The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-01-10 04:12:25

1Masteri Ting4

1Masteri Ting4

PENERBIT ILMU
BAKTI SDN. BHD.

Kandungan

PENERBITPraktis DSKP 1 – 90 Karangan Respons Terhad 91 – 96
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Tema 1 Merealisasikan Impian1Praktis Berformat SPM91

Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera 6 Karangan Respons Terbuka 97 – 108

Tema 3 Memetik Bintang 12 Praktis Berformat SPM 97

Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi 19 Sistem dan Aplikasi Bahasa 109 – 118
Bertuah

Tema 5 Memacu Produktiviti 25 Praktis Berformat SPM 109

Tema 6 Dunia Pelancongan 31 Pemahaman 119 – 135

Tema 7 Demi Kedamaian 36 Praktis Berformat SPM 119

Tema 8 Dalam Lipatan Kenangan 41

Tema 9 Sayangi Malaysiaku 45 Rumusan 136 – 141

Praktis Berformat SPM 136

Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar 50

Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara 56 Ujian Lisan 142 – 149
Berwibawa
Ujian Bertutur 142
Tema 12 Asli dan Kontemporari 61 Ujian Mendengar 145

Tema 13 Segalanya Bermula di Sini 66 Kertas Model SPM 150 – 166

Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku 72

Tema 15 Angin Perubahan Membadai 79

Tema 16 Dipimpin untuk Memimpin 85

TEMA Merealisasikan Impian

1

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Praktis PBD
PENERBIT
ILMUS.P 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
BAKTI SDN. BHD.dengan jelas dan betul.

Objektif Murid sekurang-kurangnya dapat mendengar, mengenal dan menyebut tiga rangkai kata dan istilah dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan
betul.


Baca berita di bawah dengan nada yang sesuai. Kemudian, sebut rangkai kata yang bercetak tebal
dengan jelas dan kuat.

BANGI, 1 OGOS – Angka lapan menjadi tuah buat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) apabila
dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali kelapan berturut-turut dalam temasya Sukan Institusi
Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019. Kemenangan ini bukan sahaja merupakan kejuaraan kelapan buat
MSSM, tetapi angka lapan turut membabitkan lapan kontinjen yang bertanding, lapan jenis sukan, acara
yang berlangsung selama lapan hari dan temasya yang berlangsung pada bulan Ogos.
MSSM turut unggul apabila tujuh daripada atlet mereka menjadi sebahagian daripada atlet yang
mencipta rekod baharu kejohanan membabitkan dua jenis sukan, iaitu olahraga dan renang.
Gelaran naib juara keseluruhan menjadi milik pencabar terdekat, iaitu Majlis Sukan IPTS Malaysia
(MASISWA) dengan kutipan 29 emas, 24 perak dan 19 gangsa manakala tempat ketiga menjadi milik
Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan 22 emas, 28 perak dan 31 gangsa.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, Ogos 2019)

Berikan maksud rangkai kata dan istilah di bawah. Maksud
Perkataan

menjadi tuah mendatangkan keuntungan/nasib yang baik

temasya pertunjukan; peristiwa yang kelihatan

kontinjen sekumpulan orang yang mewakili sesebuah negara dalam sukan

unggul ulung

mencipta rekod menghasilkan/mengukir pencapaian

pencabar terdekat pesaing rapat

Markah 1 2 3 4 (6 markah)
4
Tahap 1 2 3 56
Penguasaan 56

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

1

01 maintext BMF4 4P.indd 1 1/5/23 11:47 AM

KEMAHIRAN MEMBACA

S.P 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.

Objektif Murid sekurang-kurangnya dapat membaca satu teks syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
yang wajar.

PraktisPENERBIT PBDBaca syarahan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
ILMUyang wajar.
BAKTI SDN. BHD.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif panel hakim, dif kehormat, rakan pelajar dan hadirin
sekalian, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri kerana menjemput saya menyampaikan syarahan
bersempena dengan kempen Sukan untuk Semua. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan
yang bertajuk “Kelebihan Penganjuran Sukan Antarabangsa”.
Bagi sukan bertaraf dunia, sesebuah negara akan diundi sebagai penganjur atau tuan rumah.
Isunya, adakah akan berlaku pembaziran seandainya negara kita dipilih sebagai tuan rumah sukan
bertaraf antarabangsa? Dalam hal ini, kita perlu berfikiran rasional dengan melihat impak jangka panjang
penganjuran sukan tersebut yang akan membawa kebaikan kepada warga Malaysia dan negara kita.

Sidang hadirin yang dihormati,
Antara faedah penganjuran sukan ini ialah kemudahan sukan yang lengkap dapat dimiliki oleh negara
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pelbagai persiapan harus disediakan oleh Malaysia sebelum
menjelangnya sukan bertaraf antarabangsa. Kemudahan tersebut merangkumi aspek naik taraf stadium,
membina gelanggang sebagai arena dan melengkapkan prasarana kawasan sekitarnya. Kesannya, atlet
dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap acara yang disertai oleh mereka semasa pertandingan
dijalankan.
Jika dikaji dari perspektif yang lain, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa juga dapat mencungkil
bakat atlet bagi melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia. Kedatangan atlet dari luar negara ketika
temasya sukan memberikan pengalaman kepada masyarakat setempat yang turut serta sebagai
penyokong. Masyarakat setempat bukan sahaja dapat memberikan sokongan kepada atlet pujaan
mereka bahkan dapat memupuk minat mereka dalam acara yang disertai oleh atlet tersebut.

Sidang pendengar sekalian,
Jika ditinjau dengan lebih teliti, penganjuran acara sukan bertaraf dunia juga sinonim dengan sektor
ekonomi, iaitu memajukan pelancongan di negara kita. Dengan penganjuran sukan bertaraf dunia dapat
menarik kedatangan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Menurut data dari Jabatan Pelancongan
Malaysia, kemasukan pelancong dari luar negara ke negara kita meningkat dengan drastik tatkala sukan
bertaraf dunia dianjurkan oleh Malaysia.
Akhirnya, penganjuran sukan bertaraf dunia dapat membawa impak yang positif kepada tuan rumah.
Impak tersebut bukan hanya berbentuk material malah yang lebih penting lagi ialah kerjasama yang
terjalin dengan negara yang mengambil bahagian.
Sekian, terima kasih.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.isumasyarakat.my/, 26 Julai 2018)

Tahap 1 2 3 456
Penguasaan
Sebutan masih
Kriteria Sebutan tidak Sebutan kurang lancar dan Sebutan lancar Sebutan jelas dan Sebutan jelas,
lancar dan gagap lancar mendatar dan mendatar intonasi betul intonasi betul dan
nada yang sesuai

Tarikh Pentaksiran

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................

2

01 maintext BMF4 4P.indd 2 1/5/23 11:47 AM

Berdasarkan petikan pada halaman 2, baca petikan dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua Praktis PBD
kata majmuk yang telah mantap. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

PENERBITKata Tunggal Contoh Ayat
ILMU
BAKTI SDN. BHD.sukanRumah Delima telah menjuarai acara sukan badminton antara rumah sukan.

ekonomi Sektor pelancongan sangat penting untuk meningkatkan ekonomi negara.

Kata Majmuk Contoh Ayat

antarabangsa Budin telah memenangi pertandingan robotik peringkat antarabangsa yang berlangsung di Berlin.

kerjasama Setiap pelajar perlu menunjukkan sikap kerjasama dalam kelas jika mahu kelas sentiasa bersih dan ceria.
(4 markah)

Tahap 1 2 3 4 5 6
Penguasaan 1 Markah 1 Markah 2 Markah 3 Markah 4 Markah 4 Markah

Markah

Tarikh
Pentaksiran

Tandatangan Guru: ........................................................................................... Tarikh: ......................................................
3

01 maintext BMF4 4P.indd 3 1/5/23 11:47 AM

KEMAHIRAN MENULIS

S.P 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul mengikut konteks.

Objektif Murid sekurang-kurangnya dapat menulis untuk membina empat ayat bagi kata dan istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul
mengikut konteks.

PraktisPENERBIT PBDBaca laporan di bawah dengan teliti. Senaraikan perkataan dan rangkai kata yang bercetak tebal
ILMUberserta maksud. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
BAKTI SDN. BHD.perkataan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Laporan Hari Sukan
Sekolah Sultanah Engku Tun Aminah 20__

Pada tanggal 14 Februari 20__ yang lalu, Sekolah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) telah mengadakan
hari sukan tahunan. Tujuan hari sukan diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dalam
diri pelajar. Hal ini disebabkan hari sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan
kerana bakat ini perlu digilap untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat yang
lebih tinggi.
Pada pukul 8:00 pagi, pelajar berkumpul di bawah khemah mengikut rumah sukan masing-masing.
Atlet pula melakukan regangan untuk mengelakkan kekejangan otot. Antara acara yang dipertandingkan
dalam sesi pertama ialah acara 400 meter, 800 meter dan 1500 meter. Sesi kedua berlangsung pada jam
10:00 pagi dengan acara mencari jaguh pecut sekolah, iaitu acara 100 meter dan 200 meter. Seterusnya,
acara lari 4x400 meter menjadi acara tumpuan sukan pada hari itu. Suasana hari sukan riuh-rendah
dengan sorakan dan tepukan pelajar dan ibu bapa yang memberikan sokongan.
Pada waktu tengah hari, berlangsung acara kemuncak temasya sukan sekolah. Pelbagai
persembahan disajikan mengikut kreativiti masing-masing. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP
PIBG SETA yang seterusnya merasmikan temasya sukan tahunan sesi 20__. Majlis diserikan lagi dengan
acara penyampaian hadiah kepada rumah sukan mengikut beberapa kategori. Johan keseluruhan bagi
acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah Delima, naib johan pula disandang oleh rumah Topaz
manakala rumah Nilam mendapat tempat ketiga diikuti dengan rumah Zamrud. Ayam tambatan rumah
Delima, Mohd Zarif Ehsan Abu Bakar dinobatkan sebagai olahragawan terbaik manakala Amirah Ashiqin
Ali sebagai olahragawati terbaik.
Akhir sekali dapat disimpulkan bahawa sukan di negara kita telah giat berkembang. Banyak acara
sukan diadakan untuk memajukan sukan tertentu. Oleh hal yang demikian, setiap individu haruslah bergiat
aktif dalam bidang sukan seterusnya dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Penyertaan
Malaysia pada peringkat antarabangsa dapat menjadikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama
tinggi dengan negara maju yang lain.

Laporan disediakan oleh, 20 Februari 20__

Melissa Sarah

(Melissa Sarah binti Daniel)
Editor Majalah E-sukan,
SMK SETA.

4

01 maintext BMF4 4P.indd 4 1/5/23 11:47 AM

Maksud Ayat Praktis PBD

menyemai semangat Kita perlu menyemai semangat cinta akan negara sejak kecil lagi dengan mengibarkan
menanam jiwa/kesungguhan bendera pada Hari Kebangsaan.

PENERBITdigilap Kasut kulit ayah kelihatan berkilat selepas digilap oleh adik saya.
ILMUlicin berkilat
BAKTI SDN. BHD.
jaguh pecut Watson Nyambek merupakan bekas jaguh pecut negara.
juara pantas/juara larian

riuh-rendah Suasana di pasar malam itu riuh-rendah dengan suara penjual dan pembeli.
menjadi bising

disandang Jawatan ketua kelas telah disandang oleh Liew Kit Kong.
dijawat

dinobatkan Dr. Faisal telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sains Negara.
dianugerahkan

giat berkembang Pegawai insurans itu giat berkembang untuk memasarkan produk insurans yang baharu.
aktif bergerak

duduk sama rendah berdiri Kita perlu meningkatkan ekonomi negara agar dapat duduk sama rendah berdiri sama
sama tinggi tinggi dengan negara luar.

sama taraf

Markah 1 2 3 456
456
Tahap 1 2 3
Penguasaan Tarikh: ......................................................

Tandatangan Guru: ........................................................................................... 1/5/23 11:47 AM

5

01 maintext BMF4 4P.indd 5

Sistem dan Aplikasi Bahasa

Praktis Berformat SPM

Praktis 1
PENERBIT Imbas Kod QR untuk muat turun
ILMU
BAKTI SDN. BHD.Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan.

Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata sendi nama. Kemudian, bina satu
ayat anda sendiri daripada setiap kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Telefon bimbit bagi remaja melangkaui kegunaan asasnya. Telefon bukan sahaja sebagai perkakas dalam
perhubungan, tetapi sebagai perkakas yang memenuhi cita rasa dengan pelbagai perisian yang terdapat
di dalamnya. Apakah keperluan telefon bimbit kepada remaja? Adakah telefon bimbit sekadar untuk bertanya
khabar kawan-kawan? Sekiranya itulah peranannya, telefon di rumah tidak digunakan seperti telefon bimbit
yang menjadi teman paling penting bagi remaja. Hal ini menunjukkan bahawa sektor pengiklanan telah
berjaya memintas psikologi remaja bahawa perkakas ini penting untuk kelihatan setara dengan remaja lain.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Fokus: Pembaziran Akibat Perubahan”
oleh Ku Nurul Afiqah, Dewan Siswa, Mac 2008)

(6 markah) SPM

1 Kata sendi nama: dengan Sistem dan Aplikasi Bahasa
Ayat: Saya datang ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

2 Kata sendi nama: kepada
Ayat: Ayah memberikan hadiah kepada adik semasa sambutan ulang tahun kelahirannya.

3 Kata sendi nama: untuk
Ayat: Setiap rakyat mesti bersatu padu untuk kemakmuran negara.

Sintaksis

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda
pilih seperti yang berikut:

Subjek: Predikat:
Setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Sebanyak 45 peratus daripada sampah
tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus ialah bahan lain. Kebanyakan rakyat Malaysia
suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Longgokan sampah terjadi kerana isi
rumah membuang apa-apa yang tidak diperlukan oleh mereka. Pendidikan memainkan peranan utama
untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah”
oleh Amlir Ayat, Dewan Masyarakat, November 2010)
(6 markah)

109

01 maintext BMF4 4P.indd 109 1/5/23 11:48 AM

1 Setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari.
Subjek: Setiap rakyat Malaysia

Predikat: membuang dua kilogram sampah sehari.

2 Kebanyakan rakyat Malaysia suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan.
Subjek: Kebanyakan rakyat Malaysia

Predikat: suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan.

3 Pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.
Subjek: Pendidikan

Predikat: memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.
BAKTI SDN. BHD.
Penyuntingan
Iklan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
Anda tidak perlu menyalin iklan tersebut.

Sistem dan Aplikasi BahasaSAYEMBARA PENULISAN NOVEL SEJARAH UNTUK REMAJA DBP – PSM 2021ILMU

Anjuran bersama:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA & PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) akan
merasmikan Sayembara Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja. Sayembara ini terbuka pada warga

negara Malaysia tanpa had umur.

Sayembara penulisan ini bertujuan menyemarakan hobi golongan remaja terhadap sejarah melalui
SPM teknik sastera yang kesannya dilihat lebih kuat dan menyebar secara dwifungsi, iaitu penyebaran fakta

dan kenikmatan estetik! Hadiah lumayan ditawari kepada pemenang:

Pertama: RM8000.00
Kedua: RM6000.00
Ketiga: RM2000.00 x 5 orang (RM10,000.00)
PENERBIT
Tarikh tutup sayembara ialah pada 30 June 2021.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung:

Urusetia,
Sayembara Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja DBP – PSM,

Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Penerbitan, Aras 19, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 kuala lumpur.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila layari
laman sesawang resmi DBP, www.psm.org.my
emel: [email protected]

(11 markah)

110

01 maintext BMF4 4P.indd 110 1/5/23 11:48 AM

Salah Betul

merasmikanPENERBIT menganjurkan SPM
pada ILMU kepada
warga negara BAKTI SDN. BHD. warganegara
menyemarakan menyemarakkan
ialah adalah
June Jun
Urusetia Urus Setia
berhubung hubungi
kuala lumpur Kuala Lumpur
resmi rasmi
emel e-mel

Bahasa Melayu Standard Sistem dan Aplikasi Bahasa
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian
semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah
menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi,
seorang pun tak bertemu.”

(Dipetik daripada prosa “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam Antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istabul, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(6 markah)
Pada keesokan hari, orang kaya pun mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian semalam. Lalu raja hairan dan
bertitah kepada Temenggung, “Wahai Temenggung, mereka berkawal atau tidak malam itu?” Lalu jawab Temenggung, “Daulat
Tuanku Syah Alam, patik sudah menyuruh orang berkawal semalam tetapi tiada seorang pun yang bertemu dengan pencuri
itu.”
Lalu jawab Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik sudah menyuruh orang berkawal semalam tetapi tiada seorang
pun yang bertemu dengan pencuri itu.”

111

01 maintext BMF4 4P.indd 111 1/5/23 11:48 AM

Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan.

Berkat dan usaha Aiman dalam pelajaran menyebabkan dia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Walaupun Aiman berasal daripada keluarga miskin, kemiskinan bukanlah penghalang untuknya mencapai
kejayaan. Dia belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. Selain itu, Aiman juga tidak lupa akan jasa
dan pengorbanan ibu dan bapanya.
BAKTI SDN. BHD.
(6 markah)

1 menara gading
2 usaha tangga kejayaan
3 ulat lupakan daun/kacang lupakan kulit

Praktis 2Sistem dan Aplikasi BahasaILMU

Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata ganda. Kemudian,
bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Kaunselor membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minat. Hal ini penting agar segala
tindakan yang bakal dilakukan oleh murid selaras dengan apa-apa yang diingini agar mereka berpeluang
untuk membuat perancangan masa depan untuk mencapai matlamat hidup. Dalam masa yang sama,
kaunselor bertanggungjawab untuk membimbing murid memanfaatkan peluang untuk penyempurnaan
SPM kendiri. Pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan kaunseling akan membolehkan kaunselor
memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar. Dalam hal ini, mereka akan
dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya dan jiran-jiran. Selain itu,
kaunselor juga dapat memupuk nilai-nilai dalam diri murid melalui sesi kaunseling yang dijalankan.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Memanfaatkan Khidmat Kaunselor”
oleh Nadiah Naural, Dewan Siswa, April 2012)

(8 markah)

Kata kerja: membantu, membimbing
Ayat: Saya membantu ibu menyiapkan sarapan pada setiap pagi.
Ibu bapa berperanan mendidik serta membimbing anak-anak ke arah pembentukan sikap terpuji dalam diri mereka.
Kata ganda: apa-apa, nilai-nilai
Ayat: “Buatlah apa-apa yang berfaedah semasa cuti sekolah nanti,” kata ayah kepada adik.
Penerapan nilai-nilai murni mampu melahirkan masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain.
PENERBIT

112

01 maintext BMF4 4P.indd 112 1/5/23 11:48 AM

Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Pengetua ialah peneraju kepemimpinan sekolah. Seseorang pengetua perlu mempunyai bakat kepimpinan
yang dapat membimbing anak buahnya. Kepimpinan yang berkualiti mampu memacu kejayaan sekolah
dan meningkatkan prestasi akademik murid. Pengetua perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti isu
dan strategi, sama ada yang berkaitan dengan akademik, bukan akademik dan disiplin murid. Kemahiran
ini perlu dimiliki oleh semua pengetua yang mahu akan sekolah yang dipimpin oleh mereka disegani oleh
masyarakat. Seseorang pengetua hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pengetua Transformasi Pendidikan Negara”
oleh Izani Hj. Daud, Dewan Siswa)

(6 markah)
1 Perlu mempunyai bakat kepimpinan seseorang pengetua yang dapat membimbing anak buahnya.
2 Perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti isu dan strategi, sama ada yang berkaitan dengan akademik, bukan akademik
dan disiplin murid pengetua.
3 Hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi seseorang pengetua.

SPM
PENERBIT
ILMU Sistem dan Aplikasi Bahasa
BAKTI SDN. BHD.
Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Keruntuhan akhlak ditakrifkan sebagai pelakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan
kepada masyarakat ataupun negara. Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia pada
segenap penjuru dunia ini tentang isu keruntuhan akhlak remaja. Sering terpampang di dada akhbar, berita
yang mengguris hati yang menunjukkan keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan akhir-akhir
ini. Isu ini tidak seharusnya dipandang reneh kerana jika tidak diselesaikan segera, hal ini akan menjadi
parah. Kini, persoalan yang sering menerjah bernak kita, apakah sebenarnya peranan masyarakat dalam
menangani keruntuhan akhlak remaja?
Kita sebagai anggota masyarakat perlu banyak mengadakan aktiviti seperti hari keluarga ataupun
gotong royong. Dengan penglibatan dalam aktiviti yang berfaedah, mereka dapat terhindar diri daripada
terlibat dalam gejala sosial. Dalam masa yang sama, apabila aktiviti berfaedah seperti ini dijalankan
silaturrahim antara masyarakat, ahli keluarga dan remaja akan menjadi semakin erat.

(9 markah)

113

01 maintext BMF4 4P.indd 113 1/5/23 11:48 AM

Salah Betul

pelakuan BAKTI SDN. BHD.perlakuan
pada di
mengguris menggores
reneh remeh
sebab kerana
remaja. remaja?
gotong royong gotong-royong
terhindar menghindarkan
silaturrahim silaturahim

Bahasa Melayu StandardSistem dan Aplikasi BahasaILMU
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan
pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke
rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat
ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya
berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana
SPM Hulubalang Ratu Melaka.”

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam Antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istabul, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(6 markah)
Pada masa itu, Kertala Sari sudah pulang dari Daha dengan memperoleh harta daripada emas dan perak, pakaian, wang
berpuluh-puluh juta yang dicurinya daripada banyak orang. Setelah Kertala Sari sampai ke rumahnya, dia pun bertanya kepada
ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah perginya bapaku kerana aku tidak melihatnya?” Setelah ibunya mendengar kata anaknya
itu lalu ibunya pun menangis lalu berkata, “Wahai anakku, bapa kamu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu yang bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
PENERBIT

114

01 maintext BMF4 4P.indd 114 1/5/23 11:48 AM

Peribahasa

Baca peribahasa yang diberi. Kemudian, lengkapkan peribahasa tersebut.

1 Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

2 Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata
PENERBIT
ILMU3 Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
BAKTI SDN. BHD.
4 Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
5 Bapa borek , anak rintik

6 Indah khabar daripada rupa

(6 markah)

Praktis 3

Morfologi SPM
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata hubung pancangan.
Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama dan kata hubung pancangan tersebut untuk Sistem dan Aplikasi Bahasa
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Disiplin perlu dititikberatkan kerana disiplin merupakan kawalan dalaman terhadap diri seseorang supaya
tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin
sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu
meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Disiplin Perisai Kawalan Diri”
oleh Izani Hj. Daud)

(8 markah)

Kata nama: disiplin, pelajar
Ayat: Pelajar yang menjaga disiplin kebiasaannya akan cemerlang dalam pelajaran.
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Kata hubung pancangan: kerana, supaya
Ayat: Kamal termenung kerana dia terlalu sedih.
Kita mesti belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

115

01 maintext BMF4 4P.indd 115 1/5/23 11:48 AM

Sistem dan Aplikasi BahasaSintaksis BAKTI SDN. BHD.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat tunggal tanpa
mengubah maksud asalnya.ILMU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sivik bererti ilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab terhadap
masyarakat. Perkara utama yang sering ditekankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad dalam pendidikan adalah untuk menumpukan dan menerapkan nilai murni kepada pelajar.
Menurut beliau, pada masa ini ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mempunyai waktu yang cukup untuk
mendidik anak-anak. Melalui mata pelajaran ini, anak bangsa akan mengenal nilai murni dan etika. Pihak
swasta telah tampil untuk mempromosikan nilai sivik yang diajarkan di sekolah agar dapat dipromosikan
kepada masyarakat umum.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Mengapakah Pendidikan Sivik Diperkenalkan?”
oleh Dr. Maszlee Malik, Dewan Siswa, Bil. 10/2019)

(6 markah)

1 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sivik bererti ilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab terhadap
masyarakat.
(a) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sivik bererti ilmu tatarakyat terhadap masyarakat.
(b) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sivik bererti perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat.

2 Menurut beliau, pada masa ini ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mempunyai waktu yang cukup untuk
mendidik anak-anak.
(a) Menurut beliau, pada masa ini ibu bapa sibuk bekerja.

SPM (b) Menurut beliau, pada masa ini ibu bapa tidak mempunyai waktu yang cukup untuk mendidik anak-anak.

3 Pihak swasta telah tampil untuk mempromosikan nilai sivik yang diajarkan di sekolah agar dapat dipromosikan
kepada masyarakat umum.
(a) Pihak swasta telah tampil untuk mempromosikan nilai sivik yang diajarkan di sekolah.
(b) Nilai sivik yang diajarkan di sekolah dapat dipromosikan kepada masyarakat umum.
PENERBIT

116

01 maintext BMF4 4P.indd 116 1/5/23 11:48 AM

Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

PENERBITSelepas erateknologi maklumat dan komunikasi (TMK), dunia sekarang menumpukan prihatin kepada
ILMUbidang bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek penyelidikan. Hal ini bertepatan
BAKTI SDN. BHD.dengan takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal dari gabungan biology dan teknologi yang
bermaksud penggunaan sains untuk penghasilan bahan lain yang boleh dimanfaatkan bersama. Bidang
ini mengaplikasikan ilmu pengetahuan demi keamanan manusia. Bidang ini menjadi kunci pemacu
kemajuan yang diperlukan untuk menggubah proses pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru
meningkatkan imej sektor pertanian yang sekian lama dilihat sebagai sektor kelas ke-dua dibandingkan
dengan sektor pembuatan dan automotif. Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri
bahan buangan atau sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baru yang
boleh dimanfaatkan. Bidang ini dianggap sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan kemakmuran
kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan dalam bidang ini tidak menggunakan unsur kimia untuk
menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya menggunakan mikroorganisme, sel dan molekul
untuk tujuan tertentu.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Bidang Bioteknologi: Malaysia
Mula Mengukir Nama”, Dewan Masyarakat, Ogos 2005)

(9 markah)

SPM

Salah Betul Sistem dan Aplikasi Bahasa

erateknologi era teknologi

prihatin perhatian

dari daripada

biology biologi

keamanan kesejahteraan

menggubah mengubah

ke-dua kedua

baru baharu

mikroorganisme mikroorganisma

117

01 maintext BMF4 4P.indd 117 1/5/23 11:48 AM

Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata,
“Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang
Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu
marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(6 markah)

Setelah ibunya mendengar pertanyaan anaknya itu, maka ibunya pun menangis lalu berkata, “Wahai anakku, bapamu itu sudah
mati kerana dibunuh oleh seorang Melayu yang bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar
jawapan daripada ibunya, maka Kertala Sari berasa sangat marah dan berkata, “Siapa yang menyuruh untuk membunuh bapaku
itu supaya Majapahit ini habis dibinasakan?”
BAKTI SDN. BHD.
Sistem dan Aplikasi Bahasa
Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan tiga peribahasa, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut.
ILMU
SPM Pepatah Melayu ada menyebut tak kenal maka tak cinta, yang jelas menunjukkan bahawa perlunya proses
mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita. Dengan mengenali bahasa
kebangsaan kita, kita sentiasa dapat menyemai sikap cinta akan negara walau di mana kita berada. Jika kita
sudah terbiasa untuk bertutur dalam Bahasa Melayu, kita akan menjadi alah bisa, tegal biasa. Terbuktilah
bahawa penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan mampu menjadikan kita memartabatkan negara
kita sendiri. Dalam konteks ini, martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga. Bahasa Melayu wajar
diletakkan pada kedudukan teratas agar mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-
bahasa lain.
PENERBIT
(6 markah)

Peribahasa Maksud

Tak kenal maka tak cinta Apabila tahu, baru timbul suka

Alah bisa, tegal biasa Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Kedudukan yang setaraf antara satu dengan yang lain serta tiada perbezaan


118

01 maintext BMF4 4P.indd 118 1/5/23 11:48 AM

Pemahaman

Praktis Berformat SPM
PENERBIT
ILMUPraktis 1 Imbas Kod QR untuk muat turun
BAKTI SDN. BHD.
Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan.

Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kesusasteraan Melayu merupakan bidang ilmu berbentuk kreatif yang mencakupi segenap perihal
kehidupan masyarakat Melayu, termasuklah sejarah perkembangan bangsa, bentuk pemikiran, penciptaan
karya sastera dan reaksi terhadap karya itu sendiri. Bidang keilmuan ini merupakan hak milik masyarakat
Melayu dan “hidup” dalam diri mereka sejak dahulu lagi.
Namun begitu, dalam arus kemodenan dan kemajuan pada masa ini, kesusasteraan Melayu seakan-
akan dilupakan dan dipinggirkan oleh setiap lapisan masyarakat. Sastera dianggap tidak penting dan tidak
lagi dilihat sebagai pedoman dan panduan bagi sesetengah masyarakat Melayu.
Yang sedihnya ada segelintir masyarakat mengatakan bahawa nilai sastera seperti puisi dan pantun
tidak boleh menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang maju. Malah, ada juga yang mengatakan
bahawa kesusteraan Melayu pada masa ini sudah tidak relevan dalam era ketamadunan yang serba
moden.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Usah Dinafikan Kepentingan Sastera”,
Dewan Siswa, Bil. 7/2018)

Bahan 2 SPM

Sastera sering kali dikaitkan dengan sesuatu gaya bahasa atau keindahan yang terdapat dalam sesuatu Pemahaman
bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sastera ditafsirkan sebagai bahasa yang digunakan dalam
kitab. Ada juga yang berpendapat bahawa sastera ini dimiliki oleh individu yang berjiwa halus atau seni
disebabkan asal perkataan ini daripada bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci.
Dunia sastera semakin dipandang sepi. Disebabkan kurang kesedaran dan penghayatan dalam diri
remaja sejak awal lagi, mereka tidak gemar akan karya sebegini. Mereka menganggap orang sastera suka
berkhayal. Sastera seperti tidak diperlukan lagi dalam kehidupan di dunia yang serba moden ini. Akhirnya,
tidak mustahil karya sastera akan pupus dan dianggap ketinggalan sekiranya tidak dipertahankan dan
diamalkan dalam kehidupan oleh remaja yang menjadi pewaris khazanah ilmu ini.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Nilai Sastera Membentuk Diri Remaja”
oleh Dayang Sakini Mohd Kadri, Dewan Siswa, Bil. 7/2018)

119

01 maintext BMF4 4P.indd 119 1/5/23 11:48 AM

1 Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud frasa dipandang sepi. [2 markah]
Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa dipandang sepi ialah dilihat sunyi.

2 Berdasarkan semua bahan, nyatakan cabaran yang dihadapi oleh dunia sastera. [3 markah]
PemahamanPENERBIT
ILMUBerdasarkan semua bahan, cabaran yang dihadapi oleh dunia sastera ialah ada segelintir masyarakat mengatakan bahawa
BAKTI SDN. BHD.
nilai sastera tidak boleh menjadikan negara kita sebagai negara yang maju dan remaja menganggap orang sastera suka

berkhayal serta tidak diperlukan lagi dalam kehidupan di dunia yang serba moden ini.

[3 markah]
3 Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari karya sastera? KBAT

Pada pendapat saya, kepentingan mempelajari karya sastera ialah kita akan memperoleh pelbagai pengajaran yang

berguna dan akan melahirkan generasi yang suka berfikir. Selain itu, pembacaan karya sastera akan dapat memperluas

perbendaharaan kata, terutamanya untuk murid sekolah.

4 Masyarakat tidak lagi mementingkan sastera tradisional yang diagungkan oleh generasi dahulu.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil agar sastera ini akan terus diminati oleh generasi kini.

KBAT [4 markah]
Langkah yang boleh diambil ialah ibu bapa harus mendidik anak mereka dengan pelbagai sastera tradisional seperti cerita

rakyat Bawang Merah, Bawang Putih dalam usaha mempertahankan sastera tradisional. Selain itu, pihak media massa

perlu mendedahkan masyarakat kepada keunikan dan keindahan sastera tradisional seperti syair, gurindam dan seloka dan

guru bahasa juga harus menyusun strategi untuk mengajar sastera tradisional dengan lebih efektif.

Petikan Sastera
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SPM
Bahan 1

Sekali lagi Hakim menghentikan lamunanku. Dia menjuih bibirnya menunjukkan isyarat ke arah ayah yang
sedang berada di luar pagar sekolah. Melihat sahaja kelibat ayah, aku berlari pantas menuju ke arahnya
lantas terus mendakap ayah seerat-eratnya. Ayah kelihatan tercengang namun tidak pula ditolaknya
aku. Dalam pelukan itu, aku terasa nyaman dan tenang. Tanpa aku sedar rupanya air mataku sudah
membasahi baju ayah.
“Humairah minta maaf, ayah. Humairah sayang ayah. Maaf, Humairah sudah jauh sangat daripada
ayah selama ni. Humairah sudah tinggalkan ayah.” Ayah tidak mengucapkan sepatah kata. Namun aku
melihat matanya sudah merah. Aku meleraikan pelukan untuk memberikan laluan kepada ayah melihat
Hakim yang sedang belajar rehat sendirian pada hari pertama persekolahannya.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Anugerah Ayah” oleh
Saidatul Mazlina Najwa Mazlan, Dewan Siswa, Bil. 7/2018)

120

01 maintext BMF4 4P.indd 120 1/5/23 11:48 AM

Rumusan

Praktis Berformat SPM
RumusanPENERBIT
ILMUPraktis 1 Imbas Kod QR untuk muat turun
BAKTI SDN. BHD.
Imbas Kod QR untuk mendapatkan tip
menjawab soalan.

Bahan 1: Petikan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang etnik dan
keturunan. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip yang jitu
untuk mengekalkan perpaduan. Namun hakikatnya, apakah tahap perpaduan kita? Peristiwa 13 Mei
memaparkan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi. Dalam usaha membendung masalah
ini kerajaan menyedari bahawa banyak kepentingan yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat
dikukuhkan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum
di Malaysia dapat menerima antara satu dengan yang lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran
sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Imej negara dapat ditingkatkan dengan semangat
perpaduan hasil daripada kerjasama seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan
agama tanpa timbulnya sebarang masalah.
Rukun Negara menjadi platform untuk membimbing masyarakat ke arah perpaduan kerana tanpa
perpaduan di manakah letaknya nilai jati diri kita? Oleh itu, rukun negara yang diperkenalkan oleh kerajaan
dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, masyarakat Malaysia hendaklah
mengamalkan sikap keterbukaan yang perlu disemai sejak kecil. Ibu bapa juga memainkan peranan
besar dalam membentuk sikap yang mulia ini dalam diri anak-anak, lagipun ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Oleh itu, ibu bapa bukan sahaja perlu memahami bahawa tanggungjawab mendidik
anak-anak tidak terhad kepada sikap keterbukaan tetapi juga kepada soal adab, asuhan keagamaan dan
pembentukan jati diri. Anak-anak juga perlu diterapkan dengan nilai murni yang universal.
Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui
pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan sebagai satu proses
dinamik untuk merapatkan masyarakat di negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk memainkan peranan masing-masing dalam
menerbitkan semangat perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang lain agar dapat membangunkan
ekonomi negara.

SPM (Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan: Di Manakah Penghujungnya”

oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, Mstar Online, Februari, 2012)

136

01 maintext BMF4 4P.indd 136 1/5/23 11:48 AM

Bahan 2: Syair

Syair Amalan Hidup Bersatu

Syair karanganku amalan bersatu, Warga bersatu teras wawasan,
Sefahaman di hati terkunci jitu, Sejahtera digenggam maju berterusan,
Sepakat dijalin sudahlah tentu, Di taman bunga mekar warisan,
Gemerlapan hidup sinar bermutu. Tiada pemisah sepanjang garisan.
PENERBIT
ILMU Bersatu umpama lidi seberkas, Benteng perpaduan mestilah ampuh,
BAKTI SDN. BHD.Cabaran menduga diusir lekas, Walau apa cabaran merempuh,
Kuat bangsa perkasa tangkas, Semangat bersatu janganlah rapuh,
Tentang anasir bersama bingkas. Bimbang ekonomi terkulai lumpuh.

Bersatu tidak berpecah belah, Perpaduan kunci kemakmuran negara,
Suara berpadu elak berbalah, Bersatu menghirup bayu sejahtera,
Tabur fitnah perlakuan salah, Nikmat kemajuan tiada tara,
Angkara kesilapan musuh mencelah. Keamanan usah berkocak gelora.

Amalan bersatu dan bekerjasama, (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
Matlamat wawasan paling utama, “Syair Amalan Hidup Bersatu” oleh Nazim
Perpaduan kaum lakar bersama,
Tiada prasangka sebesar hama. Mohd Subari, Endau, Johor, Dewan Siswa,
Bil. 07/2018)

Rumusan membincangkan usaha-usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan kepentingannya. SPM
Antara usaha memupuk perpaduan adalah dengan memperkenalkan Rukun Negara oleh pihak kerajaan. Selain itu, masyarakat
Malaysia hendaklah mengamalkan sikap keterbukaan dan ibu bapa juga perlu membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-
anak mereka. Ibu bapa bukan sahaja perlu memahami bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terhad kepada amalan
sikap keterbukaan, tetapi juga kepada soal adab, asuhan keagamaan dan pembentukan jati diri. Seterusnya, anak-anak juga perlu
diterapkan dengan nilai murni yang universal. Kepentingan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat menjamin
keamanan negara dan membangunkan ekonomi negara.
Kesimpulannya, pemupukan perpaduan kaum hendaklah dipertingkat agar negara kita kekal aman dan sejahtera.

Rumusan

137

01 maintext BMF4 4P.indd 137 1/5/23 11:48 AM

Kertas Model SPM

Kertas 1

Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A
dan satu soalan daripada Bahagian B.

BAHAGIAN A
[30 markah]

Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan perpaduan kaum di Malaysia.
Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
KertasModelPENERBIT
ILMUTanah air akan indah, megah dan bermaruah Namun demikian, cabaran utama membina negara bangsa
BAKTI SDN. BHD.jika kita sentiasa mensyukuri anugerah Allah;di Malaysia ialah kesukaran menyatukan budaya asing
dan bumi akan subur, makmur dan mewah dalam satu bentuk budaya yang dominan. Antaranya,
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama. terlalu bersikap individualistik melebihi kepentingan negara
boleh menyukarkan perpaduan. Boleh juga terjadi ada
(Petikan puisi “Hidup Bersama” yang mementingkan kaum atau etnik sendiri berbanding
oleh A. Samad Said) kaum lain.

(Sumber: Dipetik daripada “Sikap Individualistik Punca
Perpaduan Kaum Terjejas”, Berita Harian)

Pemupukan semangat perpaduan melalui Aktiviti sukan dan riadah

SPM 150

01 maintext BMF4 4P.indd 150 1/5/23 11:48 AM

Pendahuluan
Perpaduan ialah suasana dan ikatan mesra antara rakyat – isu perpaduan kaum – kebimbangan dan kerisauan – menggugat
keharmonian dan pembangunan negara – keunikan masyarakat majmuk di Malaysia – terus diangkat dan dipelihara – menjamin
kesejahteraan masyarakat
Isi-isi penting
1 Kepentingan perpaduan kaum – memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara – bekerjasama dan bersepakat – menentang
anasir luar yang menggugat keharmonian dan keamanan negara – kesepakatan antara kaum – teguh bersama menentang segala
ancaman – bagai aur dengan tebing – negara kekal berdaulat dan lebih makmur
2 Punca perpaduan kaum terjejas – sikap individualistik – sikap mementingkan diri sendiri – merapuhkan ikatan mesra yang
terjalin antara kaum – mudah menimbulkan konflik dan perselisihan – menjejaskan hubungan sesama kaum lain – jika
masalah dibiar berlarutan – sukar ditangani – belukar sudah menjadi rimba
3 Langkah-langkah memupuk perpaduan kaum – melalui aktiviti sukan dan riadah – acara sukan melibatkan pasukan negara –
penonton pelbagai kaum bersorak – dengan penuh semangat – pasukan negara meraih kejayaan – penuh semangat menyokong
pasukan negara
Penutup
Perpaduan kaum perlu terus terpelihara – elakkan Peristiwa 13 Mei 1969 berulang – menjadikan Rukun Negara sebagai sumber
rujukan – kunci perpaduan rakyat – kesejahteraan dan keharmonian negara – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
PENERBIT
ILMU
BAKTI SDN. BHD.
SPM Kertas Model

151 1/5/23 11:48 AM

01 maintext BMF4 4P.indd 151


Click to View FlipBook Version