Kandungan Topik 1 Karangan Respons Terhad 1 – 8 Topik 2 Karangan Respons Terbuka 9 – 28 Topik 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 29 – 47 Topik 4 Pemahaman 48 – 67 Topik 5 Rumusan 68 – 79 Peperiksaan Akhir Tahun 80 – 92 Jawapan J1 – J20 Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 E-mel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-320-6 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: xxxxxxxxxxxxxxx Pereka letak: Wan Suhailizan binti Wan Deraman Teks diset dalam Utopia Std 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Imbas dan Muat Turun • SkripUjian Lisan • AudioUjian Mendengar 01 PT SPM BM F4 5P.indd 1 16/2/2024 9:49:06 AM Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) No. 18, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7783 3233, 7783 5233 Faks: 03-7783 7233 Emel: [email protected] Laman web: www.penerbitilmubakti.com © Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2024 Pertama kali diterbitkan 2024 ISBN 978-629-473-320-6 Cetakan: 9 8 7 6 5 4 3 2 1 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M). Penyunting: Nur Hasliza Harun Pereka kulit buku: Sarifuddin Yusof Pereka letak: Wan Suhailizan binti Wan Deraman Teks diset dalam Utopia 10/12 poin Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. Imbas dan Muat Turun • Skrip Ujian Lisan • Audio Ujian Mendengar
1 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan amalan hidup bermasyarakat. Berdasarkan maklumat tersebut, berikan pendapat anda tentang amalan hidup bermasyarakat. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Karangan Respons Terhad Topik 1 Kertas 1 Bahagian A (30 Markah) Praktis 1 Selamat Hari Raya, Encik Samad. Jemput masuk. Terima kasih. Akhirnya dapat juga saya berkunjung ke rumah awak. Bergotong-royong Kunjung-mengunjungi Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: Saling menolong ketika senang atau susah 01 PT SPM BM F4 5P.indd 1 16/2/2024 9:49:06 AM
2 01 PT SPM BM F4 5P.indd 2 16/2/2024 9:49:06 AM
3 Praktis 2 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kokurikulum. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kebaikan-kebaikan kokurikulum dalam kalangan murid. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Pengiraan markah merit merangkumi 10 peratus kokurikulum bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU). Unit Beruniform Pengakap Kelab Sains dan Matematik Kelab Badminton 01 PT SPM BM F4 5P.indd 3 16/2/2024 9:49:06 AM
4 Praktis 3 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan budaya membaca. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis e-mel kepada rakan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam membudayakan amalan membaca. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Anak muda pulang ke desa, Ibu dan ayah lama menanti, Warga membaca tak buang masa, Perpustakaan teman sejati. Pohon pedada di dalam taman, Jadi idaman si anak rusa, Marilah anakanda marilah teman, Jayakan NILAM sepanjang masa. DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN S TATISTIK MALAYSI A MEMBAC A MALAYSIA DALAM KEDUDUKAN KE - DARIPADA 61 BUAH NEGARA MEMBACA Kajian The World’s Most Literate Nations (WMLN) 2016 BUDAYA MEMBACA Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 32000 SASARAN MENCAPAI NEGARA MAJU 24000 16000 19713 2017 2020 8000 0 31700 STATISTIK PENERBITAN MALAYSIA Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 SECARA PURATA SETIAP RAKYAT MALAYSIA HANYA MEMBACA 15-20 BUKU SETAHUN BAGI MENCAPAI SASARAN IDEAL RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMBACA 30 BUKU SETAHUN Laporan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) #MALAYSIAMEMBACA 01 PT SPM BM F4 5P.indd 4 16/2/2024 9:49:07 AM
5 Praktis 4 Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan negara . Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang peranan remaja dalam pembangunan negara. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Kata Mutiara Sarjana Belajar dengan bersungguh-sungguh Perpaduan bermula dari bangku sekolah 01 PT SPM BM F4 5P.indd 5 16/2/2024 9:49:07 AM
6 Praktis 5 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan sukan lasak . Berdasarkan maklumat tersebut, tulis laporan tentang aktiviti sukan lasak sempena Hari Belia Negara. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Aktiviti berakit redah jeram Aktiviti mendaki untuk menguji kekuatan fizikal KEM BELIA NEGARA Jom sertai kami 30 Disember 20__ Lokasi: Sungai Jeram Lingkubang, Sabah Sasaran: Belia berumur 18 tahun hingga 39 tahun sahaja Yuran penyertaan: Percuma 01 PT SPM BM F4 5P.indd 6 16/2/2024 9:49:07 AM
7 Daripada Kepada Perkara Tarikh Mesej Baharu Daripada Kepada Perkara Tarikh Mesej Baharu Praktis 6 Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Selamat sejahtera, Eric Leong. Apa khabar, saudara? Saya di sini kurang sihat kerana baru sahaja mengalami demam denggi. Hampir seminggu saya ditahan di hospital. Badan saya berasa sakit-sakit dan mengalami suhu sehingga 40 darjah celsius. Pihak kesihatan telah hadir ke rumah dan membuat pemeriksaan jentik-jentik. Syukur, rumah saya tiada pembiakan nyamuk aedes. Sebagai seorang pegawai kesihatan, saya harap saudara dapat berkongsi cara mengatasi masalah jangkitan nyamuk tersebut. Sekian. Sahabatmu, Emran Fateh Selamat sejahtera, Rashini. Sudah lama saya tidak mendengar khabar awak. Semoga awak dalam keadaan sihat sejahtera. Kebelakangan ini, masalah penyakit berjangkit meningkat secara mendadak sejak musim hujan melanda. Jabatan Kesihatan telah menguar-uarkan pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ini. Pada pendapat awak, bagaimanakah penyakit ini boleh berjangkit? Saya harap awak dapat membalas e-mel saya. Sahabatmu, Umar Fayyadh [email protected] [email protected] 15 Februari 20_ [email protected] [email protected] Penyakit Berjangkit 01 PT SPM BM F4 5P.indd 7 16/2/2024 9:49:07 AM Demam Denggi 24 Februari 20_
8 01 PT SPM BM F4 5P.indd 8 16/2/2024 9:49:07 AM
9 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan penurunan kepada 225 orang daripada 58 buah keluarga berbanding 381 orang daripada 101 keluarga, pagi tadi. Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS masih beroperasi di Selangor, iaitu Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di daerah Sepang serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat. Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/686301 Berdasarkan petikan di atas, tulis pengalaman anda semasa menjadi sukarelawan dalam misi bantuan ketika banjir yang melanda baru-baru ini. Topik/Tema Misi banjir Fokus soalan Pengalaman Format Catatan pengalaman (tiada format) Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan suasana berdasarkan stimulus tersebut. Karangan Respons Terbuka Topik 2 Kertas 1 Bahagian B (70 Markah) Praktis 1 01 PT SPM BM F4 5P.indd 9 16/2/2024 9:49:07 AM
10 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sumber: https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/ permainan-tradisional-melayu Huraikan pendapat anda tentang peranan yang dapat dimainkan oleh generasi muda untuk mempromosikan permainan tradisional di Malaysia. Topik/Tema Permainan Tradisional Fokus soalan Peranan generasi muda Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri tanpa merujuk stimulus (bahan bacaan/petikan) 01 PT SPM BM F4 5P.indd 10 16/2/2024 9:49:07 AM
11 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KUALA TERENGGANU: Seramai 161 orang belia termasuk 74 orang yang mengikuti Program Jati Diri Kesukarelawan Nasional (PJKN) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan yang disajikan di kantin institut itu pada malam tadi. Berdasarkan petikan di atas, tulis sebuah rencana tentang ciri-ciri sebuah kantin sekolah pilihan pengguna. Topik/Tema Kebersihan Fokus soalan Ciri-ciri kantin sekolah Format Rencana Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 11 16/2/2024 9:49:07 AM
12 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pertama, graduan perlu mempunyai pemikiran yang betul. Tanya diri sendiri, apa yang aku mahu dan apa kerjaya impian yang diinginkan setelah tamat pengajian nanti. Kedua, mahasiswa perlu membudayakan sikap ingin belajar, sedia mencuba sesuatu yang baharu dan pelbagai serta yang dekat dengan minat. Selain itu, ia perlu dipupuk dan dibajai berterusan selama menuntut di universiti. Ketiga, mahasiswa perlu mula membaca bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan pasaran pekerjaan serta industri. Sumber: BHOnline, 1 April 2021 Jelaskan persediaan-persediaan lain yang anda lakukan sebelum anda menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang anda pilih. Topik/Tema Kerjaya Fokus soalan Persediaan-persediaan menceburi bidang kerjaya Format Respons terbuka Kehendak soalan • Murid perlu menghuraikan persediaan selain dalam stimulus (bahan). • Murid menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 12 16/2/2024 9:49:07 AM
13 Praktis 2 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Bazar Ramadan di negara kita bukan sekadar menjadi tumpuan umat Islam yang ingin membeli juadah untuk berbuka puasa tetapi turut menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bukan beragama Islam. Bukan itu sahaja, para pelancong dari luar negara juga gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk lebih mengenali budaya masyarakat Malaysia menerusi makanan tradisional. Dipetik dan diubah suai daripada “Bazar Ramadan Saji Keunikan MakananTradisi Malaysia”, oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, Dewan Budaya, Bil. 4/2022 Bincangkan keistimewaan-keistimewaan mewarisi makanan tradisional. Topik/Tema Makanan Tradisional Fokus soalan keistimewaan-keistimewaan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid boleh menghuraikan idea sendiri atau mengambil idea dalam stimulus atau mencampurkan idea sendiri dan stimulus. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 13 16/2/2024 9:49:07 AM
14 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya yang kaya dengan pelbagai suku kaum, bahasa, makanan serta adat istiadat yang menarik dan unik. Sebagai contoh, UNESCO telah mengiktiraf Pulau Langkawi sebagai ‘Geopark Dunia’ bagi mempromosikan warisan geologi, biologi dan budaya pulau tersebut. Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi negara. Dipetik daripada “Industri Pelancongan Perlu Bangkit Perkukuh Ekonomi Negara”, https://www.bernama.com/ Berdasarkan petikan di atas, huraikan langkah-langkah untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia. Topik/Tema Industri Pelancongan Malaysia Fokus soalan Langkah-langkah Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 14 16/2/2024 9:49:07 AM
15 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Berdasarkan kajian oleh Malaysians Against Pornography (MAP) yang merekodkan kira-kira 80 peratus kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan usia 10 hingga 17 tahun memilih menonton pornografi secara sengaja. Kajian sama melaporkan hampir 89 peratus daripada kanak-kanak yang berusia 13 hingga 17 tahun menjadi subjek seksual dalam talian, iaitu ada pihak yang menjadikan mereka sebagai bahan untuk tujuan seks dan sebagainya. Dipetik dan di ubah suai daripada “Kawal, Pantau Penggunaan Internet Elak AnakTerjebak Gejala Sosial”, https://www.bharian.com.my/ Petikan di atas menyatakan kajian implikasi Internet jika tidak dikawal. Ulaskan penyataan tersebut. Topik/Tema Dunia Semakin Canggih Fokus soalan Implikasi-implikasi /keburukan-keburukan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid wajib menghuraikan idea berdasarkan stimulus dan menambah idea lain. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 15 16/2/2024 9:49:07 AM
16 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Bagi Amirul Aiman Helmi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, beliau berasa teruja apabila puisi yang diciptanya terpilih untuk dikongsi bersama-sama Sasterawan Negara. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih daripada 20 buah puisi. Dipetik dan diubah suai daripada “Bengkel Penulisan Puisi Bersama-sama Sasterawan Negara”, Dewan Siswa, Bil. 11/2019 Berdasarkan petikan majalah di atas, bincangkan cara-cara untuk menggalakkan remaja minat dalam bidang sastera. Topik/Tema Sastera Fokus/kata kunci Cara-cara Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 16 16/2/2024 9:49:07 AM
17 Praktis 3 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Daripada penilaian sejarah tamadun manusia, daya tahan moral dan sosial manusia akan menjadi semakin pudar dengan bertambah majunya kehidupan mereka. Budaya keselesaan (complacency), individualistik dan materialistik lebih menguasai kehidupan mereka. Tahap kebergantungan kepada pemahaman moral dan keagamaan terus lusuh dan longgar. Hal Ini dapat dibuktikan berikutan timbulnya beberapa gejala yang sememangnya dilarang keras oleh ajaran agama seperti perzinaan dan bersekedudukan, pembunuhan, arak dan alkohol, perjudian serta sebagainya. Dipetik daripada https://www.ikim.gov.my/ Petikan di atas menunjukkan maklumat tentang cabaran remaja kini. Sebagai pemimpin sekolah, anda diminta untuk menyampaikan pidato tentang “Cabaran-cabaran Remaja Kini dan Penyelesaiannya. Tulis teks pidato tersebut selengkapnya. Tema Remaja kini Fokus/kata kunci Cabaran dan penyelesaiannya Format Pidato Kehendak soalan Murid boleh menghuraikan idea sendiri atau mengambil idea dalam stimulus atau mencampurkan idea sendiri dan stimulus. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 17 16/2/2024 9:49:07 AM
18 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan kes jenayah siber, termasuk scam dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan sebanyak 4,686 kes membabitkan lebih RM100 juta kerugian dilaporkan sejak 2020 hingga Septemberlalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Noor berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan jenayah siber paling banyak di negeri ini ialah penipuan panggilan telefon, penipuan cinta, pinjaman tidak wujud, pelaburan, belian dalam talian dan kesalahan Akta Jenayah Komputer 1997. Dipetik dan diubah suai daripada “Lebih RM100 Juta Kerugian Akibat Jenayah Siber di Sabah”, https://www.bharian.com.my/berita/nasional Berdasarkan petikan akhbar di atas, huraikan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Tema Jenayah Siber Fokus/kata kunci Langkah-langkah Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan cara mengatasi masalah jenayah siber seperti dalam stimulus (bahan). 01 PT SPM BM F4 5P.indd 18 16/2/2024 9:49:07 AM
19 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Persepsi negatif terhadap mata pelajaran Sejarah yang wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat menjadi antara halangan proses pembinaan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Bagi menyingkirkan persepsi itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang antara lain untuk memperkasakan mata pelajaran yang dilabelkan sebagai membosankan, kaku dan tiada nilai komersial itu. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.malaysiakini.com/news/253393 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah. Tema Subjek Sejarah Fokus/kata kunci Kepentingan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 19 16/2/2024 9:49:07 AM
20 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Persepsi terhadap bidang bahasa dan sastera sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman adalah tidak tepat dan tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan segera. Hal ini dikatakan demikian kerana lulusan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan sebagainya mempunyai potensi dan prospek yang luas dalam pasaran kerja di Malaysia dan bukannya sekadar menjadi guru atau pensyarah bahasa sahaja sepertimana yang disangka selama ini. Dipetik dan diubah suai daripada https://mohamadsofee.blogspot.com/ 2007/12/potensi-prospek-kerjaya-bahasa.html?m=0 Huraikan cara-cara untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang bahasa. Tema Bidang Sastera Fokus/kata kunci Cara-cara Format Rencana Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 20 16/2/2024 9:49:07 AM
21 Praktis 4 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Obesiti boleh dikatakan sebagai satu penyakit yang kompleks dan juga kronik. Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya pengambilan gula dan lemak berlebihan yang menyebabkan pengumpulan lemak jahat yang berlebihan sehingga menjejaskan tahap kesihatan manusia. Walaupun faktor-faktor obesiti hampir sama bagi semua peringkat umur, namun wujud sedikit perbezaan yang berlaku kerana bergantung pada tahap umur itu sendiri seperti pengambilan pemakanan segera dan aturan waktu makan yang tidak teratur. Dipetik dan diubah suai daripada https://hellodoktor.com/ pemakanan/obesiti/faktor-faktor-obesiti/ Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tema Obesiti Fokus/kata kunci Usaha-usaha Format Respons terbuka *(perlu menulis saya akan) kerana soalan menjurus kepada anda Kehendak soalan Murid boleh menyatakan usaha berdasarkan masalah dalam stimulus (Pengambilan gula berlebihan/ makanan segera / waktu makan tidak teratur). 01 PT SPM BM F4 5P.indd 21 16/2/2024 9:49:07 AM
22 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun-temurun, kini jelas semakin terpinggir. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Sumber: SinarHarian, 22 Februari 2021 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan peranan ahli keluarga dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Tema Semangat Kejiranan Fokus/kata kunci Peranan ahli keluarga Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan peranan ahli keluarga (ibu, ayah, adik beradik) mengikut idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 22 16/2/2024 9:49:07 AM
23 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pencemaran udara adalah antara faktor alam sekitar yang menyumbang kepada gangguan kesihatan yang menyerang pelbagai peringkat usia. Habuk, asap kenderaan mahu pun serbuk halus daripada pembakaran terbuka mengganggu kesihatan. Individu paling teruk terjejas kesan daripada pencemaran udara ini ialah mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan, terutama pesakit asma. Selain pesakit asma, mereka yang mengalami alahan kulit dan sesak nafas juga mengalami kesan serangan lebih serius. Pencemaran berterusan mendatangkan kesan buruk kepada semua terutama golongan berisiko Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bernama.com/bm/ tintaminda/news.php?id=2235827 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan punca-punca berlakunya pencemaran udara. Tema Pencemaran Udara Fokus/kata kunci Punca-punca Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menggunakan idea sendiri/ boleh menggunakan bahan stimulus/ idea sendiri+idea stimulus). 01 PT SPM BM F4 5P.indd 23 16/2/2024 9:49:07 AM
24 Domain Kerjaya Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Promosi yang agresif perlu dilakukan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui pelbagai program pemasaran dan promosi agar dapat membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik di dunia. Program seperti pelancaran pelbagai aktiviti promosi di dalam dan luar negara, promosi dalam talian dan media sosial, serta peningkatan infrastruktur pelancongan, dapat memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Dipetik dan diubah suai daripada https://www.bernama.com/ bm/tintaminda/news.php?id=2205003 Berdasarkan petikan, nyatakan cara lain untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita. Tema Pelancong Asing Fokus/kata kunci Cara-cara Format Rencana Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri dan tidak menggunakan idea dalam stimulus. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 24 16/2/2024 9:49:07 AM
25 Praktis 5 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. BINTULU: Seramai 51 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Kursus Pengurusan Ternakan Ayam Penelur dan Penyediaan Pelan Perniagaan di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini. Kursus anjuran Taman Pertanian Universiti (TPU) UPMKB itu bertujuan menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada petani agar dapat menjadi usahawan yang berjaya. Pengarah Taman Pertanian Universiti dan Pembangunan (TPUP) UPMKB Doktor Ong Kian Huat berkata, kursus itu merupakan satu daripada rangkaian kursus yang dirancang pada tahun ini dalam merealisasikan program pengembangan pertanian University 4 Society untuk orang awam. Dipetik dan diubah suai daripada https://btu.upm.edu.my/article/51 Berdasarkan petikan di atas, tulis ceramah yang bertajuk, “Ciri-ciri Penternak yang Berjaya”. Tema Pertanian Fokus/kata kunci Ciri-ciri Format Ceramah Kehendak soalan Murid boleh menghuraikan idea sendiri atau mengambil idea dalam stimulus atau mencampurkan idea sendiri dan stimulus. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 25 16/2/2024 9:49:07 AM
26 Domain Peribadi Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. MELAKA: Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem berkata, peluang pekerjaan berkenaan meliputi pelbagai sektor termasuk bioteknologi melibatkan lebih 30 majikan dari dalam dan luar Melaka. “Karnival kerjaya ini juga merupakan satu platform terbaik buat graduan untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan mereka,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa. Dipetik daripada “Industri Pelancongan Perlu Bangkit Perkukuh Ekonomi Negara”, https://www.bernama.com/ Berikan pendapat anda tentang kebaikan Karnival Kerjaya dalam membantu para remaja sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan. Tema Alam Pekerjaan Fokus/kata kunci Langkah-langkah Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 26 16/2/2024 9:49:08 AM
27 Domain Awam Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Musibah banjir bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan. Dalam tempoh terdekat ini sahaja terdapat banyak kes kecederaan dan kehilangan nyawa yang berlaku. Kita telah melihat dan mendengar laporan bayi lemas akibat terjatuh ke dalam air banjir. Terbaru, kita juga telah melihat kejadian yang menyayat hati tiga beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah ketika banjir. Sumber: Internet Bincangkan beberapa persediaan yang perlu ditekankan ketika banjir. Tema Banjir Fokus/kata kunci Persediaan semasa banjir Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 27 16/2/2024 9:49:08 AM
28 Domain Pendidikan Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Ketika ini ramai yang mula mengambil langkah berjimat cermat setelah menyedari bahawa merungut dan menyatakan rasa tidak puas hati di media sosial tentang kenaikan harga barang tidak mengubah apa-apa. Mereka yang benar-benar terkesan tidak punya pilihan, sama ada berbelanja secara berhemah atau mencari pendapatan sampingan. Tentunya pada yang sudah lama dan biasa berjimat, tak kira waktu, ia bukanlah sesuatu yang sukar tetapi bagi yang baru mahu berjimat kerana terpaksa sebab tiada pilihan, kehidupan sudah mula terasa peritnya. Dipetik dan diubah suai daripada “Berjimat Cermat Saja Jalan Selesai?” https://www.utusan.com.my/rencana/2022/08 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kebaikan amalan berjimat cermat. Tema Warisan Bangsa Fokus/kata kunci Kebaikan-kebaikan Format Respons terbuka Kehendak soalan Murid perlu menghuraikan idea sendiri. 01 PT SPM BM F4 5P.indd 28 16/2/2024 9:49:08 AM
29 Sistem dan Aplikasi Bahasa Topik 3 Kertas 2 Bahagian A (35 Markah) Praktis 1 Morfologi 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata nama tunggal. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda dan kata nama tunggal tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas. Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg-beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Dipetik dan diubah suai daripada “Longgokan Sampah Masalah yangTiada Noktah”, oleh Amlir Ayat, Dewan Masyarakat, November 2011 [8 markah] Kata Ganda Ayat (i) (ii) (i) (ii) Kata Nama Tunggal Ayat (i) (ii) (i) (ii) 01 PT SPM BM F4 5P.indd 29 16/2/2024 9:49:08 AM
J1 Praktis Topikal SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM - Jawapan Jawapan Topik 1 Karangan Respons Terhad Praktis 1 Tema Amalan Hidup Bermasyarakat Fokus soalan Umum / * Cadangan jawapan mengikut bahan - Cara-cara Format Tiada format Sasaran (KBAT) Umum Pendahuluan Amalan hidup bermasyarakat merupakan warisan nenek moyang kita yang perlu dipelihara. Amalan ini merupakan satu amalan mulia yang menjamin keharmonian. Amalan ini umpama serumpun bak serai, sesusun bak sirih yang menunjukkan kepentingan hidup bermasyarakat yang bersatu padu. Idea pertama Gotong-royong merupakan salah satu amalan hidup bermasyarakat – melakukan secara kerjasama – tanpa mengira kaum – berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Sebagai contoh, membersihkan Kawasan peparitan – mengecat dewan serbaguna – menebas semak samun – dapat mengeratkan silaturahim – cabutan bertuah – masak bersama-sama Idea kedua Budaya kunjung-mengujungi amalan tradisi lapisan masyarakat – kerap dilakukan semasa musim perayaan – amalan ini menjadikan saling mengenali – bertukar-tukar juadah dan pendapat – bukan saja pada musim perayaan – menziarahi semasa ditimpa musibah – kenduri-kendara dan mendapat zuriat – berasa seronok – ambil berat dan saling mengingati – perlu diteruskan kerana menujukkan budaya bangsa – contohnya hariraya Aidilfitiri-Tahun Baharu Cina dan Deepavali Kesimpulan Sebagai warganegara yang cinta akan keamanan, kita perlulah menjaga keharmonian negara dengan mengamalkan budaya hidup bermasyarakat – sepakat menbawa berkat Praktis 2 Tema Kokurikulum Fokus soalan Kebaikan-kebaikan (berdasarkan bahan ) Format Rencana Sasaran (KBAT) Kalangan murid Pendahuluan Semua sekolah di Malaysia kini mewajibkan para murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang selepas masa Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Aktiviti kokurikulum merangkumi unit beruniform, Sukan Permainan dan Kelab atau Persatuan. Idea pertama Kokurikulum membantu murid melanjutkan pelajaran ke universti awam – pengiraan markah merit merangkumi 10 peratus kokurikulum bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU) – memberikan persaingan sihat dalam kalangan murid. Idea kedua Kokurikulum juga dapat membentuk disiplin murid – disiplin penting dalam menguruskan banyak perkara dan membentuk peribadi mulia – aktiviti berkawad memerlukan disiplin yang tinggi – menyertai pertandingan kawad kaki Kadet Polis – disiplin pakaian – disiplin formasi dan pelbagai lagi – usaha tangga kejayaan – menang pertandingan kawad kaki Kesimpulan Konklusinya, aktiviti kokurikulum memberi banyak kepentingan kepada murid-murid. Para murid pasti akan dapat menggunakan manfaat yang diperoleh sesama aktiviti kokurikulum untuk digunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya, otak yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Praktis 3 Tema Amalan Membaca Fokus soalan Peranan pelbagai pihak (murid mengaitkan peranan berdasarkan bahan) Format E-mel Sasaran (KBAT) Rakan anda Pendahuluan Slogan Membaca Jambatan Ilmu begitu sinonim dengan rakyat Malaysia – namun budaya ini tidak dipraktikkan malah lebih parah apabila masih ditahap sederhana – stastistik menunjukkan Malaysia masih di kedudukan 53 daripada 63 dan hanya membaca 15 – 20 buah buku setahun Idea pertama Ibu bapa memainkan peranan penting – budaya membaca – menjadi suri teladan kepada anak-anak – bagaimana acuan, begitulah kuihnya – membawa anak-anak ke perpustakaan – membaca bersama-sama – seminggu sekali – luang masa – mengeratkan hubungan kekeluargaan Idea kedua Pihak sekolah cakna dalam melahirkan generasi ulat buku – membaca dapat membantu mereka meneroka ilmu baharu – mengadakan pertandingan dan program NILAM – merebut anugerah gangsa, perak, emas dan nilam Kesimpulan Kesimpulannya, budaya membaca perlu dijadikan satu amalan – membina bangsa membaca – menaikkan taraf hidup dan pembangunan negara Praktis 4 Tema Pembangunan Negara Fokus soalan Peranan remaja Format tiada Sasaran (KBAT) Remaja Pendahuluan Remaja kreatif – inovatif – memacu pembangunan negara – remaja yang berani mempelopori bidang baharu – mengecapi kejayaan – remaja harus dilatih – berani berimaginasi – berkhayal – disusuli aplikasi yang teratur – sokongan padu dan galakan daripada pelbagai pihak – melontarkan impian remaja – pelibatan dalam pelbagai bidang – berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi Idea pertama Perlu memiliki kesungguhan dan kekuatan mental – kesihatan aset yang tidak ternilai – pendidikan penting dalam menentu masa depan negara – pendidikan menjamin kerjaya – belajar secara berkumpulan – sentiasa ada kekuatan mental dalam menghapai cabaran – sentiasa berpegang prinsip dimana ada kemahuan, di situ ada jalan – murid cemerlang pastinya akan menjadi pemimpin masa depan Idea kedua Perpaduan merupakan tonggak kestabilan negara – bermula dari bangku sekolah – remaja bakal meneraju negara – mengelakkan persengketaan dan peristiwa hitam – pelabagai aktiviti di sekolah dalam membentu perpaduan – RIMUP – Hari Kantin – sukan sekolah – bersorak bersama dan menang kalah bersama tanpa ada perasaan prejudis Kesimpulan Remaja sebagai tonggak negara masa hadapan – remaja 01 PT SPM BM F4 5P.indd 1 16/2/2024 9:49:12 AM