PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Panduan Umum Penulisan 1 Bahan Penulisan (Bahagian A & Bahagian B) 1 Kaedah IMBaKUP 9 Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan 11 Analisis Soalan Bahagian A 11 Panduan Umum Bahagian A 11 Panduan Menjawab Bahagian A 12 Contoh Karangan Cemerlang 14 Fokus SPM 23 Karangan Umum 81 Analisis Soalan Bahagian B 81 Format Penulisan Bahagian B 83 Panduan Umum Bahagian B 84 Panduan Menjawab Bahagian B 85 Contoh Karangan Cemerlang 87 Fokus SPM 100 Latih Tubi SPM 227 Kertas Model SPM (Kertas 1) 259 Ungkapan Indah 261 Glosari 271 Jawapan 285 Kandungan Penulisan Imbakup(Prelim)3rd.indd 3 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Panduan Umum Penulisan Format Kertas Bahasa Melayu (Kertas 1 – 1103/1) Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan 1 soalan: Wajib jawab 30 markah 45 minit Bahagian B Karangan Umum 5 soalan: Pilih 1 soalan 100 markah 90 minit Bahan Penulisan (Bahagian A & Bahagian B) Penggunaan Penanda Wacana 1 Penanda wacana digunakan untuk menghuraikan idea atau isi yang telah ditulis dalam sesuatu perenggan. 2 Penanda wacana boleh digunakan dalam perenggan pendahuluan, isi-isi penting dan perenggan penutup. 3 Penggunaan penanda wacana dalam perenggan pendahuluan: • Pada era globalisasi ini, • Dalam meniti arus kemodenan ini, • Sejak negara menikmati arus kemodenan, • Dalam melangkah ke era modenisasi, • Sejajar dengan era globalisasi ini, • Belakangan ini, • Mutakhir, • Akhir-akhir ini, • Tidak dapat dinafikan bahawa 4 Contoh penggunaan penanda wacana dalam perenggan pendahuluan. (a) Dalam melangkah ke era modenisasi, isu jenayah berat sering kita dengar dan telah menjadi polemik dan menular di media sosial. (b) Tidak dinafikan bahawa isu jenayah berat sering kita dengar dan telah menjadi polemik di media sosial. (c) Isu jenayah berat sering kita dengar dan telah menjadi polemik dan menular di media sosial pada mutakhir ini. 5 Penanda wacana yang biasa digunakan untuk ayat terakhir dalam perenggan pendahuluan adalah seperti contoh berikut. (a) Sesungguhnya, kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani isu jenyah berat yang semakin berleluasa di negara yang tercinta ini. (b) Tegasnya, sebagai memperkukuh pernyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi manfaat kita bersama. Panduan Umum Penulisan Penulisan Imbakup(1)3rd.indd 1 12/12/2019 3:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Panduan Umum Penulisan (c) Hakikatnya, pelbagai kesan akan dibincangkan untuk mengenal pasti cara terbaik bagi menangani masalah ini daripada terus menjadi barah yang sukar diubati. 6 Penanda wacana dalam penulisan ayat pertama untuk perenggan pertama pula adalah seperti berikut: (a) Faktor/Langkah/Kesan perdana berlakunya kemelut jenayah berat ialah... (b) Masalah kepincangan institusi keluarga juga dikenal pasti sebagai faktor berlakunya kegiatan lumba haram. (c) Selain masalah pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga turut mempengaruhi kemelut ini berlaku. (d) Faktor ketiga ialah keadaan persekitaran di sekolah yang kurang selesa. (e) Pada hemat saya,/Pada pandangan saya/Pada pendapat saya, terdapat pelbagai usaha yang wajar dilakukan untuk menangani masalah ini. (f) Pokok perbincangan yang tidak kurang pentingnya untuk dibahaskan ialah faktor kelemahan penguatkuasaan undang-undang. (g) Laman sosial juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna jika tidak dimanfaatkan secara bijaksana. 7 Untuk memudahkan penggunaan penanda wacana, beberapa kependekan perkataan telah diwujudkan seperti pada bahagian ayat kedua dan ayat seterusnya. Nota: Bergantung pada tema dan tugasan soalan yang dikemukakan Ayat kedua dan ayat seterusnya Ayat seterusnya (dalam isi yang sama) Mengapakah (M) • Hal ini dikatakan demikian kerana • Hal ini dikatakan begitu kerana • Hal ini dikatakan berlaku kerana • Hal ini dikatakan terjadi kerana • Hal ini disebabkan oleh • Hal ini wujud akibat daripada • Hal ini berpunca daripada • Hal ini membawa konotasi bahawa • Hal ini tercetus apabila • Sejajar dengan itu, • Selaras dengan itu, • Selanjutnya, • Sementara itu, • Seterusnya, • Di samping itu, • Dalam pada itu, • Selain itu, Bagaimanakah (Ba) • Dalam hal ini... • Dalam konteks ini… • Dengan berbuat demikian... • Dengan itu, • Oleh sebab itu, • Dengan yang demikian, • Oleh yang demikian • Oleh hal yang demikian, Penegasan (P) • Kita mengakui hakikat bahawa • Jelaslah kepada kita bahawa • Tegasnya kepada kita bahawa • Hakikatnya, • Sesungguhnya, • Secara khususnya, • Secara umumnya, • Sememangnya, • Tegasnya, • Jelaslah bahawa • Pada dasarnya, • Sememangnya, • Sewajarnya, • Secara ringkasnya, • Pada umumnya, • Realitinya, • Seyogia, Penulisan Imbakup(1)3rd.indd 2 12/12/2019 3:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Panduan Umum Penulisan Ayat kedua dan ayat seterusnya Ayat seterusnya (dalam isi yang sama) Kesan (K) • Natijahnya, • Sebagai akibatnya, • Hal ini mengakibatkan • Tindakan/Cara/ Usaha ini akan • Sekiranya, Jika, Andai kata perkara ini dilakukan/tidak dilakukan maka… Kesimpulan • Intihanya, • Konklusinya, • Tuntasnya, • Keseluruhannya, • Totalnya, • Akhir kalam, • Walhasil, • Sebagai penutup wacana, • Sebagai penghias bicara akhir, Menyatakan contoh • Sebagai contoh, • Biar kita lihat... • Biar kita ambil contoh.. • Misalnya, • Umpamanya, • Yang dimaksudkan ialah Penulisan Ungkapan Menarik (U) • Hal ini bersesuaian dengan peribahasa… • Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa... • Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa… • Orang tua-tua pernah berkata bahawa… • Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa… • Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa… Pendapat yang Berbeza • Walau bagaimanapun, • Walaupun begitu, • Namun demikian, • Ironinya, • Kendatipun, • Sungguhpun demikian, • Kontradiksinya, 8 Contoh penggunaan penanda wacana dalam ayat penutup/kesimpulan: (a) Intihanya, setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini daripada terus membelenggu keharmonian dan kemakmuran sesebuah rumah tangga. (b) Sebagai penutup wacana, sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama-sama didaki ke lurah sama-sama dituruni perlulah diamalkan untuk menangani masalah ini daripada menghalang pembangunan negara. Penggunaan Ayat-ayat Persoalan 1 Siapakah pula yang akan menyambung perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu? 2 Siapakah yang patut dipersalahkan kerana fenomena ini seakan-akan tiada jalan penyelesaiannya? 3 Persoalannya, sejauh manakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi kemelut yang sukar diatasi ini? 4 Mengapakah masyarakat masih tidak cakna dengan situasi ini yang dilihat semakin parah? 5 Apakah usaha yang patut diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membendung gejala ini? Penulisan Imbakup(1)3rd.indd 3 12/12/2019 3:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Panduan Umum Penulisan 6 Sanggupkah kita melihat generasi kita nanti menjadi sampah masyarakat? 7 Mengapakah perkara ini menjadi begitu penting untuk kita bincangkan? 8 Mahukah kita menjadi mangsa yang seterusnya? Penggunaan Ungkapan Menarik (Peribahasa) dalam Karangan 1 Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. 2 Dalam perbualan dan percakapan seharian, kita mestilah berhati-hati mengeluarkan kata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 3 Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah, “biar putih tulang jangan putih mata.” 4 Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit. 5 Hal ini bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. 6 Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 7 Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa sudah terhantuk baru nak tengadah. 8 Orang tua-tua pernah berkata bahawa kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. 9 Keadaan ini boleh diperjelas melalui peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 10 Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa seperti mencurah air ke daun keladi. Skop Soalan Peperiksaan 1 Tugasan soalan yang ditanya meliputi lima skop utama: (SeKeCaM+TC) Se : sebab/faktor/punca Kata tugas: kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal Ke : kesan baik – kepentingan/faedah/maslahat/manfaat kesan buruk – implikasi/impak/natijah/akibat Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu Ca : cara/langkah/usaha/kaedah/tindakan Kata tugas: harus, perlu, mesti, wajar, hendaklah, patut, telah M : masalah/kemelut/halangan/kekangan/rintangan Kata tugas: Apakah masalah itu. T : tugas/peranan/tanggungjawab/kewajipan Kata tugas: Apakah tugas itu. C : ciri/sifat/kriteria Kata tugas: Apakah ciri itu. 2 Contoh penulisan untuk menjawab tugasan soalan yang dikemukakan berdasarkan tema Ponteng Sekolah ialah: Penulisan Imbakup(1)3rd.indd 4 12/12/2019 3:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Panduan Umum Penulisan Tema: Ponteng Sekolah Tugasan Contoh Ayat Sebab Pada hemat saya sebab utama berlakunya gejala ponteng sekolah adalah kerana remaja kurang mempunyai didikan agama dan moral yang secukupnya. Kesan Pada pandangan saya kesan negatif utama ponteng sekolah ialah perbuatan ini akan menyebabkan murid-murid ketinggalan dalam pelajaran mereka di sekolah. Cara Pada pendapat saya, cara utama bagi menangani masalah ponteng sekolah ialah ibu bapa haruslah memantau kehadiran anak-anak ke sekolah. Masalah Masalah utama untuk menangani gejala ponteng sekolah ialah sikap murid yang tidak ada kesedaran tentang kepentingan pendidikan Tanggungjawab Tanggungjawab utama ialah guru menjalankan tugas dengan memberikan kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada murid yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Ciri Ciri utama seorang murid yang ponteng sekolah ialah buku-buku latihan yang tidak disiapkan. Menulis Isi Karangan 1 Menulis karangan menjadi lebih mudah sekiranya calon memahami kaedah InKeMaNeP. 2 Kaedah ini dicipta untuk memudahkan calon menulis idea atau isi karangan yang berunsurkan KBAT (dua unsur dikaitkan). 3 InKeMaNeP ialah kependekan daripada perkataan Individu, Keluarga, Masyarakat, Negara dan Pendidikan. (a) In (Individu) – remaja, murid-murid, pelajar, pengawas, belia, lelaki, wanita Cabaran/Halangan/Masalah Cara Menangani • Kurang memiliki kesedaran dan sikap bertanggungjawab • Tidak mempunyai budi pekerti dan akhlak mulia • Kurang bermotivasi, bersemangat untuk terus berusaha • Kurang ambil peduli /tidak cakna/ tidak ambil berat • Tidak mempunyai matlamat dan hala tuju • Tidak memiliki jati diri yang kental • Kurang pegangan agama dan moral • Terlalu percaya kepada rakan sebaya dalam pergaulan • Perlu memiliki kesedaran dan tidak bertanggungjawab • Mesti mempunyai budi pekerti dan berakhlak mulia • Hendaklah bermotivasi dan gigih berusaha • Perlu ambil peduli /mesti cakna/ perlu ambil berat • Perlu mempunyai matlamat dan hala tuju • Mestilah memiliki jati diri yang kental • Haruslah meningkatkan pegangan agama dan moral • Perlu berhati-hati memilih rakan sebaya dalam pergaulan Contoh: Tema: Lumba haram Tugasan: Punca berlaku Faktor utama berlakunya lumba haram ialah remaja kurang mempunyai kesedaran sikap bertanggungjawab tentang isu lumba haram. Contoh: Tema: Lumba haram Tugasan: Usaha menangani Dengan itu, remaja haruslah mempunyai sikap kesedaran dan bertanggungjawab tentang isu lumba haram. Penulisan Imbakup(1)3rd.indd 5 12/12/2019 3:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Panduan Umum Penulisan (b) Ke (Keluarga) – ibu, bapa, datuk, nenek, saudara-mara, adik-beradik Cabaran/Halangan/Masalah Cara Menangani • Kurang memberikan didikan agama dan moral • Kurang memberikan kasih sayang yang sewajarnya • Kurang menguruskan keperluan dan kedudukan ekonomi sebaik-baiknya • Kurang meluangkan masa dengan anakanak • Kurang memantau kegiatan anak-anak • Kurang membentuk disiplin anak-anak • Kurang melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan • Tidak menunjukkan suri teladan atau contoh terbaik kepada anak-anak • Kurang berkomunikasi dengan anak-anak • Perlu memberikan didikan agama dan moral • Harus memberikan kasih sayang yang sewajarnya • Perlu menguruskan keperluan dan kedudukan ekonomi sebaik-baiknya • Mesti meluangkan masa dengan anak-anak • Perlu memantau kegiatan anak-anak • Wajar membentuk disiplin anak-anak • Wajar melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan • Perlu menunjukkan suri teladan atau contoh terbaik kepada anak-anak • Perlu berkomunikasi dengan anak-anak Contoh: Tema: Ponteng sekolah Tugasan: Faktor berlaku Faktor utama berlakunya lumba haram ialah ibu bapa tidak memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh: Tema: Ponteng sekolah Tugasan: Usaha menangani Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak. (c) Ma (Masyarakat) – orang ramai, rakyat, jiran Cabaran/Halangan/Masalah Cara Menangani • Kurang prihatin, proaktif dan penyayang. • Kurang mempunyai semangat kejiranan dan bantu membantu • Kurang mengamalkan sikap bersatu padu dan sepakat • Kurang memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak • Perlulah prihatin, proaktif dan penyayang • Perlu mempunyai semangat kejiranan dan bantu-membantu • Hendaklah mengamalkan sikap bersatu padu dan sepakat • Harus memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak • Kurang membabitkan diri dalam sesuatu program kemasyarakatan • Kurang merancang dan menganjurkan program-program • Kurang menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi • Kurang ambil berat dan bertanya khabar • Kurang peka akan peranan mereka sebagai ahli masyarakat • Perlu membabitkan diri dalam sesuatu program kemasyarakatan • Harus merancang dan menganjurkan program-program • Perlu menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi • Perlu mengambil berat dan bertanya khabar • Perlu lebih peka akan peranan mereka sebagai ahli masyarakat Contoh: Tema: Jenayah Tugasan: Punca berlaku Punca berlakunya gejala sosial kerana masyarakat mengamalkan sikap tidak mahu melaporkan sesuatu kejadian jenayah kepada pihak berkuasa. Contoh: Tema: Jenayah. Tugasan: Usaha menangani Oleh sebab itu, masyarakat perlu melaporkan sesuatu kejadian yang berunsur kepada pihak berkuasa dengan kadar segera. Penulisan Imbakup(1)3rd.indd 6 12/12/2019 3:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
81 Karangan Umum Karangan Umum Analisis Soalan Bahagian B Analisis Soalan Karangan (Bahagian B) Tahun 2016 – Nov 2018 Tahun Bahagian B Format Tema/Tugasan Nov 2016 Ceramah Cara-cara Mengurangkan Risiko Kemalangan Jalan Raya dalam Kalangan Murid Huraikan Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran – cabaran tersebut Komen Sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak Bincangkan Tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti barah dan demam denggi masih rendah Pendapat Golongan sasterawan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara melalui karya yang dihasilkan, khususnya dalam pemupukan nilai-nilai murni. Sumbangan para sasterawan ini wajar dihargai. Berikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai sumbangan golongan sasterawan di negara kita Jun 2017 Jelaskan Cabaran berlakunya stres dan cara menanganinya Huraikan Kebaikan melancong bersama keluarga Syarahan Peranan Sukan dalam Mengharumkan Nama Negara Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 81 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 Karangan Umum Tahun Bahagian B Format Tema/Tugasan Bincangkan Manfaat Program Pertukaran Pelajar kepada Pelajar dan Negara Tulis Cerita Peribahasa ‘setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.’ Nov 2017 Komen Impian setiap anak untuk menjadi kebanggaan keluarga Huraikan Peranan sekolah dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid Jelaskan Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya Rencana Kebaikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi kepada Masyarakat Antarabangsa Jelaskan Kelebihan kepada Individu yang pemurah Nov 2018 Huraikan Faedah-faedah pelibatan dalam aktiviti kokurikulum Ulas Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak sejak kecil Pidato Sukan mengukuhkan perpaduan Bincangkan Kepentingan hubungan baik dengan negara luar dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi Jelaskan Manfaat karya sastera diadaptasi dalam bentuk drama atau filem Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 82 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
83 Karangan Umum Format Penulisan Bahagian B Panduan Umum Format Karangan Bil Jenis Karangan Format 1 Ceramah/Ucapan/ Syarahan • kata alu-aluan majlis • kata hormat (kata panggilan hormat: Tuan-tuan dan Puanpuan yang dihormati / dikasihi Allah / dirahmati Allah) • penutup 2 Surat Kiriman Rasmi • alamat pengirim (sebelah kiri) • garisan pemisah • nama dan alamat penerima surat (sebelah kiri) • tarikh (sebelah kiri) 20 MAC 20__ • panggilan hormat: Tuan, • tajuk surat: pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar • penutupan • pengakuan penulis (Yang menjalankan tugas) • tandatangan • nama penulis (Huruf Besar) • jawatan 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi • alamat pengirim (sebelah kanan) • tarikh (sebelah kanan) • pendahuluan • pengakuan penulis • penutupan surat • tandatangan penulis 4 Perbahasan • kata alu-aluan majlis • definisi tajuk • kata hormat (sidang dewan yang dihormati) • kerajaan atau pembangkang • penutup 5 Wawancara/Dialog • pendahuluan isu (nama orang yang diwawancara dan pewawancara) • dialog • penutup 6 Laporan • tajuk laporan • tandatangan pelapor • pengakuan pelapor • nama pelapor • tarikh • jawatan pelapor 7 Berita • di mana • siapa • bila • mengapa • apa • bagaimana 8 Rencana • tajuk • nama penulis 9 Ulasan Buku/Filem • tajuk buku/filem • penulis buku/skrip • penerbit • jumlah muka surat/masa tayangan • pelakon utama filem sahaja • nama pengulas • aspek ulasan (sinopsis, tema, persoalan, watak perwatakan, nilai dan pengajaran, gaya bahasa) • penutup Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 83 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
84 Karangan Umum 10 Skrip Drama • tajuk drama • masa • nama penulis • sinopsis • watak • dialog • tempat • penutup Panduan Umum Bahagian B 1 Masa yang diperuntukkan ialah selama 90 minit (1 jam 30 minit). 2 Terdapat lima soalan yang dikemukakan dan calon diminta memilih satu soalan sahaja. Soalan kelima berunsur sastera. 3 Sebaik-baiknya ada enam perenggan. (a) Perenggan 1: Pendahuluan yang menarik dan dikaitkan dengan kehendak tugasan soalan (b) Perenggan 2 – 5: Perenggan isi, satu isi satu perenggan (gunakan Kaedah IMBaKUP di samping fokus kepada dua tugasan KBAT dalam satu soalan, iaitu selaras dengan kehendak soalan terkini (c) Perenggan 6: Penutup – (PCH: Pandangan, Cadangan, Harapan) 4 Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan dan dicadangkan 600 patah perkataan untuk memperoleh markah cemerlang. Kriteria Menjawab Karangan B Cemerlang (80–100 Markah) • Penggunaan pelbagai jenis kata (kosa kata) yang luas dan tepat. • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. • Ejaan dan tanda baca yang betul. • Laras bahasa sesuai dengan tugasan. • Idea yang relevan dan mengikut tugasan. Idea dihuraikan dengan jelas dan matang disertakan dengan contoh yang sesuai (cadangan empat idea). • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. • Wacana (ayat) yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan (guna penanda wacana). • Format menepati kehendak tema dan tugasan soalan. • Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi. • Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan ungkapan menarik (U), seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa menarik, ayat tokoh, petikan hadis dan Al-Quran atau ayat tokoh ilmuan atau pemimpin. Cadangan pengagihan masa menjawab • Memahami dan menganalisis tajuk : 10 minit • Membina rangka karangan : 10 minit • Menulis karangan : 60 minit • Menyemak karangan : 10 minit Jumlah masa : 90 minit Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 84 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
85 Karangan Umum Panduan Menjawab Bahagian B 1 Calon membaca soalan (a) Baca dengan teliti semua soalan terlebih dahulu. (b) Pilih satu soalan yang sesuai dengan keupayaan, pengetahuan dan pemahaman calon. (c) Faham tema soalan dan garisi tugasan soalan. Kesilapan dalam langkah pertama ini akan menyebabkan calon tersasar menulis karangan sepenuhnya. (d) Baca soalan yang dipilih berulang-ulang kali untuk memastikan tiada kesilapan yang akan dilakukan. Pilihlah soalan yang betul-betul difahami dari segi tema atau tugasannya. (e) Pastikan format yang dikehendaki (jika berkaitan). Bulatkan perkataan jenis karangan yang ada dalam soalan. Tindakan ini akan dapat mengelakkan calon tersasar daripada format yang dikehendaki. 2 Calon merangka idea karangan (a) Rangka perlu ditulis agar karangan tidak terpesong atau tidak menjawab tugasan soalan. (b) Rangka juga perlu untuk memastikan idea yang bernas tidak dilupai ketika menulis karangan. (c) Cadangan dalam masa 7 hingga 10 minit. (d) Gunakan alat berfikir dari aspek individu, keluarga, masyarakat, negara dan sekolah (InKeMaNeP) untuk tugasan punca dan cara. (e) Alat berfikir ini boleh juga digunakan untuk menjawab tugasan KBAT yang memberi tumpuan kepada sekurang-kurangnya dua unsur idea yang perlu dihubungkaitkan. (f) Gunakan alat berfikir seperti ekonomi, negara dan sosial untuk kesan dan masalah. (g) Aspek penting dalam merangka adalah dengan menggunakan kaedah IMBaKUP. 3 Calon menulis karangan (a) Calon perlu mengembangkan idea dengan menggunakan bahasa yang baik. (b) Karangan yang ditulis mestilah berdasarkan rangka yang disediakan. (c) Idea-idea disusun mengikut keutamaan. (d) Dalam menghuraikan idea murid perlu menonjolkan kematangan fikiran dengan memberikan contoh/pendapat/fakta yang menarik/ungkapan menarik. 4 Calon menyemak karangan • 10 minit terakhir digunakan untuk menyemak dan membuat pembetulan bagi mengelakkan kesalahan bahasa. Contoh Menjawab Karangan Bahagian B (Soalan KBAT) Contoh Soalan Gejala sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini berpunca daripada masalah keluarga. Jelaskan masalah keluarga boleh menyebabkan gejala sosial ini berterusan berlaku dan jalan penyelesaian yang harus diambil oleh ibu bapa bagi menangani masalah itu. Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 85 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
86 Karangan Umum Cadangan rangka pendahuluan • Tema dihubungkan atau dikaitkan dengan isu semasa • Contoh gejala sosial yang berlaku kini • Buat ayat persoalan tentang tema atau isu • Guna peribahasa dan penanda wacana yang sesuai • Ayat terakhir menjawab dua tugasan soalan yang perlu dikaitkan Contoh Penulisan Pendahuluan Golongan remaja yang terlibat dengan jenayah sering dilaporkan di media massa utama mutakhir ini. Ada laporan yang menunjukkan bahawa remaja sudah berani melakukan jenayah-jenayah berat yang tidak masuk akal kewarasan manusia. Antara kes yang dilaporkan seperti masalah buli, gengsterisme buang bayi, ragut dan pembunuhan kejam. Dalam kes ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Perlukah kita menuding jari kepada pihak tertentu atas fenomena ini berlaku? Kita tidak mahu isu ini terus menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian rumah tangga. Saya berpendapat bahawa faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja kerana masalah keluarga itu sendiri. Sesungguhnya, isu keluarga ini harus diperincikan sedalam-dalamnya agar kita dapat memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Contoh Huraian Idea Kaedah IMBaKUP Pada pandangan saya, faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga (Idea). Hal ini begitu kerana desakan hidup dunia moden sering memaksa ibu bapa untuk mencari nafkah bagi menambah pendapatan keluarga. Tambahan pula, cabaran globalisasi yang semakin menghimpit turut meningkatkan keghairahan ibu bapa untuk mengumpul harta dan kekayaan (Mengapakah). Fenomena ini telah menyebabkan ibu bapa yang bekerja terdorong untuk mengejar kemewahan sehinggakan anak-anak terabai. (Bagaimanakah). Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah mengubah paradigma mereka dengan memberikan ruang terhadap kepentingan keluarga. Sebagai contoh, ibu bapa yang bekerjaya haruslah bijak menguruskan masa mereka tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak (Kesan). Fenomena ini turut dinyatakan oleh Dr. Syukri Abdullah, iaitu pakar motivasi tersohor negara. Beliau menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa mempunyai sistem pengurusan hidup yang cemerlang maka kehidupan keluarga juga turut lebih cemerlang (Ungkapan Menarik/Ayat Tokoh). Hakikatnya, saya beranggapan bahawa keprihatinan ibu bapa terhadap masa bekerja dan masa bersama-sama keluarga adalah sangat signifikan dalam menangani masalah ini daripada terus menggugatkan kedamaian rumah tangga (Penegasan). Contoh Penulisan Kesimpulan Kesimpulannya, gejala sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa kerosakan dan kehancuran kepada murid, masyarakat dan negara. Masalah ini perlu ditangani secara bijaksana dan bersepadu oleh pihak yang bertanggungjawab (Pandangan). Tegasnya, semua pihak memerlukan anjakan pemikiran dan sikap yang progresif serta proaktif bagi menangani gejala sosial ini. Sikap yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing haruslah disepadukan dalam diri setiap insan (Cadangan). Murid-murid sebenarnya merupakan tonggak kepimpinan negara pada masa hadapan. Pada umumnya, merekalah yang akan menjadi generasi pewaris bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk pembangunan negara dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat murni pemimpin negara nanti (Harapan). Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 86 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
87 Karangan Umum Contoh Karangan Cemerlang Karangan Cemerlang 1 Bidang bioteknologi banyak dimanfaatkan dalam bidang pertanian di negara Malaysia. Huraikan halangan yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakannya dan langkah yang perlu dilakukan untuk menghadapi cabaran tersebut. Tidak dinafikan bahawa sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting buat negara Malaysia sejak dahulu lagi. Sektor ini telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi sumber pendapatan utama penduduk tempatan. Dalam era pertanian moden pula, bidang bioteknologi telah dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Sebagai contoh, bioteknologi pertanian telah menghasilkan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Namun, pengaplikasian bioteknologi dalam industri pertanian di Malaysia masih lagi belum dapat menandingi negara-negara lain yang lebih maju. Negara Malaysia terpaksa menghadapi pelbagai halangan yang boleh membantutkan perkembangan bidang bioteknologi negara. Hakikatnya, pelbagai langkah yang proaktif dan pragmatik haruslah dilakukan agar industri bioteknologi negara terus berkembang dengan pesat. Halangan yang utama ialah seminar pelaburan bidang bioteknologi negara kurang diadakan. Hal ini dikatakan demikian kerana tiada ketetapan pelaburan yang menggalakkan peningkatan pelaburan telah dibuat. Dalam erti kata yang lain, tiada seminar yang berkesan dijalankan untuk menarik pelabur asing melabur dalam bidang bioteknologi di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah membuka peluang kepada syarikat baharu untuk membuat pelaburan dalam bidang ini. Selain itu, pelabur asing digalakkan untuk menyuntikkan dana kepada pengusaha tempatan. Yang paling penting, pihak kerajaan perlulah melonggarkan syarat-syarat permohonan kepada syarikat-syarikat pemohon yang masih baharu. Sebagai contoh, Seminar Bioteknologi telah diketuai oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad merupakan satu usaha yang positif dalam menggerakkan bidang bioteknologi ini. Sebagai kesannya, Syarikat Bioteknologi India telah menyasarkan kemungkinan melabur hingga RM583 di Malaysia. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa di mana ada gula, di situ ada semut yang pastinya akan membuka lembaran baharu kepada bidang bioteknologi. Tegasnya, kerajaan Malaysia perlu memperbanyak aktiviti yang dapat meningkatkan pasaran dan menarik pelabur daripada syarikat bioteknologi di dunia Kemudahan prasarana yang sesuai untuk pengusaha-pengusaha baharu kurang dilaksanakan telah mengakibatkan bidang bioteknologi negara sukar dibangunkan. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan tentang maklumat bioteknologi negara. Seterusnya, tiada panduan untuk memulakan pertanian yang berasaskan bioteknologi. Dengan itu, pihak kerajaan haruslah membina pusat bioteknologi bagi Penulisan Imbakup(3)3rd.indd 87 12/12/2019 3:40 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
227 Latih Tubi SPM Latih Tubi SPM Praktis 1 Bahagian A Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk membantu rakan anda yang menghadapi masalah sosial. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Cara-cara Membantu Rakan yang Menghadapi Masalah Sosial Memberikan nasihat dan bimbingan Mengajak rakan menyertai programprogram jati diri Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Seorang daripada rakan anda menghadapi masalah sosial yang serius. Untuk membantunya kembali ke pangkal jalan, anda berpegang kepada peribahasa, menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak. Jelaskan cara-cara anda membantu rakan anda itu. KBAT Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 227 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
228 Latih Tubi SPM Praktis 2 Bahagian A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh seseorang murid untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Hanya diri kita sendiri yang menentukan sama ada kita cemerlang atau sebaliknya di dalam sesuatu peperiksaan. Bincangkan. KBAT Tips Mencapai Kecemerlangan dalam Peperiksaan Memberi tumpuan ketika guru mengajar Mematuhi nasihat daripada ibu bapa Menyertai program kecemerlangan dan motivasi Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 228 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
229 Latih Tubi SPM Praktis 3 Bahagian A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mempelajari mata pelajaran Sejarah secara berkesan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Menurut Thomas Carlyle, “Sejarah adalah riwayat hidup mereka yang agung”. Bincangkan. KBAT Cara-cara Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah Temu ramah Membaca Lawatan Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 229 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
230 Latih Tubi SPM Praktis 4 Bahagian A Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mempunyai jiran tetangga yang baik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Sejauh mana anda bersetuju dengan kata-kata Aristotle, iaitu “Tanpa kawan tiada sesiapa patut untuk hidup, walaupun dia memiliki segala-galanya”. Huraikan pendapat anda. KBAT Kepentingan Mempunyai Jiran Tetangga yang Baik Membantu semasa kesusahan Tempat bertukar-tukar pendapat Saling menziarahi Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 230 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
231 Latih Tubi SPM Praktis 5 Bahagian A Lihat peta dakap di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan gotong-royong dalam masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Kewujudan taman-taman perumahan adalah punca utama amalan gotong-royong kian lesu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan. KBAT Faedah Amalan Gotong-royong Mengindahkan kawasan tempat tinggal Mengawal masalah penyakit berjangkit Mengeratkan perpaduan kaum • kawasan perumahan • sentiasa bersih • mengelakkan vektor membiak • menjalankan usaha-usaha pembersihan • menyemai sifat bertanggungjawab • dapat mengenali antara satu dengan yang lain Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 231 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
232 Latih Tubi SPM Praktis 6 Bahagian A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha kerajaan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia di luar negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Terdapat segelintir masyarakat kita yang memegang prinsip, “Alah membeli menang memakai” untuk membeli barangan import. Sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan tersebut. KBAT Usaha-usaha Kerajaan untuk Memperkenalkan Barangan Buatan Malaysia di Luar Negara Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 232 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
233 Latih Tubi SPM Praktis 7 Bahagian A Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pencemaran alam sekitar kepada negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Alam semesta tidak pernah mengkhianati hati yang mencintainya. Bincangkan. KBAT Kesan Pencemaran Alam Sekitar kepada Negara ini Berlakunya bencana alam Berlakunya hujan asid Sektor pertanian terjejas Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 233 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
234 Latih Tubi SPM Cara-cara Masyarakat Umum Membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) Membantu menyumbang sumber kewangan Memberi peluang dalam kerjaya Membantu dalam pendidikan Praktis 8 Bahagian A Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara masyarakat umum membantu orang kelainan upaya (OKU). Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Orang kelainan upaya (OKU) telah mendapat perhatian dan bantuan yang terbaik daripada pihak kerajaan. Kemukakan pendapat anda selanjutnya. KBAT Penulisan Imbakup(Latihan Tubi)3rd.indd 234 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model SPM (Kertas 1) 259 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Langkah-langkah Menangani Pencemaran Alam Sekitar ➠ Pendidikan alam sekitar ➠ Kempen alam sekitar ➠ Penguatkuasaan undang-undang Pencemaran sungai Pencemaran udara Pencemaran alam Kertas Model SPM (Kertas 1) Penulisan Imbakup(KM SPM)3rd.indd 259 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kertas Model SPM (Kertas 1) 260 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Budaya penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk melahirkan murid yang berakhlak mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk memupuk budaya penyayang di sekolah. 2 Perpaduan ialah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta kepada negara. Bincangkan peranan yang harus dimainkan oleh pelbagai pihak untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. 3 Anda telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam satu pertandingan pidato. Tajuk pertandingan pidato tersebut ialah “Pemupukan Semangat Patriotik Tanggungjawab Semua”. Sediakan teks pidato tersebut selengkapnya. 4 Rasuah yang berleluasa akan mencemarkan integriti dan maruah Malaysia sekali gus akan menimbulkan kesan negatif. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan untuk membendung gejala ini? 5 Walaupun pawagam penuh dengan lambakan filem tempatan, namun kualiti filem tempatan masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Berikan komen anda. KERTAS SOALAN TAMAT Penulisan Imbakup(KM SPM)3rd.indd 260 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
261 Ungkapan Indah Ungkapan Indah 1 Perbuatan yang tergesa-gesa akan merugikan diri sendiri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 2 Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu, iaitu yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 3 Kita sedar bahawa pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. 4 Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa jika hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 5 Pengalaman seseorang dapat diperluas, kerana kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pengalaman, lama hidup banyak dirasa. 6 Perumpamaan seperti menatang minyak yang penuh perlu diamalkan untuk mendidik anak-anak dengan sempurna. 7 Perumpamaan ada menyatakan bahawa, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (jika tidak berusaha bersungguh, kita tidak akan dapat hasilnya). 8 Kita perlu mengelakkan diri daripada mengamalkan perbuatan seperti perumpamaan, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 9 Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain ketika kita berusaha melakukan sesuatu pekerjaan. 10 Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih jika kita menghadapi sesuatu masalah. 11 Cogan kata Badan Sihat, Otak Cerdas menyarankan supaya kita menjaga kesihatan kerana badan yang sihat membolehkan kita mempunyai otak yang cerdas. 12 Amalan gaya hidup yang sihat sangat penting kerana kita perlu mematuhi ungkapan yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati. 13 Keinsafan dan penyesalan sudah tidak berguna kerana peribahasa Melayu mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan ingat sementara belum kena, jimat sebelum habis. 14 Oleh sebab itu, kita perlu mengambil langkah yang pragmatik untuk menjaga kesihatan sesuai peribahasa yang mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. 15 Tuntasnya, usaha-usaha yang diutarakan itu perlu dilaksanakan secara bersungguhsungguh dan tidak seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam atau seperti melepaskan batok di tangga. Penulisan Imbakup(Ungkapan)3rd.indd 261 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
262 Ungkapan Indah 16 Komitmen masyarakat amat penting untuk menjayakannya kerana pepatah mengatakan bahawa bulat air kerana pembetung dan bulat manusia kerana muafakat. 17 Secara konklusinya, peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit wajar menjadi pegangan dan panduan semua orang untuk menjamin kecemerlangan hidup. 18 Sesungguhnya, prakarsa untuk membanteras atau menangani gejala ini boleh direalisasikan sekiranya ada penggemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 19 Peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat perlu dijadikan pedoman dan iktibar oleh seluruh rakyat agar dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. 20 Perumpamaan ada menyatakan bahawa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya perlu dijadikan pegangan untuk mencapai kejayaan. 21 Berpeganglah kepada kewarasan akal yang rasional dalam apa-apa jua keadaan, bak kata peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa. 22 Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya, bak kata peribahasa, setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah. 23 Kita perlu berani mengambil langkah untuk mencegah kemalangan jalan raya kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 24 Setiap ahli akan bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. 25 Tidak hairanlah jika ungkapan Membaca Jambatan Ilmu sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan. 26 Penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. 27 Mereka dapat lebih mengenali antara satu dengan yang lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. 28 Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 29 Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata mampu menjalinkan semangat perpaduan yang tersedia utuh. 30 Perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. 31 Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. 32 Semua masyarakat harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Penulisan Imbakup(Ungkapan)3rd.indd 262 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
263 Ungkapan Indah 33 Menurut Hadis, anak diibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya. 34 Peribahasa ada menyatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan jangan terhantuk baru tengadah harus dijadikan panduan. 35 Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebung. 36 Menurut kata-kata mutiara, Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda. 37 Kesimpulan, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. 38 Sebelum nasi menjadi bubur, seharusnya semua pihak berusaha dalam meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa dalam diri. 39 Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 40 Kita perlu berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. 41 Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu, menang menjadi arang. 42 Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. 43 Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 44 Usaha ini harus diperjuangkan agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas. 45 Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, mencegah lebih baik daripada merawat. 46 Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa. 47 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Berpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita. 48 Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. 49 Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa. 50 Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Penulisan Imbakup(Ungkapan)3rd.indd 263 12/12/2019 3:43 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
271 Glosari Bil. Kosa Kata Menarik Maksud Contoh Ayat 1 adaptasi penyesuaian Seseorang itu perlu membuat adaptasi terhadap kehidupannya. 2 absurd mustahil/tidak masuk akal Sesungguhnya adalah absurd untuk berbuat demikian. 3 afdal lebih utama Konsep 1Malaysia lebih utama untuk dijadikan gagasan perpaduan. 4 aforisme pepatah, bidalan, peribahasa Kita perlu berusaha, seperti kata aforisme hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. 5 agenda rancangan Mesyuarat itu berjalan lancar kerana agenda tersusun dengan sempurna. 6 agresif cenderung menyerang Tindakan agresif akan menimbulkan perbalahan. 7 akademi pusat pengajian Akademi Sukan ditubuhkan untuk melatih atlet. 8 akauntabiliti kebertanggungjawaban Keputusan mahkamah yang adil akan memastikan akauntabiliti institusi kehakiman. 9 akar umbi asal/mula Masalah itu harus diselesaikan pada peringkat akar umbi. 10 akur setuju Saya tidak akur jika engkau berkahwin seorang lagi. 11 akhirulkalam akhirnya Sebagai akhirulkalam, kita harus bekerjasama. 12 akses cara memperoleh maklumat Pengguna akan diberi akses Internet secara automatik. 13 alaf zaman Pada alaf baru, komputer amat penting kepada manusia. 14 alma mater sekolah, maktab atau universiti Hanya terdapat tujuh buah alma mater untuk murid melanjutkan pelajaran di Kuala Klawang. 15 alternatif pilihan Hanya ada satu alternatif untuk menang dalam pertandingan ini. 16 analogi kiasan, perbandingan Perkara itu dibuat berdasarkan analogi dua unsur utama. Glosari Penulisan Imbakup(Glosari)3rd.indd 271 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
272 Glosari Bil. Kosa Kata Menarik Maksud Contoh Ayat 17 anarki kekacauan/porakperanda Kalau orang tidak patuh lagi pada undangundang, maka timbullah anarki. 18 anasir jahat unsur jahat Masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh anasir jahat daripada Barat. 19 anjakan paradigma perubahan pemikiran Kita perlu melakukan anjakan paradigma sekiranya ingin maju. 20 aset ciri atau sifat istimewa/harta Remaja ialah aset untuk pembangunan negara. 21 asosiasi perkaitan, perhubungan, pertalian Ahmad mempunyai asosiasi kekeluargaan dengan Samat. 22 aspek bahagian diberikan perhatian Masalah tersebut perlu ditinjau pada segala aspek kehidupan. 23 aspirasi cita-cita/hasrat Aspirasi berbagai-bagai kaum kini sudah berubah. 24 audiens para penonton Audiens berasa kecewa kerana persembahan itu hambar. 25 autoritarian berpegang teguh pada peraturan Kita perlu berpegang pada autoritarian negara untuk kesejahteraan hidup. 26 bacul penakut, pengecut Pak Man dianggap seorang yang bacul kerana lari daripada medan pertempuran. 27 basa-basi sopan santun Sikap basa basi amat dituntut apabila bercakap dengan orang tua. 28 belasungkawa ucapan takziah Dia banyak menerima surat belasungkawa selepas kematian anaknya itu. 29 bermotifkan bertujuan Sekumpulan pemuda itu ditangkap kerana rancangan mereka bermotifkan penipuan. 30 beroperasi bergerak/berjalan Kedai roti itu telah beroperasi sejak sepuluh tahun yang lalu. 31 bitara tiada taranya, satu-satunya Kehandalan pasukan kompang SMK Undang Jelebu sungguh bitara jika dibandingkan dengan sekolah lain. 32 boikot pemulauan Selvam telah menjadi mangsa boikot oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang bongkak. 33 cacamarba bercampur aduk/ bercampur baur Bahasa Melayu yang cacamarba akan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. 34 canggih moden/sofistikated, kompleks Teknologi canggih perlu digunakan pada zaman ini. Penulisan Imbakup(Glosari)3rd.indd 272 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
273 Glosari Bil. Kosa Kata Menarik Maksud Contoh Ayat 35 canggung kurang biasa/kurang sempurna Aminah berasa canggung apabila berpindah ke tempat baru. 36 cendekiawan orang cerdik pandai Golongan cendekiawan merupakan aset penting untuk pembangunan negara. 37 citra gambaran/imej Citra masyarakat yang maju diukur melalui tahap pendidikannya. 38 daif hina, lemah Golongan yang daif perlu kita bantu supaya kehidupan mereka terjamin. 39 dana modal Peniaga memerlukan dana yang mencukupi untuk memajukan perniagaan mereka. 40 dasawarsa masa sepuluh tahun/dekad Dalam dasawarsa ini, masyarakat sudah pandai menggunakan komputer. 41 dedikasi ketekunan kepada sesuatu kerja Sikap dedikasi penting untuk kita berjaya. 42 definisi makna sesuatu kata, frasa, takrif Perkataan dalam kamus ini diberi definisi. 43 delegasi rombongan/ perwakilan dalam persidangan Delegasi daripada negara Jepun telah hadir ke Kuala Lumpur. 44 desas-desus khabar angin Ada desas-desus yang mengatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan November tahun ini. 45 digniti sifat mulia/pangkat Ketua Jabatan haruslah mempunyai digniti untuk mentadbir sesebuah organisasi. 46 dilema keadaan serba salah Kamilah berada dalam keadaan dilema setelah rahsianya terbongkar. 47 dinamik berdaya saing Pelajar yang dinamik akan mudah menghadapi rintangan yang dihadapi. 48 dirgahayu mudah-mudahan panjang umur Semua rakyat mengucapkan dirgahayu kepada Yang di-Pertuan Agong. 49 diuar-uarkan pengumuman kepada umum Peraturan baru itu telah diuar-uarkan sewaktu perhimpunan rasmi. 50 domestik hal/urusan dalam negeri Pelancongan domestik haruslah dimajukan oleh pihak yang berkenaan. 51 dominan berkuasa/ berpengaruh Faktor yang dominan ialah pengaruh rakan sebaya. 52 drastik sesuatu tindakan yang keras Keputusan dibuat secara drastik kerana kesuntukan masa. Penulisan Imbakup(Glosari)3rd.indd 273 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
285 Jawapan Kertas Model SPM (Kertas 1) Bahagian A Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh masyarakat di setiap negara berkenaan alam sekitar yang telah mengalami kerosakan dan kemusnahan oleh sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Negara-negara yang dahulu kalanya berdiri gah di persada dunia kini telah dicemari oleh asap-asap kenderaan, jerebu, tanah runtuh dan sebagainya. Insiden sebegini sebanyak merosakkan imej negara itu sendiri. Para saintis telah mengkaji ekosistem bumi yang telah menimbulkan keraguan di hati mereka ini, namun hasil yang telah dilihat selepas penyelidikan yang teliti oleh mereka ini amat mengejutkan. Ternyata dua per tiga ekosistem bumi telah mengalami kerosakan yang teruk akibat perbuatan manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Lantaran itu, ekosistem bumi telah dirosakkan, bukit-bukit telah digondolkan dengan rakus tanpa belas kasihan. Apakah kita sebagai rakyat Malaysia hanya akan berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja. Tegasnya, kita perlulah mengambil langkah awal agar permasalahan sebegini dapat dibendung daripada terus berlaku. Antara prakarsa awal yang boleh dilakukan oleh masyarakat mahupun pihak sekolah adalah dengan mengadakan pendidikan alam sekitar. Hal ini kerana alam sekitar merupakan sesuatu alam yang dekat dengan kita. Tambahan lagi, tumbuhtumbuhan serta haiwan memerlukan tempat tinggal bagi meneruskan habitat mereka dan mengelakkan daripada mengalami kepupusan. Tumbuhan pula perlu dijaga dengan rapi bagi mengurangkan pencemaran udara serta pulau haba seperti yang telah dilihat di bandar-bandar utama. Masyarakat dapat disedarkan melalui pendidikan-pendidikan sebegini. Pihak sekolah boleh merancang serta mewujudkan satu kelab kokurikulum di sekolah seperti “Kelab Alam Sekitar” yang membolehkan para guru mengajar murid-murid tentang alam sekitar dengan lebih mendalam. Para guru juga boleh membawa murid-murid keluar dari kelas bagi mendekatkan diri pada alam sekitar dengan menunjukkan cara-cara melestarikan alam sekitar. Hal ini akan dapat menarik hati para murid dengan cara yang lebih praktikal. Langkah ini pastinya dapat mendedahkan murid tentang cara melestarikan alam sekitar dan seterusnya dipraktikkan di rumah. Pepatah ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sesungguhnya, pendidikan ini haruslah dilakukan di setiap sekolah supaya murid-murid faham akan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar. Langkah kedua yang dapat dilakukan oleh kerajaan adalah dengan mengadakan kempen alam sekitar di kawasan mereka. Hal ini membawa konotasi bahawa kawasan persekitaran mereka sepatutnya dijaga dengan rapi supaya masalah pencemaran sebegini dapat dielakkan. Para pengguna laman sosial boleh memuat naik aktiviti kempen sebegini di laman sosial mereka. Misalnya, dengan mengadakan “Kempen Melestarikan Alam.” Semasa kempen ini dijalankan, aktiviti gotongroyong membersihkan kawasan persekitaran seharusnya dilakukan yang secara tidak langsung dapat membersihkan kawasan pembiakan haiwan yang tidak diundang. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ada mengatakan bahawa negara yang selesa dan kurang pencemaran datangnya daripada masyarakat yang menjaga sekitarnya. Usahausaha sebegini semestinya dapat mengurangkan pencemaran tanih, pencemaran udara seperti bau dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat haruslah bekerjasama dalam menangani masalah itu. Pepatah ada mengatakan bahawa masyarakat perlulah bagai aur dengan tebing kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tegasnya, kempen alam sekitar perlulah dilakukan sebaik-baiknya dua kali setahun agar pencemaran dapat dielakkan. Langkah terakhir yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang sedia ada boleh digubal ataupun dikuatkuasakan. Hal ini kerana undang-undang boleh mengurangkan jumlah perosak alam sekitar. Hampir keseluruhan ekosistem bumi telah mengalami kerosakan yang teruk kerana mereka yang tidak mempunyai tanggungjawab ini telah merosakkannya dan menyebabkan pencemaran alam. Flora dan fauna telah hilang habitat. Bumi semakin Jawapan Penulisan Imbakup(jwp)3rd.indd 285 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
286 Jawapan panas dan alam semakin tua. Pesalah-pesalah ini kebanyakannya telah menggondolkan bukit-bukit tempat tumbuhan hidup bersama dan membina bangunan-bangunan bagi memenuhi keperluan hidup masyarakat. Lebih membimbangkan apabila hutan-hutan simpan yang sepatutnya tidak diusik telah diceroboh dan pohonnya telah ditebang, haiwan-haiwan juga dibunuh untuk mereka memenuhi keperluan seharian mereka tetapi tiada tindakan dikenakan. Oleh itu, kerajaan perlulah segera membuka langkah kanan agar kemasukan pembalak haram sebegini dapat dibendung dengan jayanya. Janganlah menunggu sehingga perkara ini menjadi kebiasaan, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna akan menyebabkan semua pihak akan mendapat impak negatifnya. Pada umumnya, undangundang perlulah diperketat dan dikuatkuasakan sebelum terlambat. Akhirulkalam, pelbagai langkah yang proaktif dan menyeluruh boleh dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat sebelum nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, kelestarian alam sekitar perlu dilakukan agar masalah pencemaran dapat ditangani segera. Seterusnya, masyarakat dan alam sekitar dapat hidup bersama tanpa gangguan sekiranya permasalahan ini dapat dibendung oleh pihak yang bertanggungjawab. Seyogia, kita mahu mendiami bumi dalam suasana yang menggembirakan dan membahagiakan bukan sahaja untuk generasi kini malahan untuk generasi yang akan datang. Bahagian B Soalan 1 Pada era globalisasi ini, dunia sekarang yang semakin penuh pancaroba dan aral melintang, maka masyarakat penyayang inilah yang menjadi tulang belakang negara ke arah merealisasikan visi utama negara yang semakin mendatang kira-kira 10 tahun lagi dari sekarang, iaitu Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah berusaha secara menyeluruh untuk melahirkan masyarakat penyayang bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju daripada pelbagai aspek. Persoalannya, apakah kemaslahatan masyarakat penyayang kepada masyarakat kita dari dahulu, kini dan selamanya? Persoalan inilah yang perlu diungkai supaya masing-masing membuka mata agar masyarakat sebegini akan terus menjadi amalan dan berkekalan di negara kita. Dalam pada itu, isu vandalisme, buli dan tidak menghormati guru ialah kes salah laku disiplin yang kerap terpapar di muka hadapan akhbar kebelakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan murid. Kita perlu menaikkan semula amalan budaya penyayang di sekolah. Oleh itu, budaya penyayang di sekolah perlu dipupuk bermula sekarang. Pada pandangan saya, sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, saya perlu mengamalkan sikap saling membantu antara satu dengan yang lain termasuk guru-guru saya. Saya perlu menolong guru untuk mengangkat barang yang berat untuk meringankan beban guru saya. Saya juga perlu membantu kawan yang berada dalam kesusahan dan bersamasama menghadapi kesusahan itu, bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Selain itu, saya perlu mengajar kawan yang tidak memahami sukatan pelajaran dan menasihati rakan-rakan saya yang melakukan kesalahan supaya tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna sekiranya kita alpa dengan tindakan kita yang terus dibelenggu dengan kegiatan yang mengaibkan diri dan keluarga. Dalam pada itu, saya juga perlu membelanjakan makanan kepada kawan yang ketiadaan wang dan lapar. Sikap ini sangat diperlukan dalam diri semua murid supaya hubungan antara semua warga sekolah semakin mesra dan akrab. Sebagai contoh, saya haruslah bersikap ringan tulang untuk membantu guru mereka mengangkat barang yang berat. Jadi, jelaslah bahawa sikap saling membantu antara warga sekolah dapat memupuk budaya penyayang di sekolah antara warga sekolah. Di samping itu, untuk memupuk budaya penyayang di sekolah, saya perlu menekankan budaya memberi salam di sekolah. Saya perlu menetapkan dalam diri saya bahawa budaya salam ialah satu peraturan di sekolah. Murid junior perlu memberikan salam kepada murid senior dan saya sendiri, sebagai murid senior wajib menjawab salam itu. Semua murid di sekolah perlu memberikan salam kepada guru ketika berjumpa. Saya juga perlu tunduk ketika memberi salam untuk menunjukkan kesopanan dan menghormati orang tersebut. Ketika memberi salam juga, saya perlu senyum dengan wajah yang sangat ceria dan muka yang manis. Hal ini demikian kerana budaya memberi salam ini menunjukkan sifat mahmudah telah wujud dalam diri kita. Sebagai contoh, penghulu kita Nabi Muhammad SAW disayangi oleh para sahabat kerana peribadi baginda yang sangat mulia dan baginda juga penuh dengan sifat mahmudah. Benarlah kata hukama bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan Penulisan Imbakup(jwp)3rd.indd 286 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
287 Jawapan budi pekerti. Tegasnya, budaya memberi salam harus ditekankan dalam diri setiap pelajar untuk memupuk budaya penyayang di sekolah. Seterusnya, sikap hormat-menghormati antara satu sama lain mampu memupuk budaya penyayang di sekolah. Hal ini demikian kerana murid junior perlu menghormati murid senior kerana mereka lebih tua dan berpengalaman. Begitu juga dengan murid senior, sikap menyayangi murid junior adalah perlu dijadikan amalan jika mereka telah menghormati kita, bak kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, saya haruslah sentiasa menghormati guru dan tidak pernah melawan arahan mereka. Saya juga perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah kerana ini adalah cara menghormati pihak sekolah. Sekiranya, saya sering melanggar disiplin sekolah maka sia-sialah hidup saya sebagai seorang murid yang dahagakan kejayaan daripada seorang guru. Whitter seorang tokoh ilmuan Barat ada mengatakan bahawa apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. Jika semua warga sekolah saling menghormati antara satu sama lain, ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Sesungguhnya, sikap menghormati antara satu dengan yang lain akan dapat membantu mempercepat usaha untuk memupuk budaya penyayang di sekolah. Akhir sekali, budaya penyayang di sekolah juga boleh dipupuk melalui percakapan yang sopan. Bahasa yang mudah difahami dan elok perlu ketika bercakap dengan kawan atau guru. Ketika bercakap dengan kawan guru atau guru, nada percakapan kita hendaklah sederhana agar tidak mengejutkan kawan atau guru itu. Oleh itu, saya akan memanggil guru dengan menggunakan kata-kata awalan yang baik-baik seperti, cikgu. Kita juga tidak boleh bercakap perkara yang menjatuhkan maruah atau menghina kawan kita. Khalifah Abdul Malik Bin Marwan ada berkata bahawa semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika bercakap dengan yang lebih tua. Ironinya, kita tidak boleh menggelar kawankawan kita dengan gelaran yang tidak disukainya dan sebarang gelaran yang pelik tidak seharusnya diberikan kepada guru. Sebagai murid yang bertanggungjawab, saya tidak boleh mencarut atau bercakap lucah. Apabila percakapan yang sopan digunakan, kawan-kawan akan lebih menyayangi kita begitu juga dengan guru. Hakikatnya, jelaslah bahawa bercakap sopan juga memainkan peranan yang penting. Tuntasnya, budaya penyayang di sekolah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah. Semua murid perlu menyayangi antara satu dengan yang lain termasuk guru. Hal ini akan membantu murid untuk mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan mereka kerana tiada gangguan fizikal atau mental. Usaha mewujudkan masyarakat penyayang dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai ras, budaya dan agama ini memerlukan kerjasama yang jitu daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Pembentukan masyarakat penyayang perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Usaha ini merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat kerana kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Dengan ini, saya mencadangkan supaya kita perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan usaha ke arah masyarakat penyayang bagi mewujudkan negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Soalan 2 Seluruh warga negara Malaysia pasti tidak akan melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang merupakan titik hitam sejarah negara kerana telah berlakunya perbalahan kaum yang amat memeritkan untuk diingati. Isu perpaduan merupakan isu utama daripada sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Oleh itu, pernahkah terlintas di fikiran kita, apakah yang akan berlaku sekiranya tiada perpaduan di Malaysia? Sudah pasti tanpa adanya perpaduan, negara kita tidak akan mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah hampir separuh abad yang lalu. Kita seharusnya berasa bangga bergelar warganegara Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan mengamalkan pegangan agama dan budaya masing-masing. Dalam pada itu, kita haruslah bersikap seperti kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dalam membincangkan soal perpaduan. Sesungguhnya, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya menggembleng usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan di negara kita agar keamanan dan keharmonian ini dapat dipelihara. Usaha yang dominan untuk mengukuhkan perpaduan kaum ialah pihak kerajaan perlulah memainkan peranan utama dengan melaksanakan pelbagai kempen yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Hal ini disebabkan kempen merupakan satu wahana yang cukup Penulisan Imbakup(jwp)3rd.indd 287 12/12/2019 3:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.