PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Sistem Bahasa Akronim Praktis MuLus MuLus Tip 1 Perkataan yang terbentuk melalui pencantuman bahagian-bahagian daripada rangkaian perkataan sama ada huruf, suku kata atau bahagian perkataan. 2 Akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: Akronim Contoh (a) Cantuman huruf awal perkataan ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (b) Cantuman huruf dan suku kata perkataan PROTON – Perusahaan Otomobil Nasional (c) Cantuman suku kata awal perkataan cerpen – cerita pendek (d) Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya debunga – debu bunga hartanah – harta tanah Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. PERODUA cerpen kugiran pawagam MARA PERHILITAN tadika sukaneka jentolak JAKIM 1 Pada usia lima tahun, adik telah mendapat pendidikan awal di . 2 Kakak terpesona dengan kemerduan suara penyanyi kumpulan itu. 3 Azlan telah dinobatkan sebagai johan dalam sayembara mengarang sempena Bulan Bahasa peringkat kebangsaan. 4 merupakan syarikat pengeluar kereta nasional kedua selepas PROTON. 5 Filem itu bakal ditayangkan di pada 20 Mac 20__. 6 Aina telah mendapat biasiswa tajaan untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. 7 bertanggungjawab dalam usaha untuk memulihara dan melindungi spesies haiwan yang kian diancam kepupusan. 8 Pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti sempena sambutan Hari Kanak-kanak. 9 Produk makanan keluaran syarikat itu telah diberikan status halal oleh pihak . 10 Ayah telah menggunakan sebuah untuk membersihkan kebun. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 1 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Kata Ganti Nama Diri MuLus Tip 1 Kata ganti nama diri ialah perkataan yang merujuk diri orang tertentu. 2 Kata ganti jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu: Jenis Kata Ganti Nama Diri Contoh Orang pertama saya, aku, beta, patik, kami, kita, hamba, -ku Orang kedua anda, saudara, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku Orang ketiga ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya Kenal pasti dan nyatakan jenis kata ganti nama diri yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Ayat Jenis 1 Kumaran tidak hadir ke sekolah kerana dia sedang dirawat di hospital. 2 Saya dan beberapa orang murid akan bertemu dengan pengetua untuk menyampaikan surat permohonan kelas tambahan pada hujung minggu ini. 3 Beberapa orang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana mereka disyaki terlibat dalam kes rompakan bank pada minggu lepas. 4 “Beta berharap agar seluruh rakyat bersabar dan bertenang kerana pihak kerajaan sedang berusaha untuk menangani masalah ini,” titah Yang di-Pertuan Agong. 5 Perdana menteri menegaskan bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh demi kesejahteraan rakyat. 6 “Kami akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,” kata murid-murid Kelas 5 Anggerik kepada Cikgu Mila. 7 “Patik telah berjaya menewaskan panglima yang dikatakan sangat sakti itu,” kata laksamana kepada sultan. 8 “Kita perlulah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mengelakkan diri daripada penyakit berjangkit,” seru Aiman kepada rakan-rakan. 9 “Mengapakah kamu tidak menghantar tugasan semalam?” tanya Cikgu Yusuf kepada Mastura dan Wahida. 10 “Apakah kerjaya impian awak?” tanya kaunselor itu kepada Ali. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 2 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Kata Adjektif MuLus Tip 1 Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. 2 Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. 3 Jenis dan contoh kata adjektif adalah seperti berikut: Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat Contoh Jarak jauh, dekat, hampir, rapat, nyaris Azmi berdiri dekat pagar. Pancaindera sedap, manis, masam, cantik, molek, segak Air sirap itu manis. Ukuran panjang, tebal, nipis, rendah, besar, renek Rambut Ayu panjang. Sifatan baik, curiga, lemah, kasar, takut, sihat, pandai Adi takut akan lipas. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. tajam cantik merdu manis busuk rapat rendah kesat sihat curiga 1 Ayah menyembelih ayam itu dengan menggunakan sebilah pisau yang . 2 Kamal berasa gembira apabila ibunya semakin setelah menerima rawatan di hospital. 3 Gubahan sirih junjung yang dibuat oleh nenek sungguh dan unik. 4 Air sungai itu berbau amat akibat pembuangan sisa najis haiwan ternakan. 5 Jurulatih pasukan bola sepak itu menasihati ahli pasukannya supaya tidak memandang terhadap kemampuan pasukan lawannya. 6 Keadaan rumah setinggan yang sangat menyebabkan api mudah merebak dan sukar untuk dipadamkan. 7 Suara penyanyi itu sungguh dan mampu memukau para penonton. 8 “Pak cik perlu mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang untuk mengelakkan masalah ini berulang lagi,” kata doktor kepada datuk Ahmad. 9 Lelaki itu berasa amat marah akibat tindakan seorang warga asing yang mengeluarkan kata-kata terhadap seorang nenek. 10 Puan Siti berasa terhadap anaknya yang sering balik lewat malam. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 3 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Kata Ganda Separa MuLus Tip 1 Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. 2 Kata dasar boleh berbentuk kata tunggal atau kata berimbuhan. Jenis Kata Ganda Separa Contoh Kata tunggal jari – jejari, laki – lelaki, tikus – tetikus, kabu – kekabu Kata berimbuhan berlari-lari, mencari-cari, teresak-esak, tolong-menolong, setinggi-tinggi, sayur-sayuran, bersalam-salaman Bina kata ganda separa dengan menggunakan perkataan yang digariskan. 1 Ayah menggunakan siku semasa membuat jenang pintu di rumah. 2 Kakak senyum apabila melihat suaminya membawa sejambak bunga mawar. 3 Azli melayari laman sawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mencari maklumat berkaitan kerjaya dalam sektor awam. 4 “Kita perlu bantu dalam menjalankan sesuatu pekerjaan supaya dapat menyelesaikannya dengan sempurna,” kata Seri. 5 Para murid dan guru tingkatan 5 bersalam semasa Majlis Restu Ilmu. 6 Ayah telah memasang jari pada tembok rumah untuk mengelakkan rumah dimasuki oleh pencuri. 7 Umar mencantas ranting pohon itu supaya tidak mengganggu lalu lintas. 8 Ayah dan abang sedang sibuk memasang kuda untuk membuat bangsal. 9 Ibu menanam sayur di tepi rumah sebagai hobi pada masa lapang. 10 Padi yang telah cukup matang akan kelihatan kekuning. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 4 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Kata Penguat Kata Nafi MuLus Tip MuLus Tip 1 Kata penguat merupakan perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif. 2 Kata penguat berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. 3 Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: Jenis Kata Penguat Contoh Ayat Contoh Hadapan terlalu, paling, agak, cukup, makin, kurang Baju itu agak jarang. Belakang sekali, benar, betul, nian Suara Hana merdu sekali. Bebas amat, sangat, sungguh • Hujan turun sangat lebat. • Hujan turun lebat sangat. 1 Kata nafi merupakan perkataan yang berfungsi untuk menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. 2 Kata nafi terbahagi kepada dua, iaitu bukan dan tidak. Kata Nafi Penggunaan Ayat Contoh bukan Menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi nama (FSN) • Wanita itu bukan ibu saya. • Hadiah itu bukan untuk Azman. tidak Menafikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) • Raju tidak pergi ke sekolah hari ini. • Kamal berasa tidak sihat. 3 Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contoh: Dani bukan pandai sangat tetapi dia rajin berusaha. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan menggariskan kata penguat yang sesuai. 1 Pokok kelapa di belakang rumah Ali [ terlalu / sekali ] tinggi untuk dipanjat. 2 Adik takut [ sungguh / cukup ] apabila mendengar bunyi guruh ketika hujan. 3 Kolam itu [ benar / agak ] dalam dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. 4 Layanan lelaki itu terhadap orang yang lebih tua baik [ agak / sekali ]. 5 Harga barang kemas pada masa ini [ makin / betul ] mahal. 6 Pemandangan di pantai itu [ sungguh / nian ] indah. 7 Bahan rujukan itu [ sekali / kurang ] sesuai digunakan bagi menyelesaikan tugasan itu. 8 Bas itu dipandu lambat [ agak / benar ] kerana mengalami kerosakan brek. 9 Pakaian seragam Siti [ amat / nian ] kemas dan menarik. 10 Cuaca pada hari ini [ sangat / benar ] panas kerana sudah beberapa hari tidak hujan. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 5 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata nafi yang sesuai. 1 Cikgu Aslam guru mata pelajaran Pendidikan Islam Kelas 4 Orkid. 2 Keadaan kewangan ayah stabil kerana masih belum mendapatkan pekerjaan yang tetap. 3 Lelaki itu siuman dan memerlukan rawatan khusus. 4 Pak Samad kaya sangat tetapi dia pemurah. 5 Wahid takut dengan ugutan itu kerana dia tidak bersalah. 6 Cincin yang dijumpai di dalam bilik mandi itu kepunyaan ibu. 7 Razak reda apabila dia gagal dalam peperiksaan dan dia menganggap kegagalan itu pengakhiran dalam perjuangannya. 8 Rozalina seorang yang pandai memasak tetapi dia rajin untuk mempelajari kemahiran tersebut. 9 Safawi menyiapkan tugasannya kerana dia asyik bermain permainan video sepanjang malam. 10 Ayah dan ibu menghalang hasrat abang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Kata Pemeri MuLus Tip 1 Kata pemeri merupakan perkataan yang menjadi unsur pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasafrasa utama dalam predikat. 2 Kata pemeri terbahagi kepada dua, iaitu ialah dan adalah. Kata Pemeri Penggunaan Ayat Contoh ialah Hadir di hadapan frasa nama (FN) Pemilik kedai itu ialah seorang usahawan yang berasal dari Johor. adalah Hadir di hadapan frasa sendi nama (FSN) dan frasa adjektif (FA) • Sumbangan itu adalah untuk mangsa banjir di kedah. • Aspek keselamatan pekerja adalah sangat penting dan perlu diambil berat ketika sesuatu kerja dilaksanakan. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata pemeri yang sesuai. 1 Jambangan bunga itu untuk ibu. 2 Kenyataan yang dipaparkan dalam akhbar itu tidak benar dan telah dimanipulasikan oleh pihak lain. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 6 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Kata Bilangan MuLus Tip 1 Kata bilangan merupakan perkataan yang berfungsi menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. 2 Kata bilangan terbahagi kepada lima jenis, iaitu: Jenis Kata Bilangan Contoh Ayat Contoh Tentu dua, dua puluh, lima ratus, sejuta, lima ribu Ali makan dua biji limau. Tak tentu segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak Para peserta sedang berehat. Himpunan beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berabad-abad Beribu-ribu ekor anak ikan telah dilepaskan ke dalam kolam. Pisahan masing-masing, setiap, tiap-tiap Pada setiap hari, Lili mencuci pakaian. Pecahan setengah, sepertiga, separuh, dua pertiga Ibu memberi separuh daripada buah tembikai kepada jiran. 3 Secara lazimnya, kata bilangan akan hadir bersama-sama penjodoh bilangan yang sesuai dengan kata nama yang mengikutinya. Contohnya, tiga buah kereta, beberapa buah rumah. 3 Jabatan Pengangkutan Jalan jabatan yang berperanan dalam menguatkuasakan peraturan jalan raya di Malaysia. 4 Tabiat pemakanan yang seimbang baik untuk menjamin kesihatan tubuh badan. 5 Bidang linguistik bidang ilmu yang mengkaji sistem bahasa. 6 Evali masalah yang berpunca daripada tabiat menghisap rokok elektronik. 7 Sumbangan besar perusahaan Industri Kecil dan Sederhana dari segi mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat khususnya warga tempatan. 8 Faris seorang doktor pakar jantung yang bertugas di Hospital Sultanah Nora Ismail. 9 Kulai sebuah daerah yang mendapat nama daripada sejenis pokok yang dikenali sebagai kulai. 10 Tabung wakaf yang diwujudkan oleh pejabat wakil rakyat itu untuk membina sebuah pusat dialisis di kawasan perumahan tersebut. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih kata bilangan yang sesuai. segala sebahagian kedua-dua seluruh setiap dua sejuta berpuluh-puluh sedikit satu pertiga 1 Zali telah menyimpan daripada upahnya untuk membiayai yuran pengajian adiknya. 2 Ibu hanya membubuh gula dalam masakannya supaya lebih sedap. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 7 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 3 Alan telah memotong kayu itu kepada bahagian untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan kekuda. 4 orang pemuda itu berjaya menamatkan larian dengan catatan masa dua jam. 5 Sarah akan menyiram pokok-pokok bunganya pada hari. 6 persiapan untuk majlis pertunangan abang telah diselesaikan oleh ibu dan kakak. 7 Jumlah pengikut pempengaruh itu dalam media sosial telah mencapai orang. 8 orang penduduk kampung hilang tempat tinggal akibat banjir besar tempoh hari. 9 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia menyeru agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama mematuhi peraturan dan langkah-langkah pencegahan COVID-19. 10 Azli telah menerima sebanyak daripada harta peninggalan arwah ayahnya. Kata Bantu MuLus Tip 1 Kata bantu merupakan perkataan yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi waktu atau ragam. 2 Kata bantu terbahagi kepada dua jenis, iaitu: Jenis Kata Bantu Fungsi Contoh Kata bantu aspek Menimbulkan suasana perbezaan masa telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, belum Kata bantu ragam Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan perbuatan yang dilakukan hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, mungkin Kenal pasti dan gariskan kata bantu yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan jenis kata bantu tersebut. 1 Kakak pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di universiti tempatan. 2 Pihak polis terpaksa menembak lelaki itu kerana dia enggan menyerahkan diri. 3 Syuhadah mungkin menolak tawaran tersebut kerana dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit. 4 Murid-murid boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 8 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 5 Rombongan itu telah selamat tiba di destinasi pertama pada pukul 8:00 malam. 6 Raju kehilangan ibunya ketika dia masih kecil lagi. 7 Cikgu Kumar berasa sangat marah kerana murid-muridnya belum menyiapkan tugasan yang diberikan semasa cuti sekolah. 8 Setiap murid harus mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 9 Ramai graduan pada masa ini mahu menceburi bidang keusahawanan kerana bidang tersebut menawarkan peluang masa hadapan yang cerah. 10 Ayah akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah pada minggu hadapan. Kata Penegas MuLus Tip 1 Kata penegas turut dikenali sebagai partikel atau kata penyerta berfungsi memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. 2 Kata penegas terbahagi kepada dua jenis, iaitu: Kata Penegas Contoh Kata penegas yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya -kah, -tah, –lah Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu subjek dan predikat juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang, hanya Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih kata penegas yang betul. jua hanya -lah lagi -tah pun juga sahaja memang -kah 1 Wanita itu yang telah membantu Suzana ketika dia terlibat dalam kemalangan tempoh hari. 2 Setinggi mana pangkat yang kita miliki, jangan sesekali kita lupa akan jasa ibu bapa kita. 3 dia seorang yang sudi menjaga saya ketika saya sakit. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 9 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 4 Golongan remaja suka menggunakan aplikasi media sosial yang terdapat dalam telefon pintar. 5 Siapa nama guru baharu itu? 6 “Ibu saya suka menjual barangan melalui media sosial,” kata Sarah kepada rakannya. 7 Walaupun umurnya mencecah 40 tahun, Wahid belum mendirikan rumah tangga. 8 Isma yang boleh disuruh untuk menjaga datuk dan neneknya kerana dia masih bujang dan belum bekerja. 9 Setiap sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang sama ada baik atau buruk, sesungguhnya Allah SWT yang akan memberikan balasannya. 10 “Saya ini tidak mempunyai pekerjaan, apa lagi hendak membeli kereta,” kata lelaki itu kepada Amran. MuLus Tip 1 Kata arah hadir sebelum frasa nama dan lazimnya selepas kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. 2 Contoh kata arah ialah atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara dan sebagainya. Kata Arah Gariskan kata arah yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. 1 Rumah Alia terletak di [ dalam / luar / antara ] masjid dengan pejabat pos. 2 Anak kucing itu bersembunyi di [ atas / bawah / dalam ] kereta ayah. 3 Murid-murid kelas itu sangat suka akan aktiviti pembelajaran di [ tepi / luar / penjuru ] bilik darjah. 4 Ayah dan abang sedang sibuk mencabut rumput di [ belakang / atas / antara ] rumah. 5 Rajes meletakkan buku rujukannya di [ belakang / atas / luar ] meja. 6 Pelaut itu sedang mengemudi kapalnya ke arah [ utara / sisi / antara ] menuju Pelabuhan Klang. 7 Sistem pendidikan di Malaysia amat menitikberatkan pembentukan murid dari [ sisi / segi / depan ] jasmani, emosi, intelek dan rohani. 8 Abang dan rakannya sedang memancing di [ dalam / luar / tepi ] sungai itu. 9 Ibu merupakan insan yang sentiasa berada di [ depan / sisi / atas ] ayah ketika susah dan senang. 10 Kakak sedang meletakkan bunga hiasan di [ bawah / sisi / penjuru ] rumah. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 10 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 MuLus Tip 1 Kedua-dua kata ini hadir selepas perkataan dan berbentuk –nya. 2 Kata penekan ialah perkataan yang berfungsi memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya ialah sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya dan sebagainya. 3 Kata pembenda pula ialah kata yang berfungsi menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contohnya ialah lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya dan sebagainya. Kata Penekan dan Kata Pembenda Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih kata penekan atau kata pembenda yang sesuai. nampaknya sepatutnya lajunya indahnya nyenyaknya bahawasanya derasnya semestinya cantiknya hakikatnya 1 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada tindakan pemandu bas yang memandu dengan ketika cuaca hujan. 2 rombakan ahli jawatankuasa perlu dilaksanakan untuk kepentingan organisasi. 3 pasukan pihak lawan telah mula mengatur strategi yang baik hingga pihak kita sukar untuk memperoleh kemenangan. 4 “Jika kamu rajin belajar, ibu akan memberikan sokongan kepada kamu untuk melanjutkan pelajaran,” kata ibu kepada Anuar. 5 Adik tidur dengan di dalam bilik ketika hari hujan. 6 Air sungai itu mengalir dengan dan berbahaya kepada para pengunjung. 7 “Kita tidak mengambil hak orang lain dalam apa-apa jua perkara,” nasihat ayah kepada kakak. 8 “Wah, pemandangan di sini!” kata Wahida kepada Ghazali. 9 Harta bukanlah perkara yang mampu memberikan kebahagiaan kepada manusia menjadi ujian dalam kehidupan di dunia. 10 “Cik Tipah, kamu hari ini macam hendak pergi kenduri,” tegur Mak Gayah. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 11 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang sesuai. sangat mahal amat deras sungguh merdu amat tegas tertinggi sungguh kagum amat lantang sangat sedih sungguh harum sangat lincah 1 Khadijah berasa apabila mengetahui ayahnya telah meninggal dunia. 2 Alia akan keindahan lukisan yang dilukis oleh pelukis itu. 3 Amira memperoleh markah yang di dalam kelasnya. 4 Keadaan air sungai itu dan berbahaya. 5 Zainal ketika mengemukakan pandangan dalam mesyuarat itu. 6 Suara penyanyi itu ketika menyanyikan lagu tradisional. 7 Ibu dan ayah apabila membincangkan masalah berkaitan kewangan. 8 Bau bunga melur itu . 9 Kucing belang itu dan aktif ketika bermain. 10 Kereta mewah itu dijual dengan harga yang . MuLus Tip 1 Kata adjektif perasaan perlu hadir bersama kata sendi akan, iaitu sayang akan, benci akan dan suka akan. 2 Bentuk darjah penghabisan bagi penulisan frasa adjektif yang betul: (a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama (b) ter- + kata adjektif (c) paling + kata adjektif (d) kata adjektif + sekali (e) ter- + amat/sangat + kata adjektif (f) amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali Menganalisis dan Membetulkan Kesalahan Frasa Adjektif MuLus Tip 1 Susunan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. 2 Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat. 3 Contohnya ialah sangat pandai, cantik sungguh, masih muda, terlalu indah, paling tinggi dan sebagainya. Frasa Adjektif 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 12 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Kesalahan Pembetulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Petikan di bawah mengandungi 10 kesalahan penggunaan frasa adjektif. Betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Zamarul merupakan seorang murid Tingkatan 5 Orkid. Dia seorang yang cintakan dunia kesusasteraan. Zamarul pernah mewakili sekolah di peringkat daerah dalam pertandingan mendeklamasi sajak dan menulis cerpen. Dalam pertandingan itu, dia telah dinobatkan sebagai juara untuk kedua-dua pertandingan tersebut. Ibu dan ayah Zamarul tersungguh gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh anaknya. Zamarul amat suka benar karya-karya yang ditulis oleh sasterawan negara A. Samad Said. Bagi zamarul, gaya bahasa yang digunakan oleh sasterawan itu tersangat puitis sekali dan mempunyai makna yang sungguh indah nian. Semasa di dalam kelas, Zamarul akan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Semua guru yang mengajar Zamarul amat sukakan sikap dan semangat yang dimiliki oleh Zamarul. Zamarul juga pernah diberikan anugerah sebagai murid cemerlang setelah berjaya mendapat 10A dalam peperiksaan percubaan SPM. Zamarul juga giat dalam media sosial dengan menayangkan video mendeklamasi puisi. Ramai penonton yang teruja akan suara Zamarul yang tersangat merdu sekali. Selain minat berpuisi, Zamarul turut menulis cerpen ketika mempunyai masa lapang. Bagi Zamarul, kunci kejayaan yang terpenting sekali ialah setiap individu perlu sentiasa belajar sesuatu yang baharu. Zamarul bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Melayu dan dia amat gembira benar jika suatu hari nanti dia dapat menjejakkan kakinya sebagai seorang sasterawan negara. Seterusnya, dia ingin berusaha untuk menghasilkan karya-karya yang terpaling hebat sekali dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 13 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 MuLus Tip Imbuhan apitan kata nama dalam bahasa Melayu. Imbuhan Kata Dasar Contoh peN-...-an taksir pentaksiran pe-...-an sisir pesisiran peR-...-an satu persatuan ke-...-an masuk kemasukan Kata Dasar Contoh letak peletakan luas peluasan laksana pelaksanaan lantik pelantikan Imbuhan Apitan Kata Nama Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata nama berimbuhan apitan yang sesuai. kejayaan perlindungan perkuburan kemasukan perpaduan pembayaran persatuan perindustrian kedatangan peperiksaan 1 Rajes merupakan pengerusi Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Rengit. 2 Pihak polis berusaha menangani pendatang asing tanpa izin ke negara kita. 3 Wahid belajar dengan bersungguh-sungguh demi mendapat dalam pelajaran. 4 Kerajaan sentiasa melakukan pelbagai langkah untuk memupuk dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. 5 Bidang di negara kita telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. 6 Murid-murid tingkatan 2 yang gagal dalam akhir tahun akan diberikan bimbingan dan nasihat oleh pihak kaunselor. 7 Masyarakat digalakkan untuk menggunakan kaedah tanpa tunai ketika berbelanja untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. 8 Pihak berkuasa telah menyediakan pusat untuk mengatasi masalah haiwan liar di kawasan perumahan. 9 Pihak kerajaan mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia untuk menarik pelancong asing ke destinasi pelancongan di negara kita. 10 Kamal berasa cemas apabila keretanya tiba-tiba rosak di kawasan . 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 14 3/4/2024 8:30:42 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 MuLus Tip Jenis Kesalahan Salah Betul Kesalahan unsur lewah semua murid-murid semua murid Kesalahan penggunaan kata sendi nama Ali berasal daripada Kedah. Ali berasal dari Kedah Kesalahan struktur ayat pasif Surat itu telah Siti hantar. Surat itu telah dihantar oleh Siti. Kesalahan penggunaan kata pemeri Hadiah itu ialah untuk ibunya. Hadiah itu adalah untuk ibunya. Kesalahan penggunaan kata nafi Awi berasa bukan sihat. Awi berasa tidak sihat. Kesalahan kata penguat darjah penghabisan terhebat sekali hebat sekali / terhebat Menganalisis Kesalahan Kata dan Frasa Baca iklan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan betulkan lima kesalahan bahasa yang terdapat dalam iklan tersebut. JAWATAN KOSONG Kerani Am Syarat kelayakan 1 Warganegara Malaysia 2 Berumur 18 tahun dan 35 tahun di tarikh lantikan 3 Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 4 Berkemahiran dalam mengendalikan komputer 5 Boleh bekerja tanpa pengawasan dan bertanggungjawab Faedah 1 Berjawatan tetap 2 Kemudahan cuti 3 Caruman KWSP dan PERKESO Semua calon-calon yang berminat dan berkelayakan perlu menghantar salinan kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan surat permohonan pada pihak pengurusan sumber manusia melalui e-mel berikut: [email protected] TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 JUN 20__ Calon yang berjaya akan dihubungi untuk sesi temu duga. Kesalahan Pembetulan 1 2 3 4 5 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 15 3/4/2024 8:30:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 A Gariskan kata kerja transitif dalam ayat-ayat di bawah. 1 Dora sedang membersihkan halaman rumahnya bersama-sama keluarganya. 2 Kamal dan Arif telah menimbus kolam itu untuk dijadikan sebagai tapak bangsal. 3 Pihak polis telah berjaya menangkap peragut itu dan dibawa ke balai polis. 4 Ayah menghantar kek itu ke rumah kakak pagi tadi. 5 Penunggang motosikal itu telah selesai membayar saman di kaunter bergerak. 6 Alia dan Erica mendayung sampan di tasik itu. 7 Ibu gemar mencuci pakaian di kedai dobi layan diri. 8 Penyanyi itu mencipta sebuah lagu sempena bulan kemerdekaan. 9 Pihak kerajaan berusaha untuk melestarikan alam sekitar. 10 Rais menjual semua koleksi kasut sukannya demi kelangsungan hidupnya. B Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih kata kerja transitif yang sesuai. 1 Sufian telah [ menghadiahi / menghadiahkan ] isterinya seutas rantai emas. 2 Ibu [ menghidangkan / menghidangi ] minuman dan makanan kepada tetamu. 3 Datuk telah [ memenuhi / memenuhkan ] bakul itu dengan buah rambutan. 4 Cikgu [ memberi / memberikan ] taklimat kepada murid-murid sebelum melakukan aktiviti tersebut. 5 Khairi dan Harul telah membantu Borhan untuk [ mengangkat / mengangkatkan ] buku-buku itu ke dalam stor. 6 Pihak Berkuasa Tempatan telah [ menjalankan / menjalani ] tugas-tugas penguatkuasaan di kawasan itu. 7 Suraya merupakan seorang murid yang pandai [ mengukirkan / mengukir ] kayu untuk dijadikan kraf tangan. 8 Adik berasa seronok ketika melihat ayah sedang [ membuat / membuatkan ] layang-layang untuknya. 9 Awis [ mengambilkan / mengambil ] tukul besi untuk diberikan kepada ayahnya. 10 Ibu telah [ membeli / membelikan ] senaskhah buku untuk kakak. MuLus Tip 1 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama. 2 Contohnya: mengikat tali, melukis poster dan memancing ikan. Kata Kerja Transitif 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 16 3/4/2024 8:30:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 MuLus Tip 1 Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2 Ayat tunggal mempunyai maksud yang lengkap. Ayat Tunggal Padankan subjek dan predikat di bawah untuk menghasilkan ayat tunggal. Kemudian, tulis semula ayat tersebut. Subjek Predikat 1 Kanak-kanak itu menonton filem Pendekar Awang. 2 Penyanyi terkenal itu menjual pelbagai jenis sayur di pasar pagi. 3 Bangunan tinggi itu berwarna hijau. 4 Penjual itu pada setiap hari. 5 Kawan baik ibu saya berbual-bual di halaman rumah. 6 Kami sekeluarga diserikan dengan lampu hiasan. 7 Rumah baharu kami menunggang basikal di halaman rumah. 8 Ayah pergi ke kebun menghantar juadah minum petang ke rumah saya. 9 Makanan itu suaranya sangat merdu. 10 Mereka sudah basi. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 17 3/4/2024 8:30:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 MuLus Tip Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu: Jenis Ayat Penggunaan Ayat contoh Ayat penyata Ayat yang memberitahu tentang sesuatu hal. Ini buku cerita. Ayat tanya Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Siapakah nama awak? Ayat perintah Ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Tolong siram pokok bunga. Ayat seruan Ayat yang digunakan untuk menyatakan perasaan takut, marah, hairan, terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Aduh, sakitnya perut ini! Jenis-jenis Ayat Nyatakan jenis ayat bagi ayat-ayat di bawah ini. Ayat Jenis Ayat 1 Wah, besarnya rumah baharu awak! 2 Datanglah ke rumah saya jika mempunyai kelapangan. 3 Kita hendaklah berjimat cermat apabila berbelanja. 4 Bapa saya pulang dari dusun dengan membawa buah durian. 5 Apakah sukan kegemaran abang awak? 6 Oh, begitu rupanya jalan cerita dalam novel itu! 7 Bagaimanakah caranya hendak pergi ke dewan orang ramai yang baharu itu? 8 Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. 9 Diharapkan peristiwa ini akan memberi pengajaran kepada awak. 10 Orang tua yang dilanggar kereta itu telah dibawa ke hospital. 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 18 3/4/2024 8:30:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 Bahagian A Ujian Pengukuhan Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 – 2 1 Cita-cita Hafiz untuk Gunung Ledang telah tercapai. A mendaki C menuruni B mendarat D memanjat 2 Damia terpaksa bercuti selama beberapa bulan kerana kakinya semasa menyertai pertandingan olahraga di sekolahnya. A retak C belah B patah D hancur Soalan 3 – 4 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Orang kaya itu telah mendermakan sebahagian besar hartanya ke rumah anak yatim. II Daging arnab merupakan makanan yang kaya dengan sumber protein. III Emak menyapu kaya di atas roti sebagai sarapan pagi ini. IV Suaranya yang kaya itu memikat hati penonton yang hadir. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Mereka bangunan bukanlah tugas yang mudah. II Mereka gembira menerima kunjungan pemimpin negara ke kampung mereka. III Hafiz mendapat pengiktirafan pihak kerajaan kerana mereka teknik baharu mengawal kesesakan lalu lintas. IV Mereka-mereka yang menghadiri program itu akan diberikan cenderamata. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Deretan kedai-kedai itu terbakar malam tadi kerana kebocoran gas. A Deretan kedai B Sederetan kedai C Deretan-deretan kedai D Deretan kedai-kedai 6 Aiman terpaling gembira kerana mereka akan berpindah ke rumah baharu pada minggu hadapan. A paling gembira B paling-paling gembira C terpaling gembiranya D terpaling gembira 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 19 3/4/2024 8:30:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Adam ialah anak sulung Pak Malik. II Kesihatan emak saya dipantau oleh doktor dari semasa ke semasa. III Dia akan berpindah ke rumah baharu pada minggu hadapan. IV Faris berjuang demi untuk membela nama baik bapanya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Saya ingin meminjam buku yang hangat diperkatakan di media sosial itu. II Emak saya gemar akan makanan yang pedas. III Barang yang bersejarah itu telah dihantar ke Jabatan Arkeologi secepat mungkin. IV Kakak saya menglap meja soleknya yang baru dibeli itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Negara Jepun sekali lagi mengalami gempa bumi yang telah menyebabkan tsunami. A Tsunami telah menyebabkan gempa bumi di negara Jepun. B Gempa bumi menyebabkan negara Jepun mengalami tsunami. C Negara Jepun mengalami tsunami hingga menyebabkan gempa bumi. D Gempa bumi yang melanda Jepun sekali lagi itu telah menyebabkan tsunami. Bahagian B 1 Dalam poster di bawah terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 20 3/4/2024 8:30:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beliau telah ditangkap kerana menyalahgunakan kuasa sebagai penjawat awam. (ii) Wajah kakak saya makin hari semakin cantik setelah menggunakan produk kecantikan dari luar negara. 3 Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. Tentukan subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. (i) Udang ialah makanan kegemaran kami sekeluarga. Subjek : Predikat: (ii) Abang angkat saya menceburi bidang perniagaan setahun yang lalu. Subjek : Predikat: 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua kata-kata hikmat yang sesuai. (i) (ii) 1-Mulus KSSM BM Tg2-Sistem 4th.indd 21 3/4/2024 8:30:44 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Pemahaman Petikan Praktis MuLus Aktiviti 1 Padankan rangkap pantun dengan maksudnya berdasarkan “Pantun Alam Remaja”. 1 Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. Anak-anak kecil yang suka berpantun jangan dimarah kerana mereka memang gemar untuk bermanja. 2 Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. Kepulangan ibu dan ayah membuatkan anak-anak berasa sangat gembira. 3 Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. Anak-anak akan berasa sangat gembira apabila mendapat pemberian daripada ibu bapa terutamanya pakaian. 4 Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Perasaan anak-anak yang berasa sangat gembira apabila melihat ibunya segera pulang. 5 Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. Tabiat anak-anak yang suka bernyanyi bersama adik-beradik tanpa mengira lagu apa pun. 6 Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alangkah besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. Anak-anak akan berasa gembira dan perasaan cemas akan hilang apabila melihat ibunya sudah pulang ke rumah. 7 Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja. Anak-anak berasa sungguh gembira ketika menyambut kepulangan ibunya ke rumah. 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 22 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 Aktiviti 2 Nyatakan persoalan yang terkandung dalam setiap rangkap “Pantun Kiasan” dengan memilih persoalan yang betul. Persoalan sifat merendah diri dalam kalangan perantau Persoalan sikap orang yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti Persoalan mengelakkan pembaziran dalam kalangan masyarakat Persoalan sikap sombong dan memandang rendah terhadap orang lain. Persoalan sikap individu yang suka menghebohkan sesuatu kejayaan yang kecil Persoalan sikap orang yang kurang berilmu yang ingin melawan orang yang berpengalaman Persoalan keinginan untuk mencapai impian yang besar tanpa mengambil kira kemampuan diri Persoalan tindakan perantau yang akan kembali ke tempat asalnya Persoalan perasaan marah yang akan reda dengan nilai kesabaran Persoalan sikap orang yang suka mengharapkan hasil yang belum pasti Rangkap Pantun Persoalan 1 Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. 2 Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. 3 Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar pajang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. 4 Limau bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. 5 Air surut memungut bayam, Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. 6 Rotan siput rotan berlingkar, Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar, Embun setitik padam apinya. 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 23 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Aktiviti 3 7 Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga. 8 Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. 9 Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga. 10 Dang nila memangku puan, Berembang buah pelada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada. Nyatakan pengajaran yang terkandung dalam rangkap “Pantun Budi” dengan memilih sama ada A, B, C, D atau E. A Kita perlulah mengenang jasa orang yang telah berbuat baik kepada kita. B Kita hendaklah menjaga tutur kata dan sentiasa mengamalkan budi bahasa. C Kita mestilah menjaga maruah diri dengan memelihara budi bahasa dalam kehidupan. D Kita perlulah bijak mencari pasangan hidup yang sesuai. E Kita perlulah menjauhkan diri daripada sifat tamak yang dapat merosakkan diri sendiri. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. 1 Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. 2 Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. 3 Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. 4 Padang temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. 5 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 24 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 Aktiviti 4 Lengkapkan rangkap pantun di bawah dengan memilih kata yang betul berdasarkan “Pantun Nasihat”. 1 Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jangan sekali. 2 Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu , Apakah sebab maka dimakan? 3 Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai mengandung hujan. 4 Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. 5 Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. 6 Anak Cina membawa surat Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, tidak dijual beli. 7 Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke Lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau , Baik-baik membawa diri. jahat memeningkan panas tutur letih Bangsa orang baik bahaya taufan kata penat Sahsiah panjang pandai mabuk ribut lisan lelah Bahasa abang 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 25 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 Aktiviti 5 Aktiviti 6 Berdasarkan maklumat yang diberikan, lengkapkan unsur KOMSAS bagi puisi tradisional “Pantun Kasih Sayang”. Isi tempat kosong dengan contoh gaya bahasa yang sesuai berdasarkan “Syair Nasihat – Penghujung Thamarat al-Muhimmah”. Persoalan kegigihan untuk memiliki cinta yang diimpikan Simile – bagaikan rasa hendak dicapai Rima akhir abab Kita hendaklah berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mencapai sesuatu impian. Kasih sayang antara lelaki dengan perempuan Kesungguhan 1 Tema 2 Persoalan 3 Bentuk 4 Gaya Bahasa 5 Nilai 6 Pengajaran Di hadapan majlis diterimanya, Di belakang kelak diumpatnya. Seperti air di dalam gelas Daripada sangat hajatku gerang Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, ‘adah Lawan mesyuarat lawan berperi, Gaya Bahasa Contoh 1 Simile 2 Anafora (pengulangan kata yang sama di awal ayat) 3 Penggunaan bahasa Arab 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 26 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 Gaya Bahasa Contoh 4 Repitisi (pengulangan kata pada baris yang sama) 5 Sinkope (singkatan) 6 Responsi (pengulangan kata yang sama di tengah baris) Aktiviti 7 Berdasarkan “Sajak dalam Persekitaran Kata-kata”, padankan persoalan yang terkandung dalam sajak dengan contoh peristiwa yang sesuai. Persoalan Contoh Peristiwa 1 Persoalan kesyukuran terhadap nikmat dan anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT Penyajak menyatakan bahawa manusia menggunakan akal fikiran untuk mengembangkan ilmu berbahasa mengikut tempat dan zaman. 2 Persoalan kepentingan ilmu berbahasa kepada setiap manusia Penyajak menyatakan bahawa bahasa dapat mengembangkan pengalaman seseorang untuk memahami hubungan antara manusia dengan Tuhan. 3 Persoalan sifat manusia yang sempurna anugerah daripada Allah Yang Maha Bijaksana Penyajak menyatakan keimanannya apabila melihat alam semesta ciptaan Allah SWT. 4 Persoalan keinsafan dan keimanan diri terhadap kekuasaan Allah SWT menciptakan alam semesta Penyajak menyedari bahawa Allah SWT telah mencipta dan memberikan manusia kebijaksanaan untuk berbicara. 5 Persoalan fungsi bahasa untuk meningkatkan pengetahuan Penyajak menyatakan bahawa Allah SWT telah menjadikan manusia pelbagai bangsa dan rupa yang bertebaran di serata dunia. 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 27 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Aktiviti 8 Pilih sama ada A, B, C atau D bagi melengkapkan rangkap sajak “Roti” dengan betul. Dari cerobong dapur asap berjelaga berkepul A terkecur liur harum berbau juadah berbuka. B terkecur liur harum berbau juadah tersohor. C terkecur liur harum berbau juadah yang menyelerakan. D terkecur liur harum berbau juadah yang lazat. 1 Perut yang lapar selera kian menggelepar menanti roti dibakar A ranggup dan segar terhidang seumpama permaidani terhampar. B ranggup dan segar terhidang seumpama permaidani terdampar. C ranggup dan segar terhidang seumpama permaidani terbentang. D ranggup dan segar terhidang seumpama permaidani tersedia. 2 Kala roti di depan mata nafsu makan pun bergelora berkeping-keping menggegar selera A perut pun kenyang terasa tenang lega. B perut pun kenyang terasa tenang sahaja. C perut pun kenyang terasa tenang bersendawa. D perut pun kenyang terasa tenang bahagia. 3 Bagi pemilik iman di dada sendawa itu tidak sempurna masih ada beban di bahu mereka A warga miskin belum terbela masih merasai lapar dahaga. B warga miskin belum terbela masih merana lapar dahaga. C warga miskin belum terbela masih merintih lapar dahaga. D warga miskin belum terbela masih menahan lapar dahaga. 4 Bila begitu selamanya kalimah syukur pun jelas tertera di hati sanubari warga dunia A melangit damai dirasa pancaran iman segar berwarna. B melangit damai dirasa penuhi iman segar berwarna. C melangit damai dirasa pantulan iman segar berwarna. D melangit damai dirasa percikan iman segar berwarna. 5 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 28 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Padankan bentuk dan ciri-ciri sajak berdasarkan sajak “Kucari Damai di Sini”. Kenal pasti dan pilih pengajaran yang tepat bagi sajak “Pada Sekuntum Mawar” dengan menandakan (✓) pada pengajaran yang betul dan (✗) pada pengajaran yang salah dalam ruang yang disediakan. Aktiviti 9 Aktiviti 10 Rangkap pertama mempunyai enam baris Rangkap kedua mempunyai lima baris Rangkap ketiga mempunyai empat baris Jumlah katanya tiga hingga lapan patah kata sebaris Terdiri daripada enam hingga lapan belas suku kata sebaris Terdiri daripada tiga rangkap Bentuknya bebas 3 Jumlah perkataan bagi setiap rangkap 4 Jumlah rangkap 5 Jumlah suku kata bagi setiap baris 2 Jumlah baris bagi setiap rangkap 1 Bentuk Kita perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial. Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi masa tua. Kita tidak harus membiarkan hidup kita dalam keadaan sunyi. Kita tidak boleh melontarkan bunga mawar ke hujung lembah. Kita hendaklah mempunyai iman yang kukuh. Kita hendaklah menjaga maruah dan nama keluarga. Kita seharusnya menjaga maruah diri sebaik mungkin. Kita seharusnya tidak membuat keputusan yang salah dalam kehidupan. 1 3 5 7 2 4 6 8 Kita tidak harus memusnahkan hidup kita dengan membunuh diri. 9 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 29 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 Berdasarkan petikan di bawah, susun jalan cerita dalam petikan. Kemudian, tulis semula jalan cerita tersebut. Aktiviti 11 Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu. Apabila sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja habis mati, darahnya pun ada tumpah di situ. Maka diperiksa, dikenal bekas kaki Syah Alam di Rimba saja. Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu. Ikan-ikan itu pun dibawanya masuk ke dalam lubangnya. Hari pun malamlah. Bermesyuaratlah keduanya pagi esok hendak menghadap Nabi Allah Sulaiman permaklumkan hal kematian anaknya oleh kerana kelakuan Syah Alam di Rimba membuat aniaya ke atasnya. Setelah putuslah mesyuaratnya itu, lalu tidur keduanya. Dipetik daripada prosa tradisional ‘Pelanduk Mengajar Memerang’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia Susunan Jalan Cerita Jalan cerita Setelah berbincang, mereka berdua pun tidur. Mereka melihat tapak kaki Syah Alam di Rimba. Ikan yang dibawa pulang dibawa masuk ke dalam lubang. Setelah hari malam, mereka berdua berbincang untuk menghadap Nabi Allah Sulaiman bagi mengadukan kematian anak-anak mereka Memerang suami isteri pulang ke rumah mereka di dalam lubang setelah hari petang. Mereka berasa sedih lalu menangis. Mereka berdua melihat tujuh ekor anak mereka mati dibunuh. 1 2 3 4 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 30 3/4/2024 8:31:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 5 6 7 A Berdasarkan petikan di bawah, senaraikan kesan banjir berdasarkan maklumat yang diberikan. Aktiviti 12 Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan yang sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan televisyen menambahkan kekerapan siaran berita terkini. Aktiviti laut wajib ditangguhkan dan bekalan ikan di pasar berhampiran dengan rumah saya melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tapi ikan kering. Ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. Ya Allah, saya tidak dapat menelan. Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia Maklumat Kesan-kesan Banjir 1 Radio dan televisyen 2 Aktiviti laut 3 Harga ikan di pasar 4 Orang merungut 5 Hidangan B Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu penduduk yang terlibat dalam banjir? Tuliskan jawapan berdasarkan isi yang diberikan. Maklumat Cara-cara Membantu Penduduk 1 Bantuan makanan 2 Menumpangkan tempat tinggal 3 Membersihkan rumah 4 Mengangkat barang 5 Memberikan sokongan moral 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 31 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 Baca petikan di bawah. Kemudian, senaraikan latar tempat, latar masa dan latar tempat yang terdapat dalam petikan dengan memilih jawapan yang betul. Aktiviti 13 Petempatan mereka dengan lombong di utara sebenarnya tidak terlalu jauh. Saban tengah hari, mereka dapat mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Cuma jarak antara mereka dipisahkan oleh hutan dan belukar. Ahli-ahli suku itu lebih biasa melalui denai ke timur yang bertemu dengan jalan balak. Jika ditawarkan sedikit beras atau hasil buruan, pemandu-pemandu lori balak sedia menumpangkan mereka. Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi. Namun, pemandu-pemandu lori itu juga pernah memberitahu, jalan kereta api memakan masa yang lebih singkat. Dipetik daripada cerpen ‘Talia dan Raksasa Qadqad’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia lombong di utara hutan dan belukar pemandu lori balak tengah hari jalan kereta api lewat petang ahli-ahli suku jalan balak denai ke timur 1 Latar Tempat 2 Latar Masa 3 Latar Masyarakat (a) (a) (a) (b) (c) (b) (b) (d) (e) 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 32 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 Nyatakan contoh unsur gaya bahasa yang sesuai berdasarkan petikan cerpen “Menuai Emas”. Aktiviti 14 Inilah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah. Ujaran abah masih terngiang-ngiang di telinga. Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini membuak dengan rasa geram, marah dan dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah. Dia sangka dia sudah mengalah ketika itu. Dia hampir mahu angkat bendera putih. Apatah lagi kala melihat air mata yang luruh daripada mata layu emak. “Apa yang nak dipertahankan sangat tanah tu? Semua orang dah setuju. Dia seorang saja yang tak beri kata putus. Budak ini memang nak menyusahkan orang!” Abang Man bersuara lantang. Beberapa orang lain kelihatan ikut terangguk-angguk dan bersemangat. Anjung rumahnya jadi ruang perbicaraan. Dia berusaha menenangkan hati yang terasa seperti mahu luruh. Emak kelihatan bersusah payah berusaha menjadi hakim yang adil. Tetapi dia tidak tahu sejauh mana emak dapat terus bertahan. Dipetik daripada cerpen ‘Menuai Emas’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia kacuh tanah adil Dia seorang saja yang tak beri kata putus jiwa yang luka mata layu bendera putih hati yang terasa seperti mahu luruh Gaya Bahasa Contoh 1 Imej alam 2 Diksi 3 Bahasa Arab 4 Simile 5 Metafora 6 Peribahasa 7 Personafikasi 8 Sinkope 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 33 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 Berdasarkan petikan drama “Mahkamah”, senaraikan susunan peristiwa yang berlaku. Aktiviti 15 PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Adapun kambing yang tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah letihnya sehingga matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri … kambing terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh... Sampailah ajalnya, dia pun mati. Dengan ini, jelas bahawa Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang bersalah, bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum. Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan dan saya mohon mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Dipetik daripada drama ‘Mahkamah’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia Peristiwa 1 Peristiwa 3 Peristiwa 2 Peristiwa 4 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 34 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
35 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang diberikan. Aktiviti 16 Bahan 1 Bahan 2 Kolam memancing ikan air masin ini berkeluasan hampir 1.21 hektar, dilengkapi dengan fasiliti seperti surau, tandas dan kafeteria. Kolam itu dibuka bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat. Bayaran masuk untuk setiap pemancing akan dikenakan mengikut pakej. Kerapu yang dipancing menggunakan umpan potongan ikan kembung. Untuk pakej tiga jam, bayaran masuk adalah sebanyak RM80.00, manakala untuk pakej tengah malam (7:30 malam hingga 12:00 tengah malam) sebanyak RM60.00. Selain itu, jenis ikan yang biasa dipancing di kolam itu adalah seperti siakap putih, siakap merah dan jenahak. Jenis umpan yang biasa digunakan pula ialah udang hidup dan belanak, kedua-duanya boleh dibeli di kaunter. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepuasan Memancing di Kolam Air Masin’, oleh Dzul Asyraf KOSMO 23 April 2022 BALIK PULAU, 9 September 2016 – Tourism Malaysia Pulau Pinang akan membawa seramai 19 orang wakil media dan ejen pelancongan Pulau Pinang untuk menyertai program memancing laut dalam di perairan negara selama 2 hari 1 malam di sekitar perairan Pulau Pinang bermula dari 9 hingga 10 September 2016. Program ini bertujuan untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi terbaik untuk aktiviti memancing laut dalam. Sebagai sebuah produk pelancongan minat khas, aktiviti ini dijangka mampu menarik minat kaki pancing dari seluruh dunia. Program ini diharapkan akan dapat memberi pendedahan yang meluas kepada wakil-wakil media mengenai aktiviti memancing di pulau tersebut selain dapat mencetuskan idea baharu dalam kalangan ejen pelancongan untuk membangunkan pakej-pakej memancing laut dalam yang lebih kreatif agar dapat memikat para peminat pancing antarabangsa. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Memancing Laut dalam Tourism Malaysia’, oleh [email protected]. Sep 9, 2016 https://www.tourism.gov.my/ 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 35 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 A Nyatakan perbezaan memancing di kolam air masin dan laut dalam. Jawapan boleh diambil daripada ayat yang berhuruf tebal dalam petikan. Perbezaan Memancing di Kolam dan Laut Dalam 1 Memancing di Kolam Air Masin Ciri-Ciri 2 Memancing di Laut Dalam (a) Kawasan (a) (b) Tujuan/Matlamat (b) (c) Tempoh (c) B Senaraikan keistimewaan memancing di kolam air masin dengan memilih jawapan yang sesuai. Ikan yang boleh dipancing ialah siakap putih, siakap merah dan jenahak Dapat memikat para peminat pancing antarabangsa Dilengkapi dengan fasiliti seperti surau, tandas dan kafeteria Membangunkan pakej-pakej memancing laut dalam yang lebih kreatif Mencetuskan idea baharu Umpan boleh dibeli di kaunter Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap pancing adalah mengikut pakej Mampu menarik minat kaki pancing dari seluruh dunia Keistimewaan Memancing di Kolam Air Masin 1 2 3 4 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 36 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
37 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang diberikan. Aktiviti 17 Bawa pengat mudik ke hulu, Hendak makan bersama kakak; Masih kuingat zaman dahulu, Bersama rakan bermain congkak. Nasi disaji berulam pegaga, Berlauk kelah bergulai kawah; Bermain dam aji seisi keluarga, Sambil berkelah di tepi sawah. Merpati terbang di tepi kali, Di dahan jambu merpati berehat; Adik dan abang bermain guli, Ayah dan ibu duduk melihat. Bersama teman meniti permatang, Singgah berteduh di Kuala Sedili; Bermain di laman setiap petang, Puas bergaduh berbaik kembali. Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia Ramai yang berpendapat bahawa perkembangan perhubungan anak-ibu bapa adalah sesuatu yang semula jadi dan dapat mengatasi masalah kehidupan berkeluarga. Penyelidikan ke atas kanak-kanak menunjukkan bahawa banyak perkara yang boleh menjejaskan perhubungan antara anak dengan ibu bapa. Kita lazimnya tidak menganggap bahawa mempunyai seseorang yang sakit dalam keluarga boleh menimbulkan masalah, namun gangguan memang berlaku. Apabila ibu bapa meluangkan banyak masa terhadap anggota keluarga yang sakit, anak-anak berasa diabaikan. Mereka mula membuat perangai untuk mendapatkan perhatian dan ini menjengkelkan ibu bapa, lalu mengakibatkan tindak balas kasar dan dengan itu menjejaskan perhubungan. Dipetik daripada ‘Kepentingan Meluangkan Masa Bersama Anak-anak’ oleh Lim Lee Peng (Pegawai Penerangan, LPPKN Terengganu) [email protected] Bahan 1 Bahan 2 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 37 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
38 A Senaraikan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga berdasarkan kata kunci yang diberikan di bawah. Kata Kunci Aktiviti 1 Dam aji 2 Tepi sawah 3 Guli 4 Halaman 5 Semasa sakit B Berdasarkan Bahan 2, jelaskan punca hubungan renggang antara anak dengan ibu bapa. Anda hendaklah mengambil isi daripada ayat yang bergaris. Masalah Punca 1 Seorang yang sakit dalam keluarga 2 Anak-anak berasa diabaikan 3 Menjengkelkan ibu bapa, lalu mengakibatkan tindak balas kasar 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 38 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
39 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aktiviti 18 Bahan 1 Bahan 2 Tugas pensyarah lebih menumpukan tugas dalam pengajaran, penyeliaan, penulisan dan khidmat masyarakat, tetapi kini skop kerja pensyarah semakin bertambah dengan pelibatan dalam penyelidikan. Dalam skop tugas sebagai pengajar, pensyarah perlu menguasai kemahiran teknologi digital untuk memenuhi keperluan dunia pengajaran dan pembelajaran terkini. Sebagai seorang pensyarah, kerjaya ini memerlukan pensyarah menguasai pelbagai kemahiran penugasan berbilang (multitasking) dan menjadi serba boleh untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahagiakah Seorang Pensyarah?’, oleh Dr. Sallasiah Hanin Hamjah, 30 Ogos 2020 PETALING JAYA: Tugas seorang guru bukanlah hanya mengajar semata-mata, namun guru turut melaksanakan pelbagai tugasan sampingan. Menerusi akaun media sosial Mohd Fadli Salleh, beliau berkata seorang guru sekolah rendah menjalankan pelbagai tugas termasuklah membasuh najis serta menyiasat kejadian curi duit anak murid. Dalam masa yang sama, guru perlu menguasai pelbagai kemahiran berkaitan pedagogi dan kaedah pengajaran PAK-21 sebagai keperluan kerjaya. Antara tugas lain yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru termasuklah memainkan peranan sebagai guru penyayang, mentor mentee, minda sihat, program bantu baca, penggubal soalan ujian dan menjalankan aktiviti sukan. Selain itu, menurut beliau guruguru juga perlu menghadap komputer riba walaupun sudah lewat malam. Menurut laporan akhbar, bebanan tugas pendidik selain sistem pendigitalan secara dalam talian yang tidak mampu dikuasai terutamanya dalam kalangan guru menjadi salah satu faktor ramai warga pendidik memohon untuk bersara awal. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ada 72 Tugas Guru Selain Mengajar, Hadap Komputer 2 Pagi’, KOSMO, 17 Jun 2023 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 39 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
40 A Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tugas sebagai seorang pensyarah dan guru. Jawapan boleh diambil daripada maklumat yang menggunakan huruf tebal dalam bahan. Pekerjaan Tugas Persamaan Perbezaan Pensyarah Guru B Tandakan (✓) pada kotak berkaitan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pensyarah dan guru untuk melaksanakan tugas mereka berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2. Pekerjaan Kemahiran Pensyarah (a) Pensyarah perlu menguasai kemahiran teknologi kemahiran digital. (b) Pensyarah perlu arif dalam bidang siasatan. (c) Pensyarah perlu mahir bertukang. (d) Pensyarah perlu menguasai pelbagai kemahiran dan menjadi serba boleh. Guru (a) Guru perlu mahir dalam bidang seni lakonan. (b) Guru perlu mahir memandu kenderaan. (c) Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran berkaitan pedagogi dan kaedah pengajaran PAK-21. (d) Guru perlu menguasai kemahiran menggunakan sistem pendigitalan secara dalam talian. 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 40 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
41 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aktiviti 19 KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima 17 kes penyakit paru-paru, iaitu E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI, yang berpunca daripada tabiat ketagihan rokok elektronik termasuk vape. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata bahan yang terkandung dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan, menghasilkan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI. Beliau berkata, KKM memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik termasuk EVALI melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi bermula pada Jun 2022. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rokok Elektronik, Vape Punca Penyakit Paru-paru Evali’, oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Bharian.com, 13 Jun 2023 Bahan 1 Bahan 2 Pantun Nasihat Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Berbuat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. Dipetik daripada ‘Pantun Nasihat’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 41 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
42 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kesan negatif rokok elektronik dan pengambilan ganja? Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, kesan negatif rokok elektronik ialah (a) , manakala kesan negatif pengambilan ganja pula akan menyebabkan masalah (b) . 2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan nasihat yang terkandung dalam pantun tersebut. Berdasarkan Bahan 2, nasihat yang terkandung dalam pantun tersebut ialah (a) dan (b) . 3 Masalah ketagihan rokok elektronik pada masa ini semakin membimbangkan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini? Pada pendapat saya, antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa perlu (a) dan pihak kerajaan perlu (b) . Selain itu, pihak sekolah boleh (c) . kita perlu berpada-pada semasa melakukan sesuatu kebaikan dan jangan sesekali melakukan perkara yang buruk mabuk menyebabkan penyakit paru-paru, iaitu E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI kita perlu memelihara tutur kata dalam percakapan menjayakan kempen antirokok elektronik memberikan didikan kepada anak-anak tentang bahaya rokok elektronik menguatkuasakan undang-undang berkaitan penjualan dan pembelian dengan lebih tegas 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 42 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
43 Bahagian A Ujian Pengukuhan Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kucari Damai di Sini Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Berdasarkan sajak, rangkai kata bersemadi di naluri membawa maksud A kekal dalam diri. B terkubur dalam jiwa. C musnah di dalam hati. D dilupakan daripada ingatan. 2 dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan Nyatakan kata-kata hikmat yang sesuai dengan baris-baris sajak di atas. A Kemajuan teras kejayaan B Muafakat membawa berkat C Bersatu teguh bercerai roboh D Hilang bahasa lenyaplah bangsa 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 43 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
44 Bahagian B Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pohon Rendang Taman Tasik Taiping Pohon yang rendang itu hujung dahannya mencecah muka tasik menyatu dua rasa berdamai dua alam menyatu dua jiwa. Angsana dan lumut bersatu sepuluh tahun lagi aku akan tetap ke sini memerhati awan merenung tasik membilang dahan. Pohon-pohon dan tasik ini lambang penyatuan warga Taiping bersama membina dunia. Cikgu Hani Taman Pinggiran Indah 3 dengan kasih sayang bersemadi di naluri Apakah nilai yang terdapat dalam baris di atas? A Muafakat B Kerajinan C Kasih sayang D Tolong-menolong 4 Apakah harapan penyajak untuk generasi masa depan? A Meredakan badai B Mengekalkan kedamaian C Mengekalkan kemerdekaan D Mengikat tali persaudaraan 5 Yang berikut merupakan pernyataan yang benar berdasarkan sajak kecuali A kedamaian hendaklah dikekalkan. B kedamaian negara harus berkekalan. C krisis diselesaikan dengan bijaksana. D kemerdekaan negara hendaklah dicapai. 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 44 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
45 Bahan 2 Taman Tasik Taiping dikenali sebagai taman tertua di Malaysia. Taman ini sememangnya satu tempat yang sangat menenangkan, mendamaikan jiwa dan mempunyai pemandangan yang sangat indah. Taman Tasik Taiping merupakan taman awam pertama yang ditubuhkan sewaktu pemerintahan British di Tanah Melayu. Terdapat 10 buah kolam dan tasik kecil yang menyerlahkan lagi taman tersebut. Di sepanjang Jalan Residensi yang melalui taman tersebut terdapat banyak pokok angsana yang ditanam. Dalam jurnal George L. Peet’s, beliau berkata, “Saya tidak tahu jika ada tempat yang lebih indah dalam negara ini selain Taman Tasik Taiping ketika cahaya mentari menyinar merentasi di sebalik dedaunan pepohon buluh, palma dan pohon-pohon yang berselerakan di pulau-pulau (di Taman Tasik) di kawasan air yang luas. Seseorang akan memperoleh pengalaman yang berharga di sepanjang setengah jam melalui cahayacahaya indah tersebut yang tidak dapat diperoleh jika berada di England”. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Taman Tasik Taiping, Taman Awam Tertua di Malaysia’ oleh Iskandar Zulqarnain, https://www.orangperak.com/ 10 Februari 2019 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan keistimewaan Taman Tasik Taiping. 2 Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. 3 Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghargai alam yang indah ini. Pada pendapat anda, apakah cara-cara tersebut? 2-Mulus KSSM BM Tg2-Pemahaman 4th.indd 45 3/4/2024 8:31:58 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
46 Novel Praktis MuLus Aktiviti 1 Novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi Tulis persoalan yang sesuai berdasarkan contoh peristiwa yang diberikan. Persoalan kebijaksanaan dalam merancang sesuatu perkara Persoalan ketegasan dalam membuat keputusan Persoalan kesungguhan mencapai sesuatu kejayaan Persoalan sikap tidak mementingkan diri dalam kehidupan Persoalan Contoh Peristiwa 1 Peristiwa Laiman menolak tawaran kerja di jabatan pertanian. Dia tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan projek menternak lebah madu dan ikan air tawar. 2 Peristiwa Milan berasa susah hati kerana Kedek dan Muali ingin meninggalkan mereka. Kedek dan Muali telah dihantar oleh Laiman untuk menjalani kursus tetapi mereka memilih untuk melaksanakan projek sendiri. Laiman tidak menghalang usaha mereka dan mendoakan mereka agar mencapai kejayaan. 3 Peristiwa Laiman dan Milan berbincang tentang pilihan projek yang akan dilaksanakan. Milan bimbang sekiranya perancangan mereka tidak terkawal. Laiman bercadang untuk menggunakan khidmat budak-budak yang gagal dalam persekolahan sebagai tenaga kerja. 4 Peristiwa kejayaan projek tembikai Laiman yang berjaya mendapat perhatian pihak jabatan pertanian untuk memberikan bantuan kepadanya. 3-Mulus KSSM BM Tg2-Novel 4th.indd 46 3/4/2024 8:32:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
47 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Isi tempat kosong untuk melengkapkan nilai novel di bawah. Padankan latar masyarakat yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Novel yang saya pelajari ialah (1) [ Jalan ke Puncak / Jalan di Puncak ] karya Juri Durabi. Nilai murni yang diketengahkan dalam novel ini ialah nilai (2) [ kegigihan / bertanggungjawab ]. Peristiwa pertama ialah peristiwa Laiman gigih berusaha untuk melaksanakan projek (3) [ ikan air tawar / ikan air masin ] sehingga di tanah paya bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Projek ini mendapat bantuan Milan dan Pak Kiassim. Contoh peristiwa kedua ialah peristiwa Laiman dan Milan yang berusaha dengan gigih melaksanakan projek kebun (4) [ tembikai / nanas ] sehingga mendapat perhatian daripada pihak (5) [ jabatan pertanian / jabatan peladangan ]. Akhir sekali, contoh peristiwa lain yang turut diketengahkan ialah peristiwa Pak Kiassim yang gigih ingin membantu Laiman untuk memujuk (6) [Pak Sahok / Pak Sahak ] supaya dia mengizinkan Laiman untuk menternak ikan di tanah paya bersebelahan tanahnya. Latar Masyarakat Contoh Peristiwa 1 Masyarakat yang gigih berusaha (a) Laiman menolak tawaran untuk bekerja di jabatan pertanian kerana bertegas untuk melaksanakan projek ikan air tawar dan lebah madu walaupun mendapat teguran daripada Pak Kiassim. 2 Masyarakat yang baik hati (b) Laiman gigih berusaha untuk melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dan lebah madu sehingga berjaya. 3 Masyarakat yang berpendirian tegas (c) Milan yang sentiasa bersama-sama Liaman ketika Liaman hendak melaksanakan projek-projek yang telah dirancang. 4 Masyarakat yang setia kawan (d) Laiman yang tidak berasa marah terhadap Kedek dan Muali apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk meninggalkan projek Laiman kerana hendak melaksanakan projek mereka sendiri. 3-Mulus KSSM BM Tg2-Novel 4th.indd 47 3/4/2024 8:32:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
48 Aktiviti 4 Aktiviti 1 Tandakan (✓) atau (✗) bagi pernyataan yang berkaitan watak utama dalam novel. Tulis persoalan yang sesuai berdasarkan contoh peristiwa yang diberikan. Laiman 1 Seorang yang gigih berusaha 5 Seorang yang panas baran 2 Seorang yang tabah menghadapi cabaran 6 Seorang yang berpendirian teguh 3 Seorang yang degil 7 Seorang yang tidak berkeyakinan 4 Seorang yang menghormati orang lain 8 Seorang yang suka akan hiburan Novel Meniti Impian karya Osman Ayub Persoalan kesabaran dalam menempuhi kehidupan Persoalan kegagalan bukan penghalang untuk memperoleh kejayaan Persoalan kegigihan dalam mencapai kejayaan Persoalan pengorbanan seorang anak demi keluarganya Persoalan Contoh Peristiwa 1 Peristiwa Zahar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IKM setelah tidak berjaya menyambung pelajaran di ITM. Berkat usahanya, dia berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri. 2 Peristiwa Zahar yang telah berjaya lulus dengan cemerlang peperiksaan pertengahan. Dia telah berjaya memperoleh pangkat satu dalam peperiksaan tersebut. 3 Peristiwa Zahar yang tidak berjaya melanjutkan pelajarannya ke ITM kerana dia tidak dapat menduduki peperiksaan SPM. Perkara ini berlaku disebabkan dia demam semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Dia bekerja di bengkel perabot demi membantu keluarganya. 4 Peristiwa Zahar yang sanggup bekerja di bengkel Pak Yusuf demi membantu ibu dan keluarganya yang miskin. 3-Mulus KSSM BM Tg2-Novel 4th.indd 48 3/4/2024 8:32:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
49 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Isi tempat kosong untuk melengkapkan nilai novel di bawah. Padankan latar masyarakat yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Novel yang saya pelajari ialah (1) [ Meniti Impian / Mengapai Impian ] karya Osman Ayob. Nilai murni yang diketengahkan dalam novel ini ialah nilai (2) [ kesabaran / kasih sayang ]. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Zahar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ITM kerana tidak berjaya dalam (3) [ peperiksaan SPM / peperiksaan STPM ]. Cita-citanya musnah kerana dia (4) [ demam / batuk ] semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Contoh peristiwa yang kedua ialah peristiwa Zahar melupakan hasratnya untuk ke menara gading dan bekerja di (5) [ bengkel perabot / bengkel motosikal ] Pak Yusuf demi membantu keluarganya yang kurang berkemampuan. Akhir sekali, contoh peristiwa lain yang turut diketengahkan ialah peristiwa Suhaili yang memandang rendah terhadap pelajar (6) [ lepasan IKM / lepasan ITM ]. Namun, perkara tersebut tidak melemahkan semangat Zahar untuk mencapai cita-citanya walaupun katakata Suhaili menguris hatinya. Latar Masyarakat Contoh Peristiwa 1 Masyarakat yang tabah menghadapi ujian (a) Peristiwa Suhaili yang memandang rendah terhadap lepasan IKM. Dia turut menyatakan bahawa IKM melahirkan orang yang gagal dan hanya merempat sahaja. 2 Masyarakat yang memandang rendah terhadap sesuatu perkara (b) Zahar demam semasa peperiksaan SPM berlangsung dan perkara ini telah menyebabkan dia tidak berjaya melanjutkan pelajaran di ITM. Dia bersabar dan menunggu keputusan kemasukan ke IKM. 3 Masyarakat yang gigih berusaha (c) Hanafi menunjukkan disiplinnya yang tinggi semasa sesi suai kenal dan dia tidak segan untuk menegur pelatih-pelatih yang tidak berdisiplin. 4 Masyarakat yang berdisiplin (d) Zahar belajar dengan bersungguh-sungguh di IKM demi mencapai kejayaan. Segala nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum diingati dan diamalkan oleh Zahar sehingga dia berjaya dalam peperiksaan. 3-Mulus KSSM BM Tg2-Novel 4th.indd 49 3/4/2024 8:32:18 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.