The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Praktis Topikal SPM Tingkatan 5 - Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2026-01-19 00:46:30

Praktis Topikal SPM Tingkatan 5 - Bahasa Melayu

Praktis Topikal SPM Tingkatan 5 - Bahasa Melayu

Topik 1 Karangan Respons Terhad 1 – 8Topik 2 Karangan Respons Terbuka 9 – 32Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 33 – 47Topik 4 Pemahaman 48 – 69Topik 5 Rumusan 70 – 81Kertas Model SPM 82 – 92Jawapan J1 – J20Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M)No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-7783 3233, 7783 5233Faks: 03-7783 7233E-mel: [email protected] web: www.penerbitilmubakti.com© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2026Pertama kali diterbitkan 2026ISBN 978-629-468-154-5Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1Semua hak cipta terpelihara.Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripadaPenerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M).Penyunting: Norziana Mat RabiPereka kulit buku: Alif Faliq Zulkifli / Mohd Tajul AskatPereka letak: AileeTeks diset dalam Utopia 10/12 poinDicetak di Malaysia oleh Percetakan Sentosa (K.L.) Sdn. Bhd. (197801005464)Lot 223, Jalan 5, Wisma C.T. Ang, Off Jln Chan Sow Lin,55200 Kuala Lumpur.KandunganImbas dan Muat Turun• Skrip Ujian Lisan• Audio Ujian MendengarPT BM SPM Tg5 Kand FF.indd 2 29-Dec-25 2:47:01 PM


1Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan teknologi hijau. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan-amalan teknologi hijau.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras T1 Karangan Respons TerhadTOPIKPraktis 1Bahagian A (30 Markah)Kertas 1Penggunaan bekas makanan ubi kayu Penggunaan kereta elektrik (EV)tidak mencemarkan alam sekitarmudah teruraimesra alamTeknologi hijau ialah pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadinya. Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari. Teknologi hijau juga merupakan teknologi yang mapan, iaitu memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 1 18-Dec-25 4:43:40 PM


2Pantun dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan wabak denggi. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang wabak denggi.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras TPantun Jaga-jagaBerehat sebentar di bukit Saga,Sayang sekali kawasan kotor;Goyong-royong bersama keluarga,Pasti terhindar bahaya vektor.Cantik sungguh Puteri Seroja,Sesuai dengan pahlawan gagah;Tutup pintu dan tingkap waktu senja,Masalah denggi pasti dicegah.Sumber: InternetPraktis 2PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 2 18-Dec-25 4:43:40 PM


3Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat yang berkaitan dengan tenaga solar.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tenaga solar.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 perkataan. Aras TPraktis 3Seiring dengan kemajuan teknologi dan meningkatnya kesedaran terhadap perubahan iklim serta tekanan kos sara hidup, tenaga solar ialah pelaburan jangka panjang yang amat berbaloi. Dengan insentif kerajaan yang komited terhadap usaha-usaha pelestarian, potensi penjimatan yang besar serta penyelenggaraan yang mudah lagi murah menggalakkan pemasangan panel tenaga solar.Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/Jom, pasang panel tenaga solar demi bumi tercinta kita!Selamatkan bumi kita dengan pemilihan tenaga yang lebih bestari.Hubungi:Solar Jaya Sdn. Bhd.WhatsApp: 012 – 6699 XXXXberita_dagang_onlinePasang solar bersama TNB hari ini(mampu milik, melestarikan alam sekitar dan bil elektrik lebih rendah)NEM – Net Energy MeteringMekanisme ini membolehkan pengguna NEM menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri melalui pemasangan sistem PV solar di atas bumbung serta menjual lebihan tenaga kepada TNB bagi mengurangkan bil elektrik.PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 3 18-Dec-25 4:43:40 PM


4Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan industri makanan halal. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan pembangunan industri makanan halal.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras TPraktis 4Industri halal memainkan peranan Industri makanan halal dapat…penting di dunia moden bukan hanya untuk memenuhi keperluan umat Islam tetapi juga memberikan manfaat yang luas kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Masyarakat dunia memerlukan industri halal demi kepatuhan agama umat Islam. Dengan lebih daripada 1.8 bilion orang muslim di seluruh dunia, terdapat permintaan yang signifikan untuk produk dan perkhidmatan yang mematuhi syariat Islam.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.mkn.gov.mymenjamin kesihatan pengguna produk makanan halalkebersihankeselamatankualiti bahanmembuka peluang pekerjaan dalam negarapengeluaranlogistikpemasaranPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 4 18-Dec-25 4:43:41 PM


5Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras TPraktis 5E-mel 1Daripada [email protected] jamal@ gmail.comSubjek Oh, tolong aku!Jamal,Semakin menghampiri alam kerjaya, semakin saya dalam dilema. Saya masih belum jelas tentang hala tuju masa depan saya. Saya telah berusaha keras dalam menuntut ilmu selama ini. Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa ilmu tidak semestinya menjamin masa depan yang cemerlang. Oleh itu, ada satu persoalan yang sering muncul dalam minda saya, iaitu “adakah ilmu memberikan manfaat sebelum melangkah ke alam kerjaya?”Bantulah saya.Rakanmu,MahmoodE-mel 2Daripada [email protected] Kepada [email protected] Pekerjaan sementara semasa menunggu keputusan SPMHai, Zila.Peperiksaan SPM sudah pun berakhir. Apakah pekerjaan sementara yang bakal kamu lakukan?Saya ada terfikir beberapa jenis pekerjaan yang sesuai dilakukan sementara menunggu keputusan SPM. Saya berhasrat untuk menjadi seorang operator pengeluaran, namun saya berasa ragu-ragu kerana suasana kilang lazimnya kurang bersih. Dalam pada itu, saya juga berminat untuk menjadi jurujual di sebuah pasar raya, namun saya berasa khuatir akan pelbagai kerenah pelanggan.Pada pendapat kamu, apakah pekerjaan yang sesuai dengan saya?Rakanmu,JunaidahPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 5 18-Dec-25 4:43:41 PM


6Iklan-iklan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kerja kosong. Berdasarkan maklumat tersebut, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi memohon satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras TJAWATAN KOSONGPIB SDN. BHD.Editor PenerbitanSyarat-syarat kelayakan1 Graduan universiti dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu 2 Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris3 Kemahiran menulis yang cemerlang dalam bahasa Melayu dan bahasa InggerisCara Memohon1 Resume lengkap2 Salinan sijil berkaitanE-mel: [email protected] KerjayaPERSONEL MYSTEPPenterjemahKelayakan1 Ijazah Sarjana Muda Terjemahan dan Interpretasi2 Diploma/Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Melayu/Inggeris/lain-lain bahasa)3 Diploma/ijazah dalam pelbagai bidang dengan syarat mempunyai penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (kelebihan jika mempunyai lebih daripada satu bahasa asing) Cara Memohon1 Resume lengkap2 Salinan sijil berkaitanE-mel: [email protected] 6PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 6 18-Dec-25 4:43:41 PM


7Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan kitar semula.Berdasarkan maklumat tersebut, tuliskan e-mel kepada rakan anda tentang amalan kitar semula di sekolah anda.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras TPUSAT KITAR SEMULAHarga Bahan Kitar SemulaJenis Bahan Harga (RM/KG) Jenis Bahan Harga (RM/KG)Surat khabar RM0.29 Tin/Besi RM0.25Hitam putih RM0.33 Tin aluminium RM0.20Kotak RM0.27 Plastik RM0.40Majalah RM0.25 Minyak masak terpakaiRM1.20Kertas campur RM0.18Tetrapak RM0.20 Lain-lain RM0.20 Tayar lama diguna pakai menjadi hiasan tanaman bungaPraktis 7PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 7 18-Dec-25 4:43:41 PM


8Grafik dan petikan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan keselamatan di sekolah.Berdasarkan maklumat tersebut, tuliskan rencana bertajuk, “Ciri-ciri Sekolah Selamat”.Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Aras TKuala Lumpur: Latihan kebakaran perlu kerap diadakan sebagai persediaan menghadapi bencana itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud berkata, menerusi latihan kebakaran penerangan terperinci langkah yang perlu diambil ketika menghadapi bencana itu dapat diberikan, selain boleh mempraktikkan perkara yang diajar.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Latihan Kebakaran Perlu Kerap Diadakan’,Harian Metro, 14 Disember 2016 Praktis 8Pengawal keselamatan bertanggungjawab menjaga keselamatan sekolahPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 8 18-Dec-25 4:43:41 PM


9Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Aktiviti bersukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil sahaja. Bersukan ialah aktiviti yang penting sebagai proses merembes keluar bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh badan melalui perpeluhan. Aktiviti fizikal seperti berjoging menyebabkan otak melepaskan bahan kimia neurotransmiter yang dikenali sebagai endorfin, yang menghasilkan perasaan euphorik dan mengurangkan tekanan.Dipetik dan diubah suai daripadahttps://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/08/01/kepentingan-bersukan-kepada-masyarakat/Berdasarkan petikan di atas, huraikan manfaat-manfaat aktiviti tersebut. Aras T2 Karangan Respons TerbukaTOPIKDomain AwamPraktis 1Bahagian B (70 Markah)Kertas 1PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 9 18-Dec-25 4:43:41 PM


10PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 10 18-Dec-25 4:43:41 PM


11Praktis 2Domain PeribadiTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini melancarkan Kit Duta Sahsiah sebagai panduan bagi memastikan murid dilantik dapat memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang berupaya mempengaruhi rakan sebaya serta komuniti mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian. Dalam kit berkenaan, murid yang dilantik sebagai duta sahsiah dapat menggunakan poster, risalah dan kad aktiviti untuk mendekati komuniti secara kreatif dan berkesan.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasionalBerdasarkan berita tersebut, huraikan langkah-langkah lain untuk melahirkan murid bersahsiah unggul. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 11 18-Dec-25 4:43:41 PM


12PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 12 18-Dec-25 4:43:41 PM


13Praktis 3Domain PendidikanTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Menerusi penulisan kreatif, secara sedar atau tidak penulis sebenarnya sedang berkongsi atau menunjukkan nilai-nilai murni kepada pembaca. Walaupun dalam penulisan kreatif, penulisan tersebut masih ada emosi, watak dan perwatakan, konflik dan pelbagai lagi elemen berdasarkan jenis penulisan kreatif, matlamat akhir bagi sesebuah penulisan kreatif adalah untuk mengajak pembaca berfikir dan seterusnya menghayati nilai-nilai murni yang ditonjolkan.Dipetik dan diubah suai daripadahttps://web15.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2115391Berdasarkan respons tersebut, bincangkan peranan-peranan pihak sekolah untuk menggalakkan penulisan kreatif dalam kalangan murid. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 13 18-Dec-25 4:43:41 PM


14PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 14 18-Dec-25 4:43:41 PM


15Praktis 4Domain KerjayaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Pada tahun 2022, Program Festival Makanan Warisan Negeri Selangor telah mengangkat nasi ambeng sebagai hidangan warisan negeri dan turut melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbanyak, iaitu 2022 hidangan. Melalui program yang sama pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah melakar rekod hidangan sate kajang terbanyak, iaitu sebanyak 100 000 cucuk sate. Pelaksanaan program seperti ini memberikan anjakan promosi melalui pelibatan orang awam dan liputan pelbagai platform media dalam program tersebut.Dipetik dan diubah suai daripada https://dewan.selangor.gov.my/question/budaya-dan-warisan/Petikan di atas menunjukkan salah satu peranan pelbagai pihak menjaga warisan tradisional.Bincangkan peranan-peranan lain. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 15 18-Dec-25 4:43:41 PM


16PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 16 18-Dec-25 4:43:41 PM


17Praktis 5Domain AwamTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.KLUANG – Pelaksanaan gaji minimum perlu dilakukan supaya mampu menarik pekerja tempatan terlibat dalam sektor pertanian termasuk industri pengeluaran sayur yang kini bergantung kepada pekerja asing. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diarah untuk memantau isu tersebut. Menerusi mesyuarat kabinet sebelum ini, menjadi pertimbangan kerajaan mahu tenaga kerja tempatan. Namun, sektor 3D ini kurang diminati oleh pekerja-pekerja tempatan kerana gaji rendah yang ditawarkan.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/ 14 Mac 2024Selain punca yang dinyatakan dalam petikan tersebut, jelaskan punca-punca lain yang menjadikanpertanian kurang diminati oleh masyarakat tempatan. Aras SPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 17 18-Dec-25 4:43:41 PM


18PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 18 18-Dec-25 4:43:41 PM


19Praktis 6Domain PeribadiTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Masyarakat kini mempunyai pelbagai ruang dan platform untuk menterjemahkan kecintaan mereka terhadap negara, khasnya sepanjang tempoh sambutan kemerdekaan negara ketika ini. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, X dan TikTok menjadi wadah penting bagi masyarakat, terutama generasi muda untuk menzahirkan semangat patriotik mereka. Terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan semangat patriotik dalam media sosial antaranya menghias laman media sosial dengan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan kepada negara.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/Selain cara yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan cara-cara lain untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Aras SPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 19 18-Dec-25 4:43:41 PM


20PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 20 18-Dec-25 4:43:41 PM


21Praktis 7Domain PendidikanTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Dapatan daripada sekitar 241 orang usahawan, cabaran utama dihadapi oleh mereka dengan jumlah 29 peratus (67 undian) ialah kos operasi meningkat berikutan kenaikan harga barang, gaji pekerja dan lain-lain. Kedua, 22 peratus (51 undian) mengenai soal penguasaan platform digital seperti media sosial, meskipun ramai sudah tahu akan kepentingannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac 2020. Ketiga, dengan 17 peratus (41 undian) bila mana usahawan itu sendiri tidak tahu strategi dan ilmu untuk berdepan dengan situasi ketika ini dengan berbagai-bagai isu atau masalah.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.kosmo.com.my/2022/07/24Petikan berita menyatakan terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui oleh bakal usahawan berjaya.Tulis syarahan yang bertajuk, “Ciri-ciri Usahawan yang Mampu Menghadapi Cabaran”. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 21 18-Dec-25 4:43:41 PM


22PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 22 18-Dec-25 4:43:42 PM


23Praktis 8Domain KerjayaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Pemilihan kerjaya merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerjaya yang baik dapat memberikan jaminan masa hadapan yang selesa bagi seseorang insan kerana sudah tentu akan mempunyai pendapatan yang baik juga. Oleh itu, pemilihan kerjaya secara tidak langsung memerlukan faktor-faktor yang boleh mempengaruhinya agar seseorang mampu untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan dirinya.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Persepsi Pelajar Kolej Komuniti Gerik terhadap Pemilihan Kerjaya’, oleh Norlizawati Hashim dan Norhafinas Abd Latih, ICMASIT, 2020Sebagai respons di atas, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 23 18-Dec-25 4:43:42 PM


24PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 24 18-Dec-25 4:43:42 PM


25Praktis 9Domain AwamTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.KUALA LUMPUR – Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini agar perpaduan lebih utuh dan elakkan sengketa antara kaum.Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jika kelima-lima prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.astroawani.com/Berdasarkan petikan berita tersebut, huraikan cara-cara memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 25 18-Dec-25 4:43:42 PM


26PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 26 18-Dec-25 4:43:42 PM


27Praktis 10Domain PeribadiTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.PUTRAJAYA – Sebanyak 25 daripada 672 buah sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar, kata Datuk Seri Fadillah Yusof. Timbalan Perdana Menteri berkata, sungai tercemar itu dikesan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak membabitkan pengelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat.“Secara keseluruhan, yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada sebanyak 672 buah sungai (di seluruh negara) dan empat peratus atau 25 buah sungai daripadanya, termasuk dalam kategori tercemar.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/Berdasarkan respons tersebut, huraikan punca-punca perkara ini berlaku. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 27 18-Dec-25 4:43:42 PM


28PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 28 18-Dec-25 4:43:42 PM


29Praktis 11Domain PendidikanTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.Penggunaan peranti digital memberi murid satu kemudahan dalam mengakses maklumat dan sumber pendidikan yang sangat meluas. Kini, medium seperti e-buku membolehkan murid mengakses pelbagai e-buku melalui peranti digital seperti tablet, e-reader atau komputer. E-buku menawarkan kelebihan seperti kemudahan pencarian, penanda halaman elektronik dan pengaturan ukuran teks yang dapat disesuaikan. Dengan akses ke perpustakaan digital dan platform e-buku, murid mudah mendapatkan sumber-sumber pembelajaran meluas tanpa bergantung kepada buku bercetak.Dipetik dan diubah suai daripada https://berita.rtm.gov.my/Teknologi digital memberikan banyak manfaat. Bincangkan. Aras TPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 29 18-Dec-25 4:43:42 PM


30PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 30 18-Dec-25 4:43:42 PM


31Praktis 12Domain KerjayaTulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. MARANG – Minat yang mendalam terhadap seni kraf tangan mendorong seorang suri rumah menghasilkan barangan rotan untuk dijual sehingga mampu memberikan pulangan pendapatan kepadanya. Nur Fitrah binti Mohd Azizi, 32, berkata beliau telah didedahkan dengan dunia seni kraf tangan sejak kecil lagi, memandangkan ibunya Malati binti Baharom, 54, manakala arwah neneknya, Sarah Dita ialah pengusaha kraf tangan mengkuang. Menurutnya lagi, pengaruh daripada dua orang insan kesayangannya itu membuatkan beliau juga mula menghasilkan barangan kraf tangan daripada mengkuang sejak berusia 14 tahun lagi.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.getaran.my/artikel/usahawan/58400/kraftangan-rotanbantu-suri-rumah-jana-pendapatanSebagai respons di atas, anda diminta menemu ramah seorang tokoh dalam industri kraf tangan berkaitan dengan pengalaman memajukan perniagaan berbentuk kraf tangan. Aras TTulis temu ramah anda selengkapnya.PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 31 18-Dec-25 4:43:42 PM


32PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 32 18-Dec-25 4:43:42 PM


33Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras SSMK Taman Pelangi telah menganjurkan Minggu Inovasi Kebangsaan dengan kerjasama syarikat jenama PROTON baru-baru ini. Terdapat 30 penyertaan dari tadika berhampiran telah menyertai pertandingan Inovasi Cilik manakala 230 penyertaan dari sekolah menengah seluruh negeri Johor bertanding dalam aktiviti penulisan cerpen. Selain itu, tayangan amal perdana juga telah diadakan di pawagam GSC untuk mengutip dana projek inovasi sekolah. Kemuncak acara penutupan telah dimeriahkan dengan persembahan kugiran yang terkenal di Johor. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Laporan Majalah Pelangi Unggul’[8 markah]Akronim Ayat3 Sistem dan Aplikasi BahasaTOPIKMorfologiPraktis 1Bahagian A (35 Markah)Kertas 2PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 33 18-Dec-25 4:43:42 PM


34SintaksisBerdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat susunan biasa yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Aras SPerkembangan dunia pada masa ini memperlihatkan perubahan yang pesat tentang kemajuan teknologi maklumat menerusi percantuman teknologi maklumat dan telekomunikasi.Gabungan kedua-dua teknologi itu membolehkan komunikasi pelbagai hala dihubungkan dengan lebih pantas. Kemajuan itu lebih terserlah apabila pelbagai inovasi dilakukan dari semasa ke semasa oleh pemuka-pemuka dalam bidang tersebut. Dalam beberapa tahun yang akan datang, capaian negara dalam bidang jalur lebar sepatutnya melepasi lima puluh peratus. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengendalikan Maklumat di Hujung Jari’, Berita Harian, Mac 2016[6 markah]PenyuntinganBahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Aras SBahan 1Penganguran adalah masalah besar yang tidak hanya berlaku di negara-negara sedang membangun, tetapi juga di negara-negara maju. Namun begitu, jumlah pengangguran di negara-negara sedang membangun lebih tinggi. Masalah ini tidak wajar mengabaikan dan perlu dicarikan jalan masuk dengan secepat yang mungkin agar tidak terus menjadi masalah, khususnya di kalangan generasi muda. Setiap tahun, beribu-ribu lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) meninggalkan pusat ilmu dengan harapan untuk menjawat jawatan yang setimpal dengan lulusan mereka.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran Buat Graduan Malaysia’,Utusan Malaysia, Januari 2016[6 markah]Kesalahan PembetulanPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 34 18-Dec-25 4:43:42 PM


35Bahan 2 [5 markah]Kesalahan PembetulanPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 35 18-Dec-25 4:43:42 PM


36Bahasa Melayu StandardBaca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras SMaka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Bija Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga.Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia[6 markah]PeribahasaBaca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Aras SFauzi merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. Mereka menjaga Fauzi dengan penuh kasih sayang. Mereka sanggup memenuhi segala permintaan anaknya. Disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan Fauzi, dia tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya malah berani melawan cakap orang tua. Perbuatan tersebut telah memalukan kedua-dua orang ibu bapanya. [4 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 36 18-Dec-25 4:43:42 PM


37Praktis 2MorfologiBaca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata tunggal dan kata majmuktersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras SPada sidang tengah hari, Tan Sri Muhyiddin turut mendoakan supaya penularan COVID-19 berjaya ditangani dengan segera dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan bersama-sama keluarga dengan selamat. “Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani wabak COVID-19,” katanya.Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan hingga ke seluruh dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi.Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 13 Mac 2020[8 markah]Kata Tunggal AyatKata Majmuk AyatSintaksisBaca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat yang bergaris. Aras SKemurungan merupakan kecelaruan mental yang paling mudah dihidapi oleh manusia pascamoden. Istilah lain yang berkaitan dengan kemurungan ialah kecelaruan suasana yang melibatkan kemurungan, mania dan hipomania, yakni keadaan penyakit yang kurang serius daripada keadaan mania, namun tetap memerlukan rawatan. WHO sememangnya memberikan fokus kepada penyakit ini yang semakin menjadi beban kepada insan sejagat. Disebabkan prevalens kecelaruan mental yang lain juga semakin meningkat di dunia, maka satu persidangan WHO telah meluluskan resolusi pada Mei 2013 untuk melaksanakan respons yang terlibat.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hari Kesihatan Mental Usaha MengurusKemurungan’ oleh Mohamed Hatta Shaharon, Dewan Masyarakat, November 2020[6 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 37 18-Dec-25 4:43:42 PM


38Subjek PredikatPenyuntinganBahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Aras SBahan 1Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan. Corak permakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan kanak-kanak lebih gemar akan sajian yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti donut, kek dan krim roti yang banyak dijual di kantin-kantin sekolah. Kanak-kanak berusia antara dua dengan sepuluh tahun sebenarnya perlu menikmati lima kumpulan hidangan, iaitu bijirin, buah-buah dan sayur-sayuran, daging dan protin, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar yang tepat, seimbang serta dipelbagaikan. Namun begitu, kegagalan ibubapa memahami kepentingan panduan piramid makanan telah menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. [6 markah]Kesalahan PembetulanPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 38 18-Dec-25 4:43:42 PM


39Bahan 2[5 markah]Kesalahan PembetulanPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 39 18-Dec-25 4:43:42 PM


40Bahasa Melayu StandardBaca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras SMaka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan Malaysia[6 markah]PeribahasaDialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian bina ayat menggunakan peribahasa tersebut dengan ayat sendiri. Aras SPak Yaakob : Pada zaman sebelum merdeka, penduduk kampung terpaksa bekerja dari pagi hingga ke petang demi mencari rezeki untuk keluarga. Itupun cukup-cukup makan sahaja. Afif : Begitu sukar kehidupan dulu ya, datuk? Pak Yaakob : Betul, Afif. Lebih menyedihkan, ada orang kampung yang menjadi dalang dan mengkhianati negara semata-mata demi keuntungan sendiri daripada menjaga maruah bangsa.Afif : Sedihnya apabila ada manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut. Pak Yaakob : Walaupun begitu, keangkuhan dan kejahatan mereka akhirnya terbongkar juga. Mereka malu sendiri dan keluar dari kampung. [4 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 40 18-Dec-25 4:43:42 PM


41Praktis 3MorfologiBaca petikan di bawah ini dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata kerja pasif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras SMurid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar kaunselor dan kriteria seseorang yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang yang terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu menangani sesetengah masalah di sekolah. Antara masalah yang dialami oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memanfaatkan Khidmat Kaunselor’oleh Nadiah Naufal, Dewan Siswa, April 2012)[8 markah] Kata Hubung AyatKata Kerja Pasif AyatSintaksisBaca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, gabungkan ayat-ayat tunggal dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya. Aras SAhmad Qushairy ialah rakyat Malaysia. Ahmad Qushairy menetap di Hat Yai. Dia terkejut sebaik sampai di rumah. Dia melihat rumahnya dipenuhi kesan lumpur. Sebahagian barangan yang ada di tingkat bawah ditenggelami air. Katanya, ada kenderaan dihanyutkan banjir sejauh satu kilometer hingga ke rumahnya disebabkan oleh arus deras. Ketika kejadian, Ahmad Qushairy kembali ke Malaysia. Isteri Ahmad Qushairy masih tinggal di Hat Yai.(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hat Yai Selepas Banjir Kini Sunyi, Banyak Premis Perniagaan dan Rumah Dipenuhi Lumpur’, Harian Metro[6 markah]123PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 41 18-Dec-25 4:43:42 PM


42PenyuntinganPetikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Aras SDalam suasana kehidupan di bandar, kebanyakan penduduk-penduduk tidak suka akan pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Mereka lebih suka berkerja di pejabat tanpa mengeluarkan peluh. Sikap ini perlu diubah kerana pakar perubatan telah membuktikan supaya berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana peluh mengalirkan kotoran keluar dari tubuh dan tidak membiarkan bahan toksek bergelumang dalam darah.Berdasarkan pada sistem biology tubuh manusia, orang yang sering berpeluh akan mempunyai kulit yang lebih bersih. Kulit yang berpeluh akan membuang kotoran yang sama banyak dengan kerja yang ginjal lakukan selama 24 jam. Tujuan pengeluaran peluh ini ialah untuk menyejukkan tubuh badan kerana peluh dapat keseimbangan suhu tubuh supaya kekal stabil. Oleh sebab itu, terapi perlu dilakukan di rumah mandi wap sebagai salah satu cara perubatan tertua kerana dapat mendamaikan perasaan. Di samping itu, rembesan peluh dapat mencegah penyakit ekzema dan jerawat yang berpunca daripada liang roma yang tersumbat.(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Sekadar Keringat’oleh Saharil Hasrin Sanin, Dewan Kosmik, November 2009)[11 markah]Kesalahan PembetulanPT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 42 18-Dec-25 4:43:42 PM


43Bahasa Melayu StandardBaca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Aras SMaka Seri Nara Diraja tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-dua sama orang berasal.Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan Malaysia[4 markah] PeribahasaIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Aras S1 Hubungan pemimpin dengan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan itu tidak menjejaskan kedudukannya kerana .2 Encik Thomas menegur sikap Jordan yang suka mengisahkan keburukan anggota keluarga kepada kawan-kawannya kerana perbuatan itu ibarat .3 Semua murid diingatkan bahawa mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana .[6 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 43 18-Dec-25 4:43:42 PM


44Praktis 4MorfologiBaca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja terbitan apitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aras SKonsep pertanian menegak menunjukkan pencapaian amat baik kerana kelebihannya memberikan harapan peningkatan sara diri bagi rakyat dalam menghasilkan hasil makanan yang boleh meringankan kos sara hidup semakin mencanak sekarang. Pertanian menegak ialah konsep dalam pertanian bandar merujuk penggunaan kaedah penanaman tanpa tanah dalam bangunan tinggi secara terkawal. Ketika ini, pertanian menegak merupakan bidang penyelidikan disiplin yang masih baharu, tetapi mempunyai daya tarikan sebagai kaedah pengeluaran makanan mampan dan cekap.Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/[8 markah]Kata Kerja Terbitan Apitan AyatSintaksisBerdasarkan petikan di bawah, bina tiga ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Aras SMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sivik bermaksud ilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat. Bermula bulan Jun 2019, pendidikan sivik telah mula diperkenalkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan pendidikan sivik dilaksanakan selama satu jam pada setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan sivik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengapakah Pendidikan Sivik Diperkenalkan?’ oleh Dr. Maszlee Malik, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019[6 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 44 18-Dec-25 4:43:42 PM


45PenyuntinganPetikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Aras SKita menjaga diri, keluarga, komuniti serta negara kita. Jika bukan kita, siapa lagi? Demikian saranan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Nasihat tersebut bagi memastikan rakyat di Malaysia dapat menjaga kesihatan melalui fasa pemulihan pada penularan COVID-19 dan bersama-sama membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian. Kesihatan diri adalah nikmat yang paling besar bagi seseorang individu. Sehubungan dengan itu, pencegahan lebih baik daripada rawatan. Selain mengamalkan aktiviti kecergasan dan mengamalkan aktiviti kecergasan dan mengamalkan makanan yang betul, beberapa perkara-perkara lain juga perlu dilakukan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat. Antaranya termasuklah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa dan memiliki sikap atau mentality positif bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti luar yang masih terbatas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, hal itu bukanlah alasan untuk seseorang itu terhenti daripada mengamalkan gaya hidup sihat. Sihat dan cergas juga dua perkara yang berbeza. Menerusi kemudahan internet, orang ramai kini boleh bersenam di mana-mana sahaja mereka berada dan mengikuti tips pemakanan yang sihat pada bila masa secara langsung dan percuma menerusi sosial media seperti Instagram, Facebook atau YouTube.Kesuntukan masa bukan boleh dijadikan alasan. Yang akan sihat dan cergas ialah anda. Oleh itu, tiada pilihan lain untuk anda mendapat tahap kesihatan dan kecergasan yang baik selain usaha, masa, wang, konsistensi, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Pada waktu ini juga, terdapat pelbagai permohonan telefon pintar berkaitan dengan kesihatan sedia untuk dimuat turun secara percuma. Pilihan di hujung jari anda.[11 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 45 18-Dec-25 4:43:43 PM


46Kesalahan PembetulanBahasa Melayu StandardBaca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Aras SSyahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; Adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”Dipetik daripada cerita ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia[6 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 46 18-Dec-25 4:43:43 PM


47PeribahasaBaca ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan menggunakan peribahasa yang sesuai. Aras S1 Sikap dan perangai dua beradik itu kerana setiap kali bertemu, mereka pasti bergaduh.2 Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberikan panduan kepada manusia dalam kehidupan umpama peribahasa .[4 markah]PT BM SPM Tg5 T1-T5nKM 4th.indd 47 18-Dec-25 4:43:43 PM


Click to View FlipBook Version