PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Kandungan
PENERBITPraktis DSKP1 – 60 Sistem Bahasa 61 – 90
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Tema 1 Suluh Masa Depan .......................... 1Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan
Tema 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa .......... 4 Kata Pinjaman ............................................... 61
Tema 3 Kecerdasan Meningkat,
• Praktis DSKP 1 ......................................... 62
Keterampilan Memikat ..................... 7 Kata Adjektif .................................................. 63
Tema 4 Waspada Selalu! ............................ 10
Tema 5 Dirgahayu Negaraku ...................... 15 • Praktis DSKP 2 ......................................... 63
Tema 6 Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji ...... 20 Kata Tugas .................................................... 64
• Praktis DSKP 3 ......................................... 65
• Praktis DSKP 4 ......................................... 66
Tema 7 Persaudaraan Tanpa Sempadan ... 23 Kata Kerja ...................................................... 66
• Praktis DSKP 5 ......................................... 67
Tema 8 Subur Bahasa, Mekar Sastera ....... 26
Kata Ganda .................................................... 68
Tema 9 Indah Seni, Endah Budaya ............. 29 • Praktis DSKP 6 ......................................... 69
Tema 10 Sains dan Teknologi Pemacu Kata Terbitan ................................................. 70
Kemodenan ................................... 32 • Praktis DSKP 7 ......................................... 71
Tema 11 Alam Anugerah Terindah ............... 36 Frasa .............................................................. 72
• Praktis DSKP 8 ......................................... 73
Tema 12 Tuah di Bumi Permata ................... 41
Praktis Pentaksiran ...................................... 74
Tema 13 Perindustrian .................................. 46
Pemahaman Petikan 91 – 124
Tema 14 Ekonomi Mapan, Negara
Makmur .......................................... 49
Tema 15 Destinasi Misteri ............................ 52 Puisi Tradisional
Syair Burung Nuri ........................................... 91
Tema 16 Mencapai Impian, Menuai
Kejayaan ........................................ 57 Santap Istiadat ................................................ 92
iii
Sajak Pemindahan Maklumat 141 – 151
Kijang yang Lelah ........................................... 93
Pesan Ibu Beribu-ribu ..................................... 94 Ringkasan ..................................................... 141
Senja di Palang Besi ...................................... 95 Praktis Pentaksiran .................................... 142
Bintang ........................................................... 96 Ulasan .......................................................... 146
Praktis Pentaksiran .................................... 147
PENERBITProsa Tradisional
ILMUBahagia Sesudah Derita ................................. 96 Karangan Respons Terhad 152 – 154
BAKTI SDN. BHD. Praktis Pentaksiran .................................... 153
Cerpen
Legasi Tapai Ubi ............................................. 98 Karangan Respons Terbuka 155 – 172
Sekeping Tanah ............................................ 100
Bawod ........................................................... 102 Praktis Pentaksiran
Drama • Karangan Jenis Perbincangan/
Tenang-tenang Air di Tasik ........................... 105 Pendapat ................................................... 157
Praktis Pentaksiran .................................... 107 • Karangan Jenis Syarahan/Perbahasan/
Ceramah .................................................... 159
Novel 125 – 140
• Karangan Jenis Cereka/Gambaran/
Tawanan Komander Caucasus ..................... 125 Keperihalan ............................................... 161
Justeru Impian di Jaring ............................... 128
Chot .............................................................. 129 • Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi ........ 163
Hempasan Ombak ........................................ 132
Praktis Pentaksiran .................................... 135 • Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak
Rasmi ........................................................ 165
• Karangan Jenis Berita ............................... 167
• Karangan Jenis Laporan ........................... 169
• Karangan Jenis Fakta ................................ 171
iv
Format Pentaksiran
Bahasa Melayu Menengah Rendah
PENERBIT Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Bil. PerkaraKertas 1 (02/1)Kertas 2 (02/2)
1 Jenis Instrumen
2 Jenis Item Ujian Bertulis (Pemahaman) Ujian Bertulis (Penulisan)
3 Bilangan Soalan • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Subjektif Respons Terhad
• Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terbuka
4 Jumlah Markah • Subjektif Respons Terhad
5 Tempoh Ujian
6 Konstruk Bahagian A Bahagian A
7 Aras Kesukaran • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Karangan (Subjektif Respons Terhad) –
8 Kaedah Penskoran 1 soalan
Peribahasa (OAP) – 10 soalan Bahagian B
• Pemahaman Petikan (OAP) Karangan (Subjektif Respons Terbuka) –
3 soalan (Jawab 1 soalan sahaja)
– 5 soalan
Bahagian A: 10 markah
Bahagian B Bahagian B: 30 markah
• Morfologi/Frasa/Sintaksis (OPB) –
4 soalan
• Pemahaman Petikan (Subjektif
Respons Terhad) – 3 soalan
• Novel: KOMSAS (Subjektif Respons
Terhad) – 1 soalan
Bahagian C
• Pemindahan Maklumat
(Subjektif Respons Terhad) –
1 soalan
Ringkasan (Tingkatan 1)
Ringkasan/Rumusan (Tingkatan 2)
Ringkasan/Ulasan (Tingkatan 3)
Bahagian A: 15 markah
Bahagian B: 30 markah
Bahagian C: 15 markah
Jumlah: 100 markah
1 Jam 30 Minit 1 Jam
• Kemahiran aplikasi maklumat • Kemahiran aplikasi bahasa (Menulis)
• Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa
(Membaca dan memahami)
• Pengetahuan sistem bahasa (Membaca dan menulis)
• Dikotomus Rendah : Sederhana : Tinggi – 5 : 3 : 2
• Analitikal • Holistik
• Holistik
TEMA Suluh Masa Depan
1
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Praktis PBD
PENERBIT
ILMUS.P 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menggunakan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul, tepat dan jelas.
BAKTI SDN. BHD.
Objektif Murid dapat sekurang-kurangnya mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
dengan betul dan tepat.
Dengar pantun yang dibacakan oleh rakan anda. Kemudian, berikan maksud rangkai kata atau istilah
berikut.
Azam Tahun Baharu
Tanam tebu di tepi bibir, Terang cuaca disinari bulan,
Itulah pepatah orang dahulu; Pancing diambil mengail ikan;
Bila tirai malam menyingkap tabir, Buruk baik segala amalan,
Serlahlah hari di tahun baharu. Haloba dan fitnah elok hindarkan.
Duduk bersimpuh bersopan santun, Gelang emas cincin suasa,
Lembut bahasa laksana sendi;
Di hari pertama kita berpantun, Indah dicanai tiada tara;
Menyambung ukhuwah menyemai budi. Mengenang budi menilik rasa,
Barulah hidup aman sejahtera.
Burung kedidi di pohon sena, Betik dijeruk buat manisan,
Di atas pokok memagut ulat; Bakat mengukir Allah kurnia;
Dalam berpantun mengukir makna, Simpulan bahasa ada berpesan,
Mencari erti dalam tersurat. Tidakkan Melayu hilang di dunia.
Dingin nyaman angin menderu, Pergi majlis mengikut resam,
Air berkocak di dalam telaga; Siap dihidang nasi dan laksa;
Tahun baharu azam pun baharu, Di tahun baharu sama berazam,
Azam yang lama teruskan juga. Menjaga negara menyayangi bangsa.
(Dipetik dan diubah suai daripada
suarahatimawar.blogspot.com, 22 Januari 2013)
No. Istilah/Rangkai Kata Maksud Istilah/Rangkai Kata
1 tabir kain dan lain-lain yang digantung untuk menyekat (melindungi) sesuatu
2 duduk bersimpuh duduk dengan melipat kedua-dua kaki ke belakang
3 ukhuwah persaudaraan
4 haloba ingin mendapat sesuatu banyak-banyak; tamak
5 tara yang sama tingkat atau kedudukannya
6 menilik melihat dengan sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti
Markah 1 2 3 4 56
56
Tahap 1 2 3 4
Penguasaan Tarikh: ......................................................
Tandatangan Guru: ...........................................................................................
1
Kemahiran Membaca
S.P 2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
yang wajar.
Objektif Murid dapat membaca laporan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.
Baca laporan di bawah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.
PraktisPENERBIT PBD
ILMU Laporan Lawatan ke Pameran Kerjaya
BAKTI SDN. BHD.
Pada 28 Mei yang lalu, Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Pameran Kerjaya
ke Kuala Lumpur. Seramai 80 orang murid daripada murid tingkatan lima dan tiga orang guru pengiring
telah menghadiri pameran kerjaya ini.
Pameran kerjaya ini merupakan salah satu inisiatif Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberikan pengetahuan asas mengenai peluang
menyambung pelajaran selepas alam persekolahan. Para peserta bertolak pada pukul 7:00 pagi dari
Melaka dengan menaiki bas yang disewa khas. Kami sampai ke pameran kerjaya pada pukul 9:00 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang petugas pameran.
Setibanya di sana, kami dihadiahkan sebatang pen hitam dan sebuah buku catatan oleh pihak
penganjur agar memudahkan kami mencatat maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama-sama
rakan di sekolah. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang perjalanan kami dalam program ini secara
jelas dan terperinci. Sebaik-baik sahaja taklimat selesai, kami telah dibawa oleh petugas ke tapak
pameran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kami mendapat banyak manfaat daripada pameran kerjaya ini. Antaranya kami mendapat maklumat
mengenai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara kita termasuk pelbagai program yang ditawarkan dan
maklumat jelas berhubung dengan peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan
mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang murid lepasan SPM dan mendapatkan nasihat
pemilihan program pengajian daripada wakil IPT.
Kami bertolak pulang ke Melaka pada pukul 2:00 petang selepas makan tengah hari. Kami telah
memperoleh banyak maklumat lanjut berkaitan dengan pilihan program pengajian daripada lawatan
ini. Sesungguhnya, lawatan seperti ini sangat bermakna dan kami berharap agar pihak sekolah akan
memberikan peluang kepada setiap murid untuk merasai nikmatnya.
Disediakan oleh, 5 Jun 20__.
Roland Kamal
(ROLAND KAMAL A/L GOPALAN)
Setiausaha,
Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Simpang Bekoh, Melaka.
Tahap Penguasaan Borang Penilaian
Penyampaian dan Penghayatan
Sebutan dan Intonasi Keterampilan Jumlah Markah
/4 /3 /3 /10
Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................
2
TEMA Integriti Tinggi, Sahsiah
Terpuji
6
PraktisPENERBIT PBDKemahiran Mendengar dan Bertutur
ILMUS.P 1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis.
BAKTI SDN. BHD.Objektif Murid dapat menjana idea untuk menghasilkan pendahuluan pidato.
Dengar maklumat yang dibacakan oleh rakan anda. Kemudian, hasilkan pendahuluan pidato dan
sampaikan pidato tersebut dengan betul, jelas dan intonasi yang sesuai.
KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH!
PERBUATAN YANG MENJADI KESALAHAN RASUAH:
• TIDAK MEMINTA/MENERIMA SUAPAN
• TIDAK MENAWAR/MEMBERIKAN SUAPAN
• TIDAK MEMBUAT TUNTUTAN PALSU
• TIDAK MENYALAHGUNAKAN JAWATAN/KEDUDUKAN
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru
dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara.
Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk, “Rasuah Pemusnah Integriti Masyarakat”.
Namun, sebelum spekulasi menjadi sensasi, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina mauduk pidato saya supaya
yang kabur dijelaskan dan yang gelap diterangkan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu Edisi Keempat, “rasuah”
bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap). “Pemusnah” membawa erti sesuatu yang
membinasakan. “Integriti” bermaksud kejujuran, manakala “masyarakat” merupakan sekumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Oleh itu, secara generalisasinya, amalan sogokan akan
membinasakan nilai kejujuran dalam sekumpulan manusia yang hidup bersama.
Markah 1 2 3 4 56
56
Tahap 1 2 3 4
Penguasaan Tarikh: ......................................................
Tandatangan Guru: ...........................................................................................
20
Kemahiran Membaca Praktis PBD
S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
Objektif Murid dapat mengulas maklumat dengan betul dan tepat berdasarkan maklumat yang terdapat dalam grafik.
Baca maklumat yang terdapat dalam grafik di bawah. Kemudian, ulaskan maklumat tersebut dengan
betul dan tepat.
PENERBIT
ILMU“Sahabat ialah seseorang yang “Sahabat ialah seorang yang
BAKTI SDN. BHD.boleh berkongsi suka atau duka, setia kawan dan sangat
sama ada pada waktu susah dan menyayangi kita.”
senang.” Tan Heng Chew
Muhammad Farid bin Jumiran
“Sahabat ialah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri
kita tetapi tidak memiliki hubungan darah. Sahabat bukan terdiri daripada
adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan
persaudaraan antara adik-beradik.”
Nur Syafiqah binti Sulaiman
“Kita seharusnya bijak memilih sahabat yang
boleh menjadikan kita cemerlang. Kita haruslah
mencari orang yang boleh dijadikan ‘sahabat’,
bukannya ‘lawan’.”
Yeo Sum Leng
Sahabat memainkan peranan yang penting dalam konteks menentukan arah kehidupan kita. Kita hendaklah berhati-hati
ketika memilih sahabat. Bukan semua orang layak dijadikan sahabat kerana akan ada yang mempengaruhi kita ke arah
kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi kita ke arah kejahatan. Kesilapan memilih sahabat pasti akan mengakibatkan
keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. Sahabat yang baik ialah seseorang yang
sanggup bersusah payah dan berkongsi duka bersama-sama kita. Sahabat ialah orang yang akan sentiasa melindungi
dan menyayangi kita selepas keluarga, malah berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan
antara adik-beradik.
Penilaian Maklumat Kurang Lengkap dan Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat 34 56
Tahap
Penguasaan 12 Tarikh: ......................................................
Tandatangan Guru: ...........................................................................................
21
TEMA Tuah di Bumi Permata
12
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Praktis PBD
S.P 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila.
Objektif Murid dapat menganalisis petikan dengan menjelaskan kepentingan sektor pertanian kepada negara setelah mendengar petikan yang dibacakan.
Dengar petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, analisis petikan tersebut untuk menjelaskan
kepentingan sektor pertanian kepada negara.
PENERBIT
ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Peningkatan Peruntukan Satu Suntikan kepada Sektor Pertanian
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyifatkan peningkatan peruntukan
sebanyak 10.9 peratus, iaitu RM4.9 bilion berbanding tahun lalu sebagai suntikan kepada usaha untuk
meningkatkan bidang pertanian di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, peningkatan peruntukan itu juga membuktikan
sektor agromakanan negara mendapat perhatian daripada kerajaan dan akan terus dibangunkan dengan
mampan untuk memastikan bekalan makanan selamat serta mencukupi.
Menurutnya, hal ini selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam usaha kementerian
membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan sekali gus berfungsi sebagai
pemangkin kepada Rancangan Malaysia ke-12 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Antara tumpuan yang diambil untuk sektor pertanian bagi tahun 2020 termasuklah pemberian
elaun dan skim bagi para petani dan nelayan yang masih diteruskan serta langkah pemodenan bagi
meningkatkan produktiviti.
“Antara penumpuan bagi sektor pertanian ialah RM855 juta untuk sektor padi, iaitu merupakan
peningkatan daripada RM796 juta yang diperuntukkan pada tahun 2019 di bawah Skim Baja Padi
Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Subsidi padi bukit atau
huma juga akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2020 di
Dewan Rakyat di sini.
Katanya, bagi membantu petani yang terkesan akibat bencana alam, kerajaan akan mewujudkan
Dana Bantuan Bencana sebanyak RM100 juta untuk menyediakan pinjaman pada kadar faedah empat
peratus.
Mengulas lanjut katanya, sebanyak RM152 juta diperuntukkan kepada nelayan melibatkan Elaun
Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang telah dinaikkan daripada RM200.00 kepada RM250.00 sebulan.
Menurutnya, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta peruntukan sebagai galakan
program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
“Ini merupakan kekayaan baharu yang boleh meningkatkan hasil petani,” katanya. Jelasnya,
peruntukan sebanyak RM43 juta diagihkan untuk Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka
berkualiti dan berproduktiviti tinggi.
“Tidak ketinggalan RM30 juta juga untuk penghasilan beras padi pulut di Langkawi,” katanya.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihaknya akan menggunakan peruntukan daripada Belanjawan
2020 dengan cermat dan yakin mampu mengagihkannya secara adil serta saksama kepada pihak terlibat.
(Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 12 Oktober 2019)
41
Panduan
1 Sumber pendapatan utama kepada penduduk desa – pertanian pekerjaan warisan – mempunyai
tanah yang luas – tenaga buruh yang mudah didapati
2 Bahan pertanian menjadi eksport utama negara – hasil sektor pertanian – mendapatkan hasil
yang lumayan – mengurangkan import dari negara asing
PraktisPENERBIT PBD
ILMUPada pendapat saya, sektor pertanian penting kepada negara kerana dapat meluaskan peluang
BAKTI SDN. BHD.pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa. Sejak zaman nenek moyang kita,
pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjanakan ekonomi keluarga. Realitinya, penduduk desa
sememangnya bergantung pada sektor pertanian memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas untuk
dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Selain itu, bahan pertanian mampu menjadi eksport
utama negara. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama
negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Dasar penggantian
import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing
bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini .
Penilaian Maklumat Kurang Lengkap dan Maklumat Lengkap tetapi Kurang Tepat Maklumat Lengkap dan Tepat
Kurang Tepat 34 56
Tahap
Penguasaan 12 Tarikh: ......................................................
Tandatangan Guru: ...........................................................................................
42
Sistem Bahasa
Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Pinjaman S.P 5.1.1
PENERBIT
ILMUKata Nama Am
BAKTI SDN. BHD.
1 Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, Sistem Bahasa
haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya.
2 Dengan kata lain, kata nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Contoh:
manusia ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor
haiwan ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh-tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang
benda pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
Kata Nama Khas
1 Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa
dan yang tidak bernyawa.
2 Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama kata
nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Contoh:
manusia Jason Lee, Zaidi, Sutha, Lee Min Ho, Yeo Sum Leng, Amirah
haiwan Sang Belang (harimau), Tompok (kucing), Sang Bedal (buaya)
tempat Batu Pahat (daerah), Kuching (bandar raya), Korea (negara), Pulau Langkawi (pulau)
bangunan Terminal Bersepadu Selatan (terminal stesen bas), Menara Kuala Lumpur (menara)
judul buku Keluarga (majalah), Hempasan Ombak (novel), Kamus Pelajar (buku)
benda Toyota Vios (kereta), Pilot (pen), Nike (kasut)
Kata Pinjaman
1 Kata pinjaman ialah kata yang dipinjam daripada satu bahasa lalu diterapkan kepada satu lagi bahasa. Oleh
hal yang demikian, penyesuaian huruf dilakukan sekiranya perlu.
2 Penyesuaian tersebut boleh terdiri daripada pengekalan, penggantian dan pengguguran huruf tertentu.
(a) Pengekalan huruf
Hal ini bermakna bahawa ejaan asal dikekalkan.
Contoh:
atom bank diesel hotel neon pistol status zoo
61
(b) Penggantian huruf
Beberapa huruf digantikan untuk disesuaikan dengan bunyi atau sebutan dalam bahasa Melayu.
Contoh:
c menjadi k y menjadi i g menjadi j
• criteria – kriteria • January – Januari • regime – rejim
• vaccin – vaksin • gravity – graviti • magistrate – majistret
• republic – republik • geology – geologi
ph menjadi f BAKTI SDN. BHD.
Sistem Bahasa • graph – graf ou menjadi au
• photography – fotografi • accountant – akauntan
• telephone – telefon • pound – paun
(c) Pengguguran huruf
Beberapa huruf tertentu tidak dikekalkan. Contoh:
ch menjadi k ce menjadi s uu menjadi u
• scheme – skim • science – sains • vacuum – vakum
• cholera – kolera • ambulance – ambulans • continuum – kontinum
• monarchy – monarki • insurance – insurans
Praktis DSKP 1
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama dan kata pinjaman dengan betul.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama dan kata pinjaman yang paling sesuai.
automotif Mekah ILMU Mahaguru petani antiseptik Sang Belang
Hari Ibu tudung saji wartawan Piala Dunia kualiti guru
1 Mahaguru persatuan silat sedang memberikan tunjuk ajar kepada anak didiknya.
2 Hari Ibu didefinisikan sebagai sambutan dan penghargaan buat semua ibu.
3 Kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan sebahagian besarnya terletak pada reka bentuk
PENERBIT
yang baik.
4 Pelbagai kata indah diungkapkan bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan jasa seorang
guru apabila tibanya tanggal 16 Mei setiap tahun.
5 Emak menyapu sedikit cecair antiseptik pada luka di kaki abang saya.
6 Piala Dunia FIFA merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang paling popular dalam kalangan
peminat bola sepak.
7 Murid cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Australia dalam bidang automotif .
8 Datuk saya akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji pada minggu hadapan.
9 Petani itu bekerja keras di bawah terik matahari.
62
10 Ibu menutup makanan di atas meja itu dengan tudung saji .
11 Kejadian rompakan kedai emas di Muar dilaporkan sepenuhnya oleh wartawan itu.
12 Penduduk sekitar Tatau, Bintulu mula bimbang susulan dakwaan Sang Belang berkeliaran di kawasan itu.
PENERBITKata Adjektif S.P 5.1.2 Sistem Bahasa
ILMU
BAKTI SDN. BHD. 1 Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti
manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
2 Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak dan benar.
Jenis-jenis Kata Adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:
Jenis Contoh Jenis Contoh
sifat baik, cerdik, berani, lemah, kuat jarak dekat, hampir, jauh, nyaris
warna merah, jingga, ungu, putih, biru cara selalu, jarang, kerap, lambat
ukuran pendek, panjang, tebal, nipis pancaindera payau, kelat, manis, masin
bentuk bujur, lurus, bulat, leper, segi tiga perasaan marah, sedih, gembira, benci
waktu lama, lambat, lewat, segera
Praktis DSKP 2
Aspek Tatabahasa
S.P. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif dalam ayat mengikut konteks.
Betulkan kata adjektif yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah.
1 Aiman sedang berlari deras untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. ( pantas )
merdu )
2 Suara penyanyi yang garau itu berjaya memukau para penonton. ( kering )
unik )
3 Air telaga itu sudah lincah kerana musim kemarau yang berpanjangan. ( lancar )
jernih )
4 Reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur sungguh leper. ( sedih )
kecut )
5 Ceramah teknik menjawab soalan itu dijalankan dengan pantas. ( lama )
busuk )
6 Adik seronok bermain di kolam itu kerana airnya sangat putih. ( kacak )
marah )
7 Aiman berasa gembira kerana tidak lulus dalam ujian memandu kereta. (
8 Baju yang baru dibeli oleh ayah menjadi kendur selepas dicuci. (
9 Perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur memakan masa yang jauh. (
10 Kari ikan yang telah basi itu berbau hamis. (
11 Siti memilih jejaka yang jelita dan berbudi bahasa sebagai calon suaminya. (
12 Ayah berasa tegas apabila mendapat tahu adik terlibat dalam lumba haram. (
63
PENERBIT Pemahaman Petikan Pemahaman Teks
ILMU
BAKTI SDN. BHD. Antologi Bintang Hati
Puisi Tradisional
Syair Burung Nuri
Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Penyair memulakan syair dengan perasaan rendah diri
dengan menyatakan bahawa sajak dan nazamnya banyak
tak kena, malah pendapatnya juga kurang sempurna.
• Rangkap 2 : Penyair turut menyatakan bahawa dirinya sangatlah hina,
akalnya juga tidak bernas ditambah lagi keadaan dirinya yang daif, miskin dan cela.
• Rangkap 3 : Penyair memohon ampun kerana daripada perasaan sedih dia memulakan cerita.
• Rangkap 4 : Untuk menjelaskan lagi kisah yang ingin disampaikan, penyair menulis perkara-perkara yang
ingin dinyatakannya melalui dakwat dan kertas.
• Rangkap 5 : Penyair mengisahkan dirinya yang sentiasa bernasib malang secara berulang-ulang sehingga
sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.
• Rangkap 6 : Tubuhnya hanyut ke sana dan ke mari di sepanjang desa dan negeri tanpa makan dan minumnya
pun daripada sisa-sisa.
• Rangkap 7 : Fikirannya yang gundah umpama cermin yang jatuh ke batu lalu remuk dan hancur. Penyair juga
akan hilang pertimbangan fikiran dan tidak mahu meneruskan hidupnya lagi.
Tema
Adab dalam kehidupan seharian.
Persoalan
• Persoalan sikap seseorang yang merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
• Persoalan memohon kemaafan andai sesuatu yang ditulis atau yang disampaikan menyinggung perasaan
orang lain.
• Persoalan rasional dalam berfikir dan membuat keputusan.
• Persoalan kebijaksanaan dalam mengawal perasaan apabila bercinta.
• Persoalan menjaga adab dan kesopanan apabila berada di tempat orang.
• Persoalan kekecewaan yang mampu merosakkan kehidupan seseorang.
Bentuk
• Terdiri daripada lapan rangkap.
• Mempunyai empat baris serangkap, empat hingga enam patah perkataan sebaris dan 10 hingga 13 suku kata
sebaris.
• Berbentuk terikat, setiap baris puisi mempunyai maksud tersendiri dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi
ialah aaaa.
Unsur Bunyi
• Asonansi – Dakwat dan kertas tempat berkata (pengulangan bunyi vokal a)
• Aliterasi – Tambahan badan miskin dan nista (pengulangan bunyi konsonan n)
Gaya Bahasa
• Imej alam – lautan
• Bahasa Arab – sahifah
• Simile – Laksana cermin jatuh ke batu
• Bahasa istana – hulu
• Sinkope – Sajak dan nazam banyak tak kena
91
Pemahaman Teks Nilai BAKTI SDN. BHD.
Nilai bersopan santun, nilai berbudi pekerti, nilai berfikiran positif dan nilai merendah diri
ILMU
Pengajaran
PENERBIT • Kita hendaklah mempunyai sikap merendah diri agar tidak dianggap sombong.
• Kita seharusnya mengamalkan sikap bersopan santun walau di mana-mana juga kita berada.
• Setiap orang mesti berfikiran positif agar segala pekerjaan yang dilakukan akan memperoleh hasil yang baik.
• Kita janganlah mudah berputus asa dalam meneruskan ranjau kehidupan.
Santap Istiadat (Za’ba)
Maksud Rangkap
• Rangkap 1 : Santap beradat dan santap istiadat merupakan istiadat
santapan diraja pada majlis kebesaran yang bertujuan untuk
meraikan dan menghormati tetamu diraja. Santap istiadat
bukan bertujuan untuk kenyang tetapi lebih kepada santap
santun yang perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.
• Rangkap 2 : Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah nasi disuap di
tangan kanan, lauk diangkat dengan sopan dan dimamah
dengan perlahan. Tidak boleh makan dengan gelojoh.
Selesai santap diiringi pula seteguk minuman sebagai syarat menghormati dan memuliakan
majlis.
• Rangkap 3 : Santap hanya tiga suap sahaja. Selepas itu, tangan dibasuh dan disusuli pula dengan makan
hidangan halwa serta buah-buahan.
• Rangkap 4 : Seterusnya, berkumur-kumur dan makan sirih untuk menaikkan seri muka.
• Rangkap 5 : Demikianlah aturan santap beradat orang-orang kebesaran pada zaman silam.
Tema
Adab sopan dan cara-cara makan serta minum dalam majlis mengikut tertib seperti yang diajarkan oleh generasi
terdahulu.
Persoalan
• Persoalan budaya dan adat istiadat turun-temurun perlu dipertahankan agar tidak lapuk ditelan zaman.
• Persoalan menjaga adab sopan ketika makan merupakan amalan yang mulia.
• Persoalan sikap gelojoh ketika makan perlu dielakkan.
• Persoalan hormati para tetamu ketika makan dalam majlis-majlis tertentu.
• Persoalan makanlah dengan tangan kanan dan jangan makan terlalu kenyang.
Bentuk
• Terdiri daripada lima rangkap.
• Jumlah perkataan adalah antara tiga hingga enam patah perkataan sebaris dan tujuh hingga 14 suku kata
sebaris.
• Setiap baris puisi mempunyai maksud tersendiri dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1
(abacb), Rangkap 2 (aaaabaa), Rangkap 3 (aabcbc), Rangkap 4 (abcc) dan Rangkap 5 (ab).
Unsur Bunyi
• Asonasi – Santap beradat, santap istiadat (pengulangan bunyi vokal a)
• Aliterasi – Sopan santun dengan aturan (pengulangan bunyi konsonan n)
Gaya Bahasa
• Imej alam – buah-buahan
• Kata ganda – hormat-menghormati
• Bahasa istana – santap
• Anafora – Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai hormat-menghormat
• Responsi – Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua,
Dua suap, ketiga sudah
92
Nilai
Nilai hemah tinggi, nilai bersopan santun, nilai menghormati tetamu dan nilai mematuhi peraturan
Pengajaran
• Kita mestilah bersopan ketika makan.
• Janganlah gelojoh ketika makan kerana perbuatan itu akan memberikan imej yang buruk kepada kita.
• Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dalam majlis-majlis tertentu.
• Kita mestilah menghormati tetamu dengan menghidangkan makanan kepada mereka.
PENERBIT
ILMUSajak
BAKTI SDN. BHD.Kijang yang Lelah (Wan Marzuki Wan Ramli)
Maksud Pemahaman Teks
• Rangkap 1 : Suara nyaring kijang sudah tidak lagi kedengaran kerana kijang
semakin tua untuk melangkah di tanah yang menghijau.
• Rangkap 2 : Kijang berasa sebak dan resah kerana batinnya semakin lemah.
• Rangkap 3 : Pada hari ini, kijang cuba bangkit dengan bersusah payah
menggunakan kekuatan kakinya.
• Rangkap 4 : Kijang bimbang tersadung akar dan jerat menyebabkan kijang terpaksa menapak dengan lebih
berhati-hati. Dengan penuh tekad, kijang terus mengorak langkah tanpa berasa gundah.
Tema
Keperitan hidup seekor kijang tua.
Persoalan
• Persoalan kehidupan yang dimamah usia merupakan lumrah kehidupan.
• Persoalan semangat untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan.
• Persoalan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
• Persoalan ketabahan dan tekad yang tinggi membolehkan seseorang meneruskan perjuangan hidup walaupun
dalam keadaan yang sukar.
Bentuk
• Terdiri daripada empat rangkap.
• Jumlah perkataan adalah antara dua hingga tujuh patah perkataan sebaris dan empat hingga 17 suku kata
sebaris.
• Sajak berbentuk bebas dan rima akhir bagi setiap rangkap puisi berbeza: Rangkap 1 (aaab), Rangkap 2
(aabcd), Rangkap 3 (aabcb) dan Rangkap 4 (abccdeefcc).
Unsur Bunyi
• Asonansi – Hari ini (pengulangan bunyi vokal i)
• Aliterasi – Dia terus menjinjing tekad dan tabah (pengulangan bunyi konsonan t)
Nada
Melankolik
Gaya Bahasa • Responsi – Meski dalam peribadi yang keruh,
• Metafora – dahan kalbu, dedaun resah
• Kata ganda – berhati-hati Diredah belantara yang mula teduh
• Imej alam – rimba, akar
Nilai
Nilai bersemangat waja, nilai keazaman yang tinggi, nilai ketabahan, nilai keberanian, nilai rasional, nilai keyakinan
dan nilai berhati-hati
Pengajaran
• Kita hendaklah berhati-hati sewaktu bertindak.
• Janganlah kita mudah putus asa dalam meneruskan kehidupan.
• Walaupun sudah tua atau tidak berupaya, namun janganlah kita cepat patah semangat untuk berusaha.
• Kita mestilah mempunyai keyakinan diri untuk terus berjaya pada masa akan datang.
93
Praktis Pentaksiran
Bahagian A
Praktis 1
Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PENERBIT
ILMUSyair Burung Nuri
BAKTI SDN. BHD.
Bermula warkah surat rencana, Sudahlah nasib untung yang malang, Pemahaman Teks
Ikatan fakir yang sangat hina, Mengambah lautan berulang-ulang,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Daripada pendapat kurang sempurna. Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Gerangan sungguh amatlah leta, Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Perinya akal gelap-gelita, Segenap pesisir desa negeri,
Hemat pun rendah daif berserta, Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Tambahan badan miskin dan nista. Santap nan tidak minum pun kari.
Beribu ampun kiranya tuan, Bangun terjunun badan suatu,
Atasnya hulu fakir nistawan, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Daripada masyghul gundah merawan, Laksana cermin jatuh ke batu,
Terperilah madah patik nin tuan. Remuk dan redam hancur di situ.
Dituliskan sahifah supaya nyata, Remuk dan redam rasanya hati,
Barang yang ghairah di dalam cinta, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Terfikir-fikir bukan menderita, Jikalau kiranya hamba turuti,
Dakwat dan kertas tempat berkata. Daripada hidup sebaiknya mati.
(Dipetik daripada antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
1 Antara yang berikut, yang manakah merupakan 2 Berdasarkan rangkap kelapan, apakah yang akan
maksud rangkap ketiga dalam “Syair Burung berlaku kepada diri penyair sekiranya menuruti
Nuri”? perasaan kecewa?
A Penyair mengisahkan dirinya yang sentiasa A Penyair akan terus bersedih
bernasib malang B Penyair dapat menetapkan hala tuju yang jelas
B Penyair memohon ampun kerana daripada dalam kehidupan
perasaan sedih dia memulakan cerita
C Penyair akan menjadi seseorang yang lebih
C Penyair menyatakan bahawa nasib malang tabah menghadapi dugaan hidup
yang menimpa diri dalam kehidupan akan
D Penyair akan hilang pertimbangan fikiran dan
membawa banyak keburukan kepada diri tidak mahu meneruskan hidupnya lagi
sendiri
D Penyair mengisahkan dirinya yang telah
semakin kehilangan hala tuju dalam kehidupan
107
3 Antara yang berikut, yang manakah merupakan Laksana cermin jatuh ke batu
tema bagi “Syair Burung Nuri”?
A Adab dalam kehidupan seseorang 4 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam
B Keberanian dalam mengharungi rintangan
hidup baris syair di atas?
C Keperitan hidup yang dialami oleh seseorang
yang dipandang hina oleh masyarakat A Simile C Metafora
D Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
seseorang dalam kehidupan B Repitisi D Hiperbola
BAKTI SDN. BHD.
5 Nilai yang terdapat dalam rangkap ketiga syair
ialah nilai
A ketabahan. C bersopan santun.
B kasih sayang. D hormat-menghormat.
Pemahaman Teks Praktis 2
Baca seloka di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Santap Istiadat
Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama,
Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua;
Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,
Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan;
Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur,
Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih;
Tanda tidak gelojoh makan. Kelat jatuh ke rengkungan,
Selesai santap nasi – Seri naik ke peroman.
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Itulah santap beradat kebesaran,
ILMU Di dalam riwayat zaman silam.
PENERBIT ZA’BA
(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
1 Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh D Setelah selesai makan nasi barulah diambil
penyajak dalam rangkap kedua seloka “Santap seteguk air minuman sebagai isyarat hormat
Istiadat”? dan beradab sopan ketika berada dalam majlis
A Nasi di dalam mulut perlu dikunyah dengan santapan
laju sebagai tanda tertib
B Si penjamu selera perlu membasuh tangan 2 Antara yang berikut, yang manakah merupakan
sebelum menjamu buah-buahan yang tema bagi seloka “Santap Istiadat”?
dihidangkan A Golongan istana yang hidup dalam kemewahan
C Tatacara dan peraturan santapan ini B Sikap penjamu selera yang makan dengan
merupakan cara santap beradat kebesaran gelojoh
yang diajarkan oleh generasi terdahulu
108
Bahagian B Imbas Kod QR untuk muat turun
Praktis 1 Imbas Kod QR untuk mendapatkan
nota berkaitan dengan Pemahaman
Petikan.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
PENERBIT
ILMUBahan 1
BAKTI SDN. BHD.
Maka baharulah ia diam. Maka suaminya pun pergilah berjalan. Setelah ia bertemu dengan kedai orang Pemahaman Petikan
berjual buah itu, maka Miskin itu pun berhentilah di situ. Hendak pun dipintanya takut ia akan orang. Maka
katanya orang berkedai, “Apa kehendakmu, Miskin?”
Maka sahut Miskin, “Jikalau ada belas serta kasihan tuan hamba akan orang daif lagi miskin telah
terbuang itu, hamba hendak akan buah yang buruk-buruknya itu barang sebuah sahaja.”
Maka terlalulah belas kasihan rasanya hati segala yang mendengar kata Si Miskin itu seperti akan
hancur rasanya.
Maka ada yang memberi buah,
ada yang memberi juadah,
ada yang memberi nasi,
ada yang memberi kain,
ada yang memberi buah-buahan.
akan anak yang diidamkan oleh isterinya.
(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”,
antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bahan 2
Seramai 60 orang sukarelawan dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM) terlibat
dalam program pengagihan makanan dan barangan kebersihan diri di Pusat Khidmat Gelandangan
Medan Tuanku, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Inisiatif ini diambil untuk memberikan sedikit bantuan kepada
golongan yang memerlukan dan miskin.
Golongan gelandangan akan menerima bantuan berbentuk makanan, barangan keperluan harian dan
ditawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.
“Saya kasihan melihat golongan gelandangan yang hidup kebuluran dan tiada tempat tinggal tetap
di kawasan bandar. Kita harus bantu golongan ini dan cuba memberikan nafas baharu terhadap kehidupan
mereka,” kata Siti Khadijah, sukarelawan dari Universiti Malaya.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Bantu Si Miskin Bandar”, www.hmetro.com.my, 14 Mei 2018)
119
1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah bantuan yang diterima oleh Si Miskin dan golongan
gelandangan? [3 markah]
• Bahan 1: Si Miskin menerima pelbagai jenis buah, juadah nasi dan kain daripada peniaga.
• Bahan 2: Golongan gelandangan menerima bantuan makanan, barangan keperluan harian dan perkhidmatan gunting
rambut secara percuma.
2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah persamaan dari aspek persoalan dan nilai yang boleh kita
pelajari? [3 markah]
Persoalan: Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin
Nilai: Belas kasihan atau baik hati
BAKTI SDN. BHD.
3 Pelbagai inisiatif harus dilakukan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan miskin keluar
Pemahaman Petikan daripada kepompong kemiskinan. KBAT Mengaplikasi
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang berkesan untuk mengatasi isu ini?
[4 markah]
Kerajaan perlu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan miskin, terutamanya di luar bandar/Usaha
perlu dilakukan untuk membuang persepsi bahawa pendidikan berasaskan kemahiran mempunyai prospek kerjaya yang
terhad/Kempen kerjaya perlu dijalankan secara berterusan di seluruh negara agar golongan pelajar mempunyai akses kepada
permohonan kerja dalam pelbagai bidang
ILMU
Praktis 2
PENERBIT
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Masa berlalu. Aku akhirnya menamatkan pengajian kedoktoranku dengan jayanya. Malah kajian
tentang tapai ubi itu telah menjadi tesis kedoktoranku yang sangat dipandang tinggi oleh pihak universiti.
Dapatannya sangat mengagumkan terutama dalam usaha mencegah penyakit kanser yang semakin serius
keadaannya di negara ini, terutamanya kanser payudara.
Hasil kajianku dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diperakukan keberkesanannya walaupun pada
tahap yang masih awal. Kajian ini akan aku teruskan lagi. Penemuan ini sebenarnya berkat kegigihan emak
dan bapa mengusahakan tapai ubi. Bahan kajian utamaku selama ini ialah tapai ubi emak dan bapa. Kini
aku menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Pada mulanya bapaku terkejut apabila kunyatakan
bahawa aku mahu menempah tapainya. Selama ini dia memang tahu bahawa aku sudah muak dengan
tapai ubi.
(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
120
PENERBIT Novel Novel
ILMU
BAKTI SDN. BHD. Kertas 1 (Bahagian B - Soalan 4)
Tawanan Komander Caucasus
Sinopsis
Kim Yong tiba-tiba hilang. Kehilangannya menimbulkan pelbagai spekulasi.
Farhani, Haikal, Devnath, Wei, Chea Mei dan Mira mengunjungi Puan Lee,
iaitu ibu Kim Yong. Di situ, mereka dapat melihat zoo mini kepunyaan Kim
Yong yang menempatkan pelbagai jenis kumbang.
Cikgu Salimah memberikan tugas kepada murid-muridnya untuk mencari
haiwan bagi uji kaji kelas Sains. Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan
untuk mencari kumbang. Mereka berjanji akan mencari kumbang tersebut
di dusun datuk Farhani. Tepat pada masa yang dijanjikan, Farhani menunggu
rakan-rakannya datang tetapi mereka tidak muncul-muncul. Dia mengambil
keputusan untuk masuk sendirian ke dalam dusun tersebut bagi mencari
kumbang. Di dalam dusun itu, Farhani mendapati ada sebuah rumah usang.
Farhani memberanikan diri untuk memasuki rumah usang itu.
Selepas memasuki rumah itu, dia turun ke bahagian bawah di dalam
rumah itu. Tiba-tiba, dia berasa nafasnya semakin berat dan dia berada
di alam lain. Di hadapannya terdapat seekor kumbang besar yang bernama
Komander Caucasus. Komander itu mengarahkan pengikutnya, Bara untuk
menangkap Farhani dan membawanya menghadap Maharaja Tanduk.
Selepas itu, Farhani dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca.
Bara dan Dara Bintik datang menyelamatkan Farhani. Farhani mahu menyelamatkan orang yang berada
di sebelah balang kacanya. Rupa-rupanya, orang itu ialah Kim Yong. Bara dan Dara Bintik membawa mereka
berjumpa dengan Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera merupakan anak saudara Maharaja Tanduk tetapi
terpaksa menjadi pelarian akibat tindakan Komander Caucasus.
Sementara itu, Haikal, Devnath dan Wei berhasrat untuk datang semula ke rumah usang itu selepas mereka
datang bersama-sama Cikgu Salimah sebelum itu. Mereka masuk ke rumah itu pada waktu malam. Tiba-tiba,
mereka berasa sukar bernafas dan ditarik berada di alam lain. Mereka berjalan. Kemudian, mereka ditahan oleh
Bara. Farhani memberitahu Bara bahawa ketiga-tiga orang itu merupakan rakan sekolahnya.
Bara memberitahu kumpulannya bahawa mereka perlu beredar segera dari kawasan itu. Mereka bergerak
ke tempat lain. Di suatu tempat, Dara Bintik menyuarakan kepenatannya. Dia juga meminta maaf kepada Bara.
Rupa-rupanya, Dara Bintik berpaling tadah dan berpihak kepada Komander Caucasus. Tentera Komander
Caucasus menyerang kumpulan Bara. Mereka menawan Bara, Puteri Coleoptera, Devnath dan Wei manakala
Kim Yong dan Farhani berjaya menyelamatkan diri. Farhani dan Kim Yong berfikir tentang strategi untuk
menyelamatkan rakan-rakan mereka. Tiba-tiba, mereka ditahan oleh seekor kumbang yang menyerupai Dara
Bintik. Kumbang tersebut ialah Dara Merah , sepupu kepada Dara Bintik dan merupakan pengikut setia Puteri
Coleoptera. Farhani, Kim Yong dan Dara Merah berbincang tentang cara untuk membebaskan Bara, Puteri
Coleoptera dan rakan-rakan mereka. Sementara itu, Farhani menemui sejenis racun endosulfan yang tercicir
berkemungkinan dibawa oleh Haikal.
Pada malam itu, Farhani, Kim Yong dan Dara Merah masuk ke mahligai Maharaja Caucasus, iaitu Komander
Caucasus yang sudah merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk. Dara Merah menyelinap masuk ke dapur. Dia
menyamar sebagai Dara Bintik dan meminta kebenaran daripada Weevil, tukang masak untuk menghantarkan
minuman kepada Maharaja Caucasus. Dara Merah memasukkan racun endosulfan ke dalam minuman itu.
Maharaja Caucasus minum minuman itu sedikit sebelum dihalang oleh Weevil yang mengatakan bahawa Dara
Merah yang berada di hadapan maharaja itu bukannya Dara Bintik. Maharaja berasa amat marah lalu menyerang
Dara Merah tetapi tubuhnya semakin lemah lalu rebah.
Farhani dan Kim Yong menyelamatkan Haikal, Devnath dan Wei. Mereka dibawa oleh Dara Merah melalui
terowong. Bara dan Puteri Coleoptera turut diselamatkan. Dara Bintik dan tentera Caucasus cuba menyerang
mereka tetapi Farhani menyembur Dara Bintik dan pasukan tentera itu dengan racun serangga menyebabkan
Dara Bintik dan pasukannya tewas.
125
Tema
Ketabahan remaja dalam menghadapi cabaran.
Persoalan • Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
• Persoalan kepercayaan tahyul dalam kehidupan
• Persoalan keberanian menghadapi cabaran.
• Persoalan kesetiaan pengikut terhadap ketua. masyarakat.
• Persoalan kezaliman akibat perasaan dendam. • Persoalan kebijaksanaan mengatur strategi
• Persoalan pembelotan pengikut terhadap ketua.
• Persoalan keinsafan setelah melakukan kesilapan. membawa kejayaan.
• Persoalan keprihatinan terhadap masalah orang • Persoalan kerjasama dan semangat sepasukan
lain. dalam menjayakan misi.
PENERBIT Novel
ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Plot
• Permulaan – Kim Yong tiba-tiba hilang ketika keluar mencari kumbang. Kehilangannya menimbulkan pelbagai
spekulasi. Farhani, Haikal, Devnath, Wei, Chea Mei dan Mira mengunjungi Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong.
Di situ, mereka dapat melihat zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai jenis kumbang.
• Perkembangan – Cikgu Salimah memberikan tugas kepada murid-muridnya mencari haiwan untuk uji kaji
kelas Sains. Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Mereka berjanji akan mencari
kumbang tersebut di dusun datuk Farhani. Tepat pada masa yang dijanjikan, Farhani menunggu rakan-rakannya
datang tetapi mereka tidak muncul-muncul. Dia mengambil keputusan untuk masuk sendirian ke dalam dusun
tersebut bagi mencari kumbang. Di dalam dusun itu, Farhani mendapati ada sebuah rumah usang. Farhani
memasuki rumah itu dan tiba-tiba dia berada di alam lain.
• Perumitan – Farhani ditawan oleh seekor kumbang yang amat besar bernama Komander Caucasus. Farhani
dibawa ke istana Maharaja Tanduk dan dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca. Bara dan Dara Bintik
datang menyelamatkan Farhani. Bara dan Dara Bintik membawa Farhani berjumpa dengan Puteri Coleoptera.
Dara Bintik memberitahu bahawa dia sudah penat dan mahu kembali kepada Komander Caucasus. Tentera
Komander Caucasus menyerang kumpulan Bara. Kim Yong dan Farhani berjaya menyelamatkan diri. Farhani
dan Kim Yong ditahan oleh Dara Merah, iaitu pengikut setia Puteri Coleoptera.
• Klimaks – Farhani, Kim Yong dan Dara Merah masuk ke mahligai Komander Caucasus yang sudah merampas
kuasa daripada Maharaja Tanduk. Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik dan menghantarkan minuman
yang dibubuh racun endosulfan kepada Komander Caucasus. Muslihat Dara Merah terbongkar lalu berlaku
pergelutan antara Dara Merah dengan Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong menyelamatkan Haikal,
Devnath dan Wei. Mereka dibawa oleh Dara Merah melalui terowong. Bara dan Tuan Puteri Coleoptera turut
diselamatkan. Dara Bintik dan tentera Caucasus cuba menyerang mereka tetapi Farhani menyembur mereka
dan pasukan tentera itu dengan racun serangga menyebabkan Dara Bintik dan pasukannya tewas.
• Peleraian – Puteri Coleoptera menjadi pemimpin utama kerajaan kumbang. Selepas itu, Farhani dan rakan-
rakannya pulang ke dunia. Tetapi kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ibu bapa mereka. Mereka kembali
semula ke alam kumbang. Bara memberikan mereka penawar. Akhirnya, mereka selamat kembali ke dunia.
Kepulangan mereka disambut dengan gembira oleh ahli keluarga. Ketika ditanya oleh wartawan , mereka
hanya memberitahu bahawa mereka telah tersesat di dalam hutan.
Teknik Plot
• Pemerian – Berderap-derap ranting kecil dipijak Farhani. Daun pintu yang separuh terbuka dikuak luas. Lalu,
jalur cahaya matahari menembusi dan menyuluh rumah usang yang dipenuhi sawang labah-labah. Bahagian
dinding rumah yang nampak masih teguh rupa-rupanya disokong oleh akar-akar kecil pohon jejawi yang
memayungi rumah usang itu.
• Dialog – “Lebih mengenali manusia?” Kim Yong pula bertanya. Dia masih tidak faham.
“Ya, dia ingin jadi seperti manusia.”
“Jadi manusia seperti kami? Untuk apa?” Serentak Kim Yong dan Farhani bertanya.
• Monolog luaran – “Hmm memang tak pegang janji … .” Dia bersungut sendirian.
• Monolog dalaman – Di dalam hati, Farhani memuji kecantikan Dara Merah.
• Saspens – Kawasan perkhemahan sunyi. Sekali-sekala terdengar bunyi air menghempas batu. Mungkinkah
kawasan ini berhampiran dengan air terjun? Farhani ingin melangkah keluar dari tempat persembunyian
apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi ranting kering patah dipijak sesuatu. Dadanya berdebar-debar.
126
• Imbas muka – Sungguh ngeri memikir akan kemungkinan itu. Aduh tubuhnya akan dibedah dan mereka akan
mengambil organ-organnya untuk dikaji! Selepas itu dia akan diawet sebagaimana haiwan di dalam makmal
sekolahnya itu diawet. Dia tidak dapat membayangkan betapa sakitnya kalau tubuhnya disiat-siat.
• Imbas kembali – Masing-masing kebingungan. Adakah Farhani diculik? Masing-masing teringat kes Kim Yong
dikatakan diculik kerana dia pewaris harta mendiang bapanya yang kaya-raya tetapi sehingga kini, anehnya
sudah sebulan berlalu masih belum ada tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak.
• Kejutan – Suasana sunyi di dalam dusun itu tiba-tiba sahaja dipecahkan oleh jeritan Haikal yang meninggalkan
teman-teman yang berehat bersama-sama Cikgu Salimah.
PENERBIT
ILMUWatak dan Perwatakan
BAKTI SDN. BHD.Farhani
• Anak kepada pasangan Encik Adnan dan Puan Asmah.
• Murid Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.
• Anak terakhir daripada enam orang adik-beradik dan dipanggil “adik” walaupun telah remaja.
• Dua orang kakak dan dua orang abangnya telah berkahwin. Hanya dia dan abangnya, iaitu Mohd Faris Akmal
yang merupakan siswa tahun tiga di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan bioteknologi tinggal di rumah.
• Seorang yang bijak, gigih, tabah, berani, pemaaf, prihatin, baik hati, setia kawan dan menepati janji.
Komander Caucasus
• Ketua tentera kerajaan kumbang.
• Dipercayai oleh Maharaja Tanduk.
• Seorang yang tegas, kejam, pembelot, bercita-cita tinggi dan patuh akan arahan pemerintah.
Haikal
• Rakan sekelas Farhani yang terkenal dengan sikap nakalnya.
• Berkawan baik dengan Devnath dan Wei.
• Seorang yang nakal, berani, amanah, cemburu dan sombong.
Latar Novel
• Latar tempat – Sekolah Menengah Seri Kencana, rumah usang di tengah hutan, mahligai Komander Caucasus,
dusun datuk Farhani, makmal sekolah, terowong gelap yang bercabang-cabang, makmal kerajaan kumbang
dan kota kerajaan kumbang
• Latar masa – Setiap hari, waktu subuh, waktu siang, waktu pagi, waktu petang, pukul 2:30 petang, pukul 3:00
petang, pukul 3:30 petang, sebelum pukul 5:30 petang, waktu malam, pukul 8:00 malam, pukul 8:10 malam,
selepas solat isyak, waktu tengah malam dan sudah dua minggu
• Latar masyarakat – Masyarakat yang berani, masyarakat yang mengenang budi, masyarakat yang bijaksana,
masyarakat yang penyayang, masyarakat yang prihatin, masyarakat yang berpaling tadah, masyarakat yang
berdendam, masyarakat yang kejam, masyarakat yang sombong, masyarakat yang tidak menghormati orang
tua dan masyarakat murid yang nakal
Nilai • Nilai keprihatinan • Nilai baik hati
• Nilai kepatuhan • Nilai mengenang budi
• Nilai kasih sayang • Nilai ketabahan • Nilai keinsafan
• Nilai kebijaksanaan • Nilai pengorbanan • Nilai berterima kasih
• Nilai keberanian
• Nilai amanah
• Nilai berwaspada
Pengajaran • Kita usahlah bersikap nakal terhadap rakan-rakan.
• Kita usahlah berdendam terhadap kesalahan orang
• Kita janganlah kejam terhadap musuh.
• Kita hendaklah bijak dalam segala hal. lain.
• Kita haruslah menyayangi ahli keluarga. • Kita janganlah bersikap biadab dengan orang yang
• Kita perlulah berani menghadapi cabaran.
• Kita janganlah berpaling tadah terhadap ketua. lebih tua.
• Kita usahlah sombong terhadap orang sekeliling. • Kita mestilah mengenang budi orang yang telah
• Kita perlulah prihatin dengan masalah orang lain.
membantu kita.
127
Pemindahan Maklumat
Ringkasan
Panduan Menulis Ringkasan
1 Petikan berfokus dan terdapat ayat tugasan pada arahan soalan.
2 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.
3 Panjang ringkasan mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan. Jika lebih, buat tanda palang dan garis
melintang selepas perkataan ke-100 dan baca hingga ayat itu berakhir.
4 Garis lima isi penting yang terdapat dalam petikan.
5 Ringkasan tidak memerlukan pendahuluan.
6 Guna kata tugas daripada petikan dan bina ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat.
7 Ringkasan perlulah ditulis dengan menggunakan ayat yang gramatis.
PENERBIT
ILMUKriteria PemarkahanMarkah
BAKTI SDN. BHD.Markah Isi (10 markah)10
8
Bilangan Isi 6
5 4
4 2
3
2
1
Markah Bahasa (5 markah) Pemindahan Maklumat
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 04 – 05
• Bahasa baik dan lancar
Baik 02 – 03 • Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
• Wacana sesuai
Memuaskan 01 • Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat
• Bahasa masih baik
• Masih guna ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih
gramatis
• Wacana masih sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang masih betul
• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan dalam pengunaan ayat, pemilihan kata kurang
tepat, ayat kurang gramatis
• Wacana kurang sesuai
• Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
• Menyalin petikan secara terpilih
141
Praktis Pentaksiran
Praktis 1 Tema 14: Ekonomi Mapan, Negara Makmur
PemindahanPENERBITMaklumat
ILMUKemahiran Menulis
BAKTI SDN. BHD.
S.P 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
dan penanda wacana yang sesuai.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan-
kepentingan pengurusan wang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Agrobank Malaysia dengan kerjasama Bank Negara menganjurkan Program Celik Wang bagi mendedahkan
amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur kepada generasi muda. Program ini bertujuan untuk
memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara berhemat dan memberikan pendedahkan
tentang cara lebih berkesan dalam membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran. Program ini
ditujukan kepada golongan muda lebih-lebih lagi murid sekolah rendah kerana mereka seharusnya
diberikan pendedahan tentang pengurusan wang saku.
Sebagai salah satu institusi kewangan yang berpengalaman hampir 46 tahun, Agrobank yakin
pendedahan pada peringkat awal sangat penting dan relevan dalam usaha membentuk sahsiah diri
generasi muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan. Agrobank akan mendekati murid sekolah
melalui program sekolah angkat untuk menggalakkan mereka membuka akaun dan menambahkan
simpanan dari masa ke masa. Sementara itu, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank
Negara turut menegaskan bahawa amalan menggunakan wang yang lebih berkesan perlu dipupuk sejak
awal kerana tabiat seseorang individu lebih mudah terbentuk pada usia muda. Bank Negara komited
dalam menyampaikan pendidikan kewangan secara berterusan dari usia kanak-kanak sehingga dewasa
supaya dapat melahirkan masyarakat yang celik wang dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan
untuk mengintegrasikan elemen pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah secara berperingkat.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Program Celik Wang”
oleh Mohd. Nasaruddin Musa, www.utusan.com.my, 16 Mei 2016)
Antara kepentingan pengurusan wang adalah untuk mendedahkan amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur
kepada generasi muda. Di samping itu, pengurusan wang juga boleh memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara
berhemat. Kepentingan pengurusan wang yang lain ialah dapat memberikan pendedahan tentang cara lebih berkesan dalam
membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran. Seterusnya, pengurusan wang dapat membentuk sahsiah diri generasi
muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan. Akhir sekali, pengurusan wang dapat melahirkan masyarakat yang
celik wang.
142
Praktis 2
Tema 8: Subur Bahasa, Mekar Sastera
Kemahiran Menulis
S.P 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis
dan penanda wacana yang sesuai.
PENERBITBaca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan-
ILMUperanan sastera terhadap peradaban manusia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
BAKTI SDN. BHD.100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Dunia sastera tenggelam timbul mengikut musim sekalipun ada masanya khazanah warisan bangsa Pemindahan Maklumat
ini menghadapi zaman gerhana. Namun begitu, sastera masih bergerak dalam acuan, kelompok
dan wacana yang tersendiri. Untuk mendekatkan warisan bangsa ini kepada masyarakat tanpa
membiarkannnya longlai begitu sahaja, para penggiat sastera sepatutnya bekerja keras kerana sastera
merupakan wahana pembangunan sahsiah umat manusia. Kita seharusnya berkeyakinan tinggi bahawa
sastera mampu membentuk jiwa yang kental dalam menghadapi cabaran hidup. Dari sudut yang tidak
terungkap, nilai sastera diterima sebagai suatu kompenan keseluruhan hidup kerana peranannya dalam
pelbagai disiplin hidup. Oleh hal yang demikian, sastera digolongkan sebagai suatu bidang yang menjadi
penjana ilmu pengetahuan. Kita harus mengukuhkan minat generasi muda agar terus memperjuangkan
kepentingan sastera dalam kehidupan masyarakat. Hal ini sejajar dengan penerimaan masyarakat, iaitu
sastera merupakan pembina moral dan pengasuh keluhuran jiwa tanpa batasan yang berupaya untuk
mengukuhkan akar tamadun bangsa. Atas dasar itulah, peranan sastera dicanangkan sebagai prasarana
yang utuh terhadap pembentukan tamadun manusia kerana sastera mampu memartabatkan etika sosial,
ekonomi, kebudayaan dan politik masyarakat sejagat.
Dalam kalangan sasterawan pula, mereka dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan karya-karya
sastera yang bermutu tinggi untuk menarik minat masyarakat terhadap peranan sastera dan mengukuhkan
keyakinan masyarakat terhadap peranan sastera. Hal ini perlu dipandang serius kerana peranan sastera
berkait rapat sebagai wahana kejiwaan manusia tanpa batasan geografi dan warna kulit. Sastera juga
berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang pembangunan keluhuran budi yang tersirat dalam
suatu karya sastera. Oleh itu, kita wajar meletakkan sastera sebagai medium yang berupaya untuk
membentuk keperibadian manusia yang luhur.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Sastera dan Keberadaannya dalam Masyarakat”
oleh Hasan Baseri Budiman, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Jun 2016)
Antara peranan sastera terhadap peradaban manusia ialah sastera merupakan wahana pembangunan sahsiah umat manusia.
Selain itu, sastera mampu membentuk jiwa yang kental dalam menghadapi cabaran hidup. Seterusnya, sastera digolongkan
sebagai suatu bidang yang menjadi penjana ilmu pengetahuan. Bukan itu sahaja, sastera merupakan pembina moral dan pengasuh
keluhuran jiwa tanpa batasan. Di samping itu, sastera juga dicanangkan sebagai prasarana yang utuh terhadap pembentukan
tamadun manusia. Akhir sekali, peranan sastera berkait rapat sebagai wahana kejiwaan manusia tanpa batasan geografi dan
warna kulit.
143
Karangan Respons Terhad
Panduan Menulis Karangan Pendek
1 Karangan hendaklah ditulis antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja.
2 Murid perlu menulis karangan berdasarkan idea yang diberikan sahaja.
3 Murid hanya perlu menggunakan idea yang diberikan untuk menghasilkan karangan dan mendapat skor
markah cemerlang.
4 Bahan sudah mengandungi frasa yang membantu murid untuk membina ayat sendiri dan menghasilkan
karangan.
5 Karangan hanya akan diperiksa hingga 80 patah perkataan sahaja atau hingga ayat itu berakhir.
KaranganPENEPendekRBIT
ILMUKriteria Pemarkahan
BAKTI SDN. BHD.
Peringkat Markah Kriteria
Cemerlang
08 – 10 Idea
Baik • Menggunakan keseluruhan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas dan matang
Kurang
Memuaskan Bahasa
• Ayat gramatis
Penguasaan • Kosa kata luas dan tepat
Minimum • Ejaan dan tanda baca betul
• Penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum
05 – 07 Idea
• Menggunakan idea berdasarkan bahan yang diberi
• Idea yang jelas
Bahasa
• Ayat masih gramatis
• Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Penanda wacana masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
03 – 04 Idea
• Idea masih menggunakan bahan yang diberi
• Idea yang kurang jelas
Bahasa
• Ayat kurang gramatis
• Kosa kata terhad
• Kesalahan bahasa yang ketara
01 – 02 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah
152
Praktis Pentaksiran
Praktis 1 Tema 16: Mencapai Impian, Menuai Kejayaan
PENERBIT
ILMUBerdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
BAKTI SDN. BHD.patah perkataan.
Kriteria-kriteria untuk Temu Duga Kerjaya
• Keterampilan yang menarik • Kelayakan atau kemahiran yang setaraf
• Kemahiran berkomunikasi yang baik • Kekuatan mental dan emosi
Pemohon kerja perlu memiliki beberapa kriteria penting sebelum menghadiri temu duga. Pemohon kerja perlulah
mempunyai keterampilan yang menarik dengan berpakaian kemas dan sesuai dengan kerjaya yang dipohon. Selain itu,
mereka perlulah memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik sewaktu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Pemohon kerja juga perlu mempunyai kelayakan atau kemahiran yang diiktiraf dengan pekerjaan yang dipohon. Akhir sekali,
pemohon kerja perlulah mempunyai kekuatan mental dan emosi kerana pelbagai soalan yang diajukan bertujuan untuk melihat
ketahanan mental mereka. Kesimpulannya, sebelum menghadiri temu duga, kita perlulah membuat persediaan rapi.
Praktis 2 Tema 5: Dirgahayu Negaraku
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.
Semangat Patriotik Semakin Luntur dalam Kalangan Remaja
• Tiada didikan daripada ibu bapa
• Lebih mengagungkan budaya barat
• Pengaruh hiburan yang melampau
• Kurang kesedaran dan tanggungjawab
Semangat patriotik merupakan asas pembinaan negara. Namun, semangat ini semakin pudar dalam kalangan remaja kerana Karangan Pendek
tiada didikan daripada ibu bapa kerana mereka lebih mementingkan material tanpa mendidik anak-anak sejak kecil. Selain itu,
remaja lebih mengagungkan budaya barat dan pengaruh hiburan yang melampau di negara kita. Di samping itu, remaja juga
kurang kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Mereka beranggapan bahawa semangat patriotik hanya
untuk negara yang dijajah dan hanya perlu dihayati oleh warga emas. Oleh itu, semangat patriotik perlu dipupuk dan
dihayati oleh masyarakat terutamanya golongan remaja.
153
Praktis 3 Tema 10: Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga
80 patah perkataan.
Minggu Teknologi Maklumat
KaranganPENEPendekRBIT
ILMUPenutupan dan Ceramah Pesta Jualan
BAKTI SDN. BHD.PenyampaianInovasi Komputer
Hadiah Minggu Pameran Reka
Teknologi Cipta
Maklumat
Pertandingan
Kuiz
Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan minggu teknologi maklumat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan.
Semua murid dikehendaki mengikuti ceramah inovasi. Pada hari kedua, pameran reka cipta diadakan dan semua kelas aliran Sains
diwajibkan menyertai pertandingan mencipta laman sesawang. Pada hari berikutnya, pertandingan kuiz juga diadakan berdasarkan
tingkatan. Pesta jualan komputer pula diadakan pada hari Khamis dengan mempromosikan barangan terkini dan menyediakan
khidmat membaiki komputer. Pada hari terakhir, majlis penutupan dan penyampaian hadiah diadakan.
Praktis 4 Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80
patah perkataan.
Cara-cara Mengawal Penyakit Kronik
Pemeriksaan kesihatan Pemakanan seimbang Bersenam
Pengetahuan tentang penyakit kronik Kekuatan mental dan emosi
Penyakit kronik amat berbahaya dan membimbangkan masyarakat di seluruh dunia. Kita perlu mengenal status kesihatan
diri dengan menjalankan pemeriksaan doktor secara berkala. Seterusnya, kita harus mengambil makanan seimbang untuk
keperluan tubuh badan dan menjalankan senaman agar pengaliran darah akan lancar. Pengetahuan tentang penyakit kronik juga
penting kerana dapat mengenali tanda-tanda awal dan dapat menimbulkan kesedaran diri untuk mendapatkan rawatan.
Akhir sekali, kekuatan mental dan emosi juga penting untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal dihadapi.
154