The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAKTOR DAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 986-9-jamilah, 2022-07-31 22:20:34

FAKTOR DAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

FAKTOR DAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN (PDP PAKK)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 3)

SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

(PAKK2302D)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR SITI JAMILAH BINTI MAT JAIS

ANGKA GILIRAN 2021192380035

NOMBOR KAD 860610-43-5184
PENGENALAN

KUMPULAN PDPM OKTOBER 2021 (B2)

NAMA KURSUS PENGHASILAN PRODUK

NAMA PENSYARAH PUAN SHARIFAH HANIM BINTI SYED AKBAR

TARIKH HANTAR 2 OGOS 2022

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA

PENSYARAH

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA/SURAT
1 PENDAHULUAN 3
2 FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK 3
3 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK 5
4 PERANAN GURU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN 6

SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK 7
5 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN
9
TINGKAHLAKU KANAK-KANAK 10
6 KESIMPULAN
7 RUJUKAN

2

PENDAHULUAN
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan perkembangan yang berbeza

berdasarkan kepada keadaan persekitaran, biologi dan umur. Meskipun setiap kanak-kanak
mampu memperkembangkan pertumbuhan emosi, fizikal dan sosial mereka dengan sendiri,
namun keadaan selepas persekitaran akan mempercepatkan lagi perkembangan mereka
mengikut pendedahan yang telah dialami oleh mereka sejak dari kecil lagi.

Dalam pada itu, antara perkembangan yang penting di dalam kehidupan seorang
kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi mereka kerana ianya merupakan
perkembangan yang melibatkan penguasaan terhadap emosi dan sosial mereka supaya
menjadi lebih matang. Apabila kanak-kanak dapat menguasai kemahiran sosial dan emosi
ini, ianya akan membantu mereka untuk mengawal emosi, tindakan dan pemikiran mereka
supaya ianya dapat disesuaikan dengan kehidupan bermasyarakat (Permainan Yang
Merangsang Perkembangan Sosioemosi Dan Kognitif Kanak-Kanak, 2014) mengikut
persekitaran mereka.

Walaubagaimanapun, apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosioemosi ini?
Kemahiran sosioemosi ini boleh didefinisikan sebagai satu kemahiran yang digunakan oleh
kanak-kanak untuk membantu mereka supaya dapat melakukan kemahiran seperti
bekerjasama, bersifat empati, berdikari dan melakukan aktiviti yang boleh diharapkan oleh
orang-orang dewasa di sekeliling mereka dan kemahiran ini adalah antara kemahiran
terpenting yang perlu ada di dalam kehidupan seseorang kanak-kanak untuk masa hadapan
mereka (Siti Affiza Mohammad et al., 2021).

Oleh yang demikian, perkembangan sosioemosi ini tidak boleh dipandang enteng oleh
mana-mana pihak terutama sekali ibu bapa dan guru-guru kerana kedua-dua individu Inilah
yang akan memainkan peranan penting bagi mengembangkan lagi kemahiran sosial emosi
mereka di dalam kehidupan seharian yang telah dilakukan. Meskipun kanak-kanak
mempunyai tahap perkembangan yang berbeza namun ianya masih boleh dikembangkan
menggunakan faktor-faktor yang sama.

1. FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Setiap perkembangan yang berlaku di dalam kehidupan kanak-kanak, ianya banyak

dipengaruhi oleh beberapa perkara sehingga menyebabkan perkembangan tersebut semakin
membaik ataupun memburuk. Di dalam aspek perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak
pula, ianya banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti faktor biologi dan faktor
persekitaran (Nor Hamizah Ab Razak & Abdul Rashid Aziz@ Dorashid, 2020).

3

1.1. Faktor Biologi
Untuk faktor yang pertama, iaitu faktor biologi, ianya banyak dikaitkan dengan
keturunan ataupun kemahiran yang secara biologi telah diturunkan kepada anak-anak
berdasarkan kepada genetik ibu bapa mereka dan pada kebiasaannya ibu bapa yang
mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi akan mampu memperturunkan kemahiran
kecerdasan mereka kepada anak-anak semenjak mereka di dalam kandungan lagi.
Dalam pada itu, ahli-ahli psikologi juga sering melakukan kajian yang mengaitkan
perbezaan yang terdapat pada kecerdasan individu mengikut kecerdasan ibu bapa mereka
dan kebiasaannya, ibu bapa yang lebih bijak akan menghasilkan anak-anak yang lebih bijak
berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang lebih lemah (PKK Faktor-
Faktor Perkembangan Kanak-Kanak, 2014). Ini turut dijelaskan bahawa bagi ibu bapa yang
mempunyai ketidakstabilan di dalam emosi mereka dan juga mempunyai sifat yang pemarah,
akan menghasilkan anak-anak yang lebih agresif di dalam perlakuan mereka.
Selain itu, faktor genetik juga mampu memberikan pengaruh kepada cara bersosial
seorang kanak-kanak dan menurut Ko Teik Yen , seorang Pakar Psikoterapi Klinikal dan
Pengetua Akademi Keibubapaan Asia, turut mengakui bahawa personaliti kanak-kanak itu
mampu dipengaruhi oleh genetik yang terdapat di dalam ibubapa kanak-kanak tersebut
(Faktor Genetik Bentuk Personaliti, 2017). Beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya
seorang kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda tidak mahu bercakap ataupun bergaul
dengan rakan-rakan yang lain dan mempunyai tanda-tanda seolah-olah tidak ingin bersosial
secara umumnya dikaitkan dengan faktor genetik yang didapati melalui keturunannya. Ini
kerana pada kebiasaannya, ibu bapa yang mempunyai sikap pendiam akan mempunyai
anak-anak yang juga berpotensi untuk mewarisi tingkah laku tersebut.

1.1.1. Persekitaran
Walaubagaimanapun, perkembangan emosi tidak hanya bergantung kepada faktor
biologi sahaja kerana faktor persekitaran juga mampu memberikan kesan yang lebih kuat
terhadap perkembangan sosioemosi mereka Kerana pendedahan yang dialami oleh kanak-
kanak tersebut semasa mereka berinteraksi bersama-sama dengan orang-orang di sekitar
mereka. Contohnya, apabila kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang bersifat pemarah
membesar di dalam persekitaran yang lebih tenang, ianya akan membantu mereka untuk
mengatasi emosi negatif tersebut disebabkan oleh persekitaran yang telah didedahkan
kepada mereka sejak mereka kecil lagi.
Selain itu, keadaan persekitaran kanak-kanak juga boleh menjadi pengaruh ataupun
sumber kepada pembelajaran bagi proses pembentukan tingkah laku bagi seorang kanak-
kanak berdasarkan kepada jenis pembelajaran sosial yang didedahkan seperti maklumbalas,
halangan, pemodelan dan dorongan (Azhar, 2006; petikan dari Zakaria Stapa et al., 2012).
Ianya turut dijelaskan bahawa antara faktor persekitaran sosial yang telah diterangkan

4

termasuk seperti faktor pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, pengaruh guru-guru
dan juga pengaruh masyarakat yang terdapat di sekeliling mereka.

Dalam pada itu, faktor-faktor yang telah disebutkan tersebut merupakan antara
dorongan yang akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi semenjak mereka dari kecil
lagi dan setiap faktor ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain di dalam memberikan
pembelajaran yang mampu membina kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak semasa
mereka berada di persekitaran tersebut. Melalui interaksi yang dilakukan oleh kanak-kanak
tersebut bersama-sama Dengan individu-individu di persekitaran mereka, ianya akan
memberikan bantuan kepada kanak-kanak tersebut Untuk mempelajari dan mengawal
tingkah laku mereka di dalam kehidupan seharian mereka.

2. IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak merupakan perkembangan yang harus

dititikberatkan di dalam kehidupan seorang kanak-kanak oleh para ibubapa kerana ianya akan
memberikan pengaruh yang lebih besar kepada tingkah laku dan keadaan mereka pada masa
akan datang. Sekiranya perkembangan sosioemosi kanak-kanak ini tidak dijaga sedari
mereka kecil lagi, ianya mampu memberikan implikasi yang lebih besar dan negatif ataupun
positif mengikut persekitaran yang telah didedahkan kepada mereka.

Walaubagaimanapun, dengan perkembangan sosioemosi yang lebih positif, ianya
mampu membantu kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan pengaruh yang lebih baik dan
antara implikasi yang terjadi disebabkan oleh perkembangan sosioemosi kanak-kanak
adalah mereka mampu untuk menyelesaikan masalah, menguruskan perasaan mereka,
berempati dan mempunyai daya tahan yang tersendiri (Saltali et al., 2018; petikan dari Jusiah
Idang et al., 2021).

Untuk implikasi yang pertama, kanak-kanak dapat mempelajari cara-cara untuk
menguruskan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan sendiri dan hanya mampu
bertanyakan cara kepada orang yang lebih dewasa. Contohnya, apabila mereka sering
diajarkan dengan aktiviti yang dapat mengembangkan sosioemosi mereka, mereka dapat
mempelajari teknik di dalam pengajaran tersebut dan menggunakannya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh mereka.

Untuk implikasi yang kedua pula iaitu menguruskan perasaan dan emosi mereka,
ianya memberikan mereka daya tahan untuk mengendalikan setiap emosi seperti marah,
sedih dan gembira dengan lebih baik. Melalui pembelajaran yang mampu memberikan
mereka daya kendalian emosi dengan lebih baik, ianya akan memberikan mereka satu latihan
supaya mereka dapat menguruskan emosi Mereka dengan lebih baik pada masa akan
datang.

5

Seterusnya, melalui perkembangan sosioemosi yang baik juga mampu meningkatkan
lagi kemahiran empati murid-murid terhadap orang di sekeliling mereka. Apabila kemahiran
sosial emosi mereka dapat dikembangkan, mereka dapat mempelajari cara untuk mengenali
emosi orang-orang di sekeliling mereka dan menggunakannya apabila terdapat individu yang
menunjukkan emosi mereka di hadapan kanak-kanak tersebut. Contohnya, apabila terdapat
individu yang sedang menunjukkan kesedihannya, murid-murid akan mula memeluk individu
tersebut bagi menunjukkan pemahaman mereka terhadap situasi tersebut.

Untuk implikasi yang terakhir pula, apabila kemahiran sosioemosi mereka dapat
ditingkatkan, mereka akan mempunyai daya tahan yang tersendiri apabila berhadapan
dengan pelbagai konflik ataupun emosi melalui persekitaran mereka. Sebagai contoh, apabila
terdapat murid-murid yang mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu barang tetapi tidak
dapat menggapainya, mereka akan mula belajar untuk bersabar dan melakukan sesuatu
untuk mencapainya.

3. PERANAN GURU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN
TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
Perkembangan sosioemosi ini juga boleh dibina dan dikembangkan menerusi

sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di antara guru-guru dan murid-murid semasa
mereka berada di sekolah lagi. Meskipun peranan ibu bapa memainkan peranan yang lebih
penting di dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak, namun guru-guru juga perlu
melakukan peranan mereka bagi memastikan setiap masa kanak-kanak yang berada di
sekolah mampu digunakan bagi meningkatkan dan memperkembangkan lagi kemahiran
sosial emosi mereka yang telah dibina semasa mereka berada di rumah lagi.
Antara peranan yang boleh dilakukan oleh seorang guru itu bagi memastikan berlakunya
peningkatan terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak adalah dengan bertindak
sebagai role model, pembentuk nilai murni, menjadi pemudahcara dan pentaksir.

Peranan yang pertama adalah guru tersebut perlulah menjadi seorang promoter
kepada murid-murid mereka sendiri. Walaubagaimanapun, memastikan murid-murid mampu
mengikuti apa yang diajarkan oleh guru tersebut, ruang tersebut perlulah memastikan mereka
juga mempunyai kesihatan yang terjaga sama ada dari segi tubuh badan mahupun mental
mereka. Dengan menjaga kesihatan mereka, secara tidak langsung ianya akan
mempengaruhi cara kanak-kanak untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.

Peranan yang kedua adalah guru tersebut perlulah menjadi seorang pembentuk nilai
murni dalam kalangan murid-murid itu sendiri. Setiap murid yang berada di bawah
penjagaan guru tersebut mampu dibentuk secara sosial dan emosi mereka sekiranya guru
mampu menjadi pembimbing dan membentuk nilai murni kepada murid tersebut. Dengan

6

memberikan teguran kepada murid-murid semasa berada di dalam kelas, ianya mampu
membentuk murid tersebut untuk menjadi lebih bersosial dan lebih stabil emosinya.

Peranan yang seterusnya adalah guru tersebut perlulah menjadi pemudah cara
kepada murid-murid mereka. Ini bererti guru-guru perlulah mencari cara yang mudah dalam
memastikan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mampu memberikan
kefahaman kepada murid-murid dengan lebih mudah dan mampu membentuk kestabilan
sosial emosi Mereka dengan lebih baik.

Untuk peranan yang terakhir adalah guru tersebut perlulah menjadi seorang pentaksir
yang baik. sebagai seorang guru ianya perlu bagi mereka untuk memberikan komen ataupun
maklum balas terhadap apa yang dilakukan oleh murid-murid supaya murid-murid mengetahui
setiap kesilapan ataupun keberhasilan yang telah dilakukan oleh mereka. Melalui maklum
balas yang diberikan oleh guru mereka, mampu meningkatkan keinginan mereka terhadap
pembelajaran tersebut dan secara tidak langsung memberikan kestabilan kepada sosio emosi
mereka.

4. AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAHLAKU
KANAK-KANAK
Bagi memastikan kanak-kanak mampu mengembangkan sosioemosi dan tingkah laku

mereka dengan lebih positif semasa berada di dalam kelas, guru-guru perlulah merancang
satu aktiviti yang dapat menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru adalah dengan melaksanakan aktiviti main peranan.

Aktiviti main peranan ini merupakan antara satu aktiviti yang mampu memberikan
peluang kepada murid-murid untuk membayangkan diri mereka sendiri di dalam pelbagai
situasi yang telah diberikan oleh guru mereka. Aktiviti ini akan memerlukan mereka untuk
melakukan lagak seperti watak yang telah diberikan dan dibayangkan oleh guru tersebut
(Kaedah Pengajaran: Main Peranan, 2011) .

Tambahan lagi, aktiviti main peranan ini akan mengetengahkan strategi pemusatan
murid dimana mereka perlu melibatkan diri dengan lebih aktif semasa sesi pengajaran sedang
berlaku. Apabila guru menggunakan Strategi ini, secara tidak langsung ianya akan
menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif (Nor Ilyanah Othman, 2021) dan
memberikan mereka situasi untuk melakonkan watak tersebut. Bukan itu sahaja, strategi
yang memusatkan kepada murid-murid juga mampu mengembangkan sosioemosi murid-
murid tersebut.

Freeze music game. Aktiviti ini adalah untuk kanak-kanak mendengar kepada arahan dan
mengenalpasti perkara baik dan keburukan dalam kehidupan. Aktiviti ini dijalankan untuk
kanak-kanak berumur 6 tahun . cara-caranya ialah guru perlu memainkan muzik terlebih
dahulu, kemudian guru perlu memberitahu kepada murid -murid agar mereka bebas bergerak
ataupun menari mengikut kreativiti mereka semasa muzik dimainkan sebaik sahaja muzik

7

diberhentikan murid-murid perlulah membekukan diri mereka mengikut kedudukan mereka itu
sehingga muzik di mainkan semula, murid-murid yang tidak dapat mendengar arahan ataupun
mereka bergerak semasa muzik diberhentikan mereka akan terkeluar daripada permainan ini
,permainan ini di teruskan sehingga tinggal seorang sahaja pemain ,syarat-syarat
penggunaan muzik ini adalah guru perlu menggunakan muzik yang berlainan , seperti ada
muzik yang rancak dan ada muzik yang perlahan bertujuan untuk mengajar kanak-kanak
tentang perbagai jenis muizik, semasa muzik di mainkan muzik tidak boleh terlalu singkat
ataupun terlalu lama dan semasa mereka berhenti juga tidak boleh terlalu singkat ataupun
terlalu lama , hal ini bagi mengelakkan kanak-kanak kehilangan daya kritiviti mereka ,
kebaikan daripada aktiviti ini adalah aktiviti muzik dan pergerakkan dapat meningkatkan
pembelajaran kanak-kanak. Permainan ini dapat membantu kemahiran mendengar dan
peraturan kendiri seperti semasa mula dan semasa berhenti . melalui aktiviti yang telah saya
jalankan kanak-kanak begitu gembira sekali. Pada akhirnya saya akan memberikan ganjaran
yang lebih kepada pemenang game tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga satu kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
apabila aktiviti main peranan ini dijalankan, kanak-kanak mampu berubah keadaan kawalan
mereka daripada kendiri invasif kepada kawalan kendiri yang lebih positif (Siti Affiza
Mohammad et al., 2021). Malah, aktiviti main peranan juga merupakan antara satu aktiviti
yang melibatkan kanak-kanak untuk bermain dan ianya memberikan mereka peluang untuk
menunjukkan tingkah laku yang lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana peraturan
yang telah ditetapkan (Zaleha Damanhuri, 2017).

Gambar Ketika aktiviti sosioemosi dan tingkahlaku Bersama kanak-kanak .

8

5. KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan sosioemosi kanak-kanak merupakan antara

kemahiran yang terpenting dan perlu dititikberatkan oleh mana-mana ibu bapa bagi
memastikan kawalan kendiri kanak-kanak mampu dikembangkan dengan lebih baik. Dengan
perkembangan sosioemosi yang lebih baik, ianya mampu membantu kanak-kanak tersebut
untuk meningkatkan lagi kemahiran kehidupan mereka seperti menyelesaikan masalah,
berinteraksi dan memahami emosi diri sendiri dan orang lain dan menggunakannya pada
masa akan datang.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan perkembangan sosioemosi yang berlaku di
dalam kehidupan kanak-kanak itu dapat dijalankan dengan baik, para ibu bapa perlulah
menitikberatkan beberapa faktor seperti faktor biologi dan faktor persekitaran. Berdasarkan
kepada pengaruh yang diberikan oleh kedua-dua faktor ini, ianya mampu membentuk
personaliti sosial dan emosi yang terdapat di dalam diri kanak-kanak tersebut.

Selain itu, perkembangan sosioemosi yang berlaku juga mampu memberikan
implikasi implikasi yang berbeza seperti membantu mereka untuk menyelesaikan masalah,
menguruskan perasaan dan emosi mereka, lebih berempati dan mempunyai daya tahan yang
tersendiri. Setiap implikasi ini mampu terjadi di dalam mana-mana kanak-kanak berdasarkan
kepada faktor yang telah dibincangkan tadi.

Disebabkan oleh itu, guru-guru perlulah memainkan peranan yang sama penting
dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut supaya mereka dapat meningkatkan lagi
perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak semasa berada di dalam kelas tersebut. Antara
peranan yang boleh dijalankan oleh seorang guru adalah dengan meningkatkan daya kreativiti
mereka semasa melakukan sesi pengajaran di dalam kelas dan meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka mengenai sosial emosi tersebut.

Akhir sekali, ianya turut dicadangkan bagi mana-mana Guru untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak supaya
mereka dapat mengembangkan lagi kemahiran mereka semasa mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran yang sedang dijalankan di dalam kelas mereka. Meskipun setiap aktiviti
yang dijalankan akan memberikan kesan yang berbeza terhadap setiap kanak-kanak, namun
dengan aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak tersebut, ianya mampu
meningkatkan kemahiran sosioemosi mereka menjadi lebih bagus.

(2050 patah perkataan)

9

RUJUKAN
Faktor genetik bentuk personaliti. (2017, May 23). Harian Metro. Sumber dari
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/05/231870/faktor-genetik-bentuk-personaliti

Jusiah Idang, Hanisah Halim, Murnizam Halik, & Sabariah Sharif. (2021). Isu

Sosioemosi dalam kalangan Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Sabah. Jurnal

Psikologi Malaysia, 35(3), pp.1- 12.Sumber dari

http://journalarticle.ukm.my/18140/1/661-2516-1-PB.pdf

Kaedah Pengajaran : Main Peranan. (2011, November 22). Nota Pelajar PISMP.
Sumber dari http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kaedah-pengajaran-main-
peranan.html

Nor Ilyanah Othman. (2021). Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Kepentingan
Pembelajaran Sosioemosi Kanak kanak. Proceedings of the 8th International
Conference on Management and Muamalah 2021 (ICoMM 2021). Sumber dari
http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-030.pdf

Permainan yang Merangsang Perkembangan Sosioemosi dan Kognitif Kanak-kanak.
(2014, May 27). Selamat Pagi Cikgu. Sumber dari
http://kumpulanmarwadah.blogspot.com/2014/05/permainan-yang-merangsang-
perkembangan.html

PKK Faktor-Faktor Perkembangan Kanak-Kanak. (2014, November 7). Sistem Guru
Online. Sumber dari https://www.sistemguruonline.my/2014/11/pkk-faktor-faktor-
perkembangan-kanak.html

Siti Affiza Mohammad, Zaharah Osman, & Azian Niza Abdul Aziz. (2021).

Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal

Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), pp.47-60. Sumber dari

https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor
Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari
Special Edition, pp.155 - 172. Sumber dari
http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf

10

Zaleha Damanhuri. (2017). Perkembangan Main Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal.
Jurnal Sains Sosial, 2, pp.144-155. Sumber dari
https://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/download/458/389

11


Click to View FlipBook Version