NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH
Kandungan ANTOLOGI BINTANG HATI Aspek Kajian Sastera dalam Antologi 1 Puisi Tradisional Syair Burung Nuri 6 Soalan Pengukuhan 1 9 Santap Istiadat 10 Soalan Pengukuhan 2 13 Praktis PBD 14 Sajak Kijang yang Lelah 16 Soalan Pengukuhan 3 19 Pesan Ibu Beribu-ribu 20 Soalan Pengukuhan 4 24 Senja di Palang Besi 25 Soalan Pengukuhan 5 28 Bintang 29 Soalan Pengukuhan 6 31 Praktis PBD 32 Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita 36 Soalan Pengukuhan 7 42 Praktis PBD 43 Cerpen Legasi Tapai Ubi 45 Soalan Pengukuhan 8 51 Sekeping Tanah 52 Soalan Pengukuhan 9 58 Bawod 59 Soalan Pengukuhan 10 67 Praktis PBD 68 Drama Tenang-tenang Air di Tasik 71 Soalan Pengukuhan 11 78 Praktis PBD 79 Mahir KOMSAS 81 NOVEL TAWANAN KOMANDER CAUCASUS Aspek Kajian Sastera dalam Novel 105 Sinopsis 110 Soalan Pengukuhan 1 118 Tema dan Persoalan 120 Soalan Pengukuhan 2 123 Plot 124 Soalan Pengukuhan 3 126 Teknik Plot 127 Soalan Pengukuhan 4 130 Watak dan Perwatakan 131 Soalan Pengukuhan 5 134 Latar 135 Soalan Pengukuhan 6 140 Gaya Bahasa 142 Soalan Pengukuhan 7 144 Nilai dan Pengajaran 146 Soalan Pengukuhan 8 151 Praktis PBD 153 Mahir KOMSAS 157 Jawapan 162 Tkt 3 Komsas 1Kandungan.indd 1 2/11/2022 6:15:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
1 Aspek Kajian Sastera Aspek Kajian Sastera dalam Antologi Aspek Kajian Sastera Nada Latar Bentuk Sinopsis Unsur Bunyi Sudut Pandangan Gaya Bahasa Watak dan Perwatakan Teknik Plot Tema Nilai Persoalan Plot Pengajaran Sinopsis Sinopsis ialah ringkasan cerita yang menggambarkan keseluruhan karya. Tema Tema ialah gagasan fi kiran atau persoalan utama yang disampaikan oleh pengarang. Persoalan Persoalan ialah perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Peta Buih Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 1 2/11/2022 6:15:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
2 Aspek Kajian Sastera Plot 1 Plot ialah rentetan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat. 2 Plot disusun sama ada mengikut kronologi atau tidak mengikut kronologi. 3 Binaan plot adalah seperti yang berikut: (a) Permulaan/Pengenalan/Eksposisi: Pengenalan watak, latar dan situasi yang dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca. (b) Perkembangan: Cerita mula berkembang dan menuju konfl ik (c) Perumitan/Konfl ik: Konfl ik yang berlaku antara watak (d) Puncak/Klimaks: Puncak perumitan yang paling penting dan mula menunjukkan jalan penyelesaian (e) Peleraian: Bahagian akhir cerita sama ada peleraian yang membahagiakan atau sebaliknya Klimaks Perumitan Perkembangan Permulaan Binaan Plot Peleraian Teknik Plot 1 Teknik plot atau teknik penceritaan ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya lebih menarik. 2 Antara teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah: (a) Pemerian: Menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran atau pendirian watak. (b) Dialog: Kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak. (c) Monolog dalaman: Rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya dalam fi kiran watak serta tidak disuarakan. (d) Monolog luaran: Perbicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau suara hati yang terluah tanpa disedari. (e) Imbas muka: Bahagian plot atau cerita yang memungkinkan pembaca meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku. (f) Imbas kembali: Bahagian plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang terdahulu. (g) Saspens: Peristiwa yang menimbulkan perasaan tertanya-tanya atau rasa ingin tahu pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku seterusnya. (h) Konfl ik: Pertentangan pendapat, idea, sikap, fi kiran dan emosi sama ada sesama watak, dalam diri watak atau persekitarannya. (i) Kejutan: Sesuatu kejadian, keadaan atau perubahan sikap, perbuatan dan pandangan hidup seseorang yang ditampilkan oleh pengarang pada akhir unsur ketegangan. Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 2 2/11/2022 6:15:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
3 Aspek Kajian Sastera Watak dan Perwatakan 1 Watak ialah pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya. Watak boleh terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau objek alam. (a) Watak utama: Watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan menggerakkan keseluruhan cerita. (b) Watak sampingan: Watak pembantu yang membantu watak utama dalam sesuatu cerita. (c) Watak protagonis/putih: Watak utama, iaitu watak yang mendokong peranan yang baik (watak baik). (d) Watak antagonis: Watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama (watak jahat). (e) Watak bundar/bulat: Watak yang diperjelas segala sifatnya dengan terperinci. (f) Watak pipih/leper: Watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam karya. 2 Perwatakan pula ialah penggambaran watak. (a) Perwatakan luaran: Gambaran luaran watak. (b) Perwatakan dalaman: Gambaran dalaman watak yang menyentuh tentang sifat-sifat peribadi watak. Latar Latar merupakan keterangan mengenai waktu, ruang atau suasana terjadinya suatu peristiwa dalam karya. (a) Latar masa: Gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu peristiwa itu berlaku. (b) Latar masyarakat: Gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap dan sebagainya. (c) Latar tempat: Gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku. Gaya Bahasa 1 Gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. 2 Antara gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang ialah: (a) Personifikasi: Pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa. (b) Penggunaan dialek (c) Peribahasa (d) Bahasa asing (bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya) Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 3 2/11/2022 6:15:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
4 Aspek Kajian Sastera (e) Imejan/Imej alam: Gambaran alam yang didapati dalam puisi seperti bulan, bintang, bumi, sungai dan sebagainya. (f) Metafora: Perbandingan yang menggunakan ungkapan konkrit dan abstrak untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya. Contohnya, perahu waktu dan istana cinta. (g) Simile: Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bagai, umpama, bak, macam dan laksana. (h) Inversi: Pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim. (i) Hiperbola: Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan. Contohnya, bulan jatuh ke riba. (j) Anafora: Pengulangan kata di bahagian hadapan (k) Responsi: Pengulangan kata di tengah baris (l) Repetisi: Pengulangan perkataan (m) Epifora: Pengulangan kata-kata di akhir baris puisi untuk penegasan (n) Sinkope: Penggunaan kata singkatan Sudut Pandangan 1 Sudut pandangan ialah cara pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau cara pengarang menyampaikan cerita. 2 Antara teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang ialah: (a) Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya, pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu) Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran dan pergolakan jiwa watak-watak. (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. (d) Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut. Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 4 2/11/2022 6:15:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
5 Aspek Kajian Sastera Unsur Bunyi Antara unsur bunyi yang dikaji ialah: (a) Asonansi: Pengulangan bunyi vokal, iaitu a, e, i, o dan u yang sama dalam deretan kata. (b) Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada kata-kata yang berurutan. Bentuk Antara bentuk puisi yang dikaji ialah rima akhir, jumlah perkataan sebaris, jumlah rangkap, jumlah suku kata sebaris, bebas atau terikat. Nada 1 Nada ialah perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi tinggi rendahnya bunyi suara. 2 Antara nada yang terdapat dalam puisi ialah: (a) Melankolik (mendayu-dayu atau sedih) (b) Romantis (perasaan kasih sayang) (c) Sinis (sindiran atau ejekan kasar) (d) Protes (membantah, mengkritik) (e) Patriotik (semangat cinta akan tanah air) Nilai Nilai ialah segala perbuatan baik yang harus dijadikan contoh. Contoh nilai adalah seperti yang berikut: • Baik hati • Berdikari • Hemah tinggi • Hormat-menghormati • Kasih sayang • Keadilan • Kebebasan • Keberanian • Kebersihan mental dan fizikal • Kejujuran • Kerajinan • Kerjasama • Kesederhanaan • Kesyukuran • Rasional • Semangat bermasyarakat • Kesabaran Pengajaran 1 Pengajaran ialah peringatan, pedoman, perutusan, amanat atau mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca atau penonton. 2 Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan Kita hendaklah…, Kita seharusnya…. 3 Jika negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan Kita jangan…, Kita tidak boleh… (… diikuti dengan contoh dalam teks.) Tkt 3 Komsas 1SasteraA(1-5).indd 5 2/11/2022 6:15:51 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 6 Syair Burung Nuri Maksud Rangkap Syair Maksud 1 Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Penyair memulakan syair dengan perasaan rendah diri dengan menyatakan bahawa sajak dan nazamnya banyak yang tidak kena, malah pendapatnya juga kurang sempurna. 2 Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Penyair turut menyatakan bahawa dirinya sangatlah hina, akalnya juga tidak bernas ditambah lagi keadaan dirinya yang daif, miskin dan cela. 3 Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Penyair memohon ampun kerana daripada perasaan sedih dia memulakan cerita. 4 Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfi kir-fi kir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Untuk menjelaskan lagi kisah yang ingin disampaikan, penyair menulis perkara-perkara yang ingin dinyatakannya melalui dakwat dan kertas. 5 Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulangulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Penyair mengisahkan dirinya yang sentiasa bernasib malang. Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 6 2/11/2022 6:16:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 7 Rangkap Syair Maksud 6 Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Tubuhnya hanyut ke sana ke mari di sepanjang desa dan negeri tanpa makan dan minumnya pun daripada sisa-sisa. 7 Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fi kir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Fikiran yang gundah umpama cermin yang jatuh ke batu lalu remuk dan hancur. 8 Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fi kir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Jika diturut perasaan kecewa, penyair akan hilang pertimbangan fi kiran dan tidak mahu meneruskan hidupnya lagi. Tema Adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menjaga adabnya sewaktu menulis dan tetap menjaga kesopanan walaupun hidup dalam kefakiran. Persoalan Persoalan Sikap seseorang yang merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Memohon kemaafan andai sesuatu yang ditulis atau yang disampaikan menyinggung perasaan orang lain. Berhati-hati sebelum menulis atau mengarang sesuatu untuk tatapan orang ramai. Orang yang bernasib malang akan sentiasa susah hati. Menjaga adab dan kesopanan apabila berada di tempat orang. Perasaan kecewa yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu meneruskan kehidupan. Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 7 2/11/2022 6:16:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 8 Bentuk 1 Terdiri daripada lapan rangkap. 2 Empat baris serangkap. 3 Berbentuk terikat. 4 Semua baris merupakan maksud. 5 Empat hingga enam patah perkataan sebaris. 6 Sepuluh hingga 13 suku kata sebaris. 7 Rima akhir aaaa. Unsur Bunyi Unsur Bunyi Contoh Asonansi Dakwat dan kertas tempat berkata (pengulangan bunyi vokal a) Aliterasi Tambahan badan miskin dan nista (pengulangan bunyi konsonan n) Gaya Bahasa Gaya Bahasa Contoh Imej alam lautan Bahasa Arab sahifah Simile Laksana cermin jatuh ke batu. Kata ganda berulang-ulang, gelap-gelita, terfikir-fikir Bahasa istana hulu (kepala), patik Repetisi Remuk dan redam Sinkope Sajak dan nazam banyak tak kena Nilai 1 Bersopan santun. Penyair memohon maaf sekiranya perkara yang ditulisnya menyinggung perasaan. 2 Berbudi pekerti. Penyair tidak menunjukkan kelebihan diri, malah dia menganggap bahawa dirinya serba kekurangan dan pendapatnya juga kurang sempurna. 3 Berfikiran positif. Penyair sedar bahawa kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak mengikut kehendak hati. 4 Merendah diri. Penyair menganggap bahawa buah fikirannya kurang sempurna kerana pengetahuannya tidak luas. Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 8 2/11/2022 6:16:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 9 A Jelaskan maksud bagi rangkap “Syair Burung Nuri” di bawah. B Tulis dua persoalan yang terdapat dalam “Syair Burung Nuri”. 1 2 Pengajaran 1 Kita hendaklah mempunyai sikap merendah diri agar tidak dianggap sombong. 2 Kita seharusnya mengamalkan sikap bersopan santun walau di mana-mana juga kita berada. 3 Setiap orang mesti berfi kiran positif agar segala pekerjaan yang dilakukan akan memperoleh hasil yang baik. 4 Kita janganlah mudah berputus asa dalam meneruskan ranjau kehidupan. Peta Dakap Soalan Pengukuhan 1 1 Hanyutlah badan ke sana dan ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. 2 Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fi kir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Rangkap Syair Maksud Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 9 2/11/2022 6:16:08 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 10 Maksud Rangkap Seloka Maksud 1 Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormatmenghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Santap beradat dan santap istiadat merupakan istiadat santapan diraja pada majlis kebesaran yang bertujuan untuk merai dan menghormati tetamu diraja. Santap istiadat bukan bertujuan untuk kenyang tetapi lebih kepada santap santun yang perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. 2 Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, muliamemuliakan. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah nasi disuap di tangan kanan, lauk diangkat dengan sopan dan dimamah perlahan. Tidak boleh makan dengan gelojoh. Selesai santap diiringi pula seteguk minuman sebagai syarat menghormati dan memuliakan majlis. 3 Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buahbuahan. Santap hanya tiga suap sahaja. Selepas itu tangan dibasuh dan disusuli pula dengan memakan hidangan halwa serta buah-buahan. 4 Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih, Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Seterusnya, berkumur-kumur dan makan sirih untuk menaikkan seri muka. Santap Istiadat Za’ba Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 10 2/11/2022 6:16:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 11 Rangkap Seloka Maksud 5 Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Demikianlah aturan santap beradat orang-orang kebesaran pada zaman silam. Tema Adab sopan dan cara-cara makan serta minum dalam majlis mengikut tertib seperti yang diajarkan oleh generasi terdahulu. Generasi terdahulu mengamalkan tatacara dan adat makan yang perlu dicontohi oleh generasi pada masa kini. Adat makan pada zaman dahulu penuh dengan adab sopan dan menghormati tetamu. Persoalan Persoalan Budaya dan adat istiadat turun-temurun perlu dipertahankan agar tidak lapuk ditelan zaman. Menjaga adab sopan ketika makan merupakan amalan yang mulia. Sikap gelojoh ketika makan perlu dielakkan. Hormati para tetamu ketika makan dalam majlismajlis tertentu. Makanlah dengan tangan kanan dan tidak makan terlalu kenyang. Bentuk 1 Semua baris ialah maksud. 2 Terdiri daripada lima rangkap. (a) Rangkap 1: 5 baris (b) Rangkap 2: 7 baris (c) Rangkap 3: 6 baris (d) Rangkap 4: 4 baris (e) Rangkap 5: 2 baris Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 11 2/11/2022 6:16:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 12 3 Terdiri daripada tujuh hingga 14 suku kata sebaris. 4 Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah perkataan sebaris. 5 Rima akhir: (a) Rangkap 1: abacb (b) Rangkap 2: aaaabaa (c) Rangkap 3: aabcbc (d) Rangkap 4: abcc (e) Rangkap 5: ab Unsur Bunyi Unsur Bunyi Contoh Asonansi Santap beradat, santap istiadat (pengulangan bunyi vokal a) Aliterasi Sopan santun dengan aturan (pengulangan bunyi konsonan n) Gaya Bahasa Gaya Bahasa Contoh Imej alam buah-buahan Kata ganda hormat-menghormati, mulia-memuliakan, berkumur-kumur Bahasa istana santap Anafora Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Responsi Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Nilai 1 Berhemah tinggi. Menghormati tetamu dan menjaga adab serta tingkah laku sewaktu menikmati makanan. 2 Menghormati tetamu. Menghormati majlis dan menghormati tetamu yang datang bertandang sangat dititikberatkan oleh masyarakat pada zaman dahulu. 3 Bersopan santun. Bersopan santun ketika menikmati juadah melambangkan ketinggian budi pekerti seseorang. 4 Mematuhi peraturan. Patuh akan peraturan sewaktu majlis santapan supaya majlis berjalan dengan lancar. Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 12 2/11/2022 6:16:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Puisi Tradisional 13 Nyatakan lima persoalan yang terdapat dalam seloka “Santap Istiadat”. 5 2 1 4 3 Guru Buku rujukan Internet Rakan Persoalan Pengajaran 1 Kita mestilah bersopan ketika makan. 2 Kita janganlah gelojoh ketika makan kerana perbuatan itu akan memberikan imej yang buruk kepada kita. 3 Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dalam majlis-majlis tertentu. 4 Kita mestilah menghormati tetamu dengan menghidangkan makanan kepada mereka. Peta Bulatan Soalan Pengukuhan 2 Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 13 2/11/2022 6:16:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Praktis PBD 14 Kemahiran Menulis Standard Pembelajaran 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul. Berdasarkan “Syair Burung Nuri”, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfi kir-fi kir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. 1 Berdasarkan rangkap syair di atas, bagaimanakah penyair menyampaikan syairnya? 2 Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita mudah berasa kecewa dalam kehidupan? KBAT Menilai 3 Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan apabila kita menghadapi kekecewaan? KBAT Mengaplikasi Praktis 1 Praktis PBD Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 14 2/11/2022 6:16:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
Praktis PBD 15 Kemahiran Menulis Standard Pembelajaran 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul. Berdasarkan seloka “Santap Istiadat”, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan 1 Nyatakan santap istiadat yang terdapat dalam rangkap seloka “Santap Istiadat” di atas. 2 Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam seloka “Santap Istiadat”. 3 Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir masyarakat tidak mengamalkan cara makan yang bersopan? KBAT Menilai Praktis 2 Tkt 3 Komsas 2Puisi(6-15).indd 15 2/11/2022 6:16:09 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
105 Aspek Kajian Sastera Pengertian Novel 1 Novel ialah kisah rekaan panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. 2 Novel merupakan gambaran peristiwa yang benar-benar berlaku atau hanya khayalan pengarang semata-mata. 3 Novel ditulis berdasarkan pengalaman hidup manusia dan diolah oleh pengarang menggunakan daya imaginasi. 4 Novel dibahagikan kepada novel serius dan novel hiburan. Ciri-ciri Novel 1 Proses pembacaan novel mengambil masa yang panjang. 2 Novel mempunyai pelbagai watak, konfi ik dan gaya bahasa. 3 Latar masa yang diambil juga panjang menjangkau hari, bulan, tahun atau abad. 4 Pengarang banyak mengemukakan persoalan yang melangkau pelbagai sudut kemanusiaan. 5 Panjang sesebuah novel biasanya melebihi 20 000 patah perkataan. 6 Novel yang baik biasanya mempunyai jumlah perkataan melebihi 50 000 patah perkataan. Aspek Kajian Sastera dalam Novel Tema 1 Tema ialah idea utama atau pokok persoalan. 2 Contohnya tema percintaan, kemanusiaan, ketabahan hidup dan kegigihan untuk mencapai kejayaan. Persoalan 1 Persoalan ialah idea sampingan yang menjurus tema sesebuah novel. 2 Contohnya persoalan kemiskinan hidup manusia, persoalan bahasa dan persoalan kerjasama. Plot 1 Plot ialah jalan cerita yang berlaku atas dasar sebab dan akibat. 2 Ada plot yang mengikut kronologi atau urutan masa dan ada yang tidak mengikut kronologi atau tidak mengikut urutan masa. Aspek Kajian Sastera dalam Novel Tkt 3 Komsas 8SasteraN(105-109).indd 105 2/11/2022 6:18:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
106 Aspek Kajian Sastera 3 Binaan plot adalah seperti berikut: Binaan Plot Huraian (a) Permulaan/Eksposisi Pengenalan watak, latar dan situasi yang dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca. (b) Perkembangan Cerita mula berkembang dan menuju konfi ik. (c) Perumitan/Konfi ik Konfi ik berlaku antara watak. (d) Puncak/Klimaks Puncak perumitan yang mula menunjukkan jalan penyelesaian. (e) Peleraian/Penyelesaian Penyelesaian situasi yang dicipta oleh pengarang. Teknik Plot Teknik Plot Teknik pemerian/huraian/ bercerita/deskriptif Pengarang menceritakan sesuatu hal, peristiwa atau perbuatan watak. Teknik kejutan (surprise) Peristiwa di luar jangkaan pembaca. Teknik ketegangan (suspense) Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Teknik dialog Pertuturan antara dua orang watak atau lebih. Teknik monolog dalaman Watak berff kir atau berkata dalam hati. Teknik imbas kembali (fi ashback) Peristiwa yang telah berlaku. Teknik imbas muka (foreshadow) Peristiwa yang bakal berlaku. Teknik monolog Watak bercakap sendiri. Peta Dakap Tkt 3 Komsas 8SasteraN(105-109).indd 106 2/11/2022 6:18:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
107 Aspek Kajian Sastera Watak dan Perwatakan 1 Watak dapat dilihat dari segi ff zikal seperti paras rupa dan tingkah laku. 2 Watak juga boleh dilihat dari segi dalaman berdasarkan sikap, perangai dan pemikiran. Peta Buih Watak Watak putih/ protagonis – watak baik Watak utama – watak penting Watak hitam/ antagonis – watak jahat Watak sampingan – watak pembantu Latar 1 Latar ialah keterangan tentang masa, tempat dan masyarakat. 2 Jenis-jenis latar ialah: Latar (a) Latar masa merujuk waktu peristiwa berlaku. (b) Latar tempat meliputi ruang, lokasi, negeri dan daerah. (c) Latar masyarakat merangkumi budaya, pemikiran, pekerjaan dan status masyarakat. Tkt 3 Komsas 8SasteraN(105-109).indd 107 2/11/2022 6:18:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
108 Aspek Kajian Sastera Gaya Bahasa 1 Gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. 2 Antara gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang ialah: Gaya Bahasa Huraian/Contoh Personifi kasi Pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa. Contohnya, pohon nyiur itu melambai-lambai. Penggunaan dialek Dialek-dialek daerah. Contohnya, hang, kawe Peribahasa Contohnya, yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Bahasa asing Bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya. Imejan/Imej alam Gambaran alam yang didapati dalam puisi seperti bulan, bintang, bumi, sungai dan sebagainya. Metafora Perbandingan yang menggunakan ungkapan konkrit dan abstrak untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya. Contohnya, perahu waktu dan istana cinta. Simile Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bagai, umpama, bak, macam dan laksana. Contohnya, laksana bulan jatuh ke riba. Inversi Pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim. Contohnya, putih sudah rambutnya (sepatutnya, rambutnya sudah putih) Hiperbola Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan. Contohnya, bulan jatuh ke riba. Repetisi Pengulangan perkataan. Sudut Pandangan 1 Sudut pandangan ialah cara pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau cara pengarang menyampaikan cerita. Tkt 3 Komsas 8SasteraN(105-109).indd 108 2/11/2022 6:18:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
109 Aspek Kajian Sastera 2 Antara teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang ialah: Sudut Pandangan Huraian Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya, pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu) Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, ff kiran dan pergolakan jiwa watak-watak. Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watakwatak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka, pembaca berpeluang untuk membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut. Nilai 1 Nilai ialah perkara-perkara positif atau yang baik-baik sahaja. 2 Contoh nilai ialah kesabaran, kasih sayang, keberanian, ketabahan, kerjasama dan sebagainya. Pengajaran 1 Pengajaran ialah mesej atau amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang. 2 Kata kunci yang perlu ditulis untuk pengajaran ialah kita haruslah, kita janganlah, kita mestilah, kita perlulah dan kita hendaklah. Contohnya, kita hendaklah menghormati ibu bapa. Tkt 3 Komsas 8SasteraN(105-109).indd 109 2/11/2022 6:18:06 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
110 Novel Sinopsis Sinopsis Bab Bab 1 Hilang Berita kehilangan Kim Yong, seorang murid yang suka menyisihkan diri dan enggan bergaul dengan rakan-rakan begitu hangat diperkatakan. Walaupun Kim Yong dianggap sombong, kehilangannya telah mendapat simpati Farhani. Farhani dan rakan-rakan sekelasnya pergi menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong. Ketika tiba di rumah itu, terdapat beberapa orang anggota polis sedang berbincang dan kemudiannya meminta diri. Haikal, Wei dan Devnath meninjau kawasan rumah Puan Lee. Mereka melihat pelbagai spesies tumbuhtumbuhan dan air terjun buatan. Farhani begitu kagum melihat zoo mini kumbang milik Kim Yong. Tiba-tiba, Puan Lee meracau-racau dan cuba ditenangkan oleh adiknya, Mak Cik Margaret. Melihat situasi itu, Farhani mengajak rakan-rakannya pulang. Kehilangan Kim Yong menimbulkan pelbagai spekulasi seperti diculik, dilarikan ke Th ailand dan disembunyikan oleh makhluk halus. Kim Yong hilang pada waktu maghrib setelah pergi ke pinggir hutan. Terdapat khabar bahawa Kim Yong melarikan diri kerana tidak suka akan bapa tirinya, Encik Kwok yang garang dan ingin menguasai harta kekayaan milik keluarga Kim Yong. Setelah sebulan, kes kehilangan Kim Yong tidak lagi diperkatakan. Ketiadaannya di dalam kelas juga seakan-akan tidak dirasai. Namun, sesekali Farhani akan melihat tempat duduk Kim Yong dan benar-benar ingin mengetahui misteri kehilangannya. Bab 2 Misi Memburu Kumbang Suasana di dalam makmal sains sekolah amat bising. Cikgu Salimah faham akan keadaan itu kerana menurutnya kanak-kanak yang beralih emosi kepada alam remaja memang begitu. Farhani juga tidak gemar akan sikap rakan-rakannya memandangkan di rumahnya dia telah terbiasa dengan kesunyian kerana hanya dia, ibu, bapa dan abangnya, Mohd Faris Akmal yang tinggal. Walaupun usia Farhani sudah 13 tahun, dia masih dipanggil ‘Adik’. Cikgu Salimah telah memberikan tugasan kepada kumpulan Farhani untuk mencari kumbang, kumpulan Haikal akan menangkap pepatung, kumpulan Wei akan mencari belalang dan kumpulan Devnath akan mencari rama-rama untuk dijadikan zoo mini. Haikal yang nakal dan suka mengusik dan merendah-rendahkan Tawanan Komander Caucasus Ruzaini Yahya Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 110 2/11/2022 6:18:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
111 Novel kebolehan kumpulan Farhani. Farhani berjanji akan mendapatkan kumbang untuk menutup mulut rakan-rakannya yang nakal itu. Devnath menakutnakutkan Mei dengan kehilangan Kim Yong ketika mencari kumbang dahulu. Bab 3 Meneroka Rumah Usang Farhani yang tidak mahu menunggu Mira dan Chea Mei untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Salimah meneruskan usahanya mencari kumbang. Puas Farhani menguak dedaun dan mencungkil batang pohon, namun seekor kumbang pun masih belum ditemui. Tanpa disedarinya, dia telah masuk ke dalam dusun. Farhani terjumpa sebuah rumah lama. Walaupun pada mulanya dia berasa takut, namun perasaan ingin tahu yang kuat menjadikan dia masuk ke dalam rumah itu. Daun pintu yang separuh terbuka dikuaknya. Rumah itu dipenuhi sesawang lelabah dan dinding kayunya masih kuat kerana disokong oleh akar-akar kayu jejawi. Farhani terjumpa tangga curam yang menuju ke tingkat bawah tanah. Berdasarkan cerita ayahnya yang merupakan seorang renjer hutan, mungkin rumah lama itu rumah pengurus ladang berbangsa Inggeris yang sengaja dibina jauh ke tengah ladang untuk mengelakkan serangan komunis semasa zaman darurat. Dia menuruni tangga walaupun gelap dan hampir sampai ke bawah. Di situ, dia merasai perubahan ketumpatan udara. Farhani mendengar bunyi ranting patah. Tiba-tiba muncul serakan cahaya dan di sebalik cahaya itu tampak lembaga hitam bersaiz agam dengan mata kemerah-merahan merenung tepat ke arahnya. Bab 4 Di Manakah Fahani? Chea Mei resah kerana dia telah berjanji dengan Farhani tetapi bimbang untuk meminta izin daripada neneknya. Dia mengharapkan Mira atau Farhani datang menjemputnya. Nenek Chea Mei yang sedang menyulam manik-manik pada ceongsam memerhatikan tingah laku cucunya yang mundar-mandir dan sekejap-sekejap melihat jam di dinding. Dia bertanyakan sebab Chea Mei begitu tetapi cucunya tidak menjawab. Chea Mei mengambil keputusan untuk keluar mengikut pintu pagar di belakang rumah tanpa pengetahuan pembantu rumah, Bibik Tinah dan neneknya. Mira yang tiba di dusun lebih awal daripada Chea Mei berasa kecewa kerana rakan-rakannya tiada di situ. Mira menunggu rakannya di dusun seperti yang dijanjikan. Apabila Chea Mei tiba, mereka sudah tidak sabar menunggu, lalu mereka berdua pergi ke rumah Farhani kerana barangkali rakannya yang tidak pernah mungkir janji itu sakit. Ketiadaan Farhani bersama-sama Mira dan Mei mengejutkan ibu bapanya. Ibunya, Puan Asmah menyuruh bapa Farhani, Encik Adnan untuk melaporkan kehilangannya di balai polis tetapi bapanya yakin bahawa kemungkinan anaknya masih selamat kerana telah terbiasa di dalam hutan. Mira berpendapat bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus. Mira dimarahi oleh bapanya, Encik Zainal. Puan Asmah menyuruh suaminya mencari dukun tetapi Encik Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 111 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
112 Novel Adnan menolak. Sesekali, Encik Adnan menghubungi anaknya tetapi anaknya berada di luar kawasan liputan. Bab 5 Tawanan Chalcosoma Causasus Farhani berasa amat takut apabila lembaga hitam itu mendekatinya. Lembaga itu menuduhnya zalim tetapi dinafikan oleh Farhani. Kumbang yang besar itu bertanyakan tujuannya datang ke situ sehingga tersesat. Farhani memberitahu bahawa dia ingin mencari kumbang untuk diletakkan di dalam zoo mini. Komander Chalcosoma Caucasus yang merupakan ketua tentera kerajaan kumbang menyelar tindakan manusia yang menjadikan kumbang sebagai bahan uji kaji dan akhirnya membiarkan mereka mati secara sia-sia. Farhani menafikannya dengan mengatakan bahawa sepatutnya kumbang berbangga kerana telah menyumbangkan ilmu kepada manusia. Komander Caucasus menyalahkan manusia atas kezaliman mereka sehingga menyebabkan spesies kumbang terancam kerana sumber makanan diracun. Farhani kemudiannya diarahkan untuk dijadikan tawanan. Apabila mendengar dirinya mahu dijadikan makanan, Farhani berasa amat takut. Bab 6 Menjelajah Kota Bara diarahkan oleh Komander Caucasus memegang lengan Farhani dan melalui terowong gelap menggunakan cahaya daripada pantulan sinar di tubuhnya. Walaupun Farhani memuji kecantikan Bara tetapi serangga itu tetap menggenggam lengan Farhani sebagai tanda setia kepada Komander Caucasus. Bara mengatakan bahawa dirinya lebih dikenali sebagai kunang-kunang. Farhani berfikir dia perlu tabah dan tidak boleh meratapi penangkapannya tetapi perlu berusaha untuk melepaskan diri. Ketika tiba di pintu gerbang kota, Farhani mengagumi keindahan di situ kerana terdiri daripada jalinan pokok berduri dan rimbunan daun segar. Kuntuman bunga kecil berwarna merah ungu dan bunga besar kuning kenanga menimbulkan seri. Farhani cuba untuk merakamkan keadaan kota menggunakan telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya. Farhani meminta lengannya dilepaskan kerana sakit dan berjanji tidak akan lari daripada tawanan. Akhirnya, Bara melepaskan genggamannya kerana berfikir Farhani tidak akan dapat melepaskan diri. Bab 7 Menghadap Maharaja Tanduk Farhani dibawa masuk ke mahligai untuk dihadapkan kepada Maharaja Tanduk. Ketika masuk ke dalam mahligai, Farhani kagum apabila melihat lantainya kebiru-biruan, manakala dindingnya berwarna putih mutiara yang dihiasai lampu indah daripada cangkerang kaum Bara. Menurut Bara, sungguhpun sedih tetapi dia bangga kerana kaumnya berkorban demi kaum kumbang walaupun setelah mati. Sepanjang perjalanan, mereka bertembung Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 112 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
113 Novel dengan kumbang-kumbang betina yang dikenali sebagai Dara Merah yang cantik. Dara Bintik, pengiring Puteri Coleoptera muncul secara tiba-tiba dan meminta Bara segera menghadap Maharaja Tanduk yang murka kerana kelewatannya sedangkan Komander Caucasus telah lama tiba. Sampai di ruangan utama, Maharaja Tanduk yang berbadan kekar dan bertanduk panjang sedang duduk di atas peterana. Komander Caucasus memarahi Bara kerana tiba lewat. Maharaja Tanduk bertanyakan nama Farhani lalu meminta Dara Bintik memberikan minuman buatnya. Selepas memberitahu namanya, Farhani lemah dan terjelepok ke atas lantai. Dia sedar dirinya diusung untuk dibawa ke suatu tempat. Bab 8 Disembunyikan Bunian? Kehilangan Farhani seperti Kim Yong menyebabkan Sekolah Menengah Seri Kencana menjadi tumpuan wartawan dan pihak polis untuk mendapatkan keterangan. Cikgu Salimah yang kesal dengan tindakannya menjadi sasaran wartawan untuk mendapatkan bahan. Cikgu Salimah yang rasa bersalah pergi menemui ibu bapa Farhani pada waktu petang. Walaupun begitu, Encik Adnan dan Puan Asmah tidak menyalahkannya. Sebaliknya, Akmal, abang Farhani menyindir Cikgu Salimah yang dikatakan menjadi penyebab adiknya hilang. Petang itu, Cikgu Salimah dan beberapa orang murid menjejaki Farhani yang hilang di dusun datuk Farhani. Haikal tiba-tiba menjerit kerana telah menemui sebuah rumah usang. Haikal, Devnath dan Wei masuk ke dalam rumah usang itu untuk menjejaki Farhani, namun tidak berjaya. Haikal yang terjumpa sapu tangan Farhani telah merasai sesuatu yang aneh dengan ruangan bawah tanah itu. Namun, dia bergegas mendaki anak-anak tangga itu. Bab 9 Makmal Rahsia Farhani tersedar dirinya berada di sebuah makmal. Dia sebenarnya berada di dalam sebuah balang kaca. Farhani tertanya-tanya jika dia dijadikan bahan uji kaji. Serta-merta dia teringat akan ibu bapanya. Dia terdengar bunyi ketukan daripada balang kaca di sebelahnya tetapi senyap apabila mendengar perbualan dan bunyi bising dari luar makmal. Bunyi kacau-bilau dan suara kumbang menjadikannya semakin resah. Pintu balang kacanya dibuka oleh Bara dan Dara Bintik. Dia teringat akan seseorang di dalam balang kaca, rupa-rupanya Kim Yong. Farhani, Kim Yong, Bara dan Dara Bintik lari melalui terowong yang gelap, lembap dan berair menuju ke sebuah tempat. Farhani ingin tahu sebab kekecohan tetapi Bara dan Dara Bintik tidak menjawab kerana masanya tidak sesuai. Kim Yong yang tersedar terkejut kerana diusung oleh dua ekor kumbang dan rakannya, Farhani. Kim Yong berjalan dengan bantuan Farhani. Setelah berjalan hampir dua jam, mereka tiba di kawasan hutan yang terdapat beberapa buah khemah dan sebuah khemah besar. Setibanya mereka di situ, Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 113 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
114 Novel Bara dan Dara Bintik telah menemui tuan puteri tetapi Farhani dan Kim Yong yang ditinggalkan dilihat oleh kumbang-kumbang dengan penuh curiga. Bab 10 Bertemu Puteri Coleoptera Kim Yong yang amat lemah diberikan air yang diisi di dalam tempurung kelapa oleh Farhani. Kim Yong menghabiskan air itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Farhani. Kim Yong kesal dengan tindakannya selama ini yang sombong dan berjanji tidak akan mengulanginya. Kim Yong dan Farhani diarahkan masuk ke dalam khemah kerana tuan puteri ingin berjumpa dengan mereka. Suasana di dalam khemah amat selesa dengan adanya beberapa buah jendela, suasana yang sejuk, permaidani yang lembut dan tebal, beberapa buah sofa yang berukiran cantik, lampu yang cantik bercahaya dan meja makan. Puteri Coleoptera mempelawa Kim Yong dan Farhani makan. Tuan puteri bertanyakan sebab Farhani dan Kim Yong datang ke dunia mereka tetapi dijawab oleh Bara bahawa mereka berdua ditawan oleh Komander Caucasus. Puteri Coleoptera yang merupakan pewaris takhta telah disingkirkan oleh Maharaja Tanduk telah melarikan diri ke tempat persembunyian itu. Kim Yong dan Farhani mendapat tahu bahawa mereka ditawan untuk dijadikan bahan uji kaji untuk mengenali manusia dan menawan dunia. Oleh itu, takhta diambil untuk membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang. Bara meminta bantuan mereka berdua untuk mengalahkan Komander Caucasus dan akhirnya Farhani bersetuju, manakala Kim Yong tidak menjawab. Bab 11 Musuh Menjadi Sahabat Haikal merancang untuk pergi ke rumah usang itu tanpa pengetahuan Cikgu Salimah dan rakan-rakannya tetapi hanya mengajak Wei dan Devnath. Dia meyakinkan dua orang rakannya dengan penemuan sapu tangan milik Farhani. Menjelang maghrib, mereka pulang ke rumah masing-masing dan berjanji akan berjumpa selepas solat isyak. Haikal keluar rumah setelah solat isyak tanpa memberitahu ibu bapanya. Sesampai di rumah usang, Haikal mendahului Devnath dan Wei untuk masuk. Mereka tiba di ruang bawah tangga dan Haikal hilang daripada pandangan Devnath dan Wei setelah ditarik seakan-akan daya. Mereka berdua menerpa dan melepasi pintu dimensi. Mereka berjalan di dalam gelap dalam tempoh setengah jam sehinggalah terjumpa sebuah kota asing yang sunyi. Mereka bertiga ditawan oleh penyerang lalu pengsan. Setelah hari siang, mereka terjaga dan berada di dalam hutan yang terdapat pokok-pokok dan beberapa buah khemah. Mereka bertiga terkejut dengan kemunculan seekor kumbang yang besar dan ditenangkan oleh Farhani yang memperkenalkan Bara dan Dara Bintik. Haikal, Devnath dan Wei gembira apabila menemui Farhani dan Kim Yong yang dilaporkan hilang. Farhani mengatakan bahawa mereka telah diculik dan mahu dijadikan bahan uji kaji oleh Komander Caucasus. Bara menyatakan hasrat untuk meminta mereka membantu Puteri Coleoptera Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 114 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
115 Novel bagi menumpaskan Komander Caucasus yang semakin hampir dengan tempat persembunyian mereka. Bab 12 Diburu Caucasus Bara mengarahkan kumpulan kumbang bersiap sedia meninggalkan kawasan itu sebelum Komander Caucasus menyerang mereka. Bara membantu Puteri Coleoptera mengemas warisan kerajaan kumbang terutama cop mohor yang menjadi bukti pewaris sah takhta kerajaan kumbang. Dalam masa kurang sepuluh minit tempat itu menjadi bersih seolah-olah tidak pernah dikunjungi. Mereka berjalan tanpa mengetahui tempat yang akan menjadi persembunyian. Haikal, Devnath dan Wei yang lapar diberikan buah-buahan. Setelah lama berjalan, mereka berhenti di satu kawasan dan mendirikan khemah. Tidak sampai satu jam, lima buah khemah didirikan dengan bantuan mereka sebagai balasan kepada jasa Bara yang menolong mereka. Dara Bintik menyatakan hasratnya yang tidak mahu meneruskan perjuangan. Suasana tiba-tiba riuh dan Farhani sempat melompat ke dalam semak. Puteri Coleoptera, Bara, Haikal, Devnath dan Wei ditawan, manakala Dara Bintik berpaling tadah. Farhani terkejut apabila bahunya ditepuk dan menyerahkan nasib jika ditawan tetapi dia tidak menyangka Kim Yong terselamat kerana memanjat pokok. Mereka berdua bercadang untuk membantu Bara dan Puteri Coleoptera. Bab 13 Terperangkap! Haikal, Devnath dan Wei yang ditawan oleh tentera Komander Caucasus berasa pelik dengan kebijaksanaan Kim Yong dan Farhani melepaskan diri. Haikal berdoa agar mereka terselamat, begitu juga dengan dua orang rakannya yang tidak ditawan. Mereka yang ditawan telah dihadap kepada Maharaja Caucasus menyebabkan Puteri Coleoptera bertanya tentang bapa saudaranya, Maharaja Tanduk kerana bimbang diapa-apakan. Maharaja, Caucasus yang merampas takhta memerintahkan tawanan dipenjarakan, kecuali Haikal, Devnath dan Wei. Maharaja Caucasus berang apabila Farhani dan Kim Yong tiada dan menitahkan tenteranya mencari mereka berdua. Sementara di tapak perkhemahan yang diserang, Farhani dan Kim Yong mencari jalan untuk membantu Puteri Coleoptera, Bara dan kawan-kawannya. Mereka mengambil keputusan untuk melalui kawasan berhampiran semak samun tetapi tiba-tiba mereka diseret ke dalam semak dan diarahkan untuk senyap. Rupa-rupanya, mereka diselamatkan daripada kumpulan konco-konco Caucasus untuk menawan mereka berdua. Bab 14 Dipenjara Dara Merah yang menyelamatkan Farhani dan Kim Yong ialah sepupu Dara Bintik yang telah belot. Dara Merah berjanji akan menolong mereka kembali Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 115 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
116 Novel ke dunia sebenar dengan syarat mereka membantu Dara Merah terlebih dahulu dan mereka berdua bersetuju. Untuk tujuan itu, mereka perlu kembali ke mahligai yang dihuni oleh Caucasus dan tenteranya. Sebenarnya, Dara Merah telah merancang untuk menyerang mahligai itu dengan bantuan keluarganya yang berada di dalam mahligai itu. Sementara di mahligai, Haikal, Devnath dan Wei yang dipenjarakan terkenang akan keluarga masing-masing. Farhani yang pada mulanya merahsiakan penemuannya tentang cecair endosulfan tetapi akhirnya memberitahu Dara Merah. Ternyata Dara Merah gembira kerana cecair itu memudahkan kerja mereka. Mereka merancang untuk memasuki mahligai melalui sayap kiri dan sayap kanan menjelang tengah malam. Cuaca yang seakan-akan mahu hujan menggembirakan hati Dara Bintik kerana situasi itu membuatkan tentera kumbang kurang aktif. Wei mendengar bunyi dari luar penjara dan mereka disuruh bersedia untuk melarikan diri kerana bantuan akan tiba. Bab 15 Pertarungan Dara Merah masuk ke dalam mahligai dengan berbekalkan cecair endosulfan, manakala Farhani bersembunyi di balik rimbunan pokok renek. Farhani akan bertindak jika Dara Merah gagal dalam misinya. Dara Merah yang menyamar sebagai Dara Bintik masuk ke ruang dapur dan menawarkan diri untuk menghantar minuman kepada Maharaja Caucasus. Weevil amat pelik kerana Dara Bintik tidak pernah rajin membantu sebaliknya mahu dilayani seperti tuan puteri. Ketika pintu kamar ditolak, Maharaja Caucasus tidak berada di peraduannya. Namun, baginda memanggilnya dan menyuruhnya minum air yang telah diletakkan racun itu sebagai membalas kesetiaannya selama ini. Dara Merah menolak dengan alasan tidak mahu berkelakuan biadab dan hanya minum setelah baginda minum. Maharaja Caucasus minum lalu ditegah oleh Weevil menyebabkan baginda berang kerana mengetahui yang di hadapannya bukanlah Dara Bintik tetapi Dara Merah. Racun itu menyebabkan baginda pengsan, manakala Dara Merah yang cedera mencari jalan keluar. Kim Yong berjaya melepaskan rakan-rakannya dan penghuni sel sebelah. Kunang-kunang memimpin mereka melalui terowong rahsia. Dara Bintik mengetuai tentera Maharaja Caucasus untuk menyerang musuh. Tentera yang dipimpin oleh Dara Bintik pengsan kerana terhidu semburan endosulfan. Apabila musuh pengsan, mereka melarikan diri dan menanggalkan topeng yang dibekalkan oleh Dara Merah sebelum serangan. Bab 16 Pertabalan Puteri Coleoptera Dara Bintik dan Komander Caucasus telah disumbat di dalam bilik kurungan dan dirawat untuk menghilangkan kesan endosulfan. Lima orang rakan sekelas sudah bersiap sedia untuk kembali ke dunia nyata tetapi dipujuk oleh Bara untuk menyaksikan pertabalan Puteri Coleoptera dan mereka bersetuju. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 116 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
117 Novel Maharaja Tanduk menyesal akan perbuatannya yang merampas takhta milik Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera menganugerahi lima orang remaja lambang kebesaran kerajaan kumbang sebagai membalas jasa mereka mengalahkan Komander Caucasus. Sebagai balasan, Farhani memberikan sapu tangan merah jambunya kepada baginda, manakala lampu suluh magnet milik Haikal diberikan kepada Bara. Baginda melantik Bara sebagai penasihatnya, manakala Dara Merah sebagai komander tentera kumbangnya. Sebelum pulang, Kim Yong berjanji akan melepaskan kumbang yang dipeliharanya sebagai pengajaran selepas dia dikurung di dalam balang kaca di makmal rahsia. Mereka kembali ke dunia nyata dan berjanji tidak menceritakan pengalaman itu kepada sesiapa kerana sudah tentu tiada orang yang mempercayai mereka. Sebaik-baik sahaja tiba di dunia nyata, lambang kebesaran bertukar menjadi serdak berwarna putih perak. Bab 17 Serum Farhani tiba di rumahnya ketika hari sudah malam. Kejutan yang ingin dilakukan oleh Farhani tidak menjadi kerana salam yang diberikan tidak berjawab oleh ahli keluarganya. Loceng pagar juga tidak kedengaran. Pintu yang diketuk tidak berkunci menyebabkan dia terus masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, ahli keluarganya tidak nampak langsung akan kewujudannya, malahan masih memperkatakan kehilangannya sejak dua minggu lalu. Farhani berlari ke rumah Kim Yong dan mereka pergi mencari Haikal, Devnath dan Wei yang turut menghadapi masalah yang sama. Mereka mengambil keputusan untuk kembali ke alam kumbang bagi mencari penawar. Kedatangan mereka disambut oleh Bara yang telah mengagak kedatangan mereka kembali. Bara mengatakan bahawa mereka sebenarnya telah diuji oleh serum yang akan digunakan oleh kumbang bagi mengelakkan dikesan oleh manusia. Hal itu terpaksa disembunyikan kerana bimbang Komander Caucasus tahu dan menggunakannya pada jalan yang salah. Bara memberikan formula serum kepada setiap remaja itu dan mereka berharap formula itu berkesan. Bab 18 Kepulangan Farhani tiba di rumahnya pada waktu malam dan berharap formula itu berkesan bagi mengembalikan dirinya seperti manusia biasa. Farhani mengetuk pintu dengan sabar tetapi tiada jawapan. Farhani mendengar bunyi pintu dibuka dan ibunya, Puan Asmah memeluknya sambil menangis tersedu-sedu. Ahli keluarganya turut meraikan kepulangannya dengan gembira. Berita penemuan Farhani dan rakan-rakannya tersebar sehingga didatangi oleh anggota polis dan wartawan. Ketika ditanya oleh wartawan, Kim Yong menyatakan bahawa mereka tidak hilang tetapi tersesat. Farhani menambah bahawa dia masuk ke dusun datuknya dan tersesat sehinggalah menemui Kim Yong ketika mencari jalan keluar. Wei mengatakan bahawa mereka menjumpai jalan keluar dengan Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 117 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
118 Novel menggunakan ilmu pengakap Devnath yang meletakkan tanda-tanda. Sepanjang tempoh tersesat, mereka mengatakan bahawa mereka makan pucuk kayu dan buah lebih-lebih lagi ayah Farhani pernah mengajarnya tentang ikhtiar hidup di dalam hutan. Mereka berlima telah berjanji untuk tidak membuka rahsia tentang dimensi kumbang kerana bimbang akan menjadi kajian sains. Kim Yong ingin membebaskan kumbang peliharaannya. Selepas peristiwa itu, Kim Yong telah berubah dan menjadi sangat peramah. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Berita kehilangan (1) menggemparkan keluarganya dan Sekolah Menengah Seri Kencana. Farhani dan rakan sekelas Kim Yong datang menziarahi Puan Lee. Pelbagai spekulasi timbul tentang kehilangannya seperti dia diculik, disembunyikan oleh makhluk halus, malahan dikatakan melarikan diri kerana tidak suka dengan bapa tirinya yang garang dan mahu merebut (2) kekayaan mendiang bapanya. Cikgu Salimah menyuruh murid Tingkatan 1 Arif mencari serangga untuk menjayakan zoo mini serangga. Farhani mencari kumbang sendirian di (3) milik datuknya kerana tidak sabar menunggu Mira dan Chea Mei seperti yang dijanjikan. Farhani mencari kumbang hingga terjumpa (4) lalu memasukinya. Dia menemukan ruang bawah tanah dan termasuk ke dalam dimensi kerajaan kumbang. Kehilangan Kim Yong dan Farhani menjadi buah mulut masyarakat. Cikgu Salimah rasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak anak muridnya untuk menjejaki Farhani yang hilang. Haikal mengajak Devnath dan Wei mencari Farhani di rumah usang semula kerana dia menemui (5) merah jambu milik Farhani. Di dimensi kumbang, Farhani ditawan oleh Komander Caucasus dan dibawa menghadap Maharaja Tanduk. Farhani dikurung di dalam balang kaca di sebuah makmal rahsia untuk dijadikan Soalan Pengukuhan 1 Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 118 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
119 Novel bahan uji kaji. Komander Caucasus mengarahkan tenteranya untuk memburu, menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan pengikutnya kerana berniat mahu merampas takhta kerajaan (6) . Hal ini menyebabkan Puteri Coleoptera terpaksa menjadi pelarian. Keadaan huru-hara di mahligai menyebabkan Bara dan Dara Bintik membawa lari Farhani dan Kim Yong lalu dibawa menghadap Puteri Coleoptera yang meminta mereka berdua membantunya menewaskan Komander Caucasus yang kejam. Haikal, Devnath dan Wei yang termasuk ke dalam dimensi kerajaan kumbang telah ditangkap oleh tentera Bara dan ditemukan dengan Farhani dan Kim Yong. Serangan hendap tentera Komander Caucasus menyebabkan Haikal, Devnath, Wei, Bara, Puteri Coleoptera dan pengikutnya ditangkap tetapi Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri. Maharaja Caucasus menaiki (7) dengan menggulingkan Maharaja Tanduk. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya mencari dan menangkap Kim Yong dan Farhani yang akan dijadikan bahan (8) untuk menunaikan hasratnya menjadi manusia dan menakluki dunia. Serangan yang diaturkan oleh Dara Merah berjaya menewaskan Komander Caucasus dengan bantuan Kim Yong dan Farhani sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Haikal, Devnath, Wei dan Maharaja Tanduk. Komander Caucasus, Dara Bintik yang belot dan pengikutnya dipenjarakan tetapi diberikan rawatan untuk menghilangkan kesan cecair endosulfan. Puteri Coleoptera yang ditabalkan menjadi raja telah menganugerahkan (9) kebesaran kerajaan kumbang kepada Farhani dan rakan-rakannya. Mereka kembali ke dunia nyata tetapi mereka tidak dilihat oleh manusia menyebabkan mereka terpaksa kembali ke dimensi kumbang untuk meminta penawar. Mereka diberikan formula serum oleh Bara. Kepulangan mereka mendapat liputan meluas daripada (10) . Walaupun begitu, mereka bersepakat untuk merahsiakan kisah kerajaan kumbang. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 119 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
120 Novel Tema dan Persoalan Tema Tema novel Tawanan Komander Caucasus ialah ketabahan remaja dalam menghadapi cabaran. Terdapat beberapa contoh peristiwa yang menyokong tema ini, antaranya: Persoalan Terdapat pelbagai persoalan yang digarap oleh pengarang dalam novel ini, iaitu: Persoalan Huraian Kesetiaan pengikut terhadap ketua • Dara Bintik menuruti perintah Maharaja Tanduk untuk memberi Farhani minum air yang menyebabkan remaja itu pengsan. • Tentera mengikut perintah Komander Caucasus untuk mencari dan menangkap Farhani dan Kim Yong yang dapat melepaskan diri daripada ditangkap. • Pengikut kumbang menuruti arahan Dara Merah agar membiarkan cecair endosulfan diuruskan oleh Dara Merah sendiri. Contoh Peristiwa 1 Farhani tabah mencari kumbang di dalam dusun milik datuknya seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah. Dia sebenarnya ingin membuktikan kemampuan diri dan kumpulannya kerana tidak ingin dipandang rendah oleh Haikal, Devnath dan Wei. 2 Farhani tabah ketika dirinya ditawan oleh Komander Caucasus. Dia dikurung di dalam sebuah balang kaca di sebuah makmal rahsia untuk dijadikan bahan kajian bagi memenuhi hasrat Komander Caucasus yang ingin menjadi manusia dan menawan dunia. 3 Farhani tabah membantu Puteri Coleoptera yang disingkirkan oleh Komander Caucasus sebagai pewaris sah kerajaan kumbang. Dia sanggup menahan kesejukan akibat kehujanan di luar mahligai demi memastikan kejayaan serangan yang dilakukan oleh Dara Merah. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 120 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
121 Novel Persoalan Huraian Keberanian menghadapi cabaran • Farhani berani menyahut cabaran Haikal, Wei dan Devnath yang memandang rendah akan kebolehannya untuk menyempurnakan tugasan mencari kumbang. • Haikal, Wei dan Devnath berani memasuki rumah usang untuk menyelesaikan misteri kehilangan Farhani lebih-lebih lagi apabila mereka menemui sapu tangan merah jambu milik Farhani. • Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik dengan memasuki kamar Maharaja Caucasus untuk meracuni baginda melalui minumannya. Kerjasama dan semangat sepasukan dalam menjayakan misi • Cikgu Salimah bersama-sama anak muridnya pergi ke dusun milik datuk Farhani untuk mencari Farhani yang hilang. • Haikal, Devnath dan Wei bersama-sama pergi ke rumah usang untuk mencari Farhani berikutan penemuan sapu tangan merah jambu milik rakannya itu. • Dara Merah dan pengikutnya bekerjasama dengan Farhani dan Kim Yong untuk menewaskan tentera Komander Caucasus menggunakan cecair endosulfan. Kebijaksanaan mengatur strategi membawa kejayaan • Dara Merah menyerang istana pada hari hujan kerana menurutnya serangga akan menjadi kurang aktif apabila cuaca lembap. • Farhani menggunakan cecair endosulfan dengan menyemburnya apabila berperang dengan tentera Caucasus menyebabkan musuh pengsan. • Dara Merah menggunakan bantuan keluarganya di dalam istana untuk mengalahkan Maharaja Caucasus. Keprihatinan terhadap masalah orang lain • Farhani dan rakan sekelasnya pergi ke rumah Kim Yong untuk menziarahi ibunya sebagai tanda simpati. • Cikgu Salimah pergi ke rumah Farhani untuk berjumpa dengan ibu bapa muridnya kerana rasa bersalah atas kehilangan anak pasangan itu disebabkan oleh tugasan mencari kumbang. • Puan Mariah, ibu Mira menenangkan ibu Farhani, Puan Asmah dengan memujuknya agar mendoakan keselamatan Farhani. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 121 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
122 Novel Persoalan Huraian Keinsafan setelah melakukan kesilapan • Kim Yong menyesal atas perbuatannya yang sombong dan berjanji akan berubah sikap apabila kembali ke dunia sebenar. • Devnath menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya dan bertengkar demi meneruskan misi pencarian Farhani. Kasih sayang ibu bapa terhadap anakanak • Puan Lee, ibu Kim Yong menangis kerana kehilangan anaknya dan menjadi meracau-racau seperti orang hilang akal. • James Ren mengamanahkan ibunya agar mengawal pergerakan anaknya, Chea Mei kerana bimbang terjebak dengan kegiatan tidak sihat. • Puan Asmah menangis kerana bimbang akan keselamatan anaknya, Farhani yang dilaporkan hilang ketika menjalankan tugasan mencari kumbang. Kepercayaan tahyul dalam kehidupan masyarakat • Mira percaya bahawa misteri kehilangan Farhani ada kaitan dengan cerita datuknya tentang makhluk halus yang suka menyembunyikan manusia. • Ibu Farhani, Puan Asmah menyuruh suaminya, Encik Adnan agar mencari ikhtiar dengan mencuba perubatan kampung bagi mencari anaknya yang hilang. Pembelotan pengikut terhadap ketua • Dara Bintik belot terhadap Puteri Coleoptera sehingga baginda dan pengikutnya tertangkap oleh askar Komander Caucasus. • Komander Caucasus menyingkirkan Maharaja Tanduk daripada takhta walaupun dia menjadi orang yang paling dipercayai oleh Maharaja Tanduk. Kezaliman akibat perasaan dendam • Komander Caucasus menawan Kim Yong dan Farhani untuk dijadikan bahan uji kajinya bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi manusia sekali gus dapat menawan dunia. • Komander Caucasus mengurung Farhani di dalam balang kaca di sebuah makmal rahsia sebagai membalas dendam terhadap perbuatan manusia yang meracuni spesiesnya. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 122 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
123 Novel 1 Tema novel Tawanan Komander Caucasus ialah . 2 Nyatakan satu contoh peristiwa yang menyokong tema novel ini. B Nyatakan persoalan yang sesuai dengan contoh peristiwa yang berikut. 1 Dara Merah dan pengikutnya bekerjasama dengan Farhani dan Kim Yong untuk menewaskan tentera Komander Caucasus menggunakan cecair endosulfan. 2 Devnath menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya dan bertengkar demi meneruskan misi pencarian Farhani. 3 Puan Lee, ibu Kim Yong menangis kerana kehilangan anaknya dan meracau-racau seperti orang hilang akal. 4 Dara Bintik belot terhadap Puteri Coleoptera sehingga baginda dan pengikutnya tertangkap oleh askar Komander Caucasus. A Jawab soalan-soalan di bawah. i-THINK Soalan Pengukuhan 2 Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 123 2/11/2022 6:18:23 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
124 Novel Plot Permulaan Pengarang memperkenalkan watak utama, Farhani dan kisah kehilangan rakan sekelasnya, Kim Yong serta latar tempat, iaitu di sekolah dan rumah Kim Yong. Kim Yong dilaporkan hilang ketika mencari kumbang di pinggir hutan menyebabkan penyiasatan dilakukan oleh pihak polis di rumahnya. Farhani dan rakan sekelasnya pergi ke rumah Kim Yong untuk menziarahi ibunya, Puan Lee sebagai tanda simpati walaupun Kim Yong seorang yang sombong. Pelbagai spekulasi yang timbul daripada kehilangan Kim Yong seperti diculik, disembunyikan makhluk halus dan melarikan diri kerana tidak suka dengan bapa tirinya. Perkembangan Pengarang mengembangkan cerita dengan memperkenalkan beberapa watak sampingan dan latar. Cikgu Salimah memberikan tugasan kepada muridnya untuk menangkap serangga bagi membina zoo mini serangga seperti yang dirancang. Farhani dilaporkan hilang apabila Mira dan Chea Mei tiba di tempat yang dijanjikan. Puan Asmah amat bimbang, manakala Encik Adnan yakin anaknya selamat di dalam hutan. Cikgu Salimah mengajak anak muridnya mencari Farhani sehingga mereka terjumpa rumah usang. Haikal, Devnath dan Wei menjumpai petunjuk misteri kehilangan Farhani. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 124 2/11/2022 6:18:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
125 Novel Kemuncak/Klimaks Pengarang menceritakan hasil konfl ik yang digemari oleh pembaca dan menunjukkan cerita bersedia untuk dileraikan. Dara Merah meminta bantuan Farhani dan Kim Yong untuk mengalahkan Komander Caucasus. Mereka mengatur strategi sebelum menyerang istana. Maharaja Caucasus berjaya dipengsankan oleh Dara Merah. Musuh dikalahkan dengan menyembur cecair endosulfan yang menyebabkan mereka pengsan. Dara Bintik, Komander Caucasus dan Maharaja Tanduk dipenjarakan. Beliau menyesal kerana membiarkan Puteri Coleoptera menjadi pelarian. Peleraian/Pengakhiran Pengarang meleraikan segala permasalahan yang dibuat dan menyatakan permasalahannya. Puteri Coleoptera yang ditabalkan menjadi raja telah memberikan lambang kebesaran kerajaan kumbang kepada mereka atas bantuan dan jasa yang telah diberikan. Farhani yang pulang ke rumah tetapi kepulangannya tidak disedari. Mereka kembali ke alam serangga untuk mendapatkan penawar terhadap formula tersebut. Farhani dan rakan-rakannya berjaya menemui keluarga mereka semula. Mereka telah berjanji untuk merahsiakan pengalaman mengembara di alam serangga. Perumitan/Konflik Pengarang menimbulkan masalah dan pertentangan antara watak ataupun dalam diri watak. Di dimensi serangga, Farhani telah ditawan oleh Komander Caucasus dan dikurung di dalam balang kaca di sebuah makmal rahsia bersama-sama rakannya, Kim Yong. Haikal, Devnath dan Wei juga telah ditangkap oleh askar Dara Bintik dan ditemukan dengan Kim Yong dan Farhani di khemah persembunyian Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera, pengikutnya, Haikal, Devnath dan Wei ditangkap oleh tentera Komander Caucasus. Namun, Kim Yong dan Farhani berjaya menyembunyikan diri. Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 125 2/11/2022 6:18:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
126 Novel Nyatakan plot yang sesuai berdasarkan peristiwa di bawah sama ada permulaan, perkembangan, konfl ik, perumitan atau peleraian. 1 Farhani yang telah pulang ke dunia sebenar tidak dapat dilihat oleh anggota keluarganya. 2 Puteri Coleoptera, pengikutnya, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap oleh tentera Komander Caucasus. 3 Farhani yang hilang ketika mencari kumbang di dusun datuknya menimbulkan kebimbangan ibu bapanya. 4 Berita kehilangan Kim Yong telah mendapat liputan yang meluas dan pelbagai spekulasi ditimbulkan. 5 Dara Merah dan pengikutnya menyerang istana pada hari hujan untuk menewaskan Komander Caucasus. 6 Farhani yang ditawan telah dikurung di dalam balang kaca di sebuah makmal rahsia. 7 Farhani dan rakan sekelasnya pergi ke rumah Kim Yong bagi menziarahi Puan Lee sebagai tanda simpati. 8 Farhani dan rakan-rakannya berjanji tidak akan menceritakan pengalaman sebenar mereka kepada sesiapa pun. Soalan Pengukuhan 3 Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 126 2/11/2022 6:18:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
127 Novel Teknik Plot Antara teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah: Teknik Plot dan Fungsi Contoh Peristiwa Pemerian • Perincian watak dan latar. • Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran sebenarnya sesuatu konsep atau keadaan. • Pengarang memperincikan keadaan rumah lama itu yang dipenuhi sawang labah-labah dan bahagian dinding rumah masih teguh kerana disokong oleh akar-akar kecil pohon jejawi. [halaman 17] • Pengarang memperincikan keadaan sel yang mengurung Haikal, Devnath dan Wei yang dikatakan sempit untuk mereka bertiga, dindingnya berlumut, lantainya lembap dan dingin dan tiada katil. [halaman 125] • Pengarang menjelaskan keadaan pada waktu malam semasa Dara Merah ingin menyerang mahligai, iaitu dingin dan gelap, bulan dan bintang tiada dan angin bertiup kencang. [halaman 130] Teknik Plot Pemerian Monolog dalaman Dialog Monolog luaran Kejutan Imbas muka Saspens Imbas kembali Peta Buih Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 127 2/11/2022 6:18:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
128 Novel Teknik Plot dan Fungsi Contoh Peristiwa Dialog • Perbualan dua atau lebih watak. • Tujuannya adalah untuk menunjukkan keakraban hubungan watak dan menyampaikan maklumat. • Komander Caucasus menyelar tindakan manusia yang dianggap zalim. Farhani mengatakan bahawa kumbang sepatutnya berbangga kerana menjadi penyumbang kepada pengetahuan manusia. Namun, Komander Caucasus juga menyelar tindakan manusia yang memusnahkan spesies mereka melalui makanan yang diracun. [halaman 36 – 37] • Farhani bertanyakan sebab mereka dikurung di dalam balang kaca. Bara menjawab bahawa mereka akan dijadikan bahan uji kaji oleh Komander Caucasus yang ingin menjadi manusia. [halaman 86] • Haikal berbisik kepada Devnath dan Wei tentang Farhani dan Kim Yong yang terselamat daripada tawanan sedangkan Bara pun tidak berjaya meloloskan diri. [halaman 114] Monolog luaran • Percakapan watak seorang diri sama ada boleh didengar atau tidak didengari oleh sesiapa. • Tujuannya adalah untuk menjelaskan perasaan atau pemikiran watak yang sebenar. • “Hmm memang tak pegang janji ... .” Dia bersungut sendirian. [halaman 16] • “Hai, kalau kita tak cari, dia muncul! Apabila dicari susah pula nak jumpa ....” Farhani bersungut lagi. [halaman 18] • “Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Haikal antara dengar dengan tidak.[halaman 114] Monolog dalaman • Percakapan watak melalui fikiran dan hati. • Tujuannya adalah untuk memahami isi hati dan pemikiran watak. • Agaknya, inilah satu daripada rumah-rumah itu, bisik hati Farhani. [halaman 19] • Harap-harap Mira dan Farhani masih menunggunya, hatinya berbisik. [halaman 24] • Di dalam hati, Farhani memuji kecantikan Dara Merah. [halaman 45] Imbas kembali • Pemaparan peristiwa lalu dalam peristiwa semasa. • Tujuannya adalah untuk memanjangkan cerita. • Farhani teringat cerita bapanya yang biasa terjumpa rumah terbiar. Rumah tersebut biasanya dibina oleh pengurus ladang berbangsa Inggeris untuk mengelakkan gangguan daripada serangan komunis. [halaman 19] Tkt 3 Komsas 9Novel(110-156).indd 128 2/11/2022 6:18:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD
162 Jawapan Jawapan Antologi Bintang Hati Puisi Tradisional Soalan Pengukuhan 1 Syair Burung Nuri A Maksud rangkap: 1 Tubuhnya hanyut ke sana ke mari di sepanjang desa dan negeri tanpa makan dan minumnya pun daripada sisa-sisa. 2 Jika diturut perasaan kecewa, penyair akan hilang pertimbangan fi kiran dan tidak mahu meneruskan hidupnya lagi. B Persoalan: 1 Orang yang bernasib walang akan sentiasa susah hati. 2 Menjaga adab dan kesopanan apabila berada di tempat orang. Soalan Pengukuhan 2 Santap Istiadat Persoalan: 1 Budaya dan adat istiadat turun-temurun perlu dipertahankan agar tidak lapuk ditelan zaman. 2 Menjaga adab sopan ketika makan merupakan amalan yang mulia. 3 Sikap gelojoh ketika makan perlu dielakkan. 4 Hormati para tetamu ketika makan dalam majlis-majlis tertentu. 5 Makanlah dengan tangan kanan dan tidak makan terlalu kenyang. Praktis PBD Praktis 1 1 Berdasarkan rangkap syair di atas, penyair menyampaikan syairnya menggunakan dakwat dan kertas. 2 Kesan sekiranya kita mudah berasa kecewa dalam kehidupan: • kita akan berfi kiran negatif dan malas berusaha • merugikan diri sendiri hingga ketinggalan jauh daripada orang lain 3 Tindakan yang wajar dilakukan apabila kita menghadapi kekecewaan: • berusaha untuk memajukan diri agar mencapai kejayaan • tidak akan sesekali berputus asa untuk meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran Praktis 2 1 Santap istiadat yang terdapat dalam rangkap seloka “Santap Istiadat” di atas ialah santap hanya tiga suap. Selepas itu, tangan dibasuh dan disusuli dengan makan hidangan halwa serta buahbuahan. 2 Nilai yang terdapat dalam seloka “Santap istiadat”: • berhemah tinggi – menjaga adab dan tingkah laku sewaktu menikmati makanan • menghormati tetamu – menghormati tetamu yang datang bertandang ke majlis sangat dititikberatkan oleh masyarakat pada zaman dahulu Tkt 3 Komsas 11Jawapan(162-174).indd 162 2/11/2022 6:18:57 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD