PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Mulai Tahun 2021 Bil. Perkara Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan Jawab 1 soalan Bahagian B Empat (4) soalan esei. Pilih dan jawab satu daripada empat soalan Jumlah soalan: 5 soalan Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Morfologi 2 Sintaksis 3 Penyuntingan 4 Bahasa Melayu Standard • menukarkan bahan teks klasik/lama kepada Bahasa Melayu Moden/Standard 5 Peribahasa Bahagian B – Pemahaman Soalan 6 dan 7 berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa (Umum/Drama/Cerpen/Prosa Tradisional/Puisi Tradisional/Sajak) Soalan 8 berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C – Rumusan Soalan 9 menulis rumusan Jumlah soalan: 9 soalan 4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. viii (732516-M) 2023 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu Format.indd 1 6/14/2023 8:16:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Perkara Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur Ujian Mendengar 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Objektif Aneka Pilihan • Objektif Pelbagai Bentuk • Subjektif Respons Terhad 3 Bilangan Soalan Bahagian A – Individu • 1 petikan/bahan rangsangan • Bersoal jawab dengan pentaksir Bahagian B – Kumpulan • 1 tajuk/tema umum disediakan • Perbincangan dalam kumpulan (3 – 5 calon) • 4 – 6 petikan • Instrumen mengandungi 20 – 25 soalan (jawab semua soalan) • Jawapan berdasarkan petikan 4 Jumlah Markah 70 markah 30 markah 5 Tempoh Ujian Individu: 3 – 5 minit Kumpulan: 12 – 15 minit 30 minit © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 ix Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu Format.indd 2 6/14/2023 8:16:16 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT KM1–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 4 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas Model SPM 2 3 4 5 6 7 8 1 SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 jam Dua jam 1103/1 BM KM Set 1.indd 1 6/12/2023 12:56:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–2 SULIT 1103/1 1103/1 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 40 minit] Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca rakyat negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Membaca merupakan jambatan ilmu. Demikian ungkapan yang paling tepat bagi menggambarkan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian kita. Lantaran itu, setiap warganegara Malaysia perlu membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sumber: Majalah Dewan Siswa, Oktober 2020 BM KM Set 1.indd 2 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/1 KM1–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Bahagian B [70 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 20 minit] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Aplikasi telefon bimbit, permainan dalam talian, penggunaan laman sosial, ejen carian di Internet, pengaruh rakan, komik, majalah, filem, waima drama televisyen, semuanya mendedahkan anak kepada unsur pornografi. Adegan berpelukan dan bercium di saluran televisyen mudah mengundang rasa ingin tahu anak. Cabaran-cabaran ini membahayakan perkembangan sahsiah remaja. Dipetik dan diubah suai daripada “Tangani Cabaran Remaja Kini”, MyMetro, 26 Oktober 2018 Industri ternakan, terutamanya ternakan ruminan pada masa ini masih berskala kecil dan berpotensi untuk dikembangkan bagi menjamin bekalan makanan dalam negara serta mengurangkan daging import. Pihak kerajaan telah melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menangani kawalan penyakit haiwan. Bantuan kewangan dan kemudahan turut ditawarkan. Dipetik dan diubah suai daripada www.fama.gov.my Petikan artikel di atas menjelaskan fenomena yang kerap dihadapi oleh remaja disebabkan pengaruh yang pelbagai. Bincangkan cabaran remaja untuk membina sahsiah yang mulia. Petikan di atas menerangkan bahawa industri penternakan berpotensi untuk dikembangkan. Huraikan usaha-usaha yang patut dilaksanakan untuk memajukan sektor penternakan dalam negara. 1 2 BM KM Set 1.indd 3 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–4 SULIT 1103/1 1103/1 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Berdasarkan petikan berita di atas, jelas bahawa amalan kejiranan masih penting walaupun dunia kita berubah disebabkan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat. Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri semangat kejiranan alaf baharu. Berdasarkan petikan akhbar di atas, rakyat diseru agar memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda yang sejati. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu? KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Keprihatinan jiran sebelah rumah berjaya menyelamatkan nyawa lelaki yang tinggal seorang diri dalam rumahnya di Jalan Peria, Seksyen 24, Shah Alam selepas dia ditemui pengsan di bilik air kediamannya hari ini. Difahamkan, kelibat lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai menghidap angin ahmar peringkat permulaan (minor stroke) tidak dilihat jirannya sejak kelmarin sebelum bertindak memaklumkan kepada bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Subhaan Mohamed berkata, pintu rumah mangsa dikunci dari dalam sehingga mengakibatkan pihaknya terpaksa mengumpil tingkap kediaman itu. Dipetik dan diubah suai daripada “Jiran Selamatkan Jiran”, MyMetro, 7 Mac 2019 KUALA LUMPUR – “Rakyat Malaysia perlu mempunyai jati diri dalam memartabatkan bahasa Melayu dan membuktikan bahasa ibunda itu tidak mengekang kemajuan negara,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menegaskan banyak negara sudah mencapai status maju dengan mendaulatkan bahasa sendiri, Perdana Menteri meminta seluruh Keluarga Malaysia, terutama penjawat awam memberikan komitmen untuk melaksanakan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Dipetik dan diubah suai daripada “Rakyat Perlu Ada Jati Diri Martabat Bahasa Melayu – Ismail Sabri”, BHOnline, 22 Mei 2022 3 4 BM KM Set 1.indd 4 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/1 KM1–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas Model SPM 2 3 4 5 6 7 8 1 SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1 —2 jam Dua jam tiga puluh minit 1103/2 BM KM Set 1.indd 5 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–6 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif sifat. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif sifat tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut: Subjek : Predikat : [6 markah] Setiap batu permata adalah unik dan tidak serupa antara satu sama lain. Penilaian menggunakan mata kasar adalah agak sukar kerana batu permata memerlukan peralatan khas untuk membezakan jenis permata yang ada. Secara lazimnya, mutu emas yang bermula daripada 750 dan ke bawah ialah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata kerana ciri-cirinya yang lebih kuat dan kukuh. Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah dilentur tidak disarankan untuk barangan kemas jenis batuan kerana dikhuatiri batu permata akan terkeluar daripada ikatan. Dipetik dan diubah suai daripada “Batu Permata Penambat Hati”, MyMetro, 21 Julai 2022 Kita kerap mendengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi kini ada satu lagi bidang pekerjaan yang mungkin kurang diberikan perhatian, iaitu “kolar baharu”. Kerjaya kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi keadaan kini berubah. Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran mempercayai bahawa bidang kolar baharu ini ialah satu peluang kerjaya yang perlu direbut oleh rakyat Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada “Prospek Cerah Kerjaya ‘Kolar Baharu’ di Malaysia”, BHOnline, 13 Februari 2020 BM KM Set 1.indd 6 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM1–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 3 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. [11 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat yang bergaris. [4 markah] Rukun Negara bertujuan membentuk perpaduan yang kukuh di dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbeza latar belakang dan kepercayaan agama. Prinsip Rukun Negara adalah kunci keharmonian dan perpaduan kaum yang menentukan kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rakyat Malaysia mesti bersatu diri untuk mempertahankan kemerdekaan melalui apa yang digaris dalam Rukun Negara. Prinsip kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan misalnya, amat menekankan pesonaliti dan tingkahlaku setiap rakyat Malaysia. Prinsip kelima ini menekankan peranan setiap rakyat Malaysia yang menguruskan hal masing-masing tanpa melanggar tatasusila. Setiap rakyat tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seorang warga negara yang lain berdasarkan kaum, agama dan asal usul nenek moyangnya. Pelangaran tatasusila dalam kehidupan seharian akan mewujudkan perasaan tidak puas hati yang selama-lama akan berkembang menjadi hasad-dengki. Dipetik dan diubah suai daripada “Menjunjung Rukun Negara, Menjulang Kemerdekaan” oleh Jessica Ong Hai Liaw, Dewan Masyarakat, Ogos 2020 Sook Koon yang tidak suka mendengar nasihat orang telah membawa kesan buruk kepada dirinya apabila tidak menjaga pemakanan dan kebersihan tempat tinggalnya. Dia selalu memberikan pelbagai alasan dalam isu ini. Dia juga menganggap semua rakannya umpama gunting dalam lipatan kerana cemburu dengan kehidupannya yang serba mewah. Kini, Sook Koon terlantar sakit dan tidak dapat bekerja lagi kerana kakinya telah dipotong akibat komplikasi. Sook Koon menyesal dengan sikapnya yang terlalu ambil mudah kerana kerap mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat. Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri. “ Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia BM KM Set 1.indd 7 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–8 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian B: Pemahaman [35 markah] [Masa dicadangkan: 60 minit] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata simptom tekanan. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kesan pengabaian pendidikan kewangan. [3 markah] (iii) Pendidikan kewangan wajarlah dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah rendah agar mereka dibiasakan dengan amalan-amalan pengurusan kewangan yang berkesan. Pada pendapat anda, apakah amalan-amalan pengurusan kewangan yang berkesan bagi seorang murid sekolah rendah? KBAT Mengaplikasi [3 markah] (iv) Rakan anda didapati meminjam wang mencecah ribuan ringgit daripada rakan sekelas yang anda kenali untuk membeli aksesori tambahan permainan dalam talian. Rakan anda didapati menipu rakan sekelas anda dan gagal untuk melunaskan pinjaman yang dilakukan. Sebagai seorang rakan yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang dapat membantu kedua-dua orang rakan anda itu. KBAT Menganalisis [4 markah] Peningkatan kos sara hidup ini secara umumnya boleh memberikan kesan dan cabaran isi rumah dalam tiga aspek yang utama, iaitu kesan psikologi, ekonomi dan sosial. Kesan psikologi merujuk tekanan emosi atau perasaan. Namun cabaran yang paling besar adalah apabila pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan. Ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan mereka berasa tertekan dan mengundang simptom tekanan berkaitan hutang seperti sukar untuk tidur, hilang selera makan, kurang berat badan, sakit kepala, serangan perasaan bimbang, mudah marah dan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan. Hal ini bersangkut paut dengan pendidikan kewangan dan cara-cara menguruskannya. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bnm.gov.my/ Dalam satu kajian yang dijalankan hasil menunjukkan bahawa pengguna Malaysia tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang produk kewangan dan tidak mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan kewangan untuk menjaga kepentingan kewangan mereka. Kekurangan ini sudah tentu akan memberikan kesan terhadap pengurusan kewangan harian individu dan keluarga. Kekurangan ini juga akan mempengaruhi kemampuan menabung untuk jangka panjang seperti membeli rumah, mendapatkan pendidikan tinggi bagi diri atau anak dan juga mempunyai tabungan yang cukup untuk persaraan. Pengurusan kewangan yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada krisis kewangan apabila menghadapi kecemasan seperti isu perubatan, hilang pekerjaan atau kemalangan. Jadi, pendidikan kewangan memberikan manfaat kepada pengguna pada setiap peringkat umur dan tahap pendapatan. Dipetik dan diubah suai daripada www.eraconsumer.org BM KM Set 1.indd 8 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM1–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sajak Kudup Perang Rangkap 3 Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Rangkap 4 Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersirat – nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Rangkap 5 Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Rangkap 6 Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya. Tuah Sujana Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Kepada Wira dan Wirawati Negara Di kala merebaknya COVID-19 Menggemparkan gundah segenap manusiawi Mengganggu gugat rutin dan gerak-geri kita Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan Merubah setiap detak nafas masyarakat Dengarlah kata PM kita Duduklah diam-diam di rumah Usahlah pergi ke mana-mana. Kepada wira dan wirawati negara Terima kasih Terima kasih kerana bertarung dengan virus Corona yang celaka Mengubati setiap nyawa yang tak ternilai harganya Mengekalkan kebahagiaan keluarga Memapankan kesejahteraan Demi rakyat jelata. Kepada wira dan wirawati negara Engkaulah penyambung nafas setiap insan Untuk kekal bernyawa Engkaulah denyut nadi rakyat Malaysia Untuk kekal sejahtera Rahmat bahagia. Kepada wira dan wirawati negara Dikaulah adiwira bangsa Yang berwajah insaniah Semoga keselamatan kalian diberkati Allah S.W.T Semoga kesihatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa. Teo Wei Sing Bahan 2 BM KM Set 1.indd 9 6/12/2023 12:56:11 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–10 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkap keempat. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cabaran-cabaran yang melanda sesebuah negara. [3 markah] (iii) Seorang wira bangsa adalah seperti Hang Tuah yang sentiasa taat akan raja dan tetap membela nasib pemerintah walaupun dirinya pernah ditindas akibat fitnah orang lain. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang wira bangsa? KBAT Menilai [4 markah] (iv) Rakan anda mempunyai impian untuk digelar seorang pempengaruh digital yang mampu mengharumkan nama negara. Namun demikian, dia kekurangan idea untuk membangunkan kandungan digital dalam pelantar media sosial yang benar-benar dapat menonjolkan keunikan Malaysia. Cadangkan kandungan digital yang boleh dibangunkan oleh rakan anda supaya martabat Malaysia dapat diangkat di mata dunia. KBAT Mencipta [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Suasana perkampungan Pasir Panjang lengang seperti baru dilanda geroda. Di pangkalan Pasir Panjang, Adnan bertanggungjawab mengetuai pasukannya menghadapi serangan pihak musuh. Persiapan telah mula dilakukan. Kubu-kubu dibina lengkap dengan senjata. Anggota tentera membuat rondaan kawalan di persekitaran perkampungan dengan dibantu oleh pasukan pengawal yang ditubuhkan penduduk kampung. Pengawal kampung turut dibekalkan senjata api bagi melindungi diri daripada serangan. Dalam masa yang singkat itu, mereka dilatih caracara menggunakan senjata api dan beberapa taktik peperangan untuk memudahkan pergerakan mereka nanti. Adnan tersenyum bangga. Rupa-rupanya, banyak penduduk tempatan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan tanah air. Semangat mereka jelas kelihatan walaupun hanya berbekalkan sebilah parang. Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan persiapan-persiapan yang dilakukan untuk menghadapi serangan musuh. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan sikap terpuji. [6 markah] BM KM Set 1.indd 10 6/12/2023 12:56:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM1–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Bahagian C: Rumusan [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau memainkan peranan penting untuk membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Teknologi hijau mampu meminimumkan degradasi kualiti persekitaran. Pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar digalakkan oleh penggunaan teknologi hijau kerana teknologi ini rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Usaha ini menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Seperti kita semua sedia maklum, pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas. Kenaikan elemen suhu di seluruh dunia ini berkait rapat dengan aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan sistem bumi khususnya sistem atmosfera. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. Strategi mewujudkan persekitaran kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutama untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi Negara” oleh Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah, Berita Harian BM KM Set 1.indd 11 6/12/2023 12:56:12 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM1–12 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahan 2 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT BM KM Set 1.indd 12 6/12/2023 12:56:14 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT KM2–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 4 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas Model SPM SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 jam Dua jam 1103/1 2 3 4 5 6 7 8 1 BM KM Set 2.indd 1 6/12/2023 1:02:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–2 SULIT 1103/1 1103/1 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 40 minit] Petikan dan maklumat di bawah berkaitan dengan penghayatan Rukun Negara. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Remaja hari ini kurang menghayati prinsip Rukun Negara yang mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sebagai garis panduan ke arah keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan dan kestabilan negara Malaysia. Sebenarnya, penghayatan Rukun Negara melahirkan ciri-ciri warganegara yang baik. Sumber: Internet Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan BM KM Set 2.indd 2 6/12/2023 1:02:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/1 KM2–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Bahagian B [70 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 20 minit] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Remaja merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan adalah agak sukar bagi belia untuk mengharungi kesulitan kehidupan masa depan apatah lagi hendak memajukan negara. Seterusnya, remaja mestilah reseptif terhadap tuntutan sains dan teknologi dalam negara. Perkara ini boleh menjejaskan kesinambungan usaha-usaha pembangunan yang hendak dicapai selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju di dalam era Revolusi Industri 4.0 ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Interaksi Generasi Muda Penentu Hala Tuju Negara”, BH Online, 19 Disember 2019 Apa itu kerjaya? Kerjaya ialah kemajuan dan tindakan yang diambil oleh seseorang sepanjang hayat mereka terutama dalam perkara yang berkait dengan pekerjaannya. Kita perlu mendedahkan anak kepada kemungkinan kerjaya dan potensi yang ada di dalam dan luar pengalaman kita sendiri. Anak-anak murid mestilah diasah kemahiran berbahasa dan teknologi maklumat dan komunikasi agar mereka berupaya menempuh arus perkembangan dunia. Sumber: Internet Berikan pendapat anda tentang peranan remaja untuk mengisi keperluan negara. Petikan di atas menyatakan definisi yang berkaitan dengan kerjaya seseorang individu dan trend yang melanda pekerja sekarang. Bincangkan persediaan yang harus dilakukan oleh murid-murid untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang. 1 2 BM KM Set 2.indd 3 6/12/2023 1:02:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–4 SULIT 1103/1 1103/1 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Petikan di atas menjelaskan kepentingan cukai sebagai instrumen ekonomi bagi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana bagi menerangkan kepentingan cukai kepada sesebuah negara. Tajuk rencana tersebut ialah “Pentingnya Cukai kepada Negara”. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Petikan akhbar di atas menyebut bilangan murid yang mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merosot saban tahun. Berikan pandangan anda tentang kepentingan penguasaan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara untuk memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Sumber: Internet “Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merosot saban tahun,” kata Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik. Beliau berkata, walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang itu agak membimbangkan. Pada tahun lalu, katanya, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012. Dipetik dan diubah suai daripada “Jumlah Pelajar Mengambil STEM Kian Merosot”, BH Online, 12 Mac 2019 3 4 BM KM Set 2.indd 4 6/12/2023 1:02:29 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/1 KM2–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas Model SPM SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1 —2 jam Dua jam tiga puluh minit 1103/2 2 3 4 5 6 7 8 1 BM KM Set 2.indd 5 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–6 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan frasa bergaris. [6 markah] Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain, integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja dan semua ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam akan mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam organisasi. Oleh itu, pengamalan dan pemahaman terhadap integriti dan etika amat perlu dilaksanakan. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Budaya Integriti dan Etika Kerja dalam Organisasi di Malaysia”, Megat Ayop Megat Arifin dan Abd. Halim Ahmad Kekurangan ketersambungan digital menjadi penghalang bagi golongan muda memperoleh kemahiran teknologi daripada bidang pendidikan yang diperlukan. Semua pihak berkepentingan, termasuklah kerajaan, ahli akademik, sektor swasta dan masyarakat sivil perlu merangka strategi bagi membantu membangunkan kemahiran digital golongan muda dan menyokong keterangkuman ekonomi, sosial dan digital sepenuhnya untuk semua belia. Teknologi digital boleh meningkatkan pendidikan, mengurangkan pengangguran belia, dan menggalakkan pembangunan sosioekonomi. Dalam hal ini, kerajaan juga harus memberikan tumpuan kepada strategi memperkasakan belia untuk meningkatkan pelibatan mereka dalam komuniti tempatan. Dipetik dan diubah suai daripada “Prospek Cerah Pendidikan Digital, Keperluan Melahirkan Golongan Muda Berkemahiran Tinggi”, Zaili Mohamad, Dewan Masyarakat, 06/2022 3 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 [6 markah] Jika sekiranya ditanyakan cita-cita ketika kecil dulu, kerjaya jurusolek profesional mungkin tidak pernah terlintas oleh siapa pun sebaliknya doktor, guru, jurutera dan arkitek yang menjadi kerjaya impian orang ramai. Sungguhpun begitu, kerjaya sebagai jurusolek juga tidak kurang hebatnya. Merekalah yang menjadi tulang belakang di sebalik sesebuah jenama kosmetik. Mereka juga bertanggungjawab untuk menukar imej dan rupa seseorang yang mendapatkan perkhidmatannya. BM KM Set 2.indd 6 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM2–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT [5 markah] Petikan 2 [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. [6 markah] 5 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa daripada petikan. Kemudian, bina satu ayat bagi setiap peribahasa tersebut dengan menggunakan ayat anda sendiri. [4 markah] Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Sabariah yang selalu melengah-lengahkan masa semasa membuat kerja rumah selalu dinasihati oleh guru-gurunya agar mengubah sikap tersebut kerana bertangguh itu pencuri masa. Pada suatu hari, dia berdepan dengan perkara yang menjadi titik penyesalannya apabila dia gagal menghantar kerja kursus untuk subjek Pendidikan Seni Visual SPM sebelum tarikh tutup penyerahan. Dia menyesal tetapi dia tidak lagi mampu mengubah keputusan SPM yang akan diterimanya, bak kata pepatah sudah terhantuk baru tengadah. Setelah diberikan nasihat oleh ibunya bahawa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, dia bertekad untuk berubah dengan membuang sikap buruknya yang suka melengah-lengahkan masa. Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi hijau lebih mesra alam berbanding kepada teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air, dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Produk itu akan lebih selamat digunakan selain menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik kepada semua hidupan. Seterusnya, teknologi hijau juga menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakan sumber-sumber yang boleh dibarukan. Objektifnya termasuklah mengurangkan nisbah penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. Sumber: Internet Kerjaya ini mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang. Namun demikian, selain daripada bakat seni, mereka juga perlu mendalamkan bidang ini dengan ilmu kerana tugas menyolek perlu mengikut kesesuaian wajah, pesonaliti dan warna serta konsep atau tema sesuatu majlis. Dipetik dan diubah suai daripada “Prospek Besar Kerjaya Jurusolek", MyMetro, Ogos 2017 BM KM Set 2.indd 7 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–8 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian B: Pemahaman [35 markah] [Masa dicadangkan: 60 minit] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 Dunia kini berdepan dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu yang lebih kompleks. Usaha memperkasakan budaya STEM dalam kalangan generasi muda, media dan teknologi mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi kini generasi muda begitu rapat dengan teknologi. Sejarah yang mempengaruhi minda bahawa STEM merupakan pembelajaran yang sukar perlu dikikis bagi mengelakkan mereka daripada terus menjauhi bidang ini. Filem dan dokumentari berkisar tentang STEM khususnya dalam bahasa Melayu perlu ditambah bagi membolehkan semua peringkat generasi muda di pelbagai kedudukan geografi di Malaysia mendapat manfaatnya. Badan korporat dan individu berkepentingan juga boleh memainkan peranan untuk membantu hal ini dengan menjadikan STEM sebagai agenda berdasarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Menerusi kaedah ini, skop akan menjadi lebih tertumpu dan ramai generasi muda dapat dibantu. Berdasarkan buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P), elemen STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sudah termaktub dengan jelas. Kini, pelaksanaan STEM mesti lebih menyeluruh, tersusun dan dicerap hasilnya supaya keberkesanannya dapat dibuat selain tindakan untuk menambah baik yang berterusan. Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan STEM”, MyMetro, 8 Oktober Kerajaan dikebanyakan negara sedang berusaha untuk membangunkan strategi bagi menangani perubahan landskap ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh ekonomi digital. Tidak terkecuali negara Malaysia juga sedang berusaha menambah baik keseluruhan sistem pendidikan negara dengan kemahiran tenaga kerja muda mengikut keperluan semasa pasaran buruh dan ekonomi negara. Antaranya, usaha memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dilakukan bagi menyediakan murid dengan perubahan teknologi, termasuklah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Kerajaan juga bakal memperkenalkan Pelan Pendidikan Digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi bagi membangunkan tenaga muda berkemahiran tinggi dalam aspek digitalisasi. Sejajar dengan itu, kemudahan berkaitan dengan keperluan pendigitalan akan dinaik taraf di seluruh universiti awam tempatan. Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021 – 2025 dan Job Creation Strategic Plan 2021 – 2023 akan melengkapkan usaha negara untuk menyediakan tenaga kerja yang berdaya tahan dan berkemahiran tinggi seperti yang diperlukan oleh industri. Sumber: Internet BM KM Set 2.indd 8 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM2–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pantun Berkait Sayangi Malaysia Pohon kelapa di tepi salat, Tempat tempua membuat sarangnya; Negara Malaysia negara berdaulat, Hendaklah kita mempertahankannya. Tempat tempua membuat sarangnya, Tampak halus tenunannya itu; Hendaklah kita mempertahankannya, Supaya terus sejahtera dan maju. Tampak halus tenunannya itu, Sungguh berseni cantik menawan; Supaya terus sejahtera dan maju, Pastikan diri berilmu pengetahuan. Sungguh berseni cantik menawan, Unggas yang bijak ciptaan Ilahi; Pastikan diri berilmu pengetahuan, Seiring akhlak tinggi terpuji. Unggas yang bijak ciptaan Ilahi, Pandai menenun sarang yang elok; Seiring akhlak tinggi terpuji, Antara kaum perpaduan dipupuk. Pandai menenun sarang yang elok, Supaya selesa serta selamat; Antara kaum perpaduan dipupuk, Aman sentosa menjalin muafakat. Supaya selesa serta selamat, Cantik pula dipandang mata; Aman sentosa menjalin muafakat, Sayangi Malaysia negara tercinta. Mohd Kasim Mahmud (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata dicerap hasilnya. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk berdepan dengan tuntutan dan cabaran yang dibawa oleh ekonomi digital. [3 markah] (iii) Pembelajaran STEM masih kurang diterima secara umum oleh golongan murid di sekolah. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Rakan anda yang ingin mengambil subjek STEM di sekolah telah ditegah sama sekali oleh ibu bapanya untuk berbuat demikian kerana bagi mereka subjek ini tidak menjamin masa depan rakan anda. Sebaliknya, mereka mendesak rakan anda untuk mengambil subjek kemanusiaan yang lebih senang dikuasai. Apakah yang boleh anda lakukan untuk memujuk ibu bapa rakan anda? KBAT Menganalisis [4 markah] BM KM Set 2.indd 9 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–10 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkap keempat. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan usaha-usaha untuk mengekalkan kesejahteraan Malaysia. [3 markah] (iii) Kemerdekaan negara bukanlah bermaksud kita bebas dari segi penjajahan kuasa asing. Pada era pascakemerdekaan ini, kemerdekaan haruslah dinilai dari aspek minda rakyat. Pada pendapat anda, bagaimanakah rakyat mampu mencapai kemerdekaan yang sebenarnya dari aspek minda dan pemikiran? KBAT Menilai [4 markah] (iv) Rakan anda kurang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kerana beranggapan bahawa penggunaan bahasa Melayu tidak membantu dalam kehidupannya. Sebaliknya, dia menganggap penggunaan bahasa Inggeris akan meningkatkan status dirinya dalam masyarakat. Apakah yang akan anda lakukan untuk membetulkan persepsi rakan anda? KBAT Mengaplikasi [4 markah] Warga merdeka jendela kemerdekaan menyambut salam pemandangan jajahan semakin kelam terpancar sinar membawa salam aman kebebasan bebas disulam. 65 tahun melewati zaman ini warga merdeka masih berpijak di bumi ini walau sejuta batu mereka pergi namanya Malaysia tersemat abadi. Warga merdeka bukan namanya merdeka jika hatinya masih dibelenggu rantai nista yang akan melakar kegoyahan tiang negara bukan namanya merdeka jika hatinya masih berongga tanpa ilmu tanpa ilmu izharlah sinar kemunduran kita. Warga merdeka jati dirinya bagai perisai yang melindungi tuannya andai mata pedang dihunus ke arahnya hatinya tidak akan mudah terluka malah sedia mempertahankan watan kelahirannya. Warga merdeka buku ialah teman abadinya ilmu ialah isi hatinya andai dihujahkan perdebatan ke arahnya lidahnya petah berbicara di atas landasan kebenaran. Warga merdeka andai engkau mampu janganlah engkau membisu sebarkanlah kemerdekaanmu agar watan kelahiranmu tetap dipagari dengan kata hikmatmu Merdeka! Merdeka! Merdeka! Azib Hasim Bahan 2 BM KM Set 2.indd 10 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM2–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Akan tetapi, aku faham tentang pemakanan tambahan. Pemuda itu, Danel, telah menyatakan kelebihan vitamin yang menyebabkan air wajah datuk berubah tiba-tiba. Daripada cara pemuda itu berkata-kata, seolah-olah dia mengkritik kaedah penyembuhan tradisional yang diamalkan oleh datuk secara turun-temurun. “Memang kaedah rawatan tradisional bagus, tetapi sudah tiba masanya kita beralih kepada sesuatu yang lebih moden yang menjimatkan masa dan kos. Makanan tambahan pun boleh membantu menyembuhkan penyakit,” kata Danel. Datuk hanya mengangguk mendengar penjelasan pemuda itu. “Ayah saya terikat dengan pantang larang ketika dalam proses rawatan tradisional ini. Hal ini mengganggu saya dan adik-beradik saya yang lain. Dia perlu mencari akar-akar kayu dan daun, kemudian mengisar, menumbuk, merebus dan memotong bahan-bahan itu. Perkara ini membahayakan keselamatan ayah saya. Sedangkan dalam pasaran kini terdapat banyak makanan tambahan yang bukan sekadar melengkapkan sistem diet kita tapi juga mampu merawat penyakit kronik. Saya bukan doktor, bahkan juga bukan pakar macam pak cik tapi saya ingin memudahkan ayah kami.” Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan kelebihan-kelebihan pengambilan makanan tambahan. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang memberikan kesedaran kepada pembaca untuk berbuat baik dalam kehidupan. [6 markah] BM KM Set 2.indd 11 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM2–12 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahagian C: Rumusan [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Generasi pada masa ini berhadapan dengan gelombang teknologi komunikasi dan maklumat yang menguasai segenap aspek kehidupan. Kesannya, ledakan teknologi tanpa sempadan ini cenderung menyebabkan masyarakat menerima dan menyebarkan maklumat yang salah. Penyalahgunaan media sosial yang berlaku secara meluas pada masa ini mencetuskan beberapa kesan yang boleh mengganggu gugat keamanan negara. Antara golongan yang paling banyak menerima tempiasnya ialah golongan remaja. Penyalahgunaan media sosial membawa kesan negatif, misalnya ketidaksahihan maklumat yang disebarkan akan menyebabkan timbul perbahasan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, remaja juga mudah terikut-ikut dengan aksi dan tingkah laku luar biasa yang dipaparkan dalam media sosial, terutamanya menerusi aplikasi TikTok. Permainan dalam talian yang boleh dimuat turun daripada aplikasi yang tersedia dalam telefon pintar juga menyebabkan golongan remaja hanya menfokuskan permainan yang mengasyikkan itu sehingga mengabaikan rutin kehidupan harian yang lebih penting. Sikap gemar meniru amalan dan tingkah laku yang negatif pula menyebabkan terhakisnya nilai murni dalam kehidupan remaja. Misalnya, sifat malu yang menjadi “pakaian” budaya Timur seolah-olah semakin terhakis disebabkan kecenderungan melakukan aktiviti yang tidak berseseuaian dengan budaya masyarakat Timur, yang dilakukan semata-mata untuk mencari keseronokan dan meraih perhatian masyarakat. Sehubungan itu, berita yang tidak benar semakin banyak disebarkan dalam media. Berkaitan dengan hal ini, remaja seharusnya menyelidik terlebih dahulu berita yang diperoleh sebelum menyebarkan berita tersebut kepada orang lain dalam media sosial. Tindakan terburu-buru menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya boleh menghapuskan perasaan hormat-menghormati dan kasih sayang yang sedia ada dalam kalangan remaja. Penyalahgunaan media sosial disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuklah sikap generasi muda yang tidak suka mengambil tahu tentang kedaulatan negara. Keadaan yang negatif ini juga disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan pemahaman generasi muda tentang jati diri. Bahkan, saban hari ada sahaja perkara yang tidak benar dan agak keterlaluan disebarkan dalam media sosial untuk menjatuhkan sesuatu pihak demi kepentingan pihak lain. Sumber: Internet Bahan 2 Faktor Berlakunya Penyalahgunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja Pengaruh rakan sebaya di sekolah sehingga menyebarkan berita plasu Kurangnya campur tangan ibu bapa dalam rutin harian remaja Kurangnya pemantauan dari segi penguat kuasa dalam alam siber BM KM Set 2.indd 12 6/12/2023 1:02:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT KM3–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 4 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas Model SPM SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU Kertas 1 2 jam Dua jam 1103/1 2 3 4 5 6 7 8 1 BM KM Set 3.indd 1 6/12/2023 1:29:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM3–2 SULIT 1103/1 1103/1 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 40 minit] Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki membalas satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Perkara Manfaat Pendidikan Maya Daripada [email protected] Kepada [email protected] Perkara Persediaan Menghadapi Cabaran Pendidikan Maya Apa khabar, sahabatku? Semoga saudari sihat selalu. Sejak negara kita menghadapi pandemik COVID-19, pendidikan maya menjadi salah satu alternatif dalam sistem pendidikan di sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi supaya semua murid dan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Banyak kelebihan pendidikan maya ini, antaranya: (i) Menyampaikan ilmu pengetahuan lebih cepat dan mudah (ii) Boleh menjimatkan kos (iii) Memanfaatkan penggunaan e-buku Saya berharap agar saudari dapat membalas e-mel ini dengan menerangkan fakta-fakta di atas secara lebih jelas. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Shahin Aryan Apa khabar, Shahnaz? Semoga saudara sihat sentiasa di samping keluarga tersayang. Serangan pandemik COVID-19 telah mengubah corak kehidupan manusia, merencatkan pertumbuhan ekonomi dan turut menjejaskan sistem pendidikan. Jika dahulu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan secara konvensional, namun kini sebaliknya yang berlaku apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya. Pada pendapat saudara, apakah cabaran yang bakal dilalui oleh masyarakat dalam pelaksanaan pendidikan secara maya? Oleh hal yang demikian, persediaan-persediaan perlu dilakukan untuk menghadapi cabaran tersebut. Saya berharap agar saudara dapat menjelaskan persoalan yang telah saya nyatakan di atas. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Shazrina Samin E-mel 2 BM KM Set 3.indd 2 6/12/2023 1:29:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/1 KM3–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Bahagian B [70 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 20 minit] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh dieratkan menerusi semangat kejiranan. Sudah sekian lama kerajaan menyeru agar semangat kejiranan diperkukuh terutama di kawasan bandar dengan pelbagai kaedah. Sudah sampai masanya ketua-ketua penduduk di sesuatu kawasan memainkan peranan yang lebih efisien agar matlamat ini tercapai. Sumber: Internet Memang tidak dapat dinafikan, dengan adanya kemewahan serta pengaruh teknologi moden pada masa ini, masyarakat tidak perlu lagi bersusah payah. Tambahan pula, beban kerja yang banyak, masa yang terhad menyebabkan seseorang itu kurang beriadah. Akibatnya, masalah obesiti kini bukan sahaja menjadi masalah kepada golongan dewasa, malahan kepada golongan kanak-kanak. Orang yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam kali lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Masalah kencing manis juga amat berkait rapat dengan obesiti. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, penyakit ini akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata boleh menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki. Menurut pakar, pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan melakukan aktiviti senaman, menukar menu makanan dan memperbaiki tingkah laku terhadap makanan. Oleh itu, saya menyeru anda semua supaya menjaga kesihatan anda sebaik mungkin dari sekarang. Kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Sumber: Ucapan Dr. Maiza Binti Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi Anda mendapati sikap mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan jiran tetangga menjadi masalah besar dalam kalangan penduduk di kawasan kejiranan anda. Oleh itu, anda merasakan bahawa hubungan kejiranan di kawasan tersebut mesti ditingkatkan supaya menjadi lebih baik. Cadangkan langkah-langkah untuk menangani masalah kejiranan di kawasan anda itu. Petikan di atas menyatakan maklumat tentang masalah obesiti. Sahabat pena anda bimbang akan masalah obesiti yang dialaminya. Sebagai sahabat yang prihatin dan peka berkenaan isu ini, cadangkan kepada sahabat pena anda tentang langkah-langkah menangani masalah obesiti. Tulis surat anda selengkapnya. 1 2 BM KM Set 3.indd 3 6/12/2023 1:29:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM3–4 SULIT 1103/1 1103/1 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan usaha-usaha untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian. Petikan di atas menunjukkan bahawa golongan murid berkeperluan khas perlu dibantu agar mereka mendapat pendidikan yang setanding dengan murid normal. Golongan ini banyak memberi sumbangan kepada negara. Nyatakan peranan semua pihak dalam usaha membantu golongan murid berkeperluan khas. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, golongan petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan yang kaya-raya. Situasi ini mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita mempunyai tanah yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah sumber perniagaan yang sedia ada. Strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu ‘Pertanian adalah Perniagaan’ sudah pasti dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-sama mencari jalan untuk memperhebat bidang pertanian dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan kita. Sumber: Internet Pendidikan Khas ialah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturanperaturan Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integriti pula adalah untuk murid yang bermasalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan pendengaran. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pengajaran”, https://fatennazrenmanaf.wordpress.com 3 4 BM KM Set 3.indd 4 6/12/2023 1:29:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/1 KM3–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang berasingan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas Model SPM SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU Kertas 2 2 1 —2 jam Dua jam tiga puluh minit 1103/2 2 3 4 5 6 7 8 1 BM KM Set 3.indd 5 6/12/2023 1:29:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM3–6 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata majmuk mantap dan dua kata ganda. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk mantap dan kata ganda tersebut untuk menunjukkkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah susunan dan maksud asalnya. [6 markah] Untuk merealisasikan pembelajaran abad ke-21, guru perlulah lebih kreatif dalam konteks merancang Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) demi kemenjadian murid. Pelbagai kaedah dan strategi PdPc boleh diimplementasikan bagi membolehkan murid berkolaboratif serta menjadi aktif di dalam kelas. Dalam konteks masyarakat Malaysia, konsep kerjasama telah lama diamalkan. Masyarakat Melayu dahulu memang sering melakukan pelbagai pekerjaan secara bersama-sama dan sikap tolongmenolong sentiasa diutamakan dalam kehidupan. Konsep gotong-royong ini telah digunakan dalam sistem pendidikan masyarakat Melayu pada masa lampau. Jelasnya, murid sebenarnya sentiasa diasuh untuk bekerjasama agar dapat melahirkan warganegara yang memiliki jati diri yang utuh. Sumber: Internet Patriotisme dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan untuk negara. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai untuk melahirkan remaja berwawasan. Semangat itu tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara secara jelas malah perlu sentiasa dipelajari dari semasa ke semasa. Dipetik dan diubah suai daripada “Memupuk Semangat Patriotisme melalui Sejarah” oleh Azam Rahman, Dewan Siswa 3 Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Petikan 1 [6 markah] Sukan air juga mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri. Oleh sebab kebanyakkan sukan air ini melibatkan kemahiran menggunakan peralatan, peserta mestilah mematuhi perintah yang diberikan. Aspek keselamatan perlulah diutamakan. Bagi sukan air secara berkumpulan, berada pada dasar laut dalam aktiviti selam scuba misalnya, sudah pasti akan memupuk sikap saling percaya-mempercayai, persefahaman dan perpaduan yang erat. Banyak lagi nilai murni yang lain dapat diterapkan antaranya termasuklah keberanian, yakin diri dan menghargai masa. Pendedahan yang berterusan kepada sukan air ini berupaya bagi untuk meningkatkan kualiti dalam hidupan. BM KM Set 3.indd 6 6/12/2023 1:29:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM3–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Petikan 2 [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. [4 markah] Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tuan Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Naim tidak suka membersihkan bilir air yang banyak kotoran degil. Tiba-tiba, dia teringat akan rahsia yang pernah Tuk Nan berikan kepadanya. Dia pun pergi ke dapur mengisi botol penyembur dengan separuh air dan separuh cuka. Dia kembali ke bilik air dan menyemburkan campuran tersebut pada permukaan cermin. Selepas itu, dia mengelap permukaan cermin itu dengan kertas suratkhabar. Naim tersenyum puas di hadapan cermin yang telah bersih dan bersinar. Namun demikian, dia termenung apabila melihat jubin dan sinki yang kotor. “Apakah yang ditermenungkan itu, Naim?” suara Tuk Nan tiba-tiba menyedarkan Naim dari lamunan. “Eh, Tuk Nan! Tuk sampai bila? Terkejut Naim,” kata Naim sambil bersalam dengan Tuk Nan. Faris : Jom kita siapkan kertas kerja cadangan kepada Cikgu Shahizan tentang hasrat kita untuk menternak arnab di sekolah. Cepatlah, jangan bertangguh. Luqman : Betul tu, Faris. Usaha ini pasti akan menarik perhatian murid-murid lain untuk datang berkunjung sebagai terapi untuk mereka setelah penat belajar. Satu lagi arnab ni cepat membiak dan boleh dijual. Bolehlah kita bersama-sama menikmati hasil usaha kita. Ehsan : Mari kita siapkan kertas kerja ini, harap-harap ada rezeki kumpulan kita untuk dapatkan peruntukan yang hendak diberikan oleh pihak sekolah itu. BM KM Set 3.indd 7 6/12/2023 1:29:44 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM3–8 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahagian B: Pemahaman [35 markah] [Masa dicadangkan: 60 minit] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bahan 2 Apabila masyarakat bersuara tentang operasi persekolahan, tergambar dalam pemikiran kehadiran murid di sekolah dengan guru mengajar di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) mesti berlaku dan perlunya ada latihan untuk memastikan penyampaian serta peningkatan ilmu, selain perlu ada suatu pentaksiran untuk mengukur pencapaian murid. Hal ini sinonim dengan sistem pendidikan negara kita. Realitinya, kebolehan dan keupayaan murid ada pelbagai bentuk dan tahap. Ada yang perlu belajar secara formal, manakala sesetengahnya pula memperoleh ilmu pengetahuan melalui pengalaman sebenar. Adakah benar anak tidak akan berjaya jika sekolah tidak beroperasi – dalam erti kata lain, sistem persekolahan secara bersemuka seperti biasa? Adakah generasi kita akan gagal memimpin negara pada masa depan jika sistem persekolahan tidak berjalan seperti biasa? Persoalannya, adakah ibu bapa bersedia menghadapi kebarangkalian anak dijangkiti COVID-19? Persoalan ini perlu ditangani dengan bijaksana dan penuh tertib. Sebaliknya, jika ibu bapa mampu mendidik anak mereka dengan menyediakan prasarana bersesuaian, pembelajaran secara dalam talian atau penggunaan modul berserta pembelajaran hibrid akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Tuntasnya, ibu bapa perlu bersinergi dengan pihak sekolah dan guru khasnya dalam meredah ranjau pandemik yang membawa pelbagai kelaziman baharu. Kejayaan atau kegagalan anak didik sebenarnya penentu masa depan negara. Dipetik dan diubah suai daripada “Mendidik Anak Bukan Hanya di Bilik Darjah” oleh Prof Dr. Abdul Rasid Jamian, [email protected], 18 Januari, 2021 Dipetik dan diubah suai daripada www.ums.edu.my BM KM Set 3.indd 8 6/12/2023 1:29:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM3–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata meredah ranjau. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menghadapi pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. [3 markah] (iii) Sesi pembelajaran norma baharu mementingkan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada pendapat anda, apakah kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap masa hadapan murid-murid? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Rakan baik anda menghadapi kesukaran untuk menyertai pembelajaran dari rumah. Sebagai rakan yang bertanggungjawab, apakah yang akan anda lakukan supaya rakan anda dapat menyertai kelas secara dalam talian bersama-sama dengan rakan yang lain? KBAT Mengaplikasi [4 markah] Gelanggang Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Onn Malini Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia. BM KM Set 3.indd 9 6/12/2023 1:29:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM3–10 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT Bahan 2 Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabul, Mel.” Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segalagalanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri. Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata menangkis tohmahan. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara nenek moyang kita dahulu mempertahankan kedaulatan negara. [3 markah] (iii) Sebagai pewaris bangsa dan kepimpinan negara pada masa akan datang, semangat cinta akan negara amat penting dipupuk dalam diri generasi muda kini. Apakah kaedah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja kini? KBAT Menganalisis [4 markah] (iv) Semangat patriotik dalam kalangan rakyat amat penting untuk pembangunan negara. Pada pendapat anda, mengapakah nilai ini perlu ditanam dalam diri rakyat dan pemimpin di negara kita? KBAT Menilai [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dr. Maxi faham tujuan amanah itu ditulis sedemikian. Karl sudah menyediakan Farisha sebagai wakilnya. Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl bagi membolehkan dia menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha boleh melaksanakan setiap tugasan yang diarah oleh Karl. Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan dan seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Mikrocip itu merupakan hasil daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan kelebihan-kelebihan mikrocip. [4 markah] BM KM Set 3.indd 10 6/12/2023 1:29:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SULIT 1103/2 KM3–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 SULIT Bahagian C: Rumusan [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Kemerdekaan membawa konotasi kebebasan daripada belenggu penjajahan. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. Sebagai rakyat, kita seharusnya berbangga dan bersyukur kerana hidup di bumi bertuah Malaysia. Rakyat yang tidak memiliki semangat patriotik akan menyebabkan negara kucar-kacir dan kedaulatannya akan terjejas. Semangat patriotik dan cinta akan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri setiap individu. Semangat ini perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi agar jiwa mereka sayang akan negara. Sebagai rakyat yang setia, rakyat perlu menghayati Rukun Negara yang merupakan asas pembentukan negara yang aman dan sejahtera. Sewaktu melafazkan ikrar Rukun Negara, kita harus sentiasa bermuhasabah dan mengingatkan diri sendiri supaya mematuhi kelima-lima prinsip yang terkandung dalamnya. Misalnya, prinsip ‘kedaulatan undang-undang’ yang mendorong kita agar menghormati undang-undang dan tidak melakukan kesalahaan yang bertentangan dengan undang-undang. Jika kita melanggar undang-undang, kita akan menjadi rakyat yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan huru-hara dalam negara. Menurut mantan ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, institusi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Sebagai contoh, dengan mewajibkan mempelajari mata pelajaran Sejarah, murid dapat mengenali sejarah pengorbanan para pejuang tanah air demi mempertahankan negara. Selain mata pelajaran Sejarah, subjek Pendidikan Moral amat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada generasi muda. Penglibatan murid dalam sambutan Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada setiap tahun juga dapat mengukuhkan jati diri dan memupuk semangat patriotik. Melalui penglibatan tersebut, murid berpeluang untuk menyertai pelbagai acara yang bertemakan kemerdekaan. Remaja merupakan harapan negara. Jika generasi kita gagal mencintai negara, maka kelak akan hilanglah warisan martabat negara bangsa. Kejayaan material semata-mata tidak boleh mempertahankan negara, malah boleh menjadi penyebab kepada runtuhnya tamadun sesebuah bangsa. Dipetik dan diubah suai daripada “Memupuk Semangat Patriotik dalam Diri” oleh Juliana Poi, Dewan Siswa bil. 10/2021 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca. [6 markah] BM KM Set 3.indd 11 6/12/2023 1:29:47 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
KM3–12 SULIT 1103/2 1103/2 Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 2 Bahan 3 Pantun Merdeka Nama Malaysia sangat terbilang, Melahirkan ramai tokoh dan wira; Ayuh kibarkan jalur gemilang, Tanda cinta pada negara. Anggun molek permata tiara, Cantik dipakai Puteri Wangsa; Hayati semangat pejuang negara, Tak gentar berjuang pertahankan nusa. Burung camar di sawah padi, Luka berdarah diikat tali; Jika patriotisme kurang dihayati, Mungkin sejarah berulang kembali. BM KM Set 3.indd 12 6/12/2023 1:29:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 • Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan J1• Kertas Model 1 Kertas 1 Bahagian A – Kepentingan dan langkah menggalakkan amalan membaca kepada rakyat Pendahuluan Membaca ialah aktiviti yang mendatangkan pelbagai berfaedah kepada kita – namun begitu, amalan membaca dalam kalangan masyarakat kita masih rendah – masih ramai yang tidak mengetahui tentang kepentingan amalan membaca – langkah-langkah untuk menggalakkan amalan membaca perlu diambil – membaca jambatan ilmu Cadangan isi Kepentingan Isi 1 Memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan – mendapat maklumat dan informasi daripada pelbagai bidang – sumber ilmu dapat diterokai dengan lebih mendalam dan lebih luas – mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara – ilmu pelita hidup – membantu masyarakat membuka minda – tidak seperti katak di bawah tempurung Isi 2 Mengisi masa lapang – membaca ialah amalan terbaik untuk mengisi masa lapang – masa itu emas – pelbagai bahan bacaan seperti majalah, surat khabar, buku cerita, novel – mengelakkan kita lalai dengan perkaraperkara yang tidak berfaedah – ulat buku – melahirkan modal insan yang berguna Langkah-langkah Isi 3 Lawatan ke pesta buku – membantu memupuk amalan membaca – pesta buku diadakan secara meriah – pelbagai aktiviti yang menarik disediakan untuk pengunjung – pelbagai jenis bahan bacaan dipamerkan – penerbit buku menawarkan potongan harga yang menarik – dapat memilih dan membeli bahan bacaan yang digemari dengan harga yang berpatutan – minat membaca semakin bertambah – ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku – didedahkan dengan amalan membaca sejak kecil – melentur buluh biarlah waktu rebungnya Penutup Semua pihak haruslah menggalakkan amalan membaca agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu – bangsa membaca bangsa berjaya Bahagian B 1 Cabaran remaja untuk membina sahsiah yang mulia Pendahuluan Remaja mengalami kelunturan sahsiah – melagukan kerapuhan budi baik remaja – melayari bahtera pemerintahan negara – terjebak dalam gejala sosial – meruncing – lumba haram, vandalisme, ponteng sekolah, buli – remaja merupakan pewaris negara dan bangsa – mampu membangunkan negara – perlu memiliki sahsiah yang mulia – cabaran untuk membina sahsiah yang mulia – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Cadangan isi Isi 1 Penularan hedonisme – budaya ini telah menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat terutamanya remaja – remaja terlalu ghairah mengejar arus pemodenan – memenuhi kepuasan nafsu semata-mata – mementingkan keseronokan dan kenikmatan – tiada batasan dan pegangan hidup – lupa akan nikmat hidup yang sebenar – jasa dan nilai – mencapai kebebasan mutlak – melakukan aktiviti mengikut hawa nafsu – contohnya, masalah pembuangan bayi, keguguran dan kes rogol – kesannya, remaja gagal menjadi sandaran negara Isi 2 Media sosial – pada zaman yang berpaksikan kemajuan teknologi maklumat – ketagihan media sosial – televisyen, Internet, komputer, telefon pintar, permainan video – menyalahgunakan media sosial – kesan negatif – kes buli siber – menonton pornografi – sanggup menggadaikan maruah diri – gemar menonton video berbentuk hiburan – mengindoktrinasikan unsur subversif, tindakan-tindakan impulsif dan nilai-nilai agresif – remaja bagai kerbau yang dicucuk hidung – terikutikut dengan unsur-unsur negatif – sahsiah diri yang rapuh terbina Isi 3 Kurangnya didikan agama – didikan agama dan moral tidak diterapkan dalam diri remaja – tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk – melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang – tidak takut akan dosa dan pembalasan atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan – kes pembuangan bayi dan kes rogol – semakin menjadi-jadi Isi 4 Kurangnya perhatian ibu bapa – sibuk dengan kerjaya masing-masing – anak-anak dibiarkan tanpa didikan yang betul – terabai tanpa perhatian dan kasih sayang yang secukupnya – sekadar memberikan wang saku – kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan – anak-anak berasa bosan – melakukan sesuatu perkara untuk menghilangkan kebosanan – menggadaikan harga diri – sahsiah diri yang rapuh terbina Penutup Semua institusi keluarga mestilah menguatkan azam dan membulatkan tekad dalam usaha memastikan remaja menggunakan media sosial ke arah yang lebih positif – sahsiah remaja mestilah diterapkan dengan nilai-nilai murni – kegemilangan bangsa dan negara 2 Usaha-usaha yang patut dilaksanakan untuk memajukan sektor penternakan dalam negara Pendahuluan Sektor pertanian dan penternakan dianggarkan berkembang sebanyak 3.8 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) – menyumbang tujuh peratus kepada keluaran negara dalam kasar (KDNK) pada tahun 2025 – sangat penting Jawapan BM Jawapan.indd 1 6/14/2023 8:21:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J2• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan untuk meningkatkan pendapatan negara khasnya bagi golongan petani – membekalkan makanan kepada negara – mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import – memajukan industri penternakan Cadangan isi Isi 1 Menambah baik kemudahan dan prasarana penternakan – kemudahan dan prasarana moden – pembukaan tanah-tanah baharu – kelapa sawit amat sesuai dengan penternakan ruminan seperti lembu, kambing dan biri-biri, manakala perladangan getah untuk penternakan biri-biri – persekitaran ternakan lebih sihat – sistem penternakan moden – kebersihan terjaga – penggunaan teknologi moden seperti penggunaan pendingin hawa – meningkatkan hasil – memendekkan tempoh penternakan – mematuhi amalan penternakan baik – pulangan dalam tempoh yang lebih singkat Isi 2 Merancakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) – mengenal pasti baka ternakan yang lebih baik dan berpotensi untuk dimajukan – memilih makanan ternakan yang lebih bermutu dan berkualiti – menentukan kawalan penyakit – menyediakan proses penyembelihan dan pemprosesan yang lebih efektif – meningkatkan kualiti ternakan – mengenal pasti masalah penyakit berjangkit dalam kalangan haiwan ternakan – dapat dikawal dan diatasi dari awal – sediakan payung sebelum hujan – mengurangkan kerugian para penternak – meningkatkan keuntungan Isi 3 Menawarkan bantuan kewangan kepada para penternak – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) – melancarkan Program Agropreneur Muda – memperoleh modal untuk mengembangkan projek penternakan – membuka kandang – membeli makanan ternakan yang berkhasiat – membeli baka ternakan yang berkualiti Isi 4 Menyediakan kursus, latihan dan bimbingan – peranan agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar ialah meningkatkan peluang dalam sektor penternakan dengan merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan industri penternakan serta makanan bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing – kerjasama MARDI atau MAFI – merancang dan melaksanakan kursus, latihan dan bengkel – mengajar dan mendedahkan – sistem pengaliran – racun serangga yang mesra alam – jentera penuai kawalan jauh – menjana pulangan lumayan Penutup Sektor penternakan negara dapat dimajukan – terjalinnya kerjasama yang erat bagai isi dengan kuku – pihak kerajaan, para penternak dan badan penyelidikan yang berkaitan – penjana pendapat lumayan dalam negara – tidak wajar dipandang remeh – kerjasama erat daripada pihak berkuasa dan para penternak – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pengeluar daging terbesar di dunia 3 Ciri-ciri semangat kejiranan alaf baharu Pendahuluan Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita – hubungan erat antara jiran – melahirkan masyarakat yang berkualiti – seribu satu faedah semangat kejiranan – usaha perlu dirangka – semangat kejiranan – maslahat – mengabadikan keharmonian negara – semangat kejiranan alaf baharu – fahami – sebelum sebarang usaha dirangka Cadangan isi Isi 1 Jiran tetangga yang bersikap prihatin, bertimbang rasa dan bertolak ansur – jika berbanding dengan generasi Baby Boomer – jiran kini mempunyai sikap lebih terbuka dan mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menerima budaya kaum lain – taraf kehidupan yang terus meningkat – penerimaan tahap pendidikan yang lebih tinggi dalam golongan milenium – memahami adat resam, mengenali asal usul serta mengetahui isu-isu sensitif yang harus dielakkan – bagai aur dengan tebing Isi 2 Jiran tetangga yang kurang bersua muka antara satu sama lain – banyak meluangkan masa mereka terhadap penggunaan peralatan elektronik – jadi, kaedah komunikasi akan mengalami satu transformasi yang baharu – menggunakan platform digital melalui mesej dalam talian – perbualan dan perkongsian maklumat harian menggunakan WhatsApp, Telegram – dieratkan lagi dengan sokongan dan bantuan media sosial dan media massa – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Isi 3 Jiran tetangga yang kurang bergosip – tidak bercakap tentang isu-isu yang tidak sepatutnya – golongan dewasa kini akan mempunyai kemahiran untuk menyaring maklumat yang didapati dari masa ke masa – berkongsi berita yang sahih sahaja – berwaspada – disebut dalam pertuturan harian – diterapkan pengajaran tentang kesan jika penyebaran khabar angin tidak dikawal dalam kalangan penduduk – masyarakat hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni Isi 4 Jiran tetangga yang mengadakan aktiviti secara terancang – masyarakat kini menghadapi kekangan masa – terikat dengan waktu bekerja dan sibuk dengan urusan masing-masing – menubuhkan rukun tetangga – mengatur dan melaksanakan aktiviti dalam kejiranan – memupuk permuafakatan – kebaikan bersama – menderma darah, senaman bersama-sama, gotong-royong, hari keluarga, hari sukaneka – memanfaatkan waktu lapang bersama-sama – mewujudkan komuniti yang bersih dan sihat – bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat Penutup Semangat kejiranan diumpamakan simfoni merdu – menjamin keharmonian kehidupan – merealisasikan Malaysia Madani – dalam kalangan rakyat di negara kita – sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji BM Jawapan.indd 2 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J3• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan 4 Usaha-usaha yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu Pendahuluan Bahasa Melayu masih tidak berubah – pernah menjadi bahasa sarwajagat terhebat di Nusantara – berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan – menjadikannya lebih relevan mengikut roda pembangunan yang dilanda arus pembangunan ini – perlu dimartabatkan – supaya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia Cadangan isi Isi 1 Peranan ibu bapa – mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak – bertutur dalam bahasa Melayu – melazimkan mereka dengan bahan bacaan bahasa Melayu – melentur buluh biarlah waktu rebungnya – haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita – sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15 – berbangga menggunakan bahasa Melayu Isi 2 Peranan media massa – penggunaan bahasa Melayu dalam segala bentuk rancangan yang disiarkan perlulah diperhebat – mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam penyiaran dan pengiklanan – slogan-slogan ataupun mesej dalam bahasa Inggeris telah menguasai skrin televisyen dan komputer kita – contohnya, syarikat Hyundai yang menguar-uarkan slogan, “New Thinking, New Possibilities” dan Syarikat Honda yang melontarkan slogan, “The Power of Dreams” – menayangkan iklan ataupun rancangan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan – mempengaruhi corak pemikiran dan tingkah laku agar berbangga menggunakan bahasa Melayu Isi 3 Memperkasakan akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – mewajibkan penggunaan bahasa Melayu untuk semua urusan rasmi negara – contohnya, segala surat-menyurat ditulis dalam bahasa Melayu – Dewan Bahasa dan Pustaka – memantau, membimbing dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan – melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat orang ramai menggunakan bahasa Melayu – dalam urusan harian – yakin akan bahasa sendiri Isi 4 Peranan institusi pendidikan – mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu – melatih peserta menggunakan bahasa Melayu dengan betul – mendeklamasikan sajak, pidato – menyemarakkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan – melalui pendidikan – senjata dominan – mengubah stigma anak-anak murid – menghayati dan menyanjungi keindahan bahasa – kerap mengamalkan – kehidupan rutin – berasa bangga – melazimkan penggunaan – pelajar di institut pengajian tinggi menjadi duta bahasa Melayu – mendedahkan bahasa Melayu kepada pelajar dari luar negara – mengangkat martabat bahasa Melayu – dalam dan luar negara Penutup Semua pihak perlu bekerjasama – bagaikan aur dengan tebing – dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum – jika perkara ini tidak diberikan penekanan, tidak mustahil suatu masa nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan – marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya – keindahan bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Kata adjektif sifat: (i) unik (ii) sukar (iii) kuat (iv) kukuh (v) lembut (vi) mudah (Pilih mana-mana empat) Bina ayat: (i) Seni bina istana lama yang unik itu menjadi tarikan pelancong untuk bergambar. (ii) Hujan lebat itu membuatkan kerja-kerja menyelamatkan mangsa kemalangan menjadi sukar. (iii) Pak Hassan masih kuat melakukan kerja-kerja di sawah walaupun usianya hampir 80 tahun. (iv) Tembok yang dibina pada zaman penjajahan dahulu masih kukuh sehingga kini. 2 (i) Kita kerap mendengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi kini ada satu lagi bidang pekerjaan yang mungkin kurang diberikan perhatian, iaitu “kolar baharu”. Subjek: Kita Predikat: kerap mendengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi kini ada satu lagi bidang pekerjaan yang mungkin kurang diberikan perhatian, iaitu “kolar baharu”. (ii) Kerjaya kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi keadaan kini berubah. Subjek: Kerjaya kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut Predikat: mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi keadaan kini berubah. (iii) Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. Subjek: Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu Predikat: mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. (iv) Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran mempercayai bahawa bidang kolar baharu ini ialah satu peluang kerjaya yang perlu direbut oleh rakyat Malaysia. Subjek: Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran Predikat: mempercayai bahawa bidang kolar baharu ini ialah satu peluang kerjaya yang perlu direbut oleh rakyat Malaysia. (Pilih mana-mana tiga) BM Jawapan.indd 3 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J4• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan 3 (i) di dalam kalangan – dalam kalangan (ii) adalah – ialah (iii) bersatu diri – bersatu padu (iv) apa – apa-apa (v) digaris – digariskan (vi) pesonaliti – personaliti (vii) tingkahlaku – tingkah laku (viii) warga negara – warganegara (ix) Pelangaran – Pelanggaran (x) selama-lama – lama-kelamaan (xi) hasad-dengki – hasad dengki 4 Sultan Muzaffar Syah sangat bersetuju dengan katakata Tun Perak. Dalam hati baginda berkata, "Tun Perak sebenarnya tidak layak jadi bentara lagi, tetapi lebih layak menjadi Perdana Menteri." Baginda kemudiannya menggelarkan Tun Perak sebagai Paduka Raja, diminta duduk di seri balai bersama dengan Seri Nara Diraja. Paduka Raja pun naik duduk bersebelahan dengan Seri Nara Diraja di seri balai, Seri Nara Diraja bergerak ke tengah. Seri Nara Diraja kemudiannya berpindah ke sebelah kanan, supaya Paduka Raja dapat duduk di tempat bendahara. 5 (i) Dia selalu memberikan pelbagai alasan dalam isu ini. Peribahasa: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (ii) Sook Koon menyesal dengan sikapnya yang terlalu ambil mudah kerana kerap mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat. Peribahasa: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya/Sudah terhantuk baru tengadah 6 (i) Maksud rangkai kata simptom tekanan ialah tanda stres. (ii) Persamaan kesan pengabaikan pendidikan kewangan: • pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan • memberikan kesan terhadap pengurusan kewangan harian individu dan keluarga • mempengaruhi kemampuan untuk membuat tabungan untuk matlamat jangka panjang seperti membeli rumah, mendapatkan pendidikan tinggi bagi diri atau anak dan juga mempunyai tabungan yang cukup untuk persaraan Perbezaan kesan pengabaian pendidikan kewangan: • Bahan 1 – ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan mereka berasa tertekan dan mengundang kepada simptom tekanan berkaitan hutang, seperti sukar untuk tidur, hilang selera makan, kurang berat badan, sakit kepala, serangan perasaan bimbang, mudah marah dan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan • Bahan 2 – menyebabkan pengguna terdedah kepada krisis kewangan apabila menghadapi kecemasan seperti isu perubatan, hilang pekerjaan atau kemalangan (iii) Amalan pengurusan kewangan berkesan bagi murid sekolah rendah: • merancang perbelanjaan secara harian • mencatat perbelanjaan harian • menyimpan/menabung baki wang saku harian • mengira jumlah tabungan secara bulanan • menjelaskan perbelanjaan yang dilakukan kepada ibu bapa secara mingguan (iv) Langkah-langkah untuk membantu kedua-dua orang rakan: • mendapatkan bantuan guru disiplin/guru tingkatan untuk mendapatkan gambaran keadaan sebenar • membantu untuk menyenaraikan jumlah hutang yang dilakukan oleh rakan agar ibu bapa mereka boleh mengetahui keadaan sebenar • menyediakan rancangan pembayaran balik hutang secara ansuran selepas siasatan 7 (i) Maksud rangkap keempat ialah penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun begitu, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar. (ii) Cabaran yang melanda negara: Bahan 1 • pendustaan atau pembohongan • kesengsaraan yang berlaku di kota • pengkhianatan oleh pembesar • peperangan akibat muslihat sesetengah pihak • penyebaran khabar angin yang tidak benar Bahan 2 • ledakan COVID-19 • pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (iii) Ciri-ciri wira bangsa: • berani mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan bangsa • taat akan pemerintah negara • patuh akan segala dasar dan negara • adil dan saksama terhadap setiap anak bangsa • prihatin akan keperluan dan kehendak bangsa (iv) Cadangan kandungan digital yang dapat mengangkat martabat Malaysia: • sejarah nasionalis bangsa • pencapaian atlet sukan negara • tapak sejarah warisan bangsa • budaya dan tradisi setiap kaum dalam negara • makanan terkenal negara 8 (i) Persiapan-persiapan yang dilakukan untuk menghadapi serangan musuh: • kubu-kubu dibina lengkap dengan senjata • anggota tentera membuat rondaan kawalan di persekitaran perkampungan dengan dibantu oleh pasukan pengawal yang ditubuhkan penduduk kampung • pengawal kampung turut dibekalkan senjata api bagi melindungi diri daripada serangan • dalam masa yang singkat itu, mereka dilatih cara-cara menggunakan senjata api dan beberapa taktik peperangan untuk memudahkan pergerakan mereka nanti (ii) Peristiwa yang menunjukkan sikap terpuji : Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Peristiwa yang menunjukkan sikap patriotik BM Jawapan.indd 4 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J5• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan Leftenan Adnan bersikap patriotik apabila memimpin pasukannya untuk mempertahankan kubu di Bukit Candu. Walaupun ketika itu ramai askar Melayu di bawah pimpinan beliau terkorban serta kehabisan peluru, Leftenan Adnan tetap meniupkan api semangat kepada pasukannya agar terus berjuang menentang Jepun. • Peristiwa yang menunjukkan sikap gigih Adnan gigih menjalani latihan ketenteraan sehingga mendapat pangkat leftenan. Beliau gigih menjalani latihan ketenteraan yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port Dickson. Beliau turut mempelajari ilmu agama dan undang-undang di kem tersebut. Novel Di Sebalik Dinara • Peristiwa yang menunjukkan sikap gigih Farisha gigih memajukan syarikat perunding keselamatan sistem komputer, iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya bersama-sama dengan Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu. • Peristiwa yang menunjukkan sikap tabah Marilyn/Medina tabah apabila dipisahkan daripada anaknya, Farisha kira-kira 26 tahun yang lalu. Oleh sebab terlalu rindu akan anaknya, Marilyn telah mengarahkan Farid dan Amin untuk menculik Farisha. Hal ini berlaku demikian kerana Marilyn tidak sanggup melihat Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji dengan menanam pelbagai implan ke dalam tubuh Farisha. Novel Jendela Menghadap Jalan • Peristiwa yang menunjukkan sikap berani Danel berani bertindak apabila pergi ke rumah usang tempat Lili dikurung oleh Rafiq dan Haziq pada waktu malam sendirian. Danel tidak membenarkan orang ramai mencari Lili kerana dia tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. • Peristiwa yang menunjukkan sikap taat akan ibu bapa Lili mentaati keputusan ibu yang memujuknya agar pulang ke kampung datuk dan neneknya semasa cuti persekolahan. Walaupun agak keberatan, namun Lili akur dengan kehendak ibunya itu. Novel Pantai Kasih • Peristiwa yang menunjukkan sikap berani Muhammad Taufik berani membuat keputusan apabila dia bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato’ Johann Arlington-Majid. • Peristiwa yang menunjukkan sikap baik hati Doktor Raiha baik hati apabila dia pernah menumpangkan Felicia balik ke rumahnya di Inanam dengan keretanya sebelum Felicia memiliki kereta sendiri. Doktor Raiha juga baik hati apabila sanggup menerima tugas bagi menjalankan pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron kerana dia begitu simpati dengan nasib pesakit tersebut. Novel Songket Berbenang Emas • Peristiwa yang menunjukkan sikap berani Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya. • Peristiwa yang menunjukkan sikap tabah Embong tabah menghadapi cabaran hidup kerana kemiskinan dan masalah penjagaan anak-anaknya yang masih kecil selepas Saleha jatuh sakit. Embong juga tabah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah anak lelaki tunggalnya, Abu Bakar yang menjadi gelandangan dan enggan membantunya untuk memikul bebanan keluarga. Novel Tirani • Peristiwa yang menunjukkan sikap berani Waheeda berani menghadapi tuduhan negatif suaminya kerana dia tidak bersalah. Waheeda menjelaskan kepada Dr. Qamariah bahawa dia tidak takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh Zahid terhadapnya. • Peristiwa yang menunjukkan sikap rajin Waheeda rajin menelaah pelajaran sehingga dia memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan dan pelancongan. Novel Silir Daksina • Peristiwa yang menunjukkan sikap gigih Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikut langkah kaki dan lenggok badan Pak Cik Bakar. • Peristiwa yang menunjukkan sikap kasih sayang Abdullah bin Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal. Abdullah bin Kayan juga menumpangkan See Hwa ke sekolah. Novel Bimaksakti Menari • Peristiwa yang menunjukkan sikap gigih Nurul Hafsa gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan rancangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka, Menteri Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih mampu menyediakan lampu seperti yang dikehendaki. • Peristiwa yang menunjukkan sikap menghormati ibu bapa Nurul Hafsa dan Budiman sanggup menunggu kepulangan ayahnya untuk menikmati hidangan tengah hari bersama-sama. Begitu juga dengan Budiman yang sanggup menahan lapar sematamata untuk menunggu ayahnya pulang dari kebun. 9 Pendahuluan Rumusan membincangkan kepentingan/kelebihan/ matlamat teknologi hijau dan langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau. BM Jawapan.indd 5 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J6• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan Fokus 1 – Kepentingan/Kelebihan/Matlamat teknologi hijau Bahan 1: • membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik • meminimumkan degradasi kualiti persekitaran • usaha ini menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui • teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi • kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan Bahan 2: • meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan • melindungi ekosistem semula jadi • menjadi alternatif kepada perkembangan ekonomi • mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia Fokus 2: Langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau • kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara • strategi mewujudkan persekitaran kondusif bagi pembangunan teknologi hijau • kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi Penutup Kesimpulannya, penggunaan teknologi hijau haruslah digalakkan dalam kalangan ahli masyarakat agar taraf kehidupan setiap individu akan terjamin. Kertas Model 2 Kertas 1 Bahagian A – Kepentingan menghayati Rukun Negara Pendahuluan Rukun Negara mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sebagai garis panduan ke arah keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan dan kestabilan negara Malaysia – terdapat lima prinsip Rukun Negara Cadangan isi Isi 1 Memupuk perpaduan kaum – Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum – prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum – menyatukan pemikiran rakyat dan melahirkan semangat cinta akan negara – amalan bersopansantun dan berbudi bahasa – saling memahami – bertoleransi – sedia menerima perbezaan antara kaum – perpaduan sangat penting untuk menjamin kesejahteraan dan pembangunan negara – bersatu teguh, bercerai roboh Isi 2 Memajukan ekonomi negara – keadaan masyarakat yang aman dan sejahtera – meningkatkan pelaburan – mampu memacu ekonomi negara ke peringkat yang lebih baik – pelaburan meningkat kerana masyarakat yang aman dan sejahtera Isi 3 Masyarakat aman damai dan selamat – penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh – mematuhi undang-undang – meminimumkan kes jenayah dalam masyarakat – keharmonian dan perpaduan masyarakat mewujudkan kestabilan politik dalam pemerintahan negara – suasana harmoni di negara kita dapat dikekalkan sekiranya kita mengamalkan undang-undang dan etika yang baik Penutup Prinsip Rukun Negara – terus dihayati agar negara kita berpegang teguh pada amalan-amalan murni – memajukan negara dan mencapai kemakmuran setanding dengan negara-negara maju yang lain – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Bahagian B 1 Peranan remaja untuk mengisi keperluan negara Pendahuluan Remaja merupakan modal insan atau aset yang paling berharga kepada negara – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – menyumbang idea dan tenaga demi pembangunan negara – peranan remaja tetap dipandang berat – dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 – mengisi keperluan negara Malaysia – visi Kemakmuran Bersama 2030 Cadangan isi Isi 1 Menimba ilmu pengetahuan – belajar dengan bersungguh-sungguh – mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik – menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada negara – semangat yang kental dan usaha yang gigih – jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – berpengetahuan dalam bidang ekonomi – mengetahui peranan cukai kepada perkembangan prasarana negara, kepentingan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) – peratusan inflasi negara pada tahun semasa Isi 2 Memelihara sifat toleransi yang murni dalam masyarakat – memiliki nilai-nilai murni – sikap saling menghormati, bertoleransi dan bertolakansur antara kaum – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – dapat menangkis segala stereotaip terhadap kaum lain – menjauhi aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kemajuan negara – menjamin kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara Isi 3 Reseptif terhadap kemahiran sains dan teknologi – menjanakan kreativiti dan inovasi remaja – setiap bidang pembangunan negara – terlibat dalam aktiviti kajian dan penyelidikan (R&D) – sekolah – berani mencuba sesuatu yang baharu – perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara – pembangunan negara akan tercapai jika negara mempunyai generasi pelapis yang kreatif dan inovatif Isi 4 Mengamalkan gaya hidup sihat – badan yang sihat akan menjamin kecergasan dan kecerdasan – badan cergas, otak cerdas – harus bijak mengambil inisiatif untuk mengekalkan kecergasan badan – bersenam secara konsisten – di gimnasium – beriadah di kawasan rekreasi – menjaga pemakanan – menghindari rokok, najis dadah dan arak BM Jawapan.indd 6 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J7• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan Penutup Memenuhi segala keperluan yang dituntut untuk menjadi negara perkasa – bersinergi bagai aur dengan tebing – memiliki sahsiah yang terpuji – memperkasakan negara agar dapat setanding dengan negara-negara maju yang lain – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 2 Persediaan yang harus dilakukan oleh murid untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang Pendahuluan Setiap orang mempunyai cita-cita tersendiri untuk masa hadapan masing-masing – pelbagai kekangan – keadaan ekonomi negara yang tidak menentu – membataskan peluang pekerjaan – menguji kemampuan – menangani masalah – mempersiapkan diri – menempuh cabaran arus perkembangan dunia Cadangan isi Isi 1 Menguasai ilmu teknologi dan maklumat (ICT) – mengakses informasi yang wujud di ceruk rantau – meluaskan horizon murid – dunia tanpa sempadan – ledakan teknologi menyebabkan umat manusia tidak dapat melarikan diri daripada komputer dan Internet – mempelajari penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint – membaca majalah berkaitan komputer – mengikut kelas berbayar untuk mendapatkan ilmu tambahan – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Isi 2 Menguasai beberapa jenis bahasa – perlu menguasai lebih daripada dua bahasa – bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa asing – melalui YouTube – meningkatkan keyakinan diri – peluang pekerjaan – memudahkan komunikasi – menjadi pilihan majikan kerana boleh menembusi pasaran antarabangsa dan berhubung dengan pelanggan luar negara – syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia Isi 3 Kemahiran berkomunikasi – sangat penting untuk mewujudkan hubungan yang baik antara rakan sekerja dengan pihak atasan – kemahiran lisan dan bukan lisan – kita harus menguasai kemahiran ini untuk berinteraksi dengan orang lain – dengan menguasai kemahiran ini dapat mengelakkan kita membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secara lebih terperinci – dapat mengelakkan membuat keputusan yang salah dan mengelakkan salah faham – berani menyuarakan pandangan – harus melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk membina keyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai Isi 4 Menyempurnakan persediaan diri dari segi fizikal dan mental – memastikan kesihatan fizikal diri berada pada tahap yang terbaik – amalan pemakanan dan bersukan – menghindari pelbagai penyakit kronik – memartabatkan kecerdasan minda – dari segi mental pula, perlu bersedia untuk menghadapi sikap rakan sekerja, majikan atau pelanggan – perlu bersabar dalam menghadapi semua situasi di tempat kerja – menyelesaikan segala masalah dengan baik – menjaga reputasi diri Penutup Bersemangat kental dalam meningkatkan taraf diri sebagai pekerja peringkat antarabangsa – tidak harus berlengah-lengah dalam hal kerjaya – pelbagai kemahiran diperlukan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan – tidak tersisih – tidak ketinggalan zaman 3 Rencana – Pentingnya Cukai kepada Negara Pendahuluan Hasil cukai yang dikutip oleh pihak kerajaan akan dimanfaatkan – mentadbir dan mengurus negara – bertujuan untuk pembangunan ekonomi, sosial, politik dan kesejahteraan negara – akan dapat dimanfaat dan dinikmati semula oleh rakyat Cadangan isi Isi 1 Pelbagai projek pembangunan negara dapat digerakkan – menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan raya – menghubungkan kampung, pekan, bandar dengan kawasan sekitarnya – mengimbangi pembangunan negara di kawasan bandar dan luar bandar – jurang pembangunan – dirapatkan – membina hospital dan klinik – memudahkan rakyat mendapatkan rawatan – membina pasar – memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi Isi 2 Mengurangkan beban sara hidup rakyat – cukai digunakan untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat – wang sara hidup yang disalurkan – golongan B40 – menaik taraf kehidupan masingmasing – membantu rakyat menghadapi kesan dan cabaran COVID-19 – program-program bantuan memastikan nasib rakyat terbela dan aktiviti ekonomi terus berkembang Isi 3 Mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara – memperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion dan RM30 juta – membangunkan pertanian yang menggunakan teknologi canggih – pembekalan benih yang bermutu dan berkualiti – pertumbuhan ekonomi yang pesat dari tahun ke tahun – kesan positif daripada cukai Penutup Memastikan sosioekonomi negara dapat dilestarikan – hasil cukai dikutip – benteng keamanan negara yang perlu dipertahankan – pembayar cukai menanamkan kesedaran dan bekerjasama dengan kerajaan – membangunankan negara demi kesejahteraan bersama 4 Kepentingan penguasaan mata pelajaran STEM dalam kalangan murid Pendahuluan Penekanan terhadap sains dan inovasi untuk tujuan pembangunan negara semakin berat – mendominasikan kehidupan manusia pada era Revolusi Perindustrian 4.0 – pelbagai inovasi baharu tercipta memudahkan urusan seharian masyarakat – penemuan kaedah rawatan moden – membantu bidang perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan – murid-murid perlu menguasai ilmu sains dan teknologi – memenuhi kehendak masa depan – pentingnya murid-murid menguasai mata pelajaran STEM BM Jawapan.indd 7 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J8• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan Cadangan isi Isi 1 Bakal menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis – meningkatkan pemahaman logik – penyelesaian masalah saintifik – pengiraan, pemahaman teori, penjanaan statistik – kemahiran menganalisis – pemikiran kritis dan logik berasaskan pembelajaran STEM di setiap peringkat sekolah – platform pendidikan mantap – tiada lagi pembelajaran yang membosankan – murid-murid memperoleh ilmu pengetahuan dalam bentuk yang disukai dan menyeronokkan – melahirkan murid-murid yang kreatif dan efisien Isi 2 Menambahkan prospektif pekerjaan muridmurid – mempersiapkan murid-murid untuk menghadapi dunia kerjaya – melengkapkan diri dan menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang – didedahkan dengan kemahiran yang lebih meluas – menyumbang ke arah kemajuan teknologi – bidang reka bentuk, analisis data, kejuruteraan dan ahli sains Isi 3 Mencapai kelestarian alam sekitar – mengimbangi ekosistem yang sedia ada – mempertahankan kelestarian alam sekitar – ciptaan teknologi yang mesra alam – alternatif kepada sumber yang boleh diperbaharui – contohnya, penggunaan kereta elektrik dapat mengurangkan penghasilan karbon – mengekalkan khazanah alam Isi 4 Membantu dalam bidang pendidikan – pelbagai ciptaan baharu dapat dihasilkan daripada penerokaan STEM – pelbagai teknologi canggih – melayari Internet – membantu murid-murid mendapatkan maklumat dengan lebih pantas – memahami sesuatu topik dengan lebih jelas – meningkatkan mutu pendidikan Penutup Pelbagai kepentingan diperoleh sekiranya muridmurid menguasai mata pelajaran STEM – mencapai keseimbangan dalam kepelbagaian aspek kehidupan – mencapai kemajuan dan menghayati ciri-ciri globalisasi – akur dengan kemajuan – kerjasama semua pihak – mendorong pelaksanaan STEM Kertas 2 Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Kata majmuk: (i) kakitangan (ii) penjawat awam (iii) tanggungjawab (iv) salah laku Bina ayat: (i) Kakitangan di syarikat penerbitan itu menjalankan tugas dengan cekap dan pantas. (ii) Semua penjawat awam diwajibkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis. (iii) Seorang anak yang baik tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua-dua orang tuanya. (iv) Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak sekolah untuk menangani kes salah laku dalam kalangan murid. 2 (i) Apakah yang menjadi penghalang bagi golongan muda memperoleh kemahiran teknologi daripada bidang pendidikan yang diperlukan? (kekurangan ketersambungan digital) (ii) Siapakah perlu merangka strategi bagi membantu membangunkan kemahiran digital golongan muda dan menyokong keterangkuman ekonomi, sosial dan digital sepenuhnya untuk semua belia? (semua pihak berkepentingan, termasuklah kerajaan, ahli akademik, sektor swasta dan masyarakat sivi) (iii) Mengapakah kerajaan juga harus memberikan tumpuan kepada strategi memperkasakan belia dalam hal ini? (untuk meningkatkan pelibatan mereka dalam komuniti tempatan) 3 Petikan 1: (i) Jika sekiranya – Jika/Sekiranya (ii) siapa – sesiapa (iii) selain daripada – selain (iv) mendalamkan – mendalami (v) pesonaliti – personaliti Petikan 2: (i) adalah – ialah (ii) kepada – dengan (iii) menggalakan – menggalakkan (iv) dibarukan – diperbaharui (v) nisbah – kadar 4 Kemudian, orang Siam pun datang, lalu berperang dengan orang Melaka. Setelah tidak lama berperang, banyak rakyat Siam yang mati, Melaka tidak mengalah. Rakyat Siam pun kembali ke negeri mereka, lalu semua rotan yang mengikat barang-barangnya dicampakkan ke hulu Muar. 5 (i) Peribahasa: bertangguh itu pencuri masa Ayat: Janganlah kita melengah-lengahkan masa jika diminta melakukan sesuatu pekerjaan kerana sesungguhnya bertangguh itu pencuri masa. (ii) Peribahasa: sudah terhantuk baru tengadah Ayat: Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru tengadah, Dahlia menyedari kesalahannya yang gemar meniru dalam peperiksaan semasa ditangkap oleh guru pengawas peperiksaan. (iii) Peribahasa: bumi mana yang tidak ditimpa hujan Ayat: Seandainya kita menyedari kesilapan diri dan mengelakkannya daripada berulang, kita tentu akan disenangi oleh orang ramai, bak kata pepatah bumi mana yang tidak ditimpa hujan. 6 (i) Maksud rangkai kata dicerap hasilnya ialah dinilai keberkesanannya. (ii) Usaha-usaha untuk berdepan dengan tuntutan dan cabaran yang dibawa oleh ekonomi digital: Bahan 1 • filem dan dokumentari berkisar tentang STEM khususnya dalam bahasa Melayu perlu ditambah bagi membolehkan semua peringkat generasi muda di pelbagai kedudukan geografi di Malaysia mendapat manfaatnya • badan korporat dan individu berkepentingan juga boleh memainkan peranan membantu hal ini dengan menjadikan STEM sebagai agenda berdasarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing Bahan 2 • usaha memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) BM Jawapan.indd 8 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J9• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan dilakukan bagi menyediakan murid dengan perubahan teknologi, termasuklah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) • kerajaan juga bakal memperkenalkan Pelan Pendidikan Digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi bagi membangunkan tenaga muda berkemahiran tinggi dalam aspek digitalisasi • sejajar dengan itu, kemudahan berkaitan dengan keperluan pendigitalan akan dinaik taraf di seluruh universiti awam tempatan (iii) Punca STEM masih kurang diterima secara umum oleh golongan murid di sekolah: • tiada sokongan daripada ibu bapa kerana mereka menganggap penguasaan terhadap bidang STEM susah • murid-murid merasakan subjek STEM susah dipelajari • kurang infrastruktur dan kemudahan teknologi digital di sekolah sehingga mengekang minat belajar murid-murid (vii) Cara untuk memujuk ibu bapa rakan: • berkongsi testimonial murid-murid yang berjaya dalam bidang STEM • menjelaskan keperluan pasaran terhadap sumber manusia yang berkaitan bidang ini • memberikan penerangan mengenai kandungan STEM yang dikaji 7 (i) Maksud rangkap keempat ialah kita haruslah meningkatkan pengetahuan diri di samping memastikan akhlak sentiasa terjaga. (ii) Usaha-usaha untuk mengekalkan kesejahteraan Malaysia: • memelihara perpaduan negara • bermuafakat antara kaum • meningkatkan pengetahuan diri • memelihara akhlak diri agar terpuji selalu • mempertahankan kedaulatan negara (iii) Cara rakyat mencapai kemerdekaan yang sebenarnya dari aspek minda dan pemikiran: • menghormati pemimpin negara • menghayati segala dasar negara yang dirancang • tidak mengagung-agungkan budaya negara asing • mengamalkan budaya dan tradisi negara dengan bangga • menggunakan bahasa kebangsaan dengan tepat dan betul (iv) Tindakan untuk membetulkan persepsi rakan terhadap bahasa Melayu: • menerangkan tentang kedaulatan negara • menjelaskan kepentingan jati diri rakyat Malaysia untuk memartabatkan Malaysia • menerangkan kebaikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kehidupan harian dalam negara • menunjukkan contoh negara asing yang memartabatkan dan mengagung-agungkan bahasa kebangsaan mereka sendiri 8 (i) Kelebihan-kelebihan pengambilan makanan tambahan: • lebih menjimatkan masa dan kos • makanan tambahan boleh membantu menyembuhkan penyakit • melengkapkan sistem diet (ii) Peristiwa yang memberikan kesedaran kepada pembaca untuk berbuat baik dalam kehidupan: Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Peristiwa Leftenan Adnan memimpin pasukannya untuk mempertahankan kubu di Bukit Candu Ketika itu ramai askar Melayu di bawah pimpinan beliau terkorban serta kehabisan peluru, namun Leftenan Adnan tetap meniupkan api semangat kepada pasukannya agar terus berjuang menentang Jepun. Peristiwa ini memberikan kesedaran tentang perlunya semangat patriotik diterapkan dalam diri kita. Semangat patriotik yang menebal dalam diri merupakan benteng yang sangat kukuh untuk mempertahankan negara sehingga titisan darah terakhir. • Peristiwa Adnan yang menghormati keputusan Mak Milah dan Pak Saidi untuk menjodohkannya dengan Sophia, anak Pak Faqih Muda. Walaupun Adnan tidak mengenali Sophia, namun Adnan tidak membantah keputusan ibu dan bapanya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghormati keputusan ibu bapa demi kebahagiaan diri. Novel Di Sebalik Dinara • Peristiwa Aqram menurut perintah ketuanya, iaitu Dr. Maxi dan Karl untuk menjejaki Farisha Aqram telah menjejaki Farisha sehingga berjaya. Dia telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghormati perintah ketua untuk melicinkan segala urusan dan pekerjaan kita. • Peristiwa Farisha ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai jenis ubat semasa dia masih bayi tanpa bius oleh ayah kandungnya, Karl Karl sanggup berbuat demikian untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa seorang bapa seharusnya menyayangi anaknya tanpa menganiayai dan menyakiti mereka semata-mata sikap ego sendiri. Novel Jendela Menghadap Jalan • Peristiwa Danel yang berani bertindak seorang diri untuk menyelamatkan Lili Danel telah pergi ke rumah usang tempat Lili dikurung oleh Rafiq dan Haziq pada waktu malam. Danel tidak membenarkan orang ramai mencari Lili kerana dia tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah berani bertindak untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. BM Jawapan.indd 9 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J10• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan • Peristiwa Lili yang menghormati keputusan ibunya Ibu Lili memujuknya agar pulang ke kampung datuk dan neneknya semasa cuti persekolahan. Walaupun agak keberatan, namun Lili akur dengan kehendak ibunya itu. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghormati permintaan ibu bapa untuk menjaga hati dan perasaan mereka. Novel Pantai Kasih • Peristiwa Doktor Raiha yang tetap dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya Doktor Sadiz, suami Doktor Raiha mendesaknya agar menggugurkan kandungan setelah mendapati bayi yang dikandungnya itu tidak normal. Tetapi Doktor Raiha enggan menggugurkan kandungan itu. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca tentang hak seorang ibu untuk mempertahankan dan melindungi anaknya. • Peristiwa Doktor Raiha yang berani menuntut keadilan atas kematian anaknya, Rohayu Doktor Raiha mempertahankan kebenaran bahawa kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh kesalahan Doktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah berani menuntut keadilan demi orang yang disayangi. Novel Songket Berbenang Emas • Peristiwa Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus deras Dahlia berbuat demikian semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah berani bertindak demi menyelamatkan nyawa orang lain. • Peristiwa Dahlia menghormati keputusan ayahnya yang tidak mengizinkannya untuk berhenti sekolah Dahlia ingin berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adiknya. Dia memikirkan kesusahan hidup mereka sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih lemah akibat bisa patukan ular tedung. Namun begitu, ayahnya tidak membenarkan dia berbuat demikian. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghormati keputusan ibu bapa demi masa depan kita. Novel Tirani • Peristiwa Waheeda berani membuat pinjaman baharu daripada Bank Pembangunan cawangan Sarawak Waheeda membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. Dengan kebijaksanaan Waheeda dan Izzati menguruskan Chalet Aya-Sajinah, maka perniagaannya semakin berkembang maju dan Chalet AyaSajinah dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah berani mengambil risiko untuk memajukan perniagaan. • Peristiwa Waheeda menghormati keputusan ibu dan bapanya yang tidak mengizinkannya melakukan pembedahan kosmetik Ibu dan bapa Waheeda tidak membenarkannya kerana perbuatan mengubah fitrah Allah bertentangan dengan kehendak agama Islam dan juga melanggar adat resam keturunan mereka. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghormati keputusan ibu bapa agar tidak menyalahi hukum agama. Novel Silir Daksina • Peristiwa Haiqal menghormati Pak Cik Bakar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam tarian zapin Pak Cik Bakar yang telah mengajar Haiqal tarian zapin sama ada secara teori atau amali. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghormati golongan yang lebih berpengalaman untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman. • Peristiwa Tauke Ong dan Ai Ling yang banyak membantu Haiqal Tauke Ong dan Ai Ling banyak menghulurkan bantuan kepada Haiqal sepanjang dia berada di Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar kita sentiasa membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Novel Bimasakti Menari • Peristiwa Puan Maryam memaksa anaknya, Muhammad Taufik pulang ke Otago Puan Maryam bimbang akan keselamatan anaknya itu. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak terbatas. • Peristiwa Muhammad Taufik meminta ayahnya membeli tanah untuk memelihara populasi kelipkelip Muhammad Taufik memagari tanah seluas 50 hektar itu untuk melindungi populasi kelip-kelip yang semakin pupus akibat daripada peningkatan kecerahan langit di Kuala Selangor. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa kita perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam. 9 Pendahuluan Rumusan membincangkan faktor/punca/sebab berlakunya penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja dan kesan/implikasi/akibat berlakunya penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja. Fokus 1 – Faktor/Punca/Sebab berlakunya penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja Bahan 1: • sikap generasi muda yang tidak suka mengambil tahu tentang kedaulatan negara BM Jawapan.indd 10 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 •J11• Firasat SPM 2023: Bahasa Melayu – Jawapan • sikap segelintir masyarakat yang mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan pemahaman generasi muda tentang jati diri • semata-mata untuk mencari keseronokan dan meraih perhatian masyarakat Bahan 2: • pengaruh rakan sebaya di sekolah sehingga menyebarkan berita palsu • kurangnya campur tangan ibu bapa dalam rutin harian remaja • kurangnya pemantauan dari segi penguat kuasa dalam alam siber Fokus 2 – Kesan/implikasi/akibat berlakunya penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja Bahan 1: • timbul perbahasan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat • remaja juga mudah terikut-ikut dengan aksi dan tingkah laku luar biasa yang dipaparkan dalam media sosial • golongan remaja hanya memfokuskan permainan yang mengasyikkan itu sehingga mengabaikan rutin kehidupan harian yang lebih penting • terhakisnya nilai murni dalam kehidupan remaja Penutup Kesimpulannya, penyalahgunaan media sosial haruslah dielakkan dalam kalangan ahli masyarakat remaja agar jati diri remaja tidak terhakis. Kertas Model 3 Kertas 1 Bahagian A E-mel 1 – Manfaat pendidikan maya Pendahuluan Format e-mel – e-mel pengirim, e-mel penerima dan perkara – Perkara: Manfaat Pendidikan Maya – sistem pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau sekolah – memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) – diperluas menerusi Sekolah Bestari, Universiti Terbuka, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan yang terkini ‘Google Classroom’ Cadangan isi Isi 1 Menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cepat dan mudah kepada murid – hanya dengan menggunakan alat peranti komunikasi dan Internet – murid boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negara Isi 2 Boleh menjimatkan pelbagai kos – kos penginapan dan perbelanjaan pengangkutan dapat dijimatkan kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah – sebagai contohnya, guru pakar dari sekolah berlainan boleh menggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik tanpa melibatkan kos yang tinggi Isi 3 Memanfaatkan penggunaan e-buku – iaitu perisian buku dalam bentuk digital yang dibaca menerusi peranti elektronik seperti komputer dan telefon pintar – walaupun e-buku perlu dibeli namun kini terdapat banyak e-buku yang boleh dibaca secara percuma di Internet Penutup Sebagai kesimpulannya, pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada murid dan seluruh lapisan masyarakat – semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memantapkan sistem pendidikan negara agar kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain E-mel 2 – Persediaan menghadapi cabaran pendidikan maya Pendahuluan Format e-mel – e-mel pengirim, e-mel penerima dan perkara – Perkara: Persediaan Menghadapi Cabaran Pendidikan Maya Cadangan isi Cabaran yang dihadapi Isi 1 Guru perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu – krisis global akibat penularan wabak COVID-19 menyebabkan pengajaran dan pembelajaran secara konvensional tertangguh – turut menjadikan tugasan guru semakin mencabar – mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan PdP dilaksanakan secara dalam talian Isi 2 Kekangan dalam pendidikan secara dalam talian – masalah capaian Internet – ketiadaan peranti pintar – sikap murid itu sendiri yang tidak bersedia dengan situasi tersebut Persediaan Isi 3 Guru perlu menguasai teknologi digital – warga pendidik, khususnya guru kini perlu melengkapi diri dengan penguasaan teknologi digital – menguasai ilmu berkaitan e-pembelajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid Penutup Kesimpulannya, dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat – tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian – memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) (Pilih mana-mana satu) Bahagian B 1 Langkah-langkah untuk menangani masalah kejiranan Pendahuluan Seikat bak sirih, serumpun bak serai – dikaitkan dengan institusi kejiranan – melihat hubungan kejiranan yang tidak begitu baik – cubit paha kiri, paha kanan terasa juga – jiran bagaikan saudara terdekat – kita tidak mahu hidup dengan mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik – sikap sebegini akan mewujudkan suasana suram – tidak harmoni dalam kalangan jiran – beberapa usaha perlu diadakan untuk menyuburkan semangat kejiranan Cadangan isi Isi 1 Mengadakan perjumpaan penduduk – perjumpaan atau mesyuarat ini akan memberikan banyak manfaat – membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan penempatan – masalah kebersihan, keselamatan dan sebagainya – penduduk boleh mengukuhkan hubungan sesama jiran dan lebih mengenali jiran – perjumpaan penduduk akan dapat memberi BM Jawapan.indd 11 6/14/2023 8:21:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.