PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Kandungan Format Pentaksiran Bahasa Melayu Menengah Rendah Keperluan dalam Penulisan 1 Bahan-bahan Penulisan 1 Pemindahan Maklumat (Ringkasan, Ulasan dan Rumusan) 7 Panduan Menulis Ringkasan 7 Contoh Menulis Ringkasan 8 Panduan Menulis Ulasan 9 Cadangan Menjawab Soalan 9 Contoh Menulis Ulasan 11 Panduan Menulis Rumusan 12 Contoh Menulis Rumusan 13 Fokus Pentaksiran 14 Karangan Respons Terhad (Karangan Pendek) 72 Panduan Menulis Karangan Pendek 72 Kaedah Membina Karangan Pendek 72 Contoh Penulisan Karangan Respons Terhad 73 Fokus Pentaksiran 74 Karangan Respons Terbuka (Karangan Umum) 91 Format Karangan Umum 91 Panduan Umum Menulis Karangan 92 Penulisan Karangan dengan Kaedah IMBaKU 93 Karangan Cemerlang 95 Fokus Pentaksiran 96 Pentaksiran Sumatif 1 198 Pentaksiran Sumatif 2 201 Glosari 204 Panduan Peribahasa 217 Jawapan 229 Penulisan BM Tg123 2023 Kan 3rd.indd 2 8/12/2022 6:42:15 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Format Pentaksiran Bahasa Melayu Menengah Rendah Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 Bil. Perkara Kertas 1 (02/1) Kertas 2 (02/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis (Pemahaman) Ujian Bertulis (Penulisan) 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (OAP) – 10 soalan • Pemahaman Petikan (OAP) – 5 soalan Bahagian B • Morfologi/Frasa/Sintaksis (OPB) – 4 soalan • Pemahaman Petikan (Subjektif Respons Terhad) – 3 soalan • Novel: KOMSAS (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Bahagian C • Pemindahan Maklumat (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Ringkasan (Tingkatan 1) Ringkasan/Rumusan (Tingkatan 2) Ringkasan/Ulasan (Tingkatan 3) Bahagian A Karangan (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Bahagian B Karangan (Subjektif Respons Terbuka) – 3 soalan (Jawab 1 soalan sahaja) 4 Jumlah Markah Bahagian A: 15 markah Bahagian B: 30 markah Bahagian C: 15 markah Bahagian A: 10 markah Bahagian B: 30 markah Jumlah: 100 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 30 Minit 1 Jam 6 Konstruk • Kemahiran aplikasi maklumat (Membaca dan memahami) • Pengetahuan sistem bahasa • Kemahiran aplikasi bahasa (Menulis) • Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa (Membaca dan menulis) 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi – 5 : 3 : 2 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik • Holistik Penulisan BM Tg123 2023 Format.indd 2 8/12/2022 6:47:55 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Keperluan dalam Penulisan Bahan-bahan Penulisan Penanda Wacana 1 Penanda wacana digunakan untuk menghuraikan idea atau isi yang telah ditulis dalam sesuatu perenggan. 2 Untuk memudahkan penggunaan penanda wacana, beberapa kependekan perkataan telah diwujudkan seperti pada bahagian Ayat Kedua dan Ayat Seterusnya. Nota: Bergantung pada tema dan tugasan soalan yang dikemukakan. (a) Frasa pendahuluan (i) Pada era globalisasi ini, (ii) Dalam meniti arus kemodenan ini, (iii) Sejak negara menikmati arus kemodenan, (iv) Dalam melangkah ke era modenisasi, (v) Dewasa ini, (vi) Sejajar dengan era globalisasi kini, (vii) Belakangan ini, (viii) Mutakhir ini, (ix) Dasawarsa ini, (x) Akhir-akhir ini, (xi) Tidak dapat dinafikan bahawa (b) Ayat terakhir pendahuluan karangan (i) Sesungguhnya, kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani gejala sosial yang semakin berleluasa. (ii) Tegasnya, sebagai memperkukuh pernyataan tersebut, faktor-faktor yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan kita bersama. (iii) Hakikatnya, pelbagai kesan akan dibincangkan untuk mengenal pasti cara terbaik bagi menangani masalah ini daripada terus menjadi barah yang sukar diubati. (c) Ayat kedua dan seterusnya (i) Mengapakah (M) • Hal ini demikian kerana • Hal ini terjadi kerana • Hal ini begitu kerana • Hal ini disebabkan oleh • Hal ini berlaku kerana (ii) Bagaimanakah (Ba) • Dalam hal ini ... • Oleh sebab itu, • Dengan berbuat demikian ... • Dengan demikian, • Dengan itu, • Oleh hal demikian, (iii) Kesan (K) • Natijahnya, • Sekiranya usaha ini diambil • Sebagai akibatnya, maka ... • Hal ini mengakibatkan • Sekiranya tindakan ini tidak • Tindakan/Cara/Usaha ini akan diambil maka ... Keperluan dalam Penulisan Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 1 8/12/2022 6:42:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Keperluan dalam Penulisan (d) Ayat seterusnya (contoh dalam isi yang sama) (i) Selanjutnya, (iv) Di samping itu, (ii) Sementara itu, (v) Dalam pada itu, (iii) Seterusnya, (vi) Selain itu, (e) Menyatakan penegasan (P) (i) Tegasnya, (v) Sebenarnya, (ii) Jelaslah bahawa (vi) Secara ringkasnya, (iii) Pada dasarnya, (vii) Pada umumnya, (iv) Sememangnya, (viii) Sesungguhnya, (f) Menyatakan contoh (i) Sebagai contoh, (iii) Umpamanya, (ii) Misalnya, (iv) Yang dimaksudkan ialah (g) Kesimpulan (i) Intihanya, (v) Totalnya, (ii) Konklusinya, (vi) Akhir kalam, (iii) Tuntasnya, (vii) Walhasil, (iv) Keseluruhannya, (viii) Sudah terang lagi bersuluh bahawa Penggunaan Peribahasa Ungkapan Menarik (U) 1 Tegasnya, hal ini bersesuaian dengan peribahasa ... 2 Sesungguhnya, peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa ... 3 Hakikatnya, hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa ... 4 Seyogia, orang tua-tua pernah berkata ... 5 Pada dasarnya, situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa ... 6 Jelaslah bahawa perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa ... 7 Pada umumnya, perkara ini bertepatan dengan persis kata peribahasa ... Penggunaan Persoalan Contoh Penggunaan Persoalan 1 Siapakah yang akan menyambung perjuangan mewarisi budaya ini? 2 Siapakah yang patut dipersalahkan kerana kemelut ini berterusan? 3 Persoalannya, sejauh manakah faktor media massa mempengaruhi kemelut yang sukar diatasi ini? 4 Mengapakah masyarakat masih tidak cakna dengan perkara ini? Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 2 8/12/2022 6:42:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Keperluan dalam Penulisan 5 Apakah usaha yang patut diambil oleh pihak yang bertanggungjawab? 6 Sanggupkah kita melihat generasi kita nanti terus leka? 7 Apakah peranan bapa sebagai kepala keluarga? 8 Mengapakah perkara ini menjadi begitu penting untuk kita bincangkan? 9 Mahukah kita menjadi mangsa yang seterusnya? 10 Di manakah silapnya masalah ini boleh terus berlaku? 11 Kenapakah pihak berwajib perlu menggalas tanggungjawab mereka? 12 Bilakah keadaan ini akan mulai reda dan menampakkan sinar baharu? 13 Sejauh manakah peranan pihak sekolah membawa perubahan kepada perkara ini? Alat Berfikir untuk Menulis Idea atau Isi Karangan Formula InKeMaNeP 1 In (individu): remaja, murid-murid, pelajar, pengawas, belia, lelaki, wanita Tugasan Positif: Individu Tugasan Negatif: Individu • Mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab • Mempunyai budi pekerti dan akhlak mulia • Bermotivasi, bersemangat untuk terus berusaha • Ambil peduli/cakna/ambil berat • Mempunyai matlamat dan hala tuju • Kurang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab • Kurang mempunyai budi pekerti dan berakhlak mulia • Kurang bermotivasi dan berusaha • Kurang ambil peduli/atau kurang cakna • Kurang mempunyai matlamat dan hala tuju Contoh Tema : Lumba haram Tugasan : Usaha menangani Langkah utama bagi menangani masalah lumba haram ialah remaja haruslah mempunyai kesedaran dan sikap bertanggungjawab tentang masalah ini. Contoh Tema : Lumba haram Tugasan : Punca berlaku Faktor utama berlakunya lumba haram ialah remaja kurang mempunyai kesedaran sikap bertanggungjawab tentang masalah ini. 2 Ke (Keluarga): ibu bapa, datuk, nenek, saudara-mara Tugasan Positif: Keluarga Tugasan Negatif: Keluarga • Memberikan didikan agama dan moral • Memberikan kasih sayang yang sewajarnya • Menguruskan keperluan dan kedudukan ekonomi sebaik-baiknya • Meluangkan masa dengan anak-anak • Kurang memberikan didikan agama dan moral • Kurang memberikan kasih sayang yang sewajarnya • Kurang menguruskan keperluan dan kedudukan ekonomi sebaik-baiknya Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 3 8/12/2022 6:42:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Keperluan dalam Penulisan • Memantau kegiatan anak-anak • Membentuk disiplin anak-anak • Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan • Suri teladan kepada anak-anak • Kurang meluangkan masa dengan anakanak • Kurang memantau kegiatan anak-anak • Kurang membentuk disiplin anak-anak • Kurang melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan • Tidak menunjukkan suri teladan kepada anak-anak Contoh Tema : Ponteng sekolah Tugasan : Usaha menangani Ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh Tema : Ponteng sekolah Tugasan : Faktor berlaku Faktor utama berlakunya lumba haram ialah ibu bapa kurang memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anakanak. 3 Ma (Masyarakat): orang ramai, rakyat, jiran Tugasan Positif: Masyarakat Tugasan Negatif: Masyarakat • Masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang • Mempunyai semangat kejiranan dan bantumembantu • Mengamalkan sikap bersatu padu dan sepakat • Memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak • Membabitkan diri dalam sesuatu program kemasyarakatan • Merancang dan menganjurkan programprogram • Menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi • Ambil berat dan bertanya khabar • Kurang prihatin, proaktif dan penyayang • Kurang mempunyai semangat kejiranan dan bantu-membantu • Kurang mengamalkan sikap bersatu padu dan sepakat • Kurang memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak • Kurang membabitkan diri dalam sesuatu program kemasyarakatan • Kurang merancang dan menganjurkan program • Kurang menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi • Kurang ambil berat dan bertanya khabar Contoh Tema : Jenayah Tugasan : Usaha menangani Masyarakat perlu melaporkan sesuatu kejadian kepada pihak berkuasa. Contoh Tema : Gejala sosial Tugasan : Punca berlaku Masyarakat mengamalkan sikap tidak mahu melaporkan sesuatu kejadian kepada pihak berkuasa. 4 Ne (Negara): kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, dasar-dasar kerajaan Tugasan Positif: Komuniti Tugasan Negatif: Komuniti • Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas • Memberikan latihan yang berkesan kepada penguat kuasa • Melaksanakan pelbagai dasar dan program yang berkesan • Kecekapan pegawai penguat kuasa ditingkatkan • Penguatkuasaan undang-undang yang masih longgar • Kurang memberikan latihan kepada penguat kuasa • Kurang melaksanakan pelbagai dasar dan program yang berkesan • Kurang kecekapan pegawai penguat kuasa • Kurang menyediakan modal dan kepakaran Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 4 8/12/2022 6:42:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pemindahan Maklumat (Ringkasan) 7 Pemindahan Maklumat (Ringkasan, Ulasan dan Rumusan) Panduan Menulis Ringkasan 1 Murid akan diberikan petikan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. 2 Baca dan garis isi-isi yang menjawab tugasan soalan. Lima hingga tujuh isi diperlukan. 3 Murid boleh menggunakan kaedah SeKeCaM+TC untuk menjawab tugasan soalan. Se sebab / faktor / punca / Kata tugas: kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal Ke • kesan baik / kepentingan / faedah / manfaat / kelebihan • kesan buruk / implikasi / impak / natijah / akibat Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu Ca cara / langkah / usaha / kaedah / tindakan Kata tugas: harus, perlu, mesti, wajar, hendaklah, patut, telah M masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan Kata tugas: Apakah masalah itu? T tugas / peranan / tanggungjawab / kewajipan Kata tugas: Apakah tugas itu? C ciri / sifat / kriteria Kata tugas: Apakah ciri itu? 4 Mulakan ayat ringkasan dengan perkataan daripada arahan tugasan. Sebagai contoh: Antara sebab…, Antara kesan…, Antara cara…, Antara masalah..., Antara tanggungjawab…, Antara ciri… dan lain-lain. 5 Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung ayat-ayat yang seterusnya. Contoh, selain itu, sementara itu, selanjutnya, seterusnya, dalam pada itu atau sebab/cara/kesan/masalah/tanggungjawab lain ialah…. 6 Bilang jumlah perkataan selepas selesai menulis isi pertama. Tulis jumlah perkataan di hujung ayat pada isi pertama dan dicampurkan jumlah perkataan untuk isi-isi seterusnya. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: (a) Nama khas: Sekolah Menengah Teriang Hilir, Cempaka Berduri (b) Perkataan berulang: beribu-ribu, sekolah-sekolah, buku-buku (c) Tarikh: 6 Disember 1969 (d) Angka ditulis dengan nombor atau perkataan: 19 069 atau dua ribu empat ratus, sebelas, puluh (e) Gelaran: Tan Sri Datuk Haji Nassir Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 7 8/12/2022 6:42:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pemindahan Maklumat (Ulasan) 9 Contoh Jawapan yang Lengkap Antara cara menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi.21 Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka.32 Seterusnya, anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka.46 Sementara itu, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.58 Selanjutnya, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai.66 Cara lain ialah ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar psikiatri.80 (80 patah perkataan) Panduan Menulis Ulasan 1 Menulis ulasan terdapat dalam Bahagian C, Kertas 1. 2 Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah. 3 Kepanjangan ulasan perlu 80 sehingga 100 patah perkataan. 4 Jumlah isi tersurat dan isi tersirat tidak ditentukan jumlah bilangannya. 5 Jumlah ulasan yang lebih 100 patah perkataan tidak boleh dianggap cemerlang. 6 Karangan yang kurang daripada 80 patah perkataan, markah maksimum ialah 9 – 12 markah. 7 Markah maksimum bagi karangan yang kurang daripada 60 patah perkataan ialah 5 – 8 markah. 8 Markah maksimum bagi karangan yang tidak menepati tajuk atau tajuk terlalu ringkas ialah 5 – 8 markah. 9 Markah maksimum bagi karangan yang tidak mempunyai isi tersurat atau isi tersirat ialah 8 markah. 10 Pemberian markah ulasan berdasarkan: (a) idea yang ditulis oleh murid. (b) bahasa dinilai secara tanggapan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. 11 Ulasan yang mendapat markah antara 13 – 15 markah dianggap cemerlang. 12 Ciri-ciri ulasan cemerlang ialah: (a) Idea (i) Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan rangsangan. (ii) Ulasan idea yang jelas dan matang. (b) Bahasa (i) Menggunakan ayat yang gramatis. (ii) Menggunakan kosa kata yang luas dan tepat. (iii) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. (iv) Menggunakan penanda wacana yang betul. (v) Kesalahan bahasa yang minimum. Cadangan Menjawab Soalan 1 Ada pengenalan atau pendahuluan ulasan. 2 Satu ayat sudah mencukupi. Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 9 8/12/2022 6:42:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Pemindahan Maklumat (Ulasan) Contoh pendahuluan tentang isu kemalangan jalan raya Mutakhir ini, kemalangan jalan raya sering berlaku di negara ini. Kaedah Menulis Isi Tersurat Tema : Kemalangan jalan raya Isi : Punca kemalangan (sikap pemandu yang cuai) 1 Kaedah Kata Hubung: Menggunakan kata hubung yang sesuai menyambungkan ayat untuk menjelaskan isi tersurat. (a) Kata hubung yang boleh digunakan seperti kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, hingga, jika, jikalau, semasa, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, untuk, yang dan lain-lain. (b) Punca utama kemalangan jalan raya kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya (14 patah perkataan). Bilang jumlah perkataan. 2 Kaedah (IMBaK): Guna Cara Berfikir Mengapakah, Bagaimanakah atau Kesan (a) Digunakan untuk menghuraikan idea tersurat dan idea tersirat pada ayat itu ataupun ayat yang seterusnya. (b) Boleh digunakan mengikut kebolehan anda berfikir dan perlulah sesuai dengan bahan rangsangan yang diberikan. (c) Punca utama kemalangan jalan raya kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya (12 patah perkataan). Hal ini menyebabkan pemandu akan memandu melebihi had laju yang ditetapkan ... (23 patah perkataan). Selain itu, ... Nota: Gunalah penanda wacana yang sesuai untuk menyambung ayat yang seterusnya. Kaedah Menulis Isi Tersirat 1 Gunakan Cara Berfikir SeKeCaM+T (Sebab, Kesan, Cara, Masalah, Tanggungjawab) Cara utama ialah pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar pemandu lebih berhati-hati. Seterusnya, ... Ataupun Cara utama ialah pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada pemandu supaya berhati-hati ketika memandu. 2 Kesimpulan (P/C = Pandangan/Cadangan + H/K = Harapan/Kesan) Kesimpulannya, masyarakat perlu bekerjasama menangani masalah kemalangan jalan raya supaya keselamatan diri terjamin. Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 10 8/12/2022 6:42:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pemindahan Maklumat (Ulasan) 11 Contoh Menulis Ulasan Contoh Soalan Lihat jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Perangkaan Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya di Malaysia Kategori Januari–September 2018 Januari–September 2019 Pemandu kereta 1 215 orang 920 orang Penunggang motosikal 3 693 orang 2 736 orang Pendahuluan • Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara ini Isi tersurat (kesan) • Kategori penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi pada tahun 2018, sebanyak 3 693 orang • Kategori yang paling rendah pula ialah pemandu kereta sebanyak 1 215 orang Isi tersirat (punca) • Punca utama kemalangan jalan raya kerana pemandu bersikap tidak mematuhi peraturan jalan raya • Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik • Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas Kesimpulan (cara) • Masyarakat perlu bekerjasama untuk menangani punca kemalangan jalan raya supaya keselamatan diri terjamin Contoh Jawapan yang Lengkap Mutakhir ini, kemalangan jalan raya sering berlaku di negara Malaysia.9 Kategori penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi pada tahun 2018, sebanyak 3 693 orang.23 Hal ini berlaku kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.35 Selain itu, keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik oleh pemandu.46 Manakala kategori yang paling rendah pula ialah pemandu kereta sebanyak 1 215 orang.58 Hal ini disebabkan kempen pemanduan berhemah yang dijalankan oleh pihak kerajaan sepanjang tahun.71 Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas.81 Kesimpulannya, masyarakat perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani punca kemalangan jalan raya supaya keselamatan diri pengguna terjamin.100 (100 patah perkataan) Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 11 8/12/2022 6:42:36 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Pemindahan Maklumat (Rumusan) 13 9 Pastikan dalam setiap ayat ada subjek ayat. 10 Tulis jumlah perkataan di bahagian bawah sebelah kanan rumusan. 11 Panjang rumusan antara 80 hingga 100 patah perkataan. Contoh Menulis Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim telah menggemparkan rakyat di negara Malaysia. Mangsa-mangsa yang terhidu bahan-bahan toksik di sungai tersebut telah mengalami pening kepala, muntah-muntah, sesak nafas dan pengsan. Dengan itu, mangsa disarankan untuk mandi setelah pulang ke rumah S1 bagi mengelakkan sisa bahan kimia melekat pada pakaian dan badan. Mangsa perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tanda berbahaya. S2 Pihak kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini. Oleh itu, sebanyak 111 buah sekolah telah ditutup oleh pihak kerajaan S3 untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Para penduduk di Pasir Gudang mula panik dengan situasi ini. Tindakan yang terbaik ialah mangsa perlu keluar daripada daerah itu S4 kerana khuatir akan keadaan yang tidak selamat itu. Hukuman yang begitu ringan menyebabkan kilang-kilang di kawasan berhampiran membuang sisa toksik tanpa mengikut prosedur standard. Pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat kepada pengusaha kilang yang melanggar peraturan S5 supaya mereka lebih berdisiplin. Dengan adanya undang-undang yang berat ini maka pencemaran dapat ditangani dengan lebih baik. Kempen kesedaran tentang penjagaan kebersihan sungai haruslah disemai dalam diri masyarakat S6 agar mereka mencintai kebersihan alam sekitar. Rakyat juga haruslah berani untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa S7 jika ada kes-kes pembuangan sisa toksik. Kes yang boleh mengancam nyawa ini haruslah dikekang habis habisan. Tuntasnya, tragedi Sungai Kim Kim akan diingat dalam lipatan sejarah negara. Tindakan pantas semua pihak mampu untuk membersihkan sisa toksik di Sungai Kim Kim dan melenyapkan gas berbahaya tersebut. Contoh Jawapan yang Lengkap Rumusan ini membincangkan cara-cara untuk menangani kesan pembuangan sisa toksik.9 Antara cara untuk menangani kesan ini ialah mangsa disarankan untuk mandi setelah pulang ke rumah.23 Seterusnya, mangsa perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tanda berbahaya.33 Sebanyak 111 buah sekolah telah ditutup oleh pihak kerajaan.42 Selanjutnya, mangsa perlu keluar daripada daerah itu.49 Pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat kepada pengusaha kilang yang melanggar peraturan.63 Selain itu, kempen kesedaran tentang penjagaan kebersihan sungai haruslah disemai dalam diri.75 Rakyat juga haruslah berani untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.85 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani masalah pembuangan sisa toksik agar kesihatan rakyat lebih terjamin.100 (100 patah perkataan) Penulisan BM Tg123 2023 p1-13 2nd.indd 13 8/12/2022 6:42:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
198 Pentaksiran Sumatif Pentaksiran Sumatif 1 USAHA-USAHA MEMERANGI JENAYAH ➠ Aktiviti rondaan ditingkatkan ➠ Kempen pencegahan diperhebat ➠ Pemasangan kamera litar tertutup ➠ Menjalankan program bandar selamat KERTAS 1 BAHAGIAN C [15 markah] Jawab sama ada soalan 1 atau soalan 2. Soalan 1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Penulisan BM Tg123 2023 PS 3rd.indd 198 8/12/2022 6:44:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
199 Pentaksiran Sumatif Soalan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kesedaran masyarakat untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam percakapan harian merupakan kunci paling utama untuk memartabatkan bahasa itu supaya tidak dipandang rendah masyarakat lain di dunia. Kita tidak mahu kesalahan ejaan dan tatabahasa yang berlaku di premis-premis makanan terus dibiarkan tanpa ada usaha untuk membetulkannya. Masyarakat boleh menyalurkan aduan tentang kesalahan bahasa di laman sesawang rasmi DBP dengan memberikan maklumat yang menunjukkan kesalahan itu berlaku. DBP juga perlu menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak terutamanya agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa awam, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang awam dalam usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Pelbagai program pengukuhan dasar bahasa perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab agar bahasa Melayu terus diangkat martabatnya. Tujuan utamanya adalah untuk memperkukuh penggunaan bahasa kebangsaan Wasiat Raja-raja Melayu yang dibuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 ialah penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa rasmi untuk pendidikan dan pentadbir negara. Peluasan fungsi bahasa Melayu haruslah dilestarikan secara tuntas kerana penggunaan bahasa Inggeris secara global telah memberi kesan terhadap bahasa kebangsaan di negara ini. Kursus Pengajian Bahasa Melayu di beberapa universiti terkemuka dunia perlulah diperkukuh untuk pengantarabangsaan bahasa Melayu di peringkat global dapat diperkasakan. Kepentingan peranan bahasa dalam membina tradisi keilmuan tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh yang demikian, sebagai penutur asli bahasa Melayu perlulah mengekalkan bahasa ibunda supaya tidak lapuk dek zaman dan terus menjadi bahasa yang dihormati oleh orang lain. Penulisan BM Tg123 2023 PS 3rd.indd 199 8/12/2022 6:44:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
200 Pentaksiran Sumatif KERTAS 2 BAHAGIAN A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. LANGKAHLANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN Pemakanan yang seimbang Beriadah dan melakukan senaman Rehat dan tidur yang cukup BAHAGIAN B [30 markah] Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Tema: PENGGUNAAN FACEBOOK 1 Selaku wakil peserta pertandingan syarahan, anda diminta untuk menyediakan teks pertandingan yang bertajuk “Kebaikan Penggunaan Facebook”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. 2 Facebook telah menjadi wadah penghubung sesama manusia. Namun, penggunaan Facebook banyak yang mendatangkan keburukan kepada pengguna. Huraikan keburukan penggunaan Facebook. 3 Penggunaan jaringan sosial, khususnya Facebook telah menjadi satu kemestian oleh golongan remaja. Tulis satu rencana tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan kesan negatif penggunaan Facebook dalam kalangan remaja. Penulisan BM Tg123 2023 PS 3rd.indd 200 8/12/2022 6:44:37 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
201 Pentaksiran Sumatif 2 KEPENTINGAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA ➠ Menanam semangat cinta akan negara ➠ Sumber pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid ➠ Memajukan industri pelancongan negara KERTAS 1 BAHAGIAN C [15 markah] Jawab sama ada soalan 1 atau soalan 2. Soalan 1 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Penulisan BM Tg123 2023 PS 3rd.indd 201 8/12/2022 6:44:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
202 Pentaksiran Sumatif Soalan 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk memartabatkan perubatan tradisional. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Perubatan tradisional merupakan rawatan yang diwarisi oleh nenek moyang untuk merawat penyakit. Gelaran dukun, bomoh atau pawang menjadi tempat rawatan masyarakat dahulu. Namun ada juga isu yang berkaitan dengan pengamal perubatan tradisional yang menipu pesakit. Pesakit ditipu wang ribuan ringgit oleh pengamal perubatan yang tidak berdaftar. Kita dikejutkan juga dengan isu pesakit yang telah dirogol ketika menjalani rawatan. Oleh itu, pemantauan oleh pihak berkuasa harus dijalankan untuk mencegah masalah ini daripada terus berlaku. Masyarakat sebenarnya masih ragu-ragu tentang kelebihan perubatan tradisional. Dengan itu, Akta Kawalan Perubatan Tradisional telah dikuatkuasakan mulai tahun 2016 bagi membenarkan mereka yang mempunyai kelayakan sahaja akan dibenarkan beroperasi. Undang-undang ini dapat memastikan pengamal perubatan menawarkan perubatan yang selamat, efektif dan bersih. Masyarakat akan menjadikan rawatan tradisional sebagai rawatan alternatif apabila adanya undang-undang ini. Kempen kesedaran haruslah juga diadakan secara bersungguh-sungguh agar masyarakat cakna tentang kepentingan perubatan tradisional. Masyarakat memandang bidang perubatan tradisional tiada peluang kerjaya masa hadapan. Oleh itu, pihak universiti boleh menawarkan kursus pengajian perubatan tradisional. Kursus rawatan homeopati, herba sains dan rawatan bekam tradisional telah diwujudkan. Transformasi pendidikan perubatan ini mampu mengangkat martabat perubatan tradisional negara. Penyelidikan tentang perubatan tradisional haruslah dijadikan antara agenda penting pendidikan di universiti agar kelebihan perubatan ini dikenali di seluruh dunia. Rawatan tradisional hanya tertumpu di sekitar kampung atau kawasan pendalaman. Oleh itu, rawatan tradisional perlu didokumentasikan atau dibukukan sebagai rujukan dan panduan orang ramai. Pihak kerajaan boleh menyiarkan kelebihan rawatan tradisional di media massa. Perubatan yang menggunakan herba haruslah diperluas kepada masyarakat. Dalam pada itu, seminar perubatan tradisional perlu dijalankan di seluruh negara agar semua lapisan masyarakat mengetahui kepentingan rawatan tradisional. Perubatan tradisional haruslah dimartabatkan agar dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Kualiti dan keselamatan perubatan ini akan terus terjamin seiring dengan keperluan penjagaan kesihatan global. Penulisan BM Tg123 2023 PS 3rd.indd 202 8/12/2022 6:44:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
203 Pentaksiran Sumatif MEMANAH LUMBA LARI LUMBA BASIKAL LONTAR PELURU ANGKAT BERAT BADMINTON KERTAS 2 BAHAGIAN A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. FUNGSI PEMIMPIN PELAJAR Menjadi pembimbing rakan sebaya Menjadi suri teladan Perlu bersikap tegas BAHAGIAN B [30 markah] Lihat gambar-gambar di bawah. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Dasar 1Murid 1Sukan merupakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang minat dalam bidang sukan. Tulis satu rencana tentang kebaikan dasar ini. 2 Kedudukan pasukan Malaysia semakin jatuh kebelakangan ini dan gagal untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sukan bola sepak negara. 3 Sebagai wartawan majalah sekolah, anda telah ditugaskan untuk menemu ramah olahragawan sekolah. Tulis wawancara itu selengkapnya. Penulisan BM Tg123 2023 PS 3rd.indd 203 8/12/2022 6:44:38 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
229 Jawapan Jawapan Pentaksiran Sumatif 1 Kertas 1 Bahagian C Soalan 1 Pendahuluan • Kejadian pelbagai kes jenayah telah membimbangkan rakyat Idea Isi Tersurat dan Huraian (Usaha Memerangi Jenayah di Malaysia) I : Aktiviti rondaan ditingkatkan Ba : Menambahkan bilangan anggota polis meronda di kawasan berisiko berlaku jenayah I : Kempen pencegahan diperhebat K : Masyarakat berganding bahu membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat penjenayah I : Pemasangan kamera litar tertutup K : Penjenayah dapat dikenal pasti dan diambil tindakan segera I : Menjalankan program bandar selamat Ba : Mewujudkan ahli rukun tetangga mengawasi kampung Idea Isi Tersirat (Kesan baik) I : Industri pelancongan negara dapat ditingkatkan Kesimpulan • Kes jenayah di negara kita hendaklah ditangani segera agar keselamatan rakyat terjamin Jawapan Lengkap Kejadian pelbagai kes jenayah mutakhir ini telah membimbangkan rakyat. Oleh sebab itu, usaha utama untuk memerangi jenayah ialah aktiviti rondaan ditingkatkan dengan menambahkan bilangan anggota polis meronda di kawasan berisiko berlaku jenayah. Selain itu, kempen pencegahan diperhebat. Sebagai kesannya, masyarakat dapat berganding bahu membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat penjenayah. Seterusnya, pemasangan kamera litar tertutup oleh pihak berkuasa. Sebagai impaknya, penjenayah dapat dikenal pasti dan diambil tindakan segera. Pihak kerajaan juga menjalankan program bandar selamat dengan mewujudkan ahli rukun tetangga mengawasi kampung. Kesan baik usaha yang dijalankan ini ialah industri pelancongan negara dapat ditingkatkan. Walhasil, kes jenayah di negara kita hendaklah ditangani segera agar keselamatan rakyat terjamin. (100 patah perkataan) Soalan 2 Tema : Bahasa Melayu Tugasan: Usaha-usaha Pendahuluan Rumusan membincangkan usaha-usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu Isi Tersurat S1 Kesedaran masyarakat untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul S2 Masyarakat boleh menyalurkan aduan tentang kesalahan bahasa di laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka S3 Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak S4 Pelbagai program pengukuhan dasar bahasa perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab S5 penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa rasmi S6 Peluasan fungsi bahasa Melayu haruslah dilestarikan secara tuntas S7 Kursus Pengajian Bahasa Melayu di beberapa universiti terkemuka dunia perlulah diperkukuh S8 Penutur asli bahasa Melayu perlulah mengekalkan bahasa ibunda Penulisan BM Tg123 2023 Jwp 3rd.indd 229 8/12/2022 6:41:52 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
230 Jawapan Kesimpulan Rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul agar bahasa Melayu tinggi kedudukannya Kertas 2 Bahagian A Pendahuluan • Pelbagai penyakit yang berbahaya mudah menyerang manusia. Isi-isi penting I : Pemakanan yang seimbang Ba : Makanan seperti sayur-sayuran dan buahbuahan I : Beriadah dan melakukan senaman Ba : Tiga kali seminggu aktiviti senaman I : Rehat dan tidur yang cukup Ba : Tidur tidak kurang daripada enam jam sehari Kesimpulan P : Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri. H : Kesihatan diri akan lebih terjamin Karangan Lengkap Pelbagai penyakit yang berbahaya mudah menyerang manusia pada zaman moden ini. Langkah utama penjagaan kesihatan ialah pemakanan yang seimbang diamalkan. Orang ramai dinasihati untuk melebihkan makan sayursayuran dan buah-buahan dalam hidangan mereka. Selain itu, masyarakat juga haruslah melakukan aktiviti riadah dan senaman. Mereka boleh melakukan aktiviti ini tiga kali dalam seminggu. Yang terakhir, rehat dan tidur yang cukup perlu diamalkan juga. Sebagai contohnya, tidur hendaklah tidak kurang daripada enam jam sehari Kesimpulannya, rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri agar kesihatan diri akan lebih terjamin. Bahagian B Soalan 1 Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Kebaikan Penggunaan Facebook”. Hadirin yang dihormati, Penggunaan laman sosial melalui Internet telah menjadi amat tersohor di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Jaringan sosial yang terbesar antara lain ialah Facebook, Myspace dan Twitter. Penggunaan Facebook ini seakanakan tidak dapat dikawal kerana remaja sanggup menghabiskan masa melayani rakan-rakan di Facebook. Namun penggunaan Facebook ini ada manfaat jika digunakan dengan cara yang efisien. Sejauhmanakah penggunaan Facebook ini mendatangkan faedah kepada pengguna akan saya bincangkan satu per satu. Warga dewan sekalian, Hujah saya yang pertama ialah interaksi antara pengguna menjadi lebih mudah. Hal ini saya katakan demikian kerana ruangan dalam Facebook boleh dinyatakan dan dimuatkan pelbagai maklumat tentang biodata diri. Sebagai contoh, kita boleh memaparkan maklumat diri, seperti tarikh lahir, pekerjaan, hobi dan gambar-gambar pengenalan diri. Dengan adanya maklumat sebegini, maka sudah pasti kita boleh mencari kenalan lama atau rakan yang sudah lama tidak bertemu. Seterusnya, semua maklumat tentang aktiviti rakan-rakan juga dapat dikongsi bersama. Tegasnya, benarlah kata orang tua-tua hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan melalui Facebook. Hadirin sekalian, Hujah saya yang kedua ialah aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan mudah. Saya berkata demikian kerana laman Facebook boleh dijadikan medan untuk meluaskan empayar perniagaan seseorang. Sebagai buktinya, seseorang itu boleh mengiklankan produk barangan ataupun perkhidmatan dalam ruangan Facebook. Sementara itu, rakan-rakan mereka boleh mempromosikan barangan dan perkhidmatan itu kepada orang lain. Seseorang itu boleh maju dalam perniagaan menggunakan laman Facebook kerana perniagaan di alam maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh peniaga. Sebagai contohnya, kos pengiklanan, dan kos penggunaan untuk telefon juga dapat dikurangkan. Hakikatnya, perniagaan dalam laman sosial dapat membawa Penulisan BM Tg123 2023 Jwp 3rd.indd 230 8/12/2022 6:41:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
231 Jawapan keuntungan yang lebih kepada para peniaga, seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air. Warga dewan sekalian, Hujah saya yang terakhir ialah Facebook menambahkan ilmu pengetahuan. Saya berkata demikian kerana golongan pendakwah agama, penulis dan sasterawan, dapat menggunakan laman ini untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada masyarakat. Oleh itu, pengguna Facebook boleh bertukartukar pandangan dan idea untuk menambah ilmu pengetahuan. Seterusnya, perbincangan dan forum tentang sesuatu isu juga dapat dijalankan bersama-sama. Sebagai contohnya, laman Facebook Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said telah mempunyai jutaan rakan yang berminat dalam bidang sastera. Seyogia, pengguna tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam membincangkan isu-isu semasa. Hadirin yang dikasihi, Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, sekali lagi saya tegaskan bahawa kebijaksanaan amat penting dalam kita menggunakan kemudahan Facebook. Kita tidak mahu kemudahan yang canggih ini akan menjadi sesuatu medium sosial yang mewujudkan pelbagai impak negatif. Sesungguhnya, laman Facebook merupakan wadah terbaik dalam penyebaran ilmu semasa dan terkini untuk melahirkan warganegara yang berwawasan. Sekian, terima kasih. Soalan 2 Pada era globalisasi yang penuh cabaran ini, penggunaan laman sosial melalui Internet telah menjadi amat tersohor di Malaysia. Mengikut kajian yang dibuat, pengguna Facebook yang paling aktif di Malaysia ialah golongan remaja. Penggunaan Facebook ini seakan-akan tidak dapat dikawal kerana remaja sanggup menghabiskan masa dengan Facebook. Persoalannya, siapakah yang dapat mengawal kesan negatif penggunaan Facebook? Hakikatnya, pelbagai implikasi negatif penggunaan Facebook akan dibincangkan. Kesan buruk penggunaan Facebook ialah fitnah mudah disebarkan oleh pengguna. Hal ini berlaku kerana Facebook dijadikan sebagai tempat penyebaran fitnah dan berita palsu. Selain itu, fitnah begitu mudah tersebar menerusi Facebook. Sebagai contoh, pengguna akan menulis status peribadi sehingga adakalanya mencetus provokasi. Seterusnya, ada segelintir pengguna yang menyebarkan gambar-gambar tidak sopan. Sebagai impaknya, perkara ini akan mengaibkan imej seseorang. Selain itu, mangsa fitnah akan mengalami tekanan emosi sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana terlalu malu. Tegasnya, perbuatan ini juga akan menyebabkan pengguna itu sendiri yang mendapat malu kerana kesilapan sendiri, bak kata pepatah membuka pekung di dada. Implikasi negatif yang kedua ialah akan wujud penipuan atau pemalsuan dalam penggunaan Facebook. Hal ini boleh berlaku apabila remaja yang ketagih Facebook akan mudah terjerat dengan jenayah siber. Remaja ini juga bijak untuk menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Oleh sebab itu, pengguna yang tertipu ini akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Seterusnya, ada yang membuat janji temu dengan menyatakan tempat dan masanya. Sebagai kesannya, ada pengguna yang mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol. Tegasnya, pengguna Facebook ini hanya pandai menulis kata-kata bak kata peribahasa menanam tebu di bibir sahaja. Penggunaan Facebook tanpa kawalan ini juga akan menyebabkan berlakunya pembaziran masa dengan tidak melakukan aktiviti yang berfaedah. Hal ini terjadi kerana pengguna akan leka dan lalai melayan Facebook dengan berbual-bual bersama-sama rakan. Mereka akan menghabiskan waktu untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Sebagai contohnya, mereka akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Seterusnya, mereka akan malas untuk mengulang kaji pelajaran atau membuat tugasan. Sebagai akibatnya, mereka akan mendapat prestasi yang rendah dalam pelajaran. Tambahan pula akan berlaku kes ponteng sekolah kerana ketagih menggunakan Facebook. Hakikatnya, mereka akan lupa akan kepentingan masa yang selalu dikatakan bahawa masa itu emas. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Facebook memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal penggunaan Facebook anak-anak. Dalam pada itu, penggunaan teknologi ini harus diseimbangkan kerana peribahasa ada menyatakan bahawa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tegasnya, penggunaan Facebook yang berhemah akan dapat meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Penulisan BM Tg123 2023 Jwp 3rd.indd 231 8/12/2022 6:41:53 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
204 Glosari Glosari Bil. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat 1 adaptasi penyesuaian Seseorang itu perlu membuat adaptasi terhadap kehidupannya. 2 absurd mustahil/tidak masuk akal Sesungguhnya adalah absurd untuk berbuat demikian. 3 afdal lebih utama Konsep 1Malaysia afdal untuk dijadikan gagasan perpaduan. 4 aforisme pepatah, bidalan, peribahasa Kita perlu berusaha seperti kata aforisme, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. 5 agenda rancangan Mesyuarat itu berjalan lancar kerana agenda tersusun dengan sempurna. 6 agresif cenderung menyerang Tindakan agresif akan menimbulkan perbalahan. 7 akademi pusat pengajian Akademi Sukan ditubuhkan untuk melatih atlet. 8 akauntabiliti kebertanggungjawaban Keputusan mahkamah yang adil akan memastikan akauntabiliti institusi kehakiman. 9 akar umbi asal/mula Masalah itu harus diselesaikan pada peringkat akar umbi. 10 akur setuju Saya tidak akur jika engkau menarik diri daripada perlawanan itu. 11 akhirulkalam akhirnya Sebagai akhirulkalam, kita harus bekerjasama. 12 akses cara memperoleh maklumat Pengguna akan diberi akses Internet secara automatik. 13 alaf zaman Pada alaf baharu, komputer amat penting kepada manusia. 14 alternatif pilihan Hanya ada satu alternatif untuk menang dalam pertandingan ini. 15 analogi kiasan, perbandingan Perkara itu dibuat berdasarkan analogi dua unsur utama. 16 anarki kekacauan/porakperanda Kalau orang tidak patuh lagi pada undangundang, maka timbullah anarki. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 204 8/12/2022 6:41:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
205 Glosari Bil. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat 17 anasir jahat unsur jahat Masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh anasir jahat daripada Barat. 18 anjakan paradigma perubahan pemikiran Kita perlu melakukan anjakan paradigma sekiranya ingin maju. 19 aset ciri atau sifat istimewa/harta Remaja ialah aset untuk pembangunan negara. 20 aspek bahagian diberikan perhatian Masalah tersebut perlu ditinjau daripada segala aspek kehidupan. 21 aspirasi cita-cita/hasrat Aspirasi berbagai-bagai kaum kini sudah berubah. 22 audiens para penonton Audiens berasa kecewa kerana persembahan itu hambar. 23 autoritarian berpegang teguh pada peraturan Kita perlu berpegang pada autoritarian negara untuk kesejahteraan hidup. 24 basa-basi sopan santun Sikap basa-basi amat dituntut apabila bercakap dengan orang tua. 25 belasungkawa ucapan takziah Dia banyak menerima surat belasungkawa selepas kematian anaknya itu. 26 bermotifkan bertujuan Sekumpulan pelajar ditangkap kerana rancangan mereka bermotifkan penipuan. 27 beroperasi bergerak/berjalan Kedai roti itu telah beroperasi sejak sepuluh tahun yang lalu. 28 boikot pemulauan Selvam telah menjadi mangsa boikot oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang bongkak. 29 cacamarba bercampur aduk/ bercampur baur Bahasa Melayu yang cacamarba akan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. 30 canggih moden/sofistikated, kompleks Teknologi canggih perlu digunakan pada zaman ini. 31 canggung kurang biasa/kurang sempurna Aminah berasa canggung apabila berpindah ke tempat baru. 32 cendekiawan orang cerdik pandai Golongan cendekiawan merupakan aset penting untuk pembangunan negara. 33 citra gambaran/imej Citra masyarakat yang maju diukur melalui tahap pendidikannya. 34 daif hina, lemah Golongan yang daif perlu kita bantu supaya kehidupan mereka terjamin. 35 dana modal Peniaga memerlukan dana yang mencukupi untuk memajukan perniagaan mereka. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 205 8/12/2022 6:41:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
206 Glosari Bil. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat 36 dasawarsa masa sepuluh tahun/dekad Dalam dasawarsa ini, masyarakat sudah pandai menggunakan komputer. 37 dedikasi ketekunan kepada sesuatu kerja Sikap dedikasi penting untuk kita berjaya. 38 definisi makna sesuatu kata, frasa, takrif Perkataan dalam kamus ini diberi definisi. 39 delegasi rombongan/ perwakilan dalam persidangan Delegasi daripada negara Jepun telah hadir ke Kuala Lumpur. 40 desas-desus khabar angin Ada desas-desus yang mengatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan November tahun ini. 41 digniti sifat mulia/pangkat Ketua Jabatan haruslah mempunyai digniti untuk mentadbir sesebuah organisasi. 42 dilema keadaan serba salah Kamilah berada dalam keadaan dilema setelah rahsianya terbongkar. 43 dinamik berdaya saing Pelajar yang dinamik akan mudah menghadapi rintangan yang dihadapi. 44 dirgahayu mudah-mudahan panjang umur Semua rakyat mengucapkan dirgahayu kepada Yang di-Pertuan Agong. 45 diuar-uarkan pengumuman kepada umum Peraturan baru itu telah diuar-uarkan sewaktu perhimpunan rasmi. 46 domestik hal/urusan dalam negeri Pelancongan domestik haruslah dimajukan negara. 47 dominan berkuasa/ berpengaruh Faktor yang dominan ialah pengaruh rakan sebaya. 48 drastik sesuatu tindakan yang keras Keputusan dibuat secara drastik kerana kesuntukan masa. 49 e-dagang urusan perniagaan melalui Internet Manfaat e-dagang ini boleh dinikmati oleh semua golongan pedagang dan orang biasa selaku pengguna. 50 efektif berkesan, mujarab Ubat itu sangat efektif kepada pesakit kencing manis. 51 efisien menjalankan tugas dengan cekap Guru itu dapat menjalankan tugas dengan efisien. 52 ekonomik sesuatu yang menguntungkan Saiz ladang yang tidak ekonomik akan menyebabkan petani mengalami kerugian. 53 eksplisit dinyatakan dengan tepat dan jelas/ tanpa dikias-kias Kamarul menyatakan pendapatnya secara eksplisit. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 206 8/12/2022 6:41:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
207 Glosari Bil. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat 54 eksploitasi menggunakan untuk kepentingan diri sendiri secara tidak adil Eksploitasi golongan wanita dalam iklan tidak sepatutnya berlaku. 55 elemen anasir/unsur/perkara Terdapat beberapa elemen penting telah mempengaruhi dasar itu. 56 emansipasi pemberian hak yang sama dalam hukum Golongan wanita banyak menuntut emansipasi akhir-akhir ini. 57 era zaman Pada era moden ini, negara Malaysia telah banyak berubah. 58 estetika yang berkaitan dengan keindahan Nilai estetika reka bentuk rumah itu menjadi pilihan pembeli. 59 evasif sikap mengelak diri daripada tanggungjawab Sikap evasif dalam diri harus dikikis dalam masyarakat majmuk. 60 faktor perdana faktor utama Pengaruh media massa menjadi faktor perdana masalah keruntuhan moral. 61 fana tidak kekal Kita hidup dalam dunia yang fana. 62 fanatik orang keterlaluan pada sesuatu pegangan Golongan fanatik dalam sesuatu fahaman menyebabkan perpecahan kaum. 63 fatamorgana sesuatu bersifat khayalan Filem Melayu hari ini banyak mengisahkan cerita fatamorgana. 64 fenomena kejadian yang dapat diperhatikan Kes buang bayi sering menjadi fenomena dalam masyarakat kita. 65 fleksibel sedia mengubah (sikap, pendirian) Kita harus fleksibel untuk menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan. 66 fobia ketakutan yang amat sangat Golongan wanita menjadi fobia apabila kes-kes ragut semakin meningkat. 67 global menyeluruh Perbincangan isu alam sekitar harus dilakukan secara global. 68 goyah tidak tetap atau tidak teguh Iman yang goyah akan memudahkan kita terjebak melakukan jenayah. 69 hedonisme hidup mementingkan keseronokan Remaja mudah melakukan kesilapan kerana mengutamakan hedonisme. 70 hikmah kebaikan Pembelajaran secara berkumpulan banyak mendatangkan hikmah kepada pelajar. 71 ikhtisar ringkasan/sinopsis Pelajar diminta membuat ikhtisar tentang novel yang dibaca. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 207 8/12/2022 6:41:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
208 Glosari Bil. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat 72 iltizam komitmen Kita perlu mempunyai iltizam yang kukuh untuk berjaya. 73 imej gambaran Imej negara akan tercalar sekiranya rakyat berpecah-belah. 74 individualistik bersifat individu Remaja yang bersikap individualistik tidak akan berjaya dalam hidup. 75 informasi keterangan, maklumat Banyak informasi berguna diperoleh melalui Internet. 76 integriti kejujuran/keadaan sempurna Rasuah akan mencemarkan nama baik dan integriti jabatan. 77 inisiatif daya usaha Pekerja yang berjaya perlu ada inisiatif yang berkesan. 78 inovasi sesuatu yang baru diperkenalkan Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dalam perkhidmatan bank. 79 insentif galakan Berbagai-bagai insentif disediakan untuk pelabur asing menanam modal di negara ini. 80 inspirasi ilham/bisikan hati Penulis itu mendapat inspirasi daripada pembacaan dan pengalamannya. 81 instrumen alat Bahasa Melayu boleh menjadi instrumen penting perpaduan kaum. 82 integrasi penggabungan Pencapaian integrasi budaya hanya mungkin tercapai dengan wujudnya kerjasama. 83 intensif giat dan sungguhsungguh Latihan dalam bidang maritim hendaklah diadakan secara intensif. 84 izhar jelas/nyata/terang Penjelasan yang diberikan itu sangat izhar dan menarik. 85 jati diri identiti yang asli Pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan jati diri bangsa dan semangat patriotik yang utuh. 86 jumud kaku, beku, kolot Pemikiran rakyat yang jumud akan membawa kehancuran kepada sesuatu negara. 87 kaget terkejut/terperanjat Dia kaget melihat lembaga yang aneh itu. 88 kancah tempat/medan Ahli-ahli parlimen menjadikan dewan sebagai kancah perdebatan. 89 karisma daya kepimpinan, daya penarik Karisma seseorang pemimpin akan menentukan kebolehannya mentadbir sesebuah negara. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 208 8/12/2022 6:41:24 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
209 Glosari Bil. Kosa Kata Maksud Contoh Ayat 90 kebobrokan keburukan, kerosakan (hidup) Kebobrokan negara itu disebabkan oleh keadaan ekonomi yang merosot. 91 kegawatan kegentingan/ ketegangan/kritikal Kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan kesusahan hidup rakyat. 92 kemaruk tamak, haloba Dia kemaruk wang sekarang kerana kalah judi. 93 kemelut keadaan yang genting, berbahaya, krisis Masyarakat harus berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada kemelut ekonomi. 94 kerenah ragam, tingkah laku Pelbagai kerenah wujud dalam organisasi itu. 95 ketandusan kehabisan, ketiadaan sama sekali Program itu menemukan jalan buntu apabila pengarahnya ketandusan idea. 96 keunikan luar biasa/istimewa Satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah keunikan sistem ekonomi Islam. 97 kewibawaan kebolehan menguasai sesuatu, kekuasaan, hak Kewibawaan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa harus dihormati. 98 kombinasi gabungan Pelukis yang baik dapat menimbulkan kombinasi warna yang menarik. 99 komited menunjukkan komitmen Kumpulan ini merupakan penagih keuntungan yang kurang komited terhadap tanggungjawab sosial. 100 komitmen memberikan sepenuh perhatian, iltizam Malaysia mengulangi komitmen terhadap projek ini. 101 kompetitif bersifat persaingan Perusahaan batik tempatan perlu kompetitif untuk maju di peringkat antarabangsa. 102 konflik perbalahan Beliau memberi amaran kepada orangorang yang hendak menimbulkan konflik antara kaum di negeri ini. 103 konklusi kesimpulan Secara konklusi, pengaruh ibu bapa akan mempengaruhi sahsiah diri anak-anak. 104 kongkongan sekatan Mahkamah keadilan bebas daripada kongkongan pemerintah. 105 konkrit kukuh/fakta yang pasti Pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yang konkrit ke arah pembangunan ekonomi negara. 106 konotasi idea yang tepat Hujah yang mantap perlu ada konotasi dan tersusun. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 209 8/12/2022 6:41:25 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
217 Panduan Peribahasa Panduan Peribahasa Bil Peribahasa Maksud Contoh Ayat Tema Baik Hati 1 Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong Sesungguhnya, murid akan dipandang mulia apabila mengambil sikap baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang. 2 Buat baik berpadapada, buat jahat jangan sesekali melakukan kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan daripada berbuat jahat Kita dinasihati agar mengamalkan sikap bagai kata peribahasa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. 3 Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat Pak Ismail dihormati oleh masyarakat kampung kerana sikapnya bagai kata peribahasa hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa. 4 Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali orang miskin yang mendapat pertolongan Penduduk kampung yang rataratanya miskin dapat meneruskan kehidupan baharu, ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali apabila dibantu oleh Yang Berhormat Dato’ Redzuan. 5 Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya Mohd Fahmi tidak menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat kota kerana sikapnya, persis kata peribahasa kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. 6 Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga Ustaz Zahari disukai oleh masyarakat kampung Penang Sentosa kerana sikapnya umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua. Tema Daya Usaha/Kesungguhan/Kerajinan 7 Alah bisa tegal biasa kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah Tegasnya, kita haruslah selalu melakukan kerja yang sukar itu kerana alah bisa tegal biasa. 8 Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan setiap perbuatan yang dilakukan biarlah meraih hasil daripada perbuatan tersebut Hakikatnya, kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 217 8/12/2022 6:41:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
218 Panduan Peribahasa Bil Peribahasa Maksud Contoh Ayat 9 Bagai lebah menghimpun madu sangat rajin Seyogia, murid perlulah bersikap rajin bagai lebah menghimpun madu. 10 Belakang parang kalau diasah, lagikan tajam orang yang lemah atau bodoh jika berusaha dengan bersungguhsungguh akan berjaya juga akhirnya Sesungguhnya, orang yang cetek fikirannya pasti akan berjaya jua kerana belakang parang kalau diasah, lagikan tajam. 11 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan jika seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh Tegasnya, kita wajar memiliki sikap untuk gigih berusaha kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 12 Genggam bara api biar jadi arang melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil Hakikatnya, usaha yang berterusan hingga berjaya perlu dilakukan seperti kata peribahasa genggam bara api biar jadi arang. 13 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih jikalau ada kemahuan tentu ada cara untuk melakukannya, jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan Tegasnya, kita perlu ada keinginan untuk terus berusaha kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. 14 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati Seyogia, sesuatu yang diidamkan itu akan berjaya jika kita berusaha kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. 15 Malas bergarit perut perit sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan Pada umumnya, sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan kerana malas bergarit perut perit. 16 Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan orang yang malas tidak akan maju Hakikatnya, sikap malas haruslah dikikis kerana malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 17 Sambil menyelam minum air membuat dua pekerjaan dalam satu masa Tegasnya, kita perlulah bijak dalam melakukan sesuatu kerja, seperti kata peribahasa sambil menyelam minum air. 18 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain apabila bersabar melakukan sesuatu, lama-kelamaan akan berhasil juga Pada dasarnya, kita perlu banyak bersabar jika membuat sesuatu kerja kerana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. 19 Seperti anai-anai makan kayu mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin Hakikatnya, kita perlulah rajin melakukan sesuatu pekerjaan, persis kata peribahasa anai-anai makan kayu. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 218 8/12/2022 6:41:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
219 Panduan Peribahasa Bil Peribahasa Maksud Contoh Ayat 20 Yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana kejayaan tidak datang dengan sendirinya Pada umumnya, kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja untuk berjaya kerana yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tema Semangat Bermasyarakat/Kekeluargaan/Perhubungan 21 Air dicencang tidak akan putus hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku perpecahan Hakikatnya, adik-beradik yang bergaduh pasti berbaik semula kerana air dicencang tidak akan putus. 22 Bagai beliung dengan asahan perhubungan yang akrab Tegasnya, hubungan antara mereka semakin erat bagai beliung dengan asahan. 23 Biduk berlalu kiambang bertaut dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya Pada umumya, pergaduhan antara dua pihak tidak akan berpanjangan kerana kata peribahasa biduk berlalu kiambang bertaut. 24 Buang yang keruh ambil yang jernih melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja Hakikatnya, semua isteri yang bergaduh perlulah berbaik semula kerana kata peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. 25 Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula Tegasnya, kedua-dua anak Pak Mail itu pasti berbaik semula setelah dua tahun bergaduh kerana carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. 26 Enggang dengan enggang, pipit sama pipit, baru dapat terbang bersama perhubungan yang sama taraf Hakikatnya, perkahwinan mereka sama taraf kedudukannya, bak kata peribahasa enggang dengan enggang, pipit sama pipit, baru dapat terbang bersama. 27 Hilang di mata di hati jangan walaupun berjauhan, tetap ingat di hati Pada umumnya, orang yang berjauhan masih diingati selalu kerana, orang tua-tua pernah berkata bahawa hilang di mata di hati jangan. 28 Ibarat telur semangkuk, pecah sebiji, pecah semua jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya Hakikatnya, kita haruslah bersamasama merasai keperitan hidup, seperti kata peribahasa ibarat telur semangkuk, pecah sebiji, pecah semua. 29 Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak anak dan bapa saling bertolongan Jelaslah bahawa anak dan bapa haruslah hidup tolong-menolong kerana mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak. Penulisan BM Tg123 2023 Glo 2nd.indd 219 8/12/2022 6:41:26 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.