The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHMAD MUNEF BIN AMIR AMRAN
BM 2 PPISMP AMBILAN JUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMMB2-0623 AHMAD MUNEF BIN AMIR AMRAN, 2023-04-09 08:09:39

BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA TUGASAN 3

AHMAD MUNEF BIN AMIR AMRAN
BM 2 PPISMP AMBILAN JUN 2022

KETERAMPILAN BERBAHASA BMMB1134 Ahmad Munef Bin Amir Amran BM2 PPISMP AMBILAN JUN 2022


PENGENALAN


Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), komunikasi bermaksud perhubungan sama ada secara langsung atau dengan perantaraan radio, surat dan juga lain-lain. Komunikasi juga merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang melibatkan penuturan, penulisan, perlakuan dan pergerakan badan. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi (Hybels & Weaver, 2011).


Keterampilan berbahasa didefinisikan sebagai kemampuan kecekapan, kemampuan yang tinggi. Keterampilan berbahasa merupakan perkara yang amat penting untuk dikuasai bagi setiap penutur bahasa Melayu. Hal ini kerana keperibadian serta sahsiah seseorang dapat dilihat dan dinilai melalui keterampilan berbahasanya. Keterampilan berbahasa juga boleh disebut sebagai keterampilan bertutur iaitu kecekapan semasa berkomunikasi secara lisan antara satu sama lain.


HALANGAN KOMUNIKASI


HALANGAN KOMUNIKASI Maklum Balas Komunikasi Sehala Gangguan Emosi Penyampaian Menerusi Saluran Kedua Gangguan Saraf Penerima Gangguan Luaran


MAKLUM BALAS Antara halangan komunikasi yang utama ialah maklum balas. Dalam konteks ini, maklum balas merujuk kepada tindak balas yang berlaku apabila penerima bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan oleh sumber. Apabila komunikasi berlaku antara individu kepada individu yang lain, maklum balas yang akan berlaku ialah spontan. Apabila maklum balas yang terjadi itu positif, maka sumber ataupun penyampai akan meneruskan lagi komunikasi yang dimulakannya. Sekiranya, maklum balas yang diterima negatif pula sumber akan segera memberhentikan proses komunikasi yang berlaku.


MAKLUM BALAS Selain itu, jika penerima tidak memberi sebarang maklum balas terhadap mesej yang disampaikan oleh penghantar, penghantar tidak akan mengetahui sama ada penerima telah menerima mesej tersebut dengan baik ataupun tidak. Penerima mungkin menghadapi sedikit masalah dalam memahami mesej penghantar. Jadi, jika penerima tidak memberikan maklum balas, penghantar tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh penerima itu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan komunikasi satu hala berlaku.


KOMUNIKASI SEHALA Komunikasi sehala juga merupakan halangan dalam berkomunikasi. Komunikasi ini menyebabkan pengirim tidak menerima apa-apa reaksi atau respons daripada penerima dan akhirnya menyebabkan komunikasi itu tidak berjalan dengan lancar Dalam hal ini, komunikasi sehala banyak melibatkan penyampai atau pengirim dalam memberi huraian, penjelasan atau penerangan kepada pendengar. Tamsilnya, ceramah tentang kepentingan menjaga kesihatan yang disampaikan kepada orang lain. Aktivit ceramah melibatakan hanya komunikasi sehala dan penyampai hanya bertindak untuk menyampaikan maklumat tentang sebarang topik.


PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Saluran bermaksud penghantar akan memilih saluran yang sesuai untuk menyampaikan mesej apa-apa mesej kepada penerima. Terdapat saluran media iaitu terdiri daripada gabungan antara audio, visual dan bertulis. Komunikasi melalui saluran kedua menyebabkan mesej tidak dapat disampaikan dengan jelas dan tidak mengikut seperti apa yang dikehendaki oleh pengirim. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan terjadinya salah faham dan komunikasi yang dijalankan tidak efektif.


GANGGUAN SARAF PENERIMA Secara amnya, saraf merupakan satu saluran yang diperlukan bagi menghantar atau menyampaikan maklumat dari otak ke seluruh tubuh badan. Individu yang mempunyai gangguan saraf akan mengakibatkannya mengalami kesukaran dalam memproses maklumat yang diberikan. Oleh itu, apabila mereka mengalami masalah ini, maklum balas yang terhasil kebiasaannya lambat dan menyebabkan komunikasi yang berlaku terbantut.


GANGGUAN EMOSI Sikap pengantar yang suka untuk mengancam, menghakim dan lain-lain akan mengakibatkan pendengar akan kurang memberikan reaksi. Dalam erti kata lain, pendengar-pendengar akan menjadi pendengar yang pasif apabila pengantar terlalu mengkongkong dan menunjukkan emosi ketika menyampaikan maklumat. Hal ini menyebabkan komunikasi tidak akan berjalan lancar apabila sikap negatif penyampai itu ditunjukkan di khalayak ramai. Misalnya, pada waktu komunikasi tersebut, penerima berasa tertekan dengan maklumat yang diterima dan terus membuat kesimpulan tentang maklumat yang diterima dengan perasaan yang tidak senang. Kesimpulannya, keterbawaan emosi dalam sesuatu penyampaian akan menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan efektif.


GANGGUAN LUARAN Halangan dalam komunikasi yang terakhir ialah gangguan luaran. Gangguan luaran atau lebih dikenali sebagai gangguan persekitaran juga menjadi halangan kepada komunikasi. Persekitaran yang tidak kondusif seperti bunyi bising yang akan menyukarkan penerima mendengar dan memproses maklumat yang disampaikan untuk memberi maklum balas. Fokus individu tersebut juga akan menjadi kurang kerana terganggu dengan persekitaran yang tidak kondusif .


ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA


1. ISU BAHASA Pengunaan bahasa yang berlainan ketika komunikasi menyukarkan maklumat disampaikan dengan baik dan penerima juga gagal untuk memproses maklumat yang diberikan. Menurut Colbert (1993) dalam Haslina Halim (2018), pelajar yang mengambil kelas perbahasan lebih suka berhujah dan bersifat agresif secara verbal berbanding dengan mereka yang tidak pernah terdedah dengan persekitaran. Hujah yang bersifat agresif itu secara tidak langsung menyebabkan penggunaan bahasa kurang sopan dan menyakiti perasaan orang lain.


Selain itu, penggunaan bahasa yang kurang baik , tamsilnya menggunakan bahasa yang kasar di dalam sesebuah komunikasi akan mengakibatkan pendengar tersebut tidak memahami maklumat yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, jika penghantar mesej menggunakan laras bahasa yang salah di dalam satu pengucapan umum, ianya mampu menyebabkan pendengar tidak memahami bahasa yang digunakan lalu input-input yang terdapat dalam mesej itu tidak dapat diterima dengan baik oleh mereka. Dalam konteks ini, bahasa yang digunakan perlulah bahasa yang sopan dan tidak terlalu kasar kerana bahasa yang diucapkan amatlah mempengaruhi sesuatu komunikasi. Jadi, dengan bahasa yang baik, ia akan menjadi satu cara untuk memastikan pedengar dapat berinteraksi adn memberi tindak balas dengan cemerlang terhadap perkara yang disampaikan.


CONTOH KATA-KATA ATAU HUJAH YANG NEGATIF


2.ISU MEDIA SOSIAL Perkembangan media elektronik yang semakin maju ini juga mampu menghasilkan pengiklanan yang berkaualiti dan menarik. Walaubagaimanapun, kemajuan elektronik yang telah dicapai ini telah dicemari dengan bahasa yang tidak diingini dan kurang menyenangkan. Mesej-mesej yang disampaikan di dalam media sosial selalunya mengaplikasikan bahasa Melayu yang tidak betul dan telah dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Bahasa ini dengan lebih tepatnya disebut sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak atau bahasa basahan ini telah menjejaskan kualiti bahasa Melayu kita pada masa sekarang. Perkara ini tidak wajar berlaku kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang perlu diwarisi dan tidak boleh dirosakkan sebegini.


Seperti yang kita tahu, media sosial merupakann medium komunikasi yang terhasil daripada ledakan Revolusi Industri 4.0. Di Malaysia, penembusan internet telah berkembang secara mendadak sepanjang dekad yang lalu. Namun, penggunaan bahasa di media sosial mempunyai kepelbagaiannya yang tersendiri. Amsalnya, penggunaan bahasa singkatan dan lain-lain. Hal ini menyebabkan penerima sukar untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penghantar. Selain itu, bahasa yang sering diungkapkan melalui media sosial kebiasaannya tidak meperlihatkan reaksi muka penghantar. Jadi, perkara tersebut akan mengakibatkan penerima melakukan salah tafsir terhadap sestengah mesej yang cuba dihantar secara dalam talian.


Di samping itu, bahasa lucah juga menjadi salah satu isu media sosial. Bahasa ini menjadi bahasa yang menyumbang besar kepada pencemaran terhadap bahasa Melayu. Bahkan, penggunaannya mampu membuat seseorang berasa malu untuk membaca setiap mesej ataupun maklumat yang disiarkan sama ada di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, bahasa lucah merupakan bahasa yang kerap digunakan di media sosial tidak kira golongan remaja mahupun dewasa.


Dalam rajah tersebut, kita dapat melihat bahawa pengguna media sosial menggunakan bahasa rojak. Perkara tersebut perlulah dihentikan bagi memartabatkan bahasa Melayu bukan hanya di Malaysia malah di seantero dunia. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab perlulah memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan prakarsa berkenaan dengan isu ini agar masalah ini dapat dibentung dan tidak lagi terjadi.


CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL


RUMUSAN Sebagai penanda wacana akhir, melaui tugasan yang diberikan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan terperinci tentang halangan-halangan yang berlaku dalam komunikasi. Selain itu, komunikasi yang berlaku secara lisan dan tulisan mempunyai pelbagai halangan sama ada dari aspek, emosi, fizikal dan penutur sehala. Tuntasnya, bahasa Melayu ini perlu dijaga agar generasi yang seterusnya dapat menikmati ketulenan bahasa ibunda kita ini, bak kata pepatah 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.


Rujukan Isa, N.B. (2018, Mei 29). Penggunaan Bahasa Melayu di Media Sosial. Retrieved from Aplikasi KomputerBahasa Melayu Blogspot: http://aplikasikomputerbm.blogspot.com/2018/05/penggunaan -bahasa-melayu-di-media-sosial.html Mud, N.L. (2013, August06). Halangan Komunikasi. Retrieved from Slideshare: https://www.slideshare.net/Nicholas940217/halangankomunikasi-24987923 Razu, R. (n.d.). Maklum Balas ialahrespon ataureaksi. Retrieved from Course Hero: https://www.coursehero.com/file/p11lddq/MAKLUM-BALASMaklum-balas-ialah-reaksi-atau-respon-penerima-terhadapmesej-yang/


Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version