PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 1–1 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1–15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 1 jam 30 minit BAHASA MELAYU (02/1) KERTAS MODEL 1 Tingkatan 3 PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 1 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–2 TERHAD Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] 4 I Pengunjung dilarang menyentuh perhiasan yang terdapat di bilik pameran itu. II Kisah sedih perjalanan hidupnya menyentuh perasaan kami sekeluarga. III Menyentuh hati Kirana apabila ayah meninggikan suara dan memarahinya. IV Abang menyentuh kunci kereta di atas rak lalu keluar dari rumah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Kawasan taman permainan di taman itu mereka telah bersihkan. A telah dibersihkan oleh mereka B mereka telah membersihkan C telah mereka bersihkan D mereka telah bersihkan 6 Puan Aidawati rancang untuk membesar ruang dapurnya. A rancang untuk memperbesarkan B merancang untuk memperbesar C merancang untuk besarkan D rancang untuk membesar 1 Raut wajah Nabilah apabila melihat rombongan meminang datang ke rumahnya. A berseri-seri B berkilat-kilat C bersinar-sinar D berkilau-kilau 2 Alas meja yang dikait oleh ibu untuk dihadiahkan kepada sahabatnya. A ada B ialah C hanya D adalah Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Semakin dekat hari persandingan, hatinya semakin berdebar-debar. II Hubungan Azmi dengan saudara sebelah ibunya itu amat dekat. III Rumahnya dekat dengan dewan serba guna. IV Sudah satu dekat Amri berhijrah ke luar negara. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 2 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Semua murid kelas itu dikehendaki menghadiri kelas tambahan pada minggu depan. II Afiah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bahas peringkat negeri. III Kalian mesti menyiapkan kerja tersebut pada hari ini juga. IV Sesetengah daripada kek keju itu dimakan oleh adik. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Para-para pesawah tidak dapat turun ke bendang pada musim banjir. II Encik Aisar menanggung kerugian berjuta ringgit dalam kebakaran kilangnya. III Cadangan yang dikemukakan oleh pengetua telah disokong oleh ahli mesyuarat. IV Dia tidak putus asa walaupun telah beberapa kali gagal dalam peperiksaan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Encik Azli menghadiahi Auni kereta Bezza setelah dia mendapat tawaran ke universiti. A Encik Azli meminjamkan Auni kereta Bezza kerana mendapat tawaran ke universiti. B Auni menghadiahi Encik Azli kereta Bezza kerana mendapat tawaran ke universiti. C Auni dihadiahi kereta Bezza oleh Encik Azli selepas mendapat tawaran ke universiti. D Kereta Bezza Encik Azli dihadiahkan kepada Auni kerana mendapat tawaran ke universiti. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Wartawan: Apakah perasaan Pak Kazam setelah menerima bantuan ini? Pak Kazam: Bantuan ini begitu bermakna buat pak cik untuk menampung kehidupan keluarga selepas pandemik. Terima kasih kepada yang menyumbang kerana prihatin terhadap nasib golongan seperti pak cik. Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan temu ramah di atas? A Lembu punya susu, sapi dapat nama B Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan C Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis D Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 3 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–4 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. Santap Istiadat Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. ZA'BA (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 11 Maksud lauk dibinjat sopan siuman ialah A makan mengikut peraturan. B mengambil lauk dengan kadar yang sedikit. C mengunyah makanan dengan perlahan-lahan. D mengangkat lauk lalu dikunyah dengan sopan. 12 Yang berikut ialah perkara yang perlu dilakukan selepas adab kelima, kecuali A berkumur-kumur. B membasuh tangan. C makan buah-buahan. D makan halwa juadah. 13 Antara gaya bahasa berikut, yang manakah tidak terdapat dalam “Seloka Santap Istiadat”? A Simile B Repetisi C Anafora D Kata ganda 14 Apakah nilai utama yang diutarakan dalam “Seloka Santap Istiadat”? A Kerjasama B Kesopanan C Keberanian D Kebijaksanaan 15 Mengapakah kita dilarang makan dengan gelojoh? A Majlis santapan dapat berjalan lancar B Mengelakkan diri daripada tercekik makanan C Dapat makan semua juadah yang dihidangkan D Sempat makan buah-buahan dan pemanis mulut PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 4 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 5 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–6 TERHAD Bahagian B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Atlet Paralimpik Negara Muhammad Ziyad Zolkefli • Mencipta sejarah apabila mengalahkan atlit normal • Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil • Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023 di Hanoi, Vietnam • Membanggakan seluruh rakyat malaysia (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Zahra memperoleh markah yang tertinggi sekali dalam mata pelajaran Sejarah. (ii) Semua murid bangun lalu memberikan salam bila guru disiplin masuk ke kelas mereka. [2 markah] 3 Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. (i) Tok Bidan memetik beberapa helai daun sirih. (ii) Puan Solehah menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada anaknya. [4 markah] PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 6 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mula diperkenalkan pada tahun 2007 secara rintis kepada semua murid tahun satu. Pembelajaran PKJR ini dijalankan melalui penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan PKJR di sekolah rendah dan di sekolah menengah memberikan banyak manfaat kepada murid. Melalui pembelajaran PKJR, murid dapat mempelajari peraturan-peraturan jalan raya. Misalnya, mereka belajar tentang cara melintas jalan dan menunggang basikal dengan selamat. Selain itu, pembelajaran PKJR juga dapat mendidik murid-murid tentang nilai-nilai murni di jalan raya. Malah, dapat menyedarkan mereka agar menggunakan jalan raya dengan selamat. Melalui PKJR ini, murid-murid dididik supaya cakna dengan ilmu pengetahuan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya”, 2018) PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 7 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–8 TERHAD BAHAN 2 Hindari kemalangan: • Memastikan lampu isyarat kenderaan berfungsi • Menyelenggara kenderaan secara berkala • Memastikan keadaan tayar kenderaan elok • Memakai topi keledar dengan sempurna • Menurap jalan yang rosak • Tidak memegang gajet semasa menunggang motosikal atau memandu kereta (a) Berdasarkan Bahan 1, mengapakah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) perlu diajar di sekolah rendah dan di sekolah menengah? [3 markah] (b) Nyatakan dua contoh yang dimaksudkan dengan, “Tidak memegang gajet semasa menunggang motosikal atau memandu kereta”. [3 markah] (c) Kesedaran tentang keselamatan jalan raya perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan di peringkat sekolah untuk mendidik murid mengenai kesedaran keselamatan jalan raya? [4 markah] PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 8 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Setiap novel mempunyai nilai positif yang memberikan kesan baik dan teladan tertentu untuk disampaikan kepada pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan tiga nilai yang dapat dikaitkan dengan watak utama. Bagi setiap nilai yang diberikan mestilah disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai. Novel Justeru Impian di Jaring Watak utama: SYAHIR Tiga nilai daripada watak utama Novel Hempasan Ombak Watak utama: FARID Novel Tawanan Komander Caucasus Watak utama: FARHANI Novel Chot Watak utama: ALIAS PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 9 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–10 TERHAD [10 markah] PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 10 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca amalan berhutang golongan muda. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Setiap manusia di dunia ini pasti menginginkan kehidupan yang senang dan serba lengkap dalam segenap aspek, termasuklah dari segi kewangan. Walau bagaimanapun faktor tekanan sosial dan tuntutan kehidupan pada masa ini yang memerlukan kos yang tinggi menyebabkan sesetengah orang muda menggunakan jalan singkat, iaitu menggunakan kaedah berhutang. Pada masa ini, golongan muda terutama bagi yang sudah berkerjaya gemar hidup secara bermewah-mewah dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan mereka. Walaupun baru setahun jagung bekerja, golongan ini sudah berangan-angan untuk membeli kereta mewah, menggunakan kad kredit secara berlebih-lebihan dan membeli pakaian yang berjenama. Maka, tidak hairanlah golongan yang baru bekerja ini menghadapi masalah kewangan yang serius berbanding dengan golongan lain disebabkan perbelanjaan yang tidak terkawal. Secara umumnya, punca utama golongan muda diisytiharkan muflis ialah golongan ini lebih cenderung memenuhi keinginan peribadi melebihi sumber kewangan. Amalan berhutang ini seolah-olah telah menjadi budaya dalam kehidupan sesetengah golongan muda sehingga mereka tidak berasa malu untuk meminjam wang daripada orang lain. Dalam aspek pengurusan kewangan, golongan muda terjebak dengan amalan berhutang apabila mereka menggunakan 30 peratus daripada gaji bulanan untuk membayar hutang dan mereka sudah dikira mempunyai masalah kewangan yang serius. Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa 47 peratus belia di Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi, manakala 38 peratus pula membuat pinjaman peribadi. Daripada statistik ini, kira-kira 3400 individu yang berusia antara 20 hingga 30 tahun telah mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat tidak mampu menyelesaikan masalah hutang mereka. Situasi tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan muda di Malaysia masih lemah dalam aspek pengurusan kewangan harian mereka, terutamanya dalam bentuk pembiayaan secara berhutang. Walaupun agama Islam mengharuskan amalan berhutang, namun hal ini tidak bermaksud menggalakkan umatnya untuk berhutang dan membuat pinjaman kewangan secara melampau. Golongan muda perlu bijak mengawal ‘nafsu’ untuk berbelanja bagi sesuatu tujuan melebihi keperluan asas supaya tidak terperangkap dalam beban hutang yang dicipta sendiri. Hal ini penting agar dapat mengelakkan mereka daripada terjerat dengan masalah hutang sehingga jatuh muflis. (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Bil. 11, 2018) PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 11 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–12 TERHAD [15 markah] PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 12 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1–13 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 1 jam BAHASA MELAYU (02/2) KERTAS MODEL 1 Tingkatan 3 ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 13 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–14 TERHAD Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. [10 markah] TIP KESELAMATAN UNTUK PEJALAN KAKI Mudah dilihat Berjalan di tempat selamat dan terang Menggunakan jejantas Lintasan berlampu isyarat Gunakan laluan pejalan kaki Mematuhi undangundang lalu lintas PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 14 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 1–15 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1 Pencemaran yang terjadi boleh membahayakan kesihatan manusia sekali gus mengancam sumber alam dan ekosistem. Jelaskan kesan negatif pencemaran alam sekitar terhadap kehidupan manusia. 2 Terdapat pelbagai jenis pencemaran yang berlaku sehingga tidak terkawal saban tahun hingga menyebabkan pelbagai musibah terpaksa dihadapi oleh manusia. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar. 3 Anda telah dipilih mewakili sekolah menyertai pertandingan syarahan sempena Hari Alam Sekitar. Tajuk syarahan tersebut ialah “Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 15 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 1–16 TERHAD [30 markah] PS_UASA Ting_3_KM1_4th.indd 16 7/24/23 9:57 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 2–1 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1–15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 1 jam 30 minit BAHASA MELAYU (02/1) KERTAS MODEL 2 Tingkatan 3 PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 1 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–2 TERHAD Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] 4 I Kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. II Pengalaman lalu dalam hidupnya menjadi pengajaran yang sangat baik untuk masa depan. III Tragedi tanah runtuh itu memberikan pengajaran kepada Shobana dan keluarganya. IV Penceramah jemputan pengajaran teknik belajar dengan berkesan kepada murid-murid tingkatan tiga. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Mak Lang Ijah terperanjat bila bahunya tiba-tiba dicuit oleh seseorang dari belakang. A apabila bahunya tiba-tiba B bahunya bila tiba-tiba C tiba-tiba bila bahunya D bila bahunya tiba-tiba 1 Khaleed telah dipilih sebagai untuk memberikan nafas baharu pada ruang tamu rumah Dato’ Husaini. A jurutera B juruhias C jurufoto D jurubina 2 Beberapa jagung dibeli oleh kakak untuk dijadikan bubur jagung sebagai juadah berbuka puasa. A biji B utas C gugus D tongkol Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Imran menjadi mata hati ibu bapanya kerana dia merupakan anak tunggal. II Mata gergaji yang tumpul itu diasah oleh Tok Adi. II Farhah berniaga dengan menjual koci leleh sebagai mata pencariannya setiap hari. IV Pasukan memanah kebangsaan memperoleh mata paling tinggi dalam pertandingan itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 2 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 2–3 TERHAD [Lihat halaman sebelah 6 Perlakuan kanak-kanak itu sungguh kurang sopan dan tidak manis dipandang oleh tetamu. A Perlakuan kanak-kanak itu kurang tersopan B Perlakuan kanak-kanak itu amat terkurang sopan C Perlakuan kanak-kanak itu sungguh teramat sopan D Perlakuan kanak-kanak itu sungguh kurang sopan Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Rahman menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan-rakannya. II Makin lama diperam makin sedap rasa ikan pekasam itu. III Pokok-pokok orkid di kedai itu sangat cantik maka berpatutan harganya. IV Rumah usang itu terletak jauh di kawasan pendalaman. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Haziq terlalu mengantuk serta tertidur di dalam kelas. II Kamarul membaca komik sambil mendengar radio. III Air sirap yang dibuat oleh kakak amat manis kerana terlebih gula. IV Mereka akan melancong ke Dubai atau ke Mesir? A I dan II sahaja B III dan IV sahaj. C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Platform media sosial merupakan cara berkomunikasi yang paling penting tetapi sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak. A Setengah-setengah pihak sering menyalahgunakan platform media sosial yang merupakan alat komunikasi yang paling penting. B Platform media sosial selalu menyalahgunakan alat komunikasi yang bermanfaat kepada sesetengah pihak. C Alat komunikasi dan platform media massa yang paling penting sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. D Platform media sosial merupakan cara berkomunikasi yang paling penting tetapi sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Akramin mampu membeli apa-apa sahaja yang dihajatinya kerana dia anak orang berada. Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis B Untung sabut timbul, untung batu tenggelam C Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta D Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 3 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–4 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku tidak berapa kisah lagi tugas emak ketika itu. Namun menurut emak, membuat tapai banyak pantang larangnya. Kononnya jika pantang larang dilanggar, tapai tidak manis. Kalau tapai tidak manis orang tidak mahu beli. Namun selama ini, orang tidak pernah merungut tentang tapai ubi Wak Salikon. Juallah di mana-mana tetap habis. Tetap laris. “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam. “Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi. “Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama sejak aku kecil. (Dipetik daripada “Legasi Tapai Ubi”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 11 Yang berikut merupakan pantang larang ketika penyediaan tapai, kecuali A tidak boleh bisik-bisik. B tidak boleh membuat bising. C tidak boleh maklumkan pada orang. D tidak boleh kena kotoran atau minyak. 12 Mengapakah bapa tidak mahu menggunakan plastik sebagai pembungkus tapai? A Warna tapai terjejas B Tapai kurang menjadi C Rasa tapai kurang enak D Bau wangi tapai akan hilang 13 Apakah bahan asas yang diperlukan untuk membuat tapai ubi? A Ragi B Ubi rebus C Daun pisang D Daun rambai 14 Pilih latar masa yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. A Selepas isyak B Sebelum isyak C Selepas maghrib D Sebelum maghrib 15 Berdasarkan petikan di atas, emak digambarkan sebagai seorang yang A taat. B teliti. C gigih. D prihatin. PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 4 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 5 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–6 TERHAD Bahagian B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Adi dan adiknya memasukkan duit syiling dalam tabung surau untuk bersedekah. (ii) Dasar proBritish telah diamalkan oleh pentadbiran di Tanah Melayu selepas merdeka. [2 markah] PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 6 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk. (i) Humaira mengulang kaji pelajaran. Humaira mencatat nota ringkas. (ii) Haseef terkesima. Haseef diumumkan sebagai pemenang hadiah utama. [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] Balqis dan Safiyah ialah sahabat baik. Mereka berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Mereka berkongsi hobi dan minat yang sama. Mereka sering meluangkan masa menelaah pelajaran bersama-sama dan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Persahabatan mereka sangat akrab sehingga meningkat dewasa. PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 7 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–8 TERHAD 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Bintang Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. SITI ZALEHA M. HASHIM (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) BAHAN 2 Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Antara ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai didikan agama dan moral yang utuh. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan tunjang pembentukan sesebuah keluarga itu. Selain itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anakanak bagai menatang minyak yang penuh. Lantaran itu, ibu bapa haruslah berusaha dengan sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak seperti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran mereka di samping menyelesaikannya. Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Contohnya, abang atau kakak yang sudah besar membantu meringankan beban ibu bapa seperti menjaga adik, mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Malah, ibu juga akan berasa gembira apabila melihat keadaan rumah yang bersih dan teratur. Sesungguhnya, keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. (Dipetik dan dan diubah suai daripada semua-insan-mengidamkan-sebuah-keluarga.html, 2018) PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 8 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD (a) Berdasarkan Bahan 2, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mewujudkan keluarga bahagia? [3 markah] (b) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua nilai yang terdapat dalam keduadua bahan tersebut. [3 markah] (c) Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk memastikan hubungan antara ahli keluarga kekal harmoni? [4 markah] PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 9 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–10 TERHAD 6 Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Setiap novel dibantu oleh watak sampingan yang mempunyai perwatakan menarik bagi melengkapkan jalan cerita keseluruhan novel. Berdasarkan sebuah daripada novel anda pelajari, nyatakan tiga perwatakan yang dapat dikaitkan dengan watak sampingan yang ditetapkan. Anda perlu memberikan contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap perwatakan yang dinyatakan. [10 markah] Novel Justeru Impian di Jaring Watak sampingan: HAJI MARZUKI Tiga perwatakan yang dapat dikaitkan dengan watak sampingan Novel Hempasan Ombak Watak sampingan: MOKHSEIN Novel Tawanan Komander Caucasus Watak sampingan: CIKGU SALIMAH Novel Chot Watak sampingan: SOM PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 10 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk nilai murni di sekolah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pertama sekali, adakah kita sedar bahawa sekolah berperanan besar sebagai pusat perkembangan ilmu dan perkembangan insan murid-murid? Perkembangan muridmurid di sekolah begitu sebati dengan nilai harian yang ditonjolkan. Misalnya, di tapak perhimpunan, murid-murid perlu beratur dalam barisan mengikut kelas. Kemudian, murid-murid perlu menyanyikan lagu “Negaraku”, lagu sekolah, bacaan doa, lafaz Rukun Negara dan ikrar sekolah. Mereka dididik agar mendengar ucapan, taklimat, pengumuman sekali gus belajar menyalin isi-isi penting yang disampaikan oleh guru. Melalui amalan-amalan ini telah membentuk sahsiah yang berdisiplin dalam kalangan murid. Antara langkah lain memupuk nilai murni di dalam kelas ialah murid-murid diagihkan dengan tugasan seperti membersihkan kelas, membuang sampah, menyusun meja dan kerusi mengikut jadual yang telah dibuat. Begitu juga situasi di kantin, pada waktu rehat semua murid dikehendaki beratur semasa membeli makanan. Kemudian, mereka perlu mengangkat pinggan dan cawan lalu diletakkan ke dalam besen yang disediakan. Hal ini menunjukkan bahawa pemupukan nilai tanggungjawab, menjaga kebersihan dan sabar telah diasuh sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah melalui situasi yang sangat sinonim ini. Seterusnya, pemupukan nilai murni melalui kempen “Sapa, Senyum, Salam” merupakan amalan harian yang dipraktikkan oleh murid-murid di sekolah. Muridmurid diajarkan supaya menyapa guru dan rakan sebaya dengan ucapan yang baik, misalnya selamat pagi dan salam sejahtera. Kemudian, melazimi murid-murid untuk melemparkan senyuman kepada rakan-rakan serta guru apabila berada di dalam kelas atau berselisih dengan guru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa nilai sopan santun yang diterapkan di sekolah berupaya membuatkan murid-murid mengamalkan budi bahasa yang kukuh selain dapat membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid sekolah. Akhir sekali, pemupukan nilai hemah tinggi dari segi disiplin dan peraturan. Muridmurid dikehendaki akur dan mematuhi etika pakaian di sekolah. Murid-murid diasuh agar cakna mengenai pemakaian uniform sekolah, baju sukan atau baju badan beruniform pada hari tertentu. Murid-murid juga terdidik dengan sentiasa perlu memastikan kekemasan diri, hadir dan pulang ke sekolah mengikut waktu serta masa yang telah ditetapkan. Murid juga ditegaskan agar tidak ponteng kelas jika tidak mahu dikenakan tindakan disiplin. Murid sentiasa diajar dengan adab meminta kebenaran daripada guru sebelum keluar kelas. Menjadi tanggungjawab semua guru untuk memastikan keselamatan murid sepanjang masa. Oleh itu, secara tidak langsung murid-murid telah terdidik supaya mematuhi peraturan sekolah. PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 11 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–12 TERHAD [15 markah] PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 12 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2–13 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 1 jam BAHASA MELAYU (02/2) KERTAS MODEL 2 Tingkatan 3 ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 13 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–14 TERHAD Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos – bermakna – rasa cinta akan negara – perarakan pelbagai kontinjen – kemeriahan sambutan – memupuk semangat patriotisme Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. [10 markah] PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 14 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 2–15 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PENGGUNAAN GAJET DALAM KEHIDUPAN 1 Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang tempoh COVID-19 telah mendedahkan murid dengan pembelajaran digital. Oleh itu, terdapat penggunaan pelbagai jenis gajet oleh murid. Huraikan faedah penggunaan gajet dalam kalangan murid. 2 Ibu bapa perlu sedar dan cakna kesan buruk yang bakal dihadapi oleh anak-anak mereka jika sering terdedah dengan gajet dan tidak dikawal penggunaannya. Bincangkan peranan ibu bapa dalam membendung ketagihan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak yang masih bersekolah. 3 Bermain gajet terlalu lama dalam kalangan kanak-kanak boleh mengundang masalah kesihatan yang serius. Tulis sebuah rencana bertajuk, “Kesan Buruk Penggunaan Gajet terhadap Kesihatan Kanak-kanak”. PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 15 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/2 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 2–16 TERHAD [30 markah] PS_UASA Ting_3_KM2_4th.indd 16 7/21/23 5:19 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 KM 3–1 TERHAD Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1 Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2 Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3 Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1–15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 4 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 1 jam 30 minit BAHASA MELAYU (02/1) KERTAS MODEL 3 Tingkatan 3 PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 1 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 3–2 TERHAD Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] 4 I Iman amat bererti perasaan ibunya sebagai ibu tunggal. II Orang yang hidup mewah dan tidak pernah susah tidak bererti kehidupan mereka yang miskin dan daif. III Membiarkan pintu kereta tidak berkunci bererti kita mengundang risiko diragut. IV Walaupun pendapatan lelaki itu kecil tetapi amat bererti bagi isterinya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Bank itu terletak antara pejabat pos dan perpustakaan awam. A di antara pejabat pos dengan perpustakaan awam B antara pejabat pos dengan perpustakaan awam C di antara pejabat pos dan perpustakaan awam D antara pejabat pos dan perpustakaan awam 1 Sudah dua jam Saleh menunggu Maryam di stesen komuter itu pukul 9:00 pagi. A ke B dari C antara D daripada 2 “Segala titah perintah telah patik laksanakan,” kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud. A hamba B tuanku C baginda D tuan hamba Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Ketua kampung mengingkatkan penduduk agar tidak memandang senang terhadap kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kampung itu. II Datuk Amin senang bergaul dengan semua golongan tanpa mengira pangkat dan darjat. III Puan Catherine senang hati selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya. IV Hidupnya yang sebatang kara itu tidak pernah senang. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 2 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 3–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 6 Sehingga ke hari ini, penduduk Kampung Pisang belum menerima bekalan air dan elektrik. A Sehingga hari ini B Sekiranya hari ini C Walaupun hari ini D Sehingga ke hari ini Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Siapakah nama arnab kamu? II Tolong jangan buat bising di perpustakaan. III Di dalam reban itu ada lima ekor ayam jantan. IV Cik Yam menyelitkan sekuntum bunga mawar pada sanggulnya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Pekerja itu memperdalamkan parit. II Naura sedang menyiram pokok bunga. III Encik Aizat menegur sikap anak buahnya. IV Setiap warganegara mesti mencintai tanah air. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota dapat ditangani dengan mengambil langkah menyediakan pengangkutan awam kepada masyarakat. A Pengangkutan awam menjadi langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota oleh masyarakat. B Masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota menyebabkan masyarakat mengambil langkah menggunakan pengangkutan awam. C Pelbagai langkah telah diambil namun kesesakan lalu lintas menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan masyarakat. D Pelbagai langkah diambil untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota dengan menyediakan pengangkutan awam kepada masyarakat. Soalan 10 Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai. 10 Peribahasa “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” bermaksud A sesuatu yang akan berubah mengikut cuaca. B sesuatu yang berubah mengikut zaman semasa. C sesuatu yang sentiasa berubah walau apa-apa jua yang terjadi. D sesuatu yang masih tidak berubahubah sejak sekian lama. PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 3 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 3–4 TERHAD Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. Maka bininya pun menangis tiada mahu makan jikalau tiada buah mempelam yang dalam taman raja itu. Maka bininya pun berkata, “Biarlah aku mati sekali.” Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya tiada berdaya lagi. Maka suaminya pun pergilah menghadap Maharaja Indera Dewa itu. Maka baginda pun sedang dihadap oleh segala anak raja-raja. Maka Miskin pun sampailah ia lalu masuk ke dalam sekali. Maka titah baginda, “Hai, Miskin, apa kehendakmu?” Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu ampun, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon akan mempelam Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.” Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu barang setangkai kepada Miskin.” Maka diambilkan oranglah; diberikannya kepada Miskin itu. Maka diambilnya seraya menyembah kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan kembali. Maka Miskin pun sampailah ke tempatnya. Setelah dilihat oleh bininya akan suaminya datang membawa buah mempelam setangkai, maka ia pun tertawa seraya disambutnyalah lalu dimakannya. (Dipetik daripada “Bahagia Sesudah Derita”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 11 Berdasarkan petikan, frasa sebal hati membawa maksud A cinta dalam hati. B benci dalam hati. C sayang dalam hati. D kecewa dalam hati. 12 Apakah perwatakan Maharaja Indera Dewa yang digambarkan dalam petikan di atas? A Seorang yang berani B Seorang yang penyayang C Seorang yang berhati mulia D Seorang yang mementingkan diri 13 Apakah makanan yang diidamkan oleh isteri Si Miskin yang hamil itu? A Tebu B Nangka C Ketupat D Mempelam 14 Yang berikut merupakan nilai yang ditunjukkan oleh watak Si Miskin dalam petikan di atas, kecuali A kegigihan. B kerjasama. C keberanian. D kasih sayang. 15 Latar masyarakat berikut terdapat dalam dalam petikan di atas, kecuali A masyarakat yang setia terhadap pasangan. B masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan. C masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang. D masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin. PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 4 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Nama Kelas 1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D 5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D 9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D 13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D 17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D Borang Jawapan untuk Bahagian A Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 5 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 3–6 TERHAD Bahagian B [30 markah] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Akibat pemanduan kurang berhemah dan tidak mematuhi hadlaju • Masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan kenderaan lain. • Kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik dan riseko terbabas. • Kurang fokus hingga melanggar kenderaan di hadapan kerana brek mengejut. (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Apa keunikan dan keistimewaan yang terdapat di negeri Melaka? (ii) Asam keping, cuka dan serai digunakan oleh ibu untuk menghilangkan bau hapak ikan keli itu. [2 markah] PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 6 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 3–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD 3 Nyatakan pola ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS). (i) Nazrin menghadiahi isterinya sebentuk cincin. (ii) Masakan nasi arab Cef Ammar sungguh enak. (iii) Ulwan dan ibunya ke kedai runcit untuk membeli telur. (iv) Cikgu Alias ialah guru disiplin yang amat dedikasi dalam tugasnya. [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar. (i) (ii) [2 markah] PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 7 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 3–8 TERHAD 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Guru merupakan seorang insan yang telah banyak mengerah keringat demi memastikan anak muridnya menerima didikan yang secukupnya. Jasa dan pengorbanan seorang guru tidak terbalas walaupun dengan segunung intan permata. Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya; Pelita dan lampu segala, Untuk manusia menjadi dewasa. Inilah sebaris puisi ilham Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang yang menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru yang tidak mampu diukur dengan wang ringgit. Bukan harta yang diminta oleh mereka, cukuplah segala jasa dibalas dengan ucapan “terima kasih” dan rasa hormat dalam diri. Antara manfaat menghormati guru ialah ilmu lebih berkat, mudah memahami ilmu yang disampaikan, mudah mengingati ilmu yang diajar, disenangi guru dan guru lebih bersemangat untuk mengajar. Ini adalah antara kelebihan sekiranya murid menghormati guru. Pupuklah rasa hormat dalam diri agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Hargailah jasa seorang guru kerana mereka juga ialah manusia biasa yang ingin dihormati. Jangan sesekali melakukan perkara yang mampu menggores hati seorang guru. Ingatlah, tanpa mereka tidak akan lahir individu-individu yang berjaya pada hari ini. (Dipetik dan diubah suai daripada sinarharian.com.my, Mei 2021) BAHAN 2 Pada setiap tahun, tarikh keramat, iaitu 16 Mei merupakan hari guru yang disambut oleh seluruh warga pendidik di Malaysia. Hari guru ialah hari yang dikhaskan untuk kita mengenang dan menghargai segala jasa serta pengorbanan guru-guru. Pada setiap tahun, sambutan meraikan guru-guru akan diadakan di sekolah dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan hari guru ialah nyanyian lagu keramat, “Kami Guru Malaysia” yang pasti didendangkan dan diikuti lafaz ikrar oleh semua guru. Tentunya guru-guru yang diraikan begitu bersemangat melafazkan ikrar. Kemudian, sesi pembacaan perutusan daripada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sempena sambutan hari guru. Amanat yang disampaikan ini seharusnya dihadam dan difahami oleh semua warga pendidik sabagai satu cetusan motivasi untuk terus tekad dan sabar dalam menggalas amanah sebagai seorang guru. Majlis sambutan hari guru di sekolah tentunya meninggalkan kenangan indah buat guru-guru yang diraikan dalam majlis istimewa. Sewajarnya, murid-murid memberikan penghargaan kepada guru-guru atas segala pengorbanan jasa mereka. Hargailah guru anda kerana guru ialah ibu bapa, pembimbing dan pendidik kita di sekolah. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain kerana mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit malah apa-apa sahaja demi mendidik dan kemenjadian anak-anak muridnya. PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 8 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 3–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah kita perlu menghargai guru? [3 markah] (b) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua kelebihan murid menghormati guru. [3 markah] (c) Sambutan hari guru disambut meriah pada setiap tahun di sekolah anda. Antara aktiviti wajib yang diadakan ialah nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”, lafaz ikrar dan pembacaan perutusan. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti lain yang sesuai diadakan melibatkan guru dan murid semasa sambutan hari guru di sekolah anda? [4 markah] PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 9 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 3–10 TERHAD 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Persoalan merupakan isu-isu kecil yang mempunyai kaitan dengan tema dan digambarkan dalam keseluruhan novel. Wujudnya persoalan dalam sesebuah novel bertujuan untuk menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh penulis. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan satu contoh peristiwa yang bersesuaian dengan setiap persoalan yang telah ditetapkan. NOVEL PERSOALAN JUSTERU IMPIAN DI JARING • Kasih sayang anak terhadap ibu • Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas • Semangat patriotisme untuk mengharumkan nama negara HEMPASAN OMBAK • Sikap suka membantu orang lain • Cabaran dalam dunia perniagaan • Kepentingan ilmu dalam dunia perniagaan TAWANAN KOMANDER CAUCASUS • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak • Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum • Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang CHOT • Sikap hormat terhadap guru • Sikap hormat terhadap orang tua • Kasih sayang antara haiwan peliharaan dengan manusia [10 markah] PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 10 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD KM 3–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 TERHAD Bahagian C [15 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 perkataan. Punca Kes Penderaan Kanak-kanak Tekanan hidup Masalah kewangan Masalah rumah tangga Gangguan emosi Pengaruh dadah PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 11 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
TERHAD 02/1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3 KM 3–12 TERHAD [15 markah] PS_UASA Ting_3_KM3_4th.indd 12 7/24/23 10:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J1 Kertas Model UASA Bahasa Melayu Tingkatan 3: Jawapan KERTAS MODEL 1 KERTAS 1 Bahagian A 1 A 2 D 3 C 4 A 5 A 6 B 7 C 8 B 9 C 10 B 11 D 12 B 13 A 14 B 15 B Bahagian B 1 (i) Atlit – atlet (ii) malaysia – Malaysia 2 (i) tertinggi sekali – tertinggi/tinggi sekali (ii) bila – apabila 3 (i) Beberapa helai daun sirih dipetik oleh Tok Bidan. (ii) Sebuah kereta baharu dihadiahkan oleh Puan Salehah kepada anaknya. 4 (i) Bagai pinang dibelah dua (ii) Bagai cincin dengan permata 5 (a) Pendidikan Keselamatan Jalan Raya perlu diajar di sekolah rendah dan di sekolah menengah kerana murid dapat mempelajari peraturan-peraturan jalan raya dan dapat mendidik murid tentang nilai-nilai murni di jalan raya. (b) Dua contoh yang dimaksudkan dengan, “Tidak memegang gajet semasa menunggang motosikal atau memandu kereta” ialah seseorang menggunakan alat bebas tangan apabila menjawab panggilan telefon dan menggunakan alat pemegang telefon apabila menggunakan aplikasi Waze penunjuk jalan. (c) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan di peringkat sekolah untuk mendidik murid mengenai kesedaran keselamatan jalan raya ialah kelab dan persatuan bolehlah mengadakan pertandingan menulis esei serta menghasilkan buku skrap mengikut tingkatan. Selain itu, lembaga pengawas mewujudkan sudut khas info keselamatan jalan raya pada papan kenyataan sekolah. 6 Novel Justeru Impian di Jaring Watak Utama: Syahir Nilai: • Kerajinan Syahir rajin berlatih dengan bersungguhsungguh dalam membuat persiapan menghadapi pertandingan Terbuka Johor. Walaupun Syahir gagal merebut gelaran juara, dia tetap berlatih kerana mahu mengekalkan momentum dan staminanya menghadapi kejohanan yang seterusnya. • Kasih sayang Syahir amat menyayangi ibunya. Jika ada kelapangan, Syahir akan pulang ke rumah mereka di Bandar Baru Bangi untuk menemui ibunya. Syahir juga menjaga ibunya di hospital. • Patriotisme Syahir mempunyai semangat patriotisme yang tinggi apabila sanggup menggalas tanggungjawab negara dan mengetepikan perasaan serba salahnya apabila mendapat tahu ibunya diserang strok. Syahir berazam untuk mengharumkan nama negara dengan meraih gelaran juara dunia sukan badminton. Novel Hempasan Ombak Watak utama: Farid Nilai: • Keberanian Farid berani membuat keputusan dan berani mengambil risiko dengan melaburkan RM75 ribu bagi meluaskan pasaran batik keluaran syarikatnya. Kos tersebut termasuklah membina bengkel percetakan batik yang baharu. • Kesederhanaan Farid tetap bersederhana dalam menjalani kehidupan seharian walaupun Farid ialah Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara. Farid masih menunggang motosikal dan PS_UASA Ting_3_JAWP_4th.indd 1 7/21/23 5:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 J2 memandu kereta Peugeot peninggalan arwah ayahnya. • Bertanggungjawab Farid bertanggungjawab memikul tugas yang diamanahkan oleh ibunya Hajah Zaoyah yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menguruskan perniagaan batik milik keluarga mereka walaupun ketika itu umur Farid baru 19 tahun. Novel Tawanan Komander Caucasus Watak Utama: Farhani Nilai: • Keberanian Farhani berani mencari kumbang bersendirian di kebun datuknya dan memasuki rumah usang. • Kerajinan Farhani rajin mencari maklumat carian Internet mengenai spesies kumbang setelah menerima tugasan daripada Cikgu Salimah. • Baik hati Farhani baik hati apabila menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa kepada Kim Yong yang dahaga. Novel Chot Watak Utama: Alias Nilai: • Kerajinan Alias rajin mengulang kaji pelajaran walaupun dia tidak ke sekolah dengan membawa buku ke mana-mana sahaja dia pergi dan akan menelaah pelajaran jika ada masa terluang. • Kasih sayang Alias amat menyayangi beruk peninggalan ayahnya, iaitu Chot. Alias sanggup memandikan, menyuapkan nasi dan memberi Chot makan pisang. Alias tidak dapat melelapkan mata apabila Chot pernah dua kali hilang. • Berdikari Alias berdikari mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya sekeluarga selepas kematian ayahnya. Alias mencari rezeki dangan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk kesayangannya Chot. Apabila mendapat upah, Alias membeli makanan dan ubat-ubatan. Bahagian C Punca-punca amalan berhutang golongan muda ialah mereka menginginkan kehidupan yang senang dan serba lengkap dalam segenap aspek. Selain itu, mereka gemar hidup secara bermewah-mewah dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan mereka. Malahan, golongan ini sering berangan-angan untuk membeli kereta mewah, menggunakan kad kredit secara berlebihlebihan dan membeli pakaian yang berjenama. Boleh dikatakan, golongan ini lebih cenderung memenuhi keinginan peribadi melebihi sumber kewangan. Di samping itu, golongan muda akan terjebak dengan amalan berhutang apabila mereka menggunakan 30 peratus daripada gaji bulanan untuk membayar hutang. Justeru itu, golongan muda di Malaysia masih lemah dalam aspek pengurusan kewangan harian menyebabkan mereka cenderung berhutang. KERTAS 2 Bahagian A Tip keselamatan untuk pejalan kaki ialah pejalan kaki perlulah mudah dilihat dengan memakai baju berwarna cerah terutamanya pada waktu malam. Sewajarnya, pejalan kaki hendaklah berjalan di tempat selamat dan terang ketika melintas jalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Pejalan kaki disarankan supaya menggunakan jejantas atau lintasan berlampu isyarat untuk melintas jalan. Sentiasa menggunakan laluan pejalan kaki untuk berjalan. Semua pengguna jalan raya termasuklah pejalan kaki harus mematuhi undang-undang lalu lintas demi menjamin keselamatan diri. Bahagian B Soalan 1 Sejak akhir-akhir ini, pencemaran alam sekitar sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai jenis pencemaran bukan sahaja pencemaran udara malah terdapat juga pencemaran air, tanah dan bunyi. Sudah tentu setiap jenis pencemaran ini memberikan kesan negatif terhadap kehidupan manusia dari dahulu hingga kini. Persoalannya, apakah kesan negatif pencemaran alam sekitar terhadap manusia? Antara kesan negatif yang menimpa manusia akibat pencemaran udara ialah sistem pernafasan PS_UASA Ting_3_JAWP_4th.indd 2 7/21/23 5:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.