The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2024-03-12 03:01:10

N&L STPM Sejarah Islam Sem 2

Terbitan 2024

PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


ii Ulasan Soalan STPM Sejarah Islam Kertas 2 (2023) iii Nota Padat Berdasarkan Soalan STPM Terpilih iv BAB Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar 1 1 BAB Pembangunan dan Penerokaan 2 49 BAB Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa 3 89 Kertas Model STPM 1 126 Kertas Model STPM 2 127 Jawapan 128 Kandungan N&L STPM Sej P2(Prelims).indd 2 07/01/2024 9:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iii Calon akan diuji dengan soalan yang dikemukakan daripada setiap tema yang ada. Terdapat enam soalan dan dua soalan akan disediakan daripada setiap tema. Calon hanya perlu memilih tiga soalan sahaja daripada enam soalan yang dikemukakan. Oleh yang demikian, calon perlu memahami sekurang-kurangnya dua tema dengan baik secara keseluruhan sebagai persediaan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Soalan Ulasan 1 Bincangkan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Soalan ini meminta calon membincangkan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Jawapan calon haruslah meliputi siapa golongan tersebut, di mana dan apa sumbangan golongan tersebut. Justeru, jawapan yang perlu dikembangkan ialah perkembangan masyarakat Islam di Madinah meliputi golongan ArRiddah, golongan Ahl-al-Ayyam, golongan al-Qurra dan golongan bukan Arab atau golongan Mawali. 2 Huraikan ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam di Madinah. Soalan ini meminta calon menghuraikan ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam di Madinah. Huraian calon hanya meliputi ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam dengan contoh-contoh yang relevan di Madinah sahaja. Fakta utama ialah siddiq, amanah, tabligh, fatanah, berani, berpandangan jauh, tegas, toleransi dan adil. 3 Bincangkan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi. Soalan ini meminta calon membincangkan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi. Jawapan calon haruslah meliputi institusi yang dikembangkan dengan kurikulum, guru, pelajar, kaedah dan sistem. Institusi pendidikan di Mesir ialah halaqah, masjid, khuttab, istana dan rumah ulama. 4 Perihalkan ciri seni bina Islam yang berkembang pesat di Andalusia pada abad ke-13 Masihi. Soalan ini meminta calon menghuraikan ciri seni bina Islam yang berkembang pesat di Andalusia pada abad ke-13 Masihi. Perbincangan jawapan calon berfokus kepada arabesque, geometri, seni khat, bahan binaan, kompleks pelbagai guna, ruangan khas, menara, pancuran air, kubah dan pengaruh dari Arab dan Parsi. 5 Huraikan faktor penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. Soalan ini meminta calon menghuraikan faktor penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. Faktor penentangan masyarakat Algeria terbahagi kepada faktor politik, ekonomi dan sosial. Antara fakta utama dalam faktor politik ialah perubahan politik yang dilakukan oleh Perancis, pengenalan undang-undang tanah dan diskriminasi dalam pentadbiran serta perkhidmatan awam. Faktor ekonomi pula ialah eksploitasi ekonomi dan pengenalan cukai oleh penjajah. Manakala faktor sosial ialah asimilasi, penindasan, ancaman agama Kristian dan pemaksaan dalam pendidikan di Algeria. 6 Faktor politik mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20 Masihi. Bincangkan pernyataan tersebut. Soalan ini meminta calon menjelaskan hanya faktor politik yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke20 Masihi. Jawapan calon meliputi kelemahan khalifah, peranan golongan Turki Muda, faktor luaran atau dasar kuasa autonomi, gerakan nasionalisme Arab, kekalahan dalam Perang Dunia Pertama dan krisis Balkan. Ulasan Soalan STPM Sejarah Islam Kertas 2 (2023) N&L STPM Sej P2(Prelims).indd 3 07/01/2024 9:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


iv 1 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang ekonomi dan sosial bagi membina sebuah negara yang berkebajikan. Bincangkan pernyataan itu. Pengenalan • Negara berkebajikan ialah negara yang mementingkan pembangunan dan keselesaan rakyat, namun rakyat turut serta melaksanakannya sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan dan rakyat. • Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza dilahirkan pada tahun 583 M. daripada Bani Adi, iaitu salah satu bani kabilah Arab Quraisy yang dipandang mulia, megah dan berkedudukan tinggi. • Beliau menjadi khalifah yang kedua setelah dipilih oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan memerintah selama 10 tahun, iaitu di antara tahun 13 H. hingga 23 H.. • Beliau digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang mampu membezakan antara hak dan bathil. Sepanjang pemerintahannya, Khalifah Umar al-Khattab telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan negara Islam. Pengurusan baitulmal yang cekap dan sistematik • Sumbangan besar dari aspek ekonomi ialah penubuhan dan pengurusan baitulmal secara sistematik untuk menguruskan harta kerajaan dari segi pendapatan dan perbelanjaan. Baitulmal berfungsi dalam mengemas kini sistem kewangan dan perbelanjaan negara. • Buku kira-kira juga disediakan untuk mengetahui jumlah pendapatan dan perbelanjaan negara. Sumber-sumber kewangan negara adalah daripada hasil pungutan wang zakat, ghanimah (harta rampasan menerusi peperangan), jizyah (cukai perlindungan), kharaj (cukai tanah), al-fay (harta yang diperoleh dari wilayah takluk Islam tanpa peperangan) dan usyur (cukai perniagaan). • Antara perbelanjaan negara yang diuruskan oleh baitulmal ialah bayaran gaji tentera, gaji pegawai kerajaan dan penyediaan prasarana awam. Kemantapan sistem percukaian • Pengenalan sistem cukai baharu yang sistematik dan adil membantu meningkatkan kemakmuran negara. • Cukai kharaj (cukai tanah) pada zaman Khalifah Umar al-Khattab dinamakan sebagai Kharaj al-Muqasamah yang diuruskan oleh kerajaan. Cukai dikenakan mengikut kualiti tanah dan jenis tanaman. Ladang pertanian yang tanahnya lebih subur dikenakan cukai lebih tinggi. • Para pegawai pungutan kharaj yang dilantik perlu memenuhi syarat termasuk alim, ahli feqah dan lain-lain. • Khalifah Umar al-Khattab sentiasa memantau pelaksanaan pungutan cukai termasuk pegawai kerajaan yang berkaitan. Kesannya, sistem pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharaan negara meningkat. • Pengenalan cukai usyur turut mempengaruhi perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Perkembangan sektor pertanian • Khalifah Umar al-Khattab turut memajukan sektor pertanian negara. Rakyat telah digalakkan untuk membuka tanah-tanah baharu. Hak milik ke atas tanahtanah pertanian diserahkan kepada sesiapa sahaja yang mahu mengusahakannya. • Hak milik akan ditarik balik sekiranya petani gagal menunjukkan hasil dalam tempoh tiga tahun. Beberapa projek pengairan telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq untuk meningkatkan hasil pertanian. Beliau juga amat memberikan perhatian supaya amalan penindasan tidak berlaku kepada petani. • Beberapa projek pengairan telah dilaksanakan di seluruh wilayah Islam termasuklah Mesir dan Iraq. Antaranya Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. • Tanah juga dikaji selidik bagi menentukan kesesuaian tanaman yang bermutu. • Perkembangan sektor pertanian memberi impak besar terhadap kemakmuran negara. Ekonomi Memantapkan pengurusan zakat • Membuat catatan penerima yang layak. • Seseorang layak menerima zakat diberi secara ‘one-off’ sehingga mereka boleh membayar zakat pada tahun berikutnya. • Kaedah ini dapat mengeluarkan masyarakat daripada kemiskinan dengan lebih cepat. Perkembangan sektor perdagangan • Perkembangan antarabangsa dan perniagaan tempatan telah membawa kepada penguatkuasaan undangundang dan peraturan di pasar-pasar dan pusat perdagangan turut merancakkan sektor perdagangan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. • Undang-undang ini dikuatkuasakan bagi mengelakkan berlakunya penindasan oleh golongan peniaga. • Untuk memastikan tiada penyelewengan dan penipuan dalam sektor perniagaan, Khalifah Umar al-Khattab telah melantik al-Muhtasib (pegawai penyiasat pemasaran) di pasar-pasar. • Pengenalan sistem mata wang turut memudahkan dan merangsang aktiviti perdagangan. Nota Padat Berdasarkan Soalan STPM Terpilih N&L STPM Sej S2(Nota).indd 4 07/01/2024 9:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 1.1 Masyarakat Jahiliah 1 Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan akar bahasa Arab, iaitu “jahala” dan kata terbitan “jahlun” atau “jahalatun” yang bererti bodoh atau sesat. 2 Zaman Jahiliah ialah zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Masyarakat Arab pada zaman itu dikenali sebagai masyarakat jahiliah. 3 Phillip K.Hitti dalam bukunya “The History of the Arabs” menyatakan bahawa Zaman Jahiliah ialah zaman yang tiada undangundang dan petunjuk daripada rasul-rasul dan kitab-kitab suci. 4 Zaman Jahiliah ialah satu abad sebelum lahirnya Islam. Zaman ini berlangsung selama tiga abad (300 M. – 610 M.), iaitu selepas keruntuhan Kerajaan Saba’ hingga turunnya kitab suci al-Quran. 5 Jahiliah yang dimaksudkan ialah jahil dalam nilai-nilai keagamaan, akhlak, tidak tahu mengabdikan diri kepada Allah SWT dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah SWT yang diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW. 6 Jaafar bin Abu Talib menerangkan kepada Raja Habsyah “Kami semasa jahiliah menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan dan menindas yang lemah”. 7 Kesimpulannya, sebilangan besar masyarakat jahiliah berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan. Hanya segelintir yang mengabdikan diri kepada Allah SWT dan pandai membaca dan menulis. Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah Agama dan Kepercayaan 1 Agama Wathani (menyembah berhala) (a) Agama menyembah berhala merupakan agama yang paling dominan dalam masyarakat Arab. Berhala diperbuat daripada batu, kayu, logam dan sebagainya. (b) Pusat agama menyembah berhala terletak di Makkah. Pada Zaman Jahiliah, terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Setiap kaum akan meletakkan satu berhala di sekeliling Kaabah bagi mewakili kaumnya. (c) Berhala mempunyai pelbagai bentuk dan nama seperti al-Wad, patung berhala yang menyerupai lelaki, al-Suwa berhala yang menyerupai wanita, al-Tauq berhala berbentuk kuda dan al-Nasr berhala berbentuk burung helang. (d) Terdapat beberapa berhala yang besar yang dianggap ketua kepada berhala yang lain, iaitu al-Uzza, al-Manat dan al-Latta. 2 Agama Yahudi (a) Penganut agama Yahudi ialah Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka datang dari Palestin akibat penindasan kerajaan Rom. (b) Mereka terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani al-Nadhir, Bani Qunaiqa’ dan Bani Quraizah. (c) Mereka telah mengubah isi kandungan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS. Agama Yahudi kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Arab kerana berlainan dengan agama Wathani yang dianuti kebanyakan masyarakat Arab. 3 Agama Nasrani (Kristian) (a) Pada mulanya, agama Nasrani ialah agama suci yang diturunkan oleh Nabi Isa AS dengan Kitab Injil. Bani Israel telah memesongkan beberapa perkara seperti Nabi Isa AS sebagai anak tuhan dan Mariam sebagai isteri tuhan menyebabkan agama ini terpesong daripada ajaran asal dan salah di sisi Allah SWT. 1 BAB Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar N&L STPM Sej P2(1).indd 1 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 (b) Agama ini mula bertapak di Makkah pada abad ke-4 M., apabila kerajaan Rom meluaskan kuasanya ke Yaman. Agama Kristian mula dianuti oleh suku Taghlih, Ghassan dan Qudhah. (c) Agama ini tidak begitu sesat kerana masih mempercayai kewujudan dan kebesaran Tuhan berbanding agama menyembah berhala. 4 Agama Majusi (a) Agama ini berasal dari Parsi. Kebanyakan penganut agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrin, iaitu negeri yang berada di bawah kekuasaan Parsi. (b) Agama Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mempercayai nabi yang diutus oleh Allah SWT. (c) Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab, iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiyah dan Zara-dustiyah. 5 Agama Hanif (a) Diwahyukan kepada Nabi Ibrahim AS oleh Allah SWT. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, tidak berjudi, tidak minum arak dan tidak melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT. (b) Oleh itu, penganut agama ini yang digelar Hunafa merupakan golongan yang menentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. 6 Agama dan kepercayaan lain (a) Masyarakat Arab Badwi mempercayai roh orang yang sudah mati mempunyai hubungan dengan tuhan. Oleh itu, mereka memuja kubur terutamanya kubur orang yang mempunyai darjat yang tinggi seperti raja dan pahlawan. Mereka juga menyediakan korban untuk upacara penyembahan. (b) Masyarakat Arab Jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animisme seperti menyembah pokok, bukit, binatang dan sebagainya. Mereka menganggap benda yang dianggap pelik itu dapat memberi sesuatu kepada mereka. (c) Masyarakat Arab Jahiliah juga percaya kepada kepercayaan yang karut dan tahyul seperti menilik nasib untuk menentukan masa depan dan percaya kepada kuasa sihir dan azimat. Sistem Sosial Masyarakat Arab Jahiliah 1 Masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam terbahagi kepada dua golongan, iaitu: (a) masyarakat Badwi (b) masyarakat Hadari 2 Masyarakat Badwi mendiami kawasan pedalaman dan hanya tinggal di khemah. Mereka tidak tinggal tetap, sentiasa berpindahrandah untuk mencari kawasan yang subur dan punca air. 3 Masyarakat Hadari merujuk masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian selatan Tanah Arab, berhampiran Laut Merah dan Lautan Hindi. Mereka memiliki kemewahan dan tinggal menetap. 4 Sistem masyarakat Arab Jahiliah sama ada Badwi atau Hadari adalah berdasarkan kepada sistem kabilah. 5 Sistem kabilah bermula daripada satu keluarga yang tinggal dalam sebuah khemah. Beberapa khemah akan membentuk ihai. Beberapa ihai akan membentuk kaum dan akhirnya terbentuklah kabilah. Individu ↓ Keluarga ↓ Ihai ↓ Kaum ↓ Kabilah Rajah 1.1 Sistem kabilah masyarakat Arab Jahilliah 6 Anggota kabilah dianggap mempunyai pertalian darah dan daripada keturunan yang sama. Kabilah diketuai oleh seorang Sheikh. N&L STPM Sej P2(1).indd 2 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 13 Dari segi ilmu pengetahuan, masyarakat Arab Jahiliah tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Mereka tidak mewarisi ilmu daripada generasi terdahulu. Buktinya, mereka tidak dapat membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Kebanyakan masyarakat Arab Jahiliah buta huruf. Hanya 17 orang yang celik huruf. 14 Dalam bidang kesusasteraan, masyarakat Arab Jahiliah mahir bersyair, bersajak dan berkhutbah. Karya bermutu dipanggil alMuallaqat al-Sab dan digantung di Kaabah. Sebilangan syair mengandungi bahasa yang tidak sopan dan hanya untuk keseronokan. Sistem Politik Masyarakat Arab Jahiliah 1 Pada Zaman Jahiliah tidak terdapat sistem pemerintahan yang teratur kecuali di Makkah yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa. 2 Hal ini demikian kerana kedudukan politik mereka telah tergugat akibat sebahagian besar daerah penting Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi. 3 Masyarakat Arab Jahiliah juga sering berperang sesama sendiri dan hidup berpuak-puak. Misalnya peperangan alBasus antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar yang berlanjutan selama 40 tahun. Mereka tidak mempunyai sistem perundangan yang sistematik. Hanya undang-undang membalas dendam dan semangat assabiah. 4 Akibat kelemahan, mereka telah menyerah kalah kepada kuasa asing yang mendirikan kerajaan di Ghassan (naungan Parsi), Hirah (naungan Rom) dan Yaman (naungan Habsyah). 5 Walaupun negara-negara berkenaan mempunyai pemerintahan sendiri, tetapi mereka dikuasai oleh kuasa penjajah. Sistem Ekonomi Masyarakat Arab Jahiliah 1 Aktiviti utama masyarakat Badwi ialah penternakan dan pertanian. Masyarakat Badwi menjalankan aktiviti penternakan binatang secara nomad. Antara binatang ternakan adalah seperti unta, kambing dan biri-biri. Unta merupakan binatang yang penting untuk digunakan sebagai pengangkutan, mengangkut barangan dan membekalkan susu untuk penduduk. i-THINK Peta Bulatan Menyelesaikan masalah kabilah Mewujudkan keamanan Berhak membuat perjanjian atau mengisytiharkan perang Memberi perlindungan kepada anggota kabilah Melayan tetamu Buku rujukan Internet Majalah Guru Sejarah Peranan Syeikh Kabilah Rajah 1.2 Peranan Syeikh Kabilah 7 Struktur masyarakat Arab Jahiliah memandang kepada status seseorang individu yang ditentukan oleh kedudukan kabilah dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu tersebut seperti kemahiran berpidato, bersyair dan bermain senjata. 8 Mereka juga mengamalkan semangat assabiah, iaitu semangat bermegah dengan kabilah sendiri dan sebaliknya memandang hina kepada kabilah lain. Anggota kabilah sanggup menuntut bela atau berperang untuk kabilah. 9 Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada wanita dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Kaum wanita sering dijadikan pemuas nafsu lelaki. Oleh itu, anak perempuan dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga. Mereka lebih suka kepada anak lelaki. 10 Amalan perhambaan sangat berleluasa pada Zaman Jahiliah. Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang rendah. Hamba hanya boleh merdeka jika dibebaskan oleh tuannya. Bilangan hamba yang dimiliki menunjukkan status seseorang. 11 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan cara hidup yang tidak bermoral seperti berzina, merompak, berjudi dan minum arak. 12 Walau bagaimanapun, terdapat juga unsurunsur positif dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah seperti menghormati tetamu, pemurah, menepati janji dan sumpah. N&L STPM Sej P2(1).indd 3 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 2 Masyarakat Badwi juga menjalankan aktiviti merompak rombongan perdagangan. Mereka juga giat melakukan aktiviti pertanian khususnya di kawasan oasis, iaitu di kawasan yang subur dan mempunyai sumber bekalan air. Mereka akan berpindah ke kawasan lain jika kawasan yang didiami tidak lagi sesuai untuk pertanian. 3 Bagi masyarakat Hadari pula, mereka lebih banyak terlibat dalam aktiviti perdagangan. Contohnya, kaum Quraisy di Makkah telah berdagang hingga ke Syam, Yaman, Habsyah dan Mesir. Kota Makkah juga muncul sebagai pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Arab. 4 Perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah berasaskan riba dan banyak unsur penipuan. 5 Bagi mengelakkan serangan perompak, perdagangan dijalankan dalam bentuk kafilah atau rombongan perdagangan. Kafilah perdagangan biasanya dijalankan pada waktu malam bagi mengelakkan ancaman, cuaca yang panas, ribut pasir dan sebagainya. 6 Aktiviti ekonomi lain yang dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah ialah menenun dan aktiviti pertukangan seperti membuat patung berhala dan membuat senjata. Aktiviti ini kurang mendapat perhatian terutama dalam kalangan masyarakat Badwi. Ketamadunan Masyarakat Jahiliah Kemajuan dalam Bidang Politik dan Pentadbiran 1 Pentadbiran masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat adanya Majlis Kabilah yang merupakan institusi pentadbiran yang menguruskan tatacara dan perjalanan hidup masyarakat. Fungsi utamanya adalah untuk memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas pentadbiran masing-masing. 2 Selain itu, terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu. (a) Majlis Siqayah akan menguruskan urusan air bagi jemaah haji. (b) Majlis Rifadah akan mengendalikan urusan makanan bagi jemaah haji. (c) Majlis Liwa akan menyediakan dan memimpin tentera. (d) Majlis Nadwah akan menguruskan kebajikan penduduk Makkah. (e) Majlis Hijabah anak menjaga Kaabah. 3 Di samping itu, mereka juga melantik ketua kabilah yang dipilih dalam kalangan ahli kabilah dan ketua kabilah wajib dihormati. 4 Setiap perwakilan kabilah akan mengadakan mesyuarat bersama-sama untuk melicinkan pengurusan di balai musyawarah yang dikenali dengan nama Darul Nadwah. 5 Dalam pada itu, ketamadunan dalam bidang politik juga dapat dilihat dengan wujudnya kejayaan mendirikan dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti Main, Saba’ dan Himyar yang terletak di selatan Tanah Arab, manakala kerajaan Hirah, Tadmor, Nabat dan Ghassan yang terletak di sebelah utara. 6 Kerajaan-kerajaan ini dilengkapi dengan struktur pentadbirannya tersendiri kerana mempunyai raja dan menteri, para pegawai, pentadbir awam, tentera serta mempunyai sistem ketenteraan dan pertahanan tersendiri. 7 Kerajaan Himyar juga merupakan sebuah kerajaan unggul pada Zaman Jahiliah dan pernah menjajah beberapa buah wilayah di luar Semenanjung Tanah Arab seperti wilayah Khurasan di Iran. 8 Di samping itu, bangsa Arab juga mempunyai hubungan yang kuat dan rapat dengan bangsa Arab Sasan yang menetap di negara Parsi dan bangsa Rom yang menetap di Syam. Kemajuan dalam Bidang Ekonomi 1 Masyarakat Arab Jahiliah bergiat aktif dalam sektor pertanian. Misalnya, sebahagian daripada mereka yang menetap di kawasan luar bandar mahir dalam bidang pertanian. Mereka mengusahakan tanaman utama seperti anggur, tamar, zaitun dan delima. 2 Selain itu, mereka juga menguasai teknik pertanian, membina dan menggunakan tali air, terusan dan empangan seperti empangan Maarib. 3 Masyarakat Arab Jahiliah yang mendiami kawasan bandar seperti di Makkah pula terlibat dalam bidang perdagangan. 4 Mereka menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar Semenanjung Tanah Arab. Kegiatan perdagangan juga telah menjangkau sehingga ke Afrika dan kawasan-kawasan utama di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab seperti Syria dan Palestin. Kesannya, kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar. N&L STPM Sej P2(1).indd 4 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 5 Pasar-pasar utama di kota Makkah seperti Ukaz dan Zul Majaz menjadi pusat perdagangan yang terkenal. Pengendalian perdagangan adalah dengan menggunakan wang emas dan perak sebagai alat pertukaran. 6 Mereka juga turut mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa dengan India, Parsi, Mesir dan negara-negara lain. 7 Masyarakat Arab Jahiliah juga membuktikan ketamadunan mereka dalam bidang perusahaan seperti menenun, membuat senjata, iaitu pedang dan panah, mengukir pelbagai patung berhala di samping menjalankan kegiatan penternakan bagi golongan Badwi yang mendiami kawasan Arab Utara. 8 Hal ini dapat dibuktikan di dalam al-Quran yang menyatakan tentang perusahaan dan perkakas-perkakas perhiasan yang mewah yang dipakai oleh masyarakat Arab. 9 Mereka mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang ini yang setaraf dengan pencapaian bangsa-bangsa maju pada waktu itu. Malahan sebahagian daripada mereka berjaya menyaingi bangsa-bangsa yang maju itu dalam pelbagai bidang perusahaan. Kemajuan dalam Bidang Ilmu Pengetahuan 1 Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud pada zaman Arab Jahiliah. Antaranya ialah pengetahuan sejarah dalam bentuk kisah tentang bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan di luarnya. 2 Pengetahuan tentang bidang perubatan turut dikuasai oleh masyarakat Arab Jahiliah. Sebahagian daripada mereka mahir dalam mengenal pasti penyakit dan cara pengubatannya. 3 Selain itu, mereka juga mahir dalam mengenal pasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya melalui pengalaman, pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang sering dilawati oleh mereka. 4 Antara tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al-Thaqafi, al-Nadar bin al-Harith dan Zuhair bin Khabbab. Kemajuan dalam Bidang Seni Bina 1 Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina. Contohnya, masyarakat Arab Saba’ di Yaman telah berjaya membina empangan Ma’arib (Sad Ma’arib) dan sebuah tempat penyimpanan air yang berdekatan dengannya. 2 Empangan ini bukan sahaja berkemampuan mencegah kejadian banjir, malahan juga dapat mengairi kawasan-kawasan ladang sehingga menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dan seterusnya menyumbangkan kemewahan dan kesenangan kepada penduduk Saba’. 3 Mereka juga turut berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan istana-istana terutamanya peninggalan oleh pemerintah kerajaan Saba’ dan Himyar. Kemajuan dalam Bidang Kesusasteraan 1 Kemajuan dalam bidang kebudayaan dapat ditinjau dari aspek kemajuan bahasa dan sastera yang dihasilkan. Terdapat ramai penyair yang terkenal seperti ‘Imru al-Qays, Tarafah, Antarah, Zuhayr, Nabighah, Labid, Salma binti Naufal al-Kinani dan lainlain. 2 Para penyair ini berjaya mencapai taraf sastera yang tinggi kerana sebahagian daripada idea-idea yang dibawa oleh mereka dianggap telah membawa perutusan yang berunsur falsafah bermutu. 3 Pada zaman tersebut, syair menjadi sebahagian daripada elemen kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. Pertandingan syair sering diadakan dan para penyair terkemuka akan mengambil bahagian dalam temasya syair tahunan (Kongres Kesusasteraan) di Pasar Ukaz. Perayaan tahunan ini diadakan pada bulan-bulan suci yang diharamkan pertumpahan darah, peperangan dan rompakan. 4 Penyair yang berjaya akan mendapat penghormatan besar dan karya mereka ditulis dengan tinta emas dan digantung di Kaabah. Karya syair ini dikenali sebagai Mu’allaqat al-Sab’ (Antologi Tujuh Puisi). 5 Kewujudan ahli-ahli hikmah (para penyair) membuktikan kecemerlangan mental dan kematangan pemikiran bangsa Arab Jahiliah dalam urusan duniawi mereka. 1.2 Masyarakat Islam Konsep Ummah 1 Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut di dalam al-Quran sebanyak 40 kali. N&L STPM Sej P2(1).indd 5 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 2 Setiap orang Islam dikira sebagai satu ummah tanpa mengira bangsa, warna kulit dan sempadan geografi. 3 Setiap ummah hendaklah menyembah Allah SWT dan tidak menyembah selain daripadaNya. Manusia yang tidak menyembah Allah SWT dan tidak menganut serta mengamalkan ajaran yang dibawa oleh para rasul-Nya tidak dapat dikelaskan sebagai ummah. 4 Di Madinah, ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani. 5 Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-udang Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah. Selepas hijrah, masyarakat Islam terbahagi kepada dua golongan, iaitu Muhajirin dan Ansar. Keduadua golongan ini telah dipersaudarakan untuk membentuk umat Islam yang kuat di Madinah. Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah 1 Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan Islam selama 13 tahun di Makkah secara berperingkat-peringkat. Penyebaran agama Islam di Makkah telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Arab Quraisy. Kemuncak penentangan apabila orang Arab Quraisy bertindak merancang pembunuhan Nabi Muhammad SAW. 2 Bagi menguatkan kedudukan umat Islam di Tanah Arab, Nabi Muhammad SAW mengalihkan usaha mengembangkan Islam kepada penduduk luar kota Makkah seperti ke Taif. 3 Pada tahun 620 M., enam orang penduduk dari Yathrib (Madinah) datang ke kota Makkah dan kemudian memeluk Islam. Pada tahun 621 M., satu rombongan dari Yathrib seramai 12 orang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW di Aqabah. 4 Hasilnya, Perjanjian Aqabah I ditandatangani. Antara persetujuan yang dicapai ialah mereka berjanji tidak akan menyekutukan Allah SWT, tidak akan melakukan amalan jahiliah, akan taat kepada rasul dan berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW. 5 Melalui perjanjian ini, umat Islam berjaya dibentuk di Yathrib. Seorang pendakwah, iaitu Mus’ab bin Umair dihantar ke Yathrib untuk mengajar penduduk tentang ajaran Islam. 6 Pada tahun 622 M., seramai 73 orang penduduk Yathrib datang ke Aqabah untuk menjemput Nabi Muhammad SAW ke Yathrib. Satu lagi perjanjian ditandatangani, iaitu Perjanjian Aqabah II. Isi Kandungan Perjanjian Aqabah II • Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad SAW. • Menjemput Nabi Muhammad SAW dan orang Islam ke Madinah. • Akan menyediakan tempat tinggal dan melindungi keselamatan orang Islam • Bersedia mempertahankan Islam. 7 Pada tahun 622 M., Nabi Muhammad SAW berpindah ke Yathrib bersama-sama umat Islam Makkah setelah menerima wahyu daripada Allah SWT. Setelah hijrah, nama Yathrib ditukar kepada Madinah. 8 Penduduk Madinah terbahagi kepada umat Islam dan Yahudi. Umat Islam Madinah pula terdiri daripada dua kumpulan, iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Penduduk Madinah Golongan Muhajirin 1 Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah, orang berhijrah dipanggil al-Muhajir (jamak; dipanggil al-Muhajirin). Golongan Muhajirin merupakan pengikut Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. 2 Mereka berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana mematuhi suruhan Allah SWT dan rasul-Nya demi masa depan yang lebih baik. 3 Golongan Muhajirin ialah golongan yang terawal memeluk Islam dan paling banyak berjasa dalam menegakkan ajaran Islam. 4 Di Madinah, golongan Muhajirin mendapat banyak pertolongan dari segi fizikal dan moral daripada golongan Ansar. Nabi Muhammad SAW kemudiannya telah mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin demi memperkuatkan lagi umat Islam. Golongan Ansar 1 Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam. 2 Mereka banyak membantu Nabi Muhammad SAW sebelum dan selepas berhijrah ke Madinah. Golongan Ansar dan Muhajirin bersama-sama menegakkan Islam di Madinah. N&L STPM Sej P2(1).indd 6 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 3 Golongan Ansar juga banyak berkorban harta benda, tenaga dan jiwa raga untuk menegakkan Islam. Orang Yahudi 1 Orang Yahudi merupakan penduduk Madinah yang terdiri daripada beberapa keturunan seperti Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qunaiqa’. 2 Oleh sebab mereka tidak mematuhi Piagam Madinah, orang Yahudi disingkirkan dari Madinah dan terkeluar sebagai umat yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Usaha Penyatuan Ummah pada Zaman Nabi Muhammad SAW 1 Mendirikan/Memakmurkan masjid Pada peringkat awal, Nabi Muhammad SAW mendirikan Masjid Quba dan Masjid al-Nabawi yang berfungsi sebagai tempat ibadat, pertemuan dan perbincangan masyarakat dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, masjid memainkan peranan penting sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu. 2 Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai asas penyatuan (a) Bagi memastikan kejayaan penyatuan ummah, Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran dan hadis sebagai asas pegangan dan panduan dalam mentadbir negara. (b) Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Dengan ini dapat melahirkan masyarakat bersatu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan ini memudahkan lagi pembentukan masyarakat Madinah. 3 Menguatkuasakan Sahifah Madinah/ Piagam Madinah (a) Nabi Muhammad SAW telah menggubal Piagam Madinah sebaik sahaja tiba di Madinah. Piagam Madinah menjadi asas kepada pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu. (b) Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai zimmi (orang bukan Islam yang duduk di bawah pemerintahan Islam) dan patuh kepada Perlembagaan Madinah. (c) Hal ini membawa kepada pembentukan masyarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam. 4 Mengukuhkan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj (a) Kedua-dua kaum ini saling bermusuhan sehingga mencetuskan Perang Buath. Kedua-dua kaum disatukan menjadi Ansar. Justeru, persaudaraan Islam menggantikan semangat assabiah. (b) Hal ini menjadi permulaan kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama. 5 Mempersaudarakan dan menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar (a) Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan kaum Muhajirin yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan Ansar yang merupakan penduduk asal Madinah melalui semangat persaudaraan Islam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan. (b) Mereka bergaul seperti saudara kandung sendiri. Perpaduan ini mempercepat pembentukan masyarakat Islam Madinah yang mantap. 6 Mengawal dan membendung kegiatan kaum munafik (a) Munafik ialah kaum yang berpura-pura masuk Islam dan berniat jahat untuk memecah-belahkan masyarakat Islam. (b) Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sentiasa berhati-hati dengan kaum ini. (c) Kematian ketua kaum munafik, iaitu Abdullah bin Ubay telah melemahkan kaum tersebut. 7 Menyingkirkan kaum Yahudi di Madinah (a) Kaum Yahudi seperti Bani Qunaiqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah disingkirkan dari Madinah kerana melanggar Piagam Madinah. Penyingkiran dibuat secara perundangan berteraskan keadilan. (b) Penyingkiran berjaya memperkukuh Islam di Madinah dan masyarakat Islam akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja. 8 Kepimpinan melalui teladan (a) Nabi Muhammad SAW menunjukkan sikap kepimpinan yang unggul seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pentadbiran dan pemerintahan. (b) Baginda berjaya menyatukan dan membangunkan masyarakat Madinah. 9 Nabi Muhammad SAW juga memperkenalkan sistem sosial Islam, perundangan Islam dan syura dalam pentadbiran. N&L STPM Sej P2(1).indd 7 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 10 Baginda turut menjalinkan hubungan antarabangsa seperti dengan Rom dan Parsi melalui penghantaran utusan diplomatik dan dakwah Islam. Masyarakat pada Zaman Khulafa alRasyidin 1 Golongan al-Riddah (a) Semasa zaman Khalifah Abu Bakar alSiddiq, terdapat golongan al-Riddah yang terdiri daripada tiga golongan, iaitu golongan yang enggan membayar zakat, golongan nabi palsu dan golongan murtad. (b) Golongan yang enggan membayar zakat berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada Nabi Muhammad SAW. (c) Mereka terdiri daripada penduduk Bahrin, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah, mereka diketuai Abdul Malik bin alMughirah. (d) Golongan nabi palsu dan pengikutnya seperti Sajah dan Musailamah al-Kazzab di Yamamah, Aswad al-Nansi dan Tulaihah al-Asadi dari Yaman. (e) Golongan nabi palsu mendakwa agama Islam telah tiada setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Mereka juga mendakwa menerima wahyu. Musailamah al-Kazzab mempunyai pengikut seramai 40 000 orang yang berpusat di Yamamah. (f) Golongan murtad terdiri daripada kabilahkabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan untuk mendapat perlindungan dari negara Islam. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, mereka kembali semula kepada amalan jahiliah. (g) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menghantar pendakwah dan tentera supaya mereka kembali kepada ajaran Islam. 2 Golongan Ahl-al-Ayyam (a) Golongan Ahl-al-Ayyam wujud pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar al-Khattab telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. (b) Mereka terdiri daripada orang Arab yang menyertai pasukan tentera dan kemudian membuka tanah dan menetap di wilayah yang berjaya ditakluk seperti Iraq, Syria dan Mesir. (c) Mereka diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai mengenang jasa mereka dalam pentadbiran. 3 Golongan al-Qurra (a) Berasal daripada golongan Ahl-alAyyam yang diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq. (b) Mereka menggelarkan diri mereka sebagai al-Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada golongan Ahl-al-Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan murtad. (c) Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sebahagian golongan ini melakukan pemberontakan kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai wilayah Iraq oleh keturunan Bani Umayyah. (d) Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. (e) Mereka turut menyokong kuat Khalifah Ali bin Abu Talib dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. 4 Golongan Khawarij (a) Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali bin Abu Talib yang terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. (b) Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali bin Abu Talib berdamai dengan Muawiyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim. (c) Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai golongan Khawarij. (d) Mereka berpendapat Khalifah Ali bin Abu Talib, Muawiyah dan Amru al-As sepatutnya dipertanggungjawabkan atas perpecahan umat Islam. (e) Mereka melancarkan gerakan ingin membunuh Khalifah Ali bin Abu Talib, Muawiyah dan Amru al-As kerana kegagalan Majlis Tahkim. 5 Golongan Berkecuali (a) Golongan yang tidak mahu terlibat dengan konflik antara Khalifah Ali bin Abu Talib dan Muawiyah. (b) Mereka kebanyakannya tinggal di Hijaz. 6 Golongan Mawali (a) Golongan bukan Arab yang datang ke Iraq seperti orang Parsi, Mesir dan Turki. N&L STPM Sej P2(1).indd 8 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 i-THINK Peta Buih ‘ Masyarakat Zaman Khulafa al-Rasyidin Golongan Ahlal-Ayyam Golongan Berkecuali Golongan al-Riddah Golongan al-Qurra Golongan Mawali Golongan Khawarij Rajah 1.3 Masyarakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin 1.3 Sistem Pemerintahan Piagam Madinah 1 Piagam Madinah atau Sahifah Madinah digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah. Piagam ini melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah sesama Islam, iaitu orang Ansar dan Muhajirin dan antara orang Islam dengan Yahudi. 2 Piagam Madinah digubal berasaskan wahyu daripada Allah SWT dan suasana masyarakat Islam dan bukan Islam pada ketika itu. 3 Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang pertama di dunia yang merangkumi pelbagai aspek seperti kewajipan dan tanggungjawab pemerintah dan rakyat serta pelbagai keperluan lain. 4 Piagam Madinah terdiri daripada 47 fasal dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a) Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang menyentuh hubungan umat Islam dengan Yahudi dan tanggungjawab sesama umat Islam. Bahagian ini ditulis pada tahun pertama dan kedua Hijrah, iaitu sebelum Perang Badar. (b) Bahagian kedua mengandungi 24 fasal yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam. Bahagian ini ditulis selepas Perang Badar. 5 Antara isi kandungan Piagam Madinah adalah seperti berikut: Fasal 1 : Piagam Madinah ini adalah daripada Nabi Muhammad SAW, antara orang Islam dengan penduduk Madinah, iaitu Yahudi. Fasal 2 : Penduduk Madinah sama ada orang Islam atau bukan Islam ialah satu ummah. Fasal 14: Tidak boleh berbunuhan sesama mukmin disebabkan oleh orang kafir dan tidak boleh membantu seorang kafir yang menganiayai seorang mukmin. Fasal 16: Bagi orang Yahudi yang menyokong orang mukmin mestilah diberi pertolongan dan bimbingan secara adil serta tidak ada niat buruk terhadap mereka. Fasal 20: Orang musyrik di Madinah tidak boleh melindungi orang Quraisy di kota Makkah sama ada harta atau nyawa dan tidak boleh menghalang hak orang mukmin. Fasal 23: Jika berlaku pertelagahan dan berselisih pendapat tentang sesuatu perkara hendaklah dirujuk kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Fasal 24: Kaum Yahudi hendaklah juga menanggung perbelanjaan bersama-sama orang mukmin selama mereka itu berperang menentang musuh. Fasal 25: Kaum Yahudi Bani Auf ialah satu umat bersama orang mukmin, orang Yahudi dengan agama mereka dan orang mukmin dengan agama mereka. Fasal 36: Tiada siapa dibenarkan keluar atau pergi berperang tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang melakukan kejahatan, maka dia sendiri dan kaum keluarganya yang akan menanggung balasannya. Allah SWT akan melindungi orang yang menghormati perjanjian ini. Fasal 39: Kawasan Yathrib ialah suci dan tidak boleh dicerobohi oleh manamana pihak yang menganggotai piagam ini. Fasal 42: Apa jua kemungkinan atau perbalahan sesama anggota piagam yang dikhuatiri membawa kepada bencana, maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah N&L STPM Sej P2(1).indd 9 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


10 SWT dan penyelesaiannya akan dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT menyaksikan tentang kebaikan piagam dan merestuinya. Fasal 43: Tidak boleh diberi perlindungan kejiranan kepada kaum Quraisy kafir, begitu juga kepada orang yang membantu mereka. Kepentingan Piagam Madinah 1 Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi (a) Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai pemerintah tertinggi di Madinah yang mendapat petunjuk daripada Allah SWT harus diperakui dan dihormati oleh penduduk Madinah. (b) Masyarakat Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan kaum Yahudi menerima baginda sebagai ketua negara Madinah. Baginda berjaya menyatukan penduduk Madinah. Maka terbentuklah ummah Madinah. (c) Sebagai ketua hakim, baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah dengan menubuhkan institusi kehakiman dan keadilan berdasarkan hukum Allah SWT. 2 Semua penduduk bertanggungjawab mempertahankan Madinah (a) Dalam Piagam Madinah, orang Islam dan bukan Islam mesti bersama-sama mempertahankan Madinah seperti yang terkandung dalam Fasal 12 hingga Fasal 23. (b) Penduduk Madinah dilarang untuk menjalinkan hubungan atau pakatan dengan musuh Islam. (c) Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara sama seperti orang Islam selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah. Mereka dikenakan bayaran perbelanjaan peperangan bersama-sama dengan umat Islam yang lain. (d) Semangat cinta akan Madinah sentiasa dipupuk supaya dapat menyelamatkan Madinah daripada ancaman musuh. 3 Membentuk perpaduan umat Islam (a) Piagam Madinah menekankan kerjasama dan perpaduan antara umat Islam, iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Mereka digalakkan untuk melindungi dan tolongmenolong antara satu sama lain. (b) Selain kedudukan orang Islam, Piagam Madinah juga merangkumi kedudukan kaum-kaum Yahudi, Quraisy, Parsi dan Habsyi. (c) Perpaduan yang disemai antara masyarakat Madinah dapat mengelakkan perpecahan dan mewujudkan kerjasama antara masyarakat. (d) Persaudaraan Islam mewujudkan masyarakat Islam yang kukuh berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. 4 Konsep musyawarah dalam pemerintahan (a) Piagam Madinah memberi peluang semua kepada kaum menyuarakan masalah masing-masing. Semua kaum diberi hak yang sama seperti yang terkandung dalam Fasal 2 hingga Fasal 11 yang menerangkan kedudukan kaum-kaum di Madinah. (b) Mereka boleh menyuarakan pandangan terhadap pemimpin. Kesannya dapat merapatkan lagi hubungan antara rakyat dan pemerintah sehingga membawa kepada pembentukan negara yang berlandaskan keadilan dalam pemerintahan. 5 Mewujudkan keadilan dan persamaan hak (a) Piagam Madinah menetapkan persamaan hak untuk semua kaum di Madinah. (b) Kekayaan dibahagi sama rata antara semua kaum tanpa mengira masyarakat Islam atau Yahudi. (c) Piagam Madinah melarang penindasan dan tindakan zalim terhadap kaum yang lemah, sebaliknya masyarakat Madinah mestilah saling membantu antara satu sama lain. 6 Menetapkan kedudukan kaum Yahudi (a) Fasal 24 hingga Fasal 47 Piagam Madinah menerangkan kedudukan kaum Yahudi di Madinah. Mereka bebas mengamalkan agama, adat dan budaya mereka. (b) Kaum Yahudi tidak boleh memaksa penduduk Madinah menganut agama mereka. (c) Keselamatan kaum Yahudi terjamin selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah. 7 Pembentukan sebuah kerajaan Islam yang kuat (a) Piagam Madinah menyatakan kerajaan Madinah ialah milik bersama. N&L STPM Sej P2(1).indd 10 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


11 (b) Oleh itu, semua masyarakat Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh. (c) Mereka juga dilarang bekerjasama dengan pihak musuh untuk menyerang Madinah. Kesannya, wujud negara Islam Madinah yang kukuh. 8 Penyatuan penduduk Madinah (a) Masyarakat Madinah diberi kebebasan hak asasi meliputi kebebasan beragama, bekerja, bersuara dan sebagainya selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. (b) Piagam Madinah dapat menyatukan penduduk Madinah kerana Piagam Madinah mementingkan hubungan baik antara masyarakat Islam dan bukan Islam. (c) Semangat assabiah yang diamalkan sebelum ini diubah kepada semangat persaudaraan Islam. Struktur Pemerintahan di Madinah 1 Kerajaan Islam Madinah diketuai oleh Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang nabi dan rasul. 2 Asas pemerintahan ialah mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar. Majlis Syura telah ditubuhkan yang berperanan dalam mengubal dasar pemerintahan yang berteraskan al-Quran dan sunah. 3 Sistem perundangan Islam juga diamalkan dalam pemerintahan yang berteraskan alQuran dan sunah. 4 Nabi Muhammad SAW membentuk pentadbiran berasaskan empat dasar, iaitu: (a) mengukuhkan semangat persaudaraan dan menghapuskan semangat assabiah. (b) ajaran Islam dijadikan landasan peraturan. (c) kaedah musyawarah dalam pentadbiran. (d) memperkenalkan Piagam Madinah sebagai satu peraturan bagi sebuah negara Islam. 5 Pemerintahan dan pentadbiran Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua peringkat, iaitu: (a) peringkat perancangan dan persediaan pembentukan negara Islam, iaitu sebelum hijrah. (b) peringkat pengasasan negara Islam, iaitu selepas penghijrahan dari Makkah ke Madinah. 6 Pada peringkat kedua, terbentuk sebuah negara Islam yang mempunyai ciri-ciri sebuah negara, iaitu penduduk, kawasan dan pemerintahan/kuasa. 7 Bentuk pemerintahan dan pentadbiran mempunyai ciri-ciri berikut. (a) Sederhana dan ringkas. (b) Nabi Muhammad SAW mengetuai kuasa eksekutif/pelaksana, kehakiman dan pengubalan undang-undang. (c) Mereka yang dilantik tidak menerima gaji dari negara. (d) Beberapa jawatan diwujudkan untuk membantu ketua negara. 8 Pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah berteraskan 21 surah, iaitu wahyu yang diturunkan Allah SWT di Madinah yang menitikberatkan soal kenegaraan, undangundang dan ilmu pengetahuan di samping 93 surah yang diturunkan di kota Makkah. i-THINK Peta Pokok Majlis Nuqaba’ (Syura) Pemegang Amanah Sahib al-Sir (Setiausaha) Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Nabi Muhammad SAW Wali (Gabenor) dan Amil Kadi Rakyat Penulis Penterjemah Rajah 1.4 Struktur pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Nabi Muhammad SAW N&L STPM Sej P2(1).indd 11 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


12 Kepimpinan Nabi Muhammad SAW 1.4 Ciri-ciri Kepimpinan 1 Dalam konteks Islam, manusia dijadikan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi dan setiap manusia ialah pemimpin sama ada secara langsung atau tidak langsung. 2 Pemimpin harus mempunyai daya kepimpinan, iaitu berkeupayaan memimpin dan menerajui sesebuah kerajaan berlandaskan al-Quran, sunah dan ijmak ulama. 3 Al-Quran menyatakan Nabi Muhammad SAW merupakan contoh terbaik sebagai pemimpin. Baginda bukan sahaja sebagai nabi dan rasul, tetapi juga sebagai pemimpin yang berjaya. Keagungan kepimpinan Nabi Muhammad SAW diakui dan diterima oleh sarjana Barat seperti Thomas Carlyle dalam bukunya, On Heroes, Hero-Workship and the Heroic in History. Foto 1.1 Karya Thomas Carlyle Jadual 1.1 Ciri-ciri dan bukti kepimpinan Nabi Muhammad SAW Ciri-ciri Bukti Adil • Saidatina Aishah Abu Bakar menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersikap adil dalam segala hal sama ada percakapan atau perbuatan. • Menyelesaikan masalah perletakan batu Hajar al-Aswad antara suku Arab Makkah sehingga berjaya mengelakkan pergaduhan. • Menghapuskan diskriminasi kepada wanita. Contohnya, menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan. • Menghapuskan penindasan ekonomi. Contohnya, menghapuskan monopoli ekonomi Yahudi di Madinah. • Menghapuskan semangat assabiah dan amalan diskriminasi antara kabilah. Berani • Mengetuai semua edisi peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk. • Menanam semangat jihad walaupun bilangan tentera Islam sedikit berbanding tentera musuh seperti Perang Badar dan Perang Khandak. • Pembukaan semula kota Makkah pada tahun 8 H. tanpa pertumpahan darah. Bijaksana • Bijak merancang strategi peperangan. Contohnya, menguasai tempat strategik dalam Perang Badar dan Perang Uhud. • Strategi bertahan dan mengali parit dalam Perang Khandak. • Kebijaksanaan baginda mengatur strategi berjaya mengalahkan pihak musuh walaupun bilangan tentera musuh lebih ramai berbanding tentera Islam. Berpandangan jauh • Baginda menerima Perjanjian Hudaibiyah walaupun isi perjanjian menguntungkan kaum Quraisy. • Contohnya, tindakan memulaukan orang Islam Makkah yang berhijrah tanpa kebenaran merupakan strategi dakwah supaya ajaran Islam boleh disebarkan di kota Makkah. Tegas • Menjatuhi hukuman diusir dari kota Madinah kepada kaum Yahudi yang telah melanggar Piagam Madinah. Contohnya: (i) Yahudi Bani Qunaiqa’ – diusir dari Madinah kerana memperkecilkan kemenangan Islam dalam Perang Badar. (ii) Yahudi Bani Nadhir – diusir kerana merancang pembunuhan Nabi Muhammad SAW. (iii) Yahudi Bani Quraizah – bekerjasama dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak. N&L STPM Sej P2(1).indd 12 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


13 Mahir berpolitik • Menandatangani Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II bagi memudahkan proses penghijrahan dan penyebaran Islam ke Madinah. • Menggubal Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal dapat menyatukan penduduk Madinah. • Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar. Melalui hubungan luar akan dapat mengukuhkan negara Islam dan meluaskan dakwah Islam di dalam dan di luar Semenanjung Tanah Arab. Cekal/tabah/sabar/gigih • Walaupun menghadapi tentangan yang hebat dari segi fizikal dan mental selama 13 tahun menyebarkan Islam di kota Makkah dan mendapat tentangan dakwah di Taif, baginda tidak pernah berputus asa dalam usaha untuk menegakkan Islam. • Sering memaafkan orang yang menentangnya. Contohnya, memaafkan Saidina Umar al-Khattab walaupun sebelum memeluk Islam, beliau ialah musuh ketat kepada baginda. Bertoleransi • Nabi Muhammad SAW bersedia memaafkan tawanan Quraisy dalam Perang Badar, walaupun pernah menerima layanan yang buruk daripada mereka. • Mereka tidak dibunuh, hanya dikehendaki mengajar anak orang Islam membaca dan menulis sehingga pandai. • Baginda juga mengamalkan prinsip syura dalam pemerintahan. Baginda selalu berbincang dengan para sahabat dalam membuat sesuatu keputusan. • Dalam Perang Taif pada 8 H., Nabi Muhammad SAW telah memulangkan harta benda yang diminta oleh pihak musuh sehingga musuh-musuh memeluk Islam. Bukti-bukti Kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai Ketua Negara 1 Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berperanan sebagai nabi dan rasul, tetapi baginda juga seorang pemimpin negara yang unggul. Jadual 1.2 Bukti kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Peranan Bukti Pemimpin sosial • Digelar al-Amin sejak di kota Makkah lagi selepas peristiwa perletakan batu Hajar al-Aswad. Baginda berjaya menyelesaikan perbalahan tanpa pertumpahan darah. • Memberi kebebasan beragama, berbudaya dan menghormati agama lain. Perkara ini terkandung dalam Piagam Madinah. • Berjaya menyatukan seluruh penduduk Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi melalui persaudaraan dan pembentukan ummah dalam Piagam Madinah. • Melalui konsep ummah, setiap kaum mesti bekerjasama, saling membantu dan bertanggungjawab untuk mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh. • Pembentukan ummah telah menyumbang kepada kekuatan ummah, agama dan negara Islam. Pemimpin politik • Terbukti dengan keyakinan masyarakat Madinah menjemput baginda menyelesaikan masalah mereka (Aus dan Khazraj). • Jemputan membawa kepada Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II. • Berjaya menghantar utusan atau perwakilan ke luar negara seperti ke Habsyah, Mesir, Byzantine (Rom) dan Parsi untuk menyebarkan Islam. • Memperkenalkan Sistem Syura atau musyawarah dalam pentadbiran. • Memastikan semua penduduk Madinah taat kepada pemimpin dan Piagam Madinah. Golongan yang mengkhianati pemimpin atau Piagam Madinah akan dikenakan tindakan. Contohnya, menghalau kaum Yahudi Bani Nadhir kerana pakatan untuk membunuh baginda. • Membina pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, iaitu masjid selain dijadikan pusat perpaduan dan penyebaran dakwah. N&L STPM Sej P2(1).indd 13 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


14 Pemimpin ekonomi • Mengubah dasar ekonomi jahiliah kepada dasar ekonomi Islam. Contohnya, menghapuskan amalan riba dalam aktiviti ekonomi. • Pemilihan kota Madinah sebagai negara Islam ialah strategi kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara Makkah dengan Syam. • Menggalakkan orang Islam bekerja keras dan terlibat dalam perniagaan dan pertanian serta meninggalkan aktiviti ekonomi jahiliah. • Menghapuskan monopoli kaum Yahudi dalam ekonomi, sebaliknya mengamalkan ekonomi sama rata antara orang Yahudi dengan orang Islam. • Mengelakkan penindasan dalam aktiviti ekonomi, pekerja harus diberi hak dan layanan yang baik. • Zakat dijadikan sumber ekonomi utama kewangan Islam. Pemimpin tentera • Mengetuai sendiri bala tentera Islam seandainya baginda turut terlibat dalam sesuatu peperangan. Ini membolehkan baginda mengajar strategi peperangan mengikut Islam. • Menanamkan semangat jihad dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dan bukan untuk meluaskan tanah jajahan atau menindas orang yang lemah. • Mengamalkan akhlak yang baik seperti amanah dan berperikemanusiaan ketika menghadapi musuh seperti tidak memerangi golongan yang lemah, orang tua, wanita dan kanak-kanak. • Sentiasa bersikap adil. Contohnya, dalam pembahagian harta perang dan tidak menangkap musuh yang sudah lari daripada peperangan. • Seorang panglima yang bijak merangka strategi peperangan. Contohnya, strategi menggali parit dalam Perang Ahzab atau Perang Khandak. Ketua hakim • Baginda seorang ketua hakim yang adil. Contohnya, tindakan baginda terhadap ketiga-tiga kaum Yahudi yang dihalau keluar dari kota Madinah kerana telah melanggar Piagam Madinah. • Sanggup melaksanakan hukuman potong tangan kepada pencuri walaupun pencuri itu orang yang disayangi. Bukti Kerasulan Nabi Muhammad SAW 1 Nabi Muhammad SAW juga merupakan seorang nabi dan rasul. 2 Bukti-bukti baginda sebagai nabi dan rasul adalah seperti berikut: Jadual 1.3 Bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW Bukti Keterangan Menerusi kitab-kitab suci • Telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam kitab seperti Injil, Zabur dan Taurat. • Kedatangan Nabi Muhammad SAW telah dikhabarkan lebih awal kerana baginda ialah pemimpin untuk seluruh umat manusia dan penutup kepada risalah-risalah rasul terdahulu. Sifat-sifat kenabian • Sifat kenabian yang ada pada baginda seperti bercakap benar, amanah, bijak, berakhlak, penyabar, berdedikasi dan sebagainya. Mukjizat • Baginda telah dilantik oleh Allah SWT. • Perlantikan melalui wahyu pertama yang dibawa oleh malaikat Jibril di Gua Hira’. • Diikuti oleh wahyu-wahyu seterusnya untuk memandu baginda memimpin umat manusia berpandukan kepada ajaran Islam. • Wahyu-wahyu yang diterima menguatkan lagi kedudukan baginda sebagai pemimpin agama. • Semua wahyu yang diterima terkandung dalam kitab suci al-Quran yang merupakan mukjizat teragung. N&L STPM Sej P2(1).indd 14 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


15 1.5 Institusi Khalifah Pemilihan Khalifah Konsep Khalifah 1 Khalifah ialah gelaran yang diberi kepada sesiapa yang menjadi ketua atau imam negara Islam bagi mengantikan Nabi Muhammad SAW dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran. 2 Khalifah (tunggal), Khulafa’ (jamak) – membawa maksud pengganti. 3 Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, cuma tidak dilengkapkan dengan mukjizat dan wahyu. 4 Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, negara Islam diterajui oleh empat orang khalifah, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar alKhattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib. Zaman tersebut dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin. 5 Institusi khalifah bermula sejak zaman Khulafa al-Rasyidin, kerajaan Bani Umayyah, kerajaan Bani Abbasiyah, kerajaan Fatimiyyah dan yang terakhir kerajaan Turki Uthmaniyah. Ciri-ciri Khalifah Jadual 1.4 Ciri-ciri khalifah Ciri-ciri Keterangan Berilmu • Ilmu yang dimiliki harus meliputi ilmu agama dan keduniaan seperti perdagangan, kewangan, sosial dan sebagainya. • Membolehkan khalifah membuat keputusan yang tepat dalam hal agama dan duniawi. • Khalifah mesti pandai membaca, menulis dan bertutur. Keadilan • Bersikap adil dalam semua perkara seperti perbuatan, percakapan, tindakan dengan berpandukan al-Quran dan sunah. • Keadilan akan mewujudkan kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara. Berkredibiliti dan berkeupayaan • Mempunyai kesempurnaan diri seperti beragama Islam, lelaki, baligh, berakal dan merdeka/bebas. Pancaindera dan fizikal yang sempurna • Mempunyai fizikal yang sempurna seperti tidak buta, bisu, pekak serta ada anggota badan yang lengkap. • Memudahkan khalifah menguruskan hal-hal pentadbiran. Sihat • Memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak berpenyakit seperti gila dan sebagainya untuk menjamin kelancaran sistem pemerintahan. Status dan personaliti tokoh • Berasal daripada keturunan yang mulia, ramai pengikut, berpengaruh, dihormati, matang, berani, cerdas, pandai berhujah, pandai bermain senjata, berperang dan sebagainya. Kaedah Pemilihan Khalifah Zaman Khulafa al-Rasyidin 1 Perundingan beramai-ramai (a) Dilakukan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak meninggalkan wasiat atau pengganti untuk memberi kebebasan kepada umat Islam memilih pengganti. (b) Umat Islam terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar berkumpul di Dewan Bani Saidah. (c) Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab daripada golongan Muhajirin dan Abu Ubaidah daripada golongan Ansar. (d) Kedua-dua calon menarik diri, sebaliknya mencalonkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kerana beliau pernah dilantik mengimamkan solat sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang uzur. (e) Pencalonan disokong oleh majoriti umat Islam, Saidina Abu bakar al-Siddiq dibai’ah dalam Majlis Syura/musyawarah sebagai khalifah yang pertama. N&L STPM Sej P2(1).indd 15 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


16 (f) Walau bagaimanapun, pada peringkat awal perlantikan beliau tidak mendapat bai’ah Saidina Ali bin Abu Talib dan beberapa keturunan terdekat Nabi Muhammad SAW kerana mereka tidak menyertai perlantikan tersebut disebabkan kesibukan menguruskan jenazah Nabi Muhammad SAW. (g) Beberapa bulan kemudiannya, Saidina Ali bin Abu Talib dan beberapa keturunan terdekat Nabi Muhammad SAW membai’ah perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah yang pertama. 2 Mengusulkan seorang calon (a) Khalifah terdahulu mengusulkan seorang calon terlebih dahulu sebelum Majlis Syura diadakan. (b) Contohnya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah menggantikannya bagi mengelakkan perpecahan umat Islam yang ketika itu baru pulih daripada masalah nabi palsu, golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. (c) Setelah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq wafat pada tahun 644 M., pencalonan dibawa ke Majlis Syura dan dipersetujui oleh para sahabat dan mendapat bai’ah daripada umat Islam tanpa bantahan. 3 Mengusulkan sekumpulan calon (a) Khalifah terdahulu akan mengusulkan sekumpulan calon untuk dipilih salah seorang daripada mereka sebagai khalifah. (b) Khalifah Umar al-Khattab menamakan enam orang calon, iaitu: (i) Saidina Uthman bin Affan (ii) Saidina Ali bin Abu Talib (iii) Abdul Rahman bin Auf (iv) Talhah bin Ubaidillah (v) Zuber bin al-Awwam (vi) Saad bin Abu Waqas (c) Tiga hari selepas kewafatan Khalifah Umar, satu majlis pemilihan khalifah diadakan dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf yang telah menarik diri. (d) Begitu juga dengan Talhah bin Ubaidillah, Zuber bin al-Awwam dan Saad bin Abu Waqas telah menarik diri. (e) Calon yang tinggal hanya Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. (f) Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi. Dengan itu, Saidina Uthman bin Affan dibai’ah sebagai khalifah yang ketiga menggantikan Khalifah Umar al-Khattab. 4 Pengusulan oleh sekumpulan masyarakat (a) Selepas kewafatan Khalifah Uthman, berlaku pergolakan umat Islam untuk menentukan khalifah yang bakal menggantikannya. (b) Masyarakat Islam ketika itu telah mencalonkan keturunan masing-masing untuk menjadi khalifah memimpin umat dan negara Islam. (c) Penduduk Mesir mencalonkan Saidina Ali bin Abu Talib, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah, manakala penduduk Kufah mencadangkan Zuber bin al-Awwam. (d) Maka musyawarah diadakan untuk menentukan khalifah seterusnya. Keputusan musyawarah menetapkan Saidina Ali bin Abu Talib dibai’ah sebagai khalifah yang keempat. Zaman Khalifah Bani Umayyah 1 Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada 661 M. Terdapat 14 orang khalifah yang memerintah pada zaman Bani Umayyah. 2 Selepas kewafatan Khalifah Ali bin Abu Talib, penduduk Kufah melantik Saidina Hassan bin Ali sebagai khalifah. 3 Beliau kemudiannya meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Muawiyah bin Abu Sofyan melalui satu perjanjian pada 661 M. 4 Muawiyah menamatkan pelantikan khalifah secara syura/musyawarah dan bai’ah umat Islam. 5 Pelantikan yang diperkenalkan ialah secara warisan dan hak mutlak khalifah sebelumnya atau sistem monarki. Contohnya, Khalifah Muawiyah melantik anaknya Yazid bin Muawiyah sebagai pengganti. 6 Cara monarki ini diteruskan oleh khalifah seterusnya yang akan menetapkan bakal pengganti atau putera mahkota. Bahkan ada khalifah yang menetapkan dua putera mahkota. Contohnya, Khalifah Marwan alHakkam melantik Abdul Malik bin Marwan dan Abdul Aziz bin Marwan sebagai putera mahkota. 7 Sistem pelantikan secara warisan ini diteruskan oleh kerajaan Bani Abbasiyah. N&L STPM Sej P2(1).indd 16 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


17 Sumbangan Khalifah/Tokoh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq Latar Belakang 1 Nama sebenar sebelum memeluk Islam ialah Abdul Kaabah bin Abu Quhafah al-Tamimi daripada keturunan Bani Tamim. 2 Beliau dilahirkan di Makkah pada 572 M., iaitu dua tahun selepas keputeraan Nabi Muhammad SAW. 3 Beliau seorang yang jujur, pemurah, baik hati, tidak pernah minum minuman keras dan tidak pernah melakukan perbuatan keji. 4 Sebelum kedatangan Islam, beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani di kota Makkah dan merupakan pedagang yang kaya. 5 Beliau merupakan orang kedua yang memeluk Islam dan merupakan orang yang paling rapat dengan Nabi Muhammad SAW dan merupakan pelindung kepada baginda daripada ancaman kaum Quraisy. 6 Beliau dikenali sebagai al-Siddiq kerana kepercayaan yang sentiasa ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW terhadap apa jua peristiwa yang berlaku ke atas baginda. Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq 1 Meneruskan gerakan tentera (a) Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, tentera Islam diketuai oleh Usamah bin Zaid dihantar ke Ghassan di bawah pengaruh Byzantine (Rom). (b) Tindakan tersebut kerana beberapa utusan Islam telah dibunuh. (c) Setelah 40 hari berperang, peperangan dimenangi tentera Islam, sekali gus menakutkan musuh-musuh Islam yang ingin menyerang kota Madinah. (d) Tentera Usamah kemudian dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah. 2 Menentang gerakan al-Riddah (a) Setelah menakluki kota Makkah pada 8 H., ramai penduduk Semenanjung Tanah Arab telah memeluk Islam. (b) Kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 11 H./632 M. menyebabkan masih ramai yang belum memahami ajaran Islam. (c) Akibatnya timbul golongan: (i) nabi palsu seperti Sajah al-Harith (nabi palsu perempuan), Musailamah al-Kazzab di Yamamah dan Tulaihah bin al-Asadi di Yaman. (ii) golongan yang enggan membayar zakat seperti di Yamamah, Yaman dan Oman yang diketuai Malik bin Nuwairah. (iii) golongan murtad yang banyak terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah dan Yaman. (d) Bagi mengatasi golongan al-Riddah, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah mengambil tindakan yang berikut: (i) Khalifah Abu Bakar telah mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura. Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan al-Riddah. Menurut mereka, golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat. (ii) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tetap berkeras memerangi seluruh golongan al-Riddah walaupun secara bersendirian. (iii) Langkah seterusnya ialah menghantar utusan mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam. (iv) Bagi yang enggan, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah menghantar pasukan tentera ke Ghassan di bawah pimpinan Usama bin Zaid yang berjaya menumpaskan golongan ini. (v) Seterusnya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membentuk 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-panglima Islam. Antaranya ialah: • Khalid bin al-Walid menumpaskan Tulaihah bin Khuwalid al-Asadi di Najd. • Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah alKhazzab di Yamamah. • Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah. • Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman. • Shurahbil bin Hasanah ditugaskan untuk membantu pasukan Ikrimah bin Abu Jahal. • Khalid al-Said dihantarkan ke Sham. N&L STPM Sej P2(1).indd 17 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 • Khuzaifah Muhsin dihantar ke Oman. • Urafat Hurthumah menghapuskan kumpulan Abli Muhrah. • Suwaid Mekrain dihantar ke Tihamah. • Al-Ala bin Huzrami dihantar ke Bahrain. • Tarifah Hajiz menumpaskan bagi Sulym dan Hazawan. (vi) Setiap pasukan tentera ini dibekalkan dengan al-Mansyurat (Pengumuman kepada ketua-ketua golongan al-Riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan. Sekiranya mereka enggan, barulah pasukan tentera ini akan memerangi mereka). (vii) Setiap pasukan tenteranya, Abu Bakar menyerahkan al-Adhu (Surat Janji) kepada panglima sebagai amanat dalam disiplin ketenteraan. (e) Gerakan ketenteraan ini telah berjaya menumpaskan golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan nabi palsu, malah ketua mereka juga berjaya dibunuh seperti Musailamah alKazzab dan Malik bin Nuwairah. 3 Pengumpulan dan penulisan al-Quran (a) Peperangan memerangi golongan alRiddah menyebabkan ramai penghafaz al-Quran meninggal dunia di samping berlaku kerosakan pada catatan yang ditulis pada kulit kayu dan kulit binatang. (b) Timbul kebimbangan akan terhapusnya al-Quran dan berlakunya penyelewengan jika tidak dikumpulkan dan dibukukan secara teratur. (c) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mengarahkan ditubuhkan satu kumpulan khas untuk mengumpul dan menulis semula al-Quran diketuai oleh Zaid bin Thabit. Naskhah alQuran yang berjaya dikumpul disimpan di rumah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Al-Quran dibukukan secara teratur pada zaman Khalifah Uthman bin Affan yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. 4 Peluasan kuasa (a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq juga telah meluaskan dan menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab melalui peluasan pengaruh ke Rom, Parsi dan Syria. (b) Rom sebuah empayar yang besar dan kuat menguasai Mesir dan Afrika Utara disebabkan kezaliman pemerintahan rakyatnya sering memberontak. Keadaan ini memudahkan pertapakan Islam di wilayah empayar Rom. (c) Begitu juga di Parsi, berlaku pemberontakan kepada pemerintah. Panglima Khalid al-Walid dan Muthana bin Harith berjaya menakluki Parsi. (d) Penaklukan ke atas Syria disebabkan berlaku kekejaman pemerintah kepada umat Islam. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menghantar empat pasukan tentera yang diketuai oleh panglima Khalid al-Walid dengan tentera berjumlah 9000 orang telah berjaya menewaskan Raja Syria, Hercules. 5 Menentukan bakal pengganti (a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Saidina Umar bin al-Khattab. (b) Cadangan ini tidak mendapat bantahan daripada para sahabat. (c) Keputusan ditulis oleh Saidina Uthman bin Affan. Tindakan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ini dapat mengelakkan perpecahan umat Islam. Khalifah Umar bin al-Khattab Latar Belakang 1 Umar bin al-Khattab dilahirkan pada 584 M.. Beliau berasal daripada Bani Adi, keturunan bangsawan yang disegani dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy. 2 Beliau terkenal dengan sikap berani, tegas, berterus-terang dan mempunyai pemikiran yang tajam menyebabkan beliau ditakuti oleh kawan dan lawan. 3 Beliau pernah menjadi penentang kepada Nabi Muhammad SAW pada peringkat awal penyebaran Islam. Ketika berumur 33 tahun, beliau telah memeluk Islam pada tahun 617 M., iaitu setelah tujuh tahun menentang penyebaran Islam. 4 Pengislaman Umar bin al-Khattab telah menyebabkan Islam tersebar lebih meluas dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy Makkah disebabkan oleh perlindungan yang diberikan oleh beliau kepada penganut Islam. Sumbangan Politik dan Pentadbiran 1 Pentadbiran wilayah (a) Membahagikan wilayah Islam kepada lapan daerah seperti Mesir, Madinah, N&L STPM Sej P2(1).indd 18 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Syria/Syam Jazirah, Basrah, Kufah, Makkah dan Palestin. (b) Melantik Gabenor di setiap daerah dengan dibantu oleh Setiausaha Tentera, Pegawai Perbendaharaan, Pegawai Cukai dan Kadi. (c) Pegawai yang dilantik berdasarkan kewibawaan bukannya berdasarkan keturunan dan kedudukan dalam masyarakat. Setiap pegawai diperiksa harta dan keperibadian bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. (d) Gabenor dan pegawai kerajaan dibayar gaji bagi mengelakkan rasuah. (e) Pegawai membuat laporan setahun sekali ke kota Makkah. 2 Pentadbiran tanah (a) Tanah dibahagikan kepada dua jenis: (i) Tanah dhimmah – tanah bertuan yang ditadbir oleh pemegang amanah yang terdiri daripada golongan Ahl al-Ayyam. (ii) Tanah sawafi – tanah tidak bertuan yang tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan umat Islam. 3 Pembentukan Majlis Syura (a) Khalifah Umar bin al-Khattab selalu bermesyuarat dengan para sahabat untuk mendapatkan kata sepakat dalam sebarang tindakan. Mesyuarat diadakan dalam Majlis Syura. Majlis Syura ialah majlis perundangan yang tertinggi. (b) Majlis Syura bertanggungjawab menentukan dasar pemerintahan negara dan membincangkan perkara yang berkaitan dengan politik, sosial dan keselamatan negara. (c) Anggota Majlis Syura terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar. Majlis Syura terbahagi kepada dua: (i) Majlis Syura Tertinggi – dianggotai oleh para sahabat seperti Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Thabit dan lain-lain. (ii) Majlis Syura Awam. 4 Membentuk jabatan pentadbiran (a) Bagi melicinkan pentadbiran, Khalifah Umar bin al-Khattab telah menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. (b) Setiap jabatan diketuai oleh Khatib atau Setiausaha. (c) Jabatan Kehakiman diketuai oleh Kadi yang terdiri daripada golongan ulama. Jabatan Kehakiman diletakkan di setiap wilayah bagi menguruskan perundangan Islam. 5 Mengasaskan al-Diwan (a) Al-Diwan ialah buku catatan yang mencatatkan harta keluar masuk dan orang-orang yang berhak menerima harta negara seperti tentera dan keluarga mereka, amil dan pegawai kerajaan. (b) Beliau telah menubuhkan dua diwan, iaitu: (i) Dewan Tentera - mencatatkan nama tentera Islam dan pendapatan yang berhak diterima oleh setiap tentera. Bayaran sara hidup berasaskan sumbangan kepada Islam/perluasan kuasa. (ii) Diwan al-kharaj (cukai tanah) 6 Menjalankan peluasan kuasa (a) Peluasan kuasa merupakan dasar pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Antara kejayaan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab ialah penaklukan Parsi, Syria, Palestin dan Mesir yang terletak di bawah empayar Rom. 7 Penubuhan Baitulmal (a) Baitulmal berperanan menyimpan, memelihara dan mengurus harta kerajaan. (b) Sumber baitulmal adalah daripada zakat, ghanimah, jizyah, kharaj dan usyur (cukai perdagangan). Sumbangan dan Pembaharuan Ekonomi 1 Memajukan bidang pertanian dengan menggalakkan rakyat membuka tanah baharu untuk pertanian dan penternakan, membina tali air dan terusan. Contohnya, Empangan Abu Musa dan Terusan Amir al-Mukminin di Mesir. 2 Pembaharuan dalam pembayaran gaji tentera. Langkah pertama dengan mengambil kembali tanah rampasan perang yang dikuasai tentera dan dijadikan hak milik negara. Tentera dibayar gaji, iaitu 4/5 daripada rampasan perang, manakala 1/5 lagi adalah untuk negara. Harta rampasan perang dikembalikan kepada tuannya apabila mereka memeluk Islam. 3 Bagi memudahkan urusan jual beli, mata wang diperkenalkan dalam urusan perdagangan. N&L STPM Sej P2(1).indd 19 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Masalah yang mengganggu perdagangan dapat diatasi dengan segera. 4 Menggalakkan rakyat hidup sederhana. Beliau terkenal sebagai bangsawan Quraisy yang banyak membelanjakan hartanya untuk kemajuan dan pembangunan negara. Sumbangan dan Pembaharuan Sosial 1 Mengembangkan pelajaran al-Quran dengan menyediakan guru-guru untuk mengajar alQuran. Guru dihantar ke merata-rata tempat termasuk ke wilayah taklukan Islam dengan gaji yang lumayan. Sekolah ditubuhkan di masjid untuk mengajar al-Quran. Orang yang menghafaz al-Quran akan diberi ganjaran. 2 Memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah sebagai tahun permulaan kalendar Hijrah. 3 Memperkenalkan bayaran sara hidup kepada bekas isteri, anak, cucu dan ahli keluarga nabi, sara hidup kepada isteri tentera yang mati syahid dan orang cacat. 4 Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, pejabat pos dan rumah persinggahan untuk musafir di Madinah. i-THINK Peta Dakap Khalifah Umar bin al-Khattab Sumbangan Politik dan Pentadbiran Sumbangan dan Pembaharuan Ekonomi Sumbangan dan Pembaharuan Sosial • Pentadbiran wilayah • Pentadbiran tanah • Pembentukan Majlis Syura • Membentuk jabatan pentadbiran • Mengasaskan al-Diwan • Menjalankan peluasan kuasa • Penubuhan Baitulmal • Memajukan bidang pertanian • Menggalakkan rakyat membuka tanah baharu, membina tali air dan terusan • Pembaharuan pembayaran gaji tentera • Memperkenalkan mata wang • Menggalakkan rakyat hidup sederhana • Mengembangkan pembelajaran al-Quran • Memperkenalkan kalendar Islam • Memperkenalkan bayaran sara hidup kepada ahli keluarga Nabi Muhammad SAW, isteri tentera dan orang cacat • Menyediakan kemudahan infrastruktur Rajah 1.5 Sumbangan Khalifah Umar bin al-Khattab N&L STPM Sej P2(1).indd 20 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Khalifah Umar bin Abdul Aziz Latar Belakang 1 Nama penuh beliau ialah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin al-As bin Umayyah. Beliau menaiki takhta pada tahun 717 M. Beliau merupakan khalifah Bani Umayyah yang kelapan. 2 Beliau mempunyai pertalian darah dengan Khalifah Umar bin al-Khattab. Maka corak kepimpinan beliau hampir sama dari segi zuhud dan ketakwaannya. 3 Beliau menghafaz al-Quran sejak kecil. Beliau kemudian dihantar menuntut di Madinah. Seorang yang warak dan patuh kepada ajaran al-Quran. 4 Beliau mengamalkan hidup sederhana dan tidak suka kepada penaklukan dan pertumpahan darah. Sumbangan Politik dan Pemerintahan 1 Melaksanakan ajaran al-Quran dan hadis Berusaha melaksanakan pembaharuan dalam pemerintahan agar selari dengan ajaran Islam. Contohnya, arahan kepada gabenor-gabenor agar tidak memungut jizyah daripada golongan zimmi yang telah memeluk Islam. 2 Menentang penindasan dan kezaliman (a) Menjalankan dasar persamaan dalam menikmati kemakmuran negara. (b) Menghapuskan amalan rasuah, boros dalam perbelanjaan dan amalan suka berfoya-foya. (c) Mengarahkan peperangan dan penaklukan dihentikan dengan mengundurkan tentera dari medan perang. (d) Menggalakkan asimilasi antara bangsa Arab dan bukan bangsa Arab. (e) Mewujudkan persamaan hak antara umat Islam. (f) Menjalankan dasar berbaik-baik dengan musuh. Contohnya, berdialog dengan kaum Khawarij. (g) Menghapuskan kezaliman dalam pemerintahan. Contohnya, mengambil semua harta rampasan perang daripada keluarga Bani Umayyah dan dijadikan hak kerajaan serta memecat pegawai kerajaan yang zalim seperti Usman bin Zaid (Gabenor Mesir) Yazid bin Abu Muslim (Gabenor Afrika Utara). 3 Pentadbiran wilayah (a) Membahagikan wilayah Islam kepada lima bahagian yang diketuai oleh pegawai pemerintah. (b) Membentuk jabatan seperti Jabatan Ketua Setiausaha Kerajaan, Jabatan Cukai, Jabatan Pertahanan dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. (c) Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi, tetapi bahasa lain boleh digunakan. (d) Menghapuskan jawatan pengawal peribadi untuk khalifah bagi memudahkan rakyat berjumpa dengan khalifah. 4 Pembaharuan dasar ekonomi (a) Membina parit dan terusan untuk pertanian. (b) Menghapuskan jizyah dan menurunkan cukai tanah untuk menyamaratakan dengan zakat yang dibayar oleh orang Islam. (c) Meningkatkan gaji pegawai, kakitangan kerajaan dan buruh untuk menyamaratakan kedudukan ekonomi rakyat. (d) Kesannya ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab lebih baik daripada khalifah sebelumnya sehingga tidak terdapat pengemis di tepi jalan semasa pemerintahan beliau. 5 Pembaharuan dasar sosial (a) Menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti tali air, jalan raya, rumah tumpangan, hospital dan rumah orang tua. (b) Menghapuskan tindakan mencaci Khalifah Ali bin Abu Talib di masjidmasjid serta tindakan serta menjatuhkan martabat keluarga Nabi Muhammad SAW dan menimbulkan kebencian golongan Syiah kepada Bani Umayyah. (c) Mengarahkan masjid dijadikan pusat perkembangan ilmu. (d) Mengarahkan para pegawai mendampingi ulama dan meluangkan masa menghadiri majlis ilmu. (e) Menghantar pakar perundangan Islam ke Afrika Utara untuk mengajar ilmu Islam. (f) Perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman ini sehingga muncul bandar gedung ilmu seperti Kufah, Damsyik dan Basrah. Khalifah Harun al-Rasyid Latar Belakang 1 Khalifah Harun al-Rasyid dilahirkan pada tahun 145 H./763 M. di ar-Raj, Khurasan. 2 Beliau merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah. N&L STPM Sej P2(1).indd 21 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 3 Beliau merupakan seorang yang warak, pemurah dan suka kepada kerja kebajikan. 4 Beliau berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam pentadbiran, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. 5 Beliau memerintah selama 23 tahun. 6 Kota Baghdad menjadi pusat perdagangan dan penyebaran ilmu pada zaman pemerintahan beliau. Pembaharuan dalam Aspek Politik 1 Hubungan dengan Byzantine/Rom. Hubungan dengan kerajaan Islam sememangnya buruk. Khalifah Harun telah memimpin seramai 95 000 tentera menyerang Rom pada tahun 786 M.. Untuk mengelakkan peperangan, Rom sanggup berdamai dan membayar ufti tahunan sebanyak 90 ribu dinar. 2 Hubungan dengan Sepanyol/Andalusia Khalifah Harun bertindak memerangi Andalusia yang kebanyakannya didiami oleh penyokong Bani Umayyah. Kesannya, Islam dapat berkembang dengan meluas di Sepanyol. 3 Hubungan dengan Perancis. Khalifah Harun menjalin hubungan yang baik dengan Perancis kerana Perancis merupakan musuh Sepanyol. Hal ini terbukti apabila khalifah mengirim anak kunci Baitulmuqaddis kepada orang Kristian yang mengunjungi Palestin. Hubungan baik membolehkan Islam berkembang di Perancis. 4 Menghapuskan masalah dalam negeri, iaitu menghapuskan pengaruh keluarga al-Barmaki dalam pemerintahan Bani Abbasiyah kerana dianggap boleh mengancam kedudukan Bani Abbasiyah. Beberapa tokoh al-Barmaki telah dibunuh seperti Yahya bin Khalid al-Barmaki dan Jaafar bin Yahya al-Barmaki. 5 Menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Mosol, Armenia dan Afrika Utara yang mengganggu perkembangan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Islam Baghdad. Beliau telah menghantar panglima Ibrahim bin Aghiab bagi mengatasi masalah. 6 Khalifah Harun juga menjalankan dasar antiSyiah semasa pemerintahannya. Pembaharuan dalam Aspek Ekonomi 1 Menekankan kemajuan pertanian dan perdagangan kerana kedua-dua aktiviti tersebut merupakan sumber utama ekonomi negara. Untuk memajukan pertanian, beliau membuka tanah baharu dan membekalkan benih kepada para petani. 2 Membahagikan tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera yang bersara dan orang miskin untuk diusahakan sebagai tanah pertanian. 3 Meluaskan perdagangan hingga ke Eropah, India dan China. Baghdad dijadikan sebagai pusat perdagangan. 4 Kawalan tentera di pelabuhan dan laut disusun semula bagi menjamin keselamatan aktiviti perdagangan. Kota Baghdad berjaya menjalankan perdagangan antara BaghdadEropah, Baghdad-India dan Baghdad-China. Pembaharuan dalam Aspek Sosial 1 Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid merupakan zaman kegemilangan ilmu pada zaman Bani Abbasiyah. Beliau menubuhkan institusi pendidikan seperti masjid, maktab dan sekolah. 2 Perkembangan ilmu terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) Kegiatan pembukuan (i) Asalnya ilmu hanya dihafal atau ditulis di atas kayu/kulit binatang. (ii) Muncul ulama atau tokoh yang membukukan ilmu seperti sejarah, hadis, fikah, tafsir dan sebagainya. (b) Penyusunan ilmu pengetahuan (i) Penyusunan semula ilmu tafsir, hadis, tauhid, fiqah, syariah dan usuluddin agar tidak terkeluar daripada konsep Islam. (c) Kegiatan terjemahan (i) Menggalakkan terjemahan buku asing seperti China, India, Yunani dan Parsi yang berkaitan dengan ilmu perubatan, falsafah dan sebagainya. (ii) Menubuhkan Institut Penterjemahan yang diketuai oleh Yuhama bin Musaiwaih. 3 Sarjana dari luar negara datang berkumpul di kota Baghdad. Forum, ceramah, seminar serta pidato berkenaan ilmu pengetahuan sering diadakan di istana khalifah, masjid dan rumah pegawai kerajaan. 4 Mendirikan Perpustakaan Agung atau Baitul Hikmah dan menjadikan Madinah, Kufah, Kaherah dan Balk sebagai bandar ilmu pengetahuan. Pada masa itu, muncul ulama terkenal seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. 5 Bagi memudahkan aktiviti rakyat dan perkembangan agama Islam, beliau telah N&L STPM Sej P2(1).indd 22 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 mendirikan banyak masjid termasuk di kawasan jajahan takluk Islam. 6 Mendirikan hospital dan klinik untuk menjaga kesihatan rakyat. Rumah kebajikan dibina untuk rakyat yang kurang bernasib baik seperti golongan cacat dan orang miskin. 1.6 Bentuk Pemerintahan Pemerintahan Pusat dan Wilayah Kerajaan Pusat 1 Kerajaan yang mendominasi kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran serta bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal politik, sosial, ekonomi kerajaan wilayah di bawahnya. 2 Pemerintah tertinggi ialah khalifah. 3 Bertanggungjawab terhadap semua aspek pemerintahan kerajaan wilayah. 4 Berhak meminta bantuan seperti kewangan dan ketenteraan dari kerajaan wilayah. Kerajaan Wilayah 1 Kerajaan wilayah ialah kerajaan yang terletak di bawah pemerintahan Islam secara langsung. Pada peringkat awal, kerajaan ini mungkin bukan kerajaan Islam, akan tetapi atas sebab-sebab tertentu kerajaan tersebut menjadi sebahagian daripada kerajaan Islam. 2 Pemerintah tertinggi ialah gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat dengan dibantu oleh pegawai lain seperti kadi. 3 Pembangunan wilayah tertakluk kepada kerajaan pusat. 4 Bertanggungjawab membantu kerajaan pusat. Pemerintahan Pusat dan Wilayah pada Zaman Khulafa al-Rasyidin (Abad ke-7 M.) Pemerintahan Pusat • Madinah ialah pusat pemerintahan. • Khalifah paling berkuasa, tetapi tidak berkuasa mutlak. • Dasar akan diputuskan melalui Majlis Syura. • Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Anggota terdiri orang yang berpengalaman dalam hal ehwal Islam. • Tugas Majlis Syura ialah menjadi penasihat khalifah. • Baitulmal ditubuhkan untuk mengurus hal kewangan negara. Pemerintahan Wilayah • Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, wilayah terbahagi kepada sepuluh, iaitu Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut, Khakwan, Al-Jund, Najran, Zabid, Bahrin dan Jarsh. • Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, wilayah terbahagi kepada lapan, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin. • Setiap wilayah mempunyai ibu negeri masing-masing. • Wilayah diketuai oleh gabenor. Gabenor dibantu oleh Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai Polis, Pegawai Perbendaharaan dan Kadi. • Semua pegawai diwajibkan mengisytiharkan harta sebelum dan selepas berkhidmat. • Terdapat cawangan baitulmal di setiap wilayah. Pemerintahan Pusat dan Wilayah pada Zaman Khalifah Uthmaniyah (Abad ke-16 hingga Abad ke-17 M.) Pemerintahan Pusat • Sultan/khalifah merupakan pemerintah tertinggi atau mutlak dalam agama, politik dan pentadbiran serta dalam urusan kewangan dan ketenteraan. • Dibantu oleh Wazir Besar/Agung sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan, ketua wazir dan ketua amir. Sebagai simbol wakil sultan, wazir diamanahkan memegang cap mohor. N&L STPM Sej P2(1).indd 23 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 • Wazir Agung dibantu oleh: (i) Tiga orang hakim tentera (ii) Dua orang ketua turus tentera sultan/Beylerbey (iii) Dua orang Defterder – bertanggungjawab dalam pentadbiran kewangan (iv) Seorang Agha/wakil tentera darat (v) Seorang Laksamana (vi) Seorang Nishanji • Pada zaman Sultan Salim I, jawatan mufti diwujudkan. Tugas mufti ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama. • Pandangan Mufti turut diambil kira dalam pelantikan pegawai-pegawai istana. • Pemerintahan turut dibantu oleh golongan tentera. Beylerbey ialah pangkat yang paling tinggi dan mempunyai kuasa yang amat luas. Contohnya, Beylerbey Anatolia dan Beylerbey Rumali di Eropah. • Bey ialah batalion tentera yang bertanggungjawab membawa bendera peperangan dan berada di barisan hadapan. • Fief pula ialah tentera asasi. • Fief yang berjasa dikurniakan tanah yang dikerjakan oleh petani sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan negara. • Fief yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan diberi tanah yang lebih luas. • Tentera fief menggunakan senjata seperti tombak, panah, pedang, perisai, memakai serban dan menunggang kuda. • Sistem fief kemudian digantikan dengan sistem tentera upahan yang menggunakan senjata canggih seperti meriam. Pemerintahan Wilayah • Ditadbir oleh gabenor wilayah. • Gabenor wilayah diberi tanah yang lebih luas berserta kuda. Contohnya, Gabenor di Eropah diberi 80 000 ekor kuda manakala di Asia 60 000 ekor kuda. • Kadi merupakan ketua agama bagi setiap wilayah. Tugas kadi ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariat Islam berdasarkan al-Quran dan hadis. • Multezim bertanggungjawab mengutip cukai. Sebahagian hasil kutipan diserahkan kepada kerajaan pusat. • Pegawai kerajaan dibenarkan mengutip bayaran dipanggil bakshish untuk perkhidmatan yang diberi kepada orang awam. • Golongan berpendidikan memainkan peranan penting membantu pentadbiran wilayah. Pemerintahan Pusat dan Wilayah di Andalusia (Abad ke-13 M.) Latar Belakang 1 Pertapakan Islam di Andalusia (Sepanyol) berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (Bani Umayyah). 2 Seorang wakil khalifah dengan gelaran Amir dilantik memerintah Sepanyol berpusat di Cordova. 3 Abdul Rahman al-Dakhil berjaya mengembalikan kegemilangan Bani Umayyah di Sepanyol. Pemerintahan Bani Umayyah di Sepanyol terbahagi kepada dua: (a) Pemerintah bergelar Amir – (756 M. hingga 912 M.) (b) Pemerintah bergelar Khalifah – (912 M. hingga 1002 M.) 4 Selepas tahun 1002 M., Bani Umayyah di Sepanyol mengalami kemerosotan sehingga menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil seperti kerajaan Muluk al-Tawaif, kerajaan Murabitun, kerajaan al-Muwahhidun dan kerajaan Nasriyah. N&L STPM Sej P2(1).indd 24 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Jadual 1.5 Kerajaan-kerajaan kecil Andalusia selepas kemerosotan kerajaan Bani Umayyah Kerajaan kecil Andalusia selepas tahun 1002 M. Kerajaan Muluk al-Tawaif • Bermula tahun 1031 M. setelah menjatuhkan kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol. • Pusat pemerintahan di Cordova. • Kerajaan pusat agak lemah menyebabkan terdapat lebih kurang 30 buah kerajaan wilayah yang saling bertelagah. • Dalam kerajaan muluk ada tiga puak yang memerintah: (a) Puak Barbar memerintah di bahagian pantai selatan Sepanyol seperti Cordova, Malaga dan Algeciras. (b) Puak Slavs memerintah di pantai timur Sepanyol seperti Almeria, Valencia dan Tortosa. (c) Puak Arab pula membentuk kerajaan kecil yang kuat seperti kerajaan Bani Abbad yang diasaskan oleh Muhammad bin Abbad di Seville. • Setiap kerajaan wilayah hanya mementingkan keturunan dan puak masingmasing. • Kemunculan banyak wilayah yang berpuak-puak menguatkan kedudukan Kristian. • Contoh: Alfonso VI yang memerintah Leon & Castile berjaya menguasai kerajaan Bani Abbad di Seville. • Kerajaan Bani Abbad meminta bantuan kerajaan Murabitun di Afrika Utara menyebabkan pengaruh kerajaan Murabitun bertapak di Sepanyol. Kerajaan Murabitun • Bagi pengukuhan kerajaan Murabitun dan Islam di Sepanyol, Yusuf bin Tashfin menghapuskan kerajaan wilayah di Sepanyol. • Pada tahun 1090 M., menguasai Granada dan Cordova. • Pada tahun 1091 M., menduduki Seville dan mengasaskan kerajaan Murabitun daripada keturunan Barbar. • Berjaya menewaskan kerajaan Kristian. • Yusuf bin Tashfin digantikan oleh anaknya Ali bin Yusuf bin Tashfin. Beliau seorang yang lemah. Kesannya beberapa bandar dikuasai orang Kristian. • Kerajaan Murabitun diselamatkan oleh kerajaan al-Muwahhidun dari Afrika Utara pada tahun 1145 M. Kerajaan al-Muwahhidun • Kejatuhan kerajaan Murabitun menyebabkan Sepanyol terbahagi kepada dua, iaitu selatan diperintah oleh kerajaan Islam dan utara diperintah orang Kristian. (a) Kerajaan al-Muwahhidun pimpinan Abd. al-Mukmin meluaskan kuasa di Sepanyol. (b) 1157 M. – Menguasai Granada. (c) 1171 M. – Seville dan Toledo di bawah pemerintahan anaknya Abu Yaqub. (d) 1212 M. – Tentera Kristian melakukan pemberontakan sehingga menyebabkan kerajaan al-Muwahhidun menjadi lemah. (e) 1223 M. – Wilayah Sepanyol dikuasai oleh pemerintah Kristian kecuali Granada. Kerajaan Nasriyah (Bani al-Ahmar) • Diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr pada tahun 1235 M. • Pusat pemerintahan di Granada. • Menjalankan dasar berbaik-baik dengan Yahudi dan Kristian. • Tahun 1344 M. – 1396 M. merupakan zaman kegemilangan dengan terbinanya Istana Alhambra – lambang seni bina Islam di Sepanyol. • Abad ke-14 M. kerajaan mengalami keruntuhan kerana perebutan kuasa. • Orang Kristian melancarkan gerakan Reconquista (gerakan menyelamatkan Sepanyol daripada kekuasaan Islam) di bawah pimpinan Isabella dan Ferdinand. • Tahun 1492 M., kerajaan Nasriyah menyerahkan Granada kepada orang Kristian. • Tamat pemerintahan Islam di Sepanyol. N&L STPM Sej P2(1).indd 25 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Pemerintahan Pusat dan Wilayah di India (abad ke-16 M. hingga ke-17 M.) Pemerintahan Pusat • Menjalankan dasar pemusatan kuasa. • Semasa pemerintahan Akhbar, beliau mengasingkan urusan pemerintahan politik/pentadbiran dengan agama. • Akhbar menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa. • Akhbar membentuk pentadbiran separuh awam dan separuh tentera yang dikenali Mansabdar. • Mansabdar bertanggungjawab: (a) Memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja. (b) Melaksanakan pentadbiran awam. • Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat. • Setiap peringkat memerintah satu batalion tentera berkuda yang berjumlah 10 hingga 10 ribu orang. • Akhbar juga membentuk kabinet. • Melantik Perdana Menteri dikenali sebagai wakil. • Menteri dikenali sebagai wazir. Menteri kewangan merupakan menteri paling kanan selepas Perdana Menteri. • Jawatan Ketua Turus Tentera digelar Khan Qanan. Dikhususkan kepada keluarga diraja. Bertanggungjawab kepada semua Mansabdar. • Kadi Besar bertanggungjawab terhadap kehakiman. • Jabatan-jabatan lain: (a) Diwan – mengurus hal-hal kewangan (b) Mir Bakhsi – mengurus gaji tentera dan akaun (c) Sadr-us-Sudur – menjaga hal ehwal agama dan kebajikan (d) Muhtasib – menjaga moral awam (e) Qadi al-Qudah – mengurus soal kehakiman dan perundangan (f) Kotwal – menjaga keamanan • Semasa pemerintahan Aurangzeb, golongan ulama memainkan peranan penting dalam pemerintahan. • Al-Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. • Menghidupkan kembali amalan syura dalam pemerintahan. • Mufti dan kadi menjalankan pengadilan untuk orang Islam, manakala Hakim Besar untuk agama Hindu. Pemerintahan Wilayah • Pemerintahan Zaman Akhbar terdapat 18 buah wilayah/subas, manakala zaman pemerintahan Aurangzeb terdapat 21 wilayah. • Semasa pemerintahan Akhbar, Diwan bertanggungjawab mengawal segala kegiatan subadar. • Wilayah ditadbir oleh gabenor/subadar yang juga ketua angkatan tentera di wilayahnya. • Subadar akan dibantu oleh bakhshi, faujdar, kotwal, kadi, amil, bitikchi, potdar dan waqa-i-navis. • Setiap subadar dibahagikan kepada daerah/sarkar yang diketuai oleh pegawai daerah. • Peranan – mengutip cukai, mengawal pemberontakan, mengawal jenayah dan pencuri serta menguasai tentera di daerahnya. • Saskar/daerah dipecahkan kepada mukim/parganah dan mahal/kampung. Diketuai oleh seorang Kadi. N&L STPM Sej P2(1).indd 26 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Pertahanan dan Pembukaan Wilayah 1.7 Jihad Pengertian Jihad 1 Jihad berasal daripada perkataan Arab al-Jahadu dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci. 2 Dari sudut bahasa, jihad bukan sekadar perjuangan. Jihad merupakan perjuangan di jalan Allah SWT atau fisabilillah. 3 Jihad ialah memerangi musuh-musuh Islam dengan sedaya upaya dan ikhlas sematamata kerana Allah SWT, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan sejagat. Contohnya, tindakan memerangi musuh seperti yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW. 4 Islam tidak menggalakkan peperangan, tetapi peperangan dibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada kekufuran dan orang yang zalim. 5 Jihad bukan sahaja dilakukan dengan kata-kata dan perbuatan, bahkan dengan kerelaan hati sebagai tanggungjawab bukan berbuat sesuatu untuk mendapatkan balasan. Contohnya, kata-kata nasihat kepada musuh supaya kembali kepada ajaran Islam juga dianggap sebagai jihad. 6 Jihad terdapat beberapa jenis seperti jihad jiwa dan raga, jihad harta, jihad akal fikiran, jihad ilmu, jihad menentang golongan munafik dan jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran. 7 Kepentingan jihad ialah: (a) Melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Jihad menggambarkan seseorang individu itu berusaha memenuhi tuntutan syariat Islam. (b) Dapat memperkukuh ketahanan dan pertahanan Islam agar penyebaran Islam lebih meluas. (c) Daya pendorong menghadapi musuh tanpa rasa takut dan gentar. (d) Ganjaran dan jaminan syurga kepada orang yang mati syahid dalam peperangan demi menegakkan Islam. (e) Mempertahankan maruah diri dan negara daripada musuh. (f) Mempertahankan kesucian agama daripada tindakan musuh. Peperangan 1 Islam tidak menggalakkan peperangan sebaliknya menyeru kedamaian dan keharmonian dalam pemerintahan. 2 Tetapi jika pemerintahan Islam terancam, pemerintahan perlu dipertahankan melalui konsep ketahanan dan pertahanan menurut ajaran al-Quran dan sunnah. 3 Peperangan dalam Islam bukan untuk memperoleh keuntungan, tetapi untuk mempertahankan maruah diri, masyarakat, agama dan negara di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan boleh dikecapi oleh sesebuah negara. 4 Peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu: (a) peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW. (b) peperangan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW. Etika Peperangan dalam Islam 1 Mengajak musuh kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya, Khalifah Abu Bakar sebelum menyerang golongan al-Riddah terlebih dahulu mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam sebelum memerangi mereka. 2 Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar, tentera Islam hanya menunggu serangan daripada musuh yang menceroboh. Setelah diserang barulah berlaku peperangan. 3 Dilarang memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat dan paderi. 4 Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. 5 Tentera Islam juga dilarang memerangi orang yang telah menyerah diri. Contohnya, orang kafir zimmi atau orang yang telah mengaku taat setia kepada pemerintahan Islam tidak boleh diperangi. Sebaliknya, pemerintah Islam bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka. 6 Melarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh. Contohnya, perbuatan Hindun binti Utbah yang telah membelah dada Saidina Hamzah dalam Perang Uhud lalu memakan hati dan limpanya. N&L STPM Sej P2(1).indd 27 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 7 Memberi layanan yang baik kepada tawanan perang. Contohnya, tawanan Perang Badar diberi peluang untuk menebus diri. Bagi tawanan yang tidak berharta, mereka boleh menggunakan ilmu yang dimiliki untuk menebus diri dengan mengajar anak-anak orang Islam sehingga pandai menulis dan membaca. Setelah itu, barulah mereka dibebaskan. 8 Ketaatan kepada perintah ketua bagi mengelakkan perpecahan dan kekalahan. Contohnya, dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah berpesan kepada pasukan pemanah Islam supaya tidak meninggalkan bukit yang menempatkan pasukan pemanah. Namun, keingkaran mematuhi arahan ketua kerana terpedaya dengan tipu muslihat kaum Quraisy menyebabkan tentera Islam telah kecundang dalam Perang Uhud. 9 Peperangan hendaklah dihentikan jika musuh meminta perdamaian. Perjanjian yang ditandatangani mestilah dipatuhi. Contohnya, pihak Islam yang mematuhi Perjanjian Hudaibiyah walaupun isi perjanjian seolaholah menguntungkan kaum Quraisy Makkah. 10 Mengamalkan sikap adil. Contohnya, Nabi Muhammad SAW membahagikan harta rampasan perang dengan adil kepada tentera yang terlibat dalam peperangan. 11 Mengamalkan musyawarah dalam membuat sesuatu keputusan. Contohnya, dalam Perang Ahzab, Nabi Muhammad SAW tidak membuat keputusan secara bersendirian, apabila menerima cadangan Salman al-Farisi untuk mengali parit bagi menghadapi tentera musuh yang ramai. Strategi Peperangan pada Zaman Nabi Muhammad SAW dan Zaman Khulafa al-Rasyidin 1 Kaedah menunggu (a) Nabi Muhammad SAW mengarahkan tentera Islam menunggu sehingga tentera musuh menghampiri. Strategi ini digunakan kerana tentera Islam lebih kecil jumlahnya berbanding tentera musuh. Setelah tentera musuh menghampiri, tentera Islam akan melakukan serangan secara mengejut yang boleh menggugat tentera musuh. (b) Contohnya, dalam Perang Badar (2 H.) tentera Islam berjumlah 313 orang berjaya mengalahkan Quraisy berjumlah 1000 orang kerana tentera musuh telah menceroboh kubu pertahanan tentera Islam disebabkan kehabisan bekalan air. 2 Kaedah bertahan (a) Bertahan daripada serangan musuh dan tidak menunjukkan reaksi melawan. Contohnya, dalam Perang Ahzab/ Khandak atas cadangan Salman al-Farisi, tentera Islam telah menggali parit untuk menghalang tentera musuh daripada memasuki kota Madinah. (b) Tentera musuh akhirnya meninggalkan kota Madinah tanpa berlaku pertumpahan darah. 3 Kaedah mengepung (a) Tentera Islam terlebih dahulu mengepung tentera musuh sebelum serangan dilakukan. Contohnya, dalam Perang Uhud pasukan pemanah Islam di bawah pimpinan Abdullah bin Zuber mengepung tentera musyirikin Makkah melalui belakang Bukit Uhud yang berjaya menewaskan tentera musuh. (b) Tetapi, tindakan pemanah meninggalkan posisi kerana merebutkan harta yang ditinggalkan kaum Quraisy menyebabkan pertahanan Islam menjadi kucar-kacir. Tentera Quraisy akhirnya mengambil posisi tentera Islam. 4 Kaedah penyamaran (a) Semasa Perang Ahzab, Nu’aim bin Mas’ud dihantar ke kawasan musuh untuk memecah-belahkan kerjasama Yahudi dan Quraisy sehingga berlaku perpecahan pihak musuh. (b) Nabi Muhammad SAW menyamar dengan memakai pakaian biasa dalam perang agar tidak dikesan musuh. 5 Tidak bersikap negatif terhadap musuh (a) Tentera Islam tidak dibenarkan mengejar musuh yang telah melarikan diri atau yang telah mengaku kalah kerana mereka dianggap orang yang lemah. (b) Tindakan mengejar musuh akan melemahkan barisan pertahanan dan memberi peluang kepada pihak musuh untuk bertindak balas bagi mengelakkan terperangkap dalam kawasan musuh. 6 Membina markas tentera (a) Zaman Nabi Muhammad SAW, Madinah dijadikan markas tentera Islam untuk menghadapi musuh. N&L STPM Sej P2(1).indd 28 07/01/2024 9:49 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


128 BAB 1 Latihan Stimulasi 1 (a) Penternakan (b) Pertanian (c) Merompak (d) Perdagangan (e) Pertukangan 2 (a) Perundingan beramai-ramai • Berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak meninggalkan wasiat/pengganti. • Pencalonan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah. • Pencalonan disokong oleh majoriti umat Islam, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dibai’ah dalam Syura/musyawarah sebagai khalifah yang pertama. (b) Mengusulkan seorang calon • Khalifah terdahulu mengusulkan seorang calon terlebih dahulu sebelum Majlis Syura diadakan. • Contohnya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab. (c) Mengusulkan sekumpulan calon • Khalifah terdahulu akan mengusulkan sekumpulan calon untuk dipilih salah seorang daripada mereka sebagai khalifah. Khalifah Umar al-Khattab mencalonkan enam orang calon. (d) Pengusulan oleh sekumpulan masyarakat • Mencalonkan keturunan masing-masing untuk menjadi khalifah memimpin umat dan negara Islam. • Penduduk Mesir mencalonkan Saidina Ali bin Abu Talib, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah, manakala penduduk Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam. 3 (a) Pembaharuan pentadbiran tanah (b) Pembentukan Majlis Syura (c) Penubuhan Baitulmal Penubuhan al-Diwan Kalendar Islam (Mana-mana tiga diterima) (d) Perluasan kuasa (e) Memajukan pertanian (f) Perkembangan ilmu (g) Menghapuskan masalah dalam negeri (h) Menjalankan dasar antisyiah (i) Menghapuskan pemberontakan di Mosol, Armenia dan Afrika Utara (j) Menyusun kawalan tentera di pelabuhan dan laut (Mana-mana tiga diterima) 4 Beylerbey Ketua Turus Tentera, pangkat paling tinggi dan kuasa yang luas Bey Batalion tentera, membawa bendera peperangan dan berada di barisan hadapan Fief Tentera asasi dan berkhidmat secara peribadi kepada sultan Latihan Pengukuhan Soalan Esei 1 Jahiliah berasal daripada perkataan akar “jahala” dan kata terbitan “jahlun” atau “jahalatun” yang bererti bodoh atau sesat. Zaman Jahiliah ialah zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Masyarakat Arab pada zaman itu dikenali sebagai masyarakat jahiliah. Zaman ini berlangsung selama tiga abad (300 M. – 610 M.), iaitu selepas keruntuhan kerajaan Saba’ hingga turunnya kitab suci al-Quran. Jahiliah yang dimaksudkan ialah jahil dalam nilai-nilai keagamaan, akhlak, tidak tahu mengabdikan diri kepada Allah SWT dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah SWT yang diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dianggap sesat. Antaranya ialah agama Wathani. Agama Wathani atau agama menyembah berhala merupakan agama yang paling dominan dalam masyarakat Arab. Berhala diperbuat daripada batu, kayu dan logam dan sebagainya. Pusat agama menyembah berhala terletak di Makkah. Pada Zaman Jahiliah, terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Setiap kaum akan meletakkan satu berhala di keliling Kaabah bagi mewakili kaumnya. Berhala mempunyai pelbagai bentuk dan nama seperti al-Wad (patung berhala yang menyerupai lelaki), al-Suwa (berhala yang menyerupai wanita), al-Tauq (berhala berbentuk kuda) dan al-Nasr (berhala berbentuk burung helang). Terdapat beberapa berhala yang besar yang dianggap ketua kepada berhala yang lain, iaitu al-Uzza, al-Manat dan al-Latta. Selain itu, agama Yahudi juga merupakan antara agama yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah. Penganut agama Yahudi ialah Jawapan N&L STPM Sej P2(jwp).indd 128 07/01/2024 9:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


129 Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka datang dari Palestin akibat penindasan kerajaan Rom. Mereka terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani al-Nadir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah. Mereka telah mengubah isi kandungan Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS. Agama Yahudi kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Arab kerana berlainan dengan agama Wathani yang dianuti oleh kebanyakan masyarakat Arab. Seterusnya ialah agama Nasrani (Kristian). Pada mulanya, agama Nasrani ialah agama suci yang diturunkan oleh Nabi Isa AS dengan Kitab Injil. Bani Israel bertindak memesongkan beberapa perkara seperti Nabi Isa AS sebagai anak tuhan dan Mariam sebagai isteri tuhan menyebabkan agama ini terpesong daripada ajaran asal dan salah di sisi Allah SWT. Agama ini mula bertapak di Makkah pada abad ke-4 M. apabila kerajaan Rom meluaskan kuasanya ke Yaman. Agama Kristian mula dianuti oleh suku Taghlih, Ghassan dan Qudhah. Agama ini tidak begitu sesat kerana masih mempercayai kewujudan dan kebesaran tuhan berbanding agama menyembah berhala. Dalam pada itu, agama lain yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah ialah agama Majusi. Agama ini berasal dari Parsi. Kebanyakan penganut agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrin. Agama Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mempercayai nabi yang diutus oleh Allah SWT. Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab, iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiyah dan Zara-dustiyah. Di samping itu terdapat juga agama Hanif. Agama Hanif diwahyukan kepada Nabi Ibrahim AS oleh Allah SWT. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, tidak berjudi, tidak minum arak dan tidak melakukan perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT. Oleh itu, penganut agama ini ialah golongan yang menentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah. Selain daripada agama tersebut, masyarakat Arab Jahiliah juga mempercayai beberapa agama dan kepercayaan lain. Masyarakat Arab Badwi mempercayai roh orang yang sudah mati mempunyai hubungan dengan tuhan. Oleh itu, mereka memuja kubur terutama kubur orang yang mempunyai darjat yang tinggi seperti raja dan pahlawan. Mereka juga menyediakan korban untuk upacara penyembahan. Masyarakat Arab Jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animisme seperti menyembah pokok, bukit, binatang dan sebagainya. Mereka menganggap benda yang dianggap pelik itu dapat memberi sesuatu kepada mereka. Masyarakat Arab Jahiliah juga percaya kepada kepercayaan yang karut dan tahyul seperti menilik nasib untuk menentukan masa hadapan dan percaya kepada kuasa sihir dan azimat. Kesimpulannya, masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan yang kebanyakannya karut. Kedatangan agama Islam mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat Arab Jahiliah. 2 Piagam Madinah atau Sahifah Madinah digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah. Ia melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah, iaitu antara sesama Islam yang melibatkan orang Muhajirin dan Ansar, juga antara orang Islam dan Yahudi. Piagam Madinah digubal berasaskan wahyu dan suasana masyarakat Islam dan bukan Islam ketika itu. Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang pertama di dunia yang merangkumi pelbagai aspek seperti kewajipan dan tanggungjawab pemerintah, tanggungjawab rakyat dan pelbagai keperluan lain. Piagam Madinah terdiri daripada 47 Fasal dan terbahagi kepada dua bahagian. Piagam Madinah sangat penting kepada semua penduduk Madinah. Piagam Madinah mengiktiraf kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi. Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan dan ketua kehakiman. Masyarakat Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan kaum Yahudi menerima baginda sebagai ketua negara Madinah. Sebagai ketua hakim, baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah dengan menubuhkan institusi kehakiman dan keadilan berdasarkan hukum Allah SWT. Piagam Madinah juga dapat melahirkan perasaan tanggungjawab mempertahankan Madinah.Dalam PiagamMadinah, orang Islam dan bukan Islam mesti sama-sama mempertahankan Madinah seperti yang terkandung dalam Fasal 12 hingga Fasal 23. Orang Islam dilarang menjalin hubungan atau pakatan dengan musuh Islam. Yahudi dianggap warganegara sama seperti orang Islam selagi mereka patuh kepada Piagam Madinah. Semangat cinta akan negara Madinah sentiasa dipupuk supaya dapat menyelamatkan Madinah daripada ancaman musuh. Seterusnya, Piagam Madinah dapat membentuk perpaduan umat Islam. Piagam Madinah menekankan kerjasama dan perpaduan antara umat Islam, iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Mereka digalakkan untuk melindungi dan tolong menolong antara satu sama lain. Selain kedudukan orang Islam, Piagam Madinah juga merangkumi kedudukan kaum-kaum Yahudi, N&L STPM Sej P2(jwp).indd 129 07/01/2024 9:50 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version