Kandungan TINGKATAN 4 Tema: Pembinaan Negara Warisan Negara Bangsa 1 Bab 1 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 3 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 4 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 8 Kebangkitan Nasionalisme 10 Bab 2 2.1 Maksud Nasionalisme 10 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat 12 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia 13 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 16 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 20 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 22 2.7 Perkembangan Nasionalisme 24 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme 29 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 32 Bab 3 3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia 33 3.2 Latar Belakang Perang Dunia 34 3.3 Perang Dunia Kedua 37 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 41 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita 43 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita 45 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun 48 3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun 51 3.9 Keadaan Negara Kita selepas Kekalahan Jepun 53 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 57 Bab 4 4.1 British Military Administration 57 4.2 Gagasan Malayan Union 58 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union 61 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British 65 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak 67 4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British 70 4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah 71 Persekutuan Tanah Melayu 1948 73 Bab 5 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 73 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 77 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 78 5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 80 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 81 Bab 6 6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita 81 6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita 83 RC SPM Sej Tg45(Cont)4th.indd 1 15/03/2024 12:00 PM
6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis 85 6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita 90 Usaha ke Arah Kemerdekaan 93 Bab 7 7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka 94 7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 96 7.3 Sistem Ahli 99 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan 100 7.5 Penubuhan Parti Politik 102 Pilihan Raya 106 Bab 8 8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu 106 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama 107 8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 111 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 113 Perkembangan Persekutuan Tanah Melayu 1957 115 Bab 9 9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan 115 9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 119 9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka 120 9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 122 Pemasyhuran Kemerdekaan 124 Bab 10 10.1 Pengertian Kemerdekaan 124 10.2 Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara 126 10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara 128 10.4 Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita 131 10.5 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu 134 TINGKATAN 5 Tema: Malaysia dan Masa Hadapan Kedaulatan Negara 136 Bab 1 1.1 Konsep Kedaulatan 136 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat 139 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 140 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan 141 Perlembagaan Persekutuan 144 Bab 2 2.1 Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan 144 2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 146 2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan 147 2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965 149 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 151 Bab 3 3.1 Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen 151 3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja 153 3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan 155 3.4 Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa 160 3.5 Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita 164 Sistem Persekutuan 166 Bab 4 4.1 Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita 166 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 168 RC SPM Sej Tg45(Cont)4th.indd 2 15/03/2024 12:01 PM
4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 171 4.4 Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan 177 Pembentukan Malaysia 179 Bab 5 5.1 Konsep Gagasan Malaysia 179 5.2 Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia 180 5.3 Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia 182 5.4 Langkah Pembentukan Malaysia 186 5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia 190 5.6 Konfrontasi dan Usaha Menangani 192 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia 195 Bab 6 6.1 Cabaran Dalaman Malaysia 195 6.2 Pemisahan Singapura 197 6.3 Menangani Ancaman Komunis 199 6.4 Isu Pembangunan dan Ekonomi 203 6.5 Tragedi Hubungan antara Kaum 205 Membina Kesejahteraan Negara 208 Bab 7 7.1 Perpaduan dan Integrasi Nasional 208 7.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan 212 7.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan 214 7.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 217 7.5 Sukan sebagai Alat Perpaduan 218 7.6 Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara 221 Membina Kemakmuran Negara 225 Bab 8 8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 225 8.2 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 226 8.3 Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 230 8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 230 8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 233 Dasar Luar Malaysia 238 Bab 9 9.1 Latar Belakang Dasar Luar 238 9.2 Asas Penggubalan Dasar Luar 239 9.3 Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 241 9.4 Malaysia dalam Komanwel 246 9.5 Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar 247 9.6 Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) 249 9.7 Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) 251 9.8 Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 253 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia 255 Bab 10 10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari 255 10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa 258 10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan 261 10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global 264 10.5 Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan 266 Kertas Model SPM 269 Jawapan 285 • Kajian Kes Imbas kod QR untuk muat turun: RC SPM Sej Tg45(Cont)4th.indd 3 15/03/2024 12:01 PM
1 BAB TINGKATAN 4 1 Warisan Negara Bangsa Bab 1 Tema: Pembinaan Negara Pengenalan 1 Ciri-ciri pembentukan negara bangsa sudah pun wujud dalam kalangan kerajaan Alam Melayu. 2 Ia berlaku sejak sebelum kedatangan kuasa Barat dan telah dilaksanakan oleh kerajaan: (a) Funan (b) Champa 3 Ciri-ciri tersebut telah diteruskan oleh Kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka dan diikuti oleh Kesultanan Johor-Riau. Peta Titi i THINK Masa Kerajaan as Abad pertama Abad kedua Kerajaan Funan Kerajaan Champa as Abad ketujuh Abad ke-15 Kerajaan Srivijaya Kesultanan Melayu Melaka Abad ke-16 Kesultanan Johor-Riau (as = sama seperti) Rajah 1.1 Kerajaan Alam Melayu mengikut abad Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1.1 SP 9.1.1 Memerihalkan latar belakang negara bangsa sebelum kedatangan Barat. 1 Kewujudan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu sudah pun bermula sejak sebelum kedatangan kuasa Barat. 2 Ia menjadi bukti yang menunjukkan bahawa asas negara bangsa telah pun diamalkan dalam kalangan kerajaan Alam Melayu. 3 Proses pembentukannya: (a) Mengambil masa yang lama (b) Melalui beberapa tahap 4 Ia berdasarkan kehebatan dan keagungan sesebuah kerajaan di Alam Melayu. Peta Buih i THINK Funan Majapahit Champa Srivijaya Gangga Nagara Kerajaan Alam Angkor Melayu Kedah Tua Rajah 1.2 Kerajaan Alam Melayu Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu SP 9.1.2 Menerangkan ciri negara bangsa sebelum kedatangan Barat. 1 Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu dan negara Barat adalah berbeza. 2 Perkembangannya berdasarkan peredaran masa dan keperluan. RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 1 15/03/2024 4:01 PM
2 BAB TINGKATAN 4 1 Jadual 1.1 Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu Raja • Raja ialah tonggak utama kerajaan. • Kedudukan raja akan diperkukuh menerusi sistem pemerintahan yang dibantu oleh para pembesar. • Rakyat memberikan ketaatan kepada raja dan dianggap suci. • Contohnya, Raja Champa yang dianggap suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva. Undangundang • Pelaksanaannya bertujuan memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan. • Undang-undang dipakai di seluruh wilayah pengaruh dan dijadikan panduan dalam pentadbiran kerajaan. • Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa. Wilayah pengaruh • Kawasan di mana rakyat menerima serta memperakui pemerintahan raja. • Contohnya, wilayah pengaruh Kerajaan Funan meliputi kawasan Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra. Rakyat • Penduduk di dalam sesebuah wilayah. • Rakyat juga setia kepada raja dan tidak akan menderhaka. • Contohnya, kesetiaan rakyat Srivijaya kepada rajanya dibuktikan dengan upacara: – Persetiaan – Meminum air sumpah 3 Penubuhan Kerajaan Srivijaya di Palembang telah meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang telah diasaskan oleh kerajaan Funan dan kerajaan Champa. 4 Penerusan tersebut telah menjadi asas yang kukuh kepada kerajaan Srivijaya untuk: (a) Berkembang dan seterusnya menjadi sebuah empayar yang terkenal. (b) Membawa kesejahteraan. 5 Pengasasan: (a) Kesultanan Melayu Melaka telah menyerapkan ciri-ciri lain untuk mengukuhkan negara bangsa. (b) Kesultanan Johor-Riau telah meneruskan ciri-ciri tersebut dengan menekankan kepentingan Islam dalam pelaksanaan negara bangsa. SEMAK CEPAT 1.1 1 Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. 2 Senaraikan kawasan wilayah pengaruh kerajaan Funan. Info Dinamik Inskripsi Telaga Batu • Dalam bahasa Sanskrit, Srivijaya bermaksud ‘bercahaya’ (sri) dan ‘kemenangan’ (vijaya). • Upacara persetiaan rakyat terhadap pemerintah Srivijaya diadakan di Inskripsi Telaga Batu. • Air yang dituangkan ke atasnya akan mengalir di corong bawah serta ditadah dan diminum oleh rakyat. Tindakan tersebut menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah. RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 2 15/03/2024 12:07 PM
3 BAB TINGKATAN 4 1 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 1.2 SP 9.1.2 Menerangkan ciri negara bangsa sebelum kedatangan Barat. 1 Penerusan ciri-ciri negara bangsa oleh Kesultanan Melayu Melaka menggambarkan kepentingan pembinaan dan perkembangan sesebuah negara bangsa. 2 Kesultanan tersebut mempunyai: (a) Sistem pentadbiran (b) Peraturan (c) Masyarakat yang tersusun (d) Corak politik yang tersendiri Kesultanan Melayu Melaka Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Lambang kebesaran Rakyat Wilayah pengaruh Kedaulatan Undangundang Rajah 1.3 Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka 3 Ciri-ciri tersebut menunjukkan usaha Kesultanan Melayu Melaka dalam membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh. (a) Kerajaan (i) Pelantikan raja membawa kepada kewujudan sesebuah kerajaan. (ii) R a j a m e r u p a k a n pemerintah tertinggi yang dibantu oleh golongan pembesar. (iii) Pelaksanaan Sistem Pembesar Empat Lipatan telah mengukuhkan lagi sistem pemerintahan beraja. (iv) Sistem tersebut menjadi t o n g g a k k e p a d a pentadbiran kesultanan di Melaka. (v) Pentadbirannya yang tersusun telah berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar yang gemilang. (vi) Gelaran sultan digunakan selepas kedatangan agama Islam di Melaka. (b) Rakyat (i) Berperanan memberikan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undangundang Kesultanan Melayu Melaka. (ii) Umumnya, rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan orang Laut. (iii) Sebagai golongan yang diperintah, golongan rakyat merangkumi golongan merdeka dan golongan hamba. (iv) Raja yang memerintah a k a n m e n j a m i n kesejahteraan rakyat. (v) Golongan rakyat pula akan mengakui kekuasaan raja. (vi) Hubungan timbal balas tersebut akan membentuk persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah. (c) Kedaulatan (i) Kedaulatan menjadi lambang kekuasaan tertinggi dan hak mutlak seseorang sultan. RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 3 15/03/2024 12:07 PM
4 BAB TINGKATAN 4 1 (ii) Ia membolehkan sultan y a n g m e m e r i n t a h mengawal rakyat dan wilayah kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka. (iii) Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain. (iv) Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada campur tangan kuasa asing. (v) Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka dan menghantar utusan ke Melaka. (vi) Antara utusan tersebut ialah Laksamana Cheng Ho yang bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah kerajaan. (d) Wilayah pengaruh (i) Ia merujuk kawasan yang diterima dan diakui oleh rakyat. (ii) Wilayah Kesultanan Melayu Melaka ini merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera. (iii) Kawasan-kawasan tersebut d i p e r o l e h m e l a l u i penaklukan, perkahwinan dan naungan. (e) Undang-undang (i) Kesultanan Melayu Melaka menggunakan undangundang bertulis, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. (ii) Penggunaannya bertujuan mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat. (f) Lambang kebesaran (i) Lambang kebesaran m e n j a d i i d e n t i t i , keistimewaan sultan Melaka dan simbol kedaulatan sultan yang memerintah. (ii) Antara lambang tersebut ialah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor. Info Dinamik • Wilayah taklukan merupakan wilayah yang diperoleh melalui peperangan seperti Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar. • Wilayah naungan ialah wilayah yang menerima ketuanan kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan atau persahabatan seperti Lingga, Patani dan Kedah. • Wilayah perkahwinan diperoleh melalui perkahwinan kepada Sultan Melaka. Ia berlaku apabila Sultan Mansur Shah dihadiahkan Siantan selepas mengahwini Puteri Majapahit. SEMAK CEPAT 1.2 1 Jelaskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. 2 Nyatakan undang-undang negeri lain yang mencontohi sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka. Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 1.3 SP 9.1.3 Menjelaskan keunggulan sistem pentadbiran dan undang-undang sebelum kedatangan Barat. 1 Keunggulan membawa maksud kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan. 2 Sistem pentadbiran dan undangundang yang tersusun membuktikan RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 4 15/03/2024 12:07 PM
5 BAB TINGKATAN 4 1 keunggulan Kesultanan Melayu Melaka. 3 I a m e m b a w a k e p a d a kegemilangannya sebagai sebuah kerajaan di Alam Melayu yang masyhur. Sistem Pentadbiran 1 Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah lengkap dan tersusun. 2 Sultan mengetuai pemerintahan dan berkuasa dalam semua aspek seperti: (a) Pemerintahan (b) Peperangan (c) Hubungan diplomatik (d) Agama 3 Sistem pentadbiran yang dilaksanakan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. 4 Pembesar Berempat diberikan kuasa oleh sultan untuk mentadbir sesebuah wilayah, sungai atau pulau yang dikenali sebagai kawasan pegangan. 5 Pembesar tersebut melibatkan Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 6 Pentadbiran turut dibantu oleh pembesar yang lain seperti Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, Hulubalang dan Penghulu. Info Dinamik Tun Perak merupakan Bendahara yang paling lama berkhidmat dengan Kesultanan Melayu Melaka. Beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Jadual 1.2 Peringkat sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Peringkat Maklumat Peringkat pentadbiran pusat • Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Temenggung. • Persefahaman dan hubungan antara kedua-dua pihak sultan dengan pembesar telah membawa kejayaan kepada Kesultanan Melayu Melaka. • Ia juga telah mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna dan dapat mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya daripada golongan pemerintah. • Bendahara berperanan penting sebagai ketua pentadbir, ketua turus angkatan tentera, penasihat sultan dan pemangku sultan. • Sistem kewangan Kesultanan Melayu Melaka juga teratur. Sultan Penghulu Bendahari Bendahara Temenggung Laksamana Rajah 1.4 Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 5 15/03/2024 12:07 PM
6 BAB TINGKATAN 4 1 Peringkat Maklumat • Sumber pendapatan diperoleh daripada urusan perdagangan serta segala jenis cukai dan ufti daripada wilayah taklukan dan naungan. • Penghulu Bendahari berperanan untuk menguruskan perbendaharaan. • Syahbandar diberikan tanggungjawab untuk mengutip cukai di pelabuhan. • Kutipan cukai di kawasan pegangan diuruskan oleh pembesar yang lain. • Hasil perbendaharaan tersebut akan digunakan untuk membeli senjata kerajaan dan membina istana sultan. • Aspek keselamatan Kesultanan Melayu Melaka juga kemas dan teratur yang berperanan untuk menjaga keselamatan di darat dan di laut. • Keamanan negara menjadi teras kepada kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. • Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka, manakala Laksamana berperanan sebagai panglima angkatan laut. Peringkat pentadbiran jajahan • Pembesar yang dilantik oleh sultan dan pembesar berempat yang ditugaskan untuk mengurus pentadbiran peringkat daerah dan kampung. • Antara peranan mereka ialah menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran serta mengutip cukai. Hukum Kanun Melaka 1 Sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan syariah dan hukum adat yang diamalkan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. 2 Pelaksanaannya dalam pentadbiran adalah untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka. 3 Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal berkaitan dengan: (a) Jenayah (b) Peranan sultan dan pembesar (c) Kekeluargaan (d) Ekonomi Jenayah 1 Untuk mengekalkan ketenteraman dan keharmonian, pelbagai hukuman dikenakan terhadap perbuatan jenayah di Melaka. 2 Ia melibatkan kesalahan membunuh, menikam dan mencuri. 3 Fasal 5.1 menyatakan hal berkaitan hukuman bunuh apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar. 4 Fasal 4 menyatakan hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar dengan arahan sultan dan memalsukan titah sultan. Peranan Sultan dan Pembesar 1 Setiap pembesar mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran. 2 Mereka juga perlu arif dalam hal yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang. 3 Fasal 1 menjelaskan peranan sultan, bendahara, temenggung dan penghulu bendahari. RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 6 15/03/2024 12:07 PM
7 BAB TINGKATAN 4 1 Kekeluargaan 1 Pengenalan undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau perkahwinan. 2 Fasal 26 menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat atau sekurang-kurangnya dua orang saksi. 3 Golongan hamba abdi dan wanita tidak dibenarkan menjadi saksi dalam perkahwinan. Ekonomi 1 Aktiviti perdagangan membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. 2 Undang-undang yang dilaksanakan mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga di Kesultanan Melayu Melaka. 3 Ia bertujuan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. 4 Fasal 30 menyatakan pengharaman amalan riba dalam urusan perniagaan. 5 Selain itu, orang yang menjalankan perniagaan perlulah akil baligh, siuman dan melafazkan akad jual beli. Info Dinamik Kandungan Hukum Kanun Melaka menyatakan perkataan titah, murka, kurnia dan anugerah hanya boleh digunakan oleh raja. Ia tidak boleh digunakan atau dipersendakan oleh rakyat. Undang-Undang Laut Melaka 1 Diusahakan oleh beberapa orang nakhoda Melaka dan diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah seperti Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. 2 Kandungannya membincangkan: (a) Peranan nakhoda (b) Pelayaran (c) Percukaian (d) Jenayah di atas kapal Peranan Nakhoda 1 Nakhoda kapal berkuasa penuh dan dianggap sebagai raja dalam pelayaran. 2 Arahan dan perintah nakhoda haruslah dipatuhi. 3 Fasal 13.1 menyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari. 4 Fasal 13.3 menyatakan mesyuarat perlu diadakan dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan. Pelayaran 1 Dinyatakan peranan beberapa pegawai yang lain seperti jurumudi, malim dan jurubatu. 2 Pematuhan terhadap peranan masing-masing akan menjadikan pelayaran selamat dan lancar. 3 Fasal 9 menyatakan seorang malim haruslah arif tentang ilmu pelayaran seperti keadaan ombak, arus serta kedudukan bulan dan bintang. 4 Pengetahuan tersebut dapat memastikan pelayaran selamat. 5 Kegagalan malim menjalankan tugas sehingga berlaku kerosakan atau pelanggaran akan membawa kepada hukuman bunuh. Jenayah 1 Jenayah di atas kapal akan menggugat keamanan dan mengancam keselamatan isi kapal. RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 7 15/03/2024 12:07 PM
8 BAB TINGKATAN 4 1 2 Undang-Undang Laut Melaka menerangkan hukuman terhadap perbuatan jenayah seperti mencuri, membunuh dan memberontak. 3 Fasal 5 menyatakan hukuman mati akan dikenakan kepada individu yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal. Percukaian 1 Undang-undang ini juga menyatakan percukaian yang sistematik dan adil akan dikenakan dalam urusan pelayaran dan perdagangan. 2 Antaranya berkaitan dengan cukai perjalanan dan cukai hasil perniagaan. 3 Fasal 6.3 menyatakan penetapan nakhoda ke atas jumlah cukai terhadap penumpang. 4 Satu persepuluh cukai akan dikenakan daripada hasil penumpang sekiranya ingin turun sebelum sampai janjinya. Ilustrasi 1 Pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka Info Dinamik Kawasan pegangan merupakan kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat seperti wilayah, sungai atau pulau. SEMAK CEPAT 1.3 1 Namakan jawatan Pembesar Berempat semasa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. 2 Nyatakan pembesar lain yang membantu pentadbiran Pembesar Berempat. Peranan Pemerintah dan Rakyat 1.4 SP 9.1.4 Menghuraikan hubung kait peranan rakyat dan pemerintah dalam pemerintahan sebelum kedatangan Barat. SP K9.1.5 Menerangkan kepentingan kesetiaan kepada raja dan negara. 1 Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, wujud hubung kait antara pemerintah dengan rakyat. 2 Ia selaras dengan konsep waadat di mana rakyat yang bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain. 3 Situasi tersebut akan menggerakkan sistem kerajaan dan sistem pemerintahan. 4 Hubungan timbal balik tersebut akan mengukuhkan lagi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Info Dinamik Waadat bermaksud perjanjian. Ia dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah. Tulah merupakan kecelakaan yang akan menimpa seseorang kerana melanggar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja. SEMAK CEPAT 1.4 1 Senaraikan empat peranan golongan pembesar. 2 Jelaskan golongan yang dikategorikan sebagai: (a) Rakyat (b) Hamba RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 8 15/03/2024 12:07 PM
9 BAB TINGKATAN 4 1 Peta Dakap i THINK Peranan Golongan Pemerintah dan Diperintah Golongan pemerintah Golongan diperintah Sultan Rakyat Pembesar Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat. Memberikan taat setia kepada pemerintah. Menjadi tentera. Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang. Tidak mengingkari arahan pemerintah. Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong. Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan melalui sistem kerah. Bertanggungjawab memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. Merupakan perantara antara sultan dengan rakyat. Bertanggungjawab mengutip hasil melalui sistem serah. Membekalkan tenaga tentera menerusi sistem kerah. Mewujudkan perpaduan rakyat. Mewujudkan kemakmuran dan kestabilan kerajaan. Mewujudkan undang-undang untuk mengawal rakyat. Rajah 1.5 Peranan golongan pemerintah dan diperintah RC SPM Sej Tg4(B1)3rd.indd 9 15/03/2024 12:07 PM
10 BAB TINGKATAN 4 2 Kebangkitan Nasionalisme Bab 2 Tema: Pembinaan Negara Pengenalan 1 Perkembangan yang berlaku di Barat mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di negara kita. 2 Perkembangan gerakan nasionalisme tersebut berlaku seiring dengan cara, matlamat dan ketokohan pemimpin nasionalis. Jadual 2.1 Faktor pencetus perkembangan nasionalisme Tahun Peristiwa 1688 Revolusi Keagungan di England 1776 Revolusi Amerika 1789 Revolusi Perancis 1857 Dahagi India 1868 Pemulihan Meiji 1883 • al-Urwah al-Wuthqa • Pan-Islamisme 1896 Revolusi Filipina 1906 Penerbitan al-Imam 1911 Revolusi China 1928 Sumpah Pemuda Indonesia 1937 Penubuhan Kesatuan Melayu Muda Maksud Nasionalisme 2.1 SP 9.2.1 Menyatakan maksud nasionalisme. 1 Nasionalisme merujuk perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. 2 Nasionalisme juga boleh ditafsirkan sebagai semangat kebangsaan yang dapat dilihat menerusi sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. 3 Nasionalisme juga membawa maksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial. 4 Pengalaman sejarah dan pengaruh alam sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam m e nye b a b k a n b e r l a k u ny a ketidaksamaan idea nasionalisme di setiap negara. Pendapat Tokoh 1 Hans Kohn Nasionalisme ialah satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya. 2 Profesor William R. Roff (a) Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih terarah kepada kesedaran dan ketegasan diri. (b) Berlaku pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi. (c) Nasionalisme juga berlaku di Tanah Melayu kerana wujud kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 10 15/03/2024 4:01 PM
11 BAB TINGKATAN 4 2 3 Dato’ Onn Jaafar Nasionalisme menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan kuat serta boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri, seterusnya mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain. 4 Dr. Burhanuddin al-Helmi (a) Perjuangan menentang penjajahan memerlukan persatuan dan perpaduan yang kuat. (b) Ia dikenali sebagai National Fronts. (c) Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan. (d) Ia dilakukan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa. 5 Dr. R. Suntharalingam (a) Mendefinisikan nasionalisme sebagai fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia. (b) Ia bertujuan menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. (c) Nasionalisme menuntut kesetiaan terulung individu disalurkan kepada negara bangsa. 6 Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid (a) Nasionalisme Melayu telah lama wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. (b) Antara ciri nasionalisme ketika itu ialah setia kepada raja. (c) Orang Melayu berpegang kepada fahaman kebangsaan yang bersifat ke “Tanah Melayuan”. 7 Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (a) Sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu. (b) Ianya bertujuan mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri. Dr. Burhanuddin al-Helmi Dr. R. Suntharalingam Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Hans Kohn Profesor William R.Roff Dato’ Onn Jaafar RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 11 15/03/2024 12:08 PM
12 BAB TINGKATAN 4 2 SEMAK CEPAT 2.1 1 Jelaskan maksud nasionalisme menurut pandangan Hans Kohn. 2 Jelaskan faktor yang mempengaruhi kemunculan idea nasionalisme. Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat 2.2 SP 9.2.2 Menerangkan perkembangan idea nasionalisme di Barat. 1 Di Barat, nasionalisme berkembang kerana wujudnya penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan. 2 Situasi tersebut telah menggugat hak dan kebebasan rakyat. 3 Ini dapat dilihat melalui Revolusi Keagungan di Britain (1688), Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Perancis (1789). Revolusi Keagungan 1 Dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah. 2 Tercetus kerana keinginan untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat. 3 Semasa menggubal undang-undang, Raja James II telah membelakangkan parlimen. 4 Situasi tersebut mengakibatkan kebangkitan ahli parlimen untuk menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak. 5 Golongan penentang tersebut disokong oleh Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. 6 Kekurangan sokongan menyebabkan Raja James II melarikan diri ke Perancis. 7 Pemerintahan Mary II dan suaminya telah memantapkan konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan. 8 Pada era tersebut, Bill of Rights telah digubal. 9 Tindakan tersebut bertujuan memberikan keutamaan kepada ahli parlimen untuk menggubal undangundang dan hak mengutip cukai. Revolusi Amerika 1 Ia merupakan reaksi penduduk Amerika terhadap penjajahan British ke atas mereka. 2 Berlaku kerana British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. 3 Terdapat 13 tanah jajahan British di Amerika yang menentang akta yang telah diperkenalkan. 4 Pengenalan akta seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh membolehkan British memungut cukai di jajahan. 5 Ketiadaan wakil Amerika dalam Parlimen British menyebabkan penduduk tempatan Amerika melaungkan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” dalam Parlimen British. 6 George Washington telah mengetuai pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres. 7 Beliau telah mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. 8 Pada bulan Julai 1776, kongres telah meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika. 9 Perisytiharan tersebut telah ditulis oleh Thomas Jefferson. 10 Beliau menegaskan bahawa menjadi hak penduduk untuk membentuk RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 12 15/03/2024 12:08 PM
13 BAB TINGKATAN 4 2 kerajaan baharu sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan. 11 Pengakuan British terhadap kemerdekaan Amerika telah menyebabkan berakhirnya revolusi pada tahun 1783. 12 Kesemua 13 buah tanah jajahan tersebut telah digabungkan dan dinamakan sebagai Amerika Syarikat yang mengamalkan pemerintahan demokrasi. Revolusi Perancis 1 Tercetus kerana munculnya idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan. 2 Ia diperkenalkan oleh pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau dan Voltaire. 3 Penulisan The Social Contract oleh Rousseau mengemukakan suara rakyat yang digelar sebagai ‘hasrat umum’ yang merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. 4 Ia bertujuan menjamin kesejahteraan masyarakat. 5 Rosseau juga berpendapat bahawa suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi. 6 Golongan revolusi mensasarkan pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774 – 1792) dan golongan bangsawan. 7 Hal ini disebabkan tindakan mereka yang memonopoli pelbagai k e i s t i m e w a a n s e h i n g g a membebankan rakyat dengan pelbagai cukai. 8 Golongan revolusi bertindak menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan menggulingkan Raja Louis XVI. 9 Peristiwa tersebut telah menyebabkan berakhirnya pemerintahan beraja dan membawa kepada kewujudan Republik Perancis. Info Dinamik Autokratik ialah pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan. SEMAK CEPAT 2.2 1 Mengapakah gerakan nasionalisme di Britain dikenali sebagai Revolusi Keagungan? 2 Jelaskan faktor yang mendorong tercetusnya Revolusi Amerika. 3 Jelaskan perjuangan golongan yang terlibat dalam Revolusi Perancis. Perkembangan Nasionalisme di Asia 2.3 SP 9.2.3 Menjelaskan perkembangan nasionalisme di Asia. 1 Perkembangan ini merupakan kesinambungan idea nasionalisme yang berlaku di Barat kesan pertembungan dengan bangsa Eropah. 2 Kedatangan dan penjajahan kuasakuasa tersebut di Asia mencetuskan kebangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan. Nasionalisme di India 1 Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British. 2 Pada tahun 1857, berlaku kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India. 3 Ia merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi atau askar upahan British berbangsa India kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 13 15/03/2024 12:08 PM
14 BAB TINGKATAN 4 2 4 Peristiwa tersebut merupakan titik tolak ke arah perkembangan nasionalisme di India. 5 Pada peringkat awal, gerakan tersebut memberikan perhatian terhadap isu sosioagama yang digiatkan oleh Brahmo Samaj dan Arya Samaj. 6 Kedua-duanya merupak an pertubuhan penting yang berperanan menggiatkan rasa kecintaan pada budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat. 7 Pada penghujung abad ke-19, muncul golongan intelektual. 8 Ia berlaku kerana perkembangan pendidikan Barat yang telah memulakan gerakan nasionalisme secara tersusun. 9 Pertubuhan-pertubuhan tersebut telah menyuarakan pandangan mereka seperti di Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) yang dibentuk pada tahun 1885 dan Liga Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1906. 10 Gerakan yang bersifat keras muncul pada awal abad ke-20. 11 Ia diketuai oleh nasionalis radikal berbentuk militan terhadap British seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal. 12 Selepas Perang Dunia Pertama, INC yang diterajui oleh Mahatma Gandhi menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan British. 13 Beliau menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India. Info Dinamik Istilah satyagraha bermaksud berpegang teguh pada kebenaran. Konsep tersebut menjadi asas perjuangan INC tanpa keganasan. 14 Berakhirnya Perang Dunia Kedua telah mendorong pembentukan jawatankuasa khas oleh INC dan Liga Muslim. 15 Ia bertujuan merangka rancangan pembahagian India kepada dua buah negara, iaitu India dan Pakistan. 16 Pada 14 Ogos 1947, Muhammad Ali Jinnah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Pakistan yang merdeka. 17 Pada 15 Ogos 1947, negara India pula telah mengisytiharkan kemerdekaan. 18 Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri India yang pertama. Nasionalisme di China 1 Nasionalisme di China berlaku bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan oleh kuasa asing dalam bidang ekonomi dan politik. 2 Gerakan tersebut bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu. 3 Masyarakat China menganggap dinasti tersebut sebagai orang luar dan kehilangan mandat. 4 Kegagalan menghalang kemasukan pengaruh Barat turut menyebabkan masyarakat China hilang kepercayaan kepada Dinasti Manchu. 5 Penentangan terhadap campur tangan kuasa Barat membawa kepada gerakan anti-Barat yang dipelopori oleh Dr. Sun Yat Sen. 6 Ideologi perjuangan beliau berasaskan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i), iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. 7 Prinsip tersebut juga menjadi asas gerakan Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911. 8 Melaluinya, Dinasti Manchu berjaya ditumbangkan sehingga mewujudkan pemerintahan republik di China. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 14 15/03/2024 12:08 PM
15 BAB TINGKATAN 4 2 Info Dinamik Masyarakat China percaya bahawa pentadbiran raja yang adil akan direstui oleh Tuhan dan mempengaruhi kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Pemerintahan yang zalim akan menyebabkan mereka kehilangan mandat daripada Tuhan. Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir 1 Berlaku kerana kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam daripada ancaman imperialis Barat. 2 Kesedaran tersebut telah mendorong kemunculan Gerakan Islah dan PanIslamisme. Gerakan Islah 1 Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam yang dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. 2 Imperialisme Barat di Mesir telah mewujudkan pertembungan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaan tempatan. 3 Kesannya, berlaku perubahan budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan. 4 Gerakan Islah menyeru supaya umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis serta memperbaiki kehidupan masyarakat dalam usaha membebaskan diri daripada penjajahan. Gerakan Pan-Islamisme 1 Diasaskan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani pada tahun 1883. 2 Beliau telah menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat). 3 Pe n u b u h a n ny a b e r t u j u a n menguatkan persaudaraan dan memberikan kemajuan kepada umat Islam. 4 Penerbitan akhbar al-Urwah al-Wuthqa oleh kumpulan tersebut bertujuan menyebarkan idea Pan-Islamisme. 5 Idea tersebut bertujuan menyeru penyatuan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menentang peluasan kuasa Barat. 6 Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas oleh penjajah supaya bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah. 7 Khalifah Abdul Hamid II, pemerintah empayar Uthmaniyah menggerakkan idea Pan-Islamisme dan disokong oleh umat Islam seluruh dunia. 8 Idea Pan-Islamisme tersebut telah membangkitkan penentangan Tok Janggut terhadap British di Kelantan pada tahun 1915. Info Dinamik Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hasan bin Munas. Beliau dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853. Nasionalisme di Jepun 1 Digerakkan oleh pemerintah Jepun, Maharaja Mikado Meiji (1868) untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. 2 Baginda telah melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan memberikan penekanan pada pemodenan mengikut model Barat. 3 Tindakan tersebut bertujuan menjadikan Jepun dihormati oleh kuasa Barat yang lain. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 15 15/03/2024 12:08 PM
16 BAB TINGKATAN 4 2 4 Semangat bushido dijadikan prinsip dan asas dalam usaha membina nasionalisme meliputi pembaharuan dalam semua aspek kehidupan. 5 Melalui semangat tersebut, rakyat Jepun sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai citacita serta sedia berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab kepada ketua dan negara. 6 Pemulihan tersebut menjadikan Jepun sebagai sebuah negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia. 7 Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia. SEMAK CEPAT 2.3 1 Nyatakan peristiwa yang menjadi pemangkin pada gerakan nasionalisme di India. 2 Namakan dua pemimpin peringkat awal dalam gerakan tersebut. 3 Jelaskan prinsip gerakan kebangkitan rakyat di China. Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 2.4 SP 9.2.4 Menghuraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara. 1 Gerakan nasionalisme yang berlaku berpunca daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat. 2 Ia berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia. 3 Di Thailand, gerakan nasionalisme bertujuan menuntut pembaharuan dalam pentadbiran untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman kuasa imperialis. Nasionalisme di Filipina 1 Nasionalisme di Filipina berlaku untuk menghapuskan penjajahan asing. 2 Gerakan tersebut melibatkan beberapa orang tokoh nasionalis seperti Jose Rizal, Andres Bonifacio dan Emilio Aguinaldo. Jose Rizal 3 Pada peringkat awal, gerakan tersebut dipimpin oleh Jose Rizal dan berbentuk Gerakan Propaganda. Info Dinamik Jose Rizal bergiat cergas dalam politik secara sederhana melalui gerakan dakyah (menggunakan media cetak dan karya sastera untuk menyebarkan perjuangan) di Sepanyol. 4 Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan mempunyai hak yang sama seperti yang diberikan kepada bangsa Sepanyol. 5 Pada tahun 1892, Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina yang mendesak supaya kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. 6 Gerakan Propaganda yang gagal telah mencetuskan idea nasionalis yang lebih radikal. 7 Oleh itu, Bonifacio telah menubuhkan Katipunan untuk mendapatkan kemerdekaan Filipina melalui revolusi. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 16 15/03/2024 12:08 PM
17 BAB TINGKATAN 4 2 8 Idea revolusi disebarkan oleh akhbar Kalayan. 9 Pada tahun 1896, Bonifacio dan Aguinaldo yang memimpin Katipunan telah melancarkan Revolusi Filipina. 10 Revolusi ini bertujuan menyingkirkan Sepanyol dari Filipina. 11 Kegagalan revolusi tersebut m e n y e b a b k a n A g u i n a l d o menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengusir Sepanyol. 12 Pada tahun 1899, Perisytiharan Kemerdekaan yang dibuat oleh Aguinaldo tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat. 13 Tindakan Amerika Syarikat meletakkan Filipina di bawah penguasaan Amerika Syarikat menyebabkan golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan. 14 Mereka menggunakan saluran diplomasi melalui saluran politik sederhana. 15 Pendekatan tersebut membolehkan Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun 1907. 16 Sehingga Perang Dunia Kedua, gerakan nasionalis meneruskan tuntutan kemerdekaan di Filipina. Nasionalisme di Burma (Myanmar) 1 Nasionalisme di Burma berlaku kerana manifestasi perjuangan terhadap penjajahan British oleh golongan kelas menengah, Sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani. 2 Nasionalisme tersebut digerakkan oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat yang menentang perkembangan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha. 3 Pada tahun 1906, Persatuan Belia Buddha ditubuhkan untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma. 4 Persatuan tersebut menggunakan isu kasut untuk membangkitkan Nasionalisme. Info Dinamik Isu kasut merupakan perbuatan orang British yang dianggap mencemari kesucian agama Buddha kerana memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha. 5 Selepas kepemimpinannya diketuai oleh U Ba Pe seorang pemimpin yang lebih radikal, persatuan tersebut dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma. 6 Revolusi Pelajar yang berlaku di Burma pada tahun 1920 menuntut penubuhan universiti. 7 Seterusnya, golongan sami Buddha telah menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi. 8 Majlis ini telah mencetuskan Pemberontakan Saya San (1930 – 1932) yang diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi. 9 Golongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai memberikan sokongan kepada beliau. 10 Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 telah mencetuskan nasionalisme yang seterusnya di Burma. 11 Melalui perlembagaan tersebut, Burma dan India dipisahkan oleh British. 12 Situasi tersebut telah merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri di Burma. 13 Sehubungan dengan itu, Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) telah ditubuhkan oleh golongan Thakin untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 17 15/03/2024 12:08 PM
18 BAB TINGKATAN 4 2 14 Parti itu dipimpin oleh Aung San, Kyaw Nein dan U Nu. Aung San 15 Mereka menggelarkan diri sebagai “Thakin” yang membawa maksud tuan. 16 Mereka juga menegaskan bahawa orang Burma mesti bertuankan orang Burma. 17 Pada tahun 1937, Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri yang pertama. Nasionalisme di Vietnam 1 Perubahan sosiopolitik dan ekonomi selepas kedatangan Perancis telah mendorong kemunculan gerakan nasionalisme di Vietnam. 2 Gerakan tersebut dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai golongan mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja. 3 Peningkatan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis berlaku selepas kemunculan golongan intelektual. 4 Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee menjadi saluran penyebaran idea golongan nasionalis yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam. 5 Selepas Perang Dunia Pertama, gerakan nasionalisme di Vietnam bercorak revolusi. 6 Gerakan tersebut didukung oleh dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme dan komunisme. 7 Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam yang dipimpin oleh Nguyen Thai Hoc ialah parti utama aliran nasionalisme. 8 Perjuangan mereka berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme. 9 Pada tahun 1930, VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. 10 Peristiwa tersebut memberikan Perancis peluang untuk melumpuhkan golongan nasionalis. 11 Ia dilakukan dengan menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. 12 Golongan komunis diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh. 13 Beliau meneruskan gerakan revolusi terhadap Perancis. 14 Pada bulan September 1945, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara. Ho Chi Minh 15 Ho Chi Minh telah dilantik sebagai presiden pertama Vietnam Utara. 16 Namun, Vietnam Selatan yang berpusat di Saigon berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 18 15/03/2024 12:08 PM
19 BAB TINGKATAN 4 2 17 Penentangan ini diteruskan sehingga terbentuknya Republik Vietnam pada tahun 1976. Nasionalisme di Indonesia 1 Pada peringkat awal, nasionalisme di Indonesia berkisarkan isu pendidikan yang bertujuan mengubah nasib rakyat Indonesia yang dijajah Belanda. 2 Perjuangan tersebut dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini yang berusaha memajukan pendidikan wanita Indonesia. Raden Adjeng Kartini 3 Surat-surat beliau yang diutus kepada rakan-rakannya di Eropah telah dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1911. 4 Hasil karya tersebut diberi judul Habis Gelap Terbitlah Terang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk Letters of a Javaness Princess. 5 Kandungannya mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan memundurkan bangsa Indonesia. 6 Seterusnya, kemunculan pertubuhan Muhammadiyah yang lebih tersusun telah mengembangkan kesedaran nasionalisme di Indonesia. 7 Pertubuhan tersebut berusaha mempertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat. 8 Penubuhan parti-parti politik yang seterusnya bersifat lebih radikal seperti Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI). 9 Di bawah kepemimpinan Soekarno, PNI berjaya menjadi sebuah parti yang berpengaruh. 10 Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda”. 11 Ikrar tersebut menjadi tonggak nasionalisme yang berasaskan satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa. 12 Ketiga-tiga asas tersebut dijadikan asas mewujudkan negara bangsa. 13 Soekarno telah mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) bagi mengukuhkan perjuangan pertubuhan. 14 Permuafakatan ini merupakan gabungan organisasi dan parti politik untuk memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Nasionalisme di Thailand 1 Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut pelibat an rakyat dalam pemerintahan. Info Dinamik Siam ialah nama asal bagi Thailand. Pertukaran nama tersebut dilakukan pada tahun 1932 yang bermaksud “Tanah Bebas”. 2 Gerakan tersebut dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi dan pemodenan. 3 Raja Mongkut telah membina hubungan baik dengan kuasa Barat. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 19 15/03/2024 12:08 PM
20 BAB TINGKATAN 4 2 4 Antaranya ialah British, Amerika Syarikat dan Perancis. 5 Pelaksanaan birokrasi Barat merupakan langkah awal dalam usaha pemodenan baginda dengan membawa masuk penasihat Barat. 6 Raja Mongkut telah membawa masuk sebanyak 80 orang penasihat Barat, penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain, penasihat kastam dari Amerika Syarikat serta penasihat ketenteraan dari Perancis. 7 Ia bertujuan melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis. 8 Bagi tujuan melaksanakan pendidikan Barat, guru dari Barat, terutamanya British telah dibawa masuk. 9 Tindakan tersebut telah membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat. 10 Putera baginda, Raja Chulalongkorn telah meneruskan usaha pemodenan negara dan dasar terbuka tersebut. 11 Ia bertujuan menjadikan Thailand sebuah negara yang bebas daripada penjajahan kuasa Barat, terutamanya British. 12 Pemerintahan Raja Vajiravudh telah menimbulkan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat. 13 Rakyat gelisah terhadap kelemahan pentadbiran baginda sehingga berlakunya penguasaan politik oleh kerabat diraja. 14 Tindakan Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat telah mencetuskan Revolusi Thai pada tahun 1932. 15 Peristiwa tersebut telah menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak di Thailand dan mewujudkan pelaksanaan pemerintahan raja berperlembagaan. 16 Pemerintahan tersebut meletakkan raja pada kedudukan tertinggi, tetapi tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri. 17 Perkembangan nasionalisme yang seterusnya berlaku disebabkan oleh rakyat tidak berpuas hati terhadap penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. 18 Phibulsongkram telah meluluskan undang-undang menyek at penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan menggalakkan pelibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi. 19 Dasar bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua telah menyebabkan Thailand tidak dijajah. 20 Ia juga membolehkan Thailand menguasai semula wilayah di Indochina dan negeri-negeri utara Tanah Melayu. SEMAK CEPAT 2.4 1 Nyatakan pihak-pihak yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Burma. 2 Mengapakah isu kasut berjaya membangkitkan gerakan nasionalisme di Burma? Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 2.5 SP 9.3.1 Memerihalkan latar belakang kemunculan kesedaran nasionalisme di negara kita. 1 Di negara kita, kesedaran nasionalisme bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2 Tindakan pemimpin seperti Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung oleh generasi hari ini. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 20 15/03/2024 12:08 PM
21 BAB TINGKATAN 4 2 3 Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan kembali Melaka dengan melakukan serangan terhadap Portugis sebanyak tiga kali. 4 Di Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang menguasai Pulau Pinang. 5 Hal ini demikian kerana Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah. 6 Gerakan nasionalisme yang seterusnya dilakukan oleh Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. 7 Walaupun bersifat setempat, tetapi selari dengan erti nasionalisme, iaitu perjuangan untuk menuntut kebebasan daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masingmasing. 8 Kesedaran awal menerima reaksi dan tindakan keras pihak penjajah menyebabkan perjuangan berlaku secara sederhana. 9 Sejak awal abad ke-20, kesedaran nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan oleh tokoh agama. 10 Ia dibawa oleh Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd. Taha dan Syed Sheikh al-Hadi. 11 Kesedaran tersebut diteruskan menerusi penulisan kreatif dan akhbar. 12 Penulisan ini digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munsyi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub. 13 Gerakan tersebut turut melibatkan pertubuhan sosioekonomi dan golongan Melayu berpendidikan Inggeris. 14 Antaranya ialah Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Burhanuddin alHelmi. Zainal Abidin Ahmad (Za‛ba) Abdul Rahim Kajai Hajah Zainon Munsyi Sulaiman (Ibu Zain) SEMAK CEPAT 2.5 1 Namakan dua pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang terlibat dalam usaha untuk menentang ancaman luar. 2 Nyatakan negeri kawasan yang terlibat dengan perjuangan nasionalisme tokoh-tokoh berikut: (a) Penghulu Dol Said (c) Rentap (b) Dato’ Maharaja Lela (d) Mat Salleh RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 21 15/03/2024 12:09 PM
22 BAB TINGKATAN 4 2 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 2.6 SP 9.3.2 Menerangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita. 1 Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kemunculan semangat nasionalisme di negara kita pada abad ke-20. 2 Antaranya ialah peranan agama, penulisan kreatif, media cetak, sistem pendidikan, kemunculan golongan intelektual serta pengaruh luar dan serantau. Peranan Agama 1 Berlaku apabila pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah dan perjuangan Gerakan Islah di negara tersebut. 2 Dipimpin oleh Sayyid Jamal alAfghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida. 3 Gerakan tersebut menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis. 4 Penubuhannya bertujuan menentang imperialisme Barat di negara Islam. Penulisan Kreatif 1 Penulisan tokoh nasionalis seperti novel, cerpen dan puisi menjadi wadah untuk menceritakan keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat. 2 Tindakan tersebut memberikan impak kepada rakyat untuk menaikkan semangat bagi menghadapi realiti hidup yang dijajah. 3 Antaranya ialah novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai. 4 Pak Sako menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan melalui penulisannya. Media Cetak 1 Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita. 2 Akhbar Jawi Peranakan merupakan antara akhbar awal yang menegur campur tangan British dalam soal agama di Singapura dan isu bahasa Melayu. 3 Akhbar Sekola Melayu menjadi bahan pembacaan di sekolah Melayu. 4 Idea pembaharuan dimuatkan dalam Al-Imam, Neracha dan Pengasuh. 5 Di Sarawak, akhbar Fajar Sarawak menjadi wadah mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak. Info Dinamik Akhbar Al-Imam telah diterbitkan pada 23 Julai 1960. Akhbar ini menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan alQuran dan hadis. Sistem Pendidikan 1 Penubuhan madrasah pada awal abad ke-20 telah memperkenalkan sistem pendidikan moden. 2 Ia berperanan meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar. 3 Antara madrasah yang ditubuhkan ialah Madrasah al-Attas di Johor Bahru (1914), Madrasah alMasyhur di Pulau Pinang (1916) dan Madrasah al-Idrisiyyah di Kuala Kangsar (1926). RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 22 15/03/2024 12:09 PM
23 BAB TINGKATAN 4 2 4 Idea kemajuan dan pemodenan diterima oleh institusi tersebut melalui kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan kepulangan pelajar dari Mesir. 5 Institusi yang lain ialah Raffles Institution di Singapura dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). 6 Kewujudannya berjaya melahirkan golongan dan pemimpin rakyat yang menuntut hak untuk mendapatkan pendidikan. 7 Melalui sistem pendidikan, pelajar diberikan pendedahan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat yang memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah dan mendesak British supaya melakukan pembaharuan. 8 SITC dijadikan medan untuk berbincang dan menghasilkan karya-karya nasionalisme untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Kemunculan Golongan Intelektual 1 Perkembangan sistem pendidikan mendorong kemunculan golongan intelektual. 2 Contohnya, lepasan dari Timur Tengah seperti Syed Syeikh al-Hadi. 3 Beliau telah menggerakkan idea pembaharuan dalam kalangan masyarakat. 4 Antara intelektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu ialah Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd. Said (Abu Bakar al-Baqir) dan Ibrahim Haji Yaakob. 5 Mereka ingin menyedarkan rakyat tentang nasionalisme dengan menggunakan akhbar dan menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi dan politik. Pengaruh Luar dan Serantau 1 Antara pengaruh luar dan serantau yang menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di negara kita ialah: (a) Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyyah telah memberikan kesedaran kepada umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar. (b) Kemunculan Gerakan Islah di Mesir yang menggesa umat Islam supaya melakukan pembaharuan yang progresif. (c) Kejayaan Jepun menewaskan kuasa besar Rusia. (d) Kejayaan Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China untuk menumbangkan Dinasti Manchu dan menubuhkan negara Republik China. (e) Kejayaan perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British tanpa kekerasan. (f) Perjuangan Jose Rizal di Filipina. (g) Perjuangan Soekarno di Indonesia. 2 Kesemua kejayaan tersebut telah membangkitkan kesedaran rakyat di negara kita supaya menentang penjajah. SEMAK CEPAT 2.6 1 Namakan tokoh Gerakan Islah di Mesir. 2 Jelaskan bentuk hasil kesusasteraan yang menjadi wadah mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah. 3 Nyatakan pengaruh luar yang mempengaruhi gerakan nasionalisme di negara kita. RC SPM Sej Tg4(B2)3rd.indd 23 15/03/2024 12:09 PM
136 BAB TINGKATAN 5 1 Pengenalan 1 Konsep kedaulatan yang berkaitan dengan kenegaraan telah diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani. 2 Seiring dengan perubahan zaman, pelbagai tafsiran telah diberikan oleh tokoh-tokoh tentang konsep kedaulatan. 1.1 Konsep Kedaulatan SP 12.1.1 Menyatakan konsep kedaulatan. Takrif Kedaulatan 1 Istilah kedaulatan ditakrifkan sebagai: (a) Kekuasaan tertinggi (b) Kewibawaan sesebuah negara yang bebas (c) Mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara 2 Di negara kita, kedaulatan dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. 3 Kedaulatan tersebut semakin kukuh dan mantap ekoran daripada peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Kedaulatan Negara Bab 1 Peta Dakap i THINK Tema: Malaysia dan Masa Hadapan Bahasa Yunani Supernuus atau superanus Bermaksud agung atau tertinggi Merujuk negara yang bebas dan merdeka Bahasa Inggeris Sovereignty Bermaksud negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan Bahasa Arab Berasal daripada kata daulah Bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan Bahasa Melayu Berasal daripada perkataan daulat Bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara Takrif Kedaulatan Rajah 1.1 Takrif kedaulatan mengikut bahasa RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 136 15/03/2024 12:22 PM
137 BAB TINGKATAN 5 1 Info Dinamik Tamadun Yunani ialah tamadun Greek yang berkembang dari tahun 1000 Sebelum Masihi hingga 800 Masihi. Kewujudannya merupakan pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah dan memberikan inspirasi kepada kehidupan manusia yang lebih baik menerusi beberapa pencapaian tamadun tersebut. Pandangan Tokoh 1 Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang merdeka untuk: (a) Menjalankan pemerintahan (b) Melaksanakan undangundang 2 Ia penting untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran sesebuah negara serta diterima dan diiktiraf oleh negara lain. Jadual 1.1 Tafsiran kedaulatan menurut pandangan tokoh Tokoh Tafsiran Aristotle (Ahli Falsafah Yunani) • Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. • Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat kepada undang-undang. Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam) • Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. • Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mecapai cita-cita yang sama. Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis) • Kekuasaan tertinggi dalam sesebuah negara. • Mempunyai sifat kekal. • Mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia yang pertama) • Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan. • Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 137 15/03/2024 12:22 PM
138 BAB TINGKATAN 5 1 Jenis Kedaulatan 1 Kedaulatan sesebuah negara adalah mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negara tersebut. 2 Ini disebabkan setiap negara mempunyai hak bagi menentukan bentuk dan jenis kedaulatan yang diamalkan masing-masing seperti: (a) Kedaulatan tradisional (b) Kedaulatan moden (c) Kedaulatan undang-undang (d) Kedaulatan antarabangsa Kedaulatan Tradisional 1 Ia merupakan sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan kerajaan sejak zaman tamadun awal manusia. 2 Di Malaysia, kedaulatan adalah: (a) Berpaksikan pada kedaulatan Raja-raja Melayu (b) Terletak pada kekuasaan dan kewibawaan seseorang raja 3 Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi dan diperkukuh oleh kesetiaan rakyat. Kedaulatan Moden 1 Kedaulatan moden berkait rapat dengan: (a) Idea kemunculan negara bangsa yang wujud selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis (b) Hak rakyat (c) Kerajaan berperlembagaan 2 Kedaulatan selepas Perang Dunia Pertama dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing. 3 Kedaulatan yang wujud di negara kita sebagai sebuah negara bangsa merupakan gabungan negeri Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan Persekutuan Malaysia 1963. Kedaulatan Undang-undang 1 Istilah kedaulatan undang-undang merujuk kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi. 2 Situasi tersebut dapat: (a) Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat (b) Menjadikan negara aman, stabil dan mencapai kemakmuran 3 Kewujudan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa bertujuan memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang yang dijadikan prinsip keempat dalam Rukun Negara. Tokoh Tafsiran Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara) • Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka. • Memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing. RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 138 15/03/2024 12:22 PM
139 BAB TINGKATAN 5 1 Kedaulatan Antarabangsa 1 K e d a u l a t a n a n t a r a b a n g s a bermaksud pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara. 2 Kedaulatan ini tidak boleh dicabuli oleh negara lain. 3 Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang tersebut disahkan melalui Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970. 4 Keanggotaan Malaysia dalam PBB menjadi bukti pengiktirafan dunia terhadap negara kita sebagai sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat. SEMAK CEPAT 1.1 1 Nyatakan maksud istilah daulah daripada perkataan bahasa Arab. 2 Mengapakah kedaulatan perlu mempunyai sifat kekal dan kuasa yang tidak terbatas? 3 Berikan empat jenis kedaulatan yang berkaitan dengan sesebuah negara. Ciri Negara yang Berdaulat 1.2 SP 12.1.2 Menerangkan ciri-ciri negara berdaulat. 1 Sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, negara kita mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menentukan identiti kedaulatan negara. 2 Ciri negara berdaulat perlulah mempunyai: (a) Pemerintahan (b) Sempadan (c) Perundangan (d) Rakyat Mempunyai Pemerintahan 1 Kewujudan pemerintahan negara berdaulat bertujuan menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan memastikan ekonomi yang dijalankan secara teratur. 2 Sebagai sebuah negara persekutuan, negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. 3 Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai Ketua Utama Negara. 4 Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan yang dibantu oleh Jemaah Menteri. Mempunyai Sempadan 1 Sempadan ialah garis pemisah antara negeri atau negara. 2 Negara kita berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran. 3 Ia melibatkan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina yang telah diakui oleh masyarakat antarabangsa termasuk PBB. 4 Penetapan sempadan telah memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Mempunyai Perundangan 1 Perundangan menjadi asas kepada peraturan sesebuah negara untuk: (a) Memelihara kesejahteraan (b) Menjamin keadilan (c) Melindungi rakyat 2 Perlembagaan Persekutuan merupakan asas kepada sistem perundangan negara. 3 Penggubalan dan penentuan sistem perundangan berada di bawah tanggungjawab Parlimen. RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 139 15/03/2024 12:22 PM
140 BAB TINGKATAN 5 1 Mempunyai Rakyat 1 Rakyat bermaksud penduduk sesebuah negara yang terikat dengan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah. 2 Negara kita mempunyai rakyat yang majmuk, terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam. 3 Penyatuan rakyat dilakukan melalui: (a) Satu bahasa dan kebudayaan (b) Rukun Negara (c) Identiti nasional yang sama Info Dinamik • Raja Berperlembagaan ialah pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. • Demokrasi Berparlimen ialah demokrasi yang dijalankan melalui proses pilihan raya. SEMAK CEPAT 1.2 Nyatakan ciri-ciri negara yang berdaulat. Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 1.3 SP 12.1.3 Menjelaskan akan pentingnya mewujudkan negara berdaulat. 1 Kedaulatan penting bagi sesebuah negara. Ia mewujudkan keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara. 2 Kedaulatan juga memperlihat pengiktirafan negara lain terhadap negara kita. Keberkesanan Pentadbiran 1 Negara bebas untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar dengan wujudnya kedaulatan. 2 Sistem Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan telah menjalankan dasar pentadbiran dengan berkesan. 3 Wujud kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. 4 Tindakan tersebut dilakukan melalui: (a) Pengagihan kuasa yang berkesan (b) Pengukuhan undangundang dalam Perlembagaan Persekutuan Kemakmuran Ekonomi 1 Pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di negara kita selepas negara kita mencapai kemerdekaan. 2 Kedaulat an membolehkan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi yang meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan. 3 Pembangunan ekonomi tersebut diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara. Kesejahteraan Sosial 1 Kedaulatan juga membolehkan negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat. 2 Negara kita dapat melahirkan warganegara yang: (a) Berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan (b) Memberikan sumbangan untuk pembangunan negara RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 140 15/03/2024 12:22 PM
141 BAB TINGKATAN 5 1 3 Justeru itu, beberapa perkara diperkenalkan berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara. 4 Pelaksanaannya bertujuan memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita yang berbilang kaum. Kecemerlangan Hubungan Luar Negara 1 Kedaulatan juga penting untuk memberikan hak kepada negara menjalinkan hubungan dengan negara lain. 2 Ia dilakukan melalui penggubalan dasar luar negara. 3 Tindakan tersebut dapat: (a) Menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain (b) Mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang 4 Secara tidak langsung, negara kita memperoleh pelbagai faedah dan kelebihan dalam usaha mempertahankan kedaulatan. 5 Selain itu, langkah Malaysia menganggotai pertubuhan serantau dan antarabangsa telah meningkatkan imej negara. 6 Peranan dan kebolehan negara kita turut diakui oleh masyarakat antarabangsa. Langkah Mempertahankan Kedaulatan 1.4 SP 12.1.4 Menghuraikan langkah-langkah pemerintah dan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara. 1 Golongan pemerintah dan rakyat berperanan penting serta perlu saling bekerjasama untuk mempertahankan kedaulatan negara. 2 Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat penting untuk: (a) Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi (b) Mengekalkan perpaduan kaum (c) Memupuk patriotisme (d) Mengukuhkan pertahanan negara Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi 1 Pemerintah dan rakyat perlu berganding bahu dan bersama-sama dalam usaha memastikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. 2 Golongan pemerintah perlu mentadbir dengan cekap dan melakukan pelbagai usaha serta program untuk memajukan ekonomi. 3 Usaha-usaha tersebut perlu mendapat kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada rakyat bagi memastikan segalanya berjalan lancar. SEMAK CEPAT 1.3 1 Bagaimanakah tindakan yang diambil untuk mewujudkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di Malaysia? 2 Jelaskan perkara yang berkaitan dengan langkah kerajaan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan di negara kita. RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 141 15/03/2024 12:22 PM
142 BAB TINGKATAN 5 1 Pemerintah Rakyat • Membentuk pentadbiran yang cekap. • Menghindarkan perbuatan rasuah dalam pentadbiran. • Mengagihkan sumber kekayaan negara melalui dasar pembangunan ekonomi secara adil kepada semua kaum. • Menguatkuasakan undang-undang negara berpandukan perlembagaan dengan efektif. • Mentaati raja dan setia kepada negara. • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan. • Memupuk kerjasama dengan semua kaum agar agihan kekayaan negara dinikmati semua. • Mematuhi undang-undang negara. Usaha untuk Mewujudkan Kestabilan Politik dan Ekonomi Rajah 1.2 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi Mengekalkan Perpaduan Kaum 1 Usaha mengekalkan perpaduan kaum sudah bermula sejak negara kita mencapai kemerdekaan. 2 Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh pemerintah dan rakyat bertujuan mengekalkan kedaulatan negara. Jadual 1.2 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum Golongan Maklumat Pemerintah • Membentuk dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional. • M ema s t i k a n dasar b e r k a i t a n d e n g a n bahasa, pendidikan dan kebudayaan dilaksanakan dengan berkesan oleh kementerian dan agensi berkaitan. • Merangka program dan kempen ke arah memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. • Menyediakan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum. Golongan Maklumat Rakyat • Menjaminperpaduankaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara. • M e m a h a m i dan menghormati agama serta kebudayaan kaum lain. • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati antara satu sama lain. • Memupuk kerjasama antara kaum dengan melibatkan diri dalam program kemasyarakatan. Memupuk Patriotisme 1 Patriotisme membawa maksud: (a) Perasaan cinta yang mendalam terhadap negara (b) Kesanggupan untuk mempertahankan sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya 2 Patriotisme menjadi nadi kepada kebebasan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. 3 Patriotisme juga berperanan penting dalam usaha melahirkan pemimpin dan rakyat yang setia dan sanggup berkorban untuk negara. RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 142 15/03/2024 12:22 PM
143 BAB TINGKATAN 5 1 Jadual 1.3 Peranan pemerintah dan rakyat untuk memupuk patriotisme terhadap negara Golongan Maklumat Pemerintah • Melahirkan perasaan cinta akan negara dengan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan. • Melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara dengan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah. • Memupuk patriotisme melalui pelbagai media dengan menganjurkan kempen dan menerbitkan filem serta rencana. • Mengabadikan nama rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara pada bangunan dan jalan sebagai tanda pengiktirafan terhadap mereka. Rakyat • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku. • Menyanjung dan menghargai adat dan warisan negara. • Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi. • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Mengukuhkan Pertahanan Negara 1 Usaha mempertahankan negara sememangnya melibatkan kerjasama daripada pihak pemerintah dan rakyat. 2 Tindakan tersebut dapat mengekalkan kedaulatan negara. Jadual 1.4 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mengukuhkan pertahanan negara Golongan Maklumat Pemerintah • Membentuk dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara. • Mewujudkan perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan bersamasama negara serantau dan antarabangsa. • Mengukuhkan pasukan pertahanan negara dengan memodenkan aset ketenteraan. • Memastikan pasukan keselamatan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran semasa. Rakyat • Sentiasa peka terhadap isu keselamatan negara dengan memberikan maklumat terhadap pencerobohan sempadan negara. • Menghindarkan sebarang kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. • Mempertahankan negara dengan menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan. • Rela berkorban apa-apa sahaja untuk mempertahankan negara. SEMAK CEPAT 1.4 1 Mengapakah golongan pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk mempertahankan kedaulatan negara? 2 Apakah kesan daripada tindakan tersebut? RC SPM Sej Tg5(B1)3rd.indd 143 15/03/2024 12:22 PM
144 BAB TINGKATAN 5 2 Pengenalan 1 Perlembagaan Persekutuan ialah teras kepada sistem pemerintahan negara. 2 Ia merupakan dokumen undangundang bertulis yang digubal berasaskan undang-undang negerinegeri Melayu yang sedia ada dan tambahan unsur baharu. 3 Ciri-ciri tradisional dan moden menjadikan perlembagaan negara kita unik. Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan 2.1 SP 12.2.1 Memerihalkan latar belakang sejarah perlembagaan negara. 1 Perlembagaan bertindak sebagai undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. 2 Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum kedatangan British. 3 Pemerintah atau raja mentadbir negara berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal. 4 Kedudukan raja diterima sebagai pemerintah yang berdaulat selepas ditadbir oleh British. 5 Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan unsur penting dalam sesebuah negara. Asas Pembentukan Perlembagaan 1 Nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negara. 2 Walau bagaimanapun, terdapat prinsip undang-undang Inggeris yang diasimilasikan dengan nilai tempatan. Perlembagaan Persekutuan Bab 2 Jadual 2.1 Undang-undang Negeri Melayu dan undang-undang Inggeris Jenis Maklumat Undangundang Negeri Melayu • Raja berperanan sebagai pemerintah. • Rakyat memberikan kesetiaan. • Raja menentukan undang-undang dan sistem pemerintahan. • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud: – Hukum Kanun Melaka – Undang-Undang Laut Melaka • Kandungannya mempengaruhi undang-undang bertulis di negeri Melayu yang lain seperti: – Hukum Kanun Pahang – Undang-Undang Kedah – Undang-Undang Johor – Undang-Undang 99 Perak Tema: Malaysia dan Masa Hadapan RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 144 15/03/2024 12:24 PM
145 BAB TINGKATAN 5 2 Jenis Maklumat • Penggubalan undang-undang tersebut menjadi panduan serta kawalan kepada raja dan pembesar dalam pentadbiran negara. Hukum Kanun Pahang Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka Undangundang Inggeris • Charter of Justice yang digubal di England diperkenalkan sebagai undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS). • Matlamatnya adalah untuk melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan. • Piagam terpilih seperti Charter of Justice 1807 sahaja yang diguna pakai di NNS. • The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 digunakan di Sarawak sebagai The Common Law of England. • Undang-undang yang sama di Sabah dikenali sebagai Sabah Application of Laws Ordinance 1951. Peta Pokok i THINK Charter of Justice I – (1807) Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang Charter of Justice II – (1826) Menyatukan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang Charter of Justice III – (1855) Mewujudkan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang Charter of Justice di Negeri-negeri Selat Rajah 2.1 Charter of Justice di Negeri-negeri Selat 3 Pada bulan Ogos 1956, Council Negri (Majlis Negeri), iaitu badan membuat undang-undang telah menerima kuasa daripada Perlembagaan Sarawak. 4 Majlis Negeri dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha dan mempunyai sebanyak 45 orang ahli. 5 G a b e n o r S a r aw a k p u l a mempengerusikan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh: (a) Ketua Setiausaha (b) Setiausaha Kewangan (c) Peguam Negara 6 Pada tahun 1959, kuasa pentadbiran negeri diserahkan oleh Perlembagaan Sarawak kepada: (a) Majlis Tertinggi (b) Council Negri RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 145 15/03/2024 12:24 PM
146 BAB TINGKATAN 5 2 Info Dinamik Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal berkaitan dengan jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan serta hal berkaitan dengan ekonomi. Undang-undang tersebut digubal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446 – 1456) dan telah disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489 – 1511). SEMAK CEPAT 2.1 1 Jelaskan bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British. 2 Senaraikan undang-undang bertulis yang pernah digunakan di negerinegeri Melayu sebelum kedatangan kuasa barat. 3 Nyatakan peranan Charter of Justice terhadap penduduk Negeri-negeri Selat. Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 2.2 SP 10.5.4 Menganalisis kesan zaman darurat terhadap negara kita. 1 Penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula dari tahun 1877 hingga tahun 1957 oleh badan yang sah dalam perundangan. 2 Parlimen merupakan badan perundangan yang diberikan kuasa penuh untuk membentuk undang-undang di Malaysia. 3 Sehingga kini, ahli Parlimen berperanan untuk meminda perlembagaan bagi menegakkan kedaulatan negara. 4 Jasa para pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan negara perlu dihargai oleh rakyat. Tahun 1946 • Majlis Undangan Negeri menggubal undang-undang di NNS. • Majlis Persekutuan menggubal undangundang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). • Majlis Negeri menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Tahun 1957 • Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • Dikenali juga sebagai Suruhanjaya Reid yang disesuaikan dengan model Westminster dari Britain. • Perlembagaan tersebut mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 dan dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia pada hari ini. Tahun 1877 • Raja Muda Yusuf mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak untuk menggubal undang-undang negeri. • Titik tolak kepada pembentukan undangundang negara. • Peranan yang sama dimainkan oleh Majlis Negeri di negeri-negeri Melayu. Tahun 1948 • Pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Titik tolak kepada pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negerinegeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. • Hal pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan merupakan antara kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Peta Alir i THINK Rajah 2.2 Kronologi sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 146 15/03/2024 12:24 PM
147 BAB TINGKATAN 5 2 SEMAK CEPAT 2.2 1 Jelaskan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 2 Apakah nama lain bagi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? 3 Nyatakan model yang dijadikan rujukan untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Imbas kod QR atau layari https:// www.malaysia.gov.myportal/ content/30109?language=myuntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan pembelajaran Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan 2.3 SP 12.2.3 Menjelaskan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan. 1 Perlembagaan sebagai peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. 2 Di negara kita, perlembagaan terbahagi kepada dua ciri utama, iaitu: (a) Ciri tradisional (b) Ciri moden Ciri Tradisional Kesultanan atau Pemerintahan Beraja 1 Pent adbiran negeri-negeri Melayu dilaksanakan berasaskan pemerintahan beraja. 2 Melaluinya, sultan berperanan sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. 3 Sistem pemerintahan beraja diteruskan sehingga negara kita mencapai kemerdekaan dan disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen. 4 Perlembagaan memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi dan mempunyai kuasa untuk: (a) Mengampun (b) Menangguhkan hukuman kepada sesiapa yang melakukan kesalahan oleh mahkamah (c) Melantik jawatan utama negara 5 Pada peringkat negeri, raja memainkan peranan sebagai ketua negeri. 6 Raja memegang kuasa eksekutif yang dilaksanakan melalui nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. 7 Selain itu, raja juga berkuasa untuk: (a) Mengampun (b) Menangguhkan hukuman kepada sesiapa yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah (c) Melantik jawatan utama negeri 8 Baginda merupakan tonggak kehormatan dan keadilan yang juga berperanan untuk mengurniakan anugerah, penghormatan dan bintang kehormat kepada mereka yang terpilih. Agama Islam 1 Antara ciri tradisional yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan ialah agama Islam. 2 Semasa pentadbiran British, raja di negeri Melayu tidak perlu menerima nasihat daripada Penasihat British dalam hal yang berkaitan dengan: RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 147 15/03/2024 12:24 PM
148 BAB TINGKATAN 5 2 (a) Hak dan kedaulatan raja (b) Adat istiadat orang Melayu (c) Agama Islam 3 Selepas negara mencapai kemerdekaan, agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja di negeri masing-masing kecuali di Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja. 4 Perkara tersebut diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu telah lama digunakan dalam pemerintahan negara kita. 2 Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi lingua franca dan berperanan sebagai bahasa ilmu. 3 Kini, ia merupakan bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi. Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera 1 Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera sebelum merdeka berada di bawah kuasa raja dan ketua peribumi. 2 Selepas merdeka, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain diletakkan di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Ciri Moden Kerajaan Persekutuan 1 Antara perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ialah mewujudkan satu sistem kerajaan Persekutuan. 2 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam laporannya menyarankan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu. 3 Selepas pembentukan Malaysia, beberapa kuasa autonomi diberikan kepada Sarawak dan Sabah. Sistem Demokrasi Berparlimen 1 Pelaksanaan sistem demokrasi diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 2 Demokrasi menjadi asas kepada pilihan raya umum pada tahun 1955 yang bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk: (a) Memilih wakil pemimpin (b) Menubuhkan kerajaan 3 Suruhanjaya Pilihan Raya juga diwujudkan bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil. 4 Suruhanjaya tersebut juga bertanggungjawab menjalankan: (a) Pilihan raya persekutuan untuk memilih wakil m e m b e n t u k K e r a j a a n Persekutuan (b) Pilihan raya negeri untuk memilih wakil membentuk Kerajaan Negeri Kewarganegaraan 1 Pada tahun 1948, kewarganegaraan Persekutuan telah diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. 2 Melaluinya, rakyat terbahagi kepada rakyat raja dan mendapat kerakyatan British jika dilahirkan di Melaka atau Pulau Pinang. 3 Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, taraf kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua rakyat. RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 148 15/03/2024 12:24 PM
149 BAB TINGKATAN 5 2 Info Dinamik • Rakyat raja ialah orang Melayu dan orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja. • Rakyat British ialah mereka yang dilahirkan di Melaka dan Pulau Pinang atau mana-mana tanah jajahan British yang lain. Info Dinamik • Mulai tahun 1969, sistem pemilihan melalui pilihan raya telah dilaksanakan di Sarawak. • Di Sabah, ia dimulakan pada tahun 1967 untuk membolehkan pembubaran Dewan Undangan Negeri. SEMAK CEPAT 2.3 1 Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan? 2 Namakan negeri-negeri Melayu yang melaksanakan kerakyatan British. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965 2.4 SP 12.2.4 Menghuraikan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965. 1 Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura membawa kepada pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. 2 Perlembagaan tersebut berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. 3 Pindaan perlembagaan dilaksanakan adalah untuk menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada. 4 Pada tahun 1963 dan 1965, beberapa pindaan perlembagaan yang utama telah dilakukan dengan melibatkan struktur Mahkamah Atasan dan pemisahan Singapura. Pindaan Perlembagaan 1963 1 Selepas pembentukan Malaysia, berlaku pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. 2 Pindaan tersebut dilakukan dengan memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. 3 Pindaan tersebut melibatkan: (a) Struktur Mahkamah Atasan (b) Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo (c) Jawatan Yang di-Pertua Negeri Struktur Mahkamah Atasan 1 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menetapkan struktur Mahkamah Atasan adalah mengikut model Mahkamah Tertinggi England. 2 Ia dibahagikan kepada: (a) Mahkamah Atasan (b) Mahkamah Rayuan 3 Pembentukan Malaysia telah m e w u j u d k a n M a h k a m a h Persekutuan (Mahkamah Atasan). 4 Terdapat tiga buah Mahkamah Atasan di Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. 5 Mahkamah Persekutuan boleh mendengar mana-mana perkara yang berkaitan dengan: (a) Persoalan perlembagaan (b) Pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 149 15/03/2024 12:24 PM
150 BAB TINGKATAN 5 2 Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo 1 Kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya dikekalkan dalam Perlembagaan Malaysia, manakala Mahkamah Tinggi Borneo pula ditubuhkan. 2 Kewujudan Mahkamah Tinggi Borneo adalah untuk menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. 3 Pada tahun 1963, telah diwujudkan jawatan Ketua Hakim Borneo di Kuching, Sarawak. 4 Pada tahun 1994, nama jawatan tersebut diubah kepada Ketua Hakim Sarawak dan Sabah. Jawatan Yang di-Pertua Negeri 1 Pembentukan Malaysia membawa kepada pelantikan Yang di-Pertua Negeri di Sarawak dan Sabah. 2 Pelantikan tersebut dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. 3 Semasa menjalankan tugas, Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi bagi Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah. Pindaan Perlembagaan 1965 1 Usul pindaan perlembagaan dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. 2 Ia dinamakan sebagai pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965. 3 Kelulusan Parlimen membolehkan Singapura keluar daripada Malaysia dan semua perkara berkaitan dengannya dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia (pindaan 1965). 4 Antara perkara tersebut ialah imigresen, kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan. Persidangan akhbar bagi menjelaskan sebab pemisahan Singapura daripada Malaysia yang dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka SEMAK CEPAT 2.4 1 Apakah yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia? 2 Nyatakan tiga perkara utama dalam pindaan Perlembagaan 1963. RC SPM Sej Tg5(B2)3rd.indd 150 15/03/2024 12:24 PM
285 JAWAPAN Jawapan Tingkatan 4 Warisan Negara Bangsa Bab 1 Semak Cepat 1.1 1 (a) Raja (b) Undang-undang (c) Wilayah pengaruh (d) Rakyat 2 (a) Sungai Mekong (b) Teluk Cam Ranh (c) Selatan Myanmar (d) Segenting Kra Semak Cepat 1.2 1 (a) Kerajaan (b) Rakyat (c) Kedaulatan (d) Wilayah pengaruh (e) Undang-undang (f) Lambang kebesaran 2 (a) Undang-Undang Pahang (b) Undang-Undang 99 Perak Semak Cepat 1.3 1 (a) Bendahara (b) Penghulu Bendahari (c) Temenggung (d) Laksamana 2 (a) Syahbandar (b) Bentara (c) Orang Kaya (d) Hulubalang (e) Penghulu Semak Cepat 1.4 1 (a) Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan (b) Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat (c) Mengutip hasil melalui sistem serah (d) Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah 2 (a) (i) Peniaga (ii) Petani (iii) Tukang (iv) Nelayan (b) (i) Hamba raja (ii) Hamba berhutang (iii) Hamba biasa Kebangkitan Nasionalisme Bab 2 Semak Cepat 2.1 1 Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya 2 Pengalaman sejarah dan faktor sekeliling Semak Cepat 2.2 1 Peralihan kuasa berlaku tanpa pertumpahan darah 2 Tindakan British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika 3 Kebebasan, persamaan, persaudaraan Semak Cepat 2.3 1 Dahagi India 2 (a) Brahmo Samaj (b) Arya Samaj 3 (a) Nasionalisme (b) Demokrasi (c) Kebajikan sosial Semak Cepat 2.4 1 (a) Golongan kelas menengah (b) Golongan Sami Buddha (pongyi) (c) Golongan Thakin (siswazah universiti) (d) Golongan petani 2 Perbuatan orang British memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha dianggap mencemari agama Buddha Semak Cepat 2.5 1 (a) Sultan Muzaffar Shah (b) Sultan Mahmud Shah 2 (a) Naning (b) Perak (c) Sarawak (d) Sabah Semak Cepat 2.6 1 (a) Syed Jamil al-Din al-Afghani RC SPM Sej Tg45(Jaw)4th.indd 285 15/03/2024 12:02 PM
286 JAWAPAN (b) Sheikh Muhammad Abduh (c) Rashid Rida 2 Novel, cerpen, puisi 3 (a) Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah (b) Pengaruh Gerakan Islah di Mesir (c) Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia (d) Revolusi China (e) Perjuangan Mahatma Gandhi di India (f) Perjuangan Jose Rizal di Filipina (g) Perjuangan Soekarno di Indonesia Semak Cepat 2.7 1 (a) Mahmud Ahmadi (b) Omar Mustaffa (c) Harun Aminurrashid (d) Abdul Samad Ahmad 2 (a) Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran (b) Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan (c) Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi Semak Cepat 2.8 1 Menggesa kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British 2 Mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri yang tercabar akan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 3 Orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan bagi membincangkan soal politik 4 (a) The Malay Mail (b) The Malaya Tribune Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita Bab 3 Semak Cepat 3.1 1 Mengenakan hukuman penjara kepada sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam tanpa kebenaran sultan 2 (a) Jabatan Siasatan Jenayah (b) Siasatan Politik 3 (a) Publishing and Book Enactment 1915 (b) The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919 Semak Cepat 3.2 1 (a) Jerman (b) Austria-Hungary (c) Bulgaria (d) Empayar Uthmaniyah 2 (a) Mengaku bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang (b) Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga (c) Mengehadkan saiz angkatan tentera (d) Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga Semak Cepat 3.3 1 Benito Mussolini 2 (a) Memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu (b) Percaya kepada nasionalisme melampau 3 (a) Krisis Manchuria (b) Perjanjian Pelucutan Senjata (c) Krisis Habsyah Semak Cepat 3.4 1 (a) Lautan Pasifik (b) Tanah Besar Asia (c) Kepulauan Asia Tenggara 2 (a) Mengembangkan kuasa (b) Mewujudkan kebebasan ekonomi (c) Menentang imperialisme Barat 3 (a) Getah (b) Bijih timah (c) Bauksit (d) Petroleum Semak Cepat 3.5 1 (a) Eksploitasi sumber bahan mentah (b) Kepentingan strategik ketenteraan 2 (a) Menanam semangat antipenjajahan Barat (b) Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia Semak Cepat 3.6 1 Singapura: Syonan-to Tanah Melayu: Malai Baru 2 (a) Membangunkan industri tempatan (b) Memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada 3 (a) Beras (b) Garam (c) Gula RC SPM Sej Tg45(Jaw)4th.indd 286 15/03/2024 12:02 PM
287 JAWAPAN Semak Cepat 3.7 1 Menyelamatkan hampir 2 000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di kawasan pantai Johor 2 (a) Senjata (b) Ubat-ubatan (c) Kewangan (d) Latihan ketenteraan Semak Cepat 3.8 1 (a) Asia untuk Asia (b) Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya 2 (a) Abang Haji Openg (b) Empenit Adam (c) Satem Semak Cepat 3.9 1 (a) Menjalankan undang-undang sendiri (b) Menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang pernah bekerjasama dengan tentera Jepun (c) Menyeksa dan membunuh anggota polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu 2 (a) Alor Gajah (b) Temerloh, Raub Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita Bab 4 Semak Cepat 4.1 1 Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara 2 Mengarahkan MPAJA mengembalikan semula semua senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun 3 (a) Kegiatan menyorok barang (b) Amalan rasuah (c) Peras ugut (d) Pasar gelap di Kuala Lumpur Semak Cepat 4.2 1 Pemberian kerakyatan berdasarkan kepada tempat lahir 2 (a) Konsep kesatuan (b) Bentuk pentadbiran (c) Sistem perundangan (d) Kedudukan Raja-raja Melayu (e) Syarat kewarganegaraan (f) Agama Islam Semak Cepat 4.3 1 (a) Malayan Union adalah satu bentuk penjahan British secara mutlak di Tanah Melayu (b) Sultan akan kehilangan kedaulatan dan kuasa politik 2 (a) Sultan Kedah (b) Sultan Johor 3 (a) Utusan Melayu (b) Majlis (c) Warta Negara Semak Cepat 4.4 1 (a) Masalah pewarisan takhta (b) Desakan kerajaan British (c) Masalah kewangan 2 (a) Bertram Brooke (b) Anthony Brooke 3 Membuat tinjauan tentang reaksi masyarakat Sarawak tentang penyerahan kepada kerajaan British Semak Cepat 4.5 1 (a) Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 (b) Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke (c) Gerard T.MacBryan menggunakan muslihat 2 (a) Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak (b) Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British, Clement Attlee 3 (a) Morshidi Sidek (b) Bujang Suntong (c) Awang Rambli Semak Cepat 4.6 1 (a) Mengembalikan keamanan (b) Mengembalikan ketenteraman negeri 2 (a) C.F.C. Macaskie (b) Sir Edward Twining 3 (a) Memenuhi kepentingan British (b) Meneruskan dasar British dalam hubungan luar (c) Masalah kewangan SBUB Semak Cepat 4.7 1 (a) Bahasa (b) Budaya (c) Sistem kepercayaan (d) Petempatan (e) Kegiatan ekonomi RC SPM Sej Tg45(Jaw)4th.indd 287 15/03/2024 12:02 PM
288 JAWAPAN 2 (a) Tengku Noordin (b) Zakaria Gunn (c) Apong Kerahu 3 (a) Menawarkan jawatan kenaikan pangkat (b) Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain Persekutuan Tanah Melayu 1948 Bab 5 Semak Cepat 5.1 1 (a) Dato’ Onn Jaafar (b) Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin (c) Haji Megat Yunus 2 (a) Menyatukan semua orang Melayu dalam satu pentadbiran dan dua buah Negerinegeri Selat (b) Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu (c) Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain (d) Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri pada setiap negeri (e) Mengetatkan syarat kewarganegaraan 3 Warna merah dan putih Semak Cepat 5.2 1 1 Februari 1948 2 (a) Gammans (b) Rees Williams 3 Membuat laporan berkaitan dengan reaksi penduduk terhadap gagasan Malayan Union 4 (a) Penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan (b) Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union (c) Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor (d) Raja berkuasa dalam perundangan (e) Perkataan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul dalam persekutuan yang baharu Semak Cepat 5.3 1 (a) Raja-raja Melayu (b) Wakil British (c) Wakil UMNO 2 Kekal sebagai tanah jajahan British 3 (a) Hal ehwal luar (b) Ketenteraman awam (c) Kehakiman (d) Perdagangan (e) Komunikasi (f) Percukaian Semak Cepat 5.4 1 (a) Mengembalikan semula kuasa Raja-raja Melayu (b) Mewujudkan Majlis Raja-Raja Melayu (c) Memastikan raja perlu dirujuk dalam perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa kerajaan Persekutuan Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat Bab 6 Semak Cepat 6.1 1 (a) Parti Kuomintang (KMT) (b) Main School (c) Parti Komunis Nanyang 2 Menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat 3 (a) Bantuan senjata (b) Bantuan latihan (c) Bantuan kewangan (d) Bekalan logistik (e) Bantuan perubatan Semak Cepat 6.2 1 (a) Persidangan Kongres Belia Asia (b) Persidangan Parti Komunis India 2 Memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di negara Asia 3 Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak 4 (a) Mencetuskan keadaan huru hara (b) Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan melindungi keselamatan penduduk Semak Cepat 6.3 1 (a) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) (b) Ikatan Pembela Tanah Air (PETA) (c) Pemuda Radikal Melayu (PERAM) (c) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) (d) Hizbul Muslimin 2 (a) Memburu komunis (b) Membuat rondaan di pinggir hutan (c) Membawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas di dalam hutan (d) Menjaga kubu 3 Mahir dalam selok belok hutan Semak Cepat 6.4 1 (a) (i) Peningkatan jumlah kewarganegaraan (ii) Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) RC SPM Sej Tg45(Jaw)4th.indd 288 15/03/2024 12:02 PM
289 JAWAPAN (iii) Mempercepat kemerdekaan (b) (i) Meningkatan kos perbelanjaan (ii) Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat (iii) Merenggangkan hubungan kaum (iv) Ramai yang terkorban Usaha ke Arah Kemerdekaan Bab 7 Semak Cepat 7.1 1 Mahukan Sarawak menjadi sebuah negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke 2 (a) Pemerintahan demokrasi (b) Dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat (c) Keadilan sosial Semak Cepat 7.2 1 (a) Mengkaji secara mendalam hubungan antara kaum (b) Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti (c) Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk 2 (a) Sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum (b) Perbezaan penggunaan bahasa pengantar (c) Perbezaan penggunaan buku teks (d) Perbezaan sukatan pelajaran yang digunakan Semak Cepat 7.3 1 (a) Hal Ehwal Ekonomi (b) Perindustrian dan Perhubungan Sosial (c) Perumahan dan Kerja Raya 2 (a) Ahli bertaraf Menteri (b) Bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan (c) Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP (d) Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British (e) Sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat Semak Cepat 7.4 1 Kepentingan sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yang kekal dan tumpuan taat setia 2 (a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (b) Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 3 (a) Memperkasakan pendidikan pada peringkat rendah dan menengah (b) Menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (c) Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur Semak Cepat 7.5 1 (a) (i) Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak (ii) Menentang penyerahan Sarawak kepada British (iii) Penjenamaan semula Persatuan Melayu Sarawak (PMS) (b) (i) Menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu (ii) Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan (c) (i) Menyatukan anak negeri (ii) Bekerjasama memperbaiki keadaan politik dan ekonomi (iii) Menuntut keadilan daripada kerajaan British Pilihan Raya Bab 8 Semak Cepat 8.1 1 Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town, Pulau Pinang 2 Parti Radikal, Parti Buruh, Parti UMNO dan Parti Bebas 3 Mengkaji dan membuat cadangan berkaitan dengan pilihan raya 4 Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya Semak Cepat 8.2 1 Mengisytiharkan pelaksanaan pilihan raya 2 Penubuhan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan 3 (a) Warganegara Persekutuan Tanah Melayu (b) Berumur 21 tahun ke atas (c) Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon RC SPM Sej Tg45(Jaw)4th.indd 289 15/03/2024 12:02 PM