The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-02-15 03:50:39

Mulus BM SPM_Anyflip

Mulus BM SPM_Anyflip

ii Pengenalan Format Baharu SPM .............................................. 1 Menguasai Perenggan Pendahuluan ........................................... 2 Menguasai Perenggan Isi ........................................................ 20 Karangan Bahagian A ............................................................. 31 Karangan Bahagian B ............................................................. 62 Jawapan .............................................................................. 109 KANDUNGAN Mulus SPM Bahasa Melayu-Kandungan.indd 2 08/02/2023 7:45 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


1 PENGENALAN FORMAT BAHARU SPM Kenali Soalan Bahasa Melayu SPM Kertas 1 BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 (1103/1) Bahagian B • Jumlah markah untuk bahagian ini ialah 70 markah. • Jumlah perkataan untuk menulis karangan adalah antara 350 hingga 500 patah perkataan (tidak boleh melebihi 500 patah perkataan). • Pemerengganan yang dicadangkan adalah antara 5 hingga 6 perenggan. • Pilih satu daripada 4 soalan. • Soalan terdiri daripada domain peribadi, domain awam, domain pendidikan dan domain kerjaya. – Ada bahan rangsangan / stimulus seperti petikan artikel / cerpen dan sebagainya. – Maklumat dalam bahan boleh digunakan. Bahagian A • Jumlah markah untuk bahagian ini ialah 30 markah. • Jumlah perkataan untuk menulis karangan adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan (tidak boleh melebihi 200 patah perkataan). • Pemerengganan yang dicadangkan ialah minimum empat perenggan. • Bahan rangsangan pelbagai dalam satu soalan (antara dua hingga tiga bahan) • Bahan rangsangan seperti gambar, graf, artikel, puisi petikan cerpen dan sebagainya. • Semua maklumat dalam bahan perlu digunakan. Sekurangkurangnya satu maklumat daripada setiap bahan. • Bahan boleh digunakan sebagai idea utama atau idea sokongan dalam mana-mana perenggan. • Murid-murid perlu mengenal pasti fokus karangan dengan menganalisis semua bahan. • Murid-murid hendaklah menguasai karangan berformat seperti laporan, rencana, surat kiriman rasmi, e-mel dan resume. • Murid-murid perlu mengelakkan daripada menulis karangan dengan mengulas bahan. • Masa yang diperuntukkan untuk menulis bahagian ini ialah 30 minit. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 1 09/02/2023 1:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


2 MENGUASAI PERENGGAN PENDAHULUAN Petua Menulis Perenggan Pendahuluan Bahagian A Langkah 1 Baca soalan dan bahan yang diberi dengan teliti Maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti belajar secara berkumpulan. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti belajar secara berkumpulan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kaedah ini boleh digunakan untuk Bahagian A dan B TIP PENTING Ada yang suka belajar di perpustakaan, di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama-sama. Sebagai contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Sumber: Internet • Langkah 1 : Sila baca soalan dan bahan yang diberi dengan teliti. • Langkah 2 : Sila kenal pasti tema soalan. • Langkah 3 : Sila kenal pasti fokus soalan. BAHAN 1 BAHAN 3 BAHAN 2 Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 2 09/02/2023 1:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


3 Langkah 2 Kenal pasti tema soalan Maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti belajar secara berkumpulan. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti belajar secara berkumpulan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Langkah 3 Kenal pasti fokus soalan TEMA SOALAN Wajib melebihi 150 patah perkataan tetapi tidak boleh melebihi 200 patah perkataan Belajar secara berkumpulan menyeronokkan. FOKUS: Kebaikan belajar secara berkumpulan Membantu rakanrakan yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. FOKUS: Kebaikan belajar secara berkumpulan 14444244443 BAHAN 1 14444244443 BAHAN 3 BAHAN 2 Ada yang suka belajar di perpustakaan, di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama-sama. Sebagai contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Sumber: Internet 144444424444443 Idea dan pemikiran dapat dikongsi bersamasama. FOKUS: Kebaikan belajar becara berkumpulan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 3 09/02/2023 1:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


4 Contoh Pendahuluan TEMA Aktiviti Belajar Secara Berkumpulan FOKUS Kebaikan aktiviti belajar secara berkumpulan Sila gunakan ayat-ayat yang mudah semasa menulis pendahuluan. Pendahuluan: Contoh (1) Pada masa ini, murid-murid sering melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Para ibu bapa juga menggalakkan anak-anak belajar secara berkumpulan. Persoalannya, apakah aktiviti belajar secara berkumpulan? Pendahuluan: Contoh (2) Dewasa ini, aktiviti belajar secara berkumpulan sangat penting. Murid-murid perlu menyertai aktiviti belajar secara berkumpulan kerana program ini mempunyai kepentingan yang banyak. Pendahuluan: Contoh (3) Aktiviti belajar secara berkumpulan sering dilakukan oleh murid-murid sebelum peperiksaan. Muridmurid perlu menyertai aktivti belajar secara berkumpulan kerana program ini mempunyai kepentingan yang banyak. Bahagian B Contoh 1 Domain Pendidikan Sekolah Kebangsaan Singgah Manis, Kinabatangan merupakan sekolah kategori kurang murid. Walau bagaimanapun, hal itu tidak menjadi halangan bagi sekolah berkenaan mengadakan Program Kem Motivasi yang melibatkan murid-murid tahun enam. Program ini merupakan program yang diadakan setiap tahun oleh sekolah tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid dan persediaan sebelum menempuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini telah diadakan pada 15 hingga 17 Februari 2019 di Kem Simulong (Pusat Kokurikulum), Lahad Datu. Seramai 18 orang peserta yang dibantu seramai 18 orang pasukan pengakap kelana daerah Kinabatangan dan disertai oleh 14 orang guru. Jumlah ini termasuklah guru besar sekolah tersebut yang mempunyai semangat yang tinggi bersama-sama menjayakan program berkenaan. Sumber: Utusan Online Petikan akhbar di atas menunjukkan program motivasi sangat bermanfaat untuk kecemerlangan setiap murid. Sehubungan dengan itu, sekolah anda turut menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi. TEMA FOKUS KARANGAN Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 4 09/02/2023 1:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


5 TEMA Program Motivasi FOKUS Faedah-faedah menyertai program motivasi Sila gunakan ayat-ayat yang mudah semasa menulis pendahuluan: Pendahuluan: Contoh (1) Pada masa ini, program motivasi sering dianjurkan oleh pihak sekolah. Program motivasi mempunyai faedah yang banyak. Persoalannya, apakah faedah-faedah menyertai program motivasi? Pendahuluan: Contoh (2) Dewasa ini, program motivasi sangat penting. Murid-murid perlu menyertai program motivasi kerana program ini mempunyai kepentingan yang banyak. Pendahuluan: Contoh (3) Program motivasi sering dianjurkan oleh guru-guru semasa cuti sekolah. Murid-murid perlu menyertai program motivasi kerana program ini mempunyai kepentingan yang banyak. Contoh 2 Domain Kerjaya Majikan amat mementingkan personaliti seseorang graduan semasa sesi temu duga seperti penampilan yang baik, resume yang lengkap dan cara berkomunikasi. Namun begitu, ada sesetengah graduan yang ditemu duga gagal menunjukkan penampilan diri yang baik, tidak boleh berkomunikasi dengan baik malah tidak mempunyai pengetahuan terhadap jawatan yang dipohon. Situasi ini pasti menimbulkan pandangan yang negatif majikan terhadap para graduan seterusnya menyebabkan mereka gagal mendapat pekerjaan yang dimohon. Sumber: Utusan Online Pernyataan di atas menggambarkan beberapa faktor graduan gagal dalam temu duga kerja akibat tidak membuat persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi temu duga. Huraikan pernyataan di atas. TEMA Graduan – pelajar lepasan universiti / telah menamatkan pelajaran di universiti Kaya Kosa Kata TEMA Graduan FOKUS Faktor graduan gagal dalam temu duga Sila gunakan ayat-ayat yang mudah semasa menulis pendahuluan Pendahuluan: Contoh (1) Graduan ialah pelajar lepasan universiti. Namun begitu, ramai graduan yang masih gagal dalam temu duga pekerjaan. Persoalannya, apakah faktor-faktor graduan gagal dalam temu duga? Pendahuluan: Contoh (2) Dewasa ini, ramai graduan yang gagal dalam temu duga pekerjaan. Oleh itu, apakah faktor-faktor graduan gagal dalam temu duga? Faktor graduan gagal dalam temu duga FOKUS Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 5 09/02/2023 1:22 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


6 Petua Menulis Perenggan Pendahuluan Pasang Siap (3 ayat) 1 Baca arahan dengan teliti. 2 Analisis tema soalan dan tugasan yang perlu dijawab. PERINGATAN KERAS: Pendahuluan pasang siap tidak sesuai untuk karangan berformat seperti cerpen, laporan, surat kiriman. Sila hafal pendahuluan pasang siap yang disediakan. Pastikan murid-murid menguasai teknik menganalisis tema dan tugasan yang terdapat dalam soalan. Murid-murid perlu memastikan agar pendahuluan pasang siap ini sesuai dengan soalan. PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH MURIDMURID Karangan Bahagian A Maklumat di bawah berkaitan dengan semangat kejiranan . Huraikan pendapat anda tentang semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. TEMA Semangat kejiranan kurang diamalkan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Oleh itu, usaha-usaha menyuburkan kembali semangat ini wajar dilaksanakan kembali. Aktiviti kemasyarakatan seperti penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan, mampu mengeratkan semangat kejiranan kembali. Sumber: Internet Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 6 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


7 TEMA Semangat Kejiranan FOKUS Kepentingan semangat kejiranan Hafal dan gunakan perenggan pendahuluan pasang siap berikut Memang tidak dapat dinafi kan bahawa (tema) sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah (fokus) ? Oleh itu, setiap persoalan tentang (fokus) akan dikaji untuk kepentingan bersama. ANALISIS BAHAN Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan FOKUS: Usaha Menyuburkan semangat kejiranan 1444442444443 FOKUS: Kepentingan semangat kejiranan Mewujudkan masyarakat harmoni *Boleh dijadikan idea sampingan dalam manamana perenggan Aktivti gotongroyong FOKUS: Usaha Menyuburkan semangat kejiranan 1444442444443 1444442444443 Semangat kejiranan kurang diamalkan oleh masyarakat pada zaman moden ini. Oleh itu, usaha-usaha menyuburkan kembali semangat ini wajar dilaksanakan kembali. Aktiviti kemasyarakatan seperti penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan, mampu mengeratkan semangat kejiranan kembali. Sumber: Internet Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 7 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


8 Contoh Perenggan Pendahuluan Pasang Siap Memang tidak dapat dinafi kan bahawa semangat kejiranan sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha untuk menyemai semangat kejiranan? Oleh itu, usaha-usaha untuk menyemai semangat kejiranan akan dikaji untuk kepentingan bersama. Karangan Bahagian B Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat unik dan menarik. Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan permainan tradisi yang terhasil daripada asimilasi pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Permainan tradisional secara amnya terdiri daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung termasuklah batu seremban, congkak, tutup botol, dam aji dan lain-lain. Manakala permainan laman pula seperti galah panjang, ketinting, gasing, baling selipar, konda kondi, rebut negeri dan lain-lain. Sumber: Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara Pernyataan di atas jelas menceritakan peri pentingnya menjaga warisan bangsa dan budaya tanah air. Congkak, gasing dan wau merupakan permainan tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang masyarakat Tanah Melayu yang perlu dipelihara. Bincangkan kepentingan-kepentingan memelihara warisan permainan tradisional dalam kalangan murid . TEMA Permainan Tradisional FOKUS Kepentingan-kepentingan memelihara warisan permainan tradisional dalam kalangan murid Contoh Perenggan Pendahuluan Pasang Siap Memang tidak dapat dinafi kan bahawa permainan tradsional sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah kepentingan-kepentingan memelihara warisan permainan tradisional dalam kalangan murid? Oleh itu, kepentingan-kepentingan memelihara warisan permainan tradisional dalam kalangan murid akan dikaji untuk kepentingan bersama. Contoh-contoh Lain Perenggan Pendahuluan Pasang Siap Contoh 1: TEMA Semangat patriotik FOKUS Usaha-usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda Memang tidak dapat dinafi kan bahawa semangat patriotik sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda? Oleh itu, usahausaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda akan dikaji untuk kepentingan bersama. TEMA FOKUS Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 8 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


9 Contoh 2: TEMA Hutan FOKUS Kepentingan-kepentingan hutan di Malaysia Memang tidak dapat dinafi kan bahawa hutan sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah kepentingan-kepentingan hutan di Malaysia? Oleh itu, kepentingan-kepentingan hutan di Malaysia akan dikaji untuk kepentingan bersama. Contoh 3: TEMA Amalan Kitar Semula FOKUS Kepentingan-kepentingan amalan kitar semula Memang tidak dapat dinafi kan bahawa amalan kitar semula sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah kepentingan-kepentingan amalan kitar semula? Oleh itu, kepentingan-kepentingan amalan kitar semula akan dikaji untuk kepentingan bersama. Contoh 4: TEMA Penjagaan Kebersihan Diri FOKUS Kepentingan-kepentingan penjagaan kebersihan diri Memang tidak dapat dinafi kan bahawa penjagaan kebersihan diri sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah kepentingan-kepentingan penjagaan kebersihan diri? Oleh itu, kepentingan-kepentingan penjagaan kebersihan diri akan dikaji untuk kepentingan bersama. Contoh 5: TEMA Penguasaan Bahasa Asing FOKUS Kepentingan-kepentingan penguasaan bahasa asing Memang tidak dapat dinafi kan bahawa penguasaan bahasa asing sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah kepentingan-kepentingan penguasaan bahasa asing? Oleh itu, kepentingan-kepentingan penguasaan bahasa asing akan dikaji untuk kepentingan bersama. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 9 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Latihan 5 “Bagi menyatukan kaum dalam sukan, kita perlu bermula dengan sukan rakyat, memperbanyak kelab-kelab sukan dan mengaktifkan program sukan. Perkara ini perlu dilakukan dengan melibatkan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Pada masa yang sama, beliau berkata, pihak berkepentingan juga harus memainkan peranan masing-masing dalam memacu penyatuan kaum menerusi pelbagai aktiviti sukan. Dipetik dan diubai suai daripada Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Nur Ikhwan Mohamad Sinar Harian, November 2019 Petikan ucapan di atas menjelaskan sukan mampu menyatukan kaum di Malaysia. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan tersebut? TEMA FOKUS Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 19 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Petua Menulis Isi Karangan 1 Murid hendaklah merangka isi karangan sebelum menulis karangan. 2 Contoh: Soalan: Cara-cara menyayangi sekolah 1 Mematuhi peraturan sekolah 2 Menghormati guru-guru 3 Menjaga harta benda sekolah 3 Cara menghuraikan isi karangan. FORMULA ISI UTAMA MENGAPA? BAGAIMANA? KESAN? M B K • Perenggan isi sekurang-kurangnya ada 5 ayat. Ayat 1 : Isi utama Ayat 2 : Mengapa (huraian) Ayat 3 : Bagaimana/cara (huraian) Ayat 4 : Kesan (huraian) • Contoh menghuraikan isi 1: Isi utama : Mematuhi peraturan sekolah Mengapa : Murid-murid akan menjadi orang yang berguna kepada negara. Bagaimana/cara : Murid-murid perlu memakai pakaian yang kemas dan tidak terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng sekolah. Kesan : Nama baik sekolah tidak akan tercemar. • Contoh menghuraikan isi 2: Isi utama : Menghormati guru Mengapa : Guru selalu membantu kita dalam pelajaran. Bagaimana/cara : Murid-murid perlu menumpukan perhatian ketika belajar dan memberi salam kepada guru. Kesan : Guru-guru akan menyayangi kita dan kita akan belajar dengan tenang. • Contoh menghuraikan isi 3: Isi utama : Menjaga harta benda sekolah Mengapa : Harta benda sekolah sangat mahal sekali harganya. Bagaimana/cara : Murid-murid janganlah merosakkan harta benda sekolah seperti meja dan kerusi sekolah. Kesan : Murid-murid akan belajar dengan selesa dan adik-adik kita akan dapat menggunakannya pada masa hadapan. MENGUASAI PERENGGAN ISI Kaedah ini boleh digunakan untuk bahagian A dan B TIP PENTING Teknik Mudah Menghuraikan Isi Karangan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 20 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Aplikasi Formula M, B, K dalam Karangan Bahagian A Langkah 1 Kenal pasti tema soalan Maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti belajar secara berkumpulan. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti belajar secara berkumpulan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Langkah 2 Kenal pasti fokus soalan Analisis Bahan 1 14444244443 BAHAN 1 ISI: Membantu rakanrakan yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran FOKUS: Kebaikan belajar secara berkumpulan MENGAPA? Dalam sesebuah kumpulan pasti ada murid yang lemah dan pandai. BAGAIMANA? Rakan yang pandai dalam Matematik akan membimbing rakan yang lemah. KESAN? Memudahkan muridmurid menjawab soalan peperiksaan. TEMA SOALAN Wajib melebihi 150 patah perkataan tetapi tidak boleh melebihi 200 patah perkataan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 21 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 BAHAN 2 MENGAPA? Setiap murid dalam sesebuah kumpulan pasti akan mempunyai jawapan atau pendapat, idea atau maklumat yang berbeza. BAGAIMANA? Murid-murid boleh berkongsi teknik menjawab soalan peperiksaan, nota atau soalan peperiksaan. KESAN? Meluaskan pengetahuan murid- murid dalam sesuatu mata pelajaran. Ada yang suka belajar di perpustakaan, di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama-sama. Sebagai contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Sumber: Internet 144444424444443 ISI: Idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama FOKUS: Kebaikan belajar secara berkumpulan BAHAN 3 14444244443 Belajar secara berkumpulan menyeronokkan FOKUS: Kebaikan belajar secara berkumpulan *Bahan ini dijadikan idea sampingan dalam manamana perenggan sama ada pendahuluan, isi atau penutup. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 22 09/02/2023 1:23 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Sila tulis semula karangan yang telah dibaca sebentar tadi. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 48 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Aktiviti 7 Bahagian A Ilustrasi dan pendapat di bawah menunjukkan kepentingan sambutan Hari Bumi sebagai tanda penghargaan dan kesedaran terhadap alam sekitar. Sebagai setiausaha Kelab Alam Sekitar di sekolah anda, tulis sepucuk surat kepada pengetua sekolah untuk memohon kebenaran mengadakan Program Sambutan Hari Bumi dan nyatakan kepentingan program tersebut kepada murid sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAN 1 Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun di seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada setiap tahun telah terlibat dalam penganjuran program-program kesedaran alam sekitar sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap alam sekitar. Sumber: Internet BAHAN 2 BAHAN 3 Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 49 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 Kelab Alam Sekitar, SMK Dato’ Darwis, Jalan Abdul Samad 80100 Johor Bahru. Pengetua, SMK Dato’ Darwis, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru. Johor 1 APRIL 20__ Tuan, Permohonan Kebenaran Penganjuran Program Sambutan Hari Bumi Merujuk perkara di atas, Kelab Alam Sekitar SMK Dato’ Darwis akan mengadakan Program Sambutan Hari Bumi peringkat SMK Dato’ Darwis pada 22 April 20__. 2. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah demi melindungi bumi kerana masalah pencemaran alam sekitar selalu berlaku. Aktiviti ini dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga SMK Dato’ Darwis. 3. Program yang akan dilaksanakan ialah program 10 minit tanpa elektrik serentak di 193 buah negara tepat pada pukul 10:00 pagi. Aktiviti ini sebagai tanda sokongan kepada penggunaan teknologi hijau. Selain itu, pertandingan video bertemakan alam sekitar turut diadakan. Usaha ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan mengasah kreativiti murid. 4. Program Sambutan Hari Bumi ini juga telah mendapat tajaan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk melancarkan program. Oleh itu, kami berharap agar tuan dapat meluluskan program ini. Akhir kata, kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Hisyam Mokhtar Setiausaha Kelab Alam Sekitar, SMK Dato’ Darwis, Johor Bahru. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 50 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 KOSA KATA MAKSUD memupuk mendidik kesedaran keinsafan teknologi hijau teknologi mesra alam kreativiti kebolehan mencipta Sila Bina Kerangka Karangan yang Telah Dibaca MENGAPA BAGAIMANA KESAN MENGAPA BAGAIMANA KESAN Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 51 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 Sila tulis semula karangan yang telah dibaca sebentar tadi. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 52 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 Aktiviti 8 Bahagian A Teliti kedua-dua bahan yang diberikan. Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BAHAN 1 Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Tajuk: Pengalaman Lawatan ke Muzium Assalamualaikum, Aisyah. Apa khabar kamu di sana? Baru-baru ini saya melihat kamu memasukkan beberapa keping gambar mengunjungi lawatan ke salah sebuah muzium di laman Instagram. Gambar-gambar tersebut sangat menarik dan saya melihat kamu begitu gembira apabila berkunjung ke muzium tersebut. Saya berpendapat kamu mesti mendapat pelbagai kebaikan apabila melawat muzium tersebut. Untuk pengetahuan saudari Aisyah, saya tidak pernah melawat ke mana-mana muzium. Jadi, di kesempatan ini, bolehkah kamu menceritakan pengalaman setelah mengunjungi lawatan tersebut? Selain itu, saya juga ingin mengetahui apakah kebaikan-kebaikan yang diperoleh saudari Aisyah setelah selesai melawat muzium? Saya menanti maklum balas daripada kamu, ya. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Sahabatmu, Fariha BAHAN 2 Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 53 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Pengalaman Lawatan ke Muzium Apa khabar, Fariha? Saya akan menceritakan pengalaman lawatan ke muzium kepada kamu. Kebaikan melawat Muzium Negara termasuklah saya dapat memupuk semangat cinta akan negara. Sebagai contohnya, setelah melawat pameran kemerdekaan, saya dapat mengetahui kesusahan untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu, saya akan menghargai perjuangan tokoh kemerdekaan. Selain itu, Muzium Negara juga dapat menarik kehadiran pelancong kerana muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 6:00 petang dengan bayaran masuk yang sangat murah. Para pengunjung tidak perlu membayar dengan harga yang mahal untuk mengetahui sejarah negara. Oleh sebab itu, pelancong-pelancong dapat meluaskan pengetahuan mereka. Saya berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan yang bermanfaat kepada kamu. Semoga kamu juga berpeluang untuk melawat Muzium Negara pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Aisyah Sila Bina Kerangka Karangan yang Telah Dibaca MENGAPA BAGAIMANA KESAN MENGAPA BAGAIMANA KESAN Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 54 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Sila tulis semula karangan yang telah dibaca sebentar tadi. Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 55 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


68 KOSA KATA MAKSUD panel kumpulan orang yang terpilih mengendalikan sesuatu bidang bahagian berilmu mempunyai pengetahuan teladan contoh disiplin peraturan untuk melatih seseorang berkelakuan baik Menulis kerangka Isi ISI (1): Ibu bapa memberikan kasih sayang dan perhatian Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (2): Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (3): Ibu bapa memantau disiplin anak-anak Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 68 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


69 Aktiviti 4 Domain Awam Arahan: Baca karangan contoh tersebut dengan teliti dan bina semula kerangka karangan berdasarkan karangan yang telah dibaca. “Usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan remaja tidak memerlukan usaha yang besar selagi dilakukan secara konsisten bersama ruang penambahbaikan berterusan. Anak muda, terutamanya pada masa ini sentiasa mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Jika mereka dijadikan barisan hadapan dalam usaha meningkatkan semangat patriotik, sudah pasti langkah tersebut sesuai”. Dipetik daripada ucapan Profesor Dr. Sabri Musa Harian Metro, 13 September 2021 Sebagai respons terhadap ucapan di atas, masyarakat Malaysia perlu meningkatkan semangat patriotik dengan menunjukkan perasaan cinta akan negara. Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. Karangan Lengkap Semangat cinta akan negara sangat penting kepada setiap warganegara Malaysia. Semangat ini dapat menjamin keamanan dan kemajuan negara. Oleh itu, setiap masyarakat perlu menunjukkan rasa cinta akan negara. Antara usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara termasuklah mengibarkan Jalur Gemilang. Hal ini dikatakan demikian kerana Jalur Gemilang menunjukkan perpaduan, keamanan dan kedaulatan Malaysia. Oleh sebab itu, Jalur Gemilang perlu dikibarkan semasa bulan kemerdekaan. Kesannya, semangat patriotik semakin meningkat. Selain itu, masyarakat perlu mematuhi undang-undang untuk menjamin keamanan negara. Jika masyarakat tidak mematuhi undang-undang, orang ramai akan hidup ketakutan dan negara akan kucarkacir. Oleh sebab itu, masyarakat perlu mengelakkan diri daripada jenayah. Kesannya, negara akan selamat dan pelancong semakin ramai. Di samping itu, menjaga keharmonian dan hubungan antara kaum kerana Malaysia ialah negara yang berbilang bangsa dan agama. Oleh sebab itu, masyarakat janganlah menghina budaya dan kepercayaan orang lain. Kesannya, hubungan antara kaum semakin baik dari semasa ke semasa. Konklusinya, semangat cinta akan negara sangat penting untuk keharmonian dan kemajuan negara. Oleh itu, semua warganegara perlu menunjukkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. KOSA KATA MAKSUD warganegara penduduk sesebuah negara mengibarkan menggerak-gerakkan bendera kucar-kacir tidak aman / tidak harmoni menghina merendahkan kedudukan orang lain berkualiti mempunyai nilai yang tinggi / bermutu Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 69 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


70 Menulis kerangka Isi ISI (1): Mengibarkan Jalur Gemilang Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (2): Mematuhi undang-undang negara Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (3): Menjaga keharmonian dan hubungan antara kaum Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 70 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


79 Aktiviti 9 Domain Awam Arahan: Baca karangan contoh tersebut dengan teliti dan bina semula kerangka karangan berdasarkan karangan yang telah dibaca. Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas daripada keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak merupakan masalah global yang besar bahkan memberikan impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fi zikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada MyHealth.gov.my Sebagai respons terhadap petikan di atas, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha mengatasi penderaan kanak-kanak. Karangan Lengkap Masalah penderaan kanak-kanak sering berlaku. Pada setiap hari, surat khabar melaporkan berita kanakkanak didera oleh ibu bapa, pembantu rumah dan pihak taska. Oleh itu, penderaan kanak-kanak perlu diatasi dengan segera. Antara usaha mengatasi penderaan kanak-kanak termasuklah pihak kerajaan memperketat undangundang penderaan. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan tegas akan menakutkan orang ramai untuk mendera. Sebagai contohnya, penjara seumur hidup dan hukuman sebatan. Pendera perlu dihukum gantung jika mangsa didera sampai mati. Kesannya, kes dera dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya mereka prihatin dengan jiran-jiran lain. Sebagai contohnya, jiran tetangga perlu menghubungi pihak polis apabila melihat anak-anak jiran mereka didera. Kesannya, jiran yang prihatin dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut. Di samping itu, pihak sekolah perlu prihatin terhadap masalah murid kerana kes dera juga berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah. Sebagai contohnya, guru perlu menyiasat jika murid-murid mereka mempunyai kesan lebam seperti dipukul dengan teruk. Guru juga perlu membawa murid-murid yang didera ke hospital. Kesannya, murid-murid tidak akan didera lagi oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi kes penderaan. Oleh itu, nilai kasih sayang dan pegangan agama perlu diamalkan dari semasa ke semasa. KOSA KATA MAKSUD diatasi ditangani seumur hidup selama / sepanjang umur prihatin mengambil berat menyiasat pemeriksaan dengan teliti insaf taubat / sedar akan kesilapan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 79 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


80 Menulis kerangka Isi ISI (1): Pihak kerajaan memperketat undang-undang penderaan Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (2): Masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (3): Pihak sekolah perlu prihatin terhadap masalah anak-anak murid Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 80 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


81 Aktiviti 10 Domain Awam Arahan: Baca karangan contoh tersebut dengan teliti dan bina semula kerangka karangan berdasarkan karangan yang telah dibaca. Perniagaan Internet merupakan perniagaan yang dilakukan secara dalam talian yang menggunakan Internet sebagai medium perantaraan antara penjual dengan juga pembeli. Perniagaan internet juga adalah sama dengan perniagaan luar talian iaitu tetap memerlukan tapak perniagaan, modal , barangan perniagaan, dan juga promosi untuk barang. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Malaysia.gov.my Perniagaan dalam talian memberikan berbagai-bagai kelebihan kepada pengguna dan pembeli. Berikan komen anda. Karangan Lengkap Pada zaman ini, masyarakat sering menggunakan Internet. Dengan menggunakan Internet, masyarakat boleh membuat berbagai-bagai aktiviti seperti berniaga dalam talian. Persoalannya, apakah kelebihan perniagaan dalam talian? Antara kelebihan perniagaan dalam talian termasuklah kos yang tidak tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana peniaga tidak perlu menyewa kedai dan membayar ramai pekerja. Mereka boleh berniaga di rumah. Kesannya, mereka akan mendapat keuntungan yang besar. Di samping itu, promosi yang luas kerana ramai orang menggunakan Internet pada zaman moden ini. Sebagai contohnya, peniaga dalam talian boleh membuat promosi di Facebook dan Instagram. Kesannya, orang ramai yang menggunakan media sosial dapat mengetahui barang-barang yang dijual oleh peniaga dalam talian. Selain itu, perniagaan tanpa had dan masa kerana berniaga dalam talian tidak ada waktu yang tetap. Sebagai contohnya, peniaga boleh menjual barang pada bila-bila masa. Mereka boleh menerima pesanan pada waktu pagi, petang atau lewat malam. Kesannya, para peniaga dapat mengurus masa mereka dengan baik. Konklusinya, perniagaan dalam talian sangat penting. Oleh itu, peniaga dalam talian perlu memberikan perkhidmatan yang baik kepada para pelanggan dan jangan menipu orang. KOSA KATA MAKSUD talian hubungan secara elektronik kos harga yang perlu dibayar promosi usaha untuk meningkatkan jualan sesuatu barang had batas keuntungan faedah yang diperoleh daripada jual beli Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 81 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


82 Menulis kerangka Isi ISI (1): Kos yang tidak tinggi Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (2): Promosi yang meluas Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan ISI (3): Perniagaan tanpa had dan masa Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Mulus SPM Bahasa Melayu.indd 82 09/02/2023 1:24 AM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


109 Latihan Menulis Perenggan Pendahuluan Bahagian A Latihan 1 Tema: Amalan Gaya Hidup Sihat Fokus: Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa amalan gaya hidup sihat sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat? Oleh itu, cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 2 Tema: Penyakit Bawaan Vektor Fokus: Cara-cara mencegah penyakit bawaan vektor Pendahuluan Penyakit bawaan vektor sangat berbahaya kepada kita. Penyakit bawaan vektor boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk mencegah penyakit bawaan vektor. Latihan 3 Tema: Kerjaya dalam Bidang Sukan Fokus: Kepentingan kerjaya dalam bidang sukan Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa kerjaya dalam bidang sukan sangat penting. Persoalannya kini, apakah kepentingan kerjaya dalam bidang sukan? Oleh itu, kepentingan kerjaya dalam bidang sukan akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 4 Tema: Pengawas Sekolah Fokus: Ciri-ciri pengawas sekolah Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa pengawas sekolah sangat penting. Persoalannya kini, apakah ciriciri pengawas sekolah? Oleh itu, ciri-ciri pengawas sekolah akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 5 Tema: Keracunan Makanan Fokus: Cara-cara mengelakkan keracunan makanan Pendahuluan Keracunan makanan sering berlaku dari semasa ke semasa. Keracunan makanan berlaku disebabkan oleh sikap manusia yang tidak menjaga kebersihan. Oleh itu, berbagai-bagai cara boleh dilaksanakan untuk mengelakkan keracunan makanan. Latihan Menulis Perenggan Pendahuluan Bahagian B Latihan 1 Tema: Pengawas Sekolah Fokus: Peranan pengawas sekolah Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa pengawas sekolah sangat penting. Persoalannya kini, apakah peranan pengawas sekolah? Oleh itu, peranan pengawas sekolah akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 2 Tema: Semangat Cinta akan Alam Sekitar Fokus: Usaha-usaha meningkatkan kesedaran terhadap semangat cinta akan alam sekitar. Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa semangat cinta akan alam sangat penting. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar? Oleh itu, usaha-usaha meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 3 Tema: Program Motivasi Fokus: Manfaat-manfaat penganjuran program motivasi JAWAPAN Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 109 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


110 Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa program motivasi sangat penting. Persoalannya kini, apakah manfaat-manfaat penganjuran program motivasi? Oleh itu, manfaat-manfaat penganjuran program motivasi akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 4 Tema: Kecemerlangan Akademik Fokus: Persediaan untuk mencapai kecemerlangan akademik Pendahuluan Memang tidak dapat dinafi kan bahawa kecemerlangan akademik sangat penting. Persoalannya kini, apakah persediaan untuk mencapai kecemerlangan akademik? Oleh itu, persediaan untuk mencapai kecemerlangan akademik akan dikaji untuk kepentingan bersama. Latihan 5 Tema: Sukan Fokus: Sukan Mampu Menyatukan Kaum Pendahuluan Sukan sangat penting untuk kesihatan badan. Pada masa yang sama, sukan juga dapat menatukan kaum. Persoalannya, bagaimanakan sukan mampu menyatukan kaum di Malaysia? Latihan Menulis Perenggan Penutup Bahagian B Latihan 1 Tema: Amalan Gaya Hidup Sihat Fokus: Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat Penutup Konklusinya, cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat telah dapat dikenal pasti. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan perhatian terhadap cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat Latihan 2 Tema: Penyakit Bawaan Vektor Fokus: Cara-cara mencegah penyakit bawaan vektor Penutup Konklusinya, cara-cara mencegah penyakit bawaan vektor telah dapat dikenal pasti. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan perhatian terhadap cara-cara mencegah penyakit bawaan vektor. Latihan Menulis Perenggan Penutup Bahagian B Latihan 1 Tema: Kemerosotan Disiplin Pelajar Fokus: Peranan pengawas untuk menangani masalah kemerosotan disiplin pelajar. Penutup Kesimpulannya, pengawas memainkan peranan yang penting untuk menangani masalah kemerosotan disiplin pelajar. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mengatasi kemerosotan disiplin pelajar. Latihan 2 Tema: Semangat Cinta akan Alam Sekitar Fokus: Usaha-usaha meningkatkan semangat cinta akan alam sekitar Penutup Kesimpulannya, semangat cinta akan alam sekitar perlu dipupuk dalam diri generasi muda. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar Latihan 3 Tema: Program Motivasi Fokus: Manfaat-manfaat penganjuran program motivasi Penutup Kesimpulannya, program motivasi sangat penting kepada murid-murid. Oleh itu, para ibu bapa perlu memberikan sokongan terhadap program motivasi. Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 110 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


111 Karangan Respons Terhad Aktiviti 1 MENGAPA BAGAIMANA KESAN Makanan yang sihat tidak mempunyai gula dan lemak yang tinggi Makan mengikut piramid makanan Diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah obesiti dapat diatasi. Mengamalkan pemakanan yang sihat Mengelakkan diri daripada merokok MENGAPA BAGAIMANA KESAN Rokok menyebabkan penyakit kanser paruparu Setiap individu perlu mengelakkan diri daripada merokok Badan kekal cergas, bersenam dan bersukan dengan aktif Memang tidak dapat dinafi kan bahawa amalan gaya hidup sihat sangat penting sekali. Persoalannya kini, apakah cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat? Oleh itu, cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat akan dikaji untuk kepentingan bersama. Antara cara mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan yang sihat tidak mempunyai gula dan lemak yang tinggi. Sebagai contohnya, setiap individu perlu makan mengikut piramid makanan. Oleh itu, penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah obesiti dapat diatasi. Selain itu, mengelakkan diri daripada merokok kerana rokok menyebabkan penyakit kanser paruparu dan banyak lagi. Oleh itu, setiap individu perlu mengelakkan diri daripada merokok agar badan kekal cergas. Orang yang tidak merokok juga dapat bersenam dan bersukan dengan aktif. Konklusinya, amalan gaya hidup sihat sangat penting. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak diserang penyakit berbahaya. Aktiviti 2 SEBAB BAGAIMANA KESAN Pandai dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting Remaja tidak akan ketinggalan dalam perkembangan dunia semasa Memudahkan remaja mendapat maklumat Remaja mudah mendapat pekerjaan SEBAB BAGAIMANA KESAN Mahir menguasai pelbagai bahasa asing Remaja tidak akan takut untuk menjawab temu duga Seseorang tidak akan menjadi penganggur Kepentingan Menguasai Pelbagai Kemahiran dalam Kehidupan Oleh: Teo Wei Sing Setiap manusia mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Kemahiran ini dapat digunakan dalam kehidupan. Golongan remaja perlu menguasai pelbagai kemahiran untuk mendapat faedah yang banyak. Antara kepentingan menguasai pelbagai kemahiran termasuklah memudahkan remaja mendapat maklumat jika pandai dalam kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh sebab itu, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting. Kesannya, remaja tidak akan ketinggalan dalam perkembangan dunia semasa. Selain itu, remaja mudah mendapatkan pekerjaan sekiranya mahir menguasai pelbagai bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Jerman dan Jepun. Sehubungan dengan itu, remaja tidak akan takut untuk menjawab temu duga. Sebagai contohnya, menjawab soalan dengan baik. Kesannya, seseorang tidak akan menjadi penganggur. Sebagai kesimpulannya, setiap remaja perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam hidup untuk berjaya. Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 111 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


112 Aktiviti 3 Para pelajar dapat memahami budaya kaum lain SEBAB BAGAIMANA KESAN Mereka dapat melihat persembahan budaya rakanrakan Persembahan tarian singa Sifat toleransi dapat dipupuk sejak remaja. Para pelajar dapat mengeratkan hubungan SEBAB BAGAIMANA KESAN Mereka menyambut perayaan bersama- sama di sekolah. bersalamsalaman ketika sambutan Hari Raya Aidilfi tri dan makan jamuan raya suasana sekolah akan menjadi harmoni Malaysia mempunyai berbagai-bagai perayaan. Sebagai contohnya, Hari Raya Aidilfi tri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Semua perayaan ini disambut dengan meriah. Perayaan ini juga disambut di sekolah. Antara faedah penganjuran sambutan perayaan di sekolah termasuklah murid-murid dapat memahami budaya kaum lain kerana mereka dapat melihat persembahan budaya rakan-rakan mereka. Sebagai contohnya, persembahan tarian singa. Kesannya, sifat toleransi dapat dipupuk sejak remaja. Selain itu, murid-murid dapat mengeratkan hubungan kerana mereka menyambut perayaan bersama-sama di sekolah. Sebagai contohnya, mereka dapat bersalam-salaman ketika sambutan Hari Raya Aidilfi tri dan makan jamuan raya bersama-sama rakan sekelas. Kesannya, suasana sekolah akan menjadi harmoni pada setiap masa. Sebagai kesimpulannya, sambutan perayaan sangat penting kepada murid-murid. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengadakan sambutan ini pada setiap tahun. Aktiviti 4 Murid-murid perlu mengulang kaji pelajaran SEBAB BAGAIMANA KESAN Mengingat kembali pelajaran yang disampaikan oleh guru Muridmurid boleh membuat ulang kaji secara berkumpulan di perpustakaan Rakanrakan yang pandai dapat membantu rakan-rakan yang lemah. Murid-murid perlu memberikan tumpuan SEBAB BAGAIMANA KESAN Murid tidak lupa akan ilmu yang disampaikan oleh guru Muridmurid boleh membuat ulang kaji secara berkumpulan di perpustakaan – mencatat nota ringkas Murid-murid akan mudah menjawab soalan peperiksaan Murid-murid akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan Febuari / Mac. Ramai murid berasa bimbang kerana mereka tidak membuat persediaan. Oleh itu, Murid-murid perlu membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Antara persediaan menghadapi peperiksaan termasuklah Murid-murid perlu mengulang kaji pelajaran supaya dapat mengingat kembali pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Sebagai contohnya, meraka boleh membuat ulang kaji secara berkumpulan di perpustakaan. Kesannya, rakan-rakan yang pandai dapat membantu rakan-rakan yang lemah. Selain itu, murid-murid perlu memberikan tumpuan semasa belajar supaya murid-murid tidak lupa akan ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh sebab itu, murid-murid perlu mendengar dengan tekun dan tidak membuat bising semasa guru sedang mengajar. Murid-murid perlu mencatat nota ringkas semasa guru sedang mengajar. Oleh itu, mereka akan mudah menjawab soalan peperiksaan. Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 112 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


113 Konklusinya, murid-muridr perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak agar cita-cita anak seperti menjadi doktor pakar akan tercapai. Aktiviti 5 Khidmat pengawal keselamatan SEBAB BAGAIMANA KESAN Menjaga harta benda sekolah yang mahal Pengawal keselamatan akan mengawal orang yang keluar masuk kawasan sekolah Keselamatan harta benda dan para pelajar terjamin Sekolah Selamat Ada Alat Pemadam Api SEBAB BAGAIMANA KESAN Memadamkan kebakaran yang kecil Pihak sekolah perlu memeriksa pemadam api Muridmurid boleh bertindak semasa kecemasan Sekolah merupakan tempat untuk murid-murid belajar. Sekolah juga ialah tempat untuk murid-murid menjalankan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, kawasan sekolah perlu sentiasa selamat. Antara ciri sekolah selamat termasuklah khidmat pengawal keselamatan untuk menjaga harta benda sekolah yang mahal seperti komputer dan projektor. Pengawal keselamatan akan mengawal orang yang keluar masuk kawasan sekolah. Kesannya, keselamatan harta benda dan murid-murid terjamin. Selain itu, sekolah selamat ada alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran yang kecil. Oleh itu, pihak sekolah perlu memeriksa pemadam api supaya boleh digunakan pada masa kecemasan dan pihak sekolah juga hendaklah mengajar murid-murid caracara menggunakannya. Kesannya, murid-murid boleh bertindak semasa kecemasan. Di samping itu, sekolah selamat mempunyai papan tanda amaran supaya murid-murid sentiasa berwaspada semasa melalui sesuatu kawasan. Oleh itu, papan tanda perlu diletakkan di kawasan yang licin atau berbahaya. Kesannya, kemalangan dapat dielakkan dari semasa ke semasa. Konklusinya, kawasan sekolah perlu selamat supaya dapat mengelakkan kemalangan seperti murid maut ditimpa tiang gol ibarat kata mutiara “malang tidak berbau”. Oleh itu, murid-murid perlu berhati-hati setiap masa. Aktiviti 6 Menganjurkan rumah terbuka SEBAB BAGAIMANA KESAN Jiran-jiran dapat berbualbual dan bertukar-tukar juadah Jiran-jiran juga dapat mengenali budaya bangsa lain Keharmonian dapat dipupuk Aktiviti gotong-royong SEBAB BAGAIMANA KESAN Jiran-jiran dapat bergaul dan membuat kerja bersamasama Membersihkan longkang yang tersumbat, menebas semak samun dan mengutip sampah Kawasan tempat tinggal semakin bersih dan perpaduan dapat dipupuk Memang tidak dapat dinafi kan bahawa semangat kejiranan sangat penting. Namun begitu, semangat kejiranan kurang diamalkan pada masa ini. Oleh itu, usaha-usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. Antara usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah menganjurkan rumah terbuka semasa musim perayaan. Hal ini dikatakan demikian kerana Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 113 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


114 jiran-jiran dapat berbual-bual dan bertukar-tukar juadah semasa di rumah terbuka. Jiran-jiran juga dapat mengenali budaya bangsa lain seperti memberikan limau mandarin semasa Tahun Baharu Cina. Oleh itu, keharmonian dapat dipupuk seperti kata mutiara, “jiran sepakat membawa berkat”. Selain itu, aktiviti gotong-royong sangat penting kerana jiran-jiran dapat bergaul dan membuat kerja bersama-sama seperti peribahasa, “bagai aur dengan tebing”. Sebagai contohnya, membersihkan longkang yang tersumbat, menebas semak samun dan mengutip sampah di taman permainan. Oleh itu, kawasan tempat tinggal semakin bersih dan perpaduan dapat dipupuk. Konklusinya, semangat kejiranan sangat penting. Oleh itu, semua pihak perlu memupuk semangat ini pada setiap masa. Aktiviti 7 meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah SEBAB BAGAIMANA KESAN Melindungi bumi Masalah pencemaran alam sekitar selalu berlaku memupuk semangat cinta akan alam sekitar Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah SEBAB BAGAIMANA KESAN Tanda sokongan kepada penggunaan teknologi hijau Serentak di 193 buah negara tepat pada pukul 10:00 pagi Memupuk semangat cinta akan alam sekitar Kelab Alam Sekitar, SMK Dato Darwis, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru. Pengetua, SMK Dato Darwis, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru. Johor. 1 APRIL 2021 Tuan, Permohonan Kebenaran Penganjuran Program Sambutan Hari Bumi Merujuk perkara di atas, Kelab Alam Sekitar SMK Dato Darwis akan mengadakan Program Sambutan Hari Bumi peringkat SMK Dato’ Darwis pada 22 April 2021. 2. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah demi melindungi bumi kerana masalah pencemaran alam sekitar selalu berlaku. Aktiviti ini dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga SMK Dato’ Darwis.. 3. Program yang akan dilaksanakan ialah program 10 minit tanpa elektrik serentak di 193 buah negara tepat pada pukul 10.00 pagi. Aktiviti ini sebagai tanda sokongan kepada penggunaan teknologi hijau. Selain itu, pertandingan video bertemakan alam sekitar turut diadakan. Usaha ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan mengasah kreativiti murid. 4. Program Sambutan Hari Bumi ini juga telah mendapat tajaan daripada Jabatan Alam Sekitar. untuk melancarkan program. Oleh itu, kami berharap agar tuan dapat meluluskan program ini. Akhir kata, kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Harun Setiausaha Kelab Alam Sekitar SMK Dato’ Darwis, Johor Bahru. Aktiviti 8 Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 114 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


115 MENGAPA BAGAIMANA KESAN Memupuk semangat cinta akan negara mengetahui kesusahan untuk mencapai kemerdekaan melawat pameran kemerdekaan menghargai perjuangan tokoh kemerdekaan Muzium Negara juga dapat menarik kehadiran pelancong Bayaran masuk yang sangat murah Para pengunjung tidak perlu membayar dengan harga yang mahal Pelancongpelancong dapat meluaskan pengetahuan MENGAPA BAGAIMANA KESAN Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Pengalaman Melawat ke Muzium Apa khabar, Fariha? Saya akan menceritakan pengalaman lawatan ke muzium kepada kamu. Kebaikan melawat Muzium Negara termasuklah saya dapat memupuk semangat cinta akan negara. Sebagai contohnya, setelah melawat pameran kemerdekaan, saya dapat mengetahui kesusahan untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu, saya akan menghargai perjuangan tokoh kemerdekaan. Selain itu, Muzium Negara juga dapat menarik kehadiran pelancong kerana muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 6:00 petang dengan bayaran masuk yang sangat murah. Para pengunjung tidak perlu membayar dengan harga yang mahal untuk mengetahui sejarah negara. Oleh itu, pelancong-pelancong dapat meluaskan pengetahuan mereka. Saya berharap agar maklumat yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan yang bermanfaat kepada kamu. Semoga kamu juga berpeluang untuk melawat Muzium Negara pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Aisyah Aktiviti 9 Untuk mencegah kuman Kerap mencuci tangan dengan Penyakit berjangkit dapat dielakkan SEBAB BAGAIMANA KESAN Pengendali makanan perlu menjaga kebersihan Makanan yang sudah basi akan berbau Kita boleh menegur penjual makanan Tidak akan terkena keracunan SEBAB BAGAIMANA KESAN Menghidu makanan Pada tahun 2019, sehingga bulan Mei, telah berlaku 213 keracunan makanan dan 68 daripadanya melibatkan murid sekolah. Kita perlu mengelakkan keracunan makanan. Cara-cara mengurangkan keracunan makanan ialah pengendali makanan perlu menjaga kebersihan untuk mencegah kuman. Pekerja kedai makan pula mesti kerap mencuci tangan dengan sabun selepas membuang sampah, selepas menerima duit dan lainlain. Oleh itu, penyakit berjangkit dapat dielakkan. Langkah kedua termasuklah menghidu makanan yang kita hendak makan. Makanan yang sudah basi akan berbau busuk. Kita boleh menegur penjual makanan dan meminta makanan lain. Oleh itu, kita tidak akan terkena keracunan makanan. Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 115 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


116 Kesimpulannya, semua pihak perlu menitikberatkan mementingkan kebersihan makanan agar tidak akan terkena keracunan makanan seperti kata mutiara mencegah lebih baik daripada merawat. Aktiviti 10 RESUME PERMOHONAN KERJA Nama Penuh: AZIZAH BINTI BERAHIM Alamat Rumah: NO 57, JALAN SRI AMAN, TAMAN DAMANSARA JAYA, 47400 PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN. Nombor Telefon Bimbit 019-5283 000 E-mel kucingjack@goomail. com Kemahiran Saya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa mandarin. Saya boleh bercakap dan menulis dalam ketiga-tiga bahasa ini dengan baik. Oleh itu, saya dapat berkomunikasi dengan pelanggan negara asing. Pencapaian Semasa di sekolah menengah, saya merupakan seorang pengawas dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pendidikan Saya bersekolah di Sekolah Rendah Dato’ Darwis dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat. Selepas menamatkan SPM dan STPM, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Jawatan Yang Ingin Dipohon Guru Ganti MyStep Pelajaran Malaysia pada tahun 20__. Selain itu, saya pernah menyertai pertandingan debat di sekolah. Di universiti, saya juga aktif dalam Persatuan Drama dan menjadi setiausaha persatuan. Pengalaman Saya pernah bekerja sambilan di Pusat Tuisyen Sinaran Insentif di Bukit Maluri sebagai guru Bahasa Melayu selama setahun. Selain itu, saya juga menjadi guru tuisyen di Rumah Kebajikan Kasih Insan. Rujukan Sekiranya pihak tuan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan diri saya, sila hubungi Profesor Madya Dr. Abdul Rasid Jamian, iaitu penasihat akademik Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia di talian 019- 3254 XXX. Karangan Bahagian B Aktiviti 1 Isi (1): Memupuk perpaduan kaum Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Masyarakat dapat bergaul antara satu sama lain Makan dan berbual-bual bersama-sama, berkenalan antara satu dengan yang lain Semangat kejiranan dapat dipupuk dan negara akan harmoni ISI (2): Mengenali budaya masyarakat berbilang bangsa Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Tetamu dapat melihat budaya tersebut dengan lebih dekat Melihat budaya bermaaf-maafan semasa Hari Raya Aidilfi tri Masyarakat dapat meluaskan pengetahuan ISI (3): Memupuk semangat kejiranan Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Jiran-jiran yang berkunjung ke rumah terbuka dapat bergaul mesra. Menjemput jiran tetangga Silaturahim antara jiran semakin erat Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 116 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


117 Aktiviti 2 Isi (1): Pekerjaan yang berpendapatan tinggi Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Membalas jasa ibu bapa dan membantu adikberadik Membeli rumah yang selesa untuk keduadua ibu bapa dan membeli buku-buku sekolah untuk adik-adik Keluarga akan hidup selesa ISI (2): Minat yang mendalam terhadap sesuatu kerjaya Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Sudah ditanam sejak kecil Belajar dengan bersungguhsungguh untuk melanjutkan pelajaran Mereka tidak akan tertekan ISI (3): Pengaruh daripada ibu bapa atau keluarga Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Mereka ialah orang yang hampir dengan kita, tindakan ibu bapa mudah dicontohi oleh anak-anak Jika bapa menjadi anggota polis, anak-anak akan terpengaruh oleh bapa untuk turut menjadi anggota polis Anak-anak akan berusaha dengan gigih Aktiviti 3 Isi (1): Ibu bapa memberikan kasih sayang dan perhatian Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Anak-anak yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup akan bersemangat untuk belajar Ibu bapa perlu meluangkan masa Hubungan kekeluargaan bertambah mesra ISI (2): Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Anak-anak akan mencontohi perbuatan mereka Rajin membaca buku, surat khabar atau majalah pada masa lapang atau rajin ke kelas agama Anak-anak akan berminat untuk menguasai ilmu ISI (3): Ibu bapa memantau disiplin anak-anak Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Melatih generasi muda mematuhi peraturan Ibu bapa perlu membuat jadual belajar untuk anak-anak Anak-anak dapat mengurus masa dengan baik Aktiviti 4 Isi (1): Mengibarkan Jalur Gemilang Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Jalur gemilang menunjukkan perpaduan, keamanan dan kedaulatan Malaysia Dikibarkan semasa bulan kemerdekaan Semangat patriotik semakin meningkat Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 117 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


118 ISI (2): Mematuhi undang-undang negara Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Jika masyarakat tidak mematuhi undang-undang, orang ramai akan hidup ketakutan dan negara akan kucar-kacir Masyarakat perlu mengelakkan diri daripada jenayah Negara akan selamat dan pelancong semakin ramai ISI (3): Menjaga keharmonian dan hubungan antara kaum Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Malaysia ialah negara yang berbilang bangsa dan agama Masyarakat janganlah menghina budaya dan kepercayaan orang lain Hubungan antara kaum semakin baik dari semasa ke semasa Aktiviti 5 Isi (1): Ibu bapa menjadi suri teladan Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Anak-anak akan mudah mencontohi perbuatan ibu bapa Ibu bapa janganlah melayari laman sosial dengan telefon bimbit semasa di rumah Ibu bapa dapat menumpukan perhatian terhadap anakanak ISI (2): Ibu bapa mengehadkan masa anak-anak menggunakan laman sosial Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Mereka menggunakan masa yang lama dalam laman sosial Ibu bapa perlu menetapkan sejam sehari sahaja untuk melayari laman sosial Tumpuan terhadap pelajaran anakanak tidak terjejas ISI (3): Ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Anakanak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke kelas agama dan mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik Anak-anak tidak terlibat dengan masalah sosial Aktiviti 6 Isi (1): Kemusnahan habitat fl ora dan fauna Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Kemusnahan habitat fl ora dan fauna Flora dan fauna bergantung pada hutan untuk mendapatkan bekalan makanan Manusia yang menebang pokok menyebabkan fl ora dan fauna pupus ISI (2): Peningkatan suhu bumi Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Bilangan pokok semakin sedikit akibat ditebang oleh manusia Bekalan oksigen kurang dan karbon dioksida semakin bertambah Bumi semakin panas dan paras air laut akan meningkat ISI (3): Berlaku bencana alam Huraian: Mengapa Huraian: Bagaimana Huraian: Kesan Pokok-pokok yang telah ditebang tidak dapat menguatkan tanah dan menahan angin Pokok berfungsi untuk mengelakkan tanah runtuh dan menahan angin kencang Bencana alam akan merosakkan harta benda manusia dan menyebabkan kematian Mulus SPM Bahasa Melayu_Jawapan.indd 118 08/02/2023 9:30 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version