The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2023 Masteri KOMSAS Antologi Baik Budi, Indah Bahasa & Novel Meniti Impian Tg 2
Price: WM RM9.50/EM RM9.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2024-03-06 21:11:59

Masteri Komsas Ting 2

2023 Masteri KOMSAS Antologi Baik Budi, Indah Bahasa & Novel Meniti Impian Tg 2
Price: WM RM9.50/EM RM9.90

NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


Kandungan ANTOLOGI BAIK BUDI, INDAH BAHASA Aspek Kajian Sastera dalam Antologi 1 Puisi Tradisional Pantun Alam Remaja 4 Soalan Pengukuhan 1 6 Pantun Kiasan 7 Soalan Pengukuhan 2 11 Pantun Budi 12 Soalan Pengukuhan 3 15 Pantun Nasihat 16 Soalan Pengukuhan 4 19 Pantun Kasih Sayang 20 Soalan Pengukuhan 5 22 Syair Nasihat 23 Soalan Pengukuhan 6 28 Praktis PBD 29 Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata 35 Soalan Pengukuhan 7 38 Roti 39 Soalan Pengukuhan 8 41 Kucari Damai di Sini 42 Soalan Pengukuhan 9 44 Pada Sekuntum Mawar 45 Soalan Pengukuhan 10 47 Praktis PBD 48 Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang 52 Soalan Pengukuhan 11 59 Praktis PBD 60 Cerpen Banjir di Mata Emak 61 Soalan Pengukuhan 12 67 Talia dan Raksasa Qadqad 68 Soalan Pengukuhan 13 75 Menuai Emas 76 Soalan Pengukuhan 14 82 Praktis PBD 83 Drama Mahkamah 86 Soalan Pengukuhan 15 91 Praktis PBD 92 Mahir KOMSAS 93 NOVEL MENITI IMPIAN Aspek Kajian Sastera dalam Novel 131 Sinopsis 134 Tema dan Persoalan 150 Plot 151 Teknik Plot 153 Watak dan Perwatakan 154 Latar 157 Gaya Bahasa 159 Nilai dan Pengajaran 160 Soalan Pengukuhan 162 Praktis PBD 163 Mahir KOMSAS 164 Jawapan 166 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


1 Aspek Kajian Sastera dalam Antologi Sinopsis Sinopsis ialah ringkasan cerita yang menggambarkan keseluruhan karya. Tema Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang cuba disampaikan oleh pengarang dalam sesuatu karya seperti kemiskinan, keakraban persahabatan, kehijauan alam, kemanusiaan dan kasih sayang. Persoalan Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema untuk memperkukuhkan tema. Watak dan Perwatakan 1 Watak ialah pelaku sama ada manusia, haiwan, tumbuhan atau objek alam. 2 Perwatakan ialah sifat-sifat yang terdapat pada watak, iaitu: (a) lahiriah seperti paras rupa, bentuk, tingkah laku; (b) jasmaniah yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran. 3 Jenis-jenis watak ialah: (a) watak utama – watak penting yang menggerakkan cerita; (b) watak sampingan – watak pembantu yang peranannya lebih kecil; (c) watak putih/protagonis – watak baik; (d) watak hitam/antagonis – watak jahat; (e) watak bundar/bulat – watak yang segala sifatnya dijelaskan secara terperinci; (f) watak pipih/leper – watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam karya. Latar Latar dibahagikan kepada yang berikut: (a) Latar masa, iaitu: (i) waktu semasa – pagi petang, subuh, tengah hari, malam; (ii) tempoh waktu – seminggu, sebulan, sepuluh tahun; (iii) zaman – zaman Jepun, zaman penjajah, abad ke-21; ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


2 Aspek Kajian Sastera (b) Latar tempat – seperti rumah, sungai, kampung, pejabat; (c) Latar masyarakat – meliputi pelbagai pekerjaan, pendidikan, latar belakang, dan sebagainya. Plot 1 Plot ialah urutan peristiwa dalam karya dari awal hingga akhir. 2 Plot disusun mengikut kronologi atau tidak mengikut kronologi. 3 Binaan plot terdiri daripada: Binaan Plot Huraian (a) Permulaan/pengenalan/ eksposisi Pengenalan watak, latar dan situasi yang dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca. (b) Perkembangan Cerita mula berkembang dan menuju konflik. (c) Perumitan/konflik Konflik berlaku antara watak. (d) Puncak/klimaks Puncak perumitan yang mula menunjukkan jalan penyelesaian. (e) Peleraian/penyelesaian Penyelesaian situasi yang dicipta oleh pengarang. Teknik Plot Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya lebih menarik, misalnya: (a) teknik pemerian; (b) teknik dialog; (c) teknik monolog; (d) teknik monolog dalaman; (e) teknik imbas kembali; (f) teknik imbas muka. Gaya Bahasa 1 Gaya bahasa melibatkan diksi (pemilihan kata) dan pembentukan ayat. 2 Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang adalah seperti berikut: (a) penggunaan dialek; (b) peribahasa (merangkumi perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan, pepatah); ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


3 Aspek Kajian Sastera (c) bahasa asing (merangkumi bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Arab, bahasa klasik, bahasa istana); (d) simile – kata perbandingan (merangkumi bak, seperti, umpama, bagai, laksana, macam); (e) metafora – bahasa perbandingan langsung; (f) personifikasi – memberikan sifat manusia kepada benda-benda bukan hidup; (g) inversi – pembalikan kata (kalimat yang diterbalikkan); (h) repetisi – perkataan sama yang diulang-ulang; (i) anafora – pengulangan awal baris (ii) epifora – pengulangan akhir baris (iii) responsi – pengulangan tengah baris (i) asonansi – pengulangan bunyi vokal a, e, i, o, u; (j) aliterasi – pengulangan bunyi konsonan; (k) sinkope – penggunaan kata singkatan; (l) hiperbola – menyatakan sesuatu secara berlebihan; (m) perlambangan/simbolik – menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri. Nilai Nilai ialah perbuatan positif atau tingkah laku yang dapat diteladani. Pengajaran Pengajaran ialah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam bentuk peringatan atau pedoman. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


4 Puisi Tradisional Pantun Alam Remaja Maksud Rangkap Pantun Maksud 1 Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. Perasaan girang dan gembira apabila melihat kepulangan ibu. 2 Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. Apabila melihat kepulangan ibu, perasaan cemas menjadi hilang. 3 Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. Perasaan gembira yang amat sangat apabila melihat ibu pulang dengan kadar cepat. 4 Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Perjumpaan dengan rakan-rakan dan berseronok dengan nyanyian. 5 Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. Kegembiraan yang disifatkan selepas melihat kepulangan ibu yang diikuti dengan ayah. 6 Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. Perasaan riang ria setelah mendapat baju dan seluar yang baharu. 7 Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja. Janganlah memarahi budak kecil yang berpantun kerana mereka perlukan belaian daripada orang dewasa. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


5 Puisi Tradisional Tema Kegembiraan dan keseronokan ketika alam remaja. Gaya Bahasa Asonansi Aliterasi Kata Ganda Peribahasa Perulangan vokal a Ramai orang bersorak-sorak (rangkap 6) Perulangan vokal i Kita menyanyi adik-beradik, (rangkap 4) Perulangan konsonan t Tidak terkatakan besar hati, (rangkap 1) Perulangan konsonan r Ramai orang bersorak-sorak (rangkap 6) Rangkap 2 Dapat di rumput bilang-bilang; Rangkap 3 Hinggap di ranting bilang-bilang; itik pulang petang Aspek KOMSAS dalam Pantun Aspek KOMSAS Persoalan • Kegembiraan zaman remaja • Ibu bapa yang penyayang • Ibu bapa yang bertanggungjawab Nilai • Kasih sayang • Bertanggungjawab • Baik hati • Hormatmenghormati Pengajaran • Kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita. • Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli keluarga. • Kita hendaklah menjaga hubungan persaudaraan. • Kita hendaklah menghargai zaman remaja dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Peta Pokok ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


6 Puisi Tradisional Tulis contoh yang sesuai untuk aspek KOMSAS berdasarkan rangkap yang diberi. A Persoalan Nilai Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. B Persoalan Nilai Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Soalan Pengukuhan 1 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


7 Puisi Tradisional Pantun Kiasan Maksud Rangkap Pantun Maksud 1 Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Barang yang lama tidak usah dibuang kerana boleh dikitar semula dijadikan barangan yang lain. 2 Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. Orang yang merantau tidak dapat membantu orang lain kerana dirinya sendiri juga susah. 3 Tebang gelam tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Impian seseorang yang tidak sepadan dengan kemampuan dirinya sendiri. 4 Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Setiap orang janganlah mengharapkan kepada sesuatu impian yang belum tentu menjadi kenyataan. 5 Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. Seseorang yang sudah biasa melakukan pekerjaan yang susah akan mudah untuk melakukan pekerjaan yang senang. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


8 Puisi Tradisional Rangkap Pantun Maksud 6 Air surut memungut bayam, Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. Setiap manusia jangan membesarbesarkan perkara kecil yang telah dilakukan kepada orang lain. 7 Anak punai anak merbah, Hinggap di tonggak mencari sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hatinya orang. Pendirian seseorang mudah berubah dari semasa ke semasa. 8 Rotan siput rotan berlingkar, Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar, Embun setitik padam apinya. Kesabaran dalam diri akan mengelakkan kemarahan yang akan membinasakan seseorang. 9 Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga. Orang yang merantau ke tempat lain pasti akan pulang ke kampung halaman juga. 10 Sangkut terendak dekat beranda, Orang Papua anyam tak sudah; Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab-sebabnya. 11 Bunga geti bergulai termenung, Di hari raya memakan tapai, Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. Keinginan seseorang yang terlalu besar sehingga tidak terdaya untuk mencapainya. 12 Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga. Orang yang memiliki pengetahuan yang sedikit tidak boleh melawan orang-orang yang lebih tinggi pengetahuannya. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


9 Puisi Tradisional Rangkap Pantun Maksud 13 Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada. Perbuatan bersiap sedia untuk menikmati hasil yang belum diperoleh ialah perbuatan yang tidak berfaedah. 14 Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang. Pekerjaan yang sukar dilakukan ketika waktu senang akan menjadi lebih sukar ketika waktu susah. 15 Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung. Seseorang yang mengimpikan sesuatu yang akan memusnahkan dirinya sendiri. 16 Laksana gadis Menteri Bogor, Bijak membilang ayam betina; Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. Orang yang banyak berbuat kesalahan dalam dunia akan mendapat balasan yang setimpal oleh Tuhan ketika mati pada suatu hari nanti. 17 Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau. Orang yang memiliki paras rupa yang cantik dan tampan tetapi tidak tahu hendak berbudi bahasa. Tema Keindahan pantun yang mengandungi maksud tersirat yang banyak. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


10 Puisi Tradisional Gaya Bahasa Asonansi Aliterasi Hiperbola Peribahasa Pengulangan vokal a Alas nikah raja Melayu (rangkap 1) Pengulangan vokal i Inikan pula hatinya orang. (rangkap 7) Pengulangan vokal u Tikar pucuk tikar mengkuang, (rangkap 1) Pengulangan konsonan h Hari hujan puyuh mendengut, (rangkap 14) Pengulangan konsonan r Hilir berderap mudik berderap (rangkap 17) Pengulangan konsonan n Nyawa menangis di pintu kubur, (rangkap 16) • Embun setitik padam apinya • Nyawa menangis di pintu kubur • Macam melukut di tepi gantang • Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau. • Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. Simile • Sungguh laksana bunga dedap Sinkope • Air dalam kapar tak hanyut • Adakah gila bagimu tuan • Hajat hati nak peluk gunung • Apakan daya tangan tak sampai Aspek KOMSAS dalam Pantun Aspek KOMSAS Persoalan • Persoalan amalan kitar semula yang berfaedah untuk menjimatkan perbelanjaan. • Persoalan sikap manusia yang suka memperbesar perkara kecil yang telah dilakukannya. • Persoalan wajah yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. • Persoalan sikap sabar akan mengelakkan diri daripada marah. • Persoalan sikap cinta akan kampung halaman. Nilai • Nilai berjimat cermat • Nilai kesabaran • Nilai patriotik Pengajaran • Kita hendaklah mengamalkan kitar semula untuk mengelakkan pembaziran. • Kita janganlah memperbesar perkara kecil yang telah kita lakukan. • Kita hendaklah mengamalkan budi bahasa setiap masa. • Kita hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan. Peta Pokok ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


11 Puisi Tradisional Lengkapkan rajah di bawah berdasarkan rangkap pantun yang diberi. A Persoalan Nilai Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. B Maksud Persoalan Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Sinkope: Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. Soalan Pengukuhan 2 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


12 Puisi Tradisional Pantun Budi Maksud Rangkap Pantun Maksud 1 Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Budi baik yang dilakukan oleh seseorang akan dikenang oleh orang sampai bila-bila. 2 Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. Yang indah dan yang baik ialah budi bahasa seseorang dan bukannya paras rupa. 3 Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Manusia yang tidak pernah berbuat baik dalam kehidupannya akan dihina oleh masyarakat. 4 Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Sesetengah orang sanggup mengabaikan kebaikan dalam mengejar kekayaan dan kemewahan hidup. 5 Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Setiap orang perlu mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan walaupun pakaian yang dipakai adalah buruk. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


13 Puisi Tradisional Rangkap Pantun Maksud 6 Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Seseorang akan dipandang mulia oleh masyarakat kerana kebaikan yang telah dilakukannya manakala martabat sesuatu bangsa akan meningkat sekiranya pandai berbudi bahasa. 7 Padang Temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. Orang yang bijak sahaja yang tahu kebaikan ilmu yang dipelajarinya. Tema Kepentingan amalan berbudi dalam kalangan masyarakat. Gaya Bahasa Asonansi Aliterasi Anafora Peribahasa Pengulangan vokal a Tenang-tenang air di laut, (rangkap 1) Pengulangan vokal i Anak beruk di tepi pantai, (rangkap 5) Pengulangan konsonan t Hati terkenang mulut menyebut, (rangkap 1) Pengulangan konsonan n Indah tampan kerana budi (rangkap 6) Yang baik budi, Yang indah bahasa. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; • Bagai cincin dengan permata. • Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Sinkope Budi yang baik rasa nak junjung. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


14 Puisi Tradisional Aspek KOMSAS dalam Pantun Aspek KOMSAS Persoalan Nilai Pengajaran • Persoalan kebaikan yang dilakukan akan dikenang sampai bila-bila. • Persoalan sikap manusia yang mengabaikan kebaikan semata-mata mahu mengejar kekayaan. • Persoalan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan. • Nilai budi bahasa • Nilai tolong-menolong • Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain dalam kehidupan. • Kita janganlah mengabaikan kebaikan semata-mata untuk mengejar kekayaan. • Kita mestilah mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan. Peta Dakap ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


15 Puisi Tradisional Tulis contoh yang sesuai untuk aspek KOMSAS berdasarkan rangkap yang diberi. A Persoalan Nilai Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. B Maksud Persoalan Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Anafora: Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. Soalan Pengukuhan 3 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


16 Puisi Tradisional Pantun Nasihat Maksud Rangkap Pantun Maksud 1 Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Setiap manusia perlu melakukan kebaikan dengan seada-adanya. Namun begitu, perbuatan jahat perlu dijauhkan. 2 Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Setiap manusia perlu menjauhkan diri daripada najis dadah kerana mengkhayalkan. 3 Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Kita perlu menghiburkan hati supaya dapat mengurangkan hati yang risau. 4 Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. Setiap manusia perlu menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati orang lain. 5 Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. Suami ialah ketua keluarga yang gigih berusaha mencari rezeki. Oleh itu, isteri janganlah memarahi suami yang letih setelah pulang dari bekerja kerana perbuatan itu akan merosakkan keharmonian rumah tangga. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


17 Puisi Tradisional Rangkap Pantun Maksud 6 Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Warisan budaya yang ditinggalkan oleh nenek moyang merupakan warisan yang sangat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 7 Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke Lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. Setiap orang yang berhijrah ke tempat lain perlu bijak menyesuaikan diri dan sentiasa berhatihati. Tema Nasihat untuk kesejahteraan hidup. Gaya Bahasa Asonansi Aliterasi Kata Ganda Peribahasa Pengulangan vokal a Tanam balik buah peria, (rangkap 1) Pengulangan vokal u Ketua-ketua raja duduk, (rangkap 2) Pengulangan konsonan k Apakah sebab maka dimakan, (rangkap 2) Pengulangan konsonan d Hidup di dunia biar beradat (rangkap 6) • Buat baik berpada-pada • Jangan kata terdorongdorong Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Simile Bagai panas mengandung hujan Bahasa Kiasan Kelak terbang ke bunga lain ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


18 Puisi Tradisional Aspek KOMSAS dalam Pantun Aspek KOMSAS Persoalan Nilai Pengajaran • Persoalan kebaikan yang dilakukan perlu berpada-pada. • Persoalan sikap manusia yang masih menjadi penagih dadah walaupun berbahaya kepada kesihatan. • Persoalan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan. • Persoalan warisan budaya yang sangat bernilai. • Nilai berbudi bahasa • Nilai cinta akan budaya • Kita hendaklah melakukan kebaikan berpada-pada. • Kita janganlah menjadi penagih dadah kerana berbahaya kepada kesihatan. • Kita mestilah mengamalkan berbudi bahasa dalam kehidupan. • Kita haruslah menjaga warisan budaya yang sangat bernilai. Peta Dakap ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


19 Puisi Tradisional Tulis contoh yang sesuai untuk aspek KOMSAS berdasarkan rangkap yang diberi. A Persoalan Nilai Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. B Maksud Persoalan Pengajaran Gaya Bahasa Asonansi: Aliterasi: Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Soalan Pengukuhan 4 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


131 Aspek Kajian Sastera dalam Novel Pengertian Novel 1 Novel ialah kisah rekaan panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. 2 Novel merupakan gambaran peristiwa yang sebenar atau khayalan. 3 Novel ditulis berdasarkan pengalaman hidup manusia dan diolah oleh pengarang dengan menggunakan daya imaginasi. 4 Novel dibahagikan kepada novel serius dan novel hiburan. Ciri-ciri Novel 1 Proses pembacaan novel mengambil masa yang panjang. 2 Novel mempunyai pelbagai watak, konflik dan gaya bahasa. 3 Latar masa yang diambil menjangkau hari, bulan, tahun atau abad. 4 Pengarang banyak mengemukakan persoalan yang melangkau pelbagai sudut kemanusiaan. 5 Panjang sesebuah novel biasanya melebihi 20 000 patah perkataan. 6 Jumlah perkataan biasanya melebihi 50 000 patah perkataan. Aspek Kajian Sastera dalam Novel Tema 1 Tema ialah idea utama atau pokok persoalan. 2 Contohnya tema kemanusiaan, ketabahan dan kegigihan hidup. Persoalan 1 Persoalan ialah idea sampingan yang menjurus tema sesebuah novel. 2 Contohnya persoalan kemiskinan, kasih sayang dan kerjasama. Plot 1 Plot ialah jalan cerita yang berlaku atas dasar sebab dan akibat. 2 Ada plot yang mengikut urutan dan ada yang tidak mengikut urutan. 3 Binaan plot ialah: ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Aspek Kajian Sastera 132 Binaan Plot Huraian (a) Permulaan/ Eksposisi Pengenalan watak, latar dan situasi yang dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca. (b) Perkembangan Cerita mula berkembang dan menuju konflik. (c) Perumitan/ Konflik Konflik berlaku antara watak. (d) Puncak/Klimaks Puncak perumitan yang mula menunjukkan jalan penyelesaian. (e) Peleraian/ Penyelesaian Penyelesaian situasi yang dicipta oleh pengarang. Teknik Plot                         Pengarang menceritakan sesuatu hal, peristiwa atau perbuatan watak. Peristiwa di luar jangkaan pembaca. Peristiwa yang bakal berlaku. Watak bercakap sendiri. Peristiwa yang telah berlaku. Pertuturan antara dua watak atau lebih. Peristiwa yang menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Watak berfikir atau berkata dalam hati. Teknik Plot Teknik imbas kembali (flashback) Teknik pemerian/huraian/ bercerita/deskriptif Teknik imbas muka (foreshadow) Teknik ketegangan (suspense) Teknik kejutan (surprise) Teknik dialog Teknik monolog Teknik monolog dalaman Peta Dakap ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Aspek Kajian Sastera 133 Watak dan Perwatakan 1 Watak dapat dilihat dari segi fizikal seperti paras rupa dan tingkah laku. 2 Jenis-jenis watak ialah watak utama, watak sampingan, watak protagonis, watak antagonis. Latar 1 Latar ialah keterangan tentang masa, tempat dan masyarakat. 2 Jenis-jenis latar ialah: (a) latar masa – merujuk waktu peristiwa berlaku. (b) latar tempat – meliputi ruang, lokasi, negeri dan daerah. (c) latar masyarakat – merangkumi budaya, alat pemikiran pekerjaan dan status masyarakat. Gaya Bahasa Gaya bahasa ialah bahasa yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan cerita. Gaya Bahasa Huraian/Contoh Sinkope Perkataan yang dipendekkan. Contoh: tidak (tak) Bahasa asing • Bahasa Inggeris • Bahasa Indonesia • Bahasa Arab Metafora Perbandingan yang menggabungkan benda konkrit dan abstrak. Contoh: kolam derita Personifikasi Memberikan sifat manusia kepada benda lain. Contoh: matahari menampar mukaku Hiperbola Membandingkan sesuatu dengan benda lain secara berlebihlebihan. Contoh: menangis sehingga berdarah mata. Simile Perbandingan yang menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, laksana, bak dan ibarat. Contoh: merah umpama saga Repetisi Perulangan perkataan. Nilai 1 Nilai ialah perkara-perkara positif atau yang baik-baik sahaja. 2 Contoh nilai ialah kerajinan, ketabahan, kerjasama, baik hati dan setia kawan. Pengajaran 1 Pengajaran ialah mesej atau amanat yang ingin disampaikan oleh pengarang. 2 Kata kunci yang perlu ditulis untuk pengajaran ialah kita haruslah, kita ENERBIT mestilah, kita perlulah dan kita hendaklah. ILMU BAKTI SDN. BHD


134 Novel Meniti Impian Osman Ayob Sinopsis Sinopsis Umum Novel ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang bernama Zahar yang sering membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf menyiapkan tempahan perabot di bengkel perabot Pak Yusuf. Zahar yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA (ITM), kemudiannya telah memohon masuk ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pertukangan perabot kerana dia meminati bidang pertukangan. Tambahan pula, Zahar bercita-cita untuk menjadi usahawan perabot yang berjaya suatu hari nanti. Apabila Zahar diterima masuk ke IKM, dia ingin memberitahu berita gembira itu kepada teman baiknya, Suhaili. Suhaili meminta Zahar menunggunya di City Poin. Kegembiraan Zahar bertukar derita apabila Suhaili menghina Zahar dengan mengatakan bahawa pelatih lepasan IKM tidak ada masa hadapan. Oleh itu, Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya. Di IKM, Zahar telah berkenalan dengan Norimi, Habsah dan Ramli. Ketika pulang bercuti di kampung, Zahar akan membantu ibunya dan membimbing adik-adiknya dalam pelajaran. Zahar juga akan membantu Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung. Ketika di IKM, Zahar belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Selepas itu, Zahar menjalani latihan dalam loji atau latihan praktikal di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad di Kamunting, Perak. Di sana, Zahar telah menemui Suhaili yang bekerja sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran. Suhaili menawarkan pekerjaan kepada Zahar di kilang itu selepas Zahar menamatkan latihan praktikal di situ tetapi Zahar menolaknya dengan alasan mahu berdikari dan membuka perniagaan sendiri pada suatu hari nanti. Pertemuan itu menyebabkan semangat Zahar untuk berjaya dalam hidupnya semakin berkobar-kobar. Zahar juga sentiasa mengelak daripada bertembung dengan Suhaili supaya kenangan lama tidak mengusik jiwanya. Zahar telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat pertengahan. Dia telah membina sebuah bengkel perabot di atas tanah milik ibunya. Zahar telah mendapat bantuan modal daripada MARA, sumbangan daripada Pak Yusuf dan wang simpanan Zahar sendiri. Bengkel ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


135 Novel perabot tersebut mendapat publisiti dalam akhbar tempatan dan diberi nama Bengkel Perabot Meniti Impian. Sinopsis Bab Bab 1 Cita-cita Pak Yusuf mengusahakan bengkel membuat perabot secara sambilan dengan dibantu oleh anak saudaranya, Zahar. Sudah setahun lebih Zahar bekerja dengannya setelah Zahar gagal meneruskan pelajarannya ke tingkatan enam. Zahar juga pernah berhasrat untuk meneruskan pelajarannya di kolej swasta tetapi ibunya tidak mampu. Sejak bapa Zahar meninggal dunia, ibunya mengambil upah menjahit dan menganyam tikar mengkuang untuk menampung kehidupan mereka seharian. Pak Yusuf kagum melihat kesungguhan Zahar. Pada pendapat Pak Yusuf jika Zahar diberi peluang untuk mengikuti kursus dalam pertukangan perabot dan mendapat bantuan modal, sudah tentu Zahar akan berjaya dalam bidang ini. Pak Yusuf dan Zahar berehat sebentar apabila Mak Temah membawa kopi dan bihun goreng untuk sarapan pagi. Mereka makan bersama-sama. Kemudian, Pak Yusuf mempelawa Zahar makan tengah hari di rumahnya. Mereka berbualbual tentang rak kasut yang dipesan oleh Tok Imam. Zahar berkata bahawa rak kasut itu dapat disiapkan sebelum semua jemaah menunaikan solat fardu Jumaat di masjid. Pak Yusuf telah membuka bengkel perabot itu secara kecilkecilan sejak lima tahun yang lalu. Bengkel Pak Yusuf serba kekurangan tetapi dia mampu menghasilkan perabot yang berkualiti dan penduduk kampung juga selalu memuji hasil pertukangannya. Pak Yusuf juga bertanya tentang temuduga yang dihadiri oleh Zahar tempoh hari. Zahar memaklumkan bahawa keputusan temuduga itu akan keluar pada minggu ini. Zahar memberitahu bahawa dia sangat berminat untuk memasuki IKM kerana Zahar bercita-cita untuk menjadi tukang perabot yang mahir. Pak Yusuf dan Zahar meneruskan kerja sehingga Mak Temah memanggil mereka untuk makan tengah hari. Zahar makan dengan berselera walaupun sekadar lauk gulai ikan talang kering bersama ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku. Setelah menunaikan solat zuhur, mereka meneruskan tugas menyiapkan rak kasut tersebut. Bab 2 Tawaran Mak Kiah sangat gembira apabila Zahar ditawarkan memasuki Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani dalam Kursus Pertukangan Perabot. Pada petang itu, Zahar ke masjid untuk solat maghrib secara berjemaah. Sementara menunggu waktu solat isyak, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di anjung masjid untuk berbual-bual. Zahar memaklumkan kepada Bakar bahawa rak ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


136 Novel kasut masjid tersebut akan siap tidak lama lagi. Bakar yang seusia dengan Zahid membantu bapanya menguruskan kedai runcit selepas SPM. Setelah bapanya meninggal dunia, Bakar mengambil alih kedai runcit arwah bapanya dan berusaha untuk memajukannya. Zahar juga memberitahu rakan-rakannya bahawa dia telah diterima masuk ke IKM. Rakan-rakan Zahar gembira dengan berita tersebut. Kemudian, Bakar mencadangkan agar Zahar memberitahu Suhaili tentang berita tersebut kerana Suhaili yang belajar di ITM sedang bercuti di kampung ketika itu. Suhaili dan Zahar sangat rapat ketika di sekolah menengah. Namun begitu, setelah tiga tahun berlalu, hubungan mereka kian renggang. * * * Zahar pulang ke rumah setelah selesai solat isyak. Selesai makan, Zahar masuk ke dalam bilik dan meneliti surat tawaran ke IKM tersebut. Zahar tidak menyangka bahawa dia akan menjadi tukang perabot setelah cita-citanya untuk memasuki ITM dalam bidang Pengajian Perniagaan tidak tercapai. Zahar berasa cemburu dengan kejayaan Suhaili dalam SPM sehingga Suhaili dapat melanjutkan pelajaran ke ITM. Zahar teringat saat dia terserempak dengan Suhaili dua minggu lalu. Ketika itu, perasaannya berdebar-debar apabila Suhaili terseyum kepadanya. Zahar berfikir sama ada ingin memberitahu tentang tawaran tersebut kepada Suhaili atau tidak. Zahar juga memikirkan reaksi Suhaili apabila Zahar memberitahu tentang kejayaannya diterima masuk ke IKM. Bab 3 Cabaran Suhaili ialah anak ketua kampung yang disegani. Oleh itu, sukar bagi Zahar untuk menemui Suhaili. Zahar mengambil keputusan untuk menelefon rumah Suhaili dan menyatakan hasratnya mahu berjumpa dengan Suhaili. Kemudian, Suhaili mencadangkan agar mereka berjumpa di City Point jam sebelas pagi pada keesokan harinya. Hubungan Suhaili dengan Zahar yang rapat menyebabkan rakan-rakan lain cemburu. Tambahan pula, Suhaili merupakan seorang pelajar yang cantik. Zahar mula rapat dengan Suhaili apabila mereka sering berbincang tentang pelajaran. Pada masa yang sama, mereka juga aktif di dalam kelas sekiranya guru mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Zahar terkenang peristiwa dia diserang demam panas ketika sedang menghadapi SPM. Demam panas tersebut menyebabkan Zahar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar juga tertanya-tanya reaksi Suhaili apabila dia memberitahu tawaran ke IKM tersebut. Lamunan Zahar terhenti apabila ibunya mengajak Zahar menghalau ayam-ayam ke dalam reban. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


166 Jawapan Jawapan Antologi Baik Budi, Indah Bahasa Puisi Tradisional Soalan Pengukuhan 1 Pantun Alam Remaja A Asonansi: Hinggap di ranting bilang-bilang Aliterasi: Ayam kinantan terbang mengekas Persoalan: Persoalan ibu yang penyayang Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi ibu kita yang sentiasa berkorban untuk anak-anak. B Asonansi: Kita menari keluar bilik Aliterasi: Sebarang nyanyi kita nyanyikan Persoalan: Persoalan hubungan adikberadik yang rapat Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi adik-beradik kita. Soalan Pengukuhan 2 Pantun Kiasan A Asonansi: Alas nikah raja Melayu Aliterasi: Tikar pucuk tikar mengkuang Persoalan: kepentingan mengamalkan kitar semula. Nilai: berjimat cermat Pengajaran: Kita hendaklah berjimatcermat dalam kehidupan. B Asonansi: Jangan diharap guruh di langit Aliterasi: Pokok terap tumbuh di bukit Sinkope: Kilat memancar hujan tak lalu Maksud: Setiap orang janganlah mengharapkan kepada sesuatu impian yang belum tentu menjadi kenyataan. Persoalan: harapan yang tinggi kepada sesuatu yang tidak pasti. Pengajaran: Kita janganlah mengharapkan kepada sesuatu impian yang belum tentu menjadi kenyataan. Soalan Pengukuhan 3 Pantun Budi A Asonansi: Tenang-tenang air di laut Aliterasi: Hati terkenang mulut menyebut Persoalan: Kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dikenang sampai bila-bila. Nilai: baik hati Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa berbuat baik sesama manusia di dunia ini. B Asonansi: Yang merah saga Aliterasi: Yang kurik kundi Anafora: Yang kurik kundi, Yang merah saga Maksud: Yang indah dan yang baik ialah budi bahasa seseorang dan bukannya paras rupa. Persoalan: Kebaikan seseorang dilihat pada budi bahasanya. Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa dalam kehidupan. Soalan Pengukuhan 4 Pantun Nasihat A Asonansi: Anak Cina membawa surat Aliterasi: Hidup di dunia biar beradat ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version