The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-06 01:32:26

Praktis Topikal Bahasa Melayu T5

Price
WM: 7.50 EM: 8.50

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KANDUNGAN Imbas dan Muat turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Topik 1 Karangan Respons Terhad 1 – 8 Topik 2 Karangan Respons Terbuka 9 – 28 Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 29 – 43 Topik 4 Pemahaman 44 – 68 Topik 5 Rumusan 69 – 77 Kertas Model SPM 78 – 88 Jawapan J1 – J24 PT SPM BM Form5 5P.indd 1 1/3/2023 9:42:19 AM Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 Emel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Pertama kali diterbitkan 2023 ISBN 978-629-7536-87-3 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Norziana Mat Rabi Pereka kulit buku: Sarifuddin Yusof Pereka letak: Wan Suhailizan binti Wan Deraman Teks diset dalam Utopia 10 poin Dicetak di Malaysia oleh Bookmate Sdn. Bhd. • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar Imbas dan Muat turun PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 Grafik dan maklumat di bawah berkaitan dengan kegiatan sukan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kegiatan sukan kepada golongan mahasiswa. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.facebook.com/UPM.EDU.my/ posts/karnival-sukan-upm-2020) Para atlet juga perlu memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berlangsung kerana tahu bahawa mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang atau di padang. Para atlet juga berpendapat bahawa bersukan boleh membantu menyihatkan otak mereka. Oleh itu, walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang mengingati pelajaran. Mereka juga berpendapat bahawa sukan boleh menjamin masa hadapan mereka seperti mendapatkan pekerjaan, biasiswa, kenaikan pangkat dan sebagainya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif dalam Bidang Sukan di Peringkat Universiti dan Kesannya terhadap Pencapaian Akademik” oleh Mohd Samri bin Mohd Noor, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor) Bahagian A (30 Markah) Kertas 1 Karangan Respons Terhad TOPIK 1 Praktis 1 PT SPM BM Form5 5P.indd 1 1/3/2023 9:42:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 PT SPM BM Form5 5P.indd 2 1/3/2023 9:42:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Praktis 2 Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan keistimewaan Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda yang berada di luar negara tentang keistimewaan bercuti di Malaysia. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Keistimewaan Malaysia Pulau Damai Pulau Redang Pulau Sipadan • Keadaan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menarik minat ramai pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia. • Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara yang nyaman menarik minat kedatangan pelancong. • Suhu air laut antara 20 darjah Celsius hingga 30 darjah Celsius menggalakkan pertumbuhan batu karang dan aktiviti menyelam skuba. PT SPM BM Form5 5P.indd 3 1/3/2023 9:42:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Praktis 3 Grafik dan maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat tentang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu di sekolah, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Dewan Bahasa dan Pustaka (Ibu Pejabat) Alamat Pejabat: Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Penubuhan dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1959, DBP dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun yang bermatlamat: • Berusaha memajukan dan mengembangkan peristilahan bahasa Melayu. • Bertanggungjawab menyelaraskan penggunaan istilah dan ejaan bahasa Melayu. • Menyusun kamus am dan kamus istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu. • Bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baharu secara berkesan kepada semua pihak yang memerlukannya. • Berusaha mengawasi penggunaan bahasa khususnya penggunaan istilah dan ejaan di sektor awam dan swasta. PT SPM BM Form5 5P.indd 4 1/3/2023 9:42:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 Praktis 4 Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Salam sejahtera, Devan. Saya amat gembira apabila menerima e-mel daripada saudara. Semoga saudara dan keluarga baik-baik sahaja. Saya ingin berkongsi tentang topik Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang diterangkan oleh guru saya. Guru saya telah menerangkan bahawa seseorang yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan akan dihadapkan ke mahkamah. Bukan itu sahaja, seseorang pemandu yang menyebabkan kematian kerana memandu secara berbahaya juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun atau denda sebanyak RM5,000 hingga RM20,000. Semua maklumat ini baru saya ketahui. Rupa-rupanya, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya sangat penting untuk mendidik kita supaya tidak melakukan kesalahan di jalan raya. Apakah pendapat saudara tentang kepentingan pendidikan jalan raya kepada masyarakat? Saya menantikan respons daripada saudara. Sahabatmu, Rakesh Salam sejahtera, saudari Yani. Apa khabar, saudari? Saya baru tiba di Pulau Pinang dari Ipoh. Saya sekeluarga pergi ke Ipoh untuk bercuti pada hujung minggu. Saya ingin berkongsi cerita tentang perjalanan balik ke Pulau Pinang. Kami melihat satu kemalangan jalan raya sebaik sahaja tiba di Tol Juru. Sebuah lori telah merempuh sebuah kereta Proton Saga. Saya dan adik ternampak seorang lelaki terbaring berlumuran darah di tepi jalan raya dan tidak sedarkan diri. Oh, dahsyatnya! Pada pendapat saudari, bagaimanakah kita boleh mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku? Saya menantikan respons daripada saudari. Sahabatmu, Hafizah PT SPM BM Form5 5P.indd 5 1/3/2023 9:42:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 PT SPM BM Form5 5P.indd 6 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 Praktis 5 Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan maklumat diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi memohon satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. JAWATAN KOSONG PIB SDN. BHD. Editor Penerbitan Syarat-syarat kelayakan 1 Graduan universiti dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu 2 Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris 3 Kemahiran menulis yang cemerlang dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Cara Memohon 1 Resume lengkap 2 Salinan sijil berkaitan E-mel: [email protected] Peluang Kerjaya PERSONEL MYSTEP Penterjemah Kelayakan 1 Ijazah Sarjana Muda Terjemahan dan Interpretasi 2 Diploma/Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Melayu/Inggeris/lain-lain bahasa) 3 Diploma/ijazah dalam pelbagai bidang dengan syarat mempunyai penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (kelebihan jika mempunyai lebih daripada satu bahasa asing) Cara Memohon 1 Resume lengkap 2 Salinan sijil berkaitan E-mel: [email protected] PT SPM BM Form5 5P.indd 7 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 PT SPM BM Form5 5P.indd 8 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Perkembangan e-sukan negara tidak sewajarnya dipandang rendah kerana persekitarannya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mampu menjana ekonomi anak-anak muda di negara ini. E-sukan satu bentuk sukan yang dapat memberi penjanaan kepada kekayaan baharu kerana rantaian ekonominya yang cukup luas dan populasi komuniti e-sukan di seluruh dunia hari ini telah melebihi 20 juta individu. (Sumber: Sinar Harian, 24 April 2021) Petikan akhbar di atas menyatakan sebahagian daripada faedah e-sukan kepada para atlet dan negara. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah pelibatan generasi muda dalam acara e-sukan? Bahagian B (70 Markah) Kertas 1 Karangan Respons Terbuka TOPIK 2 Praktis 1 PT SPM BM Form5 5P.indd 9 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Mahasiswa cemerlang tidak seharusnya didefinisikan berdasarkan gred mahupun pointer yang diperoleh, tetapi harus juga dinilai dari sudut kecemerlangan sahsiah. Kemampuan mahasiswa mengimbangi kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah yang dituntut agama dan nilai mulia dalam masyarakatlah yang akan menentukan hala tuju dan masa hadapan negara. (Sumber: Berita Harian Online, 21 Januari 2017) Berdasarkan petikan akhbar di atas, kita menyedari bahawa tahap pencapaian akademik bukanlah kayu pengukur kecemerlangan seseorang mahasiswa. Huraikan langkah-langkah yang akan anda laksanakan sebagai seorang murid untuk membina sahsiah yang unggul sebelum menjejaki alam kedewasaan. PT SPM BM Form5 5P.indd 10 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Cerita pendek (CERPEN) tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapat mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Namun begitu, kita harus faham bahawa cerita pendek yang ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang dan dapat menimbulkan cara berfikir yang maju. (Keris Mas, Sasterawan Negara Malaysia) Sasterawan negara berpendapat bahawa penulisan cerpen mampu menyedarkan orang di samping menimbulkan cara berfikir yang maju. Berdasarkan pendapat tersebut, kemukakan cadangan kepada pihak sekolah tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan penulisan cerpen dalam kalangan murid. PT SPM BM Form5 5P.indd 11 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KUALALUMPUR–AngkatanTenteraMalaysia (ATM) amatmemerlukangenerasimuda yang berminat menyertai pasukan itu bagi memastikan kesinambungan keselamatan negara terus terjamin dan bukan disebabkan faktor tiada pilihan kerjaya yang lain. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan, MejarJeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata situasi negara yang aman menyebabkan masyarakat memandang ringan usaha menjaga kedaulatan negara. (Sumber: www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/11/21/jangansertai-atm-kerana-tiada-pilihan-atau-terpaksa) Anggota keselamatan negara merupakan barisan hadapan yang berperanan untuk menjamin kesinambungan keselamatan negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Namun demikian, perubahan zaman memperlihatkan generasi muda kita pada hari ini kurang berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara. Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menggalakkan penyertaan pasukan keselamatan negara untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda. PT SPM BM Form5 5P.indd 12 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 Praktis 2 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Tanaman herba bukan sahaja mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau di luar rumah, malahan juga turut memberi pelbagai manfaat lain. Tanaman herba boleh dimakan sama ada dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan mahupun sebagai perubatan tradisional. Bagi yang tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga boleh ditanam di dalam pasu dan diletakkan di dalam rumah. Pengarah Urusan dan Pakar Landskap Enrich Focus Sdn. Bhd, Maznah Ariffin berkata, ada pelbagai jenis tanaman herba yang boleh ditanam dan memberi banyak manfaat. “Lebih menarik, pokok herba ada banyak kebaikan kerana boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat di samping mempunyai kebaikan berganda berbanding menanam pokok hiasan,” katanya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pokok Herba Penghias Rumah”, Harian Metro Online, 19 Mac 2016) Petikan akhbar di atas menjelaskan bahawa tanaman herba bukan sekadar boleh dijadikan ulamulaman dan ubat-ubatan sahaja tetapi turut boleh dijadikan tumbuhan hiasan. Jelaskan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memajukan industri herba negara. PT SPM BM Form5 5P.indd 13 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Contohnya, perlawanan yang membabitkan pasukan negara dalam apa-apa sahaja peringkat pertandingan, tidak kira siapa dan apa-apa jua bangsa pemainnya, golongan muda adalah yang paling ramai menyokong dengan meluahkan pelbagai harapan untuk kemenangan negara. Jika ramai anak muda yang tidak pergi melihat perbarisan Hari Kebangsaan, itu bukan tanda semangat patriotik sudah pudar. Kita perlu melihat kepada perkembangan teknologi sekarang yang lebih pantas. Mereka ini boleh melihat secara lintas langsung melalui televisyen, media sosial seperti Facebook atau apa-apa wadah media yang ada kerana medium itu lebih dekat dengan golongan muda. (Sumber: Ucapan Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi, Harian Metro, 27 Ogos 2018) Petikan ucapan menunjukkan salah satu cara remaja zaman ini menzahirkan rasa cinta akan negara. Semangat patriotik mereka boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara. Sebagai seorang remaja, huraikan cara-cara anda memupuk semangat patriotik dalam diri. PT SPM BM Form5 5P.indd 14 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. PendidikanSivikpernah dijadikansatu subjek khusus bermula pada tahun2005 dankemudiannya dimansuhkan pada tahun 2013 bagi sekolah rendah dan tahun 2017 bagi sekolah menengah. Pendidikan sivik yang bakal diperkenalkan akan diserapkan dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah adalah amat baik kerana tidak akan membebankan murid dengan subjek baharu serta tidak akan meningkatkan kos bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. (Sumber: Internet) Pernyataan di atas menunjukkan sebahagian daripada kepentingan yang boleh diperoleh melalui pendidikan sivik dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Huraikan kepentingan-kepentingan pendidikan sivik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid. PT SPM BM Form5 5P.indd 15 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pemilihan kerjaya merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini demikian kerana kerjaya yang baik dapat memberikan jaminan masa hadapan yang selesa bagi seseorang insan kerana sudah tentu akan mempunyai pendapatan yang baik juga. Oleh itu, pemilihan kerjaya secara tidak langsung memerlukan faktor-faktor yang boleh mempengaruhinya agar seseorang mampu untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan dirinya. (Sumber: Internet) Petikan di atas menunjukkan pemilihan kerjaya sangat penting. Pemilihan kerjaya ini dipengaruhi beberapa faktor seperti minat, akademik dan kemahiran. Jelaskan pernyataan ini. PT SPM BM Form5 5P.indd 16 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Praktis 3 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. “Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa haruslah saling menghormati agama, budaya dan adat resam masing-masing berteraskan Sejarah, Perlembagaan dan Rukun Negara. Dalam era Revolusi Industri 4.0, kita tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk berbalah mengenai perkara asas yang telah disetujui. Kita perlu sama-sama berfikir dan bertindak untuk terus memajukan negara daripada pelbagai aspek ekonomi, teknologi, pendidikan dan budaya, tanpa meminggirkan kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.” (Sumber: Ucapan Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Adat dan Warisan Peradaban Melayu (LBM)) Petikan ucapan di atas menunjukkan bahawa asas pembentukan Malaysia terletak pada keharmonian masyarakat berbilang kaum. Bersempena dengan majlis pelancaran sambutan bulan kebangsaan di sekolah anda, anda diminta menyampaikan pidato yang bertajuk “Usaha-usaha Mengekalkan Perpaduan Kaum.” Sediakan teks pidato tersebut selengkapnya. PT SPM BM Form5 5P.indd 17 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. “Saya membaca semua jenis buku yang mampu memberikan impak terhadap pengetahuan atau maklumat semasa. Membaca akhbar dan majalah menjadi rutin biasa saya setiap hari. Membaca menjana minda ke arah pemahaman yang lebih mendalam terhadap perkembangan semasa. Dengan membaca, otak menjadi cerdas, segar, sentiasa berfikir serta dapat melihat sesuatu dari pelbagai sudut yang mampu memberikan pemahaman yang jitu, menghasilkan pandangan yang lebih luas serta sikap yang lebih kritis terhadap sesuatu perkara.” (Dr. Lim Swee Tin, Penyair) Sebagairespons terhadap maklumat di atas, sememangnya terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya membaca. Jelaskan kepentingan amalan membaca. PT SPM BM Form5 5P.indd 18 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Program Let’s Recycle bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pendidikan alam sekitar pada peringkat awal, iaitu seawal sekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Program ini sekali gus mendatangkan impak positif bukan hanya di sekolah, sebaliknya ke peringkat daerah, negeri mahupun negara. Usaha ini turut dilihat amat penting bagi mewujudkan sekolah sebagai institusi yang ceria, bersih dan kondusif sekali gus memberi suasana persekitaran yang selesa kepada warga sekolah. (Sumber: Berita Harian Online, 19 September 2018) Petikan di atas menunjukkan pihak sekolah memikul obligasi untuk memberikan kesedaran dan menggalakkan para murid mengamalkan kitar semula. Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan yang telah anda pilih ialah “Usaha-usaha Menggalakkan Amalan Kitar Semula”. Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya. PT SPM BM Form5 5P.indd 19 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. PerbadananKemajuanKraftanganMalaysia (KraftanganMalaysia)mencapainilaijualansebanyak RM481.1 juta setakat Oktober lalu yang dijana oleh 5,091 usahawan tempatan. Perkembangan positif industri ini memberi limpahan ekonomi kepada sektor perkhidmatan, pengangkutan dan pembekalan sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara. Pada masa yang sama, usahawan perlu melihat pasaran kraf melangkaui sempadan negara dalam usaha mempromosikan produk di peringkat antarabangsa untuk memastikan industri ini terus maju ke hadapan. (Sumber: Berita Harian Online, 25 November 2016) Petikan akhbar di atas membuktikan industri kraf tangan dapat mempelbagaikan sumber ekonomi yang sedia ada di negara kita. Anda diminta menemu ramah tokoh dalam industri kraf tangan berkaitan pengalaman memajukan perniagaan berbentuk kraf tangan. Tulis temu ramah anda selengkapnya. PT SPM BM Form5 5P.indd 20 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Praktis 4 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. “Negara dan masyarakat yang mengamalkan rasuah sebagai perkara biasa, sukar untuk dimajukan. Pentadbiran tetap kurang efisien dan ini mempunyai kesan buruk kepada pelaburan dan dagangan. Tanpa atau kurangnya perniagaan, pelaburan dan dagangan negara akan jadi miskin dan rakyat akan menderita.” (Sumber: Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohammad, 6 Ogos 2020) Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, fenomena rasuah bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara tetapi juga meninggalkan pelbagai implikasi terhadap masyarakat. Huraikan kesan-kesan rasuah terhadap masyarakat dan negara. PT SPM BM Form5 5P.indd 21 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Masa bersama-sama dengan keluarga antara saat paling sesuai untuk dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti fizikal bertujuan mengekalkan kecergasan. Mulakan langkah pertama dengan hanya berjalan kaki sebagai sebahagian pengisian yang lebih menyihatkan ketika menghabiskan masa berharga bersama-sama mereka. Walaupun aktiviti ini nampak mudah, namun tidak ramai sedar akan kebaikannya dalam usaha mudah anda mengekalkan kesihatan jantung. Tanpa kita sedari, aktiviti sedemikian juga memupuk amalan gaya hidup lebih sihat. (Sumber: Berita Harian Online, 25 September 2018) Sebagai respons terhadap petikan akhbar di atas, amalan gaya hidup sihat wajar dijadikan budaya hidup sesebuah keluarga. Jelaskan peranan ibu bapa memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. PT SPM BM Form5 5P.indd 22 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Perancangan kewangan isi rumah perlu diurus lebih berobjektif. Perkara utama perlu difahami ketua isi rumah ialah apa yang perlu dibelanjakan. Ringkasnya, isi rumah berupaya membezakan antara kehendak dengan keperluan. Ketua isi rumah seharusnya perlu melaksanakan perancangan kewanganrapi sebelummelangkahkepasarraya ataukedai serbanekauntukmelakukanperbelanjaan. Amalan perbelanjaan dengan cekap harus dilaksanakan bagi memastikan sumber kewangan tidak membazir begitu sahaja. (Sumber: Berita Harian Online, 14 April 2020) Sebagairespons terhadap maklumat di atas, bijak merancang dan menguruskan kewangan merupakan unsur penting dalam usaha membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Sebagai pengerusi Badan Kebajikan Masyarakat di daerah anda, anda telah diundang untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk “Perbelanjaan Berhemah Menjamin Kerukunan Rumah Tangga” sempena hari keluarga. Sediakan teks ucapan itu selengkapnya. PT SPM BM Form5 5P.indd 23 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Jurulatih sukan hari ini mesti melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet. Peranan jurulatih yang berkualiti dan berpengalaman sangat penting untuk memastikan atlet mereka mendapat sokongan terbaik dalam bentuk latihan serta bimbingan. (Sumber: Berita Harian Online,  12 Ogos 2019) Pada pendapat anda, selain saranan jurulatih yang berkualiti dan berpengalaman mampu melahirkan atlet yang berjaya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk melahirkan atlet yang berjaya? PT SPM BM Form5 5P.indd 24 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Praktis 5 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Sesetengah masyarakat kini hanya mengetahui 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan, manakala 16 September pula hanya sekadar Hari Malaysia. Tidak banyak remaja dan golongan muda yang faham dan cuba meresapi apa-apa falsafah di sebalik tarikh keramat ini. Apa yang lebih menyedihkan, mereka hanya tahu bahawa dua tarikh ini sekadar hari cuti umum. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kosong Pengetahuan Semangat Patriotisme” Dewan Siswa, Ogos 2016) Petikan majalah di atas menyatakan bahawa pengetahuan semangat patriotik dalam kalangan orang muda yang masih cetek. Nilai patriostime merupakan nilai teras dalam memupuk perpaduan antara kaum di negara kita. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum di negara ini. PT SPM BM Form5 5P.indd 25 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. “Permainan tradisional rakyat memerlukan interaksi di alam realiti dan bukannya maya yang akan mewujudkan sebarang sikap tidak prejudis mahupun perkauman. Inilah ramuan utama perpaduan negara. Justeru, amatlah bertepatan permainan ini dipopularkan semula di negara kita bagi membentuk jati diri negara dan janganlah memandang rendah terhadap permainan seperti Dam Haji yang menjadi warisan budaya kita,” (Dipetik daripada ucapan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, 23 Disember 2018) Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, pelbagai usaha patut dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional. Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan permainan tradisional. PT SPM BM Form5 5P.indd 26 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Peribahasa Melayu merupakan alat yang dapat menggambarkan imaginasi puitis yang kaya dengan aspek retorik bukan sekadar bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah. Ini menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur aslinya (Asmah Haji Omar 1996). Bagi memastikan kelestarian penggunaan peribahasa ini, peribahasa perlu dipelajari dan dihayati. Walau bagaimanapun, peribahasa sudah mulai meluntur dalam masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda. (Sumber: https://www.researchgate.net/profile/Junaini_Kasdan/publication/303971483_ Remaja_Malaysia_dan_Peribahasa_Melayu/links/5760e42308ae2b8d20eb6905/ Remaja-Malaysia-dan-Peribahasa-Melayu.pdf) Berdasarkan petikan di atas, peribahasa Melayu sewajarnya dijaga supaya tidak pupus ditelan zaman. Jelaskan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyemarakkan penghayatan peribahasa dalam kalangan generasi muda. PT SPM BM Form5 5P.indd 27 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pemimpin yang benar-benar memimpin adalah yang mampu membawa perubahan bererti bagi sebuah komuniti, organisasi atau lembaga. Pemimpin adil tidak akan membelakangkan keadilan semata-mata kerana kebencian terhadap individu, kaum ataupun bangsa. Sebaliknya berurusan dengan rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan atau agama. (Sumber: Berita Harian Online, 29 Ogos 2020) Petikan di atas menyatakan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin. Berikan komen anda tentang ciri-ciri pemimpin yang baik. PT SPM BM Form5 5P.indd 28 1/3/2023 9:42:21 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Praktis 1 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata terbitan berapitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan berapitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sukan ekstrem mempunyai potensi untuk berkembang pesat di Malaysia sehingga boleh dijadikan sebagai karier sepenuh masa jika mendapat galakan daripada pelbagai pihak. Atlet sukan lasak negara, Azam Mohd Shidid berkata, banyak sukan lasak berkembang pesat di luar negara sehingga dapat menjana pendapatan tetapi masih agak ketinggalan di negara ini. Namun, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 27 tahun itu tetap yakin bahawa sukan ekstrem mampu mencapai tahap lebih tinggi, melalui pembabitan di pelbagai peringkat. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/07/710893/ sukan-ekstrem-berpotensi-besar-di-malaysia) [8 markah] Kata Kerja Terbitan Ayat Bahagian A (35 Markah) Kertas 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa TOPIK 3 PT SPM BM Form5 5P.indd 29 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Perkembangan dunia pada masa ini memperlihatkan perubahan yang pesattentang kemajuan teknologi maklumat menerusi percantuman teknologi maklumat dan telekomunikasi. Gabungan kedua-dua teknologi itu membolehkan komunikasi pelbagai hala dihubungkan dengan lebih pantas. Kemajuan itu lebih terserlah apabila pelbagai inovasi dilakukan dari semasa ke semasa oleh pemuka-pemuka dalam bidang tersebut. Dalam beberapa tahun akan datang, capaian negara dalam bidang jalur lebar sepatutnya melepasi lima puluh peratus. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mengendalikan Maklumat di Hujung Jari”, Berita Harian, Mac 2016) [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Bahan 1 Penganguran adalah masalah besar yang tidak hanya berlaku di negara-negara sedang membangun, tetapi juga di negara-negara maju. Namun begitu, jumlah pengangguran di negara-negara sedang membangun lebih tinggi. Masalah ini tidak wajar mengabaikan dan perlu dicarikan jalan masuk dengan secepat yang mungkin agar tidak terus menjadi masalah, khususnya di kalangan generasi muda. Setiap tahun, beribu-ribu lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) meninggalkan pusat ilmu dengan harapan untuk menjawat jawatan yang setimpal dengan lulusan mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada “Cabaran Buat Graduan Malaysia”, Utusan Malaysia, Januari 2016) [6 markah] Salah Betul PT SPM BM Form5 5P.indd 30 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Bahan 2 Pihak kerajaan tersedia pelbagai peluang-peluang urusniaga dan bantuan kewangan untuk membantu usahawan PKS. Peluang ini tidak sepatutnya usahawan PKS lepaskan supaya mereka lebih berinovasi, selain mengolah idea kepada pelan perniagaan yang melewati sempadan serantau. Dengan ini, usahawan PKS dapat meraih laba yang berlipatganda kerana Komuniti Ekonomi ASEAN merupakan kesepakatan dalam kalangan negara ASEAN untuk melaksanakan perdagangan dengan lebih terbuka. (Dipetik dan diubah suai daripada “PKS Agen Merangsang Ekonomi Negara”, Dewan Ekonomi, Februari 2016) [5 markah] Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Bija Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga. (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Fauzi merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. Mereka menjaga Fauzi dengan penuh kasih sayang. Mereka sanggup memenuhi segala permintaan anaknya. Disebabkan ibu bapa terlalu memanjakan Fauzi, dia tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya malah berani melawan cakap orang tua. Perbuatan tersebut telah memalukan kedua-dua orang ibu bapanya. [4 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 31 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Praktis 2 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata tunggal dan kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada sidang tengah hari, Tan Sri Muhyiddin turut mendoakan supaya penularan COVID-19 berjaya ditangani dengan segera dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan bersama-sama keluarga dengan selamat. “Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani wabak COVID-19,” katanya. Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan hingga ke seluruh dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi. (Sumber: Berita Harian Online, 13 Mac 2020) [8 markah] Kata Tunggal Ayat Kata Majmuk Ayat Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat yang bergaris. Kemurungan merupakan kecelaruan mental yang paling mudah dihidapi oleh manusia pascamoden. Istilah lain yang berkaitan dengan kemurungan ialah kecelaruan suasana yang melibatkan kemurungan, mania dan hipomania, yakni keadaan penyakit yang kurang serius daripada keadaan mania, namun tetap memerlukan rawatan.WHO sememangnya memberikan fokus kepada penyakit ini yang semakin menjadi beban kepada insan sejagat. Disebabkan prevalens kecelaruan mental yang lain juga semakin meningkat di dunia, maka satu persidangan WHO telah meluluskan resolusi pada Mei 2013 untuk melaksanakan respons yang terlibat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Hari Kesihatan Mental Usaha Mengurus Kemurungan” oleh Mohamed Hatta Shaharon, Dewan Masyarakat, November 2020) [6 markah] Subjek Predikat PT SPM BM Form5 5P.indd 32 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Bahan 1 Masalahobesitidalamkalangankanak-kanak semakinmembimbangkan.Corakpermakanansemasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan kanak-kanak lebih gemar akan sajian yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti donut, kek dan krim roti yang banyak dijual di kantin-kantin sekolah. Kanak-kanak berusia antara dua dengan sepuluh tahun sebenarnya perlu menikmati lima kumpulan hidangan, iaitu bijian, buah-buah dan sayur-sayuran, daging dan protin, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar yang tepat, seimbang serta dipelbagaikan. Namun begitu, kegagalan ibubapa memahami kepentingan panduan piramid makanan telah menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. [6 markah] Salah Betul Bahan 2 Kebanyakkan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad untuk bersama-sama keluarga terutamanya dengan anak-anak. Oleh kerana itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakan anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara itu merupakan cara yang paling berkesan sekali sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walaubagaimanapun, tindakan ini lama-kelamaan akan menyebabkan golongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapa mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap bolos dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perlunya Remaja Menabung” oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, Bil. 11, 2014) [5 markah] Salah Betul PT SPM BM Form5 5P.indd 33 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian bina ayat menggunakan peribahasa tersebut dengan ayat sendiri. Pak Yaakob : Pada zaman sebelum merdeka, penduduk kampung terpaksa bekerja dari pagi hingga ke petang demi mencari rezeki untuk keluarga. Itupun cukup-cukup makan sahaja. Afif : Begitu sukar kehidupan dulu ya, datuk? Pak Yaakob : Betul, Afif. Lebih menyedihkan, ada orang kampung yang menjadi dalang dan mengkhianati negara semata-mata demi keuntungan sendiri daripada menjaga maruah bangsa. Adi : Sedihnya apabila ada manusia yang sanggup melakukan perkara tersebut. Ayah Aji : Walaupun begitu, keangkuhan dan kejahatan mereka akhirnya terbongkar juga. Mereka malu sendiri dan keluar dari kampung. [4 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 34 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Praktis 3 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama dan kata kerja tersebut menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malahan juga meningkatkan daya kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental dan fizikal. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional. Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan Kelab PermainanTradisional dalam aktiviti kokurikulum sebagai usaha menghidupkan kembali permainan tradisional. (Dipetik dan diubah suai daripada “Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara” oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Jun 2015) [8 markah] Kata Nama Ayat Kata Kerja Ayat Sintaksis Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah. Pola Ayat: FN + FK FN: Semua pihak FK: harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan murid Membaca jambatan ilmu.Tahap pembacaan para murid masih lemah. Ibu bapa perlu menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Bahan bacaan di perpustakaan juga dapat membantu meningkatkan amalan pembacaan. Semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan murid. (Dipetik dan diubah suai daripada “Semua Pihak Membantu Kanak-kanak Membaca”, Pendidik, Bil. 18, 2006) [6 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 35 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Pola Ayat Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Adjektif Frasa Nama Frasa Sendi Nama Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Bahan 1 Jiran tetangga perlu mengamalkan amalan bertegur-sapa seperti bertanya khabar atau bertukartukar pandangan supaya hubungan kejiranan semakin kukuh. Sebenarnya semangat kejiranan mampu mendatangkan impak yang ketara pada kesejahteraan masyarakat. Bagi mengukuhkan semangat ini setiap jiran hendaklah mempunyai matlamat hidup yang sama yang inginkan perpaduan agar kehidupan berjiran akan berkekalan. Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan yang jiran hadapi dapat membantu memupuk semangat hidup berjiran. Hal ini kerana, banyak masaalah kejiranan dapat diselesaikan apabila masing-masing saling mengambil peduli sesama jiran. Begitu juga dalam hubungan kejiranan yang melibatkan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama, sikap saling hormat-menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan amalan mulia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Muafakat Melahirkan Masyarakat Harmoni” oleh Md. Nizar Parman, Dewan Siswa, Mac 2016) [6 markah] Salah Betul Bahan 2 Dalam etika kejiranan, kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mengguris perasaan jiran. Hak mereka sebagai jiran perlu kita hormati seperti tidak berbuat bising dan tidak mengangu kesejahteraan mereka. Hubungan kejiranan memerlukan kita saling bertemu. Oleh itu, kita perlu meluangkan masa untuk mengunjungi ke rumah jiran juga dapat mengerat semangat hidup berjiran. (Dipetik dan diubah suai daripada “Muafakat Melahirkan Masyarakat Harmoni” oleh Md. Nizar Parman, Dewan Siswa, Mac 2016) [5 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 36 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal sekaliannya dipersembahkan oleh Bendahara ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya. (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Gejala rasuah merujuk perbuatan menyogok seseorang dengan wang atau barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa atau kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara tidak amanah. Kekurangan pemantauan dan sikap bekerja sambil lewa merupakan punca yang boleh dikenal pasti mengakibatkan gejala rasuah ini semakin berleluasa. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada gejala rasuah agar negara kita boleh terus maju dan sejahtera setanding dengan negara maju yang lain. [6 markah] Peribahasa Maksud PT SPM BM Form5 5P.indd 37 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Praktis 4 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif dan kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Autisme ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang kanak-kanak yang mengganggu perkembangan otak dalam jangka masa panjang yang memberikan kesan dalam pemikirannya. Tanda awal autisme adalah pada usia enam bulan, bayi tersebut tidak mengukir senyuman dan tidak menunjukkan ekspresi gembira. Tanda lain autisme yang boleh dikenal pasti termasuklah perkembangan pertuturan yang lambat. Jika didapati anak telah berusia empat tahun tetapi tidak langsung boleh bertutur, segeralah bertemu doktor. Selain itu, anak istimewa ini juga cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitarannya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Autisme Bukannya Kekurangan tetapi Keistimewaan” oleh Syazanna Hadenan, Dewan Siswa, April 2018) [8 markah] Kata Adjektif Ayat Kata Sendi Nama Ayat Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Kementerian Kesihatan mengingatkan semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kekal aktif sepanjang musim Aidilfitri ini, sekali gus dapat menikmati kemeriahan perayaan bersama-sama keluarga dengan sempurna. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut menasihati orang ramai dengan memastikan persekitaran rumah bersih bagi mengelak pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi, chikungunya, malaria dan lain-lain penyakit bawaan vektor. Oleh itu, kami perlu menyediakan juadah dengan mengutamakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang menggunakan bahan mentah segar. (Dipetik dan diubah suai daripada “Amal Cara Hidup Sihat, Jaga Kebersihan Rumah Elak Penyakit”, Berita Harian Online, Jun 2019) [6 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 38 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Bahan 1 Antara langkah-langkah utama yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Negara yang mempunyai sejarah yang panjang seperti Jepun dan Perancis bangga pada bahasa ibunda masing-masing. Mereka meremehkan bahasa asing dan cuba mewujudkan adat agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan kepentingan bahasa kebangsaan. Rakyat negara tersebut berasa bangga menggunakan bahasa kebangsaan walaupun kemahiran menguasai bahasa ke-dua dianggap penting dan digalakan untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan orang asing. [6 markah] Salah Betul PT SPM BM Form5 5P.indd 39 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Bahan 2 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu dari kegiatan ekonomi negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak insentif bagi merancakkan lagi pelaksanaan industri ini selain memberikan penekanan kepada pembangunan industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam kontek pembangunan sesebuah negara. Pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi membolehkan Malaysia wujud sebagai negara perindustrian yang dinamik. Pembangunan industri berat yang berlaku di negara ini terutama industri besi dan keluli, industri motor, petroleum, elektronik dan percetakan boleh mendorong pekembangan IKS. [5 markah] Salah Betul Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “mati engkau, Cau Pandan.” (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana rakyatnya mengamalkan hidup . Semua masyarakat di negara ini mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti untuk mengelakkan perpecahan kaum. Oleh itu, perpaduan nasional harus menjadi misi penting supaya Malaysia dengan negara-negara lain. [6 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 40 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Praktis 5 Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan kata kerja tersebut menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Guruminda kelaspertama lebihtegardantabahmenghadapihalangandanrintangan.Mereka sangat cinta akan profesion meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah anak murid dalam merealisasikan kemenjadian murid. Guru ini akan menganggap dirinya sebagai ejen perubahan dan berperanan utama dalam usaha menghasilkan kemenjadian murid. (Dipetik dan diubah suai daripada “Guru Minda Kelas Pertama Tonggak Transformasi Pendidikan” oleh Mohd Fauzi Zailan, Majalah Pendidik, Julai 2019) [8 markah] Kata Kerja Bina Ayat Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, bina tiga ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. MenurutKamus Dewan Edisi Keempat, sivikbermaksudilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat. Bermula bulan Jun 2019, pendidikan sivik telah mula diperkenalkan di semua sekolah seluruh Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan pendidikan sivik dilaksanakan selama satu jam pada setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan sivik. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mengapakah Pendidikan Sivik Diperkenalkan?” oleh Dr. Maszlee Malik, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019) [6 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 41 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan itu semula. Bahan 1 Belian saham koperasi pada peringkat awal persekolahan akan bertambah saban tahun dengan adanya proses jual beli yang aktif dari warga sekolah. Rentetan daripada situasi tersebut, divident yang terkumpul sepanjang persekolahan dapat ditebus semula selepas murid-murid menamatkan sesi sekolah persis kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Pemberian bonus pula akan diberikan berdasarkan keuntungan yang diperoleh daripada proses jual beli sepanjang tahun semasa. Sebagai contoh, para pelajar akan diberikan bonus dalam bentuk duit tunai atau pemberian diskoun harga barangan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Peranan Koperasi Terhadap Pembangunan Pelajar Sekolah” oleh Michelle Toi Tze Ching, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019) [6 markah] Salah Betul Bahan 2 Antara pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah diterapkan unsur KBAT dalam soalan peperiksaan, melaksanakan ujian bahasa inggeris mengikut tahap piawai antarabangsa, iaitu dengan pengenalan tahap piawai Common English Framework References (CEFR) dan memansuhkan penilaian terhadap murid Tahap 1 pada peringkat sekolah rendah. Persoalannya, bagaimana para guru dan pelajar dalam usaha untuk mencapai tahap minimum dalam peperiksaan, menguasasi bahasa Inggeris dan mengurangkan capasiti murid buta huruf dalam kalangan murid Tahap 1? (Dipetik dan diubah suai daripada “Reformasi Sistem Pendidikan Bersediakah Kita?” oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 10, 2019) [5 markah] Salah Betul PT SPM BM Form5 5P.indd 42 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; Adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” (Dipetik daripada cerita “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Peribahasa Baca ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan menggunakan peribahasa yang sesuai. 1 Sikap dan perangai dua beradik itu kerana setiap kali bertemu, mereka pasti bergaduh. ( ) 2 Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberi panduan kepada manusia dalam kehidupan umpama peribahasa . ( ) [4 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 43 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Praktis 1 Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka. Malaysia turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati. Malaysia juga sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa seperti perlumbaan Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL Tower Base Jump. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini menunjukkan petanda yang kukuh dan positif bagi industri pelancongan Malaysia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara,” BH Online, Oktober 2015) Bahan 2 Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi, iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Tumpuan Pelancong”, oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015) (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud frasa keunikan budaya? [2 markah] Bahagian B (35 Markah) Kertas 2 Pemahaman TOPIK 4 PT SPM BM Form5 5P.indd 44 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, jelaskan tarikan Malaysia yang mendorong kemasukan pelancong asing. [3 markah] (iii) Industri pelancongan negara kita memberi impak positif kepada ekonomi negara. Pada pendapat anda, apakah impak-impak tersebut? KBAT [3 markah] (iv) Pelancong asing datang berkunjung ke negara kita atas pelbagai tarikan. Disebabkan perbezaan budaya dan bahasa, mereka memerlukan bantuan daripada kita sekiranya mereka datang ke Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, apakah bantuan yang dapat anda berikan kepada pelancong asing? [4 markah] Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. Bahan 1 Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk. Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan mengamuk menentang Ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung. Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau.Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga. (Dipetik daripada cerpen “Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) PT SPM BM Form5 5P.indd 45 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Bahan 2 Pantun Buat Ibu Tarian gamelan lagu senandung, Warisan bangsa penuh keramat; Sembilan bulan sarat mengandung, Tetap ceria sedia berkhidmat. Anak ikan di dalam balang, Tidak banyak berenang sendiri; Sakit melahirkan bukan kepalang, Melihat anak wajah berseri. Anak rubah dipanggang api, Dimakan oleh orang Iban; Penat lelah tolak ke tepi, Demi anak rela berkorban. Pergi ke pekan membeli laici, Singgah berehat bersama teman; Marahnya bukan marah membenci, Sebagai nasihat jadikan pedoman. (Sumber: Internet) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata penat lelah tolak ke tepi. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan jasa ibu kepada anak. [3 markah] (iii) Umum mengetahui bahawa seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, namun sepuluh orang anak belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu. Lumrah kini memperlihatkan semakin ramai ibu bapa dihantar ke rumah orang tua oleh anak. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? KBAT [4 markah] (iv) Ibu anda tinggal bersendirian di kampung. Pada suatu hari, ibu anda menelefon anda dan menyatakan hasratnya untuk menziarahi anda. Bagaimanakah anda menguruskan perkara ini? KBAT [4 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 46 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pengantin lelaki melangkah perlahan-lahan ke arah pelamin. Aiman mengiringinya sebagai pengapit pengantin. Zahid yang segak berpakaian baju Melayu cekak musang fabrik songket ungu, berkain samping dan tengkolok ikatan kreatif sedondon perlahan-lahan menghampiri peterana yang dibina di hadapan pintu utama Tajau Emas. Tangan kanannya menggenggam sebilah keris yang menjadi lambang kelelakian. Menurut juruhiasnya, tidak boleh tidak, keris mesti dibawa. Zahid dengan Aiman ketawa mendengar penerangan tentang adat yang tidak boleh dipertikaikan. ‘Tidak apa, adat ini tidak menyalahi hukum agama’, Zahid memujuk hati sendiri. Pengantin lelaki berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada dua orang pesilat membuka bunga pencak. (Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bagaimanakah pemakaian Zahid sebagai seorang pengantin lelaki? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani karya Beb Sabariah (b) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua amalan baik yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan harian. [6 markah] PT SPM BM Form5 5P.indd 47 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Praktis 2 Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan jalan raya walaupun lampu isyarat merah menyala dan tiada sesiapa di situ kecuali diri sendiri pada pukul 2:00 pagi. Hal ini dikatakan demikian kerana takrif integriti memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilainilai etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun tidak. Mereka yang tidak berintegriti cenderung melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka berpendapat bahawa tiada hukuman yang akan dikenakan terhadap salah laku mereka. Oleh itu, untuk menjadi manusia yang berintegriti, seseorang individu itu perlu menjadi manusia yang bermoral dan beretika dalam semua aspek kehidupan pada setiap masa. Dalam aspek tadbir urus dan pentadbiranorganisasi, misalnya keruntuhan integriti menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan seperti peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah. Tidak kira sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta, pemegang jawatan ataupun pekerja yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan sentiasa mencari peluang untuk melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan implikasi perbuatan mereka terhadap imej organisasi dan negara. Dalam aspek pendidikan pula, tindakan oleh individu-individu tidak berintegriti boleh mencemarkan kesucian bidang yang sangat penting untuk membangunkan modal insan negara ini. Perbuatan-perbuatan memanipulasi kelayakan akademik bukan sahaja akan meruntuhkan reputasi si pelakunya, tetapi juga boleh mengakibatkan kualiti sistem pendidikan negara di semua peringkat dipertikaikan secara keseluruhan. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.kemas.gov.my/integriti-dalam-kehidupan/) Bahan 2 Mutakhir ini, saban hari kita dihidangkan dengan berita yang berkaitan dengan skandal korporat, rasuah skala besar, penyelewengan dana, ketirisan bantuan, pecah amanah, penipuan peruntukan dan pembelian malah banyak lagi jenayah moden yang menggambarkan wujudnya ciri-ciri masyarakat maju, tetapi tidak berintegriti. Adakah ini petanda elemen integriti dalam kalangan kita semakin lemah? Orang ramai bukan sahaja tidak lagi berasa malu untuk melakukan rasuah malah juga tidak takut akan hukuman. Terdapat segelintir pihak pula berasa bangga apabila perlakuan buruknya tidak dapat dibuktikan. Di sesetengah sempadan dan pelabuhan negara, diesel, petrol, beras, minyak masak, gula dan pelbagai barangan bersubsidi kelihatan sangat mudah keluar dari negara ini disebabkan wujudnya manusia tidak berintegriti. Bunyinya seperti tidak ada apa-apa dan tidak memudaratkan, tetapi memberikan kesan sangat buruk kepada orang lain, menjejas kesejahteraan hidup, menggugat keselamatan, keharmonian dan pertumbuhan ekonomi. Orang yang tidak berintegriti sebenarnya tidak boleh dipercayai. Orang yang tidak berintegriti sentiasa berkemungkinan melanggar peraturan dan undang-undang, mengkhianati amanah, mungkir janji, mementingkan diri sendiri, bersikap kurang ajar, tidak menghormati orang lain dan sebagainya. (Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) PT SPM BM Form5 5P.indd 48 1/3/2023 9:42:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version