The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7569-64-2
WM: RM6.90/ EM: RM7.50

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-08-10 03:43:56

Kertas Model UASA Bahasa Melayu Ting 1

ISBN: 978-629-7569-64-2
WM: RM6.90/ EM: RM7.50

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 1–1 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1–15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 1 jam 30 minit BAHASA MELAYU (02/1) KERTAS MODEL 1 Tingkatan 1 PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 1 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–2 TERHAD Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] IV Azrul berasa daki kerana abangnya selalu mendapat perhatian yang lebih daripada keluarganya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Pasangan pengantin itu dipersilakan ke meja makan untuk majlis makan berada. II Sungguh berada dan berbudi bahasa anak-anak Encik Lokman dan Puan Rohani. III Haziqa gemar melihat gaya hidup golongan berada di media sosial sambil memasang angan-angan untuk menjadi seperti mereka. IV Ibu Ashraf berada di masjid untuk mengambil bubur lambuk percuma sebagai juadah berbuka puasa. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Setengah orang beranggapan bahawa mengurangkan pengambilan nasi adalah lebih baik daripada melakukan senaman. A Setengah-tengah orang B Setengah orang-orang C Sesetengah orang D Setengah orang Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Juwaidi basikal itu untuk pulang ke rumah kerana tayarnya pancit. A menuntun B mengayuh C memimpin D mengusung 2 Encik Rahmat dan anak-anaknya perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam. A mengintai B memandang C menyaksikan D memerhatikan Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Amir menggunakan sabun untuk menghilangkan daki pada lehernya. II Gunung yang tinggi akan berjaya kita daki jika ada kesungguhan. III Juruwang itu memulangkan wang daki sebanyak RM2.00 kepada Murni. PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 2 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 6 Pajeri nanas yang dimasak oleh ibu Aisyah ialah juadah kegemaran mereka sekeluarga semasa bulan Ramadan. A ibu Aisyah masak B dimasak ibu Aisyah C ibu Aisyah masakkan D dimasak oleh ibu Aisyah Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Aduh, cantiknya rumah baharu Pak Cik Mat itu! II Mohon dipersilakan mengambil tempat masing-masing dan berikan perhatian kepada arahan seterusnya. III Syabas anak-anak, usaha gigih kamu telah memberikan kejayaan kepada pasukan kita pada tahun ini! IV Diminta para hadirin berdiri tegak kerana lagu Negaraku akan dinyanyikan sebentar lagi. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Azrul akan bertunang dengan gadis itu pada minggu hadapan setelah mengenali hati budinya sejak beberapa bulan lalu. II Bapa Ayu dan ahli keluarganya sedang membincangkan masalah kesihatan yang sedang dihadapinya. III Yusuf bekerja dengan bersungguhsungguh demi untuk mengubati penyakit ibunya. IV Encik Abdullah baharu sahaja membeli kereta baru untuk digunakan pada hari raya nanti. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Keadaan Jalan Meru menuju ke Klang sesak teruk ekoran hujan berterusan sejak semalam. A Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan keadaan Jalan Meru menuju ke Klang sesak teruk. B Hujan berterusan menyebabkan keadaan Jalan Meru menuju ke Klang sesak teruk sejak semalam. C Keadaan hujan berterusan di Klang menyebabkan jalan sesak teruk sejak semalam di Jalan Meru. D Hujan yang berterusan menyebabkan jalan sesak teruk di Jalan Meru dan Klang. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Syukri tidak mampu untuk mengangkat kotak yang itu seorang diri. A berat macam batu B nipis macam kertas C ligat macam gasing D luas macam padang PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 3 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–4 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana dan ke mari menghalau burung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya padi kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim piatu itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. Anak itu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh yang empunya padi. Ketika yang empunya padi mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya pencuri tadi itu sampai beberapa kali ke tangga pelangi. Tumit anak yatim piatu itu luka kerana terhantuk pada bahagian pinggir yang tajam daripada tangga pelangi itu. Kemudian yang empunya padi itu menggeledah seluruh badan pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut anak yatim piatu itu. (Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 11 Berdasarkan petikan, rangkai kata menjejakkan kakinya membawa maksud A sampai. C melompat. B terjatuh. D tergelincir. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. 12 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perbandingan semacam yang menggambarkan empunya padi? A Cepat macam kilat B Ligat macam gasing C Kuat macam badang D Bijak macam pendeta 13 Apakah yang dilakukan oleh empunya padi ketika mendapati padinya dicuri? A Melihat tompokan padi yang sedang dijemurnya B Mengejar anak yatim piatu yang mencuri padinya itu C Berlari dengan sekencang-kencangnya ke tangga pelangi D Menghempas kaki anak yatim piatu itu ke tangga pelangi 14 Pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah A kita hendaklah mengelakkan perbuatan mencuri. B kita hendaklah mengambil tindakan terhadap orang yang mencuri. C kita hendaklah mengambil hak orang lain jika keadaan memerlukan. D kita hendaklah bertindak mengikut perasaan. 15 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Empunya padi tidak dapat mengejar anak yatim piatu itu B Anak yatim piatu itu memasukkan segenggam padi ke dalam uncang C Tumit kaki anak yatim piatu itu luka kerana terhantuk pada tangga pelangi D Anak yatim piatu pergi ke kayangan bersama-sama dengan enam orang gadis kayangan PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 4 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 5 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–6 TERHAD Bahagian B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kenaikan harga barang tidak dapat dielak kerana faktor penggajian pekerja, sewa premis dan kadar tukaran mata wang. (ii) Penunggang motorsikal berkuasa tinggi itu cedera parah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. [2 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 6 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti pola ayat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis pola ayat tersebut sama ada FN + FN, FN + FK, FN + FA atau FN + FSN pada ruang yang disediakan. (i) Eisya membantu ibunya mengemas rumah setelah menyiapkan kerja sekolahnya. (ii) Ahmad Fitri seorang murid yang sangat bertanggungjawab. (iii) Anak sulung Puan Zainab tinggi sungguh. (iv) Selendang biru itu untuk ibunya di kampung. [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 7 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–8 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Ibunya tidak sanggup melihat dia memakai pakaian yang kotor ke sekolah. Begitu juga setiap peralatan di rumahnya tersusun rapi. Halaman rumahnya bersih, rumput tidak berpeluang menghulurkan pucuknya. Ibunya sering meminta dia menolong membersihkan rumput-rumput itu. Bersama adiknya, dia tolong membersihkannya. Kebiasaannya, itulah yang membendung dirinya dan adik-adiknya menjaga kebersihan pakaian dan rumah tangganya. Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah, mak. Dia baik kat Ramli. Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika dia sedang makan bersama ibu dan adik-adiknya. Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu. (Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun) BAHAN 2 “Zah nak beli hadiah.” “Hadiah apa pulanya ini?” tanya bapa separuh kehairanan. “Hadiah Hari Guru.” “Untuk siapa?" tanya emak pula. Keningnya berkerut. “Untuk Cikgu Zaleha.” “Kalau tak berikan hadiah tak apa kan?" tanya bapa sambil mengunyah nasi goreng perlahan-lahan. “Tak apa, tapi malulah Zah. Kawan-kawan semuanya beli hadiah untuk guru kesayangan mereka. Ada yang membuatnya sendiri. Mereka ada kakak dan abang yang tolong buatkan. Macam Zah ini, duit pun tak ada. Nak minta Abang Azman tolong buatkan, dia pula jauh di Shah Alam.” “Kalau macam tu, Zah pun boleh buat sendiri hadiah untuk Cikgu Zaleha,” kata emak memujuk. (Dipetik daripada cerpen “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) 5 (a) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan hasrat Ramli dan Zah. [3 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 8 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD (b) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam bahan 1. [3 markah] (c) Memberikan hadiah kepada guru bukanlah satu-satunya cara untuk menghargai jasa guru. Pada pendapat anda, apakah perkara lain yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru? [4 markah] 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab FI (ii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman Latar masyarakat merupakan gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup sesebuah masyarakat yang digambarkan oleh penulis dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tiga latar masyarakat berserta contoh peristiwa yang bersesuaian dengan latar masyarakat tersebut. Sejambak Bakti • Latar masyarakat 1 • Latar masyarakat 2 • Latar masyarakat 3 Novel Pelari Muda • Latar masyarakat 1 • Latar masyarakat 2 • Latar masyarakat 3 Destinasi Impian • Latar masyarakat 1 • Latar masyarakat 2 • Latar masyarakat 3 Formula Termodinamik • Latar masyarakat 1 • Latar masyarakat 2 • Latar masyarakat 3 PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 9 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–10 TERHAD [10 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 10 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan cuaca panas kepada manusia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Suhu harian yang panas melampau bukan sahaja membahayakan kesihatan dan ancaman terhadap tumbuhan dan haiwan bahkan akan mengganggu kelancaran aktiviti manusia. Sungai, tasik dan empangan akan mengering. Catuan air akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebagai langkah pengurusan air kepada masyarakat. Apabila air sungai, tasik dan kolam mulai mengering, ia akan memberi kesan kepada hidupan yang bergantung kepada air secara sepenuhnya. Pembakaran secara terbuka akan mengundang kepada jerebu dan pencemaran udara jika langkah berjaga-jaga tidak dijalankan. Pembakaran terbuka dikhuatiri akan lebih meningkatkan suhu, menyebabkan pencemaran udara dan jerebu di kawasan penempatan mereka. Selain itu juga, suhu harian yang tinggi akan turut memberi kesan kepada tubuh badan manusia. Antaranya boleh mengakibatkan komplikasi seperti keletihan akibat haba yang tinggi, strok haba, kekejangan otot dan pengsan. Beberapa gejala keletihan akibat haba yang tinggi termasuklah berpeluh yang melampau, keletihan, pening kepala atau rasa pening apabila berdiri, nadi lemah tetapi cepat, berasa mual dan muntah. Seterusnya apabila suhu berada dalam lingkungan 32 hingga 40 darjah Celsius, manusia boleh mengalami kekejangan otot, panas dan keletihan. Untuk suhu antara 40 hingga 54 darjah Celsius pula, boleh berkemungkinan mengakibatkan keletihan haba. Masyarakat harus mengehadkan aktiviti apabila berada pada julat suhu ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Suhu Melampau Jejas Kesihatan”, oleh Prof. Madya Mohd Hairy Ibrahim & Muhamad Ihsan Muhamad Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 11 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–12 TERHAD [15 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 12 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1–13 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 1 jam BAHASA MELAYU (02/2) KERTAS MODEL 1 Tingkatan 1 ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 13 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–14 TERHAD Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Pengisian Program Bulan Kebangsaan Bulan Kebangsaan – dinanti-nantikan oleh semua rakyat – aktiviti dirancang untuk memeriahkan sambutan – pameran kemerdekaan – program bicara warisan kemerdekaan – deklamasi puisi kemerdekaan – menyemarakkan rasa cinta terhadap negara Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan serta satu soalan daripada Bahagian B. [10 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 14 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 1–15 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Kelebihan Malaysia dalam Bidang Pelancongan 1 Anda dan keluarga anda sangat gemar bercuti. Ceritakan pengalaman anda ketika bercuti di salah satu tempat pelancongan dalam negara kita. 2 Pelancongan memberikan sumbangan penting kepada pendapatan negara. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing ke negara kita. 3 Kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan bilangan pelancong asing yang masuk ke negara kita terus meningkat. Selaku setiausaha Kelab Rekreasi di sekolah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk “Peranan Pelbagai Pihak untuk Memajukan Sektor Pelancongan di Negara Ini”. Tulis ceramah anda selengkapnya. Bangunan warisan terpelihara Program kesenian dan kebudayaan Sikap ramah penduduk tempatan Kemudahan kesihatan PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 15 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 1–16 TERHAD [30 markah] PS_UASA Ting_1_KM1_4th.indd 16 7/20/23 5:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 2–1 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1–15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 1 jam 30 minit BAHASA MELAYU (02/1) KERTAS MODEL 2 Tingkatan 1 PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 1 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–2 TERHAD Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] III Badan berkuasa telah bertindak merampas gerai jualan yang tidak memohon lesen perniagaan. IV Aizat hanya mampu berpeluk badan ketika diberitahu bahawa bas yang akan dinaikinya mengalami kelewatan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I “Sila semak semua buku latihan murid sebelum mereka mula bercuti,” pesan guru besar kepada semua guru. II Pak Abu sedang memburu haiwan liar yang memusnahkan tanamannya di kawasan semak itu. III “Semua pesanan cikgu akan saya semak dalam hati,” kata Alia kepada Cikgu Maizura. IV “Selendang biru itu saya semak dengan kerongsang pemberian ibu,” kata Nabila. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Penduduk kampung saling bantumembantu membersihkan rumah selepas banjir besar melanda. A saling bantu B saling membantu C saling membantu-bantu D saling bantu-membantu Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Puan Hayati daun pisang itu terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membungkus kuih koci. A melayur B menyalai C memasak D memanggang 2 Sikap Pak Noh yang gemar bercerita tentang kekayaannya telah menyebabkan dia disisihkan oleh sahabat-sahabatnya. A bebal B lunak C bodoh D angkuh Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Naura berasa tidak sedap badan sejak pulang dari bercuti di Pulau Redang. II Bapa Raef telah dinaikkan pangkat setelah berkhidmat selama sepuluh tahun di sebuah badan korporat. PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 2 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 6 Peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh murid telah beliau sampaikan semasa perhimpunan mingguan. A telah disampaikan oleh beliau B telah beliau menyampaikan C telah menyampaikan beliau D telah beliau sampaikan Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Di antara keistimewaan rendang ayam Mak Long Inam ialah rempahratusnya yang ditumbuk sendiri. II Bila berlaku kecemasan, Pak Melan segera menghubungi anaknya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. III Pak Mat tidak menang tangan melayan pelanggan di gerainya sejak keenakan rojak petis jualannya tular di media sosial. IV Puan Imah menjemput jiranjirannya yang paling rapat untuk meraikan majlis pertunangan anak perempuannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Permainan wau ialah permainan kegemaran penduduk di kampung itu. II Pemilik rumah tradisional itu mencantikkan halaman rumahnya dengan menanam pokok bunga raya yang berwarna-warni. III Berbagai-bagai jenis lauk-pauk ada dijual di gerai itu setiap hari. IV Wak Jelani tergaru-garu mencari mata kailnya yang terjatuh di tengahtengah timbunan jala di dalam sampannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Umat Islam di negara ini diseru untuk menjayakan program World Quran Hour dalam usaha menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran. A Program World Quran Hour menggalakkan umat Islam di negara ini berinteraksi dengan Al-Quran. B Interaksi masyarakat dengan AlQuran dapat digalakkan melalui program World Quran Hour bagi menyeru umat Islam menjayakannya. C Bagi menjayakan masyarakat yang berinteraksi dengan Al-Quran, program World Quran Hour akan dijayakan oleh umat Islam di negara ini. D Dalam usaha menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran, umat Islam di negara ini diseru untuk menjayakan program World Quran Hour. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Mimi tidak mahu mengikut kakaknya menghadiri majlis keraian di dewan orang ramai kerana suasana di situ sangat bising. 10 Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Sibuk macam lebah B Bising macam pasar C Terang macam siang D Gelap macam malam PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 3 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–4 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. Semua orang bercakap-cakap tentang Hari Guru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rahimah akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik. Rahimah selalu bercerita tentang bunga yang dibelinya. Kata Rahimah, harganya mahal, sepuluh ringgit. Rahimah mendapat wang itu daripada bapanya yang bekerja sebagai Pegawai Daerah. Rahimah anak orang kaya, bolehlah dia membeli hadiah yang mahal-mahal. Begitu juga Zaiton, dia akan membeli sebuah novel untuk orang dewasa buat Cikgu Faridah. Zaiton sayang akan Cikgu Faridah kerana guru itu selalu memberikan markah yang tinggi untuk karangannya. Oleh itu, Zaiton akan meminta wang daripada mamanya untuk membeli novel buat Cikgu Faridah. Zaiton akan menyuruh kakaknya memilih judul novel yang sesuai dengan jiwa Cikgu Faridah. Cikgu Faridah gemar membaca novel. Zaiton tahu itu. Cikgu Faridah gemar membaca novel karangan Shahnon Ahmad. Zaiton pernah terpandang Cikgu Faridah begitu asyik membaca novel Arena Wati, Sakura Mengorak Kelopak. Ketika itu, Zaiton pergi menghantar buku latihan. Dia nampak Cikgu Faridah begitu asyik membaca hingga tidak sedar bahawa dia ada di situ. (Dipetik daripada cerpen “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 11 Berdasarkan petikan, rangkai kata bakal menjelma membawa maksud A akan hadir. B hampir tiba. C pasti berlaku. D sudah berlalu. Rahimah mendapat wang itu daripada bapanya yang bekerja sebagai Pegawai Daerah. Rahimah anak orang kaya, bolehlah dia membeli hadiah yang mahal-mahal. 12 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perbandingan semacam yang menggambarkan Rahimah? A Manis seperti gula B Becok seperti murai C Kaya seperti jutawan D Angkuh seperti merak 13 Berdasarkan petikan, apakah hadiah yang hendak disampaikan oleh Zaiton kepada gurunya? A Bunga di dalam kotak plastik B Novel Sakura Mengorak Kelopak C Novel karangan Shahnon Ahmad D Sebuah novel untuk orang dewasa 14 Latar masyarakat yang dipaparkan dalam petikan di atas ialah A masyarakat yang penyayang. B masyarakat yang menghargai jasa guru. C masyarat yang mementingkan diri sendiri. D masyarakat yang prihatin terhadap peristiwa penting. 15 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Cikgu Faridah tidak gemar membaca novel B Cikgu Khalid selalu memberikan markah yang tinggi untuk Zaiton C Rahimah akan menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik D Zaiton akan menyuruh mamanya memilih judul novel yang sesuai dengan Cikgu Faridah PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 4 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 5 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–6 TERHAD Bahagian B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Puan Awatif pergi ke kedai runcit untuk membeli gula, tepung gandum, telur, tepung susu dan roti. (ii) Azri membantah perlaksanaan peraturan baharu di sekolahnya kerana menyusahkan murid-murid. [2 markah] 3 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan. (i) Aisy dan Akmal bersahabat sejak kecil sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke universiti. Subjek Predikat PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 6 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD (ii) Fateh menanyakan ibunya sama ada dia boleh mengikuti lawatan sekolahnya ke Kuala Lumpur bulan hadapan. Subjek Predikat (iii) Encik Halim dan keluarganya akan melancong ke Korea pada awal tahun hadapan. Subjek Predikat (iv) Adik perempuan saya sangat pandai mengait. Subjek Predikat [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua perbandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar. (i) (ii) [2 markah] PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 7 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–8 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Suara-suara yang memberikan semangat saling berbaur dengan suara yang menjerit namanya. Pecutannya bagaikan seekor kuda liar. Dia semakin pantas dan semakin hampir pada garisan penamat. Detik itulah, dia mendengar tepukan demi tepukan gamat dan bergemuruh. Sebutir lagi pingat akan digenggamnya. Matanya segera tertancap ke papan score board, namanya tercatat di atas nama-nama peserta lain. Catatan masa yang dibuatnya dalam acara 100 meter itu 10.68 saat mengatasi rekod Suradi di Sukan Asia di Delhi pada tahun 1982. Demikianlah perasaan bangga terus menyelinap di dadanya. Perasaan itu terus membuai dalam dirinya, terapung-apung bagaikan layang-layang di udara. (Dipetik dan diubah suai daripada novel Pelari Muda, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 2 Aku Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku. Kususur pasir panjang sambil kubayangkan aku ini Adam. Hari inilah aku tercipta dan pertama kali melihat laut, langit dan pohon. Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi ombak itu. Tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup di mana-mana. Bahkan aku tidak tahu kulit kerang dan ru pernah wujud di sini. Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada. ROSLI K. MATARI Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia. 5 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, di manakah kedua-dua watak tersebut berada? [3 markah] PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 8 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD (b) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam bahan 2. [3 markah] (c) Manusia tidak boleh hidup sendirian dan memerlukan sahabat untuk meluahkan perasaannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri kita daripada berasa kesunyian? [4 markah] 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab FI (ii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman Watak sampingan dalam sesebuah novel sangat penting dalam membantu watak utama menghidupkan perjalanan sesuatu peristiwa. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan tiga perwatakan yang sesuai dengan watak sampingan yang telah ditetapkan. Sejambak Bakti Mak Sopiah Pelari Muda Encik Kadir Destinasi Impian Azlina Usamah Formula Termodinamik NOVEL WATAK SAMPINGAN PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 9 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–10 TERHAD [10 markah] PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 10 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara untuk mengesan penipuan skim cepat kaya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kebanyakan skim cepat kaya dicipta dengan tujuan untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak wajar. Oleh itu, penting untuk anda mengetahui petua untuk mengesan penipuan skim cepat kaya. Jika seseorang menawarkan anda peluang mudah untuk mendapatkan wang yang banyak dalam masa yang singkat, anda perlu berhati-hati. Pelaburan seperti ini biasanya memerlukan risiko yang tinggi dan selalu terbabit dengan penipuan atau salah guna wang. Pastikan anda melihat syarat dan terma yang ditetapkan oleh skim cepat kaya itu sebelum mendaftar. Hal ini untuk memastikan bahawa anda memahami perkara yang anda sedang lakukan serta cara syarat dan terma yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Juga, pastikan anda melihat reputasi pengendali atau pembekal produk supaya anda boleh membuat keputusan yang tepat sama ada perkara ini suatu cara yang baik untuk melaburkan wang anda atau tidak. Akhirnya, sentiasalah peka terhadap setiap mesej lanjutan atau promosi produk serta perkhidmatan yang mungkin dipromosikan oleh skim cepat kaya itu. Jika promosi ini nampak terlalu bagus untuk menjadi benar, hal ini mungkin adalah penipuan. Dengan petua ini, anda dapat belajar cara untuk memproses informasi dan membuat keputusan berdasarkan pengetahuan dan bukti sahih. Skim cepat kaya ialah sejenis pelaburan yang menggoda, tetapi berhati-hatilah. Amaran pihak berkuasa telah dikeluarkan tentang risiko yang terlibat dan anda harus membaca dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri. Walaupun skim cepat kaya menawarkan potensi pulangan yang tinggi, ia juga boleh memberikan risiko yang tinggi. Oleh itu, amat penting bagi seseorang untuk menyemak maklumat tentang skim tersebut secara mendalam sebelum melibatkan diri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mengelak dan Memahami Skim Cepat Kaya”, oleh Syuhada Salleh, www.syuhadasalleh.my) PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 11 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–12 TERHAD [15 markah] PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 12 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2–13 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 1 jam BAHASA MELAYU (02/2) KERTAS MODEL 2 Tingkatan 1 PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 13 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–14 TERHAD Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan serta satu soalan daripada Bahagian B. Kepentingan Agropelancongan Pertumbuhan inap desa Mewujudkan peluang perniagaan Pendapatan lumayan Menyumbang terhadap ekonomi negara Mewujudkan peluang pekerjaan Memperkenalkan buah-buahan tempatan [10 markah] PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 14 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD KM 2–15 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Aktiviti Riadah Melapangkan fikiran Mengurangkan tekanan Menyihatkan badan Mengeratkan hubungan kekeluargaan 1 Anda sekeluarga gemar beriadah. Ceritakan aktiviti riadah yang anda lakukan bersama-sama dengan keluarga anda. 2 Aktiviti rekreasi mampu menyumbang ke arah pembentukan generasi yang lebih sihat. Huraikan kepentingan aktiviti rekreasi kepada masyarakat. 3 Kebelakangan ini, tanah-tanah diteroka untuk membina kawasan perumahan dan perindustrian dan tiada lagi kawasan untuk beriadah di kawasan anda. Anda diminta untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan untuk memohon sebuah taman rekreasi di kawasan tempat tinggal anda. Tulis surat anda selengkapnya. PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 15 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 KM 2–16 TERHAD [30 markah] PS_UASA Ting_1_KM2_4th.indd 16 7/20/23 5:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


J1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1: Jawapan KERTAS MODEL 1 KERTAS 1 Bahagian A 1 A 2 C 3 A 4 B 5 C 6 D 7 B 8 A 9 A 10 A 11 A 12 A 13 B 14 A 15 C Bahagian B 1 (i) bag – beg (ii) menampong – menampung 2 (i) dielak – dielakkan (ii) motorsikal – motosikal 3 (i) FN + FK (ii) FN + FN (iii) FN + FA (iv) FN + FS 4 (i) Berani macam harimau (ii) Takut macam tikus 5 (a) Ramli dan Zah berhasrat untuk memberikan hadiah kepada guru kesayangan masing-masing bersempena dengan sambutan Hari Guru di sekolah mereka. (b) Pengajaran yang terdapat dalam bahan 1: • kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal kita • kita hendaklah menghargai jasa guru dengan memberikan hadiah bersempena dengan sambutan Hari Guru (c) Cara-cara untuk membalas jasa guru: • belajar dengan bersungguh-sungguh • menghormati guru pada setiap masa • mentaati guru • menziarahi guru • mendoakan kesihatan dan kesejahteraan guru • membantu guru dengan membawa buku-buku ke bilik guru atau ke kereta guru 6 Novel Sejambak Bakti Latar masyarakat: • Masyarakat yang terdiri daripada muridmurid sekolah Razali, Ramlah, Swee Lan, Saridevi, Munir dan lain-lain ialah murid-murid sekolah menengah yang akan menduduki SPM pada tahun itu. • Masyarakat yang rajin Razali dan Ramlah sangat rajin menguruskan kedai koperasi sekolah mereka. Mereka juga mengemas dan menghias bilik bacaan untuk tujuan pertandingan. • Masyarakat yang iri hati terhadap orang lain Munir cemburu akan hubungan baik antara Razali dengan Ramlah. Dia juga berasa tidak puas hati kerana tidak terpilih sebagai Penolong Setiausaha Koperasi. Oleh itu, dia bersekongkol dengan Leong dan Silvam untuk memukul dan menfitnah Razali. Novel Pelari Muda Latar masyarakat: • Masyarakat yang angkuh Kamarul bersikap angkuh setelah menjadi atlet yang terkenal dan memenangi beberapa pertandingan. Dia mulai sombong terhadap kawan-kawannya dan jurulatihnya, Encik Kadir. • Masyarakat atlet Kamarul dan Sures gigih berlatih untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum PS_UASA Ting_1_JAWP_3rd.indd 1 7/20/23 6:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J2 mewakili negara dalam Sukan SEA. Mereka mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih mereka, Encik Kadir. • Masyarakat yang insaf akan kesilapan Kemalangan yang menimpa Kamarul telah menyebabkan dia insaf akan kesalahannya selama ini. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul memohon maaf daripada jurulatihnya. Dia menjalani semula latihan di bawah bimbingan jurulatihnya. Novel Destinasi Impian Latar masyarakat: • Masyarakat yang aktif Azlina seorang remaja yang aktif dan lasak dalam bidang sukan. Dia mewakili sekolahnya dalam acara lumba lari. Dia selalu berjoging untuk membina stamina dirinya. • Masyarakat yang berpandangan jauh Datuk mereka ialah golongan tua yang berpandangan jauh dalam usahanya menjadikan cucu-cucunya, iaitu Firdaus, Azlina dan Johari tahan lasak. • Masyarakat yang suka akan cabaran Azlina, Johari dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal sejauh 50 kilometer ke Morib. Mereka berazam untuk menamatkan ekspedisi tersebut dengan jayanya. Novel Formula Termodinamik Latar masyarakat: • Masyarakat pelajar yang kreatif dan inovatif Amir dan Usamah merupakan penuntut tahun akhir Politeknik Sarawak. Mereka bekerjasama menghasilkan mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Termodinamik sehingga mereka berjaya memenangi Anugerah Saintis Muda. • Masyarakat kampung yang bekerja sebagai pesawah Di Kampung Warisan, kebanyakan penduduknya terdiri daripada pesawah. Nenek Amir juga pesawah dan mempunyai petak sawahnya sendiri. • Masyarakat yang iri hati terhadap kejayaan orang lain Aswan berasa iri hati terhadap Amir dan Usamah. Dia meniru idea projek Amir dan Usamah. Dia juga telah mencuri pemacu pena kepunyaan Amir di rumah nenek. Bahagian C Kesan-kesan cuaca panas kepada manusia: • Membahayakan kesihatan dan ancaman terhadap tumbuhan dan haiwan • Mengganggu kelancaran aktiviti manusia • Sungai, tasik dan empangan akan mengering • Catuan air akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa • Memberi kesan kepada hidupan yang bergantung kepada air sepenuhnya • Pembakaran terbuka dikhuatiri akan lebih meningkatkan suhu • Memberi kesan kepada tubuh badan manusia, iaitu keletihan akibat haba yang tinggi, strok haba, kekejangan otot dan pengsan • Manusia boleh mengalami kekejangan otot, panas dan keletihan KERTAS 2 Bahagian A Bulan kemerdekaan sangat dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia. Pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan bulan tersebut. Antaranya ialah pameran kemerdekaan. Pameran ini bertujuan untuk mengimbau kembali peristiwa pemimpin terdahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini. Selain itu, program bicara warisan kemerdekaan juga diadakan. Dalam program ini, seorang bekas tentera yang pernah berjuang menentang komunis telah dijemput untuk menceritakan pengalamannya bertempur dengan sekumpulan pengganas komunis. Akhir sekali, deklamasi puisi kemerdekaan turut diadakan. Aktiviti ini dapat menyemarakkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan generasi muda hari ini. Kesimpulannya, bulan kemerdekaan harus diisi dengan program yang bermanfaat supaya semangat merdeka terus kukuh dalam jiwa rakyat Malaysia. PS_UASA Ting_1_JAWP_3rd.indd 2 7/20/23 6:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version