iv Tip dan Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Melayu TP1 – T10 Kertas Model SPM 1 1 – 20 Kertas Model SPM 2 21 – 40 Kertas Model SPM 3 41 – 60 Kertas Model SPM 4 61 – 80 Kertas Model SPM 5 81 – 100 Kertas Model SPM 6 101 – 120 Kertas Model SPM 7 121 – 140 Jawapan 141 – 180 Kandungan Imbas dan Muat turun • Skrip Ujian Mendengar Koleksi K'tas Model SPM B.Myu_Kan_vim3p(24).indd 4 10/5/2024 3:24:52 PM
1 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 1103/1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan di Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 jam Dua jam 1103/1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 1 13/5/2024 9:04:27 AM
1103/1 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 2 SULIT SULIT 1103/1 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Puisi dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pakaian tradisional di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan cara-cara mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA Kebaya Baju Melayu Ceongsam Sari Pantun Busana Tradisional Cantik sungguh bunga akasia, Dipetik dara bawa ke pekan; Kempen Busana Tradisional Malaysia, Mari bersama kita jayakan. Berjalan-jalan si anak kancil, Ditangkap pemburu dari kota; Didiklah anak sedari kecil, Kenali pakaian tradisional kita. Sumber: Hudahayati Abd. Wahab Pertandingan Busana Tradisional Kategori Dewasa dan Kanak-kanak Tarikh: 12 Ogos 20__ Masa: 2:00 petang Tempat: AEON Kulai, Indahpura Pakaian tradisional Melayu Pakaian tradisional Cina Pakaian tradisional India Pakaian tradisional etnik lain Aktiviti: Pameran busana tradisional Pameran keris dan senjata lama Alunan alat muzik tradisional Pertandingan mewarna Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 2 13/5/2024 9:04:28 AM
3 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 1103/1 Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 E-dompet ialah aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal, iaitu menyimpan wang, kad debit dan juga maklumat akaun bank dalam bentuk aplikasi digital. E-dompet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau beg tangan ke mana-mana. Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka Berdasarkan petikan di atas huraikan kepentingan e-dompet yang lain kepada masyarakat. 2 Golongan orang kelainan upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Sehubungan dengan hal itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti meningkatkan kemudahan awam yang mesra OKU dan membuka peluang pendidikan sehingga peringkat tertinggi. Selain itu, kesedaran dan memupuk sifat positif masyarakat terhadap golongan OKU perlu dititikberatkan agar golongan OKU tidak terpinggir dalam arus kemajuan negara. Dipetik dan diubah suai daripada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Huraikan cara-cara menghargai golongan orang kelainan upaya (OKU) supaya mereka tidak berasa disisihkan dalam masyarakat. Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 3 13/5/2024 9:04:28 AM
1103/1 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 4 SULIT SULIT 1103/1 3 Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia. Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum dan bangsa yang tinggal dalam suasana harmoni, iaitu Melayu, Cina dan India. Malah, Malaysia diibaratkan sebagai syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai menu tradisi yang enak lagi tersendiri. Bukan itu sahaja, destinasi pelancongan seperti pulau dan pantai yang indah pasti memukau pelancong. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Pelancongan di Malaysia” portal upm.edu.my Berdasarkan petikan di atas, bincangkan faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong ke Malaysia. 4 Hutan ditakrifkan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok liar terbiar dan rimba yang menjadi habitat semula jadi flora dan fauna. Hutan juga memberikan sumbangan yang besar dalam mengawal kesan rumah hijau dan menyeimbangkan suhu bumi. Namun begitu, penerokaan hutan yang tidak terkawal telah mengakibatkan masalah pemanasan global semakin meningkat. Dipetik dan diubah suai daripada ‟Ada Apa dengan Hutan” oleh Haliza Abdul Rahman, Sinarharian.com.my, 29 Mac 2022 Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kawasan hutan di Malaysia. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 4 13/5/2024 9:04:28 AM
SULIT 1103/2 5 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit Kertas peperiksaan ini mengandungi 8 halaman bercetak 1103/2 BAHASA MELAYU KERTAS 2 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 5 13/5/2024 9:04:28 AM
SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 6 SULIT Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas. Secara umumnya, bukan sedikit kemunculan pemimpin muda di dunia sejak belakangan ini. Walau bagaimanapun pemimpin tidak muncul dalam sekelip mata. Sifat itu perlu disemai sejak awal lagi. Bak kata nenek moyang kita, melentur buluh biarlah dari rebung lagi. Ketokohan dan sifat kepemimpinan yang ada pada seseorang pemimpin sebenarnya bermula sejak di bangku sekolah lagi. Oleh itu, pembabitan murid dalam aktiviti kokurikulum atau kurikulum di sekolah amat penting dan perlu diberi perhatian. Aktiviti tersebut banyak memberikan sumbangan terhadap usaha memupuk usaha nilai sifat kepemimpinan, seperti semangat bertolak ansur, semangat kerja berpasukan dan berkomunikasi. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara”, Dewan Siswa, Bil. 04/2019, Dewan Bahasa dan Pustaka [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang bagi ayat yang bergaris di bawah. Budaya bersukan dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur. Jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada beriadah atau melakukan aktiviti sukan, kita menjadi sebahagian daripada masyarakat yang mahukan hidup yang berkualiti. Tubuh badan yang sihat menambahkan produktiviti diri, keluarga, dan negara yang dicintai. Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sehari dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara. Hari tersebut disambut pada Sabtu kedua di seluruh negara. Dipetik dan diubah suai daripada “Hari Sukan Negara” oleh Farah Alia Suraya Azman, Dewan Siswa, Bil.09/2016, Dewan Bahasa dan Pustaka [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Jom Kitar Semula Amalan kitar semula berjaya mengurang sisa pepejal di bumi kita. Bahan kitar semula mampu menjadi sumber yang sangat bernilai apabila melalui pelbagai proses pengubahan sisa. Kita juga akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi. Bahan yang di kitar semula berjaya membina sumber kewangan dan memberi banyak manafaat kepada alam sekitar. Pihak kerajaan dan masyarakat harus berkerjasama dalam melaksanakan prakarsa ini demi untuk masa depan negara. [6 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 6 13/5/2024 9:04:28 AM
SULIT 1103/2 7 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT Bahan 2 [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia; ada penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.” Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Maka sembah Bendahara, Daulat tuanku Syah Alam, ada pun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengerjakan dia.” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Zahid dan Farid merupakan sahabat akrab seperti isi dengan kuku. Namun begitu, hubungan mereka semakin renggang. Zahid dingin setelah Farid mendapat jawatan sebagai ketua pengawas di sekolah mereka. Namun demikian, perbalahan mereka tidak kekal lama kerana keakraban mereka dalam persahabatan. Sebenarnya, mereka menjadi retak sebelum ini kerana ada musuh dalam selimut yang cuba merosakkan hubungan mereka berdua sehingga Zahid mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengawas sekolah. Setelah mereka saling bermaafan, akhirnya mereka bertindak bagai aur dengan tebing untuk menjadi pengawas contoh di sekolah dan ikon kepada murid-murid lain. [4 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 7 13/5/2024 9:04:30 AM
SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 8 SULIT Bahagian B Pemahaman [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata akan berlaku peningkatan ketara adaptasi digital dalam kalangan PKS pasca penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perniagaan norma baharu ini memerlukan PKS mengubah minda mereka kepada digital kerana perniagaan tradisional tidak akan berkesan lagi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kerajaan mempercepat proses pendigitalan masyarakat sebagai langkah adaptasi kepada norma baharu pada masa depan. Proses pendigitalan akan membabitkan pelbagai aspek, termasuk pendidikan, urusan perniagaan atau e-dagang, e-kerajaan dan dalam kehidupan harian. Mengulas lanjut, Kang berkata, tinjauan yang dilakukan SME Corp. baru-baru ini mendapati pada minggu pertama PKP dilaksanakan, hanya enam peratus PKS menjalankan perniagaan dalam talian dan angka itu melonjak kepada 30 peratus fasa ketiga PKP. Oleh itu, PKS perlu membudayakan perniagaan secara digital kerana selain mengurangkan kos operasi dengan bilangan pekerja yang sedikit, produktiviti syarikat juga dapat ditingkatkan. Kelebihan lain ialah perniagaan secara dalam talian menggunakan wang tunai berbanding kaedah tradisional yang memberikan hutang sehingga tiga bulan kepada peniaga. Ini menjamin aliran tunai syarikat. Ini bermakna pelanggan harus membayar secara dalam talian terlebih dahulu sebelum produk yang ditempah dihantar kepada mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Cara Berniaga Berubah Pasca COVID-19”, BH Online, April 2020 Bahan 2 KUALA LUMPUR: Permintaan tinggi terhadap perkhidmatan penghantaran makanan telah membantu perniagaan restoran berjalan lancar walaupun negara kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Mac, susulan wabak COVID-19. Beberapa pemilik restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang menyifatkan medium perniagaan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda, GrabFood dan DeliveryEat membantu perniagaan masing-masing berjalan dengar lancar. Makanan yang dijual diiklankan menerusi Facebook, WhatsApp serta aplikasi media sosial yang lain. Perniagaan secara dalam talian ini memudahkan peniaga mencari pelanggan dan tidak memerlukan bilangan pekerja yang ramai. Ini akan mengurangkan kos operasi peniaga. Sementara itu, Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, syarikat itu beroperasi seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan akan melaksanakan penghantaran tanpa sentuh. Melalui perniagaan secara dalam talian ini juga penghantaran barangan atau makanan hanya dibuat selepas pelanggan membayar kos produk dan perkhidmatan penghantaran. Dipetik dan diubah suai daripada “COVID-19: Khidmat Penghantaran Bantu Pengusaha Restoran, Orang Ramai”, BH Online, Mac, 2020 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata langkah adaptasi. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan-kebaikan perniagaan secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19. [3 markah] (iii) Kini, perniagaan secara dalam talian menjadi trend masyarakat dan menjadi sebuah kerjaya. Apakah langkah yang akan anda lakukan bagi menceburi perniagaan ini? [3 markah] (iv) Semasa pandemik, negara mengalami krisis ekonomi dan anda telah diberhentikan kerja. Namun begitu, anda bangkit dan berjaya sebagai seorang peniaga alam maya. Sebagai individu yang prihatin, nyatakan peranan anda untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan belia yang diberhentikan kerja agar bangkit semula untuk berjaya selepas era pandemik COVID-19. [4 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 8 13/5/2024 9:04:30 AM
SULIT 1103/2 9 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya. Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini. “Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun. Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran di tengah ibu kota. Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Gurindam Pesan Bonda Wahai anakanda dengar pesanku, semoga anakanda berjaya selalu. Hidup ini bagai lautan, Tiada ilmu hilang pedoman. Kalau kita suka berangan, kelak hidup menjadi hinaan. Belajar tinggi-tinggi tidak kau rugi, Hidup berjaya akhirat dan duniawi. Biar berakal sebagai bekal, jadi insan hebat dan handal. Biar iman teguh di dada, hidup berteman insan mulia. Duhai anakanda, bonda berpesan, jadilah insan penuh keimanan. Ruzaini Awang Kinabatangan, Sabah. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan sebab-sebab penulis ingin berhijrah ke ibu kota. [2 markah] (ii) Berdasarkan setiap bahan, nyatakan nasihat bonda kepada anak-anaknya. [3 markah] (iii) Remaja ialah tiang negara dan pemacu kepada kemajuan negara. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu melahirkan modal insan yang berkualiti? [4 markah] (iv) Rakan anda mudah terpengaruh dengan rakan-rakan lain untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan masalah sosial. Sebagai seorang sahabat yang baik, bagaimanakah anda dapat membantunya agar lebih berdisiplin dan tidak tersilap langkah dalam kehidupan seorang remaja? [4 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 9 13/5/2024 9:04:30 AM
SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 10 SULIT 8 Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (ii) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah membaca manuskrip ayahnya itu, Haiqal menangis. Jika benar begitu yang tersurat, alangkah seksanya dan sunyinya hidup manusia bernama Abdullah bin Kayan. Dia tertanya-tanya adakah patut dia pergi ke kampung ayahnya. Dia bingung, bagaimana harus dia berterus terang dengan uminya. Kandungan manuskrip itu benar-benar mendesak perasaan Haiqal. Pada pukul 10.05 malam, dia pergi ke Pantai Batu Buruk untuk menemui rakan karibnya, Ratna. Dia menceritakan kepada Ratna mengenai manuskrip yang dibacanya itu. Haiqal memikirkan kesunyian ayahnya, sakit yang ditanggungnya dan Aksara yang diperjuangkan ayahnya. Haiqal merasakan apa yang ditulis dalam manuskrip itu adalah gambaran sebenar nasib dan kehidupan ayahnya. Dipetik daripada Novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan beberapa perkara yang tersurat dalam hidup Abdullah bin Kayan daripada petikan di atas. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan kecekalan dalam cerita tersebut. [6 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 10 13/5/2024 9:04:30 AM
SULIT 1103/2 11 [Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT Bahagian C Rumusan [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pada umumnya, patriotisme dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan yang kuat untuk negara. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai dan dipupuk dalam kalangan remaja kerana semangat ini tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara secara jelas. Sejak akhir-akhir ini, semangat patriotisme dikatakan semakin menipis dalam diri remaja kerana generasi pascamerdeka itu tidak pernah merasai jerih perih seperti yang dialami pejuang kemerdekaan tanah air suatu ketika dahulu. Mereka juga berasa selesa dengan kehidupan hari ini. Sehubungan dengan itu, semangat patriotisme mesti disemai melalui sistem pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada masa yang sama, penerapan elemen sejarah melalui mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Kesusasteraan Melayu turut dapat menyemai semangat patriotisme. Untuk membina semangat patriotisme dan rasa cinta remaja terhadap negara, pelbagai aktiviti menarik boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah seperti Persatuan Sejarah, Kelab Rukun Negara dan Kelab Setia. Di samping itu, kempen sayangi negara hendaklah diadakan secara berterusan. Media elektronik seperti televisyen dan radio perlu menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah negara kita. Penyebaran maklumat tentang peristiwa bersejarah melalui laman sosial perlu dilaksanakan dengan harapan remaja dapat menggunakan kreativiti mereka dengan memuat naik peristiwa-peristiwa sejarah secara interaktif supaya semangat patriotisme dapat diterapkan. Selain itu, program sambutan bulan kemerdekaan perlu dijalankan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Program-program seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pementasan teater dan drama yang bercorak kenegaraan boleh dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan sasaran. Namun, program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kenegaraan tersebut. Dalam memupuk semangat patriotisme, ibu bapa turut memainkan peranan penting dengan menunjukkan teladan kepada anak-anak. Misalnya, ibu bapa bersama-sama anak-anak mengibarkan Jalur Gemilang atau melawat tempat-tempat bersejarah tanah air. Akan tetapi, terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berperanan dalam menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak mereka menyebabkan hasrat untuk memupuk semangat patriotik terjejas. Para remaja juga perlu dididik dan diterapkan konsep berpegang pada prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang terdapat dalam Rukun Negara. Penerapan terhadap prinsip ini diharap dapat melahirkan remaja yang bersemangat patriotisme dalam meniti arus globalisasi. Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu mempunyai semangat patriotisme dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara tercinta. Dipetik dan diubah suai daripada “Memupuk Semangat Patriotisme Melalui Sejarah”, oleh Azam Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2014 Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 11 13/5/2024 9:04:30 AM
SULIT 1103/2 1103/2 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu 12 SULIT Bahan 2: Grafi k Kurangnya pelibatan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Isu ketaasuban teknologi maklumat dan alat komunikasi seperti telefon pintar dan komputer Pengaruh budaya Barat yang bertentangan dengan budaya Malaysia Nilai moral dan kemanusiaan dalam diri semakin berkurangan SEMANGAT PATRIOTISME SEMAKIN TERJEJAS Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 12 13/5/2024 9:04:30 AM
[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 1103/3 13 JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan. 20 minit Dua puluh minit 1103/3 BAHASA MELAYU KERTAS 3 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 13 13/5/2024 9:04:30 AM
1103/3 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/3 14 Slogan Anak yang baik lagi Cerdik (ABC) merupakan satu gagasan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang baik seterusnya meningkatkan daya intelektual dalam kalangan murid. Pada masa yang sama, slogan ABC juga menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Menurut Mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali, slogan tersebut dihasilkan sebagai usaha untuk memberikan pemahaman yang mudah diterima oleh masyarakat untuk dihayati dari semasa ke semasa. Beliau berpandangan bahawa penekanan terhadap akademik semata-mata mengakibatkan perkembangan murid-murid menjadi tidak seimbang. Ada murid yang pandai dalam akademik tetapi sahsiah terabai. Situasi ini adalah tidak sihat untuk sistem pendidikan negara. Dipetik dan diubah suai daripada “KPM Komited Mewujudkan Sistem Pendidikan Negara yang Seimbang”, https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/ ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC) abc aNAK baik cerdik Jasmani Emosi Rohani Sosial Intelek Sirah Perjalanan Melalui Kehidupan Ibadah Akidah Lahir Adab Karakter Peristiwa Mati Ujian Bertutur Bahagian A: Taksiran individu [40 markah] Baca dan fahami bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 14 13/5/2024 9:04:31 AM
[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 1103/3 15 Soalan Rangsangan 1 Nyatakan tujuan slogan ABC dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 2 Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya perkembangan murid tidak seimbang? 3 Pada pandangan anda, apakah peranan pihak sekolah dan ibu bapa untuk melahirkan murid berakhlak mulia? 4 Rakan anda sering melanggar peraturan sekolah. Sebagai seorang rakan, nyatakan tindakan yang sesuai untuk menjadikan rakan anda seorang yang berdisiplin. Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 15 13/5/2024 9:04:31 AM
1103/3 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/3 16 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahagian B: Taksiran Kumpulan [ 30 markah ] Tema: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Pengurusan kewangan yang bijak sangat penting untuk mengurangkan beban kewangan kepada setiap individu. Berikan ulasan anda. Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 16 13/5/2024 9:04:31 AM
[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 1103/4 17 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu bahagian. 2. Jawab semua soalan. 30 minit Tiga puluh minit 1103/4 BAHASA MELAYU KERTAS 4 1 KERTAS MODEL SPM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 17 13/5/2024 9:04:31 AM
1103/4 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/4 18 Ujian Mendengar [ 30 markah ] Petikan 1 – Maklumat Audio 1 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan maklumat yang diperdengarkan. 1 Berbasikal merupakan aktiviti yang melibatkan jantung, paru-paru, otot dan . [1 markah] 2 Berikan tiga manfaat yang diperoleh daripada aktiviti berbasikal. (i) (ii) (iii) [3 markah] 3 Berikut merupakan langkah keselamatan semasa berbasikal, kecuali A mematuhi peraturan jalan raya. B menunggang basikal di lebuh raya. C mengenakan topi keledar yang sesuai. D mengelakkan daripada berbasikal secara beriringan. [1 markah] Petikan 2 – Perbualan Audio 2 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan perbualan yang diperdengarkan. 1 Jamian dan abah sedang bermain . [1 markah] 2 Nyatakan dua manfaat permainan Dam Aji. (i) (ii) [2 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 18 13/5/2024 9:04:31 AM
[Lihat halaman sebelah © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 SULIT SULIT 1103/4 19 3 Apakah kaedah bermain Dam Aji? (i) (ii) (iii) [ 3 markah ] 4 Permainan Dam Aji kurang popular dalam kalangan remaja kerana (i) (ii) (iii) [ 3 markah ] 5 Permainan Dam Aji boleh dibuat sendiri dengan menggunakan [3 markah] Petikan 3 – Ucapan Audio 3 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan ucapan yang diperdengarkan. 1 Nyatakan empat sebab kerjaya jurusolek kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. (i) (ii) (iii) (iv) [ 4 markah ] 2 Pendapatan jurusolek boleh memberikan pulangan yang lumayan kerana perkhidmatan jurusolek dikenakan caj antara hingga . [2 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 19 13/5/2024 9:04:31 AM
1103/4 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu SULIT SULIT 1103/4 20 3 Lengkapkan rajah berikut: Kolej Kemahiran Jurusolek profesional [2 markah] Petikan 4 – Maklumat Audio 4 Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan maklumat yang diperdengarkan. LANGKAH-LANGKAH MENUKAR TAYAR KERETA YANG PANCIT 1 Berhenti di tempat selamat. 2 Letakkan . 3 Longgarkan . 4 Gunakan untuk meninggikan kereta. 5 Gantikan tayar yang rosak dengan tayar . [4 markah] 5 Kerosakan tayar kereta disebabkan oleh [1 markah] Koleksi KM SPM B.Myu_KM1 K1-K4_vim3p(24).indd 20 13/5/2024 9:04:32 AM
141 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan Kertas Model 1 Kertas 1 Bahagian A Tema: Pakaian tradisional di Malaysia Fokus: Usaha mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia Cadangan isi 1 Pihak kerajaan menganjurkan kempen kenali pakaian tradisional di Malaysia 2 Ibu bapa memperkenalkan pakaian tradisional di Malaysia kepada anak-anak Contoh Karangan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan kesenian masyarakat berbilang bangsa seperti pakaian tradisional. Namun begitu, pakaian tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda akibat pengaruh fesyen dari luar negara. Oleh itu, berbagai-bagai usaha perlu dilakukan untuk mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia. Antara usaha mempopularkan pakaian tradisional di Malaysia termasuklah pihak kerajaan menganjurkan kempen kenali pakaian tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang keunikan pakaian tradisional di Malaysia, tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, berbagaibagai aktiviti menarik dilaksanakan sepanjang kempen tersebut seperti pertandingan busana tradisional masyarakat berbilang bangsa yang boleh disertai oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha ini pasti dapat menarik minat masyarakat untuk mengenakan busana tradisional. Selain itu, ibu bapa juga boleh memperkenalkan pakaian tradisional kepada anak-anak kerana mereka boleh mempengaruhi anak di rumah ibarat peribahasa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengenakan busana tradisional apabila menghadiri majlis keramaian seperti rumah terbuka dan majlis perkahwinan. Oleh itu, pakaian tradisional dapat dikekalkan seperti peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kesimpulannya, berbagai-bagai usaha wajar dilaksanakan untuk mempopularkan pakaian tradisional. Oleh itu, pihak kerajaan dan seluruh masyarakat wajar memainkan peranan agar busana tradisional tidak luput ditelan zaman dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Bahagian B Soalan 1 Tema: E-dompet Fokus: Kepentingan e-dompet kepada masyarakat Cadangan isi 1 Memudahkan proses pembayaran dan menjimatkan masa 2 Memudahkan pengguna mengawal perbelanjaan 3 Pelbagai ganjaran ditawarkan Contoh Karangan Teknologi komunikasi maklumat dan komunikasi semakin canggih dari semasa ke semasa sehingga mencetuskan fenomena Internet. Situasi ini menunjukkan bahawa setiap urusan harian boleh dilaksanakan dengan Internet melalui penggunaan telefon pintar. Sebagai contoh, penggunaan wang secara digital atau e-dompet sangat meluas pada masa ini bahkan pihak kerajaan turut menggalakkan masyarakat menggunakan e-dompet apabila memberikan RM30.00 secara percuma dalam aplikasi e-dompet Touch ‘n Go. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan e-dompet secara meluas akan memberikan berbagai-bagai kepentingan kepada masyarakat. Antara kepentingan penggunaan e-dompet kepada masyarakat termasuklah memudahkan proses pembayaran dan menjimatkan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat tidak perlu beratur untuk mengeluarkan wang tunai dari mesin juruwang automatik (ATM) atau mencari wang kecil untuk membayar bil elektrik atau air. Tambahan pula, pengeluaran wang tunai melalui mesin turut dikenakan cas perkhidmatan sebanyak RM1.00 jika menggunakan perkhidmatan MEPS. Oleh sebab itu, pengguna e-dompet perlu memuat turun aplikasi yang sering digunakan seperti Grab Pay atau MAE untuk membuat pembayaran. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak syarikat untuk membeli makanan, membayar bil atau membayar tiket bas. Secara tidak langsung, kes jenayah seperti samun akan berkurangan apabila masyarakat tidak membawa wang tunai. Selain itu, penggunaan e-dompet dapat mengawal perbelanjaan setiap individu. Hal ini berlaku kerana pengguna aplikasi e-dompet dapat melihat rekod transaksi perbelanjaan setiap hari melalui telefon bimbit. Pengguna dapat melihat baki akaun dan jumlah wang yang telah dibelanjakan dari semasa ke semasa agar lebih berhati-hati dalam perbelanjaan setiap masa dan ini bertepatan dengan peribahasa beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Bukan itu sahaja, pengguna e-dompet bebas untuk menetapkan had maksimum perbelanjaan untuk setiap hari. Sekiranya pembayaran melebihi had maksimum, aplikasi e-dompet akan menyekat pembayaran tersebut. Hal ini pasti dapat melahirkan pengguna yang bijak mengurus wang di samping mengelakkan sifat boros ketika berbelanja. Di samping itu, penggunaan e-dompet turut menawarkan pelbagai ganjaran kepada pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana persaingan yang hebat dan positif antara syarikat aplikasi e-dompet pada masa ini. Setiap syarikat pasti menawarkan pelbagai ganjaran kepada pengguna semata-mata untuk menarik pengguna memuat turun aplikasi e-dompet. Sebagai contoh, syarikat e-dompet kerap menawarkan rebat tunai untuk setiap pembelian barangan runcit di kedai serbaneka atau pasar raya. Bukan itu sahaja, ada syarikat yang menawarkan mata ganjaran atau pulangan wang tunai kepada pengguna jika membuat pembayaran dengan aplikasi e-dompet. Selain itu, pengguna e-dompet juga ditawarkan diskaun untuk barangan runcit di pasar raya terpilih. Situasi ini pasti tidak dapat dinikmati oleh pengguna jika mereka menggunakan wang tunai. Oleh hal yang demikian, pengguna dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian dan membantu mendepani kenaikan kos sara hidup. Kesimpulannya, penggunaan e-dompet dalam kehidupan seharian memberikan manfaat yang banyak kepada pengguna. Oleh itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna e-dompet yang bijak agar keselamatan wang digital terjamin dari semasa ke semasa. Soalan 2 Tema: Orang Kelainan Upaya (OKU) Fokus: Usaha menghargai golongan orang kelainan upaya Jawapan Koleksi KM SPM B.Myu_Jaw_vim1p(24)latesr.indd 141 10/5/2024 3:22:56 PM
© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 142 Cadangan isi 1 Meningkatkan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya 2 Memberikan peluang pendidikan kepada golongan orang kelainan upaya 3 Meningkatkan kesedaran terhadap golongan orang kelainan upaya Contoh Karangan Orang kelainan upaya (OKU) merupakan individu yang mengalami kekurangan dari segi fizikal atau mental, sama ada sejak lahir, ditimpa penyakit atau kemalangan. Golongan OKU sukar untuk menjalani kehidupan harian secara normal dan sempurna kerana kekurangan yang dialami oleh mereka ibarat kata peribahasa “berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walau bagaimanapun, golongan OKU juga mempunyai hak yang sama dan tidak harus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Oleh itu, berbagai-bagai usaha perlu dilaksanakan untuk membela nasib dan menghargai golongan OKU. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk menghargai golongan OKU termasuklah pihak kerajaan menyediakan lebih banyak kemudahan awam yang mesra OKU. Hal ini dikatakan demikian kerana kekurangan yang ada pada golongan OKU menyukarkan mereka untuk membuat urusan seperti golongan yang normal. Pada masa yang sama, golongan OKU juga dapat memanfaatkan kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana golongan OKU juga mempunyai hak yang sama sebagai warganegara Malaysia. Sebagai contohnya, pihak kerajaan menyediakan tempat duduk khas untuk OKU di mana-mana jabatan kerajaan atau agensi swasta, parkir khas untuk OKU dan tandas awam yang mesra OKU. Bukan itu sahaja, siaran televisyen dilengkapi oleh sari kata dan bahasa isyarat agar golongan OKU pendengaran boleh memahami maklumat yang ingin disampaikan. Oleh hal yang demikian, urusan harian golongan OKU pasti akan menjadi lebih mudah dan lancar. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu meningkatkan peluang pendidikan atau kemahiran yang sesuai kepada golongan OKU daripada pelbagai lapisan umur. Hal ini dapat memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Perindustrian 4.0 bahkan pendidikan atau kemahiran yang sesuai dapat melatih golongan OKU untuk hidup berdikari ibarat kata mutiara “Apabila anda memberi seseorang ikan, maka anda memberinya makan untuk satu hari tetapi apabila anda mengajar seseorang itu memancing, maka anda akan memberinya makanan seumur hidup”. Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah menawarkan kelas pendidikan khas di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia supaya ibu bapa dapat menghantar anak-anak OKU untuk menimba ilmu. Murid-murid OKU akan dilatih dengan kemahiran insaniah dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti menganyam, menjahit atau bertukang. Impaknya, golongan OKU dapat meningkatkan taraf hidup apabila mempunyai peluang dalam sektor pekerjaan dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU di Malaysia. Usaha ini pasti dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar tidak merendah-rendahkan keupayaan golongan OKU. Pada masa yang sama, usaha ini pasti dapat meningkatkan semangat golongan OKU untuk membaiki taraf hidup. Oleh itu, inisiatif kerajaan melaksanakan kempen kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU perlu dihargai. Sebagai contoh, menyiarkan iklan atau sketsa melalui media sosial tentang kejayaan OKU dalam berbagai-bagai bidang. Pihak kerajaan juga boleh menayangkan kejayaan atlet Paralimpik seperti Mohamad Ziyad agar masyarakat menyedari bahawa golongan OKU turut memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Hal ini membuktikan bahawa golongan OKU mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat yang normal. Kesimpulannya, golongan OKU wajar diberikan peluang dan dihargai oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan agar golongan OKU tidak berasa dipinggirkan dan boleh menjadi insan yang berjaya dalam berbagai-bagai bidang yang diceburi. Soalan 3 Tema: Pelancongan Fokus: Faktor yang menarik kehadiran pelancong ke Malaysia Cadangan isi 1 Keunikan budaya masyarakat berbilang bangsa 2 Keenakan makanan di Malaysia 3 Keindahan tempat yang menarik di Malaysia Contoh Karangan Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kehadiran pelancong dari pelosok negara, terutamanya dari negara Timur Tengah dan Asia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Buktinya, hotel dan resort di pusat peranginan di dalam negara sentiasa dipenuhi oleh pelancong dari luar negara pada hujung tahun. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menarik kehadiran pelancong asing ke Malaysia? Antara faktor utama kehadiran pelancong asing ke Malaysia termasuklah keunikan budaya masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana pelancong ingin melihat dengan mata sendiri keharmonian budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat berbilang bangsa ibarat peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sudah pasti bahawa budaya seperti ini tidak terdapat di negara lain. Sebagai contohnya, perayaan utama di Malaysia seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali disambut dengan meriahnya oleh orang Melayu, Cina dan India. Budaya seperti acara rumah terbuka dengan jamuan yang enak dan persembahan tarian tradisional seperti zapin atau tarian singa pasti dapat memukau pelancong asing untuk melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, keharmonian masyarakat dan keunikan budaya dapat mengharumkan nama negara di mata dunia. Selain itu, keenakan makanan di Malaysia juga merupakan daya tarikan pelancong. Hal ini berlaku demikian kerana makanan di Malaysia terkenal dengan rempah-ratus dan berbagai-bagai rasa seperti pedas, masam dan manis. Tambahan pula, perkembangan pelancongan makanan atau gastronomi di serata dunia telah menyebabkan Malaysia menjadi destinasi utama kerana makanan di Malaysia melambangkan keharmonian kaum dan budaya masyarakat tempatan. Sebagai contohnya, keenakan nasi lemak, roti canai, nasi kandar dan nasi beriani telah dinikmati oleh masyarakat berbilang bangsa sejak turun-temurun dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. Situasi ini pasti dapat meningkatkan ekonomi peniaga kecil tempatan apabila kehadiran pelancong asing meningkat. Di samping itu, keindahan destinasi pelancongan di Malaysia merupakan faktor kehadiran pelancong asing ke Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana pelancong boleh menikmati keindahan pantai yang memutih, khazanah laut seperti terumbu karang yang indah dan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Iklim khatulistiwa juga memberikan pengalaman baharu yang menarik kepada pelancong asing apabila mereka melancong di destinasi tersebut. Pelancong mempunyai pelbagai pilihan destinasi yang menarik untuk Koleksi KM SPM B.Myu_Jaw_vim1p(24)latesr.indd 142 10/5/2024 3:22:57 PM
143 Koleksi Kertas Model SPM: Bahasa Melayu – Jawapan melakukan pelbagai aktiviti seperti bersantai di Pulau Redang, meneroka hutan di Taman Negara Endau-Rompin atau menyelam skuba di Pulau Sipadan dan Mabul yang merupakan antara tempat menyelam skuba terbaik di dunia. Oleh itu, keindahan destinasi pelancongan di Malaysia pasti dapat memberikan ketenangan dan pengalaman indah kepada pelancong asing. Kesimpulannya, Malaysia mempunyai berbagai-bagai tarikan yang tersendiri untuk menarik kehadiran pelancong dari seluruh dunia. Oleh itu, pihak kerajaan perlu merangka strategi seperti Tahun Melawat Malaysia agar Malaysia tetap menjadi destinasi pelancongan nombor satu kepada masyarakat antarabangsa. Soalan 4 Tema: Hutan Fokus: Usaha untuk mengekalkan kawasan hutan di Malaysia Cadangan isi 1 Mengenakan tindakan tegas kepada pembalak haram 2 Melaksanakan projek penanaman semula hutan 3 Kempen kesedaran di peringkat sekolah Contoh Karangan Hutan ditakrifkan sebagai kawasan yang ditumbuhi pokok liar terbiar dan rimba yang menjadi habitat semula jadi flora dan fauna. Hutan juga memberikan sumbangan yang besar dalam mengawal kesan rumah hijau dan menyeimbangkan suhu bumi. Namun begitu, penerokaan hutan yang tidak terkawal telah mengakibatkan masalah pemanasan global semakin meningkat. Oleh itu, berbagai-bagai usaha boleh dilaksanakan untuk mengekalkan kawasan hutan di Malaysia. Antara usaha untuk mengekalkan hutan di Malaysia termasuklah mengenakan tindakan tegas kepada pembalak haram yang bermaharajalela di hutan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan tersebut menebang khazanah alam yang tidak ternilai harganya dan berusia beratusratus tahun seperti kayu cengal, jati, merapuh dan resak. Sebagai contohnya, pihak kerajaan telah meminda Akta 313 dengan mengenakan denda maksimum sehingga 10 kali ganda daripada RM500,000 kepada RM5 juta. Bukan itu sahaja, pemantauan berterusan daripada renjer hutan dan pemasangan kamera litar tertutup pasti dapat mencegah kegiatan pembalak haram. Hal ini pasti dapat memberikan kesedaran kepada pembalak haram apabila mereka mengetahui bahawa gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu melaksanakan penanaman semula pokok di hutan. Hal ini disebabkan oleh banyak kawasan hutan telah ditebang di Malaysia untuk projek pembangunan seperti perindustrian dan perumahan. Projek penanaman semula juga dapat menjamin kestabilan ekosistem di Malaysia. Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu memastikan pemaju perumahan atau pihak perindustrian yang telah meneroka hutan perlu membantu pihak kerajaan dengan membiayai dana projek penanaman semula. Benih pokok hutan yang cepat membesar perlu disemai agar kawasan hutan yang digondolkan dapat dihijaukan semula dengan segeranya. Secara tidak langsung, masalah bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur dapat dielakkan. Di samping itu, pihak sekolah turut memainkan peranan dengan melaksanakan kempen kesedaran dalam kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan hutan sejak bangku sekolah ibarat peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada masa yang sama, generasi muda akan mengetahui bahawa masalah pembalakan merupakan masalah global yang akan memberikan mudarat kepada bumi. Oleh hal yang demikian, aktiviti yang menarik perlu dilaksanakan sepanjang kempen dilaksanakan. Sebagai contoh, pertandingan menulis esei, video pendek tentang hutan dan lawatan ke hutan simpan seperti Taman Negara Pahang. Usaha ini pasti dapat meluaskan pengetahuan anak muda tentang peranan hutan di Malaysia malah mendidik golongan remaja agar menghargai hutan. Kesimpulannya, masalah kemusnahan hutan merupakan masalah yang serius dan wajar ditangani oleh berbagai-bagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemusnahan hutan agar kawasan hutan dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi akan datang ibarat peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kertas 2 Bahagian A 1 Kata Terbitan • Kemunculan – Kemunculan Asri dalam majlis itu memeranjatkan semua tetamu. • Ketokohan – Tiada siapa-siapa yang berani menyangkal ketokohan pemimpin yang baharu itu. • Kepimpinan – Ketua kampung yang baharu itu telah berjaya menunjukkan kepimpinan yang diinginkan oleh penduduk. • Pembabitan – Zahira berasa gembira apabila pembabitannya dalam bidang fesyen mendapat sokongan daripada ibu dan ayah. 2 (a) Dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur budaya bersukan. (b) Menambahkan produktiviti diri, keluarga dan negara yang dicintai, tubuh badan yang sihat. (c) Disambut pada Sabtu kedua di seluruh negara hari tersebut. 3 Bahan 1 (a) mengurang – mengurangkan (b) semulajadi – semula jadi (c) membina – menjana (d) manafaat – manfaat (e) berkerjasama – bekerjasama (f) demi untuk – demi/ untuk Bahan 2 (a) Tengahari – Tengah hari (b) perbuatan – amalan (c) dikitari – dikitar (d) Tidak – Bukan (e) Asingan – Asingkan 4 Laksamana bersembah kepada raja “Daulat tuanku mohon ampun dan kurnia, memaklumkan bahawa penjurit itu bukannya orang tempatan, tetapi orang yang datang dari luar. Raja bertitah,” Bagaimanakah penjurit itu dapat melakukan pencurian?” Bendahara memaklumkan kepada sultan bahawa tugas berkawal itu adalah tanggungjawab Temenggung. Tetapi disebabkan tiada arahan daripada Temenggung, tugas tersebut diambil alih oleh Laksamana.” 5 • Seperti isi dengan kuku – Bagai dakwat dengan kertas • Musuh dalam selimut – Api dalam sekam/ Gunting dalam lipatan • Bagai aur dengan tebing – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (Terima peribahasa lain yang sama maksud) Koleksi KM SPM B.Myu_Jaw_vim1p(24)latesr.indd 143 10/5/2024 3:22:57 PM