NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
Nama : MUHAMMAD AZHARULZAMAN BIN MOHD AZLAN SHAH GOH
Angka Giliran : 2018212350075
Nombor K/P : 991218-14-5035
Kumpulan/Unit : TESL B JUN 2019
Kod dan Nama Kursus : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : PUAN SIVE DARSHINE
Tarikh Hantar : 15 OKTOBER 2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Tandatangan Pelajar : Azhar Jumlah markah:
Tarikh : 15/10/2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT
MASYARAKAT DI PANTAI HILLPARK
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK : KHIDMAT MASYARAKAT
JANGKA WAKTU / MASA : 16 OKTOBER 2022 / 2.30 p.m. – 4.30 p.m.
LOKASI : PANTAI HILLPARK PHASE 5
PESERTA : PENDUDUK DI KAWASAN SEKITAR
JUMLAH PESERTA : 10 ORANG
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1. PENGASINGAN SAMPAH MENGIKUT JENIS
2. KITAR SEMULA BARANGAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA.
3. PEMBERSIHAN KAWASAN SEKITAR
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian
2.2 Kertas kerja
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Proses penanaman pokok ati-ati
3.1 Proses penanaman pokok serai
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGHIJAUAN DI RUMAH
1.0 Pengenalan
Isu alam sekitar bukanlah perkara asing pada zaman ini. Pelbagai isu alam sekitar
telah berlaku sejak kebelakangan ini seperti hakisan tanah, pencemaran air, pencemaran
udara, pemanasan global dan sebagainya. Hal ini membawa kepada beberapa inisiatif
dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Pembangunan lestari merupakan satu inisiatif yang
dibincangkan dalam persidangan alam sekitar sedunia, The Earth Summit di Rio de
Janerio, Brazil pada tahun 1992 (United Nations, 2021). Konsep pembangunan lestari ini
memperlihatkan usaha pembangunan ekonomi yang menuntut kepada keseimbangan
antara penjagaan alam sekitar dan kesejahteraan penduduk dan negara (Zamhari &
Perumal, 2016).
Secara amnya, masyarakat tidak dapat lari daripada budaya kepenggunaan. Ini
secara tidak langsung menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi untuk
menghasilkan barangan turut meningkat dan ini akan mengakibatkan penyusutan sumber
alam semula jadi. Hal ini telah menimbulkan banyak isu alam sekitar seperti pencemaran
air dan udara, pemanasan global, banjir kilat, tanah runtuh serta kepupusan spesies
haiwan dan tumbuhan tertentu (Zamhari & Perumal, 2016). Bagi mengatasi masalah ini,
kepenggunaan lestari diwujudkan sebagai satu inisiatif ke arah pembangunan lestari.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) (2011), kepenggunaan lestari bermaksud menggunakan barangan dan
perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih
baik sambil meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran
buangan dan bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang.
Terdapat pelbagai amalan kepenggunaan lestari yang boleh dilaksanakan oleh
masyarakat. Satu amalan kepenggunaan lestari ialah amalan kitar semula dan khidmat
masyarakat. Antara aktiviti khidmat masyarakat yang selalu diadakan adalah dengan
melaksanakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini merangkumi pemeliharaan dan
pemuliharaan kawasan sekitar dengan memastikan ianya bersih dan boleh digunakan. Ini
sekaligus memastikan kesinambungan keadaan sekitar untuk berada dalam keadaan
yang baik untuk penggunaan generasi hadapan. Dalam laporan projek ini, satu projek iaitu
Program Gotong-royong Pantai Hillpark yang berfokuskan kepada pembersihan Kawasan
sekitar dan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian akan diterangkan dari aspek
fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan fasa selepas pelaksanaan dengan lebih
mendalam.
2
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian
Rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 38,000 tan sisa setiap hari dengan
sekurang-kurangnya 1.7kilogram dijana oleh setiap individu di bandar (Atiqah, 2021).
Jumlah sisa pepejal yang dijana semakin meningkat disebabkan oleh peningkatan
penduduk, pertumbuhan ekonomi dan peningkatan proses industri (Mamat & Mohd
Najib, 2020). Perkara ini akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat iaitu
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bau, pencemaran tanah, pencemaran
udara dan ini akan memberi kesan kepada kesihatan manusia (Mamat & Mohd Najib,
2020).
Sehubungan dengan itu, amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat
perlu ditingkatkan. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal
bagi menghasilkan keluaran (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, 2015). Pada
asasnya, terdapat tiga cabang di bawah konsep kitar semula iaitu kitar semula
(recycle), guna semula (reuse) dan kurangkan (reduce) (Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal, 2015). Terdapat 2R yang lain diperkenalkan iaitu pulih (recover) dan baiki
(repair).
Di Malaysia, pelbagai kempen kitar semula sudah digerakkan oleh kerajaan
dan swasta. Sebagai contoh, Nestle melancarkan program Kutipan & Kitar Semula
Pintu ke Pintu di Petaling Jaya dan Subang Jaya sebagai satu platform yang
memudahkan penduduk untuk mengitar semula (Yusop, 2021). Namun, kesedaran
untuk kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum memuaskan
(Mokhtar, 2016). Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mamat dan Mohd Najib
(2020) mengatakan bahawa masalah pengurusan sisa pepejal ini adalah berpunca
daripada sikap individu itu sendiri dimana kurangnya didikan yang diberikan kepada
mereka. Oleh yang demikian, kita seharusnya mengambil inisiatif sendiri untuk
mendidik diri dan keluarga mengenai pendidikan alam sekitar seperti amalan kitar
semula.
Sebagai satu langkah untuk mengatasi isu ini, satu projek iaitu Program Gotong-
royong Pantai Hillpark telah dilaksanakan untuk membersihkan kawasan sekitar
disamping meningkatkan kesedaran generasi muda sekarang mengenai cara untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar. Projek ini melibatkan 10 orang penduduk di
kawasan sekitar yang bersama-sama melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini.
Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi menjayakan
program ini:
2
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI
PANTAI HILLPARK
TARIKH: 16 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AZHARULZAMAN BIN MOHD AZLAN SHAH
4
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
4
1.0 Pengenalan
Kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar merupakan kursus yang memberi
pendedahan kepada para siswa guru untuk memelihara alam sekitar dalam era globalisasi
yang sangat mencabar disamping pembangunan yang semakin pesat. Oleh hal yang
demikian, menyedari akan pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan sumber yang
terdapat pada masa kini untuk generasi akan datang, satu inisiatif harus dilakukan untuk
melindungi alam dari terus tercemar sekaligus memastikan kelestarian alam dapat
dipelihara. Justeru, aktiviti gotong-royong ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk
melindungi alam.
2.0 Matlamat
Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran ahli komuniti Pantai
Hillpark mengenai kepentingan kebersihan kawasan sekitar dan meningkatkan
kefahaman mereka mengenai amalan kitar semula yang boleh dilaksanakan bermula dari
rumah.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya mengekalkan kelestarian alam sekitar
melalui aktiviti khidmat masyarakat untuk membersih dan memelihara kawasan
sekitar.
ii) Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan generasi muda mengenai cara-cara
memulihara dan memelihara alam sekitar melalui pengamalan kitar semula dalam
kehidupan seharian.
iii) Menanamkan semangat bekerjasama dalam kalangan komuniti.
4.0 Rasional
Program gotong-royong Pantai Hillpark ini diharapkan dapat memupuk semangat
kerjasama ahli komuniti dalam membersihkan kawasan sekitar disamping meningkatkan
kesedaran ahli komuniti kepada amalan kitar semula.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 16 Oktober 2022 / 2.30 p.m. – 4.30 p.m.
Tempat: Pantai Hillpark Fasa 5
6
Sasaran: 10 orang penduduk sekitar
Cadangan nama program: Program Gotong-royong Pantai Hillpark
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program khidmat masyarakat ini.
Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi bersama-sama membersihkan kawasan sekitar,
pengasingan sampah mengikut jenis dan kitar semula barangan yang boleh dikitar semula
daripada pengasingan sampah yang telah dilakukan.
6
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat di Pantai Hillpark
Ketibaan peserta dan
taklimat daripada penganjur.
Aktiviti 1: Pembersihan
kawasan sekitar
Aktiviti 2: Pengasingan
sampah mengikut jenis
Aktiviti 3: Kitar semula
barangan yang diasingkan
Bersurai
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan:
Item Kuantiti Kos Jumlah
RM5 x 3 RM15
Plastik sampah hitam 10 keping x 3
RM15.00
JUMLAH
KESELURUHAN
8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada: Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh
guru pelatih yang terlibat.
7
9.0 Penutup
Program seperti yang dicadangkan diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran generasi muda dalam cara-cara memulihara dan memelihara alam sekitar melalui
pengamalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka. Diharapkan agar program
gotong-royong ini dapat memberi impak kepada generasi muda kerana merekalah pemimpin
masa hadapan yang akan meneruskan amalan-amalan kepenggunaan lestari seperti amalan
khidmat masyarakat dan kitar semula untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Disediakan oleh,
Azharulzaman
……………………………………………
(MUHAMMAD AZHARULZAMAN BIN MOHD AZLAN)
8
2.3 Carta Gantt
Tarikh/ 10/ 11/ 12/ 13/ 14/ 15/ 16/ 17/ 18/ 19/ 20/ 21/ 22/ 23/
10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10
Tugasan
Fasa Perancangan
Pemerhat / /
ian
Kertas /
Kerja
Cadanga
n
Carta /
Gantt
Fasa Pelaksanaan
Aktiviti 1 /
Aktiviti 2 /
Aktiviti 3 /
Fasa Selepas Pelaksanaan
Post- /
mortem
Fasa Analisis dan Laporan
Analisis ////
SWOT
Menulis /// /
Laporan
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Aktiviti 1
Aktiviti yang pertama dimulakan dengan taklimat ringkas daripada penganjur
mengenai program yang bakal dijalankan. Seterusnya adalah pembahagian
tugas yang meliputi kawasan-kawasan yang berlainan. Aktiviti pertama
adalah pembersihan kawasan sekitar dimana peserta dikehendaki untuk
membersihkan kawasan daripada sampah, habuk dan kotoran lain. Segala
sampah dikumpulkan di satu tempat dan kawasan juga dibersihkan dengan
penggunaan mop dan penyapu yang bersesuaian. Selain itu, terdapat
beberapa peserta yang dikehendaki untuk membersihkan kawasan tandas,
15
dan mengelap kipas yang terdapat di kawasan sekitar. Hal ini adalah untuk
memastikan kawasan ini dapat dibersihkan secara menyeluruh.
3.2 Aktiviti 2
Aktiviti kedua adalah pengasingan sampah mengikut jenis dan kategori.
Terdapat beberapa jenis sampah yang telah dikenalpasti iaitu sampah basah
dan sisa makanan, habuk dan kotoran serta sampah kering kecil dan sampah
kering besar. Pengasingan adalah dilakukan dengan menggunakan plastik
sampah yang bersesuaian untuk memastikan proses ini berjalan lancer.
Selain itu, peserta dan penganjur juga mengenalpasti sampah-sampah yang
boleh dikitar semula untuk mengurangkan sisa yang dihasilkan.
Rajah 2. Pengasingan sampah
mengikut jenis
3.3 Aktiviti 3
Akhir sekali, setelah kawasan sekitar dibersihkan dan sampah dan sisa telah
diasingkan, peserta akan memulakan aktiviti ketiga iaitu proses kitar semula.
Peserta akan mengenalpasti sampah yang sesuai untuk dikitar semula
seperti botol kaca, botol plastik dan kertas kertas yang diperolehi daripada
gotong royong yang diadakan. Melalui proses ini, sekiranya ada sampah
yang sesuai mungkin juga boleh digunakan semula sebagai satu langkah
15
mengurangkan sisa pepejal seperti tayar digunakan sebagai pasu atau botol
plastik digunakan semula sebagai hiasan dengan sedikit pengubahsuaian.
Rajah 3 menunjukkan amalan kitar semula
Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-mortem
yang dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem tersebut melibatkan analisis
SWOT dimana penganjur mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan
cadangan penambahbaikan. Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program turut
dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.
4.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
4.1 Kekuatan
Terdapat dua kekuatan program gotong-royong yang telah dijalankan ini iaitu
memupuk semangat harmoni diantara ahli komuniti dan membantu menyedarkan
generasi baru akan kepentingan amalan kitar semula. Pertama, program ini
melatih semangat tolong menolong dan kerjasama diantara para peserta sambil
memastikan aktiviti yang dijalankan itu menyeronokkan. Hal ini sekaligus
menjadikan objektif utama program ini lebih mudah dicapai kerana ia adalah
pendekatan holistik terhadap pendidikan dengan matlamat untuk belajar dan
pembangunan insan sepanjang hayat. Dengan menjalankan aktiviti ini secara
berkumpulan, setiap ahli akan bantu-membantu diantara satu sama lain sekaligus
mewujudkan suasana harmoni ketika menjalankan aktiviti sekaligus menjadikan
objektif program lebih mudah tercapai. Selain itu, aktiviti yang dijalankan
membantu untuk menyemai sikap mengutamakan kebersihan dan kesihatan
15
dalam diri melalui pengamalan amalan kitar semula yang betul. Ini juga menjadi
satu kekuatan daripada perlaksanaan program ini.
4.2 Kelemahan
Antara kelemahan yang ketara yang dapat disimpulkan daripada program ini
adalah penglibatan ahli komuniti yang tidak berada pada tahap yang maksimum.
Untuk menjadikan aktiviti gotong-royong ini sesuatu yang efektif, program seperti
ini seharusnya melibatkan lebih ramai ahli komuniti untuk Bersama-sama
menjalankan program. Selain itu, peruntukan masa yang tidak dibahagi dengan
baik juga merupakan satu kelemahan yang dapat dilihat semasa perlaksanaan
program ini. Peruntukan masa hanya selama 2 jam tidak cukup untuk
melaksanakan program gotong-royong ini dengan sempurna selain dipacu oleh
kekurangan tenaga kerja yang bersesuaian dalam perlaksanaan program.
4.3 Peluang
Peluang dalam analisis SWOT terletak pada peluang baik yang sedia ada dan
trend baharu yang menarik yang boleh digunapakai untuk penambahbaikan (Teoli,
Sanvictores & An, 2020). Bagi program ini, terdapat peluang untuk meningkatkan
kesedaran mengenai amalan kitar semula dalam kehidupan seharian dalam
kalangan generasi muda. Sasaran program ini ialah guru pelatih yang bakal
mengajar murid sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan 7 sehingga 12
tahun. Adalah penting bagi bakal guru ini untuk memahami konsep kitar semula
dalam memastikan mereka mampu menjadi pemimpin dan tauladan kepada
generasi akan datang. Hal ini kerana generasi muda ialah pemimpin masa
hadapan. Inilah masa yang sesuai untuk kita menumpukan kepada membina
generasi yang prihatin terhadap alam sekitar dan bertanggungjawab ke atas
tindakan mereka untuk menjaga dunia dan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
tidak semestinya berpaksikan kepada perkara-perkara yang berat seperti isu-isu
alam sekitar. Pendidikan alam sekitar yang mudah seperti amalan kitar semula
boleh mula diterapkan dalam generasi muda dari sekarang. Bermula pada usia
yang awal boleh membantu kanak-kanak mempelajari tabiat mesra alam yang
boleh diikuti sebagai tingkah laku sepanjang hayat mereka.
4.4 Ancaman
Antara ancaman dalam perlaksanaan aktiviti gotong-royong ini adalah
kemungkinan cedera disebabkan oleh serpihan kaca atau benda tajam yang
mungkin tersorok di timbunan sampah ketika program berjalan. Hal ini mungkin
15
menjadi lebih serius sekiranya alatan yang terkena itu kotor atau berkarat yang
boleh mengakibatkan infeksi yang lebih teruk. Selain itu adalah kekurangan
ahli komuniti yang menjadi punca kerja pembersihan tidak dapat
disempurnakan dengan baik.
5.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah mewajibkan penglibatan semua ahli
komuniti yang berdekatan untuk memastikan tenaga kerja yang diperlukan adalah
mencukupi. Ini akan membenarkan program berjalan dengan lebih lancar sekaligus
menjadikan kerja pembersihan yang dilakukan lebih efektif.
15
6.0 Penutup
Kesimpulannya, satu projek khidmat masyarakat yang melibatkan komuniti di Pantai
Hillpark iaitu gotong-royong sambil berkitar semula telah berjaya mencapai matlamat dan
objektif program ini berdasarkan laporan yang diberikan. Projek ini merupakan satu inisiatif
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan kitar semula dalam
kehidupan. Diharapkan agar para peserta yang menyertai pertandingan ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai amalan kitar semula dan
mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh,
Azharulzaman
……………………………………………
(MUHAMMAD AZHARULZAMAN BIN MOHD AZLAN)
16
Rujukan
Atiqah, S. (2021, November 11). Sasar had sisa kitar semula 40 peratus menjelang 2025.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/886261/
sasar-had-sisa-kitar-semula-40-peratus-menjelang-2025
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal. (2015). Kitar Semula.
https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/131
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
(2011). Panduan Ringkas Penggunaan Lestari. Petaling Jaya: Gabungan
Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA).
Mokhtar, N. A. (2016). Malaysia masih ketinggalan dalam amalan kitar semula.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/10/205639/
malaysia-masih-ketinggalan-dalam-amalan-kitar-semula
Teoli, D., Sanvictores, T., & An, J. (2020). SWOT analysis. StatPearls Publishing LLC.
United Nations. (2021). United Nations Conference on environment and development, Riode
Janeiro, Brazil, 3-14 June 1992.
https://www.un.org/en/conferences/environment/rio1992
Yusop, S. H. (2021, Oktober 7). Nestlé perluas program kitar semula bersama MBSJ. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/873580/nestl%C3%A9-
perluas-program-kitar-semula-bersama-mbsj
Zamhari, S. K., & Perumal, C. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti
lestari. GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Society and Space, 12(12).
16
LAMPIRAN A POSTER
16
LAMPIRAN B SURAT PERMOHONAN
16