KANDUNGAN KANDUNGAN Prɑktis UASA Bahagian A Tatabahasa dan Pemahaman Petikan 1 Prɑktis UASA Bahagian B Tatabahasa dan Pemahaman Petikan 19 Prɑktis UASA Bahagian B Respons Kritis dan Kreatif 23 Prɑktis UASA Bahagian C Penulisan Perenggan 25 Prɑktis UASA Bahagian D Penulisan Karangan 29 Pentɑksirɑn Pertengɑhɑn Tɑhun 33 Ujiɑn Akhir Sesi Akɑdemik 41 • Jawapan Imbas Kod QR untuk muat turun Thn6 B2 Kuasa BM Kandungan.indd 1 10/3/2023 2:44:32 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 2 5/10/2023 3:56:57 PM
1 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 1 Soalan 1 hingga 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Rumah Pak Man masih walaupun telah lama dibina. A tegar B tegap C teguh D tegang 2 Puan Suria mengambil sehelai selendang memakainya. A lalu B dan C sambil D kerana Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Sufian dan Hakimi sedang ikan di tepi sungai. A menjala B menjerat C menangkap D memancing 4 Kira-kira lima tahun yang lalu, Aina telah berpindah ke Sabah. , kami tidak pernah berjumpa. A Oleh itu B Selain itu C Sebelum itu D Semenjak itu Tema 1: Kekeluargaan Tatabahasa dan Pemahaman Petikan Prɑktis UASA Bahagian A 5 Menurut Lokman dan Alif, kasut sekolah kotor kerana terkena lumpur. A dia B kita C kami D mereka 6 Pilih ayat yang betul. A Nenek tersenyum bila ternampak kami pulang. B Puan Zeti memanggil nama anaknya berapa kali. C Cikgu Ali gembira kerana semua muridnya rajin belajar. D Puan Siti menghidangkan sepiring kuih pada tetamunya. 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Fahmi memakai baju yang berwarna cerah. II Cuaca hari ini diramalkan cerah dari pagi hingga petang. III Kulit Fazira kelihatan semakin cerah selepas pulang dari luar negara. IV Kawasan jeram itu menjadi tumpuan pengunjung kerana airnya cerah. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Semua guru sekolah Hana menyenangi sikapnya yang peramah. A Sikap peramah semua guru sekolahnya disenangi oleh Hana. B Semua guru disenangi oleh Hana kerana sikapnya yang peramah. C Sikap Hana yang peramah disenangi oleh semua guru di sekolahnya. D Hana dan semua guru sekolahnya disenangi kerana bersikap peramah. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 1 10/3/2023 2:46:38 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 1 5/10/2023 3:56:58 PM
2 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 2 Soalan 1 hingga 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 “Ayah, tidak terdaya untuk mengangkat kotak yang berat ini,” kata Faiz dan adiknya, Danial. A dia C kami B kita D mereka 2 Suraya berasa apabila hujan turun dengan lebat dan disertai kilat sabungmenyabung tatkala dia keseorangan di rumahnya. A takut C marah B benci D geram Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Fakrul basikal baharunya dengan berhati-hati. A menolak B menuntun C menunggang D membonceng 4 Keindahan Malaysia telah menarik kedatangan pelancong asing dari pelbagai negara. A banyak B pelbagai C separuh D beberapa 5 Kelas Enam Kreatif yang menjadi sunyi sepi apabila Cikgu Azril masuk secara tiba-tiba. A sorak-sorai B riuh-rendah C kelam-kabut D dentum-dentam 6 Pilih ayat yang betul. A Majalah-majalah di pusat sumber itu mereka susun di atas rak. B Banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita sentiasa bekerjasama. C Forum tersebut membincangkan tentang masalah sosial golongan remaja. D Pasangan pengantin itu telah memilih gaun pengantin yang tercantik sekali. 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Harga minyak masak telah tahan sebanyak dua peratus di pasaran. II Ayah menyapu minyak hitam pada pagar kayu itu supaya tahan lebih lama. III Stok makanan kering itu hanya tahan untuk sebulan setengah sahaja. IV Badannya yang lemah sudah berasa tahan selepas bersenam pada pagi tadi. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Semua sahabat Haikal menyenangi sikapnya yang baik hati. A Haikal dan semua sahabatnya disenangi kerana bersikap baik hati. B Sikap baik hati semua sahabatnya disenangi oleh Haikal. C Sikap Haikal yang baik hati disenangi oleh semua sahabatnya. D Sikap sahabat Haikal disenangi oleh Haikal yang baik hati. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 2 10/3/2023 2:46:38 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 2 5/10/2023 3:56:58 PM
23 2:46:38 PM 3 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 3 Soalan 1 hingga 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Pak Cik Yusuf dan isterinya susu getah yang baru ditoreh untuk dihantar ke kilang yang berhampiran. A mengaut B menuang C mengutip D mencedok Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Pekebun itu memikul se pisang di atas bahunya. A biji B sisir C sikat D tandan 3 Zafril tidak terpilih untuk menyertai kejohanan itu kerana dia gagal syarat kelayakan yang ditetapkan. A lepasan B berlepas C melepasi D melepaskan 4 Semua murid mesti bangun pada pagi supaya mereka tidak terlambat untuk pergi ke sekolah. A laju C cepat B awal D deras 5 Siti tidak mempunyai ramai kawan kerana dia bersikap pemalu dan . A buah mulut C mulut murai B berat mulut D banyak mulut 6 Pilih ayat yang betul. A Tiap atlet yang berjaya akan menerima ganjaran yang lumayan. B Terdapat berbagai menu yang dihidangkan di majlis rumah terbuka itu. C Barang-barang ini adalah untuk mangsa banjir di Kampung Harmoni. D Para tetamu-tetamu yang datang ke rumah haruslah dilayan dengan mesra. 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Mereka membeli barangan keperluan di pasar raya itu secara pudar. II Cahaya lampu di bilik itu semakin pudar. III Warna pakaian sekolah adik mulai pudar. IV Datuk tidak dapat melihat dengan jelas kerana matanya semakin pudar. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Prestasi murid dalam pelajaran akan meningkat dengan adanya dorongan daripada ibu bapa. A Dorongan daripada ibu bapa akan meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. B Pencapaian murid dalam pelajaran akan meningkatkan dorongan dari ibu bapa. C Ibu bapa perlu meningkatkan dorongan demi pencapaian dalam pelajaran murid. D Murid akan meningkatkan dorongan daripada ibu bapa demi pencapaian pelajaran mereka. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 3 10/3/2023 2:46:38 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 3 5/10/2023 3:56:58 PM
4 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 4 Soalan 1 hingga 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Air sungai di taman rekreasi itu sudah disebabkan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan. A surut B dalam C singkat D pendek 2 Hasil eksperimen itu akan dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada kelas. A dinyatakan B dibahaskan C diumumkan D dibincangkan 3 Puan Letchumi menyediakan jenis juadah bersempena dengan perayaan Deepavali. A setiap B seluruh C pelbagai D berbagai 4 Mak Cik Saleha menumbuk beberapa bawang putih dengan menggunakan lesung batu. A ulas B ruas C butir D gugus 5 Fahmi dan Solihin apabila guru bertanyakan soalan sebaik-baik sahaja mereka memasuki kelas. A terkial-kial B tersipu-sipu C terpinga-pinga D tercungap-cungap 6 Pilih ayat yang betul. A Buku-buku rujukan itu tebal-tebal belaka. B Kakak Sofea kelihatan sungguh cantik apabila berbaju kurung. C Saiful merupakan murid paling tertinggi sekali di dalam kelasnya. D Puan Siti menyediakan pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya. 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Abang Mikhail bekerja sebagai mata gelap di Kuala Lumpur. II Rumah Biru dan Rumah Merah telah mengutip mata yang sama. III Pak Cik Zakaria menjadikan aktiviti berkebun sebagai mata pencariannya. IV Zahirah tidak dapat membaca tulisan pada papan hitam itu kerana matanya rabun. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Pokok kelapa yang sangat tinggi itu telah ditebang oleh abang saya dengan sebilah kapak semalam. A Abang telah menebang pokok kelapa saya yang tinggi itu dengan sebilah kapak semalam. B Semalam abang saya telah menebang pokok kelapa yang tinggi itu dengan sebilah kapak. C Semalam saya dan abang telah menebang pokok kelapa yang tinggi itu dengan sebilah kapak. D Abang telah menebang pokok kelapa yang tinggi itu dengan dengan sebilah kapak saya semalam. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 4 10/3/2023 2:46:39 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 4 5/10/2023 3:56:58 PM
23 2:46:39 PM 5 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 5 Soalan 1 hingga 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Berita yang menggemparkan itu telah tersebar ke negara. A segala B seluruh C sekalian D setengah 2 Bas ekspres itu terbabas merempuh besi penghadang di tepi lebuh raya. A jika B lalu C supaya D manakala 3 Kita wajar menghargai jasa yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan keamanan negara. A guru B polis C doktor D peguam 4 Encik Azlan melarang anaknya televisyen di dalam gelap kerana akan merosakkan mata. A melihat B menatap C menonton D memandang 5 Kakak berasa apabila mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya. A lucu B malu C curiga D bangga 6 Pilih ayat-ayat yang betul. I Dalili sukakan suara dan gaya penyanyi remaja itu. II Semua anak Puan Zakiah masih bersekolah kecuali Hanania. III Pemburu itu masuk ke hutan dengan membawa selaras senapang. IV Oleh kerana dia sombong, mereka tidak suka berkawan dengannya. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Azlina tidak dapat menangkap maksud kata-kata gurunya itu. II Mereka berjaya menangkap ular sawa yang kekenyangan itu. III Abang termenung apabila menangkap surat daripada majikannya. IV Adik saya sudah dapat menangkap kemahiran membaca sedikit demi sedikit. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Jangan lupa susun majalah yang telah dibaca di rak itu,” pesan Cikgu Siti. A Cikgu Siti menasihatkan agar majalah disusun di rak itu. B Majalah yang sudah dibaca perlu disusun di rak itu oleh Cikgu Siti. C Cikgu Siti mengingatkan agar majalah yang sudah dibaca disusun di rak itu. D Majalah yang telah dibaca oleh Cikgu Siti hendaklah disusun di rak itu. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 5 10/3/2023 2:46:39 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 5 5/10/2023 3:56:58 PM
6 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bandar Taiping ialah pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum tahun 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Bandar ini telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada 1880-an. Pihak Inggeris berbuat demikian kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya. Sebelum kedatangan British, daerah ini telah ditadbir oleh Menteri Larut, iaitu Dato’ Long Jaafar. Kini, bandar Taiping menjadi tumpuan para pelancong kerana kesan sejarah yang dimilikinya. Terdapat banyak tempat bersejarah yang ditinggalkan di sini. Sebahagian besar warisan itu masih kukuh dan terpelihara hingga hari ini. Antara tempat yang menjadi tarikan utama ialah Muzium Perak. Muzium yang diasaskan oleh Sir Hugh ini merupakan institusi muzium tertua di negara ini. Muzium ini dibina pada tahun 1883. Banyak bahan sejarah dipamerkan di sini. Antaranya termasuklah peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca. Selain itu, koleksi haiwan yang diawet seperti seladang dan beberapa spesies burung turut dipamerkan. 1 Bilakah Taiping menjadi ibu negeri Perak? A Tahun 1937 B Tahun 1938 C Sebelum tahun 1937 D Selepas tahun 1937 2 Mengapakah penjajah Inggeris membangunkan Taiping? A Taiping ialah ibu negeri Perak B Terdapat hasil bijih timah yang banyak di Taiping C Taiping ialah bandar yang menjadi tumpuan pelancong D Taiping kaya dengan tinggalan sejarah yang amat berharga 3 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Maksud ‘Klian Pauh’ ialah mangga bersaiz kecil. B Tiada sebarang kesan tinggalan sejarah di Taiping pada hari ini. C Muzium Perak ditubuhkan oleh Dato’ Long Jaafar dan Sir Hugh. D Dato’ Long Jaafar mentadbir Taiping sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 6 10/3/2023 2:46:39 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 6 5/10/2023 3:56:58 PM
23 2:46:39 PM 7 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 7 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Keluarga Haris mahu mengadakan kenduri kesyukuran. Kenduri itu diadakan bagi meraikan abang sulung Haris yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Banyak tetamu telah diundang bagi memeriahkan majlis tersebut. Sejak semalam, ibu bapa Haris sibuk membuat pelbagai persiapan. Haris dan adikberadiknya turut membantu. Mereka mahu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. Bagi mereka, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Haris dan adiknya memeras keringat membersihkan ruang tamu. Mereka mengelap tingkap, memvakum permaidani dan menyusun perabot. Kakak Haris pula membantu ibu mereka di dapur. Dia memotong sayur, menanak nasi dan mencuci pinggan mangkuk. Walaupun berasa penat, mereka gembira dan berpuas hati kerana dapat melakukan tugas itu bersama-sama. 1 Mengapakah kenduri kesyukuran itu diadakan? A Banyak tetamu yang akan hadir bagi meraikan kejayaan abang Haris B Abang Haris berjaya meneruskan pelajarannya ke peringkat universiti C Abang Haris mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan D Ibu bapa Haris mahu menjamu para tetamu dengan hidangan yang enak 2 Sikap yang paling sesuai dikaitkan dengan Haris dan adik-beradiknya ialah A patriotik. B peramah. C berintegriti. D bekerjasama. 3 Pernyataan yang berikut benar tentang petikan, kecuali A kakak Haris melakukan pelbagai kerja di dapur. B Haris dan adik-beradiknya sangat rajin dan bertanggungjawab. C ibu bapa Haris membuat pelbagai persiapan sebelum kenduri itu diadakan. D ibu bapa Haris mengadakan kenduri itu bagi meraikan kejayaan anak bongsu mereka. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 7 10/3/2023 2:46:39 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 7 5/10/2023 3:56:58 PM
8 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 8 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jantung ialah organ yang penting di dalam tubuh manusia. Organ ini merupakan otot berongga dan mempunyai empat ruang yang dinamakan aurikel kanan, aurikel kiri, ventrikal kanan dan ventrikel kiri. Saiznya kira-kira sebesar genggaman kita dan terletak di bahagian dada kita. Jantung mengepam darah. Darah dipam oleh jantung ke seluruh bahagian badan dan kembali ke jantung semula. Proses mengepam darah ini menyebabkan jantung berdenyut. Jantung akan berdenyut sepanjang hayat kita. Apabila jantung kita berhenti berdenyut, ini menandakan kita telah meninggal dunia. Biasanya, jantung berdenyut kira-kira 70 kali seminit bergantung kepada umur seseorang. Apabila seseorang bersenam, berlari atau berada dalam ketakutan, jantung akan berdenyut dengan lebih cepat. Sebaliknya, apabila seseorang tidur, jantungnya berdenyut dengan lebih perlahan daripada kadar biasa. Kesihatan jantung perlu sentiasa dijaga untuk mengelakkan penyakit. Antara penyakit jantung yang berbahaya ialah lemah jantung dan jantung berlubang. Bagi memastikan jantung kita sihat, kita perlulah menjaga pemakanan kita di samping melakukan senaman sekurangkurangnya tiga kali seminggu. 1 Jantung di dalam tubuh manusia terletak di A bahagian dada. B bahagian perut. C bahagian kepala. D bahagian belakang. 2 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Jantung akan berhenti berdenyut ketika kita tidur B Denyutan jantung boleh dirasai ketika mengepam darah C Kita perlu menjaga pemakanan untuk kesihatan jantung D Jantung merupakan organ berongga yang mempunyai tiga ruang 3 Berikut ialah aktiviti yang membuatkan jantung berdenyut laju berdasarkan petikan, kecuali A tidur. B berlari. C bersenam. D ketakutan. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 8 10/3/2023 2:46:39 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 8 5/10/2023 3:56:59 PM
23 2:46:39 PM 9 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 9 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Azizi masih tekun mengulang kaji pelajarannya walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi bising dari arah rumah jirannya, Encik Marzuki. Dia segera mengintai rumah jirannya itu dari tingkap biliknya. Jantung Azizi berdebar apabila ternampak beberapa orang lelaki sedang mengumpil jeriji tingkap rumah Encik Marzuki. Azizi segera mengejutkan ayahnya yang sedang tidur lalu menceritakan kejadian yang dilihatnya. Dia meminta ayahnya segera menghubungi polis dan memaklumkan perkara itu kepada Encik Marzuki. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi siren daripada kereta peronda polis. Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas. 1 Mengapakah Azizi mengintai rumah jirannya? A Dia mahu mengetahui punca bunyi bising di rumah jirannya. B Dia mahu menyaksikan cara pihak polis menangkap penjenayah. C Dia mahu memberkas pencuri yang memecah masuk rumah jirannya. D Dia mahu menghilangkan kebosanan setelah penat mengulang kaji pelajaran. 2 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Ayah Azizi tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku. B Kejadian jenayah itu berlaku ketika Azizi sedang tidur. C Azizi mengulang kaji pelajarannya hingga lewat malam. D Azizi meminta Encik Marzuki segera menghubungi polis. 3 Berikut ialah perkara yang dilakukan oleh Azizi pada malam itu, kecuali A mengulang kaji pelajaran. B menghubungi pihak polis. C mengintai rumah jirannya. D mengejutkan ayahnya daripada tidur. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 9 10/3/2023 2:46:40 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 9 5/10/2023 3:56:59 PM
10 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 10 Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Permainan kokla chapaki ialah permainan tradisional yang terkenal dalam kalangan kaum Punjabi. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Semua pemain akan duduk dalam satu bulatan. Pemain pertama akan memegang kain dan berjalan mengelilingi bulatan itu sambil menyanyi. Kemudian, kain itu akan diletakkan di belakang mana-mana pemain yang duduk dalam bulatan. Jika pemain itu menyedari kain itu berada di belakangnya, dia perlu bangun, mengambil kain itu lalu mengejar pemain pertama tadi sebelum pemain pertama itu duduk di tempat yang ditinggalkan oleh pemain kedua. Sekiranya pemain kedua tidak menyedari kain itu berada di belakangnya, pemain pertama akan membuat satu pusingan lagi, mengambil kain itu dan memukul pemain kedua. Pemain kedua pula akan berlari untuk membuat satu pusingan dan cuba sampai ke tempat duduknya semula sebelum terkena pukulan sekali lagi. 1 Mengapakah pemain kedua perlu mengejar pemain pertama? A Supaya pemain pertama tidak memukulnya B Supaya tempatnya tidak diduduki oleh pemain pertama C Supaya pemain pertama berhenti menyanyi dengan segera D Supaya pemain pertama tidak perlu membuat satu pusingan lagi 2 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Pemain kedua akan memukul belakang pemain pertama. B Pemain kedua perlu berlumba lari dengan pemain pertama. C Pemain pertama akan menyanyi sambil berlari mengelilingi bulatan. D Permainan kokla chapaki dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. 3 Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan oleh pemain pertama pada peringkat awal permainan, kecuali A memegang kain sambil berjalan. B berjalan mengelilingi bulatan sambil menyanyi. C memukul pemain kedua dengan menggunakan kain. D meletakkan kain yang dibawa di belakang pemain kedua. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 10 10/3/2023 2:46:40 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 10 5/10/2023 3:56:59 PM
23 2:46:40 PM 11 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 11 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contoh: kereta, kapal terbang Memberikan hiburan dan keselesaan kepada kita. Contoh: televisyen, alat pendingin hawa Memudahkan kita berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Contoh: telefon bimbit, Internet Memudahkan kerja pembersihan dilakukan. Contoh: mesin basuh, alat pembersih vakum Kebaikan Ciptaan Sains BAHAN 2 Sabtu, 6 Mei 20_ 7:30 pagi Kami berkumpul di pekarangan sekolah. Pada hari ini, aku dan rakan-rakan akan mengikuti lawatan ke pameran sains di Pusat Sains Negara. Aku berasa amat teruja kerana inilah julungjulung kalinya aku dapat melawat ke pusat sains tersebut. 8:00 pagi Kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Aku dan rakan-rakan membawa telefon bimbit. Tujuannya adalah untuk memudahkan kami berkomunikasi dengan ibu bapa. Semasa di dalam bas, aku sempat menghubungi mereka. 9:00 pagi Kami sampai ke destinasi. Ruang pameran dipenuhi oleh pengunjung yang datang dari jauh dan dekat. Mereka sungguh gembira kerana dapat menyaksikan pameran sains yang hebat. Suasana di pameran itu sungguh meriah. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 11 10/3/2023 2:46:40 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 11 5/10/2023 3:56:59 PM
12 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 9:30 pagi Kami melawat dari satu ruang pameran ke satu ruang pameran yang lain. Kami berasa kagum akan keajaiban dunia sains. Minat kami terhadap bidang sains kian memuncak. 12:00 tengah hari Selepas selesai melakukan semua aktiviti yang dirancang, kami bertolak pulang. Kami berasa amat gembira dan berpuas hati. 1 Mengapakah ‘aku’ berasa amat teruja? A ‘Aku’ amat meminati bidang sains B ‘Aku’ dapat pergi ke Pusat Sains Negara untuk pertama kalinya C ‘Aku’ dapat pergi ke Pusat Sains Negara dengan kawan-kawannya D ‘Aku’ dibenarkan membawa telefon bimbit semasa mengikuti lawatan itu 2 Kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B buah. C ketul. D bentuk. 3 Perkataan berkomunikasi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A berbual. B berbincang. C bersembang. D berhubungan. 4 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Telefon bimbit memudahkan manusia berhubung. B Lawatan ke Pusat Sains Negara itu diadakan pada hari Ahad. C ‘Aku’ dan rakan-rakannya bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 7:30 pagi. D Semasa lawatan itu, para peserta tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa mereka. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 12 10/3/2023 2:46:40 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 12 5/10/2023 3:56:59 PM
23 2:46:40 PM 13 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 12 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Kamu mempunyai idea yang kreatif? Jika ada, hasilkan model kreatif kamu dan hantarkannya kepada kami sebelum tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 15 Jun 20__. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Amalina di talian 03-50224067 Hadiah untuk Dimenangi Johan: RM300.00 Naib Johan: RM200.00 Tempat Ketiga: RM100.00 Penilaian Berdasarkan Kriteria: • Bahan • Reka bentuk • Ketahanan • Kos Pertandingan Reka Cipta Model Kreatif BAHAN 2 “Cantiknya lampu hiasan itu,” puji Nadia kepada sepupunya, Azlina. Lampu itu tergantung di dalam bilik tidur Azlina. Nadia berasa kagum kerana reka bentuk lampu itu sangat unik. “Tentu mahal harga lampu itu,” kata Nadia lagi. Azlina hanya tersenyum melihat gelagat Nadia yang begitu asyik melihat lampu hiasan itu. “Lampu itu saya cipta sendiri. Lampu itu dihasilkan daripada bahan kitar semula. Kos pembuatannya amat murah,” kata Azlina. “Apa? Lampu itu kamu cipta sendiri?” Nadia terjerit seperti tidak percaya. “Ya, Nadia. Lampu itu saya cipta ketika menyertai Pertandingan Reka Cipta Model Kreatif di sekolah saya. Ciptaan saya berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu,” kata Azlina. “Tahniah, kamu sungguh kreatif!” kata Nadia. Dia amat berbangga dengan pencapaian sepupunya itu. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 13 10/3/2023 2:46:40 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 13 5/10/2023 3:56:59 PM
14 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 1 Berapakah hadiah wang tunai yang dimenangi oleh Azlina? A RM100.00 B RM250.00 C RM300.00 D RM350.00 2 Cantiknya lampu hiasan itu! Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B butir. C buah. D bentuk. 3 Perkataan kos dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A keunikan. B kandungan. C pembuatan. D perbelanjaan. 4 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Kos pembuatan lampu hiasan itu ialah RM300.00. B Pertandingan Reka Cipta Model Kreatif dimenangi oleh Nadia. C Lampu hiasan itu dihasilkan oleh Azlina dengan bantuan ibu bapanya. D Maklumat lanjut tentang pertandingan reka cipta itu dapat diperoleh daripada Cikgu Amalina. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 14 10/3/2023 2:46:40 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 14 5/10/2023 3:56:59 PM
23 2:46:40 PM 15 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 13 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah • Mengisi masa lapang • Menjaga kesihatan diri • Meningkatkan disiplin diri • Membina jati diri • Memupuk perpaduan • Menambahkan ilmu pengetahuan BAHAN 2 Terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, iaitu Sukan dan Permainan, Persatuan dan Kelab dan Pasukan Pakaian Seragam. Aktiviti kokurikulum memberikan banyak faedah kepada murid-murid. Antaranya ialah murid-murid dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah. Sebagai contoh, penyertaan murid dalam sukan memerlukan mereka menghadiri latihan yang diadakan selepas waktu persekolahan. Situasi ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah seperti melepak dan terlibat dengan gejala sosial. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi, mereka tidak perlu risau akan keberadaan anak-anak mereka sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid. Mereka dapat menimba pengetahuan dan pengalaman yang baharu melalui aktiviti yang disertai. Aktiviti kokurikulum juga dapat membina jati diri, memupuk perpaduan dan meningkatkan disiplin dalam diri murid-murid. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberikan banyak manfaat kepada murid-murid. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 15 10/3/2023 2:46:41 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 15 5/10/2023 3:56:59 PM
16 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 1 Apakah faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid-murid? A Dapat mengisi masa lapang kerana ibu bapa sibuk bekerja B Dapat mengisi masa lapang dengan membuat aktiviti yang berfaedah C Dapat berjumpa dan bermain dengan rakan-rakan pada waktu petang D Mengelakkan daripada melakukan kerja rumah kerana ibu bapa tiada di rumah 2 Faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B butir. C buah. D deret. 3 Perkataan membina dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A memenuhi. B menjadikan. C memasukkan. D membangunkan. 4 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Murid perlu memilih satu daripada tiga jenis aktiviti kokurikulum. B Ibu bapa tidak perlu mengambil berat akan anak-anak mereka lagi. C Aktiviti kokurikulum membolehkan murid-murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah. D Aktiviti kokurikulum diadakan adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak kerana ibu bapa sibuk bekerja. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 16 10/3/2023 2:46:42 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 16 5/10/2023 3:57:00 PM
23 2:46:42 PM 17 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 14 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 KARNIVAL BUDAYA 20__ Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan keunikan budaya kita. Tarikh: 18 hingga 20 Jun 20__ Masa: 9:00 pagi – 10:00 malam Tempat: Laman Budaya, Shah Alam Fatin : Helo, Amira. Apa khabar? Amira : Khabar baik, Fatin. Apakah tujuan kamu menelefon saya pagi-pagi ini? Fatin : Sebenarnya, saya mahu mengajak kamu mengunjungi Karnival Budaya di Shah Alam pada hujung minggu ini. Kamu berminat? Amira : Apakah yang menariknya tentang karnival itu, Fatin? Fatin : Karnival ini banyak memaparkan keindahan dan keunikan seni budaya negara kita seperti tarian, kraf tangan dan alat-alat muzik tradisional. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati makanan tradisional yang dijual di karnival itu seperti nasi lemak, roti canai, kuih bulan dan sate. Amira : Oh, begitu! Baiklah, Fatin. Saya akan mengikut kamu ke sana. BAHAN 2 Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 17 10/3/2023 2:46:43 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 17 5/10/2023 3:57:00 PM
18 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 1 Tujuan Fatin menelefon Amira adalah untuk A menceritakan keunikan seni budaya. B memberitahu Amira tentang khabarnya. C mengajaknya pergi ke Karnival Budaya. D menikmati makanan tradisional yang enak. 2 Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati makanan tradisional yang dijual di karnival itu seperti nasi lemak, roti canai, kuih bulan dan sate. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A bilah. B cucuk. C batang. D tangkai. 3 Perkataan keunikan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A kelebihan. B kehebatan. C kecantikan. D keistimewaan. 4 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Karnival Budaya diadakan selama seminggu. B Karnival Budaya diadakan dari pagi hingga petang. C Amira bersetuju untuk mengikut Fatin pergi ke Karnival Budaya. D Pengunjung dapat menyaksikan alat muzik moden di Karnival Budaya. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 18 10/3/2023 2:46:43 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 18 5/10/2023 3:57:00 PM
23 2:46:43 PM 19 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Tatabahasa dan Pemahaman Petikan Prɑktis UASA Bahagian B Praktis 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SK Taman Cempaka telah menganjurkan suatu program yang bertemakan perpaduan. Program yang diberi nama Minggu Perpaduan itu telah diadakan di padang sekolah berkenaan. Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa di sekolah tersebut. Selain itu, program itu juga dapat mendidik dan memberikan pengetahuan kepada murid tentang keunikan budaya bangsa masyarakat Malaysia. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan semasa program itu berlangsung. Antaranya termasuklah persembahan kebudayaan, pertandingan seni khat dan kaligrafi Cina, sukaneka serta cabaran teh tarik. Rahimi, Han Meng dan Nantha telah menyertai acara sukaneka. Mereka mengambil bahagian dalam acara boling kelapa dan terompah gergasi. Mereka berusaha dengan sungguhsungguh dan bekerjasama untuk mencapai kemenangan dalam acara yang dipertandingkan. Akhirnya, kumpulan mereka telah dinobatkan sebagai juara. 1 Program yang dianjurkan oleh SK Taman Cempaka ialah Minggu Perpaduan . 2 Apakah kebaikan yang diperoleh daripada program tersebut? Kebaikan yang diperoleh daripada program tersebut ialah perpaduan dalam kalangan murid berbilang bangsa di sekolah tersebut dapat ditingkatkan dan hubungan mereka menjadi lebih erat dan mesra. 3 Garis satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Mereka mengambil bahagian dalam acara boling kelapa dan terompah gergasi. 4 Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan semasa program itu berlangsung. Ketika program itu diadakan, berbagai-bagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. ✓ Semasa aktiviti yang menarik diadakan, bermacam-macam program telah dilangsungkan. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 19 10/3/2023 2:46:44 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 19 5/10/2023 3:57:00 PM
20 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 2 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amjad dan kawan-kawannya sungguh teruja. Sebentar lagi mereka akan menjalankan eksperimen di dalam kelas. Mereka akan membuat kereta belon. Cikgu Hanif sudah menyediakan bahanbahan untuk membuat eksperimen itu seperti belon, botol plastik, straw dan getah. Mula-mula, Amjad dan rakan-rakannya diminta membuat lakaran kereta belon pada sekeping kertas. Mereka perlu menghasilkan lakaran itu mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian, mereka diminta menghasilkan model kereta tersebut dengan menggunakan bahanbahan yang telah disediakan. Setelah model kereta itu siap, Cikgu Hanif meminta murid-muridnya menguji kereta belon mereka. Beliau mengadakan perlumbaan kereta belon. Kereta belon yang bergerak paling laju dan paling jauh akan dipilih sebagai pemenang. “Cikgu, bagaimanakah caranya untuk menghasilkan kereta yang laju?” tanya Amjad kepada Cikgu Hanif. “Kamu perlu menghasilkan reka bentuk kereta yang sesuai. Selain itu, tekanan udara di dalam belon perlu tinggi agar kereta kamu ditolak ke hadapan dengan kuatnya,” kata Cikgu Hanif. 1 Amjad dan rakan-rakannya diminta menjalankan eksperimen kereta belon . 2 Apakah syarat untuk memenangi perlumbaan kereta belon itu? Kereta belon yang bergerak paling laju dan paling jauh akan dipilih sebagai pemenang. 3 Garis satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat yang diberi. Cikgu Hanif sudah menyediakan bahan-bahan untuk membuat eksperimen itu seperti belon, botol plastik, straw dan getah. 4 Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. Setelah model kereta itu siap, Cikgu Hanif meminta murid-muridnya menguji kereta belon mereka. Setelah Cikgu Hanif meminta murid-muridnya menyiapkan model kereta itu, mereka pun mengujinya. Murid-murid diminta oleh Cikgu Hanif menguji kereta belon itu selepas mereka menyiapkan modelnya. ✓ Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 20 10/3/2023 2:46:44 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 20 5/10/2023 3:57:00 PM
23 2:46:44 PM 21 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 3 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aku berasa sungguh gembira apabila ibu dan ayah membenarkan aku menyertai lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah. Kami akan melawat ke Muzium Negara. Pagi-pagi lagi aku dan rakan-rakanku berkumpul di dataran sekolah. Kami diminta berkumpul di situ seawal jam tujuh pagi. Sementara menunggu bas sampai, kami telah diberikan taklimat oleh Cikgu Alia. Cikgu Alia yang cantik bak bidadari itu meminta kami beratur semasa menaiki bas. Cikgu Suhaili pula berpesan kepada kami agar tidak ke sana dan ke sini semasa bas sedang bergerak. Kami berjanji akan mematuhi semua pesanan guru kami. 1 Persatuan Sejarah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara . 2 Apakah pesanan Cikgu Suhaili kepada semua murid yang menyertai lawatan ke Muzium Negara? Cikgu Suhaili berpesan agar murid-murid tidak ke sana dan ke sini semasa bas sedang bergerak. 3 Garis satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Kami akan melawat ke Muzium Negara. 4 Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sementara menunggu bas sampai, kami telah diberikan taklimat oleh Cikgu Alia. Cikgu Alia telah memberikan taklimat kepada kami sementara menunggu bas tiba. ✓ Taklimat telah diberikan oleh Cikgu Alia kerana bas belum tiba. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 21 10/3/2023 2:46:44 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 21 5/10/2023 3:57:00 PM
22 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 4 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada minggu lalu, dua puluh orang mahasiswa Universiti Malaya mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Tebu. Semasa mendaki gunung itu, para peserta menempuh pelbagai cabaran. Walau bagaimanapun, semua halangan itu berjaya diatasi kerana para peserta sangat cekal dan bersemangat waja. “Wah, seronoknya kerana kita telah tiba di puncak gunung!” kata salah seorang peserta ekspedisi itu. Setelah puas mencuci mata di puncak gunung itu, para peserta mula menuruni Gunung Tebu. Keadaan ketika turun dirasakan lebih mudah berbanding dengan ketika mendakinya. Dalam masa kurang daripada tiga jam, semua peserta telah pun sampai di kaki gunung. Mereka gembira dan bersyukur kerana ekspedisi itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 1 Mahasiswa Universiti Malaya mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Tebu . 2 Mengapakah para peserta ekspedisi berjaya mengatasi halangan semasa mendaki gunung? Para peserta ekspedisi berjaya mengatasi halangan semasa mendaki gunung kerana mereka sangat tabah dan bersemangat waja. 3 Garis satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Dalam masa kurang daripada tiga jam, semua peserta telah pun sampai di kaki gunung. 4 Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Wah, seronoknya kerana kita telah tiba di puncak gunung!” kata salah seorang peserta ekspedisi itu kepada rakan-rakannya. Salah seorang peserta ekspedisi itu bersyukur kerana mereka telah berjaya tiba di puncak gunung. Salah seorang peserta ekspedisi itu meluahkan kegembiraannya kerana mereka telah berjaya sampai di puncak gunung. ✓ Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 22 10/3/2023 2:46:44 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 22 5/10/2023 3:57:01 PM
23 2:46:44 PM 23 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Respons Kritis dan Kreatif Prɑktis UASA Bahagian B Praktis 1 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan cadangan kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Dua orang rakan sekelas kamu telah berselisih pendapat. Akibatnya, mereka telah bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Mereka juga tidak mahu bekerjasama apabila ditugaskan dalam satu kumpulan. Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan? Saya akan menjadi orang tengah bagi merapatkan hubungan mereka semula. Saya akan menasihati keduadua rakan saya itu supaya melupakan pertelingkahan yang berlaku. Kedua-duanya perlu berlapang dada dan memaafkan antara satu dengan yang lain. Praktis 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan cadangan kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Rakan kamu mengajak kamu menyertai lawatan ke suatu pameran sains di Kuala Lumpur. Bayaran RM30.00 dikenakan kepada setiap peserta lawatan tersebut. Bayaran itu meliputi kos tiket pameran, tambang bas dan makanan. Adakah kamu akan menyertai lawatan tersebut? Berikan keputusan dan alasan kamu. Ya, saya akan menyertai lawatan tersebut. Saya membuat keputusan itu kerana pameran sains tersebut pastinya amat berguna dan menyeronokkan. Selain itu, bayaran sebanyak RM30.00 yang dikenakan kepada setiap peserta amat berpatutan. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 23 10/3/2023 2:46:45 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 23 5/10/2023 3:57:01 PM
24 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 3 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan cadangan kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ketika guru kamu sedang mengajar, beliau tiba-tiba berasa tidak sihat. Guru kamu cepat-cepat duduk di kerusinya. Kamu melihat guru kamu berpeluh-peluh. Sebagai seorang murid, apakah yang akan kamu lakukan? Saya akan mendekati guru itu dan memintanya bersabar. Kemudian, saya akan meminta rakan-rakan saya bertenang dan tidak panik. Dalam masa yang sama saya akan pergi ke bilik guru untuk memaklumkan keadaan guru itu kepada guru lain. Saya akan meminta guru-guru lain untuk membantu guru tersebut. Praktis 4 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kamu menerima sejumlah duit raya yang agak banyak. Duit raya itu diberi oleh ibu bapa dan saudara-mara kamu. Apakah yang akan kamu lakukan terhadap duit raya itu? Saya akan menggunakan sebahagian daripada duit raya itu untuk membeli barangan keperluan sekolah seperti buku dan alat tulis. Selebihnya, duit itu akan saya simpan di dalam bank untuk digunakan pada saat kecemasan. Wang simpanan tersebut boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau pendidikan. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 24 10/3/2023 2:46:45 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 24 5/10/2023 3:57:01 PM
23 2:46:45 PM 25 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Penulisan Perenggan Prɑktis UASA Bahagian C Praktis 1 Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di sebuah taman perumahan. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Pada pendapat saya, aktiviti yang dijalankan oleh penduduk itu amat berfaedah. Aktiviti tersebut dapat menjamin keselamatan penduduk dan harta benda mereka. Penjenayah tidak akan berani untuk melakukan jenayah di kawasan itu kerana bimbang ditangkap oleh pasukan peronda yang bertugas. Selain itu, aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk di kawasan itu. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 25 10/3/2023 2:46:45 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 25 5/10/2023 3:57:01 PM
26 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 2 Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh sepasukan ahli pengakap. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Pada pendapat saya, aktiviti perkhemahan itu dapat mendidik anggota pengakap agar pandai berdikari dalam hidup. Mereka juga dilatih agar bijak menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, aktiviti tersebut dapat memupuk semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam melakukan sesuatu tugas. Seterusnya, aktiviti itu juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan sepasukan dan memupuk perpaduan. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 26 10/3/2023 2:46:46 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 26 5/10/2023 3:57:01 PM
23 2:46:46 PM 27 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 3 Gambar di bawah menunjukkan tentang buah-buahan tempatan. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan dan kelebihan buah-buahan tempatan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Pada pendapat saya, buah-buahan tempatan kaya dengan vitamin berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Selain itu, buah-buahan tempatan mudah didapati terutamanya pada musim buah-buahan. Harganya juga murah dan berpatutan. Buah-buahan ini juga segar kerana baru dipetik dari ladang. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 27 10/3/2023 2:46:46 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 27 5/10/2023 3:57:01 PM
28 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 4 Gambar di bawah menunjukkan pelbagai jenis peralatan elektrik. Tulis pendapat kamu tentang kepentingan peralatan elektrik. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Pada pendapat saya, peralatan elektrik sangat penting dalam kehidupan kita. Peralatan elektrik memudahkan pelbagai urusan harian kita. Sebagai contoh, mesih basuh memudahkan kita mencuci pakaian. Selain itu, peralatan elektrik seperti televisyen berfungsi untuk memberikan maklumat dan hiburan kepada kita. Peralatan elektrik seperti kipas angin dan alat pendingin hawa memberikan keselesaan kepada kita. Periuk nasi dan pengisar pula dapat memudahkan kerja-kerja memasak di dapur. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 28 10/3/2023 2:46:46 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 28 5/10/2023 3:57:01 PM
23 2:46:46 PM 29 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Penulisan Karangan Prɑktis UASA Bahagian D Praktis 1 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bersukan Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Faedah Bersukan”. Hadirin sekalian, Kita amat digalakkan untuk menyertai aktiviti sukan. Terdapat pelbagai aktiviti sukan yang dapat kita sertai di sekolah. Antaranya termasuklah permainan bola sepak, badminton, bola tampar, hoki, bola baling, olahraga, bola jaring dan sebagainya. Aktiviti sukan banyak kebaikannya kepada kita. Menerusi aktiviti sukan, kita dapat menyihatkan badan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan. Selain itu, aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat berpasukan. Lazimnya, apabila kita bersukan, kita akan bekerjasama dengan rakan sepasukan. Kita akan tolong-menolong bagai aur dengan tebing untuk mencapai kemenangan. Kesimpulannya, kita amat digalakkan untuk bersukan. Dengan melakukan aktiviti ini, pelbagai kebaikan dapat kita peroleh. Oleh yang demikian, marilah kita bersukan. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 29 10/3/2023 2:46:47 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 29 5/10/2023 3:57:02 PM
30 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 2 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Sambutan Hari Guru SK Seri Suria Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik murid-murid. Jasa guru amat besar kerana guru membimbing murid-murid menjadi orang yang berguna. Guru diibaratkan sebatang lilin yang membakar dirinya demi menerangi orang lain. Majlis bermula tepat pada pukul 8:00 pagi. Semua warga sekolah berkumpul di dewan utama. Selepas bacaan doa, guru besar dijemput untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan majlis sambutan Hari Guru. Selepas itu, murid-murid menghiburkan guru-guru dengan pelbagai persembahan pentas. Ada persembahan muzik, koir, tarian dan nyanyian. Guru-guru kelihatan terhibur dengan persembahan kami. Selain itu, acara sukaneka antara murid dengan guru juga diadakan. Suasana di padang ketika itu sungguh meriah dengan sorakan dan tepukan. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti terompah gergasi, tarik tali, lari dalam guni dan lain-lain. Acara sukaneka ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan guru. Setelah selesai acara sukaneka, diadakan pula sesi pemberian hadiah kepada guru. Murid-murid boleh memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka. Murid-murid dan guru-guru yang memenangi acara sukaneka juga turut mendapat hadiah. Semua warga sekolah berasa sangat gembira. Sambutan Hari Guru berakhir pada pukul 12:30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua warga sekolah dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan di kantin sekolah. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 30 10/3/2023 2:46:48 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 30 5/10/2023 3:57:02 PM
23 2:46:48 PM 31 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 3 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Keselamatan di sekolah perlu dititikberatkan. Murid-murid perlulah sentiasa menjaga keselamatan di sekolah agar mereka sentiasa selamat dan tidak ditimpa kemalangan. Untuk menjaga keselamatan, murid-murid tidak dibenarkan berlari, berebut-rebut atau bertolak-tolakan semasa menaiki atau menuruni tangga. Sebaliknya, murid-murid perlu berbaris secara tertib lalu turun atau naik tangga dengan berhati-hati. Mereka perlu sedar bahawa kecuaian boleh mengundang padah. Selain itu, semasa bersukan atau bermain di padang, murid-murid hendaklah memakai kasut dan pakaian yang sesuai. Jika hari panas, janganlah berada di bawah terik matahari terlalu lama. Hal ini penting agar murid-murid tidak terkena strok haba. Pada waktu rehat pula, murid-murid dinasihatkan agar tidak berebut-rebut semasa membeli makanan. Mereka perlulah beratur dan membeli makanan mengikut giliran masing-masing. Jika lantai kantin basah atau licin, murid-murid hendaklah berjalan dengan perlahan-lahan atau mengelakkan lantai yang basah itu. Kesimpulannya, murid-murid perlulah sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan keselamatan. Dengan cara ini, keselamatan murid-murid akan terpelihara. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 31 10/3/2023 2:46:48 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 31 5/10/2023 3:57:02 PM
32 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Praktis 4 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Sabtu, 25 Julai 20__ 6:00 pagi Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak Ke Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Hari ini merupakan majlis kenduri kahwin sepupu saya. 7:15 pagi Kami memulakan perjalanan ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Sungai Besar,Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Kapar. 10:30 pagi Kami tiba di Taman Dato' Harun. Kami disambut oleh Pak Long Hamdan dengan penuh kegembiraan. Kami berbual-bual dengan pak long dan mak long. Kemudian, saya dan ibu ke bilik pengantin untuk memberi hadiah kepada pengantin, kakak Farahana. 12:00 tengah hari Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara-mara yang lain turut membantu menyediakan hidangan untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni. 2:00 petang Ketibaan pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang. Kemudian, pasangan raja sehari menikmati hidangan makan beradab bersama-sama keluarga terdekat. Pasangan mempelai ini sama cantik, sama padan mengenakan pakaian songket berwarna ungu muda. 5:00 petang Kami bersalam-salaman dengan Pak Long Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Long Halimah membekalkan nasi beriani, lauk-pauk dan beberapa kaki bunga telur kepada kami sebagai buah tangan daripada pihak pengantin. Thn6 B2 Kuasai BM (1-32).indd 32 10/3/2023 2:46:48 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 32 5/10/2023 3:57:02 PM
23 2:46:48 PM 33 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Sultan Ahmad murka apabila mengetahui beberapa orang hulubalang istana tidak mematuhi perintah . A beta C tuanku B patik D baginda 2 Seluar yang dipakai oleh Azim amat hingga menampakkan buku lali kakinya. A sendat C suntuk B sempit D singkat Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Dari pagi ke petang dia tidak pulang ke rumah. B Suasana di kampung saya amat sunyi di waktu malam. C Bangunan yang usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi. D Semua murid-murid Tahun Enam lulus dalam ujian Matematik. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Waktu rehat masih berbaki sepuluh minit lagi. Farisha dan rakannya baru selesai makan di kantin sekolah. Mereka berjalan laju menuju ke pusat sumber sekolah. Sebaik-baik sahaja masuk ke pusat sumber itu, Farisha dan rakannya segera menuju ke rak buku lalu mencari buku yang dikehendaki. Farisha memilih sebuah buku cerita yang bertajuk “Cerita Rakyat Nusantara”. Dia dan rakannya membaca buku itu bersama-sama. Rakan Farisha agak nakal. Dia mahu menconteng gambar yang terdapat dalam buku itu. Dia mahu berbuat begitu kerana tiada sesiapa yang tahu akan perbuatannya. Ketika itu, keadaan di dalam pusat sumber itu lengang. Perbuatannya itu segera ditegur oleh Farisha. Bagi Farisha, perbuatan itu tidak beretika. Dia menasihati rakannya agar berintegriti. Tema 1: Kekeluargaan Pentaksiran Pertengahan Tahun Masa: 1 jam 15 minit Bahagian A [10 markah] Markah / 50 Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 33 10/3/2023 2:45:47 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 33 5/10/2023 3:57:02 PM
34 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 4 Bilakah Farisha dan rakannya pergi ke pusat sumber sekolah? A Selepas waktu rehat berakhir B Sebelum waktu rehat bermula C Sebelum waktu rehat berakhir D Sebelum mereka makan di kantin 5 Farisha menegur perbuatan rakannya itu kerana dia A tidak suka akan rakannya. B takut dimarahi oleh gurunya. C mempunyai integriti yang tinggi. D sangat suka akan buku yang dibacanya. 6 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Farisha dan rakannya memilih buku yang berlainan. B Farisha pergi ke pusat sumber sekolah untuk meminjam buku. C Pusat sumber sekolah Farisha sentiasa dipenuhi oleh murid-murid. D Sikap rakan Farisha yang mahu menconteng buku tidak disenangi oleh Farisha. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Cara-cara Menternak Kelulut Dapatkan sarang kelulut yang mempunyai koloni kelulut. Masukkan sarang kelulut ke dalam kotak yang diperbuat daripada kayu. Teliti perkembangan koloni kelulut dari semasa ke semasa. Periksa kotak ini selalu agar koloni kelulut tidak diganggu musuh seperti lipas, cicak dan semut. Ambil madu setelah koloni kelulut membina “tempayan kecil” yang berisi madu. Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 34 10/3/2023 2:45:47 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 34 5/10/2023 3:57:02 PM
23 2:45:47 PM 35 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: BAHAN 2 Hanif : Apa khabar, Pak Cik Razak? Pak Cik Razak : Khabar baik, Hanif. Hanif : Saya mendapat tahu bahawa pak cik menjual madu kelulut. Betulkah, pak cik? Pak Cik Razak : Betul, Hanif. Hanif : Apakah kelebihan madu kelulut, pak cik? Pak Cik Razak : Madu kelulut amat berkhasiat dan mampu mengubati pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, madu kelulut diminati ramai. Hanif : Bagaimanakah pak cik memperoleh madu kelulut? Pak Cik Razak : Pak cik mengusahakan ternakan kelulut secara kecil-kecilan. Madu yang pak cik jual adalah daripada kelulut yang pak cik ternak. Hanif : Bagaimanakah kelulut diternak, pak cik? Pak Cik Razak : Kelulut diternak di dalam kotak yang diperbuat daripada kayu. Kotak itu pak cik tempatkan di sekitar kawasan rumah pak cik. Hanif : Oh, begitu! Terima kasih, pak cik atas maklumat yang diberikan. Pak Cik Razak : Sama-sama, Hanif. 7 Siapakah Pak Cik Razak? A Pencari kelulut B Pembeli kelulut C Peminat kelulut D Penternak kelulut 8 Kelulut diternak di dalam kotak yang diperbuat daripada kayu. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B butir. C buah. D bentuk. 9 Perkataan diperbuat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A dipasang. B disimpan. C dihasilkan. D diwujudkan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Banyak orang tidak menyukai madu kelulut. B Pak Cik Razak menternak kelulut di dalam kotak plastik. C Pak Cik Razak menternak kelulut tidak jauh dari rumahnya. D Madu kelulut boleh diambil sebelum koloni kelulut membina “tempayan kecil”. Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 35 10/3/2023 2:45:47 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 35 5/10/2023 3:57:03 PM
36 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pertandingan Melukis Poster Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Syarat-syarat pertandingan: ➣ Penyertaan dibuka kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. ➣ Poster yang dihasilkan merupakan karya sendiri dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber. ➣ Konsep poster mestilah bertemakan alam sekitar. ➣ Peserta perlu menghantar karya sebelum tamat tempoh penyertaan. ➣ Karya peserta akan dinilai oleh juri pertandingan dan keputusan adalah muktamad. Tempoh Penyertaan 5 Mei hingga 5 Jun 20__ 1 Pertandingan Melukis Poster diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. [1 markah] 2 Siapakah yang boleh menyertai pertandingan tersebut? Pertandingan itu boleh disertai oleh murid Tahun 4, 5 dan 6. [2 markah] 3 Garis satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Konsep poster mestilah bertemakan alam sekitar. [1 markah] Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 36 10/3/2023 2:45:47 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 36 5/10/2023 3:57:03 PM
23 2:45:47 PM 37 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 4 Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Peserta perlu menghantar karya sebelum tamat tempoh penyertaan. Sebelum tempoh peserta tamat, karya penyertaan perlu dihantar. Karya perlu dihantar oleh peserta sebelum tempoh penyertaan tamat. ✓ [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Semasa sedang berjalan pulang dari sekolah, kamu ternampak sebatang paip pecah di tepi jalan. Air memancut keluar daripada paip itu dengan derasnya. Kejadian itu menyebabkan air bertakung di kawasan itu. Apakah tindakan yang wajar kamu lakukan? Saya akan memaklumkan kejadian itu kepada anggota keluarga saya setelah saya sampai di rumah. Saya akan meminta mereka melaporkan kejadian itu dengan segera kepada pihak yang bertanggungjawab. Saya akan memberikan maklumat yang terperinci agar laporan yang disampaikan kepada pihak tersebut lengkap dan tepat. [5 markah] Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 37 10/3/2023 2:45:47 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 37 5/10/2023 3:57:03 PM
38 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Bahagian C [10 markah] Gambar di bawah menunjukkan masalah kesesakan jalan raya di sebuah bandar. Tulis cadangan kamu untuk mengatasi masalah tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Cadangan saya untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di bandar adalah dengan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Kerajaan perlu meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Orang ramai dapat mengelakkan kesesakan jalan raya apabila mereka menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter, transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT). Selain itu, pengguna jalan raya juga boleh berkongsi kereta sekiranya menuju ke destinasi yang sama. Dengan cara ini, bilangan kereta di jalan raya dapat dikurangkan. Polis trafik juga boleh membantu mengawal kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. [10 markah] Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 38 10/3/2023 2:45:48 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 38 5/10/2023 3:57:03 PM
23 2:45:48 PM 39 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Hidup Berjiran Karangan Tidak Berformat Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Jika berlaku sesuatu kecemasan, jiranlah orang yang diharapkan untuk membantu kita. Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga hubungan yang baik dengan jiran. Untuk memupuk semangat kejiranan, kita perlulah sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran. Kita boleh berbual-bual dan bertanya khabar jiran-jiran. Sikap sombong dan mementingkan diri sendiri hendaklah dielakkan. Amalan ni dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Selain itu, kita hendaklah mengambil berat dan membantu jiran. Contohnya, jika jiran kita sakit atau ditimpa musibah, kita hendaklah menziarahi mereka. Kita mestilah bersedia untuk menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Sikap seperti ini akan mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling menghormati sesama jiran. Semangat kejiranan juga dapat dipupuk melalui Program Rukun Tetangga. Anggota Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama akan bergilir-gilir meronda kawasan untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Aktiviti ini akan mewujudkan jiran yang Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 39 10/3/2023 2:45:48 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 39 5/10/2023 3:57:03 PM
40 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: saling muafakat sekali gus membentuk masyarakat yang harmoni. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan. Kita perlu membina semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran-jiran sentiasa harmoni dan sejahtera. Karangan Berformat No. 506, Jalan LEP 4/13, Taman Lestari Putra, 43300 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. 25 Julai 20__ Menemui sahabatku, Azira yang berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semoga saudari dan keluarga berada dalam dalam keadaan sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk membalas surat saudari tempoh hari. Dalam surat tersebut, saudari ada bertanya saya tentang cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan. Di sini saya ingin menjelaskan tentang persoalan tersebut. Seperti yang kita maklum, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Jika berlaku sesuatu kecemasan, jiranlah orang yang diharapkan untuk membantu kita. Oleh yang demikian, kita perlulah menjaga hubungan yang baik dengan jiran. Untuk memupuk semangat kejiranan, kita perlulah sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran. Sikap sombong dan mementingkan diri sendiri hendaklah dielakkan. Selain itu, kita hendaklah mengambil berat dan membantu jiran. Contohnya, jika jiran kita sakit atau ditimpa musibah, kita hendaklah menziarahi mereka. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Semangat kejiranan juga dapat dipupuk melalui Program Rukun Tetangga. Anggota Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama akan bergilir-gilir meronda kawasan untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan terutamanya pada malam hari. Aktiviti ini akan mewujudkan jiran yang saling muafakat sekali gus membentuk masyarakat yang harmoni. Sampai di sini sahaja buat kali ini. Semoga saudari mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti. Sekian, terima kasih. Yang benar, Haslinda [20 markah] Thn6 B2 Kuasai BM PT(33-40).indd 40 10/3/2023 2:45:48 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 40 5/10/2023 3:57:03 PM
23 2:45:48 PM 41 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Anggota pengakap itu diri pada unggun api kerana cuaca pada malam itu sungguh sejuk. A merapatkan C menjarakkan B mengeratkan D mendekatkan 2 Setiap petang Pak Wan pergi ke sungai dengan jala untuk menangkap ikan. A serawan C sepasang B selembar D serumpun Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Kami berdoa agar kakak berjaya di dalam pengajiannya. B Jangan percaya akan kata-katanya yang entah benar entah palsu. C Walaupun hidup susah, mereka tidak lupa dengan perintah Tuhan. D Ramai warga kota pulang ke kampung semasa cuti persekolahan. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Berhampiran dengan bandar Mersing, terdapat puluhan pulau yang memikat hati ribuan pelancong. Terdapat lebih daripada 40 pulau besar dan kecil yang sesuai menjadi tempat percutian. Antara pulau tersebut termasuklah Pulau Batu Cawan, Pulau Batu Gajah, Pulau Besar, Pulau Setindan, dan Pulau Pemanggil. Untuk sampai ke pulau-pulau tersebut tidaklah sukar. Bot-bot pelancong sedia menanti kedatangan pengunjung di Jeti Mersing. Perjalanan menuju ke pulau-pulau ini mengambil masa satu hingga tiga jam sahaja. Pasir putih terhampar luas di persisiran pantai pulau-pulau ini. Air lautnya sangat jernih hingga pengunjung boleh melihat anak-anak ikan bermain di celah-celah batu karang. Jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat ikan lumba-lumba muncul di permukaan air. Pemandangan semula jadi saujana mata memandang ini masih terpelihara dan belum tercemar. Suasana yang indah ini sesuai untuk menenteramkan hati, jauh daripada kesibukan tugas seharian. Kunjungan ke sini pasti menjanjikan seribu kenangan manis. Tema 1: Kekeluargaan Ujian Akhir Sesi Akademik Masa: 1 jam 15 minit Bahagian A [10 markah] Markah / 50 Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 41 10/3/2023 2:44:41 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 41 5/10/2023 3:57:03 PM
42 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: 4 Apakah yang menarik berhampiran dengan bandar Mersing? A Keindahan pantai B Bot pelancong di Jeti Mersing C Pulau-pulau sebagai tempat percutian D Anak-anak ikan di celah-celah batu karang 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Ikan lumba-lumba bermain di celah-celah batu karang B Pulau-pulau tersebut dapat dikunjungi dengan mudah C Terdapat sebuah pulau yang cantik berhampiran dengan bandar Mersing D Perjalanan ke pulau-pulau itu mengambil masa antara satu hingga dua jam 6 Berikut ialah pulau yang terletak berhampiran dengan bandar Mersing, kecuali A Pulau Batu Gajah. C Pulau Batu Cawan. B Pulau Pemanggil. D Pulau Dayang Bunting. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Menanam Pokok Kaktus yang Cantik Masukkan batu dan tanah ke dalam pasu. Tanam pokok kaktus ke dalam pasu. Padatkan tanah di sekeliling pokok kaktus dengan menggunakan sudu teh. Semburkan air dan hiaskannya. 13 24 Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 42 10/3/2023 2:44:41 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 42 5/10/2023 3:57:06 PM
23 2:44:41 PM 43 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: BAHAN 2 7 Untuk menanam kaktus di dalam pasu kecil, sudu teh digunakan untuk A menghias kaktus. B menjadikan tanah padat. C menyirami kaktus dengan air. D mengisi pasu dengan batu dan tanah. 8 Tanam pokok kaktus ke dalam pasu. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B butir. C buah. D bentuk. 9 Perkataan cantik dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A mewah. B bergaya. C menarik. D istimewa. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Pokok kaktus sukar ditanam di dalam pasu. B Pokok kaktus berkhasiat untuk kesihatan kulit. C Aqua Cacteen ialah penawar yang terdapat di dalam kaktus. D Kaktus ditanam di dalam pasu untuk mengekalkan khasiatnya. Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 43 10/3/2023 2:44:45 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 43 5/10/2023 3:57:08 PM
44 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aina : Tarikh pertandingan badminton semakin hampir. Kita mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh. May Tiem : (Mengeluh) Entahlah, Aina. Saya pun tidak yakin kita boleh menang. Sekolah Kebangsaan Perkasa menjadi johan pada tahun lepas. Tentu pasukan mereka kuat. Aina : Ayuh, May Tiem! Usah cepat berputus asa. Jangan mengalah sebelum berjuang. Jika kita berusaha, kita boleh berjaya. May Tiem : Betul juga kata kamu itu, Aina. Walau bagaimanapun, saya masih lemah dalam membuat servis dan mematikan hantaran lawan. Adakah kita boleh mengatasinya? Aina : Boleh, May Tiem. Kalau kita berlatih dengan bersungguh-sungguh, tentu kita boleh mengatasi kelemahan kita. Kita masih ada masa untuk berlatih dan mengatur strategi. May Tiem : Terima kasih, Aina. Saya beruntung kerana mempunyai kawan yang bersemangat seperti awak. Aina : (Menepuk bahu May Tiem) Sama-sama. Usah kita bertangguh lagi. Kita mesti berlatih dengan semangat. Tiada kejayaan yang boleh dicapai, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 1 (a) Tarikh pertandingan badminton semakin hampir . [1 markah] (b) Mengapakah May Tiem mengeluh? May Tiem mengeluh kerana dia berasa tidak yakin untuk mengalahkan pasukan lawan dalam permainan badminton. [2 markah] (c) Garis ayat penyata yang terdapat dalam petikan yang diberi. Usah cepat berputus asa. Jangan mengalah sebelum berjuang. Jika kita berusaha, kita boleh berjaya. [1 markah] Bahagian B [10 markah] Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 44 10/3/2023 2:44:45 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 44 5/10/2023 3:57:08 PM
23 2:44:45 PM 45 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. Jika kita berusaha, kita boleh berjaya. Kita akan berusaha dan berjaya. Kita boleh berjaya jika kita berusaha. ✓ [1 markah] 2 Teliti poster di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan poster tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. aw_26 30 April – 30 Mei Pada pendapat kamu, mengapakah rakyat Malaysia mesti bersatu padu? Pada pendapat saya, rakyat Malaysia mesti bersatu padu agar kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Dengan adanya perpaduan kaum, negara akan maju dan makmur. Keadaan yang kucar-kacir akan menghalang pembangunan negara. [5 markah] Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 45 10/3/2023 2:44:46 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 45 5/10/2023 3:57:09 PM
46 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan iklan sebuah syarikat pelancongan. Tulis pendapat kamu tentang kelebihan melancong di dalam negara. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. aw_26 aw_27 30 April – 30 Mei Melancong di dalam negara lebih mudah, murah, dan praktikal. Kita tidak perlu memikirkan masalah seperti perbezaan makanan dan penguasaan bahasa asing. Selain itu, kita juga dapat membantu meningkatkan ekonomi tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pelancongan telah membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kita juga akan mendapat pengetahuan tentang budaya dan tradisi tempatan di samping mengenali tempat-tempat menarik di negara kita. [10 markah] Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 46 10/3/2023 2:44:46 PM Thn6 B2 KuKuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 46 5/10/2023 3:57:09 PM
23 2:44:46 PM 47 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Bahagian D [20 markah] [Masa dicadangkan: 25 minit] Karangan Tidak Berformat Amalan gaya hidup sihat penting untuk menghindari diri daripada penyakit. Dengan mengamalkannya kita akan sihat dan cergas. Antara amalan gaya hidup sihat ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Kesannya, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Amalan seterusnya ialah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit. Senaman membolehkan darah mengalir ke jantung dengan lancar dan membuang sisa toksik di dalam badan. Kita juga perlu cukup tidur untuk memastikan otak dan tubuh kita membesar dengan baiknya. Tidur adalah penting untuk kecergasan badan kita juga. Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat perlu dijadikan budaya dalam hidup kita. Hargailah kehidupan dengan membudayakan amalan gaya hidup sihat. Amalan Gaya Hidup Sihat Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 47 10/3/2023 2:44:47 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 47 5/10/2023 3:57:09 PM
48 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: Kelas: Tarikh: Karangan Berformat Salam sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”. Hadirin sekalian, Amalan gaya hidup sihat penting untuk menghindari diri daripada penyakit. Dengan mengamalkannya kita akan sihat dan cergas. Antara amalan gaya hidup sihat ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Kesannya, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Amalan seterusnya ialah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit. Senaman membolehkan darah mengalir ke jantung dengan lancar dan membuang sisa toksik di dalam badan. Kita juga perlu cukup tidur untuk memastikan otak dan tubuh kita membesar dengan baiknya. Tidur adalah penting untuk kecergasan badan kita juga. Hadirin yang dihormati, Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat perlu dijadikan budaya dalam hidup kita. Hargailah kehidupan dengan membudayakan amalan gaya hidup sihat. [20 markah] Thn6 B2 Kuasai BM AT(41-48).indd 48 10/3/2023 2:44:47 PM Kuasai PBD BM Thn 6 Buku B_Adjust bleed.indd 48 5/10/2023 3:57:09 PM