Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-304-6 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya,tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Mohd Fadzli Mohd Idrus / Mohd Tajul Askat Pereka letak: Ailee Teks diset dalam Utopia Std 9/11 poin Dicetak di Malaysia oleh Worldline Marketing Sdn. Bhd. Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan 1 – 4 Tema 2: Menimba Ilmu 5 – 8 Tema 3: Kerjaya ke Mercu Impian 9 – 12 Tema 4: Integriti Amalan Kita 13 – 16 Tema 5: Bahasa dan Sastera 17 – 20 Tema 6: Teladani Sejarah Hargai Warisan 21 – 24 Tema 7: Indah Seni Gah Budaya 25 – 27 Tema 8: Utamakan Keselamatan 28 – 31 Tema 9: Sukan dan Rekreasi 32 – 35 Tema 10: Selamat Datang ke Malaysia 36 – 39 Tema 11: Perpaduan 40 – 42 Tema 12: Negaraku Jati Diriku 43 – 46 Tema 13: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 47 – 50 Tema 14: Berbudi kepada Alam 51 – 53 Tema 15: Sains, Teknologi dan Inovasi 54 – 56 Tema 16: Pelestarian Alam 57 – 60 Tema 17: Era Baharu Industri 61 – 64 Tema 18: Pentadbiran dan Politik 65 – 68 Ujian Akhir Sesi Akademik 69 – 80 Jawapan J1 – J16 Imbas dan muat turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Kandungan PT KSSM BM Tg2 Kand F.indd 1 25/1/2024 12:54:49 PM
1 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Dalam bahan di sebelah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Ramli yang berjalan dengan tergopoh-gapah telah tersadung akar pokok ketika berada di datuknya. A dusun C sawah B taman D rumah 2 Pemain ragbi saling bersaing untuk merebut bola itu sebelum melakukan jaringan. A bulat C lonjong B leper D bengkok 3 “ , sakitnya gigi geraham saya ini!” kata Borhan sambil memandang wajah ibunya. A Cis C Aduh B Nah D Aduhai 4 Zarina menatap gambar itu kerana menyerupai wajah arwah adik kesayangannya. A kuat-kuat C sayup-sayup B lama-lama D terang-terang 1 2 3 Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian B 1 TEMA Kesihatan dan Kebersihan Antara tempat yang menarik untuk anda lawati: ✓ Pekan Kuah ✓ Dataran Lang ✓ Pantai Cenang ✓ Gallery Perdana ✓ Makan Mahsuri ✓ Kereta Kabel Gunung Mat Chincang 3 HARI 2 MALAM untuk sekeluarga RM580 TEMPAH SEKARANG! AYUH, MELANCUNG KE PULAU LANGKAWI. PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 1 25/1/2024 12:59:45 PM
2 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. Selesai makan dan menolong mencuci dan menyimpan daging, ayam, ikan, sayur, dan buahbuahan ke dalam peti sejuknya, saya minta diri dengan janji akan mengunjunginya lagi. Mak Piah mengirim salam kasihnya kepada Nana yang tidak saya kenali. Malam itu saya dipeluk kepanasan demam. Lima hari berlalu, baru saya mampu bangun hendak menunaikan janji, selepas menonton berita banjir yang kembali surut di kaca televisyen. Tanda soal berbaur dura menyambut kehadiran. Kenapa orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah? Belum sempat saya melangkah masuk, usungan jenazah di bawa keluar. Saya mengikut hingga ke tanah perkuburan. Apabila orang ramai mula beredar, mata saya menanda soal ke wajah wanita yang merenung keharuan seorang lelaki mengusap kepiluan tanah yang baru ditimbusi. “Cik ini … Nana?” Anak bongsu Mak Piah itu persis raut ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya kerana dia menjawab lebih daripada yang disoal. Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri sampailah kepada kepiluan hatinya tidak diizinkan suami membantu ibu membersihkan rumah selepas banjir. Khabarnya, wanita tua itu tergelincir jatuh dan kepalanya cedera. Setelah tubuhnya kaku, barulah jenazah ditemui tetangga. Dipetik daripada cerpen “Banjir di Mata Emak”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata persis raut membawa maksud A menyerupai wajah. B mempunyai muka. C mempunyai bentuk muka yang sama. D menyerupai wajah seseorang yang dikenali. 2 Lima hari berlalu, baru saya mampu bangun hendak menunaikan janji, selepas menonton berita banjir yang kembali surut di kaca televisyen. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai bagi pernyataan di atas? A Berfikir sebelum bertindak B Muafakat membawa berkat C Hidup ini suatu perlumbaan D Kata mesti dikota, janji mesti ditepati 3 Yang berikut merupakan perwatakan penulis, kecuali dia seorang yang A rajin. B pelupa. C baik hati. D menepati janji. 4 Apakah yang berlaku di rumah Mak Piah apabila penulis pergi ke sana selepas banjir surut? A Rumah Mak Piah dipenuhi lumpur B Banyak orang datang menziarahi Mak Piah C Jenazah Mak Piah sedang diusung ke kubur D Anak-anak Mak Piah datang melawat ibu mereka 5 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Penulis pergi ke rumah Mak Piah walaupun demam. B Mak Piah meninggal dunia kerana lemas air banjir. C Penulis memarahi anak-anak Mak Piah kerana mengabaikan ibu mereka. D Suami Nana tidak membenarkan Nana membersihkan rumah Mak Piah. Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 2 25/1/2024 12:59:45 PM
3 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN NASIHAT Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbul jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, nyatakan cara-cara menjaga kesihatan mental. 2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan pantun tersebut. 3 “Badan Sihat Otak Cerdas” merupakan salah satu slogan yang sering digunakan oleh kerajaan dalam memastikan rakyat sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif kepada diri individu sekiranya mereka sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental? KBAT Menilai Bahan 1 Bahan 2 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 3 25/1/2024 12:59:45 PM
4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang mempunyai kaitan dengan tema. Persoalan wujud bagi mengukuhkan tema yang ingin disampaikan. Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut dengan mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai. Novel Tema MENITI IMPIAN Kegigihan seorang remaja dalam mengejar citacitanya untuk menjadi seorang usahawan DARAH TITIK DI SEMANTAN Semangat patriotik dalam kalangan pejuang negara yang menentang Inggeris JEJAK MONPUS Kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu sains dan dunia penyelidikan JALAN KE PUNCAK Kegigihan seorang pemuda membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari Novel (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 4 25/1/2024 12:59:45 PM
5 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut. Berbekalkan keputusan akademik yang gemilang, peluang pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading akan terbuka besar. Pelbagai kemahiran yang akan dikuasai oleh mereka untuk menjadi pelajar yang berketerampilan dan serba boleh. Kejayaan ini sudah pasti membuatkan ibu bapa berasa selesa akan pencapaian anak-anak mereka. 1 Terdapat banyak pepohon yang rendang tumbang akibat ditiup angin kencang semalam. A pohon B pepohon C banyak pohon-pohon D banyak pepohon 2 Adik menyapu beberapa banyak dedaun kering yang bertaburan di halaman rumah. A dedaun B banyak dedaun C beberapa banyak daun D beberapa banyak dedaun 3 Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, berbagai-bagai projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengukuhkan sektor ekonomi negara. A berbagai projek B berbagai projek-projek C berbagai-bagai projek D berbagai-bagai projek-projek 4 Adik mengaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh ibu. A mengaru-garu kepalanya B menggaru kepalanya berkali C mengaru-garu kepalanya berkali D mengaru-garu kepalanya berkali-kali 1 2 3 Bahagian B Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A 2 TEMA Menimba Ilmu PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 5 25/1/2024 12:59:45 PM
6 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ilmu itu besar faedahnya, membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya. Jika ilmu tidak diendah, sebab anakanda capak permudah, rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah. (Dipetik daripada “Syair Nasihat”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) Sembah Sang Memerang dengan ketakutannya, “Harapkan diampun tuanku, beribu-ribu ampun, telah sebenarnyalah seperti sembah Sang Sebarau itu; mengaku kesalahanlah patik-patik yang kedua ini, titah tuanku patik junjung.” Titah baginda, “Hai Syah Alam di Rimba, menanglah engkau; patut engkau diatkan nyawa anak memerang itu ganti nyawa anak dan bini Sang Sebarau ini yang telah dimakan Sang Memerang itu; bukan salah engkau melainkan salah Sang Memerang sendiri anaknya mati dipijak sekaliannya.” Demikian adanya. (Dipetik daripada prosa tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, apakah kepentingan ilmu bagi pemimpin? 2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan persoalan yang sesuai dengan bahanbahan tersebut. 3 Guru merupakan insan yang harus dihormati kerana mereka telah menyampaikan pelbagai ilmu yang bermanfaat sehingga mampu mendidik murid-murid menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pada pendapat anda, apakah adab-adab berguru yang betul? KBAT Menilai Bahan 1 Bahan 2 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 6 25/1/2024 12:59:45 PM
7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon Penulis sering mengetengahkan isu impian dan kejayaan dalam setiap karya mereka. Hal ini bagi menaikkan semangat pembaca untuk berusaha dalam mencapai setiap impian. Hal ini bertepatan dengan cogan kata “Usaha Tangga Kejayaan”. Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai kegigihan dalam novel tersebut. MENITI IMPIAN JEJAK MONPUS JALAN KE PUNCAK DARAH TITIK DI SEMANTAN Nilai Kegigihan Novel (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 7 25/1/2024 12:59:45 PM
8 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Belakangan ini, isu berkaitan kesedaran sivik rakyat Malaysia menjadi polemik untuk dibahaskan. Kesedaran sivik merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan, namun perkara ini dilihat semakin luntur dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Persoalannya, siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai murni serta kesedaran sivik kepada rakyat Malaysia? Sudah tentunya kerjasama pelbagai pihak yang merangkumi institusi kekeluargaan, kerajaan dan bukan kerajaan. Melihat kepada situasi semasa yang jelas menunjukkan kesedaran sivik kian terhakis dalam kalangan masyarakat, maka wajarlah subjek Pendidikan Sivik diwujudkan dan diperkenalkan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2019. Guru-guru juga perlu memastikan konsep kesedaran sivik difahami oleh murid-murid dan dipratikkan di sekolah. Pelaksanaan ini merupakan satu daripada wadah pihak kerajaan dalam usaha pembentukan generasi Malaysia yang memiliki semangat patriotisme, mengetahui tanggungjawab serta hak sebagai warganegara, di samping memiliki keperibadian yang tinggi. Masyarakat hari ini tidak terbentuk dalam masa sehari. Pembentukan sikap masyarakat adalah bertitik tolak daripada sikap individu. Sikap individu pula seharusnya dilentur semenjak usia muda pada peringkat anak masih kecil kerana mereka ini akan menjadi anggota dalam komuniti masyarakat pada masa hadapan. Oleh itu, pendidikan sivik yang terbaik seharusnya bermula dari rumah. Dalam hal ini, institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat signifikan. Ibu bapa merupakan antara individu utama dalam menjadi suri teladan anak-anak di rumah yang akan mencorakkan peribadi mereka. Golongan dewasa dalam komuniti juga perlu menunjukkan contoh yang baik agar menjadi idola anak-anak yang sedang membesar dan memerhati serta mencontohi perlakuan orang sekeliling yang lebih berusia dan rapat dengan mereka. Selain pendidikan sivik yang berterusan, tindakan tegas dan pelaksanaan undang-undang sedia ada yang berkaitan juga haruslah dikuatkuasakan. Masyarakat hari ini menjadi semakin alpa apabila penguatkuasaan undang-undang lemah. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai program yang bertujuan untuk memupuk kesedaran sivik dalam kalangan golongan muda seperti Program Latihan Khidmat Negara. Latihan-latihan yang dijalankan juga akan memberi penekanan kepada kepentingan kesedaran sivik dan pembentukan modal insan bagi membina kemandirian dan jati diri agar sikap positif tumbuh subur dalam diri anak-anak remaja. Usaha memupuk kesedaran sivik dalam masyarakat bukanlah suatu usaha yang mudah kerana memerlukan kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak. Setiap orang haruslah sedar bahawa pendidikan sivik tidak sewajarnya kekal sebagai teori dalam bilik darjah tanpa dipraktikkan. Kesedaran sivik perlu diterapkan dalam diri setiap individu khususnya rakyat Malaysia agar menjadi tabiat yang menjadi amalan sepanjang hayat demi kemaslahatan bersama. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bernama.com) Rumusan Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 8 25/1/2024 12:59:45 PM
9 Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Adapun kambing yang tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah letihnya sehingga matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinarpinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri … kambing terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh … sampailah ajalnya, dia pun mati. Dengan ini, jelas bahawa Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang bersalah, bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum. Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan, dan saya mohon mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Dipetik daripada drama “Mahkamah”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata kabur dan berpinar-pinar membawa maksud A pandangan menjadi gelap-gelita. B pandangan yang samar dan bergerak-gerak. C tidak dapat melihat dengan jelas dan rambang mata. D tidak dapat melihat dengan terang dan berpusing-pusing. 2 … saya mohon mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai bagi pernyataan di atas? A Berfikir sebelum bertindak B Muafakat membawa berkat C Keadilan tidak mengenal kawan D Kata mesti dikota, janji mesti ditepati 3 Yang berikut merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kambing dalam petikan, kecuali A lapar. B sangat kurus. C gemar makan kulit pisang. D dengan sengaja menyebabkan kematian nenek tua. 4 Apakah yang berlaku kepada Bulat bin Leper sehingga dia dibicarakan di mahkamah? A Dituduh membuang kulit pisang ke atas jalan raya B Dituduh sebagai orang yang menyebabkan kematian nenek tua C Dituduh bergaduh dengan nenek tua sehingga meninggal dunia D Dituduh bersubahat dengan kambing untuk membunuh nenek tua 5 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Peguam bela berpendapat kambing yang bersalah atas kematian nenek tua. B Nenek tua terlanggar kambing lalu terjatuh dan meninggal dunia. C Bulat bin Leper membuang makanan kambing di atas jalan raya. D Kambing kurus didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman. Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A 3 TEMA Kerjaya ke Mercu Impian PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 9 25/1/2024 12:59:45 PM
10 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon Watak utama merupakan watak paling penting yang menggerakkan jalan cerita dalam sesebuah karya. Pelbagai nilai positif yang diterapkan dalam perwatakan watak utama untuk dijadikan inspirasi kepada pembaca. Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga perwatakan positif bagi watak utama yang boleh dijadikan contoh kepada pembaca. Novel Watak utama MENITI IMPIAN Zahar DARAH TITIK DI SEMANTAN Datuk Bahaman JALAN KE PUNCAK Laiman JEJAK MONPUS Zahar Novel (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 10 25/1/2024 12:59:45 PM
11 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang mendorong pemilihan kerjaya dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ringkasan Isu pemilihan kerjaya sering menghantui setiap remaja pada zaman millenium ini sehingga ada dalam kalangan mereka yang terpaksa menganggur dalam tempoh yang lama. Ada juga dalam kalangan remaja yang mendapat pelbagai tawaran kerjaya sehingga menimbulkan dilema dalam diri mereka untuk memilih kerjaya yang sesuai. Apakah yang dapat membantu mereka dalam pemilihan kerjaya yang sesuai? Sudah pasti banyak faktor yang perlu diberi pertimbangan sebelum mereka melangkah ke alam kerjaya. Banyak dalam kalangan remaja mendambakan kerjaya yang memenuhi minat mereka. Oleh itu, sebelum mereka membuat keputusan untuk memilih sesuatu kerjaya, mereka perlu mengenal pasti minat sebenar mereka. Hal ini dapat menjadi pemangkin kebahagiaan mereka pada masa hadapan. Selain itu, gaji yang kompetitif juga turut menarik minat remaja dalam pemilihan kerjaya mereka. Semakin tinggi gaji yang ditawarkan, semakin menarik minat mereka untuk menerima tawaran kerja tersebut. Pengaruh keluarga juga sangat memberi impak dalam pemilihan kerjaya seseorang remaja. Ada ibu bapa yang mempengaruhi cita-cita dalam diri anak-anak mereka sejak kecil. Ada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka bergelar doktor apabila dewasa kelak maka mereka akan memberi galakan seperti membeli alat-alat permainan yang berkaitan dan memastikan anak mereka memilih latar belakang akademik yang berkaitan dengan perubatan. Oleh itu, anak-anak mereka akan berusaha untuk mencapai cita-cita sekali gus dapat menggembirakan hati ibu bapa mereka. Kini, ramai remaja yang memilih untuk memulakan perniagaan sendiri. Hal ini berlaku kerana mereka lebih selesa bekerja dalam suasana kerja yang tidak terikat dan bebas untuk membuat keputusan. Berbeza pula bagi remaja yang inginkan suasana kerja yang selesa, mereka memilih untuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dan mempunyai skop kerja yang jelas. Faktor masa juga turut menyumbang kepada pemilihan kerjaya dalam kalangan remaja. Ada dalam kalangan mereka yang hanya ingin bekerja dalam tempoh masa yang terhad seperti di pejabat yang hanya bekerja selama lapan jam. Oleh itu, mereka dapat memberi fokus kepada aktiviti lain selepas waktu kerja. Tuntasnya, walau apa-apa jua faktor yang mendorong remaja memilih kerjaya mereka namun matlamat mereka tetap sama, iaitu ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Mereka perlu berusaha sedaya upaya mereka dalam mengharungi pelbagai cabaran mendatang kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 11 25/1/2024 12:59:45 PM
12 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Manfaat Pameran Kerjaya kepada Murid Memilih institusi pengajian dan kursus yang sesuai Manfaat Pameran Kerjaya kepada Murid Tip persediaan sesi temu duga Seminar dan bicara kerjaya Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 12 25/1/2024 12:59:45 PM
13 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 2 PANTUN BUDI Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; lndah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 1 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, nyatakan kesan-kesan sekiranya setiap individu mengamalkan sikap berbudi bahasa. 2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan maksud bagi perenggan kedua pantun. 3 “Budi Bahasa Budaya Kita” merupakan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk sikap mulia dalam kalangan masyarakat. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif sekiranya pembudayaan ini diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat? KBAT Menilai Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B 4 TEMA Integriti Amalan Kita PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 13 25/1/2024 12:59:46 PM
14 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon Pengajaran merupakan unsur teladan yang boleh dicontohi dalam sesebuah karya. Terdapat pelbagai pengajaran yang diselitkan bagi memberi impak positif kepada diri pembaca. Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga pengajaran yang memberi impak positif kepada diri anda. Novel (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 14 25/1/2024 12:59:46 PM
15 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Rumusan Ledakan teknologi maklumat kini memberi impak yang sangat besar kepada perubahan sosialisasi dalam kehidupan bermasyarakat. Kehidupan masyarakat kini lebih berorientasikan digital dan media sosial menjadi medium perhubungan terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menjadikan media sosial sebagai saluran komunikasi untuk menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Konsep maklumat di hujung jari ini sangat efektif kerana PdP dapat dilakukan tidak hanya di sekolah malah pada bila-bila masa. Guru dan murid juga memperoleh pelbagai informasi bermanfaat yang dapat membantu mereka dalam menyiapkan tugasan. Walau bagaimanapun, penggunaan medium media sosial tanpa sempadan ini juga boleh mendatangkan kesan negatif. Murid-murid juga mudah terdedah dengan informasi yang tidak tepat yang dikongsi secara terbuka dalam media sosial. Banyak unsur yang tidak sesuai dengan norma dan budaya ketimuran yang mungkin akan menjadi ikutan murid-murid. Guru-guru juga mudah terdedah dengan pelbagai ideologi yang mampu menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang guru. Hal ini jika tidak dibendung akan meningkatkan kes jenayah siber seterusnya menjadi barah yang merosakkan minda masyarakat keseluruhannya. Oleh hal yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan garis panduan bagi memastikan penggunaan media sosial sebagai wahana ilmu yang berintegriti dan mengikut landasan yang betul. SKMM juga memperkasakan undang-undang siber bagi mengekang peningkatan jenayah siber. Pihak KPM pula telah mengadakan pelbagai kempen berkaitan integriti dalam penggunaan teknologi masa kini untuk kesedaran para guru dan murid. Kesimpulannya, guru dan murid perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan beretika ketika menggunakan media sosial sama ada secara rasmi atau peribadi. Negara mengharapkan kemenjadian murid dapat direalisasikan sejajar dengan perkembangan teknologi agar mereka dapat menjadi pemimpin negara yang hebat pada masa depan. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 15 25/1/2024 12:59:46 PM
16 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita Penyebaran mesej toleransi menggunakan media Penganjuran rumah terbuka setiap kali perayaan Cara-cara Memupuk Semangat Toleransi dalam Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 16 25/1/2024 12:59:46 PM
17 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 1 Dania berasa sungguh gembira sekali apabila menerima hadiah daripada ibu. A paling gembira B sungguh gembira C terpaling gembira D sungguh gembira sekali 2 Tok Gajah merupakan pahlawan yang amat hebat sungguh dalam perjuangannya menentang penjajah di Pahang. A amat hebat B amat sungguh hebat C sungguh hebat amat D amat hebat sungguh 3 Guru merupakan insan terpaling penting sekali dalam pembentukan sahsiah diri pelajar. A paling penting B terpaling penting C terpenting sekali D terpaling penting sekali 4 Alif teruja melihat pemandangan matahari terbenam di tepian pantai yang indah nian itu. A nian indah B sekali indah C terindah sekali D indah nian Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Adjektif yang telah ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambah perkataan lain. 1 anak-anaknya bijak Encik Ali mendidik berjimat cermat 2 berjaya polis pihak semula penjenayah itu memberkas Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian B 5 TEMA Bahasa dan Sastera PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 17 25/1/2024 12:59:46 PM
18 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. “Kami semua mahukan kemajuan. Walaupun kami tak berapa muda macam Alif ni, kami pun nak juga menikmati kemajuan. Nak tengok pembangunan, nak melangkah ke depan. Bukannya berpatah balik ke belakang.” Suara Abang Man terasa berisi gula-gula, kedengaran lunak bahasanya. Emak masih bergeming, tidak mengalihkan tekurannya walau segarit. “Anak Mak Wan ni kan belajar di universiti? Dengarnya ada ijazah ekonomi. Tak kan budak universiti macam dia nak buat kerja kampung begini? Eh, betulkah dia tamat belajar? Entah-entah dia tak lulus periksa, itu yang beria-ia sangat nakkan petak tu … sebab tak dapat kerja lain!” Suara Abang Man kali ini berubah nada cabul. Terangkat kepala emak. Terpanggung kepala Tuk Ketua. Alif membulatkan mata. Terpandangkan Abang Man yang tersengih-sengih berasa menang, terasa seperti mahu menghadiahkan penumbuk sebutir dua ke muka lelaki itu, biar dia tersungkur membaham tanah. Beberapa orang lelaki lain yang berada di anjung itu turut sama tersenyumsenyum kambing. “Beginilah, kamu semua balik dulu. Kata datang sini mahu bincang elok-elok. Tapi kalau sudah terkeluar tajuk sampai menyakitkan hati orang, Mak Wan rasa eloklah kamu balik dulu. Biar Mak Wan berbincang secara anak-beranak dengan Alif.” (Dipetik daripada cerpen “Menuai Emas” antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata berubah nada cabul membawa maksud A bertukar bunyi yang tidak senonoh. B bertukar suara yang tidak sesuai. C bertukar bahasa yang tidak baik. D bertukar kata-kata yang tajam. 2 Alif membulatkan mata. Terpandangkan Abang Man yang tersengih-sengih berasa menang, terasa seperti mahu menghadiahkan penumbuk sebutir dua ke muka lelaki itu, biar dia tersungkur membaham tanah. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai bagi pernyataan di atas? A Berfikir sebelum bertindak B Muafakat membawa berkat C Bahasa menunjukkan bangsa D Kata mesti dikota, janji mesti ditepati 3 Mengapakah Mak Wan meminta semua tetamu yang berada di rumahnya pulang? A Perbincangan mereka pada hari itu sudah tamat B Semua tetamu yang hadir mulai bergaduh sesama mereka C Mak Wan kecewa dengan tuduhan tetamu terhadap Alif D Mak Wan berasa marah kerana tetamutetamunya tidak mahu mendengar katakatanya 4 Berikut merupakan perwatakan Alif yang terdapat dalam cerpen tersebut, kecuali A anak kepada Mak Wan. B yakin akan kebolehan diri. C seorang yang panas baran. D lulusan universiti dalam bidang ekonomi. 5 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Alif menumbuk Abang Man hingga tersungkur ke tanah. B Alif gagal mendapatkan ijazah semasa belajar di universiti. C Abang Man datang memujuk Alif supaya menerima pembangunan. D Mak Wan meleraikan ketegangan dengan menyuruh Abang Man pulang. Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 18 25/1/2024 12:59:46 PM
19 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Langkah-langkah dalam Penulisan Kreatif Mencari idea – pengembangan idea – idea yang diperoleh diadun dan dihubungkan – mempunyai kreativiti – pengetahuan bahasa yang baik dan luas – penulisan secara santai – memurnikan penulisan – membuat perubahan – menyempurnakan hasil karya sebelum diterbitkan Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 19 25/1/2024 12:59:46 PM
20 Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Anda berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat akhir sempena bulan bahasa peringkat daerah. Tajuk pidato tersebut ialah “Langkah-langkah Memartabatkan Bahasa Melayu”. Tulis teks pidato anda selengkapnya. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 20 25/1/2024 12:59:46 PM
26 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Bahan 1 Bahan 2 1 Bagaimanakah hasil yang akan diperoleh apabila melaksanakan pertanian moden seperti yang digambarkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2? 2 Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. 3 Rakyat disarankan agar bercucuk tanam untuk mengatasi masalah kenaikan harga makanan di pasaran pada masa ini. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga makanan di pasaran selain daripada bercucuk tanam? KBAT Menilai Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Perdana Menteri turut berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan, termasuk menambah keluasan tanaman tetapi mengoptimum penggunaan tanah perladangan sedia ada. “Pengeluaran makanan negara perlu ditingkatkan dan kita harus kurangkan import dan itu boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu tambah kawasan tanaman (pertanian) dan tingkatkan pengeluaran sedia ada. “Untuk cara yang pertama (tambah kawasan tananam), ia boleh dilaksanakan tetapi memerlukan komitmen yang amat tinggi dan cara kedua (tingkatkan pengeluaran), dengan menggunakan teknologi moden,” katanya. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian. com.my/berita/nasional/2023/07/1132296/perkasapertanian-moden-kurangkan-import-bekalan-makanan Ini zaman moden, zaman serba maju. Alif berazam membawa kemajuan dengan cara tersendiri. Menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu lagi bertanjak, berkubang dan berselut badan merembas menerung yang degil liat. Kerja itu semua dapat dilaksanakan dengan mudah oleh mesin pembajak, tanpa harus mengotorkan tubuh. Tidak lagi perlu terbongkokbongkok mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong bertutup separuh layar. Dengan jentera tuai, petak sawah akan terang lapang dalam masa yang singkat. Dipetik daripada cerpen “Menuai Emas”, dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 26 25/1/2024 12:59:46 PM
27 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (iv) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon Sinopsis merupakan ringkasan keseluruhan yang memberi gambaran umum tentang cerita yang ingin disampaikan oleh penulis dalam novel. Sinopsis boleh menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengetahui jalan cerita yang lebih terperinci. Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan sinopsis keseluruhan bagi novel tersebut. Novel (Kertas 1) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 27 25/1/2024 12:59:46 PM
28 Pilih ayat-ayat yang betul. 1 I Kempen Sekolah Selamat amat penting untuk memastikan keselamatan murid terjamin. II Ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang keburukan dan bahaya buli. III Mangsa dera bukan sahaja mengalami penderitaan secara fizikal namun mental dan emosi. IV Semua pihak perlu memainkan peranan masing agar jenayah siber dapat dibanteras. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Anggota-anggota masyarakat khususnya golongan wanita sering menjadi sasaran peragut. II Tekanan hidup menjadi punca utama golongan remaja terjebak di dalam ketagihan dadah. III Kes kemalangan jalan raya sering meningkat pada musim perayaan. IV Kepolisan masyarakat dalam usaha mengurangi kadar jenayah amat penting. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Oleh kerana kerjasama yang diberikan oleh semua penduduk, kes pecah rumah dapat dielakkan. II Pencegahan jenayah dapat dilakukan melalui pemasangan kamera litar tertutup di kawasan kediaman. III Aspek keselamatan perlu dititikberatkan ketika melakukan aktiviti berbasikal. IV Laporan meteorologi boleh digunakan untuk merancang aktiviti pada hari esok. A I dan II C I, II dan III B III dan IV D II, III dan IV Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua kata-kata hikmat yang sesuai. (i) (ii) Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian B 8 TEMA Utamakan Keselamatan PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 28 25/1/2024 12:59:47 PM
29 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menangani jenayah ragut di Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ringkasan Setiap hari kita sering disajikan dengan berita berkaitan pidana ragut yang semakin membimbangkan kerana acap kali berakhir dengan kematian. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam diri peragut. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah drastik perlu diimplementasikan bagi membejat pertambahan kes tersebut. Inisiatif yang boleh dilakukan adalah dengan memberi maklumat kepada umum terutamanya kaum hawa agar mereka bersedia dan berwaspada. Kehausan wang merupakan punca utama peragut sanggup menindas kaum yang lemah ini. Oleh sebab itu, kaum hawa disaran untuk mempelajari seni pertahanan diri agar dapat melindungi diri apabila diragut. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kes ragut malah dapat mengelakkan daripada berlakunya kematian dalam kalangan mangsa ragut. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus melakukan anjakan paradigma dengan memperkasakan hukuman terhadap pesalah ragut. Jika PBT terus berpeluk tubuh, sampai bilakah orang ramai akan terus alpa dengan persepsi bahawa hukuman jenayah ragut adalah ringan? Rondaan dan kawalan keselamatan juga haruslah dipergiat bagi memastikan penjenayah ragut tidak bermaharajalela. Jadi, apabila inisiatif tersebut dilakukan dengan izhar, secara tidak langsung hal tersebut berjaya menimbulkan kegusaran di hati orang ramai yang cuba meragut. Di samping itu, pihak yang dominan seperti kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga perlu menggerakkan kewujudan kempen-kempen memerangi pidana ragut. Perkara ini berikutan, masyarakat lokal masih mengerling enteng tentang impak negatif jenayah ragut terhadap mangsanya. Sistem keselamatan di kawasan bandar juga harus dinaik taraf seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup bagi mengawasi keselamatan orang ramai. Penjanaan kesedaran dan keselamatan dilihat dapat menjadi mangkin yang efektif demi mengurangkan jumlah kes ragut di peringkat tempatan secara holistik. Konklusinya, semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatik agar imej negara tidak tercalar di mata dunia. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa dan hanya akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa ragut seperti kata peribahasa Melayu, “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 29 25/1/2024 12:59:47 PM
30 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Faktor-faktor Kemalangan Jalan Raya Faktor kenderaan Faktor keadaan jalan raya Faktor manusia Bahagian A Karangan Respons Terhad (Kertas 2) PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 30 25/1/2024 12:59:47 PM
31 Lihat poster di bawah dengan teliti. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Anda selaku wakil murid diminta untuk menyampaikan ucapan bertajuk “Langkah-langkah Menangani Gejala Buli di Sekolah” sempena perasmian program “Sekolah Saya Selamat.” Sediakan teks ucapan anda selengkapnya. Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B PT KSSM BM Tg2 T1-T8 4th.indd 31 25/1/2024 12:59:47 PM
J1 Praktis Topikal UASA Bahasa Melayu Tingkatan 2 – Jawapan TEMA 1 Kesihatan dan Kebersihan Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 A 2 C 3 C 4 B Bahagian B Kesalahan Pembetulan 1 melancung melancong 2 gallery galeri 3 makan makam Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 A 2 D 3 B 4 C 5 D Pemahaman Petikan (Kertas 1) BAHAGIAN B 1 Bahan 1 – melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan / tidak mengamalkan sesuatu yang haram dan memudaratkan diri / menghindari diri dari perasaan sedih dan risau yang berlebihan Bahan 2 – sentiasa bersyukur / tidak terlalu menghukum diri sendiri / sentiasa menambah ilmu baharu 2 Nilai bagi Bahan 2 – nilai baik hati – nilai rasional – nilai ketabahan 3 Kesan positif – hidup sentiasa tenang dan gembira – sentiasa bertindak secara rasional – disenangi oleh semua orang Novel (Kertas 1) BAHAGIAN B Novel Meniti Impian 1 Persoalan usaha yang membawa kejayaan – Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri 2 Persoalan minat dan kebolehan diri – Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM 3 Persoalan konflik percintaan dalam kalangan remaja – Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza Novel Darah Titik di Semantan 1 Persoalan budaya bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan – Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad bekerjasama dalam pembinaan kubu di Teluk Sengarat dan meronda bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak Inggeris 2 Persoalan keberanian untuk menegakkan keadilan – Datuk Bahaman telah menyerang Desborough dan mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga mereka memperoleh kemenangan 3 Persoalan semangat bersatu padu dalam menghadapi penjajah. – Perjuangan Datuk Bahaman di Semantan turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh, Mat Lela dan para pengikut mereka manakala Mat Kilau dan Tok Gajah menjadi penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang Inggeris Novel Jalan ke Puncak 1 Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup – Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri 2 Persoalan keberanian menceburi bidang pertanian – Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau 3 Persoalan semangat setia kawan – Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek yang diusahakan oleh Laiman walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri Novel Jejak MONPUS 1 Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya – Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu kerana Zahar pernah tercedera semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam 2 Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan – Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya 3 Persoalan kebijaksanaan ketua masyarakat semasa membuat keputusan – Tok Ketua Kampung membuat keputusan yang tepat dengan menasihati penduduk kampung agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru untuk mengelakkan pertelingkahan tercetus TEMA 2 Menimba Ilmu Sistem Bahasa (Kertas 1) BAHAGIAN A 1 B 2 A 3 C 4 A Jawapan PT KSSM BM Tg2 Jawapan 4th.indd 1 25/1/2024 1:59:36 PM