PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 723 E-mel: info@pib2006.com Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-258-2 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Juwairiah Ismail Pereka kulit buku: Janet Wong Pereka letak: Multitype Graphics Teks diset dalam Arial Regular 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Percetakan Rina Sdn. Bhd. Ulasan Soalan STPM Makroekonomi Semester 2 (2023) i Konsep-konsep Makroekonomi yang Penting Mengikut Bab ix BAB Pengenalan 1 1 BAB Perakaunan Pendapatan Negara 2 12 BAB Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal 3 34 BAB Wang, Bank dan Dasar Kewangan 4 74 BAB Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa 5 96 Kertas Model STPM 126 Jawapan 132 Imbas Kod QR untuk muat turun: Jawapan Kertas Model STPM Kandungan Makro Penggal 2(Kand)New.indd 1 07/01/2024 9:34 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara Maksud 1 Aliran perbelanjaan dan pendapatan yang wujud antara pelaku ekonomi yang terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara. Jadual 1.1 Pelaku dalam ekonomi Pelaku Huraian Isi rumah • Menawarkan faktor pengeluaran. • Membeli barang dan perkhidmatan. • Matlamatnya ialah memaksimumkan kepuasan. Firma • Membeli faktor pengeluaran. • Menawarkan barang dan perkhidmatan. • Matlamatnya ialah memaksimumkan keuntungan. Kerajaan • Pihak berkuasa atau badan perancangan pusat yang mempengaruhi sektor isi rumah dan firma melalui undang-undang dan dasar ekonomi. • Membeli faktor pengeluaran dan barangan (barang dan perkhidmatan). • Menawarkan barangan awam. • Matlamatnya ialah memaksimumkan kebajikan sosial. Sektor luar negara (sektor asing) • Rakyat asing membeli barangan yang dikeluarkan oleh sebuah negara (eksport). • Rakyat tempatan membeli barangan yang dikeluarkan oleh negara asing (import). 2 Jadi, aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran fizikal dan aliran wang yang wujud kesan interaksi antara pelaku ekonomi. Rajah Aliran Pusingan Pendapatan Negara Petunjuk Aliran fizikal Aliran wang Aliran suntikan Aliran bocoran Cukai Institusi kewangan Sektor kerajaan Sektor luar negara Sektor firma Sektor isi rumah Perbel C an u j k a a an kerajaan P i erbelanjaan kerajaan Eksport Import Import Eksport Perbelanjaan Pendapatan faktor Tabungan Pelaburan Pasaran faktor Pasaran barangan Rajah 1.1 Rajah aliran pusingan pendapatan negara 1 BAB Pengenalan Makro Penggal 2(1).indd 1 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 1 Sektor isi rumah menyediakan faktor pengeluaran untuk sektor firma manakala sektor firma menyediakan barang dan perkhidmatan untuk sektor isi rumah. Aliran barang dan perkhidmatan serta faktor ini dinamakan aliran fizikal. 2 Sektor isi rumah menerima pendapatan daripada sektor firma dan melakukan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma. Jadi, wujud aliran pendapatan daripada sektor firma kepada sektor isi rumah dan aliran perbelanjaan daripada sektor isi rumah kepada sektor firma. Aliran pendapatan dan perbelanjaan ini dinamakan aliran wang. 3 Bukan semua pendapatan isi rumah dibelanjakan kerana sebahagiannya akan ditabungkan dalam institusi kewangan.Aliran keluar wang daripada aliran pendapatan-perbelanjaan dinamakan bocoran. 4 Institusi kewangan pula akan meminjamkan wang tabungan isi rumah kepada firma bagi tujuan pelaburan. Aliran masuk wang ke dalam aliran pendapatan-perbelanjaan dinamakan suntikan. 5 Dengan wujudnya campur tangan kerajaan, wujud aliran masuk wang dalam bentuk perbelanjaan kerajaandaripada sektor kerajaan kepada sektorisirumah dan firma apabila kerajaan menyediakan barang dan perkhidmatan awam serta memberi subsidi. Perbelanjaan kerajaan wujud daripada aliran cukai, iaitu aliran keluar wang daripada sektor isi rumah dan sektor firma kepada sektor kerajaan. 6 Sektor luar negara akan mewujudkan aliran masuk wang ke dalam aliran pendapatan-perbelanjaan apabila rakyat asing membeli faktor dan barangan, masing-masing daripada sektor isi rumah dan firma. Aliran masuk wang ini dinamakan eksport, iaitu aliran wang daripada sektor luar negara kepada sektor isi rumah dan firma masing-masing. 7 Sebaliknya, sektor isi rumah dan firma yang masing-masing membeli faktor dan barangan daripada sektor luar negara akan mewujudkan aliran keluar wang yang dinamakan import. Import melibatkan aliran keluar wang daripada sektor isi rumah dan firma masing-masing kepada sektor luar negara. Nota: Institusi kewangan hanya berperanan sebagai penerima tabungan sektor isi rumah dan pemberi pinjaman kepada sektor firma. Kesimpulan Ekonomi Jenis ekonomi Pelaku ekonomi Ekonomi dua sektor Ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan Sektor isi rumah dan firma Ekonomi tiga sektor Ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan Sektor isi rumah, firma dan kerajaan Ekonomi empat sektor Ekonomi terbuka Sektor isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara 1.2 Isu Makroekonomi Isu Huraian Langkah penyelesaian Inflasi • Proses kenaikan harga umum yang berterusan dan tidak terhad dalam sesebuah negara. • Disebabkan kenaikan permintaan agregat yang pesat (inflasi tarikan permintaan), kenaikan kos pengeluaran (inflasi tolakan kos) dan kenaikan harga import (inflasi diimport). • Perlu ditangani untuk menstabilkan tingkat harga umum supaya taraf hidup atau kebajikan rakyat tidak terjejas. • Mengurangkan perbelanjaan kerajaan Meningkatkan cukai • Menaikkan kadar bunga Mengurangkan penawaran wang • Kawalan harga barang • Kawalan upah • Menggalakkan kemajuan teknologi Makro Penggal 2(1).indd 2 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Isu Huraian Langkah penyelesaian Pengangguran • Jumlah tenaga buruh yang tidak terlibat dalam sebarang kegiatan produktif. • Perlu ditangani untuk mencapai guna tenaga penuh supaya wujud pertambahan dalam keluaran negara. • Menambah perbelanjaan kerajaan Mengurangkan cukai • Mengurangkan kadar bunga Menambah penawaran wang Pertumbuhan ekonomi • Keadaan yang menunjukkan perkembangan kegiatan ekonomi dari tahun ke tahun, iaitu pertambahan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. • Perlu ditangani untuk meningkatkan taraf hidup atau kebajikan rakyat. • Menambah perbelanjaan kerajaan Mengurangkan cukai • Mengurangkan kadar bunga Menambah penawaran wang • Menggalakkan kemasukan pelaburan asing Imbangan pembayaran • Penyata kewangan yang mencatatkan aliran masuk dan keluar wang sesebuah negara kesan perdagangan antarabangsa. • Perlu ditangani supaya aliran masuk wang lebih tinggi daripada aliran keluar wang, iaitu wujud imbangan pembayaran lebihan dan nilai mata wang semakin kukuh. • Menggalakkan eksport Mengurangkan import • Memberi subsidi kepada firma tempatan • Menggalakkan kemasukan pelaburan asing 1.3 Petunjuk Makroekonomi Petunjuk makroekonomi adalah seperti berikut: 1 Keluaran Negara Kasar (pendapatan negara) 2 Kadar inflasi 3 Kadar pengangguran 4 Akaun dagangan dan akaun semasa 5 Kadar pertumbuhan ekonomi 6 Kadar bunga 7 Kitaran perniagaan Keluaran Negara Kasar (Pendapatan Negara) 1 Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. 2 Keluaran Negara Kasar menggambarkan ukuran prestasi atau pencapaian ekonomi sesebuah negara. 3 Dapat dibezakan kepada: (a) Keluaran negara potensi Tingkat keluaran negara yang dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun pada tingkat guna tenaga penuh. Mengukur tingkat keluaran maksimum yang dapat dicapai oleh sesebuah negara. (b) Keluaran negara sebenar Tingkat keluaran negara yang sebenar dicapai oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun berdasarkan permintaan agregat, iaitu jumlah permintaan oleh semua golongan pengguna. Makro Penggal 2(1).indd 3 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Kadar Inflasi 1 Kadar kenaikan tingkat harga umum pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 IHP0 100 dengan, IHP0 = Indeks harga pengguna tahun sebelumnya IHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa 2 Indeks harga pengguna (IHP) ialah ukuran purata perubahan tingkat harga umum pada sesuatu tahun berbanding dengan harga tahun asas. Kadar Pengangguran 1 Peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak produktif berbanding dengan jumlah tenaga buruh dalam sesebuah negara pada suatu tahun. Kadar pengangguran = Jumlah penganggur Jumlah tenaga buruh 100 atau, Kadar pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga Jumlah tenaga buruh 100 Jadual 1.2 Konsep penting yang berkaitan dengan tenaga buruh Konsep Huraian Jumlah tenaga buruh Jumlah penduduk yang berumur dalam lingkungan 15–64 tahun tetapi tidak termasuk golongan pelajar, suri rumah tangga dan pesara. Jumlah guna tenaga Jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan produktif. Jumlah penganggur Perbezaan antara jumlah tenaga buruh dengan jumlah guna tenaga. Jumlah penganggur = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga 2 Sesebuah negara dianggap mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran kurang daripada 4%. Akaun Dagangan dan Akaun Semasa 1 Wujud dalam struktur imbangan pembayaran. 2 Akaun dagangan mengukur perbezaan antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak. Akaun dagangan = Nilai eksport barang nampak – Nilai import barang nampak 3 Akaun semasa mengukur aliran wang yang masuk dan keluar daripada urus niaga barang nampak, perkhidmatan (barang tak nampak), pendapatan dan bayaran pindahan. Akaun semasa = Imbangan akaun dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan + Imbangan pindahan Makro Penggal 2(1).indd 4 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Kadar Pertumbuhan Ekonomi 1 Kadar pertambahan atau perubahan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya berdasarkan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar. Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar1 – KDNK benar0 KDNK benar0 100 dengan, KDNK benar0 = Keluaran negara tahun sebelumnya KDNK benar1 = Keluaran negara tahun semasa 2 Kadar pertumbuhan ekonomi adalah positif apabila keluaran negara pada tahun semasa lebih tinggi daripada keluaran negara pada tahun sebelumnya. Maka, wujud pertumbuhan ekonomi. 3 Kadar pertumbuhan ekonomi adalah negatif apabila keluaran negara pada tahun semasa lebih rendah daripada keluaran negara pada tahun sebelumnya. Maka, wujud kemelesetan ekonomi. Kadar Bunga 1 Kos pinjaman, iaitu peratusan kos yang perlu dibayar untuk sejumlah pinjaman yang diberikan oleh firma bagi tujuan pelaburan. 2 Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggi kos pinjaman dan jumlah pinjaman akan berkurangan. Maka, jumlah pelaburan turut berkurangan. 3 Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin rendah kos pinjaman dan jumlah pinjaman akan bertambah. Maka, jumlah pelaburan turut bertambah. Kitaran Perniagaan 1 Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset dalam jangka masa tertentu. 2 Mewujudkan perbezaan antara KNK potensi dengan KNK sebenar yang dinamakan jurang KNK. Pendapatan negara benar (Y) Tahun T2 T4 T1 T3 T5 Pendapatan negara sebenar (Ye ) Pendapatan negara potensi (Yf ) 0 a b c d e f g Rajah 1.2 Kitaran perniagaan 3 Rajah 1.2 menunjukkan kitaran perniagaan. Kitaran perniagaan menggambarkan tiga keadaan berikut: Keadaan Perkara Pengembangan ekonomi Kemelesetan ekonomi Kestabilan ekonomi Ye dan Yf Ye melebihi Yf Yf melebihi Ye Ye = Yf Bahagian pada keluk fg ce Titik c dan f Jangka masa Antara tahun T4 dengan tahun T5 Antara tahun T2 dengan tahun T3 Tahun T2 dan T4 Makro Penggal 2(1).indd 5 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Keadaan Perkara Pengembangan ekonomi Kemelesetan ekonomi Kestabilan ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi Positif Negatif Stabil Kadar pengangguran Rendah Tinggi Guna tenaga penuh tercapai 1.4 Matlamat Makroekonomi Matlamat Huraian Mencapai tingkat guna tenaga penuh • Guna tenaga penuh ialah keadaan ekonomi yang mencapai kadar pengangguran kurang daripada 4%. • Guna tenaga yang tinggi atau kadar pengangguran yang rendah menunjukkan kegiatan ekonomi banyak dijalankan dan jumlah barangan yang dikeluarkan akan meningkat. • Oleh itu, semakin rendah kadar pengangguran, semakin tinggi keluaran negara dan semakin pesat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Menstabilkan tingkat harga umum • Kestabilan tingkat harga umum yang berterusan akan mengelakkan masalah inflasi. • Masalah inflasi menjejaskan taraf hidup masyarakat dan meningkatkan kos pengeluaran. • Seterusnya, inflasi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. • Oleh itu, kestabilan tingkat harga umum penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sesebuah negara melalui kestabilan kuasa beli dan kos sara hidup. • Tabungan dan pelaburan digalakkan kesan kestabilan kos dan pulangan. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi • Pertumbuhan ekonomi berlaku apabila wujud peningkatan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. • Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan meningkatkan taraf hidup masyarakat jika kadar pertumbuhan ekonomi melebihi kadar pertumbuhan penduduk, iaitu pendapatan per kapita meningkat. • Peluang pekerjaan bertambah dan mengurangkan masalah pengangguran. • Pertumbuhan ekonomi positif juga dapat menarik minat pelabur asing dan pelabur tempatan. • Kadar kemiskinan dapat dikurangkan melalui kenaikan pendapatan. Membaiki imbangan pembayaran • Imbangan pembayaran bertambah baik apabila aliran wang yang masuk ke dalam sebuah negara melebihi aliran wang yang keluar dari sebuah negara kesan perdagangan antarabangsa. • Imbangan pembayaran lebihan ini disebabkan kenaikan nilai eksport barang dan perkhidmatan serta kemasukan pelaburan asing. • Keadaan ini akan meningkatkan rizab emas dan mata wang asing bank pusat serta mengukuhkan nilai mata wang sesebuah negara. • Imbangan pembayaran lebihan akan meningkatkan kadar pertukaran domestik, iaitu nilai mata wang tempatan akan meningkat. 1.5 Dasar Makroekonomi Dasar Huraian Dasar fiskal • Langkah-langkah kerajaan menstabilkan ekonomi melalui perubahan cukai dan perbelanjaan kerajaan. • Dasar fiskal mengembang ialah langkah kerajaan mengurangkan cukai dan menambah perbelanjaannya. • Dasar fiskal menguncup ialah langkah kerajaan menambah cukai dan mengurangkan perbelanjaannya. Makro Penggal 2(1).indd 6 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Dasar Huraian Dasar kewangan • Langkah-langkah kerajaan menstabilkan ekonomi melalui perubahan penawaran wang dan kadar bunga yang dijalankan oleh bank pusat. • Dasar kewangan mengembang ialah langkah bank pusat menambah penawaran wang dan menurunkan kadar bunga. • Dasar kewangan menguncup ialah langkah kerajaan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga. Kawalan langsung (dasar fizikal) • Langkah-langkah kerajaan secara langsung mengikut punca masalah ekonomi yang dihadapi. • Contoh: Dasar penetapan harga maksimum dan minimum, dasar eksport dan import serta dasar kawalan upah. Dasar sebelah penawaran • Langkah-langkah kerajaan menstabilkan ekonomi dengan mempengaruhi tingkat penawaran agregat. • Contoh: Galakan penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkembangan teknologi dan peningkatan kecekapan. • Dasarini akan meningkatkan keluaran negara dan mempercepat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. 1 Dasar fiskal yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi ialah A mengurangkan cukai pendapatan. B mengurangkan gaji kakitangan kerajaan. C menangguhkan pembinaan empangan air. D mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk biasiswa pelajaran. 2 Antara berikut, yang manakah merupakan cara pengiraan yang betul untuk kadar pengangguran? A Jumlah penganggur Jumlah penduduk 100 B Jumlah penganggur Jumlah guna tenaga 100 C Jumlah penganggur Jumlah tenaga buruh 100 D Jumlah penganggur Jumlah penduduk 15–64 tahun 100 3 Jika Keluaran Negara Kasar sebenar kurang daripada Keluaran Negara Kasar potensi, maka A guna tenaga buruh adalah tinggi. B pertumbuhan ekonomi berlaku. C pengangguran berlaku. D inflasi berlaku. 4 Antara pemboleh ubah yang berikut, yang manakah bukan pemboleh ubah dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor? A Perbelanjaan awam B Perbelanjaan eksport C Penggunaan isi rumah D Pembentukan modal tetap kasar 5 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara pada tahun 2022 dan 2023. Tahun Indeks harga pengguna 2022 106.8 2023 108.6 Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. Latihan Pengukuhan Bahagian A Soalan Aneka Pilihan Makro Penggal 2(1).indd 7 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Kadar inflasi pada tahun 2023 ialah A 1.8% C 1.6% B 1.7% D 1.5% 6 Kerajaan harus mengambil langkah berikut apabila berlaku inflasi kesan pertumbuhan ekonomi yang pesat, kecuali A mengurangkan kadar cukai pendapatan. B meningkatkan kadar cukai pendapatan. C mengurangkan perbelanjaan kerajaan. D menjalankan dasar fiskal menguncup. 7 Jadual di bawah menunjukkan butiran penduduk, tenaga buruh dan guna tenaga bagi negara Jaya pada tahun 2023. Butiran Juta orang Jumlah penduduk 15–64 tahun 8.45 Jumlah tenaga buruh 7.05 Jumlah guna tenaga 6.55 Kadar pengangguran di negara Jaya pada tahun 2023 ialah A 16.6% C 5.9% B 7.1% D 1.9% 8 Yang manakah bukan peranan firma? A Pembeli faktor pengeluaran B Pengguna barang dan perkhidmatan C Pengeluar barang dan perkhidmatan D Pengeksport barang dan perkhidmatan 9 Matlamat dasar makroekonomi ialah A mengurangkan beban cukai pengguna dan pengeluar. B menggalakkan firma memaksimumkan keuntungan. C mengukuhkan kedudukan imbangan pembayaran. D mengagihkan pendapatan faktor secara adil. 10 Yang berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang dapat menggambarkan pencapaian ekonomi sesebuah negara, kecuali A kadar pengangguran. B keluaran negara kasar. C perbelanjaan kerajaan. D imbangan akaun dagangan. 11 Dasar kewangan ialah dasar kerajaan untuk A mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai. B mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui perubahan penawaran wang dan kadar bunga. C merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin. D meningkatkan taraf kebajikan rakyat melalui perbelanjaan awam. 12 Jika jumlah buruh yang menganggur di sebuah negara ialah 6 juta orang manakala 48 juta orang yang lain bekerja, kadar pengangguran di negara tersebut ialah A 12.5% C 8.5% B 11.1% D 3.0% 13 Berikut merupakan petunjuk makroekonomi yang positif bagi sebuah negara kecuali A kenaikan kadar inflasi. B lebihan akaun dagangan. C kejatuhan kadar pengangguran. D kenaikan Keluaran Negara Kasar. 14 Pemboleh ubah suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ialah A penggunaan, pelaburan dan eksport. B pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport. C tabungan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. D penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan. 15 Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai pertumbuhan ekonomi? A Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun sebelumnya melebihi keluaran negara pada tahun semasa B Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai positif, keluaran negara pada tahun semasa melebihi keluaran negara pada tahun sebelumnya C Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, keluaran negara pada tahun semasa melebihi keluaran negara pada tahun sebelumnya D Apabila kadar pertumbuhan ekonomi bernilai negatif, sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi STPM KLON Makro Penggal 2(1).indd 8 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 16 Lebihan dalam imbangan pembayaran boleh menyebabkan A mata wang domestik menjadi semakin murah. B peningkatan rizab antarabangsa bank pusat. C agihan pendapatan lebih seimbang. D penurunan kos sara hidup rakyat. 17 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada tahun 2015 dan 2016. Butiran 2015 2016 IHP 152.5 160 KDNK benar (RM juta) 160 173.50 Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016? A 3.35% C 8.44% B 4.92% D 9.00% Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 (a) Berdasarkan model ekonomi tiga sektor, apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan? [2] (b) Terangkan jenis-jenis aliran pendapatan dan perbelanjaan yang wujud dalam model ekonomi tersebut. [8] 2 (a) Apakah maksud kadar inflasi? Bagaimanakah kadar inflasi dihitung? [5] (b) Jelaskan bagaimana dasar fiskal dapat mengurangkan kadar inflasi. [5] 3 Huraikan empat dasar makroekonomi yang boleh dijalankan untuk menstabilkan ekonomi sesebuah negara semasa inflasi. [10] 4 (a) Nyatakan empat matlamat makroekonomi yang ingin dicapai oleh sesebuah negara. [4] (b) Terangkan pelaksanaan dasar berikut untuk mengatasi kemelesetan ekonomi: (i) cukai keuntungan syarikat [3] (ii) nisbah rizab berkanun [3] 5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran? Bagaimanakah kadar pengangguran dihitung? [5] (b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi yang pesat tidak semestinya mengurangkan kadar pengangguran? [5] 6 (a) Terangkan sebab masalah makroekonomi berikut perlu ditangani: (i) Pengangguran (ii) Inflasi [4] (b) Bagaimanakah masalah pengangguran dan inflasi dapat diatasi melalui dasar fiskal? [6] 7 Mengapakah sesebuah negara ingin mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi? [10] 8 (a) Terangkan maksud inflasi. [2] (b) Bagaimanakah dasar fiskal dan dasar kewangan boleh mengatasi masalah inflasi? [8] 9 (a) Takrifkan pengangguran. [1] (b) Terangkan tiga sebab pengangguran yang tinggi perlu ditangani. [9] STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON Makro Penggal 2(1).indd 9 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Bahagian C Soalan Kuantitatif Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan. 1 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh dan guna tenaga bagi sebuah negara antara tahun 2021 hingga 2023. Tahun Tenaga buruh (ribu orang) Guna tenaga (ribu orang) 2021 9 187 8 826.2 2022 9 537 9 217.2 2023 9 810 9 411.5 (a) Takrifkan istilah berikut: (i) Tenaga buruh [1] (ii) Guna tenaga [1] (b) Hitung (i) kadar pertumbuhan tenaga buruh [2] (ii) kadar pertumbuhan guna tenaga [2] (iii) kadar pengangguran [2] pada tahun 2022 dan 2023. (c) Huraikan arah aliran kadar pengangguran dalam (b)(iii). [2] 2 Jadual di bawah menunjukkan matlumat penduduk, tenaga buruh, guna tenaga dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sesebuah negara antara tahun 2021 hingga tahun 2023. Tahun Penduduk (juta) Tenaga buruh (’000) Guna tenaga (’000) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2021 29.70 13 083.40 12 632.10 751 470 2022 28.50 13 261.30 12 737.50 786 694 2023 29.55 13 645.70 13 226.70 827 602 (a) Hitung (i) kadar pengangguran [3] (ii) kadar pertumbuhan ekonomi [2] (iii) pendapatan per kapita [3] dari tahun 2021 hingga tahun 2023. (b) Berdasarkan jawapan (a)(i), adakah negara sudah mencapai guna tenaga penuh? Berikan alasan bagi jawapan anda. [2] 3 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan indeks harga pengguna bagi dua buah negara pada tahun 2022 dan 2023. Butiran Negara A Negara B 2022 2023 2022 2023 KDNK benar (RM juta) 34 840 35 020 58 500 59 530 Indeks harga pengguna 103.4 104.8 105.6 107.5 Makro Penggal 2(1).indd 10 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 (a) Berikan definisi (i) kadar pertumbuhan ekonomi. [2] (ii) kadar inflasi. [2] (b) Hitung (i) kadar pertumbuhan ekonomi [2] (ii) kadar inflasi [2] bagi negara A dan negara B pada tahun 2023. (c) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi di kedua-dua negara tersebut? [2] 4 Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh, kadar pengangguran dan KDNK pada harga tetap bagi sebuah negara antara tahun 2022 hingga 2023. Tahun Jumlah tenaga buruh (juta orang) Kadar pengangguran (%) KDNK pada harga tetap (RM juta) 2021 24.2 3.7 622 101 2022 24.8 3.4 659 654 2023 25.2 3.3 688 397 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan (i) tenaga buruh? (ii) guna tenaga? [2] (b) Hitung jumlah guna tenaga antara tahun 2021 hingga 2023. [3] (c) Hitung (i) kadar pertumbuhan guna tenaga (ii) kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2022 dan 2023. [3] (d) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada jawapan dalam (c)? [2] STPM KLON Makro Penggal 2(1).indd 11 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 2.1 Konsep Pendapatan Negara Maksud 1 Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi tempoh setahun. 2 Pendapatan negara juga dinamakan keluaran negara. Konsep Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Konsep Definisi/huraian Formula Hubungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan di dalam sebuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara itu atau milik negara asing dalam setahun. KNK = KDNK + PFbLN dengan, • PFb LN ialah pendapatan faktor bersih dari luar negara • PFb LN ialah perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara • PFb LN positif apabila KNK KDNK • PFb LN negatif apabila KNK KDNK • PFb LN sifar apabila Keluaran KNK = KDNK Negara Kasar (KNK) Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara yang berada di dalam negara dan di luar negara. KNK pada Harga Pasaran dan KNK pada Kos Faktor Konsep Definisi/huraian Formula Hubungan KNK pada harga pasaran (KNKhp) Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berdasarkan harga di pasaran, iaitu harga pembeli. KNKkf = KNKhp – CTL + B dengan, • CTL ialah cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran • B ialah subsidi yang menurunkan harga pasaran • CTL B apabila KNKhp > KNKkf • CTL B apabila KNKhp < KNKkf • CTL = B apabila KNKhp = KNKkf KNK pada kos faktor atau harga faktor (KNKkf atau KNKhf) Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berdasarkan bayaran kepada faktor pengeluaran, iaitu kos pengeluaran. 2 BAB Perakaunan Pendapatan Negara Makro Penggal 2(2).indd 12 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Keluaran Negara Kasar dan Keluaran Negara Bersih Konsep Definisi/huraian Formula Hubungan Keluaran Negara Bersih (KNB) Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNB = KNK – Susut nilai dengan, susut nilai ialah nilai barang modal yang mengalami kehausan nilai apabila digunakan pada tahun berkenaan KNB < KNK akibat susut nilai barang modal KNK Nominal dan KNK Benar Konsep Definisi/huraian Formula Hubungan KNK nominal Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun semasa. KNK benar = KNK nominal 100 IH1 dengan, IH1 ialah indeks harga semasa yang mengukur perubahan harga secara purata bagi tahun semasa berbanding dengan harga tahun asas • IH1 > 100 apabila KNK benar < KNK nominal • IH1 < 100 apabila KNK benar > KNK nominal • IH1 = 100 apabila KNK benar = KNK nominal KNK benar Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun asas, iaitu harga tetap. KNK/KDNK Per Kapita dan KNK/KDNK Benar Per Kapita Konsep Definisi/huraian Formula Kepentingan KNK/KDNK per kapita Pendapatan purata bagi setiap penduduk. KNK/KDNK Jumlah penduduk Pengukur taraf hidup rakyat untuk perbandingan antara KNK/KDNK masa dan antara negara. benar per kapita Pendapatan benar purata bagi setiap penduduk. KNK/KDNK benar Jumlah penduduk Kesimpulan Hubungan antara konsep pendapatan negara (a) KNK = KDNK + PFb LN (b) KNKkf = KNKhp – CTL + B (c) KNB = KNK – Susut nilai (d) KNK benar = KNK nominal 100 IH1 (e) KNK/KDNK per kapita = KNK/KDNK Jumlah penduduk (f) KNK/KDNK benar per kapita = KNK/KDNK benar Jumlah penduduk Makro Penggal 2(2).indd 13 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 2.2 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara Kaedah Perbelanjaan Maksud Menjumlahkan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan oleh semua sektor pengguna. Komponen Komponen perbelanjaan Huraian Penggunaan isi rumah (C) • Perbelanjaan oleh sektor isi rumah terhadap barang pengguna. • Contoh: Pembelian pakaian, barang elektrik dan perbelanjaan harian. • Dinamakan juga sebagai penggunaan swasta. Pelaburan kasar firma (I) • Perbelanjaan oleh sektor firma terhadap barang modal. • Contoh: Pembelian jentera dan pembinaan kilang. • Dinamakan juga sebagai perbelanjaan pelaburan atau pembentukan modal tetap kasar swasta. Perbelanjaan kerajaan (G) • Perbelanjaan oleh sektor kerajaan terhadap barang pengguna (penggunaan awam) dan barang modal (pelaburan awam). • Dinamakan juga sebagai perbelanjaan awam. Perbelanjaan sektor asing (X – M) • Perbelanjaan oleh sektor asing terhadap barang eksport (X) dan import (M). • Nilai eksport dihitung sebab eksport merupakan perbelanjaan penduduk negara asing terhadap keluaran sebuah negara. • Nilai import ditolak sebab import merupakan perbelanjaan penduduk sebuah negara terhadap keluaran negara asing. • Dinamakan juga sebagai eksport bersih. Perubahan stok atau inventori • Sejumlah barang yang dihasilkan tetapi tidak dapat dijual pada sesuatu tahun (stok akhir) dan dijual pada tahun berikutnya (stok awal). • Jadi perubahan stok ialah perbezaan antara stok akhir dengan stok awal. Formula Penghitungan Penjumlahan nilai perbelanjaan oleh semua sektor pengguna menghasilkan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). KDNKhp = C + I + G + (X – M) + Perubahan stok Contoh Penghitungan Contoh umum Contoh Malaysia Butiran RM juta Butiran RM juta Penggunaan isi rumah (C) Pelaburan kasar (I) Perbelanjaan kerajaan (G) Eksport bersih (X – M) Perubahan stok 100 500 300 800 –200 Penggunaan: swasta awam Pelaburan: swasta awam Eksport bersih Perubahan stok 100 150 500 150 800 –200 KDNKhp 1500 KDNKhp 1 500 Kaedah Keluaran Maksud Menjumlahkan nilai ditambah yang diwujudkan terhadap keluaran yang dihasilkan oleh pelbagai sektor pengeluaran (atau nilai akhir semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan). Makro Penggal 2(2).indd 14 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Konsep Nilai Ditambah 1 Tambahan nilai yang wujud terhadap barang dan perkhidmatan setelah melalui proses pengeluaran. 2 Dihitung bagi mengelakkan penghitungan dua kali untuk barang perantaraan atau barang separuh siap. Contoh Peringkat keluaran Kos input (RM) Harga keluaran (RM) Nilai ditambah (RM) Kayu balak Papan Kerusi Jualan runcit kerusi 0 20 50 90 20 50 90 160 20 – 0 = 20 50 – 20 = 30 90 – 50 = 40 160 – 90 = 70 Jumlah 160 320 160 (a) Pada peringkat pertama, kayu balak yang merupakan faktor semula jadi diperoleh secara percuma dan kosnya adalah sifar. Harga keluaran kayu balak ialah RM20. Oleh itu, nilai ditambah pada peringkat ini ialah (20 – 0) = RM20, iaitu perbezaan antara harga keluaran dengan kos input. (b) Pada peringkat kedua, kayu balak diproses menjadi papan yang dijual dengan harga RM50. Oleh sebab kos input (kayu balak) bernilai RM20, nilai ditambah ialah (50 – 20) = RM30. (c) Pada peringkat ketiga, papan diproses menjadi sebuah kerusi. Kos input, iaitu papan ialah RM50 manakala kerusi bernilai RM90. Oleh itu, nilai ditambah ialah (90 – 50) = RM40. (d) Pada peringkat jualan runcit, kerusi dijual dengan harga RM160. Dengan kos input sebanyak RM90, nilai ditambah ialah (160 – 90) = RM70. (e) Jumlah nilai ditambah untuk sebuah kerusi ialah RM160, iaitu sama dengan nilai barang akhir (nilai jualan runcit kerusi). Jumlah nilai ditambah = 20 + 30 + 40 + 70 = RM160 = Nilai jualan runcit kerusi Komponen Sektor pengeluaran Huraian Sektor utama (sektor pertama) • Terlibat dalam pengeluaran barang pertanian dan galian. • Contoh: Sektor pertanian (termasuk perikanan, perhutanan dan penternakan), sektor perlombongan dan kuari. Sektor perindustrian (sektor kedua) • Terlibat dalam pengeluaran barang perkilangan dan barang modal seperti pembinaan rumah dan bangunan. • Contoh: Sektor perkilangan dan sektor pembinaan. Sektor perkhidmatan (sektor ketiga) • Terlibat dalam pengeluaran barang tak nampak, iaitu perkhidmatan. • Contoh: Sektor kewangan dan insurans, sektor perhubungan dan pengangkutan, sektor perkhidmatan kerajaan. Makro Penggal 2(2).indd 15 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Contoh Penghitungan di Malaysia Butiran RM juta Sektor pertanian Sektor perlombongan dan kuari Sektor perkilangan Sektor pembinaan Sektor kewangan dan insurans Sektor perhubungan dan pengangkutan Sektor perkhidmatan kerajaan Campur: Cukai import 100 50 200 150 300 200 150 100 KDNKhp 1 250 Kaedah Pendapatan Maksud Menjumlahkan nilai pendapatan yang diperoleh semua faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan, iaitu faktor pengeluaran yang produktif. Komponen Komponen Huraian Upah dan gaji • Pendapatan kepada faktor buruh yang produktif sahaja, iaitu buruh yang menyumbang kepada keluaran negara. • Bayaran kepada buruh yang tidak produktif seperti elaun pengangguran dan biasiswa ditolak atau tidak dihitung sebab tidak menyumbang kepada keluaran negara. Dinamakan bayaran pindahan. Sewa Pendapatan kepada faktor tanah yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Bunga bersih • Pendapatan kepada faktor modal yang menyumbang kepada keluaran negara. • Oleh itu, bunga yang tidak produktif seperti bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan ditolak sebab tidak menyumbang kepada keluaran negara. Untung kasar • Keuntungan yang diperoleh faktor usahawan. • Terdiri daripada untung yang diagihkan atau dividen, untung tidak diagihkan dan cukai keuntungan syarikat. Pendapatan perusahaan persendirian Nilai pendapatan yang diterima oleh perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan tunggal, iaitu bayaran upah, sewa, bunga dan untung sukar diasingkan. Formula Penghitungan 1 Penjumlahan nilai pendapatan semua faktor pengeluaran yang produktif menghasilkan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf). 2 Dinamakan juga sebagai pendapatan negara (Pendapatan negara = KNBkf). KNBkf = Upah/Gaji + Sewa + Bunga bersih + Untung kasar + Pendapatan perusahaan persendirian Makro Penggal 2(2).indd 16 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 Contoh Penghitungan Butiran RM juta Upah dan gaji Sewa Bunga bersih Untung kasar Pendapatan perusahaan persendirian 200 100 50 400 250 KNBkf 1 000 Nota: Di negara Malaysia, kaedah pendapatan tidak diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara. Hanya kaedah perbelanjaan dan kaedah keluaran diamalkan. Kesimpulan Perbandingan antara kaedah penghitungan Kaedah perbelanjaan Kaedah keluaran Kaedah pendapatan Penggunaan isi rumah Pelaburan kasar Perbelanjaan kerajaan Eksport bersih Perubahan stok Sektor pertanian Sektor perlombongan dan kuari Sektor perkilangan Sektor pembinaan Sektor kewangan dan insurans sektor perhubungan dan pengangkutan Sektor perkhidmatan kerajaan (+) Cukai import Upah dan gaji Sewa Bunga bersih Untung kasar pendapatan perusahaan persendirian KDNKhp KDNKhp KNBkf 2.3 Kegunaan Data Pendapatan Negara Mengukur Kadar Pertumbuhan Ekonomi 1 Data pendapatan negara digunakan untuk menentukan kadar pertumbuhan ekonomi, iaitu perubahan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. 2 Data pendapatan negara yang paling sesuai digunakan untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi ialah KDNK benar. 3 Semakin tinggi KDNK benar, semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi. Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar1 – KDNK benar0 KDNK benar0 100 4 Semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonomi, semakin baik prestasi ekonomi sesebuah negara. Menentukan Taraf Hidup Rakyat 1 Data pendapatan negara digunakan untuk menentukan taraf hidup (taraf kebajikan atau taraf kemakmuran) rakyat sesebuah negara dan membuat perbandingan taraf hidup antara negara. 2 Taraf hidup bermaksud kualiti hidup yang diukur berdasarkan jenis dan jumlah barangan yang dapat dinikmati oleh setiap penduduk sesebuah negara. 3 Data pendapatan negara yang digunakan sebagai ukuran taraf hidup ialah KDNK benar per kapita. 4 Semakin tinggi KDNK benar per kapita, semakin tinggi taraf hidup rakyat sesebuah negara. Makro Penggal 2(2).indd 17 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 Pendapatan/KDNK benar per kapita = KDNK benar Jumlah penduduk 5 Jika kadar pertambahan pendapatan benar per kapita melebihi kadar pertumbuhan penduduk, taraf hidup rakyat akan meningkat. Menentukan Sumbangan Pelbagai Sektor 1 Data pendapatan negara mengikut kaedah keluaran menunjukkan nilai keluaran yang disumbangkan oleh pelbagai sektor, iaitu sektor utama, sektor kedua (perindustrian) dan sektor ketiga (perkhidmatan). 2 Semakin tinggi nilai keluaran sesuatu sektor ekonomi, semakin tinggi sumbangan sektor tersebut terhadap keluaran negara. 3 Maka, kepentingan sesuatu sektor ekonomi dapat ditentukan berdasarkan kadar sumbangannya kepada keluaran negara. Kadar sumbangan sektor ekonomi = Nilai keluaran sektor ekonomi KDNK 100 4 Sektor ekonomi yang mencatatkan kadar sumbangan tertinggi merupakan penyumbang utama kepada keluaran negara. Menilai Perubahan Struktur Ekonomi 1 Perubahan struktur ekonomi ialah keadaan yang menunjukkan perubahan peratusan sumbangan sesuatu kegiatan ekonomi daripada peratusan yang rendah kepada peratusan yang lebih tinggi. 2 Oleh itu, perubahan struktur ekonomi sesebuah negara dapat ditentukan berdasarkan perubahan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK. 3 Jika sumbangan sektor pertanian semakin merosot manakala sumbangan sektor perindustrian semakin meningkat, ini bermakna struktur ekonomi negara telah berubah daripada negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian, atau daripada sektor ekonomi tradisional kepada sektor ekonomi moden. Menjadi Asas Perancangan Ekonomi 1 Data pendapatan negara mengandungi maklumat tentang perbelanjaan, keluaran dan pelaburan. 2 Maklumat tersebut adalah penting dan dijadikan asas perancangan oleh kerajaan bagi membentuk rancangan pembangunan ekonomi pada masa depan. Menilai Kejayaan Dasar Kerajaan 1 Data keluaran negara dapat digunakan sebagai petunjuk kejayaan dasar atau polisi kerajaan dalam pembangunan sektor ekonomi tertentu. 2 Peningkatan sumbangan sesuatu sektor ekonomi kepada pendapatan negara menunjukkan kejayaan atau keberkesanan dasar atau polisi kerajaan yang dilaksanakan dalam sektor tersebut. 2.4 Masalah Penghitungan Pendapatan Negara Masalah Huraian Penghitungan dua kali • Masalah ini timbul akibat kegagalan membezakan antara barang perantaraan dengan barang akhir dalam proses pengeluaran sesuatu barang. • Contohnya, tepung diproses menjadi roti. Jika nilai tepung dan roti dihitung, wujud penghitungan dua kali kerana nilai tepung termasuk dalam nilai roti. • Oleh itu, barang perantaraan dan barang akhir perlu dibezakan apabila menjumlahkan nilai keluaran pelbagai sektor. • Masalah ini diatasi dengan menjumlahkan nilai ditambah atau menghitung nilai barang akhir sahaja. Makro Penggal 2(2).indd 18 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 Masalah Huraian Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang • Terdapat banyak kegiatan produktif yang menyumbang kepada keluaran negara tetapi tidak dihitung kerana kegiatan tersebut tidak dibayar dengan wang. • Contoh: Kerja-kerja suri rumah tangga dan kegiatan sukarela seperti gotong-royong. • Jika kerja-kerja suri rumah tangga dilakukan oleh pembantu rumah yang dibayar gaji dan kegiatan sukarela seperti kerja gotong-royong dilakukan oleh pekerja yang dibayar gaji, kegiatan tersebut akan dihitung dalam pendapatan negara. Kegiatan produktif yang haram • Terdapat banyak kegiatan yang produktif dan mendatangkan pendapatan atau keuntungan kepada individu. • Namun, kegiatan tersebut tidak dihitung dalam pendapatan negara kerana merupakan kegiatan haram, iaitu kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. • Contoh: Perniagaan cetak rompak dan penyeludupan. Maka, tiada maklumat dapat diperoleh bagi kegiatan tersebut. Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan • Terdapat banyak keluaran yang dihasilkan di dalam sesebuah negara tetapi tidak dipasarkan atau dijual kepada orang ramai. • Contoh: Kegiatan sara diri dalam sektor pertanian, iaitu keluaran yang dihasilkan digunakan oleh petani sendiri. • Oleh itu, nilai keluaran sedemikian sepatutnya diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara walaupun keluaran tersebut tidak dipasarkan. Kesukaran pengumpulan data • Maklumat atau data tidak lengkap dan sukar diperoleh juga menyumbang kepada penghitungan nilai pendapatan negara yang kurang tepat. • Keadaan ini berlaku kerana terdapat pihak yang ingin mengelak daripada membayar cukai. • Contohnya, pemilik perniagaan tunggal yang tidak memberi maklumat yang tepat tentang jumlah keuntungannya pada sesuatu tahun. Masalah penentuan harga barang • Jumlah nilai keluaran negara dihitung berdasarkan tingkat harga. • Namun, wujud masalah perbezaan harga barang mengikut kawasan dan masa. • Jadi, kesukaran timbul untuk menentukan harga yang akan digunakan dalam penghitungan pendapatan negara. Anggaran susut nilai • Susut nilai barang modal perlu dihitung dalam penghitungan Keluaran Negara Bersih. • Namun, susut nilai yang diambil kira merupakan nilai anggaran sahaja. • Nilai susut nilai bergantung pada kaedah penganggaran susut nilai yang digunakan oleh sesebuah perniagaan. Masalah Perbandingan Pendapatan Negara (Antara Masa dan Antara Negara) Maksud 1 Data pendapatan negara sebagai pengukur taraf hidup digunakan untuk membandingkan taraf hidup: (a) antara tahun dalam sebuah negara yang sama (perbandingan antara masa). (b) antara negara pada tahun yang sama (perbandingan antara negara). 2 Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi nilai output negara, iaitu lebih banyak barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Semakin tinggi output, semakin tinggi pendapatan dan setiap penduduk sesebuah negara dapat menikmati lebih banyak barangan. Maka, semakin tinggi taraf hidup rakyat negara itu. 3 Namun, taraf hidup rakyat tidak semestinya meningkat apabila pendapatan negara meningkat. Keadaan ini berlaku kerana wujud banyak kelemahan apabila data pendapatan negara digunakan sebagai pengukur taraf hidup, iaitu tidak mengambil kira banyak faktor seperti saiz penduduk dan tingkat harga umum. Makro Penggal 2(2).indd 19 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Kelemahan Data Pendapatan Negara sebagai Pengukur Taraf Hidup i-THINK Peta Buih Kelemahan Data Pendapatan Negara sebagai Pengukur Taraf Hidup Perbezaan saiz penduduk Perbezaan tingkat harga umum Perbezaan corak agihan pendapatan Perbezaan komposisi KDNK/KNK Perbezaan masa kerja dan masa rehat Kesan luaran yang negatif (eksternaliti negatif) Perbezaan Saiz Penduduk 1 Jika peningkatan pendapatan negara diikuti oleh pertambahan saiz penduduk, taraf hidup rakyat tidak semestinya meningkat. 2 Jumlah keluaran negara yang bertambah terpaksa diagihkan kepada jumlah penduduk yang ramai. 3 Taraf hidup rakyat hanya akan meningkat apabila kadar pertumbuhan ekonomi melebihi kadar pertumbuhan penduduk. 4 Oleh itu, pendapatan benar per kapita perlu dihitung sebelum perbandingan taraf hidup yang tepat dapat dibuat antara masa dan antara negara. Perbezaan Tingkat Harga Umum 1 Peningkatan pendapatan negara tidak semestinya disebabkan peningkatan dalam tingkat output. 2 Jika harga semasa adalah tinggi, nilai pendapatan negara yang dihitung juga adalah tinggi disebabkan kenaikan harga yang tinggi dan tidak semestinya disebabkan pertambahan dalam tingkat output. 3 Oleh itu, KDNK benar atau KNK benar, iaitu nilai keluaran negara pada harga tetap perlu dihitung. 4 Semasa inflasi, kenaikan harga menjadikan kos sara hidup lebih tinggi dan mengurangkan kuasa beli masyarakat, iaitu kuantiti barangan yang dibeli semakin berkurangan. Maka, taraf hidup rakyat akan menurun. Perbezaan Corak Agihan Pendapatan 1 Peningkatan pendapatan negara tidak semestinya diagihkan secara adil antara semua golongan penduduk. Makro Penggal 2(2).indd 20 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 2 Golongan atasan biasanya akan menikmati lebih banyak barangan dan seterusnya, taraf hidup mereka lebih tinggi berbanding dengan golongan bawahan. 3 Maka, peningkatan pendapatan negara tidak semestinya diikuti oleh peningkatan taraf hidup bagi semua golongan rakyat sekiranya agihan pendapatan tidak adil atau jurang pendapatan antara golongan atasan dengan golongan bawahan adalah besar. Perbezaan Komposisi KDNK atau KNK 1 Peningkatan pendapatan negara mungkin disebabkan peningkatan kegiatan yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat. Oleh itu, taraf hidup rakyat mungkin tidak berubah, malahan merosot. 2 Contohnya, kegiatan perjudian dan pengeluaran rokok, arak serta senjata api. 3 Maka, taraf hidup rakyat tidak semestinya meningkat apabila peningkatan pendapatan negara tidak melibatkan pengeluaran barang pengguna yang berfaedah. Perbezaan Masa Kerja dan Masa Rehat 1 Peningkatan pendapatan negara tidak semestinya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat jika tempoh waktu bekerja adalah panjang. 2 Pertambahan tempoh waktu bekerja diikuti oleh pengurangan masa rehat akan mengurangkan tingkat kebajikan, iaitu merendahkan taraf hidup rakyat. 3 Oleh itu, peningkatan pendapatan negara disebabkan masa kerja yang lama tidak semestinya meningkatkan taraf hidup rakyat. 4 Taraf hidup rakyat hanya akan meningkat jika kenaikan pendapatan negara diikuti oleh pertambahan masa rehat. Kesan Luaran yang Negatif (Eksternaliti Negatif) 1 Banyak projek pembangunan yang dijalankan akan meningkatkan pendapatan negara dan seterusnya, meningkatkan taraf hidup rakyat. 2 Namun, projek pembangunan yang menimbulkan kesan luaran negatif seperti pencemaran udara akan menjejaskan taraf kesihatan rakyat. 3 Oleh itu, pendapatan negara yang tinggi tidak semestinya meningkatkan taraf hidup rakyat apabila projek pembangunan yang dijalankan mendatangkan banyak kesan luaran negatif. Kesimpulan Data pendapatan negara bukan satu pengukur taraf hidup yang tepat kerana mempunyai banyak kelemahan. Data pendapatan negara yang paling tepat digunakan sebagai pengukur taraf hidup ialah KDNK benar per kapita atau pendapatan benar per kapita. Data ini mengatasi masalah perbezaan saiz penduduk dan perbezaan tingkat harga umum. Makro Penggal 2(2).indd 21 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 1 Keluaran negara benar lebih rendah daripada keluaran negara nominal disebabkan oleh A peningkatan harga umum. B peningkatan kos pengeluaran. C pengurangan jumlah penduduk. D pengurangan taraf hidup rakyat. 2 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2023. Butiran RM juta Penggunaan swasta Penggunaan awam Pelaburan swasta Pelaburan awam Susut nilai Perubahan stok Eksport barangan Import barangan Pendapatan faktor bersih dari luar negeri 45 000 12 000 22 000 11 500 1 000 –350 80 000 82 000 –5 000 Berapakah Keluaran Negara Kasar? A RM82 150 juta B RM82 800 juta C RM83 150 juta D RM83 500 juta 3 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara pada tahun 2023. Butiran RM juta Keluaran Negara Kasar Pembentukan modal tetap kasar swasta Perbelanjaan penggunaan swasta Perbelanjaan awam Eksport Import 3 964 376 2 572 548 50 12 Berapakah pendapatan faktor bersih dari luar negeri? A –RM430 juta B –RM406 juta C RM430 juta D RM406 juta 4 Tingkat keluaran negara yang dihitung mengikut harga tetap dinamakan A pendapatan negara benar. B pendapatan negara bersih. C pendapatan negara potensi. D pendapatan negara nominal. 5 Dalam penghitungan keluaran negara mengikut kaedah keluaran, masalah terlebih nilai dapat diatasi dengan menjumlahkan semua A perbelanjaan golongan pengguna. B jenis barang separuh siap dan barang siap. C pendapatan faktor pengeluaran yang produktif. D nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran. 6 Kegunaan data pendapatan negara adalah untuk A menentukan sumbangan sektor ekonomi. B menentukan kadar pertukaran asing. C membandingkan mutu barangan. D mengukur kadar pengangguran. 7 Taraf kesejahteraan rakyat sesebuah negara akan menurun walaupun pendapatan per kapita meningkat jika berlaku peningkatan dalam A masa kerja. B guna tenaga. C saiz penduduk. D kualiti keluaran. Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang paling tepat. Latihan Pengukuhan Bahagian A Soalan Aneka Pilihan STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON Makro Penggal 2(2).indd 22 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 8 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara pada tahun 2023. Butiran RM juta Perbelanjaan penggunaan swasta Pembentukan modal tetap kasar awam Perbelanjaan penggunaan awam Pembentukan modal tetap kasar swasta Perubahan stok Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan 557 744 117 012 149 338 104 984 –28 578 –49 130 559 537 488 691 Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar ialah A RM971 346 juta B RM922 216 juta C RM823 956 juta D RM795 378 juta 9 Petunjuk makroekonomi yang paling sesuai untuk menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah A Keluaran Negara Kasar benar. B Keluaran Negara Kasar nominal. C Keluaran Dalam Negeri Kasar benar. D Keluaran Dalam Negeri Kasar nominal. 10 Berikut merupakan komponen keluaran negara, kecuali A pembentukan modal tetap kasar. B perbelanjaan kerajaan. C eksport. D import. 11 Pendapatan negara ialah A jumlah nilai barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. B jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. C jumlah wang yang diterima oleh semua rakyat sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. D jumlah pendapatan yang diperoleh pihak kerajaan sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. 12 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada kos faktor dengan Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran ialah A susut nilai dan subsidi. B susut nilai, subsidi dan cukai tak langsung. C susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negeri. D susut nilai, subsidi, cukai tak langsung dan pendapatan faktor bersih dari luar negeri. 13 Keluaran Negara Kasar nominal lebih tinggi daripada Keluaran Negara Kasar benar jika A wujud susut nilai barang modal. B indeks harga semasa melebihi 100. C cukai tak langsung melebihi subsidi. D indeks harga semasa kurang daripada 100. 14 Antara persamaan berikut, yang manakah tidak benar? A Keluaran Negara Kasar = Keluaran Negara Bersih + Susut nilai B Keluaran Negara Kasar pada kos faktor = Keluaran Dalam Negeri Kasar + Subsidi – Cukai tak langsung C Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran = Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran – Pendapatan faktor bersih dari luar negeri D Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran = Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor + Pendapatan faktor bersih dari luar negeri + Cukai tak langsung – Subsidi 15 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2023. Butiran RM juta Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran Cukai tak langsung dan subsidi 6 905 1 250 5 655 Nilai RM5 655 juta merupakan Makro Penggal 2(2).indd 23 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 A Keluaran Negara Kasar pada kos faktor. B Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor. C Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran. D Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran. 16 Di negara sedang membangun, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar biasanya lebih tinggi daripada Keluaran Negara Kasar disebabkan A kewujudan susut nilai. B nilai eksport bersih adalah negatif. C pendapatan faktor bersih dari luar negeri adalah positif. D kemasukan banyak pelaburan dan buruh dari luar negara. 17 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2023. Butiran RM juta Penggunaan isi rumah Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Pembentukan modal tetap kasar swasta Perubahan inventori Susut nilai Cukai tak langsung Subsidi Import Eksport Perbelanjaan kerajaan 50 –15 35 –20 10 15 12 25 20 30 Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenai data dalam jadual tersebut? A Stok pada tahun semasa lebih tinggi daripada stok pada tahun sebelumnya B Keluaran Dalam Negeri Kasar melebihi Keluaran Negara Kasar C Keluaran Negara Bersih melebihi Keluaran Negara Kasar D Kos faktor lebih tinggi daripada harga pasaran 18 Keluaran Dalam Negeri Kasar mengukur A jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara asing yang terdapat di dalam sesebuah negara. B jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik sesebuah negara. C jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam sesebuah negara. D jumlah nilai keluaran yang dihasilkan oleh semua faktor pengeluaran milik sesebuah negara yang berada di dalam negara dan di luar negara. 19 Yang manakah tidak dihitung dalam Keluaran Negara Kasar negara Makmur? A Bayaran sewa bangunan oleh kedutaan negara Mewah di negara Makmur B Upah pekerja negara asing yang bekerja dalam sektor perindustrian di negara Makmur C Pendapatan Encik Amirul, seorang warganegara negara Makmur yang bekerja sebagai jurutera di luar negara D Duti eksport yang dikenakan terhadap barang pembuatan keluaran negara Makmur yang dijual di negara Mewah 20 Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatan negara bagi sebuah ekonomi. Butiran RM juta Keluaran Negara Kasar pada kos faktor Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Cukai tak langsung Subsidi Susut nilai 800 150 250 100 40 Nilai Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran bagi ekonomi tersebut ialah A RM460 juta B RM610 juta C RM760 juta D RM910 juta 21 Apabila pendapatan negara dihitung dengan menggunakan kaedah pendapatan, nilai yang diperoleh ialah A Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran. Makro Penggal 2(2).indd 24 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 B Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran. C Keluaran Negara Bersih pada harga faktor. D Keluaran Negara Kasar pada harga faktor. 22 Maklumat berikut dapat diperoleh daripada data pendapatan negara sesebuah negara, kecuali A prestasi sektor ekonomi. B perubahan struktur ekonomi. C perubahan agihan pendapatan. D prestasi pertumbuhan ekonomi. 23 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan negara bagi negara Bahagia. Butiran RM juta Cukai pendapatan perseorangan Subsidi Penerimaan pendapatan dari luar negara Pembayaran pendapatan ke luar negara Bayaran pindahan Cukai tak langsung Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran 2 000 4 800 180 660 300 6 800 24 740 Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor bagi negara Bahagia ialah A RM25 700 juta B RM25 040 juta C RM23 220 juta D RM20 740 juta 24 Nilai keluaran yang dihasilkan oleh sebuah kilang Jepun yang beroperasi di negara Malaysia akan dihitung dalam A Keluaran Negara Kasar negara Jepun sahaja. B Keluaran Negara Kasar negara Malaysia sahaja. C Keluaran Dalam Negeri Kasar negara Jepun sahaja. D Keluaran Negara Kasar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar negara Malaysia. 25 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara pada tahun 2023. Butiran RM juta Upah Untung Sewa Bunga bersih Cukai pendapatan perseorangan Subsidi Bayaran faktor ke luar negara Pendapatan faktor dari luar negara Susut nilai Cukai tak langsung 50 80 30 60 10 4 8 14 3 11 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran ialah A RM3 juta B RM6 juta C RM7 juta D RM17 juta 26 Butiran berikut dihitung dalam Keluaran Negara Kasar mengikut kaedah perbelanjaan, kecuali A pembentukan modal tetap kasar swasta. B perbelanjaan penggunaan swasta. C perkhidmatan kerajaan. D perubahan inventori. 27 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran Negara Kasar benar disebabkan A cukai tak langsung dan subsidi. B indeks harga pengguna. C bayaran pindahan. D susut nilai. 28 Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar sesebuah negara boleh melebihi KNK potensi apabila A perbelanjaan agregat menurun. B ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh. C import barang dan perkhidmatan meningkat. D pengangguran rendah dan wujud banyak pelaburan asing. Makro Penggal 2(2).indd 25 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 29 Taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak meningkat walaupun kadar pertumbuhan ekonomi meningkat apabila A jam bekerja meningkat. B kadar bunga meningkat. C kualiti barangan meningkat. D agihan pendapatan semakin adil. 30 Jadual di bawah menunjukkan butiran keluaran negara bagi sebuah ekonomi pada tahun 2023. Butiran RM juta Penggunaan isi rumah Pelaburan firma Perbelanjaan kerajaan Keluaran Negara Kasar Import Eksport 1 286 188 274 1 982 6 25 Peratusan pendapatan faktor bersih dari luar negeri terhadap Keluaran Negara Kasar ialah A 12.20% B 10.92% C 10.85% D 7.60% 31 Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatan negara bagi sebuah negara pada tahun 2022 dan 2023. Butiran 2022 (RM juta) 2023 (RM juta) Keluaran Negara Kasar Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Eksport Import 480 625 –32 836 610 533 532 418 478 224 –25 104 525 815 473 217 Berapakah kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2022? A –6.03% C –1.97% B –3.84% D 1.19% 32 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara. Butiran RM juta KDNK pada harga semasa KDNK pada harga tetap Susut nilai 765 000 825 000 12 000 Berapakah pendapatan benar per kapita sekiranya jumlah penduduk di negara tersebut ialah 15 juta orang? A RM50 200 B RM51 000 C RM54 200 D RM55 000 33 Keluaran Negara Kasar (KNK) lebih kecil daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) disebabkan A pendapatan faktor bersih dari luar negeri bernilai positif. B pendapatan faktor bersih dari luar negeri bernilai negatif. C eksport melebihi import. D import melebihi eksport. 34 Kewujudan kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang menyebabkan A keluaran negara bersih menurun. B keluaran negara kasar terlebih anggar. C keluaran negara kasar terkurang nilai. D keluaran negara sebenar kurang daripada keluaran negara potensi. 35 Pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah keluaran dan menggunakan nilai ditambah dapat A menentukan perubahan mutu barang. B menentukan sumbangan pelbagai sektor ekonomi. C menentukan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. D membantu kerajaan membuat perancangan ekonomi. STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON STPM KLON Makro Penggal 2(2).indd 26 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
27 36 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi. Butiran RM juta Penggunaan awam Penggunaan swasta Pelaburan awam Pelaburan swasta Perubahan stok Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan Subsidi Pendapatan faktor bersih luar negeri Cukai tak langsung Susut nilai 32 296 107 938 27 580 21 885 530 304 566 246 464 6 000 –10 735 5 000 2 500 Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialah A RM236 096 juta B RM238 596 juta C RM254 331 juta D RM260 331 juta 37 Perbandingan taraf hidup antara dua masa bagi sebuah negara melalui data pendapatan negara sukar dilakukan kerana A perbezaan tafsiran butiran pendapatan negara. B perbezaan nilai mata wang asing. C perbezaan tingkat harga umum. D perbezaan iklim. 38 Nilai keluaran kilang Taiwan yang beroperasi di Malaysia dihitung dalam A Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Malaysia. B Keluaran Dalam Negeri Kasar Taiwan dan Keluaran Negara Kasar Malaysia. C Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Taiwan. D Keluaran Dalam Negeri Kasar Taiwan dan Keluaran Negara Kasar Taiwan. 39 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara sesebuah negara pada tahun 2023. Butiran RM juta Perbelanjaan penggunaan awam Perbelanjaan penggunaan swasta Pembentukan modal tetap kasar awam Pembentukan modal tetap kasar swasta Perubahan stok Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan KDNK harga pasaran 54 938 216 724 43 543 76 505 379 367 340 346 634 412 794 Jumlah perbelanjaan kerajaan pada tahun 2023 ialah A RM54 938 juta B RM98 481 juta C RM120 048 juta D RM271 662 juta STPM KLON STPM KLON Makro Penggal 2(2).indd 27 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
28 Bahagian B Soalan Esei Jawab semua soalan. 1 ‘Peningkatan Keluaran Negara Kasar (KNK) tidak semestinya menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat sesebuah negara.’ Terangkan pernyataan ini. [10] 2 (a) Berbantukan rumus, terangkan hubungan antara (i) Keluaran Negara Kasar (KNK) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). [2] (ii) KNK harga semasa dengan KNK harga tetap. [2] (b) Huraikan tiga keadaan yang menyebabkan taraf hidup rakyat terjejas walaupun wujud pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara. [6] 3 (a) Takrifkan nilai ditambah. [2] (b) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan konsep tersebut. [8] 4 Bagaimanakah keluaran negara dihitung mengikut kaedah perbelanjaan? Terangkan. [10] 5 Jelaskan masalah dalam penghitungan pendapatan negara. [10] 6 Apakah kegunaan utama data pendapatan negara? [10] 7 (a) Takrifkan pendapatan faktor bersih dari luar negeri (PFb LN). [2] (b) Bagaimanakah nilai PFb LN mempengaruhi hubungan antara Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan Keluaran Negara Kasar (KNK)? [8] 8 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran negara nominal dan keluaran negara benar? [4] (b) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan hubungan antara keluaran negara nominal dengan keluaran negara benar. [6] 9 Huraikan empat jenis kegiatan ekonomi yang produktif tetapi tidak dihitung dalam pendapatan negara. [10] 10 (a) Takrifkan Keluaran Negara Kasar. [2] (b) Terangkan hubungan antara (i) Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Negara Bersih. [3] (ii) Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran dengan Keluaran Negara Kasar pada kos faktor. [5] 11 Terangkan bagaimana perkara yang berikut digunakan sebagai petunjuk prestasi ekonomi bagi sesebuah negara dengan berbantukan rumus: (a) sumbangan sektor ekonomi [4] (b) kadar pertumbuhan ekonomi [3] (c) pendapatan per kapita [3] Makro Penggal 2(2).indd 28 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
29 Bahagian C Soalan Kuantitatif Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan. 1 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut permintaan agregat sebuah negara pada tahun 2022 dan 2023. Jenis perbelanjaan (RM juta) 2022 2023 Perbelanjaan penggunaan Awam Swasta Pembentukan modal tetap kasar Awam Swasta Perubahan dalam stok Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan 37 335 139 436 29 253 26 246 –7 145 279 768 244 346 37 427 148 846 31 696 30 223 3 102 312 230 284 799 (a) Hitung KDNK pada tahun 2022 dan 2023. [2] (b) Takrifkan (i) perbelanjaan penggunaan swasta. [1] (ii) pembentukan modal tetap kasar swasta. [1] (c) Hitung peratusan sumbangan (i) perbelanjaan penggunaan swasta [2] (ii) perbelanjaan sektor awam [2] kepada KDNK pada tahun 2022 dan 2023. (d) Adakah peranan perbelanjaan penggunaan swasta dan perbelanjaan sektor awam semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara tersebut? Jelaskan. [2] 2 Jadual di bawah menunjukkan sumbangan subsektor ekonomi kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara Maju antara tahun 2021 hingga 2023. Semua nilai adalah dalam RM juta. Tahun Subsektor 2021 2022 2023 Pertanian Perlombongan dan kuari Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan KDNK 10 027 9 810 34 896 4 332 75 571 130 500 10 229 9 818 38 860 4 555 80 853 139 889 10 905 9 679 40 616 4 711 85 844 147 094 (a) Terangkan maksud perubahan struktur ekonomi. [1] (b) Hitung (i) peratusan sumbangan sektor utama [2] (ii) peratusan sumbangan sektor kedua [2] (iii) peratusan sumbangan sektor ketiga [2] kepada KDNK antara tahun 2021 hingga 2023. STPM KLON STPM KLON Makro Penggal 2(2).indd 29 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
30 (c) Berdasarkan jawapan dalam (b), (i) adakah negara maju mengalami perubahan struktur ekonomi? [1] (ii) apakah sektor yang memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK? Mengapa? [2] 3 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada satu tahun tertentu. Butiran RM juta Perbelanjaan penggunaan isi rumah Bunga bersih Gaji dan upah Pelaburan kasar Import Sewa Susut nilai Cukai tak langsung Keuntungan syarikat Perbelanjaan kerajaan Pendapatan perusahaan persendirian Bayaran pindahan Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Cukai pendapatan perseorangan Eksport Subsidi 20 075 2 412 12 800 5 125 11 588 738 1 950 3 638 4 085 6 300 4 965 575 –2 750 2 545 12 838 588 Hitung (a) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran. [2] (b) Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran. [2] (c) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga faktor. [2] (d) Keluaran Negara Bersih pada harga faktor mengikut (i) kaedah perbelanjaan. [2] (ii) kaedah pendapatan. [2] 4 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara mengikut kaedah perbelanjaan di sesebuah negara pada tahun 2023. Butiran perbelanjaan RM juta Keluaran Negara Kasar (KNK) 852 706 Penggunaan awam 213 407 Penggunaan swasta 304 450 Pembentukan modal tetap kasar awam 114 225 Pembentukan modal tetap kasar swasta 186 614 Eksport barangan dan perkhidmatan 705 692 Import barangan dan perkhidmatan 614 245 Perubahan stok –9 655 (a) Hitung sumbangan (i) sektor perbelanjaan kerajaan. [2] (ii) sektor luar negeri. [2] terhadap Keluaran Negara Kasar tahun 2023. Makro Penggal 2(2).indd 30 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
31 (b) Berapakah nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar tahun 2023? [2] (c) (i) Hitung nilai pendapatan faktor bersih luar negeri (PFb LN). [2] (ii) Beri dua faktor yang mempengaruhi nilai PFb LN dalam jawapan (c)(i). [2] 5 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dan nilai jualan bagi keluaran yang dihasilkan. Jenis kegiatan ekonomi Nilai jualan (RM juta) Membalak di hutan 1 000 Menggergaji balak menjadi papan 2 500 Mengeluarkan pelbagai jenis perabot 5 000 Menjual perabot 8 000 (a) Takrifkan nilai ditambah. [1] (b) Hitung nilai ditambah yang diwujudkan melalui pelbagai kegiatan ekonomi dalam jadual tersebut. [2] (c) ‘Jumlah nilai ditambah dalam pengeluaran barang perantaraan adalah sama dengan nilai barang akhir.’ Terangkan pernyataan ini. [3] (d) Nyatakan sektor ekonomi yang menjalankan setiap kegiatan ekonomi di atas. [2] (e) Hitung nilai sumbangan setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara. [2] 6 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi negara Murni pada tahun 2023. Butiran RM juta Perbelanjaan penggunaan swasta Perbelanjaan penggunaan awam Pembentukan modal tetap kasar awam Pembentukan modal tetap kasar swasta Perubahan stok Eksport barang dan perkhidmatan Import barang dan perkhidmatan Pendapatan faktor bersih dari luar negeri Cukai tak langsung Subsidi Susut nilai 107 938 32 296 27 580 21 885 –530 304 566 246 464 –10 735 5 000 6 000 2 500 (a) Hitung (i) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran. [2] (ii) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor. [2] (iii) Keluaran Negara Kasar pada kos faktor. [2] (iv) Keluaran Negara Bersih pada kos faktor. [1] (b) Adakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah pendapatan sama dengan jawapan dalam (a)(iv)? [1] (c) Apakah maksud perubahan stok dan mengapakah nilainya negatif? [2] Makro Penggal 2(2).indd 31 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
32 7 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) berdasarkan harga tetap bagi sebuah negara pada tahun 2022 dan 2023. Tahun Keluaran negara pada harga tetap (RM juta) KDNK KNK 2022 2023 418 730 427 170 380 648 390 104 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan faktor bersih dari luar negeri? [2] (b) Hitung (i) pendapatan faktor bersih dari luar negeri pada tahun 2022 dan 2023. [2] (ii) kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan nilai KDNK dan KNK. [2] (c) Antara KNK dengan KDNK, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menentukan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara? Berikan alasan anda. [2] (d) Apakah kesan nilai pendapatan faktor bersih dari luar negeri yang diperoleh dalam (b)(i) terhadap ekonomi negara tersebut? [2] 8 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar bagi negara Asal dan negara Baharu antara tahun 2021 hingga 2023. Tahun KDNK benar (RM juta) Negara Asal Negara Baharu 2021 2022 2023 22 170 24 070 25 760 43 170 48 790 58 550 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar benar? [2] (b) Dengan menggunakan data KDNK benar, tunjukkan bagaimana kadar pertumbuhan ekonomi dihitung. [1] (c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi negara Asal dan negara Baharu pada tahun 2022 dan 2023. [2] (d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara tersebut? [2] (e) Adakah negara Baharu boleh dikatakan lebih makmur daripada negara Asal? Jelaskan.[3] 9 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara mengikut permintaan agregat pada harga tetap bagi sebuah negara. Semua nilai adalah dalam RM juta. Butiran 2022 2023 Penggunaan awam Penggunaan swasta Pelaburan awam Pelaburan swasta Perubahan stok Eksport bersih barang dan perkhidmatan 36 203 138 295 27 635 31 299 –3 863 34 587 36 992 140 465 34 489 25 033 –6 542 25 787 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan (i) penggunaan awam? (ii) penggunaan swasta? [2] (b) Nyatakan dua contoh bagi setiap jenis penggunaan dalam (a). [2] (c) Hitung (i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) [2] (ii) jumlah dan peratusan sumbangan perbelanjaan kerajaan kepada KDNK [3] pada tahun 2022 dan 2023. (d) Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut pada tahun 2023? [1] Makro Penggal 2(2).indd 32 07/01/2024 9:32 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
132 BAB 1 Bahagian A 1 A 2 C 3 C 4 B 5 B 6 A 7 B 8 B 9 C 10 C 11 B 12 B 13 A 14 B 15 C 16 B 17 C Jalan penghitungan: 5 Kadar inflasi = 108.6 – 106.8 106.8 100 = 1.69% 1.7% 7 Jumlah penganggur = 7.05 – 6.55 = 0.5 juta orang Kadar pengangguran = 0.5 7.05 100 = 7.09% 7.1% 12 Jumlah penganggur = 6 juta orang Jumlah tenaga buruh = 6 + 48 = 54 juta orang Kadar pengangguran = 6 54 100 = 11.11% 11.1% 17 Kadar pertumbuhan ekonomi 2016 = 173.50 – 160 160 100 = 13.5 160 100 = 8.44% Bahagian B 1 (a) Aliran pusingan pendapatan ialah aliran perbelanjaan dan pendapatan yang wujud kesan interaksi antara pelaku kegiatan ekonomi, iaitu sektor isi rumah, sektor firma dan sektor kerajaan dalam model ekonomi tiga sektor. (b) Pasaran barang Institusi kewangan Sektor isi rumah Sektor firma Sektor kerajaan Pasaran faktor Perbelanjaan awam Perbelanjaan awam Tabungan Pelaburan Cukai Cukai Perbelanjaan Pendapatan faktor Pembayaran faktor Pendapatan firma Dalam pasaran faktor, sektor isi rumah yang menyediakan faktor pengeluaran akan menerima pendapatan faktor daripada sektor firma dalam bentuk upah, sewa, bunga dan untung. Sektor isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk: (i) membeli barang dan perkhidmatan dalam pasaran barang, iaitu aliran perbelanjaan daripada sektor isi rumah kepada sektor firma. (ii) membayar cukai pendapatan kepada kerajaan, iaitu aliran cukai daripada sektor isi rumah kepada sektor kerajaan. (iii) melakukan tabungan dalam institusi kewangan, iaitu aliran bocoran wang daripada sektor isi rumah kepada institusi kewangan. Sektor firma yang menerima pendapatan daripada perbelanjaan isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk: (i) membayar perkhidmatan faktor dalam pasaran faktor, iaitu aliran wang daripada sektor firma kepada sektor isi rumah. (ii) membayar cukai keuntungan kepada kerajaan, iaitu aliran cukai daripada sektor firma kepada sektor kerajaan. (iii) melakukan pinjaman daripada institusi kewangan bagi tujuan pelaburan, iaitu aliran suntikan wang daripada institusi kewangan kepada sektor firma. Sektor kerajaan yang menerima aliran wang daripada sektor isi rumah dan firma dalam bentuk cukai akan menggunakan pendapatan tersebut untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam untuk sektor isi rumah dan sektor firma. Maka, wujud aliran perbelanjaan awam daripada sektor kerajaan kepada sektor isi rumah dan sektor firma. Institusi kewangan hanya menerima tabungan sektor isi rumah dan meminjamkannya kepada sektor firma bagi tujuan pelaburan. 2 (a) Kadar inflasi mengukur peratusan perubahan tingkat harga secara purata pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar inflasi dihitung dengan menggunakan indeks harga pengguna (IHP), iaitu: Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 IHP0 100 dengan, IHP0 = Indeks harga pengguna tahun sebelumnya IHP1 = Indeks harga pengguna tahun semasa Jawapan Makro Penggal 2(Jaw).indd 132 07/01/2024 9:33 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.