PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kandungan Tema 1: Suluh Masa Depan 1 – 4 Tema 2: Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 5 – 8 Tema 3: Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat 9 – 12 Tema 4: Waspada Selalu! 13 – 16 Tema 5: Dirgahayu Negaraku 17 – 20 Tema 6: Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji 21 – 24 Tema 7: Persaudaraan Tanpa Sempadan 25 – 28 Tema 8: Subur Bahasa, Mekar Sastera 29 – 32 Tema 9: Indah Seni, Endah Budaya 33 – 36 Tema 10: Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan 37 – 40 Tema 11: Alam Anugerah Terindah 41 – 44 Tema 12: Tuah di Bumi Permata 45 – 48 Tema 13: Perindustrian 49 – 51 Tema 14: Ekonomi Mapan, Negara Makmur 52 – 55 Tema 15: Destinasi Misteri 56 – 59 Tema 16: Mencapai Impian, Menuai Kejayaan 60 – 64 Ujian Akhir Sesi Akademik 65 – 78 Jawapan J1 – J14 Format Pentaksiran Bahasa Melayu Menengah Rendah Imbas dan muat turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Hampir 12 peratus belia kini telah diisytiharkan kerana kekurangan ilmu dalam perancangan kewangan. A sukar C tewas B muflis D miskin 2 Sesi antara pemimpin negara semasa persidangan itu telah berakhir dengan penetapan beberapa dasar utama. A epilog C prolog B dialog D monolog 3 Sebelum dilantik, seseorang calon haruslah melepasi sesi yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. A janji temu C temu duga B temu bual D temu lawak 4 Amran bercadang ingin memajukan kilang batik ayahnya dengan membeli beberapa buah mesin bagi menggantikan kaedah cantingan secara sebelum ini. A nasional C vokasional B tradisional D profesional Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Pada setiap hari Rabu, semua murid wajib menjalani latihan ko-kurikulum. 2 Seseorang yang mampu bertutur dalam dewibahasa akan lebih mendapat keutamaan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. 3 Sebagai seorang guru perasekolah, Puan Mahani seorang yang sangat penyabar melayan kerenah murid-muridnya yang baru berusia lima tahun. 4 Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma merupakan salah seorang seni wati yang tersohor dalam bidang lakonan dan nyanyian. 5 Beberapa orang maha siswi dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat lawatan sambil belajar ke Jepun telah dipilih untuk memperagakan baju kimono oleh pihak penganjur. TEMA 1 Suluh Masa Depan Halaman Buku Teks: 1 - 11 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 1 Berdasarkan rangkap kelima syair, rangkai kata bukan lagi kepalang membawa maksud A tidak tentu. C bukan pilihan. B tidak terkira. D bukan kemahuan. 2 Apakah pengajaran yang diperoleh daripada rangkap kelapan syair? A Kita janganlah berbangga dengan kejahatan yang telah kita lakukan B Kita haruslah hidup merendah diri agar sentiasa dihormati oleh orang lain C Kita mestilah sentiasa bersabar dengan ujian yang telah berlaku dalam hidup kita D Kita mestilah menjaga budi pekerti kerana tanpa budi pekerti, hidup jadi tidak bermakna 3 Berdasarkan rangkap ketiga syair, mengapakah penyair memohon maaf? A Penyair pernah melakukan kesalahan kepada seseorang tanpa disedari B Penyair tidak mahu syair ini disalah faham hingga menimbulkan kekacauan C Penyair ingin semua pembaca syair ini tahu bahawa dirinya amat merendah diri D Penyair berasakan syair ini mempunyai banyak kekurangan kerana ditulis semasa hatinya sedih 4 Pilih frasa yang menggunakan gaya bahasa sinkope dalam syair di atas. A Jikalau kiranya hamba turuti B Ikatan fakir yang sangat hina C Terfikir-fikir bukan menderita D Sajak dan nazam banyak tak kena 5 Yang berikut ialah langkah-langkah yang boleh dilakukan jika kita berasa sedih, kecuali A berjumpa dengan kaunselor. B mendekatkan diri dengan Tuhan. C menceritakan masalah di media sosial. D menceritakan masalah kepada rakan terdekat. SYAIR BURUNG NURI Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak kira di peringkat tempatan atau antarabangsa, atlet-atlet negara telah berusaha terus-menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam pelbagai arena. Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberikan saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pencapaian Malaysia”, https://malaysiakita.tripod.com/) Bahan 1 Bahan 2 1 Berdasarkan Bahan 1, mengapakah kita perlu berbangga terhadap atlet-atlet Malaysia? 2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan kepentingan bersukan kepada masyarakat. 3 Selain bidang sukan, anda ingin mencurahkan bakti untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia. Sebagai seorang pelajar di sebuah universiti tempatan, cadangkan langkah-langkah yang sesuai. KBAT Mengaplikasi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan paling sesuai. TEMA 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Halaman Buku Teks: 14 - 25 1 Seseorang yang mengalami , berkemungkinan akan melakukan tindakan yang tidak sewajarnya apabila berseorangan. A kegagalan C kesempitan B kelemahan D kemurungan 2 Nasihat yang diberikan oleh guru perlu dijadikan sebagai dalam hidup bagi memastikan kita tidak melakukan kesilapan. A jalan C panduan B lorong D penunjuk 3 teknologi dalam kalangan remaja kini boleh membawa kepada pelbagai masalah pada masa depan. A Pembelian B Pengamatan C Penggunaan D Penyalahgunaan 4 kesihatan secara berkala perlu dibuat bagi memastikan sebarang penyakit berbahaya dapat dikesan dengan lebih awal. A Penjagaan B Pendidikan C Peperiksaan D Pemeriksaan Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Cara duduk yang tidak betul boleh menyebabkan posture tulang belakang menjadi terganggu. 2 Remaja yang bersikap anti sosial akan menyebabkan mereka tidak mempunyai rakan. 3 Zambri dimarahi oleh Ganesh kerana masih terkial-kial untuk memuaturun aplikasi itu ke dalam telefon bimbitnya. 4 Program anti-dadah perlu diperluas di peringkat sekolah rendah bagi mendidik kanak-kanak agar menjauhinya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” 1 Apakah reaksi ‘aku’ setelah mendengar katakata emaknya itu? A Tidak puas hati B Akur dan bersetuju C Akur dan berdiam diri D Diam sambil membantu 2 Apakah daun yang digunakan oleh bapa sewaktu membungkus tapai? A Daun pisang dan daun petai B Daun rambai dan daun kayu C Daun pisang dan daun rambai D Daun rambai dan daun pisang “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” 3 Unsur gaya bahasa bagi perkataan yang bergaris di atas ialah A inversi. B sinkope. C hiperbola. D personifikasi. 4 Apakah kesan sekiranya melanggar petua membuat tapai? A Tapai yang dijual tetap akan laris B Tapai akan mengeras dan tidak laku C Warna tapai akan berubah dan berasa tawar D Tapai tidak manis dan orang tidak akan membeli tapai tersebut 5 Yang berikut merupakan petua-petua untuk membuat tapai, kecuali A jangan beritahu orang. B jangan kena kotoran atau minyak. C tidak membungkus tapai dengan plastik. D tidak membungkus tapai dengan daun rambai. Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku tidak berapa kisah lagi tugas emak ketika itu. Namun, menurut emak, membuat tapai banyak pantang larangnya. Kononnya, jika pantang larang dilanggar, tapai tidak manis. Kalau tapai tidak manis, orang tidak mahu beli. Namun selama ini, orang tidak pernah merungut tentang tapai ubi Wak Salikon. Juallah di mana-mana tetap habis. Tetap laris. Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak.Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual. “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam. “Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi. (Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Novel (Kertas 1) Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda pelajari di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Watak utama sesebuah novel amat penting dalam mengangkat sesebuah jalan cerita yang digarap oleh penulis. Berdasarkan sebuah novel di atas, huraikan tiga perwatakan watak utama novel tersebut berserta bukti yang sesuai. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 TEMA 3 Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Anak-anak yang dibentuk dengan sahsiah terpuji daripada ibu bapa pasti akan menunjukkan jati diri yang pada masa depan. A unik B ceria C unggul D anggun 2 Kejohanan Sukan SEA yang dilangsungkan di Filipina telah berjalan dengan Malaysia mencapai 47 pingat emas secara keseluruhannya. A baik B hebat C lancar D selamat 3 Larian Ria yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Bandar Baharu, Kedah telah menawarkan hadiah yang kepada para pemenang. A sikit B penuh C berbaloi D lumayan 4 Suara Siti Amirah yang membolehkan dia dipilih sebagai pemberi arahan kepada pasukan kawad itu. A kuat B serak C merdu D perlahan 5 Sikap jurulatih Azmir yang ketika latihan telah membuahkan hasil apabila pasukan bola sepaknya memenangi perlawanan tersebut. A tegas B keras C garau D lembut 6 Jasa tokoh sukan seperti Datuk Misbun Sidek dan Datuk Rajamani a/p Mailvaganam akan sentiasa dalam ingatan para peminat sukan tanah air. A mekar B kuncup C semarak D semerbak Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Hanya anak bongsu Encik Amar yang benar tinggi berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. 2 Oleh sebab anaknya sukakan durian, Encik Ismail membelinya sebanyak lima kilo. 3 Kerana malas mengulang kaji pelajaran, markah Jason paling rendah sekali. Halaman Buku Teks: 27 - 37 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Bahagian C Ringkasan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Keputusan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menggantung raket setelah hampir dua dekad mengabdikan diri dalam arena badminton merupakan suatu kehilangan besar kepada sukan tanah air. Anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu menempuh pelbagai suka duka sepanjang 19 tahun beraksi sebagai pemain negara dengan pencapaian terbaik beliau meraih pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik, iaitu 2008 di Beijing, 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Pemain berusia 37 tahun itu turut meraih pingat perak sebanyak tiga kali pada Kejohanan Dunia pada tahun 2011 di London, 2013 di Guangzhou, China dan 2015 di Jakarta, selain pingat gangsa edisi 2005 di Anaheim, Amerika Syarikat. Kejayaan 12 kali menjuarai Terbuka Malaysia juga jelas merupakan satu rekod yang tidak mampu dicabar oleh mana-mana pemain tempatan sehingga kini walaupun segelintir peminat tempatan menggelar beliau sebagai “jaguh kampung” kerana hanya tampil cemerlang di laman sendiri. Mengimbau kembali perjalanan karier Chong Wei, beliau meraih gelaran pertama pada Kejohanan Satelit Malaysia 2003. Tahun 2010 merupakan detik paling cemerlang untuk Chong Wei apabila beliau meraih sembilan gelaran Siri Super. Susulan pelbagai kejayaan dimenangi oleh beliau di pentas antarabangsa, Chong Wei menerima gelaran Datuk daripada kerajaan Pulau Pinang pada 2008 dan kerajaan pusat pada 2017, selain gelaran Datuk Wira daripada kerajaan Melaka pada 2016. Kejayaan cemerlang beliau di pentas antarabangsa turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuklah dipilih sebagai pemain terbaik tahunan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebanyak lima kali. Kini, Chong Wei dianggap sebagai legenda sukan negara dan sukar untuk mencari pengganti yang mampu mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Namamu Terpahat dalam Sejarah Sukan Malaysia” sinarharian.com.my, 14 Jun 2019) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Karangan Respons Terhad (Kertas 2) Bahagian A Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Hari Sukan Sekolah semua atlet berkumpul – majlis perasmian – pengetua sekolah – acara dimulakan – sorakan daripada penyokong – guru-guru bertungkus lumus – tercedera – menerima rawatan – gembira – juara keseluruhan – olahragawan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Karangan Respons Terbuka (Kertas 2) Bahagian B Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Pelibatan generasi muda dalam bidang sukan telah memberikan banyak manfaat kepada negara. Bincangkan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 TEMA 4 Waspada Selalu! Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 1 Sikap berwaspada ibu bapa terhadap keadaan anak-anak ketika mandi di laut amat penting sekali. A teramat terpenting sekali B amat terpenting sekali C teramat penting sekali D amat penting sekali 2 Para penyelam yang ditugaskan untuk proses mencari dan menyelamat di kawasan tersebut telah mengesahkan supaya mangsa tidak dijumpai. A agar mangsa tidak dijumpai B apabila mangsa tidak dijumpai C bahawa mangsa tidak dijumpai D supaya mangsa tidak dijumpai 3 Peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan diwujudkan demi untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah. A demi melahirkan B demi untuk lahirkan C untuk demi melahirkan D demi untuk melahirkan 4 Setelah berbulan-bulan jatuh di tangga, nenek belum boleh berdiri sendiri kerana masih memerlukan sokongan untuk berdiri. A telah sudah berdiri sendiri B belum masih berdiri sendiri C telah pernah berdiri sendiri D belum boleh berdiri sendiri Bahagian B Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Kanak-kanak amat sangat gembira jika ibu bapa membawa mereka berekreasi di kawasan sungai. 2 Polis telah menahan tiga orang lelaki warga asing bahawa disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. 3 Banyak perkara-perkara baharu yang dapat kita belajar melalui ceramah Doktor Azwan tentang langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit. 4 Pengguna dinasihatkan jika meneliti maklumat pada label barang makanan bagi memastikan kandungan bahan pengawet. Halaman Buku Teks: 41 - 51 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 1 Mengapakah ibu Muzafar termenung di hadapan pintu? A Bosan kerana tiada kerja B Ingin merasa angin dari luar C Menunggu kepulangan Muzafar D Berhajat untuk memarahi Muzafar 2 Mengapakah ibu Muzafar berasa sangat risau akan keselamatan Muzafar? A Ahli ekspedisinya tidak mempunyai ilmu yang cukup B Muzafar menjalankan aktiviti tanpa pengetahuan ibunya C Ibu Muzafar merasakan anaknya telah merahsiakan sesuatu daripadanya D Muzafar menunjukkan perubahan sikap selepas pulang daripada ekspedisi 3 Apakah sikap Muzafar yang wajar dicontohi? A Mengamalkan gaya hidup sihat B Bersikap terbuka menerima kritikan C Terlalu mementingkan rakan-rakan ekspedisinya D Meminta maaf daripada ibunya apabila sedar telah membuat kesilapan 4 Nilai yang tidak terdapat di dalam petikan di atas ialah A baik hati. B kejujuran. C kemaafan. D kasih sayang. 5 Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Muzafar setelah mengetahui keadaan ibunya? A Menelefon ibunya dengan kerap B Menghantar wang bulanan dengan lebih banyak C Membawa ibunya untuk menyertai ekspedisinya selepas ini D Mengupah orang lain untuk menjaga kebajikan ibunya Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. MUZAFAR : (Mendekati IBU) Assalamualaikum, mak. IBU : (Gugup) Wa … waalaikumusalam. (Girang) Eh, Zafar! MUZAFAR : Ya, mak. Kenapa mak duduk termenung di muka pintu ni? IBU : Tunggu kaulah. MUZAFAR : Mak ni! Macamlah kita tak pernah berjauhan. IBU : Tapi, kali ni, mak rasa macam jauh sungguh. MUZAFAR : Kenapa mak rasa macam tu? IBU : Sebab, kau langsung tak telefon mak. Pula tu, orang-orang yang kau bawa berekspedisi bukannya boleh menyelamatkan kau kalau sesuatu terjadi pada kau. Itulah yang merisaukan mak. MUZAFAR : Maafkan saya, mak. Saya tak patut biarkan mak risau tidak menentu. Memang saya silap sebab tak telefon mak. IBU : Ha, sedar pun kau. MUZAFAR : Sebenarnya, apabila ada masa lapang, saya sering leka berbual dengan para peserta ekspedisi hingga larut malam. Tak sampai hati pula saya nak kacau mak pada waktu macam tu. (Dipetik daripada drama “Tenang-tenang Air di Tasik”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
65 Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Oleh sebab kerosakan rantai, Danish terpaksa basikalnya ketika pulang daripada sekolah. A menyeret B mengelek C menuntun D menunggang 2 lagu yang didendangkan oleh penyanyi itu sungguh menyentuh perasaan. A Bait-bait B Kata-kata C Kata-kata D Frasa-frasa Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Firaz menghirup air kopi yang masih panas itu dengan perlahan-lahan. II Damia gemar bersiar-siar di taman rekreasi sambil menghirup udara yang segar. III Nyamuk aedes selalunya menghirup darah mangsanya pada waktu siang. IV Tabiat menghirup rokok memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Kanang dianugerahi pelbagai pingat oleh pihak kerajaan sebagai membalas semua jasa beliau. II Sebelum beredar dari sini, Faizura sempat membalas senyuman saya. III Zila belum sempat membalas e-mel yang dikirimkan oleh sahabatnya. IV Penduduk kampung sedang bekerjasama membalas sawah sejak pagi tadi. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Kertas 1 Ujian Akhir Sesi Akademik Masa: 1 jam 30 minit 100 Skor PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
66 Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Pelakon wanita yang terkenal itu melakon watak sebagai seorang guru yang tegas dan garang. A melakonkan perwatakan sebagai B berlakon perwatakan sebagai C melakonkan watak sebagai D melakon watak sebagai 6 Banyak pihak yang beranggapan bahawa mata pelajaran Sejarah dapat memupuk semangat cinta dengan negara. A semangat cintakan negara B semangat cinta akan negara C semangat cinta untuk negara D semangat cinta dengan negara Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Kami akan balik di kampung setiap kali hari raya. II Sementara menanti adiknya bergunting rambut, Laila berjalan ke pasar tani. III Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa bersyukur atas kemajuan negara. IV “Jangan sentuh apa-apa yang disusun di dalam bilik ini,” kata Amrina kepada anaknya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Sharon menjemput semua rakannya ke majlis perkahwinan kakaknya. II Doktor Amri akan mengetuai pembedahan bayi kembar siam itu pada pagi esok. III Pegawai itu menasihati agar mematuhi peraturan kepada pekerja-pekerja binaan di situ. IV “Sila jangan berbuat bising kerana mensyuarat sedang berlangsung” kata perempuan itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Beberapa orang petani masih membanting padi di tengah-tengah sawah walaupun cuaca panas terik. A Walaupun cuaca panas terik, masih membanting padi di tengah-tengah sawah beberapa orang petani. B Sungguhpun membanting padi tengah-tengah sawah, beberapa orang petani masih berpanas terik. C Sedangkan cuaca panas terik, di tengah-tengah sawah beberapa orang petani masih membanting padi. D Masih berjemur di bawah cuaca panas terik beberapa orang petani yang masih membanting padi di tengah-tengah sawah. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
67 Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Pergaduhan antara adik-beradik itu tidak lama kerana mereka berbaik-baik semula beberapa bulan selepas itu. 10 Peribahasa yang manakah yang paling tepat dengan berdasarkan pernyataan di atas? A Telunjuk lurus, kelengkeng berkait B Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan C Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga D Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. “Tapai! Tapai! Tapai!”. Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya! “Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki. (Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia) 11 Mengapakah ‘aku’ jemu dengan panggilan Tapai? A Tapai merupakan orang yang dibenci oleh ‘aku’ B Sejak kecil ‘aku’ seringkali dikaitkan dengan tapai C ‘Aku’ tidak suka makanan tapai yang merupakan tradisi keluarganya D ‘Aku’ berasa malu kerana perkataan tapai membawa maksud yang buruk 12 Pengajaran yang terdapat pada perenggan kedua petikan cerpen di atas ialah A jangan sesekali berasa malu dengan nasib keluarga. B seorang anak haruslah berbincang dengan keluarganya seandainya ada masalah. C janganlah menyimpan perasaan kecewa kerana akan mengakibatkan kita rasa tertekan. D seorang anak haruslah sentiasa bersedia untuk membantu kedua-dua orang ibu bapanya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J1 Praktis Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 3 - Jawapan TEMA 1 Suluh Masa Depan Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A 1 B 2 B 3 C 4 B Bahagian B 1 ko-kurikulum – kokurikulum 2 dewibahasa – dwibahasa 3 perasekolah – prasekolah 4 seni wati – seniwati 5 maha siswi – mahasiswi Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A 1 B 2 C 3 D 4 D 5 C Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B 1 Kita perlu berbangga kepada atlet-atlet Malaysia kerana: • atlet-atlet negara telah berusaha terus-menerus • atlet-atlet negara mempunyai keazaman yang tinggi • atlet-atlet negara tabah dalam mengharumkan nama negara 2 Kepentingan bersukan kepada masyarakat: • melahirkan masyarakat yang sejahtera dari aspek kesihatan • membentuk masyarakat yang ceria dan berminda sihat • masyarakat akan hidup bersatu padu 3 Langkah-langkah yang sesuai: • membawa nama negara melalui penyertaan simposium di peringkat antarabangsa • mencipta inovasi yang mampu dibentangkan di peringkat antarabangsa • menyertai misi bantuan ke luar negara • menulis buku yang mampu dirujuk oleh pelajarpelajar luar berkaitan dengan negara Malaysia. Novel (Kertas 1) Bahagian C Novel Justeru Impian di Jaring • Tema: Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia. • Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling kerana tindakannya menutup aurat semasa bermain badminton. Novel Hempasan Ombak • Tema: Kegigihan remaja berusaha untuk memajukan syarikat. • Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara. Novel Tawanan Komander Caucasus • Tema: Kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. • Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus. Novel Chot • Tema: Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan • Hal ini digambarkan melalui watak Alias yang menyayangi ibunya yang lumpuh, kasih sayang antara chot dengan Alias dan kasih sayang Som yang merupakan kawan baik Alias. TEMA 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A 1 D 2 C 3 D 4 D Bahagian B 1 posture – postur 2 anti sosial – antisosial 3 memuaturun – memuat turun 4 anti-dadah – antidadah Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A 1 C 2 C 3 B 4 D 5 D Novel (Kertas 1) Bahagian B Novel Justeru Impian di Jaring Watak utama: Syahir Perwatakan: • Menjaga hati orang lain – Meskipun agak kenyang, Syahir tetap meratah sepotong ikan demi menjaga hati ibunya yang bersungguh-sungguh memasak. • Mentaati ibu bapa – Syahir mentaati wasiat ayahnya yang mahu semua anaknya mempunyai ilmu, berjaya dan berijazah. • Berpendirian teguh – Syahir tetap teguh dengan keputusannya untuk terus menceburi bidang sukan biarpun ayah menasihatinya agar menumpukan perhatian pada pelajaran. Novel Hempasan Ombak Watak utama: Farid Perwatakan: • Bersederhana – Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. • Rasional – Farid hanya melihat bengkelnya terbakar setelah berusaha untuk memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu yang boleh mengundang bahaya. Jawapan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Format Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 Kemahiran Membaca dan Menulis BIL. PERKARA KERTAS 1 (02/1) KERTAS 2 (02/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis (PEmahaman Ujian Bertulis (Penulisan) 2 Jenis soalan • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A: • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa OAP – 20 soalan • Pemahaman Petikan OAP – 20 soalan Bahagian B: • Morfologi/Frasa/Sintaksis (OPB) – 4 soalan • Pemahaman Petikan (SRT) – 3 soalan • Novel: KOMSAS (SRT) – 3 soalan Bahagian A: Karangan (SRT) – 1 soalan Bahagian B: Karangan (SRTb) – 3 soalan (Jawab satu soalan sahaja) 4 Markah Bahagian A: 15 markah Bahagian B: 30 markah Bahagian C: 15 markah Jumlah: 60 markah Bahagian A: 10 markah Bahagian B: 30 markah Jumlah: 40 markah 5 Tempoh Ujian 1 jam 30 minit 1 jam 6 Konstruk • Kemahiran aplikasi maklumat (Membaca dan memahami) • Pengetahuan sistem bahasa • Kemahiran aplikasi maklumat (Menulis) • Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa (Membaca dan menulis) 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran PENERBIT Dikotomus, Analitikal dan Holistik Holistik ILMU BAKTI SDN. BHD.