The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-06-10 00:14:18

Aspirasi A+ SPM Perniagaan

WM: RM8.90
EM: RM9.90

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM1–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. 5. Kertas jawapan objektif hendaklah diserahkan kepada pengguna peperiksaan pada akhir peperiksaan. Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak. 3766/1 1 jam 15 minit SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 Kertas Model SPM 1 SULIT PERNIAGAAN Kertas 1 Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 1 20/5/2024 3:07:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3766/1 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–2 SULIT SULIT 3766/1 1 Apakah organisasi yang bermotifkan untung? A Majlis Belia Selangor B COOP Mart C MAKNA D MERCY 2 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri rakan kongsi. • Menanggung liabiliti tidak terhad. • Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal. Apakah jenis rakan kongsi tersebut? A Aktif B Biasa C Lelap D Nominal 3 Rajah 1 menunjukkan jenis syarikat. X Syarikat berhad Syarikat Rajah 1 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kelebihan X? I Kewujudan kekal II Modal lebih besar III Menikmati ekonomi bidangan IV Hal ehwal syarikat dirahsiakan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4 Logo berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan. Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai perniagaan di atas? I Melindungi kepentingan anggotanya II Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 III Mendapat keseragaman reka bentuk produk IV Harga yang ditawarkan lebih murah daripada pasaran A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor sekunder? A Haris mengajar di Pusat Tuisyen Inspirasi B Pak Din menangkap udang galah di sungai C Akmal menjalankan aktiviti penternakan lebah madu D Maju Jaya Sdn. Bhd. terlibat dalam industri pembinaan bangunan 6 Apakah jawatan yang mengawal dan mengurus pentadbiran sesebuah syarikat awam berhad? A Rakan kongsi B Pekerja syarikat C Ahli lembaga pengarah D Pemegang-pemegang syer 7 Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran. Ekonomi meleset menyebabkan perniagaan kehilangan sebahagian pendapatan dan tidak mampu membayar gaji pekerja. Hal ini menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja. Apakah jenis pengangguran tersebut? A Bermusim B Teknologi C Struktur D Kitaran 8 Apakah tindakan kerajaan mengatasi inflasi? A Menurunkan kadar cukai B Menurunkan kadar faedah C Memberi subsidi kepada pengeluar D Memberikan khidmat nasihat dan perundangan 9 Apakah agensi yang memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi? A SIRIM B MPOB C MARDI D TNB RESEARCH 10 Maklumat berikut merupakan pemacu dalam pencapaian sesebuah organisasi. W ialah • Pembentukan maklumat yang lebih khusus. • Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi. Apakah W? A Visi B Misi C Objektif D Hala tuju Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 2 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM1–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 3766/1 11 Pernyataan berikut berkaitan dengan gaya pengurusan sesebuah perniagaan. Puan Evelyn tidak mahu mendengar pendapat pekerjanya, malah tetap berpendirian teguh dengan keputusan yang telah dibuat sehingga sebilangan pekerjanya merungut ketidakpuasan hati. Apakah gaya pengurusan tersebut? A Gaya pengurusan autokratik B Gaya pengurusan laisez-faire C Gaya pengurusan sederhana D Gaya pengurusan demokratik 12 Antara yang berikut, yang manakah kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif? I Berjaya dalam persaingan II Mampu membayar kos perniagaan III Kegagalan mencapai sasaran jualan IV Mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13 Antara yang berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan? I Belian II Saiz pasaran III Pertumbuhan IV Titik pulang modal A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14 Apakah maksud titik pulang modal? A Perniagaan mengalami kerugian B Jumlah hasil melebihi jumlah kos C Perniagaan mengalami keuntungan D Hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung 15 Antara yang berikut, yang manakah faktor luaran yang mempengaruhi perubahan visi perniagaan? I Kewangan II Sosiobudaya III Undang-undang IV Sumber manusia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16 Pernyataan berikut merupakan ciri sebuah objektif perniagaan. Satu penentuan objektif berdasarkan sasaran yang boleh dicapai jika pekerja menggembleng tenaga sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada. Apakah ciri tersebut? A Spesifik B Munasabah C Boleh diukur D Boleh dicapai 17 Maklumat berikut berkaitan dengan proses komunikasi. Pengurus pemasaran PERODUA telah menggunakan peralatan media dengan gabungan teknik audio dan visual. Apakah proses komunikasi tersebut? A Enkod B Dekod C Saluran D Maklum balas 18 Gambar 1 berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan. Gambar 1 Apakah aplikasi tersebut? A e-government B e-pemasaran C e-dagang D e-banking Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 3 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3766/1 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–4 SULIT SULIT 3766/1 19 Antara yang berikut, yang manakah tujuan penggunaan teknologi maklumat kepada fungsian pemasaran? I Memperluas skop perniagaan II Membantu memudahkan sistem operasi III Memastikan sumber manusia mencukupi IV Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna mengikut tempat dan masa yang betul A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20 Rajah 2 menunjukkan aliran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan. Jadual pengeluaran yang dipersetujui Y Penerimaan pesanan daripada pelanggan Wujudkan katalog dan diedarkan Rajah 2 Apakah Y? A Pesanan bahan mentah B Pengeluaran item barang dan pengedaran C Penerimaan invois pembekal dan pembayaran D Penghantaran invois kepada pembeli dan penerimaan bayaran 21 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia. • Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan. • Konsep pengurusan Jepun seperti TQM, Kaizen, 5S dan Zero Defect. Apakah peranan bahagian pengurusan tersebut? A Pemberian insentif yang munasabah B Pemantapan budaya profesional C Latihan peningkatan kemahiran D Prestasi pasukan 22 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan caruman PERKESO? A Menyediakan bantuan perubatan kepada pekerja B Mewajibkan caruman ke atas majikan dan pekerja C Melindungi majikan daripada tuntutan pekerja D Menyediakan persekitaran kerja yang selamat 23 Antara yang berikut, yang manakah komponen yang melibatkan penggajian? I Upah II Elaun III Faedah IV Caruman KWSP A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 24 Antara yang berikut, yang manakah sumber fizikal bagi penjual beg tangan secara dalam talian? I Produk siap II Bahan mentah III Bangunan dan kemudahan IV Peralatan teknologi maklumat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 25 Apakah prosedur untuk mengurus kemahiran dan pengalaman pekerja? A Mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif B Melaksanakan prosedur operasi standard C Memberikan latihan secara berterusan D Memberikan bonus setiap tahun 26 Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan perniagaan mencagar barang kemas untuk mendapatkan pinjaman? A Syer B Pajakan C Ar-Rahnu D Modal permulaan 27 Mengapakah usahawan menyimpan dokumen perniagaan? A Sebagai sumber rekod dalam penyediaan akaun perniagaan B Mengetahui jumlah stok perniagaan C Untuk mendaftarkan perniagaan D Untuk membayar gaji pekerja 28 Apakah butiran yang berkaitan dengan hasil dalam penyata pendapatan? A Modal B Pinjaman bank C Faedah pinjaman D Faedah simpanan Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 4 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM1–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 3766/1 29 Antara yang berikut, yang manakah contoh bagi kos tetap? I Upah II Insurans III Bayaran balik pinjaman IV Duti atas bahan mentah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 30 Butiran berikut diambil daripada Perniagaan Allyssa Enterprise. RM Sewa diterima 1 400 Insurans 700 Stok akhir 1 000 Untung kasar 20 000 Gaji 6 000 Komisen diterima 2 000 Berapakah untung bersih Perniagaan Allyssa Enterprise? A RM15 700 B RM16 700 C RM18 100 D RM23 400 31 Maklumat berikut menunjukkan Kunci Kira-kira Kedai Cenderamata Adib. Butiran RM Modal awal 150 000 Kos jualan 500 000 Untung kasar 80 000 Untung bersih 50 000 Berapakah peratus pulangan atas modal? A 53.33% B 33.33% C 10.00% D 16.00% 32 Maklumat berikut berkaitan dengan nisbah semasa bagi Zhafirah Trading. Nisbah semasa : 15.1 Apakah maksud bagi nisbah tersebut? A Perniagaan memperoleh RM1 atas setiap RM15 yang dilaburkan B Perniagaan mempunyai RM15 bagi menjelaskan RM1 liabiliti semasa C Perniagaan menjana keuntungan RM1 atas setiap RM15 aset semasa D Perniagaan menggunakan RM1 bagi mendapatkan RM15 aset semasa 33 Penyataan yang manakah menerangkan ciri-ciri kreatif? A Hazim mengeluarkan kuih bulan halal B Huda mencari pasaran baharu di London C Din mencipta perisian permainan yang baharu D Asyraf telah mengubah suai basikal menggunakan tenaga solar 34 Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat? A Mewujudkan sikap berdikari B Membuka peluang pekerjaan C Mewujudkan kerjasama serantau D Mewujudkan pengaliran masuk modal asing 35 Maklumat berikut menunjukkan sebuah pemilikan perniagaan. • Bilangan pemegang syer sekurangkurangnya seorang dan tiada had maksimum. • Menggunakan perkataan berhad pada hujung nama syarikat. Apakah akta yang berkaitan dengan penubuhan perniagaan tersebut? A Akta Syarikat 2016 B Akta Koperasi 1993 C Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 D Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2016 36 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan perubahan maklumat perniagaan yang perlu didaftarkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? I Papan tanda II Strategi jualan III Alamat perniagaan IV Nama rakan kongsi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 37 Maklumat berikut merupakan satu urus niaga dalam sebuah perniagaan. Kedai Perabot Jun Hoo telah menjual perabot secara tunai kepada Puan Shantinee. Bahagian yang manakah urus niaga tersebut perlu direkodkan dalam Penyata Aliran Tunai? A Modal B Belian tunai C Jualan tunai D Aset semasa Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 5 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3766/1 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–6 SULIT SULIT 3766/1 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 38 Pernyataan berikut berkaitan dengan campuran pemasaran. Encik Jivannesh melakukan penjenamaan semula produk minuman keluarannya. Apakah campuran pemasaran tersebut? A Harga B Agihan C Produk D Promosi 39 Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah promosi dalam sesebuah perniagaan. Kedai Kain Evelyn telah mengadakan acara cabutan bertuah bagi menghargai sokongan kepada pelanggan-pelanggannya. Apakah kaedah tersebut? A Publisiti B Pengiklanan C Promosi jualan D Jualan langsung 40 Maklumat berikut berkaitan dengan rancangan perniagaan. • Menyediakan carta organisasi. • Menyediakan spesifikasi tugas. • Menyediakan gaji dan insentif pekerja. Apakah bahagian yang terlibat bagi perkara di atas? A Rancangan operasi B Rancangan kewangan C Rancangan pemasaran D Rancangan pentadbiran Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 6 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM1–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor pengenalan diri dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 2. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan. 4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. 5. Kertas peperiksaan hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Kertas peperiksaan ini mengandungi 10 halaman bercetak. 3766/2 2 jam 15 minit SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 Kertas Model SPM 1 SULIT PERNIAGAAN Kertas 2 Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 7 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–8 SULIT Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1 (a) Gambar 1 menunjukkan logo sebuah organisasi perniagaan. Gambar 1 Jelaskan tujuan penubuhan organisasi di atas. [5 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan isu penggangguran. Teknologi AI bakal membuatkan 4.5 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan menjelang tahun 2030 sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran dan melaksanakan latihan semula. Kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan berikutan AI sudah digunakan untuk mengautomasikan tugas dalam pelbagai industri. Dalam perniagaan, AI juga digunakan dalam industri e-dagang seperti menyediakan perkhidmatan Chatbot, menganalisis maklum balas pelanggan dan memberikan perkhidmatan kepada pembeli dalam talian. Sumber: Diubah suai https://www.bharian.com.my/berita/nasional, 11 Jun 2023 (i) Terangkan jenis pengangguran tersebut. [3 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 8 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM1–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT (ii) Mengapakah e-dagang digunakan dalam perniagaan? [2 markah] 2 (a) Rajah 1 menunjukkan syer pasaran bagi perniagaan perkhidmatan klinik. Klinik Kayitha 25% Klinik Keluarga 42% Klinik Nelly 33% Rajah 1 Berdasarkan carta pai di atas, jelaskan syer pasaran Klinik Keluarga. [4 markah] (b) Jelaskan tujuan penggunaan teknologi maklumat. [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 9 20/5/2024 3:07:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–10 SULIT 3 (a) Gambar 2 menunjukkan iklan jawatan kosong. Gambar 2 Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh calon untuk mendapatkan jawatan tersebut. [6 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran. Encik Rasid merupakan pemilik sebuah kedai runcit di Kulai, Johor. Beliau telah membuat pembayaran kepada pembekal dengan menggunakan cek tetapi baki akaun semasanya tidak mencukupi. Beliau telah menghubungi pihak bank dan membuat permohonan supaya bank dapat membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu untuk menampung kekurangan wang dalam akaunnya. Jelaskan jenis sumber pembiayaan tersebut. [4 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 10 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM1–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 4 (a) Terangkan perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah. [4 markah] (b) Gambar 3 berkaitan dengan promosi perniagaan Encik Danial yang menjual komputer riba. Gambar 3 Jelaskan strategi produk dan harga yang boleh dijalankan oleh Encik Danial untuk meningkatkan jualannya. [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 11 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–12 SULIT 5 (a) Terangkan kekurangan sumber manusia luaran. [4 markah] (b) Gambar berikut menunjukkan barang keperluan harian yang dikeluarkan oleh Syarikat Huda Sendirian Berhad. Pada pandangan anda, saluran agihan yang manakah sesuai digunakan oleh syarikat tersebut? [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 12 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM1–13 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 6 (a) Jelaskan tentang penyata pendapatan. [4 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan. Puan Wanie dan Puan Fiqa bercadang untuk menubuhkan perniagaan Ohanna Friends Cake House yang menjual aneka kek untuk majlis hari lahir, perkahwinan dan pertunangan. Mereka juga telah mengikuti kursus dan latihan membuat kek fondan. Jelaskan prosedur pendaftaran Ohanna Friends Cake House. [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 13 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–14 SULIT Bahagian B [30 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 7 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Haziq Plasticmate Sdn. Bhd. merupakan pengeluar peralatan makan plastik sekali pakai. Produk utama mereka ialah pinggan, sudu, garfu, cawan serta pisau yang berasaskan plastik dan memperoleh sijil mesra alam. Baru-baru ini, perniagaan telah mencipta pisau pemotong kek berbentuk segi tiga dengan spesifikasi panjang 22 cm, berat 11 gm dan terdiri daripada beberapa warna pilihan seperti merah jambu, biru tua dan hitam. Syarikat mengambil langkah untuk melindungi rekaan eksklusif pisau pemotong kek bagi memastikan keasliannya terpelihara. Memandangkan jualan tahunan syarikat mendapat keuntungan yang berlipat ganda, maka Pengurus Besar, iaitu Encik Haziq bercadang untuk memberikan bonus tunai dan menawarkan percutian kepada pekerja yang proaktif. (a) Terangkan kelebihan perniagaan di atas. [4 markah] (b) Cadangkan prosedur mengurus sumber teknologi. [5 markah] (c) Anda bersetuju dengan tindakan Encik Haziq yang menawarkan jenis faedah tersebut kepada pekerjanya. Jelaskan. [6 markah] 8 Maklumat berikut berkaitan dengan Khairul Aming, seorang usahawan. Usahawan dan juga pempengaruh terkenal, Khairul Aming memperkenalkan produk terbaharunya, Dendeng Nyet Berapi dengan harga RM14.90 bagi satu pek. Sebanyak 80 000 pek berjaya dijual melalui siaran langsung di platform TikTok dan berjaya memecahkan empat rekod baharu. Rekod pertama, jualan RM1 juta terpantas, iaitu selama tiga minit tiga puluh sembilan saat. Rekod kedua, mendapat peak views tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 222 800 dalam satu-satu masa dan rekod ketiga, jumlah tontonan keseluruhan tertinggi, iaitu sebanyak 3.4 juta. Sementara rekod keempat pula ialah clickthrough rate (CTR) tertinggi, iaitu lebih daripada 400 peratus. Beliau memaklumkan bahawa Dendeng Nyet Berapi mengambil masa selama setahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memerlukan modal sebanyak RM2 juta bagi persiapan mesin serta pengubahsuaian kilang. Sumber: Diubah suai https://www.sinarharian.com.my, 21 Februari 2024 (a) Jelaskan kaedah promosi tersebut. [4 markah] (b) Pada pandangan anda, mengapakah Khairul Aming menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas produknya? [5 markah] (c) Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal perniagaan tersebut? [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 14 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM1–15 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 9 Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan perkhidmatan katering. Cik Raisya merupakan pemilik Raisya Catering & Sevices yang menyediakan perkhidmatan katering dan sering menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, hari lahir dan akikah. Beliau berusaha untuk kekal berdaya saing dalam industri. Namun begitu, perniagaannya mengalami masalah tukang masak yang sering bertukar ganti kerana berhenti kerja. Pihak pengurusan khuatir masalah ini akan menjejaskan prestasi dan operasi perniagaan. Oleh itu, Cik Raisya telah mempertimbangkan gaji yang kompetitif berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh tukang masak. Cik Raisya juga berhasrat untuk menambah modal dan ingin membuat pinjaman daripada agensi kewangan bagi mengubah suai ruang masak kedainya. (a) Anda bersetuju bahawa Raisya Catering & Services dapat bersaing dalam industri. Jelaskan [5 markah] (b) Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia yang terlibat dalam situasi di atas. [5 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Cik Raisya sebelum membuat pinjaman? [5 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 15 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM1–16 SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10 Raisyanah Cosmetics ialah satu jenama tempatan yang mengeluarkan produk kosmetik yang berkualiti tinggi. Antara produk keluaran Raisyanah Cosmetics ialah gincu, pembayang mata, bedak tabur dan celak mata. Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Firas yang pernah bekerja sebagai Pengurus Pengeluaran di Sephia Cosmetics. Oleh sebab minat yang mendalam dalam perniagaan, Encik Firas telah berhenti kerja dan menubuhkan Raisyanah Cosmetics pada tahun 2014 dan jenama ini dikenali di pasaran tempatan. Beliau juga menyifatkan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya dari aspek keberuntungan perniagaan. Kini, Raisyanah Cosmetics mempunyai 10 000 orang ejen dan pernah mendapat pengiktifaran sebagai jenama kosmetik produk tempatan terbaik. Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Encik Firas mendapati perniagaannya semakin merosot kerana pengguna lebih gemar untuk membeli secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, Encik Rahim selaku Pengurus Pemasaran mengambil keputusan untuk menggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan ini, iaitu memberi fokus kepada penggunaan laman sosial seperti Facebook. Prestasi kewangan Raisyanah Cosmetics adalah seperti berikut: Perkara Tahun 2022 Tahun 2023 Jumlah aset RM800 000 RM830 000 Jualan bersih RM700 000 RM750 000 Pusing ganti stok 6 kali 7 kali Selain itu, Encik Firas juga turut melancarkan produk krim malam yang diformulasikan daripada gabungan ekstrak sayur maman dan minyak kelapa dara untuk mengurangkan kesan keradangan pada kulit wajah. Beliau juga mendapat bantuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian agar dapat menjana kreativiti dan inovasi untuk menempah kejayaan dalam bidang perniagaan kosmetik. Memandangkan produk semakin bertambah, maka Encik Firas bercadang untuk melantik Penolong Pengurus Pengeluaran dan mencadangkan agar pekerja dari luar dilantik untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut. Puan Aaina selaku Pengurus Sumber Manusia telah memberi penekanan terhadap pemilihan pekerja bagi memastikan keperluan sumber manusia dapat diurus dengan baik. Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Jelaskan kelebihan berniaga Encik Firas sebagai satu peluang kerjaya dari aspek keberuntungan perniagaan. [4 markah] (b) Sekiranya anda ialah Encik Firas, cadangkan aplikasi teknologi maklumat lain yang boleh digunakan. [4 markah] (c) (i) Nyatakan agensi kerajaan yang dapat membantu R&D bagi produk terkini Encik Firas. [1 markah] (ii) Jelaskan peranan agensi kerajaan yang menjalankan R&D terhadap produk terkini Encik Firas. [3 markah] (d) Justifikasikan nisbah pusing ganti aset Raisyanah Cosmetics. [4 markah] (e) Jelaskan peranan Puan Aaina dalam memastikan keperluan pekerja baharu diurus dengan berkesan. [4 markah] Firasat SPM Perniagaan KM1 4th.indd 16 20/5/2024 3:07:35 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM5–1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak. 3766/1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 Kertas Model SPM 5 SULIT PERNIAGAAN Kertas 1 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. 5. Kertas jawapan objektif hendaklah diserahkan kepada pengguna peperiksaan pada akhir peperiksaan. 1 jam 15 minit Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 1 20/5/2024 3:14:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3766/1 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–2 SULIT SULIT 3766/1 1 Maklumat berikut merujuk jenis rakan kongsi. • Dibayar gaji bulanan. • Aktif menguruskan perniagaan. • Menanggung liabiliti tidak terhad. Apakah rakan kongsi tersebut? A Rakan kongsi aktif B Rakan kongsi biasa C Rakan kongsi berhad D Rakan kongsi nominal 2 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Perusahaan Plastik Lim telah bersetuju menjadikan Encik Wazi dan Encik Mohan sebagai rakan kongsi dan menubuhkan Perusahaan Plastik Lim dan Rakan-rakan. Mengapakah Encik Lim memilih untuk menukar bentuk perniagaan beliau? A Menanggung liabiliti terhad B Menikmati ekonomi bidangan C Mendapatkan modal lebih besar D Mudah dalam pembuatan keputusan 3 Rajah 1 menunjukkan salah satu bentuk lain perniagaan. A Cawangan Induk P Cawangan Damansara Q Cawangan Bangsar R Cawangan Ampang Rajah 1 Antara yang berikut, yang manakah kelebihan perniagaan ini kepada A? I Dapat mengembangkan perniagaan secara global II Risiko kegagalan perniagaan adalah rendah III Tidak memerlukan banyak pengalaman IV Dapat menembusi pasaran baharu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4 Pernyataan yang manakah menerangkan usaha sama? A Laporan kewangan syarikat perlu diwartakan kepada orang ramai B Risiko perniagaan akan ditutup sekiranya pemilik meninggal dunia C Perniagaan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 D Visi dan misi berbeza antara dua pihak menyebabkan berlakunya konflik 5 Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan. • Beban cukai rendah. • Bebas menguruskan perniagaan. • Menanggung liabiliti tidak terhad. Apakah jenis milikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tersebut? A Francais C Usaha sama B Perkongsian D Milikan tunggal 6 Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan. Encik Daud telah menjalankan perusahaan Dodol Strawberi selama 10 tahun yang bertempat di Kuantan, Pahang. Beliau mempunyai seramai 50 orang pekerja dan jualan tahunan mencapai RM3 juta. Beliau memasarkan produk ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah saiz dan skala bagi perniagaan dalam maklumat tersebut? Saiz Skala A Kecil Kebangsaan B Sederhana Zon C Besar Global D Kecil Negeri 7 Rajah 2 menunjukkan skala perniagaan. Sektor X Pembuatan dan pengilangan Y Pembinaan Pembekalan Tenaga Rajah 2 Apakah X dan Y? A X: Primer, Y: Pertanian B X: Primer, Y: Perlombongan C X: Sekunder, Y: Kejuruteraan D X: Sekunder, Y: Perlombongan 8 Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran. Kerajaan melaksanakan pengecualian cukai atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam satu tempoh tertentu. Apakah jenis pengangguran tersebut? A Kitaran C Teknologi B Struktur D Bermusim Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 2 20/5/2024 3:14:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM5–3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 3766/1 9 Gambar 1 merupakan logo sebuah agensi kerajaan. Gambar 1 Antara yang berikut, yang manakah peranan agensi tersebut? I Mengekalkan perhubungan antara pengimport dan pengeksport berdaftar II Menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kuantiti III Mempertingkat pembangunan sumber tenaga manusia IV Menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10 Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend meningkat? A Majikan mengamalkan gaya pengurusan laissez-faire B Perolehan aset kecairan tinggi melebihi liabiliti semasa C Menjalankan kaedah pemasaran secara tradisional sahaja D Menggunakan tenaga buruh sepenuhnya dalam proses pengeluaran 11 Rajah 3 menunjukkan satu trend dalam persekitaran perniagaan. Rajah 3 Apakah faktor luaran yang mempengaruhi trend tersebut? A Politik negara yang tidak stabil B Ekonomi yang memberangsangkan C Teknologi yang canggih dan terkini D Sosiobudaya masyarakat yang berubah 12 Antara yang berikut, yang manakah kos berubah? I Gaji III Utiliti II Upah IV Insurans A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 13 Rajah 4 menunjukkan graf titik pulang modal. Hasil/Kos (RM) Kuantiti (Unit) P X Y Z Rajah 4 Antara yang berikut, yang manakah kos tetap? A P C Y B X D Z 14 Antara yang berikut, yang manakah peranan pengurusan bahagian sumber manusia di bawah Latihan dan Pembangunan? I Pelaksanaan program induksi untuk pekerja baharu II Membentuk polisi pembangunan kerjaya pekerja III Membantu menyelesaikan sebarang pertikaian IV Pembangunan keupayaan pekerja dalam tugas A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15 Gambar 2 menunjukkan barang dan perkhidmatan. Gambar 2 Apakah saluran agihan yang berkaitan dengan Gambar 2? A Pengeluar → Pengguna B Pengeluar → Peruncit → Pengguna C Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna D Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna 16 Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu proses dalam proses komunikasi. Ketua eksekutif Mawar Holding memberi maklumat kepada semua pengurus cawangan dan pengurus bahagian yang terlibat dalam strategi pemasaran produk baharu syarikat. Apakah proses komunikasi yang terlibat dalam maklumat tersebut? A Penghantar C Enkod B Saluran D Dekod Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 3 20/5/2024 3:14:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3766/1 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–4 SULIT SULIT 3766/1 17 Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu proses aliran barang atau perkhidmatan dalam perniagaan. Pihak pengeluaran akan menentukan jumlah sebenar keperluan sumber untuk menghasilkan jersi bola sepak yang telah ditempah oleh Kelab Bola Sepak di Kuala Lumpur. Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah terlibat dalam proses tersebut? I Bahagian pengeluaran II Bahagian pemasaran III Bahagian pembelian IV Bahagian jualan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18 Rajah 5 menunjukkan berkaitan dengan strategi pemasaran dalam perniagaan. Produk Harga Y Agihan Strategi X Rajah 5 Apakah X dan Y? A X: Sasaran pasaran, Y: Promosi B X: Sasaran pasaran, Y: Pengiklanan C X: Campuran pemasaran, Y: Promosi D X: Campuran pemasaran, Y: Pengiklanan 19 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan satu bahagian fungsian. Cik Jojo menghubungi Syarikat Mimas Sdn. Bhd. kerana beliau mendapati produk yang telah dibeli di pusat beli-belah rosak dan tidak boleh digunakan. Apakah bahagian fungsian yang sesuai untuk Cik Jojo hubungi berkaitan dengan isu tersebut? A Jualan B Pemasaran C Pengeluaran D Khidmat pelanggan 20 Antara yang berikut, yang manakah peranan pengurusan sumber manusia? I Menawarkan kontrak yang menarik kepada pekerja II Mengadakan latihan kemahiran dan pembangunan berterusan III Mengurus, menyimpan dan menerima rekodrekod perniagaan IV Menyediakan dokumen syarikat dan menguruskan program syarikat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 21 Pernyataan yang manakah merupakan kepentingan struktur organisasi? A Mewujudkan hubungan harmoni antara majikan dan pekerja B Menyediakan sistem yang kompetetif untuk meningkatkan motivasi C Mengagihkan sumber yang cekap dan berkesan bagi setiap bahagian fungsian D Mengurangkan peratusan tukar ganti pekerja bagi mengelakkan pembaziran sumber 22 Maklumat berikut menunjukkan iklan jawatan kosong bagi Perniagaan Anjung Enterprise. JAWATAN KOSONG Jawatan: Tukang Masak • Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma Kulinari atau setaraf • Pandai memasak masakan Melayu tradisional dan masakan Barat • Mempunyai kenderaan sendiri • Gaji: RM2 500 – RM3 500 Antara yang berikut, yang manakah kebolehkerjaan yang diperlukan oleh Perniagaan Anjung Enterprise? I Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan II Berpengalaman dalam industri tertentu III Berpengalaman dalam bidang dipohon IV Kelayakan yang bersesuaian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23 Rajah 6 menunjukkan struktur organisasi sebuah perniagaan. Pengurus Besar Pelanggan P Pelanggan Q Pelanggan R Pelanggan S Rajah 6 Apakah perniagaan yang bersesuaian dengan struktur organisasi tersebut? A Syarikat Basikal ABC B Bank Tawarruq Islamic C Pasar Raya Segar Sdn. Bhd. D Syarikat Juicy Fruity Enterprise Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 4 20/5/2024 3:14:04 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM5–5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 3766/1 24 Antara yang berikut, yang manakah faedah yang ditawarkan oleh majikan kepada pekerja? I Gaji II Elaun III Komisyen IV Caruman KWSP A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 25 Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penentu penggajian dalam organisasi. Sufian diberi bayaran lebih lumayan ketika bekerja di Kuala Lumpur berbanding di Taiping walaupun menjawat jawatan yang sama di kedua-dua tempat. Apakah faktor penentu bagi gaji yang diterima oleh Sufian? A Faktor lokasi B Kemampuan organisasi C Ganjaran yang dibayar pesaing D Permintaan dan penawaran buruh 26 Antara yang berikut, yang manakah sumber fizikal bagi sesebuah organisasi? I Lesen perisian II Kilang dan mesin III Bangunan dan kemudahan IV Kemahiran dan pengalaman A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 27 Gambar 3 menunjukkan salah satu sumber dalam perniagaan. Gambar 3 Antara yang berikut, yang manakah prosedur pengurusan bagi sumber tersebut? I Mendaftarkan paten II Perlindungan hak cipta terpelihara III Perlindungan insurans dan keselamatan IV Penyelenggaraan dan baik pulih secara berkala A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 28 Apakah contoh bagi sumber teknologi? A Produk siap untuk dijual B Bangunan ibu pejabat di Kuantan C Reka bentuk bangunan ikonik di Kuala Lumpur D Mesin pemprosesan tepung di Kilang Tiga Abdul 29 Bagaimanakah sumber teknologi dapat dilindungi? A Mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan B Memohon kebenaran daripada Kementerian Sumber Manusia C Mendaftar lesen perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia D Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO 30 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman? I Rizab II Simpanan III Pemfaktoran IV Modal Permulaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 31 Maklumat berikut berkaitan dengan pemilik Inap Desa Anjung Mesra. Puan Zaleha ingin mengubah suai Inap Desa Anjung Mesra daripada dua bilik kepada empat bilik. Beliau juga ingin membina kolam renang mini di halaman rumah. Kos ubah suai tersebut dianggarkan sebanyak RM40 000. Apakah sumber pembiayaan yang sesuai dipohon oleh Puan Zaleha bagi tujuan tersebut? A Simpanan peribadi B Pinjaman bank C Overdraf D Gadaian 32 Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan perniagaan. Syarikat Jumbo Sdn. Bhd. memerlukan modal tambahan melebihi baki simpanan dalam akaun semasa syarikat. Apakah sumber pembiayaan yang sesuai dipohon oleh Syarikat Jumbo Sdn. Bhd.? A Overdraf B Gadaian C Pajakan D Rizab 33 Apakah agensi yang menawarkan jaminan kredit kepada usahawan PKS? A Agro Bank B Majlis Amanah Rakyat C Permodalan Nasional Berhad D Credit Guarantee Corporation Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 5 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3766/1 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–6 SULIT SULIT 3766/1 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 34 Antara yang berikut, yang manakah kekuatan sumber pembiayaan luaran? I Jumlah pinjaman disesuaikan mengikut keperluan II Proses pinjaman yang mudah, cepat dan ringkas III Tidak melibatkan kos seperti faedah pinjaman IV Tempoh bayaran balik mengikut kemampuan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 35 Rajah 7 menunjukkan jenis-jenis penyata kewangan. Penyata Kewangan Penyata Aliran Tunai Penyata X Kunci Kira-kira Rajah 7 Antara yang berikut, yang manakah butiran yang terdapat dalam penyata X? I Aset semasa III Belanja II Kos belian IV Ekuiti A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 36 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Setia Sdn. Bhd.. Untung Kasar : RM8 000 Sewa Premis : RM5 000 Insurans : RM2 000 Komisyen diterima : RM4 700 Faedah Simpanan : RM3 000 Hitung untung bersih yang diperoleh Perniagaan Setia Sdn. Bhd.. A RM8 700 B RM8 600 C RM8 500 D RM8 400 37 Antara yang berikut, yang manakah pihak berkepentingan bagi penyata kewangan? I Pelabur II Penyewa III Pengguna IV Pengurusan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 38 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Ieman Daniel. Encik Ieman Daniel sentiasa mencipta produk yang baharu bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang menjadikan produk beliau sentiasa relevan dalam perkembangan trend semasa dalam perniagaan. Apakah ciri-ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Encik Ieman Daniel? A Yakin diri dan optimistik B Berani mengambil risiko C Semangat berpasukan D Kreatif dan inovatif 39 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri lokasi yang sesuai bagi perniagaan? I Memerlukan pengunjung menaiki bot untuk ke restoran II Premis perniagaan berada di tempat yang sunyi III Terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur IV Berdekatan dengan para pembekal A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 40 Apakah contoh bagi stok bergerak pantas? A Sayur-sayuran B Kereta mewah C Beg tangan berjenama D Perabot bermutu tinggi Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 6 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


KM5–7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT Kertas peperiksaan ini mengandungi 10 halaman bercetak. 3766/2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 Kertas Model SPM 5 SULIT PERNIAGAAN Kertas 2 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor pengenalan diri dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 2. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan. 4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. 5. Kertas peperiksaan hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. 2 jam 15 minit Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 7 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–8 SULIT Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1 (a) Jelaskan tujuan perniagaan. [3 markah] (b) (i) Nyatakan perbezaan antara Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) dengan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU). [4 markah] (ii) Nyatakan tiga kaedah perniagaan OBBU. [3 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 8 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM5–9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 2 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Perniagaan Fareez Enterprise menghasilkan keropok ketam segar yang beroperasi dengan menggunakan tujuh orang pekerja serta memperoleh jualan tahunan sebanyak RM500 000. (i) Nyatakan saiz perniagaan tersebut. [1 markah] (ii) Jelaskan kelebihan perniagaan bersaiz seperti di 2(a)(i). [3 markah] (b) Terangkan jenis-jenis pengangguran. [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 9 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–10 SULIT 3 (a) Jelaskan fasa melambung dan fasa kemelesetan dalam kitaran ekonomi. [6 markah] (b) Rajah 1 menunjukkan grid gaya pengurusan dalam organisasi. 9 (1, 9) (9, 9) 8 7 6 5 (5, 5) 4 3 2 1 (1, 1) (9, 1) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Orientasi pekerja Orientasi pengeluaran Rajah 1 (i) Apakah gaya pengurusan pada grid (9,1)? [1 markah] (ii) Jelaskan gaya pengurusan di 3(b)(i). [3 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 10 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM5–11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 4 (a) Terangkan faktor luaran yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan. [6 markah] (b) Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan. [4 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 11 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–12 SULIT 5 (a) Huraikan perancangan yang boleh diambil bagi meningkatkan hasil jualan dalam pertumbuhan perniagaan. [6 markah] (b) Rajah 2 menunjukkan syer pasaran perniagaan jualan peralatan umrah dan haji di negeri Pahang. Luv Islam Sdn. Bhd. Iman Enterprise Mabrur Sdn. Bhd. Rajah 2 Jelaskan syer pasaran tersebut. [4 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 12 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM5–13 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 6 (a) Maklumat berikut berkaitan Perniagaan Meru Jaya Sdn. Bhd.. Perniagaan Meru Jaya Sdn. Bhd. mensasarkan jualan sebanyak RM3 juta pada tahun 2023. Namun, hasil jualan pada tahun 2023 ialah sebanyak RM1.5 juta sahaja, iaitu hanya separuh daripada matlamat syarikat dicapai. Jelaskan kesan yang akan berlaku kepada Perniagaan Meru Jaya Sdn. Bhd. berdasarkan pencapaian tersebut. [6 markah] (b) Jelaskan peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi. [4 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 13 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–14 SULIT Bahagian B [30 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 7 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Puan Salbiah menjalankan perniagaan mencuci rumah di Putrajaya. Setelah dua tahun beroperasi, Syarikat CuciCuci Enterprise yang dimiliki Puan Salbiah semakin mendapat sambutan. Justeru, Puan Salbiah memerlukan lebih banyak mesin mencuci berteknologi tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Namun, kos untuk pembelian mesin tersebut mencecah RM65 000. Puan Salbiah juga bercadang untuk menambah pekerja 25 orang pekerja yang menjadikan pekerjanya berjumlah 45 orang agar setiap tempahan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan cekap. Puan Salbiah juga berjaya mencapai sasaran RM750 000 setahun dalam tempoh dua tahun sahaja. (a) (i) Cadangkan sumber pembiayaan yang sesuai dimohon oleh Puan Salbiah. [1 markah] (ii) Jelaskan sebab sumber pembiayaan di 7(a)(i) dipilih. [5 markah] (b) Jelaskan skala dan saiz perniagaan Puan Salbiah. [4 markah] (c) Jelaskan kelebihan dan kekurangan jenis milikan perniagaan Syarikat CuciCuci Enterprise. [5 markah] 8 Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Murni, seorang usahawan. Cik Murni merupakan seorang pengusaha marshmallow halal di Kuala Lumpur. Marhsmallow halal yang dikeluarkan oleh Cik Murni sangat sedap dan mempunyai pelbagai rasa yang unik seperti rasa buah delima, tembikai susu, kopi dan jagung. Beliau menjual produk tersebut di kedainya yang terletak di pusat beli-belah KL City Mall. Walau bagaimanapun, produk marshmallow halal kurang mendapat sambutan sehingga menyebabkan beliau menjualnya dengan harga yang murah sehingga tidak dapat menampung kos operasi perniagaan. Cik Murni bercadang untuk menjual produk beliau secara dalam talian bagi meningkatkan jualan. (a) (i) Buktikan Cik Murni merupakan seorang usahawan. [3 markah] (ii) Jelaskan kelebihan Cik Murni sebagai usahawan kepada keluarga. [2 markah] (b) Terangkan strategi produk dan strategi harga yang perlu dilakukan oleh Cik Murni bagi meningkatkan jualannya. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, wajarkah Cik Murni menjual produk beliau secara atas talian? Jelaskan. [4 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 14 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 KM5–15 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 9 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Syarikat ArtLife Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan melukis reka bentuk bangunan. Baru-baru ini, terdapat sebuah syarikat yang mencadangkan reka bentuk bangunan yang sama seperti yang dilukis oleh Syarikat ArtLife Sdn. Bhd.. Walau bagaimanapun, syarikat ArtLife Sdn. Bhd. tidak dapat mengambil apa-apa tindakan undang-undang dan mengalami kerugian akibat kejadian tersebut. Untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang, pengurus syarikat ArtLife Sdn. Bhd. bercadang mengupah pakar teknologi bagi memastikan tiada lagi kebocoran rahsia dan harta intelek berlaku. (a) Pada pendapat anda, mengapakah Syarikat ArtLife Sdn. Bhd. tidak dapat mengambil tindakan undangundang atas kejadian tersebut? [3 markah] (b) Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi. [6 markah] (c) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Syarikat ArtLife Sdn. Bhd. untuk mengupah pakar teknologi? Jelaskan. [6 markah] Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 15 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


SULIT 3766/2 3766/2 Aspirasi A+ SPM 2024: Perniagaan KM5–16 SULIT Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10 Sikap kontraktor yang kurang mementingkan aspek keselamatan di tapak pembinaan merupakan punca utama kerapnya berlaku kemalangan di kawasan itu. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Mohtar Musri berkata, meskipun pemeriksaan kerap dilakukan, namun, mereka gagal mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. “Penguatkuasaan yang ada sudah mencukupi, cuma pelaksanaan daripada majikan (kontraktor) itu tidak efektif. Misalnya, apabila diperiksa, terdapat beberapa perkara tidak dipatuhi seperti tidak memakai topi keselamatan dan tidak menggantikan jaring keselamatan yang telah koyak. Selain itu, ia juga membabitkan masalah reka bentuk, bahan yang tidak menepati spesifikasi dan pemasangan yang tidak sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Walaupun jentera-jentera berat yang digunakan telah diselenggara mengikut jadual, namun penggunaan yang tidak mengikut prosedur yang betul boleh membahayakan pekerja dan juga masyarakat sekitar. Pada 25 Ogos lepas, seorang wanita maut selepas kereta yang sedang dipandunya tiba-tiba dihempap besi penyangkut kren yang terjatuh di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di sini. Kemudian, pada 17 Oktober, seorang pegawai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) nyaris maut apabila besi pembinaan kondominium bersebelahan Wisma Bernama menghempap keretanya ketika hendak keluar dari Wisma Bernama. Selepas itu, pada 5 November pula, sepasang suami isteri maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap sebuah mesin pencerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang, Selangor. Terbaharu, pada Rabu lepas, sebuah jejambat pejalan kaki dalam pembinaan berhampiran Pangsapuri Abdullah Hukum di Jalan Bangsar di sini runtuh, menyebabkan seorang maut manakala lima lagi cedera. Mohtar berkata, kontraktor sepatutnya mengambil langkah lebih ketat dan tegas kerana mereka sudah mempunyai penyelia keselamatan dan jurutera yang melakukan pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat di tapak pembinaan. “Di dalam negara, terdapat 16 800 tapak pembinaan dan jumlah itu adalah tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pegawai penguat kuasa yang terhad. Namun, pemeriksaan sudah dilakukan dari semasa ke semasa. Justeru, setiap kontraktor yang mempunyai penyelia keselamatan seharusnya melakukan kerja-kerja pemeriksaan sama ada langkah keselamatan sudah mencukupi atau sebaliknya,” katanya. Mohtar berkata, dari segi penguatkuasaan, agensi lain yang turut terlibat selain DOSH ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau menjelaskan peranan DOSH hanya memantau dari segi keselamatan mereka yang sedang bekerja sementara aspek reka bentuk dan bahan yang digunakan melibatkan CIDB manakala kelulusan adalah di pihak PBT. Mohtar berkata, sepanjang tahun lepas, kompaun sebanyak RM600 000 dikeluarkan atas lebih 20 pelbagai kesalahan. Antaranya, pekerja bekerja di tempat tinggi dan terbuka yang tiada hadangan, jentera berat tidak diselenggara serta pekerja tidak disediakan peralatan keselamatan yang mencukupi. Sumber: Diubah suai daripada Bernama, 3 Disember 2016 Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh syarikat kepada pekerja-pekerja agar mematuhi keselamatan semasa bekerja? [5 markah] (b) Jelaskan Standard Prosedur Operasi Tugas (SOP). [5 markah] (c) Jelaskan kesan yang berlaku kepada syarikat yang menerima kompaun dalam petikan tersebut. [5 markah] (d) Pada pendapat anda, wajarkah syarikat-syarikat yang tidak mengutamakan keselamatan dalam perniagaan digantung atau dibatalkan lesen perniagaannya? Jelaskan. [5 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Firasat SPM Perniagaan KM5 3rd.indd 16 20/5/2024 3:14:05 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version