46 47 37 Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan matlamat utama PBmPBD. i-THINK Peta Buih Matlamat Utama PBmPBD (a) (b) (e) (d) (c) 38 Tujuan penubuhan PASPAM adalah untuk: (a) (b) 39 Lembaga Bahasa ditubuhkan oleh PASPAM pada tahun 1938. Nyatakan tiga kegiatan Lembaga Bahasa yang berkaitan dengan bahasa Melayu. (a) (b) (c) N&L STPM BM S1(B1).indd 47 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
48 PB 40 (a) Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia. (b) Tujuan utama menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memupuk . 41 Apakah tujuan peminjaman bahasa asing dilakukan? (a) (b) (c) (d) (e) 42 Peminjaman sesuatu kata bahasa asing dilakukan melalui atau menerusi . 43 Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan contoh perkataan yang betul. i-THINK Peta Dakap Jenis Peminjaman Peminjaman tulen Peminjaman kacukan Peminjaman kuno Peminjaman pemerian Peminjaman berpindah 44 Bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana: (a) . (b) . N&L STPM BM S1(B1).indd 48 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 49 Latihan Pengukuhan Jawab semua soalan. 1 , merupakan pengembara Portugis yang menyebut bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu. A I-Tsing B Godinho de Erachia C Van der Tuuk D Leonardo da Vincci 2 Rumpun Bahasa Austoasia Rumpun Bahasa Austronesia Filum Bahasa Austris X Rajah di atas merujuk salasilah bahasa. X merupakan Rumpun Bahasa A Nusantara B Melanesia C Mikronesia D Tibet-China 3 Orang Melayu berasal dari Tanah Tinggi Yunan. Orang Melayu dikatakan berasal dari daerah Yunan di China Selatan yang mengembara ke selatan melalui beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara kirakira 2500 hingga 1500 tahun Sebelum Masihi. Teori ini dikemukakan oleh A Hendrik Kern B Von Heine-Geldern C Van Ronkel dan Kern D N. H Kerne dan Hallander 4 Ditemukan oleh L. C. Westenek pada tahun 1920. Batu bersurat ini mempunyai 14 baris ayat yang terpahat dan turut mengandungi doa supaya hasil pertanian dan ternakan rakyat mendapat hasil yang banyak. Batu bersurat yang dinyatakan di atas ialah A Batu Bersurat Kedukan Bukit B Batu Bersurat Kota Kapur C Batu Bersurat Karang Brahi D Batu Bersurat Talang Tuwo 5 Kerajaan Sriwijaya ialah kerajaan penting dalam perkembangan bahasa pada zaman bahasa Melayu Kuno kerana I bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya sejak abad ketujuh lagi II kerajaan ini meluaskan empayarnya apabila banyak menakluk negerinegeri di sekitarnya III kerajaan ketiga yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pentadbiran IV kedudukan strategik ibu negerinya menjadi tumpuan segala bangsa dan budaya serta pedagang dan pelayar dari Timur (China) dan Barat (India) sering mengunjunginya A I dan II C II dan III B I dan IV D II dan IV 6 • wulan (bulan), wuat (buat), wuah (buah), wuluh (buluh), watu (batu), dan wunuh (bunuh) • nitanam (ditanam), niwuat (dibuat) dan niwunuh (dibunuh) • bhumi (bumi), dhuka (duka), khita (kita) dan sukhacitta (sukacita) Senarai perkataan yang dicondongkan di atas menunjukkan A bahasa Sanskrit yang terdapat pada batubatu bersurat. B pengaruh bahasa Sanskrit terutama dari segi kata pinjaman. C pengaruh bahasa Sanskrit amat jelas dalam kosa kata dan pengimbuhan. D bahasa Melayu tidak berwibawa untuk memperkatakan konsep baharu yang dibawa oleh kebudayaan asing. N&L STPM BM S1(B1).indd 49 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
50 51 7 Yang manakah pernyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik? I Banyak menggunakan ayat pasif II Banyak menggunakan ayat songsang III Diperkaya dengan kosa kata sanskrit IV Tiada unsur pengulangan dalam ayat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 8 Berikut ialah kelemahan dalam menyempurnakan sistem tulisan menggunakan aksara Jawi mengikut tahap perkembangannya, kecuali A tiada lambang untuk e pepet. B wujud perkataan-perkataan homograf yang berejaan sama. C huruf-huruf saksi atau vokal diletakkan pada suku kata kedua selain diletakkan pada suku kata pertama. D sistem ejaannya tidak menggunakan huruf saksi pada suku kata kedua sedangkan ada perkataan bahasa Melayu perlu menggunakannya. 9 Tokoh Karya I Hamzah Fansuri P Mirat al-Tulub II Syeikh Nuruddin al-Raniri Q Syair Perahu III Abdul Rauf al-Singkel R Bustan al-Salatin IV Syamsuddin al-Sumatrani S Mirat al-Mukminin Yang manakah padanan yang betul antara tokoh dengan karyanya? I II III IV A S Q R P B Q R S P C P S Q R D Q R P S 10 Semua karya di bawah dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, kecuali A Asrar al-Insan. B Syair Sidang Fakir. C Syair Burung Pingai. D Syair Si Burung Pungguk. 11 • Mengangkat martabat bahasa Melayu menerusi jawatan yang disandang termasuklah Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (1924-1939), Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. • Beliau juga menulis makalah dalam Majalah Guru, Al-Ikhwan, JMBRAS dan Cenderamata. Penyataan di atas adalah tentang A Raja Ali Haji. B Zainal Abidin Ahmad. C Said Haji Sulaiman. D Abdullah Abdul Kadir Munsyi. 12 Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956), ASAS 50 mencadangkan semua perkara di bawah, kecuali A penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. B bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah. C penubuhan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka). D memutuskan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk memudahkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. 13 Nama Balai Pustaka telah diubah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka semasa A Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963. B Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. C Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama. D Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka diluluskan dan DBP dinaikkan statusnya menjadi badan berkanun. N&L STPM BM S1(B1).indd 50 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
50 51 14 Aktiviti yang termasuk dalam perancangan korpus bahasa ialah I memantapkan sistem ejaan dan tatabahasa. II membentuk satu variasi bahasa Melayu baku. III memastikan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan. IV menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 15 Pewujudan bentuk baku bagi sesuatu bahasa adalah penting untuk I mengelakkan penggunaan dialek daerah. II menambahkan kecekapan penggunaan sesuatu bahasa. III menambahkan jumlah laras ilmu dalam sesuatu bahasa. IV mewujudkan keseragaman dalam kalangan pengguna. A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV 16 • Mempertahankan ketulenan bahasa sumber • Sesuatu perkataan tidak membawa makna atau konsep asal kata bahasa sumber Penyataan di atas menunjukkan A kelebihan bahasa sumber. B kelebihan peminjaman terus. C kelebihan peminjaman penterjemahan. D kelebihan bahasa asing dalam membina makna dan konsep baharu. 17 baginda, raja, maharaja, dirgahayu, paduka, duli, permaisuri, putera, puteri, mulia, maha, maharani, menteri, perdana, sida-sida, biduanda, pendita, laksamana, istana, singgahsana, upacara, pegawai, penggawa, kurnia, dan anugerah Perkataan-perkataan di atas menunjukkan pengaruh bahasa Sanskrit dalam hal ehwal A kebesaran. B pergaulan. C pemerintahan. D agama dan pengetahuan. 18 Ayat A: Dia membaca di dalam bilik setelah menonton televisyen. Ayat B: Membacalah dia di dalam bilik setelah menonton televisyen. Ayat A berubah kepada ayat berstruktur B kerana A ayat bahasa Arab mengutamakan kata kerja. B ayat bahasa Arab menggunakan struktur ayat songsang. C ayat bahasa Arab banyak menggunakan struktur ayat pasif. D struktur ayat bahasa Arab biasanya dimulakan dengan kata kerja dan struktur ini apabila diterapkan ke dalam bahasa Melayu akan menyebabkan berlakunya pendepanan kata kerja atau menghasilkan ayat songsang. 19 Yang manakah yang berikut berasal daripada bahasa Cina? I perca II sampan III pongkes IV prihatin A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV 20 fauna, flora, definisi, simfoni, aktif, ekslusif, vaksin, video, aktiviti, levi, revisi, xenolit, xenon, xilofon Yang manakah penyataan yang benar tentang kumpulan perkataan di atas? A Pinjaman daripada bahasa Inggeris telah meningkatkan penggunaan fonem pinjaman /f/, /v/, /x/ B Pinjaman daripada bahasa Inggeris menyebabkan penggunaan perkataan bahasa Melayu terpinggir C Pinjaman daripada bahasa Inggeris telah menyebabkan bahasa Melayu dapat mengungkapkan pelbagai ilmu baharu D Pinjaman daripada bahasa Inggeris telah membantutkan usaha untuk mencari kosa kata bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan ilmu baharu N&L STPM BM S1(B1).indd 51 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
52 PB Konsep Fonologi • Kajian aspek bunyi bahasa secara umum dan fungsi bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa. • Terbahagi kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik. Konsep Fonetik • Kajian bunyi-bunyi bahasa (fon) yang dihasilkan oleh manusia. • Tujuan – menghuraikan cara bunyi dihasilkan dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Konsep Fonemik • Kajian sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik. • Tujuan – menentukan dan mengenal fonem-fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan. Konsep Alofon • Kelainan bunyi bagi sesuatu fonem. • Setiap alofon yang menjadi anggota fonem digunakan dalam lingkungannya sendiri, dan lingkungan-lingkungan pemakaian alofon dari satu fonem dikatakan penyebarannya • Contohnya, fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, iaitu tidak diletupkan. Daripada ketiga-tiga contoh kata tersebut, fonem p mempunyai dua alofon. Konsep Fonem • Unit bahasa terkecil yang berfungsi membezakan makna perkataan. • Fonem ialah suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. Konsep Bunyi • Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ pertuturan dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata mengikut sesuatu peraturan atau sistem bunyi bahasa. • Kurungan siku [ ] digunakan untuk bunyi bahasa. Konsep Huruf • Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. • Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. • Nama huruf berbeza dengan nama fonem. Contoh: “em” bagi (m). Konsep Suku Kata • Bunyi atau gabungan bunyi yang membentuk kata. • Bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. • Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. • Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. NOTA Ekspres BAB 2 Bidang Fonologi 2.1 Definisi Konsep N&L STPM BM S1(B2).indd 52 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 53 Lelangit lembut Rongga hidung Lidah Gigi Bibir Pita suara Saluran udara Diafragma Paru-paru Rajah 2.1 Alat penafasan ❒ Alat Ujaran: Alat yang terlibat dengan sistem pernafasan, iaitu berkaitan dengan sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru, dan alat yang terlibat secara langsung dengan proses pengeluaran bunyi bahasa, contohnya bahagian-bahagian lidah. ❒ Alat Pernafasan: Paru-paru, rongga hidung, rongga rengkung, rongga mulut dan rongga tekak. ❒ Alat sebutan: Alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi iaitu lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Pada amnya, bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh tiga kategori alat, iaitu artikulator atau alat artikulasi, titik atau daerah artikulasi dan udara. Lelangit lembut Rongga hidung Lelangit keras Gigi atas Gusi Bibir atas Arus udara Bibir bawah Gigi bawah Tengah lidah Depan lidah Belakang lidah Glotis Paru-paru Rongga mulut Larings Esofagus Epigiotis Anak tekak Farinks (rongga tekak) Rajah 2.2 Alat sebutan ❒ Alat Artikulasi: Alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. ❒ Dua bibir: Bibir atas dan bibir bawah atau kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Contohnya, untuk menghasilkan bunyi-bunyi i, b dan w. ❒ Lidah: Alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah (bahagian lidah yang bertemu dengan gigi), daun lidah (bahagian lidah yang bertemu dengan gusi), depan lidah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras 2.2 Penggolongan dan Penghasilan Bunyi Bahasa N&L STPM BM S1(B2).indd 53 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
54 55 atau bahagian lidah selepas daun lidah), belakang lidah (bahagian lidah yang paling belakang), akar lidah (bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak). ❒ Lelangit Lembut: Bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru-paru boleh keluar melalui rongga tekak. Jika lelangit lembut diturunkan, udara akan keluar melalui rongga hidung. Bunyi-bunyi sengau akan terhasil. ❒ Pita Suara: Terletak dalam rongga rengkung. Terdiri daripada otot-otot selaput. Pita suara boleh dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara yang kuat daripada paru-paru mengakibatkan rapatan itu dilepaskan dengan serta-merta, terjadilah bunyi letupan pita suara, yang dilambangkan seperti [ʔ]. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru-paru boleh melaluinya. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [a]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnya, [s]. Daerah Artikulasi Bahagian dalam rongga mulut, iaitu gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras dan velum (bahagian atas lelangit lembut) yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Walau bagaimanapun, daerah-daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu. • Gigi – tidak begitu aktif peranannya. • Gusi – terletak di antara gigi dengan lelangit keras. • Lelangit keras – bahagian selepas gusi. • Rongga – iaitu rongga mulut, tekak dan hidung. • Rahang – kedudukan rahang menentukan jenis vokal (luas, separuh luas, sempit atau separuh sempit). Pita suara disempitkan (bunyi yang dihasilkan berbisik) Pita suara tertutup Pita suara terbuka N&L STPM BM S1(B2).indd 54 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
54 55 Penggolongan dan Penghasilan Bunyi Bahasa 1 Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu, iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang. 2 Ciri-ciri: • bersuara, iaitu pita suara digetarkan; • udara keluar dari paru-paru berterusan; • udara keluar tanpa sekatan atau geseran. 3 Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri, iaitu: • keadaan bibir – sama ada dihamparkan atau dibundarkan; • bahagian lidah yang terlibat – sama ada depan lidah atau belakang lidah; • turun naik lidah – sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan; • keadaan lelangit lembut – sama ada dinaikkan, dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan). Vokal 1 Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri, iaitu: • konsonan bersuara dan tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak; • arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran; • semasa menghasilkannya, berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi; • ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. 2 Penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan juga oleh keadaan glotis, keadaan lelangit lembut boleh dinaikturunkan, cara arus udara keluar dari paru-paru, dan sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Konsonan 1 Urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. 2 Penghasilan urutan vokal ini adalah dalam satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. 3 Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal, misalnya /ai/, /oi/ dan /au/. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong. 4 Pita suara bergetar sewaktu penghasilannya. Diftong N&L STPM BM S1(B2).indd 55 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
56 57 Kedudukan dan Cara Penghasilan Bunyi Vokal Luas [a] Depan Sempit [i] Tengah Belakang [u] [o] [ə] Separuh sempit [e] Separuh luas [ε] Bibir hampar Bibir bundar Rajah 2.3 Carta vokal asli bahasa Melayu ❒ Konsep depan, tengah dan belakang bermaksud bahagian lidah yang terlibat, iaitu depan, tengah dan belakang lidah. ❒ Sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas bermaksud keadaan rongga mulut ketika vokal dibunyikan. ❒ Garis-garis lintang pula ialah gambaran ketinggian lidah ketika dinaikkan. ❒ Bunyi vokal depan separuh sempit [e] dan vokal tengah [ ] dilambangkan dengan huruf yang sama, iaitu e. Vokal depan separuh sempit [e] ialah e taling dan vokal tengah [ ] ialah e pepet. Contoh kata bervokal e taling ialah denak, enak, teres. Contoh kata bervokal e pepet ialah besar, beras, tengah. ❒ Vokal i ialah vokal depan sempit, vokal a ialah vokal depan luas, vokal u ialah vokal belakang sempit dan vokal o ialah vokal belakang separuh sempit. ❒ Vokal i, a dan u boleh hadir di awal, tengah dan akhir kata manakala vokal [e] – (e taling), o, dan [ ] – (e pepet) hanya hadir di awal dan tengah kata asli bahasa Melayu. Vokal e taling, e pepet dan o hanya hadir pada akhir kata pinjaman yang bersuku kata terbuka contohnya kata tauke, realisme dan logo. Kedudukan lidah Keadaan bibir Depan Tengah Belakang Sempit i u Separuh sempit e (e taling) Contoh: leka o Separuh luas ε ( ) – (e pepet) Contoh: besar Luas a Jadual 2.1: Vokal asli bahasa Melayu N&L STPM BM S1(B2).indd 56 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
56 57 Kedudukan Vokal Awal perkataan Tengah perkataan terbuka Tengah perkataan tertutup Akhir perkataan i itu bilas pintu api e (taling) ekar berang bengkok – a akar barang bantu bola e (pepet) emak belah bengkak – u ubat sudah buntal palu o olah boleh dompet – Jadual 2.2: Taburan vokal asli bahasa Melayu Vokal belakang separuh sempit [o] Belakang lidah diturunkan sepertiga, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutupi rongga hidung, udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut dan bibir berkeadaan bundar. Vokal tengah e pepet [ ] Bahagian tengah lidah dinaikkan ke bahagian pertemuan antara lelangit keras dengan lelangit lembut, kemudian lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutupi rongga hidung, udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara, dan keadaan bibir pula adalah dalam keadaan biasa. Bunyi separuh vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal, tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan vokal, kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal lain dan berlaku secara geluncuran. Hal ini menjadikan separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal, tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah [w] dan [y]. Vokal belakang sempit [u] Belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuhnya, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutupi rongga hidung, udara dari paru-paru pula keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut dan pita suara bergetar, dan bibir dalam keadaan bundar. Vokal depan sempit [i] Bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang menutup rongga hidung, udara dari paru-paru akan melalui rongga mulut tanpa sekatan dan pita suara bergetar, bibir pula dalam keadaan hampar. Vokal depan separuh sempit e taling [e] Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukannya, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung, udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan dan menggetarkan pita suara, bibir pula terhampar. Vokal depan luas [a] Bahagian depan lidah diturunkan serendahrendahnya, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung, udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut dan menggetarkan pita suara, bibir terhampar. Cara Penghasilan Bunyi N&L STPM BM S1(B2).indd 57 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
58 59 Artikulasi Tambahan/Artikulasi Sertaan Nasalisasi (Penyengauan) • Nasalisasi berlaku apabila sesuatu vokal mengikuti bunyi konsonan sengauan iaitu m, n, ng dan ny. Contoh: me-nya-nyi, ma-na. • Dalam struktur KVKV dan KVKVK yang mempunyai konsonan pertama sengau manakala konsonan keduanya terdiri sama ada separuh vokal [y] atau [w] atau geseran glotis [h]. Contoh: Na-was, ma-ha, ma-hu. • Vokal rangkap yang mengikuti konsonan sengau berstruktur KVVK dan KVKVV. Contoh: mu-al, kur-nia, sem-pua, nyiur. Glotalisasi (Pengglotisan) • Bunyi hentian glotis [ʔ] terhasil apabila kita mempunyai vokal rangkap ea dan ae atau dua vokal yang sama. • Hadir juga apabila awalan ke- dan ke-…-an diimbuhkan pada perkataan yang bermula dengan bunyi vokal. Contoh: keadaan dibunyikan [keʔadaʔan] dan keenakan dibunyikan [keʔenakan]. Labialisasi (Pembibiran) • Bunyi seperti bunyi konsonan separuh vokal /w/ akan terhasil apabila vokal rangkap ua dan au dibunyikan, contohnya buat dibunyikan [buwat], kaut disebut [kawut], dan raut dibunyikan [rawut]. Palatalisasi (Pelelangitkerasan) • Bunyi seperti konsonan separuh vokal /y/ akan terhasil apabila menyebut dan membunyikan vokal rangkap ai dan ia dibunyikan. Contohnya baik dibunyikan [bayik], bait disebut [bayit], daik disebut [dayik] dan dia disebut [diya]. Kedudukan dan Cara Menghasilkan Bunyi Konsonan Konsonan Asli Bahasa Melayu Terdapat 19 konsonan asli bahasa Melayu yang diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya, iaitu: ✰ Tujuh konsonan letupan, iaitu letupan dua bibir tak bersuara [p] dan bersuara [b], letupan gusi tak bersuara [t] dan bersuara [d], letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan bersuara [g] dan letupan pita suara [ʔ]. ✰ Dua konsonan letusan atau afrikat, iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j]. ✰ Dua bunyi geseran atau frikatif, iaitu geseran gusi tak bersuara [s] dan geseran pita suara [h]. ✰ Satu konsonan getaran dan satu konsonan sisian, iaitu getaran gusi bersuara [r] dan sisian gusi bersuara [l]. ✰ Bunyi konsonan sengau asli pula terdiri daripada sengau dua bibir [m], sengau gusi [n], sengau gusi-lelangit keras [ɲ] dan sengau lelangit lembut [ŋ]. Kesemua bunyi sengau adalah bersuara. ✰ Dua separuh vokal, iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. N&L STPM BM S1(B2).indd 58 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
58 59 Daerah sebutan Cara sebutan Keadaan pita suara Bibir Gigi-gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Glotis TB B TB B TB B TB B TB B Letupan p b t d – – k g k[ʔ] – Letusan – – – – c[č] j[ǰ] – – – – Sengauan – m – n – ny[ɲ] ng[ŋ] – – Geseran – – s – – – – – h – Getaran – – – r – – – – – – Sisian – – – l – – – – – – Separuh vokal – w – – – y – – – – Jadual 2.3: Konsonan Asli Bahasa Melayu 10 huruf konsonan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan t hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan Konsonan b, d, g, c dan j hanya berada pada akhir perkataan pinjaman Huruf konsonan ny, w dan y tidak terdapat pada akhir perkataan asli bahasa Melayu Cara Menghasilkan Bunyi Konsonan Asli Konsonan Letupan 1 Konsonan letupan dua bibir tak bersuara [p] • dua bibir ditemukan; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di belakang dua bibir yang dirapatkan; • kemudian udara yang tersekat dilepaskan serta-merta; • pita suara tidak bergetar. 2 Konsonan letupan dua bibir bersuara [b] • dua bibir dirapatkan; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian dua bibir yang dirapatkan; • kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta; • pita suara bergetar. 3 Konsonan letupan gigi-gusi tak bersuara [t] • hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara yang melalui rongga mulut dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi, • udara yang tersekat ini dilepaskan sertamerta; • pita suara tidak bergetar. 4 Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d] • hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara dari paru-paru dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi; • udara yang tersekat dilepaskan sertamerta; • pita suara bergetar. 5 Konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara [k] • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut sehingga menyekat udara yang keluar dari paru-paru dan bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut; • udara yang tersekat dilepaskan serta-merta; • pita suara tidak bergetar. N&L STPM BM S1(B2).indd 59 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
60 61 6 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut sehingga menyekat udara yang keluar dari paru-paru pada bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut; • sekatan udara dilepaskan serta-merta; • pita suara bergetar. 7 Konsonan hentian glotis [ʔ] • pita suara dirapatkan serapat-rapatnya; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara dari paru-paru dibiarkan tersekat pada bahagian belakang rapatan pita suara; • udara dilepaskan serta-merta; • pita suara tidak bergetar; • hentian glotis hadir pada akhir perkataan yang berakhir dengan huruf k. Konsonan Letusan 1 Konsonan letusan lelangit keras tak bersuara [č/c] • depan lidah ditemukan pada lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara yang melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras dilepaskan secara perlahan-lahan; • pita suara tidak bergetar. 2 Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ǰ/j] • depan lidah ditemukan pada lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara yang melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras dilepaskan secara perlahan-lahan; • pita suara bergetar. Konsonan Geseran 1 Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s] • daun lidah didekatkan ke daerah gigi-gusi tetapi tidak sampai menyentuhnya; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi sehingga berlaku sempitan dengan daun lidah; • pita suara tidak bergetar. 2 Konsonan geseran glotis tak bersuara [h] • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • pita suara direnggangkan luas; • udara yang keluar dari paru-paru bebas melalui glotis yang terbuka seperti keadaan biasa ketika bernafas; • pita suara tidak bergetar. Konsonan Getaran 1 Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r] • hujung lidah dikenakan ke gigi-gusi dan menampar gusi beberapa kali; • lelangit lembut dinaikkan; • udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigigusi; pita suara bergetar. Konsonan Sisian 1 Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [l] • hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak; • udara dari paru-paru keluar melalui tepian lidah (kiri dan kanan); • pita suara digetarkan. Konsonan Sengauan 1 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m] • bibir bawah dirapatkan ke bibir atas; • lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung; • glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. 2 Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n] • hujung lidah ditemukan dengan gusi; • lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung; • glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. 3 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ɲ/ny] • depan lidah dirapatkan ke langit keras, lelangit lembut diturunkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung; • glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. 4 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ/ng] • belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut yang dalam keadaan biasa; • arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung; • glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. N&L STPM BM S1(B2).indd 60 18/05/2023 7:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
60 61 Konsonan Separuh Vokal 1 Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] • bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut; • lelangit lembut terangkat ke belakang rongga tekak; • pita suara digetarkan manakala lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. 2 Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y] • depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir terhampar; • lelangit lembut terangkat ke belakang rongga tekak; • pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan mengeluarkan vokal tengah. Bahasa Sumber Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Portugis Bahasa Belanda Bahasa Jawa Bahasa Inggeris Bahasa Minangkabau ◗ Bahasa Melayu telah menerima sebanyak sembilan konsonan pinjaman yang terdiri daripada satu jenis letupan (q) dan lapan lagi daripada jenis bunyi geseran. ◗ Terdapat konsonan-konsonan asing yang disesuaikan dengan bunyi-bunyi Melayu mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu iaitu th, dz, atau dh, sh, dan q yang ditukar menjadi s, z, atau d, sy, dan k. ◗ Ada konsonan asing yang tetap kekal dalam perkataan-perkataan yang dipinjam itu terutama istilah keagamaan yang berkait dengan akidah dan al-Quran. Contohnya, al-Quran, qari, fasakh. Daerah Cara sebutan Bibir-gigi Gigi Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak TB B TB B TB B TB B TB B TB B Letupan – – – – – – – – – – q – Geseran f v (th) Ɵ (dz/ dh) ð z (sy) š (kh) [x] (gh) ɣ Jadual 2.4: Konsonan pinjaman Konsonan Pinjaman Bahasa Melayu N&L STPM BM S1(B2).indd 61 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62 63 Cara Penghasilan Konsonan Pinjaman Konsonan geseran lelangit keras tak bersuara [š/sy] • bahagian belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak; • glotis pula direnggangkan dan pita suara tidak bergetar; • contoh: [šampu]/syampu, [ma š hur]/masyhur, [skuaš]/skuasy. Konsonan geseran gigi bersuara [ð/dh] • daun lidah berada antara gigi atas dan gigi bawah; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak; • pita suara bergetar; • contoh: [ðarurat]/ dharurat, [haðir]/hadir. Konsonan geseran bibirgigi tak bersuara [f] • bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi sempit; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak; • arus udara dari paru-paru keluar melalui sempitan; • pita suara tidak bergetar. Konsonan geseran lelangit lembut bersuara [ˠ/gh] • cara penghasilan sama dengan [x]; • perbezaannya, pita suara bergetar. Contoh: [ˠaib]/ ghaib, [maˠrib]/maghrib, [mubaliˠ]/mubaligh. Konsonan geseran gigi tak bersuara [Ɵ/th] • daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak; pita suara tidak bergetar; • contoh:[ Ɵ ala Ɵ a]/ thalatha, [miƟal]/misal, [bahaƟ]/bahath. Konsonan geseran gigigusi bersuara [z] • hujung lidah dirapatkan dengan daerah gigi-gusi bagi menyempitkan laluan udara; • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak; • glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v] • cara penghasilan sama dengan [f]; • perbezaannya ialah pita suara bergetar. Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara [x/kh] • belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak; • glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar; • contoh: [xabar]/khabar, [ixtiar]/ikhtiar, [fasax]/ fasakh. N&L STPM BM S1(B2).indd 62 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
62 63 Konsonan rangkap – dua atau lebih konsonan hadir secara berturutan dalam sesuatu suku kata. Konsonan-konsonan ini tidak dipisahkan oleh vokal. Contoh: str dalam stratifikasi, nk dalam bank, ks dalam kompleks, kr dalam kriteria, pl dalam plan Konsonan rangkap berbeza dengan dua huruf konsonan (berpasang) yang melambangkan satu fonem, iaitu ng = fonem [ŋ], ny = fonem [ɲ], kh = fonem [x], gh = fonem [ˠ], th = fonem [Ɵ], dh – fonem [ð] PENTING!!! 2.2.3 Diftong Diftong Awal kata Tengah kata Akhir kata ai aising hairan pandai au aurat saudara kalau oi oidium boikot dodoi Cara Menghasilkan Bunyi Diftong Diftong [ai] • Lidah berada pada kedudukan vokal depan luas [a] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i]. • Bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [i], tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut. • Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah. • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. • Bibir dihamparkan. Diftong [oi] • Lidahmula-mulaberadapadakedudukan vokal belakang separuh sempit [o], kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [i]. • Pada mulanya bibir dibundarkan, tetapi kemudian menjadi semakin hampar. • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. • Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Diftong [au] • Lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal depan luas [a], kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [u]. • Pada mulanya, bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. • Keadaan bibir daripada keadaan biasa menjadi bundar. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. 1 Urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini adalah dalam satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. 2 Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal, iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong. N&L STPM BM S1(B2).indd 63 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
64 65 Tengah [o] [ai] [oi] [au] ➤ ➤ ➤ Luas [a] Hadapan Sempit [i] Belakang [u] Separuh sempit [e] Anak panah ialah arah geluncuran pergerakan dari kedudukan vokal ke vokal yang lain Vokal Rangkap – urutan dua vokal penuh dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri. Contohnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya, a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata, iaitu da dan un. Vokal rangkap mesti dibezakan dengan diftong. nganga = [ŋaŋa] mukmin = [muʔmin] nyanyi = [ɲaɲi] masyhur = [mašur] skuasy = [skuaš] fasakh = [fasax] Transkripsi fonetik – Penulisan sesuatu ujaran dengan lambang fonetik dan perkataan yang ditanskripsikan menggunakan tanda kurung siku, iaitu [ ] Contoh 1 Unsur untuk membina suku kata ialah fonem sebelum atau sesudah puncak yang dikenali sebagai pemula bagi yang sebelum puncak atau penutup bagi yang sesudah puncak. 2 Suku kata dibahagi kepada dua kategori: • suku kata tertutup – suku kata yang diakhiri oleh konsonan; • suku kata terbuka – suku kata yang diakhiri oleh vokal. Struktur Suku kata Terdapat dua pola suku kata bahasa Melayu, iaitu pola suku kata asli bahasa Melayu dan pola suku kata pinjaman bahasa Melayu. Struktur suku kata asli: • V (a/pa, a/nak, e/kor, ka/e/dah, ba/u) • VK (am/bang, er/ti, om/bak, ma/in, ga/ul) • KV (ba/ru, ra/kit, to/lak, te/la/pak, i/bu) • KVK (a/nak, pin/tu, pe/ker/ti, hi/lang, be/lum) Struktur suku kata pinjaman: • KKV (dwi/bahasa, gra/ha, kri/tik, in/fra, ga/tra) • KKVK (blok, trak/tor, prak/tis, stan/dard) • VKK (eks/trem) • KVKK (teks, kon/teks, am/bu/lans, bank) • KKVKK (kom/pleks) • KKKV (stra/ta, stra/te/gi, skru) • KKKVK (struk/tur, in/struk/tur, skrip) 2.3 Struktur Suku Kata Bahasa Melayu N&L STPM BM S1(B2).indd 64 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
64 65 Pemisahan suku kata Kedudukan Jenis Suku Kata Cara Contoh Di tengah-tengah kata Dua huruf vokal yang berurutan Pemisahan tersebut dilakukan di antara keduadua vokal ka-in, sa-at, tu-ah, li-at Di tengah-tengah kata Terdapat huruf konsonan, termasuk gabungan huruf konsonan di antara dua huruf vokal Pemisahan tersebut dilakukan sebelum huruf konsonan atau gabungan huruf konsonan a-wak, ba-tang, ku-lit, ka-wan, a-syik, ke-nyang, a-khir, i-sya-rat, sa-ngat Di tengah-tengah kata Terdapat dua huruf konsonan yang berurutan, kecuali gabungan huruf konsonan Pemisahan tersebut wujud di antara kedua-dua huruf konsonan ken-di, lom-bong, swas-ta, mut-lak, Ap-ril Di tengah-tengah kata Terdapat tiga konsonan atau lebih Imbuhan (awalan dan partikel) Pemisahan tersebut dilakukan di antara huruf konsonan yang pertama (termasuk gabungan huruf konsonan) dengan huruf konsonan yang kedua kon-tra, ul-tra, in-fra, sang-gul, ang-klung, ikh-las, isy-ti-har Imbuhan (awalan dan partikel) Penyukuan kata dipisahkan sebagai satu kesatuan ma-kan-an, me-me-nuh-i, bel-a-jar, mem-ban-tu, per-gi-lah Suatu kata terdiri lebih daripada satu unsur, salah satu unsur itu dapat bergabung dengan unsur lain Pemisahan sukunya dilakukan dalam dua tahap: – Tahap 1 – di antara unsur-unsur itu – Tahap 2 – di antara suku masing-masing kilo-gram – ki-lo-gram, kilo-meter – ki-lo-me-ter, foto-grafi – fo-to-gra-fi, bio-grafi – bi-o-gra-fi, intro-speksi – in-tro-spek-si Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu 1 Sistem keselarasan huruf vokal ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup. Contohnya, lantik, boleh, lelong. 2 Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. 3 Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir yang diambil kira. Contohnya: semenanjung; seluruh, kerisik. 4 Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan keselarasan vokal. 5 Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, iaitu: N&L STPM BM S1(B2).indd 65 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
66 67 10 Pola tidak berubah Pola Contoh Pola Contoh a – a batal i – a bilang e (pepet) – a lekat o – a botak, sekolah e (taling) – a petak o – e (taling) oleh e (taling) – e (taling) leceh o – o tolong, seloroh e (t) – o esok, selekoh u – a pusat, belukar 8 Pola berubah Pola Contoh Pola Contoh a – e (taling) aleh a – i alih a – o batok a – u batuk a (pepet) – e (taling) lebeh e (pepet) – i lebih e (pepet) – o tempoh e (pepet) – u tempuh i – e (taling) pileh i – i pilih i – o tidor i – u tidur u – e (taling) puteh u – i putih u – o untok u – u untuk RUMUSAN 18 Pola keselarasan vokal – Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Suku kata Contoh penggunaan Praakhir Akhir a a asak, angkat, campak, jamban, badan, bandar a i alih, batik, gambir, habis, cantik, adik a u alun, ampuh, canggung, dangdut, datuk, basuh, cangkul e (pepet) a emak, geram, pejam, rencah, kelas, kemas, cerdas e (pepet) i betik, cerdik, emping, lembik, lebih, sengit e (pepet) u dengkur, empuk, gemuk, hembus, gembung, kedut, sembuh e (taling) a becak, endah, lenggang, mental, petak, dewan,serak e (taling) e (taling) enteng, gentel, jengkel, geleng, sekeh, cetek, meleset e (taling) o esok, belok, herot, lencong, mentol, jelepok, kelentong i a bidan, ingat, pinang, gitar, hidang, kelindan, girang i i fikir, iblis, jinjing, keliling, selisih, intip, sisik, bisik i u tidur, riuh, bisul, hirup, induk, lingkung, simpuh, selindung N&L STPM BM S1(B2).indd 66 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
66 67 o a otak, corak, dongak, olak, rosak, celopar, kontang o e (taling) oleh, colek, korek, ronggeng, tonggek, celoteh, conteng o o obor, contoh, jongkong, omboh, tonton, kelompok, pelosok u a umpat, budak, dulang, gusar, urat, tumpah, belulang, selumbar u i culik, sunting, gunting, jubin, musim, duit, kulit, seruling u u ukur, bubur, susut, sugul, syukur, tumbuh, tunggul, gemuruh Kekecualian Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu Pola vokal Contoh daripada bahasa Nusantara (Jawa/Indonesia) Contoh daripada bahasa Inggeris/Eropah a – e (pepet) banget, ganteng, kangen hamper, komander, panel a – e (taling) amben, awet, capek, pamer jaket, kaset, pakej, saspens, planet a – o calon, lakon, lapor, perabot aktor, atom, faktor, karbon, kontraktor e (pepet) – e (pepet) greget, kesel, pepet – e (pepet) – e (taling) gembleng intelek, setem e (pepet) – o embok, gembos, jempol, serot gabenor, kolesterol, interkom e (taling) – e (pepet) – gender, konvensyen, meter, renjer, treler e (taling) – i – enjin, hipotesis, kredit, objektif e (taling) – u – genus, rekrut, spektrum i – e (pepet) iseng filem, komited, kontinjen i – e (taling) imlek, wijen komisen, kriket, simen i – o ijon, singkong diftong, pistol, transistor, simbol o – e (pepet) dobel buldozer, moden, komponen o – i – fosil, gosip, polis, retorik, tonik o – u – bonus, fokus, konsul u – e (pepet) luwes, ruwet, budek, buntel komputer, skuter, snuker u – e (taling) buset, tulen bitumen, dokumen, subjek u – o keluron, kulon, lelucon konduktor, kupon, tutor N&L STPM BM S1(B2).indd 67 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
68 69 PENTING!!! ❒ Tanda sempang hendaklah digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas. ❒ Tanda sempang perlu digunakan apabila bentuk terikat (anti-, pan-, pra-, pro-, dan sebagainya) diikuti oleh kata nama khas. Sistem Ejaan Rumi Baharu 1972 1 Perubahan lima huruf konsonan, ch – c, dh – d, dz –z, sh – sy, th – s. Contoh: • meshuarat – mesyuarat • chacing – cacing • dharurat – darurat • dzalim – zalim • mithal – misal 3 Pengenalan tiga huruf konsonan supaya digunakan secara tetap. Contoh: • q – digunakan untuk melambangkan huruf Jawi qaf bagi mengeja istilah yang berhubung dengan agama Islam • v – untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa asing lain • x – hanya pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z seperti xilosa, xenon, x-ray 5 Pemansuhan penggunaan angka 2 untuk menulis kata ganda dan digantikan dengan penggunaan tanda sempang. Contoh: • anak2 – anak-anak • bersama2 – bersama-sama • terangguk2 – terangguk-angguk • bersuka2an – bersuka-sukaan • mendewa2kan – mendewa-dewakan 2 Pengguguran atau penggantian penggunaan lambang koma di atas. Contoh: • (') dan (') dengan huruf konsonan Rumi baharu • enche' – encik • sa'at – saat • 'alam – alam 4 Pengguguran tanda sempang (-) pada awalan di- dan sa- (kini dieja sebagai se), akhiran -nya, kata depan di- dan ka- (kini dieja sebagai ke), serta partikel -lah, -kah dan -tah. Contoh: • di-baca – dibaca • sa-orang – seorang • di-sekolah – di sekolah • ka-sana – ke sana • siapa-kah – siapakah • apa-tah – apatah 2.4 Sistem Ejaan Bahasa Melayu N&L STPM BM S1(B2).indd 68 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
68 69 Pengejaan Kata Pinjaman 1 Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu. c – s, c/cc – k, cc – ks, ch – c, ph – f, ch – k, s – z, sc – s, sc – sk, q – k, th – t, x – ks, y – i 2 Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama. bb – b, ff – f, gg – g, mm – m, ll – l, nn – n, ss – s, tt – t, z – z 3 Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal. au – au, ea – ea, ea – i, ia – ia, ei – ei, ei – i, ee – i, iu – iu, ou – au, ou – u, oa – o, oo – u, ue – u 4 Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pengubahsuaian. block – blok, clinik – klinik, cream – krim, protocol – protokol, prism – prisma, subversive – subversif 5 Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis sebagai g juga dan disebut sebagai [g] dalam bahasa Melayu. generation – generasi tragedy – tragedi psychology – psikologi technology – teknologi 6 Kata yang asalnya berakhir dengan -sion, -sional, -tion, -tional menjadi si, sen, syen dan sional. national – nasional tradition – tradisi professional – profesional traditional – tradisional 7 Pengejaan kata yang berakhir dengan -ism mechanism – mekanisme nasionalism – nasionalisme komunism – komunisme socialism – sosialisme 8 Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap. pie – pai, ballon – belon bureau – biro, file – fail grant – geran, size – saiz class – kelas, stamp – setem Kata Berimbuhan 1 Pengejaan imbuhan awalan (a) Semua imbuhan tidak boleh berdiri sendiri. Oleh sebab itu, imbuhan awalan ditulis serangkai atau bercantum dengan kata dasarnya. me+tebas – menebas swa+layan – swalayan bi+adab – biadab (b) Imbuhan + kata nama khas, perlu diletakkan tanda sempang. se+Malaysia – se-Malaysia anti+Israel – anti-Israel 2 Pengejaan imbuhan akhiran hari+an – harian baik+i – baiki beli+kan – belikan ustaz+ah – ustazah 3 Pengejaan imbuhan apitan me+lerai+kan – meleraikan di+hadap+kan – dihadapkan 4 Pengejaan imbuhan sisipan langit+el – lelangit guruh+em – gemuruh sambung+in – sinambung 5 Maha ditulis dengan dua cara, iaitu: (a) serangkai dengan kata dasar kata nama maha+karya – mahakarya maha+raja – maharaja (b) terasing jika merujuk Allah S.W.T (Maha Agung, Maha Pengasih) Maha+Agung – Maha Agung Maha+Pengasih – Maha Pengasih N&L STPM BM S1(B2).indd 69 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
70 71 Peraturan Penjamakan Kata Majmuk 1 Menggandakan perkataan pertama sahaja: suku kata – suku-suku kata. 2 Menggunakan penanda jamak (semua, banyak, sekumpulan, beberapa, para, sebilangan, sebahagian, persatuan): Persatuan Bekas Perajurit, para peserta. 3 Penjamakan kata majmuk yang telah mantap – (keseluruhan kata majmuk digandakan): warganegara-warganegara, suruhanjayasuruhanjaya. Peraturan Pengimbuhan Kata Majmuk 1 Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan dan pengimbuhannya terdapat dalam dua bentuk: • apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaan kata majmuk tetap dieja terpisah Contoh: Litar selari – berlitar selari, daya serap – daya serapan; • apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan, ejaan kata majmuk bercantum Contoh:campuraduk–mencampuradukkan, urus niaga – diurusniagakan Kata Ganda 1 Dibentuk daripada proses menggandakan atau mengulang seluruh kata atau sebahagian kata. 2 Tanda sempang (-) akan diletakkan pada bahagian kata yang diulang. Pengejaan Kata Ganda 1 Penggandaan penuh merupakan proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. 2 Penggandaan separa ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja dan kata dasar tersebut boleh terdiri daripada kata tunggal ataupun kata terbitan. Kata Majmuk 1 Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. 2 Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang sisipan unsur lain. (a) Rangkaian kata bebas bandar raya lebuh raya pasar raya kereta lembu gambar rajah Perdana Menteri Ketua Menteri kuning langsat tengah hari Naib Canselor jam tangan terima kasih (b) Istilah khusus model linear lut sinar garis pusat telefon dail terus pita suara urus setia atur cara telefon mudah alih kemas kini segi tiga cari gali mata pelajaran (c) Kiasan atau simpulan bahasa kaki ayam buah tangan pilih kasih berat mulut bulan madu anak emas duit kopi tumbuk rusuk makan angin ayam tambatan buah mulut buah tangan (d) Kata majmuk yang telah mantap – dieja sebagai satu perkataan antarabangsa suruhanjaya tandatangan matahari pesuruhjaya kerjasama bumiputera sukarela kakitangan jawatankuasa setiausaha warganegara olahraga tanggungjawab N&L STPM BM S1(B2).indd 70 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
70 71 (i) Proklitik Di hadapan perkataan ku kukasihi, kuhayati, kuambil kau kaubaca, kaudamba, kaucinta (ii) Enklitik Di belakang perkataan ku kasihku, hidupku, nafasku mu (manusia) kasihmu, hidupmu, nafasmu, hadirmu, tanggungjawabmu Mu (merujuk Tuhan/Allah) – ejaan mestilah diletakkan tanda sempang dan huruf pertama mu-, dihurufbesarkan kasih-Mu, rahmat-Mu nya (manusia) Nya (merujuk Tuhan/Allah) – ejaan mestilah disempangkan dan huruf pertama dibesarkan kasihnya, hidupnya, nafasnya, kasih-Nya, Rahmat-Nya -lah, -tah, -kah apatah, bilakah, tolonglah 2.5 Tanda Baca 1 Fungsi: • membantu kita memahami ayat; • menimbulkan kejelasan dan ketepatan makna dalam ayat. 3 Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. • Penggandaan berentak pengulangan vokal: – penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu; – terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. • Penggandaan berentak pengulangan konsonan: – penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. • Penggandaan berentak bebas: – penggandaan yang tidak mempunyai ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Kata Sendi Nama 1 Kata sendi nama ke dan di ditulis terpisah daripada perkataan yang mengikutinya. Contoh: di kafe siber, di tepian gelanggang, ke dewan makan, dan ke sana. 2 Kata sendi nama ke ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya apabila kedua-duanya dijadikan dasar bagi sesuatu perkataan berimbuhan. Contoh: ke tengah – mengetengahkan, ke belakang – terkebelakang, ke samping – dikesampingkan. Klitik 1 Bentuk terikat yang tidak boleh dianggap sebagai perkataan tetapi boleh hadir pada sesuatu frasa atau klausa. 2 Ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya atau mengikutinya. 3 Terdapat dua jenis klitik, iaitu proklitik (kata ganti nama singkat yang hadir di hadapan perkataan, iaitu ku dan kau) dan enklitik (kata ganti nama singkat, iaitu ku, mu, nya dan partikel penegas -lah, -tah, dan -kah yang hadir di belakang perkataan. N&L STPM BM S1(B2).indd 71 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
72 73 Mengakhiri sesuatu ayat sama ada ayat penyata atau ayat perintah. Contoh: • Pendapatan keluarga itu kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang sahaja. • Pergilah ke mana-mana juga yang kamu inginkan. Menandakan sesuatu bentuk atau perkataan telah mengalami pemendekan/penyingkatan. Contoh: Dr.( Doktor), Hj. (Haji), Sdn. Bhd. (Sendirian Berhad), s.k. (salinan kepada), YBhg. (Yang Berbahagia), spt.(seperti), u.p. (untuk perhatian), dsb. (dan sebagainya). Menunjukkan tanda perpuluhan dalam matematik. Contoh: 3.5 (tiga perpuluhan lima) Memisahkan nilai sen daripada nilai besar wang. Contoh: RM150.15, $125.50.(e) Menulis tarikh Contoh: 12.01.1961, 18hb. Jun 1963, 28.10.2003, 19hb.Januari 2000 Tanda noktah (.) Hadir pada akhir ayat tanya. Contoh: Bilakah keputusan peperiksaan STPM diumumkan? Digunakan dalam ragam bahasa ingkar. Contoh: Bagaimanakah rakyat hendak maju? Fikirkanlah. Bukankah kemajuan itu menghalang kita daripada jumud? Tanda soal atau tanda tanya (?) Menggambarkan pelbagai perasaan seperti suka, duka, hairan, marah, kagum. Contoh:Cis, beginikah saudara membalas budi saya! Berkait rapat dengan kata seru, iaitu wah, aduh, amboi, cis, aduhai, ceh dan eh. Contoh:Wah, cantiknya kereta kamu! Tanda seru (!) Ditulis pada akhir ayat seru. Contoh: Keluar dari dewan ini! Digunakan dalam ayat sebagai tanda penegasan dan tanda seru, ditulis di akhir ayat sama ada ayat itu pendek atau panjang atau mengandungi satu perkataan atau lebih. Contoh: • Ibu! Duniaku kian kelabu. • Diskaun sehingga 70% bakal dinikmati oleh semua pelanggan! Ditulis pada akhir ayat perintah (ayat suruhan, permintaan, larangan dan silaan. Contoh: Masuk! Menandakan permulaan ayat Contoh: • Pelajar ialah modal insan dan aset negara yang berguna. • Cikgu Mardhia berkata, “Tulislah mengikut kehendak soalan.” Menulis nama khas seperti nama orang, nama tempat dan gelaran Contoh: Datuk Affan bin Othman, Haji Zulkefli bin Ahmad, Wangsa Jaya, Hospital Damai Huruf besar N&L STPM BM S1(B2).indd 72 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
72 73 Tanda Koma (,) 1 Berfungsi sebagai unsur pemisah. (a) Unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan. Contoh: Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. (b) Memisahkan kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat induk. Contoh: Tidak dibenarkan masuk, kecuali dengan urusan. (c) Memisahkan frasa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang). Contoh: Untuk menyiapkan kerja itu, mereka memerlukan… (d) Memisahkan kata seru di hadapan ayat induk. Contoh: Aduhai, seksanya badan menanggung rindu! (e) Memisahkan kata seru dengan nama khas di hadapan ayat induk. Contoh: Hai Jebat, rosak bawang kerana jambak! (f) Memisahkan baris-baris dalam alamat surat-menyurat. (g) Sebelum “dan”, “atau”, dan “serta” yang diikuti dengan frasa. Contoh: Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan itu sama ada belum, sedang, atau sudah dilakukan. (h) Memisahkan baris-baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga. Contoh: Di mana daik hendak kupetak, Antara gunung dengan titi; Di mana adik hendak kuletak, Antara jantung dengan hati. (i) Memisahkan kata pangkal ayat daripada bahasa asing di hadapan ayat. Contoh: Alhamdulilah, semuanya selamat. (j) Memisahkan nama khas atau judul pendahuluan lain di pangkal ayat induk. Contoh: Tuan Pengerusi, apakah keputusan mesyuarat lalu? (k) Memisahkah kata pembenar di pangkal ayat. Contoh: Benar, pelajar itu tidak bercakap bohong. (l) Memisahkan ayat petikan langsung. Contoh: Katanya, “Esok kita pulang.” (m) Memisahkan beberapa ayat setara. Contoh: Amin merebahkan diri di atas katil, lalu tidur. (n) Memisahkan bahagian awal ayat dengan petikan langsung. Contoh: Katanya, “Saya akan datang esok.” (o) Memisahkan klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat atau gaya yang mendahului ayat induk. Contoh: Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan. (p) Memisahkan ayat induk daripada judul pendahuluan di akhir ayat. Contoh: Apakah keputusan mesyuarat yang lalu, Tuan Pengerusi? (q) Memisahkan kata pangkal ayat sebagai kata praklausa. Contoh: Hatta, baginda pun belayarlah dengan senang hati. 2 Berfungsi sebagai pelengkap. (a) Sebelum klausa. Contoh: Menteri Pelajaran berkata, kajian akan dibuat segera. (b) Sebelum kata hubung tertentu di akhir ayat: Contoh: Ada empat orang yang ponteng, sebenarnya. (c) Selepas kata hubung di pangkal ayat kedua dalam ayat yang disatukan dengan tanda koma bertitik. Contoh: Dia sudah berangkat dahulu; padahal kita telah berjanji berangkat bersama-sama. (d) Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang menjadi penjelasan lanjut kepada frasa akhir ayat induk. Contoh: Sofea ke kota dengan kereta abangnya, Persona merah. (e) Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan “iaitu”, “yakni”, “misalnya”. Contoh: Ada dua warna yang diminatinya, iaitu merah dan kuning. (f) Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang membawa erti penidakan, pertentangan, pembukanan. Contoh: Dia berasal dari Kedah, bukannya Kelantan. Keterangan lanjut tentang sesuatu yang telah diterangkan sebelum ini atau ingin memperincikan perkara sebelumnya. Contoh: Pelajar warga asing (khususnya dari Afrika) kian membanjiri IPTS di Malaysia. Mengurungkan kata singkatan selepas menulis perkataan penuh sesuatu institusi atau pertubuhan. Contoh: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim). Tanda kurung ( ) N&L STPM BM S1(B2).indd 73 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
74 PB 3 Berfungsi sebagai unsur pengapit. (a) Mengapit aposisi selepas “dan”, “atau”, “tetapi”. (b) Mengapit aposisi keterangan predikat. (c) Mengapit aposisi yang bermula dengan “atau” sebagai kelainan cara menyatakan makna bagi subjek. (d) Mengapit aposisi “dan sebagainya”, “dan yang lain”, dan seumpamanya. (e) Mengapit aposisi keterangan objek dalam ayat pasif. (f) Mengapit aposisi selepas subjek dengan “itu”, “ini”, “tersebut”. (g) Mengapit aposisi objek tepat dan objek sipi ayat aktif. (h) Mengapit aposisi keterangan subjek. Tanda Titik Bertindih (:) 1 Memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan. 2 Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan bibliografi. 3 Menulis kata bual berbentuk dialog dalam drama. 4 Menulis masa atau jam. Contoh: 12:30 tengah hari. 5 Menulis kadar atau nisbah. Contoh: 1:2 (1 nisbah 2). 6 Memperkenalkan atau menambahkan keterangan. Tanda Koma Bertitik (;) 1 Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun, dan lalu. 2 Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagianbahagian keterangan dipisahkan oleh koma. 3 Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. 4 Memisahkah klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, dan sebagainya. Tanda Petik (“ ”) 1 Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat: Contoh: Sajak “Aduhai Pentafsir”, karya Zurinah Hassan… 2 Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada nashkah atau bahan bertulis. 3 Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus: Contoh: Amirul sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini. Tanda Petik Tunggal (‘ ’) 1 Digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah dapat tanda petik. “Amboi, sejak menjadi ‘orang kaya baru’, batang hidungnya pun tak nampak!” sindir Hana. Tanda Elipsis (…) 1 Pengguguran di bahagian awal ayat. Contoh: …bahawa kita menemui jalan penyelesaian telah kian jelas. 2 Pengguguran di bahagian akhir teks. Bagi pengguguran selepas ayat lengkap, tanda titik pertama ialah tanda noktah bagi ayat berkenaan. Tiga titik berikutnya menunjukkan petikan yang digugurkan dengan penjarakan di antara tanda noktah akhir ayat dan elipsis: Contoh: Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah dan bakal berkembang pesat. … menghasilkan muridmurid yang terampil bahasanya … Tanda Sempang (–) 1 Menulis kata ganda sama ada kata ganda seluruh, separa, berentak atau berimbuhan. 2 Merangkaikan huruf kecil dan besar ketika menulis imbuhan pinjaman yang digandingkan dengan kata nama khas. Contoh: anti-Amerika, pro-Israel. 3 Menulis tahun dan akhiran -an. Contoh: tahun 1990-an. 4 Menyambung suku kata yang terpisah kerana penggantian baris. Contoh: Isu pemerdagangan orang semakin mendapat perhatian kini. 5 Unsur pemisah antara satu kenyataan yang dibuat terdahulu dengan kenyataan lain seterusnya. Contoh: Hasil siasatan telah dibawa ke Makmal Forensik – tindakan lanjut oleh pasukan pendakwaan akan dimaklumkan kepada Peguam Negara. 6 Menunjukkan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah. Contoh: geseran gigi-gusi tak bersuara,alat pandang-dengar. 7 Merangkaikan huruf kecil dan besar ketika menulis klitik yang merujuk Tuhan atau Allah. Contoh: rahmat-Mu, rahmat-Nya. 8 Menulis ke- dengan angka bagi nombor ordinal bermula nombor 11 ke atas. Contoh: ke-11, ke-50, ke-100. N&L STPM BM S1(B2).indd 74 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 75 1 Fonologi ialah kajian aspek secara umum dan bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa. 2 Konsep fonetik ialah kajian . 3 Fonem ialah yang berfungsi membezakan makna perkataan. 4 Alofon ialah . 5 Suku kata ialah iaitu bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. 6 Lengkapkan jadual di bawah. Suku kata terbuka Suku kata tertutup 7 Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh tiga kategori alat, iaitu: (a) (b) (c) 8 Lengkapkan keterangan berkaitan lidah di bawah. (a) Lidah (b) (c) 9 Lengkapkan keterangan berkaitan pita suara di bawah. (a) Pita suara (b) (c) Latihan Stimulasi B2(Stimulasi).indd 75 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
76 77 10 Lengkapkan peta pemikiran di bawah. Daerah artikulasi (a) (e) (b) (d) (c) 11 Lengkapkan ciri-ciri vokal dan konsonan di bawah. Ciri Vokal Konsonan (a) (b) (c) (a) (b) (c) 12 Lengkapkan ciri-ciri diftong di bawah. (a) (b) (c) (d) 13 Lengkapkan carta vokal asli di bawah. (m) Bibir (j) [ ] (g) [ ] (a) (b) (c) (d) (e) [ ] (h) (i) [ ] (k) (l) [ ] (n) Bibir (f) [ ] i-THINK Peta Buih B2(Stimulasi).indd 76 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
76 77 14 Nyatakan cara penyebutan vokal depan luas. 15 Perincikan cara membunyikan fonem separuh vokal. 16 Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan cara penghasilan artikulasi tambahan. i-THINK Peta Pokok Nasalisasi Glotalisasi Labialisasi Palatalisasi (a) (b) (c) (d) Cara Penghasilan B2(Stimulasi).indd 77 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
78 PB 17 Lengkapkan fonem yang terdapat dalam jadual konsonan asli di bawah. Daerah sebutan Cara sebutan Keadaan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glotis Pita suara TB B TB B TB B TB B TB B Letupan – – – Letusan – – – – – – – – Sengau – – – – – – Geseran – – – – – – – – Getaran – – – – – – – – – Sisian – – – – – – – – – Separuh vokal – – – – – – – – 18 • lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak • belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut sehingga menyekat udara yang keluar dari paru-paru dan bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut • udara yang tersekat dilepaskan serta-merta dan pita suara tidak bergetar Konsonan yang terhasil melalui cara sebutan di atas ialah . 19 Nyatakan tiga peraturan penjamakan kata majmuk. (a) (b) (c) 20 Lengkapkan rajah di bawah. Jenis klitik (a) (b) Contoh: Contoh: B2(Stimulasi).indd 78 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 79 A tarah, putus, sekat B dasar, talam, kotak C tabur, indah, tekad D badak, duta, mantap 6 Bahagian hadapan lidah diturunkan serendah-rendahnya dan udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan. Bibir dihamparkan, pita suara bergetar, dan lelangit lembut dinaikkan Penyataan di atas merujuk cara penghasilan vokal yang terdapat dalam kata A bilik C bolos B balak D buluh 7 Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi bunyi separuh vokal? A cadang, yakin, larang B wajah, kawah, bayang C bawang, parang, payung D pawang, kampung, kenyang 8 Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan sengau gusi? I sunyi II timun III lontar IV tangga A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 9 Yang manakah perkataan yang kesemua konsonannya terdiri daripada konsonan tak bersuara? A bujur C petak B gelas D madah 10 Yang manakah perkataan yang dimulai dengan letusan lelangit keras tak bersuara dan diakhiri dengan bunyi sengauan lelangit lembut? A jurang C juragan B cacing D cabaran 1 Vokal depan luas + letupan gusi tak bersuara + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara Percantuman bunyi-bunyi di atas menghasilkan perkataan A adat C atap B epal D esak 2 Yang manakah pasangan kata yang suku katanya mengandungi deretan dua konsonan atau lebih? A plastik, cipta C harga, drama B sastera, aktif D praktik, struktur 3 Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi vokal hadapan separuh sempit? A bentuk C rendam B senduk D benteng 4 • Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut • Udara dilepaskan dengan serta-merta • Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan • Pita suara bergetar Konsonan yang terhasil dengan cara di atas terdapat pada perkataan I kelat II tekak IV getah III lagak A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5 • Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi untuk membuat sekatan • Udara yang tersekat pada bahagian pertemuan itu dilepaskan dengan serta-merta • Pita suara tidak bergetar Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas? Latihan Pengukuhan Jawab semua soalan. B2(Pengukuhan).indd 79 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
80 81 11 Vokal depan luas disebut dahulu, kemudian berlaku geluncuran ke arah penyebutan vokal depan sempit Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi seperti yang dinyatakan di atas? A gulai, haiwan B main, ghaib C baik, salai D kait, urat 12 Transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan mengungguli ialah A [ məɳuɳguli] B [menguguli] C [ meɳuʔguli] D [mənguɳuli] 13 Yang manakah pasangan kata yang menentukan /p/ dan /b/ ialah dua fonem yang berbeza? A bawa – pala B bulu – palu C bilah – pilih D balas – palas 14 Yang manakah penyataan yang merujuk konsep alofon? A Alofon ialah unit bunyi yang terkecil B Alofon ialah anggota bagi sesuatu fonem C Alofon ialah unit bahasa yang membezakan makna D Alofon ialah unit bahasa yang diberikan tanda transkripsi fonetik 15 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal depan separuh sempit? I gelek – telek II herot – remah III berang – telur IV belat – keladi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16 Bunyi-bunyi ini dilambangkan oleh dua huruf kecuali A [ʔ] C [ð] B [š] D [x] 17 Yang manakah pasangan kata yang keduadua suku katanya terdiri daripada suku kata tertutup? A sayang – raksa B langkat – palong C gayung – malar D rangkap – sangkal 18 • Hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi seperti menghasilkan vokal /i/ • Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan Vokal yang terhasil dengan cara di atas adalah pada pasangan perkataan A treler – pekat B senda – renda C endah – pelat D benteng – bentak 19 Bunyi bahasa Contoh I Separuh vokal dua bibir P [g] II Geseran bibir-gigi tak bersuara Q [w] III Letupan lelangit lembut bersuara R [f] IV Letupan bibir bersuara S [b] Yang manakah padanan yang betul antara bunyi bahasa dengan lambang fonetiknya? I II III IV A R Q S P B S P Q R C P S R Q D Q R P S B2(Pengukuhan).indd 80 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
80 81 20 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal yang disebut dengan sengauan atau nasalisasi sebagai artikulasi tambahan? A nyiur – mewah B manfaat – selama C ambal – mawar D nabi – kemarau 21 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengalami pelelangitkerasan atau palatalisasi ketika penyebutannya? A kaut – buat B tiak – bait C nyiur – maun D keadaan – muak 22 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya berlaku pembibiran atau labialisasi ketika penyebutannya? A laut – kuat B benua – nahu C daik – biak D keutuhan – ketuhanan 23 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya ketika penyebutannya mengalami pengglotisan sebagai artikulasi sertaan? A kaut – baik B nahas – mana C manfaat – mahar D faedah – keimunan 24 Perbezaan penyebutan antara vokal e taling dan e pepet terletak pada I rongga yang menjadi tempat laluan udara II keadaan dua bibir semasa membunyikannya III bahagian lidah yang telibat dalam penghasilannya IV keadaan pita suara semasa udara keluar melaluinya A I dan I B I dan IV C II dan III D III dan IV 25 Yang manakah jenis konsonan yang kesemuanya bersuara? A geseran B letusan C letupan D sengauan 26 • Hujung lidah kena pada bahagian gigi-gusi • Udara dari paru-paru keluar melalui tepian lidah • Pita suara bergetar Yang manakah pasangan perkataan yang terhasil dengan cara di atas? A bahang – gayang B lalang – laluan C getaran – tetaka D haluan – mengawan 27 Jenis konsonan Contoh perkataan I Sisian P Mapan, bebat II Getaran Q Cecah, jajah III Letusan R Arang, ngeri IV Letupan S Lelangit, lelah Yang manakah padanan yang betul antara jenis konsonan dengan contoh perkataannya? I II III IV A P Q R S B Q P S R C S R Q P D R Q P S 28 Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya dimulai dengan konsonan letupan bibir dan diakhiri dengan konsonan letupan lelangit lembut? A pekat, petak B beg, panik C tekad, kebab D dedak, kedap B2(Pengukuhan).indd 81 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 83 29 Yang manakah transkripsi fonetik bagi perkataan “dharab” dan “syumul”? A [ðarab], [šumul] B [χarab], [šumul] C [ŋarab], [čumul] D [ðarab], [χumul] 30 Yang manakah kata pinjaman yang dieja dengan betul? A menge-melkan B meng-e-melkan C ensiklopedia D ko-akademik 31 • Depan lidah pada kedudukan untuk menghasilkan vokal hadapan luas • Kemudian dengan pantas digeluncurkan ke arah kedudukan untuk menghasilkan vokal belakang sempit Yang manakah perkataan yang dihasilkan dengan cara di atas? A pelaut B rantaian C kemilau D kuorum 32 Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terbina daripada tiga suku kata? I memperhalus II kemenjadian III pengelompokan IV berkesinambungan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 33 Yang manakah pasangan kata yang perlu dieja dengan menggunakan tanda sempang? A pro-Barat, sampah-sarap B enam puluh-an, gotong-royong C anti-pugut, mengarus-perdanakan D anti-Saddam, mengucar-ngacirkan 34 Q P Yang manakah padanan yang betul antara perkataan dengan P dan Q dalam rajah di atas? P Q A lantai, aising boikot, oidium B serai, meterai audit, silau C aduhai, paluan dodoi, kuing D andai, aerial tuit, kaloi 35 Yang manakah perkataan yang menggunakan e taling dalam suku kata terbukanya? I telor II sempang III pendek IV kelemumur A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 36 Yang manakah pasangan kata yang mengandungi suku kata berpola VKK? A eksport – eksperimen B ambang – interantif C ekstradisi – impian D intrakota – vandalisme 37 Yang manakah perkataan yang dibunyikan melalui bunyi hentian glotis? I mukmin II adik III kelat IV betah A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 38 Perkataan-perkataan ini betul pemisahan penyukuannya, kecuali A me-me-nuh-i, bel-a-jar, per-gi-lah B a-syik, ke-nyang, a-khir, i-sya-rat, sa-ngat C ul-tra, ang-klung, ikh-las, isy-ti-har, magh-rib D ki-log-ram, kil-o-meter, fo-to-graf-i, in-tro-spe-ksi B2(Pengukuhan).indd 82 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 83 39 I II III IV KVKK KKVKK KKKV KKKVK Yang manakah kumpulan kata yang menepati pola suku kata di atas? I II III IV A skrip skru teks ekstrem B konteks gatra struktur strata, C ambulans, kompleks strategi, instruktur D praktis, bank dwibahasa, standard 40 Yang manakah vokal akhir pada perkataan [patriotisme]? A vokal tengah B vokal depan separuh sempit C vokal belakang separuh sempit D vokal depan separuh luas 41 Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi konsonan pinjaman geseran bibir-gigi tak bersuara? I [formal] II [wakaf] III [universiti] IV [vitamin] A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 42 Di manakah kedudukan konsonan [w] dalam cara sebutan dan daerah sebutan yang berikut? Cara sebutan Daerah sebutan Bibir Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Letupan A Getaran B Separuh vokal C D B2(Pengukuhan).indd 83 18/05/2023 7:46 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 137 (Masa: Dua jam) BAHAGIAN A [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Padanan yang manakah betul antara tahap bahasa dengan contoh bahasanya? Tahap bahasa Contoh bahasa I Filum Hamit, Semit, Tibet-China II Rumpun Austroasia, Austronesia, Polinesia III Keluarga Mikronesia, Nusantara, Melanesia IV Subkeluarga Kalimantan, Loinang, Ambon Timur A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan filum Austris? I Tahap usia yang paling tua II Mengalami perancangan bahasa III Kelompok bahasa di kawasan selatan IV Terdiri daripada 200 hingga 300 bahasa A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 3 Padanan yang manakah yang betul antara cabang bahasa dengan contoh bahasa dalam rumpun Austronesia? Cabang bahasa Contoh bahasa A Melanesia Hawaii, Tonga, dan Maori B Nusantara Mapute, Bikol, dan Sula Bacon C Mikronesia Gilbert, Marshall, dan New Guinea D Polinesia Fiji, New Caledonia, dan Mariana KERTAS MODEL STPM (910/1) Kertas 1 N&L STPM BM(S1) KM.indd 137 18/05/2023 7:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
138 139 4 Keluarga Indonesia Melanesia Y Polinesia Rumpun A X Rumpun B Filum Austris Bahagian Barat Bahagian Timur Apakah X dan Y dalam rajah di atas ? X Y A Austroasia Austronesia B Austronesia Mikronesia C Tibet-China Nusantara D Nusantara Austroasia 5 • Menggunakan huruf India tetapi memperlihatkan pengaruh Islam • Menggunakan bahasa Melayu kuno dengan beberapa bait sajak daripada bahasa Sanskrit • Batu bersurat pertama yang menunjukkan bahasa Melayu telah menerima pengaruh Islam Penyataan di atas merujuk batu bersurat di A Gandasuli C Pagar Ruyung B Minye Tujoh D Sungai Teresat 6 Penyataan yang manakah yang benar tentang bahasa Melayu kuno? I Tulisannya ialah tulisan Palava, tulisan Kawi, dan tulisan Nagiri. II Fonem e taling dihilangkan atau digantikan dengan a, contohnya dgan atau dangan. III Tiada imbuhan awalan mar-, ni- dan par- dalam sistem pengimbuhan, tiada huruf b dan konsonan rangkapan bh, ph, dh, dan kh. IV Penggunaan fonem [h] atau bunyi [h] dalam perkataan dan fonem [n] untuk perkataan menggunakan fonem konsonan gabungan [ny]. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Karya bahasa Melayu klasik yang manakah berfungsi sebagai bahasa persuratan? I Syair Perahu II Sulalatus Salatin III Kitab Pengetahuan Bahasa IV Undang-undang Laut Melaka A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV N&L STPM BM(S1) KM.indd 138 18/05/2023 7:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
138 139 8 Pernyataan yang manakah yang berkaitan dengan tujuan perancangan taraf bahasa Melayu? I Untuk menghasilkan satu variasi bahasa yang seragam II Untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan II Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan IV Untuk menghasilkan satu variasi bahasa Melayu yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9 Perkataan yang manakah mempunyai vokal hadapan separuh sempit pada suku kata kedua dan vokal belakang separuh sempit pada suku kata ketiga? A Selekeh B Keledek C Kelentong D Tempeyek 10 1 2 4 3 Padanan yang manakah yang betul antara nombor dengan contoh perkataan yang mengandungi vokal yang ditandai oleh nombor tersebut? Nombor Contoh perkataan 1 W Gelembung 2 X Sorong 3 Y Sigai 4 Z Cerek 1 2 3 4 A X Y W Z B W X Y Z C Y Z W X D Y W Z X STPM KLON STPM KLON N&L STPM BM(S1) KM.indd 139 18/05/2023 7:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
140 141 11 Lambang fonetik Contoh perkataan I [] P [nyamuk], [nyanyi] II [x] Q [ikhtiar], [khairat] III [ɲ] R [maghrib], [ghaib] IV [γ] S [ngeri], [nganga] Padanan yang manakah yang betul antara lambang fonetik dengan contoh perkataannya? I II III IV A S Q P R B P S R Q C S Z Q R D R P S Q 12 Vokal depan luas + sengauan gigi-gusi bersuara + vokal depan separuh sempit + geseran glotis tak bersuara Perkataan yang menepati susunan bunyi di atas ialah A anak B aneh C ejek D inap 13 • Depan lidah ditemukan pada lelangit keras • Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak • Udara yang melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan • Pita suara bergetar Bunyi konsonan yang dihasilkan dengan cara di atas ialah A konsonan hentian glotis. B konsonan geseran glotis tak bersuara. C konsonan letusan lelangit keras bersuara. D konsonan letusan lelalgit keras tak bersuara. 14 Kumpulan perkataan yang manakah kesemuanya mengandungi diftong? A Bait, baiah, jelai B Sekoi, aura, raih C Laung, sauh, kalau D Serai, boikot, saudagar 15 Kumpulan perkataan yang manakah yang kesemuanya menggunakan konsonan tak bersuara pada awal suku kata kedua? A Berpada, kedai, bancian B Kajian, bunian, sahutan C Waktu, sahutan, kesahihan D Menantu, peluang, sekarang STPM KLON N&L STPM BM(S1) KM.indd 140 18/05/2023 7:41 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
144 PB BAB 1 Latihan Stimulasi 1 orang, bahasa, Semenanjung Malaysia, selatan Thailand 2 tulisan Cina, 644, 655 3 Sumatera (Jambi), Sungai Melayu 4 683 Masihi, batu bersurat 5 I-Tsing, 672 Masihi, China, Palembang 6 tiga, filum, keluarga 7 filum, Austris 8 Austronesia, Kepulauan Melayu, Melanesia, Mikronesia 9 Hawaii, Maori 10 Melanesia, Kepulauan Fiji, Irian 11 sebarang keperluan, mudah, taraf 12 selatan China 13 Tanah Tinggi Yunan, Pulau Borneo 14 Von Heine-Geldern 15 Tanah Tinggi Yunan 16 (a) marlapas, marsila (b) niparwuat, nitanam (c) lapas, dngan/dangan (d) bhumi, dhuka (e) wulan, wuat 17 kaki gunung, Bogor, Tanjung Periuk 18 Jawa Kuno, Sanskrit 19 Jan Huygen Linschotten, Indonesia 20 bahasa pentadbiran, bahasa rasmi, surat-menyurat, pedagang 21 Kebudayaan India, dari India, Batu Bersurat Pagar Ruyung, Batu Bersurat Minye Tujuh 22 kufi Batu bersurat Tahun (a) Batu Bersurat Pekan, Pahang – (b) – 1039 M (c) Batu Bersurat Bandar Seri Begawan, Brunei – (d) Batu Nisan Sultan Malik al-Saleh – 23 Sungai Teresat (Terengganu) 24 gondol, kedua 25 huruf saksi Alif, vokal a, e pepet, vokal o dan u, ya, suku kata pertama 26 homograf 27 Sistem Ejaan Za’ba, Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, kini 28 (a) Baru Bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau, India, Sanskrit (b) Jawi, dua, percampuran antara kata asli bahasa Melayu 29 Sulalatus Salatin, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka 30 penyebaran agama Islam, iaitu agama yang tinggi darjah kebudayaannya melalui pengaruh politik Melayu 31 menulis kitab-kitab agama dan sastera berkembang pesat 32 persuratan Melayu, pemupukan bahasa Melayu 33 (a) Maigester Gotthard Arthus (b) Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts (c) Frederick de Houtman (d) Paderi David Haex 34 (a) bahasa Melayu, adat resam Melayu (b) Malay Grammar 1913; A Vocabulary of Central Sakai (dialek kaum peribumi di Lembah Gopeng), 1915, A English-Malay Dictionary, 1932 35 Jabatan Pengajian Melayu (Universiti Malaya), Dewan Bahasa dan Pustaka 36 jurucakap, setiausaha, kerja raya, warta, timbalan, jadual waktu 37 Lima matlamat utama PBmPBD: (a) Memelihara, memperlengkap, memodenkan bahasa Melayu dan memelihara ejaan Jawi (b) Menyeragamkan ejaan dan perkataan (c) Mencipta perkataan baharu (d) Menyediakan daftar kata (gugus katan) (e) Menerbitkan buku, membentuk istilah 38 Tujuan penubuhan PASPAM: (a) mendirikan satu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan dan mempererat hubungan persaudaraan antara sesama ahli dan pencinta bahasa Melayu (b) menggalakkan penulisan dan pembacaan bukubuku bahasa Melayu dalam kalangan ahli mendirikan satu khutub khanah 39 Tiga kegiatan Lembaga Bahasa yang berkaitan dengan bahasa Melayu: (a) menerbitkan buku dan kamus Melayu (b) mengadakan peraduan karang-mengarang (c) menggubal perkataan Melayu baharu daripada perkataan bahasa Inggeris 40 (a) Perkara 152 (b) perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersifat heterogen Jawapan N&L STPM BM S1(Jaw).indd 144 18/05/2023 7:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
PB 145 41 Sebab peminjaman bahasa asing: (a) Sifat dinamik bahasa Melayu (b) Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep, atau fenomena baharu (c) Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing (d) Sikap mengagungkan bahasa asing (e) Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding dengan penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu 42 peminjaman terus, peminjaman terjemahan 43 Contoh perkataan: (a) wukuf, strategi (b) kasut but (c) kapal terbang (d) mergastua, purnama (e) vokal/vowel 44 Sebab Bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit: (a) kurangnya istilah dalam bahasa Melayu Kuno untuk menyatakan istilah-istilah yang asing (b) kesediaan masyarakat Melayu sendiri untuk menggunakan bahasa Sanskrit yang dianggap lebih standard, lebih tinggi taraf dan kemuliaannya Latihan Pengukuhan 1 B 2 D 3 A 4 D 5 B 6 C 7 A 8 C 9 D 10 A 11 B 12 D 13 B 14 A 15 D 16 C 17 A 18 D 19 C 20 A BAB 2 Latihan Stimulasi 1 bunyi bahasa, fungsi 2 bunyi-bunyi bahasa (fon) yang dihasilkan oleh manusia. 3 unit bahasa terkecil 4 kelainan bunyi bagi sesuatu fonem. 5 bunyi atau gabungan bunyi yang membentuk kata 6 Suku kata terbuka Suku kata tertutup Suku kata yang berakhir dengan vokal Suku kata yang diakhiri dengan konsonan 7 (a) Artikulator atau alat artikulasi (b) Titik atau daerah artikulasi (c) Udara 8 Keterangan berkaitan lidah: (a) Alat artikulasi yang terpenting dan gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan (b) Lidah dibahagikan kepada lima bahagian (c) Akar lidah (bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak. 9 Keterangan berkaitan pita suara: (a) Terletak dalam rongga rengkung dan terdiri daripada otot-otot selaput. Pita suara boleh dirapatkan dan direnggangkan. (b) Menentukan sesuatu bunyi sama ada bersuara atau tidak. (c) Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [a]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnya, [s]. 10 Daerah artikulasi: (a) Gigi (b) Gusi (c) Lelangit keras (d) Rongga (mulut, tekak, hidung) (e) Rahang 11 Ciri Vokal Konsonan (a) Bersuara iaitu pita suara digetarkan. (a) Konsonan bersuara dan tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak (b) Udara keluar dari paru-paru berterusan (b) Terdapat tujuh jenis konsonan (c) Udara keluar tanpa sekatan atau geseran (c) Penghasilan bunyibunyi konsonan ditentukan juga oleh keadaan glotis, keadaan lelangit dan cara arus udara keluar dari paru-paru, dan sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi 12 Ciri-ciri diftong: (a) Urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. (b) Penghasilan urutan vokal ini adalah dalam satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. (c) Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal, misalnya /ai/, /ou/ dan /au. (d) Pita suara bergetar sewaktu penghasilannya. 13 Carta vokal asli: (a) Depan (b) Tengah (c) Belakang (d) Sempit N&L STPM BM S1(Jaw).indd 145 18/05/2023 7:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
146 147 (e) [i] (f) [ə] (g) [u] (h) Separuh sempit (i) [e] (j) [o] (k) Luas (l) [a] (m) hampar (n) bundar 14 Cara penyebutan vokal depan luas: • Bahagian depan lidah diturunkan serendahrendahnya. • Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. • Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut. • Pita suara bergetar. • Keadaan bibir terhampar. 15 Cara membunyikan fonem separuh vokal: • Alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan vokal. • Kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal lain dan berlaku secara geluncuran. • Hal ini menjadikan separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. 16 (a) Nasalisasi: • apabila sesuatu vokal mengikuti bunyi konsonan sengauan iaitu m, n, ng dan ny • dalam stuktur KVKV dan KVKVK yang mempunyai konsonan pertama sengau manakala konsonan keduanya terdiri sama ada separuh vokal [y] atau [w] atau geseran glotis [h] (b) Glotalisasi terhasil apabila membunyikan vokal rangkap ea dan ae atau dua vokal yang sama apabila awalan ke- dan ke-...-an diimbuhkan pada perkataan yang bermula dengan bunyi vokal (c) Labialisasi Bunyi konsonan separuh vokal /w/ akan terhasil apabila vokal rangkap ua dan au dibunyikan (d) Palatalisasi Bunyi seperti konsonan separuh vokal, iaitu /y/ akan terhasil apabila menyebut dan membunyikan vokal rangkap ai dan ia. 17 Daerah sebutan Cara sebutan Keadaan Pita suara Bibir Gigi-Gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Glotis TB B TB B TB B TB B TB B Letupan p b t d – – k g k[ʔ] – Letusan – – – – c [ č ] j [ ǰ ] – – – – Sengau – m – n - ny [ ɲ ] – (ng) ŋ – – Geseran – – s – – – – – h – Getaran – – – r – – – – – – Sisian – – – l – – – – – – Separuh vokal – w – – – y – – – – 18 konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara [k]. 19 tiga peraturan penjamakan kata majmuk: (a) Menggandakan perkataan pertama sahaja. Contoh: suku kata menjadi suku-suku kata (b) Menggunakan penanda jamak seperti semua, banyak, sekumpulan, beberapa, para, sebilangan, sebahagian, persatuan. (c) Menggandakan keseluruhan kata majmuk yang telah mantap. 20 Jenis klitik (a) Proklitik (b) Enklitik Contoh: kaulatih, kupukul Contoh: kasihku, kasihmu, rahmat-Mu, hatinya, tolonglah N&L STPM BM S1(Jaw).indd 146 18/05/2023 7:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
146 147 Latihan Pengukuhan 1 C 2 D 3 D 4 D 5 A 6 B 7 B 8 C 9 C 10 B 11 A 12 A 13 D 14 B 15 A 16 A 17 D 18 C 19 D 20 A 21 B 22 A 23 D 24 C 25 D 26 B 27 C 28 B 29 A 30 B 31 C 32 C 33 D 34 A 35 B 36 A 37 A 38 D 39 C 40 A 41 A 42 C BAB 3 Latihan Stimulasi 1 Takrifan ampuh berdasarkan petikan tersebut ialah mujarab, iaitu formula berkesan yang digunakan untuk memastikan perpaduan antara pelbagai kaum. 2 Persolan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan dia atas ialah persoalan perpaduan kaum di Malaysia. 3 Maksud frasa mengharumkan Malaysia ialah menyebabkan Malaysia mendapat nama baik dengan kemenangan dan kemasyhuran yang dikecapi. Sementara itu, maksud temasya sukan pula ialah peristiwa atau pertunjukan permainan atau latihan gerak badan yang diadakan secara besar-besaran. 4 Aspek-aspek penting dalam sesebuah koperasi ialah prestasi koperasi, penyertaan anggota dan kesejahteraan koperasi. 5 Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan tersebut ialah pembukaan semula Science Wonderland kepada para pengunjung setelah penambahbaikan dan pengubahsuaian selesai dilakukan. Selain itu, penulis turut menyatakan konsep Science Wonderland yang merangkumi semua aspek sains termasuklah teknologi dan inovasi yang mampu memberikan keseronokan maksimum kepada para pengunjung. 6 Maksud demokrasi ialah keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas. 7 Mata pelajaran ini memberikan tumpuan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bagi melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. 8 Pada pendapat saya, mata pelajaran ini diajarkan kepada murid bukan beragama Islam memandangkan murid beragama Islam diwajibkan mempelajari Pendidikan Islam memandangkan agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Selain itu, Pendidikan Islam sekolah rendah menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Antara penekanan yang diberikan dalam mata pelajaran ini ialah pendidikan asas tilawah al-Quran, pembentukan aqidah dan bimbingan asas fardu ain, pemupukan amalan fardu ain dan fardu kifayah yang dituntut oleh syariat dan penerapan adab yang berteraskan akhlak Islamiah ke dalam diri murid. 9 Kulinari ialah hal yang berkaitan dengan masakmemasak atau seni masakan. 10 Amalan kebersihan dititikberatkan dalam program kulinari kerana makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti keracunan makanan dan tifoid. Oleh itu, amalan kebersihan sangat perlu dititikberatkan bagi memastikan makanan berada dalam keadaan bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin, najis dan bahan buangan lain yang boleh mendatangkan penyakit. Latihan Pengukuhan Petikan 1 21 Sebab bulan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai acara tahunan: – Bahasa Malaysia adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita. – Bulan Bahasa Kebangsaan juga merupakan satu perjuangan kerana Bahasa Melayu tidak akan berada pada darjat yang semulia ini tanpa perjuangan para pejuang bangsa kita yang terdahulu untuk melestarikan Bahasa Melayu 22 Negara-negara maju tidak meminggirkan bahasa kebangsaan mereka kerana: – Beranggapan bahawa bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang penting tetapi bukanlah satusatunya bahasa yang menjamin kemajuan – Mereka juga membuktikan bahawa bahasa mereka berjaya membina peradaban sejak ribuan tahun lampau 23 Dua akibat jika kita tidak yakin dengan kemampuan bahasa kita sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan: – Perkembangan bahasa kebangsaan pastinya akan terbantut serta riwayat bahasa kita sebagai bahasa ilmu akan tamat kerana, bahasa tidak lagi mempunyai apa-apa nilai yang dikaitkan dengan ilmu dan kemajuan – Bahasa kita hanya sekadar menjadi bahasa pasar atau bahasa jalanan serta tidak lagi dituturkan oleh orang 24 Sikap yang perlu ada pada pengguna bahasa kita: – Memartabatkan Bahasa Melayu • Elakkan guna bahasa Inggeris N&L STPM BM S1(Jaw).indd 147 18/05/2023 7:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
148 149 • Elakkan guna bahasa rancu, bercampur atau rojak • Gunakan bahasa Melayu dalam semua keadaan – Meyakini bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu, bahasa siber, bahasa perdagangan dan bahasa antarabangsa. – Menggunakan bahasa Melayu dalam suratmenyurat, penulisan dokumen rasmi dan majlis rasmi. – Meminimumkan penggunaan bahasa Inggeris dalam interaksi dan galakkan orang asing belajar dan kenal Bahasa Melayu. – Siaga akan kesalahan bahasa di papan tanda, media cetak dan media elektronik serta ucapan. Petikan 2 21 Maksud Teknologi Hijau: – Teknologi Hijau merupakan aplikasi sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan alam semula jadi memandangkan teknologi ini rendah kandungan karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi yang sedia ada. 22 Asas Dasar Teknologi Hijau Negara: – Ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga – Memelihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua 23 Strategi kerajaan dalam memacu perkembangan Teknologi Hijau: – Mewajibkan penerapan ciri bangunan hijau dalam semua projek kerajaan dan swasta – Melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau – Mempromosikan kepentingan teknologi hijau agar pengguna dan pengeluar mempunyai kesedaran – Menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (MTH) dan menetapkan Garis Panduan Perbandaran Hijau. – Menyediakan 5 teras Strategik Dasar Teknologi Hijau Negara 24 Ulasan tentang penyataan: – Kualiti hidup generasi akan datang di ambang bahaya • Kerana masalah pencemaran, kepupusan rantaian ekosistem, pemanasan global dan ekosistem yang tidak stabil – Kualiti hidup generasi akan datang semakin kurang kerana pembangunan negara tidak memikirkan kesan pembangunan terhadap alam sekitar • Pembangunan negara tidak seimbang • Pengabaian dan kepupusan flora dan fauna berleluasa • Penggondolan hutan berlaku – Kualiti hidup generasi akan datang mesti diteruskan • Kata-kata Mahatma Gandhi – “Kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamkannya daripada anak cucu kita” • Warisan turun temurun perlu dipelihara dan dipulihara • Meminimumkan kerosakan kepada alam – Mencari alternatif teknologi mesra alam • Kereta hibrid, tenaga solar, minyak tanpa plumbum • Meningkatkan kecekapan sumber air, bahanbahan api dalam mengurangkan pencemaran • Penggunaan bahan api diesel bersulfur rendah (ULSD) • Produk bebas toksid – Negara mewujudkan pusat pelupusan sisa pepejal (insinerator) moden dan kurang pembebasan toksik di udara dan di dalam saliran • Sumber air terpelihara dan dapat menghasilkan sumber protein kepada rakyat • Rakyat hidup sihat tanpa pencemaran metana, amonia dan sebagainya dalam bahan makanan seperti ikan, udang dan sayur-sayuran • Pelepasan gas CFC dikurangkan dan rakyat menghirup udara berkualiti Petikan 3 21 Usaha kerajaan untuk menjadikan sistem pengangkutan awam berkesan: – Mewujudkan makmal bagi mengkaji pengangkutan awam bandar – Menjadikan pengangkutan awam bandar sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 22 Harapan kerajaan dan pengguna NKRA UPT: – Sistem pengangkutan awam menjadi pilihan penghuni bandar – Kesesakan penggunaan pada waktu puncak diselesaikan – Akses kepada rangkaian pengangkutan awam lebih mudah dan lancar – SPAD dapat berfungsi dalam memodenkan pengangkutan awam darat 23 Peranan yang perlu dilakukan oleh rakyat: – Menyokong usaha kerajaan dengan menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, LRT, kereta api, komuter, bas dan MRT ke tempat kerja dan ke tempat-tempat lain seperti membeli-belah dan bersiar-siar. – Meyakini keupayaan prasarana pengangkutan awam darat dengan mengurangkan rungutan, memberikan tindak balas positif dan proaktif jika ada kelemahan yang berlaku dan memikirkan N&L STPM BM S1(Jaw).indd 148 18/05/2023 7:49 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.