PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
i Skim Pentaksiran STPM Bahasa Melayu ii Jadual Analisis Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 2 (910/2) 2021–2023 iii Ulasan Soalan STPM Bahasa Melayu Kertas 2 (2023) iv Panduan Pemarkahan Kerja Kursus (910/4) xi BAB Morfologi 1 1 BAB Sintaksis 2 47 BAB Analisis Kesalahan Bahasa 3 100 BAB Penulisan Esei Berformat (Kerja Kursus – 910/4) 4 118 Kertas Model STPM 147 Jawapan 157 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-254-4 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Janet Wong Pereka letak: Multitype Graphics Teks diset dalam Arial Regular 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Bookmate Sdn. Bhd. Kandungan N&L STPM BM P2(Prelims).indd 1 09/01/2024 5:17 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 1.1 Definisi Bidang Morfologi 1 Morfologi ialah satu daripada cabang tatabahasa yang mengkaji morfem dan perkataan. 2 Kajian dilakukan dari aspek struktur kata, bentuk kata dan golongan kata. 1.1.1 Konsep Morfem 1 Morfem merupakan unit terkecil dalam susunan tatabahasa yang mempunyai makna dan berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. 2 Morfem berfungsi untuk membentuk kata. i-THINK Peta Buih Ciri-ciri Morfem Boleh terdiri daripada satu atau beberapa suku kata Boleh bertaraf kata sekiranya bersifat bebas Tidak boleh dipecahkan kepada unit yang lebih kecil yang mempunyai makna Struktur kata: • Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang dalam sesuatu kata • Contoh: Perkataan belajar ialah susunan awalan bel- diikuti oleh kata dasar ajar. Bentuk kata: • Rupa atau bentuk lahiriah sesuatu unit bahasa • Terdiri daripada bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk ganda dan bentuk majmuk. Golongan kata: • Jenis atau kelompok kata yang dikumpulkan mengikut persamaan bentuk atau fungsi, atau kedua-duanya • Terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kajian Morfologi 1 BAB Morfologi N&L STPM BM P2(1).indd 1 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 2 Morfem terikat terdiri daripada tiga jenis: (a) Morfem terikat satuan – sudah utuh bentuknya, tidak boleh dipisahkan lagi (i) Awalan: ber-, di-, ter-, meN-, dwi- dan sebagainya (ii) Akhiran: -an, -kan, -i, -wan dan sebagainya (iii) Sisipan: -el-, -em-, -er-, dan -in- (iv) Kata akar: juang, tapa, kunang dan sebagainya (b) Morfem terikat terbahagi – menggandingkan awalan dan akhiran secara serentak • Apitan: ke-...-an, pe-...-an dan per-...-an (c) Morfem terikat kompleks – terdiri daripada gabungan dua atau lebih imbuhan (i) Dua awalan: memper- dan diper- (ii) Satu awalan dan satu akhiran: me- ...-kan, di-...-kan, me-...-i dan di-...-i (iii) Dua awalan dan satu akhiran: memper-...-kan, diper-...-kan, memper-...-i dan diper-...-i 1.1.3 Konsep Alomorf 1 Alomorf ialah kelainan bentuk bagi sesuatu morfem yang disebabkan oleh gabungan huruf pertama kata dasar dengan imbuhan. 2 Kelainan bentuk terdapat dengan jelas pada awalan peN- dan meN-, yang masing-masing mempunyai enam alomorf. peN- • pe- • pem- • pen- • peng- • penge- • penymeN- • me- • mem- • men- • meng- • menge- • meny1.1.2 Jenis Morfem 1 Terdapat dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem Bebas Morfem Terikat Definisi Morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai kata yang lengkap Morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata yang lengkap Ciri Bertaraf kata atau merupakan perkataan Merupakan imbuhan dan kata akar yang berfungsi sintaksis Mempunyai makna leksis (makna sendiri) dan makna struktur (makna dalam ayat) Mempunyai makna nahuan yang perlu digandingkan dengan morfem lain Jumlahnya banyak dan dapat bertambah dari semasa ke semasa Bersifat tertutup – tidak banyak dan jarang bertambah atau berkurang Contoh Makna leksis: langit, pulang, indah Imbuhan: peN-, -kan, meN-...-i, -elMakna struktur: sangat, telah, dari Kata akar: niaga, nyala, biri 1.1.4 Konsep Morfofonem 1 Morfofonem ialah perubahan fonem (bunyi) yang terhasil daripada penggabungan morfem dengan morfem. 2 Morfofonem terjadi apabila imbuhan awalan bercantum dengan kata dasar. 3 Huruf pertama kata dasar akan menentukan sama ada bunyi akhir imbuhan awalan itu gugur atau berubah. 4 Jika bunyi akhir awalan itu kekal, morfofonem tidak berlaku pada keadaan tersebut. 5 Ciri morfofonem dilambangkan dengan penggunaan huruf besar pada akhir awalan yang menandakan bunyi yang terbit apabila awalan berkenaan bercantum dengan kata dasar tertentu. (a) R pada awalan beR- dan teR- gugur apabila bercantum dengan kata dasar yang terdiri daripada r sebagai huruf awalnya. Contoh: rasa → berasa, terasa rendam → berendam, terendam rumput → berumput, terumput (b) N pada awalan peN- dan meN- menjadi bunyi n, m, ng, nge atau ny apabila bercantum dengan kata dasar yang mempunyai huruf awal tertentu. Contoh: cedok → pencedok, mencedok bimbit → pembimbit, membimbit hiris → penghiris, menghiris lap → pengelap, mengelap sorok → penyorok, menyorok N&L STPM BM P2(1).indd 2 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 1.1.5 Konsep Kata 1 Kata ialah bentuk morfem bebas yang mengandungi maksud yang lengkap. 2 Ciri kata antaranya ialah: (a) Boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai. (b) Boleh berubah kedudukan dan fungsi dalam ayat, seperti sebagai subjek, predikat, objek, pelengkap dan sebagainya. 3 Kata berfungsi untuk membentuk kata lain, seperti kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan akronim. 4 Kata yang paling asas ialah kata dasar (bentuk yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan apabila menerima imbuhan atau perubahan tatabahasa). 5 Kata dasar terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut: (a) Kata akar • Kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Contohnya: nyala → bernyala, menyalakan (b) Kata tunggal • Kata yang bebas daripada apa-apa imbuhan. Contohnya: indah → seindah, keindahan (c) Kata berimbuhan (kata terbitan) • Kata yang menerima mana-mana bentuk imbuhan. Contohnya: satukan → menyatukan, mempersatukan (d) Kata ganda • Kata yang mengalami pengulangan kata dasar. Contohnya: cari-cari → mencari-cari, tercari-cari (e) Kata majmuk • Kata yang terhasil daripada percantuman dua kata dasar atau lebih. Contohnya: temu ramah → menemu ramah, bertemu ramah (f) Frasa • Frasa ialah bentuk peluasan kata. Contohnya: ke depan → mengedepankan, dikedepankan 1 Unsur bahasa yang dikaji dalam morfologi ialah dan . 2 Morfologi mengkaji kata dari aspek , , dan . 3 Bentuk yang tidak dapat berdiri sendiri ialah yang terdiri daripada dan . 4 Dalam bentuk , morfem merupakan . 5 Berikan contoh morfem yang memiliki makna yang berikut: Makna Leksis Makna Struktur Latihan Stimulasi 1 N&L STPM BM P2(1).indd 3 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 1.2 Bentuk Kata 1 Pembentukan kata merupakan proses morfologi untuk menghasilkan perkataan-perkataan baharu dan dapat mengungkapkan makna tertentu. 2 Empat bentuk kata dalam bahasa Melayu terbit daripada proses pembentukan kata. i-THINK Peta Buih Bentuk Kata Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda 6 Perkataan kemalangan dan peperangan termasuk dalam jenis morfem terikat . 7 Kata akar dan kata tunggal masing-masing dapat berfungsi sebagai dalam binaan kata terbitan. 8 Jenis kata dasar yang belum menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa terdiri daripada dan . 9 Sebagai morfem bebas, kata dapat dan mempunyai . 10 Gugur atau berubahnya bunyi akhir dalam imbuhan ditentukan oleh kata dasar. 11 Apabila awalan bercantum dengan kata dasar dan berlaku , terhasillah . 12 Apabila awalan teR- bercantum dengan kata rakam, gugur. 13 Kata dasar yang memiliki makna khusus dipanggil , manakala kata dasar yang diberikan imbuhan dikenali sebagai . 14 ialah perbezaan bentuk bagi sesuatu morfem imbuhan apabila bergabung dengan kata dasar tertentu. 15 Dengan intonasi yang sesuai, kata boleh menjadi . N&L STPM BM P2(1).indd 4 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 1.2.1 Kata Tunggal 1 Konsep kata tunggal: (a) kata tunggal merupakan perkataan yang tidak diberikan apa-apa proses morfologi; (b) binaan kata tunggal terdiri daripada satu morfem bebas atau hanya satu bentuk dasar; (c) apabila mengalami peluasan, kata tunggal akan membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk; (d) meskipun kata tunggal tidak terbit daripada mana-mana proses morfologi secara khusus, kata akronim yang tergolong sebagai kata tunggal terhasil daripada proses pengakroniman. 2 Jenis kata tunggal: Kata sempurna Jenis Kata Tunggal Kata tugas Kata yang dapat berdiri sendiri dan boleh menjadi ayat minimal Contoh: • Kita. • Taman. • Duduk! • Cantik. Kata yang memerlukan kata sempurna untuk membawa makna tatabahasa Contoh: • untuk kita • dari Kedah • amat wangi • sudah tua 3 Binaan kata tunggal terdiri daripada satu hingga beberapa suku kata. Bilangan suku kata Perkataan contoh Struktur binaan suku kata Satu jam KVK lap KVK gah KVK eh VK Dua timpa KVK + KV girang KV + KVK tempis KVK + KVK Bilangan suku kata Perkataan contoh Struktur binaan suku kata plaster KKVK + KVK ikut V + KVK Tiga betara KV + KV + KV lembayung KVK + KV + KVK ceramah KV + KV + KVK sempurna KVK + KVK + KV Empat kecuali KV + KV + V + KV sayembara KV + KVK + KV + KV Lima cenderawasih KVK + KV + KV + KV + KVK universiti V + KV + KVK + KV + KV 1.2.2 Kata Terbitan 1 Konsep kata terbitan: (a) kata terbitan ialah kata berimbuhan, iaitu kata dasar yang diberikan imbuhan melalui proses pengimbuhan; (b) jenis imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata terbitan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan, sama ada imbuhan asli atau imbuhan pinjaman; (c) kata terbitan yang terhasil terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 2 Golongan kata terbitan: (a) golongan kata terbitan ditentukan oleh kedudukan imbuhan pada kata dasar; (b) terdapat empat golongan kata terbitan dalam bahasa Melayu, iaitu berawalan, berakhiran, berapitan dan bersisipan. (i) Kata terbitan berawalan • Kata terbitan berawalan terhasil daripada penggunaan imbuhan awalan asli dan pinjaman. N&L STPM BM P2(1).indd 5 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Asli Kata Terbitan Berawalan Pinjaman Bentuk Contoh Bentuk Contoh pe- perangsang anti- antirasuah pem- pembonceng auto- automobil pen- pendengar bi biadab peng- penghidap dwi dwilambang penge- pengepam eka ekabangsa peny- penyamar maha mahasiswa pel- pelbagai panca pancawarna per- pertapa pasca pascamerdeka ke- kekasih poli- poliklinik juru- jurupantun pra- prabayar me- mewangi pro- proaktif mem- membungkus sub- subtajuk men- mencubit supra- suprakelas meng- menginap swa- swalayan menge- mengesah tata- tatacara meny- menyara memper- mempercepat ber- berkempen bel- belunjur be- berebut ter- teratas te- terancang di- dihimpit diper- dipersenda se- sehebat (ii) Kata terbitan berakhiran • Kata terbitan berakhiran agak terhad dan lebih banyak bentuk pinjaman berbanding dengan bentuk asli. Kata Terbitan Berakhiran Asli Pinjaman Bentuk Contoh Bentuk Contoh -an jahitan -wan dermawan -kan hulurkan -man seniman -i mulai -wati olahragawati -isme nasionalisme -logi psikologi -is kartunis -in muslimin -at muslimat -ah sultanah N&L STPM BM P2(1).indd 6 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 1.2.3 Kata Majmuk 1 Kata majmuk ialah bentuk kata yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih kata dasar yang mempunyai makna yang khusus. 2 Makna yang khusus bermaksud gabungan kata dasar tersebut berlainan daripada makna asal bagi setiap perkataan yang digabungkan. 3 Kata majmuk pada biasanya dieja secara terpisah, tetapi beberapa daripadanya dieja secara bercantum. 4 Kata majmuk boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 5 Ciri-ciri kata majmuk ialah (a) Maknanya berbeza daripada makna asal setiap perkataan yang digabungkan; (b) tidak dapat menerima penyisipan sesuatu unsur di antara kata dasar yang membentuknya kerana akan menyebabkan terhasil makna asal kata dasar; (c) kata dasar yang digabungkan tiada hubungan makna atau tidak menerangkan kata yang lain. 6 Jenis kata majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu: (iii) Kata terbitan berapitan • Bentuk berapitan terdiri daripada imbuhan asli bahasa Melayu sahaja. Kata Terbitan Berapitan Asli Bentuk Contoh Bentuk Contoh pe-...-an peleburan me-...-i melepasi pem-...-an pembiakan mem-...-i membohongi pen-...-an pendakian men-...-i menduduki peng-...-an pengertian meng-...-i menginsafi penge-...-an pengetinan menge-...-i mengecami peny-...-an penyusuan meny-...-i menyaduri pel-...-an pelajaran memper-...-kan memperkatakan per-...-an perkiraan memper-...-i mempercayai ke-...-an kehangatan ber-...-kan berdasarkan me-...-kan meluluskan ber-...-an bersentuhan mem-...-kan membiakkan di-...-kan dihasilkan men-...-kan mendirikan di-...-i dimenangi meng-...-kan menghasilkan diper-...-kan dipertaruhkan menge-...-kan mengeposkan diper-...-i diperingati meny-...-kan menyaksikan ter-...-kan terpandangkan ter-...-i terpenuhi (iv) Kata terbitan bersisipan • Beberapa kata terbitan bersisipan terdiri daripada bentuk asli sahaja. Kata Terbitan Bersisipan Asli Bentuk Contoh Bentuk Contoh -el- telunjuk; selerak -em- kemuncup; gemilang -er- keruping; serabut -in- sinambung N&L STPM BM P2(1).indd 7 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 (a) rangkai kata bebas (tengah hari, kenal pasti, luar biasa); (b) istilah khusus (Duta Besar, cari gali, lut sinar); (c) maksud kiasan (duit kopi, minta nyawa, manis mulut). 1.2.4 Kata Ganda 1 Kata ganda ialah bentuk yang terhasil daripada pengulangan kata dasar. 2 Pengulangan terjadi secara seluruh atau sebahagian daripada dasar. 3 Kata ganda boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan sangat terhad bagi kata tugas. 4 Golongan kata ganda terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Golongan Kata Ganda Kata nama ganda Kata kerja ganda Kata adjektif ganda • anak-anak • kuih-muih • sesiapa • tarik-tarik • terlari-lari • mandi-manda • suka-suka • kecil-kecilan • kucar-kacir 5 Fungsi dan makna kata ganda: Penggunaan kata ganda tidak sahaja berfungsi untuk menunjukkan banyak semata-mata, tetapi juga mempunyai makna lain. (a) Makna penggandaan kata nama Makna Contoh kata ganda Bilangan jamak (banyak) sungai-sungai, cucu-cicit, rerumput Kepelbagaian jenis sayur-mayur, rempah-ratus, anak-pinak Kesamaan (keserupaan) gula-gula, orang-orang, sesiku Tidak tentu bila-bila, mana-mana, apa-apa Nama haiwan kekura, kunang-kunang, labi-labi (b) Makna penggandaan kata kerja Makna Contoh kata ganda Perbuatan berulang-ulang berulang-alik, berputar-putar, melambai-lambai Perbuatan saling berbalas buruk-memburuk, berkirim-kiriman, bertarik-tarikan Perbuatan bersungguh-sungguh bertungkus-lumus, memporak-perandakan, bercerai-berai Perbuatan yang berpanjangan berkibar-kibaran, menunggu-nunggu, berangan-angan (c) Makna penggandaan kata adjektif Makna Contoh kata ganda Bilangan jamak (banyak) pandai-pandai, sedap-sedap, jelita-jelita Menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar keanak-anakan, besar-besaran, kehitam-hitaman Kesangatan segar-bugar, gelap-gelita, gilang-gemilang 7 Kata majmuk boleh tergolong sebagai kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata Majmuk Kata nama majmuk Kata kerja majmuk Kata adjektif majmuk Kata tugas majmuk warganegara, atur cara, ulat buku beritahu, tunjuk ajar, angkat bahu putih telur, biru laut, jauh hati kenapa, manakala, walhal i-THINK Peta Pokok i-THINK Peta Pokok N&L STPM BM P2(1).indd 8 10/01/2024 12:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Latihan Stimulasi 2 1 Bentuk kata terdiri daripada , , dan . 2 Perkataan pembesar, hidangan, pertemuan dan telapak merupakan perkataan yang mengalami pengimbuhan . 3 Nyatakan bentuk kata bagi perkataan-perkataan yang berikut: Perkataan Bentuk kata (a) berdikari (b) pengisahan (c) bertalu-talu (d) kapal laut (e) tumpul 4 Berikan jenis kata majmuk bagi setiap yang berikut: Penolong Bendahari senyum kambing tengah hari nota kaki Jenis Kata Majmuk 5 Kata akar yang digandakan dikenali sebagai . 6 Tukarkan kata tunggal yang berikut kepada kata terbitan dan kata ganda. Kata tunggal Kata terbitan berawalan Kata ganda penuh kedai simpul bijak 7 Dengan menggunakan imbuhan kata nama yang sesuai, berikan kata nama terbitan yang terhasil daripada kata-kata tunggal yang berikut. (a) tumpang → , (b) indah → , (c) minta → , i-THINK Peta Dakap N&L STPM BM P2(1).indd 9 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 8 Penggandaan sebahagian daripada kata dasar boleh melibatkan , dan . 9 Jadikan perkataan-perkataan di bawah sebagai penggandaan kata kerja yang membawa maksud saling berbalas. (a) sayang : (b) melambai : (c) ingat : 10 Kata majmuk ditulis secara dan . 1.3 Golongan Kata 1 Golongan kata ialah kelompok perkataan yang dijeniskan atau dikategorikan mengikut ciri persamaan tertentu. 2 Ciri persamaan tersebut dikenal pasti melalui kriteria morfologi, sintaksis dan semantik yang ada pada perkataan berkenaan. 3 Berdasarkan kriteria di atas, terdapat empat golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. 1.3.1 Kata Nama 1 Dari segi semantik, kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk memberi nama kepada orang, tempat, benda, alat, perkara, haiwan, konsep dan sebagainya. 2 Dari segi tempat kehadiran dalam binaan ayat, kata nama ialah sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. 3 Antara ciri kata nama adalah seperti berikut: (a) dapat diikuti kata tunjuk atau kata penentu: • pokok itu • tulisan ini • perjanjian tersebut (b) dapat disertai kata bilangan, sama ada penjodoh bilangan atau tanpa penjodoh bilangan: • dua ikat kangkung • kedua-dua orang guru • semua penumpang (c) dapat diikuti oleh kata adjektif sebagai penerang, sama ada secara langsung atau dengan kata hubung yang: • atap baharu • keputusan bijak • perjalanan yang sukar 4 Kata nama dapat berfungsi seperti rajah berikut. Kriteria morfologi Kriteria sintaksis Kriteria semantik Berdasarkan kata tugas dan jenis pengimbuhan yang dapat diterima kata berkenaan Berdasarkan fungsi kata berkenaan dalam binaan frasa, klausa atau ayat Berdasarkan makna yang didukung oleh kata berkenaan Kriteria Penggolongan Kata i-THINK Peta Dakap N&L STPM BM P2(1).indd 10 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Fungsi Kata Nama 1 Inti bagi binaan frasa nama: • warga desa • kayu pemukul • penduduk di desa 4 Objek dalam binaan frasa kerja transitif: • Orang itu telah memalukan saya. • Dia menghubungi ibu bapanya. • Mereka menerbitkan buku. 5 Pelengkap bagi binaan frasa kerja tak transitif: • Adiknya hendak menjadi imam. • Nasi dagang berlaukkan ikan tongkol. • Tidurnya beralaskan tikar mengkuang. 6 Pelengkap bagi binaan frasa sendi nama: • ke kedai • oleh penjaganya • untuk kawankawan 2 Subjek dalam binaan ayat: • Mereka mahu ke masjid. • Sarah sungguh baik hati. • Pokok-pokok ditebang. 3 Predikat dalam binaan ayat: • Encik Husin dermawan. • Dia anak kami. • Mereka orang tempatan. 5 Terdapat tiga golongan kata nama. Golongan Kata Nama Kata ganti nama Kata nama am Kata nama khas Hidup Hidup Tak hidup Manusia Manusia Institusi Tak hidup Tunjuk Diri Tak tentu Bukan manusia Bukan manusia Bukan institusi Abstrak Berbilang Umum Tempat Tanya Orang Kedua Pertama Ketiga Hal Konkrit Tak berbilang Kata Nama Am 1 Kata nama am merujuk kata nama yang umum sifatnya. 2 Kata nama am digunakan untuk manusia, bukan manusia, tempat, benda dan hal abstrak. i-THINK Peta Dakap N&L STPM BM P2(1).indd 11 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 • Orang: ketua, ayah, pegawai, nelayan, pengguna, bayi, jutawan • Pusat masyarakat: sekolah, masjid, perpustakaan • Agensi: jabatan, kementerian, mahkamah • Pertubuhan: persatuan, kelab, kesatuan *Boleh menggunakan kata sendi nama kepada dan daripada sebelum kata nama am berkenaan • Binatang: tupai, hama, semut • Tumbuhan: sayur, rumput, hutan • Makhluk halus: jin, syaitan, malaikat Berbilang: rancangan, senyuman, cadangan, kehendak *Boleh dibilang (disertai kata bilangan) Tak berbilang: hawa, iklim, semangat, kecantikan *Tidak boleh dibilang (tidak boleh disertai kata bilangan) Tempat: rumah, kedai, padang, jalan, longkang, negeri, negara, laut *Menggunakan kata sendi nama ke, di, dan dari Manusia Hidup Bukan manusia Kata Nama Am Institusi Tak hidup Bukan institusi Konkrit Abstrak Kata Nama Khas 1 Kata nama khas merujuk kata nama yang digunakan untuk maksud rujukan khusus. 2 Penulisannya menggunakan huruf besar bagi huruf pertama. Manusia Hidup Bukan manusia Tak hidup • Haiwan: Sang Kancil, Pak Belang, Raja Rimba • Tumbuhan: Hevea Brasilia (pokok getah), Vanda Diana (orkid), Metarrhizium (kulat) • Makhluk halus: Israfil, Jibril, Izrail (malaikat) • Orang: Mohd Salleh, Sepiah, Puteri Adilah • Dengan gelaran/panggilan: Dr. Lim, Mak Su Aini, Datuk Wan Syukur Kata Nama Khas • Benda: Proton, Samsung, Asus • Bangsa: Melayu, Perancis, Maori • Negeri: Kelantan, Terengganu, Johor • Negara: Malaysia, Norway, Nigeria • Tempat: Seremban, Dataran Merdeka • Institusi: Universiti Malaya, Parlimen Malaysia, Mahkamah Persekutuan • Undang-undang/Akta: Akta Hasutan, Perlembagaan Malaysia, Ordinan Darurat • Agama: Islam, Hindu, Buddha • Gelaran: Yang Mulia, Tan Sri, Tuan Haji • Judul: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (buku), Laksamana Do Re Mi (filem), Negaraku (lagu) Kata Ganti Nama • Kata ganti nama ialah perkataan yang dapat menggantikan kata nama, sama ada kata nama am atau kata nama khas. N&L STPM BM P2(1).indd 12 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Menunjukkan kedudukan benda: • itu (jauh) • ini (dekat) • tersebut Menunjukkan tempat sesuatu itu berada/ terletak: • sana (jauh) • situ (agak jauh) • sini (dekat) *Perlu digunakan dengan kata sendi nama di, ke dan dari Menggantikan sesuatu atau orang yang tidak dapat ditentukan: • siapa-siapa / sesiapa (orang) • mana-mana (tempat atau benda) • apa-apa (benda atau hal) Orang yang sedang bercakap: • saya, aku, beta • kita, kami Orang lain yang sedang diperkatakan: • dia, ia, beliau, -nya, baginda • mereka Orang yang sedang dilawan bercakap: • awak, anda, tuan, tuanku, saudara • anda semua, tuan-tuan, kalian Menunjukkan perkara atau hal: • begitu • begini • yakni / iaitu Menggantikan benda atau orang dalam bentuk pertanyaan: • siapa (orang) • apa (benda atau haiwan) • mana (orang atau benda) Umum Tempat Orang Pertama Ketiga Kedua Tunjuk Tak Tentu Diri Hal Tanya Kata Ganti Nama 1.3.2 Kata Kerja 1 Dari segi semantik (makna), kata kerja merujuk perkataan yang menunjukkan perbuatan atau sesuatu yang dilakukan. 2 Dari segi sintaksis, kata kerja ialah inti bagi konstruksi (binaan) frasa kerja. 3 Kata kerja terdiri daripada kategori kata kerja perbuatan (minum, tersentuh, tolak-menolak) dan kata kerja keadaan (lahir, jatuh, lenyap). 4 Ciri-ciri kata kerja adalah seperti berikut: (a) Boleh didahului oleh kata bantu – baru bangun, mahu bergurau, sedang menyanyi (b) Dapat dijadikan ayat minimal perintah – undur!, hayunkan!, tarik! (c) Dapat dinafikan dengan kata nafi tidak – tidak duduk, tidak berjanji 5 Kata kerja berperanan sebagai: (a) Inti bagi binaan frasa kerja: • bergerak lambat • akan tidur kembali • masih bersembang-sembang (b) Unsur utama predikat ayat: • Kami masih berkawan. • Cincin itu baru hilang. • Dia tidak merokok. (c) Penerang bagi frasa nama: • meja tulis • latihan memanah • kegiatan jual beli (d) Sebagai frasa nama subjek, asalnya penerang bagi frasa nama dalam subjek, menggantikan kata nama yang digugurkan • (Kegemaran) Bertani menambahkan pendapatan. • (Kegiatan) Merosakkan harta awam masih berleluasa. • (Perbuatan) Memburuk-burukkan orang lain sangat keji. 6 Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama. (a) Kata kerja transitif (b) Kata kerja tak transitif N&L STPM BM P2(1).indd 13 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 Kata Kerja Transitif 1 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang perlu diikuti oleh objek atau penyambut. 2 Objek terdiri daripada kata nama, frasa nama, atau klausa nama. Kata kerja transitif Objek (penyambut) membakar sampah mempertahankan kehormatan mengalahkan musuhnya 3 Kata kerja transitif boleh ditukarkan menjadi bentuk kata kerja pasif: Kata kerja transitif → Kata kerja pasif membakar sampah → sampah dibakar… mempertahankan kehormatan → kehormatan dipertahankan… mengalahkan musuhnya → musuhnya dikalahkan… 4 Kata kerja transitif lazimnya ditandai dengan penggunaan imbuhan tertentu. Penggunaan imbuhan Kata kerja aktif transitif + objek meN- membasmi kemiskinan mencuci tingkap mengelap badan ter- tersepak kayu terpijak kaki adik memper- memperbesar rumah memperguna adiknya meN-...-kan mendoakan kami menghasilkan kejayaan membiarkan mereka meN-...-i menemui abang membebani dirinya menghampiri sempadan memper-...-kan mempersembahkan lagu mempertemukan ahli keluarga memper-...-i mempersenjatai diri 5 Kata kerja transitif terdiri daripada jenis dengan satu objek dan dua objek. 6 Kata kerja transitif dengan dua objek terdiri daripada dua objek berturut-turut, iaitu objek tepat (yang mengikuti kata kerja transitif secara langsung) dan objek sipi (yang mengikuti objek tepat). Jenis Kata kerja aktif transitif Objek Objek tepat Objek sipi Dengan satu objek membantu kami – – merahsiakan hal itu – – tersandung akar pokok – – Dengan dua objek membelikan – isterinya gelang mengirimi – neneknya surat mengambilkan – kami buah epal 7 Terdapat kekecualian, iaitu kata kerja aktif transitif yang tidak disertai objek, kerana terjadinya pengguguran, dan tidak menjejaskan makna ayat (Tatabahasa Asas Edisi Kedua, 2014:106). Kata kerja aktif transitif Objek yang digugurkan makan (nasi minyak) suka membaca (buku klasik) menyedihkan (kami) menanti (kedatangan ibunya) Kata Kerja Tak Transitif 1 Kata kerja tak transitif ialah jenis yang tidak memerlukan objek atau penyambut. 2 Kata kerja jenis ini tidak dapat dipasifkan tetapi boleh terdiri daripada kata tunggal dan kata berimbuhan ber-, ter- dan meN-. Bentuk Contoh Tunggal duduk bangun pulang Kata berimbuhan ber- berkembang ter- tersenyum meN- menduda, membujang, menyanyi 3 Kata kerja tak transitif terdiri daripada jenis tanpa pelengkap, berpelengkap, dan berpenerang. N&L STPM BM P2(1).indd 14 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Jenis kata kerja tak transitif Ciri Contoh Tanpa pelengkap • Dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat • Boleh diberikan keterangan selepasnya • Mereka tiba (pada pagi tadi). • Kedua-duanya bertembung (di tangga). • Mereka pun berborak (tentang pengalaman lalu). Berpelengkap Memerlukan kata atau frasa tertentu selepasnya untuk melengkapkan maksudnya Kata nama • Sepupu Yani bersuamikan jejaka tampan. • Tidurnya berbantalkan beg galas. Kata adjektif • Lukanya bertambah parah. • Suasana di tempat itu menjadi lintangpukang. Frasa sendi nama • Adik-beradiknya menetap di rumah nenek. • Mereka membelok ke arah pasar minggu. Berpenerang • Kata kerja yang diikuti oleh kata nama sebagai penerang • Penerang boleh digugurkan • Dia tidak mahu berjalan kaki. • Mereka berpakaian kebangsaan. Kata Kerja Pasif 1 Kata kerja pasif ialah kata terhasil daripada kata kerja aktif transitif. 2 Lazimnya, kata kerja ini menggunakan imbuhan yang bersifat pasif. Imbuhan pasif Kata kerja pasif di- (+ oleh) ditolak (oleh)… diberi (oleh)… direbut (oleh)… ber- (+ oleh) berbasuh (oleh)… bertulis (oleh)… bertampi (oleh)… ter- + oleh terpijak oleh... terdesak oleh... tertampan oleh... diper- (+ oleh) diperlapang (oleh)… dipermudah (oleh)… diperindah (oleh)… di-...-kan (+ oleh) dijelaskan (oleh)… diisikan (oleh)… disatukan (oleh)… di-...-i (+ oleh) direnangi (oleh)… diterangi (oleh)… direstui (oleh)… diper-...-kan (+ oleh) dipertemukan (oleh)… dipersembahkan (oleh)… diperlakukan (oleh)… ter-...-kan + oleh tergambarkan oleh... terlaksanakan oleh... terfikirkan oleh... ter-...-i + oleh teraniayai oleh… terhalusi oleh... terpenuhi oleh... 1.3.3 Kata Adjektif 1 Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sifat bagi kata nama. 2 Kata adjektif merupakan inti bagi binaan frasa adjektif. 3 Antara ciri kata adjektif ialah: (a) boleh menggunakan kata penguat, • Terdiri daripada penguat di hadapan (sebelum kata adjektif), penguat di belakang (selepas kata adjektif) atau penguat hadapan dan belakang (secara serentak). Penguat di hadapan Penguat di belakang Penguat serentak amat jelita jelita sekali amat jelita benar paling tinggi tinggi nian sangat tinggi sekali sungguh murni murni benar sungguh murni sekali (b) mengalami perbandingan, • Lazimnya, menggunakan beberapa bentuk perbandingan, iaitu bagai, bak, seperti, laksana, imbuhan se- dan ter-, sama, lebih dan kurang. N&L STPM BM P2(1).indd 15 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Bentuk perbandingan Contoh Kata perbandingan • bagai • bak • seperti keras bagai batu lembut bak baldu jahat seperti hantu Imbuhan kata adjektif • se- • tersemasyhur tertinggi Tahap perbandingan • sama • lebih • kurang sama gagah lebih lemak kurang sedap (c) boleh disertai kata penegas, • Penegasan terletak di hadapan atau di belakang kata adjektif. Penegas hadapan Penegas belakang memang senang sedap juga miskin sahaja (d) Boleh menerima bentuk se-...-nya • sebenarnya, selengkapnya, setinggitingginya. (e) boleh didahului perkataan makin atau semakin Makin semakin makin enak semakin kotor makin subur semakin tenteram makin cantik semakin cemerlang 4 Beberapa fungsi kata adjektif ialah: Sebagai frasa nama subjek, asalnya penerang bagi frasa nama dalam subjek, menggantikan kata nama yang digugurkan • (Paras) Jelita kesukaan lelaki. • (Keadaan) Bersih menceriakan pemandangan. • (Tabiat) Cuai perlu diatasi. Fungsi Kata Adjektif Inti bagi binaan frasa adjektif: • kelabu asap • seramah neneknya • jauh pandangan Unsur utama binaan predikat ayat: • Orang itu sungguh sopan. • Sebahagian buah itu masam. • Keadaannya uzur sekarang. Penerang dalam binaan frasa nama: • kain merah • persatuan baharu • laut dalam Keterangan frasa kerja, yang berfungsi sebagai kata adverba: • belajar rajin • memecut laju • tersenyum manis 5 Terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif dan kadang-kadang saling bertindih. (a) Kata adjektif sifatan atau keadaan • Menerangkan sifat perangai atau tabiat (berang, curiga, pandai) dan keadaan (lembut, kasar, licin) (b) Kata adjektif cara • Menerangkan kelakuan (lincah, cekap, pantas) dan ragam (jelas, sengit, geram) (c) Kata adjektif warna • perang, jingga, kelabu, biru, putih, kuning (d) Kata adjektif ukuran • Menerangkan sifat saiz (besar, nipis, gemuk) dan timbangan (berat, ringan) (e) Kata adjektif jarak N&L STPM BM P2(1).indd 16 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
17 • Menjelaskan ruang di antara dua benda, tempat atau keadaan (hampir, jarang, sempit, nyaris, rapat, jauh) (f) Kata adjektif bentuk • Menerangkan rupa sesuatu (bengkok, bujur, cengkung, lekuk, tembam, lonjong) (g) Kata adjektif waktu • Menerangkan hal yang berkaitan dengan keadaan atau sifat masa (awal, suntuk, lampau, segera, lambat, pendek) (h) Kata adjektif perasaan • Menerangkan sifat keadaan yang dialami (berahi, ragu, gembira, marah, cemburu, malu) (i) Kata adjektif pancaindera • Menerangkan sifat yang dapat dikesan oleh indera kulit, lidah, mata, telinga dan hidung Pancaindera Contoh kata adjektif Bau (hidu) • busuk • hapak • semerbak Dengar • bising • nyaring • serak Pandang • indah • montel • terang Rasa • sedap • manis • payau Sentuh • lembap • keras • kesat Gabungan deria • nyaman (pandang + sentuh) • licin (pandang + sentuh) • selesa (pandang + sentuh) • tenteram (dengar + pandang) • Selain gabungan deria, terdapat juga kata adjektif yang tergolong dalam lebih daripada satu jenis, antaranya: Contoh kata adjektif Jenis kata adjektif tenteram keadaan, pancaindera (dengar + pandang) bersih keadaan, pancaindera (pandang + bau) 1.3.4 Kata Tugas 1 Kata tugas merupakan sejumlah morfem bebas yang tidak mempunyai makna sendiri, tetapi mempunyai tugas atau fungsi tatabahasa tertentu dalam binaan frasa, klausa dan ayat. 2 Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat. 3 Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain lagi. 4 Peranan kata tugas membantu kata utama (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) untuk menimbulkan makna tambahan. Contoh Jenis Kata Tugas Fungsi Kata bantu Memberi makna tambahan kepada kata kerja. Kata penguat Menguatkan makna kata adjektif dari segi tingkat sifatnya. 5 Sesetengah kata tugas mempunyai lebih daripada satu fungsi, bergantung pada tempat kehadirannya dalam frasa, klausa dan ayat. Contoh Kata Tugas Fungsi Kata Tugas Contoh Penggunaan dalam Frasa/Ayat akan Kata sendi nama Dia sangat sayang akan ibu angkatnya. Kata bantu aspek Mereka akan berbulan madu di China. N&L STPM BM P2(1).indd 17 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
18 dalam Kata sendi nama Mereka tidak mahu terlibat dalam hal itu. Kata arah Mereka pun bersembunyi di dalam gua. dengan Kata sendi nama Dia datang dengan emaknya. Kata hubung Kedua-duanya datang dengan menaiki kereta. 6 Beberapa ciri kata tugas: (a) Memerlukan kata lain (kata utama) untuk berfungsi dalam frasa atau ayat Jenis Kata Tugas Contoh Kata Tugas Kata Utama yang Diperlukan Contoh Penggunaan Kata nafi Tidak Kata kerja tidak hantar Kata adjektif tidak masin Bukan Kata nama bukan kami Kata sendi nama Dari Kata nama dari Terengganu Daripada Kata nama daripada batu (b) Jenis kata tertutup (i) Tiada pinjaman kata hubung, kata penguat atau kata sendi nama dalam bahasa Melayu (ii) Jumlahnya sangat terhad, dan sukar bertambah (c) Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa • Tiada makna sendiri, sebaliknya memerlukan kata lain untuk menunjukkan maknanya. (d) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau peluasan (e) Tidak boleh dijadikan kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. 7 Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas dipecahkan kepada empat kelompok dasar. Kata Penyambung Ayat 1 Kata ini berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih binaan frasa, klausa dan ayat. 2 Penggunaan kata penyambung ayat menghasilkan bentuk ayat berlapis, dipanggil ayat majmuk. (a) Bentuk kata penyambung ayat • Terdiri daripada bentuk tunggal, gabungan, berpasangan dan gandaan. Bentuk Kata Penyambung Ayat Ciri Perkataan Tunggal Terdiri daripada satu morfem bebas dan, jika, semenjak, agar, dengan, lalu Gabungan Dua kata bercantum meskipun, sekiranya, walaupun, sedangkan Dua kata terpisah andai kata, oleh sebab Berpasangan Rangkai kata yang perlu hadir serentak bukan sahaja ... tetapi juga, sedangkan ... tambahan pula, baik ... mahupun Gandaan Penggandaan penuh dan separa moga-moga, kalau-kalau, seolah-olah, seakan-akan (b) Jenis kata penyambung ayat • Terdiri daripada kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. N&L STPM BM P2(1).indd 18 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
19 • Fungsinya menyambungkan klausa-klausa tak setara, iaitu antara klausa bebas (klausa utama atau klausa induk) dengan klausa tak bebas (klausa pancangan atau klausa kecil). • Penggunaannya dalam ayat menerbitkan ayat majmuk pancangan. • Jenis kata hubung pancangan: Jenis Fungsi dan Contoh Kata Kata hubung pancangan relatif Menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil lain yang Kata hubung pancangan komplemen Menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi pelengkap pada klausa utama bahawa, untuk, agar, supaya Kata hubung pancangan keterangan Menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi keterangan pada klausa utama kerana, oleh sebab, lantaran, andai kata, jikalau, sekiranya, apabila, sewaktu, ketika, semasa, tatkala, sementara, untuk, semoga, walaupun Kata Penyambung Ayat Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan • Fungsinya menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. • Penggunaannya dalam ayat menerbitkan ayat majmuk gabungan. • Bentuk kata hubung gabungan: Bentuk Kata Tunggal dan, lalu, atau, lantas, lagi, sambil Terbitan malahan, melainkan, sedangkan Majmuk walhal, padahal, manakala Berpasangan baik ... mahupun, semakin ... semakin, jangankan ... pun • Jenis atau fungsi kata hubung gabungan: Fungsi Kata Urutan dan, kemudian, lalu, malahan, maka, lantas, lagi, serta, manakala Pertentangan namun, sebaliknya, padahal, walhal, sedangkan, tetapi Pilihan atau, ataupun Keserentakan sambil, seraya Penjelasan maka Kata Praklausa 1 Kata praklausa ialah perkataan yang memulakan sesuatu klausa atau ayat. 2 Praklausa berperanan untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. 3 Terdapat lima jenis kata praklausa. (a) Kata seru • Kata seru merupakan kata yang digunakan pada permulaan ayat seruan untuk menzahirkan perasaan Jenis perasaan Kata Menarik perhatian eh, hai, helo, wahai Kagum dan hairan amboi, eh, ha, oh , wah Kesakitan aduh Kesedihan aduh, aduhai Sesal dan kecewa ah, alahai Kelegaan syukur, alhamdulillah Kebencian dan marah cis, nah Harapan oh, wahai, ya Terkejut alamak, eh, wah Tahniah syabas (b) Kata tanya (i) Kata tanya ialah perkataan untuk bertanyakan sesuatu. (ii) Kata jenis ini hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. (iii) Pada permulaan ayat songsang, kata tanya disertai penegas -kah. (iv) Termasuk dalam kata tanya ialah kata ganti nama tanya. N&L STPM BM P2(1).indd 19 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
20 Bentuk tanya Perkataan Kata tanya bagaimana, berapa, bila mengapa Kata ganti nama tanya apa, mana, siapa (c) Kata perintah (i) Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang yang dikenakan perintah. (ii) Untuk melembutkan perintah, kata perintah boleh disertakan partikel -lah. Jenis perintah Perkataan Permintaan minta, mohon, tolong Larangan jangan, usah, tak usah Silaan jemput, sila, sudi Ajakan ayuh, jom, mari Pembiaran biar (d) Kata pembenar • Kata pembenar merupakan kata yang digunakan untuk mengesahkan atau menyokong kesahihan sesuatu penyataan. Perkataan betul, benar, ya (e) Kata Pangkal Ayat (i) Kata pangkal ayat merupakan perkataan yang digunakan di bahagian hadapan ayat. (ii) Penggunaannya berfungsi sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Perkataan adapun, alkisah, arakian, hatta, kalakian, maka, syahadan, sebermula, sekali peristiwa Kata Prafrasa 1 Kata prafrasa ialah perkataan yang berfungsi di hadapan atau sebelum frasa. 2 Fungsi kata ini untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menunjukkan arah dan membilang, agar dapat menonjolkan maksud dalam ayat. 3 Terdapat enam jenis kata yang biasa dikelompokkan sebagai kata prafrasa. (a) Kata arah (i) Kata arah ialah kata yang berpasangan dengan kata sendi nama. (ii) Kata ini hadir selepas kata sendi nama tempat (dari, di, ke) dan sebelum frasa nama. (iii) Penggunaannya dapat menunjukkan hala atau jurusan sesuatu. Perkataan Contoh penggunaan antara, atas, bawah, belakang, dalam, hadapan, luar, tengah, tepi di antara bangunan, ke belakang pondok, dari luar daerah, di dalam bilik, ke tengah sawah penjuru, samping, sisi, segi, sudut di penjuru padang, dari sisinya, ke sudut lain barat, selatan, timur, tenggara, utara di barat negeri itu, ke tenggara Amerika, dari utara Thailand (b) Kata nafi • Kata nafi merupakan perkataan yang menjadi unsur nafi bagi frasa dalam konstituen predikat. (i) Terdapat dua bentuk kata nafi. bukan tidak Unsur menafikan frasa kerja dan frasa adjektif Unsur menafikan frasa nama dan frasa sendi nama Menafikan Contoh penggunaan Frasa nama bukan ibu, bukan kucing, bukan gas Frasa sendi nama bukan di selatan, bukan daripada rotan Menafikan Contoh penggunaan Frasa kerja tidak hantar, tidak ungkit, tidak balik Frasa adjektif tidak jelas, tidak halus, tidak aneh (ii) Kekecualian wujud bagi kata nafi bukan, iaitu boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya membawa maksud “pertentangan maklumat”. • bukan menghina kamu tetapi mengingatkan kamu • bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya N&L STPM BM P2(1).indd 20 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
21 (c) Kata bantu (i) Kata bantu merupakan perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu dan ragam. (ii) Terdapat juga kata bantu yang berfungsi sebagai kata adverba. (iii) Berdasarkan tugasnya, kata bantu terbahagi kepada dua jenis. Kata bantu aspek Menunjukkan perbezaan masa: antara masa lampau, masa sekarang dan masa akan datang. Masa Perkataan Contoh penggunaan Masa lampau baru, telah, sudah, pernah baru tiba, telah mendarat, sudah cantik, pernah ke situ Masa sekarang sedang, masih, mula sedang marah, masih di taman, mula berlari Masa akan datang akan, belum, bakal akan naik, belum jauh, bakal berkahwin Kata bantu ragam Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan perbuatan Ragam Perkataan Contoh penggunaan Kehendak hendak, ingin, mahu hendak masuk, ingin mewah, mahu ke pekan Keupayaan dan keizinan dapat, boleh dapat hadir, boleh bertanding Kemungkinan barangkali, mungkin barangkali tertidur, mungkin lewat Kemestian harus, mesti, pasti, patut, perlu, tentu, wajib harus pergi, pasti tiba, patut hadir, tentu takut, wajib ke masjid Keengganan enggan enggan bermain, enggan miskin (d) Kata pemeri (i) Kata pemeri ialah unsur yang memeri hal atau merangkaikan subjek dengan frasa utama dalam predikat. (ii) Penggunaannya sangat terbatas, dan kurang digalakkan dalam bahasa Melayu. (iii) Terdapat dua bentuk kata pemeri yang biasa, selain satu bentuk lain yang boleh menjadi pengganti. ialah Unsur memerikan frasa nama untuk menunjukkan ekuatif (persamaan) Memerikan Contoh penggunaan Frasa nama ialah ubi, ialah petani, ialah alat adalah Unsur memerikan frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menunjukkan kualitatif (huraian) Memerikan Contoh penggunaan Frasa adjektif adalah muktamad, adalah jelas Frasa sendi nama adalah dari aspek, adalah di desa merupakan Unsur yang dapat berfungsi sebagai kata pemeri ialah Memerikan Contoh penggunaan Frasa nama merupakan ubi, merupakan alat (e) Kata bilangan (i) Kata bilangan merupakan perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama. (ii) Beberapa patah kata bilangan tertentu perlu diikuti oleh penjodoh bilangan. (iii) Terdapat sekurang-kurangnya enam bentuk kata bilangan. Bilangan tentu (Bilangan kardinal) Jumlahnya bersifat tentu. Perkataan sepuluh, dua ratus, tujuh ribu Bilangan tak tentu Jumlahnya tidak tentu dan bersifat jamak (banyak). Perkataan banyak, beberapa, para, sedikit, sekalian, semua Himpunan Jumlahnya bersifat jamak (banyak), lazimnya berawalan dan digandakan. Perkataan berjuta-juta, kelima-lima, berminggu-minggu, berbakul-bakul N&L STPM BM P2(1).indd 21 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
22 Pisahan Jumlahnya bersifat jamak (banyak), tetapi bermaksud berasingan. Perkataan masing-masing, setiap, tiap-tiap Pecahan Menunjukkan bahagian-bahagian daripada keseluruhan. Perkataan setengah, separuh, sepertiga, dua perempat Tingkat (ordinal) Menunjukkan turutan atau susunan kedudukan. Perkataan kedua, kedua puluh lapan, keseratus sepuluh, kesejuta (f) Kata sendi nama (i) Kata sendi nama ialah sekumpulan perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. (ii) Setiap sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. (iii) Bentuk kata sendi nama: Bentuk Perkataan Kata dasar bagi, akan, hingga, demi, dengan, oleh, semenjak, tentang Kata terbitan melalui, menerusi, mengenai, terhadap Gabungan kata dasar darihal, daripada, kepada (iv) Semua kata sendi nama ditulis terpisah daripada frasa nama yang mengikutinya. (v) Bentuk dan fungsi atau makna katakata sendi nama: • di – Tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menerangkan konsep waktu. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Tempat di angkasa, di sekolah, di Filipina Arah di atas bukit, di utara India, di tepi danau • ke – Tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau haiwan. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Tumpuan tempat ke kampung, ke dewan, ke Kuching Arah tempat ke hadapan kedai, ke kanan jalan, ke timur Semenanjung Arah waktu ke saat ini, ke zaman dahulu, petang ke malam • dari Fungsi / Makna Contoh penggunaan Arah dari barat, dari tengah gurun, dari bawah pokok Permulaan tempat dari Bukit Besi, dari sungai, dari gelanggang Permulaan waktu dari pukul 7:30, dari kurun ke16, dari subuh tadi • daripada Fungsi / Makna Contoh penggunaan Punca manusia, haiwan, benda, institusi, dan unsur mujarad daripada Haji Adli, daripada kawannya, daripada aku daripada kuda, daripada nyamuk, daripada bakteria daripada akhbar, daripada filem, daripada cakera keras daripada mahkamah, daripada persatuan daripada kesilapan, daripada perjuangan Sumber atau asal kejadian daripada rotan, daripada tanah, daripada kertas Perbandingan berlainan daripada edisi lalu, lebih mustahak daripada hal ini, lebih cemerlang daripada kawannya • kepada Fungsi / Makna Contoh penggunaan Sasaran manusia, haiwan, institusi, dan unsur mujarad kepada emak, kepada isteri, kepada keluarganya kepada kucing, kepada burung, kepada haiwan kepada Pejabat Kadi, kepada Universiti Malaya kepada keinginan, kepada udara N&L STPM BM P2(1).indd 22 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
23 Pecahan kepada dua kumpulan, kepada satu pertiga Perubahan keadaan kepada warna lain, kepada RM50.00, kepada 35°C • pada – Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan sasaran. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Keterangan waktu pada masa itu, pada waktu pagi, pada pukul 5:00 Keterangan tempat sesuatu perbuatan dilakukan pada cangkuk, pada tempatnya, pada tiang lampu Keterangan tempat didahului kata “ada” ada pada bapa, ada pada pendekar, ada pada orang tertentu Hal mujarad (abstrak) pada pendapatnya, pada hemat saya, pada pandangan abah • untuk – Dalam konteks tertentu boleh saling berganti dengan kata sendi nama bagi. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Kegunaan untuk sesuatu (boleh saling berganti dengan bagi) sumbangan untuk / bagi mangsa banjir, perbelanjaan untuk / bagi pembinaan surau, bayaran untuk / bagi pengacara jemputan Bahagian yang ditentukan (diperuntukkan) persembahan untuk tetamu khas, hadiah untuk pemenang, sarapan untuk datuk • demi – Dalam konteks tertentu boleh saling berganti dengan kata sendi nama untuk. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Tujuan (boleh saling berganti dengan untuk) demi / untuk keselesaan, demi / untuk keluarga, demi / untuk kejayaan Unsur penegas demi Allah, demi Rasulullah Menunjukkan urutan kumpulan demi kumpulan, janji demi janji, satu demi satu • tentang / mengenai Fungsi / Makna Contoh penggunaan Rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum atau abstrak aduan tentang / mengenai penyelewengan, mesyuarat tentang / mengenai masalah remaja Tentang hal yang diperlakukan atau diperkatakan berbincang tentang / mengenai kami, bertelagah tentang / mengenai tanah pusaka • seperti / bagai / umpama / laksana / bak / macam Fungsi / Makna Contoh penggunaan Perbandingan (boleh saling berganti) beratnya bagai / bak gajah, berlagak umpama / laksana orang terkenal, cantik seperti / macam puteri raja Menunjukkan senarai (untuk seperti sahaja) bahan bacaan seperti majalah, buku, risalah…, suka berbakti seperti menolong orang susah, menyertai pasukan sukarela… • sejak / semenjak Fungsi / Makna Contoh penggunaan Penanda permulaan waktu sejak / semenjak minggu lalu, tidak cergas sejak / semenjak permainan pertama, sejak / semenjak tadi • terhadap Fungsi / Makna Contoh penggunaan Merujuk penyambut yang terdiri daripada manusia, haiwan, atau benda adil terhadap orang lain, kajian terhadap kumpulan kerbau, bertindak balas terhadap getah • akan Fungsi / Makna Contoh penggunaan Merujuk manusia dengan didahului kata adjektif perasaan cemburu akan kakaknya, suka akan gadis itu, amat sayang akan isterinya Merujuk konteks bukan manusia, boleh berganti dengan kata kepada cinta akan / kepada pertiwi, gemar akan / kepada haiwan, sayang akan / kepada patung itu N&L STPM BM P2(1).indd 23 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
24 • oleh Fungsi / Makna Contoh penggunaan Menunjukkan pelaku dalam ayat pasif disisih oleh rakan, terkuis oleh adik, kena kejar oleh lembu Menunjukkan sebab sesuatu terjadi kalah oleh kesilapan sendiri, berjaya oleh ketekunannya, terpesona oleh godaan dunia • hingga / sampai – Kedua-duanya dapat bertukar ganti dengan pengertian had masa dan tempat. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Menunjukkan had masa hingga / sampai subuh, hingga / sampai kepenatan, hingga / sampai tamat tempoh Menunjukkan had tempat hingga / sampai peringkat tertinggi, hingga / sampai hujung tanjung, hingga / sampai halaman terakhir • dalam dan antara Fungsi / Makna Contoh penggunaan Lingkungan yang tiada ruang atau jarak dalam keadaan itu, berbincang dalam dialek utara, hidup dalam sejahtera kelainan antara kami, antara pilihan yang ada, berselisih pendapat antara ahli keluarga • dengan Fungsi / Makna Contoh penggunaan Bersama-sama (berserta) bersembang dengan kawankawan, belajar dengan abang, hadir dengan ibunya Cara perlakuan sesuatu diselesaikan dengan baik, dengan semangat kekitaan, bermula dengan bacaan doa Memakai atau menggunakan pergi dengan kereta api, memotong sayur dengan pisau, mencuci mangkuk dengan sabun Perbandingan yang sama emas dengan permata, sama tinggi dengan adikku, sependapat dengan datuk • melalui / menerusi – Kedua-duanya dapat bertukar ganti. Fungsi / Makna Contoh penggunaan Arah laluan melalui / menerusi orang tengah, melalui / menerusi tingkap, melalui / menerusi lebuh raya Tempat atau saluran melalui / menerusi e-mel, melalui / menerusi televisyen, melalui / menerusi telefon Kata Pascafrasa 1 Jenis kata pascafrasa diwujudkan kerana selain hadir di belakang frasa, kata jenis ini dapat hadir sebelum frasa juga. 2 Terdapat tiga jenis kata pascafrasa. (a) Kata adverba (i) Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. (ii) Hal yang diterangkan lazimnya tentang cara, masa dan tempat. (iii) Kata adverba dipanggil juga kata keterangan berdasarkan fungsinya menerangkan kata dan frasa yang disebutkan tadi. (iv) Kehadirannya sama ada di hadapan atau di belakang kata yang diterangkan. (v) Kata adverba terdiri daripada kata yang tidak tergolong dalam kata utama (kata nama, kata kerja dan kata adjektif). (vi) Jika perkataan itu terdapat juga dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi sebagai penerang. (vii) Terdapat empat jenis kata adverba: N&L STPM BM P2(1).indd 24 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
25 Kata adverba jati Terdiri daripada perkataan yang tidak termasuk dalam manamana golongan kata utama Bentuk tunggal begini, begitu, dahulu, kelak, demikian, esok, lusa, kelmarin, nanti, kemudian, saling, nyaris, langsung, sekarang, sempat, sentiasa, tadi, tulat sentiasa di surau, dahulu mesra, saling mengata bermula sekarang, terjadi kelmarin, menjerit tadi Bentuk bergabung acap kali, agaknya, barangkali, kadang-kadang, jarang kali, julung kali, kerap kali, sekali gus, semalam, serentak, kadangkala, sering kali, pertama kali kerap kali ke tandas, barangkali sedih, kadang-kadang tersasul kiriman sekali gus, panas agaknya, pergi serentak Kata adverba asalnya kata kerja Kata adverba yang berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama Menerangkan frasa kerja baring meniarap, duduk bertinggung, makan bersila Menerangkan frasa adjektif cantik berseri-seri, indah berkilauan, tinggi melangit Menerangkan frasa sendi nama dari bandar berdua-duaan, di rumah bersendirian, ke pantai berseorangan Kata adverba asalnya kata adjektif Kata adverba yang berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama Menerangkan frasa kerja berlangsung lancar, hampir terjatuh, tidur nyenyak Menerangkan frasa adjektif besar panjang, cepat mewah, panjang lebar, tinggi lampai Menerangkan frasa sendi nama jarang di rumah, ke kedai segera, sentiasa ke kebun Kata adverba bentuk gandaan Kata adverba yang mengalami penggandaan untuk menerangkan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama Penggandaan penuh betul-betul, diam-diam, jarang-jarang, sama-sama sama-sama ke pekan, betul-betul sedap, duduk diam-diam Penggandaan separa bersungguh-sungguh, terburu-buru, teresak-esak terburu-buru ke dapur, berlatih bersungguhsungguh, menangis teresak-esak gila-gilaan, habis-habisan, terang-terangan melalak gila-gilaan, berjuang habis-habisan, menuduh terang-terangan Penggandaan berentak bolak-balik, serta-merta simpang-siur bercakap bolak-balik, serta-merta sihat, keadaan simpang-siur N&L STPM BM P2(1).indd 25 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
26 (viii) Kata adverba mempunyai beberapa makna. Makna adverba Contoh Waktu terjadinya perbuatan, peristiwa atau keadaan pulang sekarang, selalu datang, sentiasa ceria Cara perbuatan dilakukan berbuat demikian, berjuang mati-matian, duduk beramai-ramai Ragam atau keadaan kepastian berlakunya perbuatan benar-benar riang, betul-betul terjadi, tentu berjaya Jarak yang berkaitan dengan kata kerja berada dekat, lompat tinggi, pulang jauh Keadaan atau sifat kata kerja dan kata adjektif berbaju labuh, kerat pendek, tersusun rapi Sifat perasaan berkaitan dengan kata kerja berasa sayang, bersuara lantang, melompat girang (b) Kata penegas (i) Kata penegas ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. (ii) Kata penegas dipanggil juga sebagai kata partikel dan kata penyerta. (iii) Terdapat dua jenis kata penegas. Kata Penegas Penegas Perkataan Penegas Subjek atau Predikat Menegaskan kata dasar yang bercantum dengannya Bersifat morfem bebas bagi menegaskan makna dalam subjek atau predikat Bentuk Contoh penggunaan -kah, -lah, -tah bilakah, makanlah, manatah Perkataan Contoh penggunaan hanya, jua, juga, lagi, memang, cuma, pula, pun, sahaja/ saja Dalam subjek Datuk memang garang. Kami pun takut. Dalam predikat Rozi adik saya juga. Dia belum makan lagi. (c) Kata penguat (i) Kata penguat ialah perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. (ii) Kata penguat boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif. (iii) Terdapat tiga jenis kata penguat: N&L STPM BM P2(1).indd 26 07/01/2024 9:20 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
157 BAB 1 Latihan Stimulasi 1 1 morfem, kata 2 struktur, bentuk, golongan 3 morfem terikat, imbuhan, kata akar 4 bebas, perkataan (kata) 5 Makna leksis: rumah, tidur, penting, dll.; Makna struktur: akan, sungguh, ialah, dll. 6 terbahagi 7 kata dasar 8 kata akar, kata tunggal 9 berdiri sendiri, makna leksis 10 huruf awal 11 perubahan bunyi, morfofonem 12 huruf “r” 13 kata majmuk, kata terbitan 14 Alomorf 15 ayat minimal Latihan Stimulasi 2 1 kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk 2 kata nama 3 (a) kata tunggal (akronim) (b) kata terbitan (c) kata ganda (d) kata majmuk (e) kata tunggal 4 (a) kata majmuk istilah khusus (b) kata majmuk kiasan (c) kata majmuk rangkai kata bebas (d) kata majmuk istilah khusus 5 kata ganda semu 6 kedai = pekedai, berkedai (berawalan); kedai-kedai (kata ganda penuh) simpul = menyimpul, bersimpul, tersimpul, penyimpul (berawalan); simpul-simpul (kata ganda penuh) bijak = terbijak, sebijak (berawalan); bijak-bijak (kata ganda penuh) 7 (a) penumpang, tumpangan (b) keindahan, pengindahan (c) peminta, permintaan 8 kata tunggal, kata semu, kata terbitan 9 (a) sayang-menyayang (c) ingat-mengingat (b) lambai-melambai 10 bercantum, terpisah Latihan Stimulasi 3 1 semantik 2 Haji Ubaidillah, Suzuki, cucunya, motosikal, model 3 di-, di-...-kan, di-...-i, ke-...-an 4 (i) keadaan/sifatan, perasaan, (ii) ukuran (iii) pancaindera dengar (iv) sifatan/keadaan (v) bentuk 5 kata kerja, kata adjektif, frasa sendi nama 6 prafrasa, praklausa 7 kata ganti nama diri (ketiga), kata pembenda, kata penekan 8 kata penguat, sebelum, selepas 9 pelengkap, kata nama, kata adjektif, frasa sendi nama 10 ke, dari, pada Latihan Pengukuhan Bahagian A 1 D 2 C 3 B 4 C 5 A 6 C 7 B 8 C 9 A 10 D 11 D 12 D 13 A 14 B 15 D 16 A 17 A 18 B 19 A 20 C Jawapan N&L STPM BM P2(jwp).indd 157 07/01/2024 9:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
158 Bahagian B 1 (a) Morfem terikat tidak mempunyai makna sendiri (b) Morfem terikat terbahagi, morfem terikat kompleks 2 (a) Berenang, penyorak, membadai, mensyukuri 3 Bentuk morfem terikat (tak bebas) yang bukan imbuhan 4 (a) Kata tunggal, kata terbitan (b) Kucing = kucing-kucing; mengiau = mengiaungiau 5 (a) Cantuman huruf awal daripada beberapa perkataan (b) Cantuman suku kata dengan suku kata daripada beberapa perkataan 6 (a) (i) Kata ganda separa (ii) Kata ganda berentak konsonan (b) S = Kata majmuk, T = Rangkaian kata bebas 7 (a) Ibu berhak untuk menegur kami./Dia berumah besar di pinggir bandar. (b) Membentuk kata kerja tak transitif 8 (a) Y = Tak transitif, Z = Kata adjektif (b) Kata tugas 9 (a) Memerikan frasa nama untuk menunjukkan maksud ekuatif (persamaan) (b) Pegawai itu ialah anak Ketua Polis Daerah. 10 (a) (i) Kemahiran pelajar itu sangat tinggi. (ii) Layang-layang itu naik tinggi. 11 Terbentuk ayat majmuk pancangan keterangan 12 Jenis apitan Contoh perkataan apitan kata nama pedalaman kesatuan apitan kata kerja membangunkan mengawasi apitan kata adjektif Kekampungan kebaratan Imbuhan Apitan 13 Kemestian = harus, perlu Kehendak = mahu, hendak Keupayaan dan keizinan = dapat, boleh 14 (a) (i) Sebagai kata arah, (ii) Sebagai kata sendi nama (b) (i) Barang-barang itu disimpan di dalam tong (ii) Dia tidak terlibat dalam kejadian itu 15 – Menggantikan kata nama manusia (Kata ganti nama diri manusia) – Menjadikan kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama (kata pembenda) – Mewujudkan penegasan bagi kata dasar yang bergabung dengan bentuk itu (kata penekan) BAB 2 Latihan Stimulasi 1 1 ayat, klausa, frasa 2 subjek, predikat 3 ayat, klausa 4 satu, beberapa, diperluas 5 bebas, tak bebas (terikat) 6 inti, penerang 7 kata nama 8 dipisahkan/dipecahkan 9 judul/fokus, cerita/hal 10 ayat, frasa 11 frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama 12 subjek, disongsangkan 13 ayat majmuk 14 frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif 15 intonasi yang sempurna Latihan Stimulasi 2 1 frasa kerja 2 frasa nama 3 frasa kerja, frasa adjektif 4 kata penguat, kata bantu, keterangan 5 (a) frasa kerja aktif transitif (b) frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap (c) frasa kerja berpenerang 6 objek, pelengkap 7 digugurkan, kata sendi nama, frasa nama/kata nama 8 inti, inti, persamaan makna 9 kata nama/frasa nama, kata adjektif/frasa adjektif, frasa sendi nama 10 (a) manis (b) lesu (c) ria 11 penguat hadapan, penguat bebas 12 kata bilangan, kata nafi, kebiasaan penggunaan, gelaran/panggilan, jawatan Latihan Stimulasi 3 1 ayat, subjek 2 predikat, pancangan relatif, pancangan komplemen, pancangan keterangan 3 (a) sebagai subjek (c) sebagai objek N&L STPM BM P2(jwp).indd 158 07/01/2024 9:22 PM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.