PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Skim Pentaksiran STPM Pengajian Am iv Jadual Analisis Soalan STPM Pengajian Am Semester 2 (2021 – 2023) v Ulasan Soalan STPM Pengajian Am Semester 2 (2023) vi Tip Mengelakkan Kehilangan Markah dalam Persediaan Jadual xii Tip Memperoleh Markah Maksimum 20/20 dalam Penyediaan Media xiii BAB Linear kepada Bukan Linear 1 1 BAB Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera 2 27 BAB Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara 3 39 BAB Cabaran dan Penyelesaian 4 87 BAB Kerja Kursus (Kerja Projek) – 900/4 5 98 Kertas Model STPM 1 104 Kertas Model STPM 2 108 Jawapan 112 Kandungan P.AM Penggal 2(Kand).indd 3 07/01/2024 9:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 1.1 Pengenalan 1 Bab ini bertujuan membantu semua calon STPM khasnya, dan para pelajar lain, amnya, dengan menyediakan jawapan dalam bentuk bukan linear menggunakan format yang betul berpandukan petikan (bentuk linear) yang diberikan. 2 Tajuk ini diuji dalam Bahagian B, Pengajian Am Kertas 2 (900/2) yang membawa 20 markah dan calon diwajibkan menjawab satu soalan daripada dua soalan yang disediakan. 3 Selain perlu bijak membuat pilihan, tahap kemahiran dan penguasaan ilmu yang mantap dalam aspek di bawah dapat membantu calon mendapat keputusan yang baik untuk bahagian ini. Jadual 1.1 Aspek dan skop yang perlu diketahui dan dikuasai oleh calon Aspek Skop Kefahaman konsep • Teks linear (berdata) – deskriptif, naratif, informatif, penghujahan dan penilaian • Media bukan linear – jadual, carta, graf dan gambar rajah (rajah) Kemahiran • Kefahaman • Analisis • Aplikasi • Sintesis Pemarkahan • Pemboleh ubah (6 markah) – paksi, label/maklumat pada paksi dan bilangan maklumat (sektor) • Kesesuaian teknik (6 markah) – ketepatan media, kedudukan/letakan tajuk, kedudukan/ letakan sumber, saiz media dan warna lorekan sebagai simbol sektor • Ketepatan Isi (6 markah) – nama sektor, data, skala/nisbah, titik original (asalan), serta ketepatan tajuk, sumber dan petunjuk • Kekemasan (2 markah) – kualiti keseluruhan hasilan media (baik, sederhana atau lemah) Pengurusan masa • Memahami tugasan soalan dan membuat pilihan tepat – 5 minit • Menyediakan jadual dan mengumpul data daripada petikan/soalan (teks linear) – 15 hingga 20 minit • Menyediakan jawapan (media bukan linear) dan melakukan kerja pengemasan – 15 hingga 20 minit Format media • Tajuk – kandungan perlu lengkap dan cara penulisan seharusnya betul • Objek media – saiz yang hampir memenuhi kertas graf • Keterangan media – skala/nisbah jejari, petunjuk dan sumber 1.2 Media Bukan Linear 1 Secara umum, media bukan linear terbahagi kepada dua jenis, iaitu carta dan graf. 2 Carta merupakan media tanpa paksi yang terdiri daripada carta pai, jadual, carta aliran, peta minda, gambar rajah dan piktogram. 3 Graf pula merupakan media berpaksi yang terdiri daripada graf bar, graf garis dan graf gabungan. 4 Walau bagaimanapun, khususnya bagi tujuan peperiksaan, calon STPM haruslah mengetahui dan menguasai kemahiran penyediaan media bukan linear yang popular seperti yang berikut. 1 BAB Linear kepada Bukan Linear Bahagian 3: Alih Bentuk Komunikasi P.AM Penggal 2(1).indd 1 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Media Bukan Linear Popular Carta Pai berbanding Pai bertingkat Graf Bar Kompaun Komponen Memesong Piramid Bar Histogram Garis Gabungan Rajah 1.1 Kategori media bukan linear mengikut jenis 5 Setiap media bukan linear di atas mempunyai fungsi yang berbeza. Hal ini perlu difahami dan dihayati dengan jelas agar media yang dipilih oleh calon menepati kehendak tugasan soalan. Panduan Membuat Pilihan Media Tepat Berdasarkan Ciri dan Fungsi Media Bukan Linear Media Ciri Fungsi Carta pai berbanding (a) Perbandingan antara tempoh masa atau tahun Tahun (A) Tahun (B) JB (A) JB (B) (S4) (S1) (S2) (S3) (S4) (S1) (S2) (S3) • Butiran bagi setiap sektor (S) biasanya adalah sama bagi kedua-dua pai • Jumlah besarnya (JB) adalah berbeza • Tempat adalah sama • Tempoh masa adalah berbeza • Data tempoh masa awal wajib dipaparkan untuk tujuan pai asas (carta A), manakala data tempoh masa berikutnya dipaparkan untuk tujuan pai bandingan (carta B) • Setiap jumlah besar digambarkan melalui satu bulatan (pai) berukuran 360° yang mewakili semua data yang membentuk jumlah besar itu • Nilai peratusan (%) yang berkadaran dengan saiz sudut setiap sektor wajib dicatatkan di sektor berkenaan dengan betul dan tepat Membandingkan pelbagai maklumat data antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat P.AM Penggal 2(1).indd 2 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Media Ciri Fungsi (b) Perbandingan antara sektor Sektor (A) Sektor (B) JB (A) JB (B) (S1) (S2) (S3) (S4) (S1) (S2) (S3) (S4) • Butiran bagi setiap sektor (S) mungkin sama atau berbeza bagi kedua-dua pai • Jumlah besarnya (JB) adalah berbeza • Tempat mungkin sama atau berbeza • Tempoh masa adalah sama • Susun atur pai asas dan pai bandingan adalah bebas • Setiap jumlah besar digambarkan melalui satu bulatan (pai) berukuran 360° yang mewakili semua data sektor • Nilai peratusan (%) yang berkadaran dengan saiz sudut setiap sektor wajib dicatatkan di sektor berkenaan dengan betul dan tepat Membandingkan pelbagai maklumat data antara sesuatu sektor dengan sektor yang lain pada sesuatu tempoh masa bagi sesuatu tempat atau antara tempat yang berbeza jika sektor itu mewakili tempat Carta pai bertingkat (S1) (S2) (S3) (S4) (S5) (S6) (S7) (S8) (S9) (S10) KM(1) KM(2) JB • Ada dua kumpulan maklumat (KM) utama • Setiap kumpulan terbahagi kepada beberapa sektor (S) • Sektor antara kumpulan adalah berbeza • Tempoh masa adalah sama • Jumlah besar (JB) adalah sama, tetapi menunjukkan dua objek media, iaitu: – satu bulatan (pai) berukuran 360° yang mewakili semua data yang membentuk jumlah besar itu; dan – tingkat pai yang menggambarkan ketinggian pai (10 cm) dan mengandungi semua data yang juga bersamaan jumlah besar tetapi tidak melibatkan ukuran sudut • Saiz sudut dan nilai % menunjukkan maklumat data sektor yang wajib dicatat dalam % • Nilai % yang berkadaran dengan ukuran tinggi setiap subtingkat pai juga wajib dicatatkan di sektor berkenaan Menggambarkan hubung kait antara dua kumpulan maklumat data yang mempunyai jumlah besar yang sama untuk sesuatu tempoh masa bagi sesuatu tempat Graf bar kompaun (S2) (S3) 0 (S1) (S2) (S3) (S4) (S1) (S4) • Satu bar untuk satu sektor (S) • Biasanya untuk tiga tempoh masa dan tidak melebihi lima tempoh masa • Ukuran menegak atau ketinggian bar menunjukkan data untuk sesuatu sektor sama ada dalam bentuk angka bulat atau peratus • Sektor-sektor bagi tempoh masa yang sama dirapatkan barnya, tetapi kumpulan bar yang mewakili tempoh masa yang berlainan dijarakkan • Ukuran jarak dan lebar bartidak semestinya sama, tetapi ukuran jarak antara kumpulan bar bagi setiap tempoh masa yang dipilih perlulah seragam jaraknya dan lebar bar bagi setiap sektor yang dipilih perlu seragam lebarnya • Bar pertama perlu dijarakkan dengan paksi menegak Membandingkan pelbagai maklumat data untuk setiap sektor antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat P.AM Penggal 2(1).indd 3 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Media Ciri Fungsi Graf bar komponen 0 (S1) (S2) (S3) (S4) (S1) (S2) (S3) (S4) (S1) (S2) (S3) (S4) • Satu bar untuk beberapa sektor (S) • Biasanya untuk tiga tempoh masa dan tidak melebihi lima tempoh masa • Ukuran menegak atau ketinggian bar menggambarkan jumlah keseluruhan maklumat data yang disatukan daripada beberapa sektor, sama ada dalam bentuk angka bulat atau peratus • Sesuatu tempoh masa diwakili oleh satu bar sahaja dan perlu dijarakkan dengan bar yang mewakili tempoh masa yang berlainan • Ukuran lebar bar dan ukuran jarak bar yang mewakili tempoh masa tertentu tidak semestinya sama, tetapi jarak bar bagi setiap tempoh masa yang dipilih perlulah seragam jaraknya dan lebar bar pula perlu seragam lebarnya • Bar pertama perlu dijarakkan dengan paksi menegak Membandingkan pelbagai maklumat data beberapa sektor yang disatukan datanya antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat Graf bar memesong (a) Menggambarkan perubahan dalam satu tempoh masa (S1) (S2) (S3) (S4) (S5) (S6) (+) (–) 0 Data bernilai positif Data bernilai negatif (b) Menggambarkan perubahan dalam dua tempoh masa (+) (–) 0 (S2) (S5) (S6) (S7) (S3) (S1) (S4) (S8) • Satu bar untuk satu sektor (S) • Menggambarkan maklumat data peratus perubahan dalam satu atau dua tempoh masa • Ukuran menegak atau ketinggian bar menunjukkan maklumat peratus perubahan sesuatu data • Bar yang dilukis menaik dari titik original (asalan) menunjukkan data peratus perubahan bernilai positif, manakala bar yang dilukis menurun dari titik original (asalan) menunjukkan data peratus perubahan bernilai negatif • Bagi graf yang menggambarkan maklumat data peratus perubahan dalam dua tempoh masa, bar perlu dirapatkan untuk membentuk satu kelompok bar yang mewakili sesuatu tempoh masa dan dijarakkan dengan kelompok bar yang mewakili tempoh masa berlainan • Ukuran lebar bar dan ukuran jarak bar tidak semestinya sama, tetapi jarak antara satu bar atau kumpulan bar dengan bar atau kumpulan bar yang dipilih perlulah seragam jaraknya dan lebar bar yang mewakili sektor yang dipilih perlulah seragam lebarnya • Bar pertama perlu dijarakkan dengan paksi menegak Membandingkan maklumat data atau kumpulan data yang dinyatakan dalam bentuk peratus perubahan/ kadar sektor tertentu sama ada bernilai positif atau negatif bagi satu tempoh masa atau dua tempoh masa perubahan P.AM Penggal 2(1).indd 4 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Media Ciri Fungsi Graf bar piramid (a) Kompaun 0 0 (A) (B) (S2) (S2) (S2) (S2) (S2) (S2) (S1) (S1) (S1) (S1) (S1) (S1) (b) Komponen (A) 0 0 (B) (S1) (S1) (S1) (S1) (S1) (S1) (S3) (S3) (S3) (S3) (S3) (S2) (S3) (S2) (S2) (S2) (S2) (S2) • Ada dua jenis, iaitu satu bar untuk satu sektor (kompaun) dan satu bar untuk beberapa sektor (komponen) • Dua paksi menegak dan dua paksi mendatar yang membentuk sukuan kiri dan kanan menunjukkan perbandingan antara dua kumpulan data (A dan B) setiap kumpulan mewakili sektor dan maklumat data yang berbeza • Ukuran mendatar atau kepanjangan bar menunjukkan maklumat data bagi sesuatu sektor (kompaun), atau jumlah keseluruhan bagi maklumat data yang disatukan daripada beberapa sektor (komponen), sama ada dalam bentuk angka bulat atau peratus • Ukuran lebar bar dan ukuran jarak bar tidak semestinya sama, tetapi jarak antara satu bar atau kumpulan bar bagi sesuatu tempoh masa atau pemboleh ubah lain yang dipilih perlulah seragam jaraknya, dan lebar bar pula perlulah seragam lebarnya • Bar pertama perlu dijarakkan dengan paksi mendatar Membandingkan pelbagai maklumat data sektor yang dikenal pasti antara dua kumpulan maklumat utama (A dan B), tetapi mempunyai unit nilai data yang sama, untuk satu tempoh masa bagi sesuatu tempat, perbandingan juga perlu dibuat antara dua kumpulan tahun (A dan B) yang mewakili maklumat data sektor bagi sesuatu tempat Graf histogram piramid (a) Kompaun (A) (B) 0 0 (S5) (S5) (S4) (S4) (S3) (S3) (S2) (S2) (S1) (S1) (b) Komponen (A) (B) 0 0 (S1) (S1) (S2) (S3) (S5) (S7) (S2) (S4) (S6) (S8) (S7) (S5) (S6) (S3) (S4) (S8) • Ada dua jenis, iaitu satu bar untuk satu sektor (kompaun) dan satu bar untuk beberapa sektor (komponen) • Dua paksi menegak dan dua paksi mendatar yang membentuk sukuan kiri dan kanan menunjukkan perbandingan antara dua kumpulan maklumat data (A dan B) setiap kumpulan mewakili sektor dan maklumat data yang berbeza • Ukuran mendatar atau kepanjangan bar menunjukkan maklumat data bagi sesuatu sektor (kompaun) atau jumlah keseluruhan bagi maklumat data yang disatukan daripada beberapa sektor (komponen) sama ada dalam bentuk angka bulat atau peratus • Semua bar dirapatkan dan bar pertama dirapatkan dengan paksi mendatar • Paksi menegak menunjukkan maklumat angkubah dalam bentuk nombor secara berkumpulan dengan jeda kelas yang seragam dan berturutan tanpa ada ruang nombor pemisah Membandingkan pelbagai maklumat yang dikenal pasti antara dua kumpulan maklumat utama (A dan B), tetapi mempunyai unit nilai data yang sama untuk satu tempoh masa bagi sesuatu tempat, perbandingan juga boleh dibuat antara dua kumpulan tahun (A dan B) yang mewakili maklumat data sektor tertentu bagi sesuatu tempat P.AM Penggal 2(1).indd 5 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Media Ciri Fungsi Graf garis kompaun 0 S1 S2 S3 • Garisan yang berbeza warna mewakili sektor (S) berbeza • Setiap garisan dibentuk daripada titik-titik yang diplot mengikut maklumat data bagi setiap tempoh masa • Biasanya untuk tiga tempoh masa dan tidak melebihi enam tempoh masa • Turun naik garisan menunjukkan perubahan maklumat data bagi sesuatu sektor dalam bentuk angka bulat atau peratus • Perbezaan maklumat data antara sektor bagi tempoh masa yang berlainan mungkin menyebabkan pertindihan garisan antara satu garisan dengan garisan lain • Setiap garisan bermula daripada paksi menegak Membandingkan maklumat data beberapa sektor antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat secara tidak berpisah, iaitu maklumat data bagi setiap tempoh masa disambungkan menjadi garisan Graf garis komponen S1 S2 S3 S4 0 • Satu sektor (S) menunjukkan satu zon yang tidak boleh bertindih dengan zon sektor yang lain • Biasanya untuk tiga tempoh masa dan tidak melebihi enam tempoh masa • Bentuk zon menunjukkan maklumat data sesuatu sektor yang dipisahkan oleh garisan sebagai sempadan dengan sektor lain • Garisan yang membentuk zon sesuatu sektor tidak bertindih kerana pengiraan maklumat data bagi sesuatu tempoh masa melibatkan pengiraan nilai tokok atau tambah, sama ada dalam bentuk angka bulat dan peratus • Setiap zon sektor dibezakan menggunakan warna yang berlainan Membandingkan maklumat data beberapa sektor yang disatukan datanya antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat secara tidak terpisah, iaitu maklumat data bagi setiap tempoh masa disambungkan menjadi garisan, seterusnya membentuk zon setiap sektor Graf garis memesong (+) (–) 0 S1 S2 S3 S4 • Garisan yang berbeza warna mewakili sektor (S) yang berbeza • Biasanya untuk tiga tempoh masa dan tidak melebihi enam tempoh masa • Turun naik garisan menunjukkan perubahan maklumat data bagi sesuatu sektor dalam bentuk peratus perubahan bernilai positif atau negatif • Perbezaan maklumat data antara sektor bagi tempoh masa yang berlainan mungkin menyebabkan pertindihan garisan antara satu garisan dengan garisan lain • Setiap garisan bermula daripada paksi menegak Membandingkan maklumat data beberapa sektor yang dinyatakan dalam bentuk peratus perubahan atau kadar antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat secara tidak terpisah, iaitu maklumat data bagi setiap tempoh masa disambungkan menjadi garisan P.AM Penggal 2(1).indd 6 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Media Ciri Fungsi Graf gabungan (a) 0 0 S1 S1 S1 S2 S2 S2 S3 S3 S3 S4 (b) 0 0 S1 S1 S1 S2 S2 S2 S3 S3 S3 S4 S5 S6 (c) 0 0 S3 S2 S1 S1 S1 S2 S3 S4 S2 S3 (d) S1 S1 S1 S2 S2 S2 S3 S3 S3 S4 S5 S6 0 0 • Terdiri daripada graf bar dan graf garis yang digabungkan • Paksi menegak kiri menunjukkan maklumat data graf bar, manakala paksi menegak kanan menunjukkan maklumat data graf garis • Ukuran menegak atau ketinggian bar dan turun naik garisan mewakili maklumat data setiap sektor (S) bagi sesuatu tempoh masa, sama ada dalam bentuk angka bulat atau peratus • Peraturan jarak dan lebar bar adalah sama seperti graf bar yang lain • Terdiri daripada beberapa jenis seperti berikut: (a) bar kompaun digabungkan dengan satu garisan (b) bar kompaun digabungkan dengan beberapa garisan (c) bar komponen digabungkan dengan satu garisan (d) bar komponen digabungkan dengan beberapa garisan Membandingkan sesuatu isu yang digambarkan melalui dua kumpulan maklumat data yang berkait antara satu sama lain, dan setiap kumpulan maklumat data mempunyai unit nilai yang berbeza, antara sesuatu tempoh masa dengan tempoh masa yang lain bagi sesuatu tempat 1.3 Memahami Kata Kunci Tugasan Soalan Selain memahami ciri dan fungsi setiap media, kemahiran memahami tugasan soalan secara tepat dalam masa yang singkat menjadi penentu sama ada calon dapat menghasilkan jawapan yang memenuhi kehendak soalan atau sebaliknya. P.AM Penggal 2(1).indd 7 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Jadual 1.2 Kata kunci soalan yang perlu diberikan perhatian dan pilihan media yang bersesuaian Kata kunci soalan Tindakan calon/pilihan media Arahan Umum 1 Sediakan carta... 2 Sediakan graf... Menyediakan media tanpa paksi, iaitu sama ada pai berbanding atau pai bertingkat Menyediakan media berpaksi, iaitu sama ada graf bar, graf garis atau graf gabungan Arahan Khusus Berkenaan Carta 1 Sediakan carta yang menunjukkan perbandingan ... 2 Sediakan carta yang menunjukkan hubung kait... Menyediakan dua pai (pai berbanding) bagi menunjukkan perbandingan antara tempoh masa atau pemboleh ubah lain Menyediakan pai bertingkat Arahan Khusus Berkenaan Graf Garis Sahaja (Mandatori) 1 Sediakan graf yang menunjukkan pola/arah aliran/hala tuju/trend/turun naik... (a) petikan mengandungi maklumat data bilangan atau kuantiti, nilai atau peratusan (b) petikan mengandungi maklumat data jumlah, jumlah keseluruhan atau jumlah yang diterapkan Menyediakan graf garis kompaun Menyediakan graf garis komponen Arahan Khusus Berkenaan Graf Bar atau Garis (Bukan Mandatori) 1 Sediakan graf yang menunjukkan perkembangan/ situasi/perubahan/kedudukan... (a) petikan mengandungi maklumat data bilangan atau kuantiti, nilai atau peratusan (b) petikan mengandungi maklumat data jumlah, jumlah keseluruhan atau jumlah yang diterapkan Menyediakan graf bar kompaun atau graf garis kompaun Menyediakan graf bar komponen atau graf garis komponen Arahan Khusus Berkenaan Graf Histogram Piramid atau Bar Piramid 1 Sediakan graf yang menunjukkan (dua kumpulan maklumat data yang mempunyai unit nilai data yang sama) mengikut (tempoh masa atau pemboleh ubah lain)... (a) petikan yang mengandungi maklumat data bilangan atau kuantiti atau nilai atau peratus (b) petikan yang mengandungi maklumat data jumlah atau jumlah keseluruhan atau jumlah yang diterapkan (i) Menyediakan graf histogram piramid kompaun jika paksi menegak menunjukkan pemboleh ubah dalam bentuk nombor secara berkumpulan dengan jeda kelas yang seragam dan berurutan tanpa ada ruang nombor pemisah atau, (ii) Menyediakan graf bar piramid kompaun jika pemboleh ubah paksi menegak selain yang dinyatakan dalam (i) (i) Menyediakan graf histogram piramid komponen jika paksi menegak menunjukkan pemboleh ubah dalam bentuk nombor secara berkumpulan dengan jeda kelas yang seragam dan berurutan tanpa ada ruang nombor pemisah atau, (ii) Menyediakan graf bar piramid komponen jika pemboleh ubah paksi menegak selain yang dinyatakan dalam (i) P.AM Penggal 2(1).indd 8 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Kata kunci soalan Tindakan calon/pilihan media Arahan Khusus Berkenaan Graf Gabungan 1 Sediakan graf yang menunjukkan (dua kumpulan maklumat data yang mempunyai unit nilai data yang berbeza) mengikut (tempoh masa atau pemboleh ubah lain)... (a) petikan yang mengandungi maklumat data bilangan atau kuantiti atau nilai atau peratus (kumpulan makumat 1) dan maklumat data jumlah keseluruhan atau jumlah diterapkan atau amaun (kumpulan maklumat 2) (b) petikan yang mengandungi maklumat data bilangan atau kuantiti atau nilai atau peratus (kumpulan makumat 1) dan maklumat data bilangan atau kuantiti atau nilai peratus (kumpulan maklumat 2) (c) petikan yang mengandungi maklumat data jumlah keseluruhan atau jumlah diterapkan atau amaun (kumpulan maklumat 1) dan maklumat data jumlah keseluruhan atau jumlah diterapkan atau amaun (kumpulan maklumat 2) (d) petikan yang mengandungi maklumat data jumlah keseluruhan atau jumlah diterapkan atau amaun (kumpulan maklumat 1) dan maklumat data bilangan atau kuantiti atau nilai atau peratus (kumpulan maklumat 2) Menyediakan graf gabungan, iaitu graf bar kompaun dan digabungkan dengan satu garisan Menyediakan graf gabungan, iaitu graf bar kompaun dan digabungkan dengan beberapa garisan Menyediakan graf gabungan, iaitu graf bar komponen dan digabungkan dengan satu garisan Menyediakan graf gabungan, iaitu graf bar komponen dan digabungkan dengan beberapa garisan 1.4 Kesilapan yang Sering Dilakukan oleh Calon STPM 1 Dalam keadaan tertentu, pemilihan media yang menepati kehendak soalan tidak semestinya menjamin calon akan mendapat markah yang baik untuk Bahagian C. 2 Keadaan ini berlaku kerana calon gagal mencatat maklumat dengan lengkap seperti tajuk, petunjuk, sumber serta label pada paksi dalam jawapan graf atau carta yang disediakan. 3 Selain itu, kegagalan memindahkan maklumat data dengan tepat dari petikan (teks soalan) ke dalam jadual persediaan. 4 Oleh itu, calon seharusnya mengambil perhatian terhadap beberapa aspek kesalahan berat supaya jawapan yang dihasilkan mencapai piawaian yang ditetapkan. Jadual 1.3 Aspek yang perlu diambil perhatian oleh calon bagi menghasilkan jawapan yang berkualiti Aspek Huraian Maklumat tajuk • Tajuk carta atau graf perlu lengkap dan tepat • Tajuk yang lengkap mengandungi maklumat tentang tempat, isu dan tempoh masa • Tajuk yang tepat mengandungi maklumat tentang tempat yang jelas, isu yang khusus dan tempoh masa (sama ada tempoh masa biasa atau tempoh masa anggaran) serta tidak mengelirukan Maklumat label • Label pai perlu tepat, iaitu sama ada mengandungi maklumat objektif perbandingan (pai berbanding) atau objektif hubung kait (pai bertingkat) sama ada antara tempoh masa atau antara sektor dan hubung kait sektor yang terlibat. • Label semua jenis graf merujuk kepada label paksi menegak, label paksi mendatar dan label sukuan kiri dan sukuan kanan bagi graf piramid • Label paksi menegak bagi semua jenis graf (kecuali graf bar piramid) perlu tepat, iaitu mengandungi maklumat tentang isu dan unit nilai data mengikut petikan soalan, dan bukannya dinyatakan secara umum sehingga menimbulkan kekeliruan P.AM Penggal 2(1).indd 9 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Aspek Huraian • Label paksi mendatar bagi semua jenis graf (kecuali graf bar piramid) perlu mengandungi maklumat tentang tempoh masa, iaitu tempoh masa biasa atau tempoh masa anggaran • Label paksi menegak graf piramid pula perlu mengandungi maklumat tentang pemboleh ubah bernombor atau tidak bernombor • Label paksi mendatar graf piramid perlu mengandungi maklumat tentang isu dan unit nilai data dengan tepat, sebagaimana mengikut petikan soalan • Bagi graf piramid juga, perlu mengandungi maklumat tentang label sukuan kiri dan label sukuan kanan yang tepat bagi menjelaskan objektif perbandingan mengikut tugasan soalan Maklumat paksi • Angka sifar (0) perlu dimasukkan pada titik original (asalan) dan maklumat data dicatatkan dengan betul mengikut skala yang sesuai • Bagi graf bar dan graf garis memesong, semua maklumat data bernilai negatif perlu dicatat tanda negatif (–) Maklumat data • Ukuran kepanjangan bar (bagi graf bar) dan kedudukan titik-titik (bagi graf garis) perlu menunjukkan maklumat data sektor yang diwakili dengan tepat • Skala bagi semua jenis graf perlu dinyatakan dengan tepat dan lengkap mengikut kedudukan yang ditetapkan • Maklumat data setiap sektor bagi pai berbanding dan pai bertingkat perlu dinyatakan dalam bentuk peratusan seboleh-bolehnya di dalam atau di luar kawasan sektor masingmasing jika saiznya kecil • Bagi pai berbanding dan pai bertingkat, jumlah besar dan nisbah jejari atau skala ketinggian (pai bertingkat) perlu dinyatakan dengan tepat dan lengkap mengikut kedudukan yang ditetapkan Maklumat petunjuk • Bagi semua jenis graf bar dan carta, setiap sektor harus dibezakan dengan menggunakan warna yang berlainan • Bagi semua jenis graf garis (kecuali graf garis komponen) setiap garisan yang mewakili maklumat data bagi sesuatu sektor dibezakan dengan menggunakan warna atau jenis garisan yang berlainan • Bagi graf garis komponen, setiap zon sektor akan dibezakan dengan menggunakan warna yang berlainan • Keterangan tentang setiap jenis warna zon atau warna garisan yang digunakan perlu dinyatakan dengan tepat dan lengkap mengikut kedudukan petunjuk yang ditetapkan Maklumat sumber • Sumber perlu dinyatakan dengan tepat dan lengkap mengikut kedudukan yang ditetapkan dan mengikut sumber seperti yang dinyatakan dalam petikan soalan • Maklumat sumber dapat diperoleh di bahagian akhir petikan di sebelah kanan Contoh Soalan Berdasarkan makumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perubahan penggunaan bahan mentah minyak dan lemak di beberapa buah negara terpilih dalam tempoh yang dinyatakan. Penggunaan bahan mentah minyak dan lemak dunia semakin bertambah. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan permintaan yang semakin meningkat dari negara India, Brazil, China, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat termasuk Malaysia sepanjang tahun 2001 hingga tahun 2005. Negara China mencatatkan penggunaan bahan mentah minyak dan lemak yang kedua terbanyak dengan sebanyak 17 528 ribu tan pada tahun 2001. Kesatuan Eropah (EU) merupakan negara yang menggunakan bahan mentah minyak dan lemak paling banyak sehingga tahun 2003, sebelum dipintas oleh negara China mulai tahun 2004 dengan penggunaan sebanyak 22 321 ribu tan. Angka ini mengatasi penggunaan negara EU sebanyak 887 ribu tan dalam tempoh P.AM Penggal 2(1).indd 10 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 yang sama. Pada tahun 2005, penggunaan bahan mentah minyak dan lemak bagi negara China dan negara EU masing-masing meningkat sebanyak 1 951 ribu tan dan 483 ribu tan berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2002 dan 2003, negara China menggunakan bahan mentah minyak dan lemak masing-masing sebanyak 19 090 ribu tan dan 20 430 ribu tan, manakala negara EU masing-masing menggunakan 20 464 ribu tan dan 20 845 ribu tan dalam tempoh yang sama. Sepanjang tahun 2002 hingga tahun 2005, Amerika Syarikat menduduki tempat ketiga dalam penggunaan bahan mentah minyak dan lemak dunia. Jumlah penggunaan negara ini masingmasing adalah sebanyak 14 412 ribu tan,14 336 ribu tan, 14 282 ribu tan dan 14 535 ribu tan. Bagi tahun 2001 pula, penggunaan bahan mentah minyak dan lemak oleh Amerika Syarikat adalah sebanyak 14 239 ribu tan. Angka ini merupakan pengurangan sebanyak 5 440 ribu tan berbanding dengan penggunaan oleh negara EU pada tahun yang sama. Negara India mencatatkan penggunaan bahan mentah minyak dan lemak yang tidak banyak berbeza dengan Amerika Syarikat. Pada tahun 2002, negara India telah menggunakan sebanyak 12 092 ribu tan, iaitu peningkatan sebanyak 360 ribu tan berbanding dengan tahun sebelumnya dan terus meningkat sebanyak 159 ribu tan pada tahun 2003 berbanding dengan tahun 2002. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan mentah minyak dan lemak negara ini merosot sedikit kepada 12 010 ribu tan pada tahun 2004 sebelum meningkat semula sebanyak 3.74 peratus pada tahun 2005. Seterusnya, penggunaan bahan mentah minyak dan lemak bagi negara Brazil adalah sebanyak 4 485 ribu tan pada tahun 2001 sebelum merosot pada tahun berikutnya. Jumlah penggunaan pada tahun 2003 adalah sebanyak 4 365 ribu tan, iaitu peningkatan sebanyak 13 ribu tan berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, penggunaannya terus meningkat, iaitu kepada 4 567 ribu tan. Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 34 ribu tan berbanding dengan penggunaan pada tahun 2004. Seperti negara maju yang lain, Malaysia juga mencatatkan penggunaan bahan mentah minyak dan lemak yang semakin bertambah. Penggunaannya pada tahun 2001 adalah sebanyak 2 475 ribu tan, dan kemudiannya meningkat masing-masing kepada 2 590 ribu tan dan 2 669 ribu tan pada tahun 2002 dan 2003. Pada tahun 2005, penggunaannya adalah sebanyak 2 989 ribu tan, iaitu peningkatan sebanyak 189 ribu tan berbanding dengan tahun 2004. (Disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April 2008, Kuala Lumpur) Penentuan Media yang Tepat Soalan menghendaki calon menyediakan graf bagi menunjukkan aliran perubahan penggunaan bahan mentah minyak dan lemak mengikut negara dalam tempoh yang dinyatakan. Berdasarkan perkataan ‘aliran perubahan’ dan persembahan data dalam bentuk bilangan/kuantiti dalam petikan tersebut, media yang sesuai digunakan ialah graf garis kompaun. Nota: 1 Sebelum memulakan tugasan menyediakan graf garis kompaun, calon wajib menyediakan jadual persediaan terlebih dahulu. 2 Dalam menyediakan jadual tersebut, calon dikehendaki memindahkan semua maklumat data/ angka yang relevan mengikut pemboleh ubah yang dinyatakan dalam petikan (negara dan tempoh masa/tahun) dengan betul. 3 Selain memudahkan kerja menyediakan media berdasarkan persembahan data yang lebih sistematik, jadual persediaan dapat membantu calon menentukan skala yang sesuai untuk graf yang disediakan serta menentukan maklumat dan label yang tepat untuk dipaparkan pada paksi menegak dan paksi mendatar. 4 Selepas menyediakan jadual, calon boleh menyediakan media (graf) dengan memasukkan semua maklumat yang penting pada kertas graf. P.AM Penggal 2(1).indd 11 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Jawapan (A) Jadual persediaan Tajuk DUNIA: ALIRAN PERUBAHAN PENGGUNAAN BAHAN MENTAH MINYAK DAN LEMAK MENGIKUT NEGARA TERPILIH DARI TAHUN 2001 HINGGA TAHUN 2005 Negara Penggunaan bahan mentah minyak dan lemak (ribu tan) 2001 2002 2003 2004 2005 China 17 528 19 090 20 430 22 321 24 272 Kesatuan Eropah 19 679 20 464 20 845 21 434 21 917 Amerika Syarikat 14 239 14 412 14 336 14 282 14 535 India 11 732 12 092 12 251 12 010 12 459 Brazil 4 485 4 352 4 365 4 533 4 567 Malaysia 2 475 2 590 2 669 2 800 2 989 Sumber (Sumber: Disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April 2005, Kuala Lumpur) (B) Media: Graf garis kompaun (Sumber: Disesuaikan daripada Majalah Visi, Bil. 88, April 2005, Kuala Lumpur) 2001 2002 2003 2004 2005 Tahun 25 000 22 500 20 000 17 500 15 000 12 500 10 000 7 500 5 000 2 500 0 DUNIA: ALIRAN PERUBAHAN PENGGUNAAN BAHAN MENTAH MINYAK DAN LEMAK MENGIKUT NEGARA TERPILIH DARI TAHUN 2001 HINGGA TAHUN 2005 Penggunaan bahan mentah minyak dan lemak (ribu tan) Skala: 1 cm = 2500 ribu tan Petunjuk China India Kesatuan Eropah Brazil Amerika Syarikat Malaysia Kedudukan skala penting Label paksi mendatar Plot titik-titik menggambarkan kuantiti Garisan menggambarkan aliran perubahan Label paksi menegak Angka mengikut skala Tajuk Kedudukan petunjuk penting P.AM Penggal 2(1).indd 12 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Soalan Alih Bentuk Komunikasi Jawab semua soalan. Media hendaklah dilukis pada kertas graf. 1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia bagi kumpulan umur yang dilaporkan mengikut jantina berdasarkan kaum terpilih bagi tahun 2010. Pada tahun 2010, 7.9% daripada jumlah penduduk Malaysia berada dalam lingkungan umur 60–75 tahun ke atas. Daripada sejumlah 2251.3 ribu orang dalam kumpulan umur ini, 823.9 ribu orang berumur 60–64 tahun, 538.2 ribu orang berumur 65–69, 409.7 ribu orang berumur 70–74 tahun, dan selebihnya berumur 75 tahun ke atas. Daripada data di atas, seramai 416.8 ribu orang terdiri daripada penduduk lelaki yang berumur 60–64 tahun. Dalam kumpulan umur ini pula, 261.3 ribu orang merupakan lelaki Melayu, 35.1 ribu orang merupakan lelaki India, dan selebihnya merupakan lelaki Cina. Berbanding dengan penduduk lelaki dalam kumpulan umur tersebut, bilangan penduduk perempuan adalah lebih rendah. Seramai 258.1 ribu orang terdiri daripada perempuan Melayu, 113.6 ribu orang merupakan perempuan Cina, dan selebihnya merupakan perempuan India. Bagi kumpulan umur 65–69 tahun, didapati jumlah penduduk lelaki juga melebihi penduduk perempuan. Jumlah penduduk perempuan dalam kumpulan umur ini hanya seramai 268.0 ribu orang, iaitu seramai 171.3 ribu orang perempuan Melayu, 23.0 ribu orang perempuan India dan 73.7 ribu orang perempuan Cina. Jumlah penduduk lelaki Melayu dalam kumpulan umur ini adalah seramai 162.4 ribu orang, penduduk lelaki India seramai 28.1 ribu orang, manakala bakinya merupakan penduduk lelaki Cina. Keadaan sebaliknya berlaku bagi penduduk dalam kumpulan umur 70–74 tahun. Dalam kumpulan umur ini, bilangan penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki. Terdapat seramai 206.5 ribu penduduk perempuan dalam kumpulan umur ini yang terdiri daripada 126.7 ribu orang perempuan Melayu, 15.6 ribu orang perempuan India, dan selebihnya merupakan perempuan Cina. Penduduk lelaki Melayu dalam kumpulan 70–74 tahun adalah seramai 125.6 ribu orang, 61.4 ribu orang merupakan lelaki Cina, manakala bakinya terdiri daripada lelaki India. Seterusnya, bilangan penduduk lelaki kembali mengatasi bilangan penduduk perempuan bagi kumpulan umur 75 tahun ke atas. Terdapat seramai 20.2 ribu orang penduduk lelaki India berbanding dengan penduduk perempuan India seramai 17.5 ribu orang dalam kumpulan umur ini. Penduduk perempuan Cina pula adalah seramai 70.3 ribu orang berbanding dengan penduduk lelaki Cina seramai 79.9 ribu orang dalam kumpulan umur yang sama. Bilangan penduduk perempuan Melayu dalam kumpulan umur 75 tahun ke atas adalah seramai 142.7 ribu orang dan angka ini sedikit rendah berbanding dengan bilangan penduduk lelaki Melayu. Sesungguhnya, kemajuan yang dicapai dalam bidang kesihatan sejak negara mencapai kemerdekaan menjamin jangka hayat yang semakin panjang bagi penduduk negara ini. Hal ini merupakan hasil kerjasama daripada semua pihak yang ingin melihat rakyat Malaysia hidup dengan lebih sejahtera dan sihat. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Malaysia 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia) Latihan Pengukuhan P.AM Penggal 2(1).indd 13 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 2 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan warganegara Malaysia bagi kumpulan umur 39 tahun ke bawah mengikut jantina dalam tempoh yang dilaporkan. Warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berumur dalam lingkungan umur 39 tahun ke bawah merupakan tenaga produktif harapan negara. Dalam kumpulan umur tersebut, jumlah penduduk lelaki melebihi jumlah penduduk perempuan. Warganegara lelaki berjumlah 9 840.0 ribu orang, iaitu melebihi jumlah warganegara perempuan sebanyak 49.9 ribu orang. Daripada seramai 2 425.5 ribu orang warganegara Malaysia dalam kumpulan umur 0–4 tahun, didapati seramai 1 205.4 ribu orang merupakan warganegara lelaki dan selebihnya merupakan warganegara perempuan. Bilangan warganegara lelaki dalam kumpulan umur ini kurang sebanyak 92.2 ribu orang berbanding dengan bilangan warganegara lelaki dalam kumpulan umur 5–9 tahun. Walau bagaimanapun, bilangan warganegara perempuan dalam kumpulan umur 5–9 tahun ialah 1 303.9 ribu orang, iaitu lebih ramai daripada warganegara lelaki dalam kumpulan umur yang sama. Bagi kumpulan umur 10–14 tahun pula, didapati bilangan warganegara lelaki mengatasi bilangan warganegara perempuan. Dalam kumpulan umur ini, bilangan warganegara perempuan adalah ramai 1 343.3 ribu orang sedangkan bilangan warganegara lelaki mengatasi bilangan warganegara perempuan sebanyak 10 600 orang. Keadaan yang sama turut dilihat bagi kumpulan umur 15–19 tahun. Bilangan warganegara lelaki ialah didapati seramai 1 323.8 ribu orang daripada sejumlah 2 637.1 ribu orang warganegara dalam kumpulan umur tersebut. Dalam kumpulan umur seterusnya, jumlah warganegara Malaysia adalah seramai 2 524.3 ribu orang dan daripada angka ini, seramai 1 254.6 ribu orang terdiri daripada warganegara perempuan. Jika dibandingkan dengan bilangan warganegara perempuan kumpulan umur ini, bilangan warganegara perempuan bagi kumpulan umur 25–29 tahun didapati telah berkurang sebanyak 66 200 orang. Bilangan warganegara lelaki pula seramai 1 193.1 ribu orang, iaitu melebihi bilangan warganegara lelaki dalam kumpulan umur 30–34 tahun sebanyak 60 300 orang. Daripada jumlah warganegara lelaki dalam lingkungan umur 39 tahun ke bawah, selebihnya merupakan bilangan warganegara lelaki dalam kumpulan umur 35–39 tahun. Bilangan warganegara perempuan dalam lingkungan umur 35–39 tahun ialah 1 042.7 ribu orang dan angka ini kurang sebanyak 81 100 orang berbanding dengan bilangan warganegara perempuan dalam kumpulan umur 30–34 tahun. Walaupun jumlah warganegara perempuan didapati tidak mengatasi jumlah warganegara lelaki dalam kumpulan umur 40 tahun ke bawah bagi tahun 2009, namun situasi ini mulai berubah. Selepas tahun 2009, catatan data penduduk negara menunjukkan kadar pertumbuhan warganegara perempuan lebih tinggi berbanding dengan kadar pertumbuhan warganegara lelaki. Keadaan ini selaras dengan pola populasi penduduk dunia, iaitu jumlah warganegara perempuan berpotensi untuk mengatasi jumlah warganegara lelaki pada suatu hari nanti. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia) P.AM Penggal 2(1).indd 14 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 3 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport dan import serta turun naik harga petroleum mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan. Kualiti petroleum mentah Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Oleh itu, Malaysia pasti akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika petroleum mentah dieksport ke luar negara. Pada tahun 2004, kuantiti pengeluaran petroleum mentah Malaysia adalah sebanyak 255 ribu tong sehari. Angka ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004. Setahun kemudian, pengeluarannya meningkat kepada 300 ribu tong sehari. Seterusnya, pengeluaran petroleum mentah negara mengalami peningkatan yang paling besar, iaitu sebanyak 50.67% pada tahun 2007 berbanding dengan tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, pada tahun 2008, pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari berbanding dengan tahun 2007. Eksport petroleum mentah Malaysia sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tahun 2004 hingga tahun 2008. Walaupun harga petroleum mentah mencapai paras US$75 setong pada tahun 2004, namun kuantiti eksport dan import petroleum mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut, iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari. Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi pada tahun 2005 disebabkan kuantiti eksport yang lebih besar daripada kuantiti import dan harga petroleum mentah yang tinggi pada tahun tersebut. Pada tahun 2005, kuantiti import petroleum mentah ialah 73 ribu tong sehari manakala kuantiti eksportnya ialah 212 ribu tong sehari. Harga petroleum mentah adalah paling tinggi pada tahun tersebut, iaitu US$88 setong. Pada tahun 2006, kuantiti eksport petroleum mentah telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, tetapi kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah, iaitu 48 ribu tong sehari. Pada masa yang sama, harga petroleum mentah merosot kepada US$75 setong berbanding dengan tahun sebelumnya. Walaupun kuantiti import petroleum mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2006 hingga tahun 2008, namun kuantiti eksport dan harga petroleum mentah tidak konsisten. Kuantiti eksport petroleum mentah pada tahun 2007 ialah 390 ribu tong sehari dengan harganya turun lagi ke paras US$69 setong. Pada tahun 2008, kuantiti eksport petroleum mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari berbanding dengan tahun 2007, selaras dengan penurunan harga petroleum mentah kepada US$67 setong. Kerajaan Malaysia berharap industri petroleum negara terus berkembang dari setahun ke setahun. Dalam keadaan bekalan sumber petroleum mentah yang semakin menyusut sedangkan kuantiti pengeluaran petroleum semakin bertambah setiap hari, pihak berkenaan seharusnya melipatgandakan usaha untuk mencari kawasan perlombongan yang baharu. (Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/2008) P.AM Penggal 2(1).indd 15 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 4 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan terpilih di negeri yang dinyatakan dari bulan Februari hingga bulan Jun 2011. Perkhidmatan pengangkutan air, khususnya jalan laut merupakan kaedah pengangkutan yang penting di negeri Sabah. Hal ini berkait rapat dengan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang selain kaya dengan gugusan pulau yang indah lagi mempesonakan. Secara umum, pengangkutan laut di negeri itu digunakan untuk mengangkut penumpang dan barang dagangan. Berbanding dengan bulan sebelumnya, kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Kota Kinabalu bagi bulan Februari pada tahun 2011 adalah sebayak 63.6% tetapi merosot menjadi –30.5% sebulan kemudian. Pada bulan April, kadar ketibaan kapal perdagangan adalah statik, iaitu 0% dan terus merosot kepada –28.0% pada bulan Mei. Namun, kadarnya meningkat dengan amat ketara pada bulan Jun kepada 38.8%. Walaupun kadar ketibaan kapal perdagangan tidak menentu, namun pelabuhan Kota Kinabalu tetap merupakan pelabuhan yang penting bagi negeri Sabah. Kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Sandakan ialah –9.2% bagi bulan Februari tetapi meningkat menjadi 40.7% pada bulan berikutnya. Peningkatan kadar ketibaan kapal perdagangan yang ketara ini amat berbeza dengan situasi yang dialami oleh pelabuhan Kota Kinabalu dalam tempoh yang sama. Pada bulan April, kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Sandakan ialah –13.3%, tetapi kembali menjadi positif pada bulan Mei, iaitu 8.3%. Walau bagaimanapun, kadarnya menurun menjadi negatif semula kepada –2.6% pada bulan Jun dalam tahun yang sama. Kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Tawau pula tidak begitu memberangsangkan pada awal tahun 2011, tetapi keadaan mula berubah menjelang pertengahan tahun tersebut. Pada bulan Februari, kadarnya adalah sebanyak –3.8% meningkat sedikit walaupun masih negatif pada –2.6% sebulan kemudian, dan kembali merosot kepada –8.1% pada bulan April. Pada dua bulan seterusnya, kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan Tawau meningkat secara mendadak, iaitu 13.2% pada bulan Mei dan 23.4% pada bulan Jun. Perkembangan positif ini menunjukkan pelabuhan Tawau masih merupakan antara pelabuhan yang terkenal di negeri Sabah. Pelabuhan yang tidak kurang pentingnya di negeri Sabah ialah pelabuhan Labuan yang telah bertukar status menjadi Wilayah Persekutuan di kawasan Malaysia Timur. Pelabuhan Labuan menjadi tumpuan banyak kapal perdagangan selaras dengan peranannya sebagai kawasan perdagangan bebas cukai. Walau bagaimanapun, kadar ketibaan kapal perdagangan di pelabuhan ini tidak menentu. Pada bulan Februari, kadarnya negatif, iaitu –12.1% tetapi kemudiannya meningkat dengan ketara menjadi 51.3% sebulan kemudian. Namun kadarnya kembali menjadi negatif pada bulan April, iaitu –9.1%. Keadaan ini berterusan pada bulan Mei dan Jun apabila masing-masing mencatatkan kadar ketibaan sebanyak –14.5% dan –1.1%. (Disesuaikan daripada Laporan Jabatan Laut Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, 2012) P.AM Penggal 2(1).indd 16 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan trend perubahan jumlah pengguna perkhidmatan transit aliran ringan terpilih di Malaysia dalam tempoh tersebut. Perkembangan sistem perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini semakin baik sejak pelbagai jenis perkhidmatan transit aliran ringan diperkenalkan, terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Pengguna bebas membuat pilihan mengikut keperluan masing-masing bagi memastikan mereka dapat tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat. Pada tahun 2007, seramai 36.9 juta orang telah memilih perkhidmatan KTM Komuter untuk bergerak ke destinasi mereka. Angka ini melebihi bilangan pengguna yang memilih perkhidmatan KL Monorel pada tahun yang sama, iaitu perbezaan sebanyak 14 700 000 orang. Walau bagaimanappun, pada tahun itu, perkhidmatan Putraline dan Starline menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna apabila masing-masing mencatatkan 56.0 juta orang dan 53.3 juta orang pengguna. Setahun kemudian, perkhidmatan Putraline tetap menjadi pilihan pengguna. Bilangannya bertambah seramai 2 200 000 orang berbanding dengan bilangan pengguna pada tahun sebelumnya. Pada tahun yang sama, bilangan pengguna yang memilih perkhidmatan Starline, KTM Komuter dan KL Monorel masing-masing seramai 51.0 juta orang, 36.5 juta orang dan 21.8 juta orang. Pada tahun 2009, bilangan pengguna yang memilih perkhidmatan KL Monorel merosot sebanyak 800 000 orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Setahun kemudian, bilangan penggunanya kembali meningkat menjadi 22.1 juta orang. Bilangan pengguna yang memilih perkhidmatan Starline adalah seramai 50.0 juta orang pada tahun 2009, dan meningkat sebanyak 3.2% pada tahun berikutnya. Peningkatan bilangan pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan ini dalam tempoh tersebut disebabkan oleh peningkatan bilangan pelancong asing ke negara kita pada masa itu. Situasi yang sama juga dialami oleh perkhidmatan KTM Komuter dan Putraline dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2009, pengguna yang memilih perkhidmatan Putraline ialah 54.9 juta orang dan meningkat kepada 58.0 juta orang setahun kemudian. Peningkatan ini adalah yang paling tinggi berbanding dengan perkhidmatan transit aliran ringan lain. Penyediaan pelbagai laluan strategik dan perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan oleh pengendali perkhidmatan Putraline telah menyumbang kepada perkembangan positif ini. Bagi perkhidmatan KTM Komuter pula, bilangan pengguna yang memilih perkhidmatan ini pada tahun 2009 ialah 34.7 juta orang. Setahun selepas itu, bilangan penggunanya bertambah seramai 0.3 juta orang. Pertambahan bilangan pengguna dalam tempoh berkenaan dianggap sebagai satu kejayaan bermakna untuk perkhidmatan KTM Komuter memandangkan persaingan yang terpaksa dihadapi daripada perkhidmatan transit aliran ringan lain yang lebih cepat dan menggunakan teknologi moden. (Disesuaikan daripada Laporan Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2012) P.AM Penggal 2(1).indd 17 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran pelbagai jenis minyak terpilih di negara ini dan taburan pengeluarannya bagi setiap tiga bulan sepanjang tahun tersebut. Selain mengeluarkan petroleum dan petroleum mentah, Malaysia juga turut memiliki keupayaan untuk mengeluarkan minyak tanah, minyak bahan api, minyak diesel dan minyak pelincir campuran. Kejayaan ini telah meningkatkan sumber hasil negara memandangkan harga pasaran bahan berkenaan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2011, negara mengeluarkan 3 560 ribu tan metrik minyak tanah. Angka ini merupakan lebihan sebanyak 770 000 tan metrik berbanding dengan pengeluaran minyak bahan api dalam tahun yang sama. Walaupun harga pasaran bagi kedua-dua jenis minyak ini tidak begitu tinggi, namun komoditi ini masih mendapat pasaran yang baik, terutamanya bagi pasaran tempatan. Berbanding dengan minyak tanah dan minyak bahan api, pengeluaran minyak diesel jauh lebih tinggi pada tahun berkenaan. Pengeluarannya mencapai 10 000 ribu tan metrik daripada jumlah keseluruhan pengeluaran negara bagi keempat-empat jenis minyak berkenaan, iaitu 16 500 ribu tan metrik. Keadaan ini berlaku kerana permintaan terhadap minyak diesel adalah paling tinggi berbanding dengan jenis minyak lain. Minyak diesel digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis kenderaan berat yang menjadi nadi penggerak aktiviti ekonomi, sama ada dalam sektor pertanian, perindustrian mahupun sektor perkhidmatan. Baki pengeluaran selebihnya adalah merupakan pengeluaran minyak pelincir campuran. Kuantiti pengeluaran keseluruhan keempat-empat jenis minyak itu secara bulanan sepanjang tahun 2011 adalah tidak menentu. Dalam tempoh antara bulan Januari hingga bulan Mac pada tahun berkenaan, keseluruhan pengeluarannya adalah sebanyak 4 300 ribu tan metrik. Angka ini melebihi pengeluaran antara bulan Julai hingga bulan September pada tahun yang sama, iaitu perbezaan sebanyak 300 000 tan metrik. Dari bulan Oktober hingga bulan Disember pada tahun berkenaan, kuantiti pengeluaran keseluruhannya ialah 4 550 ribu tan metrik. Peningkatan ini adalah yang kedua tertinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran keseluruhan untuk tiga bulan sebelumnya. Akhir sekali, baki kuantiti pengeluaran keseluruhan merupakan kuantiti pengeluaran bagi bulan April hingga bulan Jun yang merupakan kuantiti pengeluaran terendah sepanjang tahun berkenaan. Kuantiti pengeluaran keseluruhan bagi pelbagai jenis minyak yang dicatatkan pada tahun 2011 adalah yang paling tinggi sejak tahun 2009. Perkembangan ini disokong oleh kemajuan teknologi dan peningkatan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja tempatan. Walau bagaimanapun, kesediaan negara maju untuk berkongsi kepakaran dengan negara ini turut memainkan peranan penting. Tanpa sokongan mereka, keupayaan negara untuk bersaing dengan negara pengeluar lain dalam pasaran antarabangsa sudah tentu menjadi lebih terbatas. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013) STPM KLON P.AM Penggal 2(1).indd 18 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 7 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penduduk lelaki berbanding dengan bilangan penduduk perempuan di Malaysia mengikut kaum terpilih pada tahun 2010. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, kerajaan terus berusaha agar setiap kaum menambahkan bilangan masing-masing demi mencapai matlamat dasar 70 juta orang penduduk menjelang tahun 2100. Pertambahan penduduk negara diyakini mendatangkan banyak manfaat seperti meluaskan kuasa beli domestik di samping memperkukuh pertahanan dan kedaulatan tanah air. Pada tahun 2010, jumlah penduduk lelaki masih melebihi jumlah penduduk perempuan. Penduduk lelaki berjumlah 11 489 ribu orang sedangkan penduduk perempuan berjumlah 11 192 ribu orang. Perbezaan seramai 297 000 orang ini sebenarnya tidaklah besar, malah boleh dikatakan bilangan penduduk lelaki dan perempuan hampir seimbang pada tahun tersebut. Daripada jumlah penduduk lelaki pada tahun 2010, kaum Melayu seramai 7 146 ribu orang, iaitu melebihi 60.0% daripada jumlah penduduk lelaki dan sekali gus mengatasi bilangan penduduk lelaki kaum lain. Penduduk lelaki berbangsa Cina pula adalah sebanyak 3 289 ribu orang, iaitu melebihi 186 000 orang berbanding dengan bilangan penduduk perempuan Cina pada tahun itu. Kaum perempuan Melayu turut mendominasi statistik jumlah keseluruhan penduduk perempuan pada tahun tersebut. Bilangannya seramai 7 045 ribu orang, iaitu lebih rendah daripada bilangan penduduk lelaki Melayu. Pada tahun yang sama, bilangan penduduk perempuan India adalah seramai 951 000 orang. Bilangan ini tidak sampai 10.0% daripada jumlah keseluruhan penduduk perempuan negara pada masa itu. Keadaan yang sama dialami oleh penduduk lelaki berbangsa India, iaitu bilangannya cuma 957 000 orang pada tahun 2010. Kurang daripada 1.0% lagi dalam kalangan penduduk lelaki pada tahun itu ialah kaumkaum lain yang terdiri daripada suku kaum Iban, Kadazan, Murut, bangsa Portugis, Siam dan sebagainya. Walaupun kaum-kaum lain merupakan penduduk minoriti, tetapi mereka masih diberi hak yang sama rata seperti penduduk majoriti di Malaysia. Situasi yang sama juga dapat dilihat dalam kalangan penduduk perempuan. Pada tahun itu, bilangan penduduk perempuan daripada kaum-kaum lain ialah 93 ribu orang atau bersamaan 0.83% daripada jumlah penduduk perempuan di negara ini pada tahun 2010. Hubungan sesama rakyat yang mementingkan permuafakatan tanpa mengira kaum, agama, budaya dan status merupakan kunci utama bagi mengekalkan keamanan negara ini. Keunikan ini telah menjadi daya tarikan utama kepada pelancong, terutama pelancong asing untuk datang ke Malaysia. Hal ini seharusnya dipertahankan dari satu generasi ke generasi lain demi kemajuan negara dan sebagai ikutan negara lain di dunia. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) P.AM Penggal 2(1).indd 19 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 8 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran pelbagai kenderaan bermotor di Malaysia mengikut jenis bagi tempoh yang dilaporkan. Pertumbuhan ekonomi negara yang semakin baik menyebabkan semakin banyak penduduk mampu memiliki kenderaan bermotor. Hari ini, kenderaan bermotor dianggap sebagai barang keperluan asas dan bukan lagi dilihat sebagai barang mewah. Sebagai alat pengangkutan yang penting, pertambahan kenderaan bermotor di jalan raya telah mendatangkan masalah kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar utama. Pada tahun 2012, kuantiti pengeluaran kereta penumpang bawah 1500 cc ialah 19 753 unit bagi bulan Januari dan bertambah kepada 22 721 unit pada bulan berikutnya. Angka ini lebih rendah sebanyak 416 unit berbanding dengan kuantiti pengeluaran pada bulan Mac. Kategori kenderaan bermotor ini popular dalam kalangan pengguna disebabkan penggunaan petrol yang lebih menjimatkan dan senang dipandu. Bilangan pengeluaran kenderaan kereta penumpang melebihi 1500 cc lebih rendah berbanding dengan bilangan pengeluaran kereta penumpang bawah 1500 cc. Pada tahun yang sama, kuantiti pengeluarannya bagi bulan Mac adalah sebanyak 16 184 unit. Angka ini melebihi sebanyak 1 468 unit berbanding dengan kuantiti pengeluaran bagi bulan Februari. Kuantiti pengeluaran pada bulan Februari pula melebihi kuantiti pengeluaran pada bulan sebelumnya sebanyak 64 unit. Keadaan ini jelas menunjukkan kereta penumpang melebihi 1500 cc tetap mendapat sambutan baik, terutama daripada kalangan pengguna yang berpendapatan melebihi RM4 000 sebulan. Sejak bulan Januari hingga bulan Mac pada tahun yang sama, pengeluaran kenderaan perdagangan juga mengalami peningkatan yang berterusan. Daripada sejumlah 17 627 unit kenderaan ini yang dikeluarkan sepanjang tiga bulan berkenaan, sebanyak 5 472 unit dikeluarkan pada bulan Januari, 6 428 unit pada bulan Mac, dan selebihnya pada bulan Februari. Akhir sekali, dalam tempoh yang sama juga, pengeluaran motosikal dan skuter didapati mencatatkan kuantiti pengeluaran yang paling tinggi. Daripada sejumlah 202 966 unit motosikal dan skuter yang dikeluarkan, sebanyak 77 496 unit dikeluarkan pada bulan Mac, 68 725 unit dikeluarkan pada bulan Februari, dan lebih daripada 56 000 unit dikeluarkan pada bulan Januari. Selaras dengan pertambahan bilangan kenderaan bermotor pada masa ini, kerajaan seharusnya menyediakan lebih banyak lorong khas untuk pengguna motosikal dan skuter di semua jalan raya utama di seluruh negara demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Dengan cara ini, statistik kematian akibat kemalangan jalan raya juga dapat dikurangkan. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013) P.AM Penggal 2(1).indd 20 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 9 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar sumbangan aktiviti ekonomi terpilih kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berdasarkan harga pasaran semasa bagi tahun berkenaan. Pada tahun 2012, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mengikut harga semasa bernilai RM941 237 juta. Nilai ini adalah yang tertinggi pernah dicapai sejak tahun 2005. Keadaan ini menunjukkan ekonomi Malaysia masih berkembang maju dan pesat walaupun terpaksa berdepan dengan suasana ekonomi global yang tidak menentu. Pada tahun 2012, sumbangan pelbagai aktiviti ekonomi kepada KDNK sentiasa turun naik kerana dipengaruhi oleh kedudukan semasa harga pasaran. Selain pengaruh harga, kebanyakan aktiviti ekonomi, khususnya sektor pertanian turut dipengaruhi oleh faktor cuaca yang sukar dikawal. Hal ini amat ketara bagi hasil tanaman dan ternakan negara. Kadar sumbangan tanaman getah kepada KDNK negara pada tahun 2012 adalah negatif, iaitu –33.0%. Situasi yang sama juga dialami oleh tanaman kelapa sawit, cuma kadarnya lebih baik daripada tanaman getah. Kadar sumbangan tanaman kelapa sawit kepada KDNK negara pada tahun tersebut ialah –15.6%. Kedudukan harga pasaran semasa jelas menjadi faktor penentu yang mempengaruhi kadar sumbangan negatif bagi kedua-dua jenis tanaman ini. Pada tahun yang sama, kadar sumbangan tanaman makanan termasuk tanaman ubi dan bijirin selain padi adalah sebanyak 8.3%. Kadar sumbangan positif ini menunjukkan sektor tanaman makanan negara berpotensi untuk dimajukan. Hal ini mampu menjamin kehidupan petani yang lebih baik di kawasan luar bandar. Seterusnya, kadar sumbangan tanaman padi pada tahun berkenaan adalah sebanyak –4.8%. Kemerosotan ini menambahkan beban negara yang terpaksa meningkatkan import beras demi menampung permintaan penduduk terhadap makanan ruji ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran masing-masing menyumbangkan sebanyak 1.8% dan 11.7% kepada KDNK negara berdasarkan harga pasaran semasa pada tahun 2012. Kadar sumbangan kedua-dua tanaman tersebut banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi moden yang berjaya meningkatkan produktiviti dan kualiti produk yang dihasilkan. Selain itu, kadar tumbesaran yang cepat dan tempoh matang tanaman berkenaan yang semakin singkat turut menyumbang kepada perkembangan positif tersebut. Kesannya, kekerapan proses penanaman untuk tempoh setahun meningkat dan hasil yang diperoleh bertambah berlipat kali ganda. Kadar sumbangan ternakan ayam dan itik pula ialah 3.3% pada tahun yang sama. Kadar ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kadar sumbangan ternakan lembu dan kerbau kepada KDNK negara, sebanyak –8.9%. Bagi ternakan lain termasuk ternakan rusa dan kijang, kadar sumbangan yang dicatatkan adalah sebanyak 5.3%. Kadar positif ini dicapai berikutan lonjakan harga pasaran rusa dan kijang yang amat ketara berbanding dengan harga pasarannya pada tahun 2011. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013) P.AM Penggal 2(1).indd 21 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 10 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah tangkapan ikan negara dan nilai hasil tangkapannya mengikut perairan yang dinyatakan sepanjang tempoh tersebut. Menurut laporan semasa, hasil tangkapan ikan negara yang meliputi kawasan perairan laut pantai dan perairan laut dalam menunjukkan keadaan yang tidak stabil. Akibatnya, negara terpaksa mengimport bekalan ikan dari negara jiran, terutamanya Thailand bagi menampung permintaan penduduk tempatan. Pada tahun 2009, jumlah tangkapan ikan bagi kedua-dua kawasan perairan adalah sebanyak 1 350 ribu tan metrik. Jumlah ini kemudiannya meningkat sebanyak 6 000 tan metrik pada tahun 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, jumlah tangkapan ikan negara dari kawasan perairan laut pantai dan perairan laut dalam merosot sebanyak 41 ribu tan metrik pada tahun 2011 berbanding dengan tahun sebelumnya. Fenomena ini tidak sepatutnya berlaku kerana subsidi diesel yang diberikan oleh kerajaan kepada para nelayan sentiasa bertambah. Setahun kemudian, jumlah tangkapan ikan negara meningkat sedikit menjadi 1 352 ribu tan metrik. Jumlah ini ialah 9 000 tan metrik lebih rendah berbanding dengan jumlah tangkapan ikan pada tahun 2013. Peningkatan jumlah tangkapan ikan untuk dua tahun berturut-turut ini telah meyakinkan kerajaan bahawa jumlah tangkapan ikan negara bagi tahun-tahun akan datang dapat terus ditingkatkan. Hal ini merupakan satu harapan besar untuk negara bagi memastikan rakyat tidak perlu mengimport ikan dari negara lain pada suatu hari nanti. Dari segi hasil tangkapan ikan negara pula, pada tahun 2009 hasil tangkapan ikan dari perairan laut pantai mencecah nilai RM5 184.5 juta, manakala hasil tangkapan ikan dari perairan laut dalam adalah sebanyak RM1 138 juta sahaja. Pada tahun 2010, hasil tangkapan ikan dari perairan laut pantai meningkat kepada RM5 360.0 juta. Hasil tangkapan ikan dari perairan laut dalam turut meningkat pada tahun yang sama, iaitu kepada RM1 289 juta. Perkembangan positif ini berterusan bagi hasil tangkapan ikan dari perairan laut pantai apabila nilainya mencecah RM6 704.8 juta pada tahun 2011. Walau bagaimanapun hasil tangkapan ikan dari perairan laut dalam menurun pada tahun tersebut berbanding dengan tahun 2010 apabila mencatatkan nilai tangkapan sebanyak RM1 235 juta. Pada tahun 2013, hasil tangkapan ikan negara dari perairan laut pantai bernilai RM6 613.5 juta. Nilai ini merupakan peningkatan sebanyak RM303.5 juta berbanding dengan nilai tangkapan ikan dari perairan yang sama pada tahun sebelumnya. Hasil tangkapan ikan dari perairan laut dalam pula bernilai RM1 722 juta pada tahun 2013, sedangkan hasil tangkapan setahun sebelumnya adalah sebanyak RM1 672 juta. (Disesuaikan daripada Berita Harian, 28 Ogos 2014) P.AM Penggal 2(1).indd 22 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kematian warganegara bumiputera berbanding dengan warganegara bukan bumiputera di Malaysia mengikut etnik terplih dari tahun 2007 hingga tahun 2010. Jumlah kematian warganegara Malaysia yang disebabkan oleh pelbagai punca, sama ada akibat penyakit, kemalangan mahupun disebabkan usia yang lanjut didapati sentiasa meningkat sejak tahun 2007 hingga tahun 2010. Hal ini bukanlah bermakna bahawa tahap kesihatan di negara ini semakin merosot, tetapi hakikatnya kematian pasti menjadi lumrah walaupun kemudahan kesihatan yang disediakan semakin maju dan canggih. Pada tahun 2007, bilangan kematian dalam kalangan warganegara bumiputera, iaitu etnik Melayu dan bumiputera lain masing-masing seramai 62.7 ribu orang dan 10.2 ribu orang. Setahun selepas itu, bilangan kematian etnik Melayu seramai 66.5 ribu orang, manakala bumiputera lain hanya mencatatkan bilangan kematian sebanyak 10.9 ribu orang. Angka ini menunjukkan peningkatan jumlah kematian sebanyak 4.5 ribu orang dalam tempoh dua tahun berkenaan. Daripada sejumlah 81.1 ribu orang warganegara bumiputera yang meninggal dunia pada tahun 2009, seramai 69.5 ribu orang adalah daripada kalangan etnik Melayu, manakala selebihnya adalah daripada kalangan bumiputera lain. Walau bagaimanapun, jumlah kematian warganegara bumiputera bagi etnik Melayu dan bumiputera lain merosot pada tahun 2010 dengan bilangan kematiannya masing-masing seramai 68.6 ribu orang dan 11.3 ribu orang. Berbeza dengan jumlah kematian warganegara bumiputera, jumlah kematian warganegara bukan bumiputera, iaitu etnik Cina dan India, didapati meningkat secara berterusan dalam tempoh yang sama. Pada tahun 2007, bilangan kematian etnik Cina ialah 32.2 ribu orang, manakala etnik India mencatatkan bilangan kematian sebanyak 9.6 ribu orang sahaja. Jumlah kematian warganegara bukan bumiputera pada tahun 2008 pula adalah seramai 43.6 ribu orang dan daripada jumlah tersebut, seramai 33.3 ribu orang adalah daripada kalangan etnik Cina, manakala selebihnya adalah daripada kalangan etnik India. Pada tahun 2009, bilangan kematian warganegara bukan bumiputera bagi etnik Cina bertambah kepada 34.3 ribu orang, manakala bilangan kematian warganegara bukan bumiputera bagi etnik India bertambah sebanyak 400 orang berbanding dengan tahun 2008. Pada tahun 2010, bilangan kematian warganegara bukan bumiputera bagi etnik India bertambah lagi sebanyak 300 orang dan seterusnya mempengaruhi jumlah kematian warganegara bukan bumiputera pada tahun tersebut, iaitu bertambah kepada 45.5 ribu orang. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kematian majoriti daripada jumlah kematian warganegara bukan bumiputera yang dilaporkan pada tahun tersebut adalah daripada kalangan etnik Cina. Walaupun data yang dilaporkan tidak mengambil kira etnik-etnik di negeri Sabah dan Sarawak, namun jumlah kematian warganegera Malaysia secara keseluruhan dalam tempoh berkenaan tidak banyak berbeza. Hakikatnya, walaupun kematian tidak dapat dielakkan bagi setiap orang, namun yang pasti jangka hayat purata penduduk negara ini jauh lebih panjang berbanding dengan tahun-tahun awal selepas mencapai kemerdekaan. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) STPM KLON P.AM Penggal 2(1).indd 23 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 12 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada harga semasa mengikut sektor ekonomi terpilih bagi tahun yang dinyatakan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sering dirujuk sebagai ukuran perkembangan ekonomi semasa. Hal ini memberi kesan positif kepada negara Malaysia kerana KDNK yang dicapai oleh negara saban tahun menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan, malah setanding dengan negara maju yang lain. Pada tahun 2009, nilai KDNK Malaysia pada harga semasa berjumlah RM712.9 juta dan meningkat kepada RM941.2 juta pada tahun 2012. Nilai KDNK pada kedua-dua tahun ini mengambil kira nilai duti import, iaitu sebanyak RM7.0 juta pada tahun 2009 dan meningkat sebanyak RM3.2 juta pada tahun 2012 berbanding dengan tahun 2009. Walaupun nilai duti import meningkat, item ini merupakan penyumbang paling sedikit kepada KDNK negara bagi tempoh tersebut berbanding dengan sektor ekonomi yang lain. Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang tertinggi kepada KDNK negara pada tahun 2012 dengan nilai sumbangan sebanyak RM474.0 juta. Nilai ini merupakan peningkatan sebanyak RM108.0 juta berbanding dengan tahun 2009. Pada tahun 2009, sektor perkhidmatan juga merupakan penyumbang terpenting kepada KDNK negara. Sektor pertanian turut mencorakkan ekonomi negara dengan menyumbangkan sebanyak RM65.7 juta kepada KDNK negara pada tahun 2009. Nilai ini lebih rendah sebanyak RM15.6 juta berbanding dengan nilai sumbangan sektor perlombongan dan kuari pada tahun yang sama. Pada tahun 2012, sumbangan kedua-dua sektor ini kepada KDNK negara hampir seimbang, iaitu masing-masing bernilai RM94.6 juta dan RM97.9 juta. Penyumbang kedua terpenting kepada KDNK negara bagi tempoh antara tahun 2009 hingga tahun 2012 ialah sektor pembuatan. Pada tahun 2009, sumbangannya bernilai RM169.7 juta dan meningkat kepada RM228.1 juta pada tahun 2012. Sektor ini jelas merupakan tulang belakang ekonomi negara memandangkan pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan swasta bagi merancakkan kegiatan sektor perindustrian demi merealisasikan Wawasan 2020. Walaupun masih jauh ketinggalan berbanding dengan sektor pembuatan, sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK negara bagi tempoh berkenaan turut meningkat. Pada tahun 2009, nilai sumbangannya sebanyak RM23.2 juta yang meletakkan sektor ini sebagai penyumbang kedua terendah berbanding dengan sektor lain. Kedudukan ini tidak berubah pada tahun tahun 2012 apabila sektor pembinaan hanya mencatatkan nilai sumbangan sebanyak RM36.4 juta, iaitu peningkatan sebanyak 56.9% berbanding dengan nilai sumbangannya kepada KDNK pada tahun 2009. Sesungguhnya, iklim pertumbuhan KDNK negara yang menggalakkan ini banyak dipengaruhi oleh faktor domestik berikutan inisiatif daripada pihak kerajaan, pihak swasta mahupun pihak rakyat. Selain itu, pengaruh ekonomi global juga menjadi penentu kepada nilai KDNK negara. Walaupun pengaruh faktor luaran ini sukar dikawal, namun rakyat Malaysia masih bernasib baik kerana pengaruh yang dibawa tidak memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. (Disesuaikan daripada Portal Perangkaan Ekonomi Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013) P.AM Penggal 2(1).indd 24 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 13 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan tanaman getah berbanding dengan keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia mengikut jenis kawasan tanaman dalam tempoh yang dilaporkan. Tanaman getah dan kelapa sawit merupakan tanaman pilihan utama petani di Malaysia. Kedua-dua tanaman ini paling sesuai dengan bentuk muka bumi dan iklim di negara kita. Selain itu, keadaan pasaran yang menggalakkan dan sokongan padu pihak kerajaan menjadi daya tarikan kepada petani untuk mengusahakan tanaman ini secara komersial. Jumlah keluasan tanaman getah sama ada keluasan kawasan estet mahupun keluasan kawasan pekebun kecil pada tahun 2007 ialah 1 248 ribu hektar. Daripada jumlah keluasan tersebut, seluas 1 195 ribu hektar diliputi oleh tanaman getah yang diusahakan oleh pekebun kecil. Baki selebihnya, iaitu 4.2% daripada jumlah keluasan tanaman getah merupakan kawasan estet. Pada tahun yang sama, keluasan tanaman kelapa sawit untuk kawasan estet ialah 3 835 ribu hektar, manakala kawasan tanaman ini untuk pekebun kecil ialah 470 000 hektar sahaja. Pada tahun 2008, keluasan tanaman getah untuk pekebun kecil bertambah sebanyak 1000 hektar berbanding dengan tahun sebelumnya. Keluasan tanaman getah yang diusahakan secara estet pula merosot kepada 51 ribu hektar. Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, keluasan tanaman kelapa sawit untuk estet dan pekebun kecil bertambah, iaitu masing-masing kepada 3 948 ribu hektar dan 540 ribu hektar. Harga tanaman kelapa sawit yang lebih stabil menjadi perangsang kepada usahawan tanaman getah secara estet untuk beralih kepada tanaman ini. Mereka mula hilang keyakinan terhadap tanaman getah pada masa itu disebabkan harga pasarannya yang tidak menentu. Situasi yang sama berlarutan setahun kemudian. Keluasan tanaman getah yang diusahakan secara estet terus berkurang menjadi 50 000 hektar, manakala keluasan tanaman ini yang diusahakan oleh pekebun kecil turut berkurang dengan ketara kepada 959 ribu hektar. Sebaliknya, keluasan tanaman kelapa sawit untuk estet bertambah menjadi 4 082 ribu hektar. Selaras dengan pertambahan jumlah keluasan tanaman ini, keluasan tanaman untuk pekebun kecil juga bertambah kepada 609 000 hektar. Berbanding dengan keluasan pada tahun 2009, keluasan tanaman getah untuk pekebun kecil pada tahun 2010 berkurang lagi sebanyak 10 000 hektar, tetapi keluasan tanaman getah untuk estet meningkat sedikit, iaitu sebanyak 1 000 hektar pada tahun yang sama. Keluasan tanaman kelapa sawit untuk estet terus bertambah menjadi 4 202 ribu hektar pada tahun 2010. Begitu juga dengan keluasan tanaman kelapa sawit untuk pekebun kecil yang mencatatkan keluasan tertinggi dalam tempoh empat tahun tersebut, iaitu bertambah menjadi 651 ribu hektar. Pertambahan keluasan yang konsisten bagi tanaman kelapa sawit untuk estet dan pekebun kecil membuktikan kejayaan FELDA memperkenalkan produk tanaman ini dalam kalangan pengusaha pertanian tempatan. Hasilnya, negara terkenal sebagai pengeluar bahan mentah kelapa sawit utama di dunia. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011) STPM KLON P.AM Penggal 2(1).indd 25 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 14 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keseluruhan kuantiti pengeluaran gas terpilih bagi negara ini pada tahuntahun yang dinyatakan. Pada tahun 2008, kuantiti pengeluaran gas petroleum cecair di Malaysia adalah sebanyak 3 630 ribu tan metrik. Daripada keseluruhan kuantiti pengeluaran beberapa jenis gas negara, angka ini merupakan kuantiti pengeluaran terendah bagi tahun tersebut. Pada tahun itu, gas asli cecair yang mencatatkan pengeluaran sebanyak 23 420 ribu tan metrik merupakan kuantiti pengeluaran gas yang tertinggi dan mendominasi jumlah pengeluaran pelbagai jenis gas, iaitu sebanyak 31 870 ribu tan metrik. Pengeluaran selebihnya pada tahun yang sama adalah untuk gasolin. Gas ini menduduki tempat kedua terendah selepas kuantiti pengeluaran gas asli cecair, walaupun jurang pengeluaran antara kedua-duanya agak ketara. Setahun kemudian, keseluruhan kuantiti pengeluaran gas merosot kepada 30 470 ribu tan metrik. Berdasarkan angka tersebut, kuantiti pengeluaran gas asli cecair masih menduduki tempat teratas walaupun kuantiti pengeluarannya telah merosot sebanyak 970 000 tan metrik berbanding dengan tahun 2008. Situasi yang sama berlaku terhadap kuantiti pengeluaran gasolin yang menyusut kepada 4 360 ribu tan metrik. Bagi gas petroleum cecair pula, kuantiti pengeluarannya meningkat sedikit menjadi 3 660 ribu tan metrik pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, kuantiti pengeluaran gas petroleum cecair merosot lagi menjadi 3 050 ribu tan metrik dan terus merosot sebanyak 10 000 tan metrik pada tahun 2011 berbanding dengan kuantiti pengeluaran pada tahun 2010. Keadaan sebaliknya pula berlaku terhadap kuantiti pengeluaran gasolin bagi tahun 2011. Pada tahun 2011, kuantiti pengeluarannya adalah sebanyak 5 510 ribu tan metrik yang merupakan peningkatan sebanyak 1 330 ribu tan metrik berbanding dengan kuantiti pengeluaran pada tahun sebelumnya. Dengan angka pengeluaran ini, gasolin merupakan bahan gas yang lebih banyak dikeluarkan dalam tempoh berkenaan berbanding dengan kuantiti pengeluaran gas petroleum cecair. Pada tahun 2010, kuantiti pengeluaran gas asli cecair adalah sebanyak 24 360 000 tan metrik, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai produk gas yang paling banyak dikeluarkan. Angka ini lebih rendah sebanyak 1 460 ribu tan metrik berbanding dengan kuantiti pengeluarannya pada tahun 2011. Hal ini menunjukkan permintaan terhadap gas asli cecair begitu tinggi berbanding dengan bahan gas lain. Kualiti dan fungsinya yang meluas sememangnya tidak dapat ditandingi oleh produk lain. Industri gas di Malaysia mempunyai potensi untuk terus berkembang maju. Penggunaan bahan bakar alternatif dijangka meningkat memandangkan kelebihan bahan api ini yang tidak mencemarkan udara. Pada masa yang sama, kuantiti pengeluaran sumber petroleum perlu dikawal agar bekalannya adalah tidak pupus dalam masa yang singkat. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012) P.AM Penggal 2(1).indd 26 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 2.1 Pengenalan 1 Konsep negara Malaysia maju dan sejahtera yang menjadi matlamat Wawasan 2020 telah digerakkan secara terancang sejak tahun 1991. Tempohnya amat terhad dan negara begitu optimis untuk mencapainya. 2 Konsep Malaysia maju dan sejahtera ini turut dirangka mengikut acuan sendiri dengan berpaksikan lima prinsip Rukun Negara. 3 Konsep Malaysia maju dan sejahtera diukur berdasarkan piawaian seragam yang diterima umum seperti berikut: (a) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (b) Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) (c) Pendapatan Per Kapita (d) Status Negara Perindustrian dan Berorientasikan Perkhidmatan (e) Taraf Hidup yang Tinggi (f) Pengagihan Kekayaan yang Seimbang (g) Amalan Demokrasi dan Pasaran Ekonomi Bebas (h) Bebas Rasuah dan Penyelewengan (i) Negara yang Menghormati Hak Asasi Manusia (j) Kemudahan Infrastruktur yang Lengkap dan Moden bagi Dinikmati oleh Rakyat. (k) Taraf Kemajuan Pendidikan, terutama dalam Bidang Sains dan Teknologi 4 Indeks Kualiti Hidup Malaysia terdiri daripada 11 komponen sebagai panduan untuk memahami perubahan dan peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia dari aspek fizikal, sosial, ekonomi dan psikologi. 5 Komponen IKHM adalah seperti berikut: (a) Kebudayaan dan hiburan (b) Pendapatan dan pengagihan pendapatan (c) Persekitaran kerja (d) Pengangkutan dan komunikasi (e) Kesihatan (f) Pendidikan (g) Keselamatan awam (h) Perumahan (i) Alam sekitar (j) Kehidupan keluarga (k) Penyertaan sosial Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera 2.2 Agama dan Kepercayaan 1 Secara umum, kepercayaan bermaksud yakin dan pasti akan kebenaran sesuatu perkara. Hal ini mempengaruhi kelakuan dan tindak-tanduk seseorang. 2 Dari sudut agama, amalan kepercayaan seseorang menjadi asas pembentukan pembangunan moral atau lebih dikenali sebagai akidah atau iman seseorang. 3 Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan. 4 Agama mempunyai makna yang lebih luas, iaitu merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, manakala kepercayaan lebih mengkhusus kepada aspek ketuhanan. 5 Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai satu agama. Sebaliknya, agama melibatkan satu kelompok manusia yang dapat dikesan melalui fenomena seperti ruang, perlakuan, perbezaan biologi, objekobjek suci dan golongan ulama. 6 Melalui konsep agama dan kepercayaan, negara berupaya mewujudkan bangsa dan negara yang berdaulat sebagaimana digariskan dalam prinsip pertama Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. 7 Konsep ini menjadi asas merealisasikan matlamat Wawasan 2020, iaitu bagi melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya. 2 BAB Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera Bahagian 4: Malaysia Maju dan Sejahtera P.AM Penggal 2(2).indd 27 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Pengaruh Agama ke Arah Membentuk Negara Maju dan Sejahtera Perkara Huraian Mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat • Agama membangkitkan semangat hidup bermasyarakat dalam diri setiap manusia untuk hidup sepakat antara satu sama lain demi kepentingan bersama • Kegiatan ibadat melestarikan sistem kehidupan dalam masyarakat seperti kedudukan saf semasa sembahyang bagi penganut agama Islam • Contoh: Imam mengepalai sembahyang sementara makmum lelaki dewasa berada di belakang, kemudiannya saf kanak-kanak lelaki dan akhirnya saf perempuan di barisan paling belakang Berfungsi sebagai alat kawalan sosial • Ajaran agama dapat memastikan semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan mengelakkan kacau-bilau • Setiap kebaikan (pahala) yang dilakukan oleh penganut setiap agama pasti mendapat balasan baik, manakala kejahatan (dosa) pasti dimurkai dan diazab oleh Tuhan Berfungsi sebagai alat pendidikan • Pembentukan insan berkeperibadian mulia bermula daripada didikan agama yang diterima daripada ibu bapa sejak kecil • Didikan agama penting untuk melahirkan rakyat yang ikhlas, rela berbakti dan sanggup berkorban serta mengamalkan nilai toleransi, saling membantu dan saling menghormati demi mewujudkan perpaduan kaum • Sistem pendidikan yang dilaksanakan hendaklah berupaya memupuk dan mengukuhkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya sepanjang hayat Sumber ilmu yang berkaitan dengan kosmologi • Mereka yang mempunyai pegangan agama pasti mengetahui sedikit sebanyak berkaitan kejadian manusia dan alam • Ajaran agama juga menekankan kewujudan penghuni alam selain manusia yang dicipta oleh Tuhan serta berhubungkait antara satu sama lain Menjelaskan ketidakpastian dalam kehidupan manusia • Malapetaka, bencana alam dan kemalangan merupakan kejadian yang sukar diramal dan di luar keupayaan pemikiran manusia • Kebijaksanaan manusia dengan bantuan teknologi canggih tidak semestinya memberi jaminan bahawa manusia dapat mengharungi cabaran kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian tanpa bimbingan agama yang berkemungkinan menyediakan satu-satunya jalan penyelesaian • Hakikatnya, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukannya Pengaruh agama dan kepercayaan yang berunsur negatif • Ajaran sesat – penyebaran amalan agama dan kepercayaan yang bertentangan dengan norma masyarakat umum • Kemunculan golongan ekstremis agama – golongan pelampau yang sengaja melakukan tokok tambah terhadap amalan dan ajaran agama asal yang tulen dan benar dengan melanggar batasan yang telah ditetapkan dalam agama itu • Sentimen anti-Islam – sentimen tidak berasas yang menimbulkan kebencian, sikap enggan bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip terhadap agama Islam dan penganutnya • Golongan murtad – golongan yang meninggalkan atau keluar daripada agama Islam dan memeluk atau mengamalkan mana-mana agama lain, akidah lain atau ajaran sesat, dan menyeleweng (sama ada melalui perkataan atau perbuatan) daripada iktikad, kepercayaan dan keyakinan yang tertanam di dalam hati Ekonomi 1 Program Transformasi Ekonomi (ETP) dirangka seiring dengan beberapa dasar lain seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE), dan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK-10 dan RMK-11) demi kepentingan negara amnya, dan demi kepentingan rakyat khasnya. 2 Kewujudan dan pertambahan peluang pekerjaan dan kemasukan pelaburan asing merupakan antara faktor yang merangsang hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. P.AM Penggal 2(2).indd 28 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 3 Ekonomi Malaysia terus berkembang dengan bersandarkan beberapa faktor seperti peningkatan kegiatan ekonomi global, pertumbuhan pesat ekonomi domestik, pengukuhan sektor perbankan dan keberkesanan dasar kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan. Jadual 2.1 Langkah kerajaan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi bagi merangsang kemajuan ekonomi negara Langkah Huraian Meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan • Mengutamakan projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import yang rendah • Mempercepat pendaftaran dan liputan penuh penerima bantuan kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baharu • Menyegerakan pengambilan kakitangan secara kontrak bagi jawatan yang kritikal dalam sektor awam Menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta menjana peluang pekerjaan dalam sektor swasta • Membangunkan tanah kerajaan di lokasi strategik melalui usaha sama dengan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mempelbagaikan hasil kerajaan • Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang dalam sektor pembinaan dan pembuatan; Approved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang turut dikecualikan • Membenarkan pembelian hartanah komersial bernilai RM500 000 atau lebih untuk kegunaan sendiri tanpa memerlukan kelulusan daripada Felda Investment Corporation (FIC) • Menyediakan dana tambahan sebanyak RM200 juta bagi skim mikro kredit di bawah seliaan Bank Negara Malaysia • Meneruskan pemberian permit kerja kepada buruh mahir dan berpengetahuan • Mempermudah proses pengambilan golongan profesional, pengiktirafan kelayakan asing serta pengeluaran visa di bawah program pelancongan kesihatan dan pendidikan • Pelaksanaan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) oleh GLC bagi melatih 12 000 orang siswazah dalam tempoh dua tahun • Memanjangkan waktu perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli-belah terpilih Meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat • Potongan caruman KWSP untuk pekerja dikurangkan dengan mengekalkan kadar potongan sebanyak 3% selama dua tahun mulai 1 Januari 2009 • Had maksimum pinjaman untuk membeli kereta bagi penjawat awam dipertingkatkan • Pinjaman perumahan bagi penjawat awam untuk pembelian hartanah dalam pasaran sekunder diluluskan walaupun hak milik strata belum dikeluarkan • Tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan yang sedia ada dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun Fokus Kerajaan terhadap Pembangunan Ekonomi Negara Secara Keseluruhan 1 Faktor domestik memacu ekonomi negara di samping mengambil kira faktor persekitaran luar negara 2 Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa 3 Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pengkhususan 4 Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dijayakan melalui peningkatan daya pengeluaran dan inovasi 5 Memupuk, menarik dan mengekalkan peranan modal insan cemerlang 6 Mewujudkan peluang sama rata bagi melindungi golongan yang mudah terjejas berikutan arus pembangunan 7 Mengekalkan pertumbuhan ekonomi bertumpu dan pembangunan inklusif 8 Menggalakkan perkongsian pintar dan berkesan 9 Memanfaatkan khazanah alam sekitar dan kepelbagaian biologi 10 Kerajaan berperanan seperti sebuah syarikat yang berdaya saing P.AM Penggal 2(2).indd 29 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 Halangan terhadap Kemajuan Ekonomi Negara Persaingan ekonomi di peringkat global Turun naik harga komoditi antarabangsa Persaingan dengan negara berkepentingan Kekurangan tenaga buruh Sikap sesetengah rakyat yang enggan menyokong dasar kerajaan Tarif dan kuota Krisis kewangan Politik Senario Perkembangan Politik di Malaysia Parti politik Huraian Pakatan Rakyat • Dibentuk selepas pilihan raya umum pada tahun 2008 atas dasar tolak ansur antara parti yang terlibat bagi mengukuhkan hala tuju perjuangan • Terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) • Pada 16 Jun 2015, Pakatan Rakyat telah dibubarkan atas tiada kerjasama antara parti Pakatan Harapan • Ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai parti pembangkang terhadap gabungan Barisan Nasional yang telah memerintah negara Malaysia sejak kemerdekaan Tanah Melayu lagi • Terdiri daripada DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) • Gabungan itu termasuklah Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di negeri Sabah • Pengerusi Pakatan Harapan, iaitu Tun Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia sementara presidennya, Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri • Pada 24 Februari 2020, Tun Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri • Pakatan Harapan secara rasmi tumbang selepas Perikatan Nasional berjaya memperoleh gabungan untuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Parti Perikatan Nasional • Gabungan parti politik konservatif rasmi di Malaysia yang dibentuk pada 23 Februari 2020 • Penubuhannya bertujuan membentuk sebuah kerajaan semasa krisis politik Malaysia tahun 2020 dan bermajoriti mudah dua kerusi • Gabungan ini mendapat sokongan daripada para Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah dan seorang Ahli Parlimen Bebas • Hasil penelitian Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda telah memperkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan • Pada 17 Mei 2020, beberapa pemimpin parti seperti BN, BERSATU, PAS, GPS, PBS dan STAR dengan rasminya menandatangani persetujuan bersama untuk menyokong formasi Perikatan Nasional agar lebih stabil Halangan terhadap Kemajuan Ekonomi Negara P.AM Penggal 2(2).indd 30 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 Kepentingan Sistem Politik dalam Membentuk Negara Maju dan Sejahtera 1 Kestabilan politik menjadi teras kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dan turut berfungsi sebagai pemangkin kemajuan dan kesejahteraan negara. 2 Negara yang aman damai serta bebas daripada kemelut politik menjadi tumpuan pelabur asing yang ingin mengembangkan operasi mereka. 3 Kerajaan haruslah memandang serius terhadap usaha dan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju demi kesejahteraan rakyat. 4 Kerajaan haruslah komited dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan negara tanpa dipengaruhi oleh kepentingan peribadi. 5 Penguatkuasaan undang-undang yang tegas wajar diambil terhadap semua pihak termasuklah pemimpin parti politik yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. 6 Perkara-perkara sensitif seperti bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, kedaulatan raja-raja Melayu dan kewarganegaraan masih menjadi agenda yang mesti dipertahankan oleh kerajaan parti pemerintah demi kelangsungan dan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia pelbagai kaum. 7 Rakyat haruslah memberi sokongan penuh kepada kerajaan dan menjadi pemantau kuasa politik yang berkesan dalam sistem demokrasi bagi memastikan impian mewujudkan sebuah negara Malaysia yang maju dan sejahtera menjadi kenyataan. Prasarana 1 Selaras dengan harapan dan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan sejahtera pada tahun 2020, pelbagai kemudahan dan infrastruktur lengkap di segenap pelosok tanah air perlu disediakan. 2 Pembinaan lebuh raya dan landasan kereta api berkembar serta penyediaan pengangkutan awam dan rangkaian telekomunikasi yang pantas di semua kawasan strategik menjadi fokus dalam RMK-10. Lebuh Raya dan Jalan Raya 1 Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua dengan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion yang menghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu pasti mendatangkan limpahan pembangunan yang pesat kepada penduduk di sepanjang rangkaian lebuh raya tersebut. 2 Selain itu, pembinaan jalan raya dari Kuala Lipis ke Cameron Highlands dan dari Jerantut ke Sungai Lembing turut memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk mengembangkan kegiatan ekonomi serta meningkatkan pendapatan mereka. 3 Keprihatinan kerajaan dalam menyediakan rangkaian lebuh raya dan jalan raya yang menghubungkan bandar, pekan dan kampung di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak menunjukkan Malaysia mempunyai sistem pengangkutan darat yang lengkap dan menyeluruh. Landasan Kereta Api 1 Rangkaian landasan kereta api elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion turut dibina sebagai pelengkap kepada landasan kereta api elektrik dari Padang Besar di utara Semenanjung Malaysia ke Johor Bahru di selatan dengan peruntukan sebanyak RM16.5 bilion. 2 Pertambahan perkhidmatan pengangkutan awam seperti kereta api memberi pilihan kepada rakyat yang ingin menggunakan pengangkutan awam yang lebih selesa, selamat dan bebas daripada kesesakan lalu lintas dengan kos yang lebih murah dan menjimatkan. 3 Penyediaan pengangkutan rel bertaraf dunia, iaitu perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) telah mula beroperasi di sekitar kawasan Lembah Klang dalam beberapa kawasan lagi. MRT mampu mencapai kelajuan 150 km/jam dan dapat menampung dua juta orang penumpang sehari. 4 Selain itu, penyediaan perkhidmatan kereta api kargo memudahkan pengangkutan bahan mentah dan barang dari kawasan pengeluaran atau kilang ke destinasi yang dikehendaki. P.AM Penggal 2(2).indd 31 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 Infrastruktur Pengangkutan Air 1 Kemudahan pelabuhan bertaraf dunia bagi membantu kegiatan eksport dan import yang menggunakan pengangkutan laut juga disediakan. Hal ini dapat melancarkan pergerakan dan kemasukan kapal-kapal dagang ke negara ini yang semakin bertambah dan seterusnya mempertingkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa. 2 Dalam RMK-10, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi kerja menaik taraf infrastruktur maritim termasuk kerja mendalamkan muara di alur pelayaran bagi kemudahan dan keselesaan laluan kapal yang lebih besar. 3 Selain itu, peruntukan sebanyak RM6 bilion turut disediakan bagi menaik taraf serta memperbaiki kemudahan di Pelabuhan Barat, Tanjung Pelepas dan Pulau Pinang agar keupayaan import dan eksport dapat dipertingkatkan. Kemudahan Pengangkutan Udara 1 Kerajaan menyediakan peruntukan untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang menjadi pintu masuk pengangkutan udara di negara ini. 2 Dalam RMK-10, kerajaan telah memperuntukkan RM3.3 bilion untuk meningkatkan kapasiti lapangan terbang di seluruh negara bagi menampung pertambahan penumpang dan kargo udara. 3 Penyediaan kemudahan pengangkutan udara secara tidak langsung dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan membangunkan industri pelancongan. Kemudahan Telekomunikasi 1 Penyediaan kemudahan rangkaian telekomunikasi yang canggih di seluruh negara menjadi penanda aras bagi mewujudkan sebuah negara maju dan seterusnya memacu kepesatan pembangunan ekonomi serta kesejahteraan negara. 2 Dalam RMK-10, Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara. 3 Di bawah projek ini, perkhidmatan Internet tanpa wayar pakej mampu milik disediakan di kawasan luar bandar dan pedalaman dan diyakini dapat memberi peluang kepada rakyat, terutama pelajar mengakses Internet di mana-mana sahaja, termasuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak. Sosial dan Budaya Mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa/kaum dan agama (kaum Melayu, Cina dan India merupakan tiga kaum utama) Kaya dengan pelbagai kebudayaan dengan Kebudayaan Kebangsaan (berasaskan kebudayaan Melayu) sebagai teras Kebudayaan Melayu berteraskan ajaran agama Islam yang menekankan nilai sopan santun, kesederhanaan dan keharmonian hidup antara manusia Agama Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan bebas Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu/Malaysia tetapi bahasa ibunda kaum lain bebas diamalkan Kebajikan Orang Asli termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak terus dipelihara Ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong Terdiri daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan Bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa kedua dan digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan perindustrian Ciri Sosial dan Budaya Negara Malaysia P.AM Penggal 2(2).indd 32 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
33 Lima Teras Utama Misi Nasional 2006 – 2020 Teras Huraian Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi • Meningkatkan produktiviti, daya saing dan nilai ditambah aktiviti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang sedia ada • Menjana sumber kekayaan baru dalam sektor yang berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti ICT, bioteknologi dan perkhidmatan berasaskan kemahiran • Mewujudkan pekerjaan baharu dan meningkatkan peluang pekerjaan terutamanya dalam aktiviti berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ • Menjadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembangunan yang menyeluruh dan sejagat • Melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan yang menyeluruh daripada peringkat prasekolah sehingga tertiari, daripada aspek kurikulum dan pengajaran sehingga kepada kemudahan sekolah dengan tumpuan utama untuk meningkatkan taraf sekolah luar bandar Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif • Membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010 di samping mengurangkan kemiskinan keseluruhan • Memajukan wilayah kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah • Menangani jurang antara dan dalam kumpulan etnik terutamanya dengan menambah pendapatan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehan Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup • Memastikan perlindungan alam sekitar yang lebih baik dan penggunaan sumber asli dengan lebih cekap • Meningkatkan kecekapan perkhidmatan bekalan air • Menyediakan pengangkutan awam yang baik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan penggunaan bahan api Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan • Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi memperkukuh tadbir urus, memperkemas proses pentadbiran dan pengukuran prestasi • Menangani rasuah nyata dan tidak nyata dalam sektor awam dan swasta • Memperbaik penggunaan dan kecekapan kos dana sektor awam dengan mengamalkan kewangan berhemat serta meningkatkan pemantauan pelaksanaan (Sumber: Laman web rasmi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional) Ekologi 1 Bidang ekosistem menjelaskan situasi hubung kait antara hidupan dengan alam semula jadi yang melibatkan proses interaksi antara benda hidup dengan benda hidup lain dan benda bukan hidup yang wujud di alam sekitar. 2 Keseimbangan ekosistem hutan penting bagi memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber flora dan fauna yang menghasilkan sumber kayu-kayan, rotan, buluh, kulit kayu, ubat-ubatan dan makanan. 3 Ekosistem hutan juga membantu meningkatkan kualiti udara melalui proses fotosintesis yang dapat mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen. 4 Kerajaan amat sedar bahawa dalam proses mencapai negara maju, alam sekitar harus dilindungi supaya kelestarian sistem ekologi dan pembangunan dapat diseimbangkan dari satu generasi ke generasi yang lain. 5 Hala tuju pembangunan negara yang menitikberatkan konsep mesra alam melalui aplikasi penggunaan teknologi hijau nyata mendatangkan kesan positif kepada ekosistem negara. 6 Galakan kerajaan terhadap bidang baharu seperti bidang bioteknologi dan P.AM Penggal 2(2).indd 33 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
34 nanoteknologi merupakan penemuan terkini yang melonjakkan perkembangan ekonomi semasa negara. 7 Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Teknologi Hijau Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Pelaksanaan Pengurusan Hutan Mapan di Semananjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak merupakan antara usaha terancang kerajaan bagi meningkatkan kelestarian hutan dan sumber alam agar seiring dengan arus kemajuan dan kesejahteraan negara. Sains dan Teknologi 1 Kemajuan dan keupayaan negara dalam bidang sains dan teknologi merupakan cabaran keenam daripada sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020. 2 Berdasarkan perkembangan semasa, Malaysia berpotensi untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber yang ada ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan sejahtera berteraskan budaya sains dan teknologi. 3 Usaha mewujudkan masyarakat yang berdaya cipta, berpandangan jauh, berdaya saing dan berdaya maju bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini, malah turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi negara pada masa hadapan. Pembangunan Teknologi Sektor Perindustrian dan Pertanian 1 Bagi memastikan kemajuan dan kesejahteraan negara seiring dengan arus globalisasi, usaha bersepadu untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran dalam bidang teknologi strategik harus diatur supaya dapat membudayakan pengetahuan sains dan teknologi dalam kalangan rakyat demi menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian tanpa mengabaikan bidang pertanian. 2 Sebahagian besar eksport keluaran sektor perindustrian terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja, manakala pengeluaran barangan dalam sektor pembuatan masih terhad. Kebanyakan proses pengeluaran dalam sektor pembuatan masih tertumpu pada kegiatan pemasangan dan pengeluaran produk barangan kecil dan mudah. 3 Walaupun permintaan terhadap barangan perantaraan untuk kegunaan sektor perkilangan adalah tinggi, namun pengusaha barangan perantaraan di negara ini masih tidak berupaya menyaingi barangan perantaraan yang diimport dari segi kualiti dan kos. 4 Peningkatan kos pengeluaran ini berpunca daripada kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengurusan. 5 Dalam bidang pertanian pula, peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dibantu oleh institusi penyelidikan seperti SIRIM, RRIM, PORIM, MARDI dan UPM. 6 Hasilnya, negara ini masih merupakan pengeluar getah asli, kelapa sawit, koko dan lada hitam utama di dunia. Hasrat Kerajaan 1 Strategi yang menggabungjalinkan rancangan pembangunan ekonomi negara berasaskan pertanian dan perindustrian serta berorientasikan kemahiran sains dan teknologi bertujuan untuk membangunkan sektor perindustrian supaya mampu memilih, menyerap dan mengubah suai pengetahuan sains dan teknologi dalam bidang pengeluaran supaya setanding dengan negara maju. 2 Hakikatnya keupayaan dan kemampuan negara untuk memilih, memperoleh, menyerap, mencipta dan memperdagang teknologi tersendiri masih terbatas. Hal ini disebabkan halangan proses pemindahan teknologi antara negara, berikutan keengganan negara maju untuk berkongsi pengetahuan teknologi dengan negara membangun. 3 Kesedaran tentang kepentingan bidang sains dan teknologi, kemahiran, inovasi dan penguasaan pengetahuan k-ekonomi perlu dipupuk dalam kalangan rakyat dan disebarkan kepada generasi akan datang demi kemajuan dan kesejahteraan negara. 4 Oleh itu, penyediaan prasarana yang kondusif dan tenaga pakar untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi terus diberi penekanan oleh kerajaan. P.AM Penggal 2(2).indd 34 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
35 Integrasi dan Perpaduan 1 Kerajaan sememangnya sedar bahawa integrasi dan perpaduan kaum merupakan penentu utama kemajuan dan kesejahteraan negara memandangkan Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum. 2 Oleh itu, negara mestilah menunjukkan semangat kekitaan dan memberikan komitmen tinggi yang tidak berbelah bahagi dalam memikul tanggungjawab bersama demi memajukan negara. Jadual 2.3 Strategi kerajaan dalam meningkatkan integrasi dan perpaduan kaum Strategi Huraian Pendidikan • Pendidikan merupakan tunjang dalam membentuk jati diri dan sifat patriotik dalam diri rakyat sehingga menjadi sebahagian daripada budaya bangsa dan lambang imej negara • Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara bagi menzahirkan aspirasi negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta individu dan masyarakat yang berilmu, beramal dan berakhlak • Penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai saluran yang berkesan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu Rukun Negara • Merupakan formula bagi memantapkan dan mengeratkan lagi integrasi antara rakyat berbilang kaum dan seterusnya melahirkan sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama • Pembentukan formula ini bertitik tolak daripada peristiwa rusuhan kaum yang pernah berlaku dalam sejarah negara, iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 • Menyedarkan kerajaan supaya tidak memandang remeh aspek perpaduan kaum di negara ini Dasar kerajaan • Pelbagai dasar telah dibentuk untuk menyokong proses mengeratkan integrasi kaum di negara ini seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Nasional • Contoh: Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional bertujuan menghapuskan ketidakseimbangan pengagihan kekayaan negara yang telah mengundang ketidakpuasan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan menggugat keharmonian negara • Melalui usaha tersebut, jurang ketidakseimbangan pembangunan ekonomi antara negeri, antara bandar dengan luar bandar, dan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dapat dikurangkan. P.AM Penggal 2(2).indd 35 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
36 Soalan Struktur Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. 1 Nyatakan tiga pengaruh agama terhadap masyarakat bagi membentuk sebuah negara maju dan sejahtera. [3] (a) (b) (c) 2 Senaraikan dua langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara. [2] (a) (b) 3 Nyatakan tiga bidang yang menjadi fokus utama bagi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). [3] (a) (b) (c) 4 Senaraikan tiga usaha yang ditekankan oleh kerajaan ke arah mewujudkan negara berpendapatan tinggi. [3] (a) (b) (c) 5 Nyatakan empat faktor yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara pada masa ini tidak konsisten. [4] (a) (b) (c) (d) Latihan Pengukuhan STPM KLON STPM KLON P.AM Penggal 2(2).indd 36 07/01/2024 9:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 BAB 1 Soalan Alih Bentuk Komunikasi 1 MALAYSIA: JUMLAH PENDUDUK BAGI KUMPULAN UMUR 60–75 TAHUN KE ATAS MENGIKUT JANTINA BERDASARKAN KAUM TERPILIH PADA TAHUN 2010 Kumpulan umur (tahun) Lelaki (ribu orang) Perempuan (ribu orang) Jumlah lelaki dan perempuan (ribu orang) Melayu Cina India Jumlah Melayu Cina India Jumlah 60–64 261.3 120.4 35.1 416.8 258.1 113.6 35.4 407.1 823.9 65–69 162.4 79.7 28.1 270.2 171.3 73.7 23.0 268.0 538.2 70–74 125.6 61.4 16.2 203.2 126.7 64.2 15.6 206.5 409.7 75 ke atas 148.9 79.9 20.2 249.0 142.7 70.3 17.5 230.5 479.5 Jumlah (ribu orang) 698.2 341.4 99.6 1 139.2 698.8 321.8 91.5 1 112.1 2 251.3 (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Malaysia 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia) Media: Graf histogram piramid komponen 500 400 300 200 100 100 200 300 400 500 0 0 MALAYSIA: JUMLAH PENDUDUK BAGI KUMPULAN UMUR 60–75 TAHUN KE ATAS MENGIKUT JANTINA BERDASARKAN KAUM TERPILIH PADA TAHUN 2010 Lelaki Kumpulan Perempuan umur (tahun) 75 ke atas 70–74 65–69 60–64 Jumlah penduduk (ribu orang) Jumlah penduduk (ribu orang) Skala: 1 cm = 100 ribu orang Petunjuk Melayu Cina India (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Malaysia 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia) Jawapan P.AM Penggal 2(Jaw).indd 112 07/01/2024 9:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.