PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Format Pentaksiran Bahasa Melayu Menengah Rendah Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2 dan 3 Bil. Perkara Kertas 1 (02/1) Kertas 2 (02/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis (Pemahaman) Ujian Bertulis (Penulisan) 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (AOP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad • Subjek Respons Terhad • Subjek Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (OAP) – 10 soalan • Pemahaman Petikan (OAP) – 5 soalan Bahagian B • Morfologi/Frasa/Sintaksis (OPB) – 4 soalan • Pemahaman Petikan (Subjektif Respons Terhad) – 3 soalan • Novel: KOMSAS (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Bahagian C • Pemindahan Maklumat (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Ringkasan (Tingkatan 1) Ringkasan/Rumusan (Tingkatan 2) Ringkasan/Ulasan (Tingkatan 3) Bahagian A Karangan (Subjektif Respons Terhad) – 1 soalan Bahagian B Karangan (Subjektif Respons Terbuka) – 3 soalan (Jawab 1 soalan sahaja) 4 Jumlah Markah Bahagian A: 15 markah Bahagian B: 30 markah Bahagian C: 15 markah Bahagian A: 10 markah Bahagian B: 30 markah Jumlah: 100 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 30 Minit 1 Jam 6 Konstruk • Kemahiran aplikasi maklumat (Membaca dan memahami) • Pengetahuan sistem bahasa • Kemahiran aplikasi bahasa (Menulis) • Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa (Membaca dan menulis) 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi – 5 : 3 : 2 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik • Holistik IFC PT KSSM BM Tg2 Format 2nd.indd 2 27-Jan-23 9:56:16 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2023 Pertama kali diterbitkan 2023 ISBN 978-629-7536-09-5 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya,tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Mohd Tajul Askat Pereka letak: Ailee Teks diset dalam Utopia Std 9/11 poin Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. Kandungan Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan 1 – 4 Tema 2: Menimba Ilmu 5 – 8 Tema 3: Kerjaya ke Mercu Impian 9 – 12 Tema 4: Integriti Amalan Kita 13 – 16 Tema 5: Bahasa dan Sastera 17 – 20 Tema 6: Teladani Sejarah Hargai Warisan 21 – 24 Tema 7: Indah Seni Gah Budaya 25 – 27 Tema 8: Utamakan Keselamatan 28 – 31 Tema 9: Sukan dan Rekreasi 32 – 35 Tema 10: Selamat Datang ke Malaysia 36 – 39 Tema 11: Perpaduan 40 – 42 Tema 12: Negaraku Jati Diriku 43 – 46 Tema 13: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 47 – 50 Tema 14: Berbudi kepada Alam 51 – 53 Tema 15: Sains, Teknologi dan Inovasi 54 – 56 Tema 16: Pelestarian Alam 57 – 60 Tema 17: Era Baharu Industri 61 – 64 Tema 18: Pentadbiran dan Politik 65 – 68 Ujian Akhir Sesi Akademik 69 – 80 Jawapan J1 – J16 Imbas dan muat turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar PT KSSM BM Tg2 Kand 3rd.indd 1 27-Jan-23 9:54:28 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 1 TEMA Halaman Buku Teks: 2 – 13 Kesihatan dan Kebersihan Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian B Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Dalam bahan di sebelah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 bukit atau gunung merupakan satu aktiviti yang mampu menguji kekuatan fizikal dan minda dalam mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke puncak. A Mendaki C Merentas B Meredah D Memanjat 2 Perutnya berasa setelah makan sepinggan nasi ayam di Restoran Rasa Sayang tengah hari tadi. A mual C mabuk B muak D muntah 3 Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat nasib sesetengah orang kurang upaya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri. A akan C dengan B tentang D terhadap 4 Dalam pergelutan itu, ayah berjaya pisau daripada tangan perompak yang masuk ke rumah kami. A menarik C mencabut B merampas D mengambil 5 Kerja-kerja petroleum giat dijalankan bagi menampung kenaikan harga minyak yang melampau. A mencari gali C membaik pulih B menaik taraf D mengemas kini 6 Gadis dari Jepun itu sedang tekun meneliti cara kakak sarung ketupat dengan menggunakan daun kelapa muda. A membuat C menyimpul B menyulam D menganyam 1 2 3 PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 1 27-Jan-23 9:59:01 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Bahagian A Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya. Pemahaman Petikan (Kertas 1) “Katak bertaring dan bertanduk?” Misa, ibu Talia menyoal apabila peristiwa itu disampaikan kepadanya. Ayahnya, Dodo, menerima kisah itu sebagai khayalan Talia sahaja. Namun, anggapan mereka berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. “Gempal macam disumbat air,” kata salah seorang daripada mereka. “Besar macam mana?” tanya Tok Sibat, ketua suku mereka. “Dua kali kepala kita!” Maka tahulah Talia, haiwan yang dirawatnya itu masih anak lagi. Mereka menambah, empat kakinya berjalur kuning hijau, bercakar panjang. Garang parasnya usah dikata, nyaris terkencing mereka melihatnya. Sempena bunyi istimewa yang dihasilkan oleh makhluk itu, mereka menggelarnya “Raksasa Qadqad”. (Dipetik daripada cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad”, dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata garang parasnya membawa maksud A mempunyai rupa yang jahat. B mempunyai rupa yang ganas. C mempunyai wajah yang bengis. D mempunyai bentuk muka yang hodoh. 2 Bagaimanakah Talia mengetahui bahawa haiwan yang dirawatnya masih kecil? A Berdasarkan rupa paras haiwan tersebut B Berdasarkan saiz taring dan tanduk haiwan tersebut C Berdasarkan saiz badan dan kepala haiwan tersebut D Berdasarkan empat kaki berjalur kuning hijau haiwan tersebut 3 Antara berikut merupakan ciri-ciri Raksasa Qadqad, kecuali A mempunyai taring dan tanduk. B mempunyai badan yang gempal. C kakinya mempunyai jalur kuning hijau. D mempunyai saiz kepala dua kali ganda kepala manusia. “Gempal macam disumbat air,” kata salah seorang daripada mereka. 4 Apakah teknik plot bagi ayat di atas? A Dialog B Monolog C Pemerian D Imbas kembali 5 Apakah peleraian bagi cerpen di atas? A Raksasa Qadqad dijadikan haiwan peliharaan Talia B Talia membantu Binjah menangkap Raksasa Qadqad C Semua Raksasa Qadqad mati dalam serangan Binjah dan pengikutnya D Raksasa Qadqad menghilangkan diri setelah menyerang Binjah dan pengikutnya PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 2 27-Jan-23 9:59:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN NASIHAT Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbul jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, nyatakan cara-cara menjaga kesihatan mental. 2 Berdasarkan Bahan 1, nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan pantun tersebut. 3 “Badan Sihat Otak Cerdas” merupakan salah satu slogan yang sering digunakan oleh kerajaan dalam memastikan rakyat sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif kepada diri individu sekiranya mereka sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental? KBAT Menilai Bahan 1 Bahan 2 PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 3 27-Jan-23 9:59:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Novel (Kertas 1) Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon (iv) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang mempunyai kaitan dengan tema. Persoalan wujud bagi mengukuhkan tema yang ingin disampaikan. Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut dengan mengemukakan contoh peristiwa yang sesuai. Novel Tema Meniti Impian Kegigihan seorang remaja dalam mengejar citacitanya untuk menjadi seorang usahawan Darah Titik di Semantan Semangat patriotik dalam kalangan pejuang negara yang menentang Inggeris Jejak Monpus Kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu sains dan dunia penyelidikan Jalan ke Puncak Kegigihan seorang pemuda membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 4 27-Jan-23 9:59:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 2 TEMA Halaman Buku Teks: 16 – 26 Menimba Ilmu Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A Bahagian B Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan istilah. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut. Berbekalkan keputusan akademik yang gemilang, peluang pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading akan terbuka besar. Pelbagai kemahiran yang akan dikuasai oleh mereka untuk menjadi pelajar yang berketerampilan dan serba boleh. Kejayaan ini sudah pasti membuatkan ibu bapa berasa selesa akan pencapaian anak-anak mereka. 1 Terdapat banyak pepohon yang rendang tumbang akibat ditiup angin kencang semalam. A pohon B pepohon C banyak pohon-pohon D banyak pepohon 2 Adik menyapu beberapa banyak dedaun kering yang bertaburan di halaman rumah. A dedaun B banyak dedaun C beberapa banyak daun D beberapa banyak dedaun 3 Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, berbagai-bagai projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengukuhkan sektor ekonomi negara. A berbagai projek B berbagai projek-projek C berbagai-bagai projek D berbagai-bagai projek-projek 4 Adik mengaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh ibu. A mengaru-garu kepalanya B menggaru kepalanya berkali C mengaru-garu kepalanya berkali D mengaru-garu kepalanya berkali-kali 1 2 3 PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 5 27-Jan-23 9:59:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ilmu itu besar faedahnya, membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya. Jika ilmu tidak diendah, sebab anakanda capak permudah, rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah (Dipetik daripada “Syair Nasihat”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) Sembah Sang Memerang dengan ketakutannya, “Harapkan diampun tuanku, beribu-ribu ampun, telah sebenarnyalah seperti sembah Sang Sebarau itu; mengaku kesalahanlah patik-patik yang kedua ini, titah tuanku patik junjung.” Titah baginda, “Hai Syah Alam di Rimba, menanglah engkau; patut engkau diatkan nyawa anak memerang itu ganti nyawa anak dan bini Sang Sebarau ini yang telah dimakan Sang Memerang itu; bukan salah engkau melainkan salah Sang Memerang sendiri anaknya mati dipijak sekaliannya.” Demikian adanya. (Dipetik daripada prosa tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 di atas, apakah kepentingan ilmu bagi pemimpin? 2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan persoalan yang sesuai dengan bahanbahan tersebut. 3 Guru merupakan insan yang harus dihormati kerana mereka telah menyampaikan pelbagai ilmu yang bermanfaat sehingga mampu mendidik murid-murid menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pada pendapat anda, apakah adab-adab berguru yang betul? KBAT Menilai Bahan 1 Bahan 2 PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 6 27-Jan-23 9:59:02 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Novel (Kertas 1) Bahagian B Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Meniti Impian, karya Osman Ayob (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon (iv) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi Penulis sering mengetengahkan isu impian dan kejayaan dalam setiap karya mereka. Hal ini bagi menaikkan semangat pembaca untuk berusaha dalam mencapai setiap impian. Hal ini bertepatan dengan cogan kata “Usaha Tangga Kejayaan”. Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai kegigihan dalam novel tersebut. Meniti Impian Jejak Monpus Jalan ke Puncak Darah Titik di Semantan Nilai Kegigihan PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 7 27-Jan-23 9:59:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Pemindahan Maklumat (Kertas 1) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Belakangan ini isu berkaitan kesedaran sivik rakyat Malaysia menjadi polemik untuk dibahaskan. Kesedaran sivik merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan, namun perkara ini dilihat semakin luntur dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Persoalannya, siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai murni serta kesedaran sivik kepada rakyat Malaysia? Sudah tentunya kerjasama pelbagai pihak yang merangkumi institusi kekeluargaan, kerajaan dan bukan kerajaan. Melihat kepada situasi semasa yang jelas menunjukkan kesedaran sivik kian terhakis dalam kalangan masyarakat, maka wajarlah subjek Pendidikan Sivik diwujudkan dan diperkenalkan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2019. Guru-guru juga perlu memastikan konsep kesedaran sivik difahami oleh murid-murid dan dipratikkan di sekolah. Pelaksanaan ini merupakan satu daripada wadah pihak kerajaan dalam usaha pembentukan generasi Malaysia yang memiliki semangat patriotisme, mengetahui tanggungjawab serta hak sebagai warganegara, di samping memiliki keperibadian yang tinggi. Masyarakat hari ini tidak terbentuk dalam masa sehari. Pembentukan sikap masyarakat adalah bertitik tolak daripada sikap individu. Sikap individu pula seharusnya dilentur semenjak usia muda pada peringkat anak masih kecil kerana mereka ini akan menjadi anggota dalam komuniti masyarakat pada masa hadapan. Oleh itu, pendidikan sivik yang terbaik seharusnya bermula dari rumah. Dalam hal ini, institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat signifikan. Ibu bapa merupakan antara individu utama dalam menjadi suri teladan anak-anak di rumah yang akan mencorak peribadi mereka. Golongan dewasa dalam komuniti juga perlu menunjukkan contoh yang baik agar menjadi idola anak-anak yang sedang membesar dan memerhati serta mencontohi perlakuan orang sekeliling yang lebih berusia dan rapat dengan mereka. Selain pendidikan sivik yang berterusan, tindakan tegas dan pelaksanaan undang-undang sedia ada yang berkaitan juga haruslah dikuatkuasakan. Masyarakat hari ini menjadi semakin alpa apabila penguatkuasaan undang-undang lemah. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai program yang bertujuan untuk memupuk kesedaran sivik dalam kalangan golongan muda seperti Program Latihan Khidmat Negara. Latihan-latihan yang dijalankan juga akan memberi penekanan pada kepentingan kesedaran sivik dan pembentukan modal insan bagi membina kemandirian dan jati diri agar sikap positif tumbuh subur dalam diri anak-anak remaja. Usaha memupuk kesedaran sivik dalam masyarakat bukanlah suatu usaha yang mudah kerana memerlukan kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak. Setiap orang haruslah sedar bahawa pendidikan sivik tidak sewajarnya kekal sebagai teori dalam bilik darjah tanpa dipraktikkan. Kesedaran sivik perlu diterapkan dalam diri setiap individu khususnya rakyat Malaysia agar menjadi tabiat yang menjadi amalan sepanjang hayat demi kemaslahatan bersama. (Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bernama.com) Bahagian C Rumusan PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 8 27-Jan-23 9:59:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 3 TEMA Halaman Buku Teks: 28 – 40 Kerjaya ke Mercu Impian Bahagian A Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pemahaman Petikan (Kertas 1) PENDAKWA RAYA : Baiklah, yang arif. Bahawasanya kamu, Akikino-komokotoko, pada 20 Mac 1988, telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. HAKIM : Ya … Akikino-komokotoko, adakah kamu faham akan tuduhan yang dikenakan atas kamu? TERTUDUH II : Akakuku taka fakahaka iskitikilaka bekeroko sukusikidiki. PENTERJEMAH : Yang arif, Adapun empunya diri yang bernama Akikino-komokotoko, atau ringkasnya Akinomoto ini tidak faham akan istilah beruk subsidi. HAKIM : Pendakwa raya, harap perincikan istilah beruk subsidi yang tidak difahami oleh Akinomoto. PENDAKWA RAYA : Ya, yang arif … mohon tempoh 2 minit untuk merujuk kamus. (Dipetik daripada drama “Mahkamah”, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia) 1 Berdasarkan petikan, rangkai kata perincikan istilah membawa maksud A merujuk perkataan. B menunjukkan perkataan. C membuktikan perkataan. D menghuraikan perkataan. 2 Apakah tuduhan yang dikenakan ke atas Akinomoto? A Mencuri di stor JKKK Ulu Dungun B Mengambil seekor beruk di dalam stor C Mengambil seekor beruk di Ulu Dungun D Mencuri seekor beruk subsidi kerajaan 3 Berdasarkan petikan drama, apakah latar tempat yang digunakan? A Sekolah B Jalan raya C Stor JKK Ulu Dungun D Ruang perbicaraan mahkamah 4 Apakah tema yang diketengahkan oleh penulis bagi drama di atas? A Kehidupan golongan intelektual B Ketidakadilan sistem kehakiman C Penindasan golongan yang miskin D Keadilan dan kebenaran dalam membuat keputusan 5 Yang berikut merupakan kepentingan perbicaraan mahkamah yang adil dan saksama, kecuali A memastikan tiada pihak yang teraniaya. B membawa pesalah ke muka pengadilan. C memelihara keamanan dan ketenteraman sosial. D memberi peluang kedua kepada mereka yang berbuat salah. PT KSSM BM Tg2 T1-T8 3rd.indd 9 27-Jan-23 9:59:03 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
69 Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 1 Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] Soalan 1 –5 Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan permaisuri menyebabkan sangat disenangi oleh rakyat jelata. A beta B beliau C mereka D baginda Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Kebakaran di rumah panjang tersebut menyebabkan asap memenuhi ruang udara. A menjadi-jadi B berpusu-pusu C berkepul-kepul D menjulang-julang 3 Sikap Aina yang sering menjadi batu api menyebabkan berlakunya persengketaan Siti Zakirah. A antara ….. dan B di antara ….. dan C antara ….. dengan D di antara ….. dengan 4 Shamsul menghadiahkan bunga mawar kepada isterinya yang tercinta sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 tahun. A sepucuk B serawan C sejambak D serumpun 5 Setiap insan yang inginkan kejayaan dalam hidup tidak berputus asa dan terus berusaha walaupun pelbagai onak duri yang merintangi perjalanan hidup mereka. A harus C wajib B pernah D ingin Soalan 6 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 6 I Penyakit barah hati telah menyebabkan berat badan Aidil semakin susut. II Subjek Matematik Tambahan dilihat sebagai subjek yang berat untuk dikuasai oleh para pelajar. III Makanan berat seperti nasi menyebabkan sesetengah individu mudah mengantuk. IV Setiap pihak perlu memandang berat akan kes buli yang sering berlaku di sekolah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 100 Skor Masa: 1 jam 30 minit PT KSSM BM Tg2 UASA 3rd.indd 69 27-Jan-23 10:06:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
70 Soalan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 7 Sharifah rindukan kawan sepermainannya sewaktu kecil apabila terpandang gambar mereka di dalam album gambar. A merindu kawan sepermainannya B rindu akan kawan sepermainannya C merindukan kawan sepermainannya D rindukan kawan sepermainannya Soalan 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 8 I Martabak yang dijual di pasar malam itu enak sekali. II Baju kurung itu kubelikan untuk adik sebagai hadiah hari jadinya. III Alternatif terbaik untuk berjaya adalah dengan berusaha bersunguh-sungguh. IV Tiap hari Sabtu, Mala akan bekerja secara sambilan di pasar raya itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Masalah kesesakan lalu lintas merupakan masalah utama bagi ribuan pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di bandarbandar besar. A Masalah utama bagi beribu-ribu pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di bandarbandar besar ialah masalah kesesakan lalu lintas. B Bandar-bandar besar menyebabkan ribuan pengguna jalan raya terpaksa terkandas dalam kesesakan lalu lintas. C Masalah kesesakan jalan raya sangat meruncing khususnya bagi pengguna lalu lintas di bandar-bandar besar. D Pengguna-pengguna jalan raya di bandar sering menghadapi kesesakan lalu lintas bagi jalan raya utama. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Aisyah belajar dengan bersungguh-sungguh hingga lulus dengan cemerlang kerana dia tahu bahawa . A ukur baju di badan sendiri B muafakat membawa berkat C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni D kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya PT KSSM BM Tg2 UASA 3rd.indd 70 27-Jan-23 10:06:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
71 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. “Varieti padi baru MR220 CLI dan MR220 CL2 yang dikacukkan daripada varieti MR220 ini dijangka dapat mengawal masalah padi angin dan rumput-rampai yang menjejaskan tanaman padi. Kita jangka ini dapat memberi perolehan beras 73.8 peratus dan 75.4 peratus. Tentunya ini lebih baik daripada MR220 yang beri pulangan 61.7 peratus. Sudah terbukti dalam uji kaji hasilnya antara 8480 sehingga 8690 kilogram sehektar.” Alif terhimbau perbualan dengan pegawai pertanian yang sentiasa tidak lokek maklumat dengannya. Dia hafal kebaikan yang bakal diperoleh daripada varieti padi yang diusahakan ini. Benih varieti ini kebal terhadap racun rumpai imidazolodone, dapat menjimatkan penggunaan air melalui pembanjiran sawah yang dilewatkan, dan keadaan ini sekali gus dapat mencegah satu lagi masalah perosak utama, iaitu siput gondang emas. Dengan kos tidak melebihi RM600 sehektar, nilai tuaiannya cukup berbaloi, iaitu dengan pulangan lima kali ganda. (Dipetik daripada cerpen “Menuai Emas”, antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2, KPM) 11 Berdasarkan petikan, perkataan dikacukkan membawa maksud A diawetkan. B diasingkan. C dikahwinkan. D diseimbangkan. Alif terhimbau perbualan dengan pegawai pertanian yang sentiasa tidak lokek maklumat dengannya. 12 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah teknik plot yang sesuai? A Dialog B Saspens C Imbas muka D Imbas kembali 13 Yang berikut merupakan nilai-nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas, kecuali A kegigihan. B kesabaran. C keinsafan. D keyakinan. 14 Berdasarkan petikan di atas, berikut merupakan kelebihan varieti benih padi yang diusahakan oleh Alif, kecuali A melewatkan pembanjiran sawah. B penggunaan air dapat dijimatkan. C mencegah masalah siput gondang emas. D kebal terhadap racun rumpai imidazolodone. 15 Apakah peleraian bagi cerpen tersebut? A Projek perumahan yang telah dirancang tetap diteruskan B Abang Man yang menyerang rumah Alif ditangkap oleh polis C Projek estet padi mini yang diusahakan oleh Alif semakin berjaya D Seramai 15 orang penduduk menarik semula persetujuan mereka untuk menjadikan petak sawah mereka sebagai estet padi mini PT KSSM BM Tg2 UASA 3rd.indd 71 27-Jan-23 10:06:43 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
72 Bahagian B [30 markah] 1 Dalam infografik di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) [2 markah] PT KSSM BM Tg2 UASA 3rd.indd 72 27-Jan-23 10:06:44 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
73 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Mengelakkan diri daripada perdebatan tidak bermakna seseorang itu lemah tetapi dia hanya inginkan ketenangan dalam hidup. (ii) Kita perlulah sentiasa bersopan di dalam tutur kata ketika berbicara agar tidak mengguris perasaan orang lain. [2 markah] 3 Tukarkan ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat yang bersusunan biasa. (i) Pada hari esok, dia akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama-sama keluarganya. (ii) Untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini, setiap individu tidak mengira kaum atau agama haruslah memupuk semangat patriotik dalam diri. [4 markah] 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai (i) (ii) [2 markah] PT KSSM BM Tg2 UASA 3rd.indd 73 27-Jan-23 10:06:45 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
J1 Praktis Topikal Bahasa Melayu Tingkatan 2 – Jawapan Jawapan tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A 1 A 2 A 3 A 4 B 5 A 6 D Bahagian B Kesalahan Pembetulan 1 sambong sambung 2 kejaya kerjaya 3 personality personaliti Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian A 1 C 2 C 3 D 4 A 5 D Pemahaman Petikan (Kertas 1) Bahagian B 1 Bahan 1 – melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan / tidak mengamalkan sesuatu yang haram dan memudaratkan diri / menghindari diri dari perasaan sedih dan risau yang berlebihan Bahan 2 – sentiasa bersyukur / tidak terlalu menghukum diri sendiri / sentiasa menambah ilmu baharu 2 Nilai bagi Bahan 1 – nilai baik hati – nilai rasional – nilai ketabahan 3 Kesan positif – hidup sentiasa tenang dan gembira – sentiasa bertindak secara rasional – disenangi oleh semua orang Novel (Kertas 1) Bahagian B Novel Meniti Impian 1 Persoalan usaha yang membawa kejayaan – Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri 2 Persoalan minat dan kebolehan diri – Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM 3 Persoalan konflik percintaan dalam kalangan remaja – Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza Novel Darah Titik di Semantan 1 Persoalan budaya bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan – Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad bekerjasama dalam pembinaan kubu di Teluk Sengarat dan meronda bersama-sama untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak Inggeris 2 Persoalan keberanian untuk menegakkan keadilan – Datuk Bahaman telah menyerang Desborough dan mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga mereka memperoleh kemenangan 3 Persoalan semangat bersatu padu dalam menghadapi penjajah. – Perjuangan Datuk Bahaman di Semantan turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh, Mat Lela dan para pengikut mereka manakala Mat Kilau dan Tok Gajah menjadi penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang Inggeris Novel Jejak Monpus 1 Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya – Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu kerana Zahar pernah tercedera semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam 2 Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan – Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya 3 Persoalan kebijaksanaan ketua masyarakat semasa membuat keputusan – Tok Ketua Kampung membuat keputusan yang tepat dengan menasihati penduduk kampung agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru untuk mengelakkan pertelingkahan tercetus Novel Jalan ke Puncak 1 Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup – Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri 2 Persoalan keberanian menceburi bidang pertanian – Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau 3 Persoalan semangat setia kawan – Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman, sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek yang diusahakan oleh Laiman walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri tema 2 Menimba Ilmu Sistem Bahasa (Kertas 1) Bahagian A 1 B 2 A 3 C 4 A Bahagian B Kesalahan Pembetulan 1 gemilang cemerlang 2 besar luas 3 selesa bangga PT KSSM BM Tg2 Jawapan 3rd.indd 1 27-Jan-23 9:57:20 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.