The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2026-04-28 01:57:27

Teks Efektif STPM Pengajian Am Sem 1

Teks Efektif STPM Pengajian Am Sem 1

PENERBIT ILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


ivPrakata ................................................................................................................................................................................... iiiSkema Pentaksiran STPM ..................................................................................................................................................... vJadual Analisis Soalan STPM Semester 1 (2026) ............................................................................................................... viiUlasan Soalan STPM Semester 1 (2026) .......................................................................................................................... viiiBAB 1 Kemahiran Insaniah1.1 Konsep Kemahiran Insaniah 21.2 Jenis-jenis Kemahiran Insaniah 21.2.1 Kemahiran Mencari Data dan Maklumat 31.2.2 Kemahiran Menganalisis Data dan Maklumat 51.2.3 Kemahiran Berfikir 61.2.4 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 71.2.5 Kemahiran Membuat Keputusan 9Tinjau Bab 12BAB Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2A2.1 Negara Berdaulat 152.1.1 Konsep dan Ciri 15Tinjau Bab 25Fokus STPM 2A 27BAB Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan Persekutuan2B2.2 Perlembagaan Persekutuan 312.2.1 Peruntukan Perlembagaan Persekutuan 31Tinjau Bab 65Fokus STPM 2B 68BAB Malaysia Negara Berdaulat: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) 2C2.3 Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) 72Tinjau Bab 86Fokus STPM 2C 88BAB Malaysia Negara Berdaulat: Tadbir Urus Negara2D2.4 Tadbir Urus Negara 932.4.1 Konsep, Prinsip, Kepentingan dan Cabaran 93Tinjau Bab 102Fokus STPM 2D (i) 1042.4.2 Sistem dan Struktur Pemerintahan 106Tinjau Bab 116Fokus STPM 2D (ii) 118Tinjau Bab 152Fokus STPM 2D (iii) 154Tinjau Bab 179Fokus STPM 2D (iv) 181Tinjau Bab 191Fokus STPM 2D (v) 193BAB Malaysia Negara Berdaulat: Kedaulatan Malaysia2E2.5 Kedaulatan Malaysia 1972.5.1 Isu, Cabaran dan Strategi Penyelesaian 1972.5.1.1 Keselamatan 1992.5.1.2 Sosial dan Budaya 2162.5.1.3 Ekonomi 2312.5.1.4 Politik 2452.5.1.5 Sains dan Teknologi 2602.5.1.6 Integrasi dan Perpaduan 271Fokus STPM 2E 283Kertas Model STPM 284Jawapan 289KandunganText Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Kan_vim2p(iv).indd 4PENERBIT 4/14/2026 3:31:33 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


vSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester1900/1 Pengajian Am 1Ujian Bertulis 80 (26.67%)2 Jam Pentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan 20 soalan diberikanJawab semua soalan 20Bahagian B:Soalan struktur2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahaja10Bahagian C:Soalan esei3 soalan diberikanJawab 2 soalan sahaja50Semester2900/2 Pengajian Am 2Ujian Bertulis 60 (20.00%)2 Jam Pentaksiran berpusatBahagian A:Soalan struktur3 soalan diberikanJawab semua soalan15Bahagian B:Soalan alih bentuk komunikasi2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahaja20Bahagian C:Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahaja25Skema Pentaksiran STPMText Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Skema_vim3p(vii&xiv).indd 5PENERBIT 4/14/2026 2:44:53 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


viSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran900/4Pengajian Am 4Kerja Kursus(Projek)Pilih satu tema daripada dua tema yang diberikan dan hasilkan satu tugasandaripada tema yang dipilihTema adalah berdasarkan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Am60 (20.00%)SepanjangSemester 2Pentaksiranberasaskansekolah bagi calon sekolah kerajaan dan calon sekolahbantuan kerajaanPentaksiranoleh pemeriksayang dilantikbagi calonsekolah swastaSemester3900/3 Pengajian Am 3Ujian Bertulis 80 (26.67%)2 Jam Pentaksiran berpusatBahagian A:Soalan aneka pilihan 20 soalan diberikanJawab semua soalan 20Bahagian B:Soalan alih bentuk komunikasi2 soalan diberikanJawab 1 soalan sahaja20Bahagian C:Soalan esei3 soalan diberikanJawab 2 soalan sahaja40900/4 Pengajian Am 4Kerja Kursus(Projek)Membentangkan hasilpenyelidikan20 (6.67%)Minggu pertama dan keduaSemester 3Pentaksiranberasaskan sekolah bagi calon sekolahkerajaan dancalon sekolahbantuan kerajaanGuru penilaipembentanganhanya seorang(bukan terdiridaripada gurupenyelia)Pentaksiran oleh guru penilaipembentanganyang dilantikbagi calonsekolah swasta900/5 Pengajian Am 5(Kertas Alternatif)Ujian Bertulis Alternatif(Calon Persendirian Individu)1 soalan diberikanJawab semua soalan80 (26.67%)3 JamPentaksiranberpusat padaSemester 3Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Skema_vim3p(vii&xiv).indd 6PENERBIT 4/14/2026 2:44:54 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


viiBahagian A: Soalan Aneka PilihanBil. Soalan Mengikut Topik (Silibus Baharu) Nombor Soalan1 Negara Berdaulat S1, S22 Perlembagaan Persekutuan S3, S4, S5, S6, S7, S93 Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) S10, S114 Tadbir Urus Negara S12, S13, S14, S155 Raja Berperlembagaan / Majlis Raja-Raja S17, S18, S196 Demokrasi Berparlimen S8, S167 Badan Perundangan S208 Badan Kehakiman –9 Badan Eksekutif –Jumlah 20Bahagian B: Soalan StrukturNombor Soalan Kehendak SoalanS21 (a) Berapakah umur yang melayakkan rakyat Malaysia untuk mengundi dalam pilihan raya? [1](b) Mengapakah rakyat perlu mengundi dalam pilihan raya? (Nyatakan tiga idea sahaja) [3](c) Jika anda sebagai ahli Parlimen, apakah yang akan anda lakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat? (Nyatakan tiga idea dengan huraian) [6]S22 (a) Mengapakah kita perlu menggunakan bahasa Melayu dalam urusan harian? (Nyatakan empat idea sahaja) [4](b) Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat membantu memartabatkan bahasa Melayu? (Nyatakan tiga idea dengan huraian) [6]Bahagian C: Soalan EseiNombor Soalan Kata Kunci Tema Kehendak SoalanS23 Bincangkan Kes jenayah Faktor peningkatan kes jenayah yang berlaku di Malaysia dan kesannya kepada negara [25]S24 Huraikan Produk pelancongan Jenis produk pelancongan di Malaysia yang boleh meningkatkan industri pelancongan negara [25]S25 Jelaskan Telefon pintar Sebab telefon pintar semakin meluas penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran [25]Jadual Analisis Soalan STPM Semester 1 (2026)Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Jadu&Ulasan_vim3p(vii&viii).indd 7PENERBIT 4/14/2026 2:59:06 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


viiiBahagian A: Soalan Aneka PilihanNombor Soalan Cadangan Jawapan dan Ulasan1 Yang manakah konsep sebuah negara? A Mempunyai penduduk yang tetap dalam negara• Konsep asas sesebuah negara terdiri daripada tiga aspek, iaitu sempadan yang jelas, penduduk yang tetap dan sistem kerajaan yang teratur.2 Yang manakah menunjukkan Malaysia sebuah negara berdaulat?B Ideologi negara yang jelas• Salah satu ciri negara berdaulat ialah berideologi. Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai ideologi yang menjadi panduan rakyat, iaitu Rukun Negara.3 Pernyataan yang manakah yang menunjukkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan?C Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan kepada semua jenis undang-undang• Sebarang pindaan berkaitan dengan undang-undang di Malaysia hendaklah merujuk Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan percanggahan.• Seandainya berlaku percanggahan, undang-undang yang bercanggah itu perlu dibatalkan setakat mana percanggahan tersebut berlaku.4 Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan diri menurut Perlembagaan Malaysia?D Seseorang yang disyaki bersalah dan ditahan mesti diberi peluang untuk membela diri• Dalam sistem kehakiman Malaysia, seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak asasi rakyat melalui hak kebebasan diri untuk membela diri terhadap sesuatu pertuduhan kes yang dikenakan ke atas seseorang.Ulasan Soalan STPM Semester 1 (2026)Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Jadu&Ulasan_vim3p(vii&viii).indd 8PENERBIT 4/14/2026 2:59:06 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


ixNombor Soalan Cadangan Jawapan dan Ulasan5 • Encik T dari negara China mendapat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.• Encik U dilahirkan di Keningau, Sabah pada tahun 1965, menjadi rakyat Malaysia.Kedua-dua individu di atas memproleh kewarganegaraan Malaysia secara D kuat kuasa undang-undang• Kes Encik T – Beliau telah memperoleh kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu sebelum hari merdeka. Secara automatik, beliau mendapat kewarganegaraan Malaysia apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963.• Kes Encik U – Semua rakyat Malaysia yang lahir selepas pembentukan Malaysia secara automatik menjadi warganegara melalui kaedah kuat kuasa undang-undang dengan syarat salah seorang ibu atau bapa merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.6 Pelepasan kewarganegaraan boleh dilakukan apabilaB I dan IVI seseorang memperoleh kewarganegaraan asing seseorang melepaskan atau menolak IV kewarganegaraannya dengan kerelaan hati• Menurut Perlembagaan Persekutuan, penamatan kewarganegaraan Malaysia boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu pelepasan dan pelucutan. Pelepasan dilaksanakan secara sukarela oleh seseorang rakyat, manakala pelucutan dilakukan oleh kerajaan atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan tindakan individu. • Syarat bagi seseorang untuk melepaskan kewarganegaraannya adalah berumur tidak kurang 21 tahun, sempurna akal, telah memperoleh kewarganegaraan asing dan pada masa permohonan dibuat Malaysia tidak terlibat dalam konflik atau peperangan antarabangsa.7 Yang manakah pernyataan tentang syarat memohon kewarganegaraan melalui penaturalisasian?A I dan IIII Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa MelayuIII Berniat ingin menetap di Malaysia• Kewarganegaraan melalui kaedah penaturalisasian merujuk individu asing yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan rakyat Malaysia. Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Jadu&Ulasan_vim3p(vii&viii).indd 9PENERBIT 4/14/2026 2:59:06 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


xNombor Soalan Cadangan Jawapan dan Ulasan• Antara syarat untuk memohon kewarganegaraan melalui kaedah ini adalah berumur 21 tahun ke atas, telah bermastautin sekurang-kurangnya 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan, berniat untuk bermastautin di Malaysia, mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai serta berkelakuan baik.8 Pilihan raya kecil diadakan kerana C peletakan jawatan ahli Parlimen• Pilihan Raya Kecil (PRK) dilaksanakan apabila berlaku kekosongan luar jangka yang melibatkan keadaan seperti berikut:– Ahli Dewan meninggal dunia– Ahli Dewan hilang kelayakan sebagai ahli– Ahli Dewan meletakkan jawatan sebagai ahli – Kemenangan seseorang dalam pilihan raya dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya9 Yang manakah termasuk dalam senarai kuasa Persekutuan menurut Perlembagaan Malaysia?A Perikanan laut dalamAnalisis pilihan jawapanB Perkhidmatan veterinar – Senarai kuasa bersamaC Perlindungan binatang liar – Senarai kuasa bersamaD Penangkapan ikan di sungai – Senarai kuasa Negeri10 Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 bertujuan untukB menyeimbangkan komposisi penduduk• Antara tujuan pembentukan Persekutuan Malaysia adalah untuk menjamin keselamatan negara daripada ancaman komunis, mengimbangi jumlah penduduk, mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura serta meningkatkan kemajuan ekonomi.11 Sebab pembentukan Malaysia adalah untuk A menyekat ancaman komunis• Salah satu sebab pembentukan Malaysia adalah untuk menjamin keselamatan daripada ancaman penyebaran idelogi komunis yang semakin berleluasa, terutamanya di wilayah Sarawak dan Singapura. Keadaan ini berpotensi menggugat kestabilan politik serantau.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1_Jadu&Ulasan_vim3p(vii&viii).indd 10PENERBIT 4/14/2026 2:59:06 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran InsaniahKonsep Kemahiran InsaniahJenis-jenis Kemahiran InsaniahLangkah-langkah untuk Menyelesaikan Masalah dan Membuat KeputusanKemahiran mencari data dan maklumatKemahiran berfikirKemahiran menyelesaikan masalahKemahiran menganalisis data dan maklumatKemahiran membuat keputusanMemilih alternatifterbaikMenjana alternatifpenyelesaianMencari data danmaklumatMengenal pasti danmemahami masalah1BABKemahiran InsaniahInfografik1Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 1PENERBIT 4/14/2026 2:59:59 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah21BAB 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan menetapkan matlamat kepada pendidik untuk menerapkan kemahiran asas yang melibatkan keupayaan mengakses, menilai maklumat dan memproses data dalam kalangan murid. 2 Proses ini melibatkan pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah yang dilaksanakan secara berterusan. 3 Maklumat yang diperoleh berbentuk data, pengetahuan, keterangan dan cerita yang merupakan fakta tidak dapat disangkal. 4 Sumber maklumat yang sahih boleh diperoleh daripada bahan bercetak seperti buku, jurnal, akhbar, buletin, laporan serta catatan maklumat dari dalam talian yang telah disahkan. 5 Kemahiran ini penting untuk melahirkan modal insan kelas pertama.Sumber Maklumat 1 Sumber maklumat boleh diklasifikasikan kepada sumber primer, sumber sekunderdan sumber lisan. 2 Maklumat diperoleh dalam bentuk artikel, Internet, media cetak, jurnal, tesis dan laporan ilmiah serta melalui bahan audio dan manusia. 3 Sumber primer merujuk maklumat yang diperoleh secara langsung, belum diolah atau diterbitkan seperti artifak, manuskrip, surat peribadi, dokumen rasmi atau diari. 4 Sumber sekunder pula ialah maklumat yang telah diolah agar sesuai dengan tajuk yang dipilih seperti artikel, ensiklopedia, jurnal dan buku. 5 Sumber lisan diperoleh melalui wawancara atau temu bual serta soal selidik untuk memastikan ketepatan maklumat.1.2 Jenis-jenis Kemahiran Insaniah Rajah 1.1 Jenis kemahiran insaniah1.1 Konsep Kemahiran Insaniah Proses mencari maklumat boleh dilakukan untuk menghasilkan sumber maklumat bercetak dan bukan bercetak.Tahukah AndaSemak Cepat 1.1.11 Nyatakan tiga jenis sumber maklumat.2 Apakah bentuk maklumat yang boleh diperoleh?Jenis Kemahiran InsaniahKemahiran mencari data dan maklumat Kemahiran menganalisis data dan maklumatKemahiran membuat keputusanKemahiran berfi kirKemahiran menyelesaikan masalah123Kemahiran 45Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 2PENERBIT 4/14/2026 3:00:01 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah31BAB1.2.1 Kemahiran Mencari Data dan Maklumat 1 Kemahiran mencari maklumat melibatkan beberapa kemahiran insaniah yang penting untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah sahih. 2 Antara kemahiran tersebut termasuklah kemahiran mendapatkan data dan maklumat, kemahiran memproses data dan maklumat serta kemahiran menyampaikan data dan maklumat. 3 Kemahiran mendapatkan data merujuk proses pengumpulan data daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan, komunikasi, Internet dan pembelajaran di bilik darjah. 4 Kemahiran memproses data dan maklumat pula melibatkan usaha pengkaji untuk menyusun semula maklumat yang diperoleh mengikut kepentingan bagi memastikan maklumat tersebut jelas dan teratur. 5 Kemahiran menyampaikan data dan maklumat bertujuan memastikan maklumat yang diperoleh dapat disampaikan dengan cara yang mudah dibaca dan difahami oleh semua golongan, sama ada secara bertulis atau lisan. Rajah 1.2 Kemahiran mencari data dan maklumat 6 Individu yang mencari maklumat perlu mengkhususkan maklumat yang ingin diperoleh dengan mengemukakan beberapa persoalan.Rajah 1.3 Proses pengkhususan maklumat• Maklumat yang diperoleh kadangkala terlalu luas dan merangkumi pelbagai bidang sehingga sukar untuk difahami. • Oleh itu, pengelasan maklumat diperlukan agar ia dapat disampaikan dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh semua golongan.Info ekstraMencari maklumat yang ingin diketahui seperti isu, tema dan konsep soalan.Sumber maklumat perlu diperoleh daripada saluran yang sahih dan boleh dipercayai.Merumuskan konsep soalan dengan jelas dan tepat.Mengenal pasti jenis maklumat yang ingin dicari seperti yang bertemakan politik, sosial budaya dan ekonomi.Memastikan maklumat yang diperoleh adalah sahih dan tidak direka-reka.Kemahiran Mencari Data dan MaklumatKemahiran Mendapatkan Data dan Maklumat• Perpustakaan• Berkomunikasi• Kemahiran hidup• Pembelajaran • Sumber bercetak dan InternetKemahiran Memproses Data dan Maklumat• Urutan peristiwa mengikut kepentingan berdasarkan kategori Kemahiran Menyampaikan Data dan Maklumat• Bertulis • LisanMencari maklumat yang ingin 14253Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 3PENERBIT 4/14/2026 3:00:01 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah41BAB 7 Kemahiran dalam membuat analisis, tafsiran dan aplikasi adalah penting untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan sahih. 8 Terdapat pelbagai pendekatan dalam pencarian maklumat, antaranya mencatat nota, membuat rujukan, menjalankan soal selidik, mengadakan temu bual dan membuat peta minda.Mencatat Nota 1 Catatan nota boleh diperoleh daripada pemerhatian, soal selidik, temu bual dan rujukan perpustakaan. 2 Nota yang diperoleh perlu disusun mengikut kepentingannya untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat. 3 Aktiviti mencatat nota juga dapat meningkatkan kemahiran menulis individu. 4 Catatan nota amat penting bagi memastikan maklumat yang diperoleh tidak hilang.Membuat Rujukan 1 Mencari bahan rujukan membantu meningkatkan kemahiran membaca dan menyusun maklumat, yang seterusnya menyokong usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti. 2 Sumber rujukan utama termasuklah buku, jurnal, artikel, majalah, tesis dan laporan kajian. 3 Proses membuat rujukan adalah penting untuk memastikan kajian yang dijalankan selaras dengan hasil kajian terdahulu dan memberikan kredibiliti pada penyelidikan.Menjalankan Soal Selidik 1 Soalan perlu relevan dengan objektif kajian dan mudah difahami. Soalan boleh berbentuk tertutup (jawapan terhad) atau terbuka (jawapan bebas). 2 Sasaran responden haruslah individu atau kumpulan yang berkaitan dengan topik kajian untuk mendapatkan data yang tepat. 3 Soal selidik boleh diedarkan secara fizikal atau dalam talian melalui platform seperti Google Forms. 4 Mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan dan menjaga kerahsiaan maklumat yang diberikan oleh responden. 5 Data perlu dianalisis untuk mengenal pasti pola dan trend serta menggunakan kaedah statistik jika perlu. 6 Menilai keberkesanan soal selidik untuk memastikan data yang diperoleh sahih dan berguna. 7 Data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk graf atau jadual untuk memudahkan pemahaman. 8 Memberikan penghargaan kepada responden selepas soal selidik selesai sebagai tanda terima kasih atas penyertaan mereka.Mengadakan Temu Bual 1 Temu bual biasanya dilakukan dengan tokoh atau sumber maklumat yang masih hidup untuk mendapatkan pandangan atau informasi yang lebih tepat. 2 Maklumat yang diperoleh akan dirakam dalam bentuk audio dan visual bagi memudahkan pengulangan serta memastikan ia tidak hilang.Pengumpulan maklumat secara teratur amat penting dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memandangkan negara kita sedang bersiap sedia untuk memperkukuh ekonomi berasaskan pengetahuan.Info ekstraText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 4PENERBIT 4/14/2026 3:00:01 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah51BAB 3 Tokoh yang dipilih perlu memiliki pengetahuan langsung mengenai maklumat yang dikongsi, bukannya berdasarkan pendengaran daripada pihak lain. 4 Maklumat yang diperoleh melalui temu bual akan dirakam dan ditulis semula, memudahkan pengkaji lain untuk merujuk dan menggunakan sumber tersebut dalam kajian mereka.Membuat Peta Minda 1 Maklumat yang dicatatkan sering kali meluas dan sukar untuk disampaikan dengan jelas. 2 Melalui peta minda, maklumat dapat disusun secara teratur mengikut turutan atau kepentingan bagi memudahkan pemahaman. 3 Pelbagai jenis peta minda boleh digunakan seperti peta buih, peta alir, peta pokok atau peta titi yang membantu menggambarkan hubungan antara konsep dengan lebih jelas dan tersusun.1.2.2 Kemahiran Menganalisis Data dan Maklumat 1 Sumber maklumat lama dan sedia ada perlu diselaraskan bagi memastikan keseragaman dan ketepatan data. 2 Maklumat ini akan direkodkan sama ada dalam ingatan atau dalam bentuk data komputer untuk kegunaan jangka masa pendek atau jangka masa panjang. 3 Proses menganalisis maklumat melibatkan beberapa teknik, iaitu:Rajah 1.4 Teknik menganalisis maklumatKemahiran Menyoal 1 Kemahiran menyoal merupakan salah satu kemahiran penting yang diperlukan oleh guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat atau jawapan yang diperlukan.Semak Cepat 1.1.21 Apakah pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan dalam pencarian maklumat untuk memastikan ketepatan dan kesahihan data?2 Bagaimana pencarian bahan rujukan dapat menyokong usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti?3 Mengapakah maklumat yang diperoleh melalui temu bual perlu dirakam dalam bentuk audio dan visual?Kepentingan menganalisis maklumat adalah untuk mengumpul dan membentuk pemahaman yang jelas dan terperinci terhadap maklumat, sekali gus mempermudah proses penyelidikan.Info ekstraSoalan yang dirancang dengan teratur dan tepat dapat membantu seseorang mengulas maklumat dengan lebih jelas dan berkesan.Tahukah AndaMembandingkan fakta untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan.Menggambarkan fakta bagi memudahkan penjelasan dan visualisasi maklumat.Menghubungkaitkan fakta untuk memahami hubungan antara data yang diperoleh.Membezakan fakta bagi memisahkan maklumat yang relevan dan tidak relevan.Membuat kesimpulan berdasarkan analisis bagi merumuskan dapatan kajian.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 5PENERBIT 4/14/2026 3:00:01 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah61BAB 2 Teknik ini sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3 Soalan yang diberikan biasanya disusun mengikut beberapa aras, bermula dengan aras pengetahuan, diikuti oleh kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan diakhiri dengan aras yang paling tinggi, iaitu penilaian. 4 Soalan boleh diajukan secara dua hala atau pelbagai hala untuk memastikan maklumat yang diperoleh lebih jelas dan teratur. 5 Maklumat yang diperoleh daripada proses soal jawab perlu dicatat dengan teliti supaya ia mudah dirujuk dan digunakan pada masa akan datang.Rajah 1.5 Kepentingan kemahiran menyoal1.2.3 Kemahiran Berfikir 1 Terdapat pelbagai teori pembelajaran yang diperkenalkan, antaranya teori behavioris, teori kognitif, teori sosial, teori humanistik dan teori konstruktivis. 2 Teori kognitif sering digunakan dalam proses pembelajaran untuk mengukur tahap atau aras pemikiran pelajar. 3 Teori ini kerap dikaitkan dengan Taksonomi Bloom, yang menggambarkan tahap pembelajaran dan perkembangan pemikiran pelajar. 4 Taksonomi Bloom mengklasifikasikan aras pemikiran kepada dua kategori utama, iaitu aras pemikiran rendah dan aras pemikiran tinggi. 5 Aras pemikiran rendah melibatkan pengetahuan, kefahaman dan aplikasi, manakala aras pemikiran tinggi merangkumi analisis, sintesis dan penilaian. 6 Taksonomi Bloom mengandungi beberapa kriteria yang ditentukan melalui kata kunci tertentu, yang membantu mengenal pasti aras pemikiran pelajar. Menurut Hasnah (2008), kata kunci tersebut dikategorikan seperti berikut:Jadual 1.1 Kriteria Taksonomi Bloom berdasarkan aras pemikiran dan kata kunciAras pemikiran Huraian Pengetahuan bila, siapa, di mana, defi nisi, susunan, turutan, senaraikan, namakan, sebutkan.Kepentingan Kemahiran MenyoalMembimbing pelajar untuk mendapatkan jawapan yang relevan dan tepat tanpa terpesong.Merangsang pemikiran pelajar ke arah yang lebih kritis dan kreatif.Menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam selaras dengan matlamat untuk melahirkan modal insan kelas pertama.Menarik minat pelajar terhadap topik pembelajaran yang sedang disampaikan.Membantu pelajar menyelesaikan masalah melalui penjelasan yang jelas, sistematik dan bersifat ilmiah.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 6PENERBIT 4/14/2026 3:00:01 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah71BABAras pemikiran HuraianKefahaman memahami, mengklasifi kasikan, menjelaskan, mengenal pasti, menerangkan, memilih, membincangkan, menganggarkan, meringkaskan.Aplikasi menggunakan, menentukan, menunjukkan, menggambarkan, mempraktikkan, melakar, menyelesaikan.Analisis menganalisis, mengkategorikan, mengira, membandingkan, mengkritik, membezakan, bereksperimen, mengenal pasti kesan.Sintesis menyusun, membina, menghasilkan, mengumpulkan, merumuskan, merancang, mencadangkan.Penilaian menilai, menjangka, meramalkan, memilih, memberikan alasan, membuat penilaian, memberi justifi kasi. 7 Penggunaan kriteria ini memudahkan guru untuk merancang soalan dan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar pada setiap tahap. Rajah 1.6 Kepentingan kemahiran berfikir1.2.4 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 1 Kemahiran menyelesaikan masalah amat penting dalam kehidupan harian pelajar kerana ia membantu mereka menangani cabaran yang dihadapi. 2 Pelajar perlu menganalisis dengan teliti setiap kelebihan dan kekurangan keputusan yang diambil bagi memastikan hasil yang optimum. 3 Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah, antaranya:Kesilapan dalam Kemahiran Berfikir• Membuat kesimpulanberdasarkan fakta yang tidak mencukupi atau terlalu kecil.• Menilai peribadi individu berbanding dengan memberikan fokus pada maklumat yang diberikan secara objektif.• Berkongsi maklumatyang belum disahkan kebenarannya.• Terburu-buru dalam membuat keputusan tanpa mempertimbangkan semua fakta yang relevan.• Tidak merancang dengan teliti dalam proses membuat keputusan.Info ekstraMembantu individu mencari penyelesaian yang terbaik dalam menghadapi pelbagai cabaran.Meningkatkan keupayaan komunikasi dan perhubungan interpersonal.Membantu dalam membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan.Menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea baharu.Meningkatkan pencapaian akademik dengan pemahaman yang lebih mendalam.Semak Cepat 1.1.31 Nyatakan lima teori yang sering digunakan dalam proses pembelajaran.2 Berikan enam aras pemikiran dalam Taksonomi Bloom.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 7PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah81BABRajah 1.7 Langkah-langkah untuk penyelesaian masalah 4 Halangan dalam penyelesaian masalah: (a) Kekurangan maklumat yang jelas dan sahih mengenai masalah yang dihadapi. (b) Matlamat yang terlalu banyak dan tidak jelas menyebabkan pertentangan atau konfl ik. (c) Proses penyelesaian masalah yang memerlukan masa yang panjang. (d) Jumlah maklumat yang banyak menyukarkan proses pengurusan, pemprosesan dan penyusunan secara sistematik. 5 Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Setiap kaedah mempunyai pendekatan yang berbeza, namun tujuannya tetap sama, iaitu untuk memperoleh penyelesaian yang terbaik.Rajah 1.8 Kaedah penyelesaian masalahMenyusun dan memahami masalah dengan jelas.Menentukan maklumat yang relevan untuk membantu penyelesaian masalah.Menganalisis maklumat yang telah dikumpulkan dengan teliti.Menilai kesan dan implikasi daripada penyelesaian yang dipilih.Mencari alternatif penyelesaian yang sesuai.Merancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil.Kaedah Penyelesaian MasalahMenemukan maklumat daripada pelbagai sumber untuk memahami masalah.Menggunakan teknik penyoalan bagi memperoleh informasi yang relevan.SumbangsaranPerbincanganInkuiriMengumpul maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.Menggunakan fakta yang relevan untuk menyokong penyelesaian masalah.Menilai dan membezakan idea utama daripada idea sampingan yang diperoleh.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 8PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah91BAB1.2.5 Kemahiran Membuat Keputusan 1 Kemahiran membuat keputusan merupakan satu proses di mana seseorang memilih satu atau beberapa pilihan berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.2 Setiap keputusan yang diambil memerlukan pemikiran yang rasional, kesabaran serta pertimbangan yang mendalam untuk memastikan keputusan tersebut memberikan manfaat dalam jangka panjang tanpa merugikan.3 Robin Forgarty (1990) menyatakan bahawa kemahiran membuat keputusan merupakan sebahagian daripada pemikiran kritis yang memerlukan tahap rasional yang tinggi.4 Pelbagai kaedah yang dapat membantu dalam mengolah pemikiran dan menganalisis maklumat termasuk peta minda, gambar rajah, graf, rujukan ilmiah, pemerhatian sekeliling serta teknik temu bual dan soal selidik.5 Antara strategi yang boleh membantu meningkatkan kemahiran membuat keputusan individu adalah seperti berikut:Jadual 1.2 Strategi untuk meningkatkan kemahiran membuat keputusan individuStrategi HuraianBerfikir sebelum bertindakKeputusan perlu dipertimbangkan dengan teliti dan dibuat secara berulang kali bagi memastikan ketepatan dan keberkesanan keputusan yang muktamad.Menilai kesan keputusan Analisis terhadap setiap keputusan perlu dilakukan dengan menilai kebaikan dan keburukan untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini.Memahami situasi dengan jelasKeputusan harus dirumus berdasarkan kriteria yang logik dan rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi atau andaian yang tidak berasas.Mendapatkan nasihat pakarMerujuk individu yang berpengalaman atau memiliki kepakaran dalam bidang tertentu dapat membantu proses pembuatan keputusan yang lebih baik dan terperinci.6 Beberapa faktor penting perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusanuntuk memastikan hasil yang tepat dan berkesan.Jadual 1.3 Faktor yang mempengaruhi kemahiran membuat keputusanFaktor HuraianMatlamat dan keutamaan Menentukan objektif utama yang ingin dicapai dan memahami masalah dengan jelas.Maklumat yang relevan Mengumpulkan data yang berkaitan untuk menyokong proses pembuatan keputusan.Pilihan yang ada Menilai dan mempertimbangkan semua alternatif yang tersedia.Semak Cepat 1.1.41 Apakah halangan yang biasa dihadapi dalam proses penyelesaian masalah?2 Senaraikan kaedah penyelesaian masalah yang boleh digunakan.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 9PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah101BABFaktor HuraianKesan jangka masa pendek dan panjangMenganalisis akibat keputusan dalam kedua-dua perspektif masa untuk memastikan keseimbangan.Nilai dan prinsip peribadi Menggunakan panduan moral dan etika sebagai asas dalam membuat keputusan.Risiko dan ketidakpastian Mengambil kira kemungkinan risiko dan ketidaktentuan dalam setiap pilihan.Gerak hati dan panduan Menggunakan intuisi dan nasihat daripada individu yang dipercayai sebagai tambahan kepada analisis rasional.7 Keputusan yang dibuat oleh individu ialah hasil daripada pilihan yang ditentukan berdasarkan pertimbangan dan keutamaan masing-masing. Tidak ada konsep pilihan yang salah dalam membuat keputusan kerana setiap pilihan tersebut memberikan impak dalam membentuk hala tuju kehidupan seseorang.8 Kemahiran membuat keputusan adalah penting bagi memastikan pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam pengajaran Pengajian Am. Antara soalan yang memerlukan keputusan daripada pelajar termasuklah karangan, alih bentuk komunikasi, kerja kursus, soalan aneka pilihan dan soalan struktur.9 Soalan karangan memerlukan pelajar untuk memahami kehendak soalan dengan tepat dan menjawab mengikut isu yang diberikan. Karangan dalam Pengajian Am merangkumi pelbagai tema seperti: (a) Keselamatan(b) Sosial dan budaya(c) Ekonomi(d) Politik(e) Sains dan teknologi(f) Integrasi dan perpaduan10 Setiap karangan memerlukan pelajar untuk berfikir secara KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) supaya mereka dapat menghasilkan jawapan yang tepat, kritis dan mendalam.11 Alih bentuk komunikasi melibatkan pelajar yang diberikan satu petikan dan mereka perlu menukarkan maklumat daripada bentuk tidak linear kepada bentuk linear berdasarkan petikan yang diberikan. Kemahiran menganalisis maklumat yang diperoleh adalah penting untuk memilih graf yang sesuai dengan tepat dan mudah.12 Kerja kursus memerlukan pelajar untuk menjalankan kajian berkaitan dengan tema dan isu yang dipilih. Kajian ini memerlukan analisis data yang sesuai dengan objektif yang telah ditetapkan. Keputusan yang diambil sepanjang kajian akan menentukan pendirian dan jati diri komuniti yang dikaji.13 Soalan aneka pilihan memerlukan pelajar untuk memilih jawapan yang paling tepat daripada pilihan A, B, C atau D berdasarkan kehendak soalan yang diberikan. Keputusan dalam memilih jawapan ini mencerminkan kefahaman pelajar terhadap maklumat yang diberikan.14 Soalan struktur terdiri daripada pertanyaan KBAR (Kemahiran Berfikir Aras Rendah) dan KBAT. Soalan KBAR seperti “nyatakan”, “senaraikan” dan “berikan” memerlukan jawapan ringkas, manakala soalan KBAT seperti “huraikan”, “jelaskan”, “terangkan” dan “bincangkan” memerlukan jawapan yang lebih terperinci dan mendalam. Pelajar perlu membuat keputusan yang tepat sama ada untuk menjawab dengan ringkas atau memberikan penjelasan yang lebih terperinci.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 10PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah111BABRumusan Bab 1Semak Cepat 1.1.51 Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pelajar dalam membuat keputusan?2 Nyatakan tema yang perlu diketahui oleh pelajar bagi menjawab soalan karangan dalam Pengajian Am.• Kemahiran insaniah sangat penting dalam diri individu untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang berdaya saing.• Modal insan kelas pertama memiliki pemikiran yang efektif dan efisien serta kemahiran komunikasi yang mantap.• Pemikiran yang berkesan memastikan maklumat yang diperoleh dapat diproses dengan baik untuk menghasilkan keputusan tepat dalam menyelesaikan masalah.• Pemikiran yang mengikut proses yang betul membantu individu menjadi lebih rasional dalam pelbagai situasi dan mendorong mereka untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan terancang.• Kemahiran insaniah juga melibatkan keupayaan komunikasi antara individu walaupun terdapat beberapa halangan seperti: – Penggunaan bahasa yang berbeza – Sikap prejudis atau pemusuhan – Sifat dan personaliti individu• Pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan generasi muda sangat penting untuk melahirkan individu yang kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran dunia moden.• Kemahiran ini bukan sahaja membentuk keyakinan diri, malah menyediakan mereka dengan kemampuan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara secara lebih produktif dan progresif.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 11PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah121BAB(a)(f)(b)(e)(c)(d)1 Apakah kepentingan kemahiran menyoal dalam pembelajaran pelajar?2 Senaraikan enam aras pemikiran Taksonomi Bloom mengikut turutan yang betul.Kepentingan Kemahiran Menyoal(e)(a)(d)(b)(c)Tinjau BabText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 12PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kemahiran Insaniah131BABKepentingan Kemahiran Berfikir(a)(c)(b)(d)3 Jelaskan empat kepentingan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.4 Nyatakan langkah-langkah yang terlibat untuk menyelesaikan masalah.(a)(d)(b)(e)(c)(f)Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B1_vim1p(1-12).indd 13PENERBIT 4/14/2026 3:00:02 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


2ABAB Malaysia Negara Berdaulat:Negara BerdaulatInfografik Malaysia Negara BerdaulatKonsep Negara Berdaulat Ciri Negara BerdaulatSistem kerajaan Malaysia BersempadanFaktor pembentukan Malaysia MerdekaDoktrin pengasingan kuasa di MalaysiaMempunyai sistem perundanganBerwibawaBentuk pemerintahan negara MalaysiaMempunyai sistem pemerintahanTanggungjawab kerajaan Berkuasa sendiriKemerdekaan Tanah Melayu Mempunyai rakyatBerideologiBerindentiti14Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 14PENERBIT 4/14/2026 3:06:25 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB152.1.1 Konsep dan CiriKonsep Negara Berdaulat 1 Konsep negara merujuk sekumpulan penduduk yang mendiami wilayah fizikal secara tetap, dengan sempadan yang jelas serta diperintah oleh kerajaan yang sistematik dan teratur. 2 Negara bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat dan memastikan keselamatan serta kestabilan dalam negeri.Rajah 2.1.1 Konsep sebuah negara 3 Malaysia terdiri daripada penduduk yang pelbagai bangsa dan agama. Majoriti penduduk di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera. Sebahagian besar penduduk di Malaysia beragama Islam, namun pelbagai agama lain juga dianuti dan dihormati. 4 Sempadan negara Malaysia adalah jelas dan diiktiraf oleh semua negara melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ruang udara dan kawasan perairan negara juga diiktiraf serta mengikut peraturan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang memberikan hak eksklusif terhadap kawasan perairan tersebut. 5 Kerajaan Malaysia dipilih melalui sistem demokrasi menerusi pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali. Proses ini memastikan bahawa kerajaan yang terpilih mewakili suara rakyat dan menjalankan tugas mereka mengikut prinsip keadilan dan ketelusan. 6 Malaysia mempunyai identiti negara yang tersendiri, termasuklah lambanglambang negara seperti bendera kebangsaan, lagu kebangsaan Negaraku, bahasa kebangsaan, bunga kebangsaan, jata negara dan Rukun Negara. Identiti ini mencerminkan nilai dan budaya yang mendasari negara serta menunjukkan kedaulatan dan keunikan Malaysia di mata dunia. 7 Islam ialah agama rasmi negara, namun agama-agama lain juga bebas untuk dianuti. Kebebasan beragama ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, di mana rakyat diberikan hak untuk memilih dan mengamalkan agama masing-masing dengan aman. 8 Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan merupakan alat penyatuan bangsa di Malaysia. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan komunikasi yang lancar antara semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang etnik. 9 Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka dan bebas dalam menentukan pentadbiran negara tanpa campur tangan daripada negara asing. Negara ini mengamalkan kedaulatan penuh ke atas urusan dalamannya serta berhak membuat keputusan berkaitan dengan polisi luar negeri untuk kepentingan rakyatnya.Konsep sebuah NegaraSempadan yang jelas Penduduk yang tetap Pentadbiran kerajaanyang sistematik2.1 Negara Berdaulat Sempadan ialah garis pemisah yang membezakan antara dua atau lebih wilayah seperti negara, negeri atau daerah.Tahukah AndaSemak Cepat 2.1.11 Apakah faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?2 Senaraikan elemen yang membentuk identiti negara Malaysia.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 15PENERBIT 4/14/2026 3:06:30 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB16Ciri Negara Berdaulat 1 Negara berdaulat merujuk sebuah negara yang diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah entiti yang bebas, memiliki kuasa sendiri, berwibawa dalam hubungan antarabangsa dan mempunyai identiti yang tersendiri. 2 Ciri-ciri utama negara berdaulat adalah seperti berikut:Jadual 2.1.1 Ciri-ciri utama negara berdaulatCiri HuraianBersempadan • Negara mempunyai sempadan yang jelas dan tetap. • Sempadan ini diiktiraf oleh negara-negara lain serta oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). • Sempadan tersebut merangkumi wilayah daratan, perairan dan ruang udara.Mempunyai sistem pemerintahan• Negara memiliki struktur kerajaan yang sistematik untuk mentadbir urusan dalam negeri dan luar negeri.• Pemimpin negara dipilih melalui mekanisme yang diakui seperti pilihan raya. • Sistem pemerintahan ini memastikan kecekapan dan berdaya saing dengan perubahan semasa.Mempunyai sistem perundangan• Setiap negara mempunyai undang-undang yang jelas untuk mengawal selia segala aspek kehidupan masyarakat. • Undang-undang ini dipatuhi oleh semua pihak dan dilaksanakan oleh institusi kehakiman yang bebas.Mempunyai rakyat• Negara mempunyai sekumpulan penduduk yang menetap secara tetap sebagai warganegara.• Rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik dan agama yang hidup dalam suasana harmoni. • Mereka menjadi modal insan serta pemangkin pada kemajuan negara.Merdeka • Negara bebas daripada pengaruh atau penjajahan kuasa asing. • Negara juga bebas membuat keputusan berkaitan dengan pentadbiran dan dasar dalam negeri serta hubungan luar negara. • Tiada campur tangan atau penjajahan oleh kuasa lain.Berkuasa sendiri• Negara mampu mentadbir urus dan menentukan hala tuju pembangunan mengikut acuan sendiri tanpa pengaruh kuasa asing. • Kuasa ini meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial.Berwibawa • Negara memperoleh pengiktirafan daripada negara luar dan komuniti antarabangsa. • Reputasi ini membolehkan negara menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. • Negara juga dihormati oleh negara lain dalam hubungan antarabangsa.Berideologi • Negara mempunyai dasar atau ideologi yang menjadi panduan pada sistem sosial, ekonomi dan politik negara. • Ideologi ini merujuk kepercayaan yang menggerakkan hala tuju politik dan sosial. • Pemimpin negara membawa ideologi asas yang sama seperti Rukun Negara.• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.• Kuasa kuasa tertinggi yang dimiliki oleh negara.Info ekstraText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 16PENERBIT 4/14/2026 3:06:30 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB17Ciri HuraianBeridentiti • Negara mempunyai ciri-ciri unik yang membezakannya daripada negara lain seperti lambang negara, bendera, lagu kebangsaan dan slogan. • Identiti ini juga merangkumi ideologi negara tersendiri serta simbol seperti bunga kebangsaan.Sistem Kerajaan Malaysia 1 Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 2 Perlembagaan Persekutuan ialah peraturan tertinggi dan panduan yang menjadi asas kepada pengagihan kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.Jadual 2.1.2 Pengagihan kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan NegeriAspek Kerajaan Pusat Kerajaan NegeriPembahagian kuasa Kuasa dibahagikan secara seimbang dengan Kerajaan Negeri.Kuasa dibahagikan dengan Kerajaan Pusat.Kuasa eksekutif Dipegang oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.Dipegang oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.Kuasa perundangan Dipegang oleh Parlimen(Dewan Rakyat dan Dewan Negara).Dipegang oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).Autonomi Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh dalam hal ehwal luar negara dan hal umum.Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh dalam urusan negeri seperti tanah, hutan, agama Islam, pentadbiran negeri dan perundangan negeri.Bidang kuasa Hal ehwal luar negara, keselamatan, pertahanan dan kewangan.Tanah, hutan, agama Islam, pentadbiran negeri dan perundangan negeri. 3 Malaysia terdiri daripada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, di mana setiap negeri mempunyai sistem pentadbiran tersendiri yang selaras dengan prinsip persekutuan. 4 Sistem persekutuan ini merangkumi pembahagian kuasa yang seimbang antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri untuk memastikan pentadbiran yang adil dan efisien.Semak Cepat 2.1.21 Nyatakan ciri-ciri negara berdaulat.2 Apakah ciri-ciri yang menggambarkan kedaulatan sesebuah negara yang merdeka?Sistem Raja Berperlembagaan • Mempunyai raja sebagai lambang institusi monarki.• Raja ialah ketua negaradengan peranan utama sebagai simbol perpaduan dan kestabilan.• Raja mempunyai kuasa simbolik sahaja, manakala kuasa eksekutif dan perundangan dipegang oleh kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi.Info ekstraText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 17PENERBIT 4/14/2026 3:06:30 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB185 Kuasa Kerajaan Pusat tidak mutlak kerana pembahagian kuasa ini turut melibatkan pengasingan kuasa tertentu antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.6 Kuasa eksekutif(a) Kerajaan Pusat: Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.(b) Kerajaan Negeri: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.7 Kuasa perundangan(a) Kerajaan Pusat: Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.(b) Kerajaan Negeri: Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang negeri.8 Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi sendiri dalam bidang kuasa yang diperuntukkan.9 Kerajaan Pusat berkuasa dalam hal berkaitan dengan hal ehwal luar negara dan isu-isu umum seperti keselamatan dan pertahanan.10 Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh dalam hal ehwal negeri seperti tanah, hutan, agama Islam, pentadbiran negeri dan perundangan negeri.11 Sistem persekutuan ini dibentuk untuk mengimbangi kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kelancaran pentadbiran negara.Bentuk Pemerintahan Negara Malaysia1 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan prinsip Raja Berperlembagaan. Dalam sistem ini, Raja Berperlembagaan berperanan sebagai ketua negara yang simbolik, sementara kuasa pemerintahan negara dijalankan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.2 Demokrasi merupakan satu bentuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan secara berkala. Di Malaysia, pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil rakyat.3 Calon yang dipilih oleh rakyat ialah anggota parti politik yang berlainan atau sama. Mereka boleh bertanding mewakili pelbagai parti atau bertanding sebagai calon bebas.4 Rakyat bebas membuat pilihan dalam pilihan raya tanpa sebarang paksaan. Setiap individu mempunyai hak untuk memilih calon yang mereka inginkan tanpa tekanan atau pengaruh luar.5 Rakyat berhak memilih calon yang mereka anggap paling sesuai untuk mentadbir negara. Setiap warganegara yang layak mengundi boleh memilih calon yang diyakini mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.6 Parti politik yang memperoleh majoriti dalam pilihan raya umum akan diberi kuasa untuk membentuk kerajaan. Parti yang memenangi lebih banyak kerusi di Dewan Rakyat akan melantik Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.7 Konsep demokrasi di Malaysia ialah “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.” Ini bermakna kerajaan dibentuk untuk kepentingan rakyat berdasarkan pilihan dan kehendak rakyat.Semak Cepat 2.1.31 Siapakah yang memegang kuasa perundangan bagi:(a) Kerajaan Pusat?(b) Kerajaan Negeri?2 Apakah tujuan pembentukan sistem persekutuan?Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 18PENERBIT 4/14/2026 3:06:30 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB19Jadual 2.1.3 Ciri-ciri utama demokrasiCiri-ciri HuraianPerlindungan terhadap hak asasi rakyatRakyat dijamin hak mereka untuk hidup bebas dan berhak menikmati kebebasan seperti kebebasan bersuara, beragama dan hak untuk mendapat layanan yang adil.Rakyat bebas bersuara dan berpersatuanSetiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dan berkumpul dalam persatuan atau parti politik tanpa sebarang halangan.Pilihan raya dilakukan secara bebasPilihan raya umum diadakan secara adil dan terbuka untuk membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka inginkan tanpa paksaan atau penipuan.Pengundian dilakukan secara sulitSetiap pengundi mempunyai hak untuk memilih calon atau parti secara peribadi dan sulit tanpa sebarang pendedahan kepada orang lain serta memastikan kebebasan dan keadilan dalam memilih.Kemenangan dalam pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyakCalon atau parti yang mendapat undi terbanyak akan menang dalam pilihan raya dan diberikan kuasa untuk membentuk kerajaan.Rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihan rayaSetiap warganegara yang layak berhak untuk mengundi dan menentukan kerajaan yang mereka inginkan sebagai sebahagian daripada hak demokrasi mereka.8 Negara yang mengamalkan demokrasi akan mengamalkan konsep doktrin pengasingan kuasa.9 Doktrin ini memisahkan kuasa kerajaan kepada tiga cabang utama, iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari. Setiap cabang ini mempunyai kuasa dan fungsi yang berbeza serta beroperasi secara bebas antara satu sama lain untuk memastikan tiada satu pihak yang terlalu berkuasa, sekali gus menjaga keadilan dan keseimbangan dalam sistem pemerintahan.Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia1 Doktrinpengasingan kuasa telah diamalkan di Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan hingga hari ini. 2 Kuasa pemerintahan di negara kita dibahagikan kepada tiga badan utama yang bebas, iaitu:(a) Badan Perundangan (Legislatif) (b) Badan Eksekutif (Pelaksana)(c) Badan Kehakiman (Judisiari)3 Kuasa badan-badan ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, di mana Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak sebagai Ketua Utama Negara dan punca kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut.Semak Cepat 2.1.41 Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?2 Nyatakan ciri-ciri utama amalan demokrasi dalam pemerintahan negara kita.• Doktrin pengasingan kuasa merujuk teori pemisahan kuasa antara tiga badan utama pemerintahan, iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.• Kabinet ialah kumpulan Jemaah Menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran dan melaksanakan dasar kerajaan di sesebuah negara.• Yang di-Pertuan Agongmerupakan salah satu komponen dalam badan perundangan.Tahukah AndaText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 19PENERBIT 4/14/2026 3:06:30 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB20Rajah 2.1.2 Pengasingan kuasa dalam pemerintahanRajah 2.1.3 Tujuan doktrin pengasingan kuasaKemerdekaan Tanah Melayu 1 Usaha untuk memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Tanah Melayu daripada Parti Perikatan.Tujuan Doktrin Pengasingan KuasaMemastikan tiada satu badan pemerintahan yang terlalu berkuasa dan dapat menyalahgunakan kuasa tersebut.Setiap badan bertindak secara bebas dan saling menyemak agar hak dan kepentingan rakyat terpelihara.Menjamin keadilanMemastikan keseimbangan kuasaMemelihara Keluhuran PerlembagaanMemperkukuh sistem demokrasiMengelakkan penyalahgunaan kuasaMembahagikan tanggungjawab kepada badan perundangan, eksekutif dan kehakiman untuk menjaga kestabilan dalam sistem pemerintahan.Setiap badan menjalankan fungsinya mengikut peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.Pengasingan kuasa ini menyokong amalan demokrasi dengan memberikan peranan yang jelas kepada setiap badan.Semak Cepat 2.1.51 Nyatakan tiga badan utama yang berkuasa di negara kita.2 Jelaskan kepentingan doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia.Badan Perundangan Badan Eksekutif Badan KehakimanYang di-Pertuan AgongMenggubal, meminda dan meluluskan undang-undang.Melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan.Mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.• Badan Perundangan (Legislatif) Bertanggungjawab untuk menggubal undang-undang.• Badan Eksekutif (Pelaksana)Bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar dan pentadbiran negara.• Badan Kehakiman (Judisiari) Bertanggungjawab untuk mentafsir dan menguatkuasakan undangundang.Info ekstraText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 20PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB21 2 Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan kemerdekaan ke London untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan British bagi membincangkan soal perlembagaan negara yang akan merdeka. 3 Rundingan kemerdekaan tersebut berlangsung dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 antara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dengan British di Lancaster House, London. 4 Misi rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu. 5 Dalam rundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid. 6 Suruhanjaya Reid berperanan membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.Jadual 2.1.4 Rombongan kemerdekaan ke LondonWakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan• Dato’ Haji Wahab Abd Aziz (Dato’ Penglima Bukit Gantang)• Encik Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor)• Dato’ Mohamed Seth Mohammad Said (Menteri Besar Johor)• Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood (Menteri Besar Kelantan)• Tunku Abdul Rahman• Dato’ Abdul Razak Hussein• H.S. Lee• Dr. Ismail Abdul RahmanRajah 2.1.4 Inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957Anggota Suruhanjaya Reid • Lord Reid (Britain)• Sir William Ivor Jennings (Britain)• Sir William Mckell (Australia)• Hakim B. Malik (India)• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)Info ekstraPemilihan seorang raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan Raja Melayu setiap lima tahun sekali.Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara.Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu.Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 21PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB22 7 Pada 31 Ogos 1957, upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 8 Pemasyhurankemerdekaan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku Abdul Rahman bagi mengisytiharkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan kedaulatan. 9 Tunku Abdul Rahman dengan tangan di udara melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dengan gemanya serta disambut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa.Faktor Pembentukan Malaysia 1 Rancangan pembentukan Malaysia mula dirintis apabila Tunku Abdul Rahman memberikan komitmen penuh terhadap penggabungan wilayah yang terlibat, di samping memperoleh sokongan daripada kerajaan British. 2 Pembentukan Malaysia didorong oleh beberapa faktor utama, iaitu:Jadual 2.1.5 Rasional idea pembentukan MalaysiaFaktor HuraianMenjamin keselamatan Menyekat pengaruh komunis yang kian meluas di Singapura dan Sarawak sehingga mengganggu kestabilan politik serantau.Mengimbangi komposisi penduduk• Mengelakkan ketidakseimbangan kaum yang berlaku di Tanah Melayu.• Penggabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei akan menyeimbangkan komposisi antara penduduk.Meningkatkan pembangunan wilayahPembentukan Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi dalam pelbagai aspek seperti insfrastruktur, sosial dan ekonomi yang lebih seimbang. Mempercepat proses kemerdekaanPembentukan Malaysia dapat merealisasikan rancangan dekolonisasi dan mempercepat kemerdekaan Sarawak dan Sabah.Semak Cepat 2.1.71 Nyatakan faktor pembentukan Malaysia.Semak Cepat 2.1.61 Siapakah pihak yang terlibat mengadakan rundingan dalam usaha merintis ke arah kemerdekaan?2 Nyatakan suruhanjaya yang berperanan merangka perlembagaan bagi negara kita.3 Di manakah sambutan kemerdekaan negara kita diadakan?• Pada detik 12:00 tengah malam, 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan sebagai simbol berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu.• Seterusnya, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi alunan lagu kebangsaan, Negaraku. Sorakan “Merdeka” sebanyak tujuh kali bergema, menandakan detik bersejarah yang mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.Info ekstraText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 22PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB23Tanggungjawab Kerajaan Menentukan Tadbir Urus Negara1 Merancang dan melaksanakan tadbir urus yang cekap dan berkesan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.2 Mematuhi prinsip tadbir urus yang baik seperti ketelusan, integriti, akauntabiliti dan keberkesanan serta memberikan keutamaan pada kebajikanrakyat.3 Membentuk dasar yang jelas dan konsisten untuk menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.Menyediakan Kemudahan Ekonomi 1 Menggubal sistem ekonomi yang kukuh seperti percukaian, perakaunan dan perbendaharaan negara bagi menjamin kestabilan ekonomi.2 Membangunkan infrastruktur strategik seperti bangunan perniagaan, sistem pengangkutan moden dan kawasan perindustrian untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.3 Memberikan sokongan pada sektor perniagaan tempatan untuk meningkatkan daya saing pada peringkat global.Mengukuhkan Perpaduan Rakyat 1 Membina ideologi negara yang berteraskan nilai-nilai kebangsaan dan patriotisme untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.2 Menggalakkan hubungan harmoni antara pelbagai kaum melalui program integrasi sosial dan budaya.3 Mengamalkan keadilan sosial dalam pemberian bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.Memastikan Keselamatan dan Keamanan Negara1 Melindungi kedaulatan negara daripada ancaman kuasa asing dan serangan luar.2 Mengatasi jenayah rentas sempadan melalui kerjasama antarabangsa dan kawalan sempadan yang ketat.3 Memperkasakan sistem ketenteraan, keselamatan awam dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan keamanan terpelihara.Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar1 Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan kerosakan akibat aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.2 Melaksanakan usaha melestarikan alam sekitar melalui program penanaman semula hutan dan pengurangan pelepasan karbon.3 Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang lebih ketat untuk memastikan sumber asli negara terpelihara.4 Mengekalkan kawasan hutan simpan dan memantau aktiviti pembalakan haram.Menjadikan Negara Berdaya Saing1 Meningkatkan pengeluaran produk dengan nilai tambah tinggi yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 23PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB24Rumusan Bab 2A• Malaysia merupakan sebuah negara yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai negara yang berdaulat. • Kemerdekaan negara dicapai melalui pendekatan rundingan tanpa melibatkan tumpahan darah telah menunjukkan keutamaan Malaysia terhadap penyelesaian secara damai.• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen menjadikannya sebuah negara persekutuan yang stabil. • Bagi memastikan keseimbangan kuasa, Malaysia mempraktikkan konsep doktrin pengasingan kuasa yang berperanan mengelakkan pemusatan kuasa dan menjamin keadilan serta kestabilan negara dalam jangka masa panjang.• Kedaulatan negara perlu dipelihara dengan sebaiknya untuk memastikan Malaysia kekal bebas daripada ancaman penjajahan pada masa hadapan.Semak Cepat 2.1.81 Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara?2 Bagaimanakah kerajaan boleh meningkatkan daya saing negara pada peringkat global? 2 Menjamin kualiti dan kuantiti produk tempatan untuk memenuhi permintaan pengguna dalam dan luar negara. 3 Memanfaatkan teknologi terkini dalam penyampaian perkhidmatan dan pengeluaran barangan untuk memastikan daya saing negara terus meningkat.Menyediakan Kemudahan Asas Rakyat 1 Menyediakan rangkaian pengangkutan awam dan jalan raya yang cekap bagi memudahkan pergerakan rakyat. 2 Membangunkan kawasan perumahan yang selesa dan kawasan riadah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. 3 Memastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh. 4 Mengutamakan pembangunan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan telekomunikasi.Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 24PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB25 1 Nyatakan ciri-ciri sebuah negara berdaulat. 2 Lengkapkan rajah berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara.(a)(b)(c)(f)(e)(d)(a) (b) (c)(g)(h)(i)Yang di-Pertuan AgongMjlis Raja-RajaTinjau BabText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 25PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat2ABAB263 Nyatakan empat faktor pembentukan Malaysia.4 Jelaskan empat tangungjawab kerajaan dalam memastikan kesejahteraan negara.Tanggungjawab Kerajaan(a)(c)(b)(d)(d) (a)(c)Faktor Pembentukan Malaysia(b)Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 26PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat272ABAB 1 Yang manakah merujuk konsep sebuah negara?A Pemimpin yang cekapB Penduduk yang berbilang kaum C Pemerintahan secara demokrasiD Persempadanan negara yang jelas 2 Yang manakah merupakan ciri sebuah negara? I Penduduk yang tetap II Masyarakat yang majmuk III Pemerintahan yang sistematikIV Pemerintahan secara demokrasiA I dan II C II dan IVB I dan III D III dan IV 3 Yang manakah merupakan sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?A Sistem presiden B Sistem autokrasiC Sistem monarki mutlak D Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 4 Pernyataan di atas merujuk ciri negara berdaulat yangA beridentiti B berwibawaC berideologiD berkuasa sendiri 5 Berkuasa sendiriMaklumat di atas merujuk ciri negara berdaulat yangA menentukan ideologi dan perlembagaan negara sendiriB bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi kuasa asing • Negara memperoleh pengiktirafan daripada negara luar dan komuniti antarabangsa. • Negara juga dihormati oleh negara lain dalam hubungan antarabangsa.Bahagian A Soalan Aneka PilihanJawab semua soalan.C menentukan hala tuju pembangunan mengikut acuan sendiri D mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat sendiri 6 Yang manakah ciri yang mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?A Mempunyai ideologi B Menjaga keadilan rakyatC Melestarikan alam sekitarD Mempunyai tanah jajahan 7 Siapakah yang memegang kuasa eksekutif pada peringkat persekutuan di Malaysia?A KabinetB Perdana MenteriC Yang di-Pertuan AgongD Majlis Mesyuarat Kerajaan 8 Apakah peraturan tertinggi yang menjadi teras dalam sistem pemerintahan negara kita?A Parlimen B Jata negara C Pilihan rayaD Perlembagaan Persekutuan 9 Apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan sesebuah negara?A Negara bergantung sepenuhnya pada kuasa luar dalam pentadbiranB Negara bebas membuat keputusan berkaitan dengan dasar dalam negeriC Negara tidak bebas dalam hubungan luar negara dan dipengaruhi oleh kuasa asingD Negara bebas daripada penjajahan kuasa asing dan boleh membuat keputusan sendiri10 Apakah faktor utama yang menentukan sesebuah negara itu berdaulat?A Penduduk yang bersatu paduB Sempadan yang berubah-ubahC Pemerintahan beraja yang diterima oleh rakyatD Diperintah oleh kerajaan yang sistematik dan teraturFokus STPM 2ASTPMKLONSTPMKLONText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 27PENERBIT 4/14/2026 3:06:31 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat282ABAB11 Bagaimanakah sesebuah kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat?A Memberikan bantuan subsidiB Melaksanakan tadbir urus negaraC Menyediakan keperluan asas pendudukD Meluluskan undang-undang suaka politik12 Yang manakah yang menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat?A Penduduk diimbangi mengikut kaumB Kemajuan ekonomi dikongsi bersamaC Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsaD Tadbir urus negara dilaksanakan mengikut komuniti antarabangsa13Elemen di atas melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yangA merdeka B beridentiti C berwibawaD berkuasa sendiri14 Antara berikut, yang manakah menggambarkan ciri utama sebuah negara berdaulat?A Penduduk yang tetapB Mempunyai hubungan diplomatikC Sistem pemerintahan yang stabil dan teratur D Sempadan yang tidak ditentukan secara jelas15 Yang manakah pernyataan yang menggambarkan konsep sebuah negara berdaulat? I Mempunyai bendera sendiri II Mempunyai sistem ekonomi sendiri III Melaksanakan tadbir urus negara yang berkesan IV Melaksanakan pemerintahan secara bebas tanpa campur tangan asingA I dan II C II dan IVB I dan III D III dan IV16 Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan negara yang jelas?A Menjaga kedaulatan negaraB Memperkaya hasil peribumiC Menguruskan pembangunan ekonomiD Mengawal pergerakan barangan yang dibawa masuk• Lagu Negaraku• Bunga kebangsaan • Bendera kebangsaan17 Apakah rasional idea terhadap pembentukan Malaysia?A Menjamin pemerintahan autonomi bagi setiap negeriB Mempercepat kemerdekaan Brunei dan SingapuraC Mengelakkan ketidakseimbangan kaum di Tanah Melayu sahajaD Menyekat pengaruh komunis yang semakin meluas di Singapura dan Sarawak18 Situasi manakah yang menjejaskan Malaysia sebagai negara yang berdaulat? I Masalah penggangguran yang tinggi II Kemasukan pendatang asing tanpa izin III Kegiatan lanun di kawasan perairan negara IV Ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandarA I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV19 Yang manakah faktor utama pembentukan Malaysia?A Memudahkan pengurusan pentadbiran negaraB Mengimbangi komposisi penduduk pelbagai kaumC Memajukan ekonomi Tanah Melayu secara lebih efektifD Menjamin keselamatan bersama daripada ancaman komunis 20Pernyataan di atas menunjukkan salah satu tangungjawab kerajaan berkaitan denganA menjaga keselamatan dan keamanan negaraB menjaga keadilan dan keharmonian rakyatC mempertahankan kedaulatan negaraD mengeratkan perpaduan rakyat• Membina hubungan kekeluargaan yang harmoni.• Tidak membezakan rakyat mengikut keturunan dan agama.STPMKLONText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 28PENERBIT 4/14/2026 3:06:32 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Negara Berdaulat292ABABBahagian B Soalan StrukturJawab semua soalan.1(a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah maksud Raja Berpelembagaan? [1](b) Nyatakan tiga ciri negara berdaulat yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai identiti yang unik. [3](c) Bagaimanakah kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dalam menghadapi cabaran semasa? KBAT [6]2(Dipetik daripada https://www.penerangan.gov.my/suruhanjaya-reid/)(a) Nyatakan tiga cadangan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid. [3](b) Berikan tiga nama ahli yang menganggotai Suruhanjaya Reid. [3](c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan suruhanjaya ini dalam menjayakan pembentukan Malaysia? KBAT [4] KUALA LUMPUR, 20 Julai – Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini menonjolkan keistimewaan dan keunikan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. Pensyarah Kanan dan Panel Pakar Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Ismail Ma’arof, berkata istiadat pertabalan yang dilaksanakan lima tahun sekali itu turut menggambarkan model perpaduan dan kesederhanaan di Malaysia. Beliau berkata, pada masa yang sama, istiadat penuh tradisi berkenaan juga melambangkan kedaulatan dan legitimasi keberadaan Raja-raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara. Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara dan dihadiri oleh ratusan tetamu termasuk Raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara. (Disesuaikan daripada www.astroawani.com, 20 Julai 2024)Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2A_vim3p(14-29).indd 29PENERBIT 4/14/2026 3:06:32 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Perlembagaan PersekutuanPembentukan PerlembagaanKandungan PerlembagaanKeluhuran PerlembagaanCara Pindaan PerlembagaanAgama IslamBadan KehakimanPersekutuan, Negeri dan HubungannyaBahagian I, Perkara 3Bahagian IX, Perkara 121-131ABahagian III, Perkara 14-31Bahagian XII, Perkara 153Jadual KesembilanBahagian II, Perkara 5-13Bahagian XII, Perkara 152Bahagian VIII, Perkara 113-120• Memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen.• Memerlukan sokongan majoriti mudah ahli Majlis Parlimen.• Memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.• Memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis RajaRaja.Kebebasan AsasiPilihan RayaKewarganegaraanBahasa KebangsaanHak Istimewa Orang Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak2BBAB Malaysia Negara Berdaulat:Perlembagaan PersekutuanInfografik30Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70).indd 30PENERBIT 4/14/2026 3:07:16 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan Persekutuan2.2.1 Peruntukan Perlembagaan PersekutuanPembentukan Perlembagaan 1 Perlembagaan Persekutuan ialah dokumen rujukan bertulis utama bagi semua undang-undang di negara ini sebagai teras kestabilan politik, keharmonian rakyat dan kedaulatan negara. 2 Perlembagaan ini dirangka untuk memastikan sistem kerajaan yang teraturdengan pembahagian kuasa yang jelas antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. 3 Perlembagaan Persekutuan turut melindungi hak-hak rakyat, memperkukuh institusi demokrasi dan memelihara perpaduan serta kedaulatan negara. 4 Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan seiring dengan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 menjadikannya dokumen asas bagi pemerintahan negara. 5 Penggubalan Perlembagaan Persekutuan dilakukan oleh Suruhanjaya Reid, sebuah badan bebas antarabangsa yang dipengerusikan oleh Lord Reid (Britain) bersama ahli lain, iaitu: (a) Sir William Ivor Jennings (Britain) (b) Sir William McKell (Australia) (c) Tuan Hakim B. Malik (India) (d) Tuan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) 6 Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang sedia ada yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka serta undang-undang di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia untuk memastikan kesinambungan pentadbiran. 7 Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh dipinda agar membolehkan ia kekal relevan dengan perubahan sosial, ekonomi dan politik semasa. 8 Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan oleh Parlimen dari semasa ke semasa melalui proses tertentu untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan rakyat dan negara. 9 Parlimen ialah badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada tiga komponen, iaitu: (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Dewan Rakyat (c) Dewan Negara10 Malaysia mempunyai sistem Parlimen dwidewan, iaitu Dewan Rakyat sebagai badan legislatif utama dan Dewan Negara sebagai badan yang mewakili kepentingan negeri-negeri serta golongan tertentu.Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan 1 Perlembagaan Persekutuan digubal dengan menggabungkan dua ciri utama, iaitu tradisional dan moden bagi memastikan keseimbangan antara unsur warisan dengan perubahan zaman. 2 Gabungan ini bertujuan mengekalkan identiti negara di samping menjamin keadilan, kesejahteraan dan hak rakyat.2.2 Perlembagaan Persekutuan Sebelum kemerdekaan, kerajaan British telah memperkenalkan dua perlembagaan penting:• Perlembagaan Malayan Union 1946 untuk mewujudkan pentadbiran pusat yang kuat, namun mendapat tentangan hebat daripada rakyat kerana ia mengancam kedudukan Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union, mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu dan memperkenalkan sistem pentadbiran yang lebih diterima oleh penduduk tempatan.Tahukah AndaModel Westminster• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diilhamkan daripada sistem Westminster yang diambil dari Britain.• Perlembagaan ini menggabungkan elemen pemerintahan beraja, Demokrasi Berparlimen dan perundangan moden.Info ekstra312BBABText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70).indd 31PENERBIT 4/14/2026 3:07:17 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan PersekutuanCiri TradisionalJadual 2.2.1 Ciri tradisional dalam Perlembagaan PersekutuanCiri HuraianKedudukan Raja-raja Melayu atau pemerintahan beraja• Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh di negeri masing-masing.• Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai pemerintah tertinggi negara.• Ini melambangkan kesinambungan tradisi dan warisan bangsa.Agama Islam sebagai agama Persekutuan• Islam diiktiraf sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi kebebasan beragama tetap dijamin.• Agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja di negeri masing-masing.• Bagi Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja, perkara ini berada di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanBahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan bagi melambangkan identiti negara.Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera• Perkara 153 memperuntukkan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, sejajar dengan kedudukan mereka dalam sejarah negara.• Yang di-Pertuan Agong berperanan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain.Ciri ModenJadual 2.2.2 Ciri moden dalam Perlembagaan PersekutuanCiri HuraianDemokrasi Berparlimen Sistem pemerintahan berasaskan demokrasi memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil pemimpin melalui pilihan raya yang bebas dan adil.Pengasingan kuasa Perlembagaan menetapkan pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk memastikan keadilan dan mengelakkan pemusatan kuasa.Kewarganegaraan Kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia melahirkan taraf kewarganegaraan yang sama kepada rakyatnya.Hak asasi rakyat Perlembagaan melindungi hak-hak asasi rakyat seperti kebebasan diri, kebebasan beragama, hak berkenaan dengan pendidikan serta kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.Semak Cepat 2.2.11 Apakah tujuan penggubalan Perlembagaan Persekutuan?2 Apakah yang berlaku jika Perlembagaan Persekutuan bercanggah dengan undang-undang negeri?3 Nyatakan tiga komponen yang membentuk Parlimen di Malaysia.• Yang di-Pertuan Agongmerupakan salah satu komponen dalam badan perundangan.• Dewan Rakyat atau Perwakilan berfungsi menggubal undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Ahli dewan ini dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.• Dewan Negara atau Senat ialah dewan tertinggi dalam sistem perundangan negara. Dewan ini berfungsi membahaskan rang undangundang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih teliti.Tahukah Anda322BBABText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70).indd 32PENERBIT 4/14/2026 3:07:17 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan PersekutuanKeluhuran Perlembagaan1 Keluhuran perlembagaan merujuk prinsip bahawa Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini yang mesti dipatuhi oleh semua pihak termasuk kerajaan, badan kehakiman dan rakyat. 2 Ia mencerminkan penghormatan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan menekankan bahawa tidak ada institusi lain termasuk pihak berkuasa yang boleh mengatasi ketertinggian kedudukan Perlembagaan Persekutuan.3 Keluhuran perlembagaan menuntut rakyat Malaysia untuk menerima, mematuhidan mempertahankan kemuliaan perlembagaan agar negara terus mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan kestabilan dalam pemerintahan.4 Terdapat beberapa elemen utama dalam keluhuran perlembagaan, iaitu: Perlembagaan sebagai Undang-undang Tertinggi(a) Perlembagaan merupakan asas utama kepada semua undang-undang lain yang digubal di negara ini. Segala peraturan dan undang-undang haruslah selaras dengan perlembagaan. (b) Jika terdapat undang-undang atau tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan, ia dianggap tidak sah.Kepatuhan terhadap Prinsip Keadilan(a) Keluhuran perlembagaan menekankan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan negara. (b) Semua rakyat tanpa mengira latar belakang harus diperlakukan dengan adil dan sama di bawah perlembagaan.Perlindungan Hak AsasiKeluhuran perlembagaan juga melibatkan penghormatan terhadap hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan seperti kebebasan bersuara, hak untuk berpersatuan dan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.Pemeliharaan Kedaulatan NegaraKeluhuran perlembagaan memperlihatkan bagaimana perlembagaan berperanan untuk memelihara kedaulatan negara dan memastikan negara tersebut mempunyai sistem pemerintahan yang stabil dan teratur.Kuasa Pindaan yang Terhad(a) Walaupun perlembagaan boleh dipinda untuk menyesuaikannya dengan perkembangan zaman, pindaan tersebut mesti dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. (b) Keluhuran perlembagaan memastikan perubahan-perubahan tersebut dilakukan secara telus dan mengikut proses yang ditetapkan.Kepentingan Perlembagaan Persekutuan1 Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan penting sebagai asas pada kestabilan, keamanan dan pembangunan negara. 2 Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bertindak sebagai rujukan tertinggi dalam undang-undang tetapi juga sebagai panduan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan berdaya saing. 332BBABText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70).indd 33PENERBIT 4/14/2026 3:07:18 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan Persekutuan3 Berikut merupakan kepentingan Perlembagaan Persekutuan dalam memastikan kelangsungan dan kemajuan negara.Jadual 2.2.3 Kepentingan Perlembagaan PersekutuanKepentingan HuraianMembentuk perpaduan nasionalPerlembagaan menjadi asas pada keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya dengan menyediakan hak dan perlindungan yang sama kepada semua rakyat.Mengelakkan penyalahgunaan kuasaPrinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman memastikan tiada pihak boleh bertindak sewenang-wenangnya.Mewujudkan pemerintahan yang adilPerlembagaan menetapkan garis panduan pemerintahan berlandaskan keadilan, kejujuran dan ketelusan dalam pengurusan negara.Menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyatPerlembagaan melindungi hak dan kebebasan individu sekali gus mewujudkan suasana yang aman dan stabil dalam masyarakat.Menjamin kestabilan politik dan pentadbiran yang efisienSebagai asas undang-undang tertinggi, perlembagaan memastikan kelangsungan pemerintahan yang cekap dan teratur, penting untuk kestabilan politik dan pentadbiran negara.Menentukan tanggungjawab dan sekatan kebebasan rakyatPerlembagaan memperincikan hak-hak rakyat, tanggungjawab mereka serta batasan kebebasan untuk menjaga keseimbangan dan kepentingan negara.Menjamin hak asasi manusia di MalaysiaHak-hak seperti kebebasan beragama, bersuara, bergerak dan hak untuk mendapat perlindungan undang-undang dijamin oleh perlembagaan bagi semua rakyat Malaysia.Perlembagaan Persekutuan (Bahagian, Perkara dan Kandungan) 1 Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara. 2 Setiap bahagian merangkumi aspek penting yang menjadi asas pada pentadbiran negara.Jadual 2.2.4 Ringkasan kandungan Perlembagaan PersekutuanBahagian Perkara KandunganI 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan: Nama negeri dan wilayah Persekutuan, agama rasmi (Islam), kedudukan agama lain dan undang-undang utama Persekutuan.II 5-13 Kebebasan asasiSemak Cepat 2.2.21 Nyatakan maksud Keluhuran Perlembagaan.2 Mengapakah Keluhuran Perlembagaan penting dalam sistem pemerintahan negara?3 Apakah kepentingan Perlembagaan Persekutuan terhadap kestabilan dan kemajuan negara?342BBABText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70)UPDATE.indd 34PENERBIT 4/15/2026 10:45:21 AMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan PersekutuanBahagian Perkara KandunganIII 14-31 Kewarganegaraan: Perolehan, penamatan dan tambahan.IV 32-69 Persekutuan: Kepala utama negara, Majlis Raja-Raja, Pemerintah, Badan Perundangan, acara perundangan, keupayaan Persekutuan.V 70-72 Negeri-negeri: Keutamaan raja dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN).VI 73-95E Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri-negeri: Perincian pembahagian kuasa perundangan (Senarai Persekutuan, Negeri dan Bersama), kuasa eksekutif, pembahagian hasil kewangan, pembangunan ekonomi dan peruntukan khas bagi Sabah dan Sarawak.VII 96-112D Peruntukan kewangan: Asas pengurusan kewangan negara, kuasa perbendaharaan, hasil negeri dan pemakaian peruntukan khas bagi Sabah dan Sarawak.VIII 113-120 Pilihan raya: Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tatacara pengendalian pilihan raya, kelayakan calon, proses persempadanan kawasan pilihan raya dan hak pengundi.IX 121-131A Badan kehakiman: Kuasa badan kehakiman, struktur mahkamah di Malaysia (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi), bidang kuasa mahkamah dan kebebasan kehakiman.X 132-148 Perkhidmatan awam: Peranan dan struktur perkhidmatan awam termasuk pengurusan perjawatan dalam sektor kerajaan, hak dan tanggungjawab penjawat awam.XI 149-151 Kuasa-kuasa Khas: Kuasa khas menentang perbuatan subversif, tindakan yang menggugat keamanan negara dan perisytiharan darurat.XII 152-160 Am dan Pelbagai: Perkara berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta defi nisi istilah penting dalam perlembagaan.XIIA 161-161H Perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak: Hak-hak istimewa berkaitan dengan imigresen, tanah, bahasa dan agama bagi negeri Sabah dan Sarawak.XIII 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan: Perkara berkaitan dengan kesinambungan undang-undang, pentadbiran dan peraturan yang digubal sebelum kemerdekaan.XIV 181 Pengecualian bagi kedaulatan raja-raja: Kekebalan Rajaraja Melayu daripada sebarang prosiding mahkamah dalam kapasiti rasmi mereka.XV 182-183 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja: Prosedur khas untuk menangani kesalahan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu.Perkara 182 (Mahkamah Khas Raja-raja)• Mahkamah Khas Rajaraja ditubuhkan untuk mengendalikan sebarang prosiding yang melibatkan Yang di-Pertuan Agongatau Raja-raja Melayu. • Ia memainkan peranan dalam mengekalkan keluhuran perlembagaan dengan memberikan perlindungan pada kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta memastikan keadilan diberikan dalam hal-hal berkaitan dengan institusi diraja.Info ekstraSemak Cepat 2.2.31 Berapakah jumlah bahagian dan perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan?2 Apakah aspek yang dibincangkan dalam Perkara 161-161H Perlembagaan Persekutuan?3 Nyatakan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Persekutuan.352BBABText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70).indd 35PENERBIT 4/14/2026 3:07:18 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Perlembagaan PersekutuanCara Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. Perlembagaan menjadi panduan penting bagi negara yang menjelaskan kuasa dalam setiap perkara. 2 Negara kita mengalami pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965. Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan dengan prosedur tertentu yang dinyatakan dalam perlembagaan itu sendiri. 3 Pindaan boleh dilakukan untuk memastikan bahawa perlembagaan sentiasa relevan dengan perubahan dalam sistem politik, ekonomi, sosial dan keperluan negara. 4 Ia juga bertujuan memperbaik kekurangan yang timbul dalam pelaksanaan perlembagaan atau untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa.Rajah 2.2.1 Cara pindaan Perlembagaan PersekutuanJadual 2.2.5 Cara pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang terlibatCara pindaan Perkara-perkara pindaanMemerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis RajaRaja• Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.• Kepentingan kaum lain.• Hak dan kedaulatan raja.• Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja.• Hal ehwal agama Islam.• Bahasa kebangsaan.• Kewarganegaraan.• Keistimewaan Parlimen.• Mengubah sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia.Memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak• Hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia.• Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.• Soal agama, bahasa dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak.• Kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak.• Hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak.Pindaan Perlembagaan Persekutuan ialah proses yang sangat berhati-hati dan memerlukan pertimbangan yang mendalam kerana ia melibatkan perubahan dalam undang-undang tertinggi negara yang melindungi hak-hak rakyat dan kestabilan negara.Tahukah AndaTarikh Pelaksanaan Pindaan Perlembagaan• Pindaan Perlembagaan pertama kali dikuatkuasakan pada 5 Disember 1958 di bawah tajuk Ordinan Perlembagaan. • Pindaan kedua dikuatkuasakan pada 1 Disember 1960 dengan tajuk Akta Perlembagaan.• Pada 16 September 1963, Akta Malaysia mula berkuat kuasa.Info ekstraPindaan Perlembagaan PersekutuanMemerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen.Memerlukan sokongan majoriti mudah ahli Majlis Parlimen.Memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.Memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.362BBABText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2B_vim2p(30-70).indd 36PENERBIT 4/14/2026 3:07:18 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Malaysia Negara Berdaulat: Kedaulatan Malaysia2EBAB283Bahagian C Soalan EseiJawab semua soalan.1 Kemajuan pesat teknologi maklumat pada abad ke-21 telah menyebabkan peningkatan jenayah siber yang boleh mengancam kedaulatan negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani isu ini. Bincangkan.[25]2 Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian tersebut. Bincangkan. [25]3 Amalan tatakelola yang baik perlu menjadi asas dalam sistem pentadbiran negara. Huraikan prinsip tadbir urus yang perlu diamalkan bagi memastikan pentadbiran yang berkesan dan berintegriti. [25]4 Program pembasmian kemiskinan kini lebih tertumpu di kawasan bandar berikutan peningkatan kadar kemiskinan di kawasan tersebut. Sehubungan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi mengatasi isu ini. Bincangkan. [25]5 Industri penternakan ikan air tawar berpotensi untuk dikembangkan sebagai salah satu sektor ekonomi yang mampan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dirangka bagi memastikan industri ini kekal kompetitif dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Bincangkan. [25]6 Seiring dengan kemodenan kehidupan di negara ini, pelbagai penyakit baharu semakin muncul dan mengancam tahap kesihatan penduduk. Huraikan faktor-faktor yang menyumbang pada ancaman kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia. [25]7 Kenaikan harga barang keperluan yang semakin membimbangkan telah memberikan tekanan kepada rakyat. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif bagi membendung kenaikan harga barang ini. Bincangkan.[25]8 Kerajaan amat menitikberatkan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat. Huraikan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. [25]Fokus STPM 2EText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 B2E_vim3p(196-283).indd 283PENERBIT 4/14/2026 3:24:41 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


284Masa: Dua jamBahagian A [20 markah]Jawab semua soalan. 1 Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara kerana I ketua kerajaan dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya II mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam pentadbiran III berkuasa menahan nelayan asing yang menceroboh perairan negara IV memiliki sistem pemerintahan yang berpandukan Perlembagaan PersekutuanA I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV 2 Yang manakah ciri demokrasi dalam pentadbiran kerajaan Malaysia? A Perlembagaan Persekutuan menjamin hak asasi rakyatB Proses pilihan raya dikendalikan oleh agensi di bawah kementerian kerajaanC Hanya calon daripada parti politik dibenarkan bertanding dalam pilihan rayaD Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri berdasarkan kuasa budi bicara baginda 3 Yang manakah situasi yang menggambarkan ciri sebuah negara berdaulat? I Rukun Negara dibentuk sebagai asas perpaduan rakyat selepas peristiwa 13 Mei 1969 II Badan perundangan merupakan institusi utama dalam pembentukan undang-undang di Malaysia III Malaysia mengetatkan kawalan sempadan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) IV Kerajaan Negeri perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan sebelum menjalinkan hubungan rasmi dengan negara luarA I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV 4Peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang manakah berkaitan dengan situasi di atas?A Perkara 4 B Perkara 5 C Perkara 6D Perkara 7 5 Kebebasan asasi warganegara Malaysia boleh disekat melalui tindakanA penukaran kad pengenalan baharu untuk semua rakyat MalaysiaB pengumuman pemberhentian subsidi minyak masak oleh kerajaanC semua warganegara Malaysia diwajibkan mengambil vaksin COVID-19D pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri 6Apakah tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Pendaftaran Negara dalam menentukan status kewarganegaraan bayi tersebut?A Bayi tersebut tidak boleh didaftarkan kerana tiada dokumen pengenalan ibu bapaB Bayi tersebut dianggap sebagai dilahirkan oleh seorang ibu yang bermastautin secara tetap di MalaysiaC Bayi tersebut dikategorikan sebagai bukan warganegara dan hanya boleh diberikan kewarganegaraan melalui proses naturalisasiD Bayi tersebut tidak diberikan status warganegara sehingga berumur 21 tahun sebelum pengesahan kewarganegaraan diberikanCubaan membunuh diri dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia.Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di kaki lima sebuah rumah kedai kosong tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.Kertas Model STPM 900/1Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 KM_vim2p(284-288).indd 284PENERBIT 4/14/2026 3:32:06 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM285Kertas Model STPM7 Kekosongan luar jangka sesuatu kerusi dalam badan perundangan berlaku apabilaI penyandang kerusi meninggal dunia setahun sebelum tempoh matang dewanII seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)III seorang menteri Kabinet dipecat kerana melanggar prinsip tanggungjawab kolektif KabinetIV Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan pilihan raya seorang calon kerana terbukti memberikan sumbangan wang kepada pengundi sepanjang tempoh berkempenA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV8 Yang manakah merupakan elemen utama dalam pilihan raya?A Jentera parti yang bertanding dalam kempen pilihan rayaB Pengesahan status kebankrapan calon oleh pihak berkuasaC Jumlah undi yang diterima oleh setiap calon dalam pilihan rayaD Bahagian pilihan raya yang menguruskan persempadanan kawasan pilihan raya9 Apakah tujuan utama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimeterai antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura?A Menghalang usaha Indonesia untuk menubuhkan gagasan Indonesia RayaB Menangani kelemahan pengaruh British di Singapura, Brunei, Sabah dan SarawakC Mengawal pengaruh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang semakin berkuasa di SingapuraD Meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia Timur yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua10 Antara perkara yang terkandung dalam Memorandum 20 Perkara yang dirangka sebelum termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah I tiada agama rasmi ditetapkan bagi wilayah Sabah dan SarawakII nama Borneo Utara diubah kepada Sabah, manakala nama Sarawak dikekalkanIII undang-undang syariah di Semenanjung Malaysia turut terpakai di wilayah Sabah dan SarawakIV Perlembagaan Tanah Melayu terbatal dan penggubalan perlembagaan baharu dilakukan dengan persetujuan Sabah dan SarawakA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV11 Yang manakah situasi yang menggambarkan sebuah jabatan yang mengamalkan prinsip efektif dan efisien dalam urusan pentadbiran?A Seorang pegawai bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap keputusan yang dibuatB Seorang pegawai berusaha membantu pelanggan menyelesaikan urusan dalam tempoh yang ditetapkanC Seorang pegawai atasan menjalankan pemantauan berkala terhadap skop tugas setiap pegawai di bawah seliaannyaD Seorang pegawai atasan bersikap terbuka terhadap pandangan pegawai bawahan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan12 Aspek utama dalam tadbir urus baik berlandaskan prinsipA pematuhanB akauntabilitiC efektif dan efisienD berfokuskan kepada pelanggan13 Yang manakah institusi yang bertanggungjawab melaksanakan bidang kuasa badan judisiari di bawah konsep pengasingan kuasa?A Jemaah MenteriB Mahkamah SesyenC Ketua Pendaftar Mahkamah D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri14 Yang manakah menunjukkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?A Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat akibat banjir besar yang melanda beberapa buah negeriB Yang di-Pertuan Agong melantik seorang pegawai kanan kerajaan sebagai duta Malaysia ke IndonesiaC Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan kepada seorang banduan akhir melalui Jemaah PengampunanD Perdana Menteri meletakkan jawatan setelah permohonannya untuk membubarkan Parlimen tidak diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong15 Apakah jenis Rang Undang-Undang yang paling kerap digubal oleh badan perundangan di Parlimen Malaysia?A Rang Undang-Undang Awam B Rang Undang-Undang HibridC Rang Undang-Undang PersendirianD Rang Undang-Undang Ahli PersendirianText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 KM_vim2p(284-288).indd 285PENERBIT 4/14/2026 3:32:06 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPMKertas Model STPM28616 Yang manakah membataskan kuasa Dewan Negara terhadap sesuatu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat?I Melakukan pindaan terhadap Rang UndangUndangII Membahaskan Rang Undang-Undang dengan lebih terperinciIII Membatalkan sesuatu Rang Undang-Undang yang dirasakan tidak sesuaiIV Menangguhkan sesuatu Rang Undang-Undang untuk suatu jangka masa tertentuA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV17 Mahkamah yang tidak mempunyai bidang kuasa asal dalam sistem kehakiman Malaysia ialahA Mahkamah TinggiB Mahkamah RayuanC Mahkamah MajistretD Mahkamah Persekutuan18 Ketua Audit Negara bertanggungjawab menjalankan pengauditan ke atas akaunI Tenaga Nasional Berhad II Pejabat Kewangan Negeri III Jabatan Pendidikan Negeri IV Keretapi Tanah Melayu BerhadA I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IV19 Yang manakah merupakan sumber hasil utama Kerajaan Negeri?A Duti eksaisB Duti harta pusaka C Cukai taksiran hartaD Bayaran dalam mahkamah20 Yang manakah merupakan kuasa Kerajaan Negeri terhadap Pihak Berkuasa Tempatan?I Melantik pegawai baharu bagi mengisi kekosongan jawatan sedia adaII Meluluskan belanjawan tambahan bagi projek mengawal banjir kilat di kawasan PBTIII Meluluskan pinjaman yang dimohon oleh PBT bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan merekaIV Mengenakan saman kepada premis makanan yang tidak memasang perangkap minyak di premis masing-masingA I dan IIIB I dan IVC II dan IIID II dan IVText Efektif STPM Pgjian Am Sem1 KM_vim2p(284-288).indd 286PENERBIT 4/14/2026 3:32:07 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPM287Kertas Model STPMBahagian B [10 markah]Jawab satu soalan sahaja. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan.21 (a) Berdasarkan keratan akhbar di atas, jelaskan pemahaman anda tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). KBAT [5](b) Apakah kepentingan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh badan perundangan negara? KBAT [5]22(a) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan dua nilai integriti yang perlu dimiliki oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka. [2](b) Jelaskan empat langkah yang boleh diambil bagi memupuk budaya integriti dalam sektor awam. KBAT [4](c) Huraikan dua peranan pemimpin dalam memastikan integriti terpelihara dalam kalangan penjawat awam. KBAT [4]Pindaan Perlembagaan Berkaitan dengan MA63 DiluluskanKUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen. Sokongan majoriti dua pertiga itu diperoleh menerusi dua kali undi belah bahagian, masing-masing pada bacaan kali kedua dan ketiga, seperti yang ditetapkan dalam Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.(Disesuaikan daripada www.bharian.com.my, 14 Disember 2021) Integriti Penjawat Awam Tingkatkan Keyakinan terhadap Kerajaan Hakikatnya, integriti dalam kalangan penjawat awam amat penting bagi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat. Setiap penjawat awam perlu menjauhkan diri daripada sebarang amalan rasuah dan salah laku. Selain bebas daripada rasuah, penjawat awam juga perlu dilihat bersih daripada sebarang elemen salah laku. Integriti penjawat awam bukan sahaja meningkatkan imej perkhidmatan awam, tetapi juga membantu mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap kerajaan.(Disesuaikan daripada www.bharian.com.my, 17 Januari 2022) Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 KM_vim2p(284-288).indd 287PENERBIT 4/14/2026 3:32:07 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Kertas Model STPMKertas Model STPM288Bahagian C [50 markah]Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima idea sahaja bagi karangan yang dihasilkan. 23 Kes pecah amanah dalam organisasi semakin membimbangkan. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengatasinya. Bincangkan. KBAT [25]24 Industri animasi memberikan pelbagai manfaat kepada negara, namun tanpa kawalan, ia boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak. Bincangkan. KBAT [25] 25 Beban kewangan dalam sektor kesihatan keluarga di Malaysia semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor. Jelaskan. KBAT [25] Text Efektif STPM Pgjian Am Sem1 KM_vim2p(284-288).indd 288PENERBIT 4/14/2026 3:32:07 PMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Click to View FlipBook Version