The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota & Latihan STPM Sem 2 - Sejarah Malaysia & Asia Tenggara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-06-22 02:08:07

Nota & Latihan STPM Sem 3 - Sejarah Malaysia & Asia Tenggara

Nota & Latihan STPM Sem 2 - Sejarah Malaysia & Asia Tenggara

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


ii PB Ulasan Soalan STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Kertas 3 (2022) iii Bahagian A Sejarah Malaysia BAB Masyarakat 1 1 BAB Transformasi Masyarakat 2 16 BAB Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa 3 30 BAB Pengisian Kemerdekaan 4 48 Bahagian B Sejarah Asia Tenggara BAB Masyarakat 1 68 BAB Transformasi Masyarakat 2 84 BAB Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa 3 98 BAB Pengisian Kemerdekaan 4 112 Kertas Model STPM 126 Jawapan 127 Kandungan N&L Sej Malaysia S3(Prelim).indd 2 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB iii Ulasan Soalan STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Kertas 3 (2022) Bahagian A: Sejarah Malaysia No. Soalan Soalan Ulasan 1 Jelaskan peranan institusi beraja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Soalan ini meminta calon menjelaskan peranan institusi beraja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Peranan institusi beraja di Tanah Melayu terdiri daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. Jawapan calon harus meliputi ketigatiga aspek ini. Peranan raja dalam aspek politik merangkumi tanggungjawab dalam pentadbiran, berkuasa melantik pengganti sultan, penggubal undang-undang, ketua hakim, melantik pembesar dan ketua angkatan tentera. Sementara peranan raja dalam aspek ekonomi pula, iaitu menguasai sumber ekonomi, berkuasa dalam hal ehwal pengutipan cukai, melaksanakan sistem serah dan kerah. Akhir sekali, peranan raja dalam aspek sosial pula adalah sebagai lambang dan memelihara perpaduan negeri, ketua agama dan adat istiadat serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat. 2 Bincangkan faktor peluasan kuasa asing di Sabah dan di Sarawak pada abad ke-19. Soalan ini meminta calon membincangkan faktor peluasan kuasa asing di Sabah dan di Sarawak pada abad ke-19. Perbincangan haruslah meliputi Sabah dan Sarawak. Antara jawapannya ialah kekayaan sumber ekonomi di Sabah seperti sarang burung, sagu, rotan dan getah perca. Di Sarawak pula mempunyai hasil bumi seperti antimoni, emas dan arang batu. Selain itu, terdapat juga komoditi lain seperti sagu dan hasil hutan. Faktor peluasan kuasa asing seterusnya ialah pemberontakan dan ancaman lanun yang berlaku di Sarawak. 3 Bincangkan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara menerusi Dasar Perindustrian Negara. Soalan ini meminta calon membincangkan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara menerusi Dasar Perindustrian Negara. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan, iaitu merangka Pelan Strategik Perindustrian Negara, Kajian Dasar Perindustrian Negara dan Pelan Induk Perindustrian. Usaha kerajaan dalam Pelan Induk Perindustrian pula adalah dengan melaksanakan pengeksportan keluaran kilang secara besar-besaran, insentif dalam industri, meningkatkan prasarana serta menyusun semula industri kecil dan sederhana. N&L Sej Malaysia S3(Prelim).indd 3 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iv PB Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara No. Soalan Soalan Ulasan 4 Perihalkan peranan pembesar di Thailand pada abad ke-19. Soalan ini meminta calon membincangkan peranan pembesar di Thailand. Peranan pembesar di Thailand yang terdiri daripada pembesar pusat dan pembesar di wilayah. Di peringkat pusat, Mantri Prasad menjadi penasihat raja, Krom Mahattai ditugaskan mengawal wilayah utara Thailand, sementara Krom Muang memastikan keselamatan ibu kota, Krom Khlang pula bertanggungjawab menjaga perbendaharaan dan pengutipan cukai, manakala Krom Na bertanggungjawab dalam hal ehwal pertanian, dan Krom Wang bertanggungjawab menjaga kebajikan keluarga raja dan proses undang-undang. Sementara pentadbiran wilayah pula diketuai oleh Khunnang dan mengikut peranan di peringkat pusat. 5 Terangkan matlamat penubuhan Young Men Buddhist Association (YMBA) di Myanmar. Soalan ini meminta calon menerangkan matlamat penubuhan Young Men Buddhist Association (YMBA) di Myanmar. Matlamatnya ialah memperjuangkan sosioekonomi dan budaya. Antara yang diperjuangkan ialah menjaga kebajikan agama Buddha, pendidikan di Myanmar, peluang pekerjaan, penghapusan sikap negatif masyarakat Myanmar, penubuhan Universiti berteraskan agama Buddha di Ranggon. YMBA juga memupuk dan mengembangkan semangat nasionalisme dalam isu kasut, membantah Laporan Montagu-Chelmsford dan membentuk Majlis Am Persatuan Myanmar bagi mendesak British membentuk pemerintahan Diarki di Myanmar. 6 Jelaskan dasar ekonomi Filipina selepas kemerdekaan pada tahun 1946. Soalan ini meminta calon menjelaskan dasar ekonomi Filipina selepas kemerdekaan pada tahun 1946. Jawapan calon harus meliputi dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh presiden-presiden di Filipina sepanjang pemerintahan mereka. Presiden-presiden tersebut ialah Presiden Roxas, Presiden Elpido Quirino, Presiden Ramon Magsasay, Presiden Garlos Garsia, Presiden Macapagal, Presiden Ferdinand Marcos, Presiden Corazon Aquino, Presiden Fidel V Ramos dan Presiden Joseph Estrada. N&L Sej Malaysia S3(Prelim).indd 4 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 1 1.1 Institusi Pemerintahan Raja Konsep Raja 1 Raja mendirikan pusat pemerintahan di muara sungai. 2 Raja mempunyai kuasa mutlak. 3 Raja sangat bergantung kepada pembesar daerah untuk menjamin kedudukan, kewibawaan dan kekuasaan. 4 Raja menjadi lambang perpaduan rakyat dan baginda bertanggungjawab dalam hal ehwal keagamaan dan adat istiadat Melayu. 5 Raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Peranan Raja Politik 1 Raja merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak. 2 Baginda mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, bertindak sebagai ketua hakim dan perundangan serta berkuasa melantik pembesar di peringkat daerah. Ekonomi 1 Raja menguasai semua sumber ekonomi negeri seperti cukai, buruh, perkhidmatan, hasil pertanian dan perlombongan di kawasan jajahannya. 2 Raja berkuasa melantik wakil kerajaan untuk menguruskan perdagangan di pelabuhan dan mengeluarkan surat kebenaran berdagang. Sosial 1 Raja bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan keputusan Majlis Penasihat Raja. 2 Raja dianggap sebagai lambang perpaduan dan penyatuan rakyat. Pembesar Konsep Pembesar 1 Golongan yang menduduki lapisan kedua teratas selepas raja dalam hierarki masyarakat. Mereka membantu sultan atau Yang di-Pertuan Besar dalam melaksanakan pentadbiran di peringkat tertentu. Namun, mereka bukan daripada keturunan diraja. 2 Pemerintahan peringkat daerah atau jajahan adalah di bawah kuasa pembesar daerah. 3 Dibahagikan kepada beberapa lapisan yang mencerminkan kedudukan, keistimewaan serta kuasa mereka dalam sistem politik dan masyarakat. 4 Dibahagikan kepada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. 5 Dilantik terus oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Mereka amat menghormati dan taat setia kepada sultan. 6 Di peringkat kampung ialah ketua kampung atau dikenali sebagai penghulu atau penggawa. Di Kelantan, penghulu dikenali sebagai Tok Kweng. 7 Golongan ini penting sebagai perantara antara pembesar dengan rakyat. Hierarki 1 Secara umumnya, pembesar dibahagikan kepada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Peranan Pembesar Peringkat Daerah/ Jajahan Politik 1 Pembesar daerah memperoleh hak memerintah sesebuah kawasan melalui surat NOTA Ekspres BAB Bahagian A Sejarah Malaysia 1 Masyarakat Bah A Sej S3(B1).indd 1 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 3 tauliah daripada sultan. Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai “kawasan pegangan”. 2 Pembesar tersebut akan memegang jawatan seumur hidup dan jawatan tersebut akan diwarisi oleh anaknya. 3 Pembesar merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan. 4 Pembesar bertanggungjawab untuk menyediakan dan membekalkan tenaga ketenteraan. Mereka juga memastikan penduduk di bawah jagaan mereka taat kepada pemerintah. 5 Para pembesar menjadi penasihat atau ahli Jemaah Penasihat Sultan. 6 Para pembesar juga memainkan peranan menjaga keamanan dan keselamatan negeri. 7 Pembesar membekalkan tenaga ketenteraan kepada sultan. 8 Pembesar juga berperanan mengadili kes-kes jenayah di daerah mereka. Ekonomi 1 Pembesar memungut cukai di kawasan pentadbiran mereka melalui penghulu dan pemungut cukai. 2 Mereka menguasai hasil perlombongan bijih timah dan menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah dan sistem kerah. 3 Mereka hanya mengeluarkan modal dan urusan perdagangan dijalankan oleh wakilwakil yang dilantik. Sosial 1 Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah. 2 Pembesar menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan. 3 Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh. Peranan Pembesar Peringkat Kampung Politik 1 Menjaga keamanan dan keselamatan kampung. 2 Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pembesar daerah. 3 Beliau dilantik oleh sultan melalui surat tauliah bercap mohor. 4 Penghulu bertanggungjawab kepada pembesar daerah. 5 Berkuasa penuh terhadap anak buah. Sosial 1 Memastikan penduduk kampung taat setia kepada sultan. 2 Membekalkan dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah. 3 Menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan perselisihan anak buah. Ekonomi 1 Memastikan kegiatan ekonomi berjalan lancar. 2 Memperoleh sumber pendapatan daripada pelbagai sumber. 3 Melaksanakan sistem pungutan cukai di kampung jagaannya. 1.2 Hukum Adat dan Undang-undang Hukum Adat 1 Adat ialah undang-undang tidak bertulis yang diamalkan secara turun-temurun. Adat juga merupakan peraturan hidup masyarakat. 2 Hukum adat berasaskan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan hukum syarak mengikut mazhab Syafii. 3 Terdapat dua jenis adat, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat-adat ini dipercayai berasal dari Sumatera, Indonesia. 4 Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang (berasal dari Pagar Ruyong) dan diamalkan di Negeri Sembilan serta kawasan Naning. 5 Adat Temenggung pula diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang dan diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Raja/Sultan Pembesar Penghulu Rajah 1.1 Hierarki pemerintahan dalam masyarakat Melayu Bah A Sej S3(B1).indd 2 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 3 Jadual 1.1 Perbezaan antara Adat Pepatih dengan Adat Temenggung Aspek Adat Perpatih Adat Temenggung Sifat Bersifat matrilineal, iaitu kaum wanita yang mempunyai kedudukan yang utama dalam masyarakat. Bersifat patrilineal, iaitu kaum lelaki lebih diutamakan. Ini adalah kerana kaum lelaki dianggap meneruskan keturunan. Perkahwinan dan kekeluargaan • Apabila seorang anak perempuan berkahwin, suaminya digelar orang semenda. • Orang semenda berkuasa terhadap isterinya. • Lelaki semenda dikehendaki mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga sebelah isterinya. • Apabila seorang lelaki berkahwin, isterinya dikehendaki tinggal bersamasama keluarga ibu bapa suaminya. • Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan mengikut hukum syarak dan dibenarkan dalam Islam. Pemerintahan Sistem pemerintahan bersifat demokrasi, permuafakatan dan musyawarah sebagai asas pentadbiran dan penyelesaian masalah. Sistem pemerintahan bersifat autokrasi yang menekankan kuasa dan kedudukan istimewa pemerintah serta kaum bangsawan. Undang-undang jenayah Undang-undang jenayah bersifat pemilihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Undang-undang jenayah bersifat keras dan berpegang pada prinsip pembalasan. Ini bertujuan untuk memberi iktibar, amaran dan pengajaran kepada orang lain. Pembahagian harta Dari segi pembahagian harta, harta bukan hak perseorangan, tetapi adalah hak milik kelompok kekeluargaan secara bersama. • Harta ialah hak kepunyaan orang perseorangan. • Sistem perwarisan ialah hak milik tetap bagi seseorang individu. Undang-undang Undang-undang 99 Perak Politik 1 Fasal 24 – Seseorang perlu mematuhi beberapa protokol istana 2 Fasal 77 – Peraturan raja atau pemerintah berkaitan dengan pemerintahan yang diwarisi selepas kemangkatan baginda 3 Fasal 74 – Menjelaskan beberapa strategi peperangan agar kemenangan dapat dicapai Sosial 1 Fasal 6 – Hukuman dibuang daripada mukim bagi kesalahan mengambil isteri orang 2 Fasal 50 – Hukuman bagi pesalah zina 3 Fasal 65 – Undang-undang berkaitan dengan perkahwinan 4 Fasal 23 – Hukuman bagi membunuh sesama Islam 5 Fasal 4 – Hukuman bagi orang kafir membunuh orang Islam Ekonomi 1 Fasal 14 – Hukuman berkaitan dengan penternakan 2 Fasal 15 – Tanaman yang berkaitan dengan ganti rugi Agama 1 Fasal 58 – Syarat-syarat pemilihan kadi dan imam 2 Fasal 79 – Syarat menjadi kadi perlu menguasai hukum Allah SWT Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1 Fasal 2 – Penetapan tentang pewarisan takhta mestilah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam 2 Fasal 3 – Menetapkan pewaris takhta kerajaan Johor berketurunan Sultan Abu Bakar 3 Fasal 8 – Larangan terhadap bakal raja 4 Fasal 15 – Larangan raja menyerahkan negeri kepada kuasa luar 5 Fasal 20 – Larangan terhadap bekas raja tentang campur tangan dalam urusan negeri 6 Fasal 28 – Urusan yang berkaitan dengan menteri 7 Fasal 30 – Peruntukan tentang para menteri mestilah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam Bah A Sej S3(B1).indd 3 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 5 8 Fasal 16 – Larangan menyerahkan negeri kepada kerajaan lain 9 Fasal 34 – Raja berhak memilih Menteri Besar dan Jemaah Menteri melantik jawatan naib Menteri Besar dengan perkenan raja 10 Fasal 39 – Gelaran menteri 11 Fasal 40 – Hak raja dalam pemecatan menteri 12 Fasal 42 – Fungsi Jemaah Menteri membantu raja dalam pentadbiran 13 Fasal 43 – Persidangan Jemaah Menteri 14 Fasal 45 dan Fasal 46 – Pelantikan ahli Mesyuarat Kerajaan 15 Fasal 49 – Syarat ahli mesyuarat kerajaan serta tugasnya 1.3 Sistem Sosial Konsep dan Susun Lapis Masyarakat 1 Susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan. 2 Dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. 3 Golongan yang memerintah terdiri daripada raja, keluarga diraja, pembesar, penghulu dan golongan agama serta pendeta. 4 Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Sultan/ Raja/ Yang di-Pertuan Besar Keluarga dan Kerabat Diraja Pembesar dan Bangsawan Ulama/Pendeta Rakyat Biasa/Rakyat Asing Hamba Rajah 1.2 Susun lapis masyarakat Melayu Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar 1 Menduduki hierarki teratas. 2 Berkuasa mutlak dalam bidang politik. 3 Konsep derhaka dan daulat mengukuhkan kedudukan sultan. 4 Sultan menikmati pelbagai keistimewaan. Keluarga dan Kerabat Diraja 1 Golongan ini berada di hierarki kedua. 2 Golongan ini bergelar ‘Raja’ atau ‘Tengku’. 3 Mereka mempunyai kuasa tertentu apabila diberikan tugas rasmi negeri. 4 Mereka juga menikmati keistimewaan tetapi tidak melebihi raja. Pembesar dan Bangsawan 1 Golongan ini menduduki hierarki ketiga. 2 Mereka berpengaruh dan bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran negeri. 3 Mereka membantu pentadbiran di peringkat negeri, daerah dan jajahan. 4 Mereka mempunyai tanggungjawab di kawasan jajahannya. Penghulu 1 Penghulu ialah ialah golongan pemerintah keempat. 2 Penghulu merupakan ketua pentadbiran di peringkat kampung. Golongan Ulama dan Pendeta 1 Golongan ini dianggap sebagai golongan cerdik pandai. 2 Golongan ulama mempunyai kepakaran dalam bidang agama. 3 Golongan pendeta pula mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan salasilah raja. Rakyat Biasa 1 Golongan diperintah yang pertama. 2 Mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian dan aktiviti sara diri. Hamba 1 Hamba ialah rakyat yang tidak bebas dan merupakan golongan terakhir dalam susun lapis masyarakat Melayu. 2 Hamba terbahagi kepada hamba abadi, hamba berhutang dan hamba raja. Bah A Sej S3(B1).indd 4 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 5 (a) Hamba abdi ialah hamba seumur hidup yang terdiri daripada hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur dan hamba diserah. (b) Hamba berhutang ialah orang yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan. Hamba berhutang terbahagi kepada orang berhutang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan setelah hutang selesai, anak emas, iaitu orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan, hamba waris, iaitu anak isteri hamba yang berhutang dan hamba bayar, iaitu abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain setelah membayar hutangnya. (c) Hamba raja ialah orang merdeka yang melakukan jenayah dan ditangkap serta kemudiannya diampunkan oleh raja. Taraf hamba raja ini lebih tinggi dan mendapat sedikit keistimewaan daripada hamba yang lain kerana akan dibebaskan setelah mendapat keampunan daripada raja. Hamba raja terdiri daripada hamba perang, tawanan dan banduan. 3 Namun, kedatangan British telah membawa perubahan dalam sistem perhambaan kerana British tidak mahu membiarkan soal perhambaan berleluasa di negeri-negeri Melayu serta dianggap bertentangan dengan nilai-nilai Barat atau nilai kemanusiaan di Eropah. 4 British mahu mengekalkan undang-undang berasaskan undang-undang British yang bertentangan dengan adat dan undangundang orang Melayu terutamanya dalam soal perhambaan. 5 Tindakan J.W.W. Birch memberi perlindungan kepada hamba berhutang terutamanya wanita dianggap oleh pembesar Melayu sebagai merampas harta mereka. 6 Sistem perhambaan juga turut mengalami perubahan di Pahang apabila Residen British, J.P. Rodger dan dibantu oleh Hugh Clifford telah melakukan perubahan dalam pentadbiran. 7 Dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889, satu undang-undang telah diperkenalkan, iaitu undang-undang mengenai penghapusan sistem kerah dan hamba abdi. 8 Berdasarkan undang-undang ini, pembesar telah diarahkan mendaftarkan hamba-hamba mereka kepada Pemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat terperinci tentang hamba mereka, nama hamba mereka, pekerjaan dan jumlah hutang. Jika gagal mematuhi arahan akan diambil tindakan. 9 Walaupun mendapat tentangan, British tetap meneruskan perubahan dalam sistem perhambaan di Tanah Melayu dengan melaksanakan perubahan secara beransuransur seperti raja-raja dan pembesar perlu mendaftarkan hamba-hamba yang dimiliki kepada residen. 10 Pada tahun 1884, British telah membuat pengisytiharan rasmi, iaitu mengharamkan institusi perhambaan di Tanah Melayu. 1.4 Sistem Ekonomi Ekonomi Tradisional Konsep Ekonomi Tradisional 1 Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga atau dikenali sebagai ekonomi sara diri. 2 Masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama, tiada pengkhususan pekerjaan dan tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur. 3 Alat-alat tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Contohnya bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala digunakan bagi menangkap ikan. 4 Kegiatan ekonomi tradisional dilakukan secara kecil-kecilan dan tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, namun jika ada lebihan, barulah ada aktiviti penjualan. Ciri-ciri Ekonomi Tradisional 1 Tiada pengkhususan pekerjaan kerana pekerjaan ini melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orangorang tua melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. 2 Kegiatan ekonomi ini berkait rapat dengan kawasan penempatan seperti tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan Bah A Sej S3(B1).indd 5 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 PB berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan. 3 Menggunakan peralatan tradisional yang boleh dibuat sendiri seperti bubu yang diperbuat daripada rotan kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap ikan. 4 Aktiviti gotong-royong diamalkan bagi memudahkan serta mempercepat sesuatu pekerjaan yang dilakukan seperti menanam dan menuai padi. 5 Tiada lebihan hasil diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. Kegiatan Ekonomi Sara Diri 1 Kegiatan ekonomi sara diri adalah seperti Rajah 1.3 yang berikut. i-THINK Peta Buih Kerja kemahiran Memungut hasil hutan Melombong Bertani Menangkap ikan Menternak binatang Kegiatan Ekonomi Sara Diri Rajah 1.3 Kegiatan ekonomi sara diri Ekonomi Komersial Konsep Ekonomi Komersial 1 Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi bagi mendapatkan keuntungan seperti kegiatan perdagangan dan perlombongan. 2 Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah, iaitu raja dan pembesar. Ciri-ciri Ekonomi Komersial 1 Perdagangan dilakukan secara jual beli dan eksport seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya dengan berjaja di pasar. 2 Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi seperti tambang buaya. 3 Penglibatan raja atau pembesar Melayu dalam penanaman lada hitam dan gambir yang dilakukan secara komersial dengan memberikan orang Cina surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. 4 Pemungutan hasil hutan untuk diperdagangkan atau dieksport ke luar negara seperti Temenggung Ibrahim mengeksport getah perca dan mendapat pasaran yang baik di China. 5 Mewujudkan aktiviti perdagangan dengan dunia luar di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China seperti Kedah, Melaka, Klang dan Johor Lama. 6 Kemasukan pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport sehingga membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan oleh para pemodal asing. Bah A Sej S3(B1).indd 6 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 7 Kedudukan Raja (a) Kuasa Politik (i) (ii) (iii) (b) Kuasa Ekonomi (i) (ii) (iii) (c) Peranan Sosial (i) (ii) (iii) (d) Keistimewaan Raja (i) (ii) (iii) 1 Nyatakan kedudukan raja dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan lambang keistimewaannya. Latihan Stimulasi Bah A Sej S3(B1).indd 7 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 PB Ciri-ciri Ekonomi 3 Nyatakan ciri-ciri ekonomi tradisional dan ciri-ciri ekonomi komersial. Komersial (e) (f) (g) (h) Tradisional (a) (b) (c) (d) 2 Bandingkan ciri-ciri Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Temenggung Adat Perpatih (d) (g) (b) (e) (a) (c) (f) i-THINK Peta Buih Berganda i-THINK Peta Dakap Bah A Sej S3(B1).indd 8 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 9 Esei Berpandu 1 Huraikan peranan undang-undang lisan terhadap masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. [20] Pendahuluan • Diwujudkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan negara • Dikenali sebagai hukum adat, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung Isi-isi Penting 1 Bidang politik • menentukan sistem penggantian raja berasaskan keturunan atau pemilihan • menjelaskan undang-undang dan peraturan yang menjadi panduan pentadbiran • undang-undang Adat Temenggung bersifat pembalasan • undang-undang Adat Perpatih bersifat pemulihan 2 Bidang ekonomi • berusaha memberikan keadilan • Adat Temenggung menetapkan kadar mewarisi harta pusaka • Adat Perpatih membahagikan harta pusaka kepada kaum ibu 3 Bidang sosial • hukum adat menentukan kedudukan kaum lelaki dan perempuan • Adat Temenggung bersifat patrilineal, iaitu lelaki dianggap sebagai ketua keluarga • undang-undang perkahwinan Adat Temenggung berlandaskan hukum syarak dan bersifat endogami • hukum Adat Perpatih bersifat matrilineal, iaitu keluarga ibu diutamakan • undang-undang perkahwinan Adat Perpatih memerlukan suami tinggal bersama suku isterinya • Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami Penutup • Hukum adat atau undang-undang tidak bertulis memainkan peranan yang penting • British telah mengubah struktur perundangan di Tanah Melayu Undang-undang lisan dikenali sebagai hukum adat. Adat bererti peraturan yang diamalkan dalam sesuatu menyambut secara turun-temurun yang harus dipatuhi. Hukum adat juga disebut sebagai resam kerana berdasarkan kepada adat resam masyarakat Melayu. Tujuan utamanya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara, menjaga ketertiban dalam masyarakat Latihan Pengukuhan Jawapan Lengkap >Rangka Jawapan < Calon perlu membincangkan tentang peranan undang-undang lisan terhadap masyarakat Melayu tradisional sebelum British campur tangan. Pemeriksa Bah A Sej S3(B1).indd 9 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 11 Melayu, melatih rakyat berdisiplin dan mengikut peraturan. Terdapat dua jenis hukum adat di Tanah Melayu, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Kedua-dua adat ini memainkan peranan yang sangat penting baik dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial demi mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, aman dan harmonis. Dalam bidang pentadbiran, hukum adat berperanan menentukan sistem penggantian raja. Negeri-negeri yang mengamalkan Adat Temenggung memilih bakal raja berasaskan keturunan yang terletak di tangan pemerintah serta pembesar. Sementara masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih seperti Negeri Sembilan, pemilihan bakal pemerintah ditentukan oleh empat luak utama, iaitu Rembau, Johol, Jelebu dan Sungai Ujong. Hukum adat juga menjelaskan tentang susurgalur sistem pentadbiran. Di negeri-negeri yang mengamalkan Adat Temenggung, kuasa tertinggi dikuasai oleh raja, kemudian diikuti oleh pembesar dan penghulu di peringkat kampung. Di negeri yang mengamalkan Adat Perpatih, susun lapis pentadbiran didahului oleh Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar, diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak, Anak Buah dan Ibu Soko. Hukum adat juga menjelaskan undang-undang dan peraturan yang menjadi panduan dalam pentadbiran, undangundang jenayah dan undang-undang awam. Sebagai contoh, Adat Temenggung menetapkan hukuman yang lebih keras terhadap kesalahan jenayah. Adat ini berpegang kepada prinsip pembalasan. Adat ini juga bertujuan untuk memberi iktibar, amaran dan pengajaran kepada orang lain. Sebaliknya, hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Adat ini tidak bertujuan untuk menghukum pesalah, tetapi berhasrat untuk memulihkan keadaan. Kesalahan membunuh dapat diselasaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih tanggungjawab untuk menggantikan tempat si mati. Dalam bidang ekonomi, hukum adat dapat memberikan keadilan kepada semua pihak mengikut adat masing-masing. Adat Temenggung telah menetapkan anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka dengan kadar dua pertiga berbanding anak perempuan. Hal ini berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding tanggungjawab anak perempuan. Keadaan ini bermakna anak perempuan juga berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka. Walau bagaimanapun, keadaan amat berbeza dengan Adat Perpatih. Pembahagian harta pusaka diwariskan oleh ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku. Keadaan ini bermakna, Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka bukanlah hak milik individu. Sebaliknya, merupakan kepunyaan suku yang diwarisi turun-temurun daripada ibu kepada anak perempuan. Dari segi sosial, hukum adat juga menentukan kedudukan kaum lelaki dan perempuan dalam masyarakat. Undang-undang keluarga mengikut Adat Temenggung ialah bersifat patrilineal, iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. Justeru, bapa dianggap sebagai ketua keluarga sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak. Meskipun demikian, keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Undang-undang perkahwinan Adat Temenggung juga berlandaskan kepada undang-undang Islam. Adat ini mengamalkan perkahwinan endogami. Menurut undang-undang ini, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah. Keadaan ini bermakna perkahwinan antara saudara seibu sebapa amatlah dilarang. Seseorang perempuan yang telah berkahwin dikehendaki tinggal bersamasama keluarga suaminya kerana lazimnya isteri akan mejadi ahli keluarga si suami. Undangundang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matrilineal. Adat ini menetapkan ibu sebagai ketua keluarga. Di samping itu, perkahwinan sesama suku juga dilarang sama sekali kerana ahli dalam satu suku mempunyai hubungan yang erat dan mereka dianggap bersaudara. Adat ini mengamalkan perkahwinan eksogami. Seseorang lelaki yang telah berkahwin dikendaki tinggal bersama suku isterinya. Dia digelar semenda. Lelaki semenda dikehendaki mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga sebelah isterinya. Kesimpulannya, hukum adat sememangnya memainkan peranan yang sangat penting. Hukum adat ini diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional secara turun-temurun sehinggalah kedatangan imperialis Barat pada abad ke-19 Masihi. Kedatangan kuasa Bah A Sej S3(B1).indd 10 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 11 Pendahuluan • Konsep perhambaan • Susun lapis masyarakat • Golongan hamba Isi-isi Penting 1 Jenis-jenis hamba (a) Hamba abdi (b) Hamba berhutang (c) Hamba raja 2 Perubahan sistem perhambaan (a) Konsep perhambaan yang berbeza • amalan ini dianggap bertentangan dengan nilai-nilai Barat atau nilai kemanusiaan di Eropah • British harus mengekalkan undang-undang berasaskan undang-undang British (b) Perubahan perhambaan di Perak • J.W.W. Birch telah memberi perlindungan kepada hamba berhutang terutamanya golongan wanita • bertentangan dengan adat Melayu • British melaksanakan pendaftaran hamba-hamba pada tahun 1878 • Sir Hugh Low mengambil pendekatan toleransi (c) Perubahan perhambaan di Pahang • Residen British, J.P. Rodger dan dibantu oleh Hugh Clifford telah melakukan perubahan • memperkenalkan undang-undang mengenai penghapusan sistem kerah dan hamba abdi • pembesar Melayu berperasaan tidak puas hati dan membawa kepada penentangan British di Pahang pada tahun 1891 hingga 1895 Penutup • Sistem perhambaan selepas kedatangan British mengalami banyak perubahan yang melemahkan kuasa sultan dan pembesar • Pada abad ke-20 Masihi, masyarakat Melayu tiada pengelasan sosial Barat telah mengubah struktur pentadbiran di negeri-negeri Melayu termasuklah pelaksanaan undang-undang. Segala-galanya disesuaikan mengikut nilai-nilai barat terutamanya dalam aspek politik dan ekonomi di negerinegeri Melayu. 2 Sistem perhambaan di Tanah Melayu telah mengalami perubahan semasa pemerintahan British pada abad ke-19 Masihi. Bincangkan. [20] >Rangka Jawapan < Calon perlu membincangkan tentang jenis-jenis hamba dengan terperinci dan menghuraikan perubahan sistem perhambaan yang berlaku semasa pemerintahan British dari segi konsep perbezaan hamba dan perubahan sistem perhambaan di Perak dan Pahang. Pemeriksa Bah A Sej S3(B1).indd 11 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 13 Perhambaan ialah sistem sosioekonomi yang menafikan hak kebebasan diri hamba dan dipaksa untuk bekerja. Dalam masyarakat Melayu, perhambaan ialah institusi yang menjalinkan hubungan kerjasama antara golongan bangsawan dengan rakyat biasa. Kerjasama ini mewujudkan hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah mempunyai kuasa dan peranan tertentu berdasarkan kepada kedudukan masing-masing. Golongan yang diperintah pula terdiri daripada golongan merdeheka, orang asing dan hamba. Golongan hamba di Tanah Melayu terbahagi kepada beberapa kumpulan, iaitu hamba abdi, hamba berhutang dan hamba raja. Golongan hamba ini mengalami perubahan selepas pertengahan abad ke-19 Masihi apabila penjajah British melaksanakan pengubahsuaian dalam sistem sosial di Tanah Melayu. Sistem perhambaan sebelum kedatangan British memperlihatkan bahawa hamba abdi ialah hamba seumur hidup. Hamba abdi terdiri daripada hamba tawanan yang ditawan semasa perang, hamba diranggah ialah hamba yang terdiri daripada bukan Islam yang dijual oleh peniaga hamba, hamba Habsyi ialah hamba yang diimport dari Afrika dan hamba hulur ialah hamba yang menyerah diri kepada pemerintah manakala hamba serah ialah orang yang menyerah diri akibat kesusahan hidup. Seterusnya ialah hamba berhutang. Hamba berhutang ialah orang yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Golongan hamba berhutang dan keluarganya akan tinggal bersama dengan pemiutang sehingga hutang selesai dibayar. Hamba berhutang ini akan melakukan pekerjaan seperti bercucuk tanam, melombong dan membuat kerja-kerja rumah. Semasa menjadi hamba berhutang, mereka boleh dijual kepada orang lain oleh tuannya. Hamba berhutang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu orang berhutang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan setelah hutang selesai, anak emas ialah orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan, hamba waris ialah anak isteri hamba yang berhutang dan hamba bayar ialah hamba abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain setelah membayar hutangnya. Akhir sekali ialah hamba raja. Hamba raja pada asalnya ialah orang merdeka tetapi telah melakukan jenayah dan ditangkap serta kemudiannya diampunkan oleh raja. Taraf hamba raja ini lebih tinggi dan mendapat sedikit keistimewaan daripada hamba yang lain. Hamba raja terdiri daripada hamba perang, tawanan dan banduan. Golongan ini akan dibebaskan setelah mendapat keampunan daripada raja. Namun begitu, kedatangan British telah membawa perubahan dalam sistem perhambaan. British tidak mahu membiarkan soal perhambaan berleluasa di negeri-negeri Melayu kerana bertentangan dengan nilai-nilai barat atau nilai kemanusiaan di Eropah. British berpendapat bahawa mereka harus mengekalkan undangundang berasaskan undang-undang British. Undang-undang ini sudah tentunya bertentangan dengan adat dan undang-undang orang Melayu terutama dalam soal perhambaan. Jumlah hamba berhutang dan hamba abdi semakin bertambah di Tanah Melayu dengan anggaran terdapat 3000 orang hamba di Tanah Melayu pada tahun 1874. Berdasarkan pertentangan konsep perhambaan ini, J.W.W. Birch telah memberi perlindungan kepada hamba berhutang terutamanya golongan wanita. Dasar J.W.W. Birch ini dianggap oleh orang Melayu telah merampas harta mereka. Raja Idris telah mengutuskan surat bantahan kepada Sir Andrew Clarke, namun tidak mendapat maklum balas daripada pihak British. Maka, pelibatan J.W.W. Birch dalam institusi perhambaan ini telah menjadi antara sebab beliau dibunuh pada 2 November 1875. Walau bagaimanapun, British tetap meneruskan perubahan dalam sistem perhambaan di Tanah Melayu dengan melaksanakan perubahan secara beransur-ansur. Buktinya, pada tahun 1878, pendaftaran hambahamba telah dilakukan. Raja-raja dan pembesar perlu mendaftarkan semua hamba yang dimiliki kepada residen. Namun, tindakan ini telah ditentang oleh golongan pemerintah dan mereka gagal dalam mengubah dasar British. Buktinya, Raja Idris yang menjadi Sultan Perak pada ketika itu bersama Datuk Paduka Raja Mahkota dan Orang Kaya Temenggung tidak berjaya mendapatkan persetujuan British untuk melanjutkan tarikh penghapusan institusi perhambaan. Kedatangan Residen British Sir Hugh Jawapan Lengkap Bah A Sej S3(B1).indd 12 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 13 Low yang menggantikan J.W.W. Birch juga turut meneruskan agenda penghapusan sistem perhambaan. Namun, Sir Hugh Low lebih mengambil pendekatan toleransi dan mudah didekati menyebabkan usaha beliau lebih mudah. Beliau mencadangkan agar orang yang dibelenggu hutang ini dihapuskan secara beransur-ansur dengan mengira nilai khidmat penghutang sebagai bayaran hutang mereka. Kesannya, hamba berhutang akan dapat melepaskan diri mereka daripada belenggu hutang dan menjadi orang bebas. Sir Hugh Low juga telah menetapkan bahawa 31 Disember 1883 sebagai tarikh pembebasan daripada perhambaan. Tarikh ini dipersetujui oleh golongan pembesar dengan beberapa syarat-syarat ganti rugi. Pada tahun 1884, British telah membuat pengisytiharan rasmi, iaitu mengharamkan institusi perhambaan di Tanah Melayu. Sistem perhambaan juga turut mengalami perubahan di Pahang. Residen British, J.P. Rodger dengan dibantu oleh Hugh Clifford telah melakukan perubahan dalam pentadbiran. Dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889, satu undang-undang telah diperkenalkan, iaitu undang-undang mengenai penghapusan sistem kerah dan hamba abdi. Berdasarkan undang-undang ini, pembesar telah diarahkan mendaftarkan hamba-hamba mereka kepada Pemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat terperinci jumlah hamba, nama hamba mereka, pekerjaan dan jumlah hutang. Jika gagal mematuhi arahan, tindakan akan diambil. Kesannya, pembesar Melayu perasaan tidak puas hati dan membawa kepada penentangan British di Pahang pada tahun 1891 hingga 1895. Kesimpulannya, sistem perhambaan selepas kedatangan British mengalami banyak perubahan yang melemahkan kuasa sultan dan pembesar. Pada abad ke-20 Masihi, masyarakat Melayu tiada pengelasan sosial. 3 Bandingkan ciri-ciri Adat Perpatih dengan Adat Temenggung. [20] Pendahuluan • Asal usul Adat Perpatih dan Adat Temenggung • Adat dalam masyarakat Melayu tradisional Isi-isi Penting 1 Politik • Sistem pemerintahan – Adat Perpatih berunsurkan demokratik, permuafakatan dan musyawarah – Adat Temenggung berunsurkan autokratik, raja berkuasa mutlak, sistem pemerintahan takhta • Sistem perundangan – Adat Perpatih mengamalkan undang-undang bersifat pemulihan, bertimbang rasa dan berperikemanusiaan – Adat Temenggung mengamalkan undang-undang bersifat keras dan berasaskan prinsip pembalasan yang bertujuan untuk memberi pengajaran 2 Ekonomi • Pembahagian harta – Adat Perpatih menekankan konsep harta ialah milik kelompok kekeluargaan yang mana harta ialah warisan yang dibahagi kepada harta pusaka, harta dapatan, harta pembawa dan harta sepencarian Calon perlu membincangkan tentang perbandingan antara ciri-ciri Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan dalam masyarakat Melayu. Pemeriksa >Rangka Jawapan < STPM KLON Bah A Sej S3(B1).indd 13 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 15 – Adat Temenggung menekankan konsep harta kepunyaan individu, perlu bayar cukai harta, harta diwarisi lebih kepada anak lelaki 3 Sosial • Perkahwinan – Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami dan suami digelar semenda – Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami dan isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya Penutup • Adat-adat ini diamalkan secara turun-temurun dan menjadi peraturan yang wajib dipatuhi • Selepas kedatangan British, berlaku perubahan besar dan sistem perundangan Barat diperkenalkan Adat ialah undang-undang yang tidak bertulis. Adat memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Hukum adat ini merupakan sistem peraturan yang menjaga hak dan kepentingan golongan pemerintah, mengekalkan amalan tradisi, menjamin keharmonian masyarakat serta mengawal tingkah laku individu dalam masyarakat. Terdapat dua hukum adat di Tanah Melayu, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang di Pagar Ruyung dan dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Minangkabau pada abad ke-17 Masihi. Adat ini diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat Temenggung pula diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berkuasa di Palembang. Adat ini diamalkan di semua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua adat ini. Perbezaan ini dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam sistem pemerintahan, Adat Perpatih bercorak demokrasi permuafakatan dan musyawarah. Masyarakat ini yang dibahagi kepada beberapa suku mempunyai wakil dalam pemerintahan. Golongan paling bawah, iaitu anak buah akan melantik Buapak, Buapak melantik Lembaga, Lembaga akan melantik Undang dan empat orang Undang akan melantik Yamtuan Besar. Konsep musyawarah diamalkan dalam pentadbiran dan penyelesaian masalah. Setiap keputusan oleh Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar dibuat setelah berunding dengan Undang. Manakala sistem pemerintahan Adat Temenggung pula mengamalkan corak pemerintahan autokratik. Ketua negara ialah sultan yang berkuasa mutlak. Sultan berkuasa penuh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Sultan berkuasa dalam bidang perundangan dan melantik pembesar peringkat daerah. Sultan juga menguasai sumber ekonomi dan bertindak sebagai ketua agama. Adat Temenggung menekankan kuasa dan kedudukan raja dan golongan pemerintah. Dalam bidang perundangan, undangundang jenayah dalam Adat Perpatih bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Hukumannya bertujuan memperbaik keadaan dan memberi keinsafan kepada pesalah. Seseorang yang melakukan kesalahan akan didenda mengikut kesalahan dan mangsa diberi ganti rugi. Hukuman berat seperti hukuman mati hanya dikenakan ke atas kesalahan yang berat seperti penderhakaan dijalankan oleh Undang atau Yamtuan Besar. Hukuman lain ditentukan oleh Buapak dan Lembaga. Bagi Adat Temenggung pula, hukuman keras dilaksanakan dengan berpegang kepada prinsip pembalasan. Hukuman berat dilaksanakan agar dapat meninggalkan kesan kepada orang lain sebagai amaran, pengajaran dan iktibar. Hukuman bunuh merupakan hukuman yang paling berat dijatuhkan ke atas kesalahan seperti membunuh, memfitnah atau menderhaka. Undang-undang ini mengutamakan golongan pemerintah. Terdapat perbezaan dalam pembahagian Jawapan Lengkap Bah A Sej S3(B1).indd 14 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 15 harta mengikut Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Dalam Adat Perpatih, harta bukan hak perseorangan tetapi ialah milik kelompok secara bersama. Harta diwarisi melalui keturunan wanita. Secara umumnya, harta perseorangan dibahagi kepada empat jenis. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri. Jika berlaku penceraian, harta ini akan dibahagikan sama rata. Harta dapatan ialah harta yang dimiliki oleh isteri sebelum kahwin. Harta itu akan kekal menjadi milik isteri. Harta pembawaan ialah harta suami sebelum berkahwin yang dibawa ke dalam keluarga. Bekas isteri tidak boleh menuntut harta ini sekiranya berlaku penceraian. Harta pusaka ialah harta perempuan yang diwarisi kepada keturunan perempuan. Harta dalam Adat Temenggung ialah hak kepunyaan individu. Cukai perlu dibayar ke atasnya dan diserah kepada pembesar. Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanita kerana pengaruh daripada hukum syarak. Jurai keturunan sebelah bapa diutamakan. Harta yang dikumpulkan semasa perkahwinan, iaitu harta sepencarian dibahagi sama rata jika berlaku penceraian. Jika isteri tidak bekerja, maka dia berhak mendapat satu per tiga bahagian sahaja. Dari aspek kekeluargaan dan perkahwinan, masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih hidup secara bersuku. Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrilineal, iaitu susur-galur kepada keturunan sebelah ibu. Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami, iaitu melarang perkahwinan sesama suku kerana suku yang sama dianggap sebagai bersaudara. Seseorang lelaki yang berkahwin dikenali sebagai semenda. Semenda perlu mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya di atas tanah yang dimiliki oleh isterinya. Suami menjadi anggota sukunya dan juga anggota suku isterinya. Adat Perpatih mementingkan kerjasama dan jalinan kekeluargaan yang rapat. Dalam Adat Temenggung, susunan kekeluargaan sebelah bapa dan emak dianggap sama penting, namun ia bersifat patrilineal yang mengutamakan kaum lelaki. Kaum lelaki dianggap meneruskan keturunan sesebuah keluarga, sejajar dengan hukum faraid. Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami, iaitu membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan perkahwinan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Adat Temenggung tidak ada sistem bersifat kesukuan. Kesimpulannya, kedua-dua adat ini mempunyai banyak unsur yang berbeza. Namun adat-adat ini diamalkan secara turun-temurun dan menjadi peraturan yang wajib dipatuhi. Selepas kedatangan British, berlaku perubahan besar dan sistem perundangan Barat diperkenalkan. Perubahan ketara ini dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan jenis hukuman yang dikenakan terhadap sesuatu jenayah. Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Huraikan kedudukan dan peranan pembesar di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. [20] 2 Terangkan peruntukan penting yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bagi melicinkan pemerintahan dan pentadbiran. [20] 3 Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisional. [20] 4 Huraikan aktiviti ekonomi sara diri di Tanah Melayu pada abad ke-19 Masihi sebelum campur tangan British. [20] STPM KLON STPM KLON Bah A Sej S3(B1).indd 15 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 PB 2.1 Peluasan Kuasa Asing Faktor-faktor Peluasan Kuasa Asing di Negeri-negeri Melayu Konsep Raja Politik 1 Kebimbangan campur tangan kuasa Barat lain 2 Perubahan politik dan dasar di Britain 3 Peranan Sir Andrew Clarke dan Raja Abdullah Ekonomi 1 Revolusi Perindustrian memerlukan bahan mentah dan pasaran 2 Kehilangan monopoli perdagangan di China pada tahun 1833 3 Desakan oleh golongan saudagar Sosial 1 Keadaan haru-hara di negeri-negeri Melayu 2 Pembukaan Terusan Suez Liverpool Tanjung Harapan Singapura China U EROPAH Laut Mediterranean Laut Merah ASIA AFRIKA Terusan Suez LAUTAN HINDI India 0 2000 4000 km Petunjuk Laluan melalui Tanjung Harapan (12 400 batu) Laluan melalui Terusan Suez (8000 batu) 1 batu = 1.6 km Peta 2.1 Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan dari barat ke timur Cara Peluasan Kuasa Asing di Tanah Melayu 1 Johor dan Singapura (a) Perjanjian 1819 (b) Perjanjian Persahabatan 1855 (c) Pengilhakan Muar 1877 (d) Peranan Lembaga Penasihat Johor 2 Perak (a) Perang Larut (b) Perebutan takhta (c) Perang saudara (d) Perjanjian Pangkor 1874 3 Negeri Sembilan (a) Permusuhan antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar Kulop Tunggal (b) Perjanjian 1874 dan penguasaan British di Sungai Ujong (c) Perjanjian antara Tengku Antah dengan British pada tahun 1885 (d) Perjanjian Penyatuan Negeri Sembilan 1898 4 Selangor (a) Perang Saudara Selangor atau Perang Kelang antara Raja Abdullah dengan Raja Mahadi (b) Serangan lanun ke atas kapal dagang British di perairan Selangor (c) Serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado Gambar 2.1 Rumah api di Tanjung Rachado 5 Pahang (a) Perang saudara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad (b) Pemberian konsesi dan kemasukan pelaburan asing NOTA Ekspres BAB Bahagian A Sejarah Malaysia 2 Transformasi Masyarakat Bah A Sej S3(B2).indd 16 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 17 (c) Pembunuhan rakyat British; Su Kim dan Go Hui (d) Perjanjian 1887 6 Negeri-negeri Melayu Utara (a) Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 (b) Pengisytiharan Inggeris-Siam 1902 (c) Perjanjian Bangkok 1909 7 Sabah (a) Perjanjian 1877 antara Overbeck dan Dent dengan Sultan Abdul Mu’mein (b) Perjanjian 1878 antara Overbeck dan Dent dengan Sultan Sulu (c) Tahun 1882 – Penubuhan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) (d) Tahun 1888 – Perjanjian Perlindungan Borneo Utara menjadikan Sabah berada di bawah naungan British 8 Sarawak (a) Penentangan di Sarawak dari tahun 1836 hingga tahun 1841 (b) Pakatan antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke (c) Perjanjian 1841 – Sarawak diserahkan kepada James Brooke (d) Perjanjian 1842 – Mengukuhkan kedudukan James Brooke Penentangan terhadap Kuasa Asing 2.2 1 Penentangan peribumi terhadap kuasa asing berlaku disebabkan oleh: (a) kehilangan kuasa dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan. (b) ancaman terhadap agama Islam dan adat istiadat Melayu. 2 Penentangan terhadap kuasa asing dipimpin oleh raja dan pembesar tempatan. 3 Penentangan terhadap penjajah bermula pada abad ke-19 hingga abad ke-20, iaitu di Kedah (1821 – 1842), Naning (1831 – 1832), Perak (1874 – 1875), Pahang (1891 – 1895), Terengganu (1922 – 1928), Kelantan (1915), Sabah (1880 – 1917) dan Sarawak (1841 – 1930-an). Kedah Sebab-sebab Penentangan 1 Siam cuba meluaskan pengaruhnya. 2 Peperangan berlaku mulai tahun 1821. 3 Kedah di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang Siam dengan hebat. 4 Dua bentuk penentangan, iaitu perang gerila dan perang terbuka. 5 Pada tahun 1842, Siam mengembalikan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Naning Sebab-sebab Penentangan 1 British mencabar kedaulatan Naning dan kepimpinan Dol Said. 2 Pelaksanaan undang-undang British. 3 Pelaksanaan cukai baharu yang membebankan. 4 Sistem pemilikan tanah. 5 British mengadakan perjanjian dengan penghulu Rembau. 6 British menduduki Taboh dan menakluki Naning. 7 Dol Said dikalahkan, diampunkan dan dibenarkan menetap di Melaka. 8 British menjadikan Naning sebahagian dari Melaka. Perak Sebab-sebab Penentangan 1 Campur tangan dalam pewarisan takhta dan adat resam tempatan. 2 Penghapusan sistem perhambaan. 3 Memperkenalkan sistem perundangan Barat dan cukai-cukai baharu. 4 British berjaya mengalahkan orang Melayu dan menawan Pasir Salak. 5 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum dihukum gantung sampai mati. 6 Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles. 7 Raja Yusof ditabalkan sebagai sultan dan Hugh Low menjadi Residen British. Pahang Sebab-sebab Penentangan 1 Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad. 2 Perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar tempatan seperti Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. 3 Perasaan tidak puas hati rakyat. 4 Kebangkitan penduduk tempatan tamat pada tahun 1895. 5 Dato’ Bahaman dan pejuang lain mendapat perlindungan daripada penduduk. 6 Tok Gajah dan Mat Kilau menetap di Terengganu. 7 Dato’ Bahaman berpindah ke Siam. 8 British terpaksa membelanjakan sebanyak $7000. Bah A Sej S3(B2).indd 17 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 19 Kelantan Sebab-sebab Penentangan 1 Kemerosotan pengaruh Engku Besar Jeram (Tuan Ahmad). 2 Peraturan baharu sistem cukai yang diperkenalkan oleh British. 3 Sikap kasar pegawai British yang mengutip cukai. 4 Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh. 5 British menyerang Pasir Puteh dengan bantuan tentera Singapura. 6 Tok Janggut terkorban dan Engku Besar Jeram melarikan diri ke Siam. 7 British bertapak kukuh di Kelantan. Sabah 1 Penentangan oleh Syarif Usman di Marudu pada tahun 1845. 2 Penentangan oleh Haji Saman di Teluk Kimanis pada tahun 1846. 3 Penentangan oleh Pangeran Syahbandar Hashim di Padas pada tahun 1888. 4 Penentangan Mat Salleh pada tahun 1894. 5 Sebab-sebab penentangan Mat Salleh: (a) didorong oleh perjuangan jihad orang Sabah di Filipina. (b) pengenalan cukai-cukai baharu. (c) kedudukannya diancam oleh SBUB. 6 Mat Salleh dibunuh pada bulan Februari 1900. 7 SBUB merampas kawasan Tambunan. 8 Penentangan Antanom 1915. 9 Sebab-sebab penentangan Antanom: (a) cukai ke atas minuman tuak. (b) pengenalan cukai ladang dan cukaicukai lain. (c) amalan buruh paksa. 10 SBUB menyerang kubu Antanom dan beliau terkorban. 11 SBUB mengukuhkan kuasanya di Sabah. Sarawak 1 Penentangan Linggir 1849 disebabkan oleh penaklukan kawasan oleh James Brooke. 2 Penentangan Sharif Masahor. 3 Sebab-sebab penentangan: (a) kedudukannya sebagai Gabenor Sarikei diancam; (b) pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur untuk menentang James Brooke; (c) pembinaan kubu di Kanowit. 4 Ingin menghalau James Brooke dari Sarawak. 5 Angkatan tentera Brooke mengalahkan pakatan tersebut. 6 Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura. 7 Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi. 8 Kedudukan James Brooke di Sarawak bertambah kukuh. 9 Penentangan Rentap disebabkan oleh: (a) James Brooke telah menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang; (b) perjuangan tersebut mendapat sokongan daripada orang Iban. 10 James Brooke menyerang dengan meriam ‘Bujang Timbang’. 11 Rentap ditewaskan, kemudian berundur ke Bukit Lanjak dan beliau meninggal dunia di Entabai. 12 Pengaruh keluarga Brooke bertambah kukuh. 13 Penentangan Banting disebabkan oleh: (a) keengganan membayar cukai; (b) penindasan oleh Residen British. 14 Banting menyerang Sungai Skrang dan James Brooke menggunakan kekerasan. 15 Banting ditewaskan pada tahun 1908. Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan 2.3 Pentadbiran Sistem Residen 1 Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874. 2 Tugas Residen ialah menasihati sultan dalam semua hal kecuali aspek agama Islam dan adat istiadat Melayu. 3 Kesan-kesan Sistem Residen: (a) sultan hilang kuasa memerintah. (b) pembesar hilang kuasa mentadbir. (c) penentangan masyarakat tempatan. (d) keamanan dipulihkan. (e) perkembangan ekonomi. (f) pembentukan masyarakat majmuk. Persekutuan 1896 1 Dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. 2 Terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 3 Sebab-sebab penubuhan: (a) masalah kewangan Pahang. (b) mengurangkan kuasa Residen. (c) keseragaman pentadbiran. (d) dasar penjajahan British. Bah A Sej S3(B2).indd 18 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 19 4 Kesan-kesan: (a) Politik • Kehilangan kuasa sultan • Pemusatan kuasa Residen Jeneral • Kesatuan politik • Penubuhan Durbar • Pembentukan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 (b) Ekonomi • Perkembangan perusahaan getah • Perusahaan perlombongan bijih timah turut berkembang • Struktur kewangan negara juga bertambah (c) Sosial • Kemajuan dalam sistem perhubungan jalan kereta api • Pertambahan penduduk akibat kemasukan golongan imigran Perubahan Ekonomi Perusahaan Bijih Timah 1 Sejarah perkembangan bijih timah (a) Sultan dan pembesar Melayu menguasai perlombongan bijih timah (b) Pelombong Cina memajak tanah daripada pembesar Melayu (c) Memperkenalkan teknologi baharu untuk meningkatkan pengeluaran bijih timah (d) Orang Barat membawa masuk modal yang besar dan memperkenalkan kapal korek (e) Harga bijih timah merosot akibat kemelesetan ekonomi dunia (f) Pada tahun 1931, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani 2 Faktor-faktor perkembangan bijih timah (a) Revolusi Perindustrian dan peningkatan permintaan bijih timah (b) Pentadbiran British di negeri-negeri Melayu (c) Kemasukan buruh dari China (d) Pelaburan asing (e) Penggunaan teknologi moden Perusahaan Getah 1 Sejarah perkembangan getah (a) Kemerosotan pengeluaran kopi pada akhir abad ke-19 (b) Harga getah meningkat di pasaran dunia akibat perkembangan industri kereta (c) Banyak ladang getah dibuka di Tanah Melayu (d) Pada zaman kemelesetan ekonomi, Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan (e) Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa dikuatkuasakan pada tahun 1934 2 Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (a) Peranan H.N. Ridley (b) Dasar kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (c) Kejatuhan harga kopi dan peningkatan permintaan getah (d) Kemasukan buruh dari India (e) Pelaburan modal oleh syarikat-syarikat swasta Gambar 2.2 Penorehan pokok getah mengikut sistem ibedem Kesan Sosioekonomi Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan Getah 1 Ketidakseimbangan perkembangan ekonomi 2 Kemunculan sistem dwiekonomi 3 Perkembangan industri sampingan 4 Kemunculan bandar-bandar baharu dan pelabuhan 5 Perkembangan sistem perhubungan 6 Pertambahan penduduk Perkembangan Ekonomi di Sabah dan Sarawak 1 Perkembangan ekonomi di Sabah (a) Tanaman tradisional seperti sagu meningkat (b) Kegiatan ekonomi tradisional seperti memungut hasil hutan, hasil laut dan pokok lanut meningkat (c) Pertanian dagangan seperti tembakau dan getah diusahakan (d) Pembalakan dan perlombongan juga giat dijalankan 2 Perkembangan Ekonomi di Sarawak (a) Pertanian dagangan seperti lada hitam, gambir, getah dan sagu diusahakan (b) Kegiatan pembalakan dipergiat (c) Perlombongan emas, antimoni dan petroleum juga dijalankan Bah A Sej S3(B2).indd 19 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 PB Pendidikan 1 Pengenalan sistem pendidikan vernakular. 2 Terdapat sekolah agama Islam, sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. 3 Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka: (a) Rancangan Cheeseman (b) Laporan Barnes (c) Laporan Fenn-Wu (d) Ordinan Pelajaran 1952 (e) Penyata Razak 1956 2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum Masyarakat Cina 1 Sebab-sebab penghijrahan (a) Kesengsaraan hidup di negara China (b) Ketidakstabilan politik di negara China (c) Kestabilan politik di Tanah Melayu (d) Bencana alam di negara China (e) Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu 2 Cara-cara kemasukan (a) Melalui ejen atau sistem tiket kredit (b) Sistem pengambilan kakitangan (c) Sistem pengambilan rumah kongsi Masyarakat India 1 Sebab-sebab penghijrahan (a) Kesengsaraan hidup di negara India (b) Pertambahan penduduk di India (c) Kestabilan politik di Tanah Melayu (d) Galakan kerajaan British 2 Cara-cara kemasukan (a) Sistem kontrak (b) Sistem kangani Faktor dan Kesan Kewujudan Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu Faktor Kewujudan Masyarakat Majmuk 1 Perkembangan ekonomi perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan buruh dari China dan India. 2 Dasar pemerintahan British yang tiada sekatan kemasukan orang asing telah menyediakan kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya bagi mendapatkan keperluan tenaga buruh yang murah. 3 Perbezaan amalan budaya yang berbeza telah menyebabkan tiada pergaulan antara masyarakat di Tanah Melayu. 4 Sistem pendidikan berdasarkan pendidikan vernakular, iaitu melahirkan Sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai kurikulum, guru dan bahasa pengantar mengikut kaum masing-masing. 5 Perbezaan lokasi petempatan ditentukan mengikut fungsi ekonomi kaum masingmasing, iaitu orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar yang tertumpu dengan pertanian padi dan nelayan, orang Cina ditetapkan di kawasan bandar dan kawasan perusahaan perlombongan bijih timah, manakala orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Kesan Kewujudan Masyarakat Majmuk 1 Pertambahan penduduk yang pesat. Pada tahun 1870, jumlah orang Melayu lebih kurang 500 000 orang. Jumlah ini meningkat kepada 3.3 juta menjelang tahun 1921 dan orang Melayu tidak lagi menjadi kaum utama kerana jumlah penduduk bukan Melayu telah melebihi jumlah penduduk Melayu. 2 Kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu kerana ketiga-tiga kaum mengamalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi dan corak petempatan masyarakat. 3 Kewujudan sistem persekolahan vernakular yang tidak seragam kerana orang Cina dan orang India mendirikan dan membiayai sendiri sekolah mereka, menggunakan bahasa pengantar bahasa asal negara mereka, mata pelajaran, buku serta guruguru berorientasikan negara masing-masing, manakala masyarakat peribumi berteraskan agama Islam. 4 Terbentuknya ekonomi moden berasaskan bijih timah dan getah. Buruh-buruh Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu memiliki kemahiran melombong telah memperkenalkan teknologi dan kaedah-kaedah perlombongan baharu yang dapat meningkat pengeluaran bijih timah, memperkenalkan roda air dan enjin wap. 5 Berlaku sistem dwiekonomi dan ketidakseimbangan perkembangan ekonomi kerana golongan imigran memajukan ekonomi moden manakala masyarakat peribumi di kawasan luar bandar terus ketinggalan. Bah A Sej S3(B2).indd 20 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 21 1 Nyatakan faktor-faktor peluasan kuasa British di Tanah Melayu. Faktorfaktor Peluasan Kuasa British Perak (a) (b) (c) (d) (h) (i) (j) (k) Selangor (e) (f) (g) Negeri Sembilan Pahang (l) (m) (n) (o) 2 Jelaskan faktor-faktor penentangan di Perak terhadap British. i-THINK Peta Pokok Faktor-faktor Penentangan di Perak terhadap British Politik (a) (b) Ekonomi (c) (d) Sosial (e) (f) Latihan Stimulasi i-THINK Peta Dakap Bah A Sej S3(B2).indd 21 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 PB 3 Nyatakan faktor-faktor peluasan kuasa Barat pada tahun 1870-an. i-THINK Peta Pokok Faktor-faktor Peluasan Kuasa Barat Politik (a) (b) Ekonomi (c) (d) Sosial (e) (f) 4 Berikan faktor penolak yang mendorong penghijrahan orang China ke Tanah Melayu. i-THINK Peta Buih (a) (b) (d) (c) Faktor Penolak Penghijrahan Orang Cina ke Tanah Melayu Bah A Sej S3(B2).indd 22 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 23 Esei Berpandu 1 Faktor ekonomi mendorong kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu dari tahun 1850 hingga tahun 1920. Bincangkan. [20] Pada awal abad ke-19 Masihi, penghijrahan orang China dan India ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin pesat berikutan perkembangan perdagangan di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Menjelang pertengahan abad ke-19 Masihi dan awal abad ke-20 Masihi, jumlah imigran Cina dan India secara beramairamai adalah untuk bekerja sebagai buruh di Pendahuluan • Jumlah imigran Cina dan India di Tanah Melayu meningkat pada tempoh masa ini • Imigran Cina berasal dari selatan China seperti wilayah Kwangtung dan Kwangsi • Imigran India berasal dari India selatan seperti Madras dan India Utara Isi-isi Penting 1 Faktor ekonomi • kepincangan dan kesengsaraan hidup di negara asal akibat kepadatan penduduk yang tinggi • pengeluaran hasil pertanian pindah dan tidak dapat memenuhi kehendak penduduk • bencana alam seperti banjir dan kemarau memusnahkan kawasan pertanian • sebilangan petani menghadapi masalah kehilangan tanah pertanian • kemajuan ekonomi dalam perusahaan perlombongan bijih timah dan perladangan getah menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India sebagai buruh • terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan lombong bijih timah dan ladang kopi, ladang tebu dan ladang getah 2 Faktor-faktor lain • ketidakstabilan politik di negara asal berlaku pemberontakan di China yang mencetuskan keadaan huru-hara 3 Dasar British • mewujudkan keamanan di negeri-negeri Melayu • memperkenalkan undang-undang imigresen • menyediakan kemudahan untuk membawa masuk imigran Penutup • Penghijrahan imigran Cina dan India didorong oleh pelbagai faktor • Kemasukan imigran mewujudkan masyarakat majmuk Latihan Pengukuhan Jawapan Lengkap >Rangka Jawapan < Calon perlulah membincangkan faktor ekonomi yang mendorong kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu dari tahun 1950 hingga tahun 1920. Calon juga perlu membincangkan tentang faktor lain dan dasar yang dilaksanakan oleh British. Pemeriksa Bah A Sej S3(B2).indd 23 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 25 kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah. Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari selatan China, iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan, Teochew, Hailam dan Hokkien. Sementara sebahagian besar imigran India yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India selatan, iaitu Madras dan India utara, iaitu Punjab. Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telugu dan Sikh. Terdapat banyak sebab yang mendorong kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu yang berkaitan dengan faktor penolak di negara asal dan faktor penarik di Tanah Melayu. Namun, ekonomi mendorong kehadiran imigran Cina dan India bagi memenuhi tenaga kerja di Tanah Melayu, kepincangan dan kesengsaraan hidup telah mendorong penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu bagi memulakan kehidupan baharu. Negara China dan India menghadapi masalah kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan di kedua-dua buah negara tidak seimbang dengan pengeluaran hasil pertanian telah menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi. Antara tahun 1975 hingga 1851, penduduk di China telah bertambah kepada 432 juta orang. Sementara di India pula, jumlah penduduknya telah bertambah kepada 390 juta orang pada tahun 1941. Masalah ini semakin rumit apabila berlakunya bencana alam yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian. Misalnya, sepanjang tahun 1840-an dan 1850-an, China mengalami masalah bencana alam, iaitu kemarau berpanjangan dan kejadian banjir. Keadaan yang hampir sama turut berlaku di India. Pada tahun 1840, kawasan di selatan India menghadapi masalah kemarau yang berpanjangan. Tragedi ini sehingga memusnahkan banyak kawasan pertanian mengakibatkan masalah kebuluran dan merebaknya wabak penyakit. Di China, masalah pengangguran turut menambahkan bebanan. Pembukaan perusahaan Barat menyebabkan industri tempatan mulai merosot. Masyarakat Cina yang terlibat dengan sistem pengangkutan tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang pekerjaan setelah sistem pengangkutan moden diperkenalkan. Oleh sebab itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan yang semakin serius mendorong mereka mencari kehidupan yang lebih terjamin di Tanah Melayu. Selain itu, sebilangan petani di China dan India juga menghadapi masalah kehilangan tanah pertanian kerana terpaksa menggadai tanah untuk menjelaskan cukai yang tinggi bagi menanggung kos pentadbiran yang semakin serius mendorong mereka mencari kehidupan yang lebih terjamin di Tanah Melayu. Kemajuan ekonomi di Tanah Melayu mulai pertengahan abad ke-19 Masihi mendorong kedatangan imigran Cina dan India. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada perkembangan ekonomi moden di Tanah Melayu khususnya dalam perusahaan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Oleh sebab itu, Tanah Melayu memiliki daya tarikan yang sangat kuat mendorong kehadiran imigran Cina dan India kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, ladang getah, ladang lada hitam dan ladang kopi. Selain daripada faktor ekonomi, ketidakstabilan politik di negara asal turut menjadi sebab yang mendorong kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Di China, berlaku pemberontakan untuk menggulingkan Dinasti Manchu di wilayah Kwangtung dan Kwangsi. Keadaan politik yang tidak aman akibat pemberontakan telah mendorong penduduknya berhijrah bagi mencari kehidupan yang lebih baik. Justeru, pemberontakan telah mendorong penduduknya berhijrah bagi mencari kehidupan yang lebih baik. Antara pemberontakan yang mencetuskan huru-hara di China ialah Pemberontakan Taiping. Pemberontakan tersebut berjaya dipatahkan oleh kerajaan Manchu. Malah, kerajaan Manchu mula bertindak tegas dan melancarkan operasi menangkap para pemberontak. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut terpaksa melarikan diri ke negara lain bagi mengelakkan hukuman daripada kerajaan Manchu. Di samping itu, penghijrahan golongan imigran ke Tanah Melayu juga disebabkan oleh dasar British yang menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. Bagi menarik kedatangan imigran Cina dan India, kerajaan British menarik kedatangan imigran Cina dan India, kerajaan British berusaha mewujudkan keamanan di negeri-negeri Melayu. Hal ini Bah A Sej S3(B2).indd 24 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 25 akan menyebabkan keselamatan nyawa dan harta benda orang Cina dan India di Tanah Melayu sentiasa terjamin. British berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan. British juga telah memperkenalkan undangundang imigresen, iaitu The Chinese Immigrants Ordinance dan The Crimpling Ordinance bagi melindungi buruh-buruh Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. British juga tidak mengenakan sebarang sekatan, malah mereka digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929. Pelbagai kemudahan turut disediakan untuk membawa masuk mereka ke Tanah Melayu. British telah menyediakan bantuan bagi membiayai kos perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Kesimpulannya, penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu sememangnya didorong oleh pelbagai faktor. Namun, sebab ekonomi masih menjadi alasan utama kehadiran mereka ke sini. Yang jelas, kehadiran mereka telah membantu memperkembangkan ekonomi komersial yang berasaskan ekonomi moden di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat majmuk yang terdiri pelbagai kaum, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. 2 Sejauh manakah perkembangan ekonomi mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20 Masihi? KBAT [20] Pendahuluan • Konsep masyarakat majmuk • Latar belakang kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu • Faktor pembentukan masyarakat majmuk Isi-isi Penting 1 Perkembangan ekonomi • perkembangan perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan kemasukan buruh dari China dan India • penemuan kawasan bijih timah di Larut • permintaan dunia terhadap getah meningkat 2 Dasar pemerintahan British • dasar terbuka dan tiada sekatan kemasukan orang asing • pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menjamin kestabilan politik • menarik pelabur melabur dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang • mewujudkan banyak peluang pekerjaan 3 Budaya dan bahasa yang berbeza • pelbagai agama dianuti • penubuhan persatuan-persatuan tidak rasmi melindungi dan mengekalkan identiti setiap kaum • penggunaan bahasa ibunda masing-masing kerana mahu mengekalkan identiti 4 Sistem pendidikan • berdasarkan pendidikan vernakular • melahirkan sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris • kurikulum, guru, buku dan bahasa pengantar mengikut kaum masing-masing >Rangka Jawapan < Calon perlu membincangkan tentang pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dan juga faktor-faktor lain seperti dasar pemerintahan British, budaya dan bahasa, pendidikan dan petempatan yang berbeza. Pemeriksa Bah A Sej S3(B2).indd 25 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 27 5 Petempatan berbeza • penempatan penduduk pelbagai kaum ini ditentukan mengikut fungsi ekonomi • masyarakat Melayu tinggal di kawasan luar bandar, masyarakat Cina di kawasan bandar dan kawasan perlombongan bijih timah, manakala masyarakat India di kawasan ladang getah Penutup • Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu disebabkan oleh pelbagai faktor • Membawa kesan terhadap struktur kependudukan dari segi ketidakseimbangan ekonomi, sosial dan politik Masyarakat majmuk ialah masyarakat pelbagai kaum mempunyai budaya, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu disebabkan oleh dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan perkembangan ekonomi bijih timah dan getah di Tanah Melayu. Malah, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Perkembangan ekonomi perusahaan bijih timah dan getah telah mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi ini telah membawa kepada pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Contohnya, perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan buruh dari China dan India. Pada pertengahan abad ke-19 Masihi, perusahaan bijih timah mulai berkembang yang membawa kemasukan orang Cina di Lembah Kinta, Lukut, Kelang dan Sungai Ujong. Penemuan kawasan longgokan bijih timah di Larut oleh Ngah Ibrahim telah menyebabkan ramai orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong. Seterusnya, pada abad ke20 Masihi, perusahaan getah bermula di Tanah Melayu. Kenaikan harga getah di pasaran dunia telah menyebabkan banyak kawasan baharu dibuka untuk tanaman getah. Tambahan pula permintaan dunia terhadap getah semakin meningkat seiring dengan perusahaan automobil. Keadaan ini telah menggalakkan lebih ramai orang India berhijrah ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh dan terlibat dalam perusahaan getah. Buktinya, pada tahun 1931, 35% penduduk Tanah Melayu yang terlibat dalam perusahaan getah ialah orang India. Sedangkan dalam masa yang sama, orang Melayu masih dikekalkan dalam sistem ekonomi tradisional dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. Oleh itu, jelaslah bahawa perkembangan ekonomi telah memisahkan ketiga-tiga kaum tersebut dan telah mewujudkan masyarakat majmuk. Dasar pemerintahan British yang berjaya menamatkan permasalahan anarki seperti perebutan takhta dan perang saudara di beberapa buah negeri serta pergaduhan kongsi gelap telah membawa kepada kestabilan politik di Tanah Melayu. Ditambah pula dengan dasar pemerintahan British yang liberal, iaitu tiada sekatan kemasukan orang asing telah menjadi salah satu faktor penarik kedatangan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Malah, penjajah British juga telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya bagi mendapatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 juga telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina dan India untuk datang ke Tanah Melayu. Perbezaan amalan budaya dalam masyarakat Melayu, Cina dan India juga turut mempengaruhi pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20 Masihi. Pelbagai agama dianuti seperti masyarakat Melayu beragama Islam, masyarakat Cina beragama Buddha dan masyarakat India beragama Hindu telah menyebabkan tiada pergaulan antara masyarakat di Tanah Melayu. Orang Melayu sebagai masyarakat asal membina surau dan masjid, orang Jawapan Lengkap Bah A Sej S3(B2).indd 26 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 27 India pula membina kuil di ladang getah dan orang Cina mendirikan tokong di kawasan petempatan mereka. Malahan, penubuhan persatuanpersatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu. Sehubungan itu juga setiap kaum masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing serta mahu mengekalkannya untuk mengukuhkan bahasa masing-masing. Misalnya, orang Melayu berbahasa Melayu tetapi yang berbangsa Jawa dan Banjar bertutur dengan bahasa masing-masing. Begitu juga dengan orang Cina yang terdiri daripada kaum Hakka, Hokkien dan Kantonis akan menggunakan dialek masing-masing dan orang India pula menggunakan bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu ketika bertutur. Oleh itu, perbezaan amalan budaya telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20 Masihi. Sistem pendidikan yang diamalkan di Tanah Melayu pada abad ke-19 Masihi hingga awal abad ke-20 Masihi adalah berdasarkan pendidikan vernakular. Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang berteraskan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sistem ini telah melahirkan Sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Kesemua sekolah ini mempunyai kurikulum, guru dan bahasa pengantar mengikut kaum masing-masing. Pihak British pula hanya memberi pendidikan sekular yang rendah dan asas kepada orang Melayu dan sekolah Melayu terletak di luar bandar. Lulusan pelajar sekolah Melayu tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan British. Orang Cina dan India pula masing-masing mengamalkan kurikulum yang berasaskan dari negara asal mereka, sukatan pelajaran dari China dan India, buku dan guru dari negara mereka. Jelas, perbezaan sistem pendidikan telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20 Masihi. Perbezaan lokasi petempatan juga menyebabkan pembentukan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-20 Masihi. Penempatan penduduk pelbagai kaum ini ditentukan daripada fungsi ekonomi mereka. Buktinya, orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar yang tertumpu dengan pertanian padi dan nelayan, orang Cina ditetapkan di kawasan bandar dan kawasan perusahaan perlombongan bijih timah, manakala orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Perbezaan petempatan ini disebabkan oleh British yang ingin terus mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional dan tidak mahu masyarakat Melayu terdedah kepada pengaruh luar. British berasa bimbang jika pendedahan kepada pengaruh luar akan melahirkan golongan penentang dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, orang Melayu kekal tinggal di kampung-kampung untuk mengekalkan status qou. Situasi ini telah mengehadkan hubungan antara kaum dan terasing antara satu sama lain sehingga membentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20 Masihi. Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke20 Masihi disebabkan oleh pelbagai faktor. Pembentukan masyarakat majmuk ini telah membawa kesan ke atas struktur kependudukan dari segi ketidakseimbangan ekonomi, sosial dan politik. 3 Huraikan kesan sosioekonomi penghijrahan golongan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 Masihi. [20] >Rangka Jawapan < Pendahuluan • Konsep penghijrahan dan tujuan kedatangan golongan imigran • Faktor-faktor yang mendorong penghijrahan golongan imigran Cina dan India Isi-isi Penting 1 Pertambahan penduduk • kemasukan secara beramai-ramai meningkatkan jumlah penduduk di Tanah Melayu Calon perlu membincangkan tentang kesan-kesan sosioekonomi penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu dari segi sosioekonomi. Pemeriksa Bah A Sej S3(B2).indd 27 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 29 Pada pertengahan abad ke-19 Masihi, orang Cina dan orang India telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Orang Cina datang untuk bekerja sebagai buruh di kawasan perlombongan bijih timah dan peniaga runcit. Orang India pula datang untuk mengisi keperluan buruh di sektor perladangan kopi dan getah. Mereka datang untuk mencari rezeki dan kehidupan yang lebih selesa kerana mengalami keperitan hidup di negara asal mereka. Dasar British di Tanah Melayu telah menggalakkan penghijrahan orang Cina dan India. Kehidupan selesa di Tanah Melayu mendorong mereka untuk terus menetap di sini. Keadaan ini meninggalkan kesan terhadap situasi sosioekonomi di Tanah Melayu. Antara kesan penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah menyebabkan pertambahan penduduk yang pesat. Pada tahun 1870, jumlah orang Melayu lebih kurang 500 000 orang. Jumlah ini meningkat kepada 3.3 juta menjelang tahun 1921 dan orang Melayu tidak lagi menjadi kaum utama kerana jumlah penduduk bukan Melayu telah melebihi jumlah penduduk Melayu. Kedua-dua masyarakat imigran ini walaupun lama menetap di Tanah Melayu masih mengekalkan identiti, adat resam dan cara hidup kaum masing-masing. Selain itu, kesan penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Ketigatiga kaum mengamalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang berbeza. Wujud pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan corak petempatan masyarakat. Orang Melayu tinggal di kawasan pertanian dan menjalankan aktiviti • pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah Melayu kira-kita 500 000 orang • pada tahun 1921, jumlah orang Melayu sebanyak 3.3 juta • pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu 2 Mewujudkan masyarakat majmuk • wujud pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi • setiap kaum mempunyai bahasa, budaya dan agama yang berbeza • setiap kaum tinggal di tempat yang berlainan • mengamalkan aktiviti ekonomi yang berlainan 3 Wujud sistem pendidikan vernakular • persekolahan vernakular tidak seragam • berkembang untuk memenuhi keperluan setiap masyarakat • wujud empat aliran persekolahan 4 Perkembangan ekonomi komersial • perkembangan pesat dalam aktiviti perlombongan bijih timah akibat penglibatan orang Cina • tenaga buruh dari India berjaya meningkatkan perusahaan getah • menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan pembukaan syarikat-syarikat swasta 5 Sistem dwiekonomi dan ketidakseimbangan perkembangan ekonomi • golongan imigran memajukan ekonomi moden dan ekonomi berasaskan eksport • masyarakat tempatan terlibat dalam aktiviti tradisional dan sara diri terus ketinggalan • dua bentuk ekonomi dijalankan serentak • kawasan yang kaya dengan sumber galian dimajukan • kawasan yang kurang potensi tidak dibangunkan Penutup • Kemasukan golongan imigran mengubah struktur masyarakat • Ekonomi komersial mengembang • Masyarakat majmuk menyukarkan asimilasi kaum Jawapan Lengkap Bah A Sej S3(B2).indd 28 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 29 ekonomi tradisional. Mereka mengamalkan agama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu. Orang Cina pula bekerja di lombong bijih timah dan kawasan bandar dan mengamalkan agama Buddha. Mereka bertutur dalam pelbagai loghat seperti Hokkien, Hakha dan Kantonis. Mereka menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial. Kebanyakan orang India pula tinggal di ladang dan bekerja sebagai buruh. Mereka menganut agama Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil, Telugu dan Malayalam. Ketiga-tiga kaum ini hidup berasingan dan terus mengekalkan cara hidup dan perayaan masing-masing. Pergaulan sosial dan interaksi antara mereka sangat terhad. Di samping itu, kesan penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu ialah kewujudan sistem persekolahan vernakular yang tidak seragam. Sistem pendidikan vernakular ini berkembang pesat untuk memenuhi keperluan setiap masyarakat. Orang Cina mendirikan dan membiayai sendiri sekolah Cina di Tanah Melayu. Mereka menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina, mata pelajaran, buku serta guru-guru berorientasikan negara China. Sekolah-sekolah Tamil pula terletak di ladang-ladang dan dibiayai oleh pihak pengurus ladang. Segala mata pelajaran yang diajar berteraskan pengetahuan mengenai negara India. Pendidikan bagi masyarakat peribumi berteraskan agama Islam. Sekolah-sekolah Melayu didirikan oleh British untuk memberi pendidikan sekular peringkat rendah, iaitu sehingga darjah enam. Perbezaan sistem pendidikan mewujudkan jurang antara kaum dan semangat perpaduan amat sukar untuk dicapai. Tidak dapat dinafikan bahawa kesan penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah membentuk ekonomi moden berasaskan bijih timah dan getah. Ekonomi komersial berkembang pesat terutama dalam kedua-dua sektor ini. Buruh-buruh Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu memiliki kemahiran melombong. Mereka memperkenalkan teknologi dan kaedah-kaedah perlombongan baharu yang dapat meningkat pengeluaran bijih timah. Mereka telah memperkenalkan roda air dan enjin wap. Pada tahun 1850, hanya 6500 tan bijih timah di lombong. Jumlah ini meningkat kepada 50 000 tan pada tahun 1904. Tenaga buruh dari India meningkatkan perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 Masihi. Perbelanjaan untuk memperoleh buruh-buruh ini agak murah. Lagipun, mereka sanggup bekerja dengan gaji yang murah, rajin bekerja dan mudah dikawal. Kehadiran mereka menggalakkan pelaburan individu dan syarikatsyarikat Eropah seperti Guthrie dan Dunlop. Akhir sekali, kesan penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlaku sistem dwiekonomi dan ketidakseimbangan perkembangan ekonomi. Golongan imigran berperanan untuk memajukan ekonomi moden yang berlandaskan pertanian sara diri. Masyarakat peribumi di kawasan luar bandar terus ketinggalan. Pada masa yang sama, ekonomi negeri-negeri yang kaya dengan sumber galian seperti Perak dan Selangor berkembang pesat. Negeri seperti Terengganu dan Kelantan yang kurang berpotensi telah ketinggalan dari aspek perkembangan ekonomi. Kesimpulannya, penghijrahan golongan imigran dari China dan India mengubah struktur masyarakat Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi Tanah Melayu. Kehadiran mereka telah mengembangkan ekonomi komersial British. Namun, dari segi sosial pembentukan masyarakat majmuk menyukarkan asimilasi dalam kalangan kaum-kaum di Tanah Melayu pada masa itu. Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Bincangkan faktor-faktor yang mendorong campur tangan British di Tanah Melayu pada tahun 1870-an. [20] 2 Huraikan faktor-faktor yang membangkitkan penentangan masyarakat tempatan di Kelantan pada abad ke-20 Masihi. [20] 3 Terangkan kesan-kesan politik pembentukan Persekutuan 1896. [20] 4 Bincangkan sistem pendidikan vernakular yang wujud di Tanah Melayu semasa penjajahan British. [20] STPM KLON Bah A Sej S3(B2).indd 29 22/06/2023 11:09 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


PB 127 Bahagian A: Sejarah Malaysia BAB 1 Latihan Stimulasi 1 (a) (i) Ketua negeri berkuasa mutlak (ii) Melantik pembesar daerah (iii) Ketua hakim (b) (i) Menguasai sumber ekonomi negara (ii) Mengeluarkan surat kebenaran berdagang (iii) Berhak ke atas hasil cukai negara (c) (i) Ketua agama Islam (ii) Ketua adat istiadat Melayu (iii) Lambang perpaduan dan penyatuan rakyat (d) (i) Bahasa istana (ii) Alat-alat kebesaran (iii) Cap mohor 2 (a) Sistem pemerintahan bercorak autokratik (b) Undang-undang jenayah yang keras berpegang kepada prinsip pembalasan (c) Undang-undang tidak bertulis (d) Menjamin keharmonian hidup masyarakat (e) Berasal dari Sumatera (f) Sistem pemerintahan menekankan unsur demokrasi (g) Undang-undang jenayah bersifat pemulihan dan bertimbang rasa 3 (a) Tiada pengkhususan pekerjaan (b) Menggunakan peralatan tradisional (c) Mengamalkan gotong-royong (d) Tidak mempunyai lebihan hasil (e) Penggunaan wang (f) Pemungutan hasil hutan (g) Kemasukan pelaburan asing (h) Wujud aktiviti perdagangan dengan dunia luar Latihan Pengukuhan Soalan Esei Soalan 1 Golongan pembesar merupakan kumpulan kedua dalam hierarki sosial masyarakat Melayu. Pembesar membantu sultan dalam melaksanakan pentadbiran negeri. Mereka dibahagikan kepada beberapa peringkat di negerinegeri yang mengamalkan struktur pembesar empat lipatan. Kedudukan ini menggambarkan kuasa dan keistimewaan golongan pembesar. Mereka dilantik oleh sultan melalui surat tauliah. Pembesar daerah memegang jawatan selama seumur hidup dan jawatan tersebut diwarisi oleh anak mereka. Terdapat keadaan saling bergantung antara sultan dengan pembesar. Sokongan dan kesetiaan mereka sangat diperlukan, manakala sultan merupakan sumber gelaran dan pengiktirafan bagi pembesar walaupun mereka berkuasa penuh di daerah masing-masing. Golongan pembesar juga merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat. Pembesar peringkat kampung dikenali sebagai penghulu. Mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pembesar daerah di Tanah Melayu merupakan orang kanan sultan. Mereka mendapat hak memerintah wilayah daripada sultan. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai “kawasan pegangan”. Mereka mempunyai kuasa penuh di daerah mereka. Dalam bidang politik, mereka memonopolikan semua kuasa. Hal ini dibuktikan apabila mereka berkuasa untuk melantik raja seperti di Negeri Sembilan dan Perak. Mereka juga menjadi anggota Jemaah Penasihat sultan seperti di Kelantan dan Johor. Mereka menasihati sultan dalam urusan pentadbiran. Kuasa politik pembesar diperkukuh dengan adanya cop mohor sendiri. Urusan kehakiman dan perundangan di daerah dikendalikan oleh mereka. Selain terlibat dalam penggubalan undang-undang, golongan pembesar juga menjadi hakim di daerah mereka. Mereka berhak mengadili kes-kes jenayah dan sivil. Selain itu, mereka harus menjaga keselamatan, keamanan dan kebajikan para penduduk di daerah mereka. Pembesar bertanggungjawab menyediakan tentera untuk mempertahankan negeri. Golongan pembesar daerah juga memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Mereka berhak mengutip cukai daripada penduduk daerah dan menyerahkan sebahagian kepada sultan sebagai tanda ketaatan mereka. Mereka juga terlibat dalam aktiviti perdagangan dengan keizinan sultan. Urusan perdagangan dijalankan oleh wakil-wakil mereka dan peranan mereka adalah sebagai pelabur dan pemodal sahaja. Mereka bertanggungjawab untuk memajukan perdagangan dengan menyediakan kawasan perdagangan, menjaga keselamatan daripada pencerobohan lanun dan menjaga kebajikan pedagang. Golongan pembesar daerah juga terlibat dalam aktiviti perlombongan. Aktiviti ekonomi ini berjaya menambah kekayaan golongan pembesar. Mereka meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui sistem serah dan kerah. Kekayaan yang diperoleh oleh golongan pembesar dapat meningkatkan kuasa, kedudukan dan kewibawaan mereka. Di Tanah Melayu, terdapat beberapa orang pembesar daerah yang lebih berkuasa berbanding dengan sultan. Pembesar daerah juga memainkan peranan penting dalam bidang sosial. Pembesar mempunyai peranan penting dalam hal ehwal istana, keagamaan dan adat istiadat. Pembesar biasanya mengetuai upacara-upacara adat istiadat istana dan diraja. Pembesar harus menjaga kebajikan rakyat dan sentiasa setia kepada raja. Rakyat perlu menjunjung duli sultan yang memerintah. Pembesar Jawapan N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 127 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 129 juga dikehendaki membekalkan tenaga buruh kepada sultan untuk membina istana, menghias istana, membina kapal dan sebagainya. Tugas ini dilaksanakan melalui sistem kerah di wilayahnya. Pembesar juga merupakan orang perantara antara raja dengan rakyat. Mereka sentiasa mendapat amanat daripada sultan yang perlu disampaikan kepada rakyat. Rakyat yang menghadap pembesar akan mendapat bantuan dan perkenan daripada sultan untuk menyelesaikan masalah mereka. Di peringkat kampung, penghulu dilantik untuk menguruskan pentadbiran. Penghulu atau penggawa mempunyai kuasa mutlak di kampung mereka. Walaupun mereka adalah di bawah kekuasaan pembesar daerah, mereka dilantik oleh sultan melalui surat tauliah. Penghulu dilantik secara turun-temurun dan dipilih dalam kalangan orang kampung yang paling dihormati oleh penduduk kampung. Penghulu bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan anak buah di kampung mereka. Penghulu juga perlu melaksanakan semua tugas yang diarah oleh pembesar daerah. Penghulu berkuasa penuh ke atas penduduk kampung dan mesti memastikan anak buahnya taat setia kepada sultan. Dalam bidang kehakiman, penghulu harus menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara anak buahnya. Penghulu juga harus menghakimi kes-kes yang kecil. Dalam bidang ekonomi, penghulu harus memastikan kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar. Penghulu perlu memungut cukai daripada anak buah di kampung dan menyerahkan kepada pembesar daerah. Pendapatan penghulu adalah daripada hasil kutipan cukai. Penghulu kampung juga menguruskan pemberian tanah lapang kepada anak buahnya untuk menggiatkan aktiviti pertanian. Dalam bidang sosial, penghulu harus menjaga kebajikan penduduk kampung. Penghulu juga perlu menyediakan dan membekalkan tenaga buruh melalui sistem kerah. Penghulu harus memastikan penduduk kampung sentiasa taat setia kepada sultan. Kesimpulannya, golongan pembesar Melayu merupakan orang kanan sultan dan berperanan melicinkan pentadbiran negeri. Mereka merupakan pelaksana semua dasar dan arahan sultan. Peranan pembesar mengalami perubahan yang sangat besar selepas campur tangan British. Kedudukan pembesar daerah diambil alih oleh pegawai daerah British. Mereka dibayar elaun dan pencen. Golongan penghulu dikekalkan oleh British. Mereka mentadbir beberapa kampung dan menjadi wakil British. Soalan 2 Pendahuluan • Asal usul Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor • Konsep dan peraturan undang-undang • Aspek-aspek yang terdapat dalamnya dan pindaan yang berlaku Isi-isi Penting 1 Pelantikan raja dan pengganti raja • Menetapkan syarat-syarat seperti yang terdapat dalam Fasal 2 dan Fasal 3 • Syarat-syarat yang perlu dipertimbangkan oleh Mesyuarat Kerajaan • Kelonggaran kepada sultan untuk meletakkan jawatan • Hak dan larangan kepada sultan selepas meletakkan jawatan 2 Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri • Sultan wajib memelihara kedaulatan negeri yang diamanahkan oleh rakyat – Fasal 15 • Larangan kepada raja daripada menyerah atau membuat perjanjian dengan kuasa Eropah • Jika sultan gagal, maka dianggap sudah melakukan dosa dan rakyat tidak perlu setia lagi • Penentangan rakyat di Johor berlaku apabila Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian Malayan Union 3 Pelantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri • Fasal 28 hingga Fasal 44 menerangkan hal-hal berkaitan dengan Jemaah Menteri • Syarat-syarat pelantikan anggota Jemaah Menteri dan Menteri Besar • Gelaran dan larangan terhadap Jemaah Menteri • Peranan dan fungsi anggota Jemaah Menteri • Kuasa sultan dalam Jemaah Menteri • Fasal 43 yang menetapkan hal-hal berkaitan dengan persidangan Jemaah Menteri 4 Pelantikan dan bidang tugas Ahli Mesyuarat Kerajaan • Fasal 45 hingga Fasal 49 • Menentukan syarat-syarat kelayakan ahli Mesyuarat Kerajaan • Menetapkan peranan ahli Mesyuarat Kerajaan • Menjelaskan tugas dan bidang kuasa ahli Mesyuarat Kerajaan 5 Peruntukan tentang agama Islam • Agama Islam ialah agama rasmi kerajaan Johor dan jajahannya • Kebebasan agama dibenarkan • Sultan harus memelihara agama Islam • Segala mahkamah dan pegawai kerajaan menjalankan undang-undang dengan adil Penutup • Tujuan – memelihara kedaulatan Johor – menjalinkan hubungan baik dengan British • Wujud pengasingan kuasa Soalan 3 Pendahuluan • Konsep feudal dan susunan lapis masyarakat • Mencerminkan kedudukan, taraf sosial dan peranan setiap individu N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 128 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 129 • Masyarakat Melayu dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah • Ada hubungan timbal balik dan saling melengkapi • Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, kerabat diraja, pembesar, penghulu, ulama dan pendeta Isi-isi Penting 1 Sultan (a) Pemerintah tertinggi, berkuasa mutlak dan mempunyai pelbagai keistimewaan (b) Mempunyai kuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial (c) Kuasa politik – melantik pembesar, ketua hakim, menggubal undang-undang dan ketua angkatan tentera (d) Kuasa ekonomi – menguasai segala sumber negara seperti tanah dan cukai (e) Peranan sosial – ketua agama dan adat istiadat Melayu serta lambang perpaduan rakyat 2 Kerabat diraja (a) Mempunyai pertalian darah atau hubungan kekeluargaan dengan Sultan (b) Menggunakan gelaran raja atau tengku (c) Memiliki keistimewaan (d) Ada peluang menjadi pemerintah daerah 3 Pembesar (a) Kedudukan yang ketiga dalam hierarki sosial dan berperingkat (b) Terkenal sebagai berketurunan mulia dan terdiri daripada golongan aristokrat dan rakyat biasa (c) Menjaga keamanan dan keselamatan daerah (d) Memungut cukai, melibatkan diri dalam perdagangan, melaksanakan sistem serah dan kerah 4 Penghulu (a) Dilantik dalam kalangan orang kampung yang dihormati (b) Berkuasa ke atas semua anak buah dalam kampung (c) Memastikan anak buah taat setia kepada sultan (d) Menjaga keamanan di kampung dan melaksanakan arahan pembesar daerah 5 Ulama dan pendeta (a) Golongan cerdik pandai dan sumber rujukan (b) Sumbangan dalam khidmat nasihat (c) Ulama – pakar dalam bidang agama (d) Pendeta – pakar dalam bidang seni, kebudayaan dan salasilah raja Penutup • Golongan pemerintah memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan • Banyak perubahan berlaku selepas campur tangan British Soalan 4 Pendahuluan • Konsep ekonomi sara diri • Ciri-ciri ekonomi sara diri – bergantung pada keluarga sebagai unit pengeluaran, tidak menggunakan teknologi moden, hasil yang sedikit, diusahakan secara kecil-kecilan, penggunaan sistem barter dan tidak wujud pengkhususan pekerjaan • Aktiviti ekonomi – pertanian, penternakan, memungut hasil hutan, perikanan dan pertukangan Isi-isi Penting 1 Pertanian dan penternakan (a) Penanaman padi (i) Jenis padi – penanaman padi sawah dan padi huma (ii) Padi sawah ditanam di lembah sungai dan delta sungai serta mudah mendapat bekalan sumber air. Sistem tali air dibina. Padi sawah banyak ditanam di Kedah dan Kelantan (iii) Padi huma ditanam oleh kaum Kadazandusun di Tuaran dan kaum Kelabit di hulu Sungai Baram. Padi huma banyak ditanam di lereng bukit dan tidak memerlukan banyak air (iv) Menggunakan teknologi tradisional dan dijalankan secara bergotong-royong (b) Penternakan (i) Pelbagai jenis binatang diternak seperti ayam, itik, kambing, kerbau dan lembu (ii) Kerbau dan lembu digunakan untuk aktiviti bercucuk tanam seperti membajak dan mengangkat barangan keperluan (iii) Memburu binatang liar di hutan turut dijalankan (iv) Rusa, kijang, ayam hutan dan kancil membekalkan daging tambahan 2 Perikanan (a) Dijalankan oleh masyarakat tempatan di tepi sungai dan kawasan pinggir pantai (b) Terdapat dua jenis kegiatan perikanan, iaitu menangkap ikan di laut dan menangkap ikan air tawar di sungai, tasik dan paya (c) Menangkap ikan di laut dengan peralatan seperti pukat, kelong, jala dan jaring (d) Menangkap ikan air tawar dengan bubu, tombak, kail dan pancing (e) Kelebihan hasil diproses sebagai belacan, keropok dan ikan kering 3 Memungut hasil hutan (a) Hasil hutan yang dikutip seperti damar, rotan, ubat-ubatan, herba, madu dan sebagainya (b) Dijual atau ditukar dengan barangan keperluan seperti garam dan gula (c) Juga digunakan untuk menghasilkan barangan kraf tangan, ubat-ubatan tradisional, membina rumah dan perabot N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 129 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


130 131 4 Pertukangan (a) Dilakukan di rumah bagi kegunaan tempatan (b) Banyak dijalankan oleh masyarakat Melayu di pantai timur Tanah Melayu (c) Sumber alam sekitar dijadikan hasil pertukangan (d) Antara hasil – menenun kain songket, menganyam tikar, pertukangan kayu – sampan, pertukangan logam – senjata, membuat tembikar daripada tanah liat, menghasilkan perhiasan emas dan perak Kesimpulan • Masyarakat Melayu bukan sahaja terlibat dalam ekonomi tradisional • Juga terlibat dalam ekonomi komersial • Menjadi pemodal dan memonopolikan perdagangan BAB 2 Latihan Stimulasi 1 (a) Perang Larut (b) Perebutan takhta (c) Perang saudara (d) Perjanjian Pangkor 1874 (e) Perang Kelang/Perang Saudara Selangor (f) Serangan lanun ke atas kapal dagang British (g) Serangan ke atas rumah api British di Tanjung Rachado (h) Permusuhan antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar Kulop Tunggal (i) Perjanjian antara Yamtuan Antah dengan British 1885 (j) Perjanjian 1874 dan penguasaan British di Sungai Ujong (k) Perjanjian Penyatuan Negeri Sembilan 1898 (l) Pemberian konsesi dan kemasukan pelaburan asing (m) Pembunuhan rakyat British (Su Kim dan Go Hui) (n) Perang saudara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad (o) Perjanjian 1887 2 (a) Campur tangan dalam sistem pengganti sultan (b) Memperkenalkan sistem perundangan dan kehakiman Barat (c) Memperkenalkan cukai-cukai baharu (d) Menyekat pembukaan kawasan perlombongan dan pertanian (e) Campur tangan dalam adat resam tempatan (f) Menghapuskan amalan perhambaan 3 (a) Kebimbangan campur tangan kuasa asing (b) Perubahan politik di England (c) Revolusi Perindustrian (d) Desakan saudagar-saudagar (e) Keadaan huru-hara di negeri-negeri Melayu (f) Kemajuan teknologi 4 (a) Keadaan negara China yang huru-hara akibat pemberontakan dan perang saudara (b) Pertambahan penduduk menyebabkan kebuluran (c) Bencana alam seperti banjir dan kemarau sering melanda China (d) Galakan daripada kerajaan China kepada rakyatnya untuk berhijrah Latihan Pengukuhan Soalan Esei Soalan 1 Peluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula dengan pembentukan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Hal ini berlaku melalui perjanjian yang ditandatangani antara British dengan pihak tempatan. Pada peringkat awal, British tidak bertujuan untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri Melayu dan hanya ingin memenuhi keperluan ekonominya. Namun, terdapat beberapa insiden sebelum tahun 1870-an yang mendorong British untuk campur tangan secara tidak langsung di Tanah Melayu. Antaranya ialah persetiaan awal antara Kapten Henry Burney dengan Raja Ligor pada tahun 1825 untuk menyelesaikan masalah peluasan kuasa Siam di Perak dan Selangor. Peristiwa lain ialah Perang Naning pada tahun 1832 dan pembedilan kubu di Terengganu pada tahun 1862. British terpaksa campur tangan demi menjaga kepentingan ekonominya. Menjelang tahun 1870, beberapa perkembangan di Tanah Melayu dan Eropah mendorong campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu. Menurut mendiang Profesor Khoo Kay Kim, faktor ekonomi turut menyebabkan campur tangan British. Menjelang abad ke-19 Masihi, Britian mengalami Revolusi Perindustrian yang menyebabkan perkembangan industri-industri di sana. Britain memerlukan bahanbahan mentah, terutamanya bijih timah dan pasaran yang luas untuk barang-barang buatan kilangnya. Demi mencapai matlamat tersebut, Britain memerlukan jajahan baharu bagi memenuhi permintaan terhadap bijih timah yang semakin meningkat akibat perkembangan perusahaan mengetin makanan. Harga bijih timah yang melambung tinggi telah mendesak British untuk mengalihkan perhatian kepada Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah. Campur tangan akan menguntungkan Inggeris jika negeri-negeri ini menjadi tanah jajahannya. Pada masa yang sama, ramai pedagang dan banyak syarikat British telah menanam modal di lombonglombong bijih timah. Syarikat-syarikat British juga mendapat konsesi perlombongan dan perdagangan di negeri-negeri Melayu. Campur tangan British akan menjamin pelaburan mereka. Pada bulan Mac 1873, seramai 243 orang pedagang dari negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menghantar surat rayuan ke pejabat tanah jajahan di London dan meminta British untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. Terdapat juga sejarawan Barat yang menganggap kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 130 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


130 131 sebagai faktor campur tangan British. Menjelang tahun 1870-an, negara-negara Barat seperti Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat menjadi negara perindustrian dan memerlukan bahan mentah serta pasaran. Mereka berlumba-lumba datang ke timur untuk mencari tanah jajahan. Pada masa itu, Siam dan Semenanjung Tanah Melayu sahaja yang belum dijajah. British berasa bimbang jika kekayaan negeri-negeri Melayu akan menarik perhatian kuasa-kuasa Barat tersebut. Ketidakstabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong British mengambil kesempatan dan campur tangan. Antara kuasa-kuasa besar tersebut, Jerman yang paling dicurigai oleh British kerana selepas penyatuan Jerman pada tahun 1871, negara ini mengamalkan dasar agresif dalam imperalisme. Hal ini jelas dapat dilihat apabila pedagang Jerman berunding dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Perubahan dasar kerajaan Inggeris juga menyebabkan campur tangan British. Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menerajui pemerintahan England. Parti ini dipimpin oleh Goldstone yang antiimperialisme, maka tidak ambil berat tentang rayuan saudagar untuk campur tangan demi kepentingan ekonomi. Pada tahun 1874, Parti Konservatif di bawah pimpinan Disreali memenangi pilihan raya dan mengambil alih pemerintahan. Berlaku perubahan dasar dalam Kabinet Britain dan Pejabat Tanah Jajahan. Kakitangan baharu melahirkan semangat imperialisme dan melaksanakan dasar campur tangan. Pegawai-pegawai British seperti Lord Kimberly dan Sir Andrew Clarke juga menyokong dasar campur tangan dalam hal ehwal tanah jajahan. Keadaan anarki di negeri-negeri Melayu semakin berleluasa menjelang tahun 1860-an. Keadaan huruhara tersebut berlaku disebabkan oleh perebutan takhta, perebutan kuasa dalam kalangan pembesar Melayu, pergaduhan kongsi-kongsi gelap dan kegiatan pelanunan di Selat Melaka. Keadaan ini berlaku di kawasankawasan yang kaya dengan bijih timah seperti daerah Klang, Sungai Ujong dan Kamunting. Keadaan tersebut telah menimbulkan kesan buruk ke atas Inggeris. Antaranya ialah peluang bagi kuasa-kuasa asing untuk campur tangan, mengganggu aktiviti perlombongan bijih timah dan mengancam keselamatan pelaburan dan konsesi. Kemajuan teknologi juga mendorong campur tangan British. Pada tahun 1869, Terusan Suez dibuka. Pembinaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan dari Eropah ke Tanah Melayu. Teknologi juga merancakkan dasar imperialisme Barat. Penciptaan kapal wap turut mempercepat perjalanan laut dan berjaya membawa muatan yang banyak. Penciptaan kapal wap telah menggiatkan aktiviti perdagangan di antara timur dengan barat. Penciptaan telegraf juga telah meningkatkan perhubungan antara Timur dengan Barat. Kesimpulannya, peluasan kuasa British bermula di Perak apabila Sir Andrew Clarke mengadakan Perjanjian Pangkor dengan Raja Abdullah dan permulaan sistem Residen di Perak pada tahun 1874. Sistem Residen kemudiannya diperkenalkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Melalui pengenalan sistem Residen, rajaraja Melayu mula kehilangan kuasa pemerintahan dan British mula menjajah ke atas negeri-negeri Melayu. Soalan 2 Pendahuluan • Syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Siam 1902 dan Perjanjian Bangkok 1909 • Tugas-tugas penasihat British • Latar belakang Engku Besar Jeram dan Tok Janggut Isi-isi Penting 1 Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British • Kemerosotan kuasa Engku Besar Jeram, iaitu Tuan Ahmad • W.A. Graham membahagikan Kelantan kepada beberapa jajahan dan jajahan Pasir Puteh dibentuk • Pasir Puteh diketuai oleh Pegawai Daerah • Sebelum itu, Engku Besar berkuasa di Jeram dan Pasir Puteh tetapi dijadikan Tok Kweng Muda, satu jawatan yang lebih rendah daripada penghulu • Juga dikehendaki membayar cukai dan dilayan sebagai rakyat biasa • Cukai-cukai baharu yang dilaksanakan membebankan rakyat • Undang-undang Hasil Padi memaksa rakyat melaporkan jumlah tanah sawah dan tempatnya semasa mendaftar bagi memudahkan pungutan cukai • Semua tanah mesti dibayar cukai • Sirih, lembu, kerbau dan pokok buah-buahan juga dikenakan cukai 2 Sikap kasar pegawai British • Rakyat yang tidak membayar cukai ditangkap atau dikenakan denda • Rakyat tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai jauh dari kampung • Pembayaran cukai juga sukar dilakukan kerana perlu dibayar pada waktu dan hari yang ditetapkan • Rakyat terpaksa berulang-alik beberapa kali untuk membuat pembayaran 3 Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh • Pelantikan beliau tidak disukai oleh penduduk Kelantan kerana berasal dari Singapura • Orang yang tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dan pemungutan cukai • Bertindak menawarkan kontrak kutipan telur penyu dan kercut • Sebelum itu, pekerjaan tersebut dibuat tanpa dikenakan sebarang bayaran Penutup • Permulaan kebangkitan di Kelantan N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 131 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 133 • Kedudukan British bertambah kukuh • Menjadi perangsang kepada kebangkitan di Terengganu Soalan 3 Pendahuluan • Konsep Persekutuan dan cadangan penubuhannya • Faktor-faktor pembentukan Persekutuan • Beberapa kandungan dan fasal-fasal perjanjian Persekutuan Isi-isi Penting 1 Kesatuan politik • Usaha diambil untuk membentuk pentadbiran yang terbesar dengan wujudnya jabatan-jabatan baharu • Negeri-negeri maju membantu negeri-negeri lain yang kurang maju dengan wujudnya sistem kewangan Persekutuan dan dapat menyelesaikan masalah kewangan Pahang • Wujud perhubungan yang lebih baik, penubuhan perkhidmatan awam dan pasukan polis • Kelemahannya ialah tiada pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri 2 Pemusatan kuasa Residen Jeneral • Kuasa amat luas diberi kepada Residen Jeneral • Kuasa Residen dipindahkan kepadanya • Pesuruhanjaya Tinggi tidak berkuasa mengawal Residen Jeneral kerana faktor jarak • Segala tindakan Residen Jeneral tidak boleh dipersoalkan • Residen Jeneral merupakan ketua kerajaan Persekutuan dan berkuasa dalam bidang pentadbiran • Sultan-sultan terpaksa menyerahkan kuasa secara sah kepada Residen Jeneral 3 Kehilangan kuasa sultan • Peranan dan kuasa sultan semakin terhakis • MajlisMesyuarat Negeritidak ada kuasa membentuk undang-undang atau perbelanjaan awam • Raja-raja Melayu dipaksa menerima Perjanjian Persekutuan tanpa perundingan • Dalam pentadbiran, kuasa sultan juga terancam kerana pegawai-pegawai British mengenepikan mereka • Kuasa sultan juga terjejas kerana tidak ada pembahagian kuasa • Kedudukan mereka lebih teruk daripada raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 4 Persidangan Majlis Raja-Raja (Durbar) • Ada peruntukan untuk menubuhkan Durbar • Satu perjumpaan terhad antara Pesuruhanjaya Tinggi, Residen Jeneral, sultan-sultan dan empat Residen • Sebuah badan penasihat yang tidak berkuasa untuk menggubal undang-undang • Peluang kepada sultan-sultan untuk menyuarakan pandangan • Persidangan pertama di Kuala Kangsar dan yang kedua di Kuala Lumpur • Antara perkara yang berbangkit ialah mengurangkan permusatan kuasa Residen Jeneral dan penambahan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan 5 Majlis Mesyuarat Persekutuan • Dianggotai oleh Pesuruhanjaya Tinggi sebagai pengerusi, Residen Jeneral, empat orang sultan dan empat orang Residen menjadi ahli-ahli rasmi • Ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dengan kewangan • Berkuasa menggubal undang-undang tetapi perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Negeri • Jawatan Residen Jeneral dimansuhkan • Pada awalnya disokong oleh sultan-sultan tetapi sedar kemudian ia tidak membaiki kedudukan mereka Penutup • Terdapat kesan-kesan lain seperti ekonomi dan sosial • Ada usaha-usaha pengagihan kuasa Soalan 4 Pendahuluan • Sifat pendidikan pengajian Islam • Sifat pendidikan pondok • Sistem pendidikan vernakular semasa penjajahan British Isi-isi Penting 1 Pendidikan Melayu • Dibuka pada abad ke-19 Masihi di Negeri-negeri Selat – cawangan Penang Free School • Dua buah sekolah Melayu dibuka di Singapura pada tahun 1856 • Sambutan pada peringkat awal kurang menggalakkan, tetapi bertambah baik selepas pengajian al-Quran dimulakan dan sekolah vernakular berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan • Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan anak yang lebih cerdik daripada ibu bapa • Empat tahun pendidikan dan kanak-kanak diajar menulis, membaca, mengira dan kraf tangan mudah • Latihan perguruan diberi kepada guru-guru sekolah Melayu dengan tertubuhnya maktabmaktab perguruan • Tidak menyediakan pelajar meningkatkan taraf hidup atau menyertai sektor ekonomi moden • Sehingga tahun 1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu • Pada tahun 1905, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 132 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


132 133 2 Pendidikan Cina • Sekolah-sekolah Cina ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh saudagar Cina • Tertumpu di bandar-bandar dan menandakan keinginan masyarakat Cina untuk menetap di sini • Terdapat tiga jenis sekolah Cina, iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh persatuan dan keluarga Cina, sekolah yang ditubuhkan oleh satu jawatankuasa dan sekolah yang dijalankan oleh guru-guru yang dibayar gaji oleh murid • Guru, sukatan pelajaran dan buku dari negara China • Bahasa pengantar menggunakan pelbagai dialek • Menyediakan pendidikan sehingga tahap senior dan melanjutkan ke peringkat lebih tinggi di China • Pada tahun 1920, British meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal sekolahsekolah Cina kerana sekolah-sekolah ini menjadi media penyebaran ideologi komunis 3 Pendidikan Inggeris • Dimulakan oleh kerajaan Inggeris, golongan mubaligh dan badan-badan awam untuk semua kaum • Tujuan pendidikan adalah untuk penduduk tahu membaca, menulis dan mengira bagi mengisi jawatan pegawai rendah • Memberi pendidikan kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan • Mempunyai sukatan pelajaran yang seragam, menyediakan tujuh tahun pendidikan rendah dan empat tahun pendidikan menengah • Sukatan pelajaran adalah berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England • Sekolah Inggeris di Negeri-negeri Selat digelar School Free kerana terbuka kepada semua kaum 4 Pendidikan Tamil • Dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat • Berkembang selaras dengan perkembangan ekonomi • Kurang berkualiti, menghadapi masalah kekurangan guru dan kemudahan • Buku-buku dibawa dari India dan mencerminkan unsur keindiaan • Undang-undang Buruh pada tahun 1912 telah mewajibkan pengusaha ladang supaya menyediakan sekolah dan khidmat guru untuk anak-anak pekerja • Masyarakat India yang kaya menghantar anakanak mereka ke sekolah Inggeris Penutup • Lima jenis aliran sekolah menyalurkan perpaduan • Tidak ada sistem pendidikan kebangsaan yang boleh menyatupadukan semua kaum • Usaha kerajaan ke arah perpaduan melalui sistem pendidikan selepas kemerdekaan BAB 3 Latihan Stimulasi 1 (a) Pengaruh agama Islam (b) Pengaruh kewartawanan (c) Peranan pendidikan (d) Peranan bahasa dan kesusasteraan (e) Peranan golongan intelektual (f) Pengaruh luar 2 (a) Menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi (b) Memajukan kedudukan sosioekonomi orang Melayu (c) Mencadangkan keanggotaan askar Melayu ditambah (d) Menggesa kerajaan menubuhkan angkatan tentera laut dan tentera darat (e) Berjuang memelihara nasib orang Melayu (f) Mengeratkan kerjasama dalam kalangan orang Melayu 3 (a) Ancaman komunis di Singapura dan Sarawak (b) Ancaman komunis di Indonesia (c) Keseimbangan kaum (d) Mempercepat proses kemerdekaan (e) Kerjasama ekonomi (f) Ancaman komunis di Brunei 4 (a) Sistem Ahli (b) Pakatan murni (c) Pilihan raya berperingkat (d) Suruhanjaya Reid Latihan Pengukuhan Soalan Esei Soalan 1 Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air. Semangat nasionalisme telah meningkatkan usaha penduduk tempatan untuk membebaskan negara dan bangsa daripada pengganas dan cengkaman kuasa asing. Gerakan nasionalisme masyarakat Melayu merupakan satu tindak balas terhadap kekuasaan British dalam bidang politik dan ekonomi. Proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada tiga peringkat yang dipimpin oleh tiga golongan intelektual yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan. Tahap pertama digerakkan oleh golongan berpendidikan Arab dan peringkat kedua dan ketiga dipimpin oleh golongan elit berpendidikan Inggeris dan Melayu. Selain faktor dalaman, perkembangan di luar Tanah Melayu juga mempengaruhi gerakan nasionalisme orang Melayu. Pengaruh luar turut membangkitkan semangat kebangsaan. Gerakan Islah Islamiah bermula di Mesir pada akhir abad ke-19 Masihi. Gerakan tersebut berpunca daripada peluasan pengaruh Barat di Mesir. Gerakan ini dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afgani. Gerakan Islah Islamiah bertujuan N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 133 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


134 135 menyatupadukan umat Islam dan memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Konsep ini menarik perhatian pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar. Konsep ini juga memberikan ilham kepada mereka untuk berjuang di negara sendiri. Tokohtokoh seperti Sheikh Ahmad al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu menyeru umat Islam di Tanah Melayu bersatu padu untuk menyekat pengaruh Barat. Kebangkitan nasionalisme di Turki oleh gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Gerakan Pan-Islamisme berusaha menyatupadukan semua umat Islam sedunia di bawah Khalifah Turki Uthmaniyah. Tujuan gerakan Turki Muda ialah memperjuangkan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara, membangkitkan perasaan nasionalisme dalam kalangan orang Turki dan membuat pembaharuan politik dan ketenteraan. Gerakan ini semakin agresif di bawah kepimpinan Mustafa Kamal Ataturk. Pada tahun 1923, Turki Muda merampas kuasa dan mengisytiharkan Turki sebagai sebuah republik. Beberapa orang tokoh terpengaruh dengan kejayaan Turki Muda dalam bidang ekonomi. Golongan reformasi di Tanah Melayu mendapat ilham daripada Turki Muda untuk memperhebat semangat kebebasan mereka. Golongan nasionalis berpendidikan Melayu dan golongan pelajar yang menuntut di Indonesia terpengaruh dengan perkembangan politik di situ. Penubuhan Sarekat Islam telah mendorong golongan nasionalis menubuhkan Syarikatul Islam untuk menentang British di Terengganu. Ahli-ahli Parti Komunis Indonesia sering melawat Tanah Melayu dan ada hubungan rapat antara penduduk Tanah Melayu dan pemimpin PKI. Ini dapat dilihat apabila golongan intelektual di Tanah Melayu memberi perlindungan kepada mereka apabila revolusi mereka gagal. Pelajar-pelajar MPSI juga dipengaruhi oleh perjuangan antipenjajahan. Parti Nasional Indonesia dipimpin oleh Soekarno. Pelajar MPSI menjadi ahli seberang laut PNI. Tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob ingin menubuhkan Melayu Raya, iaitu satu kesatuan politik Tanah Melayu dengan Indonesia. Hubungan rapat antara tokoh-tokoh tersebut telah meningkatkan perjuangan KMM yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905 telah membawa kesan terhadap gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Kemunculan Jepun sebagai sebuah negara yang kuat membuktikan bahawa rakyat Asia juga berkebolehan dan bijak. Kepercayaan tersebut telah memberi ilham dan menguatkan keazaman nasionalis Melayu untuk menentang British. Kemenangan Jepun telah mengikis andaian bahawa negara yang maju dalam bidang pelajaran dan teknologi boleh menentang penjajah Barat. Gerakan nasionalisme di India dan China juga mempengaruhi gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Dua gerakan di India, iaitu perjuangan kemerdekaan oleh Mahatma Gandhi dan Gerakan Khalifah menyebabkan golongan anti-British di sini untuk menubuhkan persatuan-persatuan untuk menentang British. Peristiwa Revolusi 1911 dan Gerakan 4 Mei memberi kesan yang mendalam kepada orang Cina. Kejayaan Dr. Sun Yat Sen telah membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang penjajahan Sepanyol. Jelasnya dapat dilihat bahawa perjuangan tokoh-tokoh tersebut telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Kesimpulannya, pejuang nasionalis di Tanah Melayu mula menubuhkan persatuan, kesatuan dan kelab untuk menyusun aktiviti mereka secara sistematik. Perjuangan mereka menjadi lebih berorganisasi. Pada peringkat awal, isu yang diperjuangkan ialah aspek sosioekonomi. Hanya pada tahun 1938, perjuangan berubah menjadi lebih radikal apabila kemerdekaan mula dituntut oleh KMM. Soalan 2 Pendahuluan • Faktor-faktor yang mendorong Jepun menyerang Tanah Melayu • Dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu • Dasar sosial Jepun di Tanah Melayu Isi-isi Penting 1 Orang Melayu terlibat dalam pentadbiran • Mendapat latihan pentadbiran di Koa Kunrenjo • Memberi keyakinan diri dan meningkatkan kesedaran bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka • Meningkatkan kesedaran untuk melindungi dan mempertahankan Tanah Melayu tanpa bergantung pada British 2 Menyemarakkan semangat nasionalisme • Golongan nasionalis yang dibebaskan menggerakkan pertubuhan yang membangkitkan semangat kebangsaan • KMM menguruskan Warta Malaya sebagai media propaganda anti-British • Juga bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun • Kesedaran politik secara berparti mula menyemarak dan idea kemerdekaan 3 Gerakan bawah tanah dan anti-Jepun ditubuhkan untuk menentang Jepun • MPAJA ditubuhkan untuk menentang Jepun, terdiri daripada ahli-ahli militan Parti Komunis Malaya, melancarkan perang gerila, serangan hendap dan sabotaj • Force 136 memberi latihan ketenteraan, tujuan untuk mengambil semula Tanah Melayu melancarkan perjuangan bawah tanah • Askar Wataniah mendapat tauliah daripada Sultan Pahang. Tujuan untuk menyerang dan memusnahkan markas tentera Jepun N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 134 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


134 135 4 Wujud permusuhan kaum • Jepun mengamalkan dasar-dasar terhadap kaum • Orang Cina ditindas oleh Jepun dan mengalami penderitaan dan melarikan diri ke pinggir hutan • Orang Melayu menyertai pasukan tentera dan polis Jepun serta diarah untuk menangkap masyarakat Cina yang anti-Jepun • Menimbulkan perasaan curiga dan permusuhan antara orang Cina dengan orang Melayu • Berlaku beberapa perbalahan perkauman antara orang Cina dengan orang Melayu selepas kekalahan Jepun 5 Penderitaan hidup • Masyarakat hidup menderita kerana diseksa oleh kempetai • Kebuluran berlaku akibat kekurangan makanan yang berleluasa • Taraf kesihatan juga merosot akibat wabak penyakit seperti beri-beri, taun dan malaria • Ramai meninggal dunia kerana kekurangan ubatubatan Penutup • Zaman pendudukan Jepun meninggalkan pelbagai kesan ekonomi • Masyarakat Tanah Melayu hilang kepercayaan terhadap penjajah untuk membela nasib mereka • Wujud kesedaran untuk menuntut kemerdekaan Soalan 3 Pendahuluan • British hendak menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka menjadi Malayan Union • Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu Isi-isi penting 1 Penentangan melalui akhbar • Warta Negara, Majlis dan Utusan Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan dengan menyeru orang Melayu supaya membantah dan menolak Malayan Union serta menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu • Utusan Melayu mendesak Raja-raja Melayu supaya meneliti segala cadangan sebelum meluluskannya dan mendesak persatuan-persatuan Melayu membentuk Barisan Bersatu bagi melindungi kepentingan orang Melayu • Warta Negara telah memaparkan ketegasan masyarakat Melayu menentang Malayan Union 2 Penentangan melalui demonstrasi dan rapat umum • Persatuan Melayu Kelantan menganjur satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 10 000 orang semasa ketibaan Sir Harold MacMichael ke istana pada 15 Disember 1945 • 19 Januari 1946, satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 50 000 orang telah diadakan di Alor Setar • Persatuan Melayu Kedah menganjurkan perarakan yang disertai oleh ulama, pelajar, orang kampung dan kaum tani • 3 Februari 1946, perarakan oleh 5000 orang Melayu membantah Kertas Putih • Orang Melayu telah mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams 3 Penentangan melalui peranan sultan • Sultan negeri-negeri Melayu menghantar kawat/ telegram ke London membuat bantahan terhadap penipuan dan paksaan semasa menandatangani perjanjian Malayan Union • Sultan juga menghantar kawat/telegram kepada tokoh yang berpengaruh di British dan bekas pegawai tadbir British di Tanah Melayu • Sultan telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams • Sultan memulaukan pengisytiharan Malayan Union yang diadakan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur 4 Faktor kejayaan melalui kepimpinan Dato’ Onn bin Jaafar • Menyeru orang Melayu mengadakan kongres menentang Malayan Union • Persatuan Melayu Negeri bersatu di bawah parti politik Melayu kebangsaan, iaitu UMNO • Beliau memujuk Raja-raja Melayu supaya memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union 5 Faktor kejayaan melalui peranan akhbar • Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu menyuarakan bantahan terhadap rancangan pengenalan Malayan Union • Membangkitkan kesedaran tentang rancangan British menjajah Tanah Melayu melalui Malayan Union, bahaya dan kesan negatif terhadap orang Melayu • Utusan Melayu menyeru supaya Raja-raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak dihapuskan • Majlis menyeru orang Melayu menentang Malayan Union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 135 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


136 137 6 Faktor sokongan rakyat • Hampir semua orang Melayu memberikan sokongan dalam usaha menentang Malayan Union • Sedar bahawa kerakyatan terbuka yang dianjurkan dalam Malayan Union akan mengancam status quo mereka sebagai peribumi Penutup • Penubuhan Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana syarat kewarganegaraan yang longgar, kehilangan kuasa sultan, tindakan Harold MacMichael dan kedudukan orang Melayu • Bantahan orang Melayu yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli • Orang Melayu membantah cara ugutan dan paksaan oleh Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan Soalan 4 Pendahuluan • Pengumuman gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura • Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Malaysia • Reaksi di Sabah, Sarawak dan Singapura Isi-isi Penting 1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) • Ditubuhkan pada 23 Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephen • Tujuan pembentukan adalah untuk memberitahu orang ramai tentang Malaysia dan mengumpulkan segala maklumat berkaitan dengan sambutan terhadap Malaysia • Mengadakan empat mesyuarat • Memberi peluang kepada pemimpinpemimpin mengemukakan pandangan tentang Malaysia • Dapat meyakinkan pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan menyertai Malaysia • Kerajaan Sarawak mengeluarkan Kertas Putih tentang Malaysia pada 4 Januari 1962 dan kerajaan Sabah pada 31 Januari 1962 • Berjaya menyusun satu memorandum yang mendapat sokongan padu daripada penduduk Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu 2 Suruhanjaya Cobbold 1962 • British ingin mengumpulkan pendapat dan sambutan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia • Suruhanjaya Cobbold dibentuk dan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank of England • Tugas utama adalah untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak • Membuat syor-syor Perlembagaan setelah menimbangkan pandangan rakyat • Laporan diumumkan pada 1 Ogos 1962 yang mengesahkan bahawa dua pertiga daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia • Antara syor ialah nama Persekutuan sebagai Malaysia, Perlembagaan Malaysia berlandaskan Persekutuan Tanah Melayu 1957, soal tentang hal pendidikan, agama, imigresen, kewangan dan kewarganegaraan ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri Sabah dan Sarawak • Mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) 3 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) • Ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Persekutuan • Wakil Sabah menghantar memorandum Tuntutan 20 Perkara • Wakil Sarawak bersetuju dengan Tuntutan 20 Perkara • Laporan dibentang dan diluluskan sebagai Akta Malaysia 1963 Penutup • Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 • Indonesia melancarkan dasar konfrontasi • Berlaku pemisahan Singapura dari Malaysia BAB 4 Latihan Stimulasi 1 (a) Berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen (b) Memperkenalkan rang undang-undang (c) Berkuasa melantik ahli Dewan Negara (d) Membahas hal dan masalah rakyat (e) Membahaskan dasar-dasar kerajaan (f) Menggubal dan meluluskan undang-undang Persekutuan (g) Membahaskan hal rakyat (h) Membincangkan dasar-dasar kerajaan (i) Membahaskan, menangguhkan atau meluluskan rang undang-undang 2 (a) Menggalakkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial (b) Memberi kemudahan dan faedah kepada negaranegara anggota (c) Menyelesaikan masalah bersama sekiranya ada (d) Membangunkan ekonomi, memajukan sosial dan kebudayaan serantau (e) Mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota (f) Menggalakkan kerjasama dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi dan teknikal N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 136 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


136 137 (g) Mengamalkan dasar berkecuali terhadap hal ehwal negara lain (h) Menghormati hak asasi manusia dan prinsipprinsip PBB (i) Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa 3 (a) Memodenkan industri perikanan (b) Meningkatkan taraf hidup kaum nelayan (c) Menstabilkan harga padi (d) Meningkatkan taraf hidup kaum petani (e) Membantu pekebun kecil getah (f) Menggalakkan penyelidikan dan penanaman semula getah (g) Memajukan sektor perindustrian dan perlombongan petroleum (h) Memajukan perniagaan berkaitan dengan petroleum Latihan Pengukuhan Soalan Esei Soalan 1 Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen yang menekankan konsep pengasingan kuasa. Kuasa ini dipraktikkan dengan pembahagian kuasa antara tiga badan pemerintahan, iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Doktrin pengasingan kuasa ini dikemukakan oleh Monstesquieu yang menekankan tiadanya pertindihan bidang kuasa. Dalam sesebuah kerajaan Demokrasi Berparlimen, hak asasi rakyat terjamin dan pilihan raya diadakan untuk memilih kerajaan. Dalam sistem ini, Badan Legislatif berfungsi sebagai Badan Perundangan. Badan Eksekutif merupakan Badan Pelaksana dan Badan judisiari pula ialah Badan Kehakiman yang berperanan menegakkan keadilan. Badan Eksekutif merupakan badan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Badan ini merupakan kumpulan yang memberi dan menerima arahan. Badan ini dilaksanakan oleh Jemaah Menteri atau Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Kabinet ialah pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah untuk menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri ialah Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet merupakan ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri sebagai pemimpin kerajaan bertanggungjawab untuk menjalankan pentadbiran secara sistematik dan teratur. Selain itu, Perdana Menteri juga menjadi wakil rasmi rakyat Malaysia dalam hal-hal antarabangsa dan berperanan sebagai ketua penasihat kepada Yang diPertuan Agong. Beliau juga mengetuai Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini membentuk dasar-dasar kerajaan serta menyelaras semua kementerian dan jabatan. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab untuk menggubal dan merancang dasar-dasar kerajaan serta menyelaras program-program pembangunan ekonomi dan sosial. Setiap kementerian dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberi tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri. Terdapat tiga kumpulan eksekutif yang menjalankan tugas dan melaksanakan dasar kerajaan. Kumpulan ini ialah Sektor Perkhidmatan Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan angkatan bersenjata. Sektor perkhidmatan Awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab untuk mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Setiap kakitangan awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah di bawah arahan kerajaan. Tugas utama PDRM adalah untuk memastikan rakyat sentiasa mematuhi undangundang. Di samping itu, mereka juga mengesan penjenayah dan kegiatan radikal. Mereka tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang dan tidak melaksanakan urusan mahkamah. Angkatan bersenjata bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara. Angkatan bersenjata terdiri daripada Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Keduadua kumpulan eksekutif ini tidak boleh melibatkan diri dalam bidang politik. Kumpulan-kumpulan ini menjalankan dasar kerajaan dan mengikut peraturan dan arahan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Selain daripada badan-badan ini, terdapat juga badan berkanun dan agensi kerajaan yang terletak di bawah kementerian tertentu. Badan-badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Negeri. Badan berkanun ini ialah badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan ini juga mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Agensi-agensi ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar, iaitu untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan. Antara agensiagensi kerajaan dalam badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Di samping itu, beberapa suruhanjaya juga telah ditubuhkan di Malaysia untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan awam. Antara suruhanjaya yang utama ialah Suruhanjaya Perkhidmatan N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 137 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


138 139 Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. Kesimpulannya, Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Kabinet menjalankan kuasa politik dan memerintah atas mandat yang diberi oleh rakyat. Satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang lancar dapat menjamin pengurusan negara yang sempurna. Sistem pentadbiran yang efektif dapat menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Soalan 2 Pendahuluan • Latar belakang sistem pendidikan selepas kemerdekaan • Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan Isi-isi Penting 1 Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama • Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan • Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah di Semenanjung Malaysia pada tahun 1982 • Peperiksaan awam menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat 2 Mendemokrasikan pendidikan • Bermula pada tahun 1962 apabila terdapat penekanan kepada pendidikan percuma • Pemansuhan peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah • Kerajaan membaiki kemudahan fizikal dan prasarana di luar bandar • Skim Pinjaman Buku Teks, Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan Tambahan disediakan untuk golongan miskin dan yang tinggal di luar bandar 3 Pengajaran bahasa ibunda • Usaha diambil untuk mengekalkan identiti kaum berlandaskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian • Pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda kanak-kanak diterapkan 4 Sistem kurikulum dan peperiksaan yang sama • Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia boleh memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional • Kurikulum kebangsaan bertujuan memberi ilmu pengetahuan, membentuk sahsiah dan perwatakan murid agar dapat memupuk perpaduan 5 Menekankan pendidikan vokasional dan teknik • Pendidikan vokasional dan teknik dititikberatkan untuk memberi latihan kemahiran kepada murid • Melahirkan rakyat yang berdisiplin dan memiliki latihan kemahiran • Mengekalkan perpaduan nasional 6 Menggalakkan aktiviti kokurikulum • Kerajaan memberi peruntukan per kapita pelajar sebanyak RM2.50 untuk program-program kokurikulum • Aktiviti kokurikulum memupuk semangat kesukanan dan patriotisme • Pelajar juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti budaya sekolah yang membantu dalam perhubungan sosial Penutup • Kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan • Cara Falsafah Pendidikan Kebangsaan melengkapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan Soalan 3 Pendahuluan • Latar belakang Tun Abdul Razak bin Hussein • Penglibatan dalam politik sebelum kemerdekaan Isi-isi Penting 1 Politik (a) Perubahan dasar luar • Demi menjaga keselamatan negara, Tun Abdul Razak mengubah dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik • Mengisytiharkan kawasan ASEAN sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) (b) Mewujudkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) • Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengarah untuk memulihkan keamanan • Majlis Perundingan Negara ditubuhkan untuk menyelesaikan isu perpaduan kaum • Melancarkan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai ideologi negara (c) Memelihara kedaulatan pada zaman konfrontasi • Mengetuai perwakilan ke luar negara untuk menjelaskan isu hubungan antara Malaysia dengan Indonesia • Mewakili Malaysia dalam rundingan untuk memulihkan hubungan dengan Indonesia pada tahun 1963 dan tahun 1966 2 Ekonomi • Mengetuai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar • Menjayakan program pembangunan luar bandar melalui FELDA dan RIDA • Menubuhkan FELCRA dan Bank Bumiputera • Melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengimbangkan pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi • Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 138 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


138 139 • Menubuhkan agensi-agensi seperti LPBN dan RISDA untuk membantu penduduk luar bandar • Memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau 3 Sosial • Memperkenalkan Penyata Razak 1956 • Membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang mementingkan perpaduan kaum • Mengemukakan cadangan tentang sistem pendidikan yang sama dan kurikulum yang seragam • Menjadi asas kepada sistem pendidikan kebangsaan • Menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Penutup • Tun Abdul Razak digelar sebagai ‘Bapa Pembangunan’ • Beliau menjaga kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara BAB 1 Latihan Stimulasi 1 (a) Perkhidmatan awam (b) Kewangan (c) Peperangan (d) Istiadat (e) Kehakiman (f) Kerja raya 2 (a) Ketua pemerintah dan berkuasa mutlak (b) Ketua hakim, perundangan dan ketenteraan (c) Berkuasa terhadap semua tanah kerajaan (d) Menguasai segala hasil negara (e) Penaung agama Buddha (f) Bertanggungjawab mengekalkan adat resam tempatan 3 (a) Berkuasa mutlak (b) Ketua agama (c) Penghubung antara sultan dengan rakyat (d) Mempunyai hubungan yang rapat dengan petani (e) Mempunyai hubungan rapat dengan sultan (f) Berkuasa terhadap masyarakat peribumi (g) Memberi khidmat seperti mengusahakan tanah milik priyayi (h) Tidak memiliki tanah tetapi menyewa kepada golongan priyayi Latihan Pengukuhan Soalan Esei Soalan 1 Pendahuluan • Memerintah berasaskan konsep dharma-raja dan dewa raja • Konsep dewa raja ialah raja sebagai penjelmaan tuhan dan dikurniakan sifat ketuhanan • Konsep dharma-raja menerangkan asas ikatan antara raja dengan rakyat. Raja perlu menghayati dan melakukan perbuatan yang baik dan memerintah mengikut jalan yang baik • Konsep Chao Phaendin dan Chao Chiwit Isi-isi Penting 1 Politik • Berkuasa mutlak, mengetuai pemerintahan dan ketua pentadbir • Berkuasa melantik pembesar pusat yang terdiri daripada golongan kerabat diraja • Raja ialah penggubal undang-undang • Titah raja menjadi undang-undang • Raja berkuasa memutuskan hidup dan mati rakyat, mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman mati dan mengampunkan pesalah • Tinggal di tempat yang suci, iaitu istana raja yang dianggap sebagai lambang pusat alam atau orde kosmos • Bertanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan daripada ancaman musuh • Menentukan dasar negara dan menentukan hubungan diplomatik untuk mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan 2 Ekonomi • Berkuasa dalam bidang ekonomi dan menguasai sumber ekonomi • Terlibat dalam perdagangan – ada monopoli terhadap beras dan kayu jati • Melantik pembesar sebagai pegawai yang akan menguruskan semua kegiatan ekonomi bagi pihak raja • Berkuasa terhadap semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada kerabat diraja untuk ditadbir • Menjalinkan hubungan baik dengan kawasan pengeluaran ekonomi di kawasan pedalaman 3 Sosial • Raja ialah penaung agama Buddha dan pelindung golongan Sangha • Bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kesusasteraan negara • Bertanggungjawab untuk mengekalkan adat resam tempatan • Raja juga merupakan lambang perpaduan masyarakat tempatan dan pelindung kepada rakyat daripada penganiayaan • Rakyat akan memberi taat setia selagi raja bertindak adil berdasarkan konsep dharma-raja • Raja juga perlu mempunyai akhlak yang tinggi 4 Keistimewaan • Gajah putih merupakan simbol kebesaran raja dan juga merupakan simbol kedaulatan sejagat pengiktirafan kuasa raja N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 139 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


140 141 • Adat akan meningkatkan martabat dan kedudukan raja ke status yang lebih tinggi Penutup • Institusi raja memainkan peranan yang penting • Dapat menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negara • Berlaku perubahan selepas kedatangan Barat Soalan 2 Pendahuluan • Sistem pembesar membantu melaksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran negara • Dibahagikan secara berperingkat, iaitu pusat, daerah dan kampung • Golongan bangsawan kehilangan kedudukan dan kuasa • Semua keistimewaan mereka dihapuskan oleh Maharaja Gia Long Isi-isi Penting 1 Pembesar pusat • Merupakan golongan Mandarin (intelektual), berpendidikan falsafah dan klasik Confucius • Membentuk birokrasi dan membantu Maharaja dalam sistem pentadbiran • Golongan Mandarin dipengaruhi oleh sistem pentadbiran China • Pembesar dipilih melalui peperiksaan berasaskan pendidikan Confucius • Mengetuai Quan (Kementerian), dibahagikan berdasarkan pangkat. Terdapat enam Quan utama, menjalankan tanggungjawab di ibu kota dalam istana, pengawal peribadi raja serta memimpin tentera • Pembesar kanan menganggotai Majlis Sulit – memberi nasihat, pandangan kepada raja, menyelesaikan masalah-masalah besar dan membantu raja membuat keputusan • Pembesar pusat menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran pelaksanaan undang-undang 2 Pembesar daerah • Mentadbir daerah tertentu, mempunyai kuasa terhad mengikut peranan dan tugas • Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Maharaja – kedudukan mereka terjejas jika hilang sokongan Maharaja • Mempunyai tanggungjawab yang besar kepada para pengikut, keperluan pengikut membantu pembesar melaksanakan tugas yang diarah • Bilangan pengikut yang ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi • Antara tugas mereka ialah mengutip cukai, menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera dan menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat 3 Pembesar desa (Xuan) • Unit pentadbiran yang paling kecil • Masyarakat desa hidup secara suku. Suku keluarga diketuai oleh Iy Xuan. • Beliau bertanggungjawab ke atas ahli masyarakat • Antara tugas mereka ialah menyelia projek awam, membaiki keadaan desa, membahagikan tanah untuk pertanian, mengutip cukai, mendaftar penduduk, mengerah tenaga buruh dan menjaga kebajikan penduduk Penutup • Pembesar Vietnam menjalankan tugas dan mentadbir negara bagi pihak Maharaja • Membantu Maharaja mengekalkan kedudukan dan kuasanya • Memainkan peranan yang penting dalam politik, ekonomi dan sosial Soalan 3 Pendahuluan • Masyarakat Vietnam terbahagi kepada beberapa lapisan berdasarkan status • Dipengaruhi oleh China dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar • Boleh dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah Isi-isi Penting 1 Maharaja • Di tempat tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat • Mewarisi takhta secara turun-temurun dan memerintah mengikut dinasti • Merupakan thein-tu atau anak syurga dan mendapat mandat dari syurga untuk memerintah • Harus memiliki kaliber dan kebijaksanaan untuk memastikan rakyat hidup dalam kesejahteraan dan harmoni • Dipersalahkan jika berlaku bencana alam • Berkuasa mutlak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial • Antara kuasa Maharaja ialah menggubal undangundang, menjatuhkan hukuman, mempertahankan kedaulatan, menjalinkan hubungan diplomatik dan memerintah dengan adil • Dianggap suci dan rakyat harus memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi 2 Pembesar • Lapisan kedua ialah golongan Mandarin, pembesar daerah dan desa • Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Maharaja • Golongan Mandarin mendapat pendidikan Confucius dan lulus peperiksaan awam • Dianggap sebagai penjamin dan penegak keadilan • Merupakan pentafsir undang-undang dan pegawai kehakiman • Merupakan perantara bagi Maharaja dan rakyat N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 140 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


140 141 • Antara tugasnya ialah melicinkan pentadbiran, membangunkan ekonomi, melaksanakan undangundang, menyelaraskan sistem pendidikan, menjalankan upacara keagamaan, mengetuai tentera dan mempertahankan kedudukan dan kekuasaan Maharaja • Di peringkat daerah dan desa, pembesar menjamin keamanan, menggiatkan aktiviti ekonomi, mengutip cukai dan menjaga kebajikan rakyat 3 Petani • Kumpulan terbesar di Vietnam • Menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi sawah, menternak dan menangkap ikan • Sangat dihormati kerana dianggap membantu meningkatkan ekonomi Vietnam dan membekalkan makanan kepada rakyat • Menyumbang hasil cukai, tenaga untuk kerjakerja lain • Juga dilatih dalam bidang ketenteraan 4 Tukang • Terlibat dalam perusahaan seperti membuat tembikar, tenunan dan menganyam • Mendapat pengiktirafan, dikecualikan daripada sistem kerahan dan pembayaran cukai • Menyerahkan hasil pertukangan kepada Maharaja Penutup • Taraf pendidikan, jawatan dalam pentadbiran awam dan kuasa menentukan kedudukan seseorang individu • Kejayaan dalam peperiksaan membawa pangkat, kuasa dan penghormatan Soalan 4 Pendahuluan • Penduduk Indonesia terlibat dalam ekonomi sara diri dan ekonomi komersial • Konsep ekonomi sara diri ialah aktiviti ekonomi untuk memenuhi keperluan harian • Konsep ekonomi komersial ialah aktiviti ekonomi yang melibatkan penjualan barangan Isi-isi Penting 1 Ekonomi sara diri (a) Padi • Dua jenis, iaitu padi sawah dan padi huma • Padi sawah – ditanam di Lembah Sungai, dataran pantai lanar dan lorong gunung berapi – ditanam secara giat di Pulau Jawa dan Pulau Madura • Padi huma ditanam di kawasan yang kering dengan kaedah tebang dan bakar – diusahakan secara pertanian pindah (b) Tanaman lain • Ubi seperti ubi kayu menambah hasil keluaran makanan • Jagung telah diperkenalkan oleh Portugis yang ditanam di Jawa Timur dan Sumatera • Tebu ditanam di wilayah Ceribon Jogjakarta dan Surakarta • Rempah-ratus diusahakan di Kepulauan Maluku dan Pulau Bonda 2 Perusahaan • Perusahaan batik dijalankan secara kecil-kecilan di Jawa Tengah • Dilakukan sebelum musim menuai padi dan memungut hasil tanaman • Menghasilkan pelbagai corak batik dan kemahirannya diperkembangkan secara turuntemurun • Wujud perusahaan membuat peralatan rumah, genting, batu-batan dan peralatan besi 3 Perdagangan • Perdagangan dijalankan secara kecil-kecilan, dijalankan antara penduduk dari kawasan pedalaman dengan kawasan pantai dan pelabuhan • Garam merupakan bahan perdagangan yang penting • Diproses di Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur melalui sejatan daripada kuali-kuali garam besar yang dibina di sepanjang pantai • Didagangkan oleh saudagar China yang merupakan orang tengah • Hasil pertanian dan perlombongan juga diperdagangkan Penutup • Sistem ekonomi masyarakat peribumi Indonesia berubah selepas kedatangan orang Belanda • Sistem Kultur dan Dasar Liberal mengubah ekonomi ke arah moden dan mengaut keuntungan yang banyak BAB 2 Latihan Stimulasi 1 (a) Kebimbangan campur tangan kuasa Barat lain (b) Perkembangan kegiatan perdagangan (c) Pembukaan Terusan Suez (d) Perubahan dasar kerajaan 2 (a) Masalah sempadan Arakan (b) Ancaman Perancis (c) Dasar agresif Myanmar (d) Penguasaan kekayaan Myanmar (e) Kepentingan hubungan perdagangan British – China (f) Perbezaan kebudayaan (g) Keengganan British mematuhi adat Myanmar N&L Sej Malaysia S3(Jaw).indd 141 22/06/2023 11:11 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version