The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2023
Masteri KOMSAS Antologi Kuingin Berterima Kasih & Novel Destinasi Impian Tg 1
WM/EM - RM9.50/ RM9.90

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2024-03-06 21:11:47

Masteri Komsas Ting 1

2023
Masteri KOMSAS Antologi Kuingin Berterima Kasih & Novel Destinasi Impian Tg 1
WM/EM - RM9.50/ RM9.90

NERBIT ILMU BAKTI SDN. BH


Kandungan ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH Aspek Kajian Sastera dalam Antologi 1 Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat (Nasihat) 5 Soalan Pengukuhan 1 8 Syair Pohon Buluh 9 Soalan Pengukuhan 2 13 Praktis PBD 14 Sajak Kita Umpama Sehelai Daun 16 Soalan Pengukuhan 3 19 Kuingin Berterima Kasih 20 Soalan Pengukuhan 4 23 Aku 24 Soalan Pengukuhan 5 26 Kunci Bahasa 27 Soalan Pengukuhan 6 29 Praktis PBD 30 Prosa Tradisional Asal Padi 33 Soalan Pengukuhan 7 42 Praktis PBD 43 Cerpen Oren 45 Soalan Pengukuhan 8 53 Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku) 54 Soalan Pengukuhan 9 63 Kuih Bakul Limau Mandarin 64 Soalan Pengukuhan 10 73 Praktis PBD 74 Drama Hadiah 78 Soalan Pengukuhan 11 85 Praktis PBD 86 Mahir KOMSAS 87 NOVEL DESTINASI IMPIAN Aspek Kajian Sastera dalam Novel 115 Sinopsis 119 Soalan Pengukuhan 1 120 Tema dan Persoalan 121 Soalan Pengukuhan 2 124 Plot 125 Soalan Pengukuhan 3 127 Teknik Plot 128 Soalan Pengukuhan 4 132 Watak dan Perwatakan 133 Soalan Pengukuhan 5 140 Latar 141 Soalan Pengukuhan 6 146 Gaya Bahasa 147 Soalan Pengukuhan 7 148 Sudut Pandangan 149 Soalan Pengukuhan 8 149 Nilai 150 Soalan Pengukuhan 9 154 Pengajaran 155 Soalan Pengukuhan 10 157 Praktis PBD 159 Mahir KOMSAS 162 Jawapan 164 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


1 Aspek Kajian Sastera dalam Antologi Sinopsis Pengajaran Tema Persoalan Watak dan Perwatakan Latar Plot Gaya Bahasa Teknik Plot Sudut Pandangan Nilai Aspek Kajian Sastera Sinopsis Sinopsis ialah ringkasan cerita yang menggambarkan keseluruhan karya. Peta Buih ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


2 Aspek Kajian Sastera Tema Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang cuba disampaikan oleh pengarang dalam sesuatu karya seperti kemiskinan, keakraban persahabatan, kehijauan alam, kemanusiaan dan kasih sayang. Persoalan Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema untuk memperkukuhkan tema. Watak dan Perwatakan 1 Watak ialah pelaku sama ada manusia, haiwan, tumbuhan atau objek alam. 2 Perwatakan ialah sifat-sifat yang terdapat pada watak, iaitu: (a) lahiriah seperti paras rupa, bentuk, tingkah laku (b) jasmaniah yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran. 3 Jenis-jenis watak ialah: (a) Watak utama – watak penting yang menggerakkan cerita (b) Watak sampingan – watak pembantu yang peranannya lebih kecil (c) Watak putih/protagonis – watak baik (d) Watak hitam/antagonis – watak jahat (e) Watak bundar/bulat – watak yang segala sifatnya dijelaskan secara terperinci (f) Watak pipih/leper – watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam karya Latar Latar dibahagikan kepada: (a) Latar masa, iaitu: (i) waktu semasa – pagi petang, subuh, tengah hari, malam (ii) tempoh waktu – seminggu, sebulan, sepuluh tahun (iii) zaman – zaman Jepun, zaman penjajah, abad ke-21 (b) Latar tempat – seperti rumah, sungai, kampung, pejabat (c) Latar masyarakat – meliputi pelbagai pekerjaan, pendidikan, latar belakang, dan sebagainya Plot 1 Plot ialah urutan peristiwa dalam karya dari awal hingga akhir. 2 Plot disusun mengikut kronologi atau tidak mengikut kronologi. 3 Binaan plot terdiri daripada: ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


3 Aspek Kajian Sastera Binaan Plot Huraian (a) Permulaan/pengenalan/ eksposisi Pengenalan watak, latar dan situasi yang dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca. (b) Perkembangan Cerita mula berkembang dan menuju konflik. (c) Perumitan/konflik Konflik berlaku antara watak. (d) Puncak/klimaks Puncak perumitan yang mula menunjukkan jalan penyelesaian. (e) Peleraian/penyelesaian Penyelesaian situasi yang dicipta oleh pengarang. Teknik Plot Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menjalinkan cerita supaya lebih menarik, misalnya: (a) Teknik pemerian (b) Teknik dialog (c) Teknik monolog (d) Teknik monolog dalaman (e) Teknik imbas kembali (f) Teknik imbas muka Gaya Bahasa 1 Gaya bahasa melibatkan diksi (pemilihan kata) dan pembentukan ayat. 2 Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang ialah: (a) Penggunaan dialek (b) Peribahasa (merangkumi perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan, pepatah) (c) Bahasa asing (merangkumi bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Arab, bahasa klasik, bahasa istana) (d) Simile – kata perbandingan (merangkumi bak, seperti, umpama, bagai, laksana, macam) (e) Metafora – bahasa perbandingan langsung (f) Personifikasi – memberikan sifat manusia kepada benda-benda bukan hidup (g) Inversi – pembalikan kata (kalimat yang diterbalikkan) (h) Repetisi – perkataan sama yang diulang-ulang, iaitu: (i) anafora – pengulangan awal baris (ii) epifora – pengulangan akhir baris (iii) responsi – pengulangan tengah baris (i) Asonansi – pengulangan bunyi vokal a, e, i, o, u ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


4 Aspek Kajian Sastera (j) Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan (k) Sinkope – penggunaan kata singkatan (l) Hiperbola – menyatakan sesuatu secara berlebihan (m) Perlambangan/simbolik – menyatakan sesuatu di luar erti kata-kata itu sendiri Sudut Pandangan 1 Sudut pandangan ialah cara pengarang mengemukakan ceritanya atau kedudukan pencerita sama ada di dalam cerita atau di luar cerita. 2 Sudut pandangan terbahagi kepada empat, iaitu: Sudut pandangan orang pertama Sudut pandangan orang ketiga terbatas Sudut pandangan orang ketiga serba tahu Sudut pandangan orang ketiga objektif Nilai Nilai ialah perbuatan positif atau tingkah laku yang dapat diteladani. Pengajaran Pengajaran ialah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam bentuk peringatan atau pedoman. Sudut Pandangan ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


5 Puisi Tradisional Pantun Dua Kerat (Nasihat) Maksud Rangkap Maksud 1 Nasihat kepada masyarakat supaya menjauhi sifat atau sikap yang buruk ibarat lutut dengan pelipat. 2 Nasihat kepada masyarakat supaya menjauhi sikap malas kerana orang yang malas akan rugi. 3 Nasihat kepada masyarakat bahawa orang yang memiliki kulit hitam tetap kelihatan cantik. 4 Nasihat kepada masyarakat supaya rajin bekerja kerana orang yang malas tidak akan mendapat rezeki yang banyak. 5 Nasihat kepada masyarakat supaya saling membantu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Tema Nasihat kepada masyarakat tentang sikap atau amalan yang baik akan memberi kesan positif kepada diri dan orang sekeliling. Persoalan Persoalan Sikap baik hati dan bersangka baik wajar menjadi amalan dalam masyarakat. Sikap lambat bertindak dalam melakukan sesuatu perkara akan merugikan masyarakat. Masyarakat harus bersikap positif dan menghindari sikap merendah diri. Sikap malas bekerja haruslah dihindari agar hidup berjaya. Sikap tolong-menolong dan bantu-membantu merupakan amalan yang mulia. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


6 Puisi Tradisional Persoalan Pantun dua kerat – bentuk terikat. Rima akhir ab. Terdiri daripada lapan hingga 11 suku kata sebaris. Jumlah perkataan antara tiga hingga empat perkataan sebaris. Baris pertama ialah pembayang dan baris kedua ialah maksud. Mempunyai dua baris bagi setiap rangkap. Mempunyai lima rangkap. Bentuk Unsur Bunyi Asonansi Pengulangan vokal u. Contoh: buah sintang buah senikul Aliterasi Pengulangan konsonan m. Contoh: Satu memegang satu memikul Unsur Bunyi Peta Buih ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


7 Puisi Tradisional Bentuk Imej/Unsur alam • Tumbuhan. Contoh: buah sintang buah senikul • Alam. Contoh: emas, perak, tembaga, suasa Perulangan • Repetisi. Contoh: Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. • Responsi. Contoh: Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Gaya Bahasa Nilai 1 Baik hati 2 Kegigihan 3 Tolong-menolong/Bekerjasama 4 Berfikiran positif 5 Kerajinan Pengajaran 1 Kita hendaklah menanam sifat baik hati dan harus menjadi amalan dalam kehidupan. 2 Kita hendaklah gigih berusaha dalam mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau keciciran. 3 Kita hendaklah berfikiran positif dan mengelakkan perasaan rendah diri. 4 Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. 5 Kita hendaklah saling menolong dan bekerjasama agar pekerjaan yang berat menjadi ringan. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


8 Puisi Tradisional Berikan nilai, persoalan dan pengajaran yang terdapat dalam “Pantun Dua Kerat (Nasihat)”. Pantun Dua Kerat (Nasihat) Nilai Persoalan Pengajaran 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 Peta Pokok Soalan Pengukuhan 1 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


9 Puisi Tradisional Syair Pohon Buluh Maksud Rangkap Maksud 1 Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat tanpa mengira pangkat dan kedudukan yang dimiliki. Mereka hendaklah saling menghormati antara satu dengan yang lain di bawah pemimpin yang adil dan bijaksana. 2 Rakyat yang berbilang kaum hendaklah menanam sikap cinta akan negara. Apabila semangat patriotik dapat dipupuk dalam semua kaum, maka rakyat akan hidup dalam aman, sentosa dan sejahtera. 3 Masyarakat hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira kaum. Asas keamanan di sesebuah negara ialah rakyatnya yang berbilang kaum, dapat hidup aman dan harmoni. Hal ini dapat mengelakkan perselisihan faham antara sesama kaum. 4 Perpaduan dalam masyarakat hanya boleh dijalin apabila rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman dalam sebuah negara yang aman dan sentosa. Rakyat sentiasa bantu-membantu antara kaum. Tema Kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


10 Puisi Tradisional Persoalan Persoalan Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu pemimpin yang adil dan saksama. Sikap cinta akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat amat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu. Kepentingan sikap hormat-menghormati sesama kaum dalam sesebuah masyarakat akan melahirkan bangsa yang kukuh. Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Bentuk Bentuk Pantun empat kerat – bentuk terikat. Rima akhir aaaa. Mempunyai empat rangkap. Mempunyai empat baris bagi setiap rangkap. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris. Jumlah perkataan antara empat hingga lima perkataan sebaris. Semua baris ialah maksud. Peta Buih ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


11 Puisi Tradisional Unsur Bunyi Asonansi Pengulangan vokal e dan i. Contoh: Yang ada sedia panjipanji bendera Aliterasi Pengulangan konsonan t. Contoh: ikat tingkatnya tak nampak alam Unsur Bunyi Gaya Bahasa Air tak tiris seperti kolam • Gelapnya di dalam seperti malam • Air tak tiris seperti kolam Yang ada (baris 1, rangkap 2) Banyak ada (baris 3, rangkap 2) panji-panji mata-mata – pemimpin Gaya Bahasa Sinkope Kata Ganda Perulangan (Repetisi) Perlambangan Kata Ganda Peta Pokok ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


12 Puisi Tradisional Nilai Pengajaran Kita hendaklah hidup bermuafakat sesama kaum tanpa mengira kaum, pangkat dan kedudukan. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni. Kita hendaklah hidup bersatu padu demi kesejahteraan negara. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan antara kaum. Peta Dakap Rakyat wajar hidup bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat dan kedudukan. Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera akan terbina dengan kukuhnya. Rakyat yang bersemangat patriotik akan sentiasa hidup bersatu padu antara kaum. Rakyat yang pelbagai kaum hanya boleh hidup aman dan damai sekiranya mengamalkan nilai perpaduan. Bermuafakat Semangat patriotik/Cinta akan negara Bersatu padu Perpaduan Nilai Pengajaran ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


13 Puisi Tradisional Huraikan maksud bagi rangkap pertama, kedua, ketiga dan keempat dalam “Syair Pohon Buluh”. Maksud Rangkap Pertama Maksud Rangkap Kedua Maksud Rangkap Ketiga Maksud Rangkap Keempat Syair Pohon Buluh Peta Dakap Soalan Pengukuhan 2 ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


14 Praktis PBD Praktis 1 Kemahiran Membaca Standard Kandungan 2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi. Standard Pembelajaran 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Berdasarkan Pantun Dua Kerat (Nasihat), baca pantun tersebut dengan nada, gaya dan intonasi yang betul. PANTUN DUA KERAT (NASlHAT) Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia) Praktis PBD ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


15 Praktis PBD Praktis 2 Kemahiran Membaca Standard Kandungan 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan kelancaran membaca, meluaskan perbendaharaan kata dan ilmu pengetahuan. Standard Pembelajaran 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan ungkapan menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang baik. A Berdasarkan Syair Pohon Buluh, baca syair tersebut dengan nada, gaya dan intonasi yang betul. Rujuk “Syair Pohon Buluh”, dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 6. B Berdasarkan sajak Syair Pohon Buluh, jawab soalan-soalan di bawah. 1 Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, mengapakah penyair mengatakan bahawa perpaduan antara kaum sangat penting? 2 Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh. (a) (b) (c) 3 Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan rakyat di negara ini daripada berpecah belah? KBAT Menilai ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


16 Sajak Kita Umpama Sehelai Daun SMahadzir Maksud Rangkap Maksud 1 Penyajak mengibaratkan manusia umpama sehelai daun. Manusia akan memulakan kehidupan mereka sejak bayi, menjadi kanak-kanak, melalui zaman remaja, menjadi dewasa dan akhirnya menjadi tua. Setiap manusia akan menjalani kehidupan mereka dengan penuh kebahagiaan. Mereka berkongsi kebahagiaan dengan makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Mereka berteduh di rumah masing-masing daripada hujan dan panas. 2 Penyajak menasihati manusia agar tidak terlalu berkira-kira dengan jasa dan bakti yang pernah dicurahkan. Sekiranya tiada kerjasama antara manusia, manusia yang lemah akan terus teraniaya di bumi ini. 3 Penyajak mengingatkan manusia bahawa apabila masanya tiba, manusia akan mati. Oleh itu, manusia diingatkan agar tidak melupakan golongan yang lemah. Golongan ini juga berharap agar mereka diberi tempat di muka bumi ini. 4 Penyajak menasihati manusia supaya menjadi sehelai daun hijau. Hal ini demikian kerana daun hijau akan menyegarkan mata manusia. Manusia yang baik ialah manusia yang membuat jasa kepada orang lain. Apabila manusia mati, jasa dan pengorbanan mereka akan dikenang sebagaimana daun yang kering apabila gugur akan menjadi baja. Tema Sifat dan amalan yang baik yang harus diamalkan oleh manusia dalam kehidupan. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


17 Sajak Persoalan Persoalan Sikap bekerjasama antara manusia dengan makhluk Tuhan yang lain akan mewujudkan kebahagiaan. Sikap mementingkan diri akan menganiayai golongan manusia yang lemah. Kepentingan menghindari sikap angkuh dan menginsafi diri sendiri. Kepentingan membuat jasa semasa hidup. Bentuk 1 Sajak ini berbentuk bebas. 2 Terdapat empat rangkap. 3 Baris-baris ayat dan rima akhir: (a) Rangkap 1 terdapat lima baris ayat. Rima akhirnya ababc. (b) Rangkap 2 terdapat empat baris ayat. Rima akhirnya abcd. (c) Rangkap 3 terdapat lima baris ayat. Rima akhirnya abcbc. (d) Rangkap 4 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abb. Unsur Bunyi Asonansi Pengulangan vokal i. Contoh: ingin bernaung mencari hidup Aliterasi Pengulangan konsonan b. Contoh: di bawah redup bebayang mentari. Unsur Bunyi ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


18 Sajak Gaya Bahasa Gaya Bahasa Perulangan (Repetisi) Contoh: kita umpama sehelai daun Ayat tanya Contoh: di mana lagi tempat bernaung Personifikasi Contoh: tempat bercanda unggas meriang Metafora Contoh: unggas meriang dan hijau menunas Perlambangan Contoh: jadilah sehelai daun – manusia Simile Contoh: kita umpama sehelai daun Hiperbola Contoh: dari tusukan bahang memijar Nilai Peta Buih Peta Dakap Manusia digalakkan membuat kebaikan sesama makhluk lain yang hidup di bumi ini. Manusia yang ingin berbuat baik sentiasa bersyukur dengan pemberian dan nikmat Tuhan. Manusia bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada makhluk lain. Manusia hendaklah bekerjasama dengan makhluk lain agar semua makhluk dapat hidup bahagia. Baik hati Bertanggungjawab Kesyukuran Bekerjasama Nilai ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


19 Sajak Pengajaran Kita hendaklah sentiasa bersikap baik hati sesama makhluk lain yang hidup di bumi ini. Kita hendaklah sentiasa melindungi makhluk lain agar hidup bahagia dan sejahtera. Kita hendaklah mensyukuri nikmat dan pemberian Tuhan. Kita hendaklah saling bekerjasama antara sesama makhluk. Pengajaran Soalan Pengukuhan 3 Berikan tema, persoalan dan nilai yang terdapat dalam sajak “Kita Umpama Sehelai Daun”. Kita Umpama Sehelai Daun Tema Persoalan Nilai 1 2 3 4 1 2 3 4 Peta Pokok ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


20 Sajak Kuingin Berterima Kasih Ihsan Noorzali Maksud Rangkap Maksud 1 Penyajak mengajak pembaca untuk berterima kasih kepada hujan yang turun sebagai rahmat kepada manusia. Di samping itu, jiwa yang dingin dapat memadamkan kemarahan dalam kalangan manusia. 2 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada tanah yang telah banyak berbudi kepada manusia. Tanah yang subur membolehkan pelbagai tanaman ditanam dan hasil tanaman menjadi rezeki kepada petani. 3 Penyajak juga berterima kasih kepada ikan-ikan di laut yang menjadi sumber rezeki kepada nelayan khususnya nelayan tua. 4 Penyajak melahirkan perasaan kagum akan pejuang negara yang sanggup berkorban demi negara yang tercinta. 5 Penyajak ingin menjadikan dirinya sebagai bunga yang sentiasa mengeluarkan bau yang harum sepanjang masa. Keharuman bunga dapat membantu manusia lain yang hidup dalam keresahan. Di samping itu, dapat memberi keinsafan akan nasib mangsa-mangsa peperangan. 6 Penyajak mengingatkan bahawa dalam kehidupan ini, semua makhluk saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Tema Sifat manusia yang menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


21 Sajak Persoalan Persoalan Kepentingan hujan kepada manusia. Kepentingan tanah kepada petani. Kepentingan sumber laut kepada nelayan. Kepentingan menghargai jasa pejuang negara yang sanggup berkorban untuk negara. Semua makhluk yang hidup di dunia ini saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Bentuk 1 Sajak ini berbentuk bebas. 2 Terdapat enam rangkap. 3 Baris-baris ayat dan rima akhir: (a) Rangkap 1 terdapat empat baris ayat. Rima akhirnya abcd. (b) Rangkap 2 terdapat empat baris ayat. Rima akhirnya abca. (c) Rangkap 3 terdapat lima baris ayat. Rima akhirnya abccc. (d) Rangkap 4 terdapat lima baris ayat. Rima akhirnya abcbb. (e) Rangkap 5 terdapat lima baris ayat. Rima akhirnya abcbd. (f) Rangkap 6 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abc. Unsur Bunyi Asonansi Pengulangan vokal e. Contoh: Sesekali kuingin berterima kasih Aliterasi Pengulangan konsonan k. Contoh: Sesekali kuingin kalungkan kagum Unsur Bunyi ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


22 Sajak Gaya Bahasa Perulangan (Repetisi) Pengulangan frasa Contoh: Sesekali kuingin Pengulangan kata Contoh: kepadamu Gaya Bahasa Simile Contoh: hujan bagai tetamu Personifikasi Contoh: ikan-ikan yang riang dan kepadamu tanah yang hidup Hiperbola Contoh: api marah pun terpadam Metafora Contoh: darah kesetiaan, taman keresahan dan keangkuhan perang Sinkope Contoh: kuingin dan kepadamu Nilai Peta Dakap Peta Dakap Manusia hendaklah berterima kasih atas pemberian rezeki daripada Allah SWT. Orang yang telah berjasa kepada tanah air perlu mendapat penghargaan daripada orang ramai. Manusia hendaklah mensyukuri nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT. Sikap tolong-menolong sesama manusia dapat meringankan beban orang yang dalam kesusahan. Berterima kasih Kesyukuran Penghargaan Tolongmenolong Nilai ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


23 Sajak Pengajaran Kita hendaklah sentiasa berterima kasih terhadap sumber rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Kita hendaklah mensyukuri nikmat dan kurniaan yang telah diberikan oleh Tuhan. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang bangsa yang telah berkorban untuk negara. Kita hendaklah menjadi orang yang berguna kepada orang lain agar dapat meringankan beban orang lain. Pengajaran Soalan Pengukuhan 4 Huraikan maksud bagi rangkap keempat, kelima dan keenam dalam sajak “Kuingin Berterima Kasih”. Peta Dakap Maksud Rangkap Keempat Maksud Rangkap Kelima Maksud Rangkap Keenam Kuingin Berterima Kasih ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


24 Sajak Aku Rosli K. Matari Maksud Rangkap Maksud 1 Hanya penyajak seorang diri yang berada di pantai ini. 2 Penyajak menyusuri pasir panjang sambil membayangkan dirinya sebagai Nabi Adam. 3 Pada hari ini, penyajak tercipta dan buat pertama kali dia melihat laut, langit dan pohon. 4 Kelmarin, penyajak tidak ada di pantai. Oleh itu, dia tidak mendengar bunyi ombak. 5 Penyajak juga tidak merasa tiupan angin yang bertiup walau di mana-mana di pantai itu. 6 Penyajak juga tidak tahu bahawa pada suatu masa dahulu ada kerang dan ru yang hidup di pantai ini. 7 Namun, penyajak mempercayai bahawa dia lahir ke dunia kerana wujudnya Tuhan. Tema Perasaan cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Persoalan Persoalan Perasaan kesyukuran seorang insan kepada Penciptanya. Penghargaan manusia kepada Penciptanya yang membolehkan mereka hidup di muka bumi. Kewujudan makhluk di muka bumi disebabkan ada Penciptanya. Sikap bertanggungjawab seorang insan terhadap Penciptanya. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


25 Sajak Bentuk 1 Bebas. 2 Terdapat tujuh rangkap. 3 Baris-baris ayat dan rima akhir: (a) Rangkap 1 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abc. (b) Rangkap 2 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abc. (c) Rangkap 3 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abc. (d) Rangkap 4 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abb. (e) Rangkap 5 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abc. (f) Rangkap 6 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya aab. (g) Rangkap 7 terdapat tiga baris ayat. Rima akhirnya abb. Unsur Bunyi Asonansi Pengulangan vokal u. Contoh: Kususur pasir panjang Aliterasi Pengulangan konsonan p. Contoh: aku percaya Kau Pencipta Unsur Bunyi Gaya Bahasa 1 Repetisi. Pengulangan kata dalam rangkap yang sama. Contoh: aku percaya Kau Pencipta kerana aku baru ada 2 Unsur alam. Contoh: laut, langit, pohon dan ombak 3 Sinkope. Contoh: kususur pasir panjang sambil kubayangkan 4 Perlambangan. Contoh: Kau Pencipta – Tuhan 5 Inversi. Contoh: Hari inilah aku tercipta sepatutnya Aku tercipta hari inilah 6 Kata Ganda. Contoh: di mana-mana Nilai 1 Bertanggungjawab 2 Penghargaan 3 Taat kepada Tuhan 4 Kesyukuran ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


26 Sajak Pengajaran Pengajaran Kita hendaklah sentiasa mentaati Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini. Kita hendaklah mensyukuri segala nikmat pemberian Tuhan. Kita hendaklah menghargai semua makhluk ciptaan Tuhan. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Soalan Pengukuhan 5 Berikan persoalan dan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak “Aku”. 1 2 3 4 1 2 3 4 Persoalan Gaya Bahasa Aku Peta Dakap ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


27 Sajak Kunci Bahasa Abdul Hadi Yusof Maksud Rangkap Maksud 1 Bahasa yang bermaruah tidak akan meninggalkan kesan yang buruk kepada penuturnya. 2 Bahasa sentiasa berkembang dari semasa ke semasa kerana golongan pakar sentiasa mencari idea-idea baharu. 3 Bahasa mempunyai sejarahnya tersendiri dan tidak akan luput walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang kewujudannya. 4 Bahasa merupakan alat perhubungan penting untuk memastikan tali persaudaraan sesama manusia tidak terputus. 5 Bahasa menjadi alat perhubungan yang utama untuk menjalin silaturahim sesama ummah. 6 Bahasa merupakan alat perhubungan yang sangat indah dan penuturnya boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi secara berhemah. Tema Peranan bahasa sebagai alat perhubungan dalam masyarakat. Persoalan 1 Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa dengan sopan dan bermaruah. 2 Bahasa sentiasa berkembang kerana golongan pakar bahasa sentiasa berusaha memantapkannya. 3 Bahasa mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri. 4 Bahasa menjadi alat perhubungan utama untuk menjalin silaturahim sesama manusia. 5 Pengguna bahasa wajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi secara berhemah. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


28 Sajak Bentuk 1 Bebas. 2 Terdapat enam rangkap. 3 Baris-baris ayat dan rima akhir: (a) Rangkap 1 terdapat dua baris ayat. Rima akhirnya aa. (b) Rangkap 2 terdapat dua baris ayat. Rima akhirnya aa. (c) Rangkap 3 terdapat dua baris ayat. Rima akhirnya aa. (d) Rangkap 4 terdapat dua baris ayat. Rima akhirnya aa. (e) Rangkap 5 terdapat dua baris ayat. Rima akhirnya aa. (f) Rangkap 6 terdapat dua baris ayat. Rima akhirnya aa. Unsur Bunyi Asonansi Pengulangan vokal u. Contoh: tidak putus jambatan ukhuwah. Aliterasi Pengulangan konsonan b. Contoh: tidak habis berbahasa bermadah Unsur Bunyi Gaya Bahasa 1 Perulangan (a) Anafora. Contoh: bahasa, tidak (b) Responsi. Contoh: bahasa 2 Penggunaan. bahasa Arab. Contoh: wasilah, ukhuwah dan ummah 3 Personifikasi. Contoh: tidak kering bahasa diperah dan bahasa bertingkah 4 Metafora. Contoh: jambatan ukhuwah 5 Inversi. Contoh: tidak berbilur bahasa di lidah sepatutnya bahasa di lidah tidak berbilur Nilai 1 Cinta akan bahasa 2 Berhemah tinggi 3 Perpaduan 4 Kesopanan 5 Semangat patriotik ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


164 Jawapan Jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih Puisi Tradisional Soalan Pengukuhan 1 Pantun Dua Kerat (Nasihat) Nilai 1 Baik hati 2 Kegigihan 3 Tolong-menolong/Bekerjasama 4 Berfikiran positif 5 Kerajinan Persoalan 1 Sikap baik hati dan bersangka baik wajar menjadi amalan dalam masyarakat. 2 Sikap lambat bertindak dalam melakukan sesuatu perkara akan merugikan masyarakat. 3 Masyarakat harus bersikap positif dan menghindari sikap merendah diri. 4 Sikap malas bekerja haruslah dihindari agar hidup berjaya. 5 Sikap tolong-menolong dan bantumembantu merupakan amalan yang mulia. Pengajaran 1 Kita hendaklah menanam sifat baik hati dan harus menjadi amalan dalam kehidupan. 2 Kita hendaklah gigih berusaha demi mencapai matlamat hidup supaya tidak ketinggalan atau keciciran. 3 Kita hendaklah berfikiran positif dan mengelakkan perasaan rendah diri. 4 Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. 5 Kita hendaklah saling menolong dan bekerjasama agar pekerjaan yang berat menjadi ringan. Soalan Pengukuhan 2 Syair Pohon Buluh Maksud Rangkap Pertama Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat tanpa mengira pangkat dan kedudukan yang dimiliki. Mereka hendaklah saling menghormati antara satu dengan yang lain di bawah pemimpin yang adil dan bijaksana. Maksud Rangkap Kedua Rakyat yang berbilang kaum hendaklah menanam sikap cinta akan negara. Apabila semangat patriotik dapat dipupuk dalam semua kaum maka rakyat akan hidup dengan aman, sentosa dan sejahtera. Maksud Rangkap Ketiga Masyarakat hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira kaum. Asas keamanan di sesebuah negara ialah rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup aman dan harmoni. Hal ini dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Maksud Rangkap Keempat Perpaduan dalam masyarakat hanya boleh dijalin apabila rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman dalam sebuah negara yang aman dan sentosa. Rakyat sentiasa bantu-membantu antara kaum. Praktis PBD Praktis 1 Murid membaca Pantun Dua Kerat dengan nada, gaya dan intonasi yang betul. Praktis 2 A Murid membaca Syair Pohon Buluh dengan nada, gaya dan intonasi yang betul. B 1 Penyair mengatakan perpaduan antara kaum sangat penting kerana asas keamanan di sesebuah negara ialah rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup aman dan harmoni. Hal ini dapat mengelakkan perselisihan faham antara sesama kaum. 2 (a) Kita hendaklah hidup bermuafakat sesama kaum tanpa mengira kaum, pangkat, dan kedudukan. (b) Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni. ENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD


Click to View FlipBook Version