PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat 1 – 4 Tema 2: Beringat Supaya Selamat 5 – 8 Tema 3: Cahaya Perpaduan 9 – 12 Tema 4: Seni Bersendikan Budaya 13 – 16 Tema 5: Jati Diri dan Kewarganegaraan 17 – 20 Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi 21 – 24 Tema 7: Teknologi Amalan Hijau 25 – 27 Tema 8: Sektor Pertanian Pesat Membangun 28 – 31 Tema 9: Ekonomi dan Pengurusan Kewangan 32 – 35 Tema 10: Pelancongan 36 – 39 Tema 11: Sejarah dan Warisan 40 – 43 Tema 12: Sukan dan Rekreasi 44 – 47 Tema 13: Pengantarabangsaan Industri Negara 48 – 51 Tema 14: Wadah Ilmu 52 – 55 Tema 15: Bahasa dan Kesusasteraan 56 – 58 Tema 16: Kerjaya 59 – 62 Tema 17: Integriti 63 – 65 Tema 18: Pentadbiran dan Politik 66 – 68 Ujian Akhir Sesi Akademik 69 – 80 Jawapan J1 – J15 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-967-2733-85-0 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Norliza Omar Pereka kulit buku: Mohd Fadzli Mohd Idrus/Mohd Tajul Askat Pereka letak: David Teks diset dalam Utopia Std 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Commercial Book Binders Sdn. Bhd. Imbas dan muat turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Kandungan Praktis Topikal Tg1 BM - Kandungan 2024_4TH.indd 1 1/29/24 5:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 1 Kita perlu senaman sekurangkurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi untuk memperoleh tubuh badan yang sihat. A melalui C melakukan B menjalani D mendapatkan 2 Doktor pesakit itu supaya menjaga pemakanannya untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. A penasihat C dinasihatkan B menasihati D menasihatkan 3 Kawasan riadah dan rekreasi perlu agar masyarakat mudah melakukan aktiviti fizikal. A sebanyak B kebanyakan C diperbanyak D membanyakkan 4 Amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting mengesan penyakit kritikal sejak awal lagi. A oleh B demi C sebab D kerana 5 Kementerian Kesihatan Malaysia rakyat agar mengurangkan pengambilan gula demi mengelakkan penyakit diabetis. A menyeru C menggesa B mengajak D mengarahkan 6 Pakaian yang sesuai untuk aktiviti riadah amat penting untuk memberikan dan keselamatan kepada kita. A keselesaan B kesenangan C kemewahan D keseronokan Bahagian B Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yyang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula. 1 Mereka menghabiskan masa sehari suntuk di geleri lukisan itu. 2 Akmal mempraktikan amalan pemakanan sihat mengikut piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 3 Hakimi menunggu rakannya di stesyen bas itu sejak pagi tadi. Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 TEMA Amalan Gaya Hidup Sihat Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 1 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Berdasarkan petikan, perkataan termos membawa maksud A sejenis kain. B sejenis pakaian. C sejenis bekas air. D sejenis perhiasan. Bapa belikan termos tu untuk aku. Harganya mahal, tiga puluh lapan ringgit sebuah. 2 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perbandingan semacam bagi menggambarkan harga termos itu? A Berat macam batu B Besar macam gajah C Tinggi macam galah D Mahal macam berlian 3 Apakah kesan kata-kata rakannya terhadap Azizah? A Azizah tidak lena tidur B Azizah menjauhkan dirinya C Azizah lebih gemar menyendiri D Azizah mengalami gangguan emosi 4 Nilai yang dimiliki oleh Azizah yang tetap datang ke sekolah walaupun dia berasa malu dengan ejekan kawan-kawannya ialah A kegigihan. B kesyukuran. C kasih sayang. D kesederhanaan. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Rakan-rakan Azizah memahami perasaan Azizah B Cikgu Manisah belajar di Universiti Teknologi Mara C Irwan ingin menghadiahkan termos kepada Cikgu Kamariah D Rakan-rakan Azizah menunjuk-nunjuk tentang hadiah mereka “Aku nak hadiahi Cikgu Leong termos. Bapa belikan termos tu untuk aku. Harganya mahal, tiga puluh lapan ringgit sebuah,” kata Marina pada petang itu. “Kakak dah janji nak lukiskan potret Cikgu Manisah buatku. Tentu Cikgu Manisah suka akan potret itu. Kakakku pandai melukis. Dia belajar di Universiti Teknologi Mara. Tentu lukisannya menarik nanti,” kata Jasmin pula. “Kau nak hadiahkan apa, Zizah?” tanya Irwan. “Aku nak belikan kain batik sarung buat Cikgu Kamariah,” kata Irwan lagi kepada rakan-rakannya. Kata-kata itu membuatkan Azizah tidak tidur lena. Azizah juga berasa sedih apabila rakanrakan mengejeknya. Semuanya mengata-ngata Azizah. Hal ini menyebabkan Azizah malu hendak ke sekolah, namun dipaksa juga kakinya mengayuh basikal buruk ke sekolah yang terletak sejauh tiga kilometer dari rumahnya. (Dipetik daripada cerpen “Hadiah”, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 2 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Novel (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (ii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail bin Sarbini Watak dalam sesebuah novel memiliki keistimewaan tertentu sehingga membolehkannya mencapai kejayaan selepas menempuh pelbagai cabaran. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh yang sesuai dengan watak yang telah ditetapkan. Novel Sejambak Bakti Razali Novel Formula Termodinamik Amir Novel Pelari Muda Kamarul Novel Destinasi Impian Azlina Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 3 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Manfaat Aktiviti Rekreasi kepada Masyarakat Menyegarkan badan dan melapangkan fikiran Menyihatkan tubuh badan dan mengelakkan daripada penyakit berbahaya Mengurangkan tekanan akibat kesibukan di tempat kerja Mengeratkan hubungan kekeluargaan Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 4 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 1 Pengemis itu tidur beralaskan dengan surat khabar lama yang dikutipnya di tepi jalan. A tidur beralaskan surat khabar lama B tidur mengalaskan surat khabar lama C tidur mengalasi dengan surat khabar lama D tidur beralaskan dengan surat khabar lama 2 Bagaimana awak tidak datang ke sekolah sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir? A Mengapa awak tidak datang B Mengapakah awak tidak datang C Bagaimanakah awak tidak datang D Bagaimana awak tidak datang 3 Kebanyakan murid-murid SK Desa Millenium tinggal di kawasan perumahan elit itu. A Kebanyakan murid B Kebanyakan orang murid C Kebanyakan orang murid-murid D Kebanyakan murid-murid 4 Mereka saling kunjung-mengunjungi pada hari raya untuk mengeratkan hubungan silaturahim. A mengunjungi B saling kunjung C saling mengunjungi D saling kunjung-mengunjungi 5 Banyak perkara yang dibincangkan dalam agenda lain-lain hal mesyuarat ahli jawatankuasa penduduk kampung itu. A hal lain B hal-hal lain C hal lain-lain D lain-lain hal 6 Rina Kedai Roti mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat kerana rotinya sangat lembut dan enak. A Kedai Roti Rina B Roti Kedai Rina C Kedai Meroti Rina D Rina Kedai Roti Bahagian B Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Rumah agam di atas bukit di tepi jalan besar itu milik siapakah? 2 Mereka akan berjumpa kaunselor sekolah pada petang ini untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi menyelesaikan isu tersebut. 3 Abang saya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya di dalam bidang Pengajian Melayu. Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 2 TEMA Beringat Supaya Selamat Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 5 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 ‘Peluh menitik sepanjang jalan,’ fikirku sambil tersenyum sendirian. Peluh sering dikaitkan dengan ‘pekerjaan’ dan pekerjaan pula dikaitkan dengan ‘penat’. Ya, semoga kedua-dua beradik yang kini berbasikal di hadapanku akan mengenal makna penat. Moga-moga dengan kepenatan ini mereka mengerti makna penat lelah ibu bapa membesarkan mereka lalu mereka berusaha untuk menjadi anak-anak yang soleh pada setiap waktu. Apabila mereka mengenal makna penat ayah dan ibu bekerja, mereka akan berusaha untuk menjadi anak-anak yang tidak terlalu banyak meminta, sebaliknya menyuburkan sikap berdikari dalam jiwa. Moga-moga mereka turut memahami makna penat para pejuang tanah air mencari kemerdekaan lalu mereka berusaha untuk menghargai dan mengisi kemerdekaan ini dengan sebaik-baiknya. (Dipetik daripada novel Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 PANTUN MARI KUKUHKAN SEMANGAT Buah mangga di tepi halaman, Datang dipetik anak pendekar; Mari kukuhkan semangat perjuangan, Agar usaha sentiasa dikekar. Burung merpati hinggap di dahan, Turun mari di atas permatang; Rasailah segala aspek kesusahan, Barulah hidupmu menjadi matang. Cantiklah sungguh kain suasa, Dipakai nyonya pergi ke dapur; Hargailah setiap kurniaan jasa, Barulah hidupmu berasa syukur. Anak angsa di hujung permatang, Datang dikejar anak nelayan; Kejayaan diri harus diperjuang, Barulah hidupmu jadi sebutan. 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah anak-anak harus merasai pengalaman hidup susah? 2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kesan-kesan positif pengalaman hidup susah kepada anak-anak? 3 Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka? KBAT Menganalisis Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 6 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Novel (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (ii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail bin Sarbini Dalam setiap novel, terdapat pengajaran yang bertujuan mendidik pembaca agar mencontohi perkara baik yang terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, buktikan pernyataan di atas dengan mengemukakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Novel Sejambak Bakti Novel Pelari Muda Novel Formula Termodinamik Novel Destinasi Impian Pengajaran Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 7 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Bahagian C Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca berlakunya tanah runtuh. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca utama berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Pakar Geologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata keadaan itu menyebabkan struktur tanih, iaitu lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali menjadi lemah sekali gus menyebabkan cerun di kawasan berkenaan tidak stabil. “Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca redup menyebabkan proses sejatan untuk mengurangkan kandungan air pada tanah berkurangan yang mendorong berlakunya kejadian gelongsoran tanah dengan membawa sejumlah besar tanah dari bahagian cerun,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau juga berpendapat bahawa tapak perkhemahan itu tidak sesuai didirikan di situ memandangkan ia terletak berhampiran dengan kawasan lembah sungai, iaitu hanya pada jarak lebih kurang 30 meter selain berdekatan dengan kawasan cerun buatan atau tambakan jalan. “Tanah runtuh ialah bencana yang kedua kerap berlaku selepas banjir di negara ini dan ia sering berlaku semasa musim Monsun Timur Laut. Setiap cerun yang berisiko berlakunya tanah runtuh mempunyai tanda tertentu termasuk berlaku penyusutan tanah atau tanda rekahan apabila gerakan tanah mula berlaku. “Mungkin kita kurang cakna apabila ada rekahan kecil dan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sehingga berlaku tanah runtuh, sedangkan ia merupakan tanda amaran awal,’’ katanya. “Apabila hujan lebat berterusan, setiap cerun berisiko untuk berlaku pergerakan tanah dan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan-kawasan yang ‘diusik’ dengan pembangunan,” katanya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tanih Tepu Dipercayai Punca Utama Tanah Runtuh di Batang Kali – Pakar”, Bernama, 16 Disember 2022) Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 8 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 SYAIR POHON BULUH Menara tinggi banyak bertingkat, Di sana tiada bilik bersekat, Tiada bertangga naik melekat, Mata-mata menjaga segenap pangkat. Yang ada sedia panji-panji bendera, Hingga sampai ke kemuncak menara, Banyak ada ia bersaudara, Yang ada pula bersama gara. Selalu dipandang dilihat adanya, Tinggi rendah dijerat pangkatnya, Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. Ikatnya licin di luar di dalam, Gelapnya di dalam seperti malam, Air tak tiris seperti kolam, Ikat tingkatnya tak nampak alam. MOHD YUSOF MD NOOR dan ABD RAHMAN KAEH (Penyelenggara) (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan syair, rangkai kata panji-panji bendera membawa maksud A akar-akar buluh. B ruas-ruas buluh. C daun-daun buluh. D batang-batang buluh. Besar kecil ikat binanya, Terlalu kuat pula asasnya. 2 Rangkap syair di atas bermaksud masyarakat yang hidup bersatu padu. Apakah perbandingan semacam yang menggambarkan masyarakat tersebut? A Adil macam hakim B Sabar macam nabi C Rajin macam semut D Kuat macam badang 3 Hubungan masyarakat dalam sajak ini digambarkan sebagai A jauh. C mesra. B rapat. D renggang. 4 Apakah maksud rangkap ketiga syair ini? A Kita akan dihormati oleh masyarakat sekiranya kita berilmu B Kita hendaklah menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain C Kita hendaklah membuat sesuatu keputusan dengan berhati-hati D Kita hendaklah hidup bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang syair? A Kita perlulah saling menolong antara satu sama lain B Kita mestilah mengambil tahu setiap urusan masyarakat C Kita hendaklah menjaga kebajikan kaum masing-masing D Kita haruslah menghormati pemimpin yang adil dan berharta Halaman Buku Teks: 25-36 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 3 TEMA Cahaya Perpaduan Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A ahagian A Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 9 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Novel (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (ii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail bin Sarbini Dalam setiap novel, terdapat peristiwa-peristiwa penting yang memberikan kesedaran kepada watak-watak dalam novel tersebut. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, buktikan pernyataan di atas dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang memberikan kesedaran kepada watak-watak dalam novel tersebut. Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 10 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Bahagian C Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan organisasi rukun tetangga. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Penubuhan KRT bukanlah untuk mengambil alih tugas anggota keselamatan, tetapi ia lebih kepada membantu anggota keselamatan ketika menjalankan tugas. Kes pecah masuk rumah sering kali kita dengar berlaku di kawasan-kawasan perumahan. Langkah pengawalan kawasan perumahan selalunya dilakukan di bahagian hadapan rumah dan belakang rumah bagi memastikan tiada situasi yang mencurigakan. Aktiviti KRT ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Sifat kejiranan yang perlu dikembangkan boleh dimulai dengan menyertai KRT terutamanya kepada individu atau keluarga yang baru berpindah dan menjadi ahli kariah di kawasan tersebut. Tidak terhad kepada orang dewasa, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak muda mereka untuk menyertai KRT bersama yang lain supaya tiada jurang antara jiran yang lebih dewasa. Satu kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang banyak akan terbentuk hasil penubuhan KRT. Antara kebaikan yang akan diperoleh ialah dapat melakukan aktiviti riadah sesama ahli. Aktiviti ini berkonsepkan santai dan tenang seperti bersukan atau hobi masa lapang. Apabila telah terjalin silaturahim yang baik antara jiran tetangga, pastinya akan ada perkongsian atau hobi yang sama. Selain itu, pelbagai majlis keraian yang boleh dilakukan bersama dengan penduduk setempat. Majlis keraian ialah majlis keramaian yang melibatkan ramai tetamu bagi menghargai dan menghormati seseorang dengan mengadakan jamuan besar-besaran, contohnya majlis perkahwinan, majlis hari raya dan majlis doa selamat. Bantuan kecemasan pada era pendemik COVID-19 seperti menghulurkan barang mentah atau memberikan kemudahan pengangkutan kepada jiran jika hendak ke mana-mana adalah perlu bagi meringankan beban mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada “5 Kepentingan Organisasi Rukun Tetangga KRT”, oleh Izwan Ramlan, getaran.my, 22 Oktober 2021) Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 11 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. perpaduan tonggak kemajuan negara – melonjakkan pembangunan negara – setiap warganegara berusaha memajukan negara – negara aman dan makmur – rakyat hidup aman dan harmoni – menjadi model kepada negara luar – kita berbangga menjadi rakyat Malaysia Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 12 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Bahan 1 Musim tanaman padi. Seperti kebiasaannya, orang-orang kampung datang menolong menanam padi di sawah nenek. Beberapa orang sedang membongkok untuk menanam padi di sawah. Amir berdiri sambil mencekak pinggang. Dia bangga dengan semangat gotong-royong yang masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan. (Dipetik daripada novel Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 KUINGIN BERTERIMA KASIH Sesekali kuingin berterima kasih kepadamu hujan bagai tetamu jiwa pun menjadi dingin api amarah pun terpadam. Sesekali kuingin menyemai budi kepadamu tanah yang hidup kerana perutmu setia menghamilkan rezeki buat petani. Sesekali kuingin berbisik kepadamu ikan-ikan yang riang liar di belantara samudera kerana sudi membebaskan derita nelayan tua di pondoknya. Sesekali kuingin kalungkan kagum kepadamu pejuang negara kerana tanganmu pernah berdarah darah kesetiaan seorang warga kepada watan tercintanya. Sesekali kuingin pula menjadi bunga menyebarkan keharuman di taman-taman keresahan hidup menyerahkan keinsafan kepada keangkuhan perang. Alangkah indahnya dunia andai semua merenung kekosongan hidup ini. IHSAN NOORZALI (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah persamaan aktiviti yang dijalankan oleh pengusahanya? 2 Nyatakan dua nilai positif yang terdapat dalam Bahan 1. 3 Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan sikap suka berterima kasih terhadap pertolongan orang lain? KBAT Mengaplikasi Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 4 TEMA Seni Bersendikan Budaya Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 13 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 Novel (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (ii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail bin Sarbini Dalam setiap novel, terdapat nilai kasih sayang yang menjadi perkara penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, buktikan pernyataan di atas dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel Nilai Kasih Sayang Sejambak Bakti Formula Termodinamik Pelari Muda Destinasi Impian Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 14 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Bahagian C Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menjaga kain songket. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Tanjak dan songket Malaysia bukan hanya pakaian biasa sebaliknya melambangkan latar belakang si pemakai. Bagaimana rumitnya cara pembuatan songket, begitu jugalah rumitnya penjagaan songket ini sepanjang masa. Kita perlu memastikan tatacara penyimpanan fabrik tersebut tepat dan sesuai untuk memastikan ia tidak rosak dan tahan lama. Disebabkan fabrik songket adalah keras, kita perlu elakkan daripada melipatnya walaupun sekali. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan benang pada tenunan songket tersebut patah sehingga mengakibatkan motif yang terdapat pada songket rosak. Benang tenunan kain songket amat sensitif pada suhu panas dan juga mudah untuk terbakar. Ramai yang mementingkan cara penyimpanan dan mempraktikkan tatacara yang betul, mereka tidak merungut pun tentang baju berkedut, rosak atau sebagainya. Jika tidak ada jalan lain dan memang kain itu terlalu berkedut, kita boleh menggosok fabrik songket tersebut dengan syarat jangan menggosok secara terus, laraskan seterika pada suhu sederhana dan pastikannya dilapik dengan kain lain sebagai alas. Hanya cucian kering sahaja sesuai digunakan untuk kain songket. Proses cucian seperti ini sudah semestinya mampu mengekalkan kualiti fabrik dan membantu mengelakkan penyusutan serta regangan selain dapat menjimatkan banyak masa kerana kita tidak perlu mencuci pakaian menggunakan tangan. Jangan menghempap fabrik songket dengan mana-mana fabrik atau persalinan lain kerana objek atau fabrik lain memang akan merosakkan tenunan kain tersebut. Hargailah songket sebagai lambang kemewahan dan identiti esklusif yang mencirikan pakaian golongan-golongan bangsawan apabila anda memilikinya. Budaya dan kehidupan tidak boleh dipisahkan kerana itulah lambang identiti bangsa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Fahami Pantang Larang Kain Songket & Tanjak”, https://www.songketrepublik.com/, 25 Ogos 2021) Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 15 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Naqeeb pulang ke kampung – di Bagan Datuk, Perak – menyaksikan persembahan tarian dabus – Tanah Arab – diubah suai – menjadi tarian pahlawan negeri Perak – penari lelaki – lapan orang – diiringi paluan rebana Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 16 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 1 I Encik Lim membeli penghawa dingin untuk rumah baharunya. II Alat pengering rambut itu tidak dapat digunakan lagi kerana telah rosak. III Pasu tembikar yang dijual di kedai itu memenuhi cita rasa penduduk setempat. IV Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih cakna akan pergaulan anak-anak mereka. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Masalah yang besar ini dapat kita selesaikan, bagaimana? II Cis! Berani awak mencabar saya sedangkan ilmu awak tidak seberapa. III Air sungai itu mengalir dengan deras kerana hujan lebat sejak semalam. IV Pembahas itu menyampaikan hujahhujahnya berdasarkan fakta yang benar. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Fikri pucat lesi setelah melihat kemalangan jalan raya itu. II “Janganlah kita mengabaikan pesanan ibu dan bapa,” pesan Ustaz Syukri. III Tiap pekerja di kilang itu diberikan elaun sara hidup sebanyak RM500.00 setiap bulan. IV Lembu-lembu Pak Cik Ismail bertempiran di padang untuk meragut rumput. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Diana terpaksa menulis semula karangan itu kerana tulisannya seperti cakar ayam. II Setelah kembali ke tanah air, cara hidup Johan lebih ke barat. III Kejayaan seseorang banyak bergantung pada usahanya sendiri. IV Kereta yang dipandu laju itu nyaris-nyaris terbabas ke tengah lebuh raya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Bahagian B Bahagian B Dalam bahan di bawah terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. 1 2 Kedai Jahit Nora Kami menawarkan khidmad jahitan pakaian fashion moden dan tradisional. Halaman Buku Teks: 49-60 Pilih ayat-ayat yang betul. 5 TEMA Jati Diri dan Kewarganegaraan Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 17 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. KITA UMPAMA SEHELAI DAUN kita umpama sehelai daun bertunas segar di hujung ranting lalu melebar dan merimbun tempat bercanda unggas meriang di bawah redup bebayang mentari andai kikir jasa dan bakti di mana lagi tempat bernaung dari tusukan bahang memijar unggas kecil tidak berkudrat kita umpama sehelai daun bakal kering sampai waktunya usahlah angkuh keupayaan diri sehingga lupa makhluk duafa ingin bernaung mencari hidup jadilah sehelai daun hijau menunas menyegar mata kering gugur menjadi baja SMAHADZIR (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan sajak, perkataan duafamembawa maksud A kecil. C sabar. B halus. D lemah. dari tusukan bahang memijar 2 Berdasarkan baris sajak di atas, apakah perbandingan semacam yang menggambarkan bahang memijar? A Licin seperti belut B Panas umpama api C Cantik laksana bulan D Sinar macam bintang 3 Mengapakah penyajak menyeru kita agar mencontohi sehelai daun? A Supaya kita selalu dihargai B Supaya kita sentiasa berbakti C Supaya tubuh badan kita sentiasa segar D Supaya kita sentiasa disenangi oleh semua Kita umpama sehelai daun 4 Unsur gaya bahasa bagi perkataan bergaris di atas ialah A simile. B sinkope. C metafora. D personifikasi. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sajak? A Kita harus memiliki sikap angkuh terhadap orang lain B Kita jangan sesekali membantu golongan yang lemah C Kita dapat mempelajari sesuatu daripada sehelai daun D Setiap makhluk mempunyai peranan dan tanggungjawab Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 18 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. berbangga menjadi anak Malaysia – negara unik budaya menarik – masyarakat pelbagai kaum – hidup bersatu padu – masalah diselesaikan secara harmoni – perpaduan – harus dikekalkan – membina Keluarga Malaysia – penting – mengekalkan kestabilan – meningkatkan keharmonian – membina sebuah negara yang sejahtera Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 19 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Sahabat pena anda yang tinggal di luar negara ingin tahu tentang sambutan Bulan Kebangsaan yang diraikan oleh rakyat negara kita pada setiap tahun. Tulis surat kepada sahabat pena anda selengkapnya untuk menceritakan tentang sambutan tersebut. Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 20 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 1 Jambatan yang baru siap dibina itu menghubungkan dua buah bandar yang dipisahkan oleh Sungai Muar. A nipis B halus C tinggi D panjang 2 Mereka terpaksa sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. A melintas B merentas C merintangi D mengharungi 3 “ , sakitnya kakiku tersepak tunggul kayu!” kata Razali. A Cis B Hai C Aduh D Amboi 4 Puan Sarawati sangat gembira apabila menerima se bunga ros daripada suaminya. A ikat B helai C gugus D jambak Bahagian B Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula. 1 Rumah-rumah di kawasan ilit itu bukan sahaja besar tetapi juga cantik hiasan dalamannya. 2 Encik Muthu menghantar anaknya ke sekolah dengan motorsikal baharunya. 3 Pasar raya itu memberikan baucer beli-belah bernilai RM20.00 kepada 50 orang pelanggan terawal. 4 Ibu membeli dua keping murtabak sebagai juadah berbuka puasa. Halaman Buku Teks: 61-72 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 6 TEMA Sains, Teknologi dan Inovasi Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian A Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 21 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. MOHD YUSOF MD NOR dan ABD RAHMAN KAEH (Penyelenggara) (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Abang Johari bukan sekadar pandai berteori, tetapi pandai juga mempraktikkannya. Banyak duitnya dihabiskan untuk membeli buku, majalah dan akhbar. Dia juga menurut pemerhatianku, tidak suka menonton televisyen atau wayang. Aku juga tahu, di dalam beg yang tersandang di belakangnya sekarang pun terdapat beberapa buah buku. “Sekarang ini pada zaman ledakan maklumat, Lina. Kalau kita kurang membaca, atau membaca hanya untuk menghadapi peperiksaan, kita akan ketinggalan. Kau tentu setuju kalau kukatakan bahawa ilmu pengetahuan itu kenderaan yang dapat membawa kita daripada suatu dunia kurang maju kepada suatu dunia yang lebih maju.” (Dipetik daripada novel Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 1 Bahan 2 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan sikap yang wujud dalam petikan tersebut. 2 Berdasarkan Bahan 2, mengapakah amalan membaca buku sangat penting dalam kehidupan kita? 3 Sikap yang rajin amat penting untuk melonjakkan kejayaan seseorang dalam apa-apa sahaja bidang yang diceburinya. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat membina sikap rajin pada diri kita? KBAT Menganalisis Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 22 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. pendidikan secara dalam talian – banyak manfaat – menjimatkan masa – menjimatkan wang – boleh digunakan pelbagai lapisan masyarakat – membantu kejayaan – pembelajaran sepanjang hayat – harus dimanfaatkan – melonjakkan kejayaan individu – meningkatkan kemajuan negara Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 23 1/29/24 5:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Sekolah anda menganjurkan satu pertandingan syarahan bersempena dengan Minggu Sains dan Teknologi. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tajuk syarahan ialah “Sains dan Teknologi Membawa Banyak Kebaikan kepada Manusia.” Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 24 1/29/24 5:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 AKU Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku. Kususur pasir panjang sambil kubayangkan aku ini Adam. Hari ini aku tercipta dan pertama kali melihat laut, langit dan pohon. Kelmarin aku belum ada tidak terdengar olehku bunyi ombak itu. Tidak terasa olehku sentuhan angin ini bertiup di mana-mana. Bahkan aku tidak tahu kulit kerang dan ru pernah wujud di sini. Tuhan aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada. ROSLI K. MATARI (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan sajak, perkataan kususur membawa maksud A aku melalui. B aku mengikuti. C aku menempuh. D aku mengharungi. Tidak ada manusia lain di pantai ini kecuali diriku 2 Rangkap sajak di atas menyatakan bahawa penyajak berada di pantai seorang diri. Apakah perbandingan semacam yang menggambarkan sikap penyajak? A Bijak macam kancil B Besar macam gajah C Degil macam keldai D Berani macam harimau 3 Bagaimanakah penyajak yakin akan adanya Tuhan? A Kewujudan pantai B Peringatan oleh Nabi Adam C Kesedaran daripada dirinya sendiri D Adanya pelbagai ciptaan di muka bumi Tidak ada manusia lain 4 Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris di atas ialah A inversi. C metafora. B sinkope. D personifikasi. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Penyajak berasa amat sunyi B Penyajak berasa amat bersyukur C Penyajak meyakini kewujudan Tuhan D Penyajak kagum akan keindahan alam Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 7 TEMA Teknologi Amalan Hijau Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A ahagian A Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 25 1/29/24 5:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 Novel (Kertas 1) Bahagian B Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I (ii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman (iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail bin Sarbini Dalam setiap novel, terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh watak utama sebelum dia memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, buktikan pernyataan di atas dengan mengemukakan tiga contoh cabaran yang dihadapi oleh watak utama dan cara dia menyelesaikan cabaran tersebut. Praktis Topikal PT3 BM Ting 1_T1-T18 2024_4th].indd 26 1/29/24 5:39 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J1 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Jawapan TEMA 1 Amalan Gaya Hidup Sihat Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 B 3 C 4 B 5 A 6 A BAHAGIAN B 1 geleri – galeri 2 mempraktikan – mempraktikkan 3 stesyen – stesen Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 C 2 D 3 A 4 A 5 D Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Sejambak Bakti Watak: Razali • Seorang yang cekal semangatnya dan tidak mudah putus asa Razali difitnah menceroboh kedai koperasi sekolah oleh Munir – dia juga dimarahi oleh bapa tirinya namun dia cekal dan tidak berputus asa – dia terus fokus terhadap tugasnya di kedai koperasi dan pelajarannya • Seorang anak yang hormat akan orang tuanya Walaupun Razali benar-benar ingin tahu tentang ayah kandungnya, namun dia tidak sanggup menyakiti hati ibunya yang enggan bercerita tentang hal tersebut • Seorang yang pemaaf Razali tidak mendendami Munir – dia memaafkan kesalahan Munir yang telah memburuk-burukkan namanya – dia menghulurkan tangan dan memeluk Munir ketika Munir meminta maaf daripadanya Novel Formula Termodinamik Watak: Amir • Kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu Amir menghasilkan mesin 2 dalam 1 untuk memudahkan penduduk kampung mengusahakan tanaman padi di sawah • Bijak Amir dan kawan-kawannya merancang dan mengatur strategi untuk menangkap penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung • Penyayang Amir menyayangi neneknya – dia menghabiskan cuti akhir semesternya di rumah neneknya di Kampung Warisan – dia ingin menemani dan membantu neneknya di sawah Novel Pelari Muda Watak: Kamarul • Seorang yang gigih demi mencapai kejayaan Kamarul gigih berlatih untuk memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA – dia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memulihkan staminanya semula dan meningkatkan prestasinya selepas sembuh daripada kecederaan • Seorang yang berjiwa patriotik Kamarul mendedikasikan kejayaannya merangkul pingat emas dalam sukan SEA untuk negara tercinta • Seorang yang insaf akan kesalahannya Selepas terlibat dalam kemalangan dan dirawat di hospital, Kamarul insaf akan kesilapannya – dia menyesal kerana bersikap kurang ajar terhadap jurulatihnya, Encik Kadir dan bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolahnya Novel Destinasi Impian Watak: Azlina • Seorang yang penyabar dan berpandangan jauh Azlina mahu mengubah cara penampilan abangnya yang lembut – mencabar abangnya berbasikal agar menjadi seorang yang tahan lasak • Seorang yang lasak dan aktif Azlina aktif bersukan dan mampu menghabiskan ekspedisi berbasikal dengan jayanya • Seorang yang penyayang Azlina mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan abangnya – dia juga tidak sampai hati mahu membiarkan abangnya, Firdaus pulang tanpa mereka dari Morib ke Klang Karangan Respons Terhad (Kertas 2) BAHAGIAN A Aktiviti rekreasi ialah aktiviti menyeronokkan yang dilakukan pada masa lapang. Manfaat aktiviti rekreasi kepada masyarakat ialah dapat menyegarkan badan dan melapangkan fikiran. Selain itu, aktiviti ini menyihatkan tubuh badan dan dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti penyakit berbahaya. Seterusnya, aktiviti rekreasi dapat membantu masyarakat mengurangkan tekanan akibat kesibukan di tempat bekerja. Akhir sekali, aktiviti rekreasi dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kesimpulannya, semua orang harus menyertai aktiviti rekreasi supaya masyarakat yang sihat dapat dilahirkan. TEMA 2 Beringat Supaya Selamat Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 A 2 B 3 A 4 C 5 B 6 A BAHAGIAN B 1 siapakah – siapa 2 berjumpa kaunselor – berjumpa dengan kaunselor 3 di dalam – dalam Jawapan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.