The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-01-10 04:12:28

1Masteri Ting5

1Masteri Ting5

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.

Kandungan

PENERBITPraktis DSKP1 – 90 Karangan Respons Terhad 91 – 96
ILMU Praktis Berformat SPM .................................... 91
BAKTI SDN. BHD.Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat .................. 1
Karangan Respons Terbuka 97 – 111
Tema 2 Sukan dan Rekreasi ......................... 6 Praktis Berformat SPM .................................... 97

Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya ........................ 10 Sistem dan Aplikasi Bahasa 112 – 120
Praktis Berformat SPM .................................. 112
Tema 4 Bersatu Kita Teguh ......................... 17
Pemahaman 121 – 137
Tema 5 Pendidikan untuk Semua ............... 23
Praktis Berformat SPM .................................. 121
Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi ......... 29
Rumusan 138 – 143
Tema 7 Pertanian, Penternakan dan
Perikanan ....................................... 36 Praktis Berformat SPM .................................. 138

Tema 8 Melancong Mencari Makna ............ 40 Ujian Lisan 144 – 149

Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Ujian Bertutur .............................................. 144
Pengurusan Kewangan .................. 43
Ujian Mendengar.......................................... 146
Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi
Hijau ............................................... 49 Kertas Model SPM 150 – 166

Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita ................ 55

Tema 12 Kebudayaan, Kesenian dan
Estetika .......................................... 60

Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik ..... 66

Tema 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita ...... 73

Tema 15 Industri Cemerlang, Negara
Gemilang ........................................ 79

Tema 16 Integriti ............................................ 85

Format Instrumen Peperiksaan SPM
Bahasa Melayu Mulai Tahun 2021

Bil. Perkara Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2)
PENERBIT
ILMU1 Jenis Instrumen Ujian BertulisUjian Bertulis
BAKTI SDN. BHD.
2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad •  Subjektif Respons Terhad
• Subjektif Respons Terbuka •  Subjektif Respons Terbuka

3 Bilangan Soalan Bahagian A Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa

Satu (1) soalan berdasarkan 1. Morfologi

kombinasi kepelbagaian 2. Sintaksis

bahan rangsangan 3. Penyuntingan

4. Bahasa Melayu Standard

Jawab 1 soalan • menukarkan bahan teks klasik/lama kepada

Bahasa Melayu Moden/Standard

5. Peribahasa

Bahagian B Bahagian B – Pemahaman
Empat (4) soalan esei. Soalan 6 dan 7 berdasarkan petikan bahan prosa dan
Pilih dan jawab satu bukan prosa
daripada empat soalan (Umum/Drama/Cerpen/Prosa Tradisional/Puisi
Tradisional/Sajak)
Jumlah soalan: 5 soalan
Soalan 8 berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5

Bahagian C – Rumusan
Soalan 9 menulis rumusan

Jumlah soalan: 9 soalan

4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah

5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit

Bil. Perkara Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4)

1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur Ujian Mendengar

2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad •  Objektif Aneka Pilihan
• Subjektif Respons Terbuka •  Objektif Pelbagai Bentuk

•  Subjektif Respons Terhad

3 Bilangan Soalan Bahagian A – Individu • 4 – 6 petikan

• 1 petikan/bahan • Instrumen mengandungi 20 – 25 soalan

rangsangan (jawab semua soalan)

• Bersoal jawab dengan • Jawapan berdasarkan petikan

pentaksir

Bahagian B – Kumpulan
• 1 tajuk/tema umum

disediakan
• Perbincangan dalam

kumpulan (3 – 5 calon)

4 Jumlah Markah 70 markah 30 markah

5 Tempoh Ujian Individu: 3 – 5 minit 30 minit
Kumpulan: 12 – 15 minit

TEMA Anda Bersih, Anda Sihat

1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Praktis PBD
PENERBIT
ILMUS.P 1.1.1Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan makna dan fungsi perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
BAKTI SDN. BHD.jenis komunikasi lisan dengan jelas dan betul.

Objektif Murid dapat mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti sekurang-kurangnya dua perbezaan makna, fungsi perkataan dengan jelas dan
betul.

Berdasarkan petikan dialog dan syarahan, nyatakan perbezaan maksud dan fungsi bagi setiap perkataan
dalam kedua-dua petikan tersebut.

Dialog

Wartawan : Apa khabar, Saudari Faizah hari ini? Bolehkah saudari berkongsi pengalaman ketika disahkan
dijangkiti COVID-19?

Faizah : Khabar baik. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya sepanjang saya dijangkiti
COVID-19. Saya, Faizah binti Ismail, pesakit ke-13 positif COVID-19 di Malaysia yang telah
pulih. Saya sudah keluar dari wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada
minggu lepas. Pengalaman ini menjadi pengajaran bagi saya.

Wartawan : Bagaimanakah saudari tahu bahawa saudari dijangkiti COVID-19?

Faizah : Saya sebenarnya tidak ada simptom, namun doktor telah mengesahkan saya positif COVID-19
kerana ada berhubung rapat dengan individu yang lebih awal disahkan positif. Saya telah
diasingkan daripada ahli keluarga yang lain.

Wartawan : Apakah perasaan saudari apabila disahkan positif COVID-19?

Faizah : Saya menahan diri agar tidak menangis di depan orang lain. Saya bersyukur kerana suami
dan anak perempuan saya disahkan negatif. Saya sentiasa membuat panggilan video untuk

melepaskan rindu terhadap ahli keluarga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kakitangan hospital kerana memberikan layanan yang baik sepanjang saya menjalani rawatan

di hospital. Saya menghargai kepantasan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai langkah
pencegahan penyakit ini.

Wartawan : Apakah nasihat saudari kepada orang ramai?

Faizah : Bagi individu yang dijangkiti COVID-19 perlu bersikap tenang dan positif. Orang ramai juga
mestilah mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan untuk mengelakkan diri
daripada dijangkiti virus COVID-19 yang berbahaya ini.

Wartawan : Terima kasih atas perkongsian saudari ini. Memang jelas bahawa semua orang
bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

1

Syarahan

Selamat sejahtera diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua, yang dihormati guru dan rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Usaha Mencegah Demam Denggi”.
Demam denggi merupakan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes. Penyakit ini sangat
berbahaya kerana boleh membawa maut. Ketika nyamuk menggigit manusia, nyamuk akan menghisap
darah manusia dan pada waktu yang sama melepaskan air liurnya pada gigitan ini. Sekiranya digigit oleh
nyamuk, kita hendaklah menahan rasa gatal dengan mencuci bekas gigitan nyamuk dengan air hangat
dan sabun.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Sebagai masyarakat yang prihatin kita perlu berganding bahu untuk membanteras wabak ini dengan
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung
kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Di samping
itu, kita boleh memasang jaring perangkap nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat menghalang
nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak
daripada digigit nyamuk pada waktu malam. Cara yang paling berkesan adalah dengan menyapu losen
pada tubuh untuk menghindari gigitan nyamuk.
Hadirin yang dikasihi,
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya, iaitu telur, larva, pupa dan nyamuk
dewasa. Oleh itu, kita hendaklah menghapuskan nyamuk sebelum nyamuk menjadi dewasa. Kita
boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Semasa
menggunakan racun perosak, perhatikan kepantasan angin, arah angin dan keadaan cuaca.
Selain menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan, aktiviti ini juga perlu dijalankan
di sekolah. Pihak sekolah melalui guru boleh menerangkan cara mencegah demam denggi kepada pelajar
melalui proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas agar mereka tahu tentang bahaya nyamuk
aedes.
Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak
berkuasa sahaja. Setiap anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk
menangani masalah ini. Sampai di sini sahaja syarahan saya kali ini. Sekian, terima kasih.
PraktisPENERBIT PBD
ILMUNo. PerkataanMaksud 1 Maksud 2
BAKTI SDN. BHD.1 pengajaransesuatu yang diajar pedoman
2 menahan
3 melepaskan menguatkan diri supaya sanggup menderita tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak
membenarkan, menghentikan

membebaskan/menjadi tidak terikat mengeluarkan/membiarkan keluar (perasaan)

4 kepantasan kelajuan kecekapan

5 jelas terang, nyata selesai, beres

Nama Sebutan Intonasi Nada Tahap Penguasaan
Kelas
123412341 234

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

2

Karangan Respons Terhad

PENERBITPraktis Berformat SPM Imbas Kod QR untuk muat turun SPM
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Praktis 1 Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Karangan Respons Terhad
Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat.
Panjangnya pendapat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Pengambilan
tembakau
atau rokok

Masalah obesiti dalam kalangan rakyat Obesiti Faktor Kurang
Malaysia yang kian meningkat sejak akhir- Menghidapi bersenam
akhir ini membuktikan masyarakat Malaysia
semakin malas bersenam. Salah satu cara Penyakit
untuk menangani isu kesihatan adalah dengan Kanser
memupuk amalan berbasikal dalam kalangan
rakyat. Kurang
pengambilan
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Tabiat buah-buahan
Berbasikal Pupuk Gaya Hidup Masyarakat Sihat"
dalam Berita Harian) dan sayur-
sayuran

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Berhati-hatilah dengan wabak COVID-19!

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!

• Berehat di rumah
• Tidak berada di tempat tumpuan awam
• Memakai pelitup muka

91

Karangan Respons TerhadPendahuluan BAKTI SDN. BHD.
Minda yang cerdas datang dari badan yang cergas – amalan gaya hidup sihat mempunyai kepentingan – bebas daripada serangan
penyakit – memelihara kesejahteraan diri – kesedaran orang ramai masih rendah – aspek penjagaan kesihatan diriILMU
Isi-isi penting
PENERBIT   1 Cara memupuk amalan gaya hidup sihat – memupuk amalan berbasikal
Aktiviti bersukan seperti berbasikal – meningkatkan kecergasan tubuh badan – meningkatkan metabolisme – tidak
mudah jatuh sakit – mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin – tidak berfaedah dalam badan – hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih
  2 Faktor menghidapi penyakit kanser
SPM Masalah obesiti – meningkatkan risiko menghidap penyakit kronik seperti kanser – kolesterol berlebihan – membawa kesan
buruk pada sistem pengedaran darah – kurang pengambilan buah dan sayur – serat amat baik untuk sistem penghadaman
manusia – meminimumkan risiko menghidapi penyakit kanser – memupuk amalan gaya hidup sihat
  3 Langkah-langkah mencegah serangan wabak COVID-19
Ancaman COVID-19 semakin kritikal – mencegah lebih baik daripada mengubati – mengambil langkah berhati-hati –
berehat di rumah – tidak berada di tempat tumpuan awam – sentiasa memakai pelitup muka – mengurangkan risiko
penularan wabak yang berbahaya – mengutamakan kesihatan diri dan keluarga
Penutup
Kementerian Kesihatan Malaysia – mengambil langkah proaktif – meningkatkan kesedaran orang ramai – amalan gaya hidup
sihat – melahirkan rakyat yang sihat dan cergas – masyarakat yang sihat – menyumbang kepada pembangunan negara



92

Praktis 2

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan pengurusan kewangan remaja.
Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang pengurusan kewangan remaja.
Panjangnya pendapat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PENERBITRemaja boleh menampung perbelanjaan kehidupan Pergi ke belukar memasang pukat, SPM
ILMUharian sebagai pelajar dengan menjalankan kegiatan Pulangnya lewat di hujung petang;
BAKTI SDN. BHD.yang dapat menjana pendapatan sampingan sepertiJikalau sentiasa berjimat cermat, Karangan Respons Terhad
perniagaan kecil-kecilan. Pelibatan pelajar dalam Rezeki secupak terasa segantang.
bidang keusahawanan dapat dilaksanakan melalui
Koperasi Siswa (KOSISWA) yang ditubuhkan Indah nian pemandangan dunia,
di institusi pengajian tinggi atau persatuan tertentu. Dari timur hingga selatan;
Sikap berjimat amalan mulia,
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Pengurusan Orang boros sahabat syaitan.
Kewangan Remaja",
(Sumber: Internet)
Dewan Siswa, Bil.3/2017)

Bekalan
wang untuk
kegunaan
kecemasan

Menjadi Kepentingan Amalan agar
suri teladan Amalan tidak menjadi
kepada anak
Menabung dan boros dan
Menyimpan membazir
Wang

Pendahuluan
Remaja menghadapi masalah pengurusan kewangan – kadar celik kewangan masih rendah – pengurusan kewangan penting bagi
remaja – memanfaatkan wang untuk perbelanjaan di sekolah – pembiayaan yuran sekolah – berjimat cermat perlu dibudayakan
Isi-isi penting
  1 Langkah-langkah berbelanja dengan bijak: remaja menjalankan kegiatan yang dapat menjana pendapatan sampingan
Menjalankan perniagaan kecil-kecilan – pelibatan pelajar dalam Koperasi Siswa (KOSISWA) – mendidik pelajar
kepentingan menyimpan wang – meningkatkan semangat keusahawanan – sambil menyelam minum air – menambahkan
wang saku – menimba pengalaman bekerja
  2 Kebaikan amalan berjimat cermat: rezeki akan bertambah dari semasa ke semasa
Amalan berjimat cermat amalan mulia – orang boros ialah kawan syaitan – kita perlu berbelanja mengikut keperluan –
mengelakkan pembaziran – digunakan bagi tujuan kecemasan – sediakan payung sebelum hujan

93

Sistem dan Aplikasi Bahasa

Imbas Kod QR untuk muat turun

Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan
Praktis Berformat SPM BAKTI SDN. BHD.

Praktis 1

Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat
anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, pembangunan modal insan dilihat sebagai
elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun tamadun bangsa. Oleh itu, remaja perlu memikul
tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa dan kemakmuran negara. Tanpa
pengetahuan sejarah akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Bukan itu sahaja, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata pelajaran Sejarah. Namun begitu, kerjasama
semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Sistem dan Aplikasi Bahasa (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Sejarah Perlu Dipelajari?"
oleh Abdul Ghani Abu, Dewan Siswa, Januari 2009)

[8 markah]

1 Kata majmuk: tanggungjawab

ILMU
Ayat: Semua murid mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan harta benda sekolah.

2 Kata majmuk: warganegara
SPM Ayat: Semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negara.

3 Kata majmuk: jati diri

Ayat: Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi.
PENERBIT
4 Kata majmuk: ibu bapa

Ayat: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Sintaksis
Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat yang ditandakan sama ada Frasa
Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

(i) Sukan ialah aktiviti yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. (ii) Seseorang yang mahir
dalam bidang sukan selalunya akan menjalani latihan sukan sepanjang masa. (iii) Pihak kerajaan perlu
menyediakan kemudahan serta tempat untuk bersukan sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan mutu
sukan negara. (iv) Jurulatih mestilah mahir dan berpengalaman agar atlet sukan mendapat bimbingan

112

yang betul. (v) Datuk Misbun Sidek jurulatih Datuk Lee Chong Wei. (vi) Beliau antara jurulatih yang disegani
di negara kita. Beliau bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara itu sehingga
muncul sebagai pemain perseorangan lelaki pertama memenangi semua gelaran Siri Super dan meraih
gelaran berprestij.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Meningkatkan Mutu Sukan Negara"
oleh Yong Ee Leen, Dewan Siswa, Julai 2012)
PENERBIT
ILMU [6 markah]
BAKTI SDN. BHD.
(i) Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)

(ii) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

(iii) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

(iv) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA)

(v) Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)

(vi) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN)

Penyuntingan SPM
Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat Sistem dan Aplikasi Bahasa
pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara merebak
dan sistematik antara penduduk Tanah Melayu dengan pedagang asing. Kini, bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pertuturan oleh hampir 300 juta orang yang merentasi pelbagai negara seperti Malaysia,
Indonesia, Brunei, Filipina dan Singapore. Oleh itu, tidak hairanlah bahasa ini diangkat sebagai satu dari
bahasa yang berpengaruh di dunia. Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan untuk menyampaikan maklumat
atau komunikasi harian, bahkan berfungsi sebagai wahana perkongsian dan penyatuan bangsa. Hal ini
kerana perkongsian satu bahasa yang sama antara pelbagai kaum sudah tentunya dapat mengelakkan
sikap prasangka dan mewujudkan nilai kebersamaan untuk saling percaya-mempercayai.

[5 markah]

Salah Betul
merebak meluas
Singapore Singapura
daripada
dari Hal ini dikatakan demikian
Hal ini saling mempercayai
saling percaya-mempercayai

113

Bahan 2

Guru: Juilis, tahukah kamu apakah peranan yang keluarga mainkan untuk memartabatkan kebudayaan
tradisional?

Juilis: Pada pendapat saya, antara peranan-peranan ibu bapa dalam memartabatkan kebudayaan tradisional
ini termasuklah membukakan budaya warisan kepada anak sejak mereka kecil lagi. Contohnya seperti
budaya mencium tangan orang yang lebih tua semasa bersalaman dan membongkokkan sedikit
badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua.

Guru: Betul jawapan kamu, Juilis. Selain itu, kakak dan abang yang lebih tua perlu menjadi suri teladan
kepada adik-adik yang masih kecil bagi memastikan kebudayaan tradisional tidak hilang ditelan
zaman.

Juilis: Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk
memartabatkan kebudayaan tradisional di kalangan generasi muda.
BAKTI SDN. BHD.
[4 markah]

Salah Betul
keluarga mainkan dimainkan oleh keluarga
antara peranan-peranan
antara peranan
membukakan mendedahkan
di kalangan dalam kalangan

Sistem dan Aplikasi Bahasa Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
ILMU
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka

SPM baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar
Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan,

baiklah, tuanku.” (Dipetik daripada "Burung Terbang Dipipiskan Lada" dalam Antologi Sejadah Rindu,

PENERBIT Kementerian Pendidikan Malaysia)

[6 markah]

Baginda berfikir untuk mendapatkan idea agar dapat meleraikan pergaduhan yang berlaku antara Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Seri Nara Diraja hadir setelah sultan menyuruh seseorang untuk memanggilnya masuk menghadap. Sultan
bertitah kepadanya, “Seri Nara Diraja, adakah kamu mahu beristeri?” Lalu dia bersembah, “Jikalau Duli Yang Dipertuan
memberikannya, baiklah saya terima, tuanku.”

114

Pemahaman

PENERBITPraktis Berformat SPM
ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Praktis 1

Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Teknik bacaan lambat bertujuan untuk membuat analisis bahan bacaan supaya lebih faham dan dapat
menilai bahan berkenaan. Membaca secara lambat biasanya menggunakan teknik KWLH (Know Want
Learned How). Apabila membaca, pelajar seharusnya memberikan tumpuan untuk mencari maklumat
daripada bahan bacaan.
Know ialah maklumat yang sudah diketahui sebelum membaca. Want pula ialah maklumat yang hendak
diketahui dengan membaca bahan itu. Learned ialah maklumat yang dapat kita pelajari dengan membaca
bahan itu. How ialah cara kita boleh mendapat maklumat tambahan tentang perkara itu. Tegasnya, pelajar
perlu mempunyai jadual peta minda tentang maklumat tersebut apabila membaca. Pelajar akan menjadi
pembaca yang kritis.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Pendekatan Konstekstual" oleh Md. Ishak
A. Rahman, Pelita Bahasa, Bil. 6/2020, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahan 2 SPM

Teknik bacaan cepat biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel, sama ada bahan dalam Pemahaman
artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan perkara yang diingini dan mengikut keperluan. Teknik ini amat
penting kerana dapat menjimatkan masa membaca secara keseluruhan artikel berkenaan. Terdapat dua
jenis teknik bacaan cepat, iaitu luncuran dan imbasan.
Teknik luncuran ialah membaca bahan bacaan secara pantas untuk tujuan memahami idea utama
atau tema bahan bacaan berkenaan. Ketika membaca sesuatu petikan, kita hanya memberikan perhatian
kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Teknik imbasan pula ialah
pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus tentang sesuatu bahan bacaan. Pembaca
boleh melangkau bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.

(Sumber: Internet)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud frasa pembaca yang kritis. [2 markah]
Berdasarkan Bahan 1, maksud frasa pembaca yang kritis ialah orang yang membaca secara bijaksana, dengan tenang hati,
mendalam serta analitis.

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kebaikan teknik bacaan lambat dan teknik bacaan cepat. [3 markah]
Teknik bacaan lambat bertujuan untuk membuat analisis bahan bacaan supaya lebih faham dan dapat menilai bahan
berkenaan. Selain itu, teknik bacaan lambat menjadikan pelajar pembaca yang kritis. Teknik bacaan cepat pula biasanya

121

digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan perkara
yang diingini dan mengikut keperluan. Selain itu, teknik bacaan cepat juga amat penting kerana dapat menjimatkan masa
membaca secara keseluruhan artikel berkenaan.

PemahamanPENERBIT (iii) Seseorang pelajar lazimnya perlu banyak membaca. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Oleh itu,
ILMU
BAKTI SDN. BHD.adalah penting bagi seseorang pelajar menguasai teknik bacaan yang betul agar menjadi pembaca yang

berkesan.

Pada pendapat anda, mengapakah pelajar perlu menguasai dan mengamalkan teknik membaca? KBAT
[3 markah]


Pada pendapat saya, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan teknik bacaan untuk mendapatkan maklumat atau fakta

berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara. Selain itu, pelajar juga perlu mendapatkan gambaran keseluruhan tentang

sesuatu tajuk atau perkara dan mengumpulkan pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan.

(iv) Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan membaca, namun
budaya membaca dalam masyarakat masih rendah. Cadangkan langkah-langkah yang dapat mengubah
senario tersebut. KBAT [4 markah]

Langkah yang dapat mengubah senario tersebut ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen membaca kebangsaan

agar rakyat dapat mengenali kepentingan membaca dan faedah yang diperoleh sekiranya membaca. Sistem pendidikan

yang berorientasikan peperiksaan harus diubah suai menjadi sistem pendidikan yang berorientasikan pengetahuan.

Selain itu, kemudahan perpustakaan di setiap negeri di Malaysia perlu dibanyakkan agar rakyat Malaysia dapat merebut

peluang untuk meminjam buku dan membaca.

Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1

SPM “Aku mengambil kesempatan memandu ke rumah sewa Muiz yang alamatnya diberi oleh Aliff. Berbelas-
belas salam aku lontar menembusi daun pintu berjeriji ini tetapi tiada balasan. Aku masih menunggu Muiz
munculkan diri kerana aku yakin dia berada di dalam. Seliparnya terdampar di hadapan pintu.
“Apakah yang engkau mahu?” Susuk tubuh yang kelihatan tidak bermaya menyandari tepi pintu. Bau
yang datang dari tubuhnya memaksa aku menahan nafas.
“Engkau memang lelaki tak bertanggungjawab!” Usai mengatur mukadimah, aku hamburkan amarah.
“Hah?”
“Tergamak engkau tolak emak kau semata-mata untuk duit! Engkau ugut adik sendiri! Engkau memang
tak berhati perut!” Biarlah pekak telinga Muiz ditikam jeritan aku, asalkan rasa geram ini lepas di hadapan
lelaki jahat ini.
“Engkau ingat aku kisah ke? Aku perlukan duit sekarang. Aku tidak perlukan mereka berdua. Asyik
menyusahkan aku saja.” Sikap acuh tak acuh Muiz menambah geram di perdu hati. Sedikit sahaja lagi,
mungkin tangan aku akan melayang tepat ke wajah Muiz. Bercakap umpama orang yang buta tanggungjawab.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada cerpen "Jika Aku Tiada Nanti" oleh
Muhamaad Aiman Mohd Anwar, Dewan Siswa, Bil. 9/2019)

122

Rumusan

Imbas Kod QR untuk muat turun

Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan
RumusanPENERBITPraktis Berformat SPM
ILMU
BAKTI SDN. BHD.
Praktis 1

Bahan 1: Petikan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan.

Bersukan merupakan aktiviti kecerdasan yang baik untuk kesihatan. Tidak dinafikan terdapat pelbagai
kebaikan apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kebaikan bersukan antaranya dapat menguatkan
organ tubuh seperti otot, paru-paru dan jantung. Fizikal remaja yang gemar bersukan nampak lebih tegap
dan sihat serta menjadikan mereka lebih ceria. Pihak sekolah sewajarnya menganjurkan lebih banyak
pertandingan peringkat sekolah untuk menarik minat remaja bersukan. Penglibatan sukan di sekolah melalui
pasukan masing-masing memberi mereka persaingan sihat untuk menjadi juara, terutama dalam sukan
yang diminati.
Selain itu, bersukan juga dianggap sebagai satu daripada cara remaja bergaul dalam persekitaran yang
lebih sihat di samping memupuk nilai positif. Peluang berkomunikasi dalam suasana yang lebih santai,
bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman merupakan cara terbaik bagi remaja untuk menikmati
alam kedewasaan dan memanfaatkan masa senggang yang ada. Aktiviti sukan turut membantu remaja
mengurangkan tekanan pembelajaran yang dihadapi, terutama pelajar yang bakal mengambil peperiksaan
utama. Tekanan yang dialami mampu dikurangkan melalui aktiviti sukan yang digemari.
Selain mampu mengurangkan tekanan pembelajaran yang dihadapi, aktiviti sukan juga dapat merapatkan
ikatan kekeluargaan. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan cara
membelikan anak-anak peralatan sukan jika anak mereka menunjukkan minat dalam sesuatu bidang sukan.
Keadaan ini sekali gus mendorong mereka untuk terus bergiat aktif dalam bidang tersebut.
Bersukan sememangnya menjadi elemen penting dalam memupuk kesihatan rohani dan jasmani
remaja. Kesihatan yang baik membantu perkembangan fizikal dan mental yang cerdas. Oleh hal yang
demikian, cita-cita mereka untuk muncul sebagai pelajar yang berjaya dan berwawasan demi masa depan
yang gemilang dan terbilang pasti tercapai.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Remaja dan Bersukan" oleh Fauzan Ammar Azman,
Dewan Siswa, Julai 2014)

Bahan 2: Bahan Grafik
SPM

Peranan Sekolah untuk Memupuk Minat Bersukan dalam Kalangan Remaja

138

• Memastikan semua pelajar menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah
• Memperkenalkan anugerah tokoh sukan kepada pelajar
• Menyediakan infrastruktur yang lebih sempurna dan kondusif di sekolah
• Memperbanyak acara sukan yang berpotensi tinggi di sekolah

PENERBITPendahuluan: Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan bersukan dan usaha-usaha menarik minat remaja bersukan.
ILMUFokus 1: Usaha menarik minat remaja bersukan
BAKTI SDN. BHD.(a) Pihak sekolah sewajarnya menganjurkan lebih banyak pertandingan peringkat sekolah
(b) Ibu bapa perlu membelikan anak-anak mereka peralatan sukan jika anak mereka menunjukkan minat dalam sukan
Fokus 2: Kebaikan bersukan kepada remaja
(a) Menguatkan organ tubuh badan
(b) Fizikal remaja yang gemar bersukan nampak lebih tegap dan sihat serta menjadikan mereka lebih ceria
(c) Penglibatan sukan di sekolah melalui pasukan masing-masing memberi mereka persaingan sihat
(d) Bersukan juga dianggap sebagai satu daripada cara remaja bergaul dalam persekitaran yang lebih sihat di samping
memupuk nilai positif
(e) Aktiviti bersukan turut membantu remaja mengurangkan tekanan pembelajaran yang dihadapi
(f ) Aktiviti sukan juga dapat merapatkan ikatan kekeluargaan
(g) Bersukan sememangnya menjadi elemen penting dalam memupuk kesihatan rohani dan jasmani remaja

Isi Bahan Grafik SPM
Fokus 1: Usaha menarik minat remaja bersukan
(a) Pihak sekolah memastikan semua pelajar menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah Rumusan
(b) Pihak sekolah memperkenalkan anugerah tokoh sukan kepada pelajar
(c) Pihak sekolah menyediakan infrastruktur yang lebih sempurna dan kondusif di sekolah
(d) Pihak sekolah memperbanyak acara sukan yang berpotensi tinggi di sekolah
Penutup: Kesimpulannya, remaja haruslah meluangkan masa dengan menyertai aktiviti sukan agar dapat menjamin kesihatan
mereka.


139

Ujian Lisan

Ujian Bertutur

Bahagian A Taksiran Individu (40 markah)
UjianPENLisanERBIT Imbas Kod QR untuk muat turun
ILMU
BAKTI SDN. BHD. Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan
secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat tercetus
daripada laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand,
pegawai yang bertanggungjawab terhadap Biro
Pendidikan Dewasa, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik
dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) pada tahun 1965. Dalam laporan tersebut,
beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya
terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Pendidikan
harus mengiringi kehidupan seseorang itu sepanjang
hayat. Pembelajaran sepanjang hayat merupakan
proses untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal. Oleh itu, dalam mendepani pelbagai cabaran
arus pemodenan dan globalisasi, seseorang individu itu perlu sentiasa bersedia untuk menimba pelbagai
ilmu, teknologi dan kemahiran baharu bagi meningkatkan potensi dan keupayaan diri.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Pembelajaran Sepanjang Hayat"
oleh Qaseh Amra, Dewan Siswa, September 2012)

Soalan Rangsangan

1 Bilakah konsep pembelajaran sepanjang hayat tercetus daripada laporan yang disediakan oleh Paul
Lengrand?

2 Apakah isi kandungan dalam laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand?
3 Berikan maksud pembelajaran sepanjang hayat.
4 Malaysia mempunyai banyak prasarana dan dasar yang membolehkan rakyat memperoleh pembelajaran

sepanjang hayat.
Berikan ulasan anda.

Soalan Rangsangan (Naskah Guru)

1 Bilakah konsep pembelajaran sepanjang hayat tercetus daripada laporan yang disediakan oleh oleh Paul
SPM Lengrand?

Konsep pembelajaran sepanjang hayat tercetus daripada laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand pada tahun 1965.

2 Apakah isi kandungan dalam laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand?
(a) Pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja.

(b) Pendidikan harus mengiringi kehidupan seseorang itu sepanjang hayat.

144

3 Berikan maksud pembelajaran sepanjang hayat.
Pembelajaran sepanjang hayat merupakan proses untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada
secara formal atau tidak formal.

4 Malaysia mempunyai banyak prasarana dan dasar yang membolehkan rakyat memperoleh pembelajaran
sepanjang hayat.
Berikan ulasan anda.
(a) Banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang
malah pembelajaran jarak jauh (PJJ).
(b) Kewujudan banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta, penubuhan taman teknologi, kewujudan Lembah
Bioteknologi dan Lebuh Raya Maklumat dan Komunikasi membolehkan pembelajaran sepanjang hayat berlaku.
(c) Pembelajaran sepanjang hayat boleh berlaku di rumah atau di mana-mana sahaja tanpa batas dan ruang masa.
(d) Pembelajaran secara maya ialah pembelajaran tanpa jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.
Sesiapa juga boleh belajar, sama ada di sekolah pondok, masjid, sudut belajar, perpustakaan, Internet atau melalui e-mel.
PENERBIT
ILMUBahagian B Taksiran Kumpulan (30 markah)
BAKTI SDN. BHD.
Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Penggunaan kad kredit mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada pengguna.
Bincangkan.

Cadangan Jawapan: Keburukan kad kredit SPM
Kebaikan kad kredit (a) Menjadi lebih boros
(a) Lebih selamat untuk dibawa ke mana-mana (b) Kadar faedah yang dikenakan sangat tinggi
(b) Pilihan yang lebih baik ketika melancong (c) Tidak diterima di semua tempat
(c) Lebih mudah (d) Mudah disalahgunakan
(d) Menawarkan rebat tunai atau mata ganjaran (e) Inflasi kepada negara
(e) Dapat menjejak dan menyelia perbelanjaan
(f ) Memperoleh mata kredit Ujian Lisan



145

Kertas Model SPM

KertasModelPENERBITKertas 1
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A
dan satu soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A
[30 markah]
Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan bangunan bersejarah di Malaysia.
Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat tentang pemuliharaan bangunan bersejarah.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk Antara cabaran sebenar yang dihadapi pada masa
mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia ini adalah untuk mengekalkan monumen bersejarah
untuk mewartakan bangunan bersejarah di Malaysia agar terus menjadi tatapan generasi masa depan.
sebagai Warisan Dunia atau Warisan Kebangsaan. Kurangnya kesedaran dalam kalangan segelintir
Langkah-langkah lain yang berkesan harus diambil anggota masyarakat khasnya terhadap nilai
oleh pihak berkuasa dalam memastikan warisan sentimental sesebuah monumen mengundang
tanah air terus dipelihara dan dipulihara. kepada berlakunya vandalisme terhadap produk
sejarah lalu ini.
(Sumber: Internet)
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Perlu
Proaktif Pulihara Bangunan Bersejarah”, Sinar Harian)

Memulihara bangunan bersejarah untuk menimbulkan semangat patriotik

Kota A Famosa Fort Margherita
SPM
Bangunan Sultan Abdul Samad
150

PENERBIT Pendahuluan Kertas Model
ILMU Negara kita dijajah – mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 – Sepanjang tempoh penjajahan – banyak bangunan
BAKTI SDN. BHD.bersejarah ditinggalkan – berciri tempatan atau Eropah – memperuntukkan wang – kerja memulihara bangunan bersejarah di
negara kita
Isi-isi penting
1 Langkah-langkah memulihara bangunan bersejarah – kerajaan mendapatkan pengiktirafan – mewartakan bangunan
bersejarah – Warisan Dunia atau Warisan Kebangsaan – Bangunan Sultan Abdul Samad – bangunan bersejarah yang
dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur
2 Cabaran memulihara bangunan bersejarah – kurang kesedaran masyarakat – tiada penghayatan terhadap nilai warisan
sejarah – menyebabkan berlakunya vandalisme terhadap bangunan atau tapak bersejarah
3 Kepentingan memulihara bangunan bersejarah – menimbulkan semangat patriotik – menjadi tatapan dan penghayatan
generasi muda – memberi iktibar kepada kita – usaha mempertahankan kedaulatan negeri – ingati pahit maung yang
dilalui oleh pejuang nasionalis – membebaskan negara daripada belenggu penjajah
Penutup
Kewujudan dan pengekalan bangunan bersejarah – tanggungjawab bersama – sebahagian daripada warisan bangsa Malaysia –
peninggalan yang berharga – tidak boleh digantikan dengan wang – bekerjasama memulihara bangunan bersejarah – bagai aur
dengan tebing

SPM

151

Bahagian B KertasModelPENERBIT
[70 markah] ILMU
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. BAKTI SDN. BHD.
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

1
Peranan sastera adalah untuk mengungkapkan kehidupan dan kekuatan budaya bangsa dengan
menggunakan bahasa yang indah, sekali gus menimbulkan kesan penghayatan. Menurut Sasterawan
Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh, pelbagai perkara boleh dipelajari melalui karya sastera
tidak kira di dalam mahupun di luar negara.
“Menjadi suatu kerugian sekiranya masyarakat tidak membaca dan mempelajari sastera kerana
bangsa yang besar ialah mereka yang banyak membaca.”
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Karya Sastera Didik Generasi
Kurang Beradab”. bharian.com.my, 25 Julai 2019)

Petikan di atas menyatakan kepentingan pembacaan karya sastera untuk menghayati keindahan dan
keunikan suatu identiti bangsa. Dunia sastera kini masih memerlukan ramai penulis yang berpotensi untuk
menghasilkan karya sastera yang berkualiti. Huraikan ciri-ciri karya sastera yang bermutu tinggi.

Pendahuluan
Karya yang berkualiti – mempengaruhi pemikiran dan tindak-tanduk – disajikan dengan isu yang boleh membuka minda
– mempamerkan keindahan bahasa yang digunakan – penghasilan karya sastera – memartabatkan bahasa
Isi-isi penting
1 Membina keperibadian dan sahsiah yang mulia – penerapan nilai-nilai murni – penceritaan dalam karya –
mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran pembaca – pembaca boleh mengamalkan nilai positif – mempraktikkan
dalam kehidupan seharian
2 Menimbulkan semangat cinta akan tanah air – mengetahui sejarah tanah air – kisah legenda yang menonjolkan
ketokohan dan kepahlawanan pejuang tanah air – buku Sejarah Melayu – kisah Tun Perak – nilai patriotisme
3 Mengangkat maruah bangsa dan negara – novel Leftenan Adnan Wira Bangsa – perjuangan pahlawan tanah air –
mempertahankan tanah air – pengorbanan pejuang tanah air – biar putih tulang jangan putih mata
Penutup
Memberikan inspirasi kepada pembaca – menyajikan mesej positif kepada pembaca – menggalakkan penulisan karya
sastera – bahasa kebangsaan – memperkasakan bidang sastera dan penulisan – melahirkan lebih ramai penggiat sastera

SPM

152


Click to View FlipBook Version