The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Skor A dlm STPM Semester 2 - Pengajian Perniagaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2026-02-05 03:00:04

Skor A dlm STPM Semester 2 - Pengajian Perniagaan

Skor A dlm STPM Semester 2 - Pengajian Perniagaan

PENERBIT ILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


SULIT© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2026 KM1–1[Lihat halaman sebelahSULITKertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.946/2 STPMKERTAS MODEL 1Pengajian PerniagaanKERTAS 2(Dua jam tiga puluh minit)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Calon dikehendaki menjawab dua soalan dalam Bahagian A. Anda boleh menjawab keempat-empat soalan, tetapi hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa.Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian B.Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].Untuk kegunaanpemeriksaBahagian A1234Bahagian B5JumlahSkor A+ STPM Sem 1 Perniagaan.indb 1PENERBIT 04/02/2026 8:37:26 AMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


KM1–2SULIT946/2 Skor A dalam STPM Pengajian Perniagaan SULITBahagian A[60 markah]Jawab dua soalan sahaja.1 (a) Jelaskan tiga langkah proses pengeluaran bagi sebuah kilang yang menghasilkan kasut kulit. [15](b) Jelaskan lima orientasi pengurusan pemasaran. [15]2 (a) Huraikan empat peranan pengurus kewangan dalam sesebuah organisasi. [12](b) (i) Jelaskan tiga skop utama pengurusan sumber manusia strategik. [9](ii) Jelaskan langkah-langkah dalam proses perancangan sumber manusia. [9]3 (a) Jelaskan empat jenis susun atur pengeluaran. [12](b) (i) Huraikan dua jenis nisbah kecairan dalam analisis nisbah. [6](ii) Jelaskan nisbah kecekapan yang digunakan dalam penilaian prestasi kewangan. [12]4 (a) Jelaskan tiga klasifikasi dalam segmentasi pasaran. [15](b) Huraikan lima kaedah penilaian prestasi. [15]Skor A+ STPM Sem 1 Perniagaan.indb 2PENERBIT 04/02/2026 8:37:26 AMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


SULIT© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2026 KM1–3[Lihat halaman sebelahSULITBahagian B[40 markah]Jawab semua soalan sahaja.Burger Ramly5 Ramly Food Processing Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar makanan berasaskan daging yang diasaskan pada tahun 1984 oleh Datuk Ramly Mokni. Bermula sebagai perniagaan kecil yang memproses daging burger untuk pasaran tempatan, syarikat ini kini berkembang menjadi salah satu jenama makanan halal terbesar di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Produk keluaran Ramly bukan sahaja memenuhi keperluan peniaga burger gerai, malah turut menembusi pasar raya besar, pasar mini, kafe serta pasaran eksport terpilih.Penubuhan Ramly Food Processing Sdn. Bhd. berpaksikan pengalaman pengasasnya sebagai penyelia bahagian daging di sebuah pasar raya. Pengalaman tersebut membolehkan beliau memahami secara mendalam keperluan pengguna Muslim terhadap produk daging yang diyakini halal, bersih dan berkualiti. Idea untuk mengkomersialkan produk daging burger tercetus apabila timbul persoalan daripada pengguna mengenai kewujudan produk daging keluaran bumiputera yang mematuhi sepenuhnya kehendak syariah.Seiring dengan pertumbuhan permintaan, operasi pengeluaran Ramly dipindahkan ke kilang berskala besar di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Kini, operasi pengeluaran syarikat menggunakan kemudahan moden, proses automasi terpilih serta pemantauan kualiti yang sistematik bagi memastikan konsistensi produk. Aktiviti pengeluaran merangkumi pemprosesan daging mentah, pembentukan produk, pembungkusan, penyimpanan sejuk beku serta pengedaran ke rangkaian pemasaran.Bagi memastikan keyakinan pengguna, syarikat menubuhkan Jabatan Halal dan Hal Ehwal Islam yang dikendalikan oleh kakitangan berkelulusan syariah. Jabatan ini bertanggungjawab memantau keseluruhan proses pengeluaran agar mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Sijil pengesahan halal daripada JAKIM diperbaharui secara berkala, manakala pembekal bahan mentah juga dipilih berdasarkan kelulusan badan Islam yang diiktiraf. Kawalan ini diperkuatkan lagi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan kebajikan haiwan dipatuhi.Dalam aspek keselamatan makanan, Ramly turut menyediakan makmal mikrobiologi dalaman bagi menjalankan ujian kualiti dan kebersihan secara berterusan. Langkah ini membolehkan syarikat mengesan risiko pencemaran, memastikan pematuhan piawaian keselamatan makanan dan mengurangkan aduan pengguna. Sistem dokumentasi, audit dalaman serta pemantauan rantaian sejuk (cold chain) dilaksanakan bagi menjamin mutu produk sehingga ke peringkat pengguna akhir.Dari sudut aktiviti perniagaan, Ramly bukan sahaja terlibat dalam pengeluaran, malah meluaskan operasi kepada pemasaran dan pengedaran melalui anak syarikat seperti Ramly Food Marketing Sdn. Bhd. Syarikat ini menguruskan jualan, promosi serta perkhidmatan selepas jualan kepada lebih 70 pengedar berdaftar di seluruh negara. Selain itu, penubuhan Ramly Halal Mart dan Ramly Halal Kiosk membolehkan syarikat mendekati pengguna akhir secara langsung melalui jualan produk sejuk beku dan makanan siap dimasak.Bagi mengekalkan daya saing, Ramly turut menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berperanan menambah baik formulasi produk, meningkatkan nilai nutrisi serta membangunkan produk baharu mengikut perubahan cita rasa pengguna. Usaha inovasi ini membolehkan Ramly mempelbagaikan produk seperti sosej, nuget, frankfurter, daging perap dan produk makanan segera halal lain, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada satu jenis produk sahaja.Dalam aspek pemasaran, Ramly mengamalkan pendekatan pemasaran bersepadu yang menekankan kualiti produk, harga berpatutan dan kebolehcapaian. Produk Ramly dipasarkan secara meluas melalui rangkaian pengedar, pasar raya besar, kedai serbaneka dan platform dalam talian. Harga produk ditetapkan secara kompetitif agar mampu milik oleh peniaga kecil dan pengguna isi rumah, sejajar dengan misi syarikat untuk menyokong keusahawanan mikro.Skor A+ STPM Sem 1 Perniagaan.indb 3PENERBIT 04/02/2026 8:37:26 AMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


KM1–4SULIT946/2 Skor A dalam STPM Pengajian Perniagaan SULITPromosi pula banyak bergantung pada kekuatan jenama, reputasi halal serta slogan yang mudah diingati seperti “Pastikan Ramly Baru Beli”. Identiti jenama yang kukuh ini diperkukuhkan melalui pembungkusan berciri profesional, logo halal yang jelas serta komunikasi pemasaran yang menekankan kepercayaan, kebersihan dan kualiti. Kehadiran media sosial dan pemasaran digital turut digunakan untuk mengekalkan hubungan dengan pengguna generasi baharu.Secara keseluruhannya, kejayaan Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bukan sahaja terletak pada produk, tetapi pada sistem kawalan yang menyeluruh, aktiviti perniagaan yang bersepadu serta strategi pemasaran yang konsisten dengan nilai halal dan keperluan pasaran. Pendekatan ini membolehkan jenama Ramly kekal relevan, dipercayai dan berdaya saing dalam industri makanan halal yang semakin kompetitif.(Disesuaikan daripada www.halal.gov.my dan www.hmetro.com.my yang dicapai pada 31 Oktober 2025)Berdasarkan kajian kes Burger Ramly,(a) jelaskan proses pengeluaran bagi makanan berasaskan daging di Ramly Food Processing Sdn. Bhd. [12](b) jelaskan kaedah-kaedah kawalan yang boleh digunakan dalam perniagaan Ramly Food Processing Sdn. Bhd.[13](c) jelaskan campuran pemasaran yang telah digunakan bagi memasarkan Burger Ramly. [15]Skor A+ STPM Sem 1 Perniagaan.indb 4PENERBIT 04/02/2026 8:37:26 AMILMU BAKTI SAMPLE ONLY NOT FOR SALE


Click to View FlipBook Version