60 61 10 Terangkan empat faktor psikologi yang mempengaruhi gelagat pengguna. [6] 11 Terangkan dua sumber maklumat yang boleh digunakan oleh pengguna dalam proses pembelian barangan pengguna. [4] 12 Jelaskan maksud kelebaran campuran dan kedalaman campuran bagi sesuatu produk dengan memberikan contoh yang sesuai. [4] 13 Jelaskan kaedah pemasaran mikro dalam strategi penentuan sasaran pasaran. [5] 14 Huraikan kaedah penentuan harga produk baharu. [6] Nota & Lat STPM PP(3).indd 60 18/05/2023 9:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
60 61 15 Terangkan penentuan harga umum berasaskan persaingan. [6] 16 Huraikan konsep campuran promosi. [6] 17 Nyatakan empat tujuan promosi. [4] 18 Objektif pemasaran merupakan salah satu faktor dalaman yang mempengaruhi keputusan penentuan harga. Jelaskan. [6] Nota & Lat STPM PP(3).indd 61 18/05/2023 9:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62 63 Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 Huraikan tiga asas segmentasi pasaran pengguna. [9] 2 Dalam membuat persiapan majlis kenduri kesyukuran, Puan Halimah merancang untuk membeli barang-barang keperluan untuk membuat nasi minyak. Pada masa yang sama, Puan Halimah juga bercadang untuk menggantikan sofa yang lama. Tanpa pengetahuan Puan Halimah, suaminya telah menempah sebuah banglo mewah untuk dihadiahkan kepadanya. Di samping itu, Puan Halimah baru mendapat seorang cucu. Oleh sebab beliau terpengaruh dengan iklan insurans di televisyen, beliau bercadang membeli polisi insurans pendidikan untuk dihadiahkan kepada cucunya. (a) Berdasarkan senario di atas, kenal pasti klasifikasi produk yang akan dibeli oleh Puan Halimah dan suaminya. KBAT [4] (b) Huraikan ciri-ciri keluaran mengikut klasifikasi produk dalam (a) di atas. KBAT [8] 3 Huraikan faktor luaran yang mempengaruhi keputusan penentuan harga. [9] 4 Huraikan faktor luaran yang mempengaruhi gelagat pengguna. [10] 5 Berikan maksud sistem logistik dan jelaskan elemen-elemen yang ada dalam sistem logistik. [12] 6 Encik Iskandar dilantik menjadi Pengurus Pemasaran Nadi Ekspres Sdn. Bhd. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dan surat secara ekspres ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah serta Brunei. Encik Iskandar telah diminta untuk menjalankan penyelidikan pemasaran mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Nadi Ekspres Sdn. Bhd. bagi memastikan syarikat dapat beroperasi secara berkesan selaras dengan motonya, ‘Murah, Cepat dan Selamat’. (a) Huraikan proses penyelidikan pemasaran yang akan dijalankan oleh Nadi Ekspres Sdn. Bhd. [10] (b) Berdasarkan rajah, huraikan Model Gelagat Pengguna bagi Nadi Ekspres Sdn. Bhd. KBAT [15] 7 Dengan menggunakan rajah, jelaskan komponen Matriks Portfolio Perniagaan yang direka oleh Kumpulan Pakar Perunding Boston (BCG). KBAT [15] 8 Encik Sharif ingin menubuhkan sebuah syarikat pengedar kereta mewah jenama BMW di kawasan bandar Kuala Terengganu, Terengganu dengan nama Mutiara Auto Sdn. Bhd. Sasaran pasaran beliau ialah pengguna di sekitar kawasan bandar tersebut. Encik Sharif sedar bahawa beliau perlu berhati-hati semasa menyediakan rancangan pemasaran untuk perniagaannya kerana terdapat dua perniagaan pengedaran lain yang turut memasarkan jenama kereta mewah yang sama. Kedua-dua perniagaan tersebut beroperasi di kawasan bandar Kemaman dan Kuantan. Pada masa yang sama, Encik Sharif juga berhasrat menjadikan syarikat beliau sebagai syarikat pembekal alat ganti tulen kereta mewah. Alat ganti tersebut akan dibekalkan kepada bengkel kereta yang berdekatan selain dijual terus kepada pengguna kereta mewah pada harga yang sama. STPM KLON Nota & Lat STPM PP(3).indd 62 18/05/2023 9:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62 63 Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut: (a) Jelaskan klasifikasi produk bagi produk yang akan dijual oleh Mutiara Auto Sdn. Bhd. KBAT [4] (b) Peletakan pasaran biasanya dijalankan selepas pemetakan pasaran dan penentuan sasaran pasaran. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan peletakan pasaran? [3] (ii) Berikan tiga peranan atau kepentingan peletakan pasaran kepada Encik Sharif untuk memastikan perniagaan beliau dapat terus berkembang pada masa depan. [3] (iii) Bagaimanakah Encik Sharif dapat mengekalkan peletakan pasaran dalam minda pengguna demi kejayaan perniagaannya? [6] (c) Terangkan strategi pengedaran yang sesuai digunakan untuk mengedarkan produk kereta mewah BMW dan produk alat ganti kereta mewah bagi perniagaan Mutiara Auto Sdn. Bhd. KBAT [8] (d) Semasa menjalankan aktiviti perniagaan, kadang-kadang pemasar akan mengambil tindakan sendiri yang mengetepikan kepentingan bersama dan mengakibatkan perselisihan serta konflik dalam saluran agihan. Jelaskan konflik-konflik yang mungkin berlaku semasa proses pengagihan produk daripada Mutiara Auto Sdn. Bhd. kepada pengguna dan berikan cadangan tentang langkah yang sesuai diambil oleh Encik Sharif untuk mengatasi konflik tersebut. KBAT [6] 9 Jelaskan empat peringkat dalam kitaran hayat produk. [10] 10 Terangkan jenis promosi jualan yang sesuai digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk meningkatkan jualan dalam jangka pendek. [12] Nota & Lat STPM PP(3).indd 63 18/05/2023 9:05 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 PB (Masa: 1 jam 45 minit) BAHAGIAN A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 Nyatakan tanggungjawab sebuah perniagaan pemaju perumahan kepada pekerja syarikat tersebut. [4] 2 Jelaskan tiga sebab sesebuah perniagaan milikan tunggal perlu ditukarkan kepada bentuk syarikat. [6] 3 Jelaskan kaedah pemeriksaan yang sesuai bagi setiap pengeluaran produk berikut: (a) Pengeluaran kereta [3] (b) Pengeluaran minyak masak [3] 4 Huraikan dua kepentingan kawalan inventori bagi sesebuah operasi perniagaan. [4] 5 Terangkan ciri bagi kategori produk berikut: (a) Produk fizikal [2] (b) Produk perkhidmatan [2] 6 Jelaskan dua kaedah penentuan harga produk baharu yang biasa digunakan oleh pemasar apabila meletakkan harga produk baharu mereka. [6] 7 Nyatakan fungsi nisbah penggearan dan huraikan dua jenis nisbah dalam nisbah tersebut. [6] 8 Nyatakan empat prinsip takaful. [4] 9 Jelaskan analisis kerja bagi jawatan pengurus kewangan bagi sesebuah organisasi perniagaan. [6] 10 Jelaskan tujuan semakan rujukan dan ujian pemilihan dilaksanakan semasa proses pemilihan dalam proses pengambilan sumber manusia. [4] KERTAS MODEL STPM 1 (946/1) Kertas 1 Nota & Lat STPM PP(KM1).indd 112 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 113 BAHAGIAN B [50 markah] Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya. 11 Karipap Keluaran ATHSB Berteknologi Tinggi Syarikat Anak Tempatan Holding Sdn. Bhd. (ATHSB) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2001 oleh Encik Khairulnizam Samshi dan beroperasi di sebuah bangunan kilang di Tangkak Johor dan kini membuka kilang baharu di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Seremban. Beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat dan mempunyai kelulusan asas Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) dari Universiti Utara Malaysia. Beliau dibantu oleh 10 orang pekerja tetap yang tinggal di kawasan berhampiran premis perniagaannya. Perniagaan ATHSB menghasilkan dan menjual makanan sejuk beku seperti karipap yang dipasarkan oleh syarikat Kay Kay Worldwide Marketing Sdn. Bhd.. Syarikat Kay Kay Worldwide Marketing Sdn. Bhd. mempunyai kerjasama dengan 10 pemborong, 100 pasaraya dan jualan langsung di seluruh Malaysia. Produk karipap yang mempunyai potensi tinggi apatah lagi kuih enak kebanggaan Malaysia dan sentiasa menjadi kegemaran ramai. Syarikat ATHSB telah mula membuat pelaburan RM500 000 bagi membangunkan perniagaan karipap sejuk beku keluaran syarikat untuk pasaran Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Karipap sejuk beku keluaran ATHSB kini mempunyai kelainan yang tersendiri kerana dihasilkan melalui mesin pembuat pastri berjenama “Rondo Doge” yang berteknologi tinggi serta dalam persekitaran premis yang bersih. Pengarah Urusan syarikat Encik Khairulnizam Samshi menyatakan mesin bernilai RM500 000 yang diimport dari Switzerland berupaya membuat sekurang-kurangnya 5 000 karipap dalam tempoh sejam dengan tenaga kerja seramai 5 orang. Kini, penggunaan mesin “Rondo Doge” banyak membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi. Jumlah keluaran maksimum syarikat ATHSB mampu menghasilkan 120 000 karipap sehari berbanding hanya 5 000 sehari dengan kaedah tradisional. Menurut Encik Khairulnizam, salah satu kelebihan mesin pembuat pastri “Rondo Doge” ialah kemampuannya beroperasi tanpa henti selama 24 jam untuk tempoh tiga bulan berturut-turut. Mesin ini berteknologi komputer dam mudah dikendalikan serta tidak memerlukan pengetahuan teknikal mendalam untuk mengendalikannya. Mesin “Rondo Doge” juga berperanan meletakkan inti, menggulung dan seterusnya memotong karipap mengikut acuan yang ditetapkan. Selain itu, teknologi ini mempunyai 2 mesin khas yang berfungsi mengadun dan menguli bahan-bahan bagi menghasilkan kulit karipap dan meleperkannya. Secara purata, syarikat ATHSB bersedia menghasilkan antara 30 000 hingga 40 000 karipap berintikan ikan sardin, kentang dan ayam dalam sehari yang mengikut kehendak dan cita rasa pelanggannya. Encik Khairulnizam mengambil perhatian serius terhadap masalah yang dihadapinya khususnya kapasiti pengeluaran yang rendah, keperluan modal kewangan dan kawalan inventori bagi memenuhi permintaan karipap yang kian meningkat. Dengan tambahan modal yang bakal diperoleh daripada Agro Bank akan membolehkan beliau menambahkan pembelian mesin “Rondo Doge”. Beliau mendapati bukan sahaja strategi pemasaran dan jualan perlu dipertingkatkan bahkan terdapat tindakan lain yang perlu dilakukan khususnya meningkatkan inventori dan produktiviti bagi memastikan sasaran jualan pada tahun 2019 dapat dicapai. Nota & Lat STPM PP(KM1).indd 113 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
114 PB Bagi perkembangan jangka panjang, kini syarikat ATHSB mula menggunakan pemasaran secara e-dagang dan pemesanan langsung menerusi syarikat Kay Kay Worldwide Marketing Sdn. Bhd. Pelanggan boleh memesan karipap sejuk beku dengan berintikan ikan bilis, udang dan cendawan. Syarikat juga berhasrat untuk menambahkan satu syif pengeluaran, pengurusan kawalan inventori yang sistematik, memohon piawaian Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) dan persijilan MS ISO 9001 : 2000 bagi menampung permintaan yang kian meningkat dan melebarkan perniagaannya ke pasaran antarabangsa. (Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.malaylocal.com/negeri_sembilan_/14419/anaktempatan-holdings-sdn-bhd, 12 Februari 2019) Berdasarkan kajian kes Karipap Keluaran ATHSB Berteknologi Tinggi, (a) jelaskan jenis susun atur pengeluaran yang diaplikasikan dalam proses pengeluaran karipap Syarikat Anak Tempatan Holding Sdn Bhd (ATHSB) KBAT [16] (b) jelaskan strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan Syarikat Anak Tempatan Holding Sdn Bhd (ATHSB) untuk memasarkan produk mereka. KBAT [16] Jawab satu soalan sahaja. 12 Jelaskan pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan. KBAT [18] 13 Industri kereta nasional di Malaysia melibatkan aktiviti perniagaan pengeluaran dan aktiviti perniagaan perkhidmatan. Jelaskan aktiviti-aktiviti perniagaan yang boleh dikaitkan dalam industri tersebut. KBAT [18] STPM KLON Nota & Lat STPM PP(KM1).indd 114 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
118 PB BAB 1 Latihan Stimulasi 1 (a) Barang dan perkhidmatan (b) Pertukaran nilai (c) Keuntungan (d) Memuaskan keperluan dan kehendak 2 (a) Input (b) Proses tambah nilai (c) Output (d) Proses pemasaran (e) Untung dan rugi 3 (a) Ekonomi (b) Politik dan perundangan (c) Persaingan dan jaringan (d) Sosiobudaya (e) Prasarana (f) Teknologi (g) Antarabangsa 4 (a) Pelanggan (b) Pembekal (c) Pembiaya (d) Pemodal/pelabur (e) Pekerja (f) Kerajaan (g) Pesaing (h) Masyarakat 5 (a) (i) Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (ii) Menanggung liabiliti tidak terhad (iii) Membayar cukai pendapatan individu (b) (i) Mempunyai seorang pemilik sahaja (ii) Pemilik mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas semua aspek perniagaan (iii) Semua kerugian ditanggung oleh pemilik sendiri (c) (i) Mempunyai antara dua hingga 20 orang ahli/rakan kongsi (ii) Perjalanan urusan perniagaan dikawal oleh beberapa rakan kongsi aktif (iii) Kerugian ditanggung oleh rakan kongsi secara sama rata/berdasarkan nisbah tertentu 6 (a) Barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya. (b) Penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya. (c) Perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan. (d) Proses menambah nilai terhadap bahan mentah untuk menjadi barang siap melalui proses transformasi. (e) Pakatan strategik atau hubungan perjanjian formal yang dibentuk antara perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk dan memasarkannya di pasaran. (f) Aktiviti yang melibatkan pengeluaran, iaitu menggunakan tenaga buruh untuk mengeluarkan bahan mentah dan memprosesnya kepada sesuatu barang lain. (g) Aktiviti penawaran produk tidak ketara kepada pengguna. (h) Aktiviti penghasilan dan pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah. (i) Barangan yang boleh digunakan oleh pelanggan akhir secara terus. (j) Barangan yang akan digunakan untuk proses pengeluaran seterusnya. Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 Perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan ialah: Dimensi Organisasi perniagaan Organisasi bukan perniagaan Tujuan penubuhan Bermatlamatkan keuntungan Bermatlamatkan kebajikan sosial Sumber kewangan Diperoleh daripada modal pemilik sendiri/simpanan peribadi/keuntungan perniagaan/pinjaman Diperoleh daripada kutipan yuran ahli/sumbangan masyarakat/geran kerajaan/tajaan Jawapan Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 118 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 119 2 Empat kepentingan modal kepada sesebuah perniagaan ialah: • Membeli/membiayai aset perniagaan seperti tunai, penghutang dan aset tetap • Dilaburkan semula dalam perniagaan bagi meningkatkan keuntungan • Menampung perbelanjaan perniagaan seperti utiliti, gaji pekerja dan pengiklanan • Digunakan untuk mengembangkan/membesarkan saiz perniagaan 3 Kebaikan perniagaan kepada masyarakat dan kebaikan perniagaan kepada negara ialah: Kebaikan perniagaan kepada masyarakat • Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan yang menepati cita rasa pengguna • Menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat • Menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan kemudahan dan menjana pembangunan untuk masyarakat sekeliling • Menyediakan peluang perniagaan untuk masyarakat setempat melalui pembekalan bahan mentah atau barang separuh siap oleh masyarakat kepada perniagaan [pilih mana-mana tiga] Kebaikan perniagaan kepada negara • Mengurangkan kadar pengangguran/ meningkatkan guna tenaga • Menyediakan kemudahan awam • Meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai • Membangunkan industri baharu/sampingan [pilih mana-mana tiga] 4 Lima ciri perniagaan masa depan ialah: • Menggunakan teknologi tinggi • Terlibat dalam perniagaan antarabangsa • Menghadapi kekurangan sumber manusia dan bahan mentah • Meningkatkan produktiviti setaraf dengan syarikat antarabangsa Dimensi Organisasi perniagaan Organisasi bukan perniagaan Aktiviti utama Terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan Terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan/rekreasi/sosial/ sukarela/penajaan pendidikan/ kempen kemasyarakatan Kawalan perundangan Ditubuhkan/tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956/Akta Syarikat 1965/Akta Koperasi 1993 Ditubuhkan/tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966 Pendaftaran organisasi Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali koperasi Didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Percukaian Dikenakan cukai Tidak dikenakan cukai • Mementingkan tanggungjawab sosial dalam kalangan syarikat perniagaan 5 Dua faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pembuatan perabot ialah: • Bahan mentah – input yang digunakan untuk menghasilkan perabot seperti kayu balak/kayu bergergaji/rotan/besi/kain/skru/gam/cat • Modal – wang ringgit yang digunakan untuk memulakan perniagaan perabot/membeli alat pemotong kayu/bahan kayu untuk dijadikan perabot • Modal insan – tenaga kerja/sumber manusia yang terlibat dalam operasi pengeluaran perabot/ individu yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental seperti pekerja kilang perabot • Teknologi – penggunaan peralatan/mesin/ komputer bagi menjalankan kerja-kerja membuat perabot seperti perisian mereka bentuk perabot (CAD)/gergaji elektrik • Keusahawanan – usahawan ialah individu yang membangunkan/menggemblengkan faktor pengeluaran dan sanggup mengambil risiko dalam perniagaan perabot [pilih mana-mana dua] 6 Tiga keadaan persekitaran ekonomi sesebuah negara dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan ialah: Keadaan ekonomi yang stabil/berkembang • Keadaan ekonomi yang berkembang akan mendorong kepada peningkatan aktiviti perniagaan Sistem kewangan atau perbankan yang liberal • Bank dan institusi kewangan menyediakan pelbagai kemudahan kewangan • Kadar faedah pinjaman yang rendah mendorong peniaga mengembangkan perniagaan Kuasa beli pengguna yang tinggi • Kemampuan pengguna untuk membeli yang meningkat akan meningkatkan permintaan terhadap keluaran perniagaan Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 119 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
120 121 Nilai mata wang yang stabil • Peniaga/pengeluar tidak perlu menanggung kos yang tinggi untuk mengimport bahan mentah/ barangan daripada luar negara • Permintaan terhadap barangan eksport tidak terjejas dengan turun naik nilai wang Insentif kerajaan yang pelbagai • Pelbagai insentif pelaburan oleh kerajaan seperti elaun pelaburan, pelepasan cukai, taraf perintis dan subsidi Pendapatan penduduk • Pendapatan penduduk yang tinggi menyebabkan kuasa beli meningkat • Apabila kuasa beli meningkat, permintaan terhadap produk meningkat • Keuntungan perniagaan meningkat dan perniagaan dapat berkembang [pilih mana-mana tiga] 7 Persekitaran politik dan perundangan Definisi: Keadaan politik, polisi awam, peraturan dan kawalan kerajaan, sokongan atau galakan kerajaan serta sistem percukaian. Pengaruh kepada perniagaan • Bergantung kepada sistem politik yang diamalkan – komunis/kapitalis • Undang-undang yang ketat – perlindungan hak cipta • Galakan kerajaan • Tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan • Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan • Keselamatan dan keadilan sistem perundangan • Kestabilan politik akan menjamin kestabilan ekonomi 8 Persekitaran sosiobudaya ialah: • Satu set gabungan kepercayaan, nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang serupa yang terdapat dalam sesuatu kumpulan masyarakat • Diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain Bagaimana komponen sosiobudaya mempengaruhi perniagaan berserta contoh Komposisi penduduk/kepelbagaian kaum • Kaum berbeza, budaya berbeza menjadikan corak permintaan barangan berbeza • Contoh: Permintaan terhadap tudung dan telekung adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita Melayu berbanding dengan wanita bangsa lain Adat dan kepercayaan • Menjadi asas/pegangan dalam kehidupan sesebuah masyarakat dan diperturunkan dari generasi ke generasi • Contoh: Amalan pemilihan pakaian, kebebasan, bersedekah dan lain-lain Kegemaran/sikap/gelagat • Mengalami perubahan/ikut trend semasa • Mudah dipengaruhi iklan, keadaan persekitaran, gaya hidup dan lain-lain • Contoh: Kegemaran makan di luar akibat pengaruh iklan dan kesibukan Persepsi/tanggapan masyarakat • Cara penampilan/gaya memberikan tanggapan berbeza kepada masyarakat • Contoh: Individu yang tinggal di banglo dianggap orang berada 9 Alasan persekitaran umum di Malaysia sesuai untuk melancarkan produk baharu dalam pasaran ialah: • Politik dan perundangan – kestabilan politik Malaysia membolehkan perniagaan dijalankan dengan selamat/peraturan dan undang-undang yang tidak begitu menekan peniaga dalam menjalankan perniagaan • Ekonomi – ekonomi yang berkembang pesat mewujudkan permintaan dalam pasaran • Fizikal – kemudahan infrastruktur yang lengkap dan prasarana yang mencukupi memudahkan pengguna membeli barang • Teknologi – kepakaran dan kaedah terkini dalam proses pengeluaran produk baharu • Persaingan dan jaringan – persaingan meningkatkan daya saing/jaringan menguatkan strategi perniagaan produk baharu • Sosiobudaya – cita rasa rakyat Malaysia yang mudah menerima perubahan produk baharu 10 Perbezaan antara pemilikan tunggal, syarikat dan koperasi dari aspek perundangan ialah: Dimensi Pemilikan tunggal Syarikat Koperasi Keahlian Seorang 2 hingga 50 orang Minimum 100 orang Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia Suruhanjaya Syarikat Malaysia Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kawalan undang-undang Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Akta Syarikat 1965 Akta Koperasi 1993 Cukai pendapatan Cukai perseorangan Cukai atas untung syarikat Cukai dikecualikan Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 120 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
120 121 11 Kekurangan yang bakal ditanggung oleh pemilik perniagaan pemilikan tunggal ialah: • Liabiliti tidak terhad – pemilik bertanggungjawab ke atas semua hutang perniagaan dan harta peribadi mungkin akan dilelong/dijual oleh pemiutang untuk menebus kerugian • Modal terhad – sukar mendapat pinjaman daripada bank • Keterusan/jangka hayat perniagaan tidak terjamin – bergantung pada jangka hayat dan keupayaan kewangan pemilik • Mengorbankan banyak masa dan tenaga – pemilik terpaksa menguruskan sendiri semua kerja yang berkaitan dengan perniagaan • Pasaran terhad – produk perniagaan yang terhad menyebabkan pasaran untuk produk adalah kecil dan sukar dikembangkan [pilih mana-mana empat] 12 Tiga kelebihan perkongsian dan tiga kelemahan perkongsian ialah: Kelebihan • Jumlah modal dan kepakaran dapat ditingkatkan • Risiko dapat diagihkan antara rakan-rakan kongsi, bebanan dapat dikurangkan • Cukai pendapatan masih dianggap sebagai pendapatan persendirian, kadar masih rendah berbanding cukai perniagaan syarikat Kelemahan • Boleh dibubarkan pada bila-bila masa sahaja, apabila berlaku kematian atau penarikan diri rakan kongsi • Proses membuat keputusan agak sukar kerana mesti mendapat persetujuan semua rakan kongsi • Pengumpulan modal terbatas setakat maksimum 20 ahli sahaja 13 Tiga kelebihan syarikat berbanding dengan perkongsian ialah: Dimensi Kelebihan syarikat Kelemahan perkongsian Modal Besar – penjualan saham Kecil – sumbangan rakan kongsi Liabiliti Terhad – setakat pelaburan sahaja Tidak – terhad melibatkan harta peribadi Dimensi Kelebihan syarikat Kelemahan perkongsian Jangka hayat Kekal – walaupun ada ahli menarik diri atau mati Terbubar – apabila rakan kongsi menarik diri/ perniagaan tamat tempoh/arahan mahkamah 14 Peranan dan sumbangan sektor swasta dalam membangunkan ekonomi negara ialah: • Menawarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna • Melengkapi usaha sektor awam dalam menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelbagai sektor ekonomi dan masyarakat awam • Menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui cukai yang dibayar seperti cukai import, cukai eksport dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) • Menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, dan sekali gus mengembangkan ekonomi negara melalui pengurangan kadar pengangguran • Membangunkan kawasan baharu yang dapat membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti kawasan petempatan baharu dan kawasan perindustrian baharu 15 Bagaimana proses tambah nilai berlaku dalam industri perabot kayu getah Pokok getah Kepingan kayu getah Perabot kayu getah (input) (proses) (output) • Proses tambah nilai berlaku dalam industri perabot kayu getah apabila pokok getah diubah bentuk menjadi kepingan kayu getah dan seterusnya menghasilkan perabot kayu getah • Proses tambah nilai juga berlaku apabila perabot kayu getah yang telah siap diberi jenama, diawet dan diberi warna yang menarik 16 Empat kebaikan sesebuah perniagaan terlibat dalam pasaran antarabangsa ialah: • Dapat meluaskan pasaran yang sudah tepu • Meningkatkan jualan dan keuntungan • Perkongsian teknologi dengan negara luar Dimensi Pemilikan tunggal Syarikat Koperasi Entiti Tidak berasingan Entiti berasingan Entiti berasingan Sumber modal asas Simpanan sendiri, ahli keluarga Saham ahli Saham ahli dan yuran bulanan/tahunan Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 121 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
122 123 • Sumber/bahan mentah dapat digunakan secara optimum • Imej perniagaan akan meningkat [pilih mana-mana empat] Bahagian B 1 Bagaimana faktor persekitaran umum dapat digunakan untuk menggalakkan industri pelancongan di negara kita Sosiobudaya • Definisi: Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat. • Budaya unik (kepelbagaian agama, adat resam, perayaan, makanan, pakaian dan lain-lain) untuk tontonan pelancong, contohnya ‘Truly Asia’ • Rakyat yang mudah mesra dan beradab – pelancong dihormati dan rasa diraikan • Gabungan gaya hidup moden dan nilai tradisional Ekonomi • Definisi: Keadaan/persekitaran ekonomi, kuasa beli, harga barangan • Barang murah dan pelbagai – syurga beli-belah, zon bebas cukai, karnival beli-belah • Kadar pertukaran mata wang yang menarik • Sistem kewangan dan perbankan yang efisien • Peniaga beretika Politik dan perundangan • Definisi: Sistem pemerintahan (institusi, penguatkuasaan), gaya kepimpinan, dasar kerajaan • Menggalakkan kedatangan pelancong, contohnya, program Homestay, kempen “Malaysia My Second Home” • Kemudahan perjalanan – visa, pas lawatan, kurang birokrasi • Insentif cukai untuk industri pelancongan • Keselamatan dan keadilan sistem perundangan seperti selamat daripada jenayah ragut • Program pelancongan – kesihatan, pendidikan, ekopelancongan dan sebagainya Fizikal • Definisi: Kemudahan fizikal (bangunan, jalan raya, perhubungan) • Tempat penginapan yang banyak,selesa dan selamat • Keindahan alam semula jadi/tempat lawatan yang menarik • Kebersihan dan kesihatan (bebas penyakit) • Sistem pengangkutan/perjalanan/perhubungan • Sistem komunikasi yang cekap – MSC Teknologi • Definisi: Perubahan dalam kaedah, pengetahuan, peralatan dan lain-lain • Internet merupakan salah satu cara untuk mempromosikan pelancongan negara • Memperkemas kandungan laman web tentang kemudahan pelancongan seperti laman web pengangkutan dan produk pelancongan dengan maklumat lengkap dan terkini 2 Kebaikan dan keburukan persekitaran teknologi kepada perniagaan ialah: Kebaikan Meningkatkan produktiviti kerja • Penggunaan komputer dalam organisasi seperti melalui pengurusan maklumat, penggunaan mesin-mesin/alat/robot dalam proses pengeluaran Menyampaikan maklumat • Kemajuan dalam teknologi komunikasi • Penggunaan internet membolehkan perniagaan menyampaikan maklumat, pengiklanan berkaitan dengan produk atau perniagaan secara meluas Penemuan teknologi baharu • Dapat memulakan industri baharu seperti komputer, laser atau robot • Merangsang perkembangan kepada perniagaan yang tidak berkaitan dengan teknologi seperti penciptaan peralatan rumah yang canggih, membolehkan ramai pengguna mempunyai masa lapang untuk berehat dan beriadah/perkembangan aktiviti riadah berasaskan pelancongan Mengurangkan kos perniagaan • Penggunaan tenaga kerja dapat dijimatkan melalui penggunaan mesin-mesin • Kos pengeluaran per unit yang rendah Menjimatkan masa • Proses pengeluaran dapat dijalankan dengan cepat dan cekap • Pesanan dan penghantaran dapat dilakukan dengan cepat Mencapai ekonomi bidangan dalam pengeluaran • Pengeluaran dapat dilakukan dalam kuantiti yang besar melalui penggunaan mesin-mesin yang berteknologi tinggi [pilih mana-mana dua] Keburukan Persaingan • Produk sentiasa ketinggalan zaman kerana pengeluar tidak mampu mengikut arus kemajuan semasa dalam teknologi • Sukar untuk bersaing dalam pasaran Kreativiti produk berkurangan • Kesan penggantian buruh dengan mesin-mesin akan menghilangkan ciri kreatif dalam sesuatu produk Kos operasi yang tinggi bagi organisasi kecil • Kos pembelian mesin-mesin • Kos lantik pakar dalam proses penyelenggaraan mesin-mesin Terdedah kepada ancaman/sekatan • Penyalahgunaan teknologi – cetak rompak, peniruan hak cipta menyebabkan kerugian kepada perniagaan • Pencemaran udara/alam sekitar – pembuangan sisa-sisa [pilih mana-mana dua] Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 122 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
122 123 3 Pengaruh persekitaran tugas kepada perniagaan perabot kayu jati di Malaysia ialah: Pelanggan • Definisi: Pengguna akhir yang membeli barangan akhir • Cita rasa pengguna berubah, daripada gaya moden kepada gaya Bali, menyebabkan permintaan perabot kayu jati meningkat • Pelanggan yang mementingkan ketahanan dan perabot lasak lebih berminat untuk membeli perabot ini, menyebabkan permintaan akan meningkat Pembekal • Definisi: Orang tengah yang membekalkan bahan mentah, input dan barangan separa siap • Perlu menghantar stok perabot jati dengan tepat dan cepat agar bekalan berterusan • Keyakinan pelanggan perabot kayu jati meningkat Pembiaya dan pemodal • Definisi: – Punca kewangan syarikat bagi membiayai aktiviti syarikat – Pembiaya – terdiri daripada syarikat kewangan dan bank-bank – Pemodal – sumbangan modal oleh pemilik perniagaan seperti pemegang saham dan sumbangan rakan kongsi • Dapat menggunakan sumber ini untuk membeli pelbagai jenis perabot kayu jati untuk memberi pilihan yang lebih banyak kepada pelanggan • Digunakan untuk membiayai kos pemasaran perabot jati di dalam dan di luar negara Pekerja • Definisi: Pihak yang menyumbangkan tenaga secara fizikal dan mental • Memberi layanan mesra • Membekalkan maklumat tentang perabot kayu jati kepada pelanggan Pesaing • Definisi: Pihak lain yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang sama dalam industri • Kekurangan pesaing, tumpuan pelanggan lebih kepada Kedai Perabot Kayu Jati Kerajaan • Definisi: – Pihak berkuasa yang menentukan bentuk dan hala tuju sesebuah sistem ekonomi – Mengadakan undang-undang dasar perniagaan dan sistem percukaian perniagaan • Kawalan terhadap pembalakan menyebabkan pembekalan kayu jati berkurangan dan menyebabkan kuantiti berkurangan, harga perabot meningkat, permintaan menurun • Dasar kerajaan mempromosikan perabot kayu getah menyebabkan permintaan perabot kayu jati menurun • Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menganjurkan pameran perabot kayu jati, meningkatkan kesedaran pengguna • Keyakinan pengguna bertambah 4 Lima faktor persekitaran tugas yang dapat memberi kesan kepada perkembangan perniagaan tradisional Encik Muizzuddin ialah: Persekitaran tugas Huraian Pelanggan Pembeli barangan tradisional – perniagaan Encik Muizzuddin tidak wujud jika tiada pelanggan yang membeli barangan tradisional Pembekal Pihak yang membekalkan barangan tradisional seperti keluaran kraf tangan – Encik Muizzuddin perlu menjalin hubungan baik dengan pembekal, hutang perlu dijelaskan Pembiaya Pihak bank atau institusi kewangan yang sedia memberi pinjaman – perlu membayar mengikut jadual Persaingan dan jaringan Perniagaan lain yang menawarkan barangan tradisional – perlu kerjasama yang positif kerana boleh memberi peluang dan ancaman kepada perniagaan Encik Muizzuddin Kerajaan Pihak berkuasa seperti kementerian, jabatan tertentu – perlu akur dengan peraturan, pelesenan dalam perniagaan tradisional Pekerja Sumbangan pekerja berdasarkan kemahiran dalam mengeluarkan produk tradisional seperti membuat tikar, perabot dan lain-lain [pilih mana-mana lima] 5 Kepentingan persekitaran fizikal yang timbul dalam konteks perniagaan ialah: • Kemudahan atau infrastruktur yang tersedia bagi memudahkan serta melicinkan perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara • Kemudahan fizikal termasuklah sistem pengangkutan, sistem perhubungan, utiliti, zon perdagangan, pembangunan setempat dan pergudangan • Pengangkutan air, udara dan darat memudahkan pemindahan bahan mentah atau barang siap dari tempat pengeluaran ke tempat yang diperlukan dengan cepat dan cekap Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 123 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
124 125 • Sistem perhubungan dan komunikasi yang canggih dapat mempercepat penyampaian maklumat tanpa batasan sempadan • Utiliti seperti kemudahan bekalan air dan elektrik memastikan proses perniagaan tidak tergendala dan tidak menjejaskan industri • Pembangunan setempat yang maju menjadi tumpuan perniagaan dan memudahkan pengguna berurusan dengan perniagaan • Pergudangan memudahkan perniagaan menyimpan barangan sementara menunggu dieksport atau menerima barangan import 6 Bentuk persaingan yang wujud dalam struktur persekitaran persaingan ialah: Monopoli • Terdapat seorang penjual atau satu syarikat yang menjual sesuatu barang atau perkhidmatan yang tidak ada barang pengganti • Contoh terbaik ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyediakan bekalan elektrik bagi keseluruhan negara tanpa ada persaingan daripada syarikat lain Oligopoli • Terdapat hanya beberapa syarikat yang terdiri daripada syarikat besar yang menguasai sebahagian besar pasaran. Biasanya, syarikatsyarikat ini menyumbangkan kepada 70% hingga 80% daripada keseluruhan jualan industri • Contoh: Syarikat tayar (Sime Tyre), syarikat penerbangan (MAS) Persaingan tulen • Terdapat banyak syarikat yang menjual produk yang serupa dan setiap syarikat tidak dapat membentuk kelebihan atau perbezaan untuk produknya • Contohnya, penjual gula, garam dan sebagainya Monopolistik • Terdapat banyak syarikat tetapi setiap satunya menawarkan produk yang unik atau berbeza daripada syarikat pesaing dari segi harga atau bukan harga • Contohnya, stesen minyak (SHELL–Vpower), kedai perabot (Jati) dan sebagainya 7 Sebab lebih banyak perniagaan jenis perkongsian yang ditubuhkan berbanding dengan perniagaan syarikat ialah: Mudah ditubuhkan Perkongsian: • Tidak perlu dokumen yang banyak • Proses pendaftaran mengambil masa yang lebih pendek Syarikat: • Memerlukan dokumen yang banyak seperti Tataurus Syarikat dan Tatawujud Syarikat • Proses pendaftaran mengambil masa yang lebih lama Modal perniagaan rendah Perkongsian: • Mudah diperoleh daripada rakan kongsi • Mudah membuat pinjaman kecil Syarikat: • Memerlukan modal besar kerana belanja besar • Modal diperoleh daripada penerbitan saham, ini perlu mengambil masa lama dan kos tinggi Kurang pengawasan daripada pihak kerajaan Perkongsian: • Tidak memberi kesan besar kepada ekonomi negara • Kesukaran untuk mengancam kepentingan pengguna dan pemilik Syarikat: • Tertakluk kepada pengawasan yang ketat demi menjaga pemilik minoriti daripada diselewengkan oleh pihak pengurusan • Boleh menggugat keadaan ekonomi negara Cukai yang rendah Perkongsian: • Tidak dikenakan cukai korporat tetapi hanya cukai pendapatan individu yang rendah Syarikat: • Cukai syarikat tinggi dan dikenakan dua kali, iaitu cukai syarikat dan individu Penglibatan dalam pengurusan Perkongsian: • Semua pekongsi boleh terlibat dalam pengurusan perniagaan dalam memberi idea untuk memajukan perniagaan • Wujud rasa tanggungjawab terhadap perniagaan • Penglibatan secara langsung dalam perjalanan perniagaan Syarikat: • Sebahagian kecil pemegang saham yang menganggotai lembaga pengarah sahaja boleh menguruskan syarikat secara langsung • Pengurusan terpisah daripada pemilik • Tidak mempunyai hubungan erat dengan perniagaan terutama pemegang saham minoriti 8 (a) Perbezaan antara aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran dengan aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan (dalam konteks industri kereta nasional) ialah: Dimensi Aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran Aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan Produk/ keluaran Produk nyata – kereta Produk tak nyata – pengedaran kereta Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 124 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
124 125 Dimensi Aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran Aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan Aktiviti Pembuatan dan pemasangan – kereta dipasang di kilang Perkhidmatan pengguna – peranan pengedar di kedai kereta Ciri Ciri fizikal menarik perhatian pengguna – warna dan reka bentuk terkini dan menarik Kepuasan pengguna – jurujual melayan pelanggan dengan sopan santun dan memberi maklumat kereta yang diingini oleh pelanggan (b) Aktiviti perniagaan yang dapat dikaitkan dengan industri kereta nasional ialah: Aktiviti pengeluaran Ekstraktif • Penghasilan bahan mentah untuk diproses di kilang kereta • Besi/bijih timah untuk membuat rangka kereta Pembuatan • Memproses bahan mentah untuk dijadikan bahagian kereta • Getah dijadikan penebat dalam sistem aliran elektrik/tenaga • Besi/logam diproses untuk membuat rangka dan enjin kereta Barangan industri • Pengilang yang terlibat dalam penghasilan barangan separuh siap untuk dibekalkan ke kilang kereta • Contoh: Tayar, cermin dan komponen kereta Pemasangan • Bahagian/komponen kereta dipasang di kilang • Produk akhir ialah kereta yang boleh digunakan oleh pengguna akhir [pilih mana-mana dua] Aktiviti perkhidmatan Peruncitan • Kedai menjual kereta • Jurujual akan mengedar kereta dan menyampaikan maklumat kepada pelanggan Kewangan • Pembiayaan pembelian kereta • Institusi kewangan dan bank menyediakan pinjaman kepada pelanggan untuk membeli kereta Insurans • Memberi perlindungan kepada pengeluar kereta dan pembeli kereta • Melindungi risiko kehilangan kereta, kerosakan kereta dan kemalangan Pengangkutan • Membawa kereta dari kilang bekalan ke kilang pemasangan • Mengedar kereta dari kilang pemasangan ke kedai kereta • Menghantar kereta dari kedai kereta ke tempat pengguna [pilih mana-mana dua] 9 Peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh Adam dalam sektor perkhidmatan ialah: Peruncitan • Aktiviti menyediakan barangan supaya mudah diperoleh pembeli apabila diperlukan • Terlibat dalam mengagihkan produk dari pengeluar/pemborong kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil • Contoh: Kedai runcit, pasar mini dan lain-lain Pemborongan • Menjual/mengagihkan barang dalam kuantiti yang besar • Mensasarkan kepada peruncit/pemborong lain • Contoh: Pemborong barangan keperluan harian, barangan industri dan lain-lain Kewangan • Terlibat dalam bidang pengumpulan modal, pelaburan ekuiti, penyediaan kemudahan kredit dan urus niaga pasaran wang • Contoh: Menjadi ejen syarikat insurans dan syarikat pertukaran mata wang asing (pengurup wang) Perkhidmatan profesional • Menyediakan kepakaran dan kemahiran khusus • Memberi perkhidmatan kepada individu, institusi dan syarikat • Contoh: Khidmat guaman, perubatan, jururunding reka bentuk dan lain-lain Perkhidmatan awam • Menyediakan kemudahan untuk orang ramai • Contoh: Pengangkutan awam seperti teksi, bas dan kereta api, komunikasi dan stesen penyiaran Perhotelan • Menawarkan perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi • Sesuai diwujudkan di bandar-bandar besar dan pusat peranginan • Contoh: Hotel, rumah penginapan, resort dan lain-lain Pendidikan • Menyediakan tempat dan program pendidikan untuk pelajar/penuntut sama ada sambilan atau sepenuh masa • Contoh: Membuka pusat tuisyen, kolej, pusat latihan kemahiran dan lain-lain [pilih mana-mana lima] Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 125 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
126 127 BAB 2 Latihan Stimulasi 1 (a) Plan (Rancang) (b) Do (Buat) (c) Check (Semak) (d) Act (Tindakan) 2 (a) Kawalan Proses Secara Statistik (b) Analisis tambah nilai (c) Carta kawalan (d) Kajian kualiti dan kos (e) Pasukan penambahbaikan kualiti (f) Penanda aras 3 (a) Kawalan input/awalan – kawalan yang dilakukan sebelum proses pengeluaran dimulakan (b) Kawalan proses/semasa – kawalan yang dilakukan semasa proses pengeluaran sedang dijalankan (c) Kawalan output/selepas – kawalan yang dilakukan selepas proses pengeluaran selesai 4 (a) Proses perancangan, penyusunan, penstafan, pengarahan dan pengawalan bagi aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam proses pengeluaran (b) Proses mengubah input pengeluaran kepada produk siap dan separuh siap melalui proses tambah nilai ke atas bahan mentah menggunakan semua mesin dan peralatan, teknologi dan kepakaran modal insan (c) Pendekatan yang membantu penghasilan pelbagai produk dengan hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit, iaitu dengan mengumpulkan pelbagai jenis mesin dalam sesuatu sel dan setiap sel bertanggungjawab mengeluarkan sekumpulan produk (d) Pemeriksaan ke atas beberapa sampel produk yang diambil secara rawak dalam satu-satu kumpulan atau lot produk (e) Satu standard atau piawai bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam satu sistem kualiti bagi sesebuah organisasi (f) Sistem kawalan yang melibatkan penggunaan satu komputer pusat dan beberapa buah komputer lain untuk mengawal mesin-mesin semasa proses pengeluaran sedang dijalankan 5 (a) Bahan mentah (b) Kerja dalam proses (c) Produk siap (d) Alat ganti (e) Bahan guna habis 6 Susun atur proses (a) Faktor pengeluaran disusun atur mengikut fungsi kerja (b) Produk yang dihasilkan mempunyai ciri yang tidak seragam (c) Produk dihasilkan dalam kuantiti yang kecil (d) Produk yang dihasilkan lebih menjurus kepada perkhidmatan Susun atur produk (a) Faktor pengeluaran disusun atur mengikut urutan pengeluaran produk (b) Produk yang dihasilkan mempunyai ciri yang seragam (c) Produk dihasilkan dalam kuantiti yang banyak (d) Produk yang dihasilkan lebih menjurus kepada barang industri 10 Empat perbezaan antara perniagaan domestik dengan perniagaan antarabangsa ialah: Aspek Perniagaan domestik Perniagaan antarabangsa Definisi Aktiviti perniagaan dijalankan dalam sesebuah negara Aktiviti perniagaan dijalankan antara dua/ lebih negara Kesukaran Aktivitinya mudah dan tidak kompleks Aktiviti kompleks kerana terikat dengan peraturan negara lain/bahasa/undangundang dan lain-lain Tukaran wang Melibatkan penggunaan satu mata wang sahaja Melibatkan pertukaran antara dua/lebih mata wang Jenis keluaran/ produk Keluaran yang dihasilkan adalah seragam bagi memenuhi keperluan pengguna yang tidak jauh berbeza Keluaran yang dihasilkan berbeza antara negara bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai Kos pengangkutan Melibatkan kos pengangkutan yang rendah Melibatkan kos pengangkutan yang tinggi [pilih mana-mana empat] Nota & Lat STPM PP(jwp).indd 126 18/05/2023 9:06 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.