32 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan • Perang Dunia Kedua berlaku dari tahun 1939 hingga tahun 1945. • Portugis melakukan penjajahan dengan menggunakan slogan “Gospel” (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik)”. • Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh Belanda dan British untuk melakukan penjajahan. • Antara syarat pemberian Piagam Diraja kepada SBUB ialah: – SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan British. – SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British. – SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan. – SBUB hendaklah memerintah dengan adil dan saksama. – SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British. Info Sejarah 1 Senaraikan negeri Melayu yang berada di bawah naungan Siam. 2 Apakah perjanjian yang membawa kepada pendudukan British di Melaka? 3 Nyatakan gelaran yang digunakan oleh pentadbiran James Brooke di Sarawak. 4 Jelaskan kepentingan Piagam Diraja terhadap SBUB. Semak Cepat 4.2 Bumi Bertuah Menjadi Rebutan SP 7.1.3 Menyatakan faktor kedatangan kuasa asing ke negara kita. SP K7.1.6 Menerangkan kepenti ngan semangat patrioti sme dalam mempertahankan kedaulatan negara. 1 Negara kita menjadi rebutan kuasa-kuasa asing. 2 Terdapat beberapa faktor yang mendorong kedatangan kuasa asing ke negara kita. i-THINK Peta Pokok Kedudukan yang strategik Penyebaran agama Kemasyhuran Kekayaan hasil bumi dan sumber alam Revolusi Perindustrian Faktor Kedatangan Kuasa Asing Jadual 4.1 Faktor kedatangan kuasa asing Faktor Keterangan Kedudukan yang strategik • Kedudukan Melaka yang terletak di laluan jalan perdagangan antara timur dengan barat. • Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan persinggahan yang penting. • Situasi tersebut menarik minat Portugis dan Belanda untuk membolehkan mereka mengawal perdagangan rempah di Kepulauan Melayu. Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 32 9/21/2024 8:32:01 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 32 6/12/2024 9:33:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
33 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Faktor Keterangan Kekayaan hasil bumi dan sumber alam • Banyak hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi dan emas di Tanah Melayu. • Kayu balak, rotan dan sarang burung antara sumber alam di Sabah. • Emas, sagu dan kapur barus merupakan sumber utama di Sarawak. Penyebaran agama • Portugis mahu menyebarkan agama Kristian ke serata dunia termasuk Tanah Melayu. • Tindakan tersebut mendapat galakan daripada Raja Portugal. Revolusi Perindustrian • Berkembang di Eropah pada abad ke-18. • Melibatkan sektor perkilangan seperti: – Pembuatan besi dan keluli – Pembuatan kereta – Mengetin makanan • Penguasaan terhadap tanah jajahan membolehkan kuasa asing: – Mendapatkan bahan mentah – Memasarkan barangan Kemasyhuran • Penjajahan terhadap kawasan lain membolehkan kuasa asing menempa kemasyhuran untuk diri sendiri dan negara masing-masing. • Tindakan tersebut membolehkan: – Kemunculan British sebagai kuasa penjajah terbesar – Penguasaan James Brooke di Sarawak ekoran kejayaan British menguasai Pulau Pinang dan Singapura. Rempah-ratus Bijih timah Kayu balak Sagu Gambar 4.2 Kekayaan hasil bumi dan sumber alam Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 33 9/21/2024 8:32:02 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 33 6/12/2024 9:33:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
34 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan 3 Tindakan penjajahan yang dilakukan oleh kuasa asing menyedarkan generasi hari ini tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. 4 Kita perlulah berusaha untuk memupuk semangat patriotik dalam diri setiap warga Malaysia agar peristiwa penjajahan tidak berulang. • Hasil bumi ialah hasil yang diperoleh daripada dalam bumi. • Sumber alam merupakan sumber yang terdapat di permukaan bumi seperti flora dan fauna. • Revolusi Perindustrian merujuk pengilangan barangan yang dilakukan secara besar-besaran. • Britain merupakan negara pertama yang mengalami Revolusi Perindustrian pada abad ke-17. Info Sejarah 1 Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan imperialisme di negara kita. 2 Senaraikan tiga kekayaan sumber alam di Sabah. Semak Cepat 4.3 Kesan terhadap Pentadbiran Akibat Penjajahan SP 7.1.4 Menyatakan kesan campur tangan dan penjajahan kuasa asing terhadap pentadbiran dan sosioekonomi. SP K7.1.7 Menghuraikan kepentingan mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara kita. 1 Tindakan penjajahan dan campur tangan kuasa asing menyebabkan berlakunya banyak perubahan dalam sistem pentadbiran negara kita. Jadual 4.2 Sistem pentadbiran di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) Sistem pentadbiran Negeri/Bahagian Taraf negeri Kuasa tertinggi Negeri-negeri Selat (1826) • Pulau Pinang • Melaka • Singapura Tanah Jajahan Mahkota Gabenor Sarawak (1841) Terdiri daripada Bahagian: • Pertama • Kedua • Ketiga • Keempat • Kelima Dikuasai oleh keluarga Brooke (sistem monarki) Rajah Putih Borneo Utara (Sabah) (1881) Terdiri daripada Residensi: • Tawau • Sandakan • Pantai Barat • Pedalaman Dikuasai oleh Lembaga Pengarah SBUB di London Gabenor Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896) • Perak • Selangor • Negeri Sembilan • Pahang Negeri-negeri yang dilindungi Residen British Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 34 9/21/2024 8:32:02 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 34 6/12/2024 9:33:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
35 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Sistem pentadbiran Negeri/Bahagian Taraf negeri Kuasa tertinggi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909 dan 1914) • Kedah • Kelantan • Perlis • Terengganu • Johor Negeri-negeri yang dilindungi Penasihat British • Tanah Jajahan Mahkota merupakan negeri yang diperintah secara langsung oleh kerajaan British. • Monarki bermaksud pemerintahan beraja. • Residen British dan Penasihat British berperanan sebagai penasihat raja atau sultan. • James Brooke merupakan bekas tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). • Pertapakan beliau di Sarawak bermula pada tahun 1840 apabila diminta oleh wakil Kesultanan Brunei untuk membantu menamatkan kebangkitan di Sarawak. Info Sejarah Gambar 4.3 James Brooke 1 Senaraikan negeri yang dikategorikan sebagai Jajahan Mahkota British. 2 Jelaskan bentuk pentadbiran yang dilaksanakan oleh Brooke di Sarawak. 3 Nyatakan peranan Residen British di negeri-negeri Melayu. Semak Cepat 4.4 Kesan Sosial dan Ekonomi Akibat Penjajahan SP 7.1.4 Menyatakan kesan campur tangan dan penjajahan kuasa asing terhadap pentadbiran dan sosioekonomi. 1 Beberapa perubahan dilakukan oleh pentadbiran British di negara kita. 2 Tindakan tersebut bertujuan membolehkan British mengeksploitasi kekayaan hasil sumber bumi dan sumber alam yang dimiliki oleh negara kita. 3 Penjajahan tersebut memberi kesan dari aspek ekonomi dan sosial di negara kita. Jadual 4.3 Kesan penjajahan terhadap ekonomi dan sosial Aspek Keterangan Ekonomi Perkembangan industri perlombongan • Industri perlombongan giat dilakukan di: – Tanah Melayu (bijih timah) – Sarawak (emas) – Sabah (arang batu) Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 35 9/21/2024 8:32:02 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 35 6/12/2024 9:33:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
36 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Aspek Keterangan Ekonomi Perkembangan pertanian komersial • Dilakukan untuk tujuan eksport di: – Tanah Melayu (kelapa sawit, tebu dan kopi) – Sarawak (lada hitam) – Sabah (tembakau) Perkembangan penanaman getah Pembukaan banyak estet getah dilakukan oleh syarikat Eropah seperti Guthrie dan British North Borneo Company. Sistem perbankan moden • Mercantile Bank (1859) • The Chartered Bank (1888) Sosial Pembentukan masyarakat majmuk Kemasukan tenaga kerja dari negara China dan India. Perkembangan bandar baharu • Berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pelabuhan. • Antaranya, bandar Kuala Lumpur, Taiping, Seremban, Miri, Jesselton (Kota Kinabalu), Sandakan dan Tawau. Perkembangan sistem pendidikan • Pengenalan sistem pendidikan vernakular. • Dilaksanakan mengikut aliran bahasa Melayu, Cina dan Tamil. • Wujud sekolah Inggeris di kawasan pekan dan bandar. • Pengenalan pendidikan di peringkat maktab yang bertujuan melatih bakal guru. Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan • Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. • Bertujuan memudahkan penghantaran hasil ke pelabuhan. • Pengenalan sistem pos, telegraf dan telefon. Perkembangan perkhidmatan kesihatan Pembukaan hospital dan dispensari bertujuan merawat pesakit. 4 Langkah yang diambil oleh British untuk mengeksploitasi sumber bahan mentah memberikan kesedaran kepada kita tentang kepentingan mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. 5 Segala perubahan pentadbiran, sosial dan ekonomi yang dilakukan oleh penjajah adalah untuk menjaga kepentingan mereka. Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 36 9/21/2024 8:32:02 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 36 6/12/2024 9:33:30 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
37 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Hasilkan sebuah folio berkaitan dengan penubuhan stesen kereta api atau pelabuhan di kawasan tempat tinggal kamu. Aktiviti KBAT 1 Nyatakan tanaman komersial yang diusahakan oleh imperialis Barat di negeri berikut: (a) Sarawak (b) Sabah 2 Jelaskan peranan pembinaan bandar-bandar baharu di negara kita. 3 Mengapakah British mewujudkan dispensari di negara kita? Semak Cepat 4.5 • Dispensari ialah tempat mengambil ubat. • Eksploitasi bermaksud mengambil kesempatan terhadap sesuatu untuk kepentingan sendiri. • Vernakular merujuk penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Info Sejarah Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 37 9/21/2024 8:32:02 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 37 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
38 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan 1 Negara kita menjadi tumpuan kuasakuasa asing. Apakah faktor yang mempengaruhi situasi tersebut? I Kekuatan politik II Kekayaan ekonomi III Kedudukan strategik IV Kepelbagaian budaya A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2 Maklumat yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di negara kita. Tahun Peristiwa 1874 British berjaya menguasai negeri X Apakah negeri X tersebut? A Negeri Perak B Negeri Johor C Negeri Pahang D Negeri Selangor 3 Syarikat yang berikut terlibat dalam aktiviti imperialisme di Alam Melayu. North Borneo Chartered Company Apakah negeri yang berjaya dikuasai oleh syarikat tersebut? A Pulau Pinang B Singapura C Melaka D Sabah 4 Apakah perjanjian yang menyebabkan British menguasai negeri Perak? A Perjanjian Klang B Perjanjian Naning C Perjanjian Pangkor D Perjanjian Selangor 5 Apakah kuasa asing yang memberikan galakan terhadap penyebaran agama Kristian di negara kita? A British B Belanda C Portugal D Sepanyol 6 Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang telah diambil oleh British. Menubuhkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Apakah negeri-negeri yang menganggotai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu? I Sarawak III Perlis II Pahang IV Johor A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Penjajahan British membawa kepada perkembangan aktiviti perlombongan di Sabah. Apakah hasil galian yang dimajukan oleh British di negeri tersebut? A Emas B Tembaga C Bijih timah D Arang batu Pentaksiran Sumatif 4 Jawab semua soalan. Soalan Objektif Buku Teks Ms: 46 Buku Teks Ms: 47 Buku Teks Ms: 47 Buku Teks Ms: 47 Buku Teks Ms: 51 Buku Teks Ms: 52 Buku Teks Ms: 53 Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 38 9/21/2024 8:32:03 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 38 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
39 Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Lengkapkan maklumat tentang kuasa-kuasa asing yang pernah menguasai negara kita. Buku Teks Ms: 48 & 49 i-THINK Peta Alir 1 Tahun 1511 – 1641 2 Tahun 1641 – 1824 3 Tahun 1786, 1824 dan 1874 4 Tahun 1841 – 1946 5 Tahun 1881 – 1946 6 Tahun 1942 – 1945 7 Tahun 1945 dan 1946 Soalan Subjektif Th5 RevPintas SJ4(29-39).indd 39 9/21/2024 8:32:03 PM Unit 4 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 39 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
40 Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Pengenalan 1 Menjelang awal abad ke-20, British berjaya menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. 2 Pembaharuan yang dilakukan oleh penjajahan kuasa asing telah menimbulkan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan. Pahlawan Tempatan SP 7.2.1 Menyenaraikan tokoh tempatan yang menentang campur tangan dan penjajahan kuasa asing. SP 7.2.2 Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan terhadap campur tangan dan penjajahan kuasa asing. SP 7.2.3 Menerangkan peris� wa penentangan tokoh terhadap campur tangan dan penjajahan kuasa asing. SP K7.2.4 Menyatakan ik� bar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh terdahulu. SP K7.2.5 Menjelaskan kepen� ngan menghargai perjuangan pemimpin terdahulu. SP K7.2.6 Menghuraikan kepen� ngan mempertahankan kedaulatan negara. 1 Pendudukan dan penjajahan kuasa asing telah ditentang oleh pahlawan-pahlawan tempatan di negara kita. Jadual 5.1 Tokoh tempatan yang menentang campur tangan dan penjajahan kuasa asing Tokoh Negeri Dol Said Naning, Melaka Yamtuan Antah Negeri Sembilan Dato’ Maharaja Lela Perak Tok Janggut Kelantan Haji Abdul Rahman Limbong Terengganu Dato’ Bahaman Pahang Rentap Sarawak Sharif Masahor Sarawak Mat Salleh Sabah Antenom Sabah 2 Tokoh-tokoh terlibat berusaha untuk mempertahankan kedudukan dan kawasan pentadbiran masing-masing daripada campur tangan luar. 3 Perjuangan mereka yang bersifat setempat mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara Th5 RevPintas SJ5(40-54).indd 40 9/21/2024 8:32:22 PM 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 40 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
41 Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Dol Said Gambar 5.1 Dol Said Peta 5.1 Lokasi pertempuran di Naning Jadual 5.2 Perjuangan Dol Said di Naning Latar belakang • Nama sebenar beliau ialah Abdul Said bin Omar. • Dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said. • Dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal daripada suku Semelanggang. Faktor penentangan • Kawasan Naning bersempadan dengan Melaka. • Dol Said membantah dakwaan yang menyatakan Naning merupakan jajahan British. • Dol Said enggan membayar cukai hasil tahunan satu persepuluh yang ditetapkan oleh British. • Dol Said berusaha mempertahankan kedaulatan Naning. Peristiwa penentangan • Pada tahun 1831, British melancarkan serangan terhadap Naning. • Bantuan ketenteraan dari Ulu Muar, Sungai Ujong, Seri Menanti dan Rembau membawa kemenangan kepada Dol Said. • Pada tahun 1832, British melancarkan serangan kali kedua. • British mencapai kemenangan kerana sekutu Dol Said memberikan pertolongan kepada British. • Dol Said akhirnya menyerah diri, diberi pencen, sebidang tanah dan dibawa ke Melaka. • Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Melaka diserahkan kepada British. • British mendakwa Naning sebagai sebahagian daripada Melaka. • Pusat pentadbiran Naning terletak di Taboh. Info Sejarah 1 Berapakah kadar cukai tahunan yang dikenakan oleh British terhadap Naning? 2 Nyatakan pihak-pihak yang telah memberikan pertolongan kepada Dol Said semasa menghadapi serangan British pada tahun 1831. Semak Cepat 5.1 Th5 RevPintas SJ5(40-54).indd 41 9/21/2024 8:32:22 PM Unit 5 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 41 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
42 Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Rentap Gambar 5.2 Rentap Peta 5.2 Kawasan perjuangan Rentap Jadual 5.3 Perjuangan Rentap di Sarawak Latar belakang • Nama sebenar beliau ialah Libau anak Ningkan. • Dilahirkan pada tahun 1800 dan pemimpin kaum Iban di Nanga Skrang, Sarawak. • Diberikan gelaran sebagai “Raja Darat”. Faktor penentangan • James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Nanga Skrang. • James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun. Peristiwa penentangan • Pada tahun 1853, Rentap melancarkan serangan ke kubu James Brooke di Nanga Skrang. • James Brooke bertindak balas dengan membakar 20 buah rumah panjang di kawasan Rentap. • Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap di Sungai Lang. • Rentap berundur ke hutan dan membina kubu di Bukit Sadok. • Pada tahun 1861, Rentap berundur ke Ulu Entabai selepas kubunya diserang James Brooke. • Nanga dalam dialek Iban bermaksud sungai. • Kubu pertahanan Rentap diperbuat daripada kayu belian (sejenis pokok yang kayunya keras). • Slogan masyarakat Iban “Agi Idup Agi Ngelaban” bermaksud “Selagi Hidup Selagi Berjuang”. Info Sejarah 1 Apakah gelaran yang diberikan kepada Rentap? 2 Jelaskan faktor yang membawa kepada penentangan Rentap. 3 Namakan lokasi pembinaan kubu pertahanan Rentap. Semak Cepat 5.2 Th5 RevPintas SJ5(40-54).indd 42 9/21/2024 8:32:22 PM Unit 5 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 42 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
43 Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Sharif Masahor Gambar 5.3 Sharif Masahor Peta 5.3 Lokasi kebangkitan Sharif Masahor Jadual 5.4 Perjuangan Sharif Masahor di Sarawak Latar belakang • Nama sebenar beliau ialah Sharif Masahor bin Muhammad al-Shahab. • Berasal dari Kampung Igan, muara Sungai Rajang. • Pembesar Sarikei yang dilantik oleh Sultan Brunei di Sungai Rajang. Faktor penentangan • Menentang tindakan James Brooke yang menguasai Sarikei. • Kehilangan hak dan kuasa sebagai pembesar Sarikei. Peristiwa penentangan • Pada tahun 1859, Sharif Masahor mengadakan pakatan bersama Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Pengiran Temenggung Hashim untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching. • Beliau menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai Rajang di Kanowit tetapi gagal. • Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura. • Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap dan dipenjarakan oleh Belanda di Betawi. • Sharif Masahor amat berpengaruh dalam kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang. • Selepas dibebaskan, beliau membantu Raja Mahadi dalam perang saudara di Klang (Perang Klang). Info Sejarah 1 Nyatakan faktor-faktor kebangkitan Sharif Masahor. 2 Bagaimanakah hukuman yang dikenakan oleh Brooke terhadap Sharif Masahor? Semak Cepat 5.3 Th5 RevPintas SJ5(40-54).indd 43 9/21/2024 8:32:23 PM Unit 5 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 43 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
44 Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Unit 1Unit 2Unit 3Unit 4Unit 5Unit 6Unit 7Unit 8Unit 9Unit 10Unit 11Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Dato' Maharaja Lela Gambar 5.4 Dato’ Maharaja Lela Peta 5.4 Lokasi pertempuran Dato’ Maharaja Lela Jadual 5.5 Perjuangan Dato’ Maharaja Lela di Perak Latar belakang • Nama sebenar beliau ialah Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam. • Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir kawasan Pasir Salak. Faktor penentangan • Perjanjian Pangkor 1874 telah membawa kepada pelantikan J.W.W. Birch sebagai Residen British di Perak. • Residen British, J.W.W. Birch: – Campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat resam orang Melayu. – Mengambil alih kuasa sultan dan pembesar tempatan. – Memperkenalkan cukai baharu yang membebankan rakyat. – Bersikap angkuh dan sombong. Peristiwa penentangan • Pada bulan Februari 1875, Dato’ Maharaja Lela bersamasama pembesar Melayu Perak dan Sultan Perak membuat bantahan terhadap campur tangan British. • Pada bulan September 1875, Dato’ Maharaja Lela bersetuju untuk bertanggungjawab membunuh Residen British, J.W.W. Birch. • Pada bulan November 1875, atas arahan Dato’ Maharaja Lela, Birch dibunuh oleh Seputum di Sungai Perak, Pasir Salak. • Pada tahun 1877, British: – Menangkap dan menghukum gantung Dato’ Maharaja Lela dan Seputum. – Membuang negeri Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim ke Seychelles. – Membuang negeri Raja Ismail ke Johor. Th5 RevPintas SJ5(40-54).indd 44 9/21/2024 8:32:23 PM Unit 5 1-108_sejarah_T5_MASTER 213X148.indd 44 6/12/2024 9:33:31 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD