungan mereka. [pilih mana-mana tiga] 3 Tiga strategi galakan eksport selain pemberian insentif fiskal yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia ialah: Bantuan kewangan Institusi kewangan dan pihak kerajaan memberi bantuan modal kepada pengusaha industri yang berorientasikan eksport. Contohnya, EXIM Bank menyediakan kemudahan kredit jangka pendek untuk pengeksport. Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas Industri yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas berhak menikmati pengurangan cukai atas bahan mentah dan kemudahan infrastruktur yang disediakan. Secara tidak langsung, kos pengeluaran firma dapat dikurangkan dan mereka mampu bersaing untuk menembusi pasaran eksport. Contohnya, Zon Perindustrian Bebas di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Jelapang (Perak). Bantuan pemasaran Ada agensi kerajaan yang turut membantu pengeksport tempatan untuk memasarkan produk mereka melalui pameran perdagangan dan pemberian khidmat nasihat. Contohnya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan MATRADE. Liberalisasi perdagangan Liberalisasi perdagangan melalui pengurangan atau penghapusan sekatan tarif dan bukan tarif dalam lingkungan kawasan perdagangan tertentu dapat membantu pengeksport tempatan untuk meluaskan pasaran produk mereka di luar negara. Contohnya, pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). [pilih mana-mana tiga] Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 131 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 133 4 Dasar Liberasi • Dasar liberasi perdagangan akan mengurangkan sekatan perdagangan seperti meliberasikan sektor pelancongan, pendidikan dan kesihatan. • Kesannya, aktiviti perdagangan antarabangsa akan meningkat di negara Malaysia. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) • AFTA ditubuhkan untuk meningkatkan daya saing rantau ASEAN dengan melaksanakan perdagangan bebas melalui penghapusan tarif dan bukan tarif. • Kesannya, ia dapat menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara Malaysia. Galakan eksport • Dasar ini merupakan dasar kerajaan untuk menggalakkan industri tempatan mengeluarkan barangan eksport dan berdaya saing di pasaran antarabangsa. • Contohnya, melalui program latihan industri, skim potongan berganda bagi promosi eksport. • Kesannya, perdagangan antarabangsa akan meningkat. 5 (a) Sistem kadar pertukaran yang mana kerajaan sesebuah negara menetapkan mata wang tempatan berbanding dengan mata wang asing pada kadar tertentu. Contohnya, kadar pertukaran asing antara USD dengan RM ialah USD1.00 = RM4.00 tetapi kerajaan Malaysia menetapkannya pada kadar yang lebih tinggi iaitu USD1.00 = RM4.50. (b) • Susut nilai Ringgit Malaysia menyebabkan harga barang import secara relatif menjadi lebih mahal dan permintaan terhadap barang import akan berkurang. • Manakala harga barang eksport secara relatif menjadi lebih murah dan jumlah eksport akan meningkat. 6 (a) (i) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) (ii) Baitulmal (iii) Lembaga Pemasaran Pertanian Pesekutuan (FAMA) (b) • Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) • Skim Pinjaman Buku teks (SPBT) Bahagian B 7 (a) (b) Tahun Jumlah guna tenaga (ribu orang) Peratusan pertumbuhan guna tenaga (%) 2005 1 833.0 + 33.0 + 1 171.0 + 377.0 + 253.0 + 278.0 + 847.0 + 1 598.0 = 6 390.0 – 2010 8 046.1 8 046.1 – 6 390.0 6 390.0  100 = 25.92 (c) Tahun Kadar sumbangan kepada guna tenaga (%) Sektor pertama Sektor kedua 2005 (1 833.0 + 33.0) 6 390.0  100 = 29.20 (1 171.0 + 377.0) 6 390.0  100 = 24.23 2010 (1 426.6 + 41.6) 8 046.1  100 = 18.25 (2 110.7 + 673.6) 8 046.1  100 = 34.60 Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 132 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 133 (d) Kadar pengangguran = 8 277.6 – 8 046.1 8 277.6  100 = 2.80% Malaysia mencapai guna tenaga penuh pada tahun 2010 kerana kadar penganggurannya kurang daripada 4%. 8 (a) Bayaran permit dan lesen (b) Tahun Kadar pertumbuhan hasil (%) 2014 218 104 – 210 402 210 402  100 = 3.66 2015 216 907 – 218 104 218 104  100 = –0.55 (ii) Kadar pertumbuhan kutipan hasil Kerajaan Persekutuan telah menurun pada tahun 2015. (c) (i) Sumbangan cukai langsung (%) 111 770 216 907  100 = 51.53% Sumbangan cukai tak langsung (%) 53 670 216 907  100 = 24.74% Sumbangan hasil bukan cukai (%) 51 467 216 907  100 = 23.73% (ii) Cukai tak langsung Ekonomi Penggal 3(jwp).indd 133 22/06/2023 10:55 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version