The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN: 978-629-7536-01-7
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-04-03 21:24:08

Revisi Cepat Pendidikan Islam Ting 123

ISBN: 978-629-7536-01-7
Price: WM: 22.90 / EM: 23.90

97 PELAJARAN 24 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW Nota Grafik Bidang Sirah PELAJARAN 25 Era Masyarakat Jahiliyah Berasal daripada perkataan Arab, iaitu jahala ( ) bermaksud tidak tahu, jahil atau bodoh Pengertian Jahiliyah • Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat • Penganutnya menyembah alam seperti matahari, bintang dan pokok • Penganutnya mengubah suai ajaran Nabi Isa a.s mengikut keinginan mereka • Mereka mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan • Rajanya bernama Abrahah dan kisahnya dipaparkan dalam surah al-Fil • Penganutnya mengubah suai ajaran Nabi Musa a.s. mengikut keinginan mereka • Diperkenalkan oleh Amru bin Amir bin Luhai yang menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam • Dia membawa berhala bernama “Hubal” dan diletakkan di dalam Kaabah • Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. • Agama ini, agama Samawi, sama seperti agama Islam seperti percaya hari kebangkitan, korban dan haji Agama Penyembah berhala Kepercayaan Animisme Agama Nasrani • Dianuti oleh golongan penyembah api • Api yang disembah selama 1000 tahun di Parsi telah padam pada malam kelahiran Rasulullah SAW Kepercayaan Majusi Agama Yahudi Agama Hanif Kepercayaan Masyarakat Arab Jahiliyah Kronologi Penting sebelum Nabi Muhammad SAW Dilantik Menjadi Rasul Riwayat Hidup Rasulullah SAW Selama 2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah di perkampungan Bani Saad Pada usia 12 tahun, Baginda dibawa berdagang ke Syam, dinasihatkan oleh Buhaira untuk dibawa pulang kerana dikhuatiri dibunuh oleh Yahudi Pada usia 20 tahun, Baginda dan bapa saudaranya menyaksikan Hilfu al-Fudhul iaitu perjanjian untuk membela nasib peniaga yang teraniaya. Baginda juga menggembala kambing bersamasama saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad dan di Mekah Pada usia 2-4 tahun, dada Baginda dibelah oleh Malaikat Jibril Pada usia 4-6 tahun, Baginda tinggal bersamasama dengan ibu, dibawa menziarahi pusara ayahnya dan ibunya meninggal ketika pulang ke Mekah Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim Gelaran Al-Amin Tarikh Lahir 12 Rabiul Awal, tahun Gajah Tempat Lahir Di Mekah Ibu Aminah binti Wahab Ibu Susuan Suwaibah al-Aslamiyah dan Halimatus Sa’diah Tarikh dan Tempat Wafat 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah, dimaqamkan di Madinah Pada usia 6-8 tahun, Baginda dipelihara oleh datuk sehingga datuk Baginda meninggal dunia, kemudian dipelihara oleh bapa saudara, iaitu Abu Talib Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 97 28/03/2023 13:46:29 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


98 Sumbangan • Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW dengan menghantar pasukan Usamah bin Zaid ke sempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine) • Membentuk 11 pasukan angkatan tentera perang untuk menghadapi kaum murtad yang memberontak di pelosok Tanah Arab • Mengarahkan Zaid bin Tsabit supaya mengetuai dalam menghimpunkan alQuran Aspek Politik • Menubuhkan jabatan tentera, polis, percukaian dan perbendaharaan negara • Menubuhkan Majlis Syura Aspek Sosial • Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan keutamaan dan perjuangan mereka • Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah Aspek Ekonomi • Menubuhkan Baitul Mal • Memperkenalkan cukai jizyah dan kharaj • Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian Aspek Ketenteraan • Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang • Mengemas kini angkatan tentera PELAJARAN 26 Keunggulan Perjuangan Khulafa ar-Rasyidin Sumbangan Sayidina Umar bin al-Khattab Sumbangan Sayidina Uthman bin Affan Sumbangan Sayidina Ali bin Abu Talib Sumbangan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Aspek Sosial Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang pekerjaan Aspek Politik • Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran • Mengukuhkan peranan Baitul Mal untuk membiayai pembangunan negara Aspek Ketenteraan Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan Aspek Agama • Beliau membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali sebagai ‘Mushaf Uthmani’ • Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan mengambil zakat berdasarkan nilai mata wang • Membeli tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi Sumbangan Aspek Sosial: Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara Aspek Ekonomi: Meneruskan kutipan jizyah Aspek Ketenteraan: Beliau telah membina markaz ketenteraan di Parsi dan di sempadan Syria Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 98 28/03/2023 13:46:29 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


99 Biodata Nabi Muhammad SAW S.P. 5.1.1 Menyatakan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim Nama lain Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-‘Aqib Tarikh dan tempat lahir 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah Gelaran Al-Amiin Kunniyah Abu al-Qasim Ibu Aminah binti Wahab Ibu susuan Tsuwaibatul Aslamiah, Halimatussa’diah Pengasuh As-Syaima’ dan Ummu Aiman Isteri (a) Khadijah binti Khuwailid (g) Zainab binti Jahsyi (b) Saudah binti Zam’ah (h) Ummu Salamah binti Abu Umaiyah (c) Aisyah binti Abu Bakar (i) Sofiyah binti Huyai (d) Hafsah binti Umar (j) Ummu Habibah binti Abu Sufian (e) Zainab binti Khuzaimah (k) Maimunah binti al-Harith (f) Juwairiah binti al-Harith (l) Mariyah al-Qibtiyah Anak Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah Tarikh dan tempat wafat 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah di Madinah Sifat Fizikal Nabi Muhammad SAW 1 Baginda memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan tegap. Rambut baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Raut wajah baginda sentiasa kelihatan ceria dan segak. 2 Mata baginda hitam pekat dan bulu matanya lentik. 3 Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda pasti berkata, “Aku tidak pernah melihat orang lain yang setanding dengan ketampanan Nabi Muhammad SAW”. 24 Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW Bidang: Sirah Pelajaran Riwayat Hidup 5.1 Nabi Muhammad SAW Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 99 28/03/2023 13:46:29 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


100 Zuhrah Wahab Abdu Manaf Aminah Qusai Hasyim Abdu Manaf Abdul Mutalib Abdullah Rajah 24.1 Salasilah keturunan sebelah bapa dan ibu Nabi Muhammad SAW Peristiwa Penting dalam Kehidupan Nabi Muhammad SAW S.P. 5.1.2 Menjelaskan peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW S.P. 5.1.3 Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW S.P. 5.1.4 Menghuraikan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa-peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad SAW 1 Seluruh kehidupan Nabi Muhammad SAW menjadi contoh teladan kepada umat Islam. Terdapat beberapa peristiwa penting dalam sirah Nabi Muhammad SAW yang perlu kita hayati dan contohi. 2 Jadual 24.1 menunjukkan kronologi peristiwa penting sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Jadual 24.1 Kronologi peristiwa penting sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul Umur Peristiwa Selepas kelahiran Baginda dipelihara oleh Halimatussa’diah selama 2 tahun di perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif. 2-4 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril 4-6 tahun Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama dengan ibu baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda meninggal dunia di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah. 6-8 tahun Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Mutalib hingga datuk baginda meninggal dunia. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa saudara baginda, Abu Talib. 12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam. Di pertengahan jalan, Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira ar-Rahib ketika di bandar Busra, sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi. Tingkatan 1 Pelajaran 24 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 100 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


101 Tingkatan 1 Pelajaran 24 Umur Peristiwa 20 tahun Baginda bersama-sama dengan bapa saudaranya menyaksikan Hilful Fudhul (perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan). Baginda mengembala kambing bersama-sama saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad kemudian di Mekah. 25 tahun Berdagang ke Syam Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar kota Mekah al-Mukarramah. Baginda berurus niaga dengan Sayidatina Khadijah r.a, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia. Nabi Muhammad SAW membawa barang dagangan Sayidatina Khadijah r.a ke Syam dengan bantuan Maisarah, seorang pekerja lelaki Sayidatina Khadijah r.a. Semasa di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan amanah. Akhirnya, Nabi Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda. Iktibar Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad: (a) Menunaikan amanah (b) Mempunyai kerjaya (c) Mendapat kepercayaan masyarakat (d) Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana Berkahwin dengan Sayidatina Khadijah r.a. Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Sayidatina Khadijah r.a. mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan baginda. Sayidatina Khadijah menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafiisah binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda. Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Sayidatina Khadijah r.a. melalui bapa saudaranya, ‘Amru bin Asad. Hasil perkahwinan dengan Sayidatina Khadijah r.a., baginda dikurniakan enam orang anak. Iktibar Antara akhlak mulia Nabi Muhammad yang menarik perhatian Sayidatina Khadijah r.a. ialah: (a) Jujur (b) Menghormati keluarga (c) Menjaga adab dan batas pergaulan Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 101 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


102 Umur Peristiwa 35 tahun Peristiwa peletakan Hajarul Aswad (a) Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga meruntuhkan dinding kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih kaabah. Nabi Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru kaabah, berlaku perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah. (b) Akhirnya, Abu Umaiyah al-Makhzumi, seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah Arab yang mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT, orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang melihat Baginda masuk ke masjid berkata, “Dialah asSadiq al-Amin (orang yang benar lagi amanah)”. (c) Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda, kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang hujung rida’ tersebut dan membawanya secara beramai-ramai ke penjuru kaabah. Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati. Iktibar Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW: (a) Bersifat tawaduk. (b) Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan. (c) Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab. (d) Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana. (e) Mendamaikan kehidupan masyarakat. Semak Cepat 1 Nyatakan nama penuh Nabi Muhammad SAW. 2 Senaraikan dua sifat Nabi Muhammad SAW yang perlu dipelajari ketika berurus niaga dengan Sayidatina Khadijah r.a. 3 Jelaskan sebab Nabi Muhammad SAW gemar bersendirian di Gua Hira’. Tingkatan 1 Pelajaran 24 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 102 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


103 Tingkatan 1 Pelajaran 24 3 Jadual 24.2 menunjukkan kronologi peristiwa penting selepas kerasulan Nabi Muhammad. Jadual 24.2 Kronologi peristiwa penting selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW Peristiwa Keterangan Menerima wahyu pertama Kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun. Pada ketika itu, baginda gemar bersendirian di gua Hira’ untuk beribadat dan memikirkan cara untuk menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliyah. Pada suatu hari, dalam bulan Ramadan, baginda didatangi Malaikat Jibril a.s. Malaikat Jibril a.s memeluk baginda dengan erat sebanyak tiga kali serta menyuruh baginda membaca. Setiap kali Malaikat Jibril menyuruh baginda membaca, baginda menjawab, “Saya tidak tahu baca”. Akhirnya, malaikat Jibril mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama: (Surah al- ‘Alaq: 1-5) Terjemahan: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Dia mencipta manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahui. Setelah Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT untuk menyampaikan dakwah, baginda menjalankan perintah tersebut dengan sabar dan gigih. Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah. Namun, terdapat sebahagian masyarakat Arab yang menentang dakwah baginda. Iktibar Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW: (a) Tidak suka dengan kesesatan masyarakat. (b) Menunaikan amanah demi menyampaikan dakwah. (c) Bersabar dan istiqamah dalam menyampaikan dakwah. (d) Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 103 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


104 Peristiwa Keterangan Isra’ dan Mikraj Sayidatina Khadijah r.a. sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, bapa saudara baginda, Abu Talib membela baginda meskipun beliau tidak memeluk agama Islam. Kematian mereka berdua (Sayidatina Khadijah dan Abu Talib) menyebabkan baginda berdukacita. Kedukaan baginda terubat apabila baginda dibawa mengembara untuk menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Kronologi peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW dibawa pada waktu malam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin. ↓ Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran yang akan berlaku kepada umat baginda. ↓ Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjidil Aqsa. ↓ Baginda dibawa mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha. ↓ Baginda menghadap Allah SWT dan menerima kefarduan solat lima waktu. ↓ Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan menceritakan pengalaman baginda kepada penduduk Mekah. Iktibar Peristiwa Isra’ Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW: (a) Menjalani Isra’ Mikraj dengan ruh dan jasad. (b) Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum baginda. (c) Menerima kefarduan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah yang paling utama dalam Islam. (d) Mendapat pertolongan daripada Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran dakwah. Tingkatan 1 Pelajaran 24 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 104 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


105 Tingkatan 1 Pelajaran 24 4 Jadual 24.3 menunjukkan proses hijrah ke Madinah dan pembentukan negara Islam Jadual 24.3 Proses hijrah ke Madinah dan pembentukan negara Islam Umur Peristiwa 53 tahun Sebab hijrah ke Madinah • Dakwah Islam yang disampaikan oleh baginda mendapat pelbagai tentangan dan halangan daripada orang kafir Quraisy. Akhirnya, Allah SWT memerintahkan baginda untuk berhijrah ke Madinah (Yathrib) bersama-sama dengan para sahabat. Peristiwa hijrah berlaku pada 13 tahun selepas kerasulan baginda. • Sebelum tiba di Madinah, baginda singgah di Quba’ dan membina masjid yang pertama di sana. Semasa di Madinah • Baginda membina pemerintahan berasaskan wahyu. • Baginda membina masjid Nabawi. • Baginda mempersaudarakan golongan Muhajirin dan golongan Ansar. • Baginda menggubal Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara. Tentangan yang dihadapi Terdapat musuh yang cuba menentang untuk menggugat keamanan di Madinah. Peperangan di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW • Peperangan Badar • Peperangan Uhud • Peperangan Khubair • Peperangan Hunain • Pembukaan Kota Mekah Iktibar Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW ialah: (a) Nabi Muhammad SAW sanggup berkorban demi menegakkan Islam. (b) Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh aman. (c) Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu. (d) Negara Islam di Madinah menjadi model negara Islam terbaik. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 105 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


106 5 Jadual 24.4 menjelaskan tentang kewafatan Nabi Muhammad SAW. Jadual 24.4 Kewafatan Nabi Muhammad SAW Umur Peristiwa 63 tahun Setelah menyempurnakan tugas sebagai rasul, pada waktu Dhuha hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah di rumah Sayidatina Aisyah r.a, Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui pencipta-Nya. Berita duka mengenai kewafatan baginda yang merupakan kekasih Allah SWT menggemparkan penduduk Mekah. Jasad baginda yang mulia dimakamkan di rumah Sayidatina Aisyah r.a. Iktibar Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah Nabi Muhammad SAW ialah: (a) Baginda diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. (b) Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi menegakkan syiar Islam. (c) Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun kini. (d) Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa dan pengorbanan baginda yang tiada tolok bandingnya. Mencontohi Akhlak Nabi Muhammad SAW S.P. 5.1.5 Mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan 1 Setiap Muslim wajib mencintai Nabi Muhammad SAW dengan: (a) M e n g i k u t i d a n mengamalkan sunnah baginda serta mematuhi perintah dan menjauhi larangannya. (b) Sentiasa merindui baginda. (c) M e m u l i a k a n d a n ber t awaduk apabila mendengar nama baginda dengan berselawat ke atasnya. (d) Mencintai Ahlul Bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para sahabat (orang yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW). Jasa dan Sumbangan Nabi Muhammad SAW 1 Terlalu banyak sumbangan baginda kepada tamadun Islam, antaranya: (a) Membina masyarakat bersatu padu dalam mempertahankan negara. (b) Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan di samping sebagai tempat ibadah. (c) Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam. (d) Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang gemilang sehingga dikenali sebagai “al-Madinah al-Munawwaroh” yang bermaksud kota yang bercahaya. Tingkatan 1 Pelajaran 24 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 106 28/03/2023 13:46:30 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


107 Tingkatan 1 Pelajaran 38 Maksud Jahiliyah S.P. 5.2.1 Menyatakan maksud jahiliyah 1 Pengertian jahiliyah dari segi: Bahasa : Perkataan asal, Jahala iaitu tidak tahu, bodoh atau jahil. 2 Kejahilan masyarakat Arab pada ketika itu bukan bermaksud tidak berilmu atau tidak pandai. Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah. Sebaliknya, yang dimaksudkan dengan kejahilan ialah masyarakat Arab jahil dalam akidah dan akhlak. 3 Aspek kejahilan masyarakat Arab pada ketika itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Aspek kejahilan masyarakat Arab pada zaman dahulu Jahil akidah Jahil akhlak Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti suka menindas golongan wanita dan hamba, berjudi serta minum arak. Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi mencampuradukkan dengan penyembahan berhala, amalan sihir dan khurafat. Masyarakat Arab sebelum Kerasulan Nabi Muhammad SAW dari Segi Akidah S.P. 5.2.2 Menjelaskan keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akidah 1 Pelbagai agama dianuti oleh masyarakat Arab sebelum berlakunya kerasulan Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah: Jenis Agama Penerangan Yahudi • Merupakan agama Samawi yang diubahsuai daripada ajaran Nabi Musa a.s. mengikut keinginan penganutnya. • Mereka banyak memfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW. • Mereka datang dari Palestin ke negara Arab 25 Era Masyarakat Jahiliyah Bidang: Sirah Pelajaran Masyarakat Arab sebelum Kerasulan 5.2 Nabi Muhammad SAW Peta Pokok Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 107 28/03/2023 13:46:31 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


108 Jenis Agama Penerangan Nasrani • Merupakan agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa a.s. mengikut keinginan penganutnya. • Mereka mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan. • Mereka datang dari Habsyah dan Rom. • Abrahah, Raja Nasrani telah membina tempat ibadat yang baharu di Yaman untuk menyaingi populariti kaabah di Mekah, namun gagal dengan adanya pertolongan daripada Allah SWT. • Kisah ini telah dipaparkan dalam al-Quran, surah al-Fil. Kepercayaan Majusi • Merupakan kepercayaan yang dianuti oleh penyembah api. • Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh penganut Majusi di Parsi telah padam. • Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kepercayaan Animisme • Merupakan kepercayaan yang mempercayai setiap benda mempunyai ruh dan semangat. • Oleh itu, penganut ini menyembah alam seperti matahari, bintang dan pokok. Agama Hanif • Pada mulanya, majoriti masyarakat Arab menganuti agama Hanif. • Agama Hanif merupakan agama Samawi yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. • Antara ciri kepercayaan agama Hanif ialah: - Percaya kepada Allah SWT, tuhan yang satu. - Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati - Percaya kepada dosa dan pahala. • Ajaran agama Hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam seperti ibadah korban, ibadah haji dan umrah. Penyembah Berhala • Mula diperkenalkan oleh ‘Amru bin ‘Amir bin Luhya, pemimpin Khuza’ah. • Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam lalu membawa berhala bernama Hubal ke Mekah dan meletakkannya di dalam Kaabah. • Dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah supaya menyembah berhala tersebut. • Agama ini dicampuradukkan dengan agama Hanif sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan Allah SWT. • Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang Arab ketika musim haji. • Sewaktu pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, sebanyak 360 buah berhala yang terdapat di sekitar Mekah telah dimusnahkan oleh Baginda dan para sahabat. Masyarakat Arab sebelum Kerasulan Nabi Muhammad SAW dari Segi Akhlak S.P. 5.2.2 Menjelaskan keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akhlak 1 Masyarakat Arab Jahiliyah terkenal dengan akhlak yang buruk. Namun, masih terdapat perilaku yang baik. 2 Perbandingan tersebut dapat dilihat dalam rajah berikut. Tingkatan 1 Pelajaran 25 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 108 28/03/2023 13:46:31 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


109 Tingkatan 1 Pelajaran 25 Akhlak masyarakat Jahiliyah Akhlak baik Akhlak buruk • Berjudi dan minum arak • Penzinaan dan pelacuran yang berleluasa • Mengamalkan bigami • Pewarisan harta dikhaskan untuk anak lelaki sahaja • Membunuh anak perempuan • Mengamalkan tenung nasib • Sanggup berperang kerana perkara kecil • Menepati janji • Berani, kuat dan pantang menyerah • Menjaga kebersihan mulut dan kuku • Tidak mengahwini mereka yang ada pertalian darah • Menghormati tetamu • Taat kepada pemimpin • Menghormati bulan haram merendahkan martabat wanita. Selain itu, mereka juga suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan. Rasulullah SAW datang membawa ajaran yang m e m a n d u m e r e k a ke jalan yang benar. Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Masyarakat Arab Jahiliyah pada ketika itu mudah dilentur kerana mereka buta huruf. Hal ini menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana Baginda tidak pernah membaca atau mempelajari kitab agama Samawi dan ajaran agama purba. (b) Lokasi Arab pada ketika itu amat strategik kerana terletak di antara empat kuasa besar dunia iaitu Rom, Parsi, Greek dan India. Oleh yang demikian, ajaran Islam mudah tersebar ke seluruh tamadun dunia dan pelbagai bangsa. Pengutusan Rasulullah SAW kepada Masyarakat Jahiliyah S.P. 5.2.4 Menerangkan sebab Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliyah 1 Antara sebab Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat Jahiliyah adalah kerana: (a) Masyarakat Jahiliyah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina, minum arak serta Galeri Info Antara sebab lain Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada masyarakat Arab ialah: • Adanya Kaabah yang dikunjungi untuk tujuan ibadah • Keistimewaan budaya dan bahasa Arab Semak Cepat 1 Nyatakan pengertian jahiliyah dari segi bahasa. 2 Nyatakan dua aspek kejahilan masyarakat Arab jahiliyah pada zaman dahulu. 3 Jelaskan tiga ciri kepercayaan agama Hanif. Peta Pokok Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 109 28/03/2023 13:46:31 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


110 Tingkatan 1 Pelajaran 38 Biodata dan Riwayat Hidup Khulafa ar-Rasyidin S.P. 5.3.1 Menyatakan riwayat hidup khulafa ar-rasyidin 1 Pengertian Khulafa ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW yang memegang jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. 2 Berikut merupakan senarai nama Khulafa ar-Rasyidin: (a) Abu Bakar as-Siddiq (632-634 M/ 11-13 H) (b) Umar bin al-Khattab (634- 644 M/ 13-23 H) (c) Uthman bin ‘Affan (644-656 M/23-35 H) (d) Ali bin Abu Talib (656-661 M/ 35-40 H) Abu Bakar as-Siddiq Umar bin al-Khattab Nama penuh : Abdullah bin Uthman bin ‘Amir bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taimi bin Murroh bin Ka’ab Tempat dan : Mekah, tahun 572 M (2 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW) tahun dilahirkan Keturunan : Bani Taimi, Quraisy Nama ibu : Ummul Khair Salma binti Sakhr Gelaran : ‘Atiq (bebas daripada api neraka) dan as-Siddiq (orang yang paling benar kata-katanya) Meninggal : 13 H, 63 tahun dan dimakamkan di sisi Rasulullah SAW dunia Nama penuh : Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza Tempat dan : tahun dilahirkan Keturunan : Bani ‘Adi, Quraisy Nama ibu : Hantamah binti Hasyim Gelaran : al-Faruq (pemisah antara hak dan batil) Meninggal : dunia Mekah, tahun 584 M (13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW) 23 H, 63 tahun akibat ditikam oleh Abu Lukluah bin Fairuz alFarisi (hamba kepada alMughirah bin Syu’bah) dan dimakamkan di sisi Abu Bakar as-Siddiq 26 Keunggulan Perjuangan Khulafa ar-Rasyidin Bidang: Sirah Pelajaran Keunggulan Perjuangan Tokoh-tokoh Khulafa ar-Rasyidin 5.3 Istilah Penting •  Ar-Rasyidin – Berasal dari kata ar-Rasyid yang bererti "bijaksana" dan "cerdas" atau juga dapat diertikan "yang mendapat petunjuk dan mengikuti jalan yang benar. Istilah Penting Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 110 28/03/2023 13:46:32 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


111 Uthman bin ‘Affan Ali bin Abu Talib Nama penuh : Uthman bin ‘Affan bin Abu al-‘As bin Umaiyah ‘Abdu Syams bin ‘Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murroh bin Ka’ab Tempat dan : Mekah, tahun 576 M tahun dilahirkan Keturunan : Bani Umaiyah, Quraisy Nama ibu : Arwa binti Kuraiz Gelaran : Zunnurain (yang memiliki dua cahaya kerana beliau berkahwin dengan dua puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah dan Ummu Kulthum) Meninggal : 35 H, 80 tahun akibat dibunuh oleh pemberontak dan dimakamkan di perkuburan Baqi’ dunia Nama penuh : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf Tempat dan : Mekah, tahun 599 M tahun dilahirkan Keturunan : Bani Hasyim, Quraisy Nama ibu : Fatimah binti As’ad Gelaran : Abu Turab (bapa si tanah) Bapa angkat : Nabi Muhammad SAW, beliau dijaga oleh baginda sejak kecil Isteri : Fatimah az-Zahra’ (puteri Rasulullah SAW) Sebab : Ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam pada 17 Ramadan, 40 H kematian 3 Antara sebab mereka dipilih menjadi Khulafa ar-Rasyidin ialah: (a) Mereka sentiasa berdamping dengan Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda selain mempunyai hubungan kerabat dengannya. (b) Corak pemerintahan yang diamalkan berpandukan al-Quran dan sunnah. (c) Mengamalkan konsep syura yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW. Sifat-sifat Peribadi Khulafa ar-Rasyidin S.P. 5.3.2 Menerangkan sifat-sifat utama setiap khulafa ar-Rasyidin Khalifah Sifat peribadi Abu Bakar as-Siddiq Pemurah • Sanggup membeli dan memerdekakan hamba yang diseksa seperti, Bilal bin Rabah dan ‘Amar bin Yasir Berani • Sentiasa membantu dan membela Rasulullah SAW yang pada ketika itu cuba dibunuh oleh kaum baginda semasa di Mekah Hartawan Dermawan • Banyak membelanjakan harta di jalan Allah SWT Tingkatan 1 Pelajaran 26 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 111 28/03/2023 13:46:32 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


112 Khalifah Sifat peribadi Lembut Hati • Mudah menangis ketika membaca al-Quran Cintakan kebenaran Semangat setiakawan yang tinggi Umar bin al-Khattab Berperwatakan keras • Suka beradu kekuatan dan sangat cekap menunggang kuda Sangat berani • Berhijrah pada waktu siang dan secara terang-terangan Kecerdasan yang luar biasa • Banyak pendapat beliau bertepatan dengan firman Allah SWT Berpengetahuan tinggi Uthman bin ‘Affan Pemalu dan lemah lembut • Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat: “Tidakkah engkau malu kepada lelaki yang malaikat sendiri malu kepadanya?” Dermawan dan Pemurah • Banyak menderma untuk perang Tabuk, membeli perigi Raumah untuk kegunaan umat Islam, menderma 1000 ekor unta dengan muatan kepada umat Islam yang memerlukan Suka membantu • Membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan khususnya kepada kaum keluarga dan sanak saudara terdekat Ali bin Abu Talib Berani, gagah perkasa dan pandai • Berlawan satu lawan satu dengan pahlawan Quraisy yang berpengalaman iaitu, ‘Amru bin Wid al-‘Amiri dan berjaya menewaskannya • Pandai berpidato • Handal bermain pedang • Memanah • Menunggang kuda Pandai menulis dan membaca • Dilantik menjadi salah seorang penulis wahyu Pintar dan mahir • Bidang faraidh • Hukum-hukum syarak • Al-Quran • Bahasa dan sastera Kuat ingatan • Menghafaz seluruh al-Quran Imbas Kod QR atau layari https:// youtu.be/ycpsekhQhRw tentang Khulafa ar-Rasyidin. PAK-21 Tingkatan 1 Pelajaran 26 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 112 28/03/2023 13:46:32 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


113 Tingkatan 1 Pelajaran 26 Sumbangan Khulafa ar-Rasyidin S.P. 5.3.3 Menerangkan sumbangan Khulafa ar-Rasyidin dalam menegakkan dakwah Islamiah Politik • Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW dengan menghantar pasukan Usamah bin Zaid ke sempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine) • Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, murtad dan nabi palsu. Beliau telah membentuk 11 pasukan angkatan perang untuk menghadapi kaum murtad yang memberontak di pelusuk tanah Arab • Setelah tamat perang Yamamah, ramai tentera Islam mati syahid termasuklah para penghafaz al-Quran. Atas nasihat Sayidina Umar bin al-Khattab, beliau telah mengarahkan Zaid bin Tsabit mengetuai usaha menghimpunkan al-Quran yang tertulis pada batu, kulit haiwan, daun dan hafazan para hafiz. Himpunan salinan ayat al-Quran disimpan oleh Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Hafsah (isteri Nabi Muhammad SAW) Agama Politik Sosial Ekonomi Ketenteraan • Menubuhkan Majlis Syura • Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah dan ditadbir oleh gabenor • Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara • Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan keutamaan dan perjuangan mereka • Mengasaskan takwim Islam • Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah • Menubuhkan Baitul Mal • Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti, jizyah dan kharaj • Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian • Mengemas kini angkatan tentera • Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang Peta Dakap Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 113 28/03/2023 13:46:33 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


114 Sosial Ketenteraan Ekonomi • Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara • Membina markaz ketenteraan di Parsi dan di sempadan Syria • Meneruskan kutipan jizyah Pengajaran S.P. 5.3.4 Menghuraikan pengajaran daripada perjuangan Khulafa ar-Rasyidin 1 Mencontohi semangat perjuangan dan sifat mulia para sahabat agar diredai Allah SWT. 2 Bersikap berani menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. 3 Sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa untuk kepentingan Islam. 4 Mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam yang banyak berjasa. Sosial Ketenteraan Politik • Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang pekerjaan • Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan • Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran • Mengukuhkan peranan Baitul Mal untuk membiayai pembangunan negara • Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani • Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan mengambil zakat berdasarkan nilai mata wang • Membeli tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi Agama Peta Dakap Semak Cepat 1 Senaraikan nama Khulafa ar-Rasyidin. 2 Mengapakah zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab dikenali sebagai zaman keemasan? 3 Jelaskan sumbangan khalifah Abu Bakar dari aspek agama. Tingkatan 1 Pelajaran 26 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 114 28/03/2023 13:46:33 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


115 PELAJARAN 27 Akhlak Terpuji Hiasan Diri PELAJARAN 28 Amanah Tonggak Kesejahteraan Nota Grafik Bidang Akhlak Islamiah Bahagian Akhlak dan Contoh Akhlak Sifat dan tingkah laku terpuji seseorang yang bertepatan dengan syarak Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan syarak Akhlak kepada Allah SWT: Syukur, sabar, reda, tawakal, zikir dan qanaah Akhlak dengan manusia: Tawaduk, menghormati orang lain, penyayang Akhlak kepada Allah SWT: Riak, putus asa, sangka buruk dan lalai Akhlak dengan manusia: Sombong, bakhil, menghina orang lain Akhlak Mahmudah Akhlak Mazmumah Maksud Contoh Mendapat kedudukan tinggi dan terpuji di sisi Allah SWT Disayangi oleh masyarakat sekeliling Mewujudkan suasana aman dan harmoni Meningkatkan imej Islam Kelebihan Berakhlak Mahmudah Cara Mengamalkan Sifat Amanah Implikasi Tidak Mengamalkan Sifat Amanah Melancarkan pengurusan sesuatu organisasi Mudah melepasi titian Sirat Mendapat kepercayaan daripada orang ramai Menunjukkan sikap orang beriman Kepentingan Sifat Amanah Diri Keluarga Masyarakat • Taat pada perintah Allah SWT • Berdisiplin • Rajin dan bersungguh-sungguh • Taat kepada ibu bapa • Menyayangi adik-beradik • Menghormati jiran, rakan-rakan • Bergaul dengan masyarakat Diri Keluarga Masyarakat • Menjejaskan iman • Tidak diredai Allah SWT • Hilang kepercayaan daripada masyarakat • Menjadi anak derhaka • Dibenci oleh adik-beradik • Merenggangkan hubungan • Masyarakat tidak harmoni • Berlaku pergaduhan Maksud Akhlak Bahasa: Budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat Istilah: Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam Maksud Amanah Bahasa: Tunai janji Istilah: Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 115 28/03/2023 13:46:33 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


116 PELAJARAN 29 Ilmu Cahaya Kehidupan PELAJARAN 30 Maruah Diri Cermin Peribadi 5. Sentiasa bertanya untuk mendapat kefahaman 2. Menghormati dan mengasihi guru 4. Memohon doa dan keredaan ibu bapa 3. Beramal dengan ilmu yang dipelajari 1. Niat ikhlas kepada Allah SWT Adab-adab Menuntut Ilmu 1. Mendapat kemurkaan daripada Allah SWT 2. Dipandang hina oleh orang sekeliling 3. Ilmu yang dipelajari tidak mendapat berkat 4. Mudah terpengaruh dengan unsurunsur negatif Akibat Tidak Beradab Ketika Menuntut Ilmu 1 Mendapat ganjaran kebaikan dan pahala 2 Mendapat keberkatan ilmu 3 Mencapai kejayaan dalam hidup 4 Mudah melakukan kebaikan dan ketaatan Kepentingan Beradab ketika Menuntut Ilmu Kelebihan Orang yang Berilmu  1. Pewaris para nabi dan pemimpin kebaikan 2. Menjadi contoh teladan kepada masyarakat 3. Meninggikan martabat umat Islam 4. Allah SWT mengangkat darjat orang berilmu Mendapat kemurkaan daripada Allah SWT Dipandang hina oleh orang sekeliling Mencemarkan nama baik umat Islam Mudah terpengaruh dengan maksiat Akibat Tidak Menjaga Maruah Diri Pakaian Percakapan Tingkah laku 1. Menutup aurat menurut syarak 2. Sentiasa kemas dan bersih 3. Tidak mengandungi lambang, gambar dilarang oleh syarak 4. Tidak menyerupai pakaian agama lain 1. Bercakap dengan sopan 2. Bermanis muka ketika bercakap 3. Memanggil nama dengan panggilan yang baik 4. Mengamalkan ucapan terima kasih 1. Menjaga kebersihan alam sekitar 2. Menggunakan media sosial dengan berhikmah 3. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan 4. Mematuhi undang-undang jalan raya Cara Menjaga Maruah Diri Bahasa: Keelokan peribadi Hukum: Wajib menjaga maruah diri Maksud Menjaga Maruah: Usaha memelihara diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga dan masyarakat 1. Disayangi Allah SWT 2. Mengekalkan keamanan 3. Jauh daripada api neraka Hikmah Menjaga Maruah Diri Kewajipan Menuntut Ilmu Hukum: Wajib mempelajari ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk keseimbangan dan kesejahteraan Islam Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 116 28/03/2023 13:46:34 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


117 Pembahagian akhlak Akhlak Mahmudah dan Akhlak Mazmumah S.P. 6.1.1 Menyatakan maksud akhlak S.P. 6.1.2 Menjelaskan maksud akhlak mahmudah dan contoh serta mengamalkannya S.P. 6.1.4 Menjelaskan maksud akhlak mazmumah dan contoh serta menjauhinya. 1 Perkataan akhlak berasal daripada perkataan ‘khuluq’ yang bermaksud: (a) Bahasa: Budi pekerti, kelakuan dan tabiat. (b) Istilah: Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan pemikiran yang mendalam. 2 Akhlak terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: (a) Akhlak Mahmudah (b) Akhlak Mazmumah Maksud: Sifat dan tingkah laku terpuji yang terdapat pada diri seseorang yang bertepatan dengan nilai dan perlakuan syarak Contoh akhlak kepada Allah SWT: Syukur, sabar, reda, tawakal, zikir dan qanaah Contoh akhlak dengan manusia: Tawaduk, menghormati orang lain, pengasih dan pemurah Maksud: Sifat dan tingkah laku keji yang terdapat pada diri seseorang yang berlawanan dengan nilai dan perlakuan syarak Contoh akhlak kepada Allah SWT: Riak, putus asa, buruk sangka dan lalai Contoh akhlak dengan manusia: Sombong, memandang hina terhadap orang lain, kasar, memfitnah, khianat dan bakhil Akhlak mahmudah Akhlak mazmumah 27 Akhlak Terpuji Hiasan Diri Bidang: Akhlak Islamiah Pelajaran 6.1 Konsep Akhlak Islamiah Peta Pokok Galeri Info Nama Rasulullah SAW ialah Muhammad dan Ahmad yang bermaksud yang terpuji dan yang sangat terpuji. Allah SWT menamakan rasul-Nya, Muhammad sesuai dengan akhlak baginda yang terpuji dan bertepatan dengan al-Quran. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 117 28/03/2023 13:46:34 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


118 Dalil Naqli Kelebihan Berakhlak S.P. 6.1.3 Menyatakan dalil naqli berkaitan kelebihan berakhlak mulia 1 Antara kelebihan mengamalkan akhlak mahmudah telah dinyatakan dalam terjemahan hadis berikut: (a) Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya”. (b) Abu Darda’ r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (di akhirat) daripada keelokan akhlak”. (c) Diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kamu dan paling dekat denganku pada hari akhirat ialah orang yang paling baik akhlaknya”. Tujuan Memelihara Akhlak S.P. 6.1.5 Menerangkan tujuan memelihara akhlak 1 Antara tujuan memelihara akhlak adalah untuk: (a) Mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni (b) Mendapat kasih sayang dan keberkatan daripada Allah SWT (c) Memelihara hubungan baik antara hamba dengan Allah SWT (d) Sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT (e) Mendapat syafaat dan rahmat Allah SWT pada hari akhirat (f) Mewujudkan kestabilan politik dan keamanan negara (g) Meningkatkan kualiti modal insan dalam membina kemajuan dan ketamadunan yang tinggi Implikasi Tidak Memelihara Akhlak S.P. 6.1.6 Menghuraikan implikasi tidak memelihara akhlak dalam kehidupan 1 Antara keburukan tidak mengamalkan akhlak mahmudah ialah: (a) Menjatuhkan maruah diri seseorang (b) Dipandang hina oleh Allah SWT dan manusia (c) Mudah terpengaruh atau terdorong untuk melakukan kemungkaran (d) Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan daripada-Nya (e) Sering merasakan orang lain salah hanya diri sendiri sahaja yang betul (f) Tidak mahu muhasabah diri atas kesilapan yang telah dilakukan Semak Cepat 1 Nyatakan pengertian akhlak dari segi bahasa dan istilah. 2 Senaraikan tiga contoh akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. 3 Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya tidak mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan. Menganalisis Tingkatan 1 Pelajaran 27 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 118 28/03/2023 13:46:34 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


119 Maksud Amanah S.P. 6.2.1 Menyatakan maksud amanah 1 Pengertian amanah dari segi: (a) Bahasa : Tunai janji (b) Istilah : Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan harta benda, kehormatan dan kerahsiaan. Dalil Naqli S.P. 6.2.2 Menyatakan dalil naqli tuntutan bersifat amanah 1 Allah SWT memerintahkan manusia agar bersifat amanah dalam apa jua tindakan kerana ia menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: Terjemahan: Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menunaikan segala amanah kepada ahli yang berhak menerimanya dan apabila kamu memutuskan hukum antara manusia, (Allah SWT) menyuruh kamu menghukum secara adil. َن َّ ِ اس أ َ الن ْ َين ب ُ � ْ َ َكم َا ح ِذ إ َ َ ا و ِله ْ َه َِ�ٰ أ َ ِ ات إ َان َم ْ ُّوا الأ َ د ؤ ُ َن ت ْ أ م ُ ك ُ ر ُ م ْ أ َ َ ي َـه الل ّ َّ ِن إ ًا ﴿٥٨ ﴾ َ ِصير َ � َ ِ ًيعا ب كان َ َ َـه الل ّ َّ ِن ِ ِهۗ إ ُ ُ�م ب ِعظ َ َّا ي نِعم َِ َـه الل ّ َّ ِن ِلۚ إ ْ َد ع ْ ِال ُوا ب ْ ُكم َح ت (Surah an-Nisa: 58) 2 Rasulullah SAW turut menegaskan akan kepentingan sifat amanah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Abu Daud: 28 Amanah Tonggak Kesejahteraan Bidang: Akhlak Islamiah Pelajaran 6.2 Amanah Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 119 28/03/2023 13:46:35 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


120 1 Nyatakan pengertian akhlak dari segi bahasa dan istilah. 2 Senaraikan tiga contoh akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. 3 Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya tidak mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan. Kepentingan Sifat Amanah S.P. 6.2.3 Menjelaskan kepentingan sifat amanah 1 Antara kepentingan mengamalkan sifat amanah ialah: (a) Dapat memberikan pengurusan yang baik dan lancar kerana bebas daripada penipuan dan rasuah. (b) Peroleh kepercayaan dan keyakinan daripada orang ramai. (c) Menjadi salah satu tanda orang yang beriman kerana memelihara amanah. (d) Dapat melintasi titian sirat dengan mudah. Cara Mengamalkan Sifat Amanah dan Implikasi Tidak Amanah S.P. 6.2.4 Menerangkan cara-cara mengamalkan sifat amanah terhadap diri, keluarga dan masyarakat S.P. 6.2.5 Menghuraikan implikasi tidak amanah terhadap diri, keluarga dan masyarakat 1 Jadual 28.1 menunjukkan cara mengamalkan sifat amanah serta implikasi tidak mengamalkannya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadual 28.1 Cara mengamalkan sifat amanah serta implikasi tidak mengamalkannya. Amanah terhadap Cara mengamalkan sifat amanah Implikasi tidak mengamalkan sifat amanah Diri sendiri • Mematuhi suruhan dan larangan Allah SWT • Memelihara penampilan diri • Berdisiplin dan mematuhi peraturan • Bersungguh-sungguh dan rajin • Menjejaskan iman • Tidak mendapat keredaan Allah SWT • Hilang kepercayaan daripada orang ramai Terjemahan: Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi kamu amanah dan jangan khianat kepada orang yang mengkhianatimu”. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ :أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ وَلا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ. (الترمذي دان أبو داود) Tingkatan 1 Pelajaran 28 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 120 28/03/2023 13:46:35 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


121 Tingkatan 1 Pelajaran 28 Amanah terhadap Cara mengamalkan sifat amanah Implikasi tidak mengamalkan sifat amanah Keluarga • Mentaati dan melakukan ihsan kepada ibu bapa • Bertanggungjawab dalam menjaga amanah keluarga • Menyayangi adik-beradik • Memastikan ahli keluarga melaksanakan perintah Allah SWT sebaiknya • Menjadi anak derhaka • Mencemarkan nama baik keluarga • Menjejaskan perhubungan kekeluargaan • Dibenci oleh adik-beradik serta ahli keluarga yang lain Masyarakat • Menghormati jiran, guru, rakan dan masyarakat sekeliling • Menyertai program kemasyarakatan • Masyarakat tidak harmoni • Menjejaskan keselesaan orang awam Galeri Info ا ََ � ْ ِمل ْ َح َن ي َ أ ْ َين َب أ َ ا ل ف ِ َ ِجب ْ َ ا ل ْ ِض و َر ْ َ ا لأ َ ِ ا ت و َ ا و َّ م َ َ� ا لس َ ع ة َ َا ن َم ْ َا الأ ْ ن َ ض َّ َ ا � ِن إ ﴾٧٢﴿ ً ُو لا َ ه ُ ًو ما ج ظل َ َ كا ن َ ُ َّه ِن ُ ۖ إ َ ا ن ِ �س ْ َ ا الإ َه ل ََ � َ َا و ْ م� ِ َ ْن َق ف ْ َش أ َ و (Surah al-Ahzab: 72) Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. Semak Cepat 1 Apakah maksud amanah dari segi bahasa dan istilah? 2 Mengapakah Allah SWT memerintahkan manusia agar bersifat amanah? 3 Ramalkan akibat terhadap pelajar yang tidak amanah dalam menuntut ilmu. Menganalisis Imbas Kod QR atau layari https://youtu.be/oDXrg15gcUQ tentang cara bersifat amanah. PAK-21 Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 121 28/03/2023 13:46:36 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


122 Kewajipan Menuntut Ilmu S.P. 6.3.1 Menyatakan kewajipan menuntut ilmu berserta dalil Terjemahan: Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu wajib kepada setiap orang Islam”. ٍ عَنْ أَنَس بْنِ مَالِكِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ (ابن ماجه) ٍ مُسْلِم. 1 Berpandukan hadis di atas, menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam menuntut ilmu kerana ilmu merupakan syarat sesuatu amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. 2 Selain itu, ilmu dapat mengubah seseorang daripada berada dalam kejahilan ke arah berpengetahuan. 3 Antara contoh ilmu fardu ain yang wajib dipelajari oleh umat Islam ialah: (a) Ilmu Tauhid (b) Ilmu Fiqah (c) Ilmu Akhlak Ilmu tersebut perlu dipelajari agar kehidupan yang dijalani berlandaskan syariat. 4 Antara contoh ilmu fardu kifayah yang perlu dipelajari oleh umat Islam ialah: (a) Ilmu Sains (b) Ilmu Ekonomi (c) Ilmu Kedoktoran Ilmu tersebut penting untuk dipelajari kerana ia dapat membina kekuatan dan menjamin kemaslahatan umat Islam. 5 Oleh yang demikian, kedua jenis ilmu tersebut perlu dikuasai secara seimbang demi kesejahteraan dan kegemilangan umat Islam. 29 Ilmu Cahaya Kehidupan Bidang: Akhlak Islamiah Pelajaran 6.3 Adab Menuntut Ilmu Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 122 28/03/2023 13:46:36 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


123 (a) Sukar untuk mengingati dan memahami ajaran guru. (b) Tidak mendapat kebaikan daripada ilmu yang dipelajarinya. (c) Mudah dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif. (d) Tidak mendapat keberkatan ilmu daripada Allah SWT. (e) Dipandang hina oleh guru dan rakan. (f) Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah SWT. Tingkatan 1 Pelajaran 29 Adab Menuntut Ilmu S.P. 6.3.2 Menjelaskan adab-adab menuntut ilmu 1 Ilmu umpama cahaya yang menerangi kehidupan. Oleh yang demikian, beberapa adab dalam menuntut ilmu perlu diamalkan supaya ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan dari-Nya serta dapat melahirkan ilmuan yang mengamalkan ilmunya serta berakhlak mulia. 2 Antara adab menuntut ilmu adalah dengan: (a) Menetapkan niat menuntut ilmu ikhlas demi Allah SWT. (b) Memohon doa dan keredaan daripada ibu bapa. (c) Mengamalkan ilmu yang dipelajari (d) Rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT. (e) M e m u l i a k a n d a n menghormati guru. (f) Memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. (g) Menjauhi maksiat dan kemungkaran (h) Tidak malu bertanya. Kepentingan Beradab ketika Menuntut Ilmu S.P. 6.3.3 Menerangkan kepentingan beradab ketika menuntut ilmu 1 A n t a r a k e p e n t i n g a n mengamalkan adab dalam menuntut ilmu ialah: (a) Dapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. (b) Mendapat keberkatan daripada ilmu yang dipelajari. (c) Menikmati kejayaan dalam kehidupan. (d) Mudah untuk melakukan ketaatan dan kebaikan. (e) Dipandang tinggi oleh masyarakat. Akibat Tidak Beradab ketika Menuntut Ilmu S.P. 6.3.4 Menerangkan akibat tidak beradab ketika menuntut ilmu 1 Antara akibat tidak mengamalkan adab ketika menuntut ilmu ialah: Peta Dakap Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 123 28/03/2023 13:46:36 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


124 Galeri Info Islam telah melahirkan ramai tokoh ilmuan yang terkenal, antaranya: • Bidang Fiqah: Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad • Bidang Perubatan: Ibnu Sina • Bidang Matematik: Al-Khawarizmi • Bidang Falsafah: Al-Farabi • Bidang Kimia: Jabir bin Hayyan Tingkatan 1 Pelajaran 29 Ilmu Cahaya Kelebihan Orang yang Berilmu S.P. 6.3.5 Menghuraikan kelebihan orang yang berilmu dan menuntut ilmu 1 Antara kelebihan yang akan dinikmati oleh orang yang berilmu ialah: (a) Allah SWT meninggikan darjat orang yang berilmu melebihi darjat orang yang berharta. Allah SWT berfirman: (b) Menjadi pewaris para nabi dan pemimpin ke jalan kebaikan. (c) Menjadi tauladan kepada masyarakat. (d) Makhluk di dunia mendoakan kebaikan bagi orang yang berilmu. (e) Menjadi jihad kerana niat dalam mencari dan menuntut ilmu di jalan Allah SWT. Terjemahan: Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang yang berilmu antara kamu beberapa darjat. َ ٍ ا ت ۚ َ ج َر د َ م ْ ِعل ْ ُوا ال و ت ُ أ َ ِين َ َّا � ْ و ن�م ُ ِ وا م ُ ن َ َ آم ِين ُ َّ ا� َـه ا لل ِع ّ َ ْ ف ر َ ي (Surah al-Mujadalah: 11) Semak Cepat 1 Mengapakah ilmu menjadi kepentingan dalam kehidupan manusia? 2 Senaraikan dua jenis ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. 3 Jelaskan dua kesan terhadap individu yang mengabaikan adab ketika menuntut ilmu. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 124 28/03/2023 13:46:37 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


125 Maksud Menjaga Maruah Diri S.P. 6.4.1 Menyatakan maksud menjaga maruah diri 1 Perkataan maruah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu Muruah yang bermaksud keelokan peribadi. 2 Pengertian menjaga maruah diri ialah usaha memelihara diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Kewajipan Menjaga Maruah Diri S.P. 6.4.2 Menyatakan dalil naqli mengenai kewajipan menjaga maruah diri S.P. 6.4.3 Menjelaskan kewajipan menjaga maruah diri 1 Hadis berikut menjadi bukti kewajipan menjaga maruah diri. (a) Hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Hassan bin Ali r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ مَعَالِيَ الأمُورِ وَيَكْرَهُ سَفْسَافَهَا. (الطبراني) (b) Hadis di atas disokong oleh Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. melalui kata-katanya: (مالك) كَرَمُ الْمُؤْمِنِ تَقْوَاهُ وَدِيْنُهُ حَسَبُهُ وَمُرُوءَتُهُ خُلُقُهُ. 30 Maruah Diri Cermin Peribadi Bidang: Akhlak Islamiah Pelajaran 6.4 Adab Menjaga Maruah Diri Terjemahan: “Sesungguhnya Allah SWT suka kepada perkara yang bernilai tinggi dan mulia serta membenci perkara yang keji”. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 125 28/03/2023 13:46:37 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


126 2 Oleh yang demikian, Muslim yang bermaruah ialah: (a) Orang yang mempunyai akhlak yang baik. (b) Menjaga pergaulan dengan orang lain. (c) Mempunyai keperibadian yang mulia. (d) Disenangi oleh masyarakat. Kepentingan Menjaga Maruah Diri 1 Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah: (a) Memelihara kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan agama (b) Mengelakkan diri daripada mencemarkan nama baik diri dan keluarga (c) Memelihara diri daripada mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak baik Cara Menjaga Maruah Diri S.P. 6.4.4 Menerangkan cara-cara menjaga maruah diri. 1 Penjagaan maruah diri meliputi tiga aspek utama, iaitu: (a) Penampilan dalam berpakaian (b) Kesopanan d a l a m percakapan (c) Keelokan dalam tingkah laku 2 Jadual 30.1 menunjukkan cara-cara menjaga maruah diri berpandukan tiga aspek utama. Jadual 30.1 Cara menjaga maruah diri Aspek Cara menjaga maruah diri Panduan pakaian yang bermaruah • Menutup aurat • Kemas dan bersih • Tidak menjolok mata • Tidak mengandungi lambang, gambar dan tulisan yang dilarang dalam Islam • Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat • Tidak menyerupai pakaian agama lain • Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza Panduan percakapan yang bermaruah • Percakapan yang sopan dan tidak keterlaluan • Intonasi dan nada suara yang sesuai dengan suasana dan orang yang mendengar • Bermanis muka ketika bercakap • Bercakap perkara yang berfaedah • Memanggil orang lain dengan panggilan yang disukai • Menghindari perbuatan bercakap bohong, mengumpat, mengadu domba, memfitnah dan berkata lucah • Tidak memungkiri janji Tingkatan 1 Pelajaran 30 Terjemahan: “Kemuliaan seseorang Mukmin terletak pada ketakwaannya, agama pada nilai diri dan maruah pada akhlaknya”. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 126 28/03/2023 13:46:38 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


127 Tingkatan 1 Pelajaran 30 Aspek Cara menjaga maruah diri • Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah • Membudayakan ucapan terima kasih Panduan tingkah laku yang bermaruah • Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram • Meminta izin sambil menundukkan badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua • Menzahirkan perasaan belas kasihan kepada orang yang lebih muda • Mematuhi adab dan undang-undang di jalan raya • Membantu golongan yang memerlukan • Menggunakan harta awam dengan bertanggungjawab • Tidak menzalimi haiwan • Menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar • Menggunakan media sosial dengan penuh berhemah • Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan Akibat Tidak Menjaga Maruah Diri S.P. 6.4.5 Menerangkan akibat tidak menjaga maruah diri 1 Akibat tidak menjaga maruah diri ialah: (a) Tidak mendapat keberkatan d a l a m k e h i d u p a n disebabkan tiada petunjuk daripada-Nya. (b) Mendapat dosa dan kemurkaan daripada Allah SWT. (c) Disisihkan oleh rakan dan masyarakat. (d) Berlaku peningkatan kes jenayah seperti rogol, bunuh dan seumpama dengannya. (e) Negara akan mundur serta tamadun manusia tidak akan berkembang maju. Hikmah Menjaga Maruah Diri S.P. 6.4.6 Menghuraikan hikmah menjaga maruah diri 1 Hikmah menjaga maruah diri ialah: (a) Mendapat keberkatan dan petunjuk daripada Allah SWT. (b) Disayangi oleh rakan dan masyarakat. (c) Kejadian kes jenayah dapat dibendung. (d) M e m b a n t u d a l a m meningkatkan kemajuan negara. (e) Menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan. Semak Cepat 1 Apakah pengertian perkataan muruah? 2 Jelaskan tiga kepentingan memelihara maruah diri. 3 Jelaskan dua cara menjaga maruah diri dari aspek percakapan. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 127 28/03/2023 13:46:38 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 1 1 Agama yang benar dan diredai oleh Allah ialah agama . A Islam C Kristian B Hindu D Buddha Semua perkataan dan perbuatan zahir atau batin yang disukai dan diredai Allah. 2 Pernyataan di atas merujuk maksud . A solat C puasa B zakat D ibadat 3 Berikut ialah benda kesat yang boleh digunakan untuk beristinjak kecuali A guli. C kertas. B tisu. D daun kering. Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan dan beramal dengan anggota badan. 4 Pernyataan di atas merujuk maksud . A iman C ihsan B Islam D akidah Air yang dimasuki atau terkena najis. 5 Pernyataan di atas merujuk maksud air . A mutlak C musta’mal B mutanajjis D musyammas 6 Antara yang berikut yang manakah bukan bahan yang digunakan untuk menyamak? A Tawas C Kapur barus B Daun akasia D Tahi merpati 7 Pilih ciri Islam sebagai agama fitrah. I Rabbaniyah II Syumuliyah III Uluhiyat IV Ghaibiyat A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV 8 Berikut ialah bukti menunjukkan Islam agama yang benar kecuali A Islam agama fitrah. B sumber yang sahih. C martabat Islam yang tinggi. D amalan kepercayaan yang pelbagai. Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan [1 jam 30 minit] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 2 28/03/2023 13:46:46 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U2 9 Aminah melakukan solat zuhur dengan sempurna. Apakah jenis ibadat tersebut? A Ibadat utama B Ibadat umum C Ibadat khusus D Ibadat penting ﴾١﴿ ٓ ٓطسم 10 Apakah hukum tajwid bagi potongan ayat di atas? A Basmalah B Alif lam syamsiah C Fawatih as-Suwar D Alif lam qamariah 11 Siapakah antara Khulafa’ arRasyidin yang berhadapan dengan krisis dalaman negara sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk pemerintahan? A Sayidina Ali bin Abu Talib B Sayidina Umar al-Khattab C Sayidina Uthman bin Affan D Sayidina Abu Bakar asSiddiq Teks hadis yang terdapat selepas sanad. 12 Pernyataan di atas merujuk maksud . A hadis C matan B sanad D perawi 13 Pilih nama Allah yang menunjukkan Allah mencipta makhluk daripada tiada kepada ada mengikut kehendak-Nya seperti yang ditakdirkan-Nya dengan sempurna. A Al-Qadir C Al-Ghaniy B Al-Khaliq D Al-Musawwir 14 Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan Khalifah Umar al-Khattab. I Menubuhkan Majlis Syura II Memperkenalkan sistem protokol III Memerangi golongan murtad IV Mengasaskan taqwim Islam A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV 15 Antara yang berikut yang manakah bukan amalan sunat sebelum dan ketika berwuduk? A Menyapu sebahagian kepala B Menyelat jari tangan dan kaki C Mendahulukan anggota kanan daripada anggota kiri D Melebihkan kawasan basuhan muka, tangan dan kaki 16 Berikut ialah hikmah di sebalik ujian yang menimpa manusia kecuali A mendapat kesejahteraan Allah. B menghapuskan dosa dan pahala. C menguji tahap keimanan manusia. D membezakan antara Mukmin dan kafir. 17 Siapakah yang telah mati syahid kerana ditikam oleh Abdul Rahman bin Muljam? A Sayidina Ali bin Abu Talib B Sayidina Umar al-Khattab C Sayidina Uthman bin Affan D Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 3 28/03/2023 13:46:47 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U3 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan Bersyukur dengan nikmat Allah Menghormati golongan yang lebih tua Mengasihi golongan yang lebih muda 18 Pernyataan di atas merujuk sifat . A qana’ah C mahmudah B mahabbah D mazmumah 19 Berikut ialah aspek yang mesti dititikberatkan ketika memilih makanan kecuali A cara membeli makanan. B cara penyediaan makanan. C cara mendapatkan makanan. D ramuan makanan daripada sumber halal. 20 Pilih pernyataan yang salah dalam jadual di bawah tentang perbezaan antara al-Quran dan hadis. Al-Quran Hadis A Makna dan lafaz daripada Allah Makna dan lafaz daripada Rasulullah SAW B Wajib berwuduk semasa pegang atau bawanya Tidak wajib berwuduk semasa pegang atau bawanya C Sahih tanpa keraguan Terbahagi kepada sahih, hasan dan da’if D Dapat pahala bagi setiap huruf yang dibaca Tidak dapat pahala apabila dipelajari Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan 1 (a) Firman Allah SWT: ِت ٖ َ و ُ ُط ۟ خ ُوا ِع َّب ت َ َل ت َ با و ِّٙ طي َ ٙ ٖل َ ل َ ْ ِض ح َر ْ َّ ِا ف ٱل مم ِ ۟ ُوا ل ُ ُ ك َّاس َُّا ٱلن َي ٖ ٓا أ ـ َ ي ﴾١٦٨﴿ ٌ ِني ب ُّ ّٚ م و ُ َ د ْ ع َ ُكم ُ ۥل َّه ِن ِۚ إ ن ٖ َ ْط َّ ٱلشي (Surah al-Baqarah: Ayat 168) Ayat di atas menjelaskan perintah Allah SWT menyuruh kita makan makanan halal dan baik. Berdasarkan ayat di atas, Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 4 28/03/2023 13:46:47 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U4 Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul. membuat jasmani menyedia kualiti bahan seimbang (i) Umat Islam dituntut agar mengambil makanan yang baik yang berkhasiat, dan bersih. (ii) Keharusan sesuatu makanan bergantung pada ramuannya daripada sumber halal, cara memproses, dan cara mendapatkannya. (iii) Pengambilan makanan haram akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan rohani dan . (iv) Cara mendapatkan makanan halal antaranya melihat kandungan dan logo halal yang diiktiraf. [4 markah] (b) Jelaskan dua akibat pengambilan makanan yang haram. 1. 2. [2 markah] (c) Terdapat beberapa produk yang dijual di pasar raya menggunakan logo halal palsu bagi mengaburi mata pembeli seperti minyak masak, daging import dan sebagainya. Sebagai pengguna Muslim, berikan satu cadangan untuk mengatasi masalah penyalahgunaan logo halal daripada terus menular di masa akan datang. Menganalisis [4 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 5 28/03/2023 13:46:47 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U5 2 (a) Sabda Rasulullah SAW: عن عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود ،قَالَ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ :أَيُّ العَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: »الصَّالَةُ عَلَى وَقْتِهَا« قَالَ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: »بِرُّ الوَالِدَيْنِ« قَالَ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: »الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ« )متفق عليه( Hadis di atas menjelaskan tiga amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, iaitu menunaikan solat pada waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad demi Islam. Lengkapkan carta di bawah dengan jawapan yang betul. Jenis Jihad 1. 2. Teknologi 3. [2 markah] (b) Terangkan dua pengajaran daripada hadis di atas. 1. 2. [4 markah] (c) Tulis semula perkataan bergaris di bawah dengan menggunakan tulisan jawi. Allah mengajar kita supaya memohon hidayah ke jalan yang benar. Hidayah perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. [4 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 6 28/03/2023 13:46:48 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U6 Bahagian C [20 markah] 3 (a) Tulis (Al-Khaliq) bagi pernyataan yang berkaitan dengan sifat al-Khaliq Allah SWT dan (Al-Musawwir) bagi pernyataan yang berkaitan dengan sifat al-Musawwir Allah SWT. (i) Allah Maha Mencipta makhluk daripada tiada kepada ada mengikut kehendak-Nya. (ii) Kehebatan Allah terbukti apabila tiada manusia yang mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan-Nya. (iii) Allah Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identiti tersendiri tanpa berpandukan contoh sebelumnya. (iv) Allah mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti karbohidrat yang dimanfaatkan untuk kecergasan badan. [4 markah] (b) Garis jawapan yang betul di dalam kurungan. (i) Manusia yang mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan (agama / kepercayaan) sebenarnya menafikan fitrah diri. (ii) Apabila manusia dalam kesusahan, mereka pasti mencari Tuhan untuk memohon (hidayah / bantuan) dan perlindungan. (iii) Allah mengetahui perkara baik dan buruk yang diperlukan oleh (makhluk / manusia) dan alam ini. (iv) Allah membuat pengakuan dalam al-Quran bahawa hanya Islam agama yang (satu / benar) dan diredai. [4 markah] (c) Nyatakan dua ciri akidah yang benar. 1. 2. [2 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 7 28/03/2023 13:46:48 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U7 (d) Anda mengesyaki terdapat sekumpulan manusia berkumpul di suatu tempat terpencil dan mengalunkan kalimah-kalimah yang mengelirukan di kampung anda. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut anda ambil seandainya kumpulan tersebut jelas mengamalkan ajaran sesat? [4 markah] (e) Nyatakan dua kesan beriman kepada Allah SWT. 1. 2. [2 markah] (f) Keimanan kepada Allah yang mantap akan melahirkan insan yang berperibadi mulia. Huraikan hujah anda bagi menyokong pernyataan tersebut. Menganalisis [4 markah] Bahagian D [20 markah] 4 (a) Nyatakan dua perkara yang mewajibkan mandi. 1. 2. [2 markah] Ibadat solat mampu meningkatkan tahap kesihatan manusia. (b) Huraikan pendapat anda bagi menyokong pernyataan di atas. [4 markah] Menganalisis Menganalisis Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 8 28/03/2023 13:46:48 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U8 (d) Anda mengesyaki terdapat sekumpulan manusia berkumpul di suatu tempat terpencil dan mengalunkan kalimah-kalimah yang mengelirukan di kampung anda. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut anda ambil seandainya kumpulan tersebut jelas mengamalkan ajaran sesat? [4 markah] (e) Nyatakan dua kesan beriman kepada Allah SWT. 1. 2. [2 markah] (f) Keimanan kepada Allah yang mantap akan melahirkan insan yang berperibadi mulia. Huraikan hujah anda bagi menyokong pernyataan tersebut. Menganalisis [4 markah] Bahagian D [20 markah] 4 (a) Nyatakan dua perkara yang mewajibkan mandi. 1. 2. [2 markah] Ibadat solat mampu meningkatkan tahap kesihatan manusia. (b) Huraikan pendapat anda bagi menyokong pernyataan di atas. [4 markah] Menganalisis Menganalisis (c) Pilih hukum yang betul bagi pernyataan di bawah. wajib sunat harus makruh tidak sah (i) Tuntutan solat ke atas setiap individu Islam. (ii) Melihat tempat sujud ketika solat. (iii) Menunaikan solat tanpa berwuduk. (iv) Menggunakan air berlebihan semasa berwuduk. [4 markah] (d) Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (✗) bagi pernyataan yang salah tentang istinjak. No. Pernyataan Tanda (✓) atau (✗) (i) Batu merupakan alat terbaik untuk beristinjak kerana batu dapat menghilangkan rupa, warna, bau dan rasa najis. (ii) Salah satu adab ketika qada’ hajat ialah membersihkan tandas agar dapat digunakan oleh orang lain. (iii) Berdosa bagi sesiapa yang tidak beristinjak dengan sengaja dan dia dianggap berada dalam kekotoran. [3 markah] (e) Terangkan dua hikmah berwuduk. 1. 2. [4 markah] (f) Garis jawapan yang betul di dalam kurungan. (i) Seseorang yang (khusyuk / istiqamah) dalam solat akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. (ii) Tidak memahami (tafsiran / maksud) bacaan dalam solat adalah salah satu penghalang khusyuk dalam solat. (iii) Sebelum menunaikan solat, hendaklah disempurnakan dahulu wuduk dengan menjaga (rukun / sunat) dan adab-adabnya. [3 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 9 28/03/2023 13:46:48 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U9 Bahagian E [20 markah] 5 (a) Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul. Riwayat Hidup Khalifah Sayidina Uthman bin Affan (i) Nama sebenar (ii) Tempat lahir (iii) Gelaran [3 markah] (b) Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (✗) bagi pernyataan yang salah tentang Perjanjian Hudaibiyah. No. Pernyataan (✓) atau (✗) (i) Rasulullah SAW meminang Sayidatina Khadijah melalui bapa saudaranya Abu Talib. (ii) Kedukaan Rasulullah SAW terubat apabila Baginda dibawa mengembara dalam peristiwa Lailatul Qadar. (iii) Demi membentuk tamadun yang unggul, Rasulullah SAW telah menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah. [3 markah] (c) Khulafa’ ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Nabi yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi SAW. Senaraikan empat orang sahabat Nabi SAW tersebut mengikut urutan pemerintahannya secara tertib. 1. 2. 3. 4. [4 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 10 28/03/2023 13:46:48 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 1 U10 (d) Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan memilih jawapan yang betul. penawar sempurna menjaga ubat kemajuan (i) Orang yang memelihara akhlak akan dapat meningkatkan kualiti modal insan yang amat diperlukan dalam membina dan ketamadunan yang tinggi. (ii) Organisasi yang mengutamakan sifat amanah akan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan . (iii) Umat Islam diwajibkan mendalami ilmu pengetahuan sebagai kepada kejahilan tentang sesuatu perkara. (iv) Muslim yang bermaruah ialah orang yang mempunyai akhlak baik, pergaulan dengan orang lain, mempunyai peribadi mulia dan disenangi masyarakat. [4 markah] Aminah datang awal ke sekolah. Segala persiapan keceriaan yang telah dibuat untuk menghias kelas oleh rakan-rakannya semalam telah dirosakkan oleh Aminah. Apabila disoal siasat, Aminah menafikan perbuatannya malah menuduh rakan dari kelas lain melakukannya. (e) Wajarkah Aminah bersikap demikian? Huraikan pendapat anda. [4 markah] (f) Jelaskan dua kelebihan orang yang berilmu. 1. 2. [2 markah] Menilai Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 11 28/03/2023 13:46:48 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 3 1 Berikut ialah mad far’ie kecuali A Mad Lin. C Mad Silah. B Mad Asli. D Mad Badal. 2 Orang bahagia melakukan ibadah sekalipun menghadapi kerumitan hidup. A beriman B munafiq C kuat beragama D beragama Samawi 3 Pilih pernyataan yang betul tentang peranan zikir. i Menenteramkan hati ii Menimbulkan rasa syukur iii Mendapat jaminan syurga iv Menjauhkan diri daripada masuk neraka A i dan ii C ii dan iii B i dan iii D iii dan iv 4 Berikut ialah nama sahabat daripada golongan Ansar kecuali A Anas bin Malik. B ‘Ammar bin Yasir. C Ubadah bin as-Somit. D Ummu Sulaim binti Milhan. 5 Antara yang berikut, manakah pernyataan yang salah tentang sedekah? A Berjalan ke masjid merupakan sedekah. B Maksud sedekah dari segi bahasa ialah pemberian. َن النَّ ِ اس ” C ِ َى م “ ُكُّل ُسَلام bermaksud setiap sendi di tubuh badan manusia. D Rasulullah SAW melarang pertelingkahan berterusan sehingga tiga bulan. 6 Pilih kelebihan mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalanan. i Tanda keimanan kepada Allah SWT ii Mengurangkan risiko kemalangan iii Ditingkatkan darjat dan dihapuskan dosa iv Memberi keselesaan kepada pengguna yang lain A i, ii dan iii B i, ii dan iv C i, iii dan iv D i, ii, iii dan iv َم ” 7 . bermaksud ” َ الهر A malas C nyanyuk B lemah D pengecut Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan [1 jam 30 minit] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 1 28/03/2023 13:49:02 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U2 Lemah Lawannya, X Contohnya, murid tidak mampu mengangkat barang berat kerana sakit. 8 X ialah . A kuat C berani B rajin D penakut 9 “ ُ آء َ َر ُق ف ْ ٱل ُُ َنت أ َ ُّ و ِى َن غ ْ ٱل ُ ٱلل َّ َ و “ialah dalil bagi nama Allah . A al-Qadir C ar-Razzaq B al-Ghaniy D al-Musowwir 10 Nabi Lut diutuskan kepada kaum . A ‘Ad B Sodom C Kan’an D Tsamud 11 Berikut ialah tindakan awal terhadap jenazah kecuali A mengikat dagu jenazah. B dibacakan Yasin di sisinya. C melembutkan sendi-sendi jenazah. D menghadapkan jenazah ke arah kiblat. X Khutbah disampaikan selepas solat raya. Khatib seorang lelaki. Khatib berdiri jika mampu. 12 X ialah khutbah raya. A rukun C contoh B kaifiat D syarat sah 13 Bai’atur Ridhwan berlaku untuk menuntut bela atas kematian . A Ali bin Abi Talib B Uthman bin Affan C Umar bin al-Khattab D Abu Bakar as-Siddiq 14 Bani Khuza’ah bersekutu dengan . A Bani Bakar B Rasulullah SAW C Musyrikin Mekah D Yahudi Quraidzoh 15 Pilih pernyataan yang benar tentang bai’ah yang diminta oleh Rasulullah SAW dari penduduk Mekah. i Tidak syirik kepada Allah ii Tidak mencuri iii Tidak berzina iv Tidak membunuh anak A i, ii dan iii B i, ii dan iv C i, iii dan iv D i, ii, iii dan iv 16 Abu Bakar as-Siddiq melantik sebagai penasihat dalam urusan hukum-hakam agama. A Mu’az bin Jabal B Bilal bin Rabah C Khalid bin al-Walid D Abdurrahman bin Auf Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 2 28/03/2023 13:49:02 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U3 (UASA) Tingkatan 3 Rasulullah SAW ke Taif dan berdakwah, namun dakwahnya ditolak oleh penduduk Taif. Baginda dihina dan dilontar dengan batu sehingga berdarah dan luka teruk. Malaikat menawarkan diri untuk membalas dendam bagi pihak Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW enggan. 17 Kisah di atas ialah contoh Rasulullah SAW bersifat . A syukur C pemaaf B qana’ah D berani 18 Orang yang mempunyai sifat qana’ah akan beriman bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat . A al-Qadir C al-Ghaniy B al-Khaliq D ar-Razzaq Memperbanyak amalan sedekah. Melakukan sujud syukur apabila diberi nikmat. 19 Pernyataan di atas merujuk A cara bersyukur melalui hati. B cara bersyukur melalui lisan. C cara bersyukur melalui perbuatan. D contoh sifat syukur Rasulullah SAW. 20 Bermusafir tanpa tujuan hukumnya . A sunat C haram B wajib D makruh Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan 1 (a) Firman Allah SWT: َن ٓ أ ِلَّ ٰـ ِطِل إ َ ب ۡ ِٱ ل َ ُكم ب ن ۡ ي َ َ ُكم ب ٰ ل َ ۡو َم ۟ أ ٓ ا ُو ُل ك ۡ أ َ ۟ َ ل ت ُو ا ن َ َا م َ ء ِين َُّ َّ ا ٱل َي أ ٓ ٖ ـ َ ي َ كا ن َ َ ٱلل َّ َّ ِن ۡۚ إ َ ُكم ُس َنف ۟ أ ٓ ا ُو ل ُ ت ۡ َق َ َل ت ۡۚ و نكم ُ ِ ّ َ ٍ ا ض م َر َ ن ت ً ع ة َ ٰـر َ تج ِ َ َ ُكو ن ت َ ِح ًيما ﴿٢٩﴾ ۡ ر ِ ُكم ب (Surah an-Nisa’: 29) Ayat di atas menjelaskan tentang kepentingan menjaga harta dan nyawa. Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 3 28/03/2023 13:49:02 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U4 Tandakan (X) pada pernyataan yang merujuk tatacara pengurusan harta secara halal dan (Y) pada yang tidak berkaitan. No. Pernyataan (X) atau (Y) (i) Berbelanja secara berhemah. (ii) Menipu dalam urusan jual beli. (iii) Memperoleh wang secara rasuah dan riba. (iv) Melakukan jual beli secara jujur dan amanah. [4 markah] (b) Jelaskan dua sebab Islam melarang umatnya memperoleh harta secara batil. 1. 2. [2 markah] (c) Penjagaan kesihatan dengan pengambilan makanan yang seimbang ialah salah satu cara menjaga nyawa yang dianjurkan oleh Islam. Pada pandangan anda, mengapakah Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menjaga nyawa? Berikan pendapat anda. Menilai [4 markah] 2 Sabda Rasulullah SAW: َلِ وَالجُبْنِ وَالهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَس ِ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَات، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ. (Muttafaqun ‘alaih) Hadis di atas merupakan doa Rasulullah SAW agar dihindari daripada empat sifat negatif. (a) Nyatakan dua contoh sifat malas yang ada pada diri seorang pelajar. 1. 2. [2 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 4 28/03/2023 13:49:03 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U5 (UASA) Tingkatan 3 (b) Jelaskan sebab sifat malas itu ada pada diri seorang pelajar. [2 markah] (c) Huraikan cara mengatasi sifat malas tersebut. [2 markah] (d) Amir seorang pengawas, namun merupakan seorang yang bersifat pengecut. Dia tidak berani mengambil tindakan terhadap rakan-rakan yang suka ponteng kelas. Jika anda sebagai ketua pengawas, huraikan tindakan yang perlu anda lakukan terhadap Amir. Mengaplikasi [4 markah] Bahagian C [20 markah] 3 (a) Isi tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang sesuai. Mubram Tawakal Mu'allaq Usaha (i) Qada’ ialah ketentuan Allah SWT yang tidak berubah dan dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaan-Nya. (ii) Qada’ ialah ketentuan Allah SWT yang berubah kepada ketentuan-Nya yang lain bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba. (iii) ialah menggunakan seluruh kemampuan yang diberikan oleh Allah SWT untuk mencapai sesuatu maksud. (iv) ialah berserah diri kepada Allah SWT setelah melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. [4 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 5 28/03/2023 13:49:03 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U6 (b) Jelaskan dua keistimewaan al-Quran berbanding kitab-kitab yang lain. 1. 2. [2 markah] (c) Al-Quran merupakan mukjizat maknawi yang kekal hingga hari akhirat dan menjadi bukti kebenaran kenabian Rasulullah SAW. Namun, umat Islam hari ini seolah-olah tidak merasai kemukjizatan al-Quran. Berikan pandangan anda bagaimana untuk mengatasi masalah di atas. Menganalisis [4 markah] (d) Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah. No. Pernyataan (✓) atau (✗) (i) Nabi Syu’aib berketurunan Nabi Ibrahim a.s. (ii) Israel bermaksud hamba Allah. (iii) Nabi Ismail a.s dilahirkan di Mekah. (iv) Nabi Ilyas a.s ialah adik Nabi Ilyasa’. [4 markah] (e) Jelaskan contoh qada’ Mu’allaq. [2 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 6 28/03/2023 13:49:03 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U7 (UASA) Tingkatan 3 Ramai orang menyalahkan takdir apabila ditimpa musibah. (f) Huraikan mengapa orang Islam perlu menghindari sikap di atas. [4 markah] Bahagian D [20 markah] 4 (a) Isi tempat kosong dengan istilah yang betul berkaitan dengan kewajipan terhadap jenazah. Memandikan jenazah Mengapankan jenazah Mengebumikan jenazah Menyembahyangkan jenazah No. Maksud Kewajipan terhadap Jenazah (i) Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang-kurangnya sehelai kain. (ii) Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiat tertentu. (iii) Meratakan air ke seluruh tubuh jenazah (iv) Mengebumikan jenazah di dalam tanah mengikut kaifiat tertentu. [4 markah] (b) Jelaskan tujuan jenazah dikebumikan. [2 markah] Menganalisis Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 7 28/03/2023 13:49:03 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


(UASA) Tingkatan 3 U8 (c) Antara adab menziarahi jenazah adalah menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Terangkan rasional di sebalik adab di atas. Menilai [4 markah] (d) Nyatakan kadar zakat bagi harta berikut. No. Harta Kadar zakat (i) 40 ekor kambing (ii) 80 gram emas (iii) Rikaz (iv) Tanaman yang menggunakan jentera, tenaga manusia serta memerlukan kos yang tinggi. [4 markah] (e) Nyatakan dua syarat wajib zakat fitrah. 1. 2. [2 markah] (f) Antara golongan asnaf yang berhak menerima zakat ialah muallaf. Huraikan pendapat anda mengenai kebaikan adanya peruntukan khas zakat harta bagi muallaf. Menganalisis [4 markah] Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 8 28/03/2023 13:49:03 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


U9 (UASA) Tingkatan 3 Bahagian E [20 markah] 5 (a) Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul. Riwayat Hidup Sayidatina Aisyah r.a. (i) Nama suami: (ii) Tarikh wafat: (iii) Gelaran: [3 markah] (b) Tanda (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah tentang Sayidatina Fatimah az-Zahra. No. Pernyataan (✓) atau (✗) (i) Beliau merupakan puteri bongsu Rasulullah SAW dan Sayidatina Khadijah. (ii) Merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. (iii) Berkahwin dengan Sayidina Umar bin al-Khattab. [3 markah] (c) Abdurrahman bin Auf terkenal sebagai seorang hartawan yang tawaduk dan sangat suka bersedekah. Beliau tidak suka bergantung dengan orang lain, sebaliknya berusaha dengan kemahiran perniagaan yang ada. Sebagai pelajar, huraikan iktibar yang boleh anda ambil daripada tokoh di atas untuk diterapkan dalam kehidupan seharian anda. [4 markah] Mengaplikasi Revisi Cepat Pendidikan Islam PT3.indb 9 28/03/2023 13:49:03 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version