The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-11-15 19:57:47

Lembaran PBD BM Thn 2

WM: RM6.50/ EM: RM6.90

TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 48 49 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran Kerja 49 Tulis perkataan, frasa dan ayat yang dicetak tebal dengan ejaan yang betul. Haiwan Ternakan di Kampung Hairi pulang ke kampung untuk bercuti selama tiga hari. Di kampung, Hairi menziarahi keluarga bapa saudaranya, iaitu Pak Cik Safwan. Pak Cik Safwan seorang penternak. Dia menternak ayam, itik dan kambing. Ayam peliharaannya berjumlah hampir 100 ekor. Ayam-ayam itu diletakkan di sebuah reban yang luas. Jumlah itik peliharaannya pula kira-kira 150 ekor. Itik-itik itu diletakkan di dalam kawasan berpagar. Di kawasan itu terdapat sebuah kolam untuk itik-itik berenang. Tidak jauh dari kawasan kolam itu pula terdapat kandang kambing. Kambing Pak Cik Safwan berjumlah 50 ekor. Setiap hari, kambingkambing itu diberi makan rumput dan makanan proses yang berkhasiat. Perkataan 1 bercuti 2 menziarahi 3 penternak Frasa 1 kawasan berpagar 2 kandang kambing 3 makanan proses Ayat 1 Dia menternak ayam, itik dan kambing. 2 Kambing Pak Cik Safwan berjumlah 50 ekor. SP 3.2.4 Menulis sesuatu yang diimlakkan: (i) perkataan, (ii) frasa, (iii) ayat. Unit 20 Halaman Buku Teks: 44 – 48 Ternakan yang Berfaedah Kemahiran: Menulis Modul BM Thn2(L28-58).indd 49 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 50 51 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran Kerja 50 Tulis ayat tunggal berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan. 1 2 3 4 memberi ayam-ayam makan Fahmi memberi ayam-ayam makan di belakang rumah. mengutip telur-telur itik Ratna mengutip telur-telur itik di dalam reban. menangkap ikan-ikan ternakannya Encik Hasan menangkap ikan ternakannya untuk dijual. meragut rumput Sekawan lembu sedang meragut rumput di padang. SP 5.3.2 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan ayat mengikut konteks; (ii) ayat tunggal. Unit 20 Halaman Buku Teks: 49 – 52 Ternakan yang Berfaedah Aspek: Tatabahasa Modul BM Thn2(L28-58).indd 50 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 50 51 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran Kerja 51 Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea sampingan. Pokok Tebu Bapa Rafik menanam pokok tebu di tepi rumah. Pokok tebu itu tumbuh dengan subur. Semakin lama, tebu itu tumbuh semakin banyak. Bapa Rafik memotong beberapa batang tebu. Dia memilih tebu yang sudah matang. Kemudian, dia mengerat tebu itu mengikut ruas. Bapa Rafik membuka gerai menjual air tebu. Rafik turut membantu bapanya di gerai itu. Jualan air tebu mereka sangat laris. 1 Idea Utama Bapa Rafik menanam pokok tebu di tepi rumah. Idea Sampingan 1 Pokok tebu itu tumbuh dengan subur. Idea Sampingan 2 Semakin lama, tebu itu tumbuh semakin banyak. 2 Idea Utama Bapa Rafik memotong beberapa batang tebu. Idea Sampingan 1 Dia memilih tebu yang sudah matang. Idea Sampingan 2 Kemudian, dia mengerat tebu itu mengikut ruas. 3 Idea Utama Bapa Rafik membuka gerai menjual air tebu. Idea Sampingan 1 Rafik turut membantu bapanya di gerai itu. Idea Sampingan 2 Jualan air tebu mereka sangat laris. SP 2.2.1 Membaca, memahami dan mengenal pasti; (iv) idea utama, (v) idea sampingan. Unit 21 Halaman Buku Teks: 55 – 60 Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan Kemahiran: Membaca Modul BM Thn2(L28-58).indd 51 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 52 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 7 : Pertanian dan Penternakan Lembaran Kerja 52 Kenal pasti kata hubung yang betul bagi ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis ayat majmuk. 1 Johan dan adiknya rajin belajar. 2 Misha sedang membaca buku atau menonton televisyen? 3 Pasukan bola sepak itu menang kerana selalu berlatih. 4 Hani menyiram pokok bunga sambil menyanyi. Ayat Majmuk 1 Johan dan adiknya sangat rajin belajar. 2 Misha sedang membaca buku atau menonton televisyen? 3 Pasukan bola sepak itu menang kerana selalu berlatih. 4 Hani menyiram pokok bunga sambil menyanyi. SP 5.3.2 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan ayat mengikut konteks; (iii) ayat majmuk. atau sambil dan kerana Unit 21 Halaman Buku Teks: 55 – 60 Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan Aspek: Tatabahasa Modul BM Thn2(L28-58).indd 52 15/09/2023 4:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 53 Nama: Kelas: Tarikh: 52 Tema 8 : Integriti Lembaran Kerja 53 Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kamil mengikut bapanya pergi ke pekan. Mula-mula, mereka singgah di sebuah bank. Kamil ternampak seorang perempuan tua menjual pelbagai jenis kerepek di tepi bank. Perempuan tua itu kelihatan seperti orang susah. Kamil berasa kasihan akan perempuan tua itu. Kamil memberitahu bapanya bahawa dia hendak membeli kerepek. Bapa Kamil memberikan wang kepadanya. Perempuan tua itu tersenyum apabila Kamil membeli kerepek yang dijualnya. Setelah itu, Kamil dan bapanya pergi ke sebuah kedai gunting rambut. Bapanya hendak menggunting rambut. Kamil ternampak pula seorang pengemis di tepi kedai itu. Kamil memberikan wang kepada pengemis itu. Sebelum pulang, bapa Kamil membawanya makan di sebuah restoran. Seekor kucing mengiau sambil menggesel-geselkan badannya ke kaki Kamil. Kamil mengambil sedikit makanannya lalu memberi kucing itu makan. 1 Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas? Kamil yang Baik Hati 2 Nyatakan tempat-tempat yang dituju oleh Kamil dan ayahnya di pekan. (a) Bank (b) Kedai gunting rambut (c) Restoran 3 Apakah amalan baik yang dilakukan oleh Kamil seperti yang diceritakan dalam petikan di atas? (a) Membeli kerepek yang dijual oleh perempuan tua (b) Memberikan wang kepada pengemis (c) Memberikan makanan kepada kucing SP 2.2.1 Membaca, memahami dan mengenal pasti; (vi) idea keseluruhan. Unit 22 Halaman Buku Teks: 64 – 68 Anak yang Baik Kemahiran: Membaca Modul BM Thn2(L28-58).indd 53 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 54 55 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Integriti Lembaran Kerja 54 Catatkan maklumat yang betul berdasarkan petikan di bawah. Berbelanja di Pasar Mini Dahlia Amira dan Zurina pergi ke Pasar Mini Dahlia. Pasar mini itu berdekatan dengan rumah mereka. Amira membawa wang sebanyak lima ringgit. Zurina pula membawa wang sebanyak sepuluh ringgit. Amira membeli sebungkus biskut susu yang berharga dua ringgit dan sekotak jus oren berharga satu ringgit. Baki wangnya digunakan untuk membeli sebatang penyepit rambut. Zurina membeli sebungkus tepung gandum dan satu tin sardin yang dikirim oleh ibunya. Tepung gandum itu berharga dua ringgit dan sardin pula berharga tiga ringgit. Dia juga membeli sebungkus coklat yang berharga dua ringgit. Perbelanjaan Amira dan Zurina Nama Perkara Amira Zurina Wang yang dibawa RM5.00 RM10.00 Perbelanjaan (1) Biskut susu (RM2.00) (2) Tepung Gandum (RM2.00) Jus oren (3) (RM 1.00 ) Sardin (4) (RM 3.00 ) (5) Penyepit rambut (RM2.00) (6) Coklat (RM2.00) Baki (7) RM0 / Tiada baki (8) RM3.00 SP 3.2.3 Menyusun dan mencatat maklumat yang bermakna tentang sesuatu perkara. Unit 22 Halaman Buku Teks: 64 – 68 Anak yang Baik Kemahiran: Menulis Modul BM Thn2(L28-58).indd 54 15/09/2023 4:18 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 54 55 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Integriti Lembaran Kerja 55 Tulis penggunaan kata yang betul bagi perkataan yang dicetak tebal dalam petikan di bawah. Gotong-royong Membersihkan Kelas Pada pagi itu, murid Tahun Dua Delima bergotongroyong membersihkan kelas mereka. Guru kelas telah mengagihkan tugas membersihkan kelas kepada mereka. Lim Guan, Salmah dan Shafinaz diberikan tugas membungkus permukaan meja. Mereka menggunakan kertas pembalut hadiah. Nanthini dan Suraya diberikan tugas membersihkan lantai. Mereka menyapu sampah dan melempar sampah itu ke dalam tong sampah. Janet dan Fadzli sibuk mengatur pelbagai jenis buku di sudut bacaan yang disediakan di belakang kelas. Papan kenyataan di hadapan kelas turut ditekap dengan pelbagai maklumat. Tugas itu dilakukan oleh Vimala dan Ai Lee. Kini, kelas Tahun Dua Delima menjadi jernih dan ceria. Guru kelas memuji sikap rajin anak-anak muridnya. Beliau turut mengumumkan terima kasih kepada mereka. Penggunaan Kata yang Salah Penggunaan Kata yang Betul 1 membungkus membalut 2 melempar membuang 3 mengatur menyusun 4 ditekap ditampal 5 jernih bersih 6 mengumumkan mengucapkan SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari aspek; (iii) penggunaan kata. Unit 23 Halaman Buku Teks: 69 – 74 Amalan Baik di Sekolah Kemahiran: Menulis Modul BM Thn2(L28-58).indd 55 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 56 57 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Integriti Lembaran Kerja 56 Lengkapkan petikan di bawah dengan kata ganda yang sesuai. kata-kata aktiviti-aktiviti Hadiah-hadiah Murid-murid atlet-atlet Guru-guru Perhimpunan pagi sedang berlangsung di dataran Sekolah Kebangsaan Permata. (1) Guru-guru duduk di bahagian hadapan ketika guru besar sedang memberi ucapan. (2) Murid-murid mendengar ucapan itu dengan tekun. Guru besar mengucapkan tahniah atas kejayaan (3) atlet-atlet sekolah dalam kejohanan sukan pada minggu lalu. Beliau juga memberikan (4) kata-kata semangat kepada murid-murid agar terus berusaha mencipta kejayaan. Guru besar juga memaklumkan bahawa Hari Kesenian akan berlangsung tidak lama lagi. Menurut beliau, (5) aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pertandingan berbalas pantun, pertandingan mendeklamasi sajak serta persembahan tarian dan nyanyian. (6) Hadiah-hadiah yang menarik turut disediakan. Setelah tamat perhimpunan, semua murid kembali ke kelas masingmasing. Suasana di kelas menjadi riuh-rendah seketika. Suasana kembali tenang apabila guru masuk untuk mengajar. SP 5.2.3 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata ganda mengikut konteks. Unit 23 Halaman Buku Teks: 69 – 74 Amalan Baik di Sekolah Aspek: Tatabahasa Modul BM Thn2(L28-58).indd 56 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 56 57 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Integriti Lembaran Kerja 57 Nyatakan maklumat tersirat berdasarkan situasi yang diberikan. Maklumat Tersirat Maklumat Tersirat Maklumat Tersirat Sikap baik hati kerana membantu rakan yang dalam kesusahan . Sikap ringan tulang kerana menolong ibu mengemas rumah . Sikap jujur kerana memulangkan wang yang ditemui . Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3 Bolehkah saya menolong ibu mengemas rumah? Adakah basikal kamu rosak? Saya boleh tolong baiki. Saya menemui wang kamu yang tercicir di kaki lima kelas. SP 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Unit 24 Halaman Buku Teks: 75 – 81 Berbuat Baik Selalu Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Modul BM Thn2(L28-58).indd 57 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


TP 1 2 3 4 5 6 Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2 58 Nama: Kelas: Tarikh: Tema 8 : Integriti Lembaran Kerja 58 Baca petikan di bawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Lawatan ke Rumah Kebajikan Insaniah Pada 12 Jun 20__, ahli Kelab Penyayang Sekolah Kebangsaan Seri Melati mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Insaniah. Tujuan lawatan ini adalah untuk memupuk rasa kasih sayang terhadap anakanak istimewa. Rumah Kebajikan Insaniah menempatkan seramai 14 orang kanak-kanak istimewa yang mempunyai kelainan upaya. Kedatangan ahli Kelab Penyayang disambut dengan mesra oleh pengurus dan kakitangan Rumah Kebajikan Insaniah. Ahli Kelab Penyayang berpeluang untuk melihat aktiviti yang dilakukan oleh penghuni rumah kebajikan tersebut. Ahli kelab turut mendekati kanak-kanak istimewa dan berbual dengan mereka. Selain itu, ahli kelab bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah kebajikan tersebut. Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan petikan tersebut. 1 Ahli Kelab Penyayang mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Insaniah . 2 Siapakah yang tinggal di Rumah Kebajikan Insaniah? Kanak-kanak istimewa yang mempunyai kelainan upaya tinggal di Rumah Kebajikan Insaniah . 3 Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Kelab Penyayang di rumah kebajikan itu. (a) Melihat aktiviti penghuni rumah kebajikan (b) Mendekati kanak-kanak istimewa dan berbual dengan mereka (c) Bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar SP 2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (iv) petikan bukan sastera. Unit 24 Halaman Buku Teks: 75 – 81 Berbuat Baik Selalu Kemahiran: Membaca Modul BM Thn2(L28-58).indd 58 01/09/2023 4:42 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version